Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2936

Restoran Bunga Lawang Menawarkan Pelbagai Masakan Tradisi Melayu Yang Enak dan Menarik

Terletak di Seksyen 7 Bandar Baru Bangi, Restoran Bunga Lawang adalah antara destinasi pilihan terutama bagi mereka yang benar-benar mahu merasai masakan  seperti air tangan ibu sendiri. Kepelbagaian menu tradisi yang sentiasa di hati rakyat Malaysia ditawarkan disini dengan harga yang cukup berpatutan.

Image may be NSFW.
Clik here to view.

Restoran yang diusahakan oleh Ruhil Shafinaz (Inaz) bersama keluarganya ini tidak pernah sunyi dengan kehadiran tetamu setiap hari. Antara hidangan yang menjadi tarikan disini ialah asam pedas, kari kepala ikan, nasi lemak kukus, laksa johor, soto dan mee rebus. 

 Waktu perniagaan restoran adalah seperti berikut:
Selasa sehingga Jumaat  (11 pagi -11makan)
Sabtu dan Ahad (9.00 pagi - 11 malam)
Isnin (tutup)

Saya begitu tertarik dengan dekorasi di dalam restoran yang menggunakan warna bunga lawang iaitu coklat sebagai warna asas. Dengan gabungan ciri-ciri tradisi dan moden dalam susun atur dekorasi restoran menjadikan ianya kelihatan begitu esklusif..

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Samada untuk datang merasai hidangan di sini secara santai ataupun berkumpulan semestinya di restoran Bunga Lawang menyediakan begitu banyak pilihan tempat yang bersesuaian untuk kita menikmati juadah yang dipesan.

Paling saya teruja tentang dekorasi disini bukan sahaja dari segi pemilihan kerusi meja yang menarik, bahkan pemasangan lampu hiasannya juga memikat hati. Ini kerana bagi saya sendiri, pemilihan lampu hiasan yang tepat sebagai dekorasi dalam restoran mampu memberi efek hebat kepada ruang yang ingin ditampilkan. Bahkan bila lihat sendiri lampu hiasan didalam Restoran Bunga Lawang kebanyakannya menampilkan rekaan yang cukup kreatif dan unik.

Oh ya! Baru-baru ini saya serta beberapa rakan rapat berkesempatan menikmati beberapa hidangan dan ada antaranya menjadi 'signature' di Restoran Bunga Lawang. Nikmatnya bila kita dapat berkumpul, bukan sahaja kita dapat bertukar-tukar cerita serta bertanya khabar bahkan keseronokan menjadi berganda apabila kita dapat menikmati juadah yang enak dan cukup istimewa.

Apa yang saya boleh simpulkan menikmati hidangan di Restoran Bunga Lawang seumpama kita menikmati masakan ibu sendiri di rumah yang cukup rasa, segala rempah ratusnya memang padu dengan kaedah penyediaannya juga mengikut cara resepi asli yang diturunkan dari nenek moyang kita dulu. Sememangnya inilah restoran yang perlu dituju sekiranya benar-benar meminati masakan tradisi melayu.

Antara hidangan yang sempat saya jamah bersama rakan lain seperti:-

Kari Kepala Ikan Jenahak

Fenomena kari kepala ikan sememangnya tidak dinafikan akan menjadi tarikan terutama kepada peminat-peminat hidangan kari. Cukup rempah dan rasa, kekuatan kepada kepekatan kuah, tumisan bahan halba campuran dan daun kari memberikan rasa masakan kari yang terbaik. Selain itu dengan kepala ikan jenahak yang cukup manis isinya, selain daripada gabungan  bendi dan tomato menjadikan ianya lengkap dari segi protein dan sayuran.

Daging Tetel Goreng Jintan

Menurut Inaz ini adalah resepi warisan daripada nenek moyangnya yang telah diperturunkan kepada ibunya. Seterusnya resepi ini telah diajar dan dilatih oleh ibu Inaz sendiri kepada tukang masak di Restoran Bunga Lawang.

Untuk pengetahuan semua daging tetel yang digunakan dalam hidangan perlu direbus bersama rempah ratus terpilih selama berjam-jam lamanya. Ini adalah bagi memastikan daging tetel itu menjadi betul-betul empuk. Seterusnya daging ini akan digoreng garing bersama rempah ratus yang dikisar sendiri oleh ibu Inaz. Menariknya tentang hidangan daging tetel goreng jintan ini apabila kita nikmatinya terasa isi daging masih lembut (juicy) dan ianya begitu garing di bahagian luar. Enak dinikmati bersama nasi putih panas.

Sotong Masak Hitam

Sotong yang dimasak bersama hirisan bawang, cili dan rempah (rasanya). Hahahaha. Tapi sedapnya ya ampun. Pertama kali sebenarnya saya menikmati sotong masak hitam. Siap meratah lagi hokeh.

Taugeh Goreng

Pengambilan makanan setiap hari kenalah seimbang, selain daripada protein dan karbo kita juga perlu  ada sayur dan buahan. Jadi kami telah mencuba masakan taugeh yang cukup rasa dan kehadiran sayuran ini menjadikan hidangan yang kami nikmati cukup lengkap dengan bernutrisi.

Close up sikit menerusi bidikan kamera telefon pintar dari satu sudut yang lain.

Lempeng Pisang

Ini juga antara hidangan yang perlu cuba jika datang ke sini. Lempeng pisang yang dibakar panas-panas. Apa yang menariknya selain daripada rasa pisang yang manis terdapat juga isi parutan kelapa didalamnya. Ini adalah resepi tradisi keluarga Inaz yang menjadi kegemaran sejak dulu lagi.

Cucur Ikan Bilis

Bagi yang sukakan cucur bilis yang digoreng secara panas-panas dan dinikmati bersama sos cili yang didatangkan bersama. Ranggup betul diluar dan isinya didalam sangat lembut.

Kopi O 434

Kalau masyarakat tempatan Muar sememangnya cukup senonim dengan gred kopi 434 ini. Rasanya memang betul-betul kaw! Lihat sahaja kepada kepekatannya memang terbaik. Apatah lagi dapat dinikmati bersama biskut petak (setengah orang panggil biskut mayat, hahah). 

Kopi Susu 434

Jika suka diletakkan susu, bolehlah order kopi susu 434. Seperti saya yang gemarkan rasa lemak-lemak susu didalam kopi yang sudah cukup kaw.

ABC

Air Batu Campur (ABC) sedap dinikmati terutama ketika cuaca panas ataupun pada ketika kita mahu duduk bersantai bersama rakan sambil menikmati ais kepal yang enak.

Air Mango dan Soda Bandung  Saiz Jumbo

Di Restoran Bunga Lawang menawarkan pelbagai jenis minuman yang hebat rasanya. Ada 2 jenis saiz cawan samada sejuk ataupun panas. Dan untuk kali ini, saya dan Anaqi telah memilih air mango (jus mango yang diekstrak dari buahan sebenar) dan soda bandung saiz jumbo. Memang puas hati :-)

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Betapa seronoknya didalam hati,
Dapat menikmati juadah tradisi,
Umpama masakan ibu sendiri,
Makan sekali termimpi-mimpi,
Terima kasih daun keladi,
Lain kali jemputlah lagi, hihi :-)

Jangan lupa korang datang singgah:
Restoran BungaLawang, 
50G,JALAN 7/7B
Bandar Baru Bangi, 
Seksyen 7.Selangor

Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh hubungi di talian:
Tel: 03 89229921
Whatsapp: 012 3369912

Boleh klik  di sini untuk menggunakan aplikasi WAZE:

Dan jgn lupa LIKE & FOLLOW:


Image may be NSFW.
Clik here to view.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2936