Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2933

Road To MAHA 2018 Teluk Intan Perak

$
0
0

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) meneruskan misi Road To MAHA 2018 ke Zon Utara di Dataran Menara Condong, Teluk Intan, Perak yang bermula pada 31 Mac hingga 2 April 2018.  Untuk pengetahuan semua siri jelajah Road to MAHA 2018 adalah program bagi mempromosikan penganjuran MAHA 2018 yang bakal diadakan pada 22 November hingga 2 Disember 2018 di MAEPS, Serdang.


Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri DiRaja Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri pada 31 Mac 2018 (Sabtu) Jam 8 malam . Turut hadir ke majlis,  YB Dato’ Sri Tajuddin Abdul Rahman, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.


Kemeriahan karnival dengan kehadiran pengunjung tempatan dan juga dari luar daerah. Suasana bertambah meriah di waktu malam terutama di waktu malam dengan adanya pertunjukan bunga api.

Road to MAHA 2018 diadakan mengikut zon iaitu:

 Zon Sabah/Sarawak: 24-25 Mac, Waterfront Lundu, Sarawak
 Zon Utara: 31 Mac – 1 April, Menara Condong, Teluk Intan, Perak 
 Zon Timur: 5 April – 7 April, Pantai Kuala Kerteh, Terengganu 

Dan pastinya, orang-orang Terengganu terutamanya penduduk Kerteh pasti tidak sabar menunggu kehadiran karnival Road To MAHA 2018 di hujung minggu ini.

Antara keistimewaan serta kelainan Road To MAHA 2018 Teluk Intan Perak, antaranya seperti :-

a. Pengisian utama adalah mengikut 7 kluster:-

 Kluster Produk IAT 
 Kulinari 
 Live Showcase dan Jimat Belanja Dapur
 Kesihatan dan Kraf 
 Agropelancongan 
 Florikultur 
 Perkhidmatan – Pembiayaan, Klinik TEKUN

Ke semua 7 kluster ini memberi peluang pengunjung untuk mengenali dan mendapatkan produk tempatan. Selain daripada barangan segar dan unik, harga yang ditawarkan juga jauh berpatutan.

b. Booth pameran dan jualan

Terdapat pelbagai pameran dari agensi pelancongan, perikanan, perladangan dan banyak lagi. Selain itu kehadiran usahawan agromakan tempatan yang menawarkan pelbagai hidangan makanan yang sedap dan unik, membolehkan pengunjung karnival dapat membeli dan merasai sendiri.

Antara hidangan makanan yang viral sepanjang karnival dijalankan adalah seperti:-

1. Kelapa leleh kampor 
2. Laksa telur bersarang botani ipoh 
3. Burger sotong batu gajah 
4. Chillax concept cafe


Pisang bakaq, harga biasa dijual RM7.50. tetapi di Karnival MAHA harga yang ditawrakan adalah RM7.00.  Untuk edisi istimewa, pisang dibakar serbe vanilla ice cream, ceri dan sirap karamel. Serius sedap giler!


Roti john mozzarella cheese harga asal RM15, tetapi untuk di MAHA harganya adalah RM10 sahaja. Ad a2 pilihan samada ayam atau daging. Semua hidangan ini boleh didapati dari Chillax concept cafe

Kelapa leleh kampor 


Laksa telur bersarang botani ipoh 




Burger sotong batu gajah 

 12 mobile food kiosk





 15 booth gerai jualan dan pameran usahawan

 1500 jualan benih anak pokok kelapa

 jualan pelbagai hasil tempatan, termasuk bahan segar seperti ikan, buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-bungaan, jualan produk-produk asas tani



c. Penyerahan Geran :

Penyerahan geran kepada organisasi yang terlibat didalam industri agromakanan Malaysia.  Pengagihan penyerahan geran adalah seperti berikut:-



d. Pertandingan dan demontrasi 

Turut diadakan beberapa pertunjukan dan demonstrasi secara 'live' bagi membolehkan pengunjung melihat sendiri pertunjukan seni seperti seni bela diri, seni tenun, pembuatan labu sayong dan banyak lagi.


 Pelepasan berakit dari Teluk Intan ke Bagan Datuk, Perak


 Demo masakan popular Negeri Perak – Pekasam, Pecal, Rendang Tok Udang Galah, Laksa Kelapa, Masakan Jagat, sedut Kelulut






 Demo penghasilan kraf – seni tekat Perak, Produk Buloh, Labu, Sabun Herba,

 Demo tanaman – cantuman pokok durian, cendawan,


 Petting zoo, Jebak burung, Teknik memancing.

 Pameran hidupan laut seperti penyu



e. Konsert dan Persembahan 

 Turut diadakan  Konsert Gegar Peladang . Antara artis yang hadir membuat persembahan seperti Syamel, Amira Othman, Ara AF dan Maharajalawak Mega Mamak Puteh dan Hazonexoxo!


 Persembahan Gendang Silat

 Permainan Tradisional - Gendang Silat Wanita

 Persembahan Nyanyian dan Muzik Storm.

Pelanggan juga dapat menyertai pelbagai aktiviti dan pertandingan di booth-booth terpilih.

Di siri jelajah Road To MAHA 2018 turut diadakan pertandingan selfie/wefie. Dengan hanya memuat naik gambar ketika berada di karnival di instagram dengan memasukkan juga hash tag (rujuk poster) dan tag pada @maha2018my, dapatkan sokongan LIKE daripada rakan/keluarga dan sekiranya gambar mempunyai jumlah LIKE tertinggi, maka anda boleh menjadi pemenang.

Dan untuk siri jelajah Road to MAHA 2018 ke Teluk Intan sudah menemui pemenangnya ya! Tahniah diucapkan :-)

Selain itu setiap pengunjung yang hadiri turut berpeluang menyertai pertandingan cabutan bertuah. Antara hadiah yang ditawarkan adalah kereta Myvi, barangan elektrik dan banyak lagi.

 Gameshow



f. Jualan Happy Hour 

Ini sememangnya sangat dinantikan oleh pengunjung yang mana banyak produk/barangan tempatan ditawarkan harga yang memang berbaloi. Ini terutama ketika Jualan Happy Hour.


 Jualan Jimat Belanja Dapur


 Jualan Penghabisan stok ikut masa yang ditetapkan.

Dengan adanya karnival seperti ini jelas pihak Kementerian sentiasa manhu meningkatkan hasil pengeluaran dalam sektor agromakanan negara demi untuk rakyat serta membantu mewujudkan jaringan perniagaan dengan pelbagai pihak untuk pembangunan dalam sektor pertanian negara.


Antara booth yang mencuri perhatian di sini - acara main dam haji

Selaras dengan tema MAHA 2018 iaitu segalanya wanita,  pihak Kementerian Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyeru semua pihak terutamanya golongan wanita untuk merebut peluang yang disediakan oleh MOA dan agensi-agensi Kerajaan yang lain. Dan diharapkan agar matlamat Tahun Memperkasa Wanita dapat dicapai bersama.

Dan jika korang nak menjadi sebahagian usahawan/usahawanita bersama-sama menjayakan MAHA 2018 bolehlah hubungi :-

SEKRETARIAT MAHA 2018
Tel: 012-2783899
 Emel: maha.sales.team@gmail.com
 Instagram :@MAHA2018my



Viewing all articles
Browse latest Browse all 2933