Bersempena dengan sambutan Hari Ibu, Pigeon Malaysia telah menjemput seramai 25 mom blogger untuk menyertai satu acara esklusif yang cukup menarik. Pelbagai aktiviti telah disediakan khas untuk ibu-ibu agar mereka dapat menikmati waktu untuk diri mereka sendiri (me time) dengan penuh keseronokan.

Sebelum kami memulakan aktiviti, Mr Masaki Tago (Pengarah Urusan Pigeon Malaysia) selaku wakil dari pihak penganjur telah memberikan kata-kata aluan;
"Pigion is the market leader in mother and baby care products and we believe that happy mothers make happy families. By providing the mothers with products of the highest level of comfort, quality, and convenience, it will lighten every mother's load and create a stress-free life. We have a full range of products that caters to every mother's needs"
Aktiviti pertama kami adalah senaman Yoga. Menariknya kami telah melakukan satu aktiviti yoga yang dinamakan "mind detox" yang mana kita akan menarik nafas secara dalam-dalam menggunakan fikiran. Ianya mampu memberi ketenangan dan mengurangkan rasa stress. Selain itu kami juga telah melakukan Soundbath Theraphy yang mana kami perlu merehatkan diri dalam keadaan penuh relaks dan ditemani dengan 'healing sound' dari 'Crystal Singing Bowl'. Aktiviti yoga yang unik ini benar-benar memberi pengalaman baru kepada saya. Memang best!
Setiap pergerakan badan melalui aktiviti yoga mampu memberi keselesaan dan mengurangkan rasa tegang di badan (urat dan sebagainya). Sepertimana yang kita ketahui sebagai ibu, kita perlu memberi komitmen terutama dalam kehidupan aktiviti anak setiap hari. Dan ini memang boleh menyebabkan badan kita mudah rasa penat. Dengan melakukan pergerakan asas yoga kita mampu merehatkan diri secara fizikal dan juga mental.
Seterusnya satu sesi perkongsian pengalaman dan produk Pigeon bersama dengan selebriti Vanessa Chong (bekas Juara Amazing Race wakil Malaysia) dan juga wakil dari pihak Pigeon Malaysia. Vanessa Chong yang baru bergelar ibu kepada anaknya yang kini sudah berusia 4 bulan. Menurut Vanessa, beliau banyak belajar tentang penjagaan bayi samada melalui pembacaan mahupun perkongsian dari keluarga dan rakan yang lain. Dan sebagai ibu beliau sentiasa mahukan yang terbaik untuk anaknya. Oleh yang demikian, beliau akan memastikan setiap produk yang dipakai ke atas anaknya adalah benar-benar selamat dan sesuai. Ini adalah melalui ramuan yang digunakan didalam produk tersebut. Ianya mestilah mesra bayi!
Perasaaan dan harapan Vanessa Chong adalah sama sahaja seperti ibu-ibu yang lain. Melihat kepada senario seperti ini, Pigeon yang begitu prihatin telah mengeluarkan produk seharian terbaik yang sesuai untuk kegunaan anak di rumah.
Antaranya seperti:-
Siri penjagaan bayi ini datangnya dari Jepun dan tedri daripada nourishing shampoo, purifying body wash, moisturizing lotion, calming oil dan protective cream. Keterangan lanjut mengenai produk boleh layari www.newbornpure.com.my

Pigeon juga memperkenalkan produk istimewa untuk kegunaan bayi dan anak setiap hari. Iaitu Piegeon's Disney Collection. Kebanyakan anak-anak memang cukup mengenali karektor kartun Micky Mouse yang lucu. Antara produk dibawah siri Micky Mouse ini seperti nursing bottle, Mag Mag Disney Straw Cup, puting dan banyak lagi.
Untuk mencuci sayuran, perkara berkaitan botol dan lain-lain agar lebih bersih adalah disarankan menggunakan Pigeon Foaming Clenaser. Apa yang best ianya dihasilkan daripada 100% bahan 'food grade'. Ianya juga boleh membunuh 99.99% peratus bakteria. Pencuci ini sangat ideal untuk kita mencuci buah, sayuran dan juga botol susu dan sesebagainya.
Didik anak untuk menjaga kebersihan gigi sejak mereka kecil lagi. Kenalkan di aats adalah Pigeon Trainning Toothbrush. Terdapat 4 jenis warna dan bentuk berus gigi ini adalah mengikut kesesuian umur. Comelkan. Pengenalan kepada inivasi produk ini sekaligus dapat memotivasikan anak untuk terus rajin menjaga kebersihan diri.
Pihak penganjur juga telah menyediakan perkhidmatan urutan tangan. Di mana setiap blogger yang hadir boleh dapatkan urutan tangan (selama10 minit). Rasa memang best, begitu banyak angin dalam badan keluar biarpun hanya mengurut di bahagian tangan sahaja.
Terdapat juga kerusi kegel yang mana kita boleh mencubanya (ada yang pertama kali mendengar perkataan kegel, hehe). Dikatakan kerusi kegel ini mampu menguatkan sistem peranakan di bahagian bawah.
Belon!!
Jamuan makanan yang disediakan semua sedap-sedap. memang berulang-kali saya menambah. Lupa terus tentang diet (heheh).
Antara sebab mengapa saya berasa sangat gembira kerana dapat menyertai Mom's Day Out bersama Pigeon --> saya dapat bertemu kembali rakan-rakan blogger lama (otai). Kami dapat berkongsi cerita terutama tentang perkembangan terkini (re-onion, hahahah - membawang!).
Tidak dinafikan anjuran aktiviti seperti ini memang sangat saya nantikan. Ianya adalah masa untuk diri sendiri agar dapat lari dari kesibukan tugas sebagai seorang ibu (cuti sehari). Selain dapat memanjakan diri, saya juga dapat mengenali produk Pigeon yang begitu dekat di hati famili.
Terima kasih Pigeon di jemputan dan penganjuran aktiviti yang dirancangkan begitu sukses!
