Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2935

HARGA RUNTUH DI GUARDIAN SETIAP MINGGU, SEPANJANG TAHUN

$
0
0

Yuhuuuu!! Nak habaq kat uolls ni, Guardian Malaysia telah mengumumkan untuk menurunkan harga barangan terpilih pada setiap hari Jumaat hingga Ahad, sepanjang tahun 2018. Ini adalah satu langkah berani dan tanggungjawab sosial Giant Malaysia untuk membantu pengguna mengurangkan kos sara hidup yang semakin meningkat.

CEO of Guardian Health & Beauty Malaysia, Soren Lauridsen bergambar bersama dengan jurucakap (duta) bersempena dengan Kempen Guardian Malaysia’s Knockdown Prices (dari kiri) Charis Ow, Era.Fm Radio DJ Ray DJ Haniff dan Jenn Chia

Dikenali sebagai Kempen Harga Runtuh, ia menampilkan empat ke lima rangkaian produk yang lengkap, dengan penurunan harga sebanyak 10 hingga 70 peratus. Bestkan, penjimatan yang berganda dalam berbelanja!

Ketua Pegawai Eksekutif Guardian Health and Beauty Sdn Bhd (Guardian Malaysia), Mr. Soren Lauridsen, berkata: “Kempen Harga Runtuh ini sangat penting bagi kami kerana ia membolehkan Syarikat menyumbang secara langsung, dan untuk membantu rakyat Malaysia mengurangkan kos sara hidup yang semakin meningkat secara signifikan.

“Pelanggan di seluruh negara, tidak kira dimana mereka berada, dan termasuk mereka yang lebih gemar membuat pembelian secara dalam talian, boleh menikmati harga runtuh ini, setiap hari Jumaat hingga Ahad,” tambah beliau.

Bercakap di majlis pelancaran kempen tersebut di Guardian Sunway Pyramid, Soren menjelaskan: 

“Guardian telah menjadi sebuah jenama terkemuka di Malaysia selama lebih 50 tahun, dan kami memiliki reputasi yang baik dalam menawarkan pelbagai rangkaian barangan eksklusif dan berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan. Malah, harga yang ditawarkan di Guardian adalah antara yang terendah dalam pasaran. Tetapi kenyataan ini tidak diberi perhatian yang secukupnya kerana tumpuan yang diberikan dalam kempen pemasaran sebelum ini adalah berbeza.”

“Dengan pelbagai desas-desus yang kita dengar tentang peningkatan kos sara hidup dan barangan yang semakin mahal, kami memutuskan untuk membuat keputusan berani untuk menawarkan harga runtuh ini, setiap Jumaat hingga Ahad, untuk sepanjang tahun ini.”

Anggaran sebanyak 260 barangan, daripada produk penjagaan badan, kesihatan dan kecantikan seperti syampu, gel mandian, pencuci muka, masker muka dan banyak lagi akan ditawarkan pada harga yang lebih rendah sepanjang tahun ini.

“Kami percaya kempen ini diadakan pada waktu yang tepat dan bersesuaian, memandangkan persekitaran perniagaan semasa. Dan kami yakin pengguna akan teruja dengan kempen ini,” tambah beliau.

Harga runtuh adalah tambahan kepada penjimatan hujung minggu (weekend super savers) yang masih diadakan dan promosi eksklusif Koleksi Edisi Terhad Hello Kitty yang sedang ditawarkan sehingga 18 April 2018.


Soren menekankan bahawa Guardian juga telah melancarkan satu lagi inisiatif promosi iaitu BEAUTY DAYS, dimana produk-produk kecantikan ditawarkan dengan potongan harga sehingga 40%. Psst: Untuk promosi 8-11 Febuari 2018, semua barangan kosmetik dijual pada harga diskaun 50%.
Tahniah Ray kerana telah dilantik duta untuk kempen terbaru daripada Guardian Malaysia!

Kitaorang yang begitu teruja untuk berbelanja bersempena dengan Kempen Harga Runtuh di Guardian. Banyak woooo senarai barangan nak dibeli. Dah alang-alang murah, haruslah restock mana  yang perlu :-)

Untuk maklumat dan butiran lanjut tentang kempen dan promosi yang ditawarkan, sila layari www.guardian.com.my

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2935