Baru-baru ini saya dan anak-anak berkesempatan meyertai satu kempen menarik iaitu kempen GROW yang telah diadakan di Tropicana City Mall. Untuk pengetahuan semua Kempen GROW ini telah dilancarkan oleh Tropicana City Mall dan The Mines Shopping Mall (The Mines).
Tujuan kempen GROW ini adalah untuk mendidik generasi muda hari ini bagaimana memelihara bumi melalui penanaman sayuran secara hydroponik. Apa yang lebih menarik kanak-kanak yang hadir turut diberi peluang untuk mencuba sendiri menanam sayuran secara organik didalam rumah hijau.
Menurut Cik Paulin Lim (Pengurus Pemasaran dan Komunikasi), "Ini adalah kolaborasi jangka masa panjang di antara The Mines Shopping Mall dan Tropicana City Mall bersama Oliver Gourmet (local grocer). Di mana kempen ini mensasarkan generasi muda untuk lebih memahami tentang kebaikan yang bakal diperolehi jika kita berbudi kepada tanah (bercucuk tanam) dan punyai sikap terhadap sayang alam-semulajadi"
Lihat sahaja bagaimana anak-anak ini belajar untuk meletakkan benih didalam bekas hydroponik yang disediakan. Sesuatu yang cukup seronok apabila melihat anak kecil kita bersungguh-sungguh menyertai aktiviti bercucuk tanam ini.
Dengan adanya Kempen GROW anak-anak (khasnya memang membesar di bandar), boleh melibatkan diri sambil belajar cara menanam. Sekaligus aktiviti ini mampu menyerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka seperti sayangi hidupan, kasih pada alam sekitar, bertanggungjawab dan pelbagai lagi.
Hasil tanaman ini juga akan dijual di Gourmet Oliver yang mana pelanggan boleh mendapatkannya secara"segar dari kebun rumah hijau". Hasil jualan ini akan disalurkan ke organisasi kebajikan yang dipilih.

Keterangan lanjut boleh layari:-
Jom sama sertai Kempen GROW!
