Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2935

Masalah Sinus Anaqi Dapat Diatasi Dengan THYMOS - anti sinus/nasal allergies spray

$
0
0
 
 Sebagai abang sulung, saya sentiasa menasihatkan Anaqi untuk sentiasa menjadi contoh kepada adik beradik beliau yang lain. Jadi kehidupan sehariannya memang padat dengan jadual belajar, bermain dan pelbagai lagi aktiviti yang beliau suka sertai.

Sebagai anak remaja, beliau juga sangat suka bersukan, pergi gym menjaga badan dan berenang. Namun sejak awal tahun 2015 ini, beliau sudah kurang membuat aktiviti yang beliau gemari. Ini kerana Anaqi mengalami masalah sinus yang agak teruk. Beliau sangat sensitif dengan habuk, bau asap dan cuaca sejuk.

Dan saya telah banyak merujuk Anaqi di pakar perubatan bagi menyelesaikan masalah kesihatan yang sering dialami oleh beliau. Biarpun tidak serius namun, masalah sinus sedikit sebanyak menganggu waktu tidur (kerap terjaga kerana hidung berair tengah malam), kerap bersin tidak menentu terutama ketika berada di tempat awam,sakit kepala dan sentiasa rasa tidak selesa.

Jadi apabila saya mula diperkenalkan dengan produk THYMOS - anti sinus/nasal allergies spray saya terus mendapatkannya untuk Anaqi. Segala infomasi saya perolehi melalui pembacaan saya daripada respon testimoni pengguna produk ini, semua responden (pengguna) dapat mengatasi masalah sinus yang dihadapi oleh mereka.



Produk ini sesuai untuk semua golongan tidak kira muda ataupun tua. Dari seusia bayi setahun mahupun untuk wanita-wanita mengandung semuanya boleh menggunakan produk ini. Ianya tidak akan menyebabkan alahan atau kesan sampingan bahkan hakikahtnya ianya lebih memberikan keselesaan selepas menggunakannya.


THYMOS | Anti Sinus/Nasal Allergies telah memperkenalkan 'Invisible Airshield Technology' bagi memberikan perlindungan yang hebat kepa penggunanya. Ianya merupakan produk hasil teknologi “Self-Sanitizing” daripada UK yang telah dipaten.  Yang paling penting spray ini adalah produk klinikal yang telah mendapat pengiktirafan dan mampu menjadi antibodi untuk badan kita. TIADA AKLOHOL, TIADA BAHAN KIMIA TOKSIK, TIADA STEROID DAN TIADA WANGIAN.

Kajian juga mendapati produk ini mampu memberi pelindungan sehingga 12 jam lamanya. Selain itu ianya juga dapat menghapuskan Pathogens (Pathogens di sini merujuk agen infeksi seperti virus, kuman, bakteria, fungus, protoza dan micro-organisma)  99.999% dalam masa 60 saat*
Selain daripada kebaikan yang jelas diterangkan oleh pihak pengeluar produk, saya sebenarnya agak tertarik dengan pembungkusan produk THYMOS ini. Sangat praktikal dan mudah untuk dibawa ke mana sahaja.


Seperti Anaqi beliau boleh meletakkan didalam poket seluarnya. Bagi saya pula saiznya yang kompak cukup sempurna untuk diletakkan didalam tas tangan saya tidak kiralah apa sahaja saiznya - kecil dan besar memang tiada masalah.



Hanya tekan di bahagian atas secar aperlahan, kita akan lihan air semburan akan keluar di bahagian muncung.  Cara penggunaannya seperti memakai semburan wangian. Hanya sembur di persekitaran kita. Contohnya sembur 6 kali di bantal tidur, tilam, selimut dan sebagainya. Ini terutama bagi kita yang suka pergi melancong (travel), jadi sebelum kita bermalam di situ seeloknya kita sembur juga di kawasan bantal, tilam dan selimut.

Bagi Anaqi sendiri beliau suka menyembur di baju yang dipakainya setiap hari. Sembur 4 kali pada bahagian bahu. Baunya agak neutral dan tidak akan memberi kesan atau ransangan pada deria bau kita dan orang yang berdektan.

Seperti semburan air magis, kita akan merasai kesegarannya setiap kali semburan dibuat. Paling ketara Anaqi tidak lagi mengalami masalah kegatalan pada hidung terutama ketika bangkit dari tidur setiap pagi. Menurut Anaqi beliau juga tidak mengalami masalah pening kepala setiap pagi bahkan beliau lebih rasa bersemangat dan selesa.

Teknologi “Self Sanitizing” (pembersihan automatik) yang telah dipaten ini mengandungi mineral aktif berkualiti tinggi yang menghasilkan ion negative bakterostatik yang menyahfungsikan dan memusnahkan kuman-kuman, patogen dan allergen sebelum ia berpeluang menyerang. Mineral aktif ini akan cas semula secara automatik apabila terdedah kepada udara, maka sekali semburan boleh tahan 12 jam.

Hanya 1 semburan tahan lebih 12 jam lamanya, ternyata ianya adalah produk yang begitu berbaloi untuk di miliki setiap ahli rumah :-) Bak kata pepatah mencegah lebih baik daripada merawat. Jadi lindungi keluarga dan orang tersayang terutama mereka yang mengalami masalah sinus/alergik dengan memberikan mereka pelindungan yang terbaik demi kesejahteraan sepanjang hayat.

Harga dipasaran adalah RM75, namun secara esklusifnya di outlet Guardian Malaysia menawarkan pada harga istimewa iaitu RM69.90 sahaja. Cepat korang dapatkannya sekarang!

Untuk lebih info, boleh layari:-


#ThymosSprayShield 
#ThymosAllDayPotection 
#AntiSinusSpray
 #ThymosVirusDefense
 #ThymosAirShield 
#ThymosSelfSanitizer
 #ThymosMalaysia
 #EnapakMarketing


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2935