Tak ada kerja..
Susah nak cari kerja...
Penganggur sekian lama...
Demand dunia pekerjaan dah tak ada..
Sebenarnya sejak akhir-akhir ini terlalu banyak isu seperti yang diluahkan diatas sering diperkatakan dikalangan masyarakat kita. Biarpun dikatakan di pasaran luar ada terdapat banyaknya peluang pekerjaan tetapi tidak dinafikan mereka yang mencari pekerjaan sememangnya berganda-ganda ramainya berbanding dengan peluang pekerjaan yang ditawarkan.
Jadi hidup didalam dunia serba digital ini, apa yang kita boleh lakukan bagi membolehkan kita mencari rezeki yang halal tanpa menunggu sampai jemu untuk memperolehi pekerjaan yang diidamkan...
Satu persoalan yang perlu kita fikirkan...
Ok, korang pernah tak dengar mengenai kempen #YOUCANDUIT ???
Untuk pengetahuan korang #YOUCANDUIT adalah satu kempen untuk menjana pendapatan digital yang diperkenalkan oleh MDEC. Yang mana seperti yang kita ketahui zaman dunia tanpa batasan hari ini membolehkan Teknologi Digital meningkatkan semangat daya saing dikalangan masyarakat untuk memperbaiki kehidupan mereka di Malaysia.
Bahkan tidak dinafikan Ekonomi Digital kini telahpun menjadi fenomena di seluruh negara yang menjadikan kehidupan masyarakat yang terlibat ke arah taraf hidup yang lebih baik.
e-Usahawan:
Program eUsahawan ini dibuka kepada mereka yang sudah mempunyai perniagaan sendiri. TETAPI masih memasarkan dengan cara tradisional seperti berniaga di pasar malam, jualan pintu ke pintu, jual di gerai atau di kedai dan sebagainya. Rasional adakalanya agak sukar untuk usahawan itu sendiri untuk memasarkan produk/barangan mereka dengan lebih luas lagi.
Contohnya penjualan kek dan biskut. Di mana kita tidak nafikan golongan wanita Malaysia hari ini cukup gemar memasak dan membakar biskut dan kek. Dari hanya bermula sebagai hidangan keluarga tetapi kini mereka boleh niagakan hasil masakan mereka menerusi hebahan di Teknologi Digital. Isunya di sini adakah usahawan ini benar-benar tahu bagaimana hendak memperluaskan dunia pasaran mereka di dunia Teknologi Digital. Nah! Di sinilah peranan MDEC yang memperkenalkan eUsahawan yang mana telah disediakan modul, kelas dan kursus yang perlu mereka ikuti bagi memantapkan pengetahuan mereka terutama bagaimana cara terbaik untuk mereka pasarkan produk mereka melaui Teknologi Ditital. Antaranya seperti penggunaan FB ads, pemasarana di Instagram, penulisan "copy writing" dan banyak lagi.
Bukan itu sahaja MDEC juga akan memantau prestasi setiap peserta yang mengikuti program eUsahawan untuk tempoh masa tertentu. Peserta yang sering menunjukkan kemajuan yang berterusan akan ditawarkan program latihan lanjutan keusahawanan digital. Selain insentif tersebut, peserta berpeluang untuk menyertai sesi mentor secara peribadi bersama ahli perniagaan online yang berjaya serta menimba ilmu dalam pengurusan wang yang konsisten. Peserta juga akan diberi bimbingan serta strategi dalam pengurusan perniagaan agar peserta terus kekal maju dalam perniagaan digital.
Impak hasil program eUsahawan seluruh negara sejak bermula pada Julai 2015 hingga Disember 2017:-
o Seramai 156,580 pelajar TVET dan usahawan mikro telah dilatih;
o Seramai 44,466 telah melapor jualan;
o Menjana RM227.14 juta jualan atas talian
Hebat bukan.....
Untuk setakat Disember 2017, sebanyak 778 pusat eUsahawan termasuk TVET, IPT, PI1M, PIC, RTC dan UTC telah mengambil bahagian dalam inisiatif ini antaranya seperti:-
o UUM
o UiTM
o UMK
o UniKL
o Kolej Universiti Poly-Tech
o MARA
o Kolej Poly-Tech MARA
o German Malaysian Institute
o Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)
o Institut Latihan Perindustrian
o Jabatan Pendidikan Politeknik
o Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti
o Koleh Kemahiran Tinggi MARA
o Institut Kemahiran MARA
o Instititut Kemahiran Belia Negara
o Kolej Professional MARA
o Giatmara
Di bawah program eUsahawan Marketplace, MDEC telah kerjasama rakan kongsi program platform e-dagang terkemuka seperti MyBazar, AVANA, 11th Street, Shopee, dan Lelong.my. Ke semua platform e-dagang ini mampu menyediakan platform dagangan online untuk membantu usahawan mikro menjangkau pasaran yang lebih luas.
o UUM
o UiTM
o UMK
o UniKL
o Kolej Universiti Poly-Tech
o MARA
o Kolej Poly-Tech MARA
o German Malaysian Institute
o Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)
o Institut Latihan Perindustrian
o Jabatan Pendidikan Politeknik
o Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti
o Koleh Kemahiran Tinggi MARA
o Institut Kemahiran MARA
o Instititut Kemahiran Belia Negara
o Kolej Professional MARA
o Giatmara
Di bawah program eUsahawan Marketplace, MDEC telah kerjasama rakan kongsi program platform e-dagang terkemuka seperti MyBazar, AVANA, 11th Street, Shopee, dan Lelong.my. Ke semua platform e-dagang ini mampu menyediakan platform dagangan online untuk membantu usahawan mikro menjangkau pasaran yang lebih luas.
MDEC juga bekerjasama dengan agensi-agensi pembangunan serta NGO untuk menyalurkan ahli-ahli yang merupakan usahawan mikro ke dalam kursus ini. Setakat ini, agensi-agensi berikut telah mula menyalurkan senarai nama usahawan mikro:
· Persatuan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT)
· Universiti Malaysia Kelantan
· East Coast Economic Region (ECER)
· Majlis Amanah Rakyat (MARA)
· Kedah Industrial Skills and Management Development Centre
· Maktab Koperasi Malaysia (MKM)
· Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa)
· FELDA
· Universiti Malaysia Kelantan
· Jabatan Tenaga Kerja
· Secretariat for Empowerment of Indian Entrepreneurs (SEED)
· Perbadanan Usahawan Johor
· Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu
· FAMA
· Felcra Berhad
· UITM Sri Iskandar
· UITM Technology Centre Sdn Bhd
· Universiti Kuala Lumpur (UNIKL)
· CQ Bryers College
· Amanah Ikhtiar Malaysia
· Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW)
· Kementerian Perdagangan Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)
· Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat (KPWKM)
· Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
· Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
· Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Terengganu
· Persatuan Pembangunan Usahawan Wanita (PPUW)
· Pertubuhan Wanita Bekerja Sendiri Malaysia
· Pusat Khidmat DUN Manjoi
· Kerajaan Negeri Kedah
· Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
· Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)
· UMNO Johor
· Yayasan Bina Upaya
· MyWin Academy
· Satu Daerah Satu Agensi
· Parlimen Kota Belud, Sabah
· Telekom Malaysia
Untuk rekod pada tahun 2017, MDEC telah melatih lebih 102 ribu orang peserta dan lebih 25 ribu daripada mereka telah menjana pendapatan sampingan. Jumlah jualan yang telah dijana pula adalah lebih RM175 juta.
Secara kumulatif, sejak pelancaran program ini pada tahun 2015 sehingga Disember 2017, lebih 156 ribu peserta telah dilatih dan lebih 44 ribu orang telah berjaya menjana pendapatan sampingan. Jumlah jualan yang dilaporkan adalah lebih RM227 juta.
So kalau korang nak menyertai Usahawan mikro di seluruh negara boleh mendaftar untuk menyertai kursus sambilan eUsahawan melalui https://eusahawan.mdec.my/ atau dapatkan maklumat dengan lebih jelas di www.youcanduit.mdec.my
Korang juga boleh dapatkan tips-tips dan perkembangan terbaru tentang program eUsahawan di laman Facebook @eUsahawanMY
e-Rezeki:
eRezeki merupakan sebuah program di bawah kempen #YOUCANDUIT yang bertujuan memberi peluang kepada rakyat yang berpendapatan rendah termasuk penerima BR1M untuk menjana pendapatan tambahan dengan memanfaatkan teknologi digital dan peluang-peluang pendapatan secara digital. Program ini juga sesuai untuk pelajar universiti, graduan menganggur, pesara, mereka yang diberhentikan kerja atau yang menamatkan kerjaya atas sebab-sebab peribadi
Secara mudah eRezeki ini adalah mereka yang tidak mempunyai apa-apa perniagaan (tidak mengusahakan apa-apa produk) tetapi dilatih untuk mendapatkan skil tertentu yang boleh menjanakan pendapatan. Contohnya sebagai penterjemah, penulis sub-title dan banyak lagi sebenarnya.
Dengan kerjasama HRDF, program eGHI kini ditawarkan kepada golongan B40 (golongan isirumah berpendapatan rendah) dan M40 (golongan isirumah berpendapatan sederhana- middle class, termasuk mereka yang telah diberhentikan kerja yang berkemahiran tinggi.
Secara mudahnya, pendapatan isi rumah di Malaysia dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu T20, M40 dan B40. T20 ni adalah kumpulan yang berpendapatan RM8319 dan ke atas. M40 pula kumpulan yang berpendapatan antara RM3860 ke RM8319 manakala B40 berpendapatan dibawah RM3860. Maksudnya kat sini, 80% dari rakyat Malaysia berpendapatan isi rumah RM8319 dan ke bawah. Ingat pendapatan isi rumah ya, bukan gaji individu.Jadi kalau kau dan isteri masing-masing bergaji RM2000 sebulan kau dah berada di kategori pertengahan M40. Orang putih cakap golongan middle class
Sumber: http://apemazing.com/beza-pendapatan-t20-m40-b40-di-malaysia/
eRezeki adalah langkah strategik di mana penyertaan rakyat terutamanya golongan B40 dan M40 ke dalam platform-platform crowdsourcing, diselia bagi memastikan kapasiti dan kualiti pekerja digital dari Malaysia adalah menepati kehendak industri antarabangsa. Secara langsung, ini akan menjadikan pekerja digital dari Malaysia sebagai pilihan pemain industri dan seterusnya menyumbang kepada penjanaan pendapatan serta membantu kearah mencapai status negara berpendapatan tinggi.
Crowdsourcing atau kaedah di mana syarikat-syarikat kini mendapatkan perkhidmatan daripada warga internet (netizens) untuk melaksanakan tugasan-tugasan tertentu telah dikenalpasti oleh World Economic Forum (WEF), menerusi laporan ‘The Future of Jobs’, sebagai salah satu trend yang akan mengubah cara kerja tradisi.
Antara tugasan yang boleh didapati dalam sistem eRezeki adalah seperti berikut:
a) Tugasan Digital Mikro (Digital Micro-Task)
Tugasan ringkas seperti Menyemak atau menentusahkan Foto / Imej dan Memasukkan Data. Tugasan ini secara umumnya tidak memerlukan kemahiran khas untuk dilaksanakan.
b) Kerja-Kerja Digital (Digital Work)
Kerja / tugasan seperti pengaturcaraan (programming) dan terjemahan. Tugasan ini memerlukan kemahiran khas untuk dilaksanakan.
c) Kerja-kerja Bukan Digital (Digitally Enabled)
Kerja / Tugasan seperti perkhidmatan penghantaran, pemasangan, perkhidmatan baik pulih, dan lain-lain tugasan seumpamanya. Tugasan diperoleh secara atas talian tetapi dilaksanakan secara ‘offline’ atau di lokasi yang ditetapkan.
Sebagai usaha untuk meningkatkan penglibatan golongan orang kurang upaya (OKU) di dalam program eRezeki, MDEC telah bekerjasama dengan beberapa pertubuhan seperti Beautiful Gate Foundation for the Disabled, sebuah persatuan khusus untuk golongan OKU yang menyediakan kemudahan tempat tinggal dan pelbagai perkhidmatan berkaitan termasuk latihan kemahiran pekerjaan kepada 900 OKU yang berdaftar di pusat-pusat kemudahan mereka di seluruh negara.
Bagi meningkatkan penglibatan wanita di dalam program eRezeki ini, pihak MDEC telah bekerjasama dengan sebuah platform pekerjaan atas talian, HerPortal (sebelum ini dikenali sebagai Moms4Project) yang bertujuan untuk memudahkan golongan wanita khususnya ibu tunggal atau suri rumah yang memerlukan pekerjaan untuk mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian seperti kerja-kerja online dan digital daripada rumah.
MDEC juga telah berbincang dengan Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) bagi mempromosikan program eRezeki kepada ahli-ahli persatuan dan mendedahkan mereka dengan peluang kerjaya digital secara atas talian.
Bagi eRezeki pada tahun 2017, setakat bulan Disember lebih 98,580 orang telah dilatih melebihi sasaran MDEC iaitu sebanyak 197%, dan lebih 62,700 orang telah menjana pendapatan tambahan melebihi sasaran iaitu sebanyak 125%. Jumlah pendapatan yang dilaporkan adalah sebanyak RM83.9 juta, juga melebihi sasaran iaitu RM70 juta.
Secara kumulatif, sejak pelancaran program ini pada tahun 2015, lebih 151 ribu peserta dilatih dan seramai 98,888 orang telah dilaporkan menjana pendapatan tambahan. Jumlah pendapatan tambahan secara kumulatif adalah sebanyak RM112.9 juta; dan sebanyak 346 pusat dan wakil eRezeki telah diwujudkan.
Untuk dapatkan tips-tips dan perkembangan terbaru tentang program eRezeki di laman media sosial Facebook: @myeRezeki dan juga Instagram: @erezekimy
Secara kesimpulannya, program eUsahawan dan eRezeki adalah program-program utama menjana pendapatan sampingan secara digital.
Korang boleh layari laman web #YOUCANDUIT di www.youcanduit.mdec.my atau
o Facebook: @YouCanDuitMY
o Instagram: @youcanduitmy
o Hashtag: #youcanduit
Secara kumulatif, sejak pelancaran program ini pada tahun 2015, lebih 151 ribu peserta dilatih dan seramai 98,888 orang telah dilaporkan menjana pendapatan tambahan. Jumlah pendapatan tambahan secara kumulatif adalah sebanyak RM112.9 juta; dan sebanyak 346 pusat dan wakil eRezeki telah diwujudkan.
Sila layari www.erezeki.my atau www.youcanduit.mdec.my untuk maklumat lanjut dan berdaftar secara online.
Untuk dapatkan tips-tips dan perkembangan terbaru tentang program eRezeki di laman media sosial Facebook: @myeRezeki dan juga Instagram: @erezekimy
Caprice antara selebriti Malaysia yang sangat menyokong usaha MDEC dalam melaksanakan Kempen #YOUCANDUIT :-)
Secara kesimpulannya, program eUsahawan dan eRezeki adalah program-program utama menjana pendapatan sampingan secara digital.
Korang boleh layari laman web #YOUCANDUIT di www.youcanduit.mdec.my atau
· Ikuti laman media sosial YOUCANDUIT di:
o Facebook: @YouCanDuitMY
o Instagram: @youcanduitmy
o Hashtag: #youcanduit