Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2933

Penjagaan Botol Susu Anak Menggunakan Mimosa 2-In-1 Baby Steam Steriliser & Dryer

$
0
0
Saya sebenarnya sudah lama mencari produk yang boleh berfungsi sebagai 'sterilise' dan juga mengeringkan perkakasan kegunaan harian anak-anak saya. Ini kerana sejak akhir-akhir ini terlalu banyak kisah/isu mengenai penyakit yang salah satu punca ialah tidak 'hygience' ataupun penjagaan kebersihan yang tidak optimum.

Terutamanya botol susu anak yang mana mereka akan mengunakannya lebih dari sekali setiap hari jadi perkara yang perlu diambil berat adalah 'adakah ianya benar-benar bersih dan bebas kuman?'. Diperkenalkan oleh seorang rakan tentang jenama Mimosa 2-in-1 Baby Steam Sterilizer & Dryer, produk dari Malaysia tetapi kecanggihannya setaraf dengan produk sedia ternama menjadikan saya begitu teruja menggunakannya. Apatah lagi ianya boleh didapati di semua outlet Mothercare. Jadi kita tidak ada masalah untuk mendapat produk ini tanpa perlu  menunggu proses penghantaran dan sebagainya.

Ini adalah perkakasan yang datang bersama Mimosa 2-In-1 Baby Steam Steriliser & Dryer. Terdapatnya penutup, tray, sudip (pemegang), cawan penyukat air waranti dan pelbagai lagi.
Hendak menggunakannya cukup mudah, hanya lalui beberapa langkah seperti di bawah.

Sebanyak 180ml air dimasukkan di bahagian ini. Pastikan air benar-benar cukup bagi memastikan proses 'sterilise' berlaku dengan sempurna.

 Masukkan botol-bootol susu yang telah dibersihkan terlebih dahulu. Untuk Mimosa 2-In-1 Baby Steam Steriliser & Dryer sebanyak 7 botol boleh dimasukkan dalam satu-satu masa.

 Di bahagian atas,kita boleh letakkan 'tray' dan seterusya kita susun penutup dan puting yang digunakan. Ini adalah penting memandangkan puting digunakan secara 'direct'/terus ke mulut kanak-kanak. Jadi kita kena pastikan ianya betul-betul bersih dan bebas kuman.

 
Pastikan tray ditutupkan dengan kemas. Seterusnya tekan butan 'ON' di bahagian depan. Dan kita akan lihat lampu biru akan bernyala.

 Untuk proses 'sterilize' ianya mengambil masa dalam 12 minit dan untuk proses pengeringan ianya mengambil masa hampir 30 minit. Menariknya untuk dua proses ini kita tidak perlu duduk menunggu di hadapan produk. Ini kerana setelah siap proses sterilise' dan pengeringan, produk Mimosa 2-In-1 Baby Steam Steriliser & Dryer akan mengeluarkan bunyi "BEEP" sebanyak 3 kali.

Pastikan kita menggunakan pengepit yang diberikan. Ini bagi memastikan produk yang kita siap 'sterilise' dan dikeringkan benar-benar bersih serta selamat digunakan.



Dua beradik ini yang masih menikmati susu didalam botol susu mereka. Sebenarnya selain daripada botol susu kita juga boleh masukkan cawan minuman si kecil, sudu dan garfu plastik kepunyaan mereka dan banyak lagi. Bestkan....

So uolls kalau nak dapatkan produk Mimosa 2-In-1 Baby Steam Steriliser & Dryer atau penerangan lebih lanjut boleh layari:-



Kebersihan dijaga,
Kesihatan terpelihara,
Si manja ceria,
Ibu pasti bahagia.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2933