Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all 2935 articles
Browse latest View live

Together-Gather Big Fun Day @ The Arc Rimbayu

$
0
0
First time saya dan famili sampai ke sini. Memang sepanjang perjalanan di kawasan Bandar Rimbayu ini dihiasi dengan landskap yang sangat cantik. Tak puas mata ini menjamu kecantikan bandar dalam taman yang dibina. Moden dan ada gaya!

Oh ya! Saya dan famili ke sini bersempena dengan acara "Together-gather Big Fun Day", yang telah diadakan di The Arc Rimbayu.

Sebelum kami menyertai aktiviti yang telah disediakan oleh pihak penganjur. Kami berpiknik sambil menikmati bekalan makanan yang telah disediakan. Memang perut kenyang sangat!

Paling terkesan hati dengan dekorasi-dekorasi indah ini :=)

Kenny si burung enggang seperti Anaqi..
Garang dan berani..

Olie burung hantu seperti Yana..
Rajin, misteri dan suka belajar..

Ellie si anak gajah seperti Akid Zulqarnain..
Bercita-cita, rajin tapi suka bermain..


Tappy si tapir seperti Afiq Ziqry..
Comel, unik dan suka bersendiri..

Tupin & Tipin si comel tupai-tupai..
Aktif, suka bercakap dan berpersonaliti santai.. 


So, mana yang paling kecik...

Inilah my Ameer yang paling bongsu...

Suka mengeksplorasi dan mencuba sesuatu yang baru...

Kawasan yang bersih dan cantik permandangannya...
Sesuai buat si famili datang bersantai gembira...


Banyak monumen yang cantik dan menarik di sini...

Kiss Me, ahem ahem

Seriusly! Banyak lokasi menarik yang boleh bergambar kenangan.


Terutama pengunjung seperti kami bertiga yang suka berselfie di merata-rata tempat..

Untuk berpiknik kita boleh juga memilih untuk berada di Green Canopy...

Ataupun berada di kawasan sekitar di bahagian bawah seperti Kelly!!

Antara spot yang mencuri  pehatian...
Ruang berjalan kaki yang dihiasi dengan tanglung merah...

Ameer yang begitu teruja bermain di sini...
Berlari tanpa henti...
Luasnya kawasan untuk mengeksplorasi..

Akhirnya abang terpaksa mengambil tugas mengawasi..

Melayan karenah si buah hati famili :)

Untuk pengetahuan semua, pada setiap Ahad akan diadakan kelas zumba secara percuma di The Arc..

Pengunjung yang menghadiri boleh bersama-sama bersenam dan berzumba. Dan jelas kelihatan betapa seronoknya mereka dapat beraktiviti sebegini secara beramai-ramai.

Istimewanya untuk hari ini sahaja, semua peserta zumba diberikan sarapan percuma.

Di hadapan The Arc terdapat tasik yang begitu tenang. Dan pengunjung boleh menyusuri titian di sini sambil melihat keindahan landskap tasik yang dibina.

Paling mengujakan buat anak-anak saya ialah GIANT BUBBLES!!!

Pelbagai cara rupanya untuk menghasilkan bubble yang besar..

Lihat betapa seronoknya mereka bermain buih..
Dengan mencuba pelbagai teknik dan juga menggunakan pelbagai jenis alatan..

My Amani yang sungguh gembira apabila Giant Bubbles -nya menjadi :)

Ada juga permainan sukaneka buat anak-anak yang datang ke sini.
Memang meriah uolls!!

Bumper boat! Pelampung besar betul seperti boat. Terapung dengan air, siap ada stereng pengemudi.

Ini adalah aktiviti Fish Scooping!!!

Ada banyak anak ikan koi yang comel-comel!
Kena tangkap menggunakan kertas, kalau berjaya tangkap boleh bawah balik. Yeay!!

Anak saya semua berjaya menangkap seorang seekor. Seronok betul mereka.

Ini adalah Water Zorb Ball! Hahahahaha

Melihat wajah kesayangan yang begitu gembira membuatkan hati saya begitu bahagia.

Giant Inflatable!! Kegemaran my Amani ya. Amani main berkali-kali di sini. Menurut beliau, permainan ini seronok kerana ada tangga yang licin dan gelungsur di dalam pelampung panjang ini.

Pilihan orang-orang muda, permainan elecronic skateboard pun ada.

Bertarung siapa yang lebih pantas dalam menembak di Water Fight Battle Station.

Sememangnya menyertai Together-Gather Big Fun Day @ The Arc Rimbayu, menyebabkan...
Saya dan keluarga begitu seronok dan ketawa...

saya sangat menghargai kehadiran CINTA dalam keHIDUPan...
saya merasakan HIDUP lebih bermakna dengan kehadiran CINTA-CINTA..

keseronokan tanpa batasan..

Di The Arc juga menyediakan begitu banyak fasiliti kemudahan buat pengunjung di sini.
Seperti surau untuk lelaki dan wanita.

Tandas yang bersih..

Dan tandas ini juga cantik dekorasinya!
Unik dan simple.


Terdapat Food Truck yang menawarkan pelbagai pilihan makanan untuk pengunjung.

Yang pastinya makanan dan minuman yang disediakan agak unik dan pastinya rata-rata mempertengahkan berkonsep hipster. Lain daripada yang lain.

The Arc juga sangat menyokong konsep kelestarian bumi hijau dengan menggalakkan pengunjung datang dengan hanya berbasikal. Unik bukan tempat letak basikal yang disediakan.

Terdapat juga perkhidmtan buggy di sini.

Happy me with the kids!!

Together-Gather Big Fun Day @ The Arc Rimbayu benar-benar memberi keseronokan,
Pelbagai aktiviti disertai bersama keluarga sekaligus mengeratkan perhubungan!

Alamat :
The Arc @ Bandar Rimbayu, Kota Kemuning
No.1, Jalan Flora 3, Bandar Rimbayu,
42500 Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan.


#rimbayufunday
#rimbayugathertogether


‪#‎HPKidsDayOut‬ di Galactic Laser Mid Valley!

$
0
0
Memenangi peraduan yang dianjurkan oleh pihak HP Malaysia membolehkan saya dan keluarga menyertai aktiviti #HPKidsDayOut di Galactic Laser di Mid Valley pada hari Sabtu 20 Februari 2016 baru-baru ini. Seramai 24 ahli keluarga bertuah telah terpilih untuk bersama-sama berada di sini dan kami semua berpeluang bermain laser tag. Wooot woot!

Untuk pengetahuan semua, ini merupakan program #HPKidsDayOut untuk kali kedua yang mana HP Malaysia menganjurkannya. Penganjuran aktiviti sebegini menjadi sebahagian tanggungjawab sosial, HP Malaysia yang sentiasa cuba memberikan yang terbaik terutama kepada keluarga di Malaysia. Apa yang pasti menerusi penganjuran program seperti ini, ahli keluarga dapat melakukan aktiviti bersama-sama dengan gembira sekaligus mengeratkan hubungan kekeluargaan yang sedia terbina.

Tepat pukul 12 tengahari sudah kelihatan ramai keluarga yang hadir membuat pendaftaran di meja urusetia.

*credit pic : HP FB
Saya dan Ameer dengan pose trademark "peace", kihkihkih
Seriusnya muka Ameer!!

Paling excited bila berada di sini, bila dapat melihat pelbagai aksi pertarungan laser tag di skrin. Tapi gambar diatas bukan aksi perlawanan ler...Random aksi pengunjung di Galactic Laser pada hari kejadian.

Laluan ke tempat berkumpul ke semua ahli keluarga yang terlibat dalam #HPKidsDayOut.  Cam real ajer, nak pergi berperang, kihkih

Ini adalah kawasan beraktiviti kami. Ada mini cafe di sini. Oh ya, kami juga disajikan dengan jamuan ringkas oleh pihak HP. Ada spagethi bolognese, hot dog dan macam-macam lagi.

Muka anak-anak yang sememangnya kaki game tembak-menembak. Biasanya dua beradik ni layan Counter Strike di PC tapi kali ni, boleh bertempur di medan peperangan (ala2 yang real). Excited abisler!

Adik yang sangat behave!!

Sabar ajerlah! Adik duk perati dekat kakak dier yang sangat clumsy, iskkk...

Event kali ni memang best! Selain daripada saya berpeluang untuk bermain laser tag. saya juga dapat berjumpa dengan parenting bloggers yang lama gila kot tak bersua. Masing-masing ada komitmen terhadap anak-anak dan keluarga! Ala-ala reunion gitewwww..

Tudung purple adalah Liza dan yang tudung biru itu si Sumi :=)

Dan ini adalah rakan contest baru saya. Kenal mereka dari FB atas dasar suka join peraduan sama ada secara dalam talian a.k.a online ataupun yang offline. Sebelah saya ialah Iris dan hujung sekali adalah Zarina.

*credit pic : HP FB
Kami juga berpeluang merakamkan gambar dan video pendek di photobooth ini.

Wawawawawwa, ngee.

Untuk sesi Ice Breaking, kasi warm up sikit mood peserta, beberapa soalan diutarakan untuk kanak-kanak. Mereka yang berjaya memberikan jawapan betul akan diberikan hadiah oleh pihak HP. Memang gamat betul suasana time ni, sebab hampir semua kanak-kanak berlumba untuk memberi jawapan kepada kakak pengacara.

*credit pic : HP FB
 Sebelum acara perlawanan laser tag dimulakan, Kami para ibu-bapa telah diberikan ringkas tentang produk pencetak terbaru dan terbaik dari HP iaitu HP DeskJet Ink Advantage 4675 and HP DeskJet Ink Advantage 3635 oleh Diane Wong (Marketing Developement Manager HP)

Serius pencetak HP terbaru ni sangat best. Dah lama saya mengidam buat anak-anak, sebabnya hampir setiap harri anak saya mencetak kerja sekolahnya ~terutama untuk kerja kursus PT1 Yana dan PT3 Anaqi. Ini belum masuk lagi beberapa tugasan KBAT buat si Akid.

Apa yang best tentang pencetak ini, nak pasangkannya tak hassle, sebab ianya ada teknologi WIFI. Gambar atau dokumen dari telefon pun boleh terus cetak tau uolls. Senang giler!

Yang paling penting kualiti gambar yang dicetak memang terbaik.Warna terang, DPI (dot per inch) agak tinggi jugak, begitu juga dengan resolution dan distance pinch pun hebat. *Ciri2 pencetak yang bagus, sering saya tekankan dalam kelas Basic Application of  ICT , hehehe.

 Dan ianya boleh mencetak sehingga 480 kertas pada harga ink yang sangat berpatutan. Dan kalau saya mencari pencetak baru, saya akan memilih produk ini kerana ianya berbaloi untuk dibeli pada harga mampu dimiliki pilihan terbaik buat setiap famili--->perghhh cam ayat slogan :p

*credit pic : HP FB
Sementara mak ayah mendengar taklimat penerangan tentang pencetak HP. Anak-anak pula berkumpul di bilik khas untuk sesi penerangan tentang cara bermain laser tag dan juga mereka diberikan latihan/percubaan bermain terlebih dahulu sebelum pertarungan sebenar bermula.

*credit pic : HP FB
Lihat sahaja aksi mereka semua yang begitu gembira dan teruja!
Rasanya dalam 30 minit jyga mereka berlatih.

*credit pic : HP FB
Seterusnya pertarungan pun bermula. Dibahagikan kepada 3 kumpulan utama A, B dan C. Dan untuk setiap kumpulan utama terdapat 5 keluarga (5 team) dan mereka harus bertarung menembak pihak lawan untuk  mendapatkan skor tertinggi.


Since my Ameer bawah umur dan tak layak untuk dihantar ke medan peperangan, maka beliau jadi ahli pemerhati sahaja, hiks. So, gegeh tau budak kecik ini panjat tangga nak tengok abang dan kakak termasuk mak pak dier bertarung di medan peperangan.

Apa yang best tentang laser tag di Galactic Laser ini ialah, kawasan bertarung dier bertingkat. Macam real jer tau berperang. Dengan aksi mengelungsur, dan membak ala2 sniper dari jauh. Susah nak gambarkan dengan kata-kata...Fun to the Max!!!!

Pssst: Anak saper ntah, duk follow saya dari belakang, pantang hidup kejap jer saya terus mati kena tembak, hahahahahha.

Papan skor untuk game pertama. Saya kumpulan merah. Sebab dapat nombor 1 untuk peperangan kumpulan, jadi pasukan saya berjaya menempah tiket ke perlawanan akhir. (hover tak ayat, hakak!!). Buahahahahah..

15 minit kot rasanya berlawan bermati-matian. Akhirnya...

Selesai sudah, dan kami ke acara akhir iaitu sesi penyampaian hadiah.

*credit pic : HP FB
 Bro ni memang printer, rasanya pertandingan gambar instagram terbaik.

*credit pic : HP FB
 Pemenang ketiga pertarungan laser tag ~cabaran terdekat team saya :)

*credit pic : HP FB
Pemenang kedua pertarungan laser tag ~keluarga saya yeay!!!
Kredit buat Akid (baju biru), penyumbang skor terbanyak untuk 2 acara perlawanann dalam keluarga saya.

*credit pic : HP FB
Pemenang utama pertarungan laser tag ~keluarga winda!!!!! (comper yang saya kenal dah lama dan kitaorang sangat rapat)

TQSM HP atas acara yang dianjurkan!!
TQSM for goodies dan hadiah yang diberikan!!

Biarpun letih bermain tapi yang pastinya peluang dapat beraktiviti menyeronokkan bersama keluarga tercinta disertai dengan rakan-rakan baru dikenal yang lain sekaligus menjadikan aktiviti ini antara yang menarik pernah saya sertai :=)

‪#‎HPKidsDayOut‬

Keunggulan KOSÉ SEKKISEI Yang Tiada Tandingannya!

$
0
0
Sekkisei teknologi penjagaan muka yang berasal dari Jepun yang bermula tahun sejak 1985 sememangnya terkenal  dalam penjagaan pemutihan kulit. Dan sehingga kini Sekkisei begitu komited dalam membantu wanita  yang inginkan kulit yang cerah dan berseri-seri sekaligus mereka tampil lebih berpersonaliti.

Untuk pengetahuan semua produk Sekkisei dihasilkan dari ekstrak herba timur yang dipilih daripada kira-kira 100 tumbuhan yang berbeza manfaatnya. Berdasarkan kajian yang dilakukan hasil pengekstrakan ini mampu menjadikan kulit wajah lebih cerah, tona lebih sekata serta lembap senantiasa. 


***********************************
Dari luaran saya memang seorang yang agak "simple"dan sangat gemarkan pelaksanaan kerja yang praktikal. Saya gemarkan sesuatu yang cantik dan menarik dan percayalah saya banyak menghabiskan duit ke arah pembelian baju, kasut dan aksesori.

Sehinggalah saya mula terasa perubahan pada diri yang semakin hari, penginjakan usia dan rupa makin ketara.

Äpalah guna pandai bergaya, jika rupa paras lebih kelihatan tua dari usia...
Benarkan, hiks

Dan sebagai wanita, kita perlu ada keinginan mahu memberikan penghargaan buat diri, sesuatu yang terbaik agar diri tampil lebih sempurna....

Blablablabla

Dan banyak lagi alasanya :p

Dan bila saya mendapat kejutan penerimaan set percubaan KOSE atas kalobrasi bersama THE BUTTERFLY PROJECT, memang saya sangat teruja!

Kerana inilah masanya, saya berpeluang mencuba produk rejim penjagaan wajah terbaik dari Jepun dan popular--> Sekkisei


Mak hepi giler noks :p :)





Oh yes! Sekkisei kali ini memperkenalkan kit percubaan edisi khas yang mengandungi lima produk terunggul daripada jenama mereka.




 Dihasilkan dari tiga ekstrak tumbuhan timur, Coix Seed, Melothria (White Lotus) dan Angelica yang berfungsi sepenuhnya untuk menjaga kulit kita agar sentiasa berkeadaan sempurna serta dilindungi daripada persekitaran yang boleh memudaratkan kulit. Al-maklumkan keadaan cuaca terutama di bahagian Asia yang sejak akhir-akhir ini banyak sangat isunya ~~ contohnya jerebu!



Ok, ini adalah cara saya menggunakan produk KOSE Sekkisei

1. SEKKISEI White Wash Liquid 

Saya suka sangat dengan pembersih kulit ini. Sebab pertamanya ianya tidak melekit-lekit dan sebaik sahaja selepas mencuci kulit wajah ada rasa sedikit lembap (moisturize). Ini kerana produk ini ianya berasaskan Taurine, sekaligus membolehkan kulit kita menjadi lebih bersih dan terhidrat. Manakala ekstrak kandungan Rubus Suavissmus mampu mengurangkan masalah kulit kusam terutama kesan sinar UV. 
Wajah saya kelihatan lebih segar selepas mencuci :)

2. SEKKISEI  Lotion




Antara produk terlari  SEKKISEI yang dihasilkan daripada  bahan-bahan terpilih iaitu 100 jenis tumbuhan timur. Berfungsi sebagai penyegar atau mask dan losen penghidratan ini boleh mengimbangi tahap kelembapan kulit, mencegah kekusaman, melegakan kerengsaan kulit.

Wallla.....
Masa mula-mula pakai ada rasa sejuk-sejuk nyaman. Terasa meresap lotion ke dalam kulit muka. Saya sukakan tekstur dan bau lotion ni ~natural!

3. Sekkisei Emulsion 
Pelembap yang cepat menyerap ini mampu bertindak jauh ke dalam kulit, mencegah jeragat, bintik-bintik hitam dan mengelakkan kekeringan. Bahan-bahan seperti bunga Inula Britanica, Barli Mutiara Cina, Akar Paeonia Albiflora, Melothria Heterophylla dan Angelica menjadikan kulit lebih cerah dan berseri
Sebenarnya yang terbaik kita pam emulison ke atas kapas muka. Tetapi sebab saya nak rasa sendiri tekstur emulsion ini dengan membuat sapuan terus ke muka, jadi saya tidak menggunakan kapas. Apa yang saya dapat rasakan produk ini memang sangat pantas menyerap dan terasa bahagian pipi saya lebih anjal lepas guna.

4. SEKKISEI Clear Whitening Mask
Mask lembut ini berinovasi dalam menghilangkan kekusaman dan sel-sel kulit mati, mampu mencerahkan dan penghidratam pada masa yang sama. Apa yang menarik ekstrak Quince Cina ini mampu menghalang pengeluaran sebum, manakala campuran ekstrak tumbuhan timur bertindak sebagai agen pencerahan. 


Tengok dekat-dekat wajah sendiri memang banyak jeragat dan sel-sel kulit mata (faktor umur noks, kihkihkih). So, bila tahu kehebatan tentang mask KOSE ini, haruslah excited nak cubakan :p

Nak pakai mask ini senang sahaja. Hanya sapu pada sekeliling wajah. Biarkan seketika.


Kita pakai peel off mask ini sampai kering. Bila dah kering kita boleh tanggalkannya dengan mudah

See! Tidaklah melekit-lekit. Senang jer nak bersihkan :)

Tadaaaaaaaaaaaaaa...
Nampak tak wajah saya takde kusam sangat...
Memang terasa bezanya :)

Ok, ini ada berita baik untuk uolls semua.
Kalau nak cuba sendiri produk KOSÉ Sekkisei  set percubaan ini, uolls boleh dapatkan di kaunter penjualan produk KOSE seperti Parkson, Jusco dan sebagainya pada harga yang sangat berpatutan iaitu RM99 (termasuk GST) sahaja. Sememangnya ianya memberi penjimatan sehinggga 60% tau dengan pembelian produk ini. Dan paling penting rejim penjagaan muka set percubaan ini ianya edisi terhad, so apa lagi jom dapatkan produk ini selagi stok masa ada di pasaran!


Kit percubaan edisi khas Sekkisei  ini sebenarnya sesuai untuk pengguna kali pertama yang ingin mencuba dan melihat perbezaan produk  Sekkisei ke atas diri mereka.

Dalam kit ini mengandungi :-

·         SEKKISEI White Liquid Wash 20ml
·         SEKKISEI Lotion 100ml
·         SEKKISEI Emulsion 70ml
·         SEKKISEI Clear Whitening Mask 10g
·         Mask Bihadagoyomi 3 keping
·         Beg Setsuko eksklusif (gaya kimono atau gaya moden)




Untuk maklumat lanjut tentang SEKKISEI dan kit percubaan edisi khas yang terbaru, bolehlah uolls layari KOSÉ Malaysia di Facebook (https://www.facebook.com/kose.malaysia) atau layari laman web Kose Malaysia di www.kose.com.my.

Keunggulan KOSÉ SEKKISE buat wanita asia , 

Menyerlah aura  wajah penampilan menjadi luarbiasa!

Ada Apa Dengan Ensogo Malaysia

$
0
0
Zaman kompetitif hari ini, menjadikan kita sentiasa terkejar-kejar dengan masa. Adakalanya, nak keluar beli barang rumah pun tak sempat. Dengan keadaan lalu lintas yang sentiasa sibuk. Menjadikan satu tekanan buat kita untuk pergi keluar berbelanja. 

Huhuhu.

Tapi bila saya mula "subscribe"dengan ensogo Malaysia, satu portal membeli-belah dalam talian di Asia Tenggara, yang menawarkan pelbagai pilihan eksklusif produk pada harga yang paling kompetitif menjadikan kehidupan saya lebih terurus. Dan yang paling best ensogo sentiasa menghantar emel pemberitahuan tentang tawaran hebat terkiniyang ditawarkan oleh laman portal mereka.   



Tawaran produk dan perkhidmatan semuanya menarik dan berbaloi sangat. Dan pastinya tawaran produk adalah dari jenama terbaik dari pengeluar yang terpilih.

Antara lain kenapa saya suka membeli belah dengan Ensogo Malaysia, laman ini juga menyenaraikan produk di bawah "BEST SELLERS", sekaligus membantu saya membuat pemilihan barangan yang sentiasa menjadi tarikan pengunjung ensogo Malaysia.

Dan jangan tidak tahu, ensogo Malaysia juga menawarkan 10AM FLASH SALES, yang mana bermula 10 pagi beberapa item terpilih dari ensogo Malaysia ditawarkan pada harga runtuh. Bervariasi produk yang sentiasa menjadi tumpuan dan tarikan terutama pembeli-pembeli tegar laman maya.

Saya sendiri tidak mengambil masa yang lama untuk membuat carian dan membeli-belah dari laman web ensogo Malaysia. Sambil-sambil melayan anak di hadapan televisyen, saya boleh mengeksplorasi laman membeli-belah ensogo untuk mencari barang keperluan yang saya kehendaki dan minati. Mudahkan! Semua pembelian hanya dari hujung jari anda :p

Check it out!

Apa yang saya nak dapatkan dari Ensogo Malaysia :=)

1.
Hmmm..antara paling pantang bila berada di rumah, lantai tidak dicuci. Biarpun bukanlah setiap hari saya mengeMOP lantai, tapi sekuramg-kurang 2 hari sekali saya pasti mop lantai untuk memastikan rumah saya sentiasa berkeadaan bersih dan bebas kuman.

Produk dari ensogo Malaysia yang mencuri perhatian saya tentunya SPIN MOP 360 Rotation yang datang sekali dengan bucket. Sangat mudah kerana ianya mempunyai fungsi untuk memutarkan bahagian mop sehingga 360 darjah putaran. Yang paling penting lepas menggunakannya, perkakasan ini mudah dibersihkan.

Dan produk ini diberi potongan diskaun sehingga 74% iaitu dari harga asal RM299, menjadi RM79 sahaja! Berbaloikan :)


2.


Saya juga suka memasak. Bukan hanya kerana ianya dapat menjimatkan perbelanjaan harian bahkan anak-anak saya juga lebih gemar menikmati hidangan yang dimasak oleh ibu mereka. Melihat pada produk periuk ini benar-benar menarik hati saya.

Murah pulak tu!

Dahlah dapat 5 periuk berbeza saiz, diberikan juga rak meletakkan periuk (pan tree). So, memang sangat praktikal untuk kita mengemas utensil-utensil dapur dengan tersusun dan kemas.  Harga yang ditawarkan RM35 daripada harga asal RM119, penjimatan sebanyak 71% disitu.

3.

 Dengan saiz 1.35L, diperbuatkan daripada "tupperware", Tupperware Speedy Chef antara produk yang mencuri perhatian saya. Contohnya jika saya nak buat pavlova, alatan ini sangat membantu untuk saya memukul krim sehingga mendapat tekstur yang dikehendaki, nak buat pancake juga mudah dan banyak lagi. Seumpama chef profesional, saya mampu menyediakan apa jenis hidangan menarik buat keluarga.

Harganya RM165 dan dengan pembelian produk ini membolehkan saya menerima hadiah percuma yang berharga RM60.

4.
 3-tier Slide Out Tower (SOT) antara produk yang memang saya cari selama ini. Biarpun saya sudah mempunyai kabinet dapur, namun saya masih lagi memerlukan ruang untuk meletakkan beberapa barang kering di dapur. Harganya RM49 daripada harga sebenar iaitu RM119, dan kita memperolehi keuntungan sebanyak 59% daripada pembelian ini.

5.
Pisau antara utensil menjadi keperluan untuk memasak. Tapi bayangkan jika pisau yang kita gunakan itu tumpul. Memang kita menjadi stress! Dengan adanya Edge of Glory Knife Sharpener (EDG) sangat membantu saya untuk menajamkan pisau. Rekaannya kompak dan paling penting ianya mampu grip dengan kukuh ketika saya mengasah pisau. Harganya hanya RM18 dari harga asal RM39.

Murahkan!!!

Dan jangan tidak percaya jumlah yang saya belanjakan untuk 5 barangan yang best ini hanyalah RM346 sahaja!!  Percayalah ianya lebih jauh berbaloi dripada kita keluar pergi membeli barangan ini di kedai-kedai luar.

Jimat masa
Jimat tenaga
Jimat minyak kereta
Jimat tol
Jimat segala-segalanya!

Untuk pegetahuan semua Ensogo ditubuhkan pada  tahun 2010 dan Ensogo Ltd juga  disenaraikan di Bursa Saham Australia pada Disember 2013. Sehingga hari ini ensogo memiliki berjuta-juta pelanggan dari Hong Kong, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand.

Keterangan lanjut boleh layari :-


Jom kita shopping sambil relaks tanpa tension di 

Segalanya mudah hanya di hujung jari anda!!

Saya dan Keluarga Akan Berentap di THE 8TH MBA INTERNATIONAL BADMINTON TOURNAMENT | Jom Daftar dan Sertailah Bersama Kami

$
0
0
Anda sukakan cabaran?
Anda suka bermain badminton?
Anda sukakan gaya hidup yang sihat?
Untuk pengetahuan semua "The MBA (Michael’s Badminton Academy) International Badminton Tournament" kembali lagi untuk kali ke-8 dengan menawarkan lebih RM20K jumlah hadiah yang boleh dimenangi. Pelbagai kategori telah ditawarkan buat peminat-peminat permainan badminton; individu, bergu dan keluarga dan ianya juga dikelaskan mengikut usia dan jantina samada lelaki mahupun perempuan.

Dan kali ini menambah satu lagi kategori iaitu "kategori famili", samada ''3v3' (triples ya, bukannya berdua) dan juga 'family doubles' (bergu campuran seorang penjaga dan seorang anak).

Serentak dengan perasmian MBA Port Dickson,pertandingan MBA International Badminton Tournament": akan diadakan di Negeri Sembilan ya!

Keterangan lanjut mengenai pertandingan tersebut adalah seperti berikut:-

Tempat Acara: MBA Port Dickson
Tarikh: March 11 (Jumaat) – March 13 (Ahad), 2016
Yuran Penyertaan: RM60 & ke atas (bergantung kepada kategori)
Tarikh Akhir Pendaftaran: February 26 (JUmaat), 2016
Cara Mendaftar: Website – www.mba101badminton.com
Kategori Yang Ditawarkan:

LELAKI
Singles open, Doubles open, Combined age 100, Combined age 110, Combined age 120, Combined age 130, Combined age 140, Combined age 150

WANITA
Singles open, Doubles open, Age 30-39, Age 40-49, Age 50 and above

CAMPURAN - Doubles open

BOYS - Singles U10, U12, U14, U16, Doubles U10, U12, U14, U16

GIRLS - Singles U12, U16, Doubles U12, U16 Three-person team (3v3) - Combined age 210, Combined age 220

FAMILI
(Doubles tournament) - Parent and child (U12), Parent and Child

Hadiah yang  ditawarkan memang lumayan!


Dan saya dan keluarga juga akan menyertainya pertandingan badminton dibawah kategori famili, hoyehhhh!!! Semangat Kami Boleh!!
Jom..jom..kita bertanding secara sihat. Sambil beraktiviti bersama, mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan yang sedia terbina :=) So, apa lagi boleh daftar secara online di SINI ataupun muat turun borang dari SINI ya!

Untuk keterangan lanjut mengenai pertandingan boleh hubungi pihak MBA di talian +603 7803 4166 atau +6012 969 8101 atau layari laman web MBA di  www.mba101badminton.com 

Hanangell Skin Booster | Inovasi Serum Terbaik Buat Wajah

$
0
0
Hollla!!!

Kenalkan  Hanangell teknologi kecantikan Korea yang terbaru yang didatangkan dengan bentuk picagari yang unik. Untuk pengetahuan semua satu picagari Hanangell ini kita boleh samakan dengan 10 keping mask (pupur muka ) yang memberi pelbagai khasiat dan kebaikan.


Ianya sangat berkesan untuk menghidrasi kulit, melembutkan kulit wajah dan juga memberikan pencerahan kulit.

Apa yang menarik Hanangell juga didatangkan dengan tekstur yang sangat lembut, boleh menyegarkan kulit wajah dan kadar serapan juga mudah serta pantas.

Kandungan utama didalam Hanangell Skin Booster adalah :- Asid Hyaluronik dan kalogen.

Hanangell Skin Booster tiada bahan terlarang seperti hormones, bebas plumbum dan bebas merkuri
Pastinya tiada kesan yang berbahaya untuk kulit dengan penggunaan produk Hanangell Skin Booster.

Yang mana zarah-zarah  halus di dalam Hanangell Skin Booster mampu meyerap pantas ke dalam kulit dan juga membekalkan kolagen serta kelembapan konsisten. Secara tidak langsung ianya menjadikan kulit lebih cantik dan berseri.

Nak menggunakan juga mudah, hanya tanggalkan penutup di hujung picagari.

Picit secara perlahan. Dan untuk pengetahuan semua kandungan cecair gel ini adalah didalam 30mg.
Sapu secara perlahan di seluruh kulit wajah (selepas wajah dibersihkan), di waktu awal pagi ataupun malam. Produk ini juga sesuai digunakan pada badan.

Dalam setiap paket ini didatangkan dengan 2 picagari ya!

Kesimpulannya terdapat 11 kebaikan Hanangell Skin Booster , iaitu :- 
Anti-oksida
*Menambah baikkan warna kulit
*Mengurangkan melanin
*Hidrasi kan kulit
*Mengurangkan bekas jerawat
*Menghaluskan Lian pori
*Anti-kedutan
*Menganjalkan kulit
*Melegakan alergi kulit
*Memperbaiki struktur sel kulit
*Membersihkan kulit secara mendalam

Produk ini sesuai untuk semua umur dewasa, wanita mengandung dan juga bagi mereka yang mengalami masalah kulit berjerwata dan sensitif. Dan bagi saya sendiri produk ini mudah digunakan, sangat praktikal untuk dibawa ke mana sahaja. Paling best ianya cepat menyerap dan tidak berlengas (berminyak).

Harga Runcit Yang Ditawarkan di Pasaran : RM80/pek
Untuk Pembelian dan Pertanyaan : info.evemagic@gmail.com
@
Facebook page ID : 1249550771725604


**Diskaun istimewa buat pembaca ayuarjuna.blogspot.my sebanyak 20% sehingga 1 Mac 2017 ya!
Sila gunakan kod diskaun : Hanangell20blogger

 #evemagicbeautysupplier , #realmag media 

Apa Yang Saya Rembat di Karnival Karangkraf 2016

$
0
0
Karnival Karangkraf kali ini katanya lebih meriah daripada biasa. Selain daripada harga runtuh yang ditawarkan oleh pihak Karangkraf, kemunculan artis-artis terkemuka tanahair serta pelbagai aktiviti buat pengunjung antara yang menjadi tarikan untuk mereka yang datang ke karnival.

Buku cerita kanak-kanak yang bermula dengan harga RM1, novel-novel lama yang bermula RM3 dan banyak lagi yang benar-benar mencuri perhatian saya. Saya juga sememangnya menantikan karnival ini untuk melanjutkan langganan majalah, memandangkan saya pembaca majalah tegar hampir ke semua majalah Karangkraf. Tapi untuk kali ini, saya hanya menyambung langganan Majalah Keluarga memandangkan majalah ini sudah lama tamat tempoh langganannya iaitu bulan Julai tahun lepas :P

Yang paling best, tawaran hadiah yang ditawarkan oleh kebanyakan majalah untuk set-set kombo.

Ok, yang "grab"promosi yang ini. Sebabnya ianya menawarkan majalah terbaru Karangkraf dan juga dengan pembelian  3 majalah ini pada harga RM35 saya akan memperolehi 3 helai shawl dari benang Hijau dan juga Sincerelybyus Exclusive Hijabista!

Saper tak nak kan!!!!

Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!
Hasil rembatan saya untuk 30 minit, hari Jumaat lepas. Datang pukul 4.10pm dalam 4.40pm saya dah balik :-)
Saya sambung langganan Keluarga dapat set Cadar dan Comforter (hadiah ni saya yang pilih), buku cerita anak2 saya (dia orang yang pilih) dan juga beberapa set kombo RM35, untuk kawan-kawan yang mengirim dan saya juga!


Cuba tengok kaler yang ditawarkan!!!
Banyak giler kan...
Rambang mata saya nak pilih :p

Semua ni dah ada pemilik masing2....

Seronok tau beli membeli sesuatu yang murah dan berbaloi..

Ai kann is maknyer Shin Chan :=)

psssssssssssssst: Hari ni last sampai kul 10 malam...rasa nak repeat pergi balik je malam karang, kahkahkah

Hadiah Basikal Dari Coke :=)

$
0
0
Berbekalkan satu entri saya mencuba nasib :=)
Sebab ianya slogan dan POP hanya RM10 ajer...
Alhamdulillah rezeki memihak pada anak-anak saya. Dapatlah satu basikal yang diidamkan oleh mereka. Sebab saya mentertai peraduan ini bagi cawangan Econsave Damansara Damai. Jadinya saya perlu mengambil hadiah tersebut di Econsave sini.

Seb baik ada mak cik Exora.
Muat-muat masuk ikut belakang bonet kereta.

Gegeh adik beradik ni masukkan basikal dalam kereta. Ai duk tolong prati jer, ahaks.
Duduk pun antara basikal lat dalam Exora. Shian.

Tadaaaaaaaaaa...
Sila abaikan sawah padi tampa bendang kat belakang tu, hahahahahah.
So, bila dah ada basikal baru ni memotivasikan diri untuk hidup gaya sihat ~ kita boleh berbasikal yeayyy!!

Tq tq pada pihak penaja utama cola dan juga Econsave :=)


Jerlynn'L Kini Menjadi Pilihan Saya dan Keluarga!

$
0
0
Sebagai seorang ibu, apa yang lebih membahagiakan hatinya ialah dengan melihat anak-anaknya sihat membesar. Melihat anak bermain, mengeksplorasi dunia kanak-kanak-kanak dengan berani  menjadikan dunia seorang ibu itu penuh dengan warna-warni.

Tapi dalam tak sedar, sewaktu anak kita aktif bermain mereka juga terdedah dengan kuman dan pelbagai jangkitan virus di kelilingnya. Jadi bagaimana peranan kita sebagai ibu untuk sentiasa memastikan kesihatan anak kita terpelihara dari kuman dan penyakit yang tidak dijangkakan?

Jerlynn'L salah satu jenama rangkaian penjagaan badan terkemuka yang menawarkan penjagaan bermula dari rambut sehinggalah ke hujung kaki kini sudah berada di pasaran Malaysia. 

Jerilyn'L sememangnya menggalakkan tabiat penjagaan kulit yang betul terutama buat kanak-kanak.
Jenama tersohor ini sangat berdedikasi dalam mencari rumusan terbaik penjagaan kulit kanak-kanak yang bukan hanya mampu memulihkan kesihatan kulit bahkan dapat melindungi  kanak-kanak dari menghadapi masalah kulit. Tidak hairanlah produk Jerilyn'L ini dihasilkan daripada bahan-bahan semulajadi yang berkhasiat.

Antara rangkaian produk Jerlynn'L yang sudah berada di pasaran!

Art Soap | RM10 setiap satu



Semasa sesi pengenalan produk Jerlynn'L, anak-anak saya telah cuba berkreativiti dengan Art Soap Jerlynn'L. Apa yang menarik produk ini didatangkan dengan warna-warna yang menarik dan ianya mudah dibentuk mengikut acuan yang digemari oleh anak-anak.

Sekaligus aktiviti ini dapat memupuk anak-anak dalam bidang seni dan memberi galakan kepada kanak-kanak untuk berfikir dan berkreativiti mengikut idea mereka sendiri.

Hasil sabun art soap anak-anak saya :=)

Setelah menghasilkan art soap, anak-anak semua dikehendaki mencuci tangan mereka. Kali ini mereka mencuba produk Body Wash Jerlynn'L.

Mendidik anak-anak supaya menjadi lebih pembersih! Lihat tangan pun menjadi lebih lembut dan bersih selepas dicuci dengan Body Wash Jerlynn'L.

Antara lain poduk yang unik dari Jerlynn'L ialah "euca lyptus ice cream scoop gel freshner"!
Didatangkan dalam bentuk tub (seperti tub ais krim, hiks) dengan variasi wangian hebat seperti spices, wood, flower dan banyak lagi.


Tapi kali ini kami telah mencuba wangian euca lyptus!

Nak buat freshner ala2 potpori pun mudah sahaja. Hanya ambil satu scoop gel dan letakkan di dalam kain bunjut.

Tadaaaaaaaaa euca lyptus ice cream scoop gel freshner ini boleh diletakkan di dalam almari ataupun bilik. Semerbak harum baunya tau. Tapi digalakkan diletakkan dalam kereta memandangkan cuaca panas boleh menyebabkan gel ini cepat serap ke udara (mudah kering).

Antara lain rangkaian produk Jerlynn'L seperti :-

Penjagaan badan Jerlynn'L

Dari kiri :-

Body & Face Cream  | MYR69.00

Penjagaan rambut Jerlynn'L

Dari kiri:


Produk penjagaan khas Jerlynn'L


Dari kiri:
Sun Protect SPF50 | MYR69.00
Sun Protect SPF30 | MYR49.00

Saya sendiri telah mencuba Krim Muka dan Badan Jerlynn'L. Memang cepat meresap dalam tangan dan teksturnya sangat ringan.

Banyak yang pelajari dari pihak Jerlynn'L. Terutama dari segi cara terbaik menjaga dan memelihara kulit kita dan anak-anak seharian. Apapun terima kasih atas jemputan yang penuh bermakna, yang membolehkan saya dan mommy blogger yang lain berkumpul sama dan mempelajari sesuatu yang sangat berguna.

Hanya terbaik buat anak-anak tercinta.
dan produk Jerlynn'L pilihan saya buat keluarga!

Dan ada berita baik untuk semua pembaca blog ayuarjuna.blogspot.my. Uolls boleh dapatkan potongan harga sebanyak 20% untuk sebarang pembelian produk Jerlynn'L samada melalui online, kiosk di Mid valley ataupun di  Genting Highland. 
Dengan hanya menggunakan kod seperti tertera di atas ya!

Keterangan lanjut mengenai produk boleh layari http://www.jerlynnl.com

Buffet Ramadhan "Ä Taste Of Malaysia"

$
0
0
Restoran Halia Pusat Konvensyen Sime Darby (SDCC) telah mempertengahkan konsep "A Taste Of Malaysia" bagi promosi Buffet Ramadhan untuk tahun 2016. Pelbagai jenis juadah lauk-pauk, kuih muih yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia bakal ditawarkan untuk pengunjung yang datang berbuka di restoran ini.

Bertambah menarik ke semua hidangan yang bakal disediakan adalah dibawah selian Chef Eksekutif Azmi Md Sidek, seorang chef yang begitu luas pengalamannya dalam bidang kulinari di perhotelan Malaysia dan juga di luar negara. Dan beliau akan dibantu oleh chef-chef yang juga tidak kurang hebatnya dari segi pengalaman dan kemahiran menyediakan juadah tradisional dan moden.

Sejumlah 20 gerai yang menyediakan hidangan yang di masak "fresh", antaranya seperti Lok-Lok Steamboat, Sup Berempah, Sizzling Hot Plate, Kuew Teow Goreng Ala Penang, Sate, Masakan Kawah, Putu Mayam, Lemang, Shawarna, Ayam Tandori dan Naan serta variasi kuih cucur.

Selain itu, hidangan antarabangsa seperti Grilled Mini Sirloin Steak, sushi serta sashimi dan Piza Italiano juga ada ditawarkan. Untuk menu istimewa pengunjung bolehlah mencuba kambing bakar, itik panggang rangup peking dan ikan bakar (menawarkan 7 jenis ikan).


Masakan Kawah Kegemaran Malaysia, Hidangan Tradisi Diminati Dulu Kini dan Selamanya

Gulai Kawah Tulang Rawan

Kari Kepala Ikan Merah Mangga Muda

Oxtail Asam Pedas Terung & Bendi

Sup Tulang


Lauk Pauk Pembuka Selera, Nikmat Merasai Enak Tidak Terkata,

Udang Panggang Kuah Percik

Sotong Goreng Sambal Hijau

Sayur Pucuk Manis & Keledek

Stirred Fried Clam With Tom Yam Paste

Daging Panggang Kuah Lemak Cili Padi & Belimbing Buluh

Ikan Patin Gulai Tempoyak

Siput Sedut Masak Gulai Lemak


Juadah Pembuka Selera, Kunjungi Setiap Warung Pilih Apa Yang Disuka

Murtabak daging dan ayam serta roti canai

Antara sate sedap yang pernah saya nikmati.

7 pilihan ikan segar didatangkan juga sos yang bersesuaian.

Lemang dibakar panas-panas.

Yang menarik di gerai ini, keropok lekornya dibuat secara "live", tepung dan ikan diuli seterusnya digoreng dalam kuali di situ. Saya juga tertarik dengan kuih bom yang biasanya diisi dengan kacang atau kelapa, tetapi di sini anya berintikan isi ikan.

Adalah tidak lengkap jika tiada pencuci mulit sebagai hidangan penutup. Untuk Buffet ramadhan di sini variasi pilihan pencuci mulut yang menarik dengan pelbagai pilihan kek tempatan dan antarabangsa. Begitu juga dengan kuih-muih tempatan tapai, jeli kekapa, wajik dan banyak lagi semuanya begitu menyelerakan.









Serawa Durian





Antara Lain Yang Menarik

Kambing Bakar


Laksa Penang

Rojak Buah

Pelbagai Jenis Kerabu

Ulaman dan Variasi Sambal

Roti Kebab

Ramuan Untuk Hidangan Mee

Pilihan Kuah Untuk Mee

Garlic Mussel

Minuman Panas dan Sejuk

Dahaga kerana seharian berpuasa dapat dihilangkan sewaktu berbuka. Pelbagai jenis minuman ditawarkana samada sejuk mahupun panas.

Teh Tarik dan Kopi Susu

Minuma Sejuk (dari kiri)-Cincau, Mata Kucing, Air Soya dan Tebu

Air Zam-Zam

Ice Blended - Mocha, Cappucino dan Coklat.

Sambil menikmati juadah berbuka, kita juga akan dihiburkan dengan kugiran yang menyampaikan pelbagai lagu istimewa.

Sebenarnya terdapat banyak lagi hidangan yang ditawarkan. Percayalah sangat berbaloi untuk anda datang dan berbuka di sini bersama famili mahupun dengan orang-orang yang kita sayang.

Harga yang ditawarkan adalah RM138 seorang, bermula jam 6.30 petang sehingga 10.30 malam, mulai 8 Jun 2016 sehingga 5 Julai 2016. Untuk kanak-kanak yang berumur antara 6 tahun hingga 12 tahun dan juga warga emas, akan diberi potongan sebanyak 50%. Bagi kanak-kanak bawah 6 tahun, makanan adalah percuma,

Dan ada berita baik untuk semua ya!

Uolls boleh mula membeli voucher "early bird" pada harga yang sangat murah iaitu RM79nett hanya dijual pada bulan Mac 2016 dan RM89nett sekiranya anda membeli voucher dalam sepanjang bulan April sehingga Mei 2016.


Murah dan berbaloi kan!! Jangan lepaskan peluang mendapatkan voucher Buffet Ramadhan di SDCC hari ini juga.

10 Sebab Kenapa Kita Harus Tonton Filem "The Kid from Big Apple"《我来自纽约》

$
0
0
Filem terbitan Three Production, yang menampilkan gabungan beberapa pelakon hebat dari Hong Kong seperti Jessica Hester Hsuan dan Lung Ti, dibantu oleh pelakon cilik yang berasal dari Malaysia iaitu Sarah Tan, Jayson Tan dan ramai lagi.

Mengangkat elemen kekeluargaan dalam perceritaan filem diselitkan juga beberapa aksi spontan komedi yang begitu menghiburkan menjadikan filem ini sarat dengan emosi di luar jangkaan. Paling menarik perhatian saya, adalah cara penceritaan yang sangat menyentuh perasaan bagaimana seorang anak kecil perempuan yang ditemukan kembali dengan atuknya yang sangat naif dan agak kolot. Beberapa scene flash-back konflik kekeluargaan yang berlaku antara anak dan ayah, tanpa disedari ianya membawa mesej yang begitu besar iaitu kasih sayang yang tidak pernah putus.

Cucu perempuan yang dibesarkan di bandar New York pada mulanya canggung dengan kehidupan barunya. Mula belajar mengenali atuknya dan juga kawan-kawan dari kejiranan. Pujian harus diberikan kepada watak-watak yang dilakonkan kanak-kanak yang berbakat ini, bukan sahaja ekspresi wajah yang begitu meyakinkan bahkan persembahan cemerlang mereka juga sangat menghidupkan jalan cerita filem ini. 

Antara 10 sebab mengapa saya begitu sukakan filem ini, sejujur-jujurnya :-)

1. Filem Keluaran Produksi Tempatan Yang Mendapat Pengiktirafan Antarabangsa

Saya 'quote'satu perkongsian dari media online yang lain;
The film got some serious recognition at the Macau film festival, defeating other tough competition at the festival, including Wilson Yip’s Ip Man 3 and Dante Lam’s To The Fore.
Other than that, it has also gained its recognition in the Hollywood movie scene. The Kid From The Big Apple is an official finalist in the 2014 Hollywood screenplay contest, and an official finalist in the 2013 New York screenplay contest.

"The Kid From Big Apple" telah menerima beberapa pengiktiran peringkat dunia. Antaranya telah memenangi 4 anugerah di Festival Filem Antarabangsa Macau yang ke-7, sekaligus menewaskan filem Ip Man 3 dan To The Fore.  Empat anugerah yang dimenangi  adalah:-

- the best writing
- best actor
- best supporting actor 
- best newcomers

Hebat bukan?

Melihat kejayaan hebat filem ini, pasti kita juga teruja untuk menontonnya di panggung!

2. Sarat Dengan Emosi dan Kekeluargaan

Melihat hubungan seorang ibu moden dan anak perempuannya yang sedang membesar. Kesukaran seorang ibu tunggal yang sedang berada di puncak kejayaan kerjaya dan pada yang sama mempunyai anak perempuan yang sangat memerlukan perhatiannya.

Atuk yang agak konservatif dan kolot pemikirannya tetapi sebenarnya seorang yang sangat baik dan memahami jiwa orang-orang muda. Walaupun pada mulanya kehidupannya agak muram - semua berkaitan aktivitinya samada hitam atau putih. Makan bubur putih, masak ayam kukus putih dan munim kopi hitam tanpa gula. 

Namun kehadiran cucu dan anak-anak jirannya yang gila-gil amenjadikan dunianya yang dulu suram bertukar ceria.

Banyak babak menyentuh emosi saya ketika menonton cerita ini. Terutama saya melihat pendekatan atuk ini menegur dan menasihati cucunya begitu memberi kesan. Dan bagaimana cucunya yang sangat kasihkan atuknya dan sentiasa mahukan yang terbaik buat atuknya.

 3. Filem Yang Mempertengahkan Budaya Masyarakat Cina di Malaysia

Ada satu babak yang mana atuknya mengajar cucu untuk memegang chop stick. Yang mana beliau ada berkongsi tentang petua masyarakat Cina, sekiranya memegang chopstick di hujung dipercayai anak perempuan akan berkahwin jauh. Sesuatu perkara yang baru saya belajar tentang kepercayaan masyarakat Cina dari filem ini.

Budaya membuat Tang Yuan - Dumpling Pulut Bulat. Babak yang mana atuknya berkongsi dan memberi kepunyaan beliau kepada cucunya dan berdoa agak cucunya membesar dan memberi kesenangan. Sweet betul momen ni.

Berbaju merah cheongsam untuk lebih "öng"!


Makan besar bersama keluarga.

Seni tulisan..
Saling menghormati, bertanya khabar, yang muda menghormati yang lebih tua. Budaya yang sehingga kini dikekalkan bukan sahaja buat masyarakat cina bahkan 1 Malaysia.

4. Barangan klasik dan 'rare' Sebagai Props Dalam Filem

Sebenarnya saya kagum dengan props yang digunakan di rumah watak utama. Dilengkapi dengan set-set peralatan yang klasik, sangat jarang untuk kita temui pada zaman moden menjadikan filem ini begitu istimewa.
Kotak televisyen lama yang masih mengekalkan warna hitam-putih, membuktikan atuk yang memgang watak utama bersikap sangat  konvensional. 

 Kipas angin antik.

 Perabut almari lama.
 Telefon klasik.
Kotak suis ni paling win!!

5. Kisah Sahabat, Gembira Suka dan Duka

Kanak-kaank kejiranan yang begitu menghiburkan. Ada sahaja idea, projek dan aktiviti kanak-kanak yang membolehkan mereka bermain bersama-sama. Sesuatu yang semakin hilang dalam dunia kanak-kanak kita hari ini yang mana mereka lebih obses bermain dengan gadget.
Di kala kita meminta pertolongan, ada kawan yang dapat kita berpaut dan dibantu. Di kala ketika sedih, ada kawan yang sama-sama menemani kita menghadapi waktu kesukaran. Begitu juga ketika kita gembira, kita mahu berkongsi segala rasa kegembiraan bersama-sama rakan tercinta. Ini yang apa saya belajar menerusi cerita ini :=)


Momen yang paling sedih, apabila kita terpaksa berpisah dengan kawan baik kita. Sesuatu yang sukar digambarkan dengan kata-kata.

6. Memperkenalkan Seni Mempertahankan Diri Wusyu

Seni mempertahankan diri ini yang memerlukan teknik dan kemahiran tertentu yang tidak lapuk dek khujan, tak lekang dek panas.

7. Air Yang Dicencang Tak Akan Putus

Sebagai ibu bapa walau sebesar mana kesalahan anak, seteruk mana rasa amarah pada mereka, namun pada hakikatnya hubungan kekeluargaan itu tidak pernah dan akan terputus.
Kasih seorang atuk terhadap cucunya.

Biarpun mereka sering bertelingkah kerana berbeza pendapat.


8. Perubatan Tradisi dari Tabib Yang Terkenal Dikalangan Masyarakat

Jika dulu masyarakat Malaysia agak sinonim dengan dukun, bidan dan tabib. Di dalam filem ini, watak utama merupakan seorang tabib yang sangat berpengaruh. Mempunyai ilmu anatomi tubuh manusia, serta perawatan menerusi ubatan dari herba dan ginseng.

 Pelbagai ginseng dan herba untuk kegunaan yang berbeza.

 Bagaimana cara orang lama mempelajari tubuh manusia, untuk mengenali perawatan terbaik pada bahagian yang bermasalah.

9. Nilai Moral dan Isu Kekeluargaan Hari Ini

Jika kita melihat isu gadjet sesuatu yang negatif tetapi di filem ini kita akan dapat lihat dari segi yang positif. Bagaimana, gadget seperti telefon kita boleh berkomunikasi dan berkongsi pelbagai perkara yang baik.





 Serta melalui gadget kita dapat merakamkan detik-detik indah bersama.

10. Produksi Malaysia, Pengambaraan Juga di Malaysia

Seinematografi yang punyai kelas tersendiri, mempamerkan betapa cantiknya negara Malaysia yang dicintai.
 Teknik penggunaan cahaya, kesuraman dan sebagainya benar-benar menyajikan sesuatu yang indah.

Begitu juga keindahan pemodenan bandar, dengan gerakan awan yang menarik sememangnya antara yang cantik telah dirakamkan



Krew-krew produksi adalah dari Malaysia dan sememangnya hasil kerja yang diusahakan sangat boleh dibanggakan




Diklasifikasikan sebagai filem [U] - umum, filem The Kid From Big Apple yang diadaptasi dari novel ini benar-benar menghiburkan dan sesuai ditonton seisi keluarga. Pastinya naskhah istimewa dari pengarah hebat Jess Teong  dari Malaysia ini memang boleh dibanggakan.. Dan buat anda semua nantikanlah kemunculan filem ini di seluruh pawagam di Malaysia pada 10 March 2016.

Saya bagi 10 bintang!!

psstt : kredit pic mr gugel dan FB The Kid From Big Apple

Jangan lupa tonton ya!

Berbelanja di Tesco Bersempena "Tesco Baby Fair" dan "Promosi Member's Week", Benar-Benar Berbaloi!

$
0
0
Membeli-belah memang terapi bagi sesetengah wanita seperti saya. Sebagai pembuat keputusan utama dalam pembelian barangan utama di rumah, saya sentiasa mencari barangan berkualiti pada harga yang terbaik. Dan antara tempat kegemaran saya untuk pergi membeli-belah tentunya di Tesco!

Tesco diibaratkan seperti pusat sehenti membeli-belah yang menawarkan pelbagai barangan dengan tawaran yang hebat. Dari bahan mentah, barangan kering, pakaian, perkakasan rumah dan lain-lain pelbagai jenama. Bahkan saya suka mencari dan membuat pembelian barangan bayi buat Ameer di Tesco.
 Dalam katalog terbaru Tesco, selain daripada Promosi Member 's Week, terdapat juga promosi barangan dan produk bayi bersempena dengan Tesco Baby Fair.

 Banyak betul barangan bayi dijual pada harga yang berpatutan dan berbaloi untuk dibeli. Apa yang menarik terdapat juga kupon promosi untuk produk bayi tertentu. Di mana pelanggan akan mendapat harga jauh lebih murah dengan membuat pembelian 2 item tersebut.



Memandangkan saya perlu mencari stok susu Ameer. Saya terus ke bahagian rak-rak yang menjual susu bayi yang telah disusun kemas mengikut jenama dan peringkat umur bayi.


Lihat sahaja harga di kupon selepas didiskaunkan. Memang murah bukan?

Begitu banyak pilihan, pelbagai jenama dengan harga berpatutan :=)
Berbaloi-baloi bukan??


Saya memilih Anmum 1.6kg yang asalnya berharga RM90.55, tetapi dengan adanya kupon, dengan pembelian 2 tin Anmum melayakkan saya membeli dengan harga RM79.99 untuk satu tin.

Nah! Ternyata menjadi pengguna yang bijak, manfaatnya banyak! Bukan sahaja kita dapat memilih yang terbaik buat anak, bahkan kita juga mampu mengurangkan kos perbelanjaaan rumah. 

Memang banyak sangat pilihan barangan. Selain daripada susu bayi, barangan seperti pakaian, botol susu dan banyak lagi ada juga ditawarkan pada harga menakjubkan.



Kebetulan memang saya mencari beberapa helai pakaian basahan buat Ameer. Memandangkan baju Ameer yang sedia ada sudah kecil dan ketat. Melihat pada tawaran harga romper yang hanya dalam RM8 sahaja, begitu juga pyjamas yang berharga RM10 menjadikan saya tidak teragak-agak untuk memberi 2-3 helai buat basahan di nurseri.

Macam-macam corak ada!

Perletakan barangan di Tesco juga tersusun rapi menjadikan pencarian saya begitu mudah dan tidak mengambil masa terlalu lama.

Untuk harga promosi istimewa, kita akan lihat pamer tanda harganya di kertas kuning yang telah ditulis jelas.

Pelbagai jenama terkemuka seperti Pureen dan banyak lagi ada ditawarkan di sini.

Buat ibu-bapa yang mencari peralatan dan perkakasan bayi, berbelanja di Tesco pasti menjadikan kita rambang mata untuk memilihnya.




Saya juga membeli botol susu baru buat Ameer dengan hanya RM10 sahaja, yang mana harga asalnya ialah RM13.90. Penjimatan RM3.90 di situ.

Barangan mandian juga ada yang diberi diskaun. Sempat saya memilih mandian Carrie Junior kegemaran anak-anak yang ditawarkan pada harga promosi.

Produk penting yang sentiasa perlu ditambah stoknya setiap bulan ialah lampin pakai buang. Tidak dinafikan ramai ibu-ibu di Malaysia seperti saya sentiasa menanti jualan berbaloi untuk lampin buang.

Disebabkan anak saya Ameer pengguna Huggies. Apabila melihat sahaja harga Huggies yang ditawarkan pada katalog yang memberi penjimatan lebih RM9. Memang saya tidak lepaskan peluang untuk membeli.
 
Apatah lagi kali ini Huggies juga didatangkan dengan stok promosi "twin Pack"dan juga "pemberian extra 6 keping sememangnya berbaloi dibeli.

Dan hampir ke semua jenama lampin buang di Tesco memberi tawaran hebat. Sekaligus memberi peluang kepada pembeli membuat pilihan terbaik buat anak mereka yang tercinta.

Seronoknya berbelanja kat Tesco, bayangkan saya boleh dapatkan pelbagai barangan keperluan Ameer dengan penjimatan yang ketara. Jadi dapatlah saya menabung lebih untuk bulan ini. Bijak tak saya?. Hihihi
Paling untung jika kita memiliki Tesco Clubcard. Yang mana setiap perbelanjaan yang kita belanjakan, kita akan mendapat rebate kembali, sekaligus memberi penjimatan yang menguntungkan ahli.

Yang menariknya, Tesco Clubcard sentiasa menawarkan pelbagai promosi. Antaranya yang terkini Promosi Member's Week. Yang mana setiap ahli boleh banyak menfaat sekiranya mereka:-

  • Berbelanja RM200 kebawah untuk mendapat 3x mata ganjaran Tesco Clubcard (untuk ahli Clubcard sedia ada)
  • Berbelanja diantara jumlah RM201 – RM500 untuk mendapat 6x mata ganjaran Tesco Clubcard (untuk ahli Clubcard sedia ada)
  • Berbelanja untuk RM150 keatas untuk mendapat Tesco Clubcard PERCUMA (untuk pendaftaran ahli Clubcard baru)
  • Ahli Tesco Clubcard sedia ada juga berpeluang memenangi iPad Mini dengan hanya mendaftar butiran peribadi di laman sesawang Tesco Clubcard (http://www.tesco.com.my/clubcard/clubcard.aspx)
  • Dapatkan kita juga boleh dapatkan 2x mata ganjaran Tesco Clubcard dari semua cawangan medan selera Tesco
Ok, untuk keterangan lanjut mengenai promosi, aktiviti dan banyak lagi mengenai Tesco Malaysia. Bolehlah layari laman web seperti terteran di bawah :-


Selamat bershoping ya!!

Pencuci Muka dan Skrub Wajah EVERSOFT Baharu dan Diperbaharui dengan 100% Tumbuhan Organik Aktif

$
0
0
Jenama Eversoft cukup sinonim dengan saya. Rasanya sejak zaman saya belajar lagi saya sudah mengenali produk ini. Dan bagi saya Eversoft adalah jenama muka yang sesuai untuk semua kulit muka, usia, jantina dan paling penting harganya cukup berpatutan serta mudah didapati di mana sahaja.
Saya dan beberapa rakan media telah dijemput untuk menghadiri ke pelancaran beberapa siri regim terbaru dari Eversoft. Dan jangan tidak percaya rakan blogger Tommy (berbaju hitam) sehingga kini masih menggunakan produk Eversoft. Beliau memang membesar dengan Eversoft dan mempercayai produk ini memang sangat sesuai dengannya sebagai seorang remaja dan pelajar!




EVERSOFT,  jenama yang sememangnya termasyur sebagai “Pakar Pembersih Wajah Harian” telah melancarkan semula rangkaian pencuci muka dengan“100% Tumbuhan Organik Aktif”yang telah diuji & dipercayai berasaskan formulasi Jepun. Ini kerana apabila kita membersih muka dengan mendalam secara kerap secar atidak langsung dapat menyingkirkan kotoran pada permukaan wajah dengan efektif sekaligus menjadikan kulit kita kelihatan bersih, sihat dan berseri.

 

Pelancaran semula EVERSOFT adalah untuk memperkenalkan kandungan paling berkesan dalam rejim kecantikan Jepun termasuklah rangkaian yang menggunakan bahan-bahan makanan dan ekstrak organik yang diperakui dan diadun bersama seperti bunga camellia, gingko & yuzu, aprikot, avokado, mulberi, minyak dedak padi dan Asid Hialuronik. Sebagai tambahan terhadap sabun pencucinya yang terkenal, rangkaian yang diperbaharui itu turut memperkenalkan dua jenis format baharu iaitu Pembersih Susu untuk kulit sensitif dan Pembersih Gel untuk kulit kering.
 
Ms Pan Choi Yen (General Manager, [Marketing] Wipro Unza Malaysia
Variasi pencuci muka EVERSOFT sememangnya sesuai untuk semua jenis kulit menjadikan ia sempurna kepada mereka yang prihatin tentang kesihatan dan kecantikan kulit terutama remaja yang sedang meniti alam dewasa.

EVERSOFT menyediakan 5 pencuci muka dan 1 skrub yang diperbaharui untuk pelbagai jenis kulit.


Pencuci Wajah EVERSOFT

Avokado & Minyak Dedak Padi (Rice Bran Oil) Organik – Khasiat Ekstra


Formula berkhasiat &penghidratan dengan 100% ekstrak Avokado Organik & Minyak Dedak Padi organik yang diperkaya dengan Vitamin E bagi membantu melawan tanda-tanda penuaan kulit dan melindungi sel kulit daripada pengoksidaan radikal bebas. Memberi khasiat dan menghidratkan kulit membolehkan kulit menjadi lebih cerah dan kekal remaja.

·         Gingko & Yuzu Organik– Kawalan Minyak & Jerawat

Formula kawalan minyak & jerawat dengan 100% ekstrak Daun Biloba Gingko & Buah Yuzu organik dan tinggi kandungan antioksidan dan Vitamin C bagi membantu membersih sambil menyingkirkan kotoran serta meredakan kemerahan kulit. Sesuai untuk mereka dengan kulit berminyak dan kombinasi.

·         Bunga Camellia& Mulberi Organik– Pemutihan Ekstra & Kulit Berseri

Formula pemutihan ekstra dengan 100% ekstrak Bunga Camellia& Mulberi organik dan diperkaya dengan Vitamin E yang melindungi kulit daripada sinaran UVB berbahaya. Ia memperbaiki tona kulit, mengurangkan tompok gelap dan dalam masa yang sama meremajakan dan memperbaharui kulit menjadikan ia berseri dan berkilau.

·         Benih Jelai (Coix Seed) Organik & Asid Hialuronik – Penghidratan Ekstra & Kulit Anjal


Formula penghidratan ekstra dengan 100% ekstrak Benih Jelai Organik & Asid Hialuronik yang bertindak sebagai agen pelembap botani semula jadi bagi mengekalkan hidrasi kulit untuk kelicinan, kecerahan dan kelembutan kulit berpanjangan. Sesuai untuk mereka yang berkulit kering dan sensitif.

EVERSOFT Pembersih Serum
·         Mulberi Organik & Asid Hialuronik  – Pemutihan & Penghidratan

Formula Pemutihan & Penghidratan dengan 100% ekstrak Mulberi Organik & Asid Hialuronik yang kaya dengan kelembapan dan nutrien bagi membantu meremaja, memperbaharui dan melicinkan kulit kusam dan tidak bermaya. Serum pembersih bertindak lembut menjadikan ia ideal untuk kulit sensitif.

EVERSOFT Pembersih Skrub
·         Aprikot & Mulberi Organik– Membersihkan Bintik Hitam

Formula membersih bintik hitam dengan 100% ekstrak Aprikot & Mulberi organik dan kaya dalam peremajaan kulit secara semula jadi yang ideal untuk semua jenis kulit. Partikel mikronya meresap jauh ke dalam kulit bagi memberikan kesan skrub menyeluruh sekali gus menyingkirkan bintik hitam, kotoran degil dan minyak berlebihan untuk mengelakkan pembentukan bintik hitam/bintik putih baharu.

Iana mammpu memberi kelembutan kulit yang berpanjangan. Sesuai untuk mereka yang berkulit kering dan sensitif.

EVERSOFT Pembersih Serum
·         Mulberi Organik & Asid Hialuronik  – Pemutihan & Penghidratan
Formula Pemutihan & Penghidratan dengan 100% ekstrak Mulberi Organik & Asid Hialuronik yang kaya dengan kelembapan dan nutrien bagi membantu meremaja, memperbaharui dan melicinkan kulit kusam dan tidak bermaya. Serum pembersih bertindak lembut menjadikan ia ideal untuk kulit sensitif.

EVERSOFT Pembersih Skrub
·         Aprikot & Mulberi Organik– Membersihkan Bintik Hitam
Formula membersih bintik hitam dengan 100% ekstrak Aprikot & Mulberi organik dan kaya dalam peremajaan kulit secara semula jadi yang ideal untuk semua jenis kulit. Partikel mikronya meresap jauh ke dalam kulit bagi memberikan kesan skrub menyeluruh sekali gus menyingkirkan bintik hitam, kotoran degil dan minyak berlebihan untuk mengelakkan pembentukan bintik hitam/bintik putih baharu.

Antara bahan semuljadi yang digunakan dalam EVERSOFT

Mulberi dan avacado

Gingko

Yuzu dan Mulberi


Sepertimana petua kecantikan yang diperturunkan si ibu kepada anak gadisnya, begitulah EVERSOFT yang telah diwarisi generasi ke generasi sejak lebih 30 tahun. Kekal bersama asas dan kepercayaannya terhadap 100% Tumbuhan Organik Aktif dan Teknologi Jepun, EVERSOFT berterusan memberikan yang terbaik kepada para pengguna remaja di Malaysia bagi membolehkan mereka memperoleh kulit sihat, kekal remaja dan cerah berseri. Barisan pencuci muka dan skrub wajah EVERSOFT bertindak lembut pada kulit dan membersih kotoran jauh ke dalam kulit tetapi masih mengekalkan keseimbangan kelembapan semula jadi dalam setiap cucian.

EVERSOFTtelah memperkenalkan generasi kecantikan yang menggunakan EVERSOFT iaitu Nancie Foo dan anaknya Wong Ai Lee. Menurut Nancie biarpun mereka tidak mempunyai banyak persamaan dari segi citarasa, pakaian dan lain-lain. Tetapi untuk produk pencuci muka, Nancie dan anaknya cuma menggunakan Eversoft!


Tidak hairanlah wajah mereka berdua sangat licin, bersih dan tidak kusam.

Ibarat kecantikan yang diwarisi, dijaga dan dibelai dengan produk pembersih muka yang berkualiti.

EVERSOFT baharu dan diperbaharui didatangkan dalam tiub putih elegan dengan setiap tiub mempunyai warna yang terang menarik bagi mewakili perbezaan setiap variasi. Pencuci muka EVERSOFT kini boleh didapati di semua pasar raya, pasar raya besar dan farmasi utama di seluruh negara pada harga RM11.75 untuk 120G dan RM17.80 untuk 195G

EVERSOFT dulu, kini dan selamanya!
Memang legend :)

Hot Wheels® Track Builder System ™

$
0
0
Bulan Mac 2016 ini, Mattel telah memperkenalkan Hot Wheels® Track Builder System ™, iaitu
satu rangkaian terkini trek Hot Wheels® brserta aksesorinya bagi menggalakkan kanak-kanak lelaki terutamanya untuk bereksperimen dengan membina pembangunan trek kreatif. Rangkaian baru Hotwheels menawarkan satu trek utama yang membolehkan penyambungan kepada pelbagai trek dan konfigurasi. Secara tidak langsung aktiviti ini membolehkan kanak-kanak lelaki lebih kreatif dalam menggambarkan dunia pemotoran Hot Wheels® mereka sendiri .


"Di Hot Wheels®, kami sentiasa berinovasi untuk memberikan kualiti yang lebih baik terhadap permainan kanak-kanak di seluruh dunia. Diilhamkan dari kecintaan seorang anak lelaki menerusi uji kaji, kreativiti dan persaingan, semua edisi terbaru Hot Wheels® Track Builder System ™ menyediakan permainanan pemasangan yang lebih fleksibiliti, yang membolehkan kanak-kanak lelaki untuk mempamerkan imaginasi dan kreativiti mereka melalui pembinaan dunia mereka sendiri Hot Wheels®, "

The Hot Wheels® Track Builder System ™ mempunyai beberapa playsets dan aksesori yang termasuk Hot Wheels® Stunt Kit Play Set yang menawarkan  cara pemasangan 4-dalam-1 untuk bermain. Set ini membolehkan pelbagai konfigurasi seperti "Jump Challenge Long", yang "Criss-cross Cabaran ", yang mampu memberi " Cabaran menegak "dan" cabaran "Drop-Down. "

Kami percaya kepelbagaianHot Wheels® Track Builder System ™ serba baru dan lebih baik akan memberikan kanak-kanak lelaki dengan lebih banyak pengalaman dan kegembiraan melalui pencapaian yang lebih besar,membina laluan trek-trek hebat Hot Wheels®. 

Cik Petrina Kho, Pengurus Negara, Mattel Asia Tenggara.


Dari kiri ke kanan: Ms. Loo Hoey Theen, Senior Manager, Marketing, Sunway Pyramid, Ms.Christine Chan, Senior Brand Manager Mattel Southeast Asia - BOYS, Ms. Feina Leow, Marketing Manager, Toys ‘R’ Us, Malaysia melancarkan Hot Wheels® Track Builder System™.

Pengacara,pelakon dan penyanyi, Shafieq Shazwandi acara pelancaran Hot Wheels® Track Builder System™ di Sunway Pyramid.


Kanak-kanak comel ini sedang mencuba permainan Hot Wheels® City Motorized Race.

The Hot Wheels® Track Builder System ™ termasuk "Hot Wheels® Track Builder ™ Starter Kit Playset ", menawarkan jumlah kepingan trek yang membolehkan kanak-kanak lelaki untuk berkreativiti dengan koleksi mereka. Pelbagai jenis trek boleh dihasilkan menerusi kombinasi yang yang begitu menyeronokkan!


Terbaik dari semua, pemegang utiliti boleh digunakan sebagai cangkuk untuk penurunan graviti atau untuk memegang semua komponen dalam kit tersebut.


Yang paling menarik ianya turut disertakan penyimpanan dan mudah dialihkan. The "Hot Wheels® Track Builder ™ Asisten Essential" adalah set asas yang perlu dimiliki terlebih dahulu. Seterusnya terdapat lima set aksi yang berbeza lain  boleh dipilih; "Spin Pelancaran", "Loop Pelancar", "Angkatlah & Pelancaran ™", "Turn Kicker" dan "2-Lane Pelancar". Di samping itu, terdapat lebih Hot Wheels® Track Builder Aksesori dan Hot Wheels Track (lurus) yang ada yang membolehkan penambahan trek agar lebih menarik.

Antara koleksi Hotwgeels yang boleh didapati sepanjang siri penjelajahan Hot Wheels® Track Builder System ™ seperti:-






Untuk promosi kali ini, Hot Wheels menawarkan :-
- Untuk pembelian 3 kereta basic Hot Wheels akan diberikan 1 lagi tambahan kereta secara percuma.

- Dengan pembelian sebanyak RM150 barangan Hot Wheels (termasuk salah satu set trek) membolehkan anda menerima 1 edisi terhad kotak penyimpanan kereta Hot Wheels(yang berharga RM99) dan juga 1 hadiah istimewa Kotak display Hot Wheels bagi mereka yang sudah mendaftar menjadi ahli Leo Club (kelab kanak-kanak) Sunway.

2 anak lelaki saya yang teruja menyusun kereta Hot Wheels mereka di kotak esklusif Hot Wheels.


Bersempena dengan pelancaran Hot Wheels® Track Builder System ™ ibu bapa, anak-anak
dan peminat Hot Wheels® boleh berseronok dan bereksperimen dengan Hot Wheels®Track set  terbaru di siri penjelajahan "Make It Epic"di pusat membeli seluruh Lembah Klang bermula dari 2 Mac 2016 sehingga 10 April 2016 diantara 10:00 pagi -10:00 malam.

jom..jom

Sepetang Bersama Famili di Naza World

$
0
0
Hari Sabtu lepas, setelah saya gagal untuk menebus beg edisi terhad Milo di Pasaraya Matahari. Dedet terus mengajak kami seisi famili ke Naza World berdekatan dengan Lebuhraya Persekutuan. untuk cuci-cuci mata melihat kereta. Nak tambah aset lagi, idokler ya...


Tapi pada hari kejadian , ramainyalah manusia. Kebetulan ada mesyuarat geng2 Ducati rupanya. Memang meriah, memasing bawak motor besaq parking jemaah depan bangunan Naza World.

Kebetulan kami ke Naza World, ada Open Day. Ada makan-makan dan aktiviti untuk kanak-kanak. Melenjanlah kami beraktiviti di situ sementara dedet dan anak2 lelaki dier pusing2 tengok kereta.

Antara yang mencuri perhatian, FACE PAINTING!!!!

My Akid dah lama teringin, lukis mukanya dengan karektor yang pelik-pelik. Dan dalam banyak muka yang die nak lukis muka watak macam Jocker (dalam vesi white face)



Tapi saya rasa, penggunaan white kaler dier ke arah silver, so tak berapa jadi macam muka karektor yang  My Akid idamkan.

 My Afiq memilih objek yang simple. Seperti karektor beliau sendiri, seorang yang senang didekati dan bergaya sederhana serba-serbi.

Adik comel memilih roket!!!
Cam sepadan gitu dengan kaler baju, kihkikihkih.


My Amani kan, tak sah kalau tak lukis ala-ala puteri. So kali ini memilih karektor pari-pari. Comel idok??


Sampai my Amani pun pelik..
Ko dah kenapa bang....
Takde karektor orang2 baik ke secocok dengat raut wajah mu bang...

Si baik hati kakak pari,
Bersama abang muka ganas tapi ada bunga setaman dalam hati...


Kalaulah bawa saya ngan my Yana ke tempat-tempat pameran kereta. Kitaorang tak appreciate sangat teknologi kereta digunakan, datang dari mana, apa hebatnya berpintu empat segi, kaler apa best. Kitaorang tak layan. Janji kereta tu bila pulas enjin, jalan....

No hal...



So bila bawa makhluk pompuan seperti saya dan Yana..
Kitaorang pakat selfie kat setiap kereta..
Sampai salesman pun meluat dah tengok kitaorang tergedik2 cam gadis litar kat situ..
Buahahahahahahahah


Ni posing memanja minta penampaq kedua belah tapak kaki nama gayanya...

Saya dah ada kereta ni sebijik kat umah...
Yang keluaran Hot Wheels tapinya, buahahahhahaha

Dengan My Shahmi pun sekarang kaki kereta...
Menurun sangatla perangai Dedet..
Takpe janji muka ikut mummy..sebab tu hensem..
Kihkih
Tolong tepi sikit..
Tolong tepi sikit..

Rugi masa mula-mula kahwin tak minta hadiah hantaran kereta cenggini...
Buahahah..
Sekarang dah tua2 menyesal..
Masuk kereta ni dah tak muat dah sebab saiz badan yang makin comel..

Ater cuba bayangkan...
Saya pergi kerja pakai kereta ni....
Awal pagi dah semangat keluar rumah...
Sebab semangat nak naik kereta bukan semangat nak gi kerja...


Pomfuan kan...
Apa ajerlah tahu pasal kereta..
Asal boleh jalan..Setel


Deadpool Memang Kelakar Giler!

$
0
0
Edaran: 20th Century Fox
Genre: Aksi, Komedi
Pengarah: Tim Miller
Bahasa: English
Tayangan Malaysia: 11 Februari 2016
Tempoh: 106 minit
Pelakon: Ryan Reynolds, Morena Baccarin, Ed Skrein, Gina Carano, T.J. Miller
 "Deadpool " adaptasi dari komik Marvel ini mengisahkan seorang adiwira yang bernama Wade Wilson telah ditransformasikan menjadi Deadpool oleh Ajax (seorang saintis). Disebabkan transformasi berlaku terlalu cepat, menyebabkan emosi Wade ini seperti kanak-kanak dan kelakar.


Berbeza dengan Wade sebenarnya yang merupakan agen elit dalam pasukan khas yang dibantu bersama 2 pembantu mutan untuk menghapuskan sepasukan saintis gila dan jahat. Yang mana antara misi saintis jahat adalah untuk membunuh Wade itu sendiri.

Biarpun jalan cerita nampak agak serius tetapi sebenarnya sepanjang menonton filem ini, satu panggung memang tidak kering gusi, gelak berdekah-dekah dengan setiap keletah Deadpool yang sempoi dan kelakar. Sehinggakan saya turut merasakan watak teman wanita Wade yang juga seorang yang optimis dan bersahaja betul-betul membantuu menghidupkan jalan cerita filem ini.


Apa yang penting, kisah komik yang diadaptasi ke filem ini begitu menarik dari awal permulaan cerita, dengan pembukaan yang "happening" dan luar biasa. Serta klimaks di pertengahan dan penyudahnya yang juga memberi kepuasan. Dengan erti kata lain cerita yang tidak tergantung (seperti yang terdapat didalam banyak filem).

Saya juga teruja dengan kemunculan beberapa watak X-Men di dalam beberapa babak dalam filem. Namun begitu watak adiwira Deadpool dan kostumnya tetap menonjol dan menyerlah!

Diberi rating 18 tahun ke atas memandang filem ini tidak sesuai ditonton oleh kanak-kanak. Terlalu banyak perkataan yang agak "seram" bunyinya dan aksi yang melucukan dan luar dugaan mata tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak.


Bagi mereka yang suka menonton dan memberi respon terhadap wayang ditonton, uolls bolehlah layari GRABIES




Selain daripada tiket wayang free, uolls boleh juga redeem pelabagai goodies yang menarik!

Nak join pun sangat senang, hanya sign in ataupun log ini bersama akauan facebook uolls.


Jemput join kaki wayang semua ya!!!  

#seeties
#grabies

Jom Sertai Kempen #YourNutella :=)

$
0
0
Produk Nutella sebenarnya telah menjadi sebahagian daripada kehidupan kanak-kanak Malaysia. Lepaan menjadi kegemaran kanak-kanak terutama bila dapat menikmatinya bersama roti di waktu pagi. Dan kali ini, Nutella telah menganjurkan kempen #YourNutella yang mana membolehkan peminat Nutella mengabadikan namanya di botol Nutella yang istimewa.

Kita semua sedia maklum yang "Nama" adalah sebahagian identiti seseorang. Ianya begitu istimewa sebagai  panggilan diri yang cukup personal dan peribadi. Dan kempen #YourNutella mahukan setiap pengguna merasakan dirinya begitu istimewa, dengan mengabadikan nama mereka di botol Nutella!

Nyum nyum...
Nutella yang enak dimakan bersama, toti, biskut mahupun makan begitu sahaja :p

Pelancaran #Your Nutella sebenarnya bermula hari ini di One Utama hari dan ianya telah  dihoskan oleh Belinda Chee selebriti dan pengacara yang cukup dikenali di Malaysia. Pembukaan yang sangat ceria oleh Belinda dengan penerangan serba ringkas tentang produk Nutella.

Seterusnya ucapan pembukaan dari Mr Leonardo Perrone, Pengarah Pemasaran Ferrero South East Asia.


Dan Mr Leonardo membuat sedikit demo bagaimana penghasilan label nama istimewa bersempena dengan kempen #YourNutella. Memang menarik!


Dan uolls semua, jika ingin mengabadikan anama di botol Nutella. Jom sertai kempen #YourNutella di One Utama (old wings). Dengan hanya membeli Nutella saiz 350g di tapak acara yang berharga RM15.90.

Seterusnya masukkan nama yang kita inginkan. Untuk pengetahuan semua, nama yang dipilih tidak boleh lebih dari 9 huruf.


Tadaaaaaaaaaaaaaaaa...
nama yang kita pilih akan terpapar di skrin besar.

Dan kita boleh dapatkan terus jar istimewa yang tertulis nama kita.

Selepas dapatkan botol istimewa yang mempunyai nama kita, bolehlah bergambar di photobooth di lokasi acara kempen yang sedang berlangsung.

Oh ya! Ada berita baik untuk semua yang menyertai kempen #YourNutella. Anda boleh memenangi produk Jumbo Nutella, jika gambar kreatif dan unik anda terpilih dari antara gambar-gambar yang dilekatkan di #YourNutella Photo Wall  di tempat acara.

Selain daripada bergambar di photobooth, terdapat juga pelbagai aktiviti lain yang menarik boleh disertai di sini :)

See..see..
Unik tak...??
1 dalam berjuta...
chewahhhh


Hahahahah...

Jom sertai #YourNutella yang sedang berlangsung di One Utama  bermula 9-13 March 2016!

Next Top Model Asia Musim Ke 4

$
0
0

14 model muda yang bercita-cita tinggi telah berjaya menempatkan diri mereka Asia Next Top Model 4 (AsNTM)yang akan bersaing untuk merebut gelaran Top Model Asia. Rancangan realiti ini akan mula bersiaran di Star World dan Star World HD (Saluran Astro 711 & 722). Peserta adalah berasal dari seluruh negara di Asia iaitu Malaysia, Hong Kong, Vietnam, Thailand, Filipina, Indonesia, dan Singapura, dan juga tahun ini merupakan kali pertama pertama dari negara Mongolia dan Myanmar turut serta.


FOX Networks Kumpulan (FNG) telah menganjurkan tayangan eksklusif bersempena dengan tayangan perdana pada 9hb March 2016 yang mana peserta tunggal dari Malaysia pada musim ini iaitu Tuti turut menyertai sama. mengambil di landasan untuk


                                  Penny Tan, Marketing Director, FOX Networks Groups

Antara penaja-penaja yang terlibat sama untuk musim tebaru Asia Top Model 4 , antaranya seperti Subaru, TRESemmé, Closeup, Zalora dan Maybelline. Pelbagai kejutan dan  'transformasi' yang mendebarkan disediakan dalam setiap episod untuk para peserta mengharunginya.

Pemenang utama AsNTM S4  akan membawa pulang sebuah kereta Subaru XV serba baru serta menjadi wajah/duta produk TRESemmé 2016. Selain itu berpeluang menjadi model penghias muka depan di majalah berprestij  BAZAAR Harper Singapura, dan  akan diterbangkan ke Eropah bagi mewakili salah satu agensi-agensi model  dunia yang paling berprestij- Storm Management Model.


Dan good luck buat peserta dari Malaysia, Tuti!!!!!!!!!
Saksikan beberapa posed hebat tuti yang menggayakan koleksi dari Zalora :)





Dari kiri - Pink Fong (Marketing Manager, Maybelline Malaysia), Vineet Puri (Territorial Head, Malaysia, FOX Networks Group), Anna Nishaburi (Head of PR and Partnership, Zalora Malaysia), Kelly Tandiono (AsNTM 4 Model Mentor), Tuti (AsNTM Contestant), Kiriat Argenio (Marketing Head, Zalora Malaysia), Penny Tan (Marketing Director, FOX Networks Group) diAsNTM Preview Party

 Judge Profile
 Cindy Bishop, Host
With over 20 years’ experience in the modelling and entertainment industry, Cindy is set to bring a new level of expertise, energy and glamour to the show as this season’s host. Originally from Thailand, Cindy was the 1996 winner of Miss Thailand World.  Since then, she has dominated the fashion and media scene, gracing covers of magazines and runways as well has film and television screens across Asia.  She has been the face of numerous prominent global brands; was a top VJ for Channel [V] and is one of the most sought-after hosts in the region for both live events and television.
 Cindy has also starred in many local movies and television dramas and has a role in the upcoming Hollywood film All I See is You set to come out in 2016.  


Cindy Bishop, Host
With over 20 years’ experience in the modelling and entertainment industry, Cindy is set to bring a new level of expertise, energy and glamour to the show as this season’s host. 
Originally from Thailand, Cindy was the 1996 winner of Miss Thailand World.  Since then, she has dominated the fashion and media scene, gracing covers of magazines and runways as well has film and television screens across Asia. She has been the face of numerous prominent global brands; was a top VJ for Channel [V] and is one of the most sought-after hosts in the region for both live events and television. Cindy has also starred in many local movies and television dramas and has a role in the upcoming Hollywood film All I See is You set to come out in 2016.  

AsNTM Model Mentor Kelly Tandiono bergambar bersama  Tuti 

Next Top Model Asia Season 4 akan ditayangkan pada Star World dan Star World HD (Saluran ASTRO 711 & 722) pada setiap hari Rabu mulai 9 Mac 2016 jam 9 malam.

Best wooo!

Kidzania Kuala Lumpur Kini Berkalaborasi Bersama McDonald's dan Drypers Malaysia

$
0
0

Dengan membawa misi "Learn Life Today", Kidzania kini berkalaborasi bersama McDonald's dan juga Drypers Malaysia untuk bersama-sama menjadikan Kidzania sebagai taman tema tertutup yang dapat memberi kanak-kanak keseronokan, belajar dan memahami profesion orang dewasa.

"We are very honoured to have industry leaders joining KidZania Kuala Lumpur and cobined our expertise to design and develop unique role play activities for our children. Through this new partnership announcement, children get to experience various professions including burger making and the immersive learning only available in KidZania Kuala Lumpur- a child size city"

Susana Abdul Rani (Governor of KidZania Kuala Lumpur and Singapore) 

Majlis pengenalan dimeriahkan dengan persembahan dan gimmik dari KidZania :=)
Memang sangat meriah!!!





Dan Drypers Malaysia akan menyumbangkan pull-up drypers buat pengunjung yang membawa bayi mereka ke sini. Dan pengunjung boleh mendapatkan drypers secara percuma di 'Baby Care Room". Ini bagi memastikan pengunjung yang datang ke KidZania bersama anak kecil akan lebih rasa selesa, bersih dan mudah.
VIPs dan wakil-wakil dari pihak KidZania, Drypers dan McDonald's

Di KidZania menawarkan lebih 100 pekerjaan/profesion yang boleh dirasai kanak-kanak yang datang ke sini. Dan terbaru, kiosk McDonald's sudahpun berada di KidZania, dan kanak-kanak boleh belajar cara membuat burger dan banyak lagi.

Pastinya selain daripada kanak-kanak dapat belajar,  mereka juga akan dididik bagaimana bekerja dengan teratur dan sentiasa memastikan kawasan pekerjaan adalah bersih.

Keterangan lanjut boleh layari www.facebook.com/KidZaniaKualaLumpur

Raikan Besday di Chilis Bersama 2 Minah Gangster

$
0
0
2 hari lepas ceritanya. Ada kerja sikit tiba2 bertembung ngan 2 minah ni kat One Utama. Waktu terjumpa time lunch pulak tu.. Memang minta makan berjemaah lah namanya. So, dalam banyak-banyak restoran kat situ, Chillis juga menjadi pilihan. Yolah nak makan kat Chillis bukannya boleh hari-hari. Hatta sebulan sekali belum tentu apatah lagi setiap minggu.

Dipendekkan lagi citer merapu-rapu. Jom skodeng apa yang saya dan 2 minah gengster lagi telan.
Yang ni saya punya,,,
Saya memang minta daging ini dimasak 'well done'. Portion okla cuma rasanya lebih kick degan sos blackpepper. Mashed potatoes pun sedap :)

Ini hidangan pilihan Nannie Isa. Ada isi ayam, kat atas tu bertaburan salsa tomato. 

Pilihan Cik Lily Putih. Saya suka rasa ayam yang ranggup di luar bersama isi lembut didalamnya. Dan terasa best bila telan dengan rasa sos ala2 sweet2 sipcy!

Salad!!!!

Makanan 3 minah acah-acah gengster!

Kunun seprise sesangatttt!!
Hahahahahaha, lepas makan alih2 beberapa staf Chillies disertai pelanggan yang ada kat situ beramai2 menyanyikan lagu hepi besday!!

Oitss advance sangat tu! Nampak nooo korunk nak suh aku nampak  kertu sebelum usia...
Cisss!


Apapun tq noks...makan2 dengan hakak, lepas tu buat acah2 seprise sambut besday kan, kahkahkah


Apapun adalah diumumkan hari ni 12 March menginjak lagi satu tahun dari angka usia. Moga dengan peningkatan usia ini menjadikan saya lebih bersemangat meningkat prestasi dan mengurangkan kontroversi. Kahkah

#kodahkenapaPah
#lempangkan
#orangtuamemangemo
Viewing all 2935 articles
Browse latest View live