Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all 2935 articles
Browse latest View live

Azanis Scar Serum Solusi Untuk Wajah Mulus dan Berseri Bak Puteri

$
0
0
Azanis Scar Serum , bunyi cam familiar jaer kan. Memang iya pun kengkawan…


Produk Azanis Scar Serum agak popular terutama di kalangan pengguna lama social Facebook. Ramai dah orang berkongsi tentang kesan menakjubkan selepas menggunakan produk ini. Tidak kisahlah jenis parut kecil atau besar mungkin didapati dari kesan kemalangan, bekas jerawat dan sebagainya.

SOLUSINYA?

Mereka tetap mencari Azanis Scar Serum  :=)

Saya pun gigih mencari info kenapa produk Azanis Scar Serum  ini yang sentiasa menjadi pilihan dan buruan masyarakat Malaysia hari ni. Menerusi pembacaan dan perkongsian dari testimoni mereka yang pernah menggunakan produk ini. Kini saya telahpun mendapat jawapannya.

“Produk Azanis Scar Serum kini telah perbaharui formulasniya”

Di mana produk Azanis Scar Serum  kini diperbaharui dengan Vita-Cocoa Booster Formula. Uniknya tentang Vita-Cocoa Booster Formula ini  kerana ianya menggabungkan Vitamin E dan Cocoa Butter. Jika dulu produk Azanis Scar Serum  hanya mempunyai vitamin E sahaja, kini produk ini diperkaya dengan khasiat Cocoa Butter.

Untuk pengetahuan semua 100% vitamin E dari produk ini  (d-alpha tocopherol) adalah dirumus dari soya. Yang mana vitamin semulajadi “D-alpha Tocopherol”sebenarnya mengandungi 50% lebih anti-oksidan dan ianya juga mempunyai daya serapan yang baik.

Dan kita juga sudah sedia maklum, Cocoa Butter ni memang popular dalam perawatan kulit. Terutama masalah kulit yang melibatkan kesan parut. Ini kerana khasiat Cocoa Butter yang mudah diserap ke lapisan epidermis dan dermis, dan boleh menghasilkan satu lapisan kelembapan dan minyak khusus melindungi kulit dari penyebabnya menjadi rosak (cuaca panas dan sebagainya)
Penggunaannya juga agak mudah dengan menggunakan sedikit sahaja Azanis Scar Serum , letak pada tangan dan sapu pada permukaan parut. Lebih efektif gunakannya setiap pagi dan malam, seharusnya perlu diguna sekerap yang mungkin. 


Bagi parut seperti cacar air/chicken pox atau kesan terbakar. Kita perlu tunggu sehingga kesan luka itu benar-benar telah kering sebelum mula menggunakan 
Azanis Scar Serum . Dan parut pembedahan pula, pastikan luka benar-benar sembuh dan benang jahitan telah dikeluarkan sebelum menggunakan Azanis Scar Serum .

"Kualiti produk dipertingkatkan. Namun harga dikekalkan"

Hanya RM60 sahaja, memang terbaik! Jadi tidak hairanlah, kenapa produk Azanis Scar Serum menjadi pilihan masyarakat Malaysia.

Keterangan lanjut boleh layari :-


#AzanisScarSerum 
#DHNBlogger

Medan Ikan Bakar Majlis Perbandaran Port Dickson

$
0
0
Salah satu alternatif untuk merasai hidangan seafood pada harga berpatutan apabila berada di Port Dickson adalag MEDAN IKAN BAKAR MAJLIS PERBANDARAN PD. Ianya terletak berhampiran dengan loji SHELL dan kawasan ini berhampiran juga dengan kawasan bandar.

Apa yang menarik di kawasan medan ini, terdapat banyak restoran ikan bakar yang boleh kita pilih untuk mencuba masakannya. Jika dibuat perbandingan harga, saya rasa harga yang ditawarkan adalah sama. Di medan ikan bakar ini juga menyediakan beberapa kemudahan, antaranya seperti surau untuk lelaki dan wanita dan juga tandas awam lelaki dan wanita (bayaran masuk yang dikenakan adalah 50 sen).

Saya memilih untuk mencuba masakan seafood di restoran ini, yang mana lokasinya adalah restoran pertama dari pintu utama sebelah kanan.

Dan ini adalah senarai harga hidupan laut yang ditawarkan mengikut timbangan. Harga yang ditawarkan adalah termasuk dengan kos hidangan yang kita mahukan.

Kita dapat lihat sendiri, kesegaran hidupan laut di sini yang ditawarkan kepada pelanggan-pelanggan medan ikan bakar ini,
Pelbagai jenis ikan dan saiz yang ditawarkan.

Sotong!!!

Ikan pari..

Udang sederhana besar :)

Antara masakan yang siap dimasak. Sayur kailan ikan masing, telur dadar 3 biji dan sotong goreng tepung.

Close Up: Sotong Goreng Tepung.
Komen saya : Sedap tapi saya pernah makan lagi sedap. Tapi untuk hidangan sotong goreng tepung di kedai ini, cukup rasa dan keranggupaannya memang ketara,
4 dari 5 bintang!


Ikan Siakap Masa 3 Rasa.
Komen saya : Biasa sahaja. Ikan tidak terlalu garing. Kuah 3 rasa buat biasa sahaja, tidak ada yang menarik. Cuma untuk hidangan ini saya rasakan harga yang ditawarkan adalah agak murah.
2 dari 5 bintang!

Ikan pari bakar
Komen saya : Sedap. Sebab sambal ikan bakar tu memang ngam dengan ikan pari! Yang ini rasanya saya boleh repeat cub alagi kalau ada rezeki datang makan kat sini lagi.
4 dari 5 bintang!

Muka kanak-kanak ribena perisa lemon yang hepi semacam kan..

Total makanan dan minuman untukk 8 beranak : RM96

Ini termasuklah 8 nasi lemak dan 2 pinggan nasi putih (setiap satu berharga RM1.50). Dan juga 2 jug air ~i jug air teh O'ais limau dan 1 jug ais kosong.

KESIMPULAN: Boleh repeat datang balik makan kat medan ni, cuma lain kali rasanya nak cuba kedai yang lain pula :=)

Enchanteur Memberi Transformasi Hari Biasa Menjadi Detik Istimewa Yang Tiada Penghujungnya

$
0
0
Pernahkah kita jumpa orang yang penampilan sungguh bergaya, tetapi bila didekati ada bauan yang tidak disenangi. 

Bau masam..
Bau tengik..

Secara tidak langsung bau ini sebenarnya menjejaskan penampilan seseorang itu bukan?. Dari kelihatan menarik terus personalitinya jatuh dek kerana punyai bau badan yang kurang menyenangkan.

Untuk pengetahuan uolls, di antara deria manusia, deria bau adalah yang pertama untuk memberikan tindak balas terhadap persekitaran dan merupakan yang paling kuat serta sensitif. Menurut mirror.co.uk, manusia boleh mengingati dan mengenalpasti kembali sesuatu bau dengan 65% ketepatan walaupun selepas setahun manakala tahap memori visual mereka pula hanya sekitar 50% ketepatan selepas 3 bulan sahaja. Dalam kehidupan seharian yang sibuk dengan pelbagai cabaran dan serba digital ini, wangian dapat membantu seseorang individu menonjolkan diri dan mendapatkan perhatian.

Diinspirasikan daripada keindahan Kota Cinta Paris, wangian ENCHANTEUR Paris dicipta khasbuat setiap wanita muda, romantisdan elegan. Dihasilkan daripada seleksi wangian inspirasi Perancis yang terbaik, ENCHANTEUR Paris akan memberikan transformasi kepada hari biasa agar dipenuhi detik istimewa yang tiada penghujungnya. Wangian ini adalah kombinasi sempurna pesona romantis flora dan buah-buahan manis yang membangkitkan semangat, mencetuskeyakinan diri serta merealisasikan mimpi seseorang wanita.

Sejakwangian mula ditemui, ianya digunakan setiap hari dan bukan hanya pada situasiistimewa sahaja. Wangian juga sebahagian daripada elemen penting di dalam rejim harian kecantikan diri kita. Ia bukan sahaja melengkapkan pakaian yang digayakan atau solekan.



ENCHANTEUR Paris Eau De Toilette kini hadir dengan wajah baharu yang menarik dilangkapi dengan kombinasi haruman tersendiri yang pasti memikat. Botol kaca yang anggun terkenal dengan penutup signatur berbentuk reben ini kini dipamerkan di dalam sebuah kotak yang cantik dan menampilkan illustrasi gadis berbeza bagi melambangkan haruman memikat Mon Amie, Belle Amour, Adore dan Magique. Berlatarbelakangkan keindahan panorama kota Paris dengan Menara Eiffel yang ikonik, sekaligus menghidupkan gaya hidup dan pesona wanita bergaya.



Wangian yang memberikan sentuhan sofistikated Perancis ini, boleh didapati dalam 4 jenis varian:


ENCHANTEUR PARIS Magique Eau De Toilette (Edisi Terhad)

Nikmati pengalaman romantis kisah fantasi yang hanya dapat dicipta oleh ENCHANTEUR Paris Magique! Tidak kira untuk pergi bersiar-siar, temujanji di taman tema mahupun mencuba sesuatu yang baru dan menyeronokkan bersama-sama, wangian dengan campuran epal, magnolia dan praline yang istimewa ini dapat memikat si dia untuk sentiasa terpesona dengan personaliti anda. Wangian ini amat sesuai untuk si gadis dalam cinta yang mekar.


Sejak setahun yang lalu, ENCHANTEUR telah bekerja rapat bersama pakar wangian dari Perancis untuk menghasilkan wangian Edisi Terhad daripada ENCHANTEUR Paris – Magique yang direka berdasarkan trend wangian antarabangsa dengan kombinasi haruman flora, bun yang dikenakan malah turut memberi ruang untuk mengekspresi personaliti diri si pemakai. Wangian melengkapkan penampilan setiap wanita dengan sentuhan elegan dan menambahkan aura keyakinan diri mereka.

Buah-buahan dan Gourmand bagi merangsangkan deria para wanita moden dan pasangan mereka. Wangian edisi terhad ini amat sesuai dijadikan sebagai koleksi atau sebagai bingkisan istimewa buat insan tercinta. Ia boleh didapati dipasaran sementara stok masih ada.




ENCHANTEUR PARIS Mon Amie Eau De Toilette

Mon Amie diinspirasikan daripada keakraban persahabatan wanita yang berkongsi isi hati dan detik istimewa bersama. Wangian ini dicipta dengankombinasi Oren Lemon sitrus segar bersama Bergamot, epal merah, jambangan peony merah jambu, kuntuman segar bunga ros dan magnolia putih. Kombinasi haruman seleksi nota buah buahan ini pasti mengukir senyuman manis seranum rasanya dan menceriakan hari anda. Haruman ringan ini amat sesuai untuk aktiviti kasual bersama sahabat anda.


 ENCHANTEUR PARIS Belle Amour Eau De Toilette 

Menambah keindahan hubungan asmara yang membuat hati anda berdebar dan perasaan gementar. Haruman yang dicipta dengan penuh kelembutan daripada bauan epal tembikai, dilapisi bersama blackcurrant segar sebagai nota atas, disemarakkan dengan kelopak-kelopak mekar bunga ros Paris merah jambu yang menawan deria anda. Wangian ini mewakili kemekaran cinta dan asmara. Haruman menawan yang dipakai istimewa untuk cinta hati anda.



ENCHANTEUR PARIS Adore Eau De Toilette

Adore adalah wangian unik dengan seleksi nota haruman tersendiri yang pasti menyerlahkan aura penuh keyakinan umpama seorang selebiriti. Serlahkan pesona dengan seleksi nota jambangan segar bunga melati liar, semalu merah jambu serta kemewahan nota buah laici, mempelam, buah delima dan pir emas. Haruman yang menawan ini akan memberikan daya tarikan dan keyakinan kapada anda untuk memikat hati si dia sama seperti temujanji pertama anda dan pasangan. Haruman sensasi untuk temujanji malam yang romantis.

Pada sesi pengenalan produk Enchanteur, saya juga mempelajari bagaimana memilih wangian yang sesuai dengan cara kita berpakaian. Ini kerana jika kita menggayakan satu fesyen tertentu, dan memilih menggunakan haruman yang kena dengan personaliti kita pada hari tersebut, ianya sangat membantu menaikkan aura pesoana diri.

Menurut Ms Josephine Lui (President of  the Association of Image Consultants International-Malaysia) untuk produk Enchanteur, adalah digalakkan kita menggunakannya (menyembur) 15 minit sebelum kita keluar untuk melakuakn aktiviti. Ini bagi memastikan kita sudahpun berkeadaan sedia, dan haruman akan kekal lebih lama.

Banyak yang saya pelajari dari Ms Josephine Lui, dan saya paling terkesan personaliti pakaian yang digambarkan seperti di bawah. Ini mungkin ianya sangat rapat dan berkait dengan diri saya.
Ok, saya memang suka berDRAMA! Hahahahahah.
Kadang2, perkara kecil pun say aboleh jadikannya ianya satu isu yang besar. So drama queen, kihkih. Dan saya juga perasan, jenis penampilan saya juga adakalanya seperti ini. Lorekan, corak yang ekstrem pelik tapi pada pandangan mata tetap cantik.

Saya juga sukakan corak dan paten yang garang. Seperti corak kulit leapord, antara yang cantik bagi saya. Ms Josephine Lui juga menasihatkan agar tidak menggayakan fesyen ala kulit haiwan yang tidak mengunnakan warna asal binatang tersebut. Contohnya fesyen leapord tapi menggunakan warna pink, dan kuning. Sebab ianya akan kelihatan pelik.

So, jenis wangian Enchanteur yang sesuai dengan fesyen jenis ini adalah Paris Adore!!


Untk gaya ala-ala vintage, skirt potongan pensel lurus ataupun jenis memakai aksesori yang menonjol. Ini adalah gaya Whinsical, jadi haruman yang sesuai adalah Paris Magique!

Selain daripada perfum, Enchanteur juga ada mengeluarkan produk losyen wangian mengikut edisi varian yang dikeluarkan.

ENCHANTEUR PARIS Eau De Toilette pasti menyerlahkan kecantikan, kelembutan dan keayuan tersendiri bagi setiap wanita. 

Wangian ENCHANTEUR PARIS Eau De Toilette dipasarkan pada harga RM28.20 (termasuk 6% GST) untuk botol 50ml dan boleh didapati di semua pasaraya utama, pasaraya hyper dan farmasi. Untuk maklumat lanjut mengenai ENCHANTEUR, sila layari www.enchanteur.com.my atau layari laman Facebook rasmi ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY .

REVIEW : Restoran Asam Pedas dan Ikan Bakar di Port Dickson

$
0
0
Bila sebut tentang Port Dickson, semua akan membayangkan pantai dan juga tempat makan ikan bakar. Ini kerana kawasan pantai adalah kawasan tumpuan bagi mereka yang ingin menikmati keenakan rasa hidupan laut dengan variasi cara masakan yang diminati.

Ketika saya dan keluarga ke Port Dickson bersempena dengan MBA (perlawanan badminton baru-baru ini). Kami sempat mencuba di beberapa lokasi restoran yang menawarkan ikan bakar didalam menu hidangan mereka.

Dan restoran Ikan Bakar & Asam Pedas ini direkomenkan oleh PR Samantha untuk kami mencubanya. Beliau yang berasal dari Port Dickson mengakui restoran ini agak popular di kalangan penduduk tempatan PD dan juga pengunjung-pengunjung luar yang datang bercuti ke sini.

Untuk pengetahuan uolls, restoran ini terletak di tepi jalan (bedekatan dengan sekolah antarabangsa) ke arah Telok Kemang. Kiranya kalau dari hotel tempat menginap kami iaitu Water Front mengambil masa tidak sampai 10 minit pun.

Yang menariknya restoran ini terletak di atas kawasan tanah yang tinggi (so bila kita lalu pasti akan perasan kewujudan kedai ini) dan ianya agak luas. Jika kita datang ramai berbiji2 kereta tak mejadi masalah yer. Parking dan tempat makan pun luas.

Yang makin bertambah menarik, di restoran ini juga menyediakan tayangan filem menerusi skrin putih. So, boleh menikmati hidangan sambil berlibur dengan menonton filem bersama-sama dengan keluarga dan rakan kita.

Apa yang menarik di restoran ini specialty masakannya bukan hanya ikan bakar semata bahkan ianya juga cukup popular dengan masakan asam pedas. 

Ini adalah harga bahan mentah dan ianya sudah dikira sekali dengan caj masakan. Perbandingan dengan harga ikan bakar dalam entri ini, di sini agak mahal sikit. Sikit jer, tak jauh mana pun :p

Selain daripada hidangan yang dijual secara ala-carte, terdapat juga hidanganyang dijual dalam bentuk set. So, kita ada pilihan samada nak pilih hidangan set (mengikut jumlah yang dikehendaki) atau pemilihan lauk ala-carte (citarasa yang kita mahukan).

Apa yang suka tentang hidupan lauk di sini ~ kesegarannya!!!!
Saya siap belek, pilih-pilih dan bau.
Memang terbaik!

Ada juga sate. Harga adalah standard dalam 70 sen dan 80 sen secucuk. Dan ada juga kambing bakar ya! Tapi kebetulan pada hari kami datang, tiada pula kambing bakar ditawarkan.

Antara hidangan yang telah kami order :-
Telur dadar, sayur kailan goreng ikan masin dan ikan kembung bakar.
Saya rasa, ikan bakar dier ok jer. Sedap juga cuma tak ada lah istilah terlalu sedap yang membuatkan kita nak repeat order balik. Ok, ikan bakar ni kitaorang makan bersama kicap pedas dan juga  air asam.

Hidangan win di hati saya dan ahli keluarga lain. Sedap woooooh!! Asam pedas ikan pari yang dimasak oleh tukang masak ini. Cukup rasa dan saya boleh hirup kuah asam pedas ini macam tu jer.

Kalau hidangan asam pedas tadi win, yang ini paling win. First, impression bila lauk ni dah siap memang nampak dah sedap. Kuah 3 rasanya yang memang sedap giler bersama keranggupan ikan siakapnya memang ketara. Anak saya Anaqi siap meratah sampai ke tulang.

Ok jumlah yang di bayar hanyalah RM96 (ada ralat dengan entri yang lepas ya harap maklum, terkompius kejap, hahah). Harga ini termasuk 8 nasi putih dan 2 jug air (air kosong dan teh o' ais limau). Tapi kenapa saya rasakan restoran kat sini sedikit agak mahal jika dibandingkan dengan harga ikan bakar di medan PD. Sebabnya kita boleh bandingkan harga dalam gram yang ditawarkan. Dan kami makan sikit jer kat sini berbanding dengan lauk (saiz ikan yang besar) di medan ikan bakar.

Tapi, saya lebih suka di restoran ini sebab keenakan masakannya jauh lebih sedap dari kedai di medan yang saya telah cuba.

Rasa nak repaat balik datang pekena ada pedas dan juga ikan masak tiga rasa itu :=)

Pembukaan AEON Mall Shah Alam | Sedikit Pandangan Dari Saya

$
0
0
DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj pada hari ini telah mencemar duli bagi merasmikan AEON Mall Shah Alam yang merupakan pusat membeli-belah ke-25 dan cawangan yang ke-31 di Malaysia.



Menawarkan pengalaman yang lebih daripada sekadar membeli-belah, AEON Mall Shah ALam berdiri megah dengan ciri-ciri seni binaannya yang pasti menimbulkan perasaan untuk bergambar dengan mercu ini.  Rekaan mercu terkini di Shah Alam ini adalah hasil inspirasi mercu tanda terkemuka komuniti setempat, iaitu Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz. Apa yang menarik tentang seni rekaan dalaman bangunan ini adalah gabungan konsep seni bina Islam dan Jepun, konsep unik empat musim yang diilhamkan daripada musim-musim yang ada di Jepun iaitu musim panas (natsu), musim luruh (aki), musim sejuk (fuyu) dan musim bunga (haru).

Dato’ Abdullah Mohd Yusof, Pengerusi AEON CO. (M) BHD dalam ucapannya tentang AEON Mall Shah Alam berkata, “Di AEON, kami mempunyai matlamat untuk menjadi bukan sekadar tempat untuk membeli-belah. Sejajar dengan kempen ‘Do Mall’ yang telah dilancarkan pada tahun lalu, kami berhasrat untuk meningkatkan pengalaman pelanggan kami dan ia tertumpu kepada 5 tunjang utama iaitu ‘Do Yummy, Do Style, Do Together, Do Exciting dan Do Fun. Setiapnya menawarkan hanya yang terbaik daripada segi makanan, fesyen, aktiviti komuniti, pengalaman membeli-belah dan hiburan. Kami ingin menjadikan AEON Mall Shah Alam sebagai pusat membeli-belah gaya hidup bagi 650,000 warga Shah Alam.”

Bagi memenuhi matlamat ‘Do Mall’, “Pusat Membeli-Belah Destinasi Budaya” seluas 1.5 juta kaki persegi ini menawarkan sejumlah 160 jenis perniagaan dengan jenama-jenama antarabangsa seperti H&M, Uniqlo dan cawangan kedua Index Living Mall di Malaysia. Bercakap tentang makanan pula, pengunjung mempunyai pilihan yang pelbagai di kawasan Gourmet Table atau medan selera, di mana terdapat pelbagai jenis hidangan termasuklah sajian antarabangsa dan bakeri.
Kemudahan pengunjung turut diutamakan dengan perkhidmatan lokar simpanan sejuk percuma di mana pengunjung kini boleh terus meluangkan masa di pusat membeli-belah tanpa perlu risau tentang brangan sejuk beku yang telah dibeli.

Kemudahan lain termasuklah 2,500 ruang parker, lokar troli membeli-belah, bilik solat untuk pengunjung Islam, tandas khas untuk kanak-kanak dan juga “Kidzoona” Fantasy Train yang pasti menjadi tarikan pengunjung kanak-kanak.

Didorong oleh falsafah “Mengutamakan Pelanggan”, kami sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan terbaik agar pelanggan mendapat pengalaman yang menyenangkan. Menurut YBhg Dato’ Abdullah, AEON telah memastikan bahawa setiap kaki tangan peniaga menjalani latihan dalaman yang ketat untuk meningkatkan kemahiran mereka.

Sempena pembukaannya, AEON Mall Shah Alam telah menganjurkan aktiviti-aktiviti kebudayaan Jepun dan tempatan sehingga 10 April ini. Pengunjung boleh menantikan pertunjukan dram Waidako, kimono, ‘cosplay’ Jepun dan demonstrasi pembuatan anak patung Jepun. Sepanjang tempoh ini, pengunjung juga berpeluang untuk menikmati promosi daripada peniaga-peniaga di sini.

*******************
Review personal dari saya tentang Aeon Mall ini...

Saya menjadi warga Shah Alam sejak 3 tahun yang lepas. Jika sebelum ini, sekiranya saya mahu berbelanja di AEON, saya akan terjah cawangan AEON di Bukit Raja, Sunway Piramid atau One Utama, Namun bila sudah ada AEON Mall di Shah Alam sendiri, menjadikan saya antara warga Shah Alam yang begitu teruja dan gembira. Ini kerana saya memang pembeli tegar Aeon :)


Terletak berdekatan dengan Tesco Extra dan Stadium Shah Alam, sememangnya kedudukan AEON Mall agak strategik di Bandar Shah Alam. Bagi mereka yang bukan dari Shah Alam, Federal Highway dan NKVE antara akses yang digunakan untuk ke AEON Mall ini.

Apa yang menarik tentang AEON Mall ialah keluasannya (sangat luas). Samada premis didalam mahupun parking di luar. Dan saya perhatikan terdapat banyak sangat pilihan kedai makan. Ianya bagaikan satu pusat sehenti untuk keluarga terutamanya bila waktu outing bersama  ~ada tempat makan dan window shopping!

 Apa yang menarik tentang Mall ini, ianya membawa sepenuh konsep negara Jepun. Dan yang lebih menarik, dekorasi hiasan dalam Mall juga akan bertukar mengikut 4 jenis musim di Jepun iaitu musim panas (natsu), musim luruh (aki), musim sejuk (fuyu) dan musim bunga (haru).

So, sekarang tengah musim bunga. Maka kita akan lihat sekitar Mall penuh dengan dekorasi bunga-bunga sakura (bunga famous dekat Jepun)


 Dan banyak sangat kawasan-kawasan yang kita boleh berada di situ semata untuk bergambar. Keunikkan bunga bonsai, taing-tiang batu menjadikan AEON Mall antara pusat membeli-belah yang sangat cantik pada pandangan mata kasar saya.

Aksi gaya duduk bersimpuh pun boleh dilakukan di sini ya :)

Jika kita mahu mencari barangan-barangan Jepun seperti makanan, perkakasan dan sebagainya, di AEON Mall Shah Alam menawarkan banyak pilihan kedai di sini. Kita juga dapat lihat bagaimana, interior dalamannya  mempertengahkan konsep street shop ala di negara Jepun. Dan jika kita hendak membeli pre-booking tiket ke Disneyland ataupun membuat servey tentang pakej pelancongan di negara Jepun, terdapat terdapat kaunter penjualan di AEON Mall Shah Alam yang menawarkan perkhidmatannya.


Memang best :

Star Right Brush Right!

$
0
0
SYSTEMA berus gigi nombor 1 di Jepun dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), dan Malaysian Private Dental Practitioners’ Association telah  melancarkan kempen “Start Right Brush Right, Healthy Teeth for Life.” Kempen yang dianjurkan adalah bersempena dengan Bulan Kesihatan Pergigian Sedunia ini telah dilancarkan secara rasmi oleh Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Yang Berhormat Senator Datin Paduka Chew Mei Fun.

Kempen “Start Right Brush Right. Healthy Teeth For Life” ini adalah bertujuan untuk menggalakkan rakyat Malaysia menjadikan  tabiat penjagaan gigi yang baik sebagai salah satu rutin harian sejak dari usia muda. Ini sekurang-kurangnya mereka dapat mengekalkan 20 batang gigi walaupun mereka telah mencapai usia emas 80 tahun . Selain itu, kempen ini juga bertujuan untuk  menyampaikan maklumat serta ilmu yang tepat tentang kebersihan gigi. SYSTEMA percaya bahawa kebersihan gigi yang berkesan adalah bermula dengan 2 langkah mudah, iaitu :-

~memilih berus gigi yang betul 
~mengamalkan teknik-teknik pemberusan gigi serta tabiat yang disyorkan oleh pengamal bidang pergigian professional.

 Kempen “Start Right Brush Right. Healthy Teeth For LifeSYSTEMA dilancarkan dengan acara jelajah melalui kerjasama dengan Farmasi Guardian di Centre Court, Pusat Membeli-Belah 1 Utama bermula dari 22 sehingga 27 Mac 2016. Acara yang berlangsung selama enam hari itu bertujuan untuk mendidik serta berkongsi maklumat dengan orang ramai tentang pentingnya mengamalkan pernjagaan gigi yang sempurna, bermula dengan perkara asas iaitu mengetahui cara yang betul untuk memberus gigi dengan berus gigi yang sesuai. Terdapat juga beberapa aktiviti menarik serta promosi bersempena dengan kempen tersebut yang bakal diadakan di kedai-kedai utama seluruh negara.

Berbicara tentang topik bagaimanakah cara untuk memilih berus gigi serta memberus gigi menggunakan teknik memberus yang betul, Dr. Fauziah Mohamed Yunus ada menerangkan, “Terdapat beberapa manfaat apabila anda memilih berus gigi berbulu tirus: ia boleh memasuki garisan gusi dan di celah-celah gigi dengan berkesan. Selain itu, berus gigi berbulu tirus juga lebih lembut untuk permukaan enamel gigi dan juga gusi. Bulu lembut adalah penting kerana, walaupun ramai berpendapat bahawa adalah lebih bersih jika kita memberus gigi dengan bulu yang keras, sebenarnya ia akan menghauskan gusi lantas mendedahkan akar gigi anda yang mempunyai kurang lapisan enamel dan mudah terhakis. Pemberusan kuat dengan bulu yang kasar bukan sahaja mengakibatkan kesakitan pada gusi, malahan turut merosakkan gusi yang mungkin akan dipenuhi dengan bakteria dan kuman.

Terdapat 7 siri berus gigi Systema yang ditawarkan iaitu COMPACT, COMFORT, FULL HEAD, 3D CLEAN, SENSITIVE, SPIRAL dan BI-LEVEL.Dan setiap jenis berus gigi Systema ini didatangkan dengan berlainan teknologi mengikut kesesuaian masalah gigi dan mulut yang dialami oleh pengguna itu sendiri. 
COMPACT - Mempunyai kepala kecil mampu memberus bersih sehingga 360'  
COMFORT - Mempunyai kepala berus gigi yang sederhana, mampu memberi keselesaan dan mampu membersih secara efektif.
FULL HEAD -  Mempunyai kepala berus gigi yang agak besar, memudahkan mencuci dengan pantas kawasan yang luas.
3D CLEAN - mencuci secara menyeluruh kerana multi 3D bristles mampu membersih keseluruhan dalam mulut biarpun tempat yang agak kompleks dalam mulut.
SENSITIVE - punyai bristles ultra lembut, mampu membersih secara efisien dan secara lembut.
SPIRAL  -  bristles berbentuk hexagon boleh membersihkan 40% plaks gigi.
BI-LEVEL - Dual bristles untuk kebersihan gigi secara mendalam.

Semasa kempen jelajah tersebut, pengunjung juga boleh melihat sendiri dan mendapatkan variasi siri berus gigi SYSTEMA  dengan harga istimewa.
Antaranya seperti :-


Dan untuk jumlah tertentu yang dibelanjakan, kita boleh juga mendapatkan hadiah yang ditawarkan seperti yang tertera di atas. Menarik bukan :-)

Dan bagi kanak-kanak pula, rangkaian berus gigi Kodomo ada di pamer dan di jual di pameran jelajah ini.

Sepanjang siri kempen jelajah ini juga, SYSTEMA juga menyediakan pemeriksaan percuma kepada pengunjung-penginjung ke sini.

Pengunjung juga boleh mendapatkan nasihat daripada pakar pergigian sebaik pemeriksaan gigi dilakukan. Ini bagi mendapatkan dengan jelas masalah mulut yang dihadapi, contohnya seperti gusi berdarah dan sebagainya.

Saya juga telah mencuba berus gigi yang telah disyorkan oleh pihak SYSTEMA. Dan saya telah memilih untuk menggunakan jenis COMFORT.

Dan saya dapati berus gigi ini sangat lembut dan tetap mampu membersih keseluruhan gigi saya secara dengan efektif (tiada pendarahan gusi). Dan saya rasa begitu selesa selepas memberus. Siyess best!!!

Bagi pengunjung yang membawa anak ke sini, jangan lupa untuk singgah di booth Kodomo. Ada pelbagai aktiviti disediakan di sini. Anak-anak kita akan diajar tentang penjagaan gigi melalui sesi bercerita, lagu dan  tarian serta permainan berunsur pendidikan bagi membantu mereka untuk memahami kepentingan penjagaan gigi dalam cara yang paling menarik serta menyeronokkan. 

Dan anak-anak juga boleh menyertai peraduan mewarna dan berpeluang memenangi hadiah yang ditawarkan!
Dalam mencapai matlamat untuk membantu lebih banyak rakyat Malaysia untuk mendapatkan gigi dan mulut yang sihat, SYSTEMA telah berikrar untuk menyumbangkan sebanyak 10,000 kit pergigian dan berus gigi kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi Kembara Kebajikan 1 Malaysia dalam menggalakkan amalan penjagaan gigi yang baik di kalangan rakyat Malaysia.
Kini, jika kita hendak mendapatkan gigi dan gusi yang sihat sememangnya mudah, iaitu melalui penggunaan produk SYSTEMA. Amalan penjagaan gigi yang baik memberikan anda lebih dari sekadar perlindungan kepada mulut anda; ia juga bagus untuk permulaan gaya hidup yang lebih sihat. Mulakan dengan berus gigi yang tepat, dan berus gigi dengan cara yang betul bagi mendapatkan gigi serta kehidupan yang sihat. 
:=)

MILO Breakfast Movement 2016

$
0
0


Mengambil sarapan setiap pagi memang sangat penting. Selain daripada dapat memberi tenaga, sarapan juga sangat membantu untuk kita lebih fokus terhadap kerja dan aktiviti sepanjang hari. Pengambilan menu sarapan yang seimbang juga memainkan peranan dalam memastikan keperluan tenaga kita cukup untuk melakukan aktiviti di permulaan hari.

Atas kesedaran kepentingan pengambilan sarapan. MILO telah melancarkan Kempen Bersarapan setiap tahun. Dan untuk tahun 2016, MILO telah menganjurkan MILO Breakfast Day di 7 lokasi yang terpilih. Sepanjang acara di MILO Breakfast Day , pelbagai aktiviti telah dianjurkan dan yang paling best MILO juga menyediakan sarapan percuma kepada semua pengunjung yang hadir *terhad untuk 1500 yang pertama.

Saya juga berkesempatan untuk menghadiri majlis pelancaran kempen ini baru-baru ini. Apa yang menarik selain daripada mengetahui perkembangan tentang kepempen terbaru. Saya juga mendapat beberapa tips dan ilmu berguna tentang pemakanan dan tabiat kanak-kanak masyarakat Malaysia hari ini terutama berkaitan dengan isu bersarapan.
Pembukaan majlis oleh Cik Philomena Tan (Business Executive Manager of MILO, Business Unit in Nestle (Malaysia) Berhad).


Saya suka untuk berkongsi beberapa input yang saya rasa begitu penting untuk kita semua ketahui, tentang "80% tenaga akan hilang semasa kita tidur". Dan kita perlu mendapatkan balik kehilangan tenaga itu menerusi sarapan yang perlu diambil setiap hari. Isu mengenai ini telah dibincangkan secara berkesan oleh Cik Cher Siew Wei (Corporate Wellness Manager, Nestle (Malaysia) Berhad)


Seterusnya saya juga berpeluang mendapatkan beberapa input menarik dari Dr. Hamid Jan bin Jan Mohamed yang telah menjalankan penyelidikan tentang "Tabiat Bersarapan di Kalangan Kanak-kanak di Malaysia".







Hasil daripada penyelidikan Prof., didapati masih terdapat ramai lagi kanak-kanak yang tidak mengambil sarapan waktu pagi. **Dianggarkan 1 dari 4 kanak-kanak di Malaysia tidak bersarapan sekurang-kurangnya 3 hari dalam seminggu. Ini juga mungkin disebabkan oleh tiada sokongan daripada ibu-bapa mereka sendiri. Selain daripada kekangan masa, faktor ibu-bapa yang juga tidak mengambil sarapan juga sangat mempengaruhi kehidupan anak mereka.

Kesannya, anak menjadi tidak aktif, letih dan tidak fokus di sekolah. Dan jika tidak bersarapan ianya boleh  menyebabkan kita akan mengambil makanan secara berlebihan pada waktu makan tengahari. Ini merupakan salah satu faktor yang boleh mendorong kita menjadi obesiti. Jadi adalah disarankan untuk kita semua mengambil sarapan dan apabila makan tengahari kita boleh makan mengikut sukatan yang perlu sahaja tanpa perlu mengambil makanan secara berlebihan.

Seorang ibu dan pemain bowling negara, Puan Shalin Zulkifli turut berkongsi tips dan cerita peranan beliau sebagai ibu dalam memastikan anaknya mendapat secukup khasiat setiap hari melalui pengambilan sarapan.

Sebagai pengeluar produk energi bijirin terkemuka, MILO sekali lagi menganjurkan kempen Malaysia Breakfast Day yang bermula di Melaka (27 March 2016), Pahang (10 April 2016), Kota Kinabalu Sabah (17 April 2016), Johor Bahru (23 April 2016), Penang (15 Mei 2016), Kuching Sarawak (22 Mei 2016) dan Dataran Putrajaya (29 Mei 2016). Jangan lupa sertai ya uolll nanti!!

Saya dan rakan media lain juga telah menyertai Cabaran Menyediakan Sarapan yang diadili olef Chef Nik Imran.

Dan inilah hasilnya :=)

Roti wholemeal, asparagus dan telur omelette. Simple tetapi sedap!!!

Jom Breakfast bersama MILO untuk tenaga sepanjang hari!

Keterangan lanjut www.milo.com.my/breakfast!

Cabaran Nivea Cool Kick – 3X Dryness

$
0
0
NIVEA MEN sekali lagi mengajak para jejaka untuk menyahut cabaran menentang perpeluhan melalui kempen Cool Kick – 3X Dryness. Kempen unik ini bertujuan untuk mencabar para jejaka, sama ada dalam bentuk digital ataupun secara perlawanan on-ground, bermula dari Januari hingga Mac 2016.

Direka untuk memenuhi keperluan setiap lelaki masa kini, cabaran ektsrem ini juga adalah medan untuk para jejaka mengekspresikan keyakinan diri melalui permainan yang sungguh menarik dan mendebarkan. Acara ini juga dicipta selaras dengan ciri-ciri lelaki NIVEA MEN masa kini. Di samping itu, aktiviti ini juga turut dijadikan sebagai kempen tahunan di mana para peserta akan diuji dengan hebat akan sejauh mana kemampuan mereka dalam melindungi diri daripada ancaman perpeluhan.   


“Cabaran 3X Dryness 2016 ini direka bukan sahaja sebagai satu aktiviti yang menyeronokan, malah ia juga bertujuan untuk mengetengahkan satu permasalahan yang dikongsi oleh ramai lelaki, sekaligus turut menjejaskan keyakinan mereka dalam kehidupan seharian. NIVEA MEN Cool Kick dengan inovasi canggih dengan kuasa kawalan peluh dan formula cool care berupaya untuk memberikan anda 3x kekeringan dan kedinginan maksima. Ini dapat membolehkan para jejaka kekal yakin dan selesa sepanjang hari walaupun ketika berada di dalam cuaca yang panas,” 
menurut  Encik Ng Hock Guan, Pengurus Serantau Beiersdorf Malaysia dan Singapura di acara kemuncak Cabaran NIVEA MEN Cook Kick 3X Dryness.   

Cabaran ini menggambarkan keperibadian moden NIVEA MEN dan direka mengikut keperluan setiap lelaki. Permainan ini memerlukan dua pasukan dengan tiga orang ahli untuk menyerang pasukan lawan menggunakan bola yang mewakili ancaman yang paling utama di kalangan lelaki terutama sekali yang aktif – peluh – dengan menggunakan bola. Dry shield yang dibekalkan kepada setiap ahli pasukan berfungsi sebagai pelindung. Di akhir permainan ini, pasukan yang berjaya  mempertahankan diri mereka menggunakan dry shield secara efektif akan memenangi perlawanan tersebut.  

Cabaran 3X Dryness ini telah dibuka kepada para pengguna melalui penyertaan digital juga di gelanggang. Pengguna boleh menyahut cabaran tersebut secara digital melalui laman Facebook NIVEA MEN Malaysia di www.apps.facebook.com/niveamendryshield di mana pengguna akan turut berpeluang untuk memenangi hadiah berjumlah RM90,000 bagi cabaran digital atau di tapak perlawanan. 

Acara perlawanan kemuncak telah diadakan di Sunway Pyramid, LG2 Blue Concourse dengan hadiah-hadiah lumayan berjumlah RM30,000. Pengacara radio popular Malaysia Haniff Hamzah dan pelakon merangkap juara Fear Factor Malaysia Hairul Azreen turut sama mengambil bahagian dalam cabaran tahun ini.

Antara finalist - team Budget Good Good

Antara finalist - team Suka Suka Main

Permainan yang memerlukan kita beraksi tangkas dan cekap, dan mampu mempertahankan diri. Gaya seorang lelaki Nivea Men sejati!



Antara aksi daripada kumpulan Budget Good Good menentang Storm Jew!



Sebanyak 62 pasukan telah bertarung dalam pusingan penyingkiran pada 26 Mac dan 16 pasukan telah berjaya untuk mara ke pusingan separuh ahkir pada 27 Mac 16 pasukan di peringkat teratas yang telah berjaya melayakkan diri ke separuh akhir dan seterusnya bertarung untuk melayakkan diri ke peringkat 4 teratas. Dan 4 pasukan teratas akan melengkapkan perjuangan mereka di Perlawanan Akhir bagi merebut 3 hadiah utama.  

Semasa acara kemuncak berjalan, 6 blogger bertuah turut diberikan peluang untuk menyertai Cabaran 3X Dryness melalui satu perlawanan persahabatan. Pasukan yang berjaya akan berpeluang untuk bertarung dengan pasukan Haniff Hamzah. Di samping itu, setiap blogger yang mengambil bahagian dalam cabaran ini juga mendapat saguhati dari pihak NIVEA MEN dalam bentuk produk bernilai RM150.

Dan saya telah menyertai cabaran blogger. Dan kebetulan semasa cabut undian kumpulan, saya ditempatkan dalam semua ahlinya perempuan. Kihkihkih. Apapun gegirl always rock!!Kami juga berjaya mengatasi cabaran perlindungan 3xdryness ~main dodgeball, dan berjya menwaskan 2 team yang diwakili kaum lelaki :p

Oh ya! Hadiah Utama bagi Cabaran 3X Dryness ialah wang tunai sebanyak RM 10,000 bagi setiap pasukan manakala hadiah tempat kedua dan ketiga masing-masing menerima RM5,000 dan RM3,000 setiap pasukan. Setiap pasukan yang menang turut membawa pulang produk NIVEA berjumlah RM250. 

Tahniah kepada pasukan :-
Tempat Pertama : Storm Jew
Tempat Kedua : Suka Suka Main
Tempat Ketiga : Budget Good-Good

Ternyata anda semua jejaka yang hebat menentang perpeluhan melalui kempen Cool Kick – 3X Dryness tahun ini!

Animax Carnival 2016 Yang Memang Happening Giler!

$
0
0
Hari Ahad yang lepas, saya dan keluarga berkesempatan menghadiri Animax Carnival 2016 yang telah diadakan di Sunway Piramid Convention Centre. Dan memang tidak dinafikan karnival yang diadakan kali kelima ini agak meriah terutamanya dengan penglibatan begitu ramai peserta cosplay dan kehadiran peminat anime di Malaysia.

Tiada caj tiket untuk masuk dikenakan ~ianya adalah percuma. Apa yang perlu, kita hanya dapatkan cop di tangan di kaunter pendaftaran dan secara automatik kita akan diberikan cenderahati dari pihak Animax. Iaitu buku nota yang sangat comel. I like it!!!!

Selain dari buku nota comel, terdapat pas yang mana kita boleh melakukan aktiviti di sini dan berpeluang membawa balik cenderahati yang menarik dari pihak penaja.

Ramai betul peminat-peminat Anime di Malaysia. Sungguhpun kelihatan sesak, tapi keadaan dewan yang begitu luas, menjadikan saya dan keluarga agak selesa berada di sini.

Di pentas utama dikatakan ada konsert khas dari Jepun yang akan mempersembahkan beberapan lagu khas dari soundtrack anime, dan juga sepanjang acara pelbagai aktiviti pentas telah disediakan oleh pihak penganjur. Saya paling suka bila pengacara keluar dan melontarkan soalan kuiz mengenai karnival dan anime, sebab banyak hadiah yang ditawarkan pada waktu bonus ini :=)

Anak-anak saya paling suka bila berada di bahagian ini. Peminat anime tegarlah katakan. Ada antara anime di sini, kami sudah mempunyai koleksi CD dan juga siap dimuat turun dari laman web anime yang dikongsi laman maya.

Anak-anak lelaki saya memang suka melihat cosplay tapi tiada sorang pun berminat untuk bergambar sama (malu katanya). Berlainan dengan my Amani, yang sakan nak bergambar dengan cosplay2 yang begitu banyaknya di situ.

Antaranya seperti :-
Spiderman!

Naruto!

Erkkk saya kenal 2 karektor ini jer...
Lain2 karektor anime, erkkk wapucitau..
kalau anak2 lelaki saya hampir semua dowang kenal...

Ada satu part tu...
My Akid dier buat lawak bengong dier...boleh dier jerit kat satu kumpulan cosplay..

Äbang Mask Rider sila selamatkan saya!

Lepas tu bertempiaran anak lelaki saya yang lain lari. Malu katanya, buahahahahahah


Antara cosplay yang beria bergambar dengan Amani, hik hik :-















Ni memang feveret my Amani dan Ameer...
Fang, Yaya dan Boboiboy!

Tengok muka Yaya ni cam muka My Amani la pulak!

Saya dan famili memang layan karnival animax cenggini, antara throwback entri pasal karnival animax --> 


Rekaan Jenama Zeeta Zarith | Selesa dan Anggun!

$
0
0
Zeeta Zarith satu label jenama busana dan tudung yang bakal  mewarnai dunia hijabista tanahair. Dilhamkan oleh Puan Zaiti Noordin (tengah), yang mana telah banyak menghasilkan rekaan fesyen untuk beberapa butik dari dulu sehingga kini. Dan untuk tahun 2016, Puan Zaiti Noordin telah kembali mewarnai dunia fesyen hijabista tanahair dengan tema ''Çomeback with World Fashion"dibawah jenama Zeeta Zarith. Rekaan fesyen kali ini turut berkalaborasi bersama Ínhouse Designer' dengan menampilkan 5 rekaan terbaru yang mempunyai ciri-ciri seperti ~selesa dan ringkas. serta elegan dan urban!

Bersempena dengan pengenalan koleksi terbaru, Zeeta Zarith telah menganjurkan pertunjukan fesyen "Semarak Cinta Runway Show" berkalaborasi bersama majalah Hijab dan RichNNE baru-baru ini. Apa yang menarik selain daripada dapat melihat sendiri 5 koleksi terbaru diperagakan, kami juga dihiburkan dengan persembahan penyanyi berbakat ini. Sedap giler suara dier :p


Antara koleksi terkini dari Zeeta Zarith :)

1. ZARITH AMANI






Seperti baju kurung moden, namun saya paling suka dari segi potongan tepi baju yang nampak lebih loose. Secara tidak langsung boleh memberi keselesaan kepada si pemakai. Gabungan dengan kain bercorak batik tradisi menyerlahkan lagi penampilan si pemakai. Dan busana ini sangat sesuai untuk dipakai ke tempat kerja, acara formal dan santai.


2. ZARITH HANNA




Jubah moden dengan rekaan lipatan di depan, bagi saya ianya memudahkan lagi gerakan si pemakai. Tidak terlalu mengikut potongan badan tetapi bila memakainya tetap terletak kemas. Jubah moden ini tiada bercorak, warna yang ditawarkan semuanya agak terang dan garang. Jadi pemakai boleh tampil samada dengan menggayakan tudung warna kontra dan terang (konsep color block) ataupun jubah ini dipadankan bersama tudung berwarna yang seakan jubah tetapi pemilihan warna haruslah lebih lembut.

3. ZARITH ZARA



Bagi saya rekaan ini  "win'' di mata saya. Saya suka rekaan baju dan skirt (kain labuh), kelihatan seperti baju kurung moden tetapi sebenarnya ianya juga seperti menyarung skirt dan blouse. Uniknya terletak pada rekaan baju, yang mempunyai 2 pola lapisan, nampak begitu esklusif dan unik. Bersama dengan rekaan Zarith Zara mampu memberikan kita lebih gaya terutama jika menggayakannya di acara-acara korporat.

4. ZARITH SOFEA



Ini adalah signature design Zeeta Zarith. Keunikkannya terletak pada rekaan dari pinggang hingga ke bawah. Apa yang menarik rekaan ini bukan sahaja sesuai untuk mereka yang bertubuh kecil dan sederhana, bahkan ianya juga sesuai untuk mereka yang berbadan gempal. Saya sendiri jatuh cinta dengan koleksi ini, yang ternyata mempunyai sentuhan cukup peribadi dan unik dengan gaya tersendiri.

5. KOLEKSI ZARITH YANG LAIN
Apa yang pasti rekaan Zeeta Zarith ini memenuhi citarasa semua wanita di Malaysia, baik dari segi rekaan mahupun potongan.


Keminculan Anis Al-Idrus di Majlis Semarak Cinta ini memeriahkan suasana. Apatah lagi Anis turut menggayakan rekaan khas untuknya dari Zeeta Zarith.

Kenalkan Puan Zaiti Nordin pengasas label Zeeta Zarith.


Puan Zaiti bersama Inhouse Designer dan 25 model yang menjayakan projek Semarak Cinta Runway Show.

SELESA | ELEGAN | URBAN

Untuk pembelian dan tempahan, uolls boleh layari:-
Insta : @zeetazarith

Perubahan dan Potensi My Ameer

$
0
0
*Entri ini adalah bersempena dengan penyertaan saya dalam peraduan yang dianjurkan oleh blog Aldid Rajiah!


Bagi saya setiap anak mempunyai potensi yang berbeza. Tetapi tidak dinafikan saya sentiasa memegang kata-kata keramat lagi berbisa"bagaimana acuannya, begitulah hasil bentuknya nanti" :=) . Anak nombor enam saya Ameer Shah seorang yang manja dan pemalu. Mungkin kerana kerap dimanjakan dan juga kelebihan dengan adanya ramai kakak dan abang yang sentiasa berada di sisinya. Dan ternayata apabila kerap dimanja, saya dapati ada satu sikap Ameer yang terlalu bergantung dengan orang sekelilingnya. Yang paling ketara sikap kuat merajuk, tidak pandai bersosial dan tidak fokus (mudah give up) 

So, apa yang lakukan untuk mengatasi maslaah my Ameer ini, antaranya seperti:-

 Sentiasa mengajak Ameer untuk menyertai aktiviti keluarga dengan kerelaan hati.Contohnya main badminton. Saya akan berikan satu raket dan beri peluang untuk beliau mengeksplorasi dunia badminton dengan bermain, biarpun tidak reti dengan acah-acah menyertai permainan pun sudah membuatkan beliau happy!

Berlibur bersama keluarga dengan melakukan aktiviti senaman bersama-sama. Tidak pernah menghadkan pergerakan anak seperti hanya mengarahkan untuk duduk diam semat-mataa. Tetapi mengajak anak untuk berani menonjolkan ekspresi terutama ketika membuat aktiviti bersenam dan menari.

 Memberi bantuan terutama dalam aktiviti yang memerlukan anak fokus. Walaupun mengambil masa, saat kita menerangkan dan mengajar membuat aktiviti seperti lekat dan hasilkan objek, namun ianya sangat membantu anak untuk lebih fokus.

Bermain dengan aktiviti yang boleh mengenali hidupan alam lain. Biarpun kita tidak suka kucing, ataupun arnab mahupun ikan (contoh). Tapi jangan sekali terhad pergerakan anak jika mereka benar-benar ingin mengekplorasi tentang hidupan ini. Beri peluang untuk mereka bermain dan melihat sendiri bagaimana kehidupan ini bergerak terutama dalam habitatnya.

Membuat aktiviti kumpulan bersama anak-anak yang lain, anak-anak kawan, anak-anak jiran dan sebagainya. Ini mengajar my Ameer untuk bagaimana bersosial dengan cara berkomunikasi dan melakukan aktiviti bersama. Secara tidak langsung mengajar beliau untuk ada sikap berdikari dan berkongsi.

Apa yang penting, saya dapat lihat my Ameer banyak berubah. Tidak lagi rasa malu, lebih berani mengekspresi seperti menyanyi, bercakap dengan orang sekeling dan tidak lagi terlalu bergantung dengan adik-beradiknya apabila hendak melakukan apa-apa jua aktiviti kanak-kanak yang digemarinya.

Dan sebenarnya banyak aktiviti dan learning tools yang kita boleh gunakan untuk meningkatkan potensi anak. Contohnya permainan dan alatan kanak-kanak yang dijual die early learning shop! Macam-macam ada :=) Harga berbaloi pulak tu!

Ok uolls, masih ada masa lagi kalau nak join contest yang dianjurkan oleh Puan Rajiah kita ni, nak tahu keterangan lanjut boleh klik link ini ya!

NIVEA Pearl & Beauty Deodorant Untuk Tampil Segar Berkeyakinan

$
0
0
Hollla!!!


Terbaru kenalkan NIVEA Pearl & Beauty Deodorant yang mengandungi ekstrak mutiara yang boleh menjadikan árm-pit'kita lebih licin bak mutiara putih :p Selain itu ia juga dapat memberi perlindungan 48 jam terhadap peluh dan juga lembut pada kulit kerana ianya tidak mempunyai bahan kimia. Paling penting ianya menjadi kita sentiasa segar dan berkeyakinan!

Review Dari Saya:
 Menerima 2 produk Nivea ini, menjadikan saya tertanya apa kelebihan produk ini berbanding dengan produk deadoran NIVEA yang lain. Ini kerana pembungkusan hampir sama yang berlainan hanyalah varian siri ini memperkenalkan mutiara putih sebagai bahan utama deadoran.

 
Dan yang bestnya, produk ini memang praktikal untuk wanita seperti saya yang sentiasa sibuk menguruskan pelbagai perkara dalam satu hanya. Hanya sembur sekali di waktu pagi dan ianya tahan sehingga 48 jam lamanya.

 Pegangan spray pun agak kemas. Dan sangat mudah!

 Pada jarak lebih kurang 15cm hanya picit sikit dan perlahan, dah nampak semburannya :p

 Bagi yang tidak suka jenis spray, bolehlah memilih jenis roll-on. Ciri-ciri pun sama iaitu mencerahkan dan melembutkan, sekaligus mmpu menaikkan seri arm-pit kita, heheheheh.

 
NIVEA juga percaya bahawa apabila kita yakin, tiada apa yang boleh menghalang kita daripada mencapai impian yang ingin direalisasikan. NIVEA memberi kuasa kepada wanita dengan membantu mereka merealisasikan potensi dalam diri mereka dan menggalakkan orang lain untuk melakukan perkara yang sama!

:=)



Dan jom kita sertai larian NIVEA EMPOWER RUN 2016, keterangan lanjut dan pendaftaran boleh klik pada pautan link di bawah:-


TQ Perfecto! Untuk Movie Batman dan Goodies Yang Best!

$
0
0
 **Gambar adalah hasil bidikan dari My Anaqi

Sebenar-benarnya.....
Saya memang mencari screening special cerita Batman v Superman Dawn of Justice ini...
Cuma pada sebelum tayangan tu, tiket preview menjadi kegilaan ramai giler manusia.
Kisah difilemkan yang mana wataknya diadaptasi dari komikkan...so ramailah followernya!!

Termasuklah my laki a.k.a dedet dan my boys!
Punyalah excited nak tengok filem ni :=)

Kebetulan saya ada nampak peraduan di FB Perfecto (ohh maii saya memang suka giler pop corn keluaran Perfecto ni). So menjoinkanlah diri...2 kali mencuba...dan akhirnya yang terakhir tu berjaya. Bukan senang nak menang ya anak2...kena usaha dulu..kerana usaha itu lif kejayaan.


Asalnya memang menang 2 tiket ajor. Tapi atas ehsan seorang kawan comper yang baik hati lagi pemurah, die bagi saya lagi 2 tiket (atas alasan last minute, ada hal lain rasanya). So, bila jumlah tiket dah ada 4 ~ bolehlah dedet pergi melenjan menonton bersama anak-anak lelakinya kecuali si Ameer yang  ketot itu.

Yang bestnya, sebelum screening ada jamuan makan. So, berjemaahlah pemenang screening kelolaan Perfecto ni menjamu selera.

Antara yang dowang sempat menikamti tanpa rasa malu dan segan...


Sedap-sedap belaka...

Wajiblah bergambar kat photobooth kan :=)


Nah Anaqi Rider (cara pompuan tgk movie i.e membaca) 😅
Batman V Superman;
Mula cerita dengan parent batman jalan2 dekat bandar dgn dia. Pastu ade perompak acukan pistol dekat dia, ayah batman try nak halang tapi kena tembak, mak batman pulak nak halang jugak, tapi kena tembak jugak, batman ape lagi menangis laaa. Lepastu kat funeral parent batman, batman lari masuk dalam hutan (ni waktu batman kecik ye) lari punya lari last2 jatuh dalam lubang, tapi batman xsakit, dalam lubang gelap tu, dia perasan, ada banyak mata2 merah, rupa2nya mata kelawar, & then tah macam mana batman boleh terapung sekali dengan kelawar banyak2 tu bawak dia keluar dari lubang. Ibarat dapat power la ni. (Time batman besar) waktu tu bandar Gotham tengah musnah sebab superman tengah lawan dengan zod (waktu man of steel) batman pun start kete try pegi dekat dia punya bank (wayne finance) nak selamatkan pekerja dia la. Masa tu superman kena humban masuk dalam bangunan... ntah macam mana superman bengang kot, dia keluar kuasa mata api dia, hancurkan bangunan. So bank batman hancur laa, ade pekerja dia kena hempap dengan batu, batman tolong. Waktu tu batman bengang la sebab superman ni ikut sedap dia je nak hancurkan bandar dia. Lepas tu ade la konon2 bilionare muda, Lex Luthor, dia ni cm xbetul sikit, buat2 bodo, dia mempersoalkan kewujudan si superman ni, & waktu tu kat lautan hindi, saintis lex ni jumpa batu kripton (kelemahan superman). Tah macam mana batman tau pasal batu kripton tu, dia pegi la rumah lex utk spy sistem defence lex ni yela, nak jejak batu kripton tu la. Masa tu jugak si superman ade jugak(maklumla wartawan) masa batman tgh bercakap dengan Alfed pakai alat komunikasi superman pun terdengar. Maklumla superman kan boleh dengar apa2 dari jauh, so superman curious la dgn Bruce Wayne ni. Baru batman ni nak blah dan2 superman datang konon2 nak berborak. Waktu tu, ada sorang awek ni selalu perhati si batman ni, yang waktu batman mimpi kena belasah dgn superman malas la aku cerita, aku skip sikit. Ok berbalik semula, batman ni g la balik tempat dia pasang alat spy tu, tgk2 da xde. Cuak la membe tu takut kantoi, pastu dia tengok dekat luar, awek yang usha dia tu pandang dia & blah,batman syak dia la rembat. Ape lagi, bengang la dia. Dia try nak kejar tp xlepas, tapi last2 dapat jugak cari awek tu & awek tu cakap la dia cuma curi barang dari si pencuri. Hahaha... senyap batman. Then awek tu pulangkn balik alat tu so batman pun balik la dia punya sarang. Try usha balik ape yang dia dapat pasal alat spy yg dia pasang haritu (haaa waktu ni la batman mimpi tu) & lepas dia terbangun dari mimpi, tgk2 download file to computer selesai (act dia nak cari nama benda ni WHITE POURTUGISE), batman ingat dia ni org, tapi sebenarnya kapal laut yang bawak batu kripton ni. Ape lagi, memang sarung suit batman laaaaaa. & waktu dekat port ni, batman da usha da kontena bawak batu kripton tu. Tapi ramai pulak bodyguard jahat kat port, ape lagi batman start batmobile kejar la kontena tu. Memang habis dia langgar, kereta org jahat tu dia buat mcm lego je. Kejar punya kejar, time koner, BANGGGGG!!!! terlanggar superman. Terpelanting batmobile si batman, superman pun datang dengan macho nye kt batman. Time ni memang meremang la bulu roma, sbb mmg style. Superman bagi warning kat batman, jgn muncul lagi. This time i give u mercy, perghh. Batman pun time tu cam bengang la diperkotak katikkan. Time superman nak terbang, tiba2 batman cakap... "TELL ME, DO U BLEED?" dengan suara macho gile... perghh... Superman pulak bengang trus blah tak jawab... "U WILL"... Terbaik la batman. Lepas tu batman balik sarang la kat bawah tasik, dengan kereta nak barai sebab terlanggar superman. Dia balik bengang la, lepas tu batman chek la balik yang file dia curi kat lex tu, dia tgk kat situ ada classified file, dia bukak, ada 4 logo. Waktu tu la dia bukak satu2, 1st dia bukak ada gmbar perempuan pakai perisai & tarikhnya tahun 1918. Dia pun baru perasan yang muka perempuan tu sama dgn muka awek yang curi kat rumah lex tu. & then tah macam mana dia sent email dekat awek tu pasal gambar tu. Lepastu dia text awek tu, batman bagitau "IT'S U... WHERE R U?"... Haaa awek tu laa wonder women, superhuman jugak. Lepas tu ada lagi 3 folder. WW chek, ada si flash, ada si aquaman dgn si cyborg. Memang ada la lagi superhuman kat bumi ni. Berdebar la da waktu tu, skip sikit... Pada masa sama superman dipanggil untuk menjawab kat court kes terdahulu yg dia sebabkan pekerja Bruce kudung kaki & dituduh cederakan/bunuh ramai org. Masa dalam court ramai2 tetiba bangunan meletup & memang ramailah yg mati. Apalagi batman pun bengang la sebab dia & ramai org ingat superman yg bertanggungjwb. Lagipun lepas tu superman terus menghilangkan diri (macam org salah). Kemudian dekat lab si lex ni, batman dah pecah masuk. Habis dia hancurkan semua barang, sebab batman ni nak rembat batu kripton ni yang dia xkesampaian rembat haritu. Memang lepas dapat batu kripton batman terus prepare nak lawan ngn superman dah, dah buat suit besi segala bagai. Kemudiannya mak si superman ni kena culik dengan lex (time ni la si lex ni konon2 berkuasa sebab lagi pun time ni dia tengah cipta Doomsday guna mayat zod). Superman dah beri amaran dekat batman utk jgn muncul, tapi batman cabar jugak dengan hantar signal lampu. Pada masa sama lex umpan superman utk muncul guna Lois. Superman jumpa dengan lex, superman nak tangkap lex tapi waktu tu lex tunjuk gambar mak superman kena culik. Superman pun selerok laa, time ni la lex gunakan superman utk paksa bunuh batman, lex ni nak kan kepala batman. So superman pun terbang la dtg dkt batman. Time ni mmg batman da prepare gile2 la, baru superman nak cakap, satu2 perangkap batman superman kena, tp xjejas pun. Start la batman lawan dengan superman. Lawan punya lawan sebabkan batman guna batu kripton yg dia buat debu/gas untuk tembak superman so superman lemah, ape lagi batman bantai cukup2 la. Time batman nak cucuk superman pakai lembing kripton, superman pun cakap "Save martha!" Batman pun makin bengang la sebab superman ckp nama mak dia (nama mak dorg ni sama kalau nak tau), so salah paham la disitu. Time tu la dorg team up la, superman pun terbang pegi dekat lex. Time tu lex buat relax2 sebab dia ade doomsday kan, batman call cakap, mak superman selamat. Apa lagi baru nak belasah lex, doomsday aktiv, memang lawan dengan superman tu kaw2 (fun fact: time batman selamatkan mak superman, batman cakap, dont worry i know your son, pastu mak superman cakap "i know, the cape"... hahaha). Time tu batman pun otw lawan doomsday, lawan punya lawan memang susah la. Superman angkat doomsday bawak naik ke angkasa, waktu tu la pihak tentera bawak keluar nuclear. Nak bunuh doomsday, tapi takut terbunuh superman sekali. Lepas lancar tu ingat doomsday mati tapi lagi kuat, sebab dia jenis sedut energy. Time tu superman tengah heal balik tubuh dia kat angkasa... so batman lawan sorang2... doomsday da aim batman da, baru doomsday nak crush batman JENG JENG JENG JENG wonder women datang dengan wow nya. So dorang lawan berdua... memang smart la (waktu tu aku pk flash, cyborg, aquaman xde dtg ke??) selesai superman heal, memang dia belasah kaw2 la doomsday. Tapi dia kan macam superman, xboleh mati, so superman terpaksa ambik lembing yang batman pakai nak bunuh dia tadi, even terpaksa pegang sekalipun, redo jela, superman terbang, ZAAAPPP tikam si doomsday. Tapi doomsday tikam jugak pakai tulang dia dekat dada si superman. Memang sedih sikit, ssb superman nak mati kan. Last2 superman guna last energy dia tolak lembing tu masuk kena jantung doomsday, DEADDDDDDD... TAPI superman matiiii.. Skipppp Dekat funeral, US Army buat kawat hormat utk superman, yang lipat2 bendera bagai tu la. Tapi dekat rumah superman betul, tu baru betul dia punya pengkebumian. Dekat situ ada la si batman dengan si WW. Batman bagitau dekat WW supaya cari orang macam awak. BATMAN NAK TUBUHKAN JUSTICE LEAGUE laa ni. & masa close up dekat keranda superman... tanah vibrate! The Endddddd

Tak agak2 tau Dedet ni, die dah kasi spoiler dah kat status FB dier...
seb baik ai baca dan masih tak paham2 lagi, hahahahahahahhahaha
So, ada alasan pegi tengok ngan Yana kat cinema lepas ni :p

Apapun, TQ Perfecto!!!! For these awesome goodies...


Memang terbaikla...
Bak kata my anak lelaki dengan eksyen sejurus sampai rumah lepas habis melenjan menonton Batman,"Kitaorang tak sempat lapar mummy, mulut ni sentiasa ada benda jer boleh sumbat diisi"..

Cisss!!!!!!

The Lion Guard, Siri Animasi Yang Menghiburkan!

$
0
0
Hakuna Matata! What a wonderful phrase

Hakuna Matata! Ain't no passing craze

It means no worries for the rest of your days

It's our problem-free philosophy

Hakuna Matata!

Hakuna Matata?

Mesti uolls pernah lagu ini yang pernah viral satu masa dulu..
Ianya dari filem animasi The Lion King :)

Oh ya untuk pengetahuan semua siri, “The Lion King”kini hadir dengan kesinambungannya iaitu “The Lion Guard,” sebuah siri televisyen yang bakal ditayangkan pada 17 April, 8.30 pagi di Saluran Disney (Saluran Astro 615) diMalaysia. 



Filem ini menampilkan Kion, anak singa kedua pasangan Simba dan Nala, yang menyandang gelaran ketua “The Lion Guard,” iaitu sepasukan haiwan yang ditugaskan untuk melindungi kawasan “Pride Lands”.

Berlatar belakangkan lanskap Savana Afrika, “The Lion Guard” mengisahkan pengembaraan Kion dan pasukan “The Lion Guard”. Mengikut tradisi asal, “The Lion Guard” dianggotai oleh singa-singa paling berani dan gagah di “Pride Lands”. Namun begitu, Kion menongkah arus dengan melantik rakan-rakannya yang secara amnya dianggap tidak layak menganggotai pasukan tersebut. Mereka terdiri daripada sahabat baik Kion, Bunga, seekor “honey badger” yang berani, Ono, bangau yang bijak, Fuli, harimau bintang yang berkeyakinan tinggi, dan Beshte, seekor badak yang peramah dan sentiasa bersikap positif. 

Kumpulan “Lion Guard” yang baharu ini bersatu untuk melindungi “Pride Lands”. Menerusi rancangan bersiri, kumpulan ini akan menggunakan keunikan masing-masing untuk menghadapi cabaran bagi mengekalkan keamanan di “Circle of Life”

 Namun dalam mengekalkan keamanan di 'Pride Lands', terdapat pelabagai cabaran dan rintangan yang terpaksa mereka hadapi. Terutama musuh-musuh yang sudah lama mendendami kedamaian yang mereka rasai selami berada di 'Pride Lands'.


Group hug!!!!




“The Lion Guard” menampilkan pelakon alih suara terkemuka seperti James Earl Jones dan Ernie Sabella yang masing-masing kembali memegang watak mereka dalam “The Lion King” iaitu Mufasa dan Pumbaa, sementara Rob Lowe memegang watak sebagai Simba dan Gabrielle Union sebagai Nala. Watak Kion pula dipegang oleh Max Charles. Pelakon alih suara lain terdiri daripada Joshua Rush sebagai Bunga; Atticus Shaffer sebagai Ono; Diamond White sebagai Fuli; dan Dusan Brown sebagai Beshte.

Sempena pelancaran siri ini, kanak-kanak di seluruh Malaysia dan Asia Tenggara dijemput untuk mengambil bahagian dalam kempen "Show Us Your Roar" di halaman Disney Channel Asia Facebook (https://www.facebook.com/DisneyChannelAsia). Video mengaum yang paling kuat dan kreatif akan disiarkan di Saluran Disney Channel semasa tayangan perdana ini!

 *****************
Saya dan keluarga telah dijemput ke satu sidang pra-tayangan The Lion Guard di Marmalade Cafe pada hari Sabtu yang lepas. Di majlis santai ini, kami berpeluang menonton sendiri 2 episod The Lion Guard bersama ahli keluarga parenting bloggers' yang lain.


 Pelbagai aktiviti disediakan untuk anak-anak beraktiviti. Ini termasuklah aktiviti membuat kraf..

Dan juga aktiviti mewarna :=)

 Pelbagai hadiah disediakan buat pemenang yang menyertai acara pentas dan juga yang dapat menajawab soalan kuiz dengan pantas.

 Acara kemuncak adalah menonton 2 siri 'The Lion Guard".

Sebagai ibu saya dapat lihat garapan kisah animasi ini sarat dengan perkara-perkara yang positif yang mampu diterapkan dalam kehidupan seharian anak-anak. Antaranya seperti sikap tanggungjawab, setiakawan, tidak putus asa, sentiasa gembira (riang), positif, optimis dan saling hormat menghormati.

Saya juga lihat menonton siri ini dapat memperkasakan tatabahasa anak saya dalam bahasa Inggeris, kerana penggunaan bahasa Inggeris agak mudah dan sebutan juga memang jelas (biarpun ianya adalah suara latar, dengan pelbagai gaya lenggok lontaran suara).

Animasi yang cantik penuh warna-warni, sesuai untuk semua peringkat usia kanak-kanak dari umur 1 tahun ke atas. Dan saya sendiri sebagai ibu turut teruja menonton siri ini! Dan percayalah siri animasi ini menghiburkan dan kita boleh menikmati saat-saat kemanisan menontonnya bersama seisi keluarga.

Sebaik habis menonton,. kami sekeluarga menikmati hidangan juadah makan tengahari yang berkhasiat dan enak-enak. TQSM!!!
Jangan lupa ya, 'The Lion Guard' akan mula bersiaran pada 17 April 2016, pukul 8.30 pagi di saluran Astro 615 :=)(“The Lion Guard” akan turut disiarkan di saluran Disney Junior pada masa akan datang tahun ini)

Rawwwwwwwwwwwwwww!!

Keunggulan Lady Arissa, Pilihan Terbaik Hijabista

$
0
0
Lady Arissa Couture (LAC) mula berada di pasaran Malaysia sejak tahun 2013 lagi. Diinspirasi dari usahawan berbakat besar iaitu Puan Izzah Jaslenda, yang mula memperkenalkan jenama ini bersempena dengan nama anak perempuan kesayangannya Arissa. Menurut Puan Izzah Jaslenda beliau tertarik untuk menceburi bidang perniagaan yang mengeluarkan produk tudung kerana permintaan yang cukup tinggi dan juga trend hijabista di Malaysia yang sangat úp to date'. Ideanya untuk berniaga juga tercetus apabila Puan Izzah Jaslenda mendapati biarpun terdapat banyak shawl yang ditawarkan di Malaysia, namun jenis yang lebar dan sesuai untuk wanita yang berbadan besar tidak banyak di pasaran.

Untuk pengetahuan semuan koleksi Lady Arissa Couture ini agak terhad. Untuk satu rekaan tudung Lady Arissa Couture  ianya akan mengeluarkan untuk kuantiti tertentu sahaja. Ianya juga didatangkan bersama label esklusif, sekaligus tidak hairanlah jenama tudung Lady Arissa Couture ini sememangnya sudah punyai aras tanda pencapaiannya yang tersendiri.

Paling saya tertarik dengan koleksi ini bukan sahaja terletak pada rekaannya, tetapi juga koleksi warna yang ditawarkan benar-benar memikat. Dari warna lembut (pastel) sehinggalah warna garang, yang hadir tanpa corak (plain) dan juga bercorak. Paling penting harga yang ditawarkan sangat berpatutan dan mampu milik.

Seperti koleksi ini, mewah sekali dengan sulaman bunga. Sesuai untuk dipakai oleh raja sehari, mereka yang bertunang ataupun untuk mereka yang mementingkan hiasan mewah di tudung bagi suai padan untuk majlis-majlis istimewa tertentu.


Pelbagai pilihan corak dan rekaan yang menarik dari label Lady Arissa Couture ini uolls...


Warna lembut seperti ini agak popular dan mudah untuk dipadankan dengan pelbagai busana.


Selain daripda pelbagai pilihan kerawang bunga, ianya juga didatangkan dengan pelbagai warna menarik.

Ini pula adalah pilihan warna untuk shawl 2 loops beropol.

Nak menggayakannya pun agak mudah hanya sarung dikepala, dengan sedikit sentuhan 'adjust' mengikut raut wajah...

Siap dan cantik terletak! Mudah dan praktikal bukan :)

Bagi mereka yang sukakan rekaan bercorak contengan bunga...

Lady Arissa Couture turut menawarkan koleksi terhad mereka iaitu shawl lukisan bunga yang hadir dengan warna lembut.

Rekaan shawl ini agak unik dan esklusif. Dengan kedutan di sebelah kiri bersama brooch menarik.

Menyerlahkan lagi penampilan si pemakai. Ianya shawl instant, hanya sarung sahaja. Sesuai bagi mereka yang sukakan gaya minimalis.

Bagi mereka yang mempunyai banyak busana yang tidak bercorak, bolehlah memadan suai dengan shawl yang bercorak cantik di kepala. Dan Lady Arissa Couture menawarkan pelbagai corak menarik untuk digayakan.

Antaranya seperti shawl yang digayakan oleh Neyra. Corak dedaun dengan kombinasi warna hijau dan coklat. Memang sepadan dengan blouse plain warna tanah milik Neyra.

Terdapat variasi corak dari shawl istimewa Lady Arissa Couture untuk koleksi ini.


Peminat warna-warna lembut seperti pastel pasti menyukai koleksi Lady Arissa Couture yang ini.


Ianya instand shawl 2 loops, hanya sarung dan terus gayakannya.

Rekaan ini juga antara menjadi favourite buat Puan Iza sendiri selaku pengasas untuk label Lady Arissa Couture :)


Mereka yang hidup dengan gaya aktif, pasti meminati warna seperti ini. Warna pastel yang rare Nampak lembut tapi agak terang juga (garang).


Koleksi Polo Lady Arissa Couture ini menjadi kegemaran anak-anak muda yang suka menggayakannya bersama tshirt lengan panjang dan dipadankan samada seluar jeans mahupun seluar panjang pelbagai fesyen. Sesuai untuk mereka menggayakannya ketika keluar bersantai bersama teman mahupun keluarga.


Koleksi lain yang menjadi ''best selling" dari dulu sehingga kini.

Instant shawl yang digemari oleh mereka yang sibuk terutama wanita yang bergelar ibu. Instant shawl ini yang menariknya mempunyai awning yang lembut. Jadi apabila memakainya ianya akan terbentuk cantik di wajah, dan paling best ianya menutup dada (labuh).

Seperti Numi gayakan ini. Cantik bukan?


Antara lain cara koleksi dari Lady Arissa Couture seperti yang digayakan oleh model di bawah :)





Bukan sahaja cantek terletak, ianya juga sangat mudah mengayakannya. Memang sangat praktikal buat wanita yang suka bergaya kemas dan feminin. Yang lebih penting shawl yang dikeluarkan oleh Lady Arissa Couture ini labuh (menutup dada), sekaligus memenuhi syarat berpakaian seorang muslimin yang sebenar.

Jika kita membelinya, ianya juga didatangkan bersama kotak esklusif dan juga beg kertas istimewa. Jadi ianya juga sesuai dijadikan sebagai hadiah buat orang tersayang!


Boleh juga dibuat sebagai hadiah hantaran mahupun cenderahati (door gift) untuk majlis perkahwinan. Contohnya seperti cenderahati buat tetamu di majlis meraikan mempelai selebriti terkenal tanahair iaitu Shaheizy Sam dan pasangan Syatilla. Memang nampak ada kelas kan!!!

Koleksi Lady Arissa Couture juga pernahdigayakan oleh Syatilla dalam siri drama Sha dan Shah Raya yang bakal ditayangkan tidak lama lagi. Apa yang menariknya koleksi tudung ini bukan sahaja dijual di Malaysia bahkan ianya sudahpun menembusi pasaran di luar negara. Yang mana tudung koleksi Lady Arissa Couture ini ada dijual di Mubarak Ville New York dan bakal juga berada di pasaran Australia dan Dubai tidak lama lagi.

Bagi mereka yang berminat untuk mendapat koleksi Lady Arissa ini bolehlah layari di laman web http://ladyarissacouture.com @ zalora @ Bahagian pakaian Aeon Mall Shah Alam @ Aeon Kota Bharu (akan datang pada 1 Mei 2016)  @insta - carian pada nama LadyArissaCouture

Pelbagai rekaan baru akan dikeluarkan bersempena dengan kehadiran aidilfitri tahun ini. dan Lady Arissa Couture juga bakal memperkenalkan beberapa koleksi pakaian menarik tidak lama lagi.

Jangan lupa uolls untuk cuci-cuci mata dengan pelbagai pilihan gaya shawl dari Lady Arissa Couture. Dan ada berita menarik untuk semua pembeli tudung Lady Arissa Couture (RM70 ke atas), uolls boleh menyertai peraduan selfie bersama tudung Lady Arissa Couture, dengan hanya muat naik gambar selfie  ke instagram (jangan lupa tag Lady Arissa Couture). Pada yang sama kena whatapps maklumat diri, resit anda berserta gambar. Keterangan lanjut mengenai peraduan boleh rujuk pada insta: @LadyArissaCouture ya!

Jom berhijab dengan Lady Arissa,
Penampilan hijabista penuh bergaya!

Seronoknya Memanjakan Diri di Raisya Tradi Spa

$
0
0
Seharian bekerja memang memenatkan. Apatah lagi ianya tidak akan berkesudahan biarpun sudah pulang ke rumah ~kena uruskan anak-anak, memasak, membasuh, mengemas dan macam-macam lagi. Sebagai wanita kita perlu ada ~"me time"~ Untuk merehatkan diri, memanjakan badan yang sememangnya perlu dibelai dan diberi kelegaan.

Memang saya teruja apabila telah dipelawa untuk menyertai Pretty Bloggers Spa Day di Raisya Tradi Spa. Apatah lagi, spa milik bumiputera ini diuruskan oleh Kak Noor a.k.a Puan Ashyikin yang sememangnya sudah terkenal didalam bisnes Malika Confinement (servis urutan buat ibu-ibu yang sedang berpantang selepas melahirkan anak).

Dalam sesi memanjakan diri bersama blogger kali ini, selain saya turut sertai bersama ialah Ayue Idris dan juga Wendy. Kami telah diberikan sedikit penerangan ringkas tentang servis yang ditawarkan di Raisya Tradi Spa. Untuk pengetahuan semua, di Raisya Tradi Spa menyediakan perkhidmatan urutan secara tradisional dan moden.

Apa yang menarik tentang Raisya Tradi Spa, ianya bukan sahaja menawarkan pelbagai perkhidmatan spa yang sememangnya digemari kebanyakan wanita seperti urutan badan, mandi lulur, facial, urutan kaki dan pelbagai lagi. Terdapat juga aktiviti Zumba pada waktu malam yang mana yuran kemasukan untuk sejam adalah RM12.

Spa ini juga menyediakan tempat rehat untuk mereka yang datang menemani teman yang menjalani rawatan spa. Tenang dan selesa :=)

Terdapat barangan seperti produk kecantikan, barangan perhiasan, beg tangan boleh dibeli di sini.

Alatan senaman pun ada uollls...

Jika kita membawa anak, buaian ini pasti menjadi tempat kegemaran untuk mereka bermain sambil menunggu kita yang menerima rawatan di spa.

Mandian bunga yang menyegarkan antara salah satu perkhimatan yang disediakan di sini.

Bersempena dengan Pretty Bloggers Spa Day di Raisya Tradi Spa, saya telah merasai sendiri servis spa seperti facial, urutan kaki (foot spa) dan rawatan minicure serta pedicure.
Kelengkapan untuk urutan kaki. Puan Noor menggunakan kelopak bunga mawar asli sebagai bahan asas, selain dari scrub dan pelbagai bahan yang lain.

Memang memberi kelegaan. Terutama bagi saya yang banyak berjalan setiap hari dan menekan pedal minyak kereta untuk perjalanan yang jauh. Selain itu, saya paling suka dengan bau-bauan bunga yang digunakan, begitu menenangkan.


Urutan kaki....
Perghhhhhhhhhhhhhhhhhh...memang terbaik!!

Selepas urutan kaki, kami semua diberikan rawatan facial pula. Yang menariknya biarpun di Raisya Tradi Spa menyediakan pelbagai alatan moden namun dari segi urutan wajah, therapist Raisya tetap menggunakan 10 jarinya untuk mengurut. Ini bagi memastikan keberkesanan yang semaksima boleh dirasai oleh pelanggan Raisya!

Model di gambar adalah Wendy, hihihi. Ok saya paling suka part ni. Urutan ni memang membantu untuk mengurangkan sakit kepala (memperbaiki perjalanan darah di bahagian dahi).

Terutama bila therapist menekan sehingga ke hujung, kita akan lega sangat kepala kita setelah diurut.

Untuk pembentukan V-shape katanya. Oiii nak dagu runcing, urutan ini sangat memainkan peranan, hihihi.

Waktu bertenang-tenang ini, muka akan diberikan sedikit cahaya (tak sure apa nama proses ini), yang dikatakan mampu membuka liang-liang roma yang halus sebelum muka dipakai dengan pupur (mask).

Muka akan dipupur selama beberapa minit.

Bagi saya aktiviti facial paling win! Selain dapat membersihkan wajah scara mendalam, kita juga boleh merawat sambil merasai kenikmatan erti relaks sebenar-benar bila wajah dibelai-belai.

Rawatan ''manicure dan pedicure", tangan kita dibersihkan dan dikilatkan. Dan setengah wanita mereka juga meminta untuk diwarnakan kuku mereka.


Dan ini adalah harga promosi yang ditawarkan sepanjang bulan April dan juga Mei 2016. Yang mana harga yang ditawarkan sangat berpatutan. Selain itu, Raisya Tradi Spa juga menawarkan perkhidmatan sewa ruang spa untuk sebarang acara majlis. Contoh nak buat majlis 'Bridal shower"yang ada aktiviti memanjakan diri seperti rawatan spa pada rakan-rakan yang hadir dan sebagainya. Uolls boleh juga menyewa dan mendapatkan perkhidmatan dari Raisya Tradi Spa ya!

So, apa lagi jom kita memanjakan diri di Raisya Tradi Spa yang terletak di D 19 Alam Venue 1 , Padang Jawa, Seksyen 16, Shah Alam. Waktu operasi adalah bermula dari jam 11 pagi - 5 petang. Untuk rawatan malam, temujanji haruslah dibuat terlebih dahulu.

Sebarang pertanyaan mengenai rawatan di Raisya Tradi Spa ataupun Malika Confinement, boleh hubungi Kak Noor 016-2078091 ya!

Atau layari .raisyatradispa.com

Jom BerSpa!!!

Kejar Kerjaya atau Tukar Lampin Cahayamata?

$
0
0
Berpeluang mendengar sendiri melalui perkongsian dari Pakar Perubatan yang hebat ilmunya dalam bidang fertiliti serta perkongsian pengalaman penerima rawatan fertiliti di sini memang tidak akan saya lepaskan. Biarpun saya sudah memiliki 6 orang anak, tetapi sebagai seorang ibu saya juga sering didekati wanita-wanita di luar sana yang suka berkongsi cerita dan meminta pendapat peribadi terutama dalam masalah kesuburan. Seriusly, sejujurnya saya pun tidak dapat membantu. Namun setelah saya menghadiri sesi pengenalan rawatan fertiliti dan kesuburan, sedikit sebanyak dapat meningkatkan lagi pengetahuan saya tentang isu ini dan seterusnya saya akan berkongsi dengan anda semua :p :=)

Antara panel yang terlibat dalam diskusi ini ialah dari kiri Dr. John Peek (Pengurus Besar Kualiti, Makluamt dan Sains, Fertlity Associates New Zealand), Dr. Mary Birdsall (Pengurusi dan Pakar Kesuburan, Fertility Ssociates New Zealand), Dr. Arasu Muthusamy (Pengarah Perubatan, Fertility Associates Malaysia) dan Atilia Harun (Penyanyi R&B popular di Malaysia).

Untuk pengetahaun semua di Malaysia dikatakan 1 daripada 6 pasangan megalami masalah kesuburan. Ini mungkin diesebabkan dengan perubahan demografik di kalangan pasangan-pasangan di Malaysia. Antara yang mungkin menjadi faktor masalah kesuburan seperti:-

1. TERLALU MENGEJAR KERJAYA
Ada wanita yang mengejar kerjaya daripada ingin segera berumahtangga. Ini kerana mereka memerlukan JAMINAN kewangan yang kukuh sebelum mempunyai keluarga. Secara tidak langsung bagi mereka yang memulakan keluarga pada umur yang agak lewat boleh menyukarkan lagi untuk mendpatkan zuriat.

2. KURANG KESEDARAN
Ini merupakan faktor utama yang menyebabkan ramai dikalangan pasangan Malaysia yang mengalami masalah kesuburan tidak dapat mengatasi masalah yang dihadapi oleh mereka. Difahamkan pasangan yang bermasalah akan hanya mendapatkan rawatan dan nasihat dari pakar perubatan kesuburan setelah tidak hamil beberapa tahun.

Untuk pengetahuan semua, SARINGAN KESUBURAN merupakan langkah pertama yang paling penting yang perlu dilalui oleh setiap pasangan samada lelaki mahupun perempuan. Ini adalah peringkat yang mana setiap pasangan dapat memahami kesihatan kesuburan mereka dan mengetahui apakah tindakan proaktif yang boleh diambil sebelum terlambat.

Beberapa siri ujian kesuburan perlu dilakukan, dan pakar Perubatan dalam bidang kesuburan biasanya akan merujuk kepada 'BIOLOGICAL CLOCK' bagi mengetahui waktu kesuburan (contohnya proses simpanan ovari dan banyak lagi). Selain itu, faktor umur juga antara yang penting dalam proses cubaan untuk hamil.


Penerangan ringkas oleh Dr. John Peek




Sepanjang usia dewasa saya, saya tidak bimbang mengenai kesuburan. Status kesuburan seseorang itu bukan sesuatu yang dibincangkan secara terbuka. Kini, setelah saya dan suami mencuba untuk tempoh yang agak lama, saya sedar sudah tiba masanya untuk mendapatkan bantuan. Saya berada di sini pada hari ini untuk meyakinkan lelaki dan wanita di Malaysia bahawa anda boleh memfokus kepada kerjaya anda dan turut mempunyai anak – jika anda mengambil langkah-langkah yang sepatutnya, bermula dengan saringan kesuburan,” kata Atilia

Saya cukup tersentuh dengan kisah dari dua wanita hebat ini. Mungkin juga dikalangan kita mempunyai masalah yang sama. Punyai penyakit kanser payu dara, ataupun sudah mencuba berkali-kali dan berkali juga menghadapi masalah keguguran. Bagaimana ketabahan mereka ini mengharunginya demi untuk mendapatkan zuriat dari darah daging mereka sendiri.

Namun dua wanita ini semenagnya menekankan tentang "kita jangan ada perasaan putus harapan, bahkan kita harus bangkit mencuba"dan juga "kita perlu mendapatkan rawatan dan nasihat dari pakar kesuburan".

“Saya menggalakkan wanita mendapatkan nasihat dan menjalani Saringan Kesuburan sebaik sahaja ingin cuba untuk hamil. Ia mudah dan membantu meningkatkan peluang anda dalam jangka panjang. Jangan tunggu hingga sudah terlewat.” - Fatemeh Jalilvand.

“Mengambil langkah pertama tidak sukar – kakitangan di Fertility Associates benar-benar membantu dalam perjalanan kami.” - Laavanya Gopal Krishna.


Pakar-pakar perubatan dari New Zealand  turut menekankan bahawa terdapatnya banyak kemajuan dalam bidang kesuburan. “Saya menggalakkan wanita untuk mengambil tindakan ke atas kesuburan mereka sebaik sahaja mereka mencapai usia subur. Mula lebih awal dan jalani saringan supaya anda memahami kesuburan anda dan juga pilihan-pilihan yang ada, sama ada memerlukan rawatan kesuburan atau tidak untuk hamil,” 

 Dr. Mary Birdsall (Pengerusi dan Pakar Kesuburan, Fertility Associates New Zealand).

Demi kesedaran rawatan dan Ujian Kesuburan buat semua wanita Malaysia, Fertility Associates Malaysia kini telah mempersiapkan wanita dengan peralatan canggih, pengetahuan, rawatan dan sokongan tidak berbelah bahagi untuk membantu mereka yang bermasalah. Ini terutama untuk mengetahui status kesihatan kesuburan pasangan (lelaki dan perempuan) sebagai persediaan untuk masa hadapan mereka.

Keterangan lanjut mengenai rawatan boleh layari :

Sebarang pertanyaan:
info@fertilityassociates.com.my
0379319510 / 1300800400

Atau walk in sahaja ke:
Fertility Associates
106 Jalan Gasing
Seksyen 5
Petaling Jaya, 46000
Selangor

Kejar kerjaya???
Tapi sampai bila?

Atau mungkinkah..
Keinginan Tukar Lampin Cahayamata :)

Jangan malu untuk mendapat rawatan,
Lakukanlah ujian dan rawatan kesuburan!

Aktiviti Earth Day Bersama Jerlynn'L dan Butterfly Malaysia

$
0
0
Kebetulan tiba-tiba hari ni terajin sikit. Paling penting kat rumah ada botol kosong  untuk produk body wash dan shampoo, so apa lagi ai heretlah Nanie ajak pergi MV. Ciri-ciri Mak Shin Chan kan!!! kahkahkah

Jenama Jerlynn'L ni kalau kat Malaysia mungkin agak baru tetapi di negara barat khasnya ianya sudah cukup gah dan popular. Ianya dihasilkan dari bahan-bahan semulajadi dan dipercayai selamat digunakan untuk semua usia. Saya ada kongsikan mengenai produk ini di entri ini --> http://ayuarjuna.blogspot.my/2016/03/jerlynnl-kini-menjadi-pilihan-saya-dan.html :)

Saya tertarik betul dengan gaya tatarias kiosk Jerlynn'L. Simple dan klasik.





Cantikkan!!!!!!
Susunan indah dengan perletakan bunga yang tersusun. Suwitt giler.
Bila berada di sini memang kita akan rasa kagum dan teruja dengan keindahan di depan mata :=) 

Bersempena dengan EARTH DAY, The Butterfly Project dengan kerjasama Jerlynn, telah melancarkan kempen The Earth Day bermula dari 1-7 April 2016, yang mana setiap blogger yang menukarkan 2 botol kosong (penjagaan badan ataupun shampoo) dan kongsi mengenai kempen in di instagram akan diberikan produk Jerlynn'L Hair Wash secara percuma (pssst harganya dalam RM119) dan juga mini set produk asas Kerlynn'L travel pack!

See Nannie Isa, antara blogger yang berjaya mendapatkan produk Jerlynn'L secara percuma :p

Tadaaaaaaaaaaaaaaaaa. Cantikkan cara pembungkusan di sini :)

Apa yang menarik jika kita membeli produk Jerlynn'L ianya akan dibungkus secara esklusif seperti hamper.

Untuk promosi waktu terhad, kita juga boleh membeli produk yang dijual secara esklusif seperti ini. Mini beg yang comel bersama produk Jerlynn'L (yang terpilih).

Pembungkusan seperti hamper yang menarik. Rasanya harga untuk hamper adalah RM250.

Set hamper ini pula berharga RM350 :)

Jika berpeluang ke kiosk Jerlynn'L di Mid Valley, jangan lupa jumpa Stella yang peramah di sana! Jangan lupa dapatkan Jerlynn'L produk penjagaan diri dihasilkan dari bahan semulajadi. Sesuai untuk seisi famili.

TQ Butterly Malaysia and Jerlynn'L

Rangkaian Terbaru Produk Safi Dari Bahan Semulajadi!

$
0
0
Ibarat berbicara dengan alam sememangnya tiada yang sebaik sentuhan semulajadi. Kebaikan hasil alam seperti Gamat, Pokok Lidah Buaya dan Mentimun sememangnya diperakui sejak zaman- berzaman mampu memberikan khasiat terhadap kulit wajah. 

Wajah yang dibersihkan dengan menggunakan pembersih wajah boleh menjadikan kulit lebih halus dan lembut berbanding dengan penggunaan sabun biasa. Penggunaan pembersih wajah sangat penting kerana ianya diformulasi khas untuk tekstur kulit wajah. 

Sebagai produk kecantikan yang HALAL no 1 di MAlaysia, SAFI sentiasa memahami keperluan wanita moden yang menginginkan produk kecantikan berasaskan ekstrak tumbuhan  semulajadi dan juga diperkaya dengan manfaat Habbatus Sauda agar khasiat pada kulit wajah dapat dipertingkatkan.

Sabda Nabi Muhammad S.A.W. dalam Hadis Riwayat Bukhari & Muslim yang dipetik dari Kitab Ash Shahihain, “Gunakanlah Habbatus Sauda kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)”

Rangkaian Pembersih Wajah SAFI adalah regim penjagaan wajah asas bagi wanita yang inginkan sentuhan semulajadi. Rasaiformulasi ekstrak semulajadi yang hadir dalam variasi berikut- Sari Mentimun & Habbatus Sauda, Sari Susu Manggis & Habbatus Sauda, dan Sari Gamat &Habbatus Sauda.

Formulasi baharu SAFI didatangkan dalam rona bungkusan serta reka bentuk produk yang selari dengan jiwa wanita yang cintakan sentuhan semula jadi, mempunyai personaliti ceria namun masih kekal ayu dan sopan.Warna biru laut, ungu dan hijau terang yang mewakili konsep alampasti kelihatan menonjol dan menarik perhatian pengguna.
Berikut adalah wahana baharu buat wajah cantik berseri:

Formulasi dipertingkat!
Habbatus Sauda atau dikenali sebagai Jintan Hitam merupakan kombinasi utama dalam formulasi baharu rangkaian Pembersih Wajah SAFI bagi membantu kulit agar kelihatan halus dan lembut semulajadi.Habbatus Sauda melindungi kulit dengan nutrien dan bahan antibakteria. Ayuh nikmati kulit lembap dan licin sepanjang hari secarasemulajadi.

Rangkaian produk pembersih muka SAFI
 


a.   Pembersih Muka Sari Mentimun &Habbatus Sauda SAFI
50g- RM 6.10, 100g-RM 10.80

Rasai manfaat Sari Mentimun yang mampu mengecilkan pori. Pembersih ini mampu membersihkan kotoran secara mendalam, membuat kulit terasa lebih mulus, segar & berseri. Dengan khasiat mentimun, sel kulit mati akan mudah tertanggal malah kotoran dapat dibersihkan secara berganda! Pembersih ini sesuai untuk semua jenis kulit. Kini kulit wajah terasa halus dan pori tidak tersumbat lagi!
 


b.    Pembersih Muka Sari Susu Manggis & Habbatus Sauda SAFI
50g-RM 6.10, 100g-RM10.80

Inilah rahsia cerah berseri secara semula jadi! Terkenal dengan gelaran “Ratu buah-buahan”, rumusan khas Sari Susu Manggis menjadikan kulit wajah cerah dan lembap sepanjang hari. Pembersih ini amat sesuai untuk semua jenis kulit khususnya mereka yang berkulit kering. Alami kecerahan kulit secara semulajadi dan nikmati kelembapan kulit wajah berpanjangan!
 
c.    Pembersih Muka Sari Gamat & Habbatus Sauda SAFI
50g-RM 6.10, 100g-RM 10.80

Kehebatan gamat memang diperakui ramai sebagai agen pemulihan dalam rawatan tradisional. Ia juga mampu mengawal minyak dan jerawat di samping membersihkan kulit wajah dengan sempurna tanpa cela. Tampil yakin dengan kulit bebas minyak & jerawat!



     Penyegar Sari Mentimun & Pokok Lidah Buaya bersama Habbatus Sauda SAFI
100ml- RM 7.50

Dapatkan kehebatan dua khasiat alamiah Sari Mentimun dan Pokok Lidah Buaya yang membuatkan kulit wajah anda tegang dan sentiasa lembap dengan penyegar Safi. Penyegar tanpa alcohol ini berkesan mengecilkan pori sambil membersihkan sisa kotoran. Kulitmu kini lebih segar dan bersih sentiasa.



Rangkaian produk pelembap muka SAFI

Pelembap Muka Sari Gamat & Habbatus Sauda SAFI
80g- RM 8.90


Kebaikan Sari Gamat sebagai agen pemulihan mampu mengawal minyak dengan efektif agar kulit bebas bernafas dan lebih sihat tanpa jerawat. Berikan nafas baharu serta kesegaran pada kulit wajah anda!

     Pelembap Muka Sari Pokok Lidah Buaya & Habbatus Sauda SAFI
80g- RM 8.90
 
Manfaat ekstrak Sari Pokok Lidah Buaya ini umpama terapi wajah, selain menyejukkan ia juga membekalkan mineral dan vitamin yang diperlukan oleh semua jenis kulit. Kulitmu pasti terasa lebih lembap dan sihat dengan terapi wajah ini!


     Krim Kecantikan Lidah Buaya & Habbatus Sauda SAFI
16g-RM 7.40
 

Rumusan khas kini dipertingkat dengan gabungan Sari Pokok Lidah Buaya dengan Habbatus Sauda mengandungi nutrien semula jadi agar kulit kekal lembap dan segar sepanjang hari. Ia membantukulit wajah tampil halus, lembut dan berseri. Krim kecantikan ini amat sesuai digunakan sebagai krim pelembap dan asas solekan. Tampil cantik berseri dengan asas solekan semulajadi!

Yang best, bila menggunakan produk ini, muka kita nampak lebih flawless!!



Sebagai seorang remaja My Yana tidak terlepas menghadapi masalah jerawat. Jadi saya telah mengesyorkan Yana untu mencuba Pembersih Muka Sari Gamat & Habbatus Sauda SAFI.

Hanya picit sedikit mengikut keperluan.


Basahkan dengan air, sehingga kelihatan sedikit buih.

Ratakan dengan lembut pada wajah..




Bilas muka dengan air yang bersih.

Menurut Yana, selepas menggunakan produk Pembersih Muka Sari Gamat & Habbatus Sauda SAFI ini beliau terasa mukanya begitu lembut dan selesa. Dan setelah menggunakan hampir seminggu, jerawat di kulit Yana semakin tidak kelihatan, muka juga jadi kurang berminyak. Paling penting, produk ni agak tahan lama, ini kerana kita hanya perlukan sedikit sahaja pada setiap penggunaan. Untuk harga yang jauh berpatutan penggunaan yang agak lama, memang ianya berbaloi!

Produk SAFI ini boleh di dapati di seluruh Malaysia termasuk farmasi, pasaraya dan pasaraya hiper utama. Bersama kita nikmati khasiat semulajadi dengan manfaat berganda Habbatus Sauda. Untuk maklumat  lanjut mengenai jenama SAFI sila layari laman facebook SAFI, www.facebook.com/SAFI.MY, laman instagram SAFI@safimalaysia dan saluran youtube SAFI di www.youtube.com/safimalaysia

Produk Penjagaan Terbaik Buat Si Comel ~ Baby Naturals Dari Watsons

$
0
0
Hollllaaa!!!

Dunia keibubapaan hari ini memang mencabar. Bukan hanya kita perlu mengawasi perkembangan anak, makanan yang diambil bahkan penjagaan harian juga perlu dititik beratkan. Dalam keadaan cuaca yang tidak menentu. Contoh terlalu panas dan berdebu, ianya boleh menyebabkan kulit anak-anak kita terdedah dengan pelbagai kuman dan kotoran. Selain itu,  kita juga perlu  pastikan produk untuk anak-anak kita adalah selamat digunakan.

Saya telah diperkenalkan dengan  produk penjagaan bayi terbaru iaitu Baby Naturals by Watsons baru-baru ini. Apa yang menariknya selain dari rupa bentuk botolnya yang agak praktikal mengikut kesesuaian penggunaan, produk dari Australia ini telah dihasilkan secara semulajadi dari sumber organik iaitu'Celendula Oil'.

Apa kebaikan minyak dari bunga Celendula ini ya?

Bunga calendula atau dikenali sebagai pot marigold sememangnya terkenal sebagai tumbuhan organik yang banyak manfaat dan kegunaaannya. Bunga calendula ini dikatakan selalu tumbuh di tiap awal bulan, dan istimewanya pada musim panas bunga calendula ini akan tumbuh sepanjang. Untuk pengetahuan semua bunga calendula dan daunnya boleh dimakan ya! Biasanya masakan jenis sup dan salad boleh dihasilkan dari bunga calendula ini. Dan Pakar Perubatan mendapati minyak dari bunga calendula amat sesuai dijadikan sebagai antiseptik dan antifungal. Ini kerana terdapat 1001 kebaikan dalam kandungan zat dalam bunga celendula:
  • Karotenoid
  • β-karoten,
  • Trans-lutein, 
  • Lutein ester
  • Xantofil
Selain itu kelebihan minyak bunga calendula juga dikatakan mampu mengubati sengatan lebah, luka, kulit terbakar, sakit kepala, sakit gigi, demam, masalah menstrual, penyakit kuning, penyakit mata dan luka atau iritasi pada kulit. Bunga calendula ini juga boleh dimanfaatkan untuk menghalau serangga atau paling boleh dijadikan sebagai anseptik!

Perghhhhh..banyak betul kelebihan dan khasiat minyak calendula ni ya :=)



Di majlis pengenalan produk ini, kami telah dihiburkan dengan persembahan menarik dari anak-anak kecil yang berpakaian seperti si pari-pari. Memang menghiburkan melihat aksi mereka menari.

Sesi wawancara bersama Puan Chu Ling, Personaliti TV dan radio dan juga 'Watsons Celebrity Friend', yang telahpun berpeluang mencuba produk ini. Dan menurut beliau, "Seperti ibu-ibu yang lain, saya sentiasa mahukan yang terbaik buat anak saya. Dan saya telah mencuba siri Celendula dari produk Baby Naturals dan saya dapati ianya memberi banyak perubahan yang baik pada kulit bayi saya".

Kebaikan minyak dari bunga celendula turut diakui oleh Datin Dr Meena Thalayasingam (Paedetrik Konsutan, Klinikal Imunilogi dan Alergi). Menurut Dr, "Dari kajian yang telah dilakukan mendapati minyak organik dari bunga celendula boleh memberi banyak kelebihan dalam urutan terapi terutama pada 'pre term infants' dan 'post-operation cardiac patients an constipation'. 

Antara siri Baby Naturals by Watsons seperti :-

1. Calendula Massage Oil
Minyak ini mampu melembutkan kulit dan mengelakkan kulit bayi dari menjadi kering. Ianya mudah diserap terus ke dalam kulit tanpa menyebabkan liang roma tersumbat. Sekaligus penggunaan minyak ini untuk urutan bayi mampu memberi kelegaan, ketenangan dan boleh mengelakkan kulit bayi menjadi kerengsaan.

Untuk saiz 100ml, harga yang ditawarkan adalah RM19.90

2. Calendula Lotion
Dengan bahan-bahan semulajadi yang digunakan, produk ini mampu mengekalkan kesimbangan kelembutan kulit. Cepat diserap, mengurangkan hidrasi pada kulit serta memberi perlindungan, 'soothing' dan kelembutan pada kulit bayi.

Untuk saiz 250ml, harga yang ditawarkan adalah RM27.90

3. Calendula Moisturising Cream
Mememlihara kulit secara semulajadi, selain dari mengimbangi kelembapan kulit bayi. Produk ini mampu mengekalkan kelembapan kulit bayi tanpa meninggal kesan berminyak (melekit) dan pastinya memberi kelembutan dan keselesaan kepada bayi selepas menggunakannya.

Untuk saiz 100ml, harga yang ditawarkan adalah RM19.90


d. Calendula Hair & Baby Wash
Produk kegunaan badan dan rambut ini mampu menjadikan kulit menjadi lembut dan juga rambut mudah diurus (lembut juga). Memberi lebih penjagaan pada kulit dan rambut bayi dan yang menariknya produk ini tidak akan memedihkan mata bayi ketika menggunakannya.

Untuk saiz 250ml, harga yang ditawarkan adalah RM27.90

Tambahan info: semua produk Baby Naturals dari Watsons adalah bebas paraben, minyak mineral, silikon, alkohol dan pewarna.


Di majlis pengenalan produk ini juga saya telah diajar cara membuat urutan bayi daripada therapist dari Hippopo Baby Spa.

Banyak yang saya belajar terutama teknik mengurut bayi dengan betul. Antaranya urutan adalah perlu dilakukan dari kiri dan kanan. Dan semasa mengurut pastikan bayi diletakkan dalam ruang yang cukup selesa dari segi pengcahayaan dan yang terbaik perlu ada muzik (pilih muzik yang boleh menenangkan)


Bergambar kenangan, tetamu jemputan dan VIPs bersama kanak-kanak pari comel yang membuat persembahan.

Review dari saya :=)

Ok, saya telah menggunakan produk Calendula Hair & Body Wash serta Calendula dari siri  Baby Naturals by Watsons.

Produk mandian ini mempunyai wangian yang lembut dan 'natural'. Ianya tidak terlalu berbuih, senang dibilas dengan air. Disebabkan produk ini tidak memedihkan mata, jadi saya tidak ada rasa bimbang menggunakannya ke atas Ameer yang agak lasak. Dan kelihatannya Ameer begitu seronok waktu beliau dimandikan.


Selepas mandi, seperti biasa saya akan membuat sedikit urutan ke atas badan Ameer. Dan saya telah mencuba Calendula Oils dari Baby Naturals by Watsons. Warna minyak celendula yang agak jernih dan saya sangat sukakan baunya. Seriusly saya ada rasa 'soothing' ketika minyak berada di jari saya :=)


Sapukan dengan lembut di bahagian tapak kaki dan kaki. Dari atas ke bawah. Kedua-dua belah kaki ya!

Menekankan bahagian perut dari atas ke bawah. Menggunakan kedua belah tangan, tekan dengan lembut. Ini adalah untuk membuang angin dalam perut bayi sekaligus mengelakkan bayi kita mengalami perut kembung.

Selain itu saya juga membuat urutan di perut menggunakan tangan yang bermula dari atas di tarik ke bawah, dari kiri ke kanan seolah membentuk putaran yin dan yang (siang dan malam)

Seterusnya urutan tangan dan akhir sekali saya akan membuat urutan I, LOVE, U. Adalah penting semasa memberi urutan pada bayi, kita turut berkomunikasi dengan mereka. "Bonding time"uollsss!!!

Produk Baby Naturals by Watsons bukan sahaja mampu melembutkan secara semulajadi dan memberi kelembapan secara mendalam. Waima produk Australia ini juga antara solusi kepada penjagaan kulit bayi yang terbaik untuk semua jenis kulit terutama kulit yang sensitif. Bahkan produk bayi ini juga boleh dikongsi bersama ahli keluarga yang lain. "Sharing is caring' hiks

Telah diuji secara klinikal, bebas dari bahan yang membahayakan dan yang paling penting produk yang mengandungi minyak bunga calendula ini mampu memberi banyak kelebihan dan manfaat kepada penggunanya.

Untuk keterangan lanjut boleh layari laman web www.watsons.com.my ya!
Viewing all 2935 articles
Browse latest View live