Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2933

3H2M Percutian Best di Equatorial Hotel

$
0
0
Bercuti di Melaka bersama keluarga adalah antara impian yang saya inginkan untuk tahun 2018. Siapa sangka biarpun dihambat dengan kesibukan masa, akhirnya perancangan saat akhir membawa saya dan keluarga bercuti di Melaka Lebih istimewa kami telah menginap di Hotel Equatorial yang cukup terkenal di Bandar Bersejarah ini.

Kami menginap di bilik Premier yang betul-betul berhadapan dengan bandar Melaka. Dengan adanya cermin tingkap di ruang balkoni yang diletakkan sofa membuatkan kami lebih teruja untuk bersantai di sudut tersebut sambil menghayati kecantikan bandar ini terutama dengan kehadiran lampu yang menerangi samada di waktu malam mahupun di awal pagi.

Ini adalah suasana di waktu senja. Cantikkan :-)

Ini pula adalah ketika waktu subuh. Suasana yang tenang memang cukup mendamaikan.

2 katil agak besar juga saiznya. Boleh memuatkan 4 orang dewasa (untuk tidur lebih selesa).

Si kecik ni memang tidur lena di sini ya :-)

Keperluan asas untuk setiap bilik penginapan seperti telefon, lampu meja, meja tepi, peti ais, peti besi dan banyak lagi semuanya disediakan. Saya juga sangat suka menginap di bilik hotel yang dilengkapi sepenuhnya ruang dengan karpet. Ini menggandakan lagi keselesaan ketika saya menginap di sini.

Begitu juga barangan mandian seperti sabun, syampu, berus gigi dan pelbagai lagi disediakan untuk memberi keselesaan pengguna. Ini termasuklah sekali tuala mandian dan tuala muka. Di dalam bilik air turut disediakan tab mandi dan air pancuran dari atas. Seperti tipikal masyarakat Malaysia yang lain, saya memang sukakan tandas yang menyediakan sekali hos bagi memudahkan urusan pembersihan.


Sterika dan tempat untuk sterika baju juga disediakan dalam setiap bilik. Kita tidak perlu berkongsi dengan tetamu hotel yang lain. Ianya memang esklusif untuk kegunaan tetamu didalam bilik itu sendiri.

Jubah mandi dan sejadah pun ada ya. Jadi jangan khuatir di setiap bilik juga telah diberi petunjuk arah kiblat. Jadi tetamu muslim tidak ada masalah untuk menunaikan solat didalam bilik yang mereka menginap.

Antara aktiviti yang seronok apabila berada didalam bilik ialah "menonton filem" yang disediakan oleh pihak hotel. Memang banyak gila, filem yang agak baru, popular yang telah disusun dengan kemas mengikut kategori filem itu sendiri.

Antara seleksi filem yang ditawarkan seperti "horror", "action", "comedy", "kids" dan banyak lagi. Selain itu pihak hotel menyediakan pelbagai pilihan menu yang boleh kita order dari bilik, khusus untuk menonton filem yang dipilih. Contohnya seperti popcorn, set burger dan banyak lagi.




Di tingkat 4, terletaknya kolam mandi dan gelanggang tenis. Di hotel ini juga menyediakan sewa alatan tenis yang mana caj yang dikenakan untuk hari biasa adalah RM15 manakala hujung minggu adalah RM20.

Uniknya kolam renang di sini telah disediakan khas untuk orang dewasa, kanak-kanak dan juga wanita. Jarang kita jumpa kolam mandi khas untuk wanita tetapi di Hotel Equatorial Melaka ada disediakan kolam mandi untuk wanita untuk memberikan mereka lebih privasi dan keselesaan.

Untuk kemudahan jakuzi, sauna dan steam, kita boleh dapatkannya di tingkat 3. Sememangnya kemudahan ini ditawarkan untuk lelaki dan perempuan di bilik  yang berasingan. Jadi tidak perlu risau jika hendak berjakuzi dengan lebih rasa selamat dan privasi.

Seriously berada didalam kolam jakuzi ini benar-benar dapat memberi saya ketenangan dan mengurangkan rasa stress dalam diri. Inilah antara saat 'me time' yang benar-benar saya perlukan (heheh).

Fasiliti didalam bilik jakuzi memang superb. Selain daripada tandasnya yang cukup bersih, segala perkakasan untuk berdandan turut disediakan.

Bilik mandi pun ada ya! Sekiranya selepas berendam didalam jakuzi, stimkan diri ataupun bersauna anda rasa kurang selesa (ingin mandi), jadi bolehlah anda membersihkan diri di sini.

Bilik steam..

Bilik sauna. Memang selesa berada didalam bilik ini. Berpeluh habis, heheheh.

Turut disediakan adalah kemudahan gymnasium untuk tetamu hotel. Setiap tetamu yang hendak menggunakan kemudahan ini perlulah memakai pakaian sukan dan kasut sukan yang bersesuaian.

Agak luas gimnasium ini, paling best terdapat banyak alatan senaman yang disediakan dan semuanya berkeadaan elok dan tersusun.

Dekorasi didalam hotel ini agak simple dan kemas. Banyak port yang menarik untuk berselfie sebenarnya :-)    

Pemandangan ruang lobi di tingkat bawah.

Sebab dalam lif ada cermin jadi beria kitaorang berwefie disini...

etc...Coffee Corner, kafe yang sentiasa menjadi pilihan untuk bersantai sambil menikmati secangkir kopi. Terdapat juga kek dan sandwich yang boleh dibeli di sini.

Model rumah Melaka yang menjadi tarikan tetamu yang terletak di hadapan pintu kafe yang biasanya dikunjungi tetamu untuk bersarapan pagi.

Bagi saya pilihan menu sarapan pagi agak bervariasi. Pelbagai hidangan tempatan dan antarabangsa ditawarkan di kafe ini. Antaranya seperti nasi lemak, mee goreng, roti, bubur, omelette, salad dan pelbagai lagi. Kepelbagaian hidangan ini adalah untuk memenuhi citarasa tetamu samada masyarakat tempatan sendiri mahupun antarabangsa.





Ini adalah antara sarapan yang paling digemari saya!

Bilik 1914 menjadi kenangan, setelah 2 malam menjadi tempat penginapan...

Meriahnya warisan di negeri Melaka bandar bersejarah,
Berpeluang menginap di Hotel Equatorial memang pengalaman indah!

Keterangan lanjut mengenai hotel dan penginapan, boleh layari https://melaka.equatorial.com/


Jom cuti-cuti Melaka...

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2933