Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2933

Cabaran Pastri dan Kulinari 2018 | Kategori Bakeri (Kek)

$
0
0
Berkesempatan menghadiri ke acara akhir Cabaran Pastri dan Kulinari 2018 anjuran Anchor Food Profesional di KDU Glenmarie Shah Alam pastinya tidak akan saya lepaskan. Untuk pengetahuan semua terdapat 3 kategori pertandingan yang ditawarkan iaitu :-

  • Pastri Terbaik - Kategori Bakeri (13 Mac). Terdapat 4 finalis
  • Kek Terbaik -  Kategori Bakeri (14 Mac). Terdapat 8 finalis
  • Kek Terbaik - Kategori Hotel (15 Mac). Terdapat 8 finalis
  • Kulinari Terbaik - Kategori Hotel (16 Mac). Terdapat 7 finalis



Cabaran ini bermula dari 13 hingga 16 Mac 2018 ini telah diadili oleh chef-chef hebat antaranya seperti:-

Kategori Pastri
Chef Jean Francois Arnaud (Ketua Juri) 
Chef Nazeri Ismail
Chef Arthur Heng 

Kategori Kulinari 
Chef Gerhard Albrecht (Ketua Juri) 
Chef Fami Taufeq 
Chef Sabri Hassan.


Dan saya telah hadir menyaksikan pertandingan membuat kek yang telah dianjurkan pada 14 Mac 2018 di bawah Kategori Bakeri. Seramai 8 peserta telah menyahut cabaran dan tema kali ini adalah mangga dan strawberi. Paling penting setiap peserta pertandingan perlu menggunakan produk terkemuka Anchor seperti Anchor Cream Cheese, Sheet Butter Anchor, Anchor Butter, Anchor UHT Milk, Anchor Whipping Cream, dan Anchor Extra Yield Cooking Cream.

Untuk Kategori Kek (Bakeri) setiap peserta pertandingan harus menyediakan 2 jenis kek  iaitu:

1 jenis kek penuh (Tema: Mangga) 800gm - 1000gm berat setiap kek.
1 jenis kek individu (Tema: Strawberi) 80gm - 100gm berat setiap kek

Di mana setiap kek yang ibuat haruslah mempunyai sekurang-kurangnya sejumlah 30% Anchor Wipping Cream dan Anchor Cream Cheese dari keseluruhan berat kek yang dihasilkan.
Antara kek-keka yang berjaya dihasilkan oleh peserta pertandingan. Semuanya kelihatan enak, menarik dan cantik.












Oh ya! Antara hadiah yang ditawarkan untuk setiap kategori adalah seperti berikut:-

Hadiah Pertama : RM5,000, pingat dan sijil,
Hadiah Kedua : RM3,000, pingat dan sijil 
Hadiah Ketiga : RM2,000, pingat dan sijil.

Bukan mudah untuk mengadili, ini kerana semua peserta dapat memberi persembahan yang terbaik. Setelah 5 jam dan lebih masa yang telah digunakan untuk menghasilkan kek yang terbaik, akhirnya 3 peserta terbaik telah dipilih dan seterusnya diumumkan sebagai pemenang.

Pemenang bagi kategori Bakeri (Kek):
Hadiah Pertama - Yong Yi Yuan.
Hadiah Kedua - Loh Qi Yuan.
Hadiah Ketiga - Yeoh Kean Loon.

Hadiah Pertama - Yong Yi Yuan.

Menurut Yong Yi Yuan, beliau sentiasa mendapat galakan untuk menyertai pertandingan daripada chef yang mengajarnya didalam bidang ini. Peserta ini datangnya dari Brunei dan telah mendapat pendidikan bidang kulinari dari kolej di Singapura. Yong Yi Yuan juga berkongsi beliau telah mendapat begitu banyak pengalaman berharga menerusi pertandingan ini terutama dari segi penyediaan bahan, penyejukan dan pelbagai tip serta teknik yang diberikan oleh juri-juri yang mengadili. 

Manakala peserta dari Johor ini Loh Qi Yuan ini mula melibatkan diri dalam bidang masakan barat pada awalnya. Beliau telah mendapat pengalaman dalam bidang pastri dan kek dari Bakeri Moonlight di mana tempat beliau bekerja. Pada awalnya, beliau tidak berasa yakin dalam bidang bakeri  ini boleh membawa beliau untuk berada lebih jauh. Namun berkat sokongan dari Bakeri Moonlight yang mahukan beliau untuk menerokai bidang ini akhirnya membawa Loh Qi Yuan ke pertandingan ini dan seterusnya dinobatkan menjadi naib juara!

Yeoh Kean Loon dari Penang baru berusia 20 tahun. Bekerja seawal 18 tahun dalam bidang bakeri mendedahkan beliau tentang dunia pastri dan kek yang begitu luas. Menurut beliau, bidang ini agak unik ini kerana untuk menghasilkan kek dan pastri yang enak perlu kombinasi pelbagai bahan. Selain itu beliau juga berpandangan bidang ini menjadikan beliau lebih kreatif dan krisitis dengan mengambil kira beberapa teknik dan masakan dari negara luar seperti Asia - Jepun, Barat dan lain-lain negara lagi. Bagi Yeoh Kean Loon, baginya paling penting bagaimana menjadikan sesuatu rasa yang dihasilkan itu lebih 'sedap'  adalah kunci segalanya

Tahniah! Untuk semua peserta cabaran. Masing-masing hebat dan berbakat. Paling penting setiap usaha yang dilakukan dengan penuh bersemangat dan sentiasa membuat yang terbaik.

Keterangan lanjut mengenai produk dan jenama Anchor Food Professionals boleh layari di www.anchorfoodprofessionals.com :-)


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2933