Menerima jemputan untuk menghadiri Majlis Jom Raya dari Residensi UTMKL dan Gurney Mall tidak saya lepaskan. Majlis penuh meriah yang dihadiri Pengurusan Tertinggi UTM, pemain industri yang beroperasi di Residensi UTMKL, rakan perniagaan dan beberapa agensi kerajaan yang berkaitan.

Selain daripada pelancaran laman sesawang Residensi UTMKL dan video Korporat Residensi UTM KL, turut diadakan adalah Majlis Penyampaian Dividen UTM Holdings Sdn Bhd yang diwakili oleh Pengerusi UTM Holdings Sdn Bhd iaitu Dato' Ramli Kushairi dan juga Bendahari UTM iaitu Encik Abu Bakar Mohd Salleh.
Pemberian duit raya untuk pelajar UTM yang terpilih bagi menyuntik semangat mereka untuk belajar bersungguh-sungguh dan juga menyemarakkan lagi suasana majlis Hari Raya yang dirai.
***************
Saya dan rakan media lain sempat melihat sendiri Residensi UTMKL dan Gurney Mall yang telah mula dibuka pada bulan Mei 2017. Untuk pengetahuan semua, Universiti Teknologi Malaysia merupakan universiti awam pertama negara yang telah membangunkan kompleks membeli-belah dan hotel di Malaysia. Kompleks ini telah dibangunkan sendiri oleh pihak UTM dan telah diuruskan oleh UTM Holdings Sdn Bhd anak syarikat Universiti Teknologi Malaysia yang dipertanggungjawabkan untuk mengurus operasi secara keseluruhan Residensi UTMKL. Di bawah Residensi UTMKL, selain daripada Gurney Mall dan UTMSPACE, terdapat dua hotel dibawahnya iaitu The Royal Widad Residence (bertaraf 4 bintang) dan juga The Regency Scholars Hotel (bertaraf 3 bintang).
Manakal UTMSPACE merupakan badan korporat yang bertanggungjawab merancang, menurus dan melaksanakan pelbagai program sepanjang hayat program dibawah UTM dan beroprasi sepenuhnya di Residensi UTMKL.
UTMSPACE sendiri telah beroperasi di tingkat 2 bangunan ResidensiKL ini. Pelbagai fasiliti yang bertaraf antarabangsa disediakan di sini selaras dengan slogan yang dipertengahkan iaitu Lifestyle@UTMKL.
Dewan kuliah, bilik tutorial, makmal dan lain-lain semuanya lengkap ada di bangunan ini. Pelajar-pelajar dari Kolej SPACE adalah terdiri daripada mereka yang mengambil jurusan sepenuh masa dan ada juga yang mengikuti program separuh masa.
Residensi UTMKL merupakan pembangunan bersepadu yang terdiri daripada 4 menara (3 menara adah hotel dan 1 menara adalah kompleks penginapan pelajar). Kompleks ini juga dilengkapi dengan Dewan Bankuet yang mampu menempatkan sehingga 500 sehingga 1000 orang untuk satu-satu masa. Jadi sekiranya kita ingin adakan majlis perkahwinan dan sebarang majlis bolehlah membuat tempahan sewa di sini.
Saya sempat meninjau lobi The Regency Scholars Hotel. Biarpun bertaraf 3 bintang, namun fasiliti yang ada disini cukup hebat dan terbaik.
Apatah lagi dengan melihat pada susun atur dan dekorasi di lobinya sudah cukup membuatkan saya sudah terpikat. Nampak sangat esklusif dan unik. Untuk ke sini kita perlu menaiki lif kerana ianya berada di aras 6 bangunan Residensik UTMKL.

Untuk The Royal Widad Residence yang bertaraf 4 bintang, tetamu hanya perlu menuju ke tingkat aras bawah bangunan Residensi UTMKL. Ianya terletak begitu hampir dengan kedai serbaguna Speed99.
STUDIO ROOM (182 UNITS) | 244 SQ FT QUEEN BED AND TWIN BED | NORMAL FLOOR RM350 PREMIUM FLOOR 450 |
2 BEDROOM APARTMENT (150 UNITS) | 660 SQ FT MASTER BEDROOM SINGLE BED | NORMAL FLOOR RM650 PREMIUM FLOOR RM750 |
3 BEDROOM APARTMENT (50 UNITS) | 829 SQ FT MASTER BEDROOM QUEEN BEDROOM SINGLE | NORMAL FLOOR RM 950 PREMIUM FLOOR RM1,050 |
Bilik tidur utama - 3 katil dan ada bilik air didalamnya.
Meja belajar turut disediakan.
Ruang dapur.
Tempat memasak dan juga ada tempat penyimpanan baranag iaitu peti sejuk.
Terdapat juga kolam mandi di sini. Saya difahamkan kita juga boleh menyewa kawasan ini sekiranya hendak mengadakan jamuan BBQ dan sebagainya.
Selain kolam mandi untuk orang dewa terdapat juga kolam khas untuk kanak-kanak dan juga taman permainan.
Kita juga boleh membeli-belah dan berbelanaj di Gurney Mall. Bagi saya sendiri Gurney Mall ini diumpamakan seperti kompleks membeli-belah kejiranan yang mana menempatkan pelbagai jenis kiosk dan kedai makanan yang sememangnya sentiasa menjadi pilihan masyarakat tempatan seperti Bento Street Cafe, Burger King, KFC, Old Town White Coffee dan pelbagai lagi. Saya juga diberitahu Alumni Cafe di sini sentiasa menjadi tumpuan dek kerana penangan kesedapan nasi ayam bersama ayam kampung yang menjadi kesukaan ramai pelanggan yang datang ke Gurney Mall.
Tempat makan yang luas dan selesa.
Terdapat juag kedai serbaguna seperti Speedmart99, MyNews.com, butik baju, farmasi dan pelbagai lagi. Menurut Encik Kamil Ahmad Kushairi Pegawai Eksekutif UTM Holdings sebanyak 90% premis di Gurney Mall sudah mempunyai penyewa sejak ianya mula beroperasi tahun lepas.
Di Gurney Mall juga mempunyai pusat permainan bowling yang mana jika kita nak buat perlawanan bowling bolehlah adakan di sini. Dan pelajar serta masyarakat setempat pasti ke sini untuk menghilangkan rasa stress mereka dengan bermain bowling!
Parkir PERCUMA disediakan begitu banyak. Surau yang sangat luas boleh menempatkan ramai jemaah untuk satu-satu masa, tandas yang bersih dan pelbagai lagi kemudahan yang disediakan di sini.
Untuk keterangan lanjut, boleh layari www.gurneymall.com bagi tujuan penempahan bilik hotel dan Dewan Bankuet ya!
