What's up guys!!!
Ada nampak mummy happy?
Haruslah happy bila dapat mendekati dan mengetahui dengan lebih dekat produk coklat yang sentiasa digemari sejak kecil lagi. Ini kerana saya dapat melalui pengalaman sebenar (DIY) bagaimana mendeko coklat, mempelajari cara pembuatan coklat, jenis-jenis koko yang digunakan dalam penghasilan coklat dan paling menarik saya diperkenalkan dengan variasi varian coklat yang unik dan agak 'rare' di pasaran keluaran jenama Harriston :-)
Harriston adalah jenama tempatan yang mula diperkenalkan pada tahun 2005 oleh Mr S.C Teng seorang pembuat coklat yang cukup popular. Sehingga kini terdapat 4 cawangan outlet Hurriston yang terletak di kawasan strategik di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Pahang. Ianya adalah jenama coklat 'homemade' yang pelanggannya rata-ratanya datang dari luar negara dan tempatan.
Setiap penghasilan coklat di bawah jenama Hurriston, sentiasa diberi pengamatan dalam menghasilkan kualit terbaik, bervariasi versi rasa coklat dan juga didatangkan dalam bentuk yang cukup kreatif serta unik.
Disebabkan jenama ini sentiasa menjadi tumpuan pelancong luar negara, Harriston telah mempertengahkan budaya dan ciri-ciri kehidupan masyarakat malaysia dalam menghasilkan rekaan coklat mereka. Antaranya corak bangunan KLCC, flora dan fauna yang menjadi kebanggaan masyarakat malasyia seperti orang hutan, bunga raya, bunga Rafflesia, durian dan banyak lagi. Menarik bukan?
Menurut Encik Shahrel dari Bahagian Jualan dan Pemasaran Harriston, sejak zaman dulu lagi coklat sememangnya cukup terkenal dalam membawa kebahagiaan dalam hidup seseorang. Ianya juga dikatakan boleh meningkatkan kecerdasan fikiran!
Antara fakta menarik, pada zaman dulu untuk 100 biji koko harganya hampir bersamaan dengan seekor ayam belanda! Perghhhhh
Di Hurriston Signature turut diadakan Bengkel Membuat Coklat (DIY). Untuk pengetahuan semua, untuk menyertai kelas ini hanya RM35 (seorang) sahaja dikenakan. Semua bahan disediakan oleh pihak Hurriston. Dan bengkel ini juga boleh diadakan di acara luar harga yang dikenakan adalah RM70 (seorang) sahaja.
Ruang bengkel yang cukup luas dan selesa. Disediakan juga pelbagai barangan dan bahan untuk membuat coklat untuk semua peserta.
Sebelum kelas dimulakan, kami sempat merasai 3 jenis coklat yang biasa diperolehi dari pasaran. Antaranya seperti :-
Dark Coklat- rasa lebih tinggi coklatnya. Ada yang kata pahit tapi bagi saya ini adalah rasa coklat sebenar.
'Milky chocolate'- coklat dengan rasa susu. Ini merupakan coklat yang menjadi kegemaran kebanyakan penggemar coklat.
Ini pula 'white chocolate' atau lebih dikenali sebagai 'butter chocolate'. Rasanya agak manis berbanding dengan dark chocolate ataupun milk chocolate.
Penerangan secara ringkas dan tips cara membuat dekorasi coklat dari pihak Hurriston. Banyak yang saya belajar terutamanya dari segi teknik menghasilkan rekaan yang cantik diatas coklat.
Memang seronok sangat sebabnya kita dapat menghasilkan sesuatu mengikut kreativiti yang ada dalam diri. Selain daripada perlu ada sifat ketekunan yang tinggi, berusaha menghasilkan sesuatu yang menarik tanpa putus asa juga penting ya, hehehe.
Usai sahaja kami menghasilkan rekaan coklat hasil kreativiti sendiri, terus sahaja kami dibawa untuk melihat sendiri coklat-coklat (handmade) yang dihasilkan oleh krew pembuatan Hurriston. Coklat-coklat ini memang dijual secara esklusif buat pelanggan yang datang ke outlet mereka.
Antaranya seperti:-
Coklat dalam bentuk bar. Dibungkuskan dalam pembungkusan yang cukup menarik.
Variasi coklat ternusu bersama kacang badam, gajus dan sebagainya. Dan antara yang unik di sini terdapat coklat perasa cili dan juga kari. Saya sendiri sudah merasainya sendiri. Untuk yang cili memang rasa coklat menyengit dengan percikan pedas. Dan secara peribadi saya rasa coklat kari adalah not bad! Walaupun kelihatan seperti coklat fusion tetapi ianya tetapi boleh diterima oleh tekak (sedap juga!).
Colat lolipop.Yang ini memang menjadi pilihan kanak-kanak.
Ini adalah "Harris" - orang hutan yang menjadi trademark untuk jenama Harriston ini. Selalunya pelanggan mendapatkan coklat ini sebagai souvenir untuk kenangan.
Port feveret saya hehehe. Coklat durian yang ohsem dari Harriston. Ini kalau tidak mencubanya memanglah satu kerugian terutama bagi mereka yang sukakan durian.
Gaya pembungkusan memang sangat esklusif, boleh dijadikan hadiah ya buat kawan-kawan atau ahli keluarga yang memang gemarkan durian.
Intinya menggunakan durian D24 hokeh. Patutlah sedap yang hamat!!
Untuk koleksi coklat yang lebih unik dan terhad. Bolehlah dapatklan di bahagian ini yang mana ke semua coklat dihasilkan dengan penuh teliti terutama dari segi rekabentuk dan perasa/campuran yang sentiasa diminati pelanggan.
Ada coklat oreo, caramel dan pelbagai lagi.
Kuta boleh request untuk pembungkusan yang lebih esklusif terutama jika hendak jadikan sebagai hantaran atau pemberian kepada seseorang yang begitu istimewa.
Ini adalah coklat versi hari valentine. Comelkan.....
Di Harriston juga terdapat cafe di satu sudut dimana pengunjung boleh menikmati air coklat (sedap hokeh), variasi manisan seperti kek dan coklat dan banyak lagi. Terdapat juga serbuk coklat segera yang dijual bagi mereka yang ingin membancuh air hot chocolate mereka sendiri.
Kepuasan berada di dunia coklat sepertimana yang pernah diangankan. Kihkih
Nak lihat sendiri coklat Harriston dan membelinya boleh datang terus ke :-
Harriston Boutique :
20-D, Jalan Bagan Jermal
10250, Penang
Tel : +6042267010
Pusat Pelancongan malaysia (MATIC)
139 Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur
Tel : +60321622008/ +60321624008
Harriston Signature
10 & 12, Jalan 13/91,
Taman Shamelin Perkasa.
Jalan Cheras, 56100
Kuala Lumpur
Tel : +60392815122 / +60392825122
68, Jalan Kelawei,
10250, Georgetown,
Penang
Tel : +6042261626 / +6042262306
Harriston
Gohtong Jaya Genting Highland,
1 & 2, Jalan Jati 1,
Bandar Gohtong Jaya,
69000 Genting Highland,
Tel : +60361002010
