
Bagi membantu ahli NGO dalam menguruskan perbelanjaan mereka, Kelab Sahabat Persaudaraan telah menyediakan sebanyak 30 ribu kad NGO Negaraku untuk diedarkan kepada NGO dan Koperasi Berdaftar. Dan pemberian peringkat pertama dimulakan kepada ahli-ahli dari 50 NGO yang hadir ke Majlis Pelancaran di Dewan Perdana Felda pada 10 febuari 2018.
Untuk pengetahuan semua Kelab Sahabat Persaudaraan ini merupakan kelab yang berdaftar di bawah Pendaftaran Pertubuhan ataupun ROS. Ianya dibentuk melalui gabungan Sukarelawan Profesional dan kumpulan berpengalaman untuk bersama-sama mencurahkan idea dan kepakaran bagi melahirkan program-program yang berkualiti berteraskan kepada pendidikan dan kebajikan untuk diperkenalkan kepada masyarakat.
Menariknya tentang kad ini, setiap pemilik boleh menikmati tawaran pembelian barangan terpilih dengan harga yang terbaik. Manakala Mobile App yang diperkenalkan ini juga mempunyai kepelbagaian aplikasi yang bersesuaian untuk digunakan oleh ahli NGO ini termasuklah pengumpulan derma dan sumbangan secara digital bagi tujuan untuk membantu antara satu sama lain mengikut keperluan sebenar.
Bagi saya sendiri dengan adanya pengenalan kad NGO Negaraku ini sebenarnya dapat dijadikan sebagai platform terbaik untuk menggabungkan kumpulan-kumpulan NGO dan juga Koperasi yang terdapat di Malaysia untuk lebih bekerjasama didalam aktiviti sosial dan ekonomi. Ini adalah melalui usahasama Jaminan Usahasama dan Jaminan Berkelompok. Selain itu ahli-ahli kad ini juga boleh mendapat manfaat e-platform dan Fin-tech yang secara tidak langsung menghubungkan antara Kerjaan dan juga NGO di atas plaform digital.
Ini adalah selaras dengan 3 prinsip teras yang diperkenalkan oleh Kelab Sahabat Persaudaraan didalam Program Komuniti Digital NGO Negaraku iaitu:
- Menghubungkan Kerajaan, NGO dan Ahli-ahli NGO termasuk Koperasi dalam era digital berteraskan semangat Negaraku.
- Mengeratkan kerjasama dan memupuk semangat bantu membantu antara satu sama lain mengikut keperluan sebenar.
- Mendidik Masyarakat untuk berbelanja secara bijak dan berhemah.
