Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2933

Keseronokan Menyertai Kids Holiday Dinosaur Hunt di The Mines Shopping Mall

$
0
0
 
Sempat my Yara berOOTD di The Mines Shopping Mall

Yeahhh kami kembali lagi beraktivti. Hahahaha. Biarpun masih dalam mood beraya namun untuk acara/aktiviti yang melibatkan anak-anak memang saya akan teruja untuk menyertainya. Apatah lagi anak-anak saya sendiri juga begitu teruja :-)

Saya telah menyertai Kids Holiday Dinosaur Hunt pada 24 Jun 2018 yang lepas. Acara ini dimulakan pada jam 2.30pm di The Mines Shopping Mall. Apa yang menarik setiap pasukan adalah mewakili satu keluarga iaitu perlu ada ibu/bapa bersama anak mereka.

Penerangan ringkas telah diberikan oleh pengacara majlis teantang peraturan permainan. Di mana setiap pasukan perlu pergi ke setiap check point berdasarkan kepada klu yang diberikan. Dan setiap check point ada tugasan yang perlu dibereskan dan setiap kali berjaya melakukannya, telur dinosaur akan diberikan.

Anak saya memang dah 'excited' nak mulakan pencarian telur dinosaur, hahahah. Siap tambahkan energi minum susu beria-ia, hokeh :p

Tugasan 1 : Pilih salah seorang ahli pasukan, perlu menaiki bot yang disediakan dan wajib mengambil gambar selfie didalam bot. Untuk tugasan ini memang Afiq dengan senang hati 'volunteer' untuk melakukannya.

Tugasan 2 : Pergi ke Mr. DIY dan ambil gambar selfie bersama salah seorang pekerja di sana. Ya ampun sila abaikan mukaku yang sememeh ini, hahahah. Tapi seriousla, gegeh berlari masuk Mr. DIY, tegur staff dekat situ "Hello Sir, boleh ambil gambar bersama tak?" Terus snap guna kemarea telefon. Hahaha. Seb baik staff Mr. DIY jenis sporting, hiks.

Tugasan 3 : cari TGV, selfie di hadapan TGV. Untuk tugasan ini memang Afiq yang beria nak buat. Lepas tu kena muatnaik gambar kita di IG bersama hashtag yang tertentu.

Tugasan 4 : Cari Butik Poney. Kena lipat 10 helai baju warna pink dalam masa 10 saat. Yes..mama can do it, gitewww.

Tugasan 5 : Cari lif no. 7, seterusnya kina ambil gambar poster yang mempromosikan Dino-Rawr di The Mines Shopping Mall.


Ini adalah antara tugasan yang mencabar. Bayangkan kita perlu mencari lift no.7 hampir semua lift yang ada di Mall ini. Kesungguhan dan jiwa kental memang perlu ada dalam diri tau! Hahahaha. Bila dah jumpa lift ini, rasa nak melutut jer depan lift tu, kehkeh.

 Tugasan 6 : Kena pergi ke Harvest Stationery, seterusnya kena main permainan charades di situ. Memang kelakar, sebab pelbagai aksi yang anak saya lakukan untuk memberikan klu apa yang jawapannya. Bersungguh-sungguh siap buat aksi sekali. Akhirnya saya berjaya menjawab "KARATE-KID"

Tugasan 7 :  Kena cari telur dinosaur yang tersembunyi dalam Balalaca Store. Oh ya! Untuk pengetahuan korang Balalaca Store ini adalah kedai kasut. Bila sampai dsini melihat pada kasut yang  banyak tersusun di rak memang satu cabaran. Akhirnya kesungguhan itu membuahkan hasil apabila Amani menemui telur tersebut. Dia punya 'happy' dan berbangga macam menang anugerah. hahaha.

Tugasan 8 : Cari outlet Famos Amos. Dan perlu jawab soalan mengenai Famos Amos di situ. Agak mencabar kerana kitaorang macam tersesat mencari outlet ini.

Tugasan 9 : Perlu ke kedai Chapter. Pilih satu buku dan baca di hadapan 3 pelanggan. Nasib baik pelanggan didalam kedai tersebut semua sporting, jadi tugasan ini dapat diselesaikan dengan mudah.

Tugasan 10 : Kami perlu lari balik ke check point Dan kumpulkan ke semua kepingan puzzle yang berjaya diperolehi di setiap stesen. Seterusnya perlu gabungkan semua kepingan tersebut agar menjadi satu puzzle yang sempurna.


Tadaaaa!


Seterusnya kami perlu membawa puzzle yang lengkap bersama 10 biji telur dinosaur yang telah berjaya diperolehi ke meja mashal yang terakhir. Selain itu saya perlu juga perlu mengemukakan bukti bergambar untuk stesen tertentu seperti gambar selfie dan sebagainya.

Kumpulan saya menyelesaikan semua tugasan yang diberikan pada jam 3.35 petang. Lebih kurang 1 jam dari tempoh waktu permulaan kami dolepaskan. Apa yang menarik tentang 'hunt' ini ialah ianya mengajar erti kesungguhan didalam diri anak-anak. Selain itu menanamkan semangat kerjasama dan saling membantu dalam menyelesaikan sesuatu tugasan.




 Siapa sangka akhirnya kumpulan saya telah berjaya dinobatkan menjadi Juara. Kuddos untuk semua ahli pasukan saya - Afiq, Amani. Yana dan Ameer. Diikuti dengan masa kedua terpantas menyelesaikan tugasan iaitu kumpulan Mama Jue dan pemenang di tempat ketiga adalah kumpulan Isaac. Ganjaran yang diberikan adalah berbentuk wang tunai.... wah kanching!!!

Memang seronok! 
Adat dalam permainan pasti ada yang kalah dan pasti ada juga yang menang. Namun yang demikian paling penting, pertandingan hunt seperti ini membolehkan kita sentiasa bersedia dan teruja melakukan segala aktiviti bersama anak-anak. Sekaligus dapat mengeratkan lagi silaturahim ikatan kekeluargaan. Dan untuk pengetahuan korang, sekarang ini telah berlangsung Dino-RAWR di The Mines Shopping Mall sehingga 6 Julai 2018 ini tau! 

Dan banyak aktiviti dan promosi  best telah dijalankan oleh The Mines Shopping Mall. Untuk keterangan lanjut boleh layari:-


 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2933