Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2935

Pemenang Peraduan #POWERYOURLUNCHBOX Kini Telah Ditemui

$
0
0
Saya telah menghadiri satu majlis penyampaian hadiah untuk Peraduan #POWEYOURLUNCHBOX pada 12 Mei 2018 di AEON MAll Shah Alam. Peraduan yang dianjurkan oleh Mission Food Malaysia bersama AEON telah menawarkan hadiah yang cukup menarik iaitu voucher AEON yang bernilai RM1000.

Pada mulanya hadiah hanya ditawarkan kepada 10 orang pemenang namun disebabkan penyertaan peserta yang begitu menggalakkan maka pihak penganjur telah menaikkan daripada bilangan 10 orang kepada 20 pemenang. Bestkan :-)

Untuk pengetahuan semua peraduan #POWERYOURLUNCHBOX ini telah berlangsung selama sebulan iaitu daripada 1 Mac sehingga 31 Mac 2018. Untuk menyertainya peserta perlulah membeli 2 pek Mission Food daripada mana-mana outlet AEON.

Seterusnya peserta perlulah menghasilkan hidangan yang kreatif yang menggunakan produk Mission Food yang boleh dijadikan bekalan tengahari. Memang menarik! Pelbagai idea kreatif  dan unik telah dihasilkan oleh peserta antaranya seperti Pita Ayam Percik, Scrambled Otak-otak wrap, Quiche Kangkung Goreng Belacan, Salted Egg Chicken Wrap, Rendang Pizza dan Grilled Chicken Satay Wrap. Melihat nama hidangan sahaja sudah menyelerakan, sudah tentunya rasanya pasti sangat hebat.

Menurut Mr Mark Tan, Ketua Jualan Mission Foods Malaysia;

"We held this contest to inspire our consumers to experiment and create appetising lunchboxes powered by Mission products. The overwhelming response and quality of submissions topped our expectations and highlighted just how amazingly creative Malaysian consumer are"


Ini adalah sebahagian peserta yang menghadiri majlis penyampaian hadiah. Untuk pengetahuan semua pemenang datangnya dari pelbagai negeri di Malaysia.

Senarai 20 pemenang yang bertuah telah memenangi hadiah voucher AEON bernilai RM1000. 

Dan semua resepi yang terpilih ini bakal dibukukan didalam buku (booklet) resepi yang dijangkakan boleh diperolehi pada bulan Julai 2018 nanti. Kita boleh dapatkan buku resepi esklusif ini secara PERCUMA dengan setiap pembelian 2 produk Mission. 

Syabas diucapkan kepada semua pemenang. Siapa sangka dengan mempertaruhkan hasil kreatif hidangan menggunakan produk Mission, dapat habuan berbelanja di AEON :-)

psst: Bestkan, lebih-lebih nak raya ni. Dapat belanja sakan di AEON untuk seisi famili.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2935