Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2983

Berus Gigi Robopoli Kini Menjadi Feveret Ameer

$
0
0
Anak korang suka tak dengan animasi kanak-kanak Robopoli? Karektor seperti Poli, Jin, Helly, Amber, Roy dan ramai lagi sememangnya tidak asing buat anak-anak yang gemarkan siri animasi ini. Dan kini kita boleh dapatkan di pasaran produk berus gigi dengan karektor Robopoli khas untuk anak-anak kita,

Menariknya terdapat 4 warna yang ditawarkan iaitu biru hijau, pink dan oren. Untuk pengetahuan semua produk berus gigi ini adalah bebas BPA, anti-bakteria dan ianya sesuai untuk kanak-kanak 3 tahun ke atas.

Amber 

Roi 

Heli 


Poli 

Saya sendiri sangat sukakan berus ini. Selain daripada warnanya agak menarik. Ianya juga mempunyai permukaan dibawah yang boleh melekat di permukaan berjubin seperti sinki. Jadi ianya memudahkan saya untuk menyusun barangan penjagaan diri seperti berus gigi didalam bilik air dengan kemas dan tersusun.

Berus gigi juga agak lembut dan padat. Pemegangnya juga diperbuat daripada plastik yang mempuyai grip yang begitu lembut. Ianya memang memudahkan anak seperti Ameer untuk memberus giginya sendiri. *Dengan tunjuk ajar ibunya juga ya, hehehehe

Dan kini saya tidak mempunyai masalah untuk menyuruh Ameer menggosok giginya. Ini kerana setiap kali waktu untuk memberus gigi Ameer akan menjadi teruja dan tidak sabar-sabar untuk menggunakan berus gigi Robopoli karektor animasi kegemarannya. Secara tidak langsung ini adalah satu bentuk motivasi yang dapat mendidik Ameer untuk peka tentang penjagaan kebersihan dirinya :-)


Uolls juga boleh dapatkan produk berus gigi Robopoli di pasaran seperti di farmasi dan pasaraya terkemuka. Pasti anak korang akan teruja!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2983