Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2933

Thalia Mermaid I Charming dari SofeaRose | Cantik, Selesa dan Mudah Digaya

$
0
0
Jenama SofeaRose cukup dikenali dikalangan wanita yang berhijab di Malaysia. Selain daripada rekaan corak tudung yang dikeluarkan oleh jenama ini selalunya menarik, fabrik yang dipilih juga adalah antara yang terbaik. Setiap pembelian tudung dari SofeaRose didatangkan bersama kotak esklusif. Secara tidak langsung tudung dari jenama SofraRose juga sangat sesuai dijadikan sebagai hadiah atau bingkisan istimewa buat orang yang tersayang (ahli keluarga mahupun rakan baik).

Baru-baru ini saya telah mendapatkan shawl dari siri Thalia Mermaid I Charming. Didatangkan dengan 'mermaid' charm yang sungguh cantik.

Memandangkan ianya mempertengahkan konsep 'mermaid (duyung), corak di shawl adalah berkisar kepada hidupan lautan dalam bentuk abstrak. Saya juga sangat sukakan warna pilihan didalam siri ini yang mana kebanyakannya menggunakan warna lembut.

Tudung ini juga mudah digosok dan tidak cepat renyuk. Ianya tetap kekal terletak cantik diatas kepala biarpun kita sudah memakainya untuk tempoh yang agak lama.

Fabrik yang digunakan juga tidak panas dan sangat selesa biarpun dipakai seharian. Paling penting ianya tidak menyerap peluh kepala. Jadi kita tidak akan ada masalah rimas atau gatal-gatal di bahagian rambut di kepala biarpun memakai seharian didalam apa jua keadaan cuaca :-)

Terbaru SofeaRose telah menghasilkan koleksi tudung serta pakaian Ready To Wear (RTW) dan juga
koleksi Raya tahun 2018 yang diinspirasikan oleh kecantikan Mermaid! Salah satunya adalah tudung adalah Diona yang diperbuat daripada Satin Matte berteknologi tinggi. Tudung bercetak ini boleh didapati dari RM79 dan dilengkapi dengan charm dan kotak yang dibuat khas bagi koleksi ini.

SofeaRose : Puteri Duyung memakai tudung Diona

Salah satu koleksi RTW dari SofeaRose

Selain koleksi tudung, SofeaRose juga mengeluarkan koleksi Ready To Wear (RTW) dan 13 Baju Raya Mermaid. Antaranya Baju Mini Kurung, Baju Kurung Moden, Jubah, Baju Kurung Kedah dan beberapa lagi. Koleksi Mermaid SofeaRose ini boleh berharga dari RM59 hingga RM419. 




Pembelian boleh dilakukan melalui tiga jenis cara iaitu dengan menghubungi Penasihat Imej di 019 – 6350313 (Teha) atau kunjungi butik SofeaRose di Bangi Sentral ataupun menerusi laman sesawang di
www.sofearose.com. Dengan setiap pembelian RM100 keatas, pelanggan secara langsung akan didaftarkan sebagai Ahli SofeaRose dengan PERCUMA seumur hidupdan mendapat potongan 20% untuk setiap koleksi SofeaRose.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2933