Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2935

Pengenalan Produk Gabag Terbaru dan Perkongsian Ilmu Penyusuan di Butik Tateh

$
0
0

Pada hari Ahad lepas 29 April 2018, saya dan Yara telah menyertai satu sesi perkongsian mengenai penyusuan bayi dan juga pelancaran produk dari Grabag di Butik Tateh Bangi. Majlis penuh santai ini adalah anjuran Butik Tateh dan telah dihadiri oleh beberapa ibu/bapa dan mam blogger jemputan.

Selain daripada dapat mengenali kumpulan kecil ibu-ibu lain yang sama-sama menyusu badan, saya juga berpeluang mendapat tips dan nasihat dari Pakar Penyusuan Puan Norhafizah.

 Antara perkongsian yang menarik dari Puan Norhafizah Ishak sendiri ialah teknik penyusuan terbaik buat anak. Menurut Puan Norhafizah memberi susu kepada anak perlulah ikhlas dan kita tidak boleh rasa stress. Pastikan juga ketika menyusu bukan sahaja anak selesa menyusu dari badan kita bahkan kita juga perlu selesa ketika memberi susu. Cara pegangan anak, kedudukan kepala dan posisi badan perlulah dilakuakn dengan lebih santai.

 Katalah anak selesa dengan susu dari bahagian kiri sahaja. Kita kena cuba alihkan anak untuk mengambul susu di bahagian kanan juga. Ini bagi mengelakkan berlakunya bengkak susu. Jadi apa yang harus kita lakukan, adjust kedudukan anak tanpa mengubah posisi baringan dia. Ianya boleh dilakukan dan para ibu perlulah sentiasa berkomunikasi anak bagi membantu proses penyusuan dan sebenarnya ianya juga salah satu waktu 'bonding' ibu dan anak. Peranan ayah juga penting dalam membantu kelancaran proses penyusuan ibu (isteri) secara esklusif kepada bayi. Ini kerana tempoh terbaik pemberian secara esklusif susu ibu adalah sehingga anak itu berumur 2 tahun. Apa yang perlu lakukan? Mereka perlu sentiasa memberi sokongan kepada ibu. Contoh memberi urutan ibu ketika sedang menyusu terutama di bahagian bahu belakang (bahu kadang-kala menjadi stress kerana tempoh menyusu yang agak lama).

Dan sebenarnya banyak lagi tips/teknik yang dikongsikan. Jadi kalau korang nak tahu lebih lanjut boleh pergi ke FB page Butik Tateh untuk lihat daripada FB LIVE mereka ya.


Selain daripada perkongsian mengenai tips dan teknik penyusuan ibu. Turut hadir ke majlis ini adalah pihak dari Gabag Indonesia. Untuk pengetahuan semua jenama Gabag ini cukup popular dikalangan ibu-ibu terutama yang menyusu anak mereka. Ini kerana jenama Gabag ini mengeluarkan hampir semua barangan keperluan yang diperlukan oleh ibu-ibu yang menyusu badan :-)

Di majlis ini juga telah dilancarkan satu produk terbaru dari Gabag iaitu GabaG infinite Double Breast Pump. Apa yang menarik tentang produk ini kita boleh "pump" susu secara terus ke beg simpanan susu jadi ianya benar-benar membantu kita mengekalkan kebersihan (lebih hygience).  Selain itu ianya mempunyai "suction" yang agak unik dan tidak akan menyebabkan rasa sakit ketika proses pam susu dari badan. Alatan ini agak ringan dan ianya sangat praktikal untuk dibawa ke mana sahaja. Paling best ianya mempunyai 16 "level Massage Expression Mode". Dan ianya 'touchscreen' dan didatangkan dengan cahaya LED. Dan pastinya ibu-ibu pasti gembira kerana produk ini tidak mengeluarkan bunyi ketika waktu pam susu.

Beg simpanan susu ini sangat comel hokeh. Bebas bahan kimia dan tidak ada BPA. Punyai tempat seal yang sangat kemas, jadi kita tidak perlu risau jika tertumpah dan sebagainya.

Majlis pelancaran produk Gabag yang cukup meriah!

 Suka saya nak kongsikan satu produk Gabag yang memang saya sedang guna sekarang ini iaitu Big Pop iaitu thermal beg buat ibu-ibu untuk mereka menyimpan susu badan. Untuk pengetahuan semua beg ini didatangkan dengan dua jenis rekaan iaitu Sentani dan Sumba.

Seperti yang saya miliki ini ini adalah rekaan Sentani.

 Apa yang menarik tentang beg ini, ianya menyediakan banyak ruang penyimpanan barang (banyak poket. Jadi kita boleh menyimpan banyak barang seperti pakaian anak (baju spare, pampers dan sebagainya).
 Jangan tidak percaya ianya juga boleh memuatkan sehingga 10 botol didalam beg ini. Termasuklah satu pam susu. Bukaannya sangat lebar dan dilengkapi dengan zip yang sangat kukuh (tidak akan ada masalah kebocoran).

Ruang simpanan susu ini boleh tahan kesejukannya sehingga 20 jam. Dan produk dari Gabag ini semuanya diberi waranti sehingga 6 bulan dari tarikh pembelian!

Beg ini sudah cukup bergaya untuk dibawa ke mana sahaja :-)

Sempat bergambar kenangan dengan semua ibu-ibu yang hadir ke acara ini. Masing-masing begitu teruja apabila dapat berkenalan antara satu sama lain, selain dapat mendekati dengan Puan Norhafizah (pakar penyusuan) dan juga mengenali produk dari Gabag.

Cenderahati buat semua tetamu yang menghadiri :-) terima kasih Grabag dan Butik Tateh...

Sempat juga saya mendapatkan 2 pasang baju raya untuk my Yara di Butik Tateh. Banyak pilihan barangan dan kelengkapan bayi di sini. Semuanya menarik dan cantik.


Untuk keterangan lanjut mengenai Butik Tateh, boleh follow dan layari:-

Keterangan mengenai produk terbaru dari Gabag, boleh follow di:
xoxo,


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2935