Setiap tahun pada musim panas Starbucks akan memperkenalkan minuman Frappuccino yang terbaru untuk waktu yang terhad. Dan untuk tahun ini Starbucks telah memperkenalkan Starbucks® Midnight Mocha Frappuccino® dan Starbucks® Tea-ramisu Frappuccino®.
Apa yang menarik tentang kedua perisa baru Frappuccino® ini? Meh saya kongsikan...
Starbucks® Midnight Mocha Frappuccino®:
Ramuan utama adalah koko sebenar bersama kopi Starbucks dan diadun bersama cip kopi dan paling penting ianya dilapisi krim putar yang gebu. Minuman monokromatik ini ditaburi sedikit serbuk koko hitam di atas untuk menggandakan keseronokan ketika menikmatinya.
Starbucks® Tea-ramisu Frappuccino®:
Kelainannya adalah melalui sentuhan pencuci mulut ‘Tiramisu’ yang termasyhur, minuman adunan istimewa ini menggabungkan rasa enak krim kek keju dengan rasa pahit manis matcha (teh hijau) Jepun. Tea-ramisu membawakan tekstur unik dan rasa Frappuccino terbaharu Starbucks dengan adunan asas susu berperisa kek keju dan sos teh hijau yang ditambah krim putar dan taburan biskut teh hijau hancur.
Turut diperkenalkan dua sajian ringan bercoklat terbaru dari Starbucks iaitu Oreo Matcha Oreo Cheese Cake (Kek Keju Oreo Teh Hijau) dan Salted Corn Chocolate Puff (Paf Coklat Jagung Masin).
Oreo Matcha Oreo Cheese Cake dibuat daripada biskut Oreo sebagai lapisan dasar dengan mousse keju teh hijau berkrim di atasnya dan ditaburi cebisan biskut Oreo. Manakala Salted Corn Chocolate Puff dibuat daripada pastri Danish dengan perisa emping coklat berinti jagung masin berkrim yang menyelerakan.
Untuk musim ini, terdapat juga barangan cenderahati baharu bertema Musim Panas dan kad istimewa Starbucks bersempena dengan Hari Ibu, yang sesuai dijadikan sebagai hadiah buat ibu tersayang.
Starbucks® Midnight Mocha Frappuccino® dan Starbucks® Tea-ramisu Frappuccino® ditawarkan pada harga RM18.60 ke atas. Semua minuman untuk Musim Panas ini boleh didapati di semua cawangan Starbucks bermula dari 17 April 2018, sementara stok masih ada.
Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari Starbucks Malaysia di www.starbucks.com.my.
Image may be NSFW.Clik here to view.
