Setiap kali tibanya bulan ramadhan, anak-anak saya adalah antara yang paling teruja. Selain daripada menantinya ketibaan Hari Raya, anak-anak saya juga tidak sabar untuk berpuasa. Dan untuk tempoh satu bulan ini kami sekeluarga akan melalui sedikit perubahan dalam aktiviti seharian, antaranya seperti waktu bangun tidur lebih awal. Begitu juga waktu masa tidur biasanya paling lewat adalah pukul 11 malam. Bagi saya pula kerja memasak setiap hari adalah pada waktu petang sebelum berbuka dan juga di awal pagi iaitu seawal jam 4.00 pagi. Penyediaan makanan di waktu sahur juga perlulah yang mudah dan ringkas. Paling penting tidak mengambil masa terlalu lama yang boleh menyebabkan saya berasa penat berada di dapur.
Bagi saya sendiri pengambilan makanan yang berkhasiat setiap kali waktu bersahur sangat penting. Ini memandangkan anak-anak saya yang bersekolah perlukan tenaga sepanjang proses pembelajaran mereka.Tidak mahu menjadikan alasan'saya berpuasa'untuk mereka tidak boleh membuat sebarang aktiviti persekolahan seperti biasa.
5 tips penyediaan makanan waktu sahur yang saya amalkan ini sangat membantu anak-anak saya terutamanya agar mereka sentiasa berada keadaan cergas, cerdas dan bersemangat biarpun seharian menahan lapar dan dahaga,
1. Makan Kurma
Pengambilan buah kurma bukan hanya sunat di waktu berbuka puasa sahaja. Bahkan sangat digalakkan menikmati kurma di waktu sahur. Dikatakan dengan menikmati buah kurma dengan susu juga sudah memberi kita rasa kenyang sepanjang hari.
2. Pengambilan air suam di waktu sahur
Imej dari : Google
Jika hari biasa (bukan bulan puasa), badan kita memerlukan sehingga 8 segelas air. Untuk bulan puasa mungkin kita akan mengambil kurang daripada jumlah itu. Namun yang demikan adalah digalakkan selain daripada pengambilan air manis seperti air coklat dan sebagainya, kita juga harus mengambil air suam ketika waktu sahur. Ini kerana kelebihan air suam itu sendiri banyak jika kita amati. Dan kita juga perlu memastikan cecair didalam badan kita adalah cukup untuk menggantikan apa yang kita hilang setiap hari samada dalam bentuk peluh, urine (buang air kecil), pernafasan mahupun proses tubuh yang lain.
3. Makan buah-buahan dan sayuran yang kaya vitamin
Imej dari : Google
4. Menikmati makanan yang mempunyai serat tinggi dan berkhasiat
Sayuran dan bijirin mengandungi serat larut yang diperlukan untuk menjaga tekanan darah, mencegah kolesterol tinggi dan gula dalam darah. Serat larut juga sangat penting untuk membantu sistem pencernaan dengan menghalang berlakunya sembelit dan buasir.
Atas kesedaran kepentingan menikmati makanan berserat, setiap kali bersahur saya akan pastikan seisi keluarga saya dapat menikmati hidangan yang mempunyai khasiat ini. Dan paling mudah, saya hanya membancuh Quaker Oats 3 dalam 1. Apatah lagi sekarang Quaker Oats ada memperkenalkan Quaker Oats 3 dalam 1 bersama Matcha Green Tea. Rasanya memang enak!
5. Kreatif dalam mempelbagaikan hidangan sahur
Memiliki anak yang ramai memang tidak mudah untuk memenuhi selera mereka dalam satu-satu masa. Ada yang jenis cerewet, 'picky eaters'dan pelbagai lagi karektor. Jadi sebagai ibu, saya perlu lebih kreatif dalam penyediaan hidangan setiap hari terutama pada waktu sahur.
Dalam banyak-banyak resepi yang pernah saya cuba, hidangan 'overnight oats' adalah antara yang paling digemari oleh anak-anak saya. Proses penyediaan juga sangat mudah dan pantas. Ianya tidak memakan masa yang lama. Paling penting ianya mengandungi semua khasiat yang diperlukan oleh badan.
Dan oat adalah sajian yang mengenyangkan. Ini kerana ianya mengandungi 9.4g serat dalam setiap 100g dan protein yang lebih tinggi daripada beras perang, barli dan tepung gandum. Kandungan khasiatnya yang tinggi menjadikan ia lambat dicerna serta dapat membekalkan tenaga melalui pembebasan glukosa ke dalam salur darah. Oat juga dianggap sebagai ‘Super Grain’ yang turut membekalkan nutrisi yang penting untuk kesihatan.
Dan jenama Quaker Oats dapat mengekalkan khasiat asli oat dengan menggunakan bijirin penuh seperti bran (lapisan paling luar) yang tinggi dengan Beta-Glukan dan vitamin B, endosperma oat yang tinggi dengan karbohidrat dan protein, serta lapisan germa oat yang juga tinggi dengan vitamin B, vitamin E, mineral dan fitokimia
Jadi itulah antara sebab kenapa saya suka memilih oat (terutama dari jenama Quaker Oats) dalam penyediaan hidangan sahur saya dan keluarga setiap hari.
Bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan 'Overnight Oats' adalah seperti:-
1. Quacker Oats Multigrain
2. Susu segar
3. Chia seed
4. Buah strawberi
5. Buah naga
6. Madu
Sebenarnya bahan utama adalah Quaker Oats dan susu segar. Untuk bahan sampingan seperti buahan atau kekacang (boleh diletakkan juga) adalah bergantung kepada selera masing-masing.
'Overnight Oats' ni biasanya saya akan menyediakan malam sebelum waktu sahur. Jadi apabila bangkit sahur, saya tidak perlu kelam kabut untuk menyediakan makanan sahur. Apa yang perlu hanya mengambil sahaja 'Overnight Oats' yang telah disediakan malam sebelumnya yang mana telah disejukkan didalam peti ais.
Cara penyediaannya sangat mudah.
Masukkan susu segar ke dalam bekas yang telah diisi dengan bijirin tadi.
Sedkit madu untuk rasa manis.
Letakkan chia seed. Untuk pengetahuan semua, chia seed kaya dengan khasiat omega, fosforus, poasium, protein, fiber dan banyak lagi.

Saya letakkan isi buah naga. Ini kerana memang saya sukakan rasa buah naga ini. Paling penting buah naga ini juga mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi.
Dan akhir sekali saya masukkan strawberi sebab saya sukakan rasa manis dan masam yang ada didalam buah strawberi. Pastinya buah strawberi ini merupakan buah kesukaan anak-anak saya. Jika saya buat 'Overnight Oats' memang saya akan masukkan buah ini dalam kuantiti yang banyak!
Tapi sebenarnya saya masukkan didalam peti ais (bahagian bawah) dan biarkan semalaman. Ini untuk mendaparkan rasa yang lebih segar dan enak.
Amani memang akan minta saya sediakan 'overnight oats' untuknya seminggu dua kali. Ini terutama yang mempunyai rasa strawberi.
Manakala Afiq beliau lebih sukakan campuran buah pisang, mentega kacang dan sedikit rasa coklat bersama bijirin serta susu.
Sebenarnya kalau korang nak dapatkan resepi-resepi menarik lain menggunakan Quaker Oats, bolehlah layari http://www.quaker.com.my/recipe-book.html
So, tips bersahur korang macam mana pula? Jom kongsikan bersama saya :-)
#QuakerMommySahurHacks
