Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2933

Minuman Botani Surya Chlorophyll Yang Memberi Khasiat Sayuran 100 Peratus

$
0
0
Anak saya Amani memang seorang yang sangat memilih makanan (picky eater). Terutamanya sayuran, memang beliau akan cuba elak untuk mengambilnya setiap kali waktu makan. Biarpun saya memberi peringatan dan nasihat tentang kebaikan mengambil sayuran dalam diet pemakanan setiap hari, namun Amani tetap akan memberi bermacam-macam alasan untuk menolak makan sayuran yang telah saya hidangkan.

Sebagai alternatif bagi memastikan tubuh Amani menerima cukup zat dan vitamin, saya telah memberikan minuman botani Surya Chlorophyll with Peach. Ianya sebagai makanan tambahan yang dapat membantu menyokong tumbesaran Amani. Dan selain daripada perasa buah pic, Surya Chlorophyll juga didatangkan juga dengan perasa laici.

Ramuan utama Chlorophyll adalah daripada ekstrak dari daun mulberi yang sememangnya sedia maklum ianya bebas pesticide. Suplemen ini terbaik untuk mereka yang:-

● Inginkan kecantikan semulajadi
● Mencari solusi memlihara kulit secara naturel
● Mempunyai masalah kesan parut jerawat
● Sangat cerewet dalam pengambilan sayuran
● Mempunyai bau mulut yang busuk dan badan berbau
● Berumur 4 tahun ke atas.


Cara menikmatinya sangat mudah, hanya campurkan 25ml Surya Chlorophyll  dengan 125ml air suam, kacau rata Ianya boleh diamalkan pada waktu siang hari (sangat membantu menambah kecergasan). Dan untuk 1 cawan (yang didatangkan dengan produk Surya Chlorophyll ) khasiatnya bersamaan dengan 4.7kg bayam. Hebatkan!

Chlorophyll mempunyai banyak kelebihan, antaranya seperti:-
1) Detoxification (Tinggi dalam antioxidants)
2) Purify 'darah' (Meningkatkan hemogoblin & sel darah merah)
3) Melindungi kulit & menjadikan kulit lebih sihat (Rehydration)
4) Membantu mengatasi masalah mulut berbau/badan berbau
5) Membantu detoxification hati (liver)


Saya juga mengambil produk Surya Chlorophyll ini setiap pagi. Ini bagi membantu saya untuk mendapat lebih keyakinan terutama dari segi penampilan diri. Untuk pengetahuan semua, kulit saya sebenarnya agak kusam (atas faktor peningkatan usia, stress dan banyak lagi). Namun dengan ada zat tambahan daripada pengambilan Surya Chlorophyll dapat menjadikan kulit lebih sihat secara semulajadi.


Tidak dinafikan chlorophyll tidak akan memberi rasa seperti manis, masam dan sebagainya. Jika kita lihat pada hari ini, kebanyakan orang akan masak sayuran dengan mencampurkan pelbagai bahan di dalamnya. Apatah lagi jika kita memasaknya agak lama, maka khasiatnya akan hilang begitu sahaja.

Surya Chlorophyll dapat memberikan 100 peratus khasiat tumbuhan (tanpa kurang sedikitpun khasiatnya), dan paling menarik ianya agak enak kerana ada rasa perasa buah laici ataupun buah pic. Kita boleh buat pilihan rasa mana yang kita paling gemari.

Tak ada perasa tambahan yang merbahayakan, harga berpatutan dan sedap!

Keterangan lanjut mengenai produk ini boleh layari:-

Surya Chlorophyll  juga boleh dibeli daripada farmasi dan juga boleh didapati dari laman web seperti:-


#RasaSayang 
#KulitBerseri 
#SuryaMalaysia

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2933