Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all 2967 articles
Browse latest View live

Beli Cheesy Mozzarella Stix, Anda Boleh Menyertai Peraduan Go For Gold di Dominos

$
0
0
Bertempat di outlet Domino's Pizza yang terbaru (outlet yang ke 146) di USJ 1 telah dilancarkan hidangan terbaru dari Domino's iaitu Cheesy Mozzarella Stix! 

Menggunakan 100% keju mozarella di dalamnya bersama keju cheddar  yang dibakar sempurna memberikan rasa hebat tidak terkata. Hidangan ini akan mulai dijual 15 Februari 2016 pada harga pengenalan RM7.80.


 Bersama dengan pelancaran hidangan baru ini, Domino's juga ada menganjurkan Peraduan Go For Gold yang bakal bermula pada 15 Februari sehingga 27 March 2016. Harga pengenalan hanya serendah RM7.80 sahaja!!

 Apa yang menarik tentang peraduan ini ialah, setiap pelanggan yang membeli Cheesy Mozzarella Stix bolehlah mendaftarkan Order Id mereka di laman web www.dominos.com.my/goforgold. Ada beberapa soalan mudah yang perlu dijawab.

Setiap kali penerimaan peraduan didaftarkan, pelanggan yang menyertai akan menerima e-kupon pizza regular yang akan dimasukkan terus ke dalam akaun pelanggan. Untungkan!

Bertambah lagi untung jika pelanggan berjaya memenangi antara hadiah yang ditawarkan!

GP x 1 : Gold bar (50g)
2nd x 8 :Gold bar (5g)
3rd x 8 : Gold watch
4th x 8 : Pewangi (175ml)
Conso x 200 : Satu tahun pizza regular

Wowwww!!!

 Di perasmian outlet baru Dominos di USJ 1 ini juga bertambah meriah  dengan kehadiran lebih 50 orang anak yatim untuk sama-sama menikmati hidangan dari Domino's'. Antaranya seperti anak-anak dari Pertubuhan Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah (RACTAR), Rumah KIDS dan Rumah Charis. Sememangnya terserlah keseronokan di wajah anak-anak syurga ini.

 Akhirnya Domino's USJ1 dibuka secara rasminya!

Dan saya cukup terhibur dengan persembahan "Lion Dance" yang penuh semangat ini...





 Comelnya....

 Team Domino's yang dedikasi sentiasa menjanjikan yang terbaik...

Hidangan berinovasi yang memenuhi citarasa pelanggan Domino's semestinya...

Memberi kepuasan yang tidak terhingga..
Pada setiap gigitan pizza yang begitu sempurna...

Sememangnya banyak promosi menarik, antaranya seperti combo 2 regular pizza ditawarkan pada harga RM30, manakala combo 2 large pizza hanyalah RM50. Bukan itu sahaja bahkan banyak lagi tawaran, dan kita boleh dapatkannya di www.dominos.com.my


Jom pizza!!!

Seeties Gathering @ Sen of Thai

$
0
0
Menikmati hidangan terbaik di Restoran Sen of Thai di 52-G, Jalan SS21/58,, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia sememangnya tidak saya lepaskan. Apatah lagi jemputan kali ini saya berpeluang untuk mengenali ahli-ahli aktif Seeties yang lain.

Lokasi restoran yang agak sederhana luas, menempatkan ruang makan dan juga kaunter bayaran dan dapur yang disusun kemas memberikan kelainan dalam dekorasi restoran yang mempertengahkan hidangan dari Thailand.

Hiasan di dinding benar-benar mencuri hati saya. Sangat simple dan moden.

Sudut yang agak privasi, sangat cantik dengan kehadiran pokok berdaun hijau. Warna dinding di sudut ini juga memainkan peranan menampakkan ianya ruang begitu esklusif.


Antara hidangan yang kami nikmati di Sen of Thai...
Macam-macam ada, semuanya benar-benar membuka selera :)

Sememangnya apabila saya berkunjung ke restoran Thai, saya akan memilih"Thai tea ice" . Ini kerana ini adalah minuman kegemaran saya selain dari Green Tea Ice. Dan kedua-dua minuman ini agak popular di Thailand.

Semua hidangan enak-enak rasanya dan percayalah menikmati hidangan di sini seolah membawa diri kita berada di Thailand. Rasa asli hidangan tradisi dan popular Thai di "Sen of Thai" memang memenuhi citarasa peminat hidangan Asia.

Antara hidangan terbaik yang dinikmati:-
Steamed prawn topped with lime chili sauce

Thai Baked Mussels in claypot with basil leaves

Stir-fried broccoli with scallops

Deep-fried siakap with signature Thai chili sauce

Tom Yam Goong (Creamy tomyam with prawn)

Classic Pad Thai ( Stir Fried thai noodle)

Sizzling beef with black pepper sauce (Nuea Phad Prik Thai Dam )

Crab Spring Rolls

Cranberry Pineapple fried rice


Royal Thai Loop Chop (Colorful candy)

Tab Tim Krob ( Thai Red Ruby)

Sago Honeydew

Kami dapat berborak, sambil berkenalan dengan lebih dekat. Paling best, kami juga dapat berkongsi segala ilmu dan pengalaman dalam blogging sambil-sambil menikmati hidangan yang disediakan.

happy me..
happy seetizens...

Produk Botanics Di Inspirasi Dari Alam Semua Jadi

$
0
0
Diilhamkan oleh kebaikan alam semula jadi dari bumi, Mentholatum memperkenalkan jenama baru siri penjagaan wajah Botanics yang janji menawarkan anda bukan sahaja hasil kulit terbaik tetapi juga dengan harga yang berpatutan. Botanics menggunakan hanya ramuan-ramuan berkualiti tertinggi yang berasal dari tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan semulajadi untuk memberikan anda pengalaman penjagaan kulit daripada alam semula jadi. Setiap herba dan bunga-bungaan telah dipilih dengan teliti berdasarkan keunikkannya untuk menawarkan anda penjagaan kulit yang selamat, berkualiti dan berkesan.
Botanics mempunyai empat rangkaian produk iaitu pembersih wajah, pembersih berbuih, pembersih dengan pam dan pupur topeng untuk menawarkan pengguna pengalaman penjagaan kulit berasaskan alam semulajadi yang menenagkan. Setiap satu daripada produk ini dicipta untuk jenis kulit yang berbeza. Pembersih wajah dalam tiub hadir dalam 4 varian iaitu Hydra Whitening, Pore Refining, Deep Cleansing dan Hydrating; Pembersih dengan pam hadir dalam 2 varian iaitu Deep Clean dan Moisturising & Brightening. Pembersih berbuih hadir dalam 2 variasi iaitu Oil & Blemish Control dan Whitening dan akhir sekali "mask"muka dalam 5 varian iaitu Aloe Vera Hydrating Facial Mask,  Pomegranate Anti-Oxidant Facial Mask,  Rosemary Pore Refining Facial Mask, Rosehip Oil Brightening Facial Mask dan Lavendar for Soothing Facial Mask.

•    Deep Cleansing Face Wash
      Dirumus daripada aroma serai, Deep Cleansing Face Wash memberikan anda keharuman yang menyegarkan. Ekstrak Ylang-Ylang dan ekstrak Tea Tree telah digunakan sebagai bahan utama. Dan terdapat juga ekstrak teh putih dan daun pokok zaitun yang memberikan kesan pembersihan mendalam, membantu menyeimbangkan minyak serta membebaskan liang roma yang tersumbat. Pembersih ini juga membantu menentang jerawat dan bintik hitam dan sangat esuai untuk kulit berminyak dan juga jenis kulit kombinasi.


Hydra Whitening Face Wash
     Produk iniIa dirumuskan daripada Arbutin iaitu dari ekstrak tumbuhan Bearberry yang membantu menyeimbangkan tona kulit dan meningkatkan kecerahan kulit. Ia juga mengandungi ekstrak tumbuhan Agave yang membantu mengekalkan kelembapan kulit dan menggalakkan sintesis kolagen untuk melindungi kulit daripada permasalahan alam sekitar. Pembersih wajah ini berkesan menanggalkan kotoran jauh di dalam kulit, mengawal minyak berlebihan di samping mengekalkan keseimbangan kelembapan pada kulit. Paling penting produk ini sesuai untuk semua jenis kulit.



     Hydrating Face Wash
   Dengan Aroma Jasmine memberikan ras atenang tenangdan selesa. Pembersih ini membekalkan kelembapan yang mendalam agar kulit kekal lembap dan lembut. Ia mengandungi ramuan bunga Calendula dan Jasmine sebagai bahan utama dan juga ekstrak Aloe dan Violet yang mana sangat berkesan mengelakkan hidrasi pada kulit. Produk ini juga sesuai untuk semua jenis kulit kering dan juga kombinasi


      Pore Refining Face Wash
Mengandungi aroma Orange Flower yang boleh menaikkan semangat dan selesa. Ppembersih ini mampumembersihkan liang-liang pori secara mendalam bagi menghilangkan minyak dan kotoran. Dihasilkan dari ramuan herba Rosemary dan bungaan Witch Hazel sebagai bahan utama dan juga bijian Lentil serta Teh Hijau sekaligus membantu mengecilkan liang pori, mengawal minyak dan menghapuskan bakteria yang menyebabkan jerawat. Produk ini juga sesuai untuk jenis kulit berminyak dan kombinasi.

Terdapat 3 jenis pembungkusan, iaitu :-
Face Wash, 100g (RM14.90)
Pump Wash, 150ml (RM21.90)
Foam Wash, 160ml (RM25.90)

Dan my Amani berpeluang untuk melihat dan merasai sendiri perbezaan menggunakan produk Botanics Pump Wash dan Foam Wash..


Ok, mencuba pump was Hydra Whitening Face Wash
Hanya picit sedikit..


Baunya wangi manis buah berry..




Dicuci lembut, kurang buih.


Lap dengan bersih!


Terasa tangan kanan lebih lembut berbanding yang kiri.

Seterusnya mencuba foam wash Deep Cleansing Face Wash
Picit sedikit amaun..


Kelihatan buih lembut..


Sangat mudah dibersihkan menggunakan foam ini..


Baunya agak strong kerana ianya dihasilkan daripada serai!


Terdapat juga BOTANICS Sheet Mask yang diperkaya dengan pati herba dan Asid Hialuronik untuk mengembalikan kelembapan dan menyegarkan kulit. Ianya hadir dalam 5 varian seperti berikut:

     Aloe Vera Hydrating Facial Mask
Diformulasi daripada Ekstrak Herba Semula jadi seperti Aloe Vera dan bungaan Narcissus yang mampu menghidratkan dan melegakan kulit, selain dari menyerikan semula yang kulit kusam dan letih. Mask ini sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya kulit kering.

     Pomegranate Anti-Oxidant Facial Mask
Diadun daripada pati Delima dan ekstrak herba semula jadi, mampu melindungi kulit daripada kerosakan radikal bebas yang telah menyebabkan penuaan kulit. Ia juga boleh melembapkan kulit dengan khasiat antioksidan semula jadi. Mask ini juga sesuai untuk semua jenis kulit.

     Rosemary Pore Refining Facial Mask
Dengan herbal Rosemary dan ekstrak bungaan Witch Hazel sebagai bahan-bahan utama, pati-pati herba dalam mask ini membantu mengurangkan kehadiran liang pori dan juga memberikan tekstur kulit lebih halus, lembut dan licin sambil mengekalkan kelembapan dan keanjalan kulit. Ia juga diperkaya dengan Vitamin B3 untuk melindungi kulit daripada kerosakan alam sekitar. Mask ini sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya kulit berminyak dan kombinasi.

     Rosehip Oil Brightening Facial Mask
Minyak Rosehip adalah kaya dengan Vitamin C dan sangat membantu mencerahkan warna kulit dan meningkatkan seri pada wajah dan sekaligus menjadikan kulit lebih sihat dan berseri semula jadi. Ia juga diperkaya dengan Vitamin B3 yang boleh melindungi kulit daripada kerosakan alam sekitar dan juga dapat memulihkan kulit kusam dan memberi keseragaman pada tona kulit untuk kulit agar lebih berseri dan sihat. Mask ini sesuai untuk semua jenis kulit.

Lavendar for Soothing Facial Mask

Terasa segar dan bertenaga semula dengan campuran ramuan-ramuan ekstrak bungaan Lavender dan Chamomile yang mana ianya juga membantu untuk menenangkan dan menyegarkan kulit. Ia juga membantu mengembalikan kelempbapan kulit sambil melindungi kulit daripada kerosakan alam sekitar. Mask ini sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya kulit sensitif.



Sheet Mask, 22ml/paket (RM6.90)

Rangkaian BOTANICS boleh didapati secara eksklusif di Guardian seluruh negara bermula Januari 2016. Secara ringkas mengenai produk boleh rujuk pada jadual di bawah :=)
Pembersih Wajah
Saiz
Harga
(RM)
Rangkaian
Bahan Pati Herba
Semula Jadi
Tiub
100g
14.90
 Hydra Whitening
 Deep Cleansing

 Pore Refining

 Hydrating
 Arbutin & Agave
 Tea Tree, Ylang Ylang, White Tea, ekstrak daun Zaitun
 Rosemary, ekstrak Witch Hazel, ekstrak Lentil & Green Tea
 Jasmine, Calendula & Violet
Pam
150ml
21.90
 Moisturising & Brightening
 Deep Clean
 Minyak Rosehip, ekstrak Mutiara
 Tea Tree, Ylang Ylang, ekstrak Serai, Mentimun, Aloe Vera
Buih
160ml
25.90
 Whitening.
 Oil & Blemish Control
 Ekstrak Narcissus & Aloe
 Tea Tree & Ylang Ylang ekstrak Pansy liar

Pupur
Saiz
Harga (RM)
Rangkaian
Bahan Pati Herba Semula Jadi

1 keping
6.90
 Brightening
 Soothing
 Hydrating
 Anti-Oxidant
 Pore Refining
 Rosehip Oil
 Lavender
 Aloe Vera
 Pomegranate
 Rosemary



Saya juga telah mempelajari tentang khasiat bunga dan herba semulajadi yang boleh dicampurkan dalam minuman harian kita.
Melihat sendiri secara dekat rupa sebenar bungaan dan tumbuhan yang mengandungi 1001 rahsia khasiat kesihatan...

Sambil ditemani Sherry, yang gigih menerangkan kelebihan setiap bungaan dan tumbuhan yang ada di situ.

Antaranya seperti....








Setiap satu mempunyai keunikkan dan khasiatnya yang tersendiri. Contohnua seperti stevia- ianya bertindak sebagai agen pemanis, jasmine dan chamomile biasanya ianya dicampurkan dalam campuran tea, mereka yang menikmatinya akan lebih relaks. seperti lemon grass ianya lebih kepada detoks dan banyak lagi!


Mencuba sendiri air yang digabungkan dengan rose, stevia, chamomile dan juga jasmine. Saya suka akan aura rasanya, sangat tenang dan menyegarkan.

Terima kasih kepada PR, Tammy dari The Butterfly Project dan juga pihak Botanic Mentholatum atas jemputan dan juga goodies yang awesome ini!!!!

Percayalah sumber asli dari alam semulajadi,
Memulangkan sesuatu yang terbaik buat diri!

Jom Uolls Melenjan Di Nickelodeon Lost Lagoon!!!!

$
0
0
Pembukaan pertama kalinya di Asia, Nickelodeon Themed Land di Sunway Lagoon sememangnya sangat dinantikan oleh kanak-kanak di Malaysia. hehehe. Seriusly, bukan sahaja kanak-kanak yang teruja bahkan orang dewasa juga sama-sama menantikannya.


Dengan pelaburan RM100 juta menjadikan taman tema ini antara yang esklusif dibina di Sunway Lagoon. Sekaligus menarik minat lebih ramai pelancong samada dari dalam negeri mahupun luar negara berkunjung ke Selangor.

Biarpun di dalam Sunway Lagoon sudah mempunyai banyak kiosk dan restoran yang menjual makanan, kita juga boleh mendapatkan hidangan seperti pizza, salad dan pasta di Cubes Cafe yang terletak di pintu masuk Nickelodeon Lost Lagoon.

Kat sini jga terdapat kemudahan penyimpanan barang ya!

Yang Berhormat Dato'Seri Mohamed Azmin bin Ali, Menteri Besar Selangor antara VIP yang dijemput untuk merasmikan taman tema baru-baru ini.

Selain MB Selangor, turut menyaksikan pembukaan taman tema ini adalah Tan Sri Datuk Seri Razman M. Hashim (Timbalan Pengerusi Sunway Group), Mark Whitehead (Executive Vice President and Managing Director Viacom International Media Networks Asia.

Memang meriah sangat pembukaan Nickelodeon Lost Lagoon ni uolls....
Percikan bunga api sana-sini...
Ada letusan dari ala2 gunung berapi....

Terdapat 14 lokasi yang menarik untuk diterjah di sini. Yang mana di lokasi ini membawakan tema seperti SpongeBob SquarePants, Dora the Explorer dan Teenage Mutant Ninja Turtles.

Dan pastinya taman tema Nickelodeon ini bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak bahkan golongan dewasa juga boleh bermain dan bermandi-manda di sini.

Antara "slide"yang terdapat di Nickelodeon Lost Lagoon seperti:-












Banyak sangat tempat slide yang best ni....
Semua yang terbaru dan terbaik istimewa buat pengunjung Sunway Lagoon...

Dan nak jumpa dengan mereka-mereka di atas...

Jangan lupa datang ke Nickelodeon Lost Lagoon...
Terutama di hari hujung minggu, setiap jam mereka akan muncul dan bergambar dengan pengunjung yang hadir!!!!!

Dibuka setiap hari Isnin-Ahad bermula jam 10 pagi - 6 petang.

Harga tiket:-
Dewasa : RM150
Kanak-kanak : RM120 (bawah 12 tahun)

Keterangan lanjut boleh layari : www.facebook.com/SunwayLagoonMalaysia

SHAKLEE Malaysia Mengumumkan Perlantikan Presiden Terbaru!

$
0
0

Pada Januari 2016, Shaklee Malaysia telah mengumumkan perlantikan Helen Lam sebagai Presiden, Shaklee Malaysia yang terbaru. Untuk pengetahuan semua Helen Lam telah menyertai syarikat tersebut pada Januari 2016. Selama lebih 20 tahun lamanya Helen bergerak secara aktif di dalam bidang industri Jualan Langsung menerajui bahagian Pemasaran & Jualan di syarikat multinasional. Dan beliau mempunyai rekod pencapaian yang sangat cemerlang.

 “Bukan mudah mencari seorang pengurus eksekutif yang mempunyai latar belakang dan pencapaian di dalam industri ini, dengan minat yang amat mendalam membantu memberi impak positif kepada kehidupan orang lain”, kataRoger Barnett, CEO kepada Shaklee Corporation.

Tambah beliau, 

“Kami amat bertuah dengan kehadiran Helen yang mahu menjadi sebahagian daripada keluarga besar Shaklee dalam membantu rakyat Malaysia untuk hidup lebih sihat dan mempunyai kehidupan yang lebih baik.  Kami amat teruja untuk melihat perubahan besar terhadap perniagaan Shaklee di Malaysia, tambahan pula kehadiran Helen sebagai Presiden, tentunya akan lebih mengeratkan jalinan hubungan perniagaan kita di dalam keluarga besar Shaklee”.

Helen mempunyai pengalaman yang cukup luas sebagai Pengurusan Eksekutif. Dengan rekod pencapaian cemerlangnya terutama kerjasama erat bersama para pengedar sekaligus mampu memacu pertumbuhan yang stabil untuk jangkamasa panjang di dalam industri jualan langsung. Sepanjang penglibatan beliau, ternyata Helen telah berjaya meluaskan pengaruh pemasarannya secara meluas di seluruh Asia Tenggara seterusnya menjana pertumbuhan  pasaran  yang akan datang dan juga yang sedia ada.

Untuk keterangan lanjut, boleh layari :

kalau nak beli, boleh  beli kat lazada ya!

Bergaya Dengan Cara Anda Bersama YFS!

$
0
0
YFS Concept Store ditubuhkan pada tahun 1980 yang mana cawangan pertamanya terletak di Johor pada ketika itu. Sehingga kini terdapat 50 outlet YFS dengan 500 pekerja keseluruhannya. YFS adalah singkatan kepada Young, Fabulous dan Sassy menawarkan pelbagai rekaan pakaian yang ranggi dan terkini  memenuhi citarasa muda-mudi hari ini.

Pelancaran pembukaan terbaru telah diadakan di IOI Mall yang mana pihak YFS telah menjemput beberapa rakan media dan blogger bersama-sama meraikan kejayaan terbaru dari YFSCorp. 

Acara wajib, ketika sambutan CNY ~Yee Sang!!! Secara ironinya membawa maksud "membawa kebaikan, dan kekayaan".... :=)

Majlis bertambah meriah dengan adanya acara "Tarian Lion Dance"...

Turut serta diacara ini ialah "The Monkey King"
Kemunculan Monkey King dan juga Lion, membawa maksud semangat juang, membawa tuah, moga tahun baru kali ini beri lebih banyak öng!


Amboi Amir dan Sab bukan main seronok nak pegang Lion ~untuk lebih Ong! ya hehehehe

Majlis dihoskan oleh Sab si cantik manis yang begitu semangat dan teruja mengalu-alukan kedatangan para media ke majlis ini.

Seterusnya CEO YFS Concept Store, Mr. Nicholas Chong turut berkongsip tentang inspirasi gaya yang dibawakan oleh YFS yang mana sangat menekankan citarasa orang asia, mengikut rekaan dan juga saiz.


Bertemakan konsep "Style It Your Way With YFS", rata-rata rakan media yang menghadiri juga teruja dengan penerangan tentang cara pemilihan rekaan baju dan warna dari pihak YFS.

Selain dari label YFS itu sendiri terdapat jenama label lain yang turut dipasarkan di outlet YFS Concept Store, antaranya seperti American Denim, AD Jeans, AD Kids & Mikayla.

Ok, jom kita lihat antara beberapa koleksi yang menarik yang terdapat di YFS Concept Store:-

AD Jeans
Seluar jeans berkualiti tinggi untuk lelaki dan perempuan. Dikeluarkan dalam pelbagai potongan dan warna yang menarik.




YFS Concept
Yang ini antara koleksi pakaian yang paling ditawarkan. Pelbagai jenis rekaan mengikut kesesuaian acara dan minat pembeli itu sendiri. Memang rambang memilihnya terutama dari segi koleksi "blous"dan jaket yang cantik. Terdapat koleksi untuk perempuan dan juga lelaki ya.

Jadi kita boleh pilih apkaian samada ianya kasual, pakaian ke office ataupun majlis santai serta perayaan.













AD Kids & Mikayla

Koleksi istimewa buat kanak-kanak yang direka secara esklusif untuk mereka agar tampil lebih bergaya.





Aksesori
Selain daripada pakaian, terdapat juga aksesori yang ditawarkan pada harga sangat berpatutan, pada kualiti yang terbaik jauh lebih murah dari pasaran. Antaranya seperti beg tangan, topi, rantai, gelang tangan, cincin , shawl dan banyak lagi.






Terdapat juga kemudahan "fitting room" yang luas dan agak banyak, bagi membolehkan pengunjung mencuba terlebih dahulu pakaian yang mereka minat sebelum membeli.
Kaunter pembayaran juga banyak dan luas. Jadi memberi keselesaan untuk mereka yang datang berbelanja untuk membuat pembayaran.

Sepanjang majlis pembukaan turut diadakan sesi make over, yang mana para media boleh minta untuk di tata riaskan oleh jurumekap yang dijemput.

Dan kami juga diberi peluang mencuba pakaian di sini, seterusnya diambil gambar dan dimuat turus ke akaun instagram tag YFS. Bagi penerima LIKE tertinggi akan mendapat hadiah dari pihak YFS! Best giler (oh yaa tahniah Ateen sebab berjaya menjadi pemenang untuk mini peraduan ini)

Potongan yang sangat kemas dan selesa!

Terima kasih YFS Concept Store atas pakaian yang menarik ini buat anak dan suami tercinta!!!

Nak habaq maiii...
Ada peraduan ni..
1. Hanya perlukan anda menggayakan pakaian dari YFS Store
2. Upload ke FB dan jangan lupa tag--> https://www.facebook.com/YFSConceptStore
3. Minta kengkawan LIKE gambar anda
4. LIKE paling teringgi bakal menerima barangan RM300 dan 10 yang tertinggi dalam senarai bakal menerima produk YFS bernilai RM100.
5. Faitiiiiiiiiiiiiiii...jangan lupa sertai ya!!!


Keterangan lanjut boleh layari:-

insta: @yfsconceptstore

"Style It Your Way With YFS

“Tak Sabaq Nak Tonton Teater Zombie LaLaLa di Istana Budaya”

$
0
0
Hollaaa!!!
Meh reramai kita saksikan teater Zombie LaLaLa yang akan dipentaskan di Istana Budaya bermula dari13 hingga 21 Februari 2016. Teater yang mempertengahkan genre komedi seram membariskan pelakon-pelakon terkenal seperti Zulin Aziz, Amy Mastura, Amar Baharin, Janna Nick, Hafrezz Adam, Siti Saleha, Mei Fen dan ramai lagi. *Semuanya pelakon-pelakon hebak nojs!!!!

Teater ini diterbitkan oleh CTRA Production dan diarahkan oleh A.Aris Kadir dan Erma Fatima.

Sinopsis Teater Zombie LaLaLa

Sekumpulan ketua zombie dari China, Amerika Syarikat, Eropah, Indonesia, Mexico, Thailand dan Mesir telah belayar menaiki sebuah kapal ke Ibu kota Kuala Lumpur. Kononnya, mereka mendapat tahu bahawa formula untuk mengembalikan kecantikan dan ketampanan mereka telah ditemui di sana. Berita yang disebarkan oleh Miss-K iaitu Presiden Zombie Sedunia menyebabkan mereka ingin mengadakan pertemuan dan mencari formula tersebut bagi mengembalikan wajah dan tubuh mereka supaya kembali menjadi kacak dan jelita selepas terkena jangkitan virus perosak itu. Dalam masa yang sama mereka juga mahu melancong dan melihat keindahan Kuala Lumpur. Pelbagai insiden lucu muncul ketika mereka menceritakan bagaimana jangkitan virus itu berlaku dan bagaimana kehidupan mereka sengsara. Apakah formula itu? Apakah misi mereka untuk menjadi cantik dan tampan menjadi realiti?


********************

Meh-meh dapatkan Zombie LaLaLa yang berharga bermula dari RM37 hingga RM165 secara online di AirAsiaRedTix.com ataupun di kaunter tiket Istana Budaya.

Ikuti media sosial CTRA Production dan MohdZarin.com untuk mengetahui perkembangan terkini:

Facebook :

Instagram : 

Mengenali Budaya Kenduri Kahwin Masyarakat India

$
0
0
Hujung minggu lepas, kami sekeluarga dapat jemputan ke kenduri kahwin kawan opis Dedet, nama dier Batma. Saya tidak pernah mengenali kawan opis Dedet yang ini, tapi sebab orang dah menjemput rasanya eloklah kita menghadirinya.

Apatah lagi, kami mengetahui pihak lelaki pengantin mempunyai juga saudara-mara melayu beragama Islam. Dan terangan-terangan hidangan yang disediakan juga HALAL untuk dinikmati :=)

Oh, my................
Bila masuk sahaja dewan...
Memang saya kagum..
Cara hiasan dan susunan seperti sahaja kenduri masayarakat melayu...
Menggunakan tema biru dan pink lembut..
Kombinasii yang jarang dilihat pada mata saya (tidak pasti pada mata orang lain ya)

My Ameer punyalah bergaya abis...
Mampu bertahan 10 minit ajer ya...
Lepas tu haraaaammm...
Abis bertompok2 baju ngan asi krim la..kuah dal lah....

Buffet makanan di letak di depan dewan...
So, masuk2 jer terus amik makanan dan makan....

Dalam khusyuk2 saya beratur beberapa kali mengambil ais krim untuk dimakan sendiri semata2..
Tiba2...

Saya dikejutkan dengan letusan bunga api berhadapan dewan...
Kumpulan asap2....

Macam kena pengeboman ya jugak..buahahahah

Banyak kali kot..bunga api ni diletuskan ke udara..

Memang chantekla...
Tiba2 ada seorang pak cik di sebelah saya menjerit "Happy New Yearrrr" sekuek-kueknya...

Ehhhh ko dah kenape...

Buahahahahahah
Oh rupa-rupanya pengantin dah sampai...

Kalau majlis orang melayu, biasa yang kita nampak orang bersilat..
Majlis masyarakat cina..ada juga rasanya mercun...(erkk tak sure), tapi die lebih kepada pengantin lelaki kena tahan untuk bayar tol :p

Pengantin lelaki keluar dan membuka pintu perempuan...

Seterusnya membawanya ke dewan..

Bergambar dulu....
Lepas tu ada acara potong kek bersama keluarga..

Para tetamu semua berdiri memberi penghormatan...


Lebih kurang jer dengan majlsi kenduri masyarakat melayu ghupanya...

Ada meja makan beradab...



Ada pelamin..

OK, yang ni paling win,
Ada viedo klip..heheheheheh
Pelbagai aksi...

So, saya memang fokus pada video klip pasangan ni...
Sampai my laki pun perli "Jeles keeeee, tengok orang lain ada video klip"....


Oi takla ya..hahahhaha


My Ameer pulak, die pergi joget hindustan kat situ...
Sebab sepanjang malam tu macam2 lagu hindi depa duk pasang...





Sampailah dedet kena sampaikan pesanan keramat kat My Ameer "Dahla nakkk oiiits...letih dah pak nak jaga laluan kawasan menari kat tengah2 jalan ni"...

Uniknya kenduri masyarakat India..
Di pintu masuk ada pokok pisang..
Dan setiap tetamu yang hadir juga berpeluang memberi hadiah yang dibawa atau duit kepada pengantin di atas pentas. Kiranya dapat bersalam dan bergambar terus dengan pengantin...

Cantiknya budaya masyarakat Malaysia...
Yang paling penting perasaan muhibah tetap kekal di jiwa :=)

GLOWTOX Suplemen Kesihatan Terbaik Buat Wanita Seperti Saya

$
0
0
Diperkenalkan dengan produk kesihatan yang dihasilkan dari ekstrak buah anggur memang buat saya teruja. Ini kerana saya memang bermasalah mengambil makanan kesihatan yang begitu kuat terasanya ubat. Biarpun umur dah 30-an, saya memang spesis manusia yang tidak suka makan ubat, erkkk.

Sehinggalah saya mencuba GLOWTOX, ianya benar-benar memenuhi citarasa tekak saya. Terasa seperti menikmati air yogurt yang enak!
Menariknya tentang GLOWTOX keluaran Tiara Wellness ini ianya diformulasi dari bahan-bahan semulajadi seperti:-

* Ekstrak Biji Anggur
* Acai Berry,,
* Ekstrak Zaitun
* Habbatussauda
* Fructooligosaccharida - alternatif untuk rasa kemanisan, rendah kalori
* Multivitamin

Yang menariknya GLOWTOX ini digabungkan dengan formula terbaik. Dengan kandungannya yang kaya pre-biotik ianya bagus sekali untuk penjagaan usus, Dan ianya juga bertindak sebagai anti-oksida, secara tidak lansung ianya anti penuaan - menjadikan kekal awet muda dan kulit kita bertambah cantik. Bukan itu sahaja, produk ini juga mampu bertindak sebagai anti kanser dan boleh mencegah daripada penyakit kritikal dengan izinNya.

Jika kita ada alami masalah-masalah seperti di bawah:-

✔ Sembelit
✔ Gastrik dan ulcer perut
✔ Cirit-birit
✔ Ketidakhadaman (angin, ketidakselesaan perut) sebu, BUNCIT
✔ Allergik
✔ Jangkitan bakteria
✔ Selsema
✔ Kolestrol
✔ Sistem imunisasi rendah
✔ Buasir
✔ Kulit kusam
✔ Kulit berjerawat
✔ Susah turun berat badan

✔ Badan tidak bertenaga & cepat letih (banyak toksin dalam badan)

Adalah disyorkan untuk kita mengambil GLOWTOX ini sebagai pemakanan kesihatan tambahan :)


Sebagai seorang ibu yang berkerja dan pada yang sama perlu menguruskan anak-anak, tidak nafikan saya memang tidak punyai masa untuk melihat penampilan diri sendiri setiap hari. Bila sudah bekerja sepanjang hari, badan juga mudah letih dan wajah tentunya kelihatan begitu kusam. Tambahan pula setiap kali pulang ke rumah pelbagai urusan rumahtangga sudah menanti seperti memasak, membasuh dan mengajar anak-anak di rumah.

Bagi mengatasi masalah ini, saya memang perlukan supplemen  bagi mengimbangi keperluan badan yang memerlukan makanan kesihatan untuk saya sentiasa cergas dan betenaga.


 Didatangkan dalam pembungkusan sachet seperti di atas. Adalah disyorkan untuk mengambil ketika perut kosong sama ada waktu pagi atau malam. Bilangan disyorkan antara 1 hingga 2 sachet sahaja setiap hari.

Cara menikmatinya juga sangat mudah..
 Samada kita membancuhnya bersama 100ml air (suam ataupun sejuk).
Kacau atau shake secara perlahan..

Minum terus dan rasanya seperti air yogurt uolls!!
Sedap...

 kalau tak nak bancuh dengan air. Boleh juga makan direct dari sachet. Sedap juga, seperti makan gula-gula yang masam-masam manis :p

Produk ini juga boleh diambil oleh kanak-kanak, ibu yang mengandung 4 bulan ke atas dan wanita yang menyusu ya!


Untuk lebih rujukan dari testimoni pelanggan boleh rujuk pada pautan ini ya!!
http://bit.ly/testiglowtox

Sebarang pembelian dan pertanyaan boleh hubungi:-
013-294 1101
011-1194 1101

website:
www.tiarawellness.com

fb page:
TIARA WELLNESS HQ

IG:
tiarawellnesshq


Happy me with my lovely kids....

Biar usia terus menginjak dengan berlalunya masa...
Janji diri ini terus sihat, cergas, bertenaga dan ceria!



12 Jam Perjalanan Banyak Henti, Pengembaraan Best Bersama Famili

$
0
0
Road trip banyak hentian bersama seisi famili, bermula jam 5 petang dari Shah Alam..

5 petang - tapah - teluk intan - manjung - lumut -setiawan - kuala selangor - kapar - shah alam - 5 pagi
Tidaklah merancang sebenarnya. Setelah berurusan di waktu pagi membawa Anaqi ke Hospital Shah Alam, untuk mendapatkan rawatan akibat alahan dibadannya (tidak tahu punca mungkin disebabkan makanan ataupun cuaca). Balik berehat di rumah seketika dan dalam pukul 5 petang kami bergerak seisi famili ke Tapah. Pemanduan dengan kelajuan sederhana membawa kami ke Sekolah Menengah Sains Tapah dalam masa 1 jam 40 minit sahaja.
Kenapa ke sini?
Ahem, sebabnya my Adriana mendapat tawaran ke sekolah sini. Dan my Yana memang tidak berminat untuk tinggal jauh dari keluarga. Jadi untuk memuaskan hati beliau dan memberi sepenuhnya kepercayaan terhadap keputusan yang bakal di buat oleh my Adriana sendiri samada untuk menolak atau menerima tawaran, kami membawanya ke sekolah ini.
Biar my Adriana melihat samada beliau mahu atau tidak untuk berada di sini..

Sekolah berprestij ini memang terkenal dengan pencapaiannya.
Namun sebagai ibu, biarpun saya mahupun yang terbaik tapi saya percaya "setiap anak die punya impiannya sendiri"...
Umurnya baru 13 tahun, seorang gadis yang berdikari, tapi beliau sangat rapat dengan famili. Sedih dan gembiranya banyak dikongsi bersama Anaqi dan saya sendiri.
Dan saya juga memegang kata2 yang kawan saya kongsikan..
"Jika bernih itu baik, campak di mana sahaja, ianya akan tumbuh membesar dengan berbuah lebat"...
Dan pastiya, saya akan menjadi air, suria dan memberi baja dengan penuh kasih-sayang, chewah!!!


Ok, entri sudah merepek..
Buahahahahahah
So, kami jejalan di kawasan tapah, sembahyang di Masjid berdekatan.

Berdekatan dengan Sekolah Menengah Sains Tapah, ada sebuah ferai Mee Celup di tepi jalan. Ramai kelihatan pengunjung datang menikmati hidangan di sini. Rasanya gerai ni agak popular di kalangan penduduk tempatan di sini.

Selain mee celup, terdapat juga cendol celup, kihkihkih
Sangat rekomen lai chee kang dan juga ABC..sedap dan murah!


Ini adalah mee celup ayam saya...
Saya suka bi hun!!
Anak2 saya semunya order mee celup yang sama cuma mereka meminta isi daging.

Ini adalah mee celup special...
Ada ayam, daging, perut dan juga telur...

Saya suka makan mee celup! Bukan disebabrasa kuahnya yang agak masam-masam pedas...Biasanya juga dihidangkan dengan cili jeruk, cili merah (blender), dan garam. So kita boleh ubahsuai rasa ikut suka!

Sedap dan murah,,,
Makan di gerai tepi jalan yang tidak mengecewakan :=)

Seterusnya kami ke Teluk Intan...
Agak jauh juga perjalanan....
Mungkin juga salah masuk laluan...
Tapi kami dapat lihat banyak pekan2 kecil dengan hiasan lampu2 merah bersempena dengan Tahun Baru Cina! Memang meriah..

Tarikah di Teluk Intan....
Tentulah Menara Condong ini...
Datang pula di waktu malam, memang lampunya mencuri perhatian...

Bahkan dekorasi sekeliling dengan tanglung, menambahkan keunikkan pekan Teluk Intan...

Ramainya orang di sini..
Masing tidak lepaskan peluang membawa ahli keluarga bermain dan bergambar kenangan di hadapan Menara Condong...
Tidaklah sesak tapi still nampak padat dengan manusia...

Kami berjalan di pasar malam (tak pasti apa nama khas untuk pasar sebegini) yang rata-ratanya menjual pakaian dan aksesori sahaja.

Harga barangan yang dijual juga sangat berpatutan. Tapi kami tidaklah membeli apa2 memandangkan tujuan ke sini hanya untuk cuci2 mata.

Berdekatan dengan pasar malam, ada pasar orang yang meniaga makanan.
Tujuan asal nak makan sate, tapi semua gerai yang menjual sate sudah habis satenya!!!
Memang terlajak laris, biarpun baru pukul 10 malam....
Tapi saya tertarik untuk mencuba Yong Tau Foo Teluk Intan...

Close up skit......
Seeeeeeeeeeee punyalah banyak saya amik mengikut nafsu, heheheheh
Saya biasanya menikmati dengan sup tapi di sini tak ada yang sup hanya dengan sos yang ditabur kacang. Sosnya ada rasa manis masam....

Popiah basah...
Bagi saya sepatutnya sedap...
Tapi mungkin juga kami beli dah lewat, banyak bahan dah takde...
Ada sikit frust...
Harga untuk 6 keping RM3.50

Ini adalah sotong kangkung...
Recommended!!
Harga RM10 untuk satu sotong saiz xxl...
Sotongnya sangat lembut di makan bersama kangkung, sos dan kekacang!

Since mas amula sampai, my Ameer sedang tidur lena...
Masa makan, baru beliau terjaga...
So my Ameer memang excited bila tengok menara yang sungguh kalerful ini...

Untuk anak sekecil ini, apa yang menggembirakannya hatinya bila dapat berada di kawasan yang penuh warna-warni dan meriah....

Siap ajak kakak kesayangan posing kat sini...

Bagus untuk pengetahuan semua...
Tentang sejarah bagaimana peninggalan karya orang lama ini yang dulunya tempat pengisian air dan penanda laluan kapal dan kini ianya adalah satu momento yang perlu dihargai oleh masyarakat malaysia khasnya :=)

Oh...ya perjalanan kami ada banyak citer lagi...
Tentang kemeriahan tengah malam di Lumut, Setiawan dan perkara mistik yang telah berlaku dalam perjalanan...

InsyaAllah will continue update later (nenatiler ya):=)

Jom Jom ------>Booking a beauty salon and spa

$
0
0
Uolls pernah dengar tak tentang satu laman web yang menawarkan pelbagai perkhidmatan penjagaan dan perawatan khasnya buat kaum wanita.

Yerppp... kenalkan Bfab ~~ Be Fabulous!!
Laman web yang semuanya boleh diselesaikan dengan hanya carian di hujung jari anda.

Mula-mula klik SINI!

Seterusnya pilih jenis servis rawatan yang dikehendaki - perawatan badan seperti urutan, pedicure dan manicure, perawatan muka, mekap dan banyak lagi. Kemudian kita pilih lokasi yang dikehendaki dan laman Bfab akan memberi senarai spa dan pusat kecantikan berdekatan anda yang menawarkan perkhidmatan yang anda mahukan.

Mudahkan :)


Contohnya saya mencari rawatan massage (urutan) yang berdekatan dengan kawasan Petaling Jaya,
Terdapat banyak pilihan spa dan pusat kecantikan.
Seterusnya saya membuat pemilihan spa yang diminati.

Dengan begitu efisien, laman Bfab akan menunjukkan tarikh pilihan dan slot masa berserta harga yang ditawarkan dan tempoh perkhidmatan.



Selesai membuat pemilihan, kita akan dapat "details"servis yang kita mahukan. Setelah puas hati terus buat "Checkout Now"dan membuat pembayaran di spa dan pusat kecantikan yang kita pilih. 

Dan untuk pembaca blog http://ayuarjuna.blogspot.my, ada tawaran menarik. Setiap tempahan yang dibuat melalui Bfab, akan mendapat potongan diskaun sebanyak 20%, dengan hanya memasukkan kod "BFABNOW"di kotak Bfab promo. Kod ini boleh digunakan sehingga 4 kali tempahan servis ya!

 #bfabmy

Berpagian Mandi Air Sungai Congkak

$
0
0
Sebenarnya my adiks ada mengajak ke sini pada cuti Tahun Baru Cina baru-baru ni. Tapi sebab ada hal lain, yang mana nak  antar Anaqi pergi buat pemeriksaan kat hospital, lepas tu last minute plan jenjalan kat Tapah, so kitorang tak join.

Last2 semalamnya, Dedet ajak anak2 melenjan di Sungai Congkak di Hulu Langat. Memandangkan ada juga warga Selangor/KL yang dah masuk bekerja, jadi kawasan ni takdelah sesak sepertimana hari minggu ataupun hari cuti umum kebiasaannya.
Lepas makan nasi lemak kat gerai di P.J, kami terus bergerak ke sini. Mula-mula pergi kawasan Sungai yang dijaga oleh pihak Perbandaran. Air sungai kat sini agak deras juga tapi ianya cetek.
My Yana yang bukan main hepi duk jaga barang...
Punyalah malas nak berendam dalam air sejuk. Puteri lilin sangat...
Beliaulah jurugambar pada hari kejadian...
My Amani dengan permainan yang dibawa...
Keseronokan My Ameer dengan lori tanahnya. Main tanpa peraturan...
Lenjan jer nak... baju kotar nanti kita basuh ya!
Kat area Pangsun ni, airnya tidaklah sejuk sangat berbanding dengan Pusat Rekreasi Sungai Congkak. Kat sana lagi sejuk!!
Ater nak buat bellarina kat sini kan... 6 packs tu nan adoo ya...
3 beradek... Abang long dan konco-konconya...
My 3 dugongs, kahkahkah...
Lepas penat mandi, naik kejap kat atas...
Duk main snake & ladder ni...
Kecik jer kertas dier, tapi gegeh 3 beradek ni bermain sama...
Sejam kat sungai situ, terus gerak kat kawasan Rekreasi Hutan Lipur Sungai Congkak bawah kendalian Tourism Selangor. Bayaran untuk mereka yang berumur 12 tahun keatas adalah RM1.05 (termasuk GST), bawah 12 tahun percuma. Parking kereta kat sini RM4.00 sahaja.
Apa yang menarik, dekat sini sungai dier lebih jernih dan bersih. Dan airnnya sangaaaaaaaaaaaaat sejuk.
Bukan itu sahaja, banyak fasiliti seperti tempat buang sampah, kanopi, bilik air bersih dan surau.
Adik kesayangan abang dan kakak...
Bawa diri tak nak main air... Sebab terlalu sejuk, heheheh
Hutan dara rasanya ni...
Bersih dan terjaga. Dan saya perasan, takde rasa nyamuk mengigit di sini...
Last2 si kenit ni main juga...
Tapi dengan cara cenggini...
Punyalah geli nak pijak pasir sejuk...
Abang yang sulung, bersama 2 adek yang paling kecik...
Biarpun agak cetek... Tapi still kena berjaga sebab banyak batu licin.
Ekceli banyak kawasan mandi kita boleh pilih...
Tapi saya suka kawasan ni...
Sebab airnya memang ketara bersih dan paling penting ianya cetek.
Selain daripada kita datang mandi. Kat sini ada kawasan camping (RM10 satu tapak). Kalau nak buat jungle trekking pun boleh, dan harganya kalau tak silap RM15 seorang dan mesti datang dalam kumpulan dalam 30 orang.
Budak comel kesejukan... Saya jarang pergi mandi sungai, laut dan sewaktu dengannya. Tapi bila dah suami mengajak atas impian anak2 yang teringin nak mendekati alam semulajadi yang bukan biasa pun mereka terokai. Ego sebagai permaisuri lilin tu kena buang tepi. Janji anak hepi... Suami pun hepi... Kita pun senang hati... Iya idok?


Kerepek Ngaku Yang Marbeles!!!!!

$
0
0
Saja nak up entri ni. Sebab nak habaq, buah ngaku atau arrow head sekarang ni dah menjunam turun harganya....Dalam RM1.80 pun boleh dapat sekilo (rasanya kat Econsave saya nampak promosi harga serengget lebih). Tapi sebelum CNY, saya beli dekat Tesco harga dalam RM2.80 sekilo. Boleh dapat seplastik besar dalam RM1.80 sahaja.

Nak buat pun sikit punya senang....Dengan kulit luar yang mudah nak dibuang kulitnya (tak macam kentang). Lepas tu sagat jer macam biasa. Tapi sebab sagat saya tak berapa cantek die punya pisau...So, saya potong ngan pisau halus dengan pisau biasa....

Tapi kehalusan tu tak ikut piawaian SIRIM la..Kejap kecik , kejap besar!

Goreng dalam minyak yang betul2 panas. Dan pastikan minyak tu banyak (macam goreng keropk biasa tu).

Tadaaaaaaaaaaaaa...siap...
Tak payah tabur garam atau sebarang perisa lain...
Makan cenggini pun dah sedap...
So, kalau nak tahan lama simpanlah dalam bekas yang kedap udara..
Tapi macam saya, abis jer goreng terus masuk dalam perut isi rumah belaka...


Buah ni agak rare, time CNY baru nampak kemunculannya merata-rata...
Dan nak buat kerepek sangatlah mudah berbanding beli dah siap agak mahal juga :p

Stride-To-Ride Learning Tiger dari Pet Pet

$
0
0
Lama dah tak citer pasal kemenangan, hahahahahah
Sebab takde menang sangat...
Dan kalau ada pun malas nak amik gambar ke apa...
Tapi sebenarnya bagus juga simpan gambar pencapaian dalam bidang compering...
Boleh memotivasikan diri untuk lebih rajin dan pada yang sama boleh dikenang-kenangkan
Lama dulu saya ada join peraduan ini..
Join pun satu jer...
Kebetulan stok pampers Ameer banyak lagi...
So takdelah nak memborong...

Tup2 bulan lepas dapat call suh amik hadiah...
Katanya menang yang hadiah Stride To Ride Learning Tiger..
Nego mintak hadiah nombor 2..
Tapi PIC kata hadiah yang pertama lagi mahal...
So die tak kasi tukar :p

Pejabat Pet Pet ni kat area USj berdekatan dengan Empire Mall...
Takdelah besar mana....
Tapi ai still jakun ke sini, first time ke pajabat Pet Pet...
Biasanya saya gi opis Mamypoko ajer :p

Inilah hadiahnya...
Besaq lah jugak kotak dier...

Masa dah amik mula2 tu..
Malas nak bukak lagi..
Tapi My Ameerkan...
Bila dier tengok ala2 barang untuk dier, melalak mintak suruh bukak..
Grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr

Mujur ada abang yang sulung rajin nak melayan...
Payah gak nak pasang, macam2 skru kena masukkan..

Buat adek yang ketot nilah...
Punya hepi si adek bila dapat kenderaan baru..

Berapa banyak daaaaaaaaa...
Koleksi "ride" cenggini,,,
Mujur semua FOC...

alehai...

Ruhainies Rosysecret Beauty Drink

$
0
0
Shhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...
Satu lagi rahsia...
Buat anda semua....
Minum untuk cantik :=)
Agar kulit lebih flawless, anti penuan dan kulit lebih cerah.


Untuk pengetahuan semua Ruhainies Rosysecret Beauty Drink ini adalah diperkaya dengan bahan bahan semulajadi seperti:



"Strawbery, Buah Goji, Biji Anggur, Buah Delima, Madu asli dan Serbuk Mutiara"


Terdapat 9 Manfaat Kesihatan RR BEAUTY DRINK by @ruhainies7 ni uolls, antaranya...

Ianya berkesan seawal 3 hari
Tona wajah lebih sekata, lebih cerah, mulus dan sihat
Anti penuaan, menjadikan kulit lebih anjal dan gebu
Mengurangkan lesu dan menjadikan badan lebih bertenaga
Mengurangkan jerawat, bintik hitam dan lingkaran hitam bawah mata
Mengurangkan rasa lapar dan mengawal berat badan
Membaiki dan memperbaharui sel-sel kulit dan organ dalaman
Menghilangkan lenguh pada sendi-sendi
Meningkatkan sistem imunisasi badan


Dalam kotak ini ada 15 sachets untuk hargaRM120 sm / RM130 ss

Jangan lupa WhatsApp
+60192663410 untuk pembelian.


Isteri VS Tunang | Antara Versi Kisah Dari Novel Ke Drama Yang Best!

$
0
0
Hari tu terjebak tengok citer ni dalam talian, gara2 iklan die banyak pulak dalam newsfeed FB. Tapi siyesla best! Mungkin sebab gandingan pelakon yang sesuai dengan watak dalam cerita ni. Hampir semua watak dalam cerita ini best lakonannya.


Lepas tu terbaca pulak novel Isteri vs Tunang hasil tulisan Aisyah Azahar atau nama penanya aesya azahar. Garapan lebih kurang sama, tapi ada sikit kelainannya dalam cerita di TV. Dalam novel ni hubungan si Alana (heroin lakonan Scha) dan Zaim (hero lakonan Hisyam) lagi daring. Tapi dalam drama, watak dowang ni lebih kelakar dan suwitt....

Saya juga suka dengan karektor ibubapa Alana dan juga Zaim. Tak berlebihan dan saya rasa semua intitusi kekeluargaan perlu ada nilai2 seperti yang ada dalam keluarga ini - ambil berat, sayang menyayangi, teguran membina, sporting!

 Watak Fakhrul ni pun agak menarik juga. Kawan lelaki yang rapat dengan Alana, pada yang sama suka dekat Alana. Tidak seperti watak sampingan lelaki dalam drama yang lain (watak kedua yang biasanya lebihobses), Fakhrul ni lebih relaks dan tidak terlalu terdesak melakukan sesuatu yang jahat hanya kerana nak memiliki apa yang die hendak. Dia lelaki cool dan sentiasa berada di sisi Alana setiap apa kali Alana perlukan pertolongan.

4 geng ini sememangnya memeriah citer. Seriusly, selalunya watak jahat kita paling tak sukakan. Tapi dalam cerita ini saya paling suka watak Amira lakonan Sharifah Sakinah. Oiii die punya tahap mengada dan diva sebagai anak Tan Sri yang sentiasa merasakan dunianya ni dier yang punya memang menjadi. Saya rasa Sharifah Sakinah dapat membawa wataknya dengan baik terutama dari segi lontaran dialog dan memek muka yang bersahaja. Sangat menjadik ok...Memang agak meluat, tapi watak Amira inilah yang bagi nampak cerita ini ada citarasa dan berwarna!

Karya bekas pelajar UIA ni walaupun agak klise, tapi ianya tetap menghiburkan. Dan apabila ianya dibawa ke layar perak, dengan hasil arahan terbaik Michael Ang bersama watak lakonan dari pelakon yang sesuai dengan jalan cerita menjadikan naskhah Isteri vs Tunang ini menjadi luar biasa ketika menontonnya :=)

Best!

Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan Dengan Konsep Terbaru 3 Dalam 1 (Steamboat + Grill + Pembakar Arang BBQ)

$
0
0
Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan sememangnya gah antara restoran steamboat dan grill yang 
popular di kawasan Lembah Klang. Mula beroperasi pada tahun 2010, Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan telah melalui beberapa kali transformasi dalam penyajian hidangan makanan. Ini bagi memenuhi citarasa dan kehendak pelanggan-pelanggan yang datang ke Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan.

Untuk pengetahuan semua Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan ada menawarkan lebih 199 jenis hidangan buat pengunjung mereka setiap hari. Lebih menarik dengan mengekalkan konsep ruang makan dengan deko yang minimalis dan santai, dan boleh memuatkan sehingga 400 orang pada satu-satu masa.  Untuk ruang yang mempunyai penghawa dingin sehingga 180 orang dan  di bahagian ruang terbuka seramai 220 orang. Kemudahan seperti tandas dan juga surau perempuan serta lelaki yang selesa juga ada disediakan.  .

Dan bersempena dengan tahun 2016 Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan telah melangkah satu lagi transformasi dengan memperkenalkan beberapa tambahan menu baru seperti skewer ayam, daging, sotong dan pelbagai lagi jenis makanan  yang boleh  dimasak bersama Dapur Arang Berbeku.

Saya sendiri seorang peminat steamboat yang tegar! Dan pastinya dengan banyaknya pilihan bervariasi menu menjadi tarikan untuk saya membawa keluarga ke sini satu hari nanti.

Antara menu yang ditawarkan di sini :-
Segala jenis bebola ikan, sotong, udang ada ditawarkan. Hanya pilih mana yang kita suka :=)

Bukan itu sahaja, hidupan segar juga da di sini..
Daripada udang, ketam..

Lala, kepah, pelbagai jenis kerang

Segar bangettttt!!

Banyak betul pilihan hidupan laut!

Pepahat pun adooo..

Anda peminat ikan...jangan susah hati, di Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan pun ada menyediakan ikan segar!

Seperti yang saya war-warkan untuk tahun 2016, Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan  ada membuat penambahan beberapa menu baru.

Menu  konsep terbaru ini adalah hasil idea daripada Chef Shahnizam iaitu seorang Chef yang mempunyai berpengalaman lebih 25 tahun didalam bidang kulinari dan masakan. Antara menu skewer terbaru yang disediakan seperti :-

  1. Perapan Ayam Skewer Berempah
  2. Daging Skewer Berempah
  3. Daging Skewer Kicap
  4. Sotong Skewer Pedas Cilantro
  5. Ikan Dory Skewer Berempah
  6. Udang Skewer Cilantro Pepper dan pelbagai lagi
Boleh rujuk gambar skewer di bawah...









Saya sendiri telah mencuba hampir semua menu skewer yang disini. Siyes sedap baq anggggg!! Memang perapan cukup rasa dan memenuhi citarasa. Apatah lagi kita sendiri yang akan bakar di Pembakar Arang BBQ, makan panas-panas ~kesegaran hidupan laut dan daging yang dah perap memang luar biasa nikmatnya :)

Selain dari hidangan skewer masakan khas bersama arang BBQ, Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan juga ada menyediakan hidangan terbaru istimewa yang lain seperti otak-otakhirisan ikan segar bersama sos Air Asam, Ikan Pari Assam Nyonya yang diperap di dalam kertas aluminium, Kepak Ayam BBQ 
Ada juga perapan biasa untuk ayam dan daging

Nak makan bersama mee...
Boleh juga! Pelbagai jenis mee ada ditawarkan di Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan

Bagi pengunjung yang gemarkan sayur, boleh dapatkan cendawan dan juga lobak yang sudah dibersihkan dan dipotong nipis..

Selain itu sayuran hijau seperti brokoli, kubis, salad juga disediakan di sini..

Lebih istimewa di Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan juga menyediakan kambing bakar istimewa buat pelanggan-pelanggannya...



Pilihan variati sos yang boleh dinikmati...


Selain daripada menu hidangan untuk steamboat dan gril, di Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan
 juga menyediakan hidangan berat yang enak-enak buat pelanggan-pelanggannya. Antaranya seperti :-

Mushroom sup - My Ameer suka sangat dengan sup mushroom ini. repeat 4 kali hokeh!

Kue teow..

Bihun goreng...

Mee goreng basah..

Kari ayam...

Nasi lemak pun ada juga!
dan banyak lagi sebenarnya...

Tidak dinafikan, bila kita dah makan berat ianya perlu diakhiri dengan pencuci mulut..

Di Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan turut menyediakan pilihan kek dan kuih serta buah-buahan segar. Dan rojak buah juga!

Ais krim penyejuk tekak...

Yang ni antara pencuci mulut yang win di hati saya , kenalkan yang terbaru di Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan ~~  Icy Moonster 

Ada pelbagai rasa yang semuanya sedap-sedap belaka. Sesetengah orang panggil pencuci mulut ini sebagai ais kepal :p


Saya paling suka perisa jagung dan asam boi...
Bergabung 2 perisa ni memang meletop didalam mulut, hehehe.

Turut disediakan air panas seperti teh tarik. Rekomen silalah cuba, Sedap!

Dan juga pilihan air kordial sejuk..

Nak ABC, boleh buat sendiri, perkakasan semua ada dengan bahan yang cukup lengkap dan kita boleh pilih ikut suka..

Inilah yang dikatakan konsep terbaru  3 Dalam 1 (Steamboat + Grill + Pembakar Arang BBQ) yang telah disediakan pada setiap meja hidangan.

Ada pilihan sup yang boleh kita pilih. Macam biasa, saya pasti pilih tomyam. Oh ya sup tom yam kat sini rasanya sedap juga, cuma agak pedas (tu yang agak kick sebenarnya)

Pehhhh makan panas-panas....Nikmat yang tidak perlu didustakan...

Skewer pilihan hati saya dan Anaqi..

Ni caranya menggunakan pembakar arang BBQ. Untuk hidupan segar laut, hanya mengambil masa dalam 4 minit sahaja, manakala untuk daging dan ayam, masa yang diambil hanya 5 minit. Bakar panas-panas hidangan segar, memang terbaik rasanya. Nom nom nom.

Tadaaaaaaaaaaaaa..

Makan sehingga kenyang, dan jangan membazir. Ambil mana yang perlu, ikut selera bukan nafsu. Hihihi

Pilihan makanan di Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan bukan sahaja memenuhi citarasa golongan dewasa bahkan kanak-kanak sekecil my Ameer juga teruja menikmatinya dengan beria-ia. 

So uolls, apa lagi jomlah terjah Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan.

Harga yang ditawarkan adalah :-

RM40.20 (Dewasa)
RM20.05 (Kanak-Kanak 5-11 tahun)
*Harga ini adalah termasuk cukai GST
Bawa keluarga, sahabat handai ke sini untuk menikmati sendiri keenakan hidangan yang ditawarkan pada harga yang sangat berpatutan. Nak habaq mai ni, sempena dengan pengenalan menu terbaru di Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan, bagi pengunjung yang datang pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad minggu depan (minggu terakhir sebenarnya) anda berpeluang untuk memenangi hadiah tudung Fareeda. Sehelai tudung Fareeda esklusif ini bakal diberikan kepada pengunjung yang bertuah (cabutan bertuah) pada 3 hari tersebut. Untungnya siapa yang dapat :=)

Alamatnya :)

Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan

No.1 Apartment Servis Sri Acapella,
Jalan Lompat Tinggi 13/33, Seksyen 13 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Waktu Operasi: 6.00pm – 2.00am

Instagram: @dkayangansteamboat
Twitter: @dkayangansteamboat

Untuk tempahan, boleh hubungi:-
012-297 1091 / 017-327 7904 / 03-5523 4979 
Psst:
Jangan risau pasal parking sebabnya kawasan parking yang agak banyak didepan restoran ya!!!

#steamboatshahalam

Rakan Imaginasi

$
0
0


Uolls..
Pernah tak dengar cerita tentang anak-anak yang punyai rakan imaginasi..
Rakan imaginasi yang pada pandangan mata kasar tidak nampak kewujudannya tapi ianya "äda"dan "wujud"di mata anak...
Saya ada membaca beberape perkongsian artikel di laman web mengenai isu "rakan imagiansi di kalangan kanak-kanak", dan kebanyakan pakar beranggapan ianya hanya ilusi konflik kanak-kanak yang sentiasa membayangkan/mengimpikan yang sebenarnya mereka tidak keseorangan. Punya kawan, punyai teman untuk bermain sama.

Ada juga yang mengatakan ianya tahyul.

Tapi ada juga yang berpendapat "rakan imaginasi"ini sebenarnya wujud, atas sebab-sebab yang sukar untuk dijelaskan. Ianya lebih kebolehan kanak-kanak itu melihat jauh dari apa yang sepatutnya. Setengah orang memanggilnya dengan keadaan "hijab pancaindera istimewa yang terbuka".
Anak nombor 2 saya, My Yana punyai rakan imaginasi yang agak ekstrem semasa dia kecil. Melalui pengamatan saya, Yana jarang bermain dengan abangnya Anaqi tetapi lebih suka bermain disebelah almari, belakang langsir, belakang pintu atau didalam bilik yang tiada orang.

Dia akan ketawa.

Dia akan bercakap mesra.

Kadang2 dengar die membebel marah..

Dia juga pernah menangis. Katanya bergaduh dengan si XXX...


Saper itu XXX?

Saya banyak kali cuba untuk mengorek rahsia siapa sebenarnya rakan imaginasi My Yana...

Banyak kali...

Seingat saya, antara jawapan yang pernah saya dengar dari My Yana...

"Kawan Yana ikat rambut dua..."
"Kawan Yana tak suka mummy..."
"rumah kawan Yana jauhhhhhhhh"


Banyak lagi...

Ada pernah juga saya rasa takut.....

Sampailah satu usia yang mana, ketika itu waktu maghrib saya melalui satu pokok (di Mahallah Aisyah) untuk ke Mahallah Zainab (ketika itu saya merupakan fellow, sedang bertugas). Otw ketika berjalan, My Yana pegang tangan saya kuat gila. Dia cakap, mummyyy...takutlaaaaaa....ada kakak rambut panjang, muka putih takde pape,..nose takde, mulut takde....die panggil Yana.. (macam melambai2)


Ok...dem...

Saya tanya pendapat dengan rakan fellow saya, so ada doa dan minta nasihat/penawar ngan ustaz kat UIA. 

Dan sejak usia 6 tahun, my Yana membesar seperti kanak-kanak lain...

Tiada lagi rakan imaginasi...

Yang penting hijabnya sudah tertutup....

Pssst:

Sedikit perkongsian bagi mereka yang anaknya mempunyai imaginasi.
1. Kena sentiasa pantau anak
2. Kerap bermain dan berbual dengan mereka
3. Sentiasa menunjukkan yang anda benar-benar sayang dan perlukan mereka dalam kehidupan..


Kerana Kecantikan Itu Milik Insan...

$
0
0
Sangatlah poyo tajuk entri...
Takleh blah, kahkahkahkah
Sebenarnya dah ada benda nak citer entri Jumaat malam Sabtu..
So, kita kasi hold dulu..

Al-maklum sebab hari ni ai terkejar2 nak jumpa orang..
Nak bagi hadiah pada pemenang..
Nak bincang pasal projek..
Nak amik barang..
Nak amik anak ..

Eiii banyaklah, iyalah kat Malaysia ai sorang jer kan yang sibuk, buahahahahhaha


Saya ni jarang benar masuk peraduan yang dapat barang mencantekkan muka...
Sebabnya ai is sangat pemalas tengok muka sendiri waktu pagi ..

So ciri2 wanita tipikal yang sememeh tu i pegang sejak azali lagi...

Tapi kunun2 azam baru, naklah berubah..
Nak upgrade dari sememeh...ke semehoilawanyerkooo

Gituuuu

Masuk contest guna nama adek beradek jer..
Sebab guna nama sendiri PIC tu cam dapat bau jer tak perlu kasi kepada penama ni.."die ni jenis smemeh"....hahaha

Termenang lah pulak...
So ai hepi lah...
Tapi adek2 ai si jawas berdua itu lagi hepi...
Dah buat pre-booking belaka...


Hahahahahahah

Kitaorang pakat bebagi...
Saper yang nak itu ini...
Asalkan semua suka dan gembira

So, for tontonan semua..chehhh

Ni 2 koleksi yang ai menang minggu ini...



Syukrannnnn

Saper nak kasikan...
Kalau beauty bloggers untung ler...
Tiap2 minggu dapat supply barang kecantikan...

Cam kita yang tak berapa beauty lebih kepada ciri2 beast..

Carilah form mana2, isi, hantar...

Tiup2 dulu.....

"Pergilah dikau dengan tenang, dan kembalilah dikau dengan senyuman kepadaku"...

Mentera duh!

Tahniah Buat Pemenang Otterbox!

$
0
0
Nak umumkan ya pada semua...
Untuk pengetahuan semua jumlah penyertaan yang diterima adalah sebanyak 68 entri, Setelah lebih 1 minggu, akhirnya...


Yup tahniah buat Carideey Hamad!!!!

Slogannya yang catchy, menarik hati para juri untuk memilih beliau sebagai pemenang bertuah :)


Moga Carideey gambira dengan hadiah yang dimenanginya ya...
Viewing all 2967 articles
Browse latest View live