Bersempena dengan kehadiran Aidilfitri 2018, Pensonic Malaysia sekali lagi telah menganjurkan Peraduan Beli, Tonton dan Menang. Apa yang lebih menarik, untuk tahun ini hadiah yang ditawarkan cukup lumayan! Bernilai lebih RM200,000 termasuklah sebuah kereta X-TRAIL sebagai hadiah utama 😱
Rancangan Balik Kampung Bersama Pensonic ini ditayangkan setiap hari Isnin bermula jam 6.00 petang sehingga 6.30 petang. Rancangan yang berdurasi 30 minit ini menampilkan selebriti tanahair yang akan bersama-sama dengan Chef Ismail untuk pulang ke kampung halaman mereka dan memasak hidangan istimewa di sana.
Caranya sangat mudah:
1. Dengan hanya membeli baranagan Pensonic (min RM50) dalam satu resit.
2. LIKE dulu FB Page Pensonic
3. Kongsikan poster peraduan dan jangan lupa tag kawan anda.
4. Tonton rancangan Balik Kampung Bersama Pensonic.
5. Jawab soalan mudah dan juga jangan lupa sertakan slogan sekali ya :-) Hantar melalui PM di FB Pensonic Malaysia. jawapan berserta gambar resit pembelian.
Alert: Peraduan dilanjutkan sehingga 8 Julai 2018 (sebelum ini tarikh 30 Jun 2018) dan episod terakhir adalah pada 2 Julai 2018.
Saya sendiri begitu teruja untuk menyertai peraduan yang menawarkan hadiah yang cukup lumayan ini. Jadi saya telah dapatkan ketuhar Pensonic AE-19NB dari Siri Batik. Apa yang menarik tentang ketuhar ini selain ianya boleh membantu saya membakar pelbagai jenis masakan dan biskut raya. Saya juga sangat tertarik dengan corak batik yang nampak begitu esklusif. Sebagai rakyat Malaysia, tentunya saya sangat berbangga dengan hasil seni seperti Batik apatah lagi ianya dipertengahkan menjadi salah satu dekorasi di peralatan elektrik dibawah jenama yang cukup istimewa di hati saya iaitu Pensonic 😍
Dari pandangan atas..
Butang yang sangat mudah difahami. Kita boleh tetapkan suhu, durasi dan gaya masakan samada api di bahagian atas, bawah atau di kedua-dua bahagian.
Saya jug asangat berminat dengan Periuk Nasi Pensonic dari Siri Batik ini juga. Dapat periuk ini, memang dah set lengkap batik barangan Pensonic di rumah saya, hehehe. Cantikkan.
Meh, saya kongsikan 2 resepi menarik yang boleh dicuba menggunakan Ketuhar Pensonic dari Siri Batik.
Kek Keju Blueberry
Bahan-bahannya: Krim keju, mentega lepa (buuter), biskut Digestive dan jem Blueberry.
Bahan lain : Telur (saya guna 2 biji) dan gula kastor.
Hancurkan biskut Digestive. Memandangkan saya menggunakan loyang kecil jadi saya guna hanya didalam 6 keping biskut sahaja.
Cairkan butter (dalam 100gram). Masukkan ke dalam adunan biskutyang telah ditumbuk halus.
Gaul rata butter dan biskut. Kedapkan rapat-rapat di bahagian lapisan bawah sekali di loyang. Simpan didalam peti sejuk seketika.
Masukkan krim keju..
Gula kastor..
dan telur di tempat pengadun.
Pukul semua bahan ini..

Sehingga sebati dan kembang...
Masukkan campuran keju didalam loyangyang sudah mempunyai biskut.
Tadaaaaaaaaaaaaaa! Ianya akan kelihatan seperti ini :-)
Bakar pada suhu 150c selama 20-45 minit (sehingga masak)
Siap masak dah! Hehehe
Sapukan jem Blueberry diatasnya.
Siap! Masukkan dalam peti sejuk. Kek ini kalau dinikmati dalam keadaan sejuk lebih sedao.
Memang sedap! Makan lepas terawih (moreh) ataupun jadikan sebagai manisan waktu berbuka.
Ayam Bakar Berlemon
Bahan yang diperlukan: Ayam (seekor), perahan lemon 2 biji, halia dan bawang (ditumbuk halus), lada hitam (tumbuk), sos tiram, minyak bijan, garam secukup rasa, madu (sedikit) dan olive oil.
Bakar suhu 180c-200c untuk tempoh 35-45 minit.
Sedap baq angggggg..
Hidangan ini makan panas-panas samada dengan nasi, roti ataupun kentang. Saya lebih suka meratah begitu sahaja :-)
Sebenarnya saya banyak belajar juga tau cara menyediakan hidangan yang enak-enak dan mudah menerusi rancangan Balik Kampung Bersama Pensonic ini. Pelbagai tips Chef Ismail kongsikan. Selain itu kita dapat juga mengenali sedikit sebanyak kehidupan selebiriti tempatan yang dijemput.
So, korang jangan lupa sertai ya, memandangkan peraduan ini telahpun dilanjutkan sehingga 8 Julai 2018!
