Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2973

DairyGo Teh Tarik Didalam Pek On-The-Go, Mudah Dibawa Ke Mana Sahaja

$
0
0


 Minuman teh tarik sememnagnya sentiasa menjadi pilihan rakyat Malaysia. Pada kebiasannya kita mendapatkan produk ini di kedai-kedai mamak, restoran mahupun kafe ataupun dengan membancuhnya sendiri.

Namun kini, satu inovasi Teh Tarik didalam pek on-the-go telah diperkenalkan dibawah jenama DairyGo,  Apa yang menarik perancangan dan proses mengeluarkan produk minuman teh tarik ini mengambil masa setahun lebih (sejak awal tahun 2017 lagi). Ini bagi memastikan kualiti teh tarik yang dihasilkan benar-benar yang terbaik dan mampu memberi kepuasan kepada setiap pelanggannya.


 Dan saya telah berpeluang hadir dan menyaksikan sendiri pelancaran produk DairyGo Teh Tarik di IDCC. Apa yang penting selain daripada dapat mendekati pengasas produk ini iaitu Puan Bella Yahya, saya juga memang sangat teruja untuk mencuba minuman ini. Ini kerana katanya produk minuman ini sudahpun menerima tempahan yang luar biasa secara atas talian (on-line). Biarpun agak baru namun permintaan dari pelanggan memang sangat memberangsangkan.

 Gambar kandid, hehehe. Kenalkan ini adalah antara mereka yang terlibat secara langsung dari segi idea, pemilihan bahan ramuan, pemproses, pengawalan kualiti (QC) dan sehinggalah terlahir jenama DairyGo (produk dairy yang on-the-go).

Untuk pengetahuan semua, produk Teh Tarik adalah produk pertama keluaran DairyGo dan dijangka akan ditambah lagi produk dairy yang lain seperti susu kurma dan sebagainya. Jadi sama-samalah kita menunggu kehadirannya di pasaran ya!

Gimik pelancaran yang mana Puan Bella telah menunjukkan skill beliau membuat tarikan teh tarik terpanjang. Selain itu, turut diselitkan pertandingan aksi tarik minuman teh tarik terpanjang yang penyertaannya terbuka kepada semua tetamu yang hadir.

Apabila telah bertemu 4 mata haruslah diajak bergambar sama kan. Sesuatu yang istimewa apabila kita dapat mengenali usahawanita yang berjiwa kental, kreatif dan berdaya saing didalam bidang keusahawanan. Seperti yang kita ketahui Puan Bella merupakan pengasas kepada pakaian wanita muslimah di bawah label Bella Ammara. Dan kini bukan hanya pakaian sahaja, bahkan terdapat juga produk muka, produk kecantikan, barangan keperluan bayi dan banyak lagi.

Dan tercetusnya untuk menghasilkan air Teh Tarik DairyGo ini antaranya kerana Puan Bella sendiri memang sangat sukakan teh tarik!

Teh Tarik DairyGo ini boleh bertahan sehingga 1 tahun 6 bulan. Saya juga difahamkan dalam waktu pemilihan ramuan didalamnya juga mengambil masa yang cukup lama. Pelbagai kajian telah dilakukan bagi memastikan produk yang dikeluarkan itu bermutu tinggi. Contohnya seperti daun teh yang digunakan adalah dari jenis yang terbaik. Manakala susu yang digunakan adalah susu segar dari New Zealand.

Apa yang penting ianya didatangkan dalam pembungkusan pek yang mudah untuk dibawa ke mana sahaja. Bahkan kita boleh juga pos produk ini kepada pelanggan tau.  Produk ini tidak ada bahan pengawet, tiada pewarna, halal dan juga tiada kolestrol. Jadi ianya boleh memelihara kesihatan kita agar tetap kekal sihat. 

Jika tiada pengawet bagaimana ianya dapat bertahan lama? 
Ini kerana pembungkusan pek ini adalah di vakum pada tahap yang paling terbaik dan ini dapat mengelakkan minuman bersusu ini daripada rosak. (tidak terdedah kepada bakteria dan sebagainya)

Boleh dinikmati samada sejuk atau pada cuaca bilik (tetapi saya sangat rekomenkan nikmati ketika waktu sejuk). Tetapi perlu diingatkan sekiranya sudah membukanya, ianya haruslah dihabiskan dalam tempoh 24 jam. Harga yang ditawarkan adalah RM4 satu pek (200ml). Dan buat masa sekarang boleh didapati secara on-line melalui https://www.instagram.com/dairygo_/ dan pada masa akan datang kita boleh dapatkan di kedai atau pasaraya yang berhampiran!

Jom pekena Teh TarikDairyGo!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2973

Latest Images

Trending Articles