Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all 2935 articles
Browse latest View live

Tefal Meraikan Ulangtahun ke-60 di One Utama

$
0
0
Bermula dari Khamis (10.3.2016) - Ahad (13.3.2016), Tefal telah menganjurkan siri jelajahnya di ruang legar di New wing One Utama. Pameran ini adalah bersempena dengan ulangtahun jenama Tefal di pasaran, yang kini telah memasuki tahun yang ke-60. Selain itu, Tefal juga memperkenalkan "siri produk terbaru mereka yang dikenali sebagai "Tefal Titanium Cookware". 

Sedikit sejarah tentang produk Tefal. Agak menarik rupanya pencapainan Tefal dalam industri kulinari.

Sambutan Tefal 60 Tahun. Kelihatan di gambar Mr Suwasit Wittayawijug (Maaging Director for South East Asia emerging Markets Cluster, Tefal Malaysia, Thailand and Phillipines)

Perasmian siri "Tefal Titanium Cookware"

Kenalkan koleksi siri "Tefal Titanium Cookware"




Dikatakan koleksi ini lebih laksa dan berkualiti. Jadi penggunaannya lebih lama, boleh diperturunkan generasi ke generasi.


Terdapat juga demonstrasi masakan dan beberapa aktiviti menarik telah diadakan di sini. Yang mana pengunjung boleh sertai dan membawa pulang hadiah-hadiah yang menarik.

Selain dari siri "Tefal Titanium Cookware" terdapat juga produk Tefal yang lain yang sememangnya menjadi idaman semua wanita seperti saya. Antaranya seperti :-
Periuk pressure cooker

Alatan memasak di dapur!

Produk yang paling saya gemari ~ toaster dan tempat masak telur!

Dan banyak lagi sebenarnya!!!

Tahan lasak dan berkualiti!!!

Menggunakan untuk memasak, membuat kita lebih happy!!!


Keterangan lanjut mengenai produk Tefal, boleh layari https://www.facebook.com/mytefal dan www.tefal.com

#myTefal


Mary Kay Celebrated The Beauty of Women

$
0
0

Mary Kay Dream Beautiful recognizes the strong bond between Mary Kay Independent Beauty Consultants and their customers, and centers on making dreams come true. Three aspiring models were chosen as the new Face of Mary Kay Asia Pacificand one Mary Kay Independent Beauty Consultant as the Beauty Artist of Mary Kay Asia Pacific.

KK Chua, Mary Kay Asia Pacific President, said: If you look at the journey they have traveled across frombeing who they were to what they are now, it is indeed a miracle. And thats just so very heartwarming.The winners will attend a Mary Kay global photo shoot in New York. The Mary Kay Independent Beauty Consultants of the winning contestants will also be recognized in Mary Kay Applause Magazines in the Asia Pacific Region and honored in their local markets. They will also be presented with speaking opportunities at Mary Kay Seminar in their respective countries. 

Karolina Kurkova, International Supermodel and Dream BeautifulTM Contest Judge said: Its always wonderful to work with real women and to be there, part of this journey and see them grow and see them learn so much, and also see them become more comfortable with who they are and enjoying themselves.
 More than 500 Mary Kay Independent Beauty Consultants, media and VIPs witnessed 22 pairs of Dream Beautiful finalists from across Asia Pacific in a runway show. The panel of judges included international supermodel Karolina Kurkova, Korean celebrity makeup artist Sunjin Kim, Mary Kay Global Makeup Artist Luis Casco, and global fashion and beauty photographer Jason Capobianco.  Zhang Ying from China, Crystal Fung from Hong Kong, and Corvina Chong from Malaysia were announced as the three Grand Final Winners for their outstanding makeup looks and performance on the runway based on the three qualities that each model best represented - Confidence, Passion, and Elegance. 

Kek Cantik dan Sedap Dari Catherine Cakery

$
0
0
Menyambut hari kelahiran adalah hari yang sangat bermakna buat kita semua. Ini mengingatkan kita tentang tarikh istimewa yang mana kita mula melihat dunia. Biarpun diraikan dengan hanya sebiji kek, ianya tetap juga bermakna.

Tahun 2016 ini sangat bermakna buat saya, apabila tarikh kelahiran 12 March tahun ini, saya di "suprise"kan dengan sebuah kek yang begitu indah rupanya. Untuk pengetahuan semua kek istimewa saya ini dibuat khas oleh baker yang berpengalaman iaitu Cik Catherine dari Catherine Bakery. Apa yang menarik Catherine Cakery boleh menyediakan pelbagai jenis rekaan (custom made) kek pelbagai rupa bentuk dan juga variasi perisa. Antara jenis kek yang sering ditempah pelanggan seperti 'butter cake', çoklat kek, red velvet cake dan banyak lagi.

Dan ini adalah kek istimewa saya iaitu Kek Coklat Nutella yang sangat comel rupanya. :=)
Masa pertama kali saya melihat kek yang dideko khas buat saya...
Memang terus menjerit dalam hati "ÖMG OMG canteknyaaaaaaaaaaaa!!!"

Memang sangat teliti ukirannya. Daripada patung beruang pink (warna kegemaran saya), sehinggalah ke ukiran yang lebih kecil dan kompleks. Memang unik!

Cantik tag yang tertulis perkataan "Happy Birthday", sangat kemas kelihatan. Yang menarik Catherine Cakery mampu merealisasikan apa yang saya kehendaki untuk kek istimewa harijadi saya.

Dengan beruang pink yang sangat comel bersama riben merah di kepala. Dan yang lebih mengujakan ada bunga mawar di tangannya :)

Bersama kesayangan menyambut hari lahir yang penuh bermakna.

My Amani yang sudah tidak sabar-sabar merasai kek Beruang Pink saya ini. Hihihihi.

Tadaaa!!!
Memang terasa sayangnya nak potong kek cantik ini :p
Dan ketika saya memotongnya, begitu terasa lembutnya adunan kek yang dihasilkan.

Melihat anak yang juga gembira dengan rasa kek istimewa ini membuatkan saya sungguh gembira.

Gebu sangat!!
Rasa coklat bersama Nutella, sememangnya kegemaran saya dan anak-anak. Dan jika anda semua inginkan kek yang direka khas mengikut tema yang anda kehendaki, mengikut pilihan perisa yang digemari bolehlah hubungi Catherine sendiri (melalui whatsapps) di 012-392 1217 ataupun di FB https://www.facebook.com/Catherine-Cakery (ada banyak contoh rekaan kek menarik yang pernah beliau hasilkan).

Seriusly, memang puas hati!


  

Jom Bawa Anak-Anak Ke Discovery Explorers di Sunway Piramid

$
0
0
Bersempena dengan cuti sekolah kali ini, jangan lupa membawa anak-anak anda semua untuk menyertai pelbagai aktiviti menarik di Discovery Channel’s Discovery Explorers! di LG2 Blue Concourse Sunway Piramid bermula dari 11 March sehinggalah 20 March 2016. Terdapat 3 segmen aktiviti yang boleh disertai oleh anak-anak yang menghadiri.

1. Construction/Pembinaan
Yang menariknya anak-anak kita boleh bergambar dengan props yang sedia ada di sini.

Dan juga merasai sendiri, bagaimana tugas mereka yang berada di dalam bidang ini. Perlukan kemahiran dan ketekunan dalam diri,

2. Sains
Pelbagai aktiviti kanak-kanak boleh cuba berkaitan sains. Yang mana aktiviti disini boleh menguji kanak-kanak yang bermain di sini.


Ada kostum yang boleh digayakan di sini.

Pengujian daya ketelitian dan kesabaran yang tinggi adalah penting ketika mempelajari sains.

3. Animal Planet
Bergambar di sini! Banyak props kehidupan haiwan menarik ada disediakan.

Boleh juga mencuba permainan 3D dengan memuat turun apps (permainan games online yang boleh didapatkan di tempat pameran).

Dan sebenarnya di setiap seksyen yang kita beraktiviti, akan diberikan 1 cop dan apabila lengkap 3 cop, kita boleh redeem hadiah di kaunter penebusan hadiah.

Dan bagi mereka yang sudah LIKE pade facebook page Astro Life, boleh juga mencuba nasib dengan membuat putaran untuk mendapatkan hadiah misteri di sini.

Untuk perhatian buat ibu-bapa semua, di Sunway Piramid terdapat pelbagai aktiviti menarik di concourse yang berbeza, cikedaut:
10-13 March: Horlicks NutriQuest @ Orange Concourse
11-20 March: Discovery Channel’s Discovery Explorers @ Blue Concourse
18-20 March: The Kinder Wonderland @ Orange Concourse

Menikmati Talbinah Pemakanan Berkhasiat, Untuk Kita Kekal Cergas dan Sihat

$
0
0
Saya sering bertanya bagaimana manusia mudah mendapat penyakit. Adakah ianya disebabkan oleh penyakit yang diwarisi? Gaya hidup yang salah ataupun berpunca dari pengambilan makanan setiap hari. 

Tidak dinafikan dunia yang semakin sibuk menjadikan kehidupan seharian kita juga tidak terurus. Secara tidak langsung tanpa kita sedari ianya juga mempengaruhi hgaya hidup dan pemakanan kita seharian. Terutama kekerapan menikmati makanan segera, ataupun jenis-jenis bahan makanan yang tidak sesuai dengan tubuh badan kita (terutama ketika sedang sakit).


Oh ya! Saya juga berkesempatan mendengar perkongsian ilmu dari Ustaz Dr Wan Nasyrudin Wan Abdullah  Penasihat Korporat untuk produk keluaran Mekaray, dan membaca (sekilas lalu) buku yang ditulis olehnya bersama penyelidik yang pakar dalam pemakanan. Banyak rupanya pantang-pantang dan jenis makanan yang sesuai dengan tubuh badan (samada sedang sihat dan mahupun sakit). Adakalanya menerusi pemakanan yang betul diambil boleh menyembuh penyakit yang kita hadapi. Contohnya penggunaan madu, limau dan sebagainya.

Tertarik satu quote yang diutarakan oleh ustaz tentang mengapa masih ada rakyat Malaysia menghidapi penyakit kanser? Begitu juga tentang penyakit kebiasaan wanita hadapi iaitu kemurungan, sengugut dan sakit kepala yang kerap. Sebenarnya ianya banyak melibatkan pemakanan yang diambil oleh kita setiap hari. Percayalah buku di atas begitu banyak informasi tentang pemakanan dan ianya merupakan bahan bacaan yang sangat berfaedah dan perlu dimiliki setiap keluarga.

Apabila saya diperkenalkan dengan produk keluaran Mekaray iaitu MekaRay Triple~M dan Meka VINIGA yang merupakan berasaskan bahan utama iaitu Talbinah (barli) yang mempunyai kekuatan dari segi kandungan khasiat yang tidak boleh dinafikan oleh mana-mana pakar perubatan.

Sedikit informasi yang saya copy dari FB Mekaray dan kongsikan di sini tentang Talbinah dan khasitanya yang tersendiri menerusi hadith yang pernah diriwayatkan dalam Al-Quran.


TALBINAH / BARLEY


DESCRIPTION

Talbinah is actually a broth made from barley (Sha`eer). The broth is called Talbinah because it is thin and white, similar to milk

Barley (the essence of Talbinah) is a rugged cereal grain from the grass family, it can grow up to 1 ½ to 4 feet tall and flourishes in cool climates.

EVIDENCE

Talbinah has been mentioned in many narrations of the Prophet [peace be upon him] such as the narration of Aisha that when someone from her relatives died, the women would gather for that (reason).

Then they would disperse except her family, she would order an earthenware pot of talbinah be cooked, then tharid (a dish made form meat and bread) would be made and the talbinah poured over it.
.
Then she (Aisha) would say (to the women), ‘Eat from it for indeed I heard the Messenger of Allah [SWT] say:

“Talbinah is a relaxation for the heart of the sick person and it removes some of the sorrow”.’ 

[Bukhari 479/9, Book of Food, Chapter of Talbinah.

MEDICAL USE

Ibn Qayyim mentioned that talbinah has the same benefits of barley water but it is even better. He said that it has a cleansing action and provides subtle nourishment.

The talbinah broth according to this great scholar and physician of Islam clears any bilious, phlegmy humours that collect in the stomach and puts it at rest.

In modern times many discoveries have been made about this remedy of prophetic barley.

It is now known that the starch contained in barley is especially useful for its emollient (softener), absorbent, anti-inflammatory and antiseptic properties making it beneficial in smoothing the intestinal mucosa and highly recommended for stomach pain or irritation.

Reference : Health Benefits of Barley by Joan Marie Conway, PhD, RD ( Research carried out for the USDA Agricultural Research Service)


Produk MekaRay Triple~M (Talbinah) dihasilkan daripada gabungan barli, madu dan yogurt. Serta bahan tambahan seperti gam arab, malt, susu tepung dan oat.Yang menariknya mengenai Talbinah yang berperanan sebagai minuman berkhasiat ini didatangkan dengan sifatnya yang lembut dan sangat mudah dihadam.

Jika kita berasa runsing, ini adalah minuman yang terbaik. Untuk pengetahuan semua Talbinah ini juga saya disyorkan untuk pesakit yang baru sahaja baik dari kesembuhan samada fizikal atau mental. Terutamanya penyakit seperti jantung, darah tinggi, lemah jantung, parkinson, gangguan tidur dan mampu mengurangkan paras kolestrol. Dipercayai juga minuman Talbinah ini juga boleh membantu kita dari mengalami masalah tekanan perasaan dan mental.

Saya juga mengamalkan pengambilan Talbinah dalam sarapan pagi dan juga minuman lewat malam.
Cara penggunaannya sangat mudah. Hanya 1 sachet dicampurkan bersama air suam ataupun air panas dengan kuantiti antara 125ml - 150 ml.

Kacau dan sedia diminum.

Digalakkan pengambilan pada waktu pagi dan petang ketika perut kosong. Rasa minuman Triple~M seperti air susu dan saya sangat sukakan baunya ~ seperti bau nestum (wangi sangat!!)

Contoh testimoni yang diberikan oleh pengguna produk Triple~M. Yang dikatakan dapat mengurangkan stress dan juga masalah tumit kaki.

Begitu juga testimoni dari seorang pesakit kencing manis. Yang mana kandungan gula dan tekanan darah tinggi menjadi stabil.

*Harga untuk 1 kotak adalah RM198 (tidak termasuk GST)

Dihasilkan dari madu, cuka kurma, perisa oren, minyak zaitun, garam bukit, delima, minyak kelapa dara, habbatusauda dan lemon. Berbeza dengan minuma kesihatan lain yang biasanya didatangkan dalam bentuk serbuk, untuk Meka VINIGA ianya adalah dalam bentuk cecair.

Rasanya agak masam-masam sedikit, namun saya sangat suka akan rasanya. Minuman kesihatan ini baik untuk meningkatkan metabolisme tubuh, mengandungi anti-oksida, melancarkan peredaran darah, mencantikkan kulit, anti penuaan, mencergaskan minda dan banyak lagi.

Minuman berkhasiat ini sesuai buat wanita untuk mereka sentiasa kekal cergas dan awet muda :=) 

Minum Meka VINIGA ini antara 1 atau 2 sachet setiap hari. Perlu diambil ketika perut kosong samada waktu pagi atau malam. Dan kesan paling ketara kita akan lihat perubahan berat badan (berat semakin menurun).


 Efektif untuk mengurangkan badan dengan selamat dan berkesan.

Saya sendiri telah mencuba produk ini. Apa yang pelik setelah saya mengambil minuman berkhasiat ini, saya menjadi tidak mudah lapar. Ini sekaligus mengelakkan saya makan lebih dari sepatutnya (makan ikut keperluan dan masa).


*Harga untuk 1 kotak adalah RM198 (tidak termasuk GST)
**Kedua produk ini sesuai untuk semua peringkat umur (bermula dari umur bayi 6 bulan ke atas yang sudah mula makan) tidak kira lelaki mahupun perempuan.

Keterangan lanjut boleh layari pautan di bawah ya!


Horlicks Melancarkan Kempen Horlicks NutriQuest Ke Seluruh Negara!

$
0
0
Sebagai peneraju minuman bernutrisi, Horlicks sentiasa menjadi perintis kepada jenama minuman malt dalam kategori makanan dan minuman kesihatan. Diperkaya dengan 23 nutrien penting sememangnya Horlicks sangat membantu tumbesaran kanak-kanak yang sedang membesar. Holicks bukan sahaja memberikan segala kebaikan nutrisi bahkan ianya juga mempunyai kalsium dan multivitamin yang sangat membantu kanak-kanak untuk membesar tinggi, kuat dan pintar.

Horlicks telah melancarkan Kempen Horlicks NutriQuest yang mana ibu bapa boleh memuat turun permainan dalam talian Horlick NutriQuest yang mana permainan ini boleh membawa kanak-kanak untuk mengembara dan memburu Dr. Greedy yang jahat. Bersama wira NutriQuest kanak-kanak harus bersatu padu Dr Greedy seorang saintsis gila dari menguasai kilang Horlicks.

Dan bersempena dengan pelancaran aplikasi ini, satu siri jelejah bagi memperkenalkan kempen telah diadakan di Orange Concourse Sunway Piramid.


Terdapat beberapa check point yang perlu kanak-kanak membuat aktiviti. Dan setiap berjaya mengharungi cabaran mereka akan diberikan satu cop tandanya sudah berjaya menjalankan misi.


Dalam setiap permainan yang dimain sebenarnya mengajar dan memberi informasi tentang khasit yang mampu diberikan oleh Horlicks.

Dengan menikmati Horlicks setiap hari juga memberi kecergasan dan stamina untuk kanak-kanak terus beraktiviti.

Selesai mendapat semua cop yang diperlukan. Anak-anak boleh membawa kad ini dan membuat penebusan hadiah.


Untuk pembungkusan yang terbaru. Setiap Horlicks yang dibeli akan diberikan NutriCoins. Kanak-kanak bolehlah mengumpul NutriCoins tersebut dan boleh menukarkannya dengan hadiah-hadiah yang ditawarkan di https://www.horlicks.com.my/nutriquest/prizes.html

Keterangan lanjut bolehlah layari https://www.horlicks.com.my

Ho Ho Ho Horlicks!

OMG, Stress Giler Bila Kena Guna Tandas Awam Yang Kotor!

$
0
0
Salah satu sifat kurang enak yang ada dalam diri segelingtir masyarakat Malaysia adalah mereka tidak suka menjaga kebersihan. Baik berada di rumah mahupun di luar rumah. Dan tidak dinafikan paling ketara adalah keadaan kebersihan di dalam tandas awam. Biarpun tidak semua tempat mempunyai tandas awam yang kotor, tapi saya yakin uolls semua pernah jumpa tandas awam yang agak kotor dan berbau.

Tandas awam kotor sebenarnya berpunca dari pengguna tandas itu sendiri. Jika kita sentiasa mengamalkan penjagaan kebersihan di mana sahaja, saya yakin negara kita tidak akan berhadapan dengan isu tandas kotor setiap hari.

Cuba bayangkan tandas awam yang masih menggunakan paip getah. Yang mana muncung getah itu terletak di lantai yang agak kotor.

Keadaan air paip yang bertekanan rendah. Menyebabkan pengguna tidak boleh menguruskan sisa kumbahan mereka dengan sempurna.

Paling mengesankan keadaan tandas itiu sendiri. Nampak seperti bersih tapi...............

Sebenar-benarnya....

Di tempat duduk kotor, seperti ada kesan kaki!
Lantai kotor dan berbau, huhuhuhu
Ada najis yang di dalam mangkuk tandas...yewwwwwwwwwwwwww


Cuba bayangkan dalam saat kita yang terdesak nak menggunakan tandas. EMERGENCY momen katanya kerana perut memulas. Dan bertambah malang kita pula kena berhadapan dengan isu ini!

OMG 
OMG
OMG


Mungkin ini salah satu cara kita bila berhadapan dengan isu tandas kotor. Seperti kawan FB saya Tan Missyiluvyou (entri gambar ini membolehkan beliau memenangi Cabaran Kleenex Minggu 1 dari FB Kleenex Malaysia) yang bertindak genius menggunakan poncho pakai buang (disposable) untuk mengelakkan pakaian beliau kotor disebabkan tandas yang digunakan sedia maklum kotor!

Keadaan lebih stress air dan tisu tandas pun dah tiada! Seperti Yong Quek (rakan FB saya juga), beliau terpaksa meminta kawannya ataupun ahli keluarganya menerusi telefon mudah alih, walkie talkie dan mungkin juga perlu mengumumkan masalah yang di hadapi di FB!

Gaisssssssssssss... I'm stuck here. No water! No tissues!! Someone please help me. 

Ok post di wall FB dan hantar lokasi anda.

Ngeh!

Dasyat bukan kalau situasi ini berlaku pada kita :p

Ok,,kenalkan ini adalah alatan "survive" saya bila terpaksa gunakannya ketika berhadapan dengan keadaan tandas kotor.

1. Penutup hidung
2. Penyangkut beg
3. Hansaplast


Sebab tandas itu berbau, jadi kita perlukan penutup lubang hidung bagi mengurangkan stress deria bau. Hihi

Lantai bilik air kotor. Jadi untuk mengelakkan beg kita kotor. Kita kena gunakan penyangkut mobile ini.

 Tadaaaaaaaaaaa....senang dan mudah!

 Kebetulan tandas yang hendak digunakan sudah ada tisu.

 Jadi kita susun tisu tersebut dikelilingi tandas, bagi mengelakkan punggung kita terkena jangkitan kuman.

 Tapi....
Saya tetap geli...
Sebab tisu tandas itu menjadi terlalu basah berair-air..
Yuckkkkks!!!

Antara cara lain, bagi mengelakkan terkesan dengan trauma bau busuk dari tandas yang kita gunakan. Bolehlah kita menggunakan hansaplast untuk menutup lubang hidung.

Alternatif lain, kita boleh gunakan Kleenex Wet Tissue Toilet yang mana saiznya yang kompak membolehkan kita membawa ke mana sahaja. Dihasilkan dari gabungan ekstrak  semulajadi green tea dan juga chamomile. Ianya juga bebas alkohol dan dapat mengurangkan bau yang kurang menyenangkan. Paling penting produk ini telah diuji "hypo allergenic" (kurang kepada kesan alergik atau kerengsaan).

Nak buka pek ini pun agak mudah. Hanya tarik sahaja. Dan ianya boleh ditutup kemas kembali.

Saya sukakan tekstur wet tissue toilet ini. Tidak terlalu keras atau lembut. Dan baunya agak natural (tidak memeningkan kepala).

Kleenex Wet Tissue Toilet ini juga selamat untuk dibuang terus ke lubang tandas selepas digunakan.

Ianya tidak akan menyebabkan lubang tandas tersumbat ya!

Mudah, pantas dan praktikal! Sesuai digunakan di mana sahaja pada bila-bila masa :=)

Harganya pula sangat berpatutan. Dan sudah berada di pasaran terutama di pasaraya-pasaraya terkemuka.


Jom sertai Kleenex® dan Jihan Muse hari ini untuk mengatasi masalah penggunaan tandas awam di Malaysia.

Untuk dapatkan pek sampel percuma, uolls boleh mendaftar di www.kleenexcleans.com.my


Dan jangan lupa untuk kongsikan pengalaman anda di media sosial di ruang komen FB peraduan dengan menggunakan hashtag, #KleenexSurvivalGuide 3 pemenang di cari setiap minggu untuk memenangi bekalan Kleenex Wet Tissue Toilet selama 6 bulan. Dan paling best, hadiah utama untuk peraduan ini merupakan iPhone 6s!

Keterangan lanjut boleh layari :-
Talian Khidmat Pengguna Kimberly-Clark :1-800-82-1188 

Review : Kungfu Panda 3, Dan Jangan Lupakan Sertai Permainan Apps Grabies

$
0
0
Berkesempatan menonton Kungfu Panda 3 sememangnya tidak saya lepaskan. Apatah lagi ini merupakan filem sekuel yang tidak pernah saya missed menontonnya. Apa yang pasti filem animasi Kungfu Panda tidak pernah mengecewakan dari segi jalan cerita, garafik dan persembahan keseluruhan. Memang puas hati.

Masih mengekalkan kisah 6 sahabat pahlawan ini, yang bersama-sama cuba memperbaiki diri, mempelajari ilmu kungfu terbaru dan juga penjaga lembah yang diduduki. Sehinggalah satu hari Po telah diamanahkan untuk memikul satu tanggungjawab besar dan berat.

Keadaan bertambah kecoh apabila Po bertemu semula dengan ayah kandungnya.

Dan ini menyebabkan konflik cemburu ayah angkatnya yang begitu menyayanginya. Pelbagai aksi lucu terutama dari segi lontaran dialog yang agak bersahaja dan terselit juga elemen kasih-sayang antara keluarga.

Watak Kai (antigonis) yang pada asalnya sangat menggerunkan. Ingin menakluki dunia kungfu dengan misi mendapatkan ilmu kungfu CHI dari Po.

Po dan puak pandanya bersama Tigres, harus berhadapan bukan sahaja ancaman dari Kai bahkan dengan semua pengamal kungfu yang telah ditukarkan kepada jombie jed (berwarna hijau) ~~ dirasuk untuk menerut semua perintah Kai.

Kungfu panda tidak pernah mengakhiri cerita tanpa nilai-nilai murni yang ingin ditonjolkan dalam penceritaan. Bagaimana kita akan melihat bagaimana Po yang sanggup mengorbankan dirinya demi kesejahteraan puak-puaknya. Dan bagaimana Po boleh belajar sesuatu yang baru iaitu sentiasa percaya pada kebolehan diri sendiri.


Pelbagai karektor baru dan menarik yang menjadikan jalan cerita Kungfu Panda terbaru ini lebih kelakar!

Klasifikasi: Umum
Edaran: 20th Century Fox
Genre: Animasi / Aksi / Komedi
Pengarah: Jennifer Yuh
Bahasa: English
Tayangan Malaysia: 10 Mac 2016
Tempoh: 1 jam 35 minit
Pelakon: Jack Black, Dustin Hoffman, David Cross, James Hong, Angelina Jolie, Seth Rogen
Oh ya nak beritahu kat uolls semua. bersempena dengan penayangan Kungfu Panda 3 ini, Grabies ada menganjurkan Kempen Kung Fu Panda 3’s Personality Quiz (PLAY, SHARE & WIN).
Apa yang perlu dilakukan, hanya muat turun aplikasi Grabies ke telefon pintar anda.
 Jawab soalan kuiz yang diberikan.

Dan kita akan dapat lihat personaliti yang dimiliki oleh kita bersamaan dengan karektor yang mana dalam Kungfu Panda 3.

Kongsikan di FB dan jangan lupa untuk sertakan hashtag #grabies

Menarik bukan?

Jom sertai permainan apps dari Grabies!

#grabies
#seeties

Kejohanan Badminton Antarabangsa MBA Kali ke-8

$
0
0
Soroton video tentang Michael's Badminton Academy

Michael's Badminton Academy merupakan akademi yang banyak melahirkan pemain badminton yang berkaliber sehingga ke taraf profesional. Dengan matlamat untuk melahirkan lebih ramai pemain badminton pada masa depan. Pihak akademi telah menyediakan pelbagai jenis latihan bagi memenuhi keperluan pelajar mengikut peringkat umur dan tahap kemahiran yang mereka miliki. Selain daripada latihan intensif, pelajar juga akan didedahkan aktiviti-aktiviti yang boleh merangsangkan mental dan fizikal dalam bentuk latihan kecergasan dan taktikal.

Untuk pengetahuan semua Michael's Badminton Academy pertama telah mula beroperasi pada Februari 2002 dengan menyediakan 16 gelanggang tertutup badminton di Dewan Badminton MBA, Taman Megah Petaling Jaya Selangor. Dan pusat ini pernah diiktiraf sebagai pusat badminton milik persendirian yang terbesar di Malaysia. Sekaligus mendapat pengiktirafan sebagai Pusat Badminton Terbesar di Malaysia oleh Malaysia Book Of Records. Kejayaan ini telah membawa kepada pembukaan akademi badminton kedua di Bandar Puteri Puchong dua tahun kemudiannya (namun terpaksa ditutup atas sebab tidak dapat dielakkan). .

Dan kini MBA meluaskan cawangannya dengan membuka cawangan yang terbaru iaitu di Port Dickson. Yang mana acara pembukaannya telah berlangsung pada 12 March 2016 baru-baru ini. .

Ucapan kata-kata aluan dari Mr Ks Lee, anak kepada pemilik MBA iaitu Mr Michael Lee. Untuk pengetahuan semua Encik Lee Kok Choong, Pengarah Urusan untuk Michael's Badminton Academy.

“At MBA, badminton is more than just a sport. We help people discover and improve. We help educate and inform. We watched as friendships develop and families bond. This is why is a one-stop badminton solutions provider which includes a full-fledge training academy and MBA tournaments always include special categories for families,” 

"As one of the pioneers in the badminton industry in Malaysia, MBA’s vision is to be the hub of private badminton training and solutions at the international level, to produce world-class players. “We have held over 10 major international tournaments over the years, hosting close to 10 thousand players from around the world. Our training academy has trained almost 35,000 students via our junior development programmes and provided free training for underprivileged children via our Hope for Change badminton charity programme.” 

Encik Lee Kok Choong, Pengarah Urusan MBA.

Ucapan dari Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Port Dickson, Dato' Abdul Khalid bin Mat. Antara kenyataan dari YDP yang suka saya nak kongsikan di sini ialah:-

"Moga pertandingan badminton yang dianjurkan oleh Michael's Badminton seperti ini, menjadikan Lukut Port Dickson sebagai tarikan kepada pelancong terutama pelancong dari negara-negara luar"

Selain daripada YDP, turut hadir dalam majlis perasmian MBA Port Dickson ialah Encik Ng Chin Chai, Setiausaha Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Encik Wu Jun Yan, President of the World Chinese Badminton Federation

Dan ini adalah Mr Michael Lee. Seorang lelaki yang mempunyai impian - untuk mewujudkan pusat badminton yang mana boleh membawa masyarakat bersama-sama  berkongsi cinta mereka terhadap sukan badminton.

Sepanjang acara pembukaan akademi terbaru dan juga perasmian kepada acara Michael's Badminton Academy Tournament 2016. Pihak MBA telah memberikan tanda penghargaan dan sumbangan kepada pihak tertentu sebagai salah satu tanggungjawab sosial akademi ini terhadap masyarakat setempat. Antaranya:-
Penghargaan kepada peserta-peserta badminton veteran dari dalam dan luar negara.

Sumbangan kepada Pertubuhan Kebajikan Kanak-kanak Yatim Miskin Wawasan Port Dickson sebanyak RM5,000.

Sumbangan kepada Tabung Yaypi Port Dickson sebanyak RM5,000.

Selain daripada menyediakan latihan badminton buat pelajar, di Michael'ss Badminton Academy juga terdapat kedai yang diberi nama Shops Pro yang menjual pelbagai peralatan badminton dengan harga yang sangat berpatutan.

Terdapat juga kemudahan asas lain seperti tandas buat lelaki dan perempuan dan banyak lagi.

Sepertimana yang kita ketahui serentak dengan acara pembukaan akademi MBA baru, telah berlangsungnya juga Kejohanan Badminton Antarabangsa MBA Kali ke-8 bermula dari 11 - 13 March 2016. Pertandingan badminton terbuka ini telah menarik minat penyertaaan seramai 450 peserta dari pelbagai negara termasuklah China, Laos, Taiwan, USA, Singapura,Thailand. Indonesia, Myanmar dan Malaysia sendiri,

Sebanyak 25 kategori telah dipertandingkan di kejohanan ini. Dan pemenang juga bakal menerima hadiah-hadiah menarik yang telah disediakan oleh pihak penganjur.

Hanya beberapa aksi perlawanan sempat saya rakamkan. dan tidak dinafikan rata-rata persembahan permain memang dasyat dan terbaik!

Kategori Men Doubles Open

Kategori Boy Doubles

Kategori Women Single Open

Kategori Man Single Open



Sedikit sedutan pertarungan semi final untuk Kategori Single Junior


Saya telah menyertai kategori Famili. Dan saya dan anak sempat bergambar sama dengan pasukan pihak lawan yang ternyata jauh lebih hebat dari saya. Hehe.

Antara aksi kami yang sempat dirakamkan.

Saya bersama Mr KS Lee bergambar kenangan.

Gambar pemenang-pemenang untuk semua kategori Kejohanan Badminton Antarabangsa MBA Kali ke-8. Untuk keputusan penuh boleh rujuk kepada pautan ini http://bit.ly/MBA8thJourneyDraw-V2

Secara keseluruhan, Malaysia mendahului dengan 11 pingat emas, diikuti oleh Indonesia dengan 5 pingat emas dan China, Taiwan dan Singapura masing-masing membawa pulang 3 pingat emas.

Apa yang pasti dengan falsafah Our Journey, pertandingan ini mencipta satu sejarah baru yang mana Michael's Badminton Academy secara konsistennya mampu menganjurkan secara berturut-turut setiap tahun acara pertandingan badminton peringkat antarabangsa yang melibatkan ramai peserta dari dalam dan luar negara. Sekaligus membuktikan permainan badminton ini adalah antara sukan yang digemari masyarakat dunia meliputi semua lapisan masyarakat tidak kira usia, bangsa dan jantina. Secara tidak langsung, dengan bersukan seperti badminton ini boleh merapatkan hubungan manusia melalui perasaan muhibah dan mengamalkan gaya hidup yang aktif dan sihat.

Keterangan lanjut mengenai MBA, boleh klik ada pautan di bawah:-


#mba101badminton
#michaelsbadmintonacademy
#mbatournament
#mbaportdickson
#badmintontournament
#badminton

REVIEW : Inns J Cafe

$
0
0
Ditubuhkan pada tahun 2014,  Inns J Cafe mula beroperasi dengan beberapa menu yang sesuai dengan selera masyarakat tempatan. Terletak di corner lot, No 1 Taman Lukut Indah, Lukut Port Dickson, kafe ini beroperasi bermula dari pukul 11 pagi sehingga 11 malam.

Apa yang istimewanya selain daripada hidangan kopi yang dihasilkan dari 3 campuran buah kopi terbaik, setiap hidangan yang disediakan adalah mengikut resepi dan sukatan yang tepat hasil perkongsian ilmu dari rakan pemilik chef ini yang merupakan seorang chef terkenal dari hotel 6 bintang. Untuk pengetahuan semua pada setiap 6 bulan menu juga akan ditukar mengikut populariti permintaan dan juga menu-manu baru yang ingin diperkenalkan kepada pengunjung mereka.

Saya juga tertarik dengan hiasan dalaman kedai. Dekorasi yang sangat simple tapi mempunyai sentuhan yang unik dan kemas.

Susunan perletakan meja dan kerusi teratur dan untuk satu-satu masa kafe ini boleh memuatkan sehingga 80 orang pengunjung.

Dekorasi klasik dan simple memenuhi setiap ruang kafe.

Di satu sudut pengunjung boleh duduk bersantai sambil membaca bahan-bahan santai yang terdapat di sini. Paling best sambil membaca kita menikmati secangkir kopi enak dari Inns J Cafe.

Uniknya di sini, terdapat ruang (dinding) yang mana pengunjung boleh bergambar. 
Seperti gaya My Akid...

Dan juga My Amani :=)

Variasi menu yang ditawarkan di sini. Daripada selera tempatan, masakan barat dan juga hidangan untuk minuman petang.

Antara menu yang kami telah cuba dan sangat rekomenkan kepada anda semua, seperti:-
Roasted Lamb with Black Pepper Sauce.
Saya paling suka rasa sos black peppernya dan juga mashed potato yang punyai keunikkan tersendiri. Daging juga dimasak sepenuhnya dan terasa lembut bila mengunyahnya didalam mulut.

Roasted Chicken with Black Pepper Sauce
Diet seimbang bagi mereka penggemar daging. Bahagian ayam yang terbaik dihidangkan.

Maryland Chicken with Rice
Ayam digoreng ranggup, dinikmati bersama nasi panas dan sos/kuah istimewa.

Fried Rice Special
Yang menjadi nasi goreng ini lebih kick adalah kerana perencah nasi goreng istimewa serta sambal yang disertakan sekali.


Udang Masak Petai with Rice
Saya sendiri yang mencuba hidangan ini. Rasa petai agak kuat, namun satu set yang sempurna apabila ianya digoreng bersama sayur kacang panjang dan petai.


Chicken Chop
Ranggup. Menu seperti ini sememangnya sangat digemari oleh kanak-kanak.

Bread with salmon
Hidangan berkhasiat dan mengenyangkan.

Mee Hoon Tomyam
Rasa masam-masam pedas. Dan paling best banyak seafood didalamnya.

Dessert : Bread with Ice-cream.
Sangat rekomen bagi mereka yang menikmatinya pada waktu petang ataupun 'supper'.



Untuk pilihan minuman sememangnya terdapat kepelbagaian pilihan, dari minuman panas, air buah, air sparkling dan banyak lagi.

Menikmati hidangan di sini dengan penuh teruja, 
Dekorasi cantik dan selesa,
Harga berpatutan penjimatan berganda,
Pilihan terbaik buat seisi keluarga.

Keterangan lanjut mengenai cafe, boleh layari https://www.facebook.com/InnsJCafe

Aplikasi Mudah Untuk Kita Yang Jenis Last Minute Rancang Untuk Pergi Melancong!

$
0
0


LMB (Last Minute Booking) merupakan satu aplikasi sehenti kembara mudah (one stop travel centre) yang dapat membantu mereka yang ingin bercuti.kembara atau secara kecemasan perlu berurusan ke luar negara  di mana sahaja pada bila-bila masa. Aplikasi di LMB membantu kita dalam menyelesaikan segala urusan menempah tiket penerbangan, memilih pakej pelancongan serta urusan berkaitan pelancongan. Semuanya muda dengan hanya satu KLIK sahaja. 

Oh ya, aplikasi ini boleh dimuat turin samada dari Google Play ataupun Apple App Store

Terdapat banyak pakej yang ditawarkan di dalam aplikasi LMB.

Antaranya seperti:-

1. Pakej dari Matta Fair


Kebetulan saya memang mencari pakej-pakej murah dah berbaloi untuk pergi bercuti ke negara-negara Asia. Saya memilih pakej Matta Fair. Tedapat banyak pakej yang ditawarkan dan semuanya pada harga yang sememangnya berpatutan. Contohnya ke Phuket untuk 3hari 2malam, harga pakej percutian hanyalah RM519.

2. Pakej Libur
Hanya klik pakej-pakej disenaraikan yang kita minati. Seterusnya aplikasi ini akan memberi info tentang pakej berserta dengan harga yang yang ditawarkan. Kebanyakan pakej yang ditawarkan memang sesuai untuk perjalanan kembara orang muslim. Sebab itulah kita akan lihat nama-nama pekaj ini semua mempunyai perkataan muslim :p

3. Pakej Segera

Pakej yang telah lengkap dengan tarikh bertolak, jenis penerbangan, tempoh perjalanan dan yang paling best siap dengan aturcara sepanjang percutian.

4. Carian Hotel dan Tiket Semuanya Di Hujung Jari.

Dengan aplikasi LMB kita juga boleh buat carian untuk tiket kapal terbang dan hotel. Hanya Taip sahaja informasi seperti yang diperlukan oleh aplikasi. Tidak sampai 1 minit, kita akan mendapat kuputusan dari carian yang dibuat.

Begitu juga kita nak buat carian tempat yang hendak dilawati. Kita hanya taip di ruang yang disediakan,
Dan...TADAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!
Kita akan dapat terus maklumat hotel yang direkomekan untuk kita menginap di tempat yang kita hendak kunjung. Mudah dan menarik bukan?

Untuk pertanyaan boleh hubungi di talian yang tertera di atas. Dan jika kita ingin walk-in, boleh rujuk ke alamat di atas mengikut masa waktu operasi syarikat yang tertera. Ataupun kita boleh layari  http://lastminutebooking.com.my/ untuk tempahan dan keterangan lanjut :)

Mudah, praktikal semuanya di hujung jari anda,
Dan kita boleh melancong bila-bila masa sahaja!


Kenalkan Menu Terbaru A&W | Áloha Chicken Berger

$
0
0
Ada berita baik untuk semua penggemar A&W. Kini A&W telah memperkenalkan promosi terbaru mereka iaitu ALOHA Chicken Berger.

Ianya didatangkan dalam Large Combo yang berharga RM12.99 ~chicken berger, air minuman dan juga jagung rebus, Ataupun dibeli secara Ala Carte dengan harga RM10.99. Jika kita nak dapatkan kentang goreng, bolehlah membuat penambahan sebanyak RM2.50.

Inilah rupanya ALOHA Chicken berger yang kini ada ditawarkan di A&W.

Rotinya berwarna hitam (setengah orang menggelarkan nama hidangan ini sebagai 'çharcoal berger'), di lapisi dengan hirisan nenas, daging ayam dan hirisan tomato di bawahnya.

Terdapat juga sayur salad  sebagai pelengkap kepada berger ALOHA ini.

Kesronokan menikmati hidangan A&W bersama ahli keluarga.

Yang mana setiap ahli keluarga saya ini mempunyai minat terhadap citarasa berger yang berbeza...

Dan saya memilih ALOHA Chicken Berger, kerana keunikkan gabungan nenas, tomato dan salad bersama berger ayam. Dilapisi pula dengan roti berwarna hitam yang begitu unik sekali. Citarasa tropika begitu enak pada setiap gigitan yang dinikmati.

Nak cuba promosi ALOHA Chicken Berger? Jomlah ke A&W yang berdekatan, ini kerana promosi hidangan ini adalah sehingga seminggu sebelum puasa 2016 :=)

Isu Kesilapan Tag Harga | Peniaga Perlu Mengikut Harga Tawaran Tertera Di Tag Atau Harga Sebenar.

$
0
0
Pernah tidak kita alami situasi ketika shopping. Sedang syok membelek barang, lepas itu kita semak pada harga di tag barngan tersebut. Dan yang membuat kit abertambah teruja ~Harga yang ditawarkan memang berbaloi untuk dibeli!


Kita terus akan rasa seronok gila...
Sebab dapat jumpa barang yang terbaik dengan harga yang mampu milik :)

Lepas itu, kita terus bawa barang tersebut ke kaunter. Dan nak buat pembayaran. Tapi, malangnya bila tiba di kaunter.

Cashier memberitahu kita yang harga tertulis di tag itu salah. Kemungkinan besar pekerja mereka tersilap meletakkan tag harga tersebut. 
Dan katakanlah harga di tag tertera RM45, tetapi hakikat sebenarnya harga barangan yang kita nak beli itu adalah RM115. Jadi cashier hanya akan menerima harga asal iaitu RM115.

Sebagai pembeli, boleh tak kalau kita pertikaikan harga sepatutnya yang dibayar. Ini kerana secara terang-terangan harga di tag jualan berbeza dan jauh lebih murah.

Kita bertegas nak bayar harga di tag.
Dan cashier bertegas hanya akan menerima pembelian untuk harga sebenar produk tersebut.

Persoalannya, bolehkah cashier menolak permintaan pembeli dan hanya menerima pembelian mengikut harga sebenar?

JAWAPAN : YA

ALASAN : Ini kerana harga di tag sebenarnya adalah merujuk kepada"TAWARAN (OFFER)", dan ianya diklasifikasikan sebagai "invitation to treat".

Jadi, sebagai pembeli kita akan membawa barang yang kita berminat setelah setuju dengan pilihan termasuk harga yang dinyatakan ke kaunter pembayaran. Secara tidak langsung tingkah laku kita itu sebenarnya untuk membuat tawaran pembelian mengikut harga yang dihendaki (seperti tertera di tag). Dan ianya terpulang kepada cashier untuk menerima atau menolak tawaran untuk membeli dari kita.

Untuk pengetahuan semua invitation to treat ini kita sebenarnya adalah"invitation to make an offer". Atau dengan kata lain jemputan untuk membuat tawaran. Terdapat banyak kes-kes sivil yang pernah dibicarakan di mahkamah berhubung dengan kes yang seperti ini. Antaranya seperti :-

Advertisements (Partridge v Crittenden) are usually invitations to treat.
In this case, Partridge published a newspaper ad stating he had birds available for sale. He was charged under the Protection of Birds Act 1954 for offering to sell protected species of birds. The High Court stated the ad was not an offer to sell but an invitation to treat.

Goods displayed in a shop (Fisher v Bell) is also another example of invitation to treat.
In this case, a shopkeeper displayed a flick knife on his shop window. He was charged with offering a dangerous weapon for sale. The court decided that the display was only an invitation to treat, and not an offer to sell.


Dua kes ini merupakan kes terkenal satu masa dulu dan perbicaraan ini menjadi rujukan dalam bidang kehakimana di negara kita dan negara-negara lain.  Dan ingatlah!

An invitation to treat can not be accepted since it is merely an invitation for you to make an offer!

Hmmm.
Banyak rupanya undang-undang yang kita tidak tahu sebagai seorang pembeli. Nampak macam mudah tapi sebenarnya penting untuk kita ambil tahu hak kita sebagai seorang pembeli dan apakah had-hadnya. Melalui perkongsian ilmu di ASK LEGAL, ianya sangat membantu untuk kita ketahui dari sudut undang-undang kesan akibat tingkah laku/respon kita terhadap sesuatu isu.


Agar kita tidak membuat tindakan terburu-buru dan melulu.
Sebarang permasalahan dan konflik dengan urusan harian, pertikaian dan sebagainya menerusi kaca jendela undang-undang. Mohon baca ASK LEGAL ya!

Kinder Wonderland @ Sunway Pyramid

$
0
0
 Hollla!!!!
Nak inform kat uollls semua, kalau berkesempatan jangan lupa terjah Kinder Wonderland di Sunway Piramid. 
Sedikit info acara :-

Tqrikh: 18 March 2016 - 20 March 2016
Masa: 10 pagi - 10 malam
Lokasi: LG2, Orange Concourse, Sunway Pyramid

 Terdapat pelbagai booth yyang menarik buat anak-anak kita bermain dan sertai. Contohnya di sini, saya dan anak mengambil gambar di photobooth dan kami diberikan sekeping gambar percuma untuk dibawa pulang :-)

Bertemu dan bergambar dengan maskot Kinder Bueno yang sangat comel!

Oh ya, sebelum kita nak main segala aktiviti di Kinder Wonderland, kita perlu daftar dulu kaunter pendaftaran untuk dapatkan cop kebenaran bermain. Pada yang mendaftar juga akan diberikan satu kad cabutan bertuah bagi meneka jumlah maskot Kinder Bueno dan berpulang memenangi hadiah yang menarik.

Terdapat 7 booth yang menarik.

1. Mencari bola misteri.

Menguji kesabaran kanak-kanak untuk mencari bola perak didalam timbunan bola yang banyak. Permainan ini sesuai untuk kanak-kanak 2 tahun ke atas, yang mana menguji pengenalan warna dan daya berfikir.

2. Beraktiviti mewarna dan membuat tiara cantik.
 Booth ini menjadi tumpuan kanak-kanak perempuan khasnya. Di mana mereka akan membuat tiara mengikut kreativiti sendiri menggunakan bahan yang telah disediakan. Selain itu, kanak-kanak juga boleh mewarna karektor kinder buenos mengikut warna yang mereka gemari.

3.  Laser Escape Challenge 

 Didalam bilik ini terdapat ala-ala garisan pintas yang mana ibubapa boleh membantu anak mereka melepas setiap halangan didalamnya. Cabaran yang menarik, boleh mengajak ibubapa  untuk lebih berkomunikasi dengan anak mereka.

4. Hammer Throw
Kanak-kanak perlu melemparkan hammer mengikut kawasan sasaran tertentu,

 Teliti dan fokus adalah penting dalam permainan ini :)

5. Escape The Dark Forest
 Taman nini kanak-kanak yang banyak halangan ditempuhi.

 Permainan ini mengajar anak-anak untuk berkeyakinan diri dan berdikari.

6. Royal Makeover
 Untuk kanak-kank perempuan mereka pasti sukakan booth ini. Disini kanak-kanak akan memilih untuk menata rias kuku ataupun memasang sticker (tatoo) yang boleh ditanggal.

 Dan my Amani telah memilih untuk mengecat kuku....Hahahah OMG!!
Janji dia gembira mak dier pun layan jer :p

7. Wall Tower!!!
Acara climbing ini memang menjadi kesukaan anak-anak lelaki saya. Sebab mereka memang jenis sukakan sukan lasak. Bila berpeluang menguji ketahanan fizikal dan mental dengan memanjat tembok tinggi ini. Saya memang beri green light.


Tidak padan dengan kecik my Afiq ni hehehe. Pantas macam lipas kudung memanjat. Apa yang saya perhatikan permainan ini mampu menguji daya juang seorang kanak-kanak untuk mencapai paling tertinggi (aim) apa yang die kehendaki dalam hidup.

 Lihat sahaja pada Akid, yang terpaksa mengharungi pelbagai cabaran tapi kesungguhan beliau untuk merealisasikan impian,misi tetap diteruskan. Sekaligus mengajar kanak-kanak untuk tidak berputus asa.

 Setiap impian, pasti ada cabaran. Kita kena hadapi dengan tenang dan sabar.

 Apa yang penting perlu menjadi berani dan percaya pada kebolehan diri. Nescaya, semua sifat-sifat yang baik mengiringi dan pasti segala kesukaran dapat diatasi seklaigus kita berjaya capai apa yang diingini.


Dan jangan lupa untuk isi kupun cabutan bertuah. Kira maskot Kinder Bueno,  masukkan butiran diri dan hantar di kotak yang disediakan. Seramai 3 pemenang di cari sepanjang 3 hari acara berlangsung. 

Tiada apa yang lebih gembira, 
bila dapat menghabiskan masa bersama,
dengan anak-anak tercinta,
melakukan aktiviti berfaedah yang banyak manfaatnya!

Jangan lupa ke  Kinder Wonderland @ Sunway Pyramid, kalau ada masa :p

Restoran Sushi King Yang ke 100

$
0
0
Saya dan rakan media telah dijemput untuk menghadiri pembukaan outlet Sushi King yang ke 100 bertempat di Aeon Mall Shah Alam. Di majlis pelancaran tersebut, Yang Berhormat Tan Sri Dato'Seri (Dr.) Fumihiko Konishi turut berkongsi perjalanan restoran Sushi King dan beliau juga ada menekankan tentang sijil HALAL yang bakal diperolehi oleh Sushi King.

Signifikan daripada pembukaan restoran ini juga, Yang Berhormat turut menyentuh tentang pengenalan budaya Jepun yang dibawa ke Malaysia, secara tidak langsung dapat mengukuhkan perhubungan diplomat yang telah dibina. Selain itu, penyediaan sushi dari Sushi King juga adalah dari hidupan yang segar dan bahan-bahan yang berkualiti terbaik.

Media juga telah dihiburkan dengan 2 persembahan tradisi dari Jepun iaitu persembahan gendang dan juga tarian yang unik masyarakat Jepun.

Perasmian outlet juga agak unik yang mana, acara 'Mochitsuki Ceremony' (Mochitsuki-merupakan cara tradisional membuat kuih mochi Jepun daripada tepung beras) telah diadakan. Ianya juga simbolik kepada acara yang membawa maksud ~satu permulaan.

Pihak Sushi King turut menyumbangkan sebanyak RM10,000 kepada pihak The Malaysian Red Crescent Society atas sumbangan penubuhan ini terutama ketika Malaysia memerlukannya di saat menghadapi waktu krisis 

Sushi King Aeon MAll shah Alam terletak di tingkat 1. Berdekatan dengan kedai serbaneka yang menjual pelbagai barangan dari Jepun.

Sepertimana di restoran Sushi King yang lain, kerusi dan meja disusun berdekatan dengan hidangan sushi di atas roller bergerak.

Keluasan restoran Sushi King di sini agak luas dan besar. Secara tidak langsung membei keselesaan pengunjung yang datang menikmati hidangan di sini.

Ruang dapur terbuka juga terletak di bahagian depan. Dan kita boleh melihat sendiri bagaimana penyediaan sushi secara LIVE dari meja makan.

Susun atur meja makan yang jelas kelihatan chopstick, pring kecil..

Green tea, signature teh di sini yang harus dicuba oleh pengunjung Sushi King..

Saya paling teruja untuk menikmati green tea panas. Namun bagi anak saya, beliau lebih gemarkan grean tea yang sejuk. So, pilihan adalah di tangan anda :)

Kicap istimewa untuk dinimati bersama sushi. Untuk rasa pedas, bolehlah tambah dengan wasabi.

Antara sushi yang menjadi kegemaran pengunjung Sushi King ~Norwegian Salmon!

Pilihan sushi meja saya :p

Saya sukakan hidangan ini. Ada telur ikan, sotong dan juga sepeti sayur bayam di bawahnya yang apabila kita gigit didalam mulut terasa sangat ranggup. Hidangan ini juga ada rasa masam-masam cuka. Sedap.

Salmon sashimi in da'house. My Anaqi favourite. Saya mampu makan 2 keping, my Anaqi telan semua, hiks.

Ala-ala gorengan tempura - sotong dan ketam.

Mochi kaya dan durian, kuih tradisi Jepun yang agak popular.

Saya paling teruja hidangan mochi perisa durian ini. Sedaaaaaaaaaaap giler!

Hanya terdapat di Sushi King Aeon Shah Alam ~Kushiage (disaluti dengan keranggupan diluar dimakan bersama sos ala teriyaki)

'Smiling Served Fresh'

Jom! Sushi King :)

Kini Pemilik BMW 218i Active Tourer Ditemui | Shop & Dine Fiesta Quill City Mall

$
0
0
Kini pemenang bagi Shop & Dine Fiesta Quill City Mall telah menemui pemilik 40 hadiah yang ditawarkan. Dan sejuta-juta tahniah buang Abang Zulkifli untuk memenangi BMW 218i Active Tourer!!

Dan tahniah juga buat 39 pemenang bertuah yang lain :)
Berikut adalah senarai pemenang bertuah top 10 :-

HP Laptop + Logitech Wireless Mouse: Chin Weng Chee
Sharp Air Purifier: Nurul Diyanah
Panasonic Washing Machine: Susan See
Holiday Package: Sabrina Albakri Abu Bakar
Sony 48” FHD LED TV +Samsung 3D Home Theatre System:  Anuar Hassan
On The 6th Vouchers: Noor Izaty Binti Abdul Rahim
Panasonic 600L Fridge + Joi11 Flip Tablet + Microsoft Wireless Mouse: Nor Hazirah Kan Bt. Hussin Kan
Aeon Cash Vouchers:  Lai Huey Ling
Samsung 55” Curve Smart LED TV+ Panasonic Home Theatre System: Wan B Thomas


Untuk pengetahuan semuan Peraduan  Shop & Dine Fiesta, telah berlangsung dari Oktober 2015 hingga 9 Mac 2016 bersempena dengan ulang tahun pertama Quill City Mall.

Mekanisme peraduan:-
1. Pelanggan perlu membelanjakan minimum RM150 dalam 1 atau 2 resit terkumpul.
2. Setiap peserta peraduan perlu mengambil gambar selfie atau wefie dihadapan gambar hadiah utama yang dipamer di ruang legar Quil City Mall.
3. Dan seterusnya kongsikan gambar tersebut di instagram Quill City Mall.

Dan 40 pemenang bertuah di cari :)



“As you can see, Quill City Mall, officially launched in January 2015 is a rich blend of shopping and dining in a wonderfully designed and exhilarating setting that enhances the pleasure of shopping, dining and urban living in Kuala Lumpur. The upscale yet accessible Quill City Mall, located in the heart of Kuala Lumpur, includes offerings that fit every lifestyle. This 8-level retail space has been designed to create a modern destination for people to meet, gather and socialise.” 

“We launched the Shop & Dine Fiesta in conjunction with the first anniversary of Quill City Mall, this was our way of saying thank you to our loyal patrons and partners.  We organised many online and offline activities around the contest including selfie contests and performances. The response to the Fiesta has been over whelming with thousands of customers participating in the contest and the selfie contests and attending the performances and activities. Given how successful the Fiesta was, we are already planning another exciting activity, so follow us on social media to know the latest”.

 Dato’ Michael Ong, Executive Director, Quill Group of Companies.


Tahniah Abang Zulkifli!!

Moga satu hari saya juga berpeluang memenangi kereta idaman 1 Malaysia ini, hihihi

Kempen Bersarapan Dengan Dutch Lady

$
0
0
Sarapan sememangnya penting. Walaupun kita sedia maklum tentang kepentingan dan kebaikan bersarapan, tapi masih ada segelingtir dari kita yang tidak mengambil sarapan. Saya sendiri adakalanya menolak mengambil sarapan. Mungkin juga tabiat hidup yang sekian lama tidak suka mengambil sarapan ataupun sebenarnya lebih kepada kekangan masa yang menyebabkan saya sukar untuk bersarapan.

Namun apabila saya telah mempunyai anak dan kini sudah ada 6 ramainya. Saya perlu bangkit dan memikirkan implikasinya jika mereka juga mempunyai tabiat seperti saya yang tidak suka bersarapan. 

Peluang untuk meghadiri ke acara yang dianjurkan oleh pihak Dutch Lady mengenai Kempen Bersarapan membuka minda sekaligus memberikan saya banyak ilmu tentang kebaikan, tips dan idea-idea sarapan yang boleh menarik anak-anak dan kita sendiri untuk menikmatinya setiap pagi.
Di acara Kempen Bersarapan Bersama Dutch Lady, majlis dibuka dengan kata-kata aluan dari Ms Jo-Ann Jayasiri, Pengurus Pemasaran Dutch Lady Milk Industries Malaysia.

Sesi diskusi dan perkongsian bersama Professor Dr. Poh Bee Koon dan Duta Dutch Lady Aaron Aziz dan isteri Diyana Halik.

Aaron dan Diyana banyak berkongsi tentang rutin sarapan yang diamalkan oleh mereka. Apa yang menarik Aaron mahupun Diyana sangat menekankan tentang peranan ibu bapa untuk menarik minat anak-anak untuk bersarapan sama. Ini kerana ibu bapa adalah model terbaik buat anak-anak.

Sedikit informasi yang sangat menarik perhatian saya oleh Professor Dr. Poh Bee Koon. Menurut Profesor pengambilan susu semasa sarapan sangat penting. Tapi sekiranya kita tidak suka susu, sebenarnya kita boleh dapatkan khasiat kalsium dari...

- 1 gelas air susu bersamaan dengan 2 gelas ikan bilis.
- 1 gelas air susu bersamaan dengan 2 keping keju.
- sayur bayam  tulang ikan, ikan bilis, tulang ayam dan banyak lagi. Tetapi semuanya perlu diambil dalam kuantiti yang banyak.

* Dan perlu tahu ya mereka yang tidak mengambil sarapan sebenarnya boleh menyebabkan obsesiti. (saya akan diskus pernyataan ini di entri yang berlainan)

Pelancaran Kempen Bersarapan Dengan Dutch Lady!!

Saya juga dapat mempelajari dari idea menu sarapan yang didemontsrasi khas oleh Aaron Aziz dan Diyana Halik.

Memang gamat suasana dewan melihat gelagat pasangan sweet ini. Hahahahaha.
Apa yang saya belajar, sebenarnya bukanlah perkara yang sukar untuk menyediakan sarapan. Janji kita kena rajin dan ada sedikit usaha untuk menyediakan sarapan setiap pagi.

Saya juga berpeluang mempelajari membuat smoothies yang enak menggunakan susu Dutch lady :)

Setelah puas menyaksikan demo dari Aaron dan Diyana, kini kami para media berpeluang untuk mencuba sendiri 2 menu tersebut.

Resepi pertama : Crepe Suzette

Ini adalah bahan yang diperlukan ~tepung gandum, susu, butter, telur dan hirisan oren (jika mahu)

Masukkan semua bahan. Bancuh.

Siap! Tak sampai 2 minit pun uolls. Mudah dan praktikal.

Kami juga berpeluang mencuba sendiri smotthies mengikut kesukaan kita.

Tapi kalau uolls takde idea macam mana nak buat smoothies. Ini adalah contoh smothies yang uolls boleh cuba ya!

Sedap dan jimat.

Tak sangka smoothies yang sedap ini boleh saya hasilkan sendiri. Jika selama ini saya suka dapatkannya di cafe terkemuka. Kini tidak perlu lagi :=)

Buat sendiri. mudah sahaja rupanya!
Jimat dan mengikut citarasa kita..


Best!

Jom bersarapan dengan Dutch Lady!

RU Tough Enough? The Battle of the Sexes Edition

$
0
0
Terkini Watsons Malaysia telah menganjurkan siri realiti  RU Tough Enough? Satu pertandingan yang menguji kehebatan antara lelaki dan perempuan bagi menghadapi cabaran berbentuk fizikal dan emosi. Ianya melalui kerjasama KIX HD (Astro Channel 729) dan Astro dan peraduan ini menawarkan hadiah utama sebanyak RM30, 000!

Dari kiri ke kanan: Keith Foo, R U Tough Enough? 2016 duta, Danny Hoh, Head of Marketing, Watsons Malaysia, Linora Low, R U Tough Enough? 2016 ambassador dan Shirley Yong, Director of Marketing of Celestial Tiger Entertainment.

“Watsons is not just about getting beautiful and healthy, but it is also more than that. Our
collaboration with this program is to continuously provide our customers innovation in activities 
that will improve their lifestyle as a whole. This is also Watsons continuous engagement with the 
Malaysian youths to empower them through exciting programs like this,”"
kata Danny Hoh, Ketua Pemasaran, Watsons Malaysia.



“In this year’s R U Tough Enough?, KIX HD and Astro are excited to go beyond the stereotype
that men are tougher than women with our very own battle of the sexes. We are sure that this 
will make for an enthralling competition, as we know that toughness isn’t limited to physical 
strength; it is also a test of mental endurance. And a big thank you to our sponsors especially 
Watsons and participating brands for supporting this program,”"
kata Shirley Cheong, Pengarah Pemasaran di Celestial Tiger Entertainment, Hong Kong.

Danny Hoh, Head of Marketing, Watsons Malaysia (tengah) bersama R U Tough Enough? Duta 2016 Keith Foo (kiri) dan Linora Low (kanan).

Pada majlis pelancaran, turut diperkenalkan duta untuk rancangan ini iaitu Linora Low (DJ dan fitness ethusiast) dan selebriti Malaysia nombor satu Keith Foo. Sesuai dengan konsep rancangan untuk tahun ini “Men versus Women”  kedua duta-duta ini akan berjuang dengan menggunakan hashtag #TeamLinora dan #TeamKeith  dan bersama-sama menyahut cabaran bagi menentukan pihak yang mana mampu mengatasi cabaran.

Fitness enthusiast Linora berkata,
 “Toughness for me is more than the appearance of being physically muscular and strong. It is about challenging the norms and benchmarks set by society and myself to redefine toughness for a woman.”

Bagi Keith pyla,
“Being tough is about setting my mind towards overcoming the challenges life throws at us on a daily basis. It is about keeping that positivity and optimism even when the going gets really tough.”

Danny Hoh, Head of Marketing, Watsons Malaysia (5 dari kanan), Foo Hwei Jiek, Senior Merchandise Manager,Watsons Malaysia (4 dari kiri) bersama wakil Jenama yang terlibat secaran langsung dalam rancangan R U Tough Enough? 2016 duta Keith Foo dan Linora Low.


Antara penaja lain yang turut serta adalah seperti  Clear, Garnier Men, Gatsby, Horley, L'Oreal Paris, Maybelline, Nivea Men dan Sunplay.

KIX Troopers KIX HD akan menjelajah beberapa kawasan tumpuan di Lembah Klang untuk mencabar individu bagi menunjukkan kekuatan mereka melalui satu siri ujian.

RU Tough Enough? The Battle of the Sexes Edition terbuka kepada semua penduduk Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas. Selain itu, unuk menyertai pertandingan ini peserta juga boleh mendaftar di www.KIX-TV.com/tough

Sepuluh individu terbaik akan dipilih untuk bersaing dalam pertarungan akhir bagi gelaran “Malaysia’s Toughest” dan  berpeluang memenangi hadiah utama dan hadiah-hadiah lain yang ditawarkan. 

RU Tough Enough? The Battle of the Sexes Edition dibawa kepada anda oleh Watsons, dengan tajaan bersama Fisherman Friends, Kumpulan Hospital KPJ, Astro, Sunway Pyramid, dan Celebrity Fitness.

Keterangan lanjut boleh layari;

Watsons Facebook

Watsons laman web rasmi 

Rekaan Long Prom Dress untuk Hijabista

$
0
0
Jika di luar negara, acara ‘prom night’ merupakan acara tahunan yang amat dinanti-nantikan oleh semua pelajar senior sekolah tinggi, di Malaysia pula acara yang sering dinanti-nantikan pula adalah majlis ‘annual dinner’. Secara amnya, majlis ‘prom night’ dan ‘annual dinner’ adalah majlis yang lebih kurang sama dan hanya terdapat beberapa perbezaan kecil. Dan biasanya perkara yang paling penting ketika ingin menghadiri majlis seumpama ini adalah pemilihan pakaian yang bersesuaian. Jika di negara barat, mereka banyak berhabis duit dan tenaga untuk mencari sepasang prom dress yang seksi dan menyerlah, di Malaysia pula lain ceritanya. Khususnya bagi para hijabista, rekaan long prom dress atau koleksi dress yang bersesuaian untuk digayakan ke majlis-majlis seumpama ini adalah seperti berikut;
 Lace Dress

Tampil ayu dan feminine dengan koleksi lace dress seperti berikut. Bukan sahaja sesuai digayakan ketika ingin ke majlis dinner tahunan, ia juga boleh anda gayakan ke majlis-majlis istimewa yang lain.

 Muslimah Dress

Selain lace dress, kini juga terdapat banyak rekaan Muslimah dress yang boleh anda gayakan dan bersesuaian dengan imej Muslimah anda.  Jika pandai memilih corak dress dan kesesuaian bentuk badan pasti menyerlahkan lagi penampilan.

 Jubah Moden

Bagi anda yang ingin tampil bergaya dan pada masa yang sama kekal sopan pula, tampil menyerlah dengan menggayakan koleksi jubah moden seperti berikut. 

Kaftan

Dan selain itu, anda juga boleh memakai kaftan sebagai alternatif yang cukup ideal. Ringkas dan praktikal bagi mereka yang suka bergaya sederhana.

Meraikan Detik Penuh Keceriaan dengan LEXUS dan Sharifah Aleya

$
0
0
LEXUS, biskut sandwic sayuran berkalsium dengan inti berkrim,menganjurkan bengkel ‘bento’ untuk ibu-ibu dan anak-anak. Tujuan bengkel ini diadakan adalah bertujuan mengajak ibu-ibu agar mereka dapat menjadikan setiap detik bersama anak-anak suatu memori yang indah. Bengkel yang menyeronokkan ini telah dihoskan oleh selebriti dan personaliti tempatan, Sharifah Aleya yang juga ditemani oleh anak kembar beliau.

Dengan semakin ramai ibu-ibu yang bekerja di Malaysia, ibu-ibu ini juga tidak lepas untuk mencari imbangan antara kerjaya dan keluarga dan ini adalah satu cabaran yang besar  kepada kebanyakan mereka. Melalui kempen Detik Penuh Keceriaan (DPK), LEXUS, biskut sandwic yang paling laris jenamaMunchy’s berhasrat untuk memperkasakan ibu-ibu dengan mencipta kreativiti mereka dengan mentransformasikan rutin harian dengan anak-anak kepada sesuatu yang istimewa dan bermakna.

“Di LEXUS, kami percaya bahawa waktu yang berkualiti dihabiskan dengan anak-anak adalah waktu yang bermakna. Oleh yang demikian kempen Detik Penuh Keceriaan LEXUS menekankan masa-masa terhad ibu-ibu dengan anak-anak mereka adalah waktu paling berharga berbanding perkara-perkara lain di dunia ini,” 

 “Ia bukan mengenai benda-benda yang besar dan mahal, tetapi kenangan-kenagan yang kecil seperti menyediakan bekal makan tengah hari atau berkongsi biskut sandwic yang lebih diutamakan. LEXUS menghargai momen-momen begini kerana kami percaya bahawa kasih sayang ketika zaman kanak-kanak bakal membentuk peribadi anak-anak pada masa"

Imun Lim, Pengurus Besar Pemasaran Munchworld Marketing Sdn Bhd.

Detik Penuh Keceriaan LEXUS bakal berlangsung selama empat bulan, dan menerusi dari kempen ini, jenama ini akan menganjurkan bengkel dan demonstrasi ‘bento’ di kedai-kedai terpilih. Sila rujuk FB Munchy's

Bengkel Ceria Bento dengan LEXUS dan ALEYA 
Untuk memulakan kempen bengkel ‘bento’ tersebut, LEXUS bekerjasama dengan personaliti radio dan hos terkenal Sharifah Aleya, telah menganjurkan bengkel ‘bento’ pertama Detik Penuh Keceriaa. Bengkel ini dilengkapi dengan aktiviti pembelajaran dan permainan,yang mana ibu-ibu dan anak-anak ditugaskan untuk menyiapkan bekal makan tengah hari iaitu ‘bento’ bersama-sama.

“Saya amat gembira menjadi sebahagian daripada inisiatif LEXUS yang memperkasa ibu-ibu, seperti saya untuk menghargai setiap detik atau momen dalam rutin harian dengan anak-anak kita. Pada saya, apa yang penting dalam sehari adalah apabila saya bersama anak-anak saya. Kami sebagai ibu, bekerja keras untuk memberikan yang terbaik kepada mereka, tetapi kita juga perlu ingat anak-anak ini membesar dengan cepat dan kita perlu berusaha untuk memperlahankan perkembangan itu dengan mencipta memori yang bermakna. Membuat bekal makanan ‘bento’ ini menjadi aktiviti yang menyeronokkan dengan anak-anak saya,” 

kata Aleya, yang mempunyai ramai pengikut instagram yang mengikuti perkembangan anak kembar beliau.

Aleya menambah, beliau kebiasaannya mendapat inspirasi dari laman web berkaitan ibu-ibu atau forum, dan beliau teruja untuk berkongsi buku resipi ‘bento’ yang disediakan oleh LEXUS untuk memberi inspirasi kepada ibu-ibu Malaysia mencipta memori bermakna bersama-sama. 


Oh ya! saya juga telah mencuba membuat bento bersama Sharifah Aleya. Dan ini adalah bahan-bahan yang disediakan untuk kami pada media untuk mencubanya.

Paling penting, perlu ada bekas makanan ini ya!

Masing-masing yang begitu teruja untuk mencuba membuat bento bersama anak-anak kesayanan.
Atas bantuan Aleya juga, saya akhirnya tahu bagaiman hendak menggunakan bekas bento tersebut :p

Muka excited sangat, kerana berjaya menghasilkan muka beruang, hehehehe.

Bak kata Sharifah Aleya,"kena buat dengan penuh kasih-sayang"....

Kerana setiap bekalan bento buat anak merupakan cara kita luahkan rasa sayang buat anak yang dicintai.
Tadaaaaaaaaaaaaaaaa!!!
Comel tak????

Di akhir acara, pihak LEXUS telah memilih 3 pemenang ibu bersama anak yang mempunyai bento dan slogan palingmenarik.

Peraduan LEXUS Detik Penuh Keceriaan 
Dengan sambutan Hari Ibu semakin hampir, LEXUS berhasrat untuk menyambut dan memberi ganjaran kepada ibu-ibu dengan pelancaran #LEXUSDPK, iaitu peraduan online yang memberikan peluang kepada ibu-ibu memenangi percutian keluarga ke Tanjung Rhu Resort di Langkawi selama 3H2M. 

Ibu-ibu digalakkan untuk memuat naik imej bekal makanan yang dicipta dan WAJIB sertakan biskut LEXUS dengan menggunakan hashtag #LexusDPK dan berpeluang memenangi hadiah menarik bersempena denganSambutan Hari Ibu nanti. Dapatkan maklumat lanjut di facebook.com/munchys.

Bersempena dengan kempen ini juga, LEXUS melancarkan Choco Coated Chocolate saiz 400gm baharu yang memberikan lebih nilai. Dan juga promosi yang mana pembeli biskut LEXUS boleh mendapatkan Buku resipi LEXUS dan bekal makanan LEXUS  secara percuma dengan setiap pembelian LEXUS 456 / 400gm di kedai-kedai terpilih ( sementara stok masih ada). 

Dengan harapan ibu-ibu mampu mencipta memori di rumah dengan anak-anak mereka dengan menggunakan idea-idea dari buku resipi dan bekal makanan tersebut.

LEXUS boleh didapati dalam lima perisa yang berbeza termasuk coklat, mentega kacang, keju, sayuran dan krim bersalut coklat. Ia terdapat dalam tiga saiz yang berbeza iaitu, 456 / 400 gm (pek nilai) berharga RM8.75; gm (pek perkongsian) berharga RM5.04 dan 57 gm (pek individu), berharga RM1.23. Semua harga dinyatakan adalah termasuk GST.

Jom berBENTO bersama LEXUS!
Viewing all 2935 articles
Browse latest View live