Bertempat di Fiesta Unifi Alamanda pada 30 Jun 2018 yang lepas, Unifi TV telah melancarkan saluran terbaru mereka iaitu Dunia Sinema (saluran 128). Saluran ini merupakan saluran pertama di Malaysia seumpamanya yang menawarkan tayangan selama 24 jam filem-filem tempatan dan negara Asia.
Pelbagai genre ditawarkan antaranya seperti romantik, seram, aksi, komedi dan banyak lagi. Pastinya semua filem yang ditayangkan adalah hasil daripada penerbitan terbaik dan telah mendapat tempat di hati masyarakat tempatan.

Antara artis dan penerbit tempatan yang datang menghadiri majlis pelancaran ini. Terdapat banyak filem yang bakal mewarnai saluran Dunia Sinema seperti Pekak, Ophilia, Adnan Sempit, Wawa Semput, Dendan Berahi, Mat Moto dan banyak lagi. Manakala filem Asia terkenal seperti Ghost Ship, Suddely 20, May Who? Make Me Shudder 2 dan banyak lagi. Memang best-best semua filem yang bakal ditayangkan uollls~
Fiesta Unifi yang diadakan di Alamanda cukup meriah. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan selain daripada menawarkan pelbagai promosi menarik perkhimdtaan Unifi termasuklah unifi HOME, unifi Wifi, unifi Mobile dan unifi TV.
Kehadiran artis popular seperti AC Mizal, Sufian Suhaimi dan ramai lagi memeriahkan lagi acara yang diadakan. Di Fiesta unifi juga telah berlangsungnya konsert mini yang menampilkan ramai artis yang cukup popular termasuklah Sufian Suhaimi yang telah menyampaikan 2 lagu popular dari single terkininya.
Paling seronok ada aktiviti bergambar dari bidikina photographer profesional yang mana kita akan diberikan foto yang diambil secara percuma, seni khat dan banyak lagi.
Sedikit update mengenai unifi tv yang kini telah menawarkan kepada pelanggan 115 saluran secara keseluruhan dengan 67 saluran definisi tinggi (HD) - terdiri daripada 62 saluran premium, 26 saluran percuma, 2 saluran radio, 7 saluran Video-On-Demand (VOD) dan 18 saluran interaktif dalam pelbagai pakej yang berpatutan ataupun boleh didapatkan secara ala-carte. Bermula pada bulan April 2018, pek-pek Aneka Pus, ruby Plus dan Varnam Plus ditambahkan senarai pilihan pakej dengan 20 saluran tambahan yang merangkumi saluran kanak-kanak, hiburan umum dan gaya hidup (lifestyle) telah dipertingkatkan kepada para pelanggan. Untuk menonton saluran kegemaran di mana sahaja, korang boleh muat turan aplikasi unifi PlayTV melalui Apple Store dan PlayStore atau layari www.playtv.unifi.com.my untuk versi pelayar di komputer :-)
Keterangan lanjut boleh layari:
