Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all 2933 articles
Browse latest View live

Master Your Force, LEGO STAR WARS DAYS 2016 di LEGOLAND

$
0
0
Peminat LEGO dan Star Wars khasnya pasti tidak sabar menantikan kemunculan bulan Mei 2016. Ini kerana acara LEGO Star Wars terbesar di rantau ini bakal berlangsung di LEGOLAND Johor selama sebulan!

Saya sendiri begitu teruja menantikan kemunculan Star Wars  Days ini. Tambahan pula siri Star Wars ini sememangnya diminati oleh seluruh ahli keluarga saya :=)


VIPs di  majlis sidang akhbar Master Your Force di LEGOLAND


“This is the grandest full-fledged partnership that The LEGO Group is doing with LEGOLAND Malaysia Resort, and the synergy is absolutely wonderful – we know that Star WarsTM fans love the sets that we have, and this is a chance for parents to show their children what they’ve loved since they themselves were kids. The LEGO Star WarsTM Miniland is the perfect place for them to show exactly what LEGO Star WarsTM can be like in creating the world of the beloved franchise. We’re very excited and we can’t wait for everyone to experience all this!”
kata Dick Yoong, Country Manager, LEGOMalaysia


Ms Thila memberi penerangan mengenai acara yang bakal berlangsung di LEGOLAND sepanjang bulan Mei 2016. Semuanya menarik uolls....

Antaranya seperti :-

- Perarakan Besar-Besaran (special Parade)  Pada 7-8 Mei 2016
Antara yang bakal mencuri perhatian pengunjung, perarakan Darth Vader, Imperial March Stormtroopers bersama karektor Star Wars yang lain (saya dipahamkan 90 cosplay Star Wars akan menyertai sama).

- Bersama Membina LEGO Gergasi
Pengunjung juga boleh menyertai membina LEGO Millenium Falcon dan TIE Fighters!

- Kehadiran hos LEGO Master Builder
Bagi peminat tegar LEGO, kehadiran ayah dan anak ini memang sangat dinantikan ~Daniel Steininger dan  Christoper Steininger yang akan membina kapal angkasan yang menjadi ikon dalam Star Wars iaitu  Millenium Falcon yang melibatkan 20,000 lego!!!

- Build Your Dream Lego Star Wars Starship (bermula dari 21 April - 8 May 2016)
*Ibubapa berpasangan dengan anak dengan membina  kapal angkasa (starship) LEGO Star Wars yang mereka imaginasikan/idamkan.

* Muat turun kapal angkasa yang siap dibina di wall LEGOLAND Malaysia Resort FB page dengan hashtag #MasterYourForce dan #LEGOStarWarDays

* 10 pemenang akan dicari berdasarkan kapal angkasa terbaik yang dibina (pemilihan oleh LEGO master Builders). Penyampaian hadiah adalah pada 14 May 2016.

- Pertandingan My Own Creation (MOC)
Peminat LEGO boleh juga menyertai MOC, yang mana pertandingan ini turut disertai oleh pembina-pembina LEGO dari Malaysia, Singapura, Taiwan, Indonesia dan Hong Kong. Yang mana pertandingan MOC, kali ini memerlukan pembina LEGO  bertanding dengan membina babak-babak dalam filem Star Wars menggunakan LEGO. Untuk tahun 2016, pertandingan ini telah dibahagikan kepada tiga kategori  iaitu: 7-15 tahun, 15 tahun ke atas dan kategori baru - pasangan ibu bapa dan anak. Setiap pemenang dari kategori akan diumumkan pada 8 Mei 2016. Semua pemenang karya MoCS akan dipamerkan di Legoland sehingga 31 Mei 2016.

- Aktiviti Sepanjang Bulan May 2016 di Legoland
* Pada kanak-kanak yang menggayakan/memakai costume seperti karakter Star Wars kegemaran mereka boleh memasuki ke taman tema Legoland secara percuma.

* Untuk aktiviti setiap minggu,:-
a. Pengunjung taman LEGOLAND berpeluang untuk membina dan membawa balik edisi terhad mini Milennium Falcon.
b. Kanak-kanak juga berpeluang untuk menyertai aktiviti menari bersama LEGO Darth Vader di Star Wars Miniland.

* Setiap keluarga juga boleh menyertai pelbagai aktiviti antaranya seperti mencari Harta Karun (treasure hunt)edisi Star Wars dan lain-lain serta berpeluang untuk memenangi hadiah istimewa.

* Boleh bergambar di Star Wars 'Photo Wall'

* dan pelbagai aktiviti menarik


Di majlis sidang akhbar Master Your Force di LEGOLAND ini, saya berpeluang sendiri melihat beberapa koleksi LEGO dari edisi terhad STAR WARS yang dipamerkan. Memang saya kagum dengan keunikkan hasil bina dari blok-blok LEGO ini. Bukan mudah ya uolls untuk hasilkan senibina yang terbaik. Perlukan keazaman dan kesungguhan yang tinggi.

Antara koleksi LEGO edisi terhad Star Wars seperti :-










Millenium Falcon Black Series
Builder : Bruce Lee





Nak bertemu dengan LEGO Darth Vader ini? Jangan lupa kunjungi LEGOLAND bulan Mei nanti ya!

Keterangan lanjut mengenai acara dan harga tiket boleh layari http://www.legoland.com.my/

May the force with you,

4 Resepi Menggunakan Produk TC Boy, Praktikal dan Sedap!

$
0
0

TC Boy produk dari Malaysia yang telah mula berada di pasaran sejak tahun 1991 lagi. Jenama ini sudah gah namanya di pasaran luar negara di Asia Barat khasnya seperti Egypt dan juga Negara-Negara Asia seperti Thailand (dikenali sebagai TCB), Brunei, China dan Malaysia sendiri.

Produk TC Boy telah dihasilkan menerusi kajian inovasi yang telah dijalankan oleh penyelidik-penyelidik terbaik. Ini adalah bagi memastikan produk yang dikeluarkan yang TERBAIK dengan menggunakan semua bahan semulajadi, tanpa sebarang penambahan perisa tiruan dan MSG.

Misi TC Boy adalah untuk memasarkan produk yang berkhasiat, berkualiti dan praktikal untuk semua isi rumah. Paling penting produk TC Boy ini adalah HALAL dan telah mendapat pengiktirafan daripada pihak Jakim.

Antara produk-produk TC Boy yang telahpun berada di pasaran seperti:-

TC Boy Tuna & Salmon :
- Tuna Chunky Flakes in Vegetable Oil
- Red Salmon Salad
- Tuna Sandwich Delite
- Tuna Real Mayonnaise
- Tuna Mayonnaise Spread Style
- Solid Tuna in Spring Water
- Tuna with Chilli Padi
- Solid Tuna in Vegetable Oil
- Solid Tuna in Sunflower Oil
- Solid Tuna in Brine

- Solid Tuna in Virgin Olive Oil

TC Boy Sardines & Mackerel :
- Fried Mackerel In Chilli Sauce 155g
- Mackerel in Tomato Sauce 425g
- Sardines in Tomato Sauce 155g & 425 g


Kebaikan produk TC Boy:-
  • Omega 3 - kaya DHA dan EPA yang membantu meningkatkan kolestrol yang baik (HDL) dan boleh mengurangkan kolestrol tidak baik (LDL)
  • Protein - keperluan nutrien yang diperlukan oleh tubuh manusia untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu
  • Kalsium - sangat memainkan peranan yang utama iaitu pembesaran tulang, pembekuan darah, mengurangkan kontraksi otot dan melancarkan saraf
  • Rendah lemak - boleh membantu mengurangkan penyakit seperti penyakit jantung dan obesiti

Meh, saya kongsikan beberarap resepi yang telah saya cuba menggunakan produk TC Boy :=)

1. TC Boy Tuna in Mayoniss Puff

Bahan:
1. TC Boy Tuna in Mayoniss
2. Pastri  instant
3. 1 biji bawang merah didadu
4. Telur kuning

Tadaaaaa...TC Boy Tuna in Mayoniss, dah cukup rasa dengan ikan bersama mayonise dan juga isi jagung manis.
Saya suka untuk menambah sedikit bawang dan juga perasa lada hitam (untuk sedikit pedas)

Masukkan pastri dalam acuan seperti di atas.

Kemudian isikan pastri dengan TC Boy Tuna in Mayoniss yang telah digaul dengan bawang dan serbuk lada hitam.

Tutup permukaan atas dengan potongan pastri yang lebih kecil.

Sapukan dengan telur merah di atas permukaan pastri.

Bakar dalam suhu 180c selama 15-20 minit.

Makan panas-panas TC Boy Tuna in Mayoniss Puff ini memang mengancam!!!
Boleh dimakan waktu petang ataupun hidangan lewat malam.


2. Kari Sardin Istimewa TC Boy

Bahan:
1. Sardin TC Boy
2. 1 biji bawang merah besar, hiris halus
3. 1 labu bawang putih, hiris halus
4. Sedikit halia, hiris halus
5. Biji rempah
6. sedikt daun kari
7. 1 bji tomato dipotong dadu
8. 1 paket serbuk kari ikan
9. santan (satu plastik kecil)
10. cili hijau (untuk rasa lebih pedas)

Masukkan biji rempah, bawnag-bawang serta halia yang dihiris. Serta masukkan tomato yang didadu dan cili hijau yang yang dibelah dua. Goreng sampai warna bawang kekuningan dan berbau wangi.

Masukkan rempah kari ikan.
Serta tambahkan sedikit air dan satan
Masukkan sardin TC Boy. Kari ini juga boleh dimasukkan sayur bendi atau terung.

Nikmati kari sardin ini bersama nasi panas ataupun boleh juga dicicah dengan roti.

3. Salad Tuna Istimewa

Bahan:
1.  Solid Tuna in Spring Water
2. Sayuran (saya guna salad). Boleh juga ditambah dengan hirisan halus lobak merah dan tomato.
3. Biskut *yang telah dibakar dan di potong dadu)
4. Mayonis
5. Garam dan serbuk lada hitam penambah rasa.


Inilah rupanya  Solid Tuna in Spring Water!!!


Gaul rata...
Memang sedap. Simple dan mudah!!!


4. Biskut Sandwich Tuna TC Boy Istimewa

Bahan:
1. Solid Tuna in Virgin Olive Oil
2. Biskut
3. Cheese parmesan

Ini paling senang. Cuma letak sedikit Solid Tuna in Virgin Olive Oil ke atas biskut. Taburkan cheese parmeson. Tutup di bahagian atas dengan sekeping lagi biskut. Ala-ala sandwich!

Makanan ringan yang enak ini boleh  dihidangkan untuk tetamu yang datang ziarah ataupun sebagai hidangan petang bersama keluarga.

Macam-macam kan hidangan yang kita boleh hasilkan daripada produk TC Boy ini :=) Yang penting, setiap hidangan yang kita sediakan semuanya mudah dan ringkas, pada yang sama rasanya sangat sedap!

Keterangan lanjut mengenai produk bolehlah layari --> http://tcboy.com/

Kehebatan Produk Mary Kay MalaCEP Plus + Luminous System

$
0
0
Jenama Mary Kay sememangnya sudah lama popular, apatah lagi produk ini telah memikat pengguna Asia terutamanya di kalangan pengguna Malaysia. Untuk pengetahuan semua jenama Mary Kay diasaskan pada 13 September 1963 oleh Mary Kay Ash . Ibu pejabat Mary Kay Inc terletaknya di Dallas Texas dan diiktiraf sebagai salah satu syarikat kosmetik terbesar di dunia. Yang menariknya Mary Kay sentiasa menjaga piawaian kualiti dengan tidak pernah menjalankan ujian produknya ke atas haiwan. Mary Kay Inc telah membangun, menguji dan mengilang serta membungkus produknya di kilang canggih mereka seperti di A.S, China dan India. Atas efisien dan kecemerlangan produk ini di pasaran tidak hairanlah Mary Kay Ash telah banyak diberikan anugerah berprestij dan diiktiraf sebagai Úsahawan Wanita Yang Terunggul di dalam sejarah Amerika.

Dan yang terkini Mary Kay Inc telah memperkenalkan satu siri regimen penjagaan baru yang di kenali sebagai Mary Kay MalaCEP Plus + Luminous System. Dalam siri ini terdapat 5 produk iaitu 
"Ultimate SerumFoaming CleanserFreshenerMask dan Ultimate Cream"
Menurut Cik Karen Ng Siew Ching (Senior Marketing Manager, Mary Kay Malaysia), regim terbaru Mary Kay ini iaitu Mary Kay MalaCEP Plus + Luminous System dihasilkan daripada formulasi edelweiss extractalgae extract,dan vegetable amino acids yang mana mampu untuk mengurangkan masalah melanin seperti tompok-tompok hitam di wajah, mencerahkan dan sekaligus mampu memutihkan kulit wajah, ini adalah berdasarkan kebaikan dari 3 bahan utamanya iaitu :

  • Ekstrak Edelweiss - Mencerahkan, memberi perlindungan, kaya dengan Antioksidan untuk membantu mengurangkan perubahan warna pada kulit.
  • Ekstrak Alga - Meransang pembentukan melanin dan membantu menghalang perubahan warna pada permukaan kulit.
  • Asid Amino dari sayuran - Memperbaiki kecerahan kulit, menjadikan tona kulit lebih sekata dan mengurangkan bintik-bintik hitam pada kulit.

 Memang bestkan kalau kita lihat pada khasiat yang bakal diperolehi selepas menggunakan siri Mary Kay MalaCEP Plus + Luminous System ni kan???

Saya sendiri telah mencuba lebih daripada seminggu produk ini dan hasilnya cukup memberangsangkan. Paling saya suka ianya tiada kesan sampingan dan perubahan pada wajah berlaku secara semulajadi.

So, biasanya say akan menggunakan siri penjagaan Mary Kay MalaCEP Plus + Luminous System 2 kali sehari iaitu pada sebelah pagi dan malam.

Pagi :
1) Pencuci - MalaCEP Plus  Foaming Cleanser
2) Penyegar - MalaCEP Plus Freshener
3) Ultimate Serum - MalaCEP Plus Ultimate Serum
4) Pelembab Siang - MalaCEP Plus Ultimate Cream

Malam :
1) Pencuci - MalaCEP Plus  Foaming Cleanser
2) Penyegar - MalaCEP Plus Freshener
3) Ultimate Serum - MalaCEP Plus Ultimate Serum
4) Krim Malam - MalaCEP Plus Ultimate Cream

2-3 kali seminggu kita boleh gunakan MalaCEP Plus Mask ya!!



MalaCEP Plus  Foaming Cleanser |  RM129 / 100ml


Produk ni mempunyai tekstur yang sangat lembut dan ringan. Tidak ada bau wangian, sangat natural. Picit ikut keperluan di atas tapak tangan. Letakkan sedikit air dan basuh muka dengan lembut. Urut secara perlahan-lahan. Dan jangan lupa bilas dengan air ang bersih.

Lepas mencuci menggunakan produk ini, saya dapat rasakan sendiri yang wajah saya benar-benar bersih, dan terasa lembut juga. Yang pastinya dengan membersih muka menggunakan produk ini menjadikan wajah kita lebih ceria, tidak lagi kelihatan kusam atau kurang bermaya.

 MalaCEP Plus Freshener(RM129 / 100ml)

Produk ini mampu melembutkan kulit dan memberi keselesaan pada wajah muka. Saya suka menggunakan MalaCEP Plus Freshener ini dengan menyapu di muka menggunakan tapak tangan dan jari. Rasa seronok pula menepuk muka secara perlahan-lahan dengan menggunakan freshener dari Mary Kay ini.  Tapi kelazimannya penggunaan tisu muka lebih efisien dan senang diratakan.

MalaCEP Plus Ultimate Serum | RM350 / 30ml

Ini antara produk terbaik dari regim Mary Kay MalaCEP Plus + Luminous System. Kandungan istimewa serum ini boleh membantu meremajakan kulit wajah kita ya. Dan kenapa kita perlu memakai serum terlebih dahulu, ini kerana molekul serum ini lebih halus dan kecil dan cepat diserap. Jadi kita perlu pakai serum terlebih dahulu, sebelum memakai pelembap untuk langkah seterusnya.


 MalaCEP Plus Ultimate Cream | RM180 / 30ml

Pelembap ini mampu memberi kelembutan pada kulit. Menjadikan tona wajah lebih sekata dan sekaligus kita akan lebih 'glowing'. 


Hanya sapu secara lembut di seluruh wajah dan juga yang terbaik sapu sehingga leher :=)

 MalaCEP Plus Mask | RM169 / 85ml

 Tidak perlu kerap penggunaannya. Dalam seminggu 2-3 kali. Yang bestnya, kita hanya picit sedikit (ikut keperluan).

Sapu rata di seluruh muka. Rehat dalam 10-15 minit. Memakai mask ini sebenarnya bagus bagi menanggalkan kulit-kulit mati. Dan pastikan ketika bersihkan muka (selepas 15 minit), wajah kita betul-betul bersih.


Tidak dinafikan kita tidak boleh hentikan usia kita dari menginjak tahun demi tahun. Tapi kita masih berpeluang menjadikan wajah kita tidak dimakan usia, sentiasa awet muda, bersih tanpa noda, cerah sekata, berseri-seri dan ceria!

Heheheh

Untuk lebih info nengenai Mary Kay, boleh layari pada pautan di bawah :-
Facebook : Mary Kay Malaysia

xoxo;

"Book Review Party" Bersama Scholastic

$
0
0
Terbaru dari Scholastic, bacaan buku bersiri Bodhi & Friends bakal berada di pasaran Malaysia. Apa yang menarik tentang buku ini bukan hanya mempertengahkan pelbagai jalan cerita yang mempunyai pengajaran dan gambar-gambar yang menarik. Bahkan buku ini juga didatangkan bersama CD (didalam sisipan). Sekaligus buku yang sesuai untuk kanak-kanak 4 tahun ke atas ini boleh menarik anak-anak untuk minat membaca dan memberi lebih keseronokan menerusi tontonan animasi di skrin.

Bodhi bersama rakan-rakan baiknya...


Saya dan anak-anak telah dijemput untuk menghadiri "Book Review Party" Bersama Scholastic pada minggu lepas. Yang mana saya telah melihat sendiri beberapa koleksi dari siri ini yang mampu menarik minat anak-anak saya terutama Amani yang kini sedang dalam peringkat menajamkan bahasa inggeris sebagai bahasa pertuturan dan juga penulisan.

Majlis perkenalan siri Bodhi & Friends dari pihak Scholastic :)

"The Bodhi and friends books is a great series to be introduced to kids age 4 and up as it is designed to help cildren to learn English phonics, vocabulary, grammar and listening skills while instilling a genuine love of language in them",
Selina Lee, Scholastic Asia's Vice President

Tayangan animasi Bodhi & Friends untuk ahli media dan keluarga yang hadir.


Anak-anak say ajuga sempat beraktiviti seperti membuat kraf dan mewarna. Kelihatan Ameer begitu teruja bila diberi peluang untuk mewarna watak Bodhi yang paling disukainya.



Anak-anak saya teruja apabila berpeluang bersama menari dan menyanyi lagu dari Siri Bodhi & Friends!!




Mudah dan senang sahaja langkah yang perlu diikut :=)


Para media bergambar sama.

Siri Bodhi & Friends ini menggunakan bahasa Inggeris yang amat mudah difaham dan gambar yang sangat warna-warni. Apa yang saya perhatikan My Amani dia lebih teransang untuk membaca berulang-kali (dengan bantuan), membantu beliau mengenali lebih banyak perkataan bahasa inggeris, mengajar beliau menggunakan ayat inggeris dengan betul (grammar), serta bila menonton Bodhi ini melalui komputer secara tidak langsung memudahkan pemahaman serta menarik minat Amani untuk belajar bahasa Inggeris.

:)

Korean Fair @ 1Utama

$
0
0
Anyoung haseyo!

Karnival Korean Food di One Utama merupakan anjuran kolbrasi diantara KMT Group Companies dan juga AEON Malaysia sedang berlangsung bermula 12 April - 17 April 2016.  Karnival tahunan ini menawarkan bervariasi pilihan makanan dari Korea yang mana makanan-makanan halal yang dijual semuanya telah mendapat sijil pengiktirafan dari pihak JAKIM Malaysia. Antara makanan HALAL (yang telah diberi kelulusan dari pihak JAKIM) yang mendapat perhatian masyarakat setempat ialah Nong Shim Ramyun, Chongga Kimchi, Lotte Popero, Binggrae Milk (susu pisang!!),ais krim dan banyak lagi.

Selain daripada pameran dan jualan produk makanan dari Korea, pihak penganjur juga telah melancarkan kempen 'With All Our Hearts'(WAOH) yang mana satu tabung bantuan kemanusian telah diadakan bagi membantu mereka yang memerlukan. Ianya dibawah pengurusan pihak AEON dan setelah 10 tahun sehinggalah ke hari ini, tabung WAOH banyak memberi sumbangan kepada mereka yang susah sekaligus membantu memberi nilai kepada orang lain.

Pada tahun 2015, menerusi hasil penjualan keuntungan 3 produk terlibat iaitu Non Shim Shin Ramyun, Hansung Citron Honey Tea dan juga Miseoul Aloe Vera Gel telah berjaya mengumpulkan sebanyak RM48,523.00. Satu majlis pemberian mock cheque telah diadakan pada 14 april 2016 dari pihak KMT kepada AEON Malaysia.

****
Berbalik cerita di karnival, antara makanan Korean yang menjadi perhatian saya adalah seperti:-

Saya dah cuba susu strawberry, memang sedap!!
Harga untuk 6 kotak adalah RM23.90

My fav!!!

Yang ini rasanya 3 botol RM9=.90, agak murah jika dibanding beli sebotol harganya RM4.30.

Yang ini air soda. Kalau beli satu tin harganya RM2.65, tapi kalau beli 6 tin, harga menjadi RM2.32 :p





Yang dijual dalam 10 pek ini murah, jatuh satu pek popero RM3.90


Bean paste (pedas) yang kotak hijau saya tambah dalam sup mochi saya.

Mee segera yang menjadi kegemaran :=)




Cam rupa kepingan jagung (cornflakes)




Sayur seaweed ni ada pelbagai jenis. Paling murah RM10.90 (kalau tak silap).Masuk dalam sup memang sedap!



Saya cuba perasa mangga memang sedap giler!



Kimchi!!!

Rice ball!!








haengbog syoping!!

Selain daripada jualan makanan, terdapat juga persembahan tarian dan demonstrasi masakan yang berlangsung sepanjang karnival.


Kam-sa-ham-ni-da :p


Munchy's Kini Berusia 25 Tahun!

$
0
0


 MUNCHY’S telah menyambut Ulang Tahun Ke-25nya dan pada masa yang sama telah memperkenalkan empat Funbot unik. Dan sebagai tanda terima kasih kepada rakyat Malaysia yang menyokong MUNCHY’S sejak dulu lagi, lebih daripada 2.5 juta bungkusan Ulang Tahun Ke-25 MUNCHY’S telah disediakan untuk memulakan keseronokan ini. Yang pastinya peminat tentu teruja apabila mereka mendapati dua sachet tambahan di dalam setiap pek MUNCHY’S, LEXUS dan OAT KRUNCH. Manakala untuk setiap paket MUZIC, peminat Munchy's pasti puas hati apabila diberi kandungan tambahan sebanyak 25 peratus.

Pelbagai aktiviti telah disediakan untuk menyambut ulangtahun yang penuh kegembiraan dan ‘yummylicious’ ini.  Dengan tema kempen -“Berkongsi Kegembiraan”, MUNCHY’S telah bersedia untuk berkongsi kegembiraan dengan rakyat Malaysia.

Empat Funbot unik ini adalah inspirasi dari empat proses penyiapan biskut daripada kilang MUNCHY’S. DJ Mixer sebagai 'mixer', pengadun ramuan ‘ajaib’ MUNCHY’S, dan seterusnya akan menghantar adunan yang berbau harum tersebut kepada funbot Chop Chop untuk diterap di dalam acuan yang berbentuk ceria.

Michael Oven kemudiannya mengambil alih untuk membakar adunan berbentuk ceria itu kepada biskut MUNCHY’S yang enak! Dan pastinya biskut-biskut itu tidak akan lengkap tanpa funbot Beat Box yang membungkus biskut-biskut tersebut ke dalam kotak demgan bungkusan yang berwarna-warni. Keempat-empat Funbots tersebut sememangnya telah mencipta pengalaman ajaib dengan semangat kegembiraan MUNCHY’S. Kesimpulannya inilah dikatakan Semangat Perpaduan MUNCHY’S. Dan Funbots hanya mempunyai satu misiberkongsi kegembiraan dan keceriaan bersama rakyat Malaysia di mana sahaja!


CK Tan, MUNCHY’S CEO di Ulangtahun  MUNCHY’S 25th  Tahun


“Adik-beradik MUNCHY’S memulakan syarikat ini sejak 25 tahun lalu. Perpaduan telah membawa kami ke saat ini. Kami memulakan pengusahaan ini hanya dengan sebuah mesin ‘wafer stick’ terpakai. Hari ini, kami mempunyai tiga kilang pemakanan di Batu Pahat, Malaysia, China dan Indonesia dengan eksport ke pasaran sedunia.


Di MUNCHY’S, setiap kakitangan bagaikan ahli keluarga kami. Bersama-sama kami mencipta biskut dan snek yang enak dan menyeronokkan. Kejayaan kami hari ini adalah milik keluarga besar dan gembira kami ini. Keseronokan merupakan unsur utama MUNCHY’S dapat kekal sehingga hari ini selama 25 tahun! MUNCHY’S mengambil inisiatif dan sentiasa mencari peluang untuk menukar inovasi kepada kejayaan. Kami telah mencipta keseronokan dan keceriaan, sudah tiba masanya untuk kami berkongsi keseronokan dan keceriaan tersebut dengan pelanggan-pelanggan setia kami.”

(Dari kiri ke kanan) Rodney Wong, MUNCHY’S Commercial Director; Tan brothers – CK Tan dan LK Tan, MUNCHY’S Founders; dan Rajan Pillai, MUNCHY’S Senior Operations Director.


(Dari kiri ke kanan) Rodney Wong, MUNCHY’S Commercial Director; Tan brothers – CK Tan dan LK Tan, MUNCHY’S Founders; serta Rajan Pillai, MUNCHY’S Senior Operations Director; dan Imun Lim, MUNCHY’S Marketing General Manager bergambar dengan produk bersama dengan MUNCHY’S Funbot, Michael Oven.


Kenalkan produk Munchy's yang kini telahpun berada di pasaran :=)


KRIM KRAKER


MUNCHY’S, LEXUS 


OAT KRUNCH


MUZIC



Yang menariknya tentang produk MUNCHY'S ini, selain dari rasa yang enak dan juga diperbuat dari bahan-bahan yang kaya dengan serat dan vitamin.


Produk MUNCHY'S juga sangat menjaga kualiti pembakaran dan pembungkusan. *Dibakar fresh2, memang bau biskut ini sangat wangi :p


Oh ya! Akan terdapat lebih daripada 200 kedai runcit akan menyertai sambutan bersempena dengan MUNCHY's 25 tahun dengan mengadakan aktiviti yang boleh disertai pelbagai peringkat umur peminat Munchy's. Yang mana peminat adalah dijemput untuk menyertai keseronokan yang dianjurkan oleh MUNCHY’S, ini termasuklah berpeluang untuk membakar biskut yang ceria, enak dan unik. Mereka juga berpeluang bertemu dengan Funbots!


Ucapan ulangtahun dari rakan media.

Selain daripada itu, para peminat setia MUnchy's juga boleh berkongsi keseronokkan dengan menyebarkan saat kegembiraan mereka kepada ahli keluarga dan kawan-kawan dengan memberitahu MUNCHY’S sebab dan dengan siapa mereka hendak berkongsi keseronnokkan tersebut. Sekiranya dipilih, MUNCHY’S akan menghantar Funbots hebat untuk bertemu pemenang serta menghadiahkannya cash RM500 dan bekalan biskut MUNCHY’S selama satu tahun. Untuk menyertai bolehlah layari laman web http://www.munchys.com/munchys25thuntuk mengetahui maklumat lanjut mengenai peraduan tersebut.

Kempen Ulang Tahun Ke-25 MUNCHY’S tidak berakhir begitu sahaja. Pada bulan Mei 2016, MUNCHY’S akan menyebarkan keceriaan kepada kanak-kanak kurang bernasib baik di rumah anak yatim. Dengan membawakan biskut dan Funbots untuk menghiburkanmereka, Melalui lawatan ini ianya bukan hanya dapat berkongsi kegembiraan tetapi pada masa sama turut berkongsi kasih sayang dengan kanak-kanak kurang bernasib baik ini.

MUNCHY’S bersedia untuk berkongsi keseronokan!

Temui Thomas di '‘Mini and Mighty’ Malaysia Tour"

$
0
0
Thomas Town, Puteri Harbour dengan kerjasama Mattel Asia Tenggara, telah menganjurkn '‘Mini and Mighty’ Malaysia Tour'di Pusat Membeli-belah 1 Utama Shopping. Di mana pengunjung berpeluang melihat sendiri enjin Thomas & Friends Minis yang mempunyai ketinggian tujuh puluh satu meter-tinggi . 

Sepanjang pameran '‘Mini and Mighty’ pengunjung boleh berdiri dan bergambar disebelah 70 replikaThomas & Friends yang ditiru daripada siri televisyen Thomas & Friends yang popular, seperti Thomas, Percy James, dan Gordon, dan juga enjin dengan tema yang terbaru iaitu Dino, Heroes, Spooky, Racers, Neon, Robo, Chillin’ dan Metallic. 

Koleksi ini dipamerkan di lokasi  pameran bergerak pertamanya iaitu di 1 Utama Shopping Centre bermula dari  6-24 April 2016. Sepanjang pameran tersebut pengunjung boleh menyertai pelbagai aktiviti menarik seperti  Thomas Train Ride, sesi bercerita, Cabaran Thomas Maze dan sesi Meet-and greet bersama Thomas & Friends, Rusty &  Dusty dan Sir Topham Hatt.










Bermain di trek Thomas & Friends

Cabaran Thomas Maze 


Untuk maklumat lanjut mengenai Thomas Town, Puteri Harbour  '‘Mini and Mighty’ Malaysia Tour'

Hidangan di Zawara Coffee Sedapke?

$
0
0
Ini merupakan kali pertama saya merasai hidangan di Zawara Coffee. Biarpun rasanya sudah lama kafe ini bertapak lama di Malaysia. Sejujurnya saya lebih mengenai label pakaian dan tudung  Zawara berbanding dengan kafe Zawara Coffee.

Apa yang menarik minat saya untuk mencuba makanan di sini, pertamanya ianya merupakan kafe milik bumiputera dan diuruskan oleh anak muda yang bercita-cita tinggi. Keduanya pilihan menu yang agak versatile dan ketiganya disebabkan hasutan melalui komen rata-rata dari pengunjung Zawara Coffee (50% kata sedap 50% kata x best langsung).

Huhu

Saya mula mengenali label Zawara apabila melihat kumunculannnya sebagai penaja salah sebuh majalah muslimah tempatan. Tertarik dengan rekaan tudung yang digayakan, saya dengan begitu teruja mendapatkannya di butik mereka di Shah Alam (ada lagike butik ni, wapucitau). Saya membeli 2 helai tudung dan saya meminati rekaan tudung tersebut yang terletak cantik di kepala. 

Hanya itu sahaja yang dibeli..

Dan saya lupa terus nama Zawara sebagai label jenama pakaian tapi lebih terarah minat dengan kemunculan Zawara Coffee yang dinspirasikan daripada adik Dilla Karim (seperti gambar diatas). 

Saya masih ingat lagi ketika menontonnya kisah Zawara di rancagan Style Hijabista (TV9-betulke nama program ni hiks). Bagaimana saya melihat Dilla ini sememangnya sudah memang mempunyai keazaman dan minat yang begitu tinggi dalam dunia perniagaan. Sebelum mereka mengeluarkan produk pakaian (jubah dan tudung), beliau telah menceburi satu bidang perniagaan (saya pun dah lupa) tetapi gagal mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia. Dan kalau ikut dari cerita adik ini, beliau mmemang minat nak buka kafe sejak dulu lagi. Tapi modal memang tak ada ketika itu.

Jadi beliau mula melihat jualan tudung dan pakaian muslimah menjadi trend di Malaysia. Biarpun hakikatnya beliau bukanlah seorang yang  gadis berhijabista tetapi dek kerna minat berniaga itu ada ianya mampu mengatasi segalanya. Dan setelah jenama pakaian dan tudungnya mendapat perhatian di pasaran, barulah Zawara mengorak satu langkah lagi dengan memperkenalkan Zawara Coffee, yang semakin hari semakin bertambah cawangannya.

Dan hujung minggu lepas saya berkesempatan, mengunjungi Zawara Coffee di Bukit Jelutong Shah Alam. Dan bagi saya susunatur kafe ini dari pintu masuk, kaunter tempahan dan bayaran serta perletakan varaisi pilihan kerusi meja memang memberi kelainan menyerlah keunikan identiti tersendiri pada kafe Zawara Coffee.

Disebabkan saya hanya datang bertiga dengan anak. Jadi saya telah memilih 4 menu hidangan bersama 3 air minuman.


Cheese Meltz Berger | RM15

Berger dari patties sampai ke rotinya memang dibuat khas oleh Zawara Coffee. Bagi mereka yang sukakan cheese meleleh, so inilah adalah pilihan yang terbaik. Saiz sederhana (tidak besar dan tidak terlalu kecil). Tapi to be honest, patties sangat sedap (berasa adunan daging dan segala rempah). Ada pickles dan mayonis. Jika anda suka boleh tambah cili sos. Memang kenyang biarpun saiznya sederhana.

Spaghetti Salmon Carbonara | RM19

 Portion agak kecil. Tapi saya tidak dinafikan sphaghetti ni kaya dengan ikan salmon. Banyak giler ikan dier. Tapi sebabnya ianya carbonara rasa agak cheezy berlemak susu. Saya rasa sedap cuma dari segi harga dan kuantiti, agak mahal sikit (mungkinlah)


Cheezy Wings | RM19

Seperti ayam di Pelicana Chicken yang disaluti tepung digoreng ranggup. Cuma ayam pilihan saya ini agak pedas tapi still boleh makan beria-ia (tahap kepedasan orang Malaysia yang biasa-biasa). Apa yang menarik ianya disaluti kuah cheezyyy..So bagi saya sedap!

Churros Dip Chocolate | RM10

Ini merupakan signature dish di sini. Kebanyakan pelanggan memang akan order churros di Zawara Coffee. Cuma selain daripada dip coklat kita boleh juga order dip karamel. Churros ni makan kena panas-panas, kalau dah sejuk rasanya agak kuren sedikit. Okla, not bad, Tapi rasanya untuk harga RM10 itu kita akan dapat dalam 5 keping batang Churros. Mahal ke murah eh?

Tapi saya memang sangat suka dengan dekorasi di Zawara Coffee. Cukup santai dan memang sangat sesuai untuk mereka yang datang melepak bersama rakan bisnes atau kengkawan gossip (hahaha). Untuk membawa anak kecil dan duduk agak lama kurang sikitla sesuainya (Sebab takde TV yang siarkan rancangan kartun, kihkih)

Kalau nak buat special event pun best jugak. Pelbagai jenis kerusi dan meja disediakan di sini. Siap ada mesin kopi lama kat situ. So sangat epikk hokeh!

Klasik tapi tetap menarik. Kita boleh pilih untuk duduk bahagian atas, see ada beanie, jikalau kita mahukan lebih santai dengan menikmati makanan sambil berborak dengan rakan. Ataupun pilihan meja kopi mengikut bilangan yang datang. Ada meja bulat, empat segi, panjang dan pendek, konsep bar dan banyaklagi. Pendek kata, banyak pilihan jenis tempat duduk ikut kesesuaian :=)

Pendapat peribadi, saya suka dengan idea menu yang ditawarkan dengan Zawara Coffee. Namun begitu portion agak kecil dan harga boleh tahan mahal juga (untuk rakyat marhaen seperi saya). Namun saya tetap sukakan semua pilihan hidangan yang saya pilih (mungkin juga sebab saya amat meminati keju). Dan saya tidak serik untuk repeat balik berkunjung ke sini tapi tidak lah boleh selalu. 3-4 bulan sekali ke, kawan nak belanja makan ke, dapat review kat sini lagike (kihkih) dan banyak lagi sebab asbab yang berkemungkinan...

Untuk keterangan lanjut mengenai menu dan lokasi cafe, boleh layari http://www.zawaracoffee.com/ :p

Jom berkopi dan berZAWARA!!!

Fresh To Go! Solusi Untuk Mereka Yang Sibuk Mengejar Masa

$
0
0
Hidup zaman mengejar masa memang sibuk tidak sudah-sudah. Kadang-kadang perut yang sedang lapar minta diisi kita masih mencari-cari makanan apa yang boleh dibeli . Pastinya sesibuk manapun kita, waktu makan tidak boleh kita ambil mudah, benarkan? Huhuhu

Seperti saya, pasti akan mencari makanan yang sudah siap dimasak/dibungkus dan paling penting kesegaran makanan tersebut perlulah berada ditahap yang maksimum. Barulah ada rasa kenikmatan dan seterusnya memberi kekenyangan. hihihi.

Tempat yang paling best mencari makanan adalah kedai serbaneka 7-Eleven. Dengan waktu operasinya 24 jam membolehkan kita terjah bila-bila masa sahaja! Woot woot

Dan antara produk terbaru 7-Eleven yang mencuri perhatian ialah "Fresh To Go"!

Produk makanan ini yang dihantar ke kedai serbaneka 7-eleven yang terpilih setiap hari, yang disediakan tanpa bahan pengawet, mendapat pengikhtirafan HALAL dan paling penting ianya dapat mengekalkan rasa hidangan seperti anda menyediakannya sendiri di rumah. Hebat bukan? Ini adalah sinonim dengan namanya Fresh To Go!

Terdapat variasi pilihan makanan di bawah label Fresh To Go, antaranya seperti nasi bersama rendang, lasagna, macaroni, sausage bun bersama keju, sausage bun bun bersama sos lada hitam, pai, sandwich (beraneka jenis), salad, dan banyak lagi :=)

Jika teringin nak menikmati sesuatu yang agak berat dan mengenyangkan. Kita boleh dapatkan bihun goreng (siap ada telur dadar dan sambal).  Oh ya, saya beli satu pek ini buat bekalan anak-anak saya yang pergi ke sekolah. Jadi, saya tidak perlu rasa kalut setiap awal pagi untuk menyediakan bekalan makanan buat anak-anak. Hanya singgah sebentar di kedai 7-eleven, ambil dan bayar. Mudahkan :p

 Seperti anak saya Anaqi, beliau lebih suka bekalan yang mudah dan praktikal. Jadi saya telah memilih sandwich chicken meatloaf with  potatoes and omellete. Sedap dan mengenyangkan.

 Memandangkan saya dalam proses untuk mengurangkan berat badan. Jadi pilihan makanan saya haruslah Garden Sald with Roasted Sesame Sauce. Sayuran hijau, tomato dan bijian jagung bersama mayonis kewpie roasted sesame memang kombinasi yang sangat umphhhhh!!

Hanya pilih produk Fresh To Go yang kita minati, bawa ke kaunter dan bayar!

Semudah A..B..C...

Dan kita juga tidak perlu risau tentang harganya. Memang berpatutan dan berbaloi.

Paling penting, setiap kali kita membeli produk Fresh To Go ini, kita boleh lihat dengan jelas tarikh luput di kotak. dan biasanya ianya adalah untuk tempoh 1 hari sahaja (demi menjaga kualiti dan kesegaran produk!)


Simple tapi tetap enak!!

 Gaul rata sahaja sos Kewpie yang disediakan bersama dalam produk.

Bukan saya seorang sahaja yang menggemarinya, bahkan amani yang berusia 6 tahun juga teruja menikmatinya. Sememangnya berkongsi rezeki hidangan yang enak dengan orang yang tersayang memang menyeronokkan :=)

F - Fantastik
R - Ready! (sedia dimakan bila-bila  masa sahaja)
E - Enak
S -  Segar
H - Hasiat (kha-si-at)

T - Terbaik
O - Offer (tawaran di 7-Eleven di mana sahaja)

G- Genuine
O - Originality!

Keterangan lanjut mengenai produk Fresh to Go boleh layari http://www.7eleven.com.my/products

Jom Fresh To Go!

New Zealand Food Connection 2016

$
0
0
Kia Ora!!
King Salmon, Arahi Halal Wine and Pic’s Peanut Butter dan pelbagai produk baru yang lain selamat dan lazat untuk dinikmati oleh pengguna Malaysia dari New Zealand. Bersempena dengan perkenalan produk-produk dari New Zealand, Chef Sam Kung, Executive Chef of International luxury Hotel InterContinental Kuala Lumpur  telah membuat demontrasi masakan dengan menggunakan bahan-bahan  terbaik dari New Zealand dan seterusnya menghasilkan pelbagai masakan tempatan dan antarabangsa yang lazat.

Pan stir new zealand king salmon vanilla mashed potatoes cappers orange salsa

Masakan yang disediakan sangat mudah dan cepat. Tapi kesedapannya memang ketara. Teknik masak dengan betul, menggunakan bahan segar dan bersesuaian mampu menjadikan dari masakan biasa kepada yang luar biasa.

Demonstrasi membuat minuman mocktai dari pelbagai varian rasa jenama Scott

Mocktail Passion Fruits

Produk terbaru dari New Zealand, seperti:-
 Spring Sheep Milk Co: susu berkrim mewah dan sihat keluaran produk susu kambing NZ, ini termasuklah gelato dan susu tepung yang sesuai untuk individu yang tidak toleran laktosa.
 Pic's Peanut Butter : Jenama mentega kacang terkenal di New Zealand, tanpa bahan pengawet, tiada pewarna, tiada tambahan gula, hanya kacang tanah berkualiti tinggi.
 Arahi Beverages: wain halal berkualiti tinggi menggunakan anggur wain berkualiti tinggi
 Southern Fresh: 30 tahun membekalkan sayuran terbaik New Zealand, antaranya seperti salad, dan herba.
 Sealord: Salah satu syarikat makanan laut terbesar di Hemisfera Selatan. Dan mempunyai lebih daripada 50 tahun pengalaman memancing, perladangan, pemprosesan dan operasi pemasaran.
 Mud House Wines: dua dekad dan memenangi anugerah kebun anggur terbaik :)
  Emerald Foods: Premium Ice Cream yang berpangkalan di Auckland sejak 1985

Turut menyertai pameran seperti produk daging, makanan laut, minuman dan barangan runcit  seperti Dunningham, Makanan Sihat Eco, Emerald Foods Ltd, Fonterra Brands, Giesen Wines, Kapiti Ice Cream, Mudhouse, New Zealand Unlimited SDN BHD, Southern Fresh, Sealord , Beverages Shott, Spring Sheep Milk Co, Talley, The New Zealand Dessert dan The Tatua Co-operative DAiry Company.


Honey Manuka

Proper Crisp

Pic's Peanut Butter - yang ni sedap!

Tatua Whipping Cream

Manisan mulut yang belum berada di Malaysia (akan datang katanya)


Produk-produk dari Sealord


Kapiti Ice Cream

Produk Pure South 

Mussels yang segar dari Talley's


Produk sayuran dari Southern Fresh

Wakil-wakil dari syarikat produk New Zealand yang dijemput

Untuk keterangan lanjut mengenai produk dari New Zealand bolehlah layari www.newzealand.com untuk keterangan lebih lanjut.

Domino's Memperkenalkan Kempen 'Bonus For All' Untuk Lebih Penjimatan

$
0
0
Pizza Domino's antara hidangan makanan yang menjadi kegemaran saya dan keluarga sejak dulu lagi. Dengan kepelbagaian pilihan topping yang memenuhi citarasa, selain tawaran harga yang berbaloi antara tarikan mengapa saya  begitu gemarkan Domino's.

Dan kini Domino's mengorak selangkah lagi dengan membuka cawangannya yang ke 150 di Seksyen 14 Petaling Jaya Selangor. Ini tentunya satu berita yang gembira buat peminat-peminat Domino's kawasan Petaling Jaya khasnya.

 Selain daripada perasmian pembukaan outlet terbaru, Domino's turut mengumumkan tentang kempen 'Bonus For All' yang sedang berlangsung dari sekarang hingga 31 Mei 2016. Menurut Encik Shamsul Amree (Senior General Manager, Operations Domino's Pizza Malaysia dan Singapura), Kempen Bonus For All merupakan antara tanggungjawab sosial Domino's yang mana melihat kepada cabaran ekonomi negara hari ini  telah menjadikan rata-rata masyarakat harus bekerja keras dan terpaksa mengatur perbelanjaan kewangan mereka.

Kesungguhan masyarakat ini yang tidak pernah berputus asa menjalankan tugas dan tanggungjawab kepada negara, selain untuk mencari pendapatan buat diri dan keluarga, menjadikan mereka ini boleh dianggap sebagai Únsung Hero' yang perlu kita banggakan. 

 Dengan tawaran voucher sebanyak RM 3, RM8 dan RM15 sedikit sebanyak dapat membantu mereka untuk menikmati hidangan Domino's pada harga cukup murah.

Gambar voucher adalah seperti diatas. Pembelian mengunai voucher ini boleh digunakan sama ada melalui pembelian terus di outlet Domino's mahupun melalui online https://www.dominos.com.my

Cuba bayangkan jika beli 2 extra large pizza pada harga RM70 diberi pengurangan lagi RM15, jumlah perlu dibayar hanyalah RM55 sahaja! Murah giler!!

So, sekali-sekala bolehlah kita belanja kengkawan opis, jiran-jiran atau ahli keluarga kita lain makan pizza Domino's. Harga mampu milik dan berbaloi!

Jom pizza Domino's noks :)

Kasut Yang Dinanti

$
0
0
Kasut Vincci ni antara jenama kasut yang ai suka beli sejak zaman uni lagi (itu pun sebab dah ada rasa pegang duit sendiri -duit pinjaman + gaji keje part-time). Tapi lepas dah bekerja dan ada keluarga jarang pula menjengah butik Vincci. Ini mungkin juga sekarang ni dah berlambakan kasut-kasut berjenama best, yang juga kalau dipakai selesa dan harga mampu milik juga.

Tapi bila pertama kalinya Vincci buat warehouse sale menggunakan platform portal. ini yang membuatkan ai begitu teruja. Kalau nak suruh ai beratur pergi warehouse sale, siap kena panjat pagar bertolak-tolakan. Yang itu minta maapla...ai lebih rela tunggu jualan murah musim raya nanti. kihkih

Sebabnya segalanya mudah 'hanya dihujung jari anda'kan...so klik klik jer kasut mana yang berkenan. Kalau ada saiz tu untungla..tapi kan kalau perkara-perkara berkaitan SALE ni, kejap jer die punya kewujudan status 'ávailable' kat dalam katalog. Memanjang óut of stock'...

Dengan kegigihan klik klik laju, akhirnya dapatlah 4 pasang kasut yang rata2 berharga 70 hengget kat atas dijual pada harga RM15 sahaja....
Sumpah tak tahu dier punya tinggi cenggini gayanya, Ni ala setakat amik gambar OOTD bolehlah...Kalau nak gi review makan ke...nak gi shopping ngan anak2 ke..kalau ada yang buat perangai, mahu ada yang kena baling kasut ni ngan ai...hahahahah...

Tapi bila pakai memang selesa, cuma ketinggiannya tu melampau tu yang tak tahan...

Yang ni antaranya yang faveret...selesa bangattt....kebetulan cutting kasut ni kenalah pula jenis kaki gemoks ai...

Yang ni pun best jugak...dalam lembut giler bila pakai...walaupun nampak cam keremajaan patennya..tapi ado mak kesah ..tak!...korang pun tak kesah kan?? hahahaha

Boot ni biasanya ai pakai ngan jubah...tapi membeli boot ni pada hari kejadian sebab teruja dengan harganya yang beratus jadi RM15..Ciri2 mak shin chan tu kan sebati dalam diri..paling mahal harganya tapi dijual murah tu yang menambat hati...bila nak pakai, nak pakai ngan baju apa..esok lusa tulat baru fikir...tu yang terembat juga :)

Sebenarnya masa beli kasut ni senyap2...takut my laki bising...yolah kasut ai kan sudah berlambakan kat umah..ingat ni umah emelda marcos ke apa kan...

Tapi lepas dah beli, kita kasi canang kat FB dengan harapan my laki LIKE status pic ai..hahahahha.... jauh dalam nun di sudut hati turut berbisik lega "tq abang kerna memahami"...

hahahahahaha

ok, babai...

Sambutan Hari Ibu di Grand BlueWave

$
0
0
"Mungkin kita hanya memegang tangan ibu buat seketika seketika, tetapi di hati mereka, kita tetap ada selama-lamanya"


Ini kerana sepanjang zaman kanak-kanak hinggalah alam dewasa, ibu antara satu-satunya manusia yang akan menyokong dan menghargai anda, menyayangi anda yang tiada berkesudahan dan tanpa syarat. 

Bersempena buat penghargaan buat ibu, Hotel  Grand BlueWave Shah Alam telah menganjurkan satu hi-tea istimewa bagi meraikan ibu tercinta. Ianya bakal berlangsung pada 8 Mei 2016, dengan harga serendah RM70.00 + untuk dewasa, RM34.50 + untuk kanak-kanak dan RM55.00 + untuk warga emas. Bertempat di Royale Songket Restaurant bermula dari jam 12.00 tengah hari sehingga 4:00 petang, dengan pelbagai hidangan serta juadah menarik yang boleh dinikmati.

Antaranya seperti 

"Salads with different types of sauce and dressings, condiments and Asian pickles, Cheese Board with condiments, Canapes and lastly, Sandwich Live Counter.  Furthermore, one can simply peek at our soup table where we serve delectable Tom Yum Seafood Coconut Broth, Roasted Pumpkin Cream Soup with Garlic Bread and Assorted Bread Rolls with Butter portion and not to forget our action stall that serve Assorted Vegetable Tempura with condiments. 

For main, we are going no less to impress you as we have decide to spoil you with Royale Carving Station starting from amazing Roasted Lamb with Black Pepper/Mint Jelly/Percik and followed by Laksa Johor, Hokkien Prawn Mee, Char Kuay Teow. Those who prefers to go slow with the tummy, you can always have a taste with Dim Sum, BBQ Chicken Pau, Chicken Satay with Peanut Sauce and Assorted Yong Tau Foo. 

The cuisines does not end here as there will be hot items of foods variety such as Nasi Lumpur Berhalba, Steamed White Rice, Slow Cooked Beef with Shallot and Black Pepper Sauce, Grilled Honey Chicken with Green Peas and Mushroom, Mutton Dalcha White Raddish, Rendang Ekor Mamak, Braised Bean Curd with Seafood Sauce, Crispy Fish with Lemon Sauce, Sotong Bunga Tumis Jintan and finally, Roasted Baby Potatoes with Herbs. 


A feast will be never be complete without its dessert. In order to make sure our Queens are fully satisfied, we will serve you mouthwatering desserts, starting from Serawa Durian, Hot Choc Pudding, Malay Kuih, Mini French Pastries, Ice Cream, Fruits"


 Terdapat juga pelbagai aktiviti menarik yang disediakan untuk pengunjung pada majlis hi-tea ibu ini dengan pelabagai tawaran hadiah yang menarik. Antara aktiviti yang dianjurkan seperti Pakaian Ibu Tercantik dan Terbaik, Pertandingan Hiasan Bunga dan Pertandingan Hiasan kek.

Adalah digalakkan untuk tetamu membuat tempahan tujuh (7) hari sebelum acara terlebih dahulu melalui talian 03-5511 8811, Telemarketing ext. 2606, 2724 dan 2725 atau Royale Songket Restaurant ext. 2612.

Semua harga adalah tertakluk hanya kepada 6% GST. 

Grand BlueWave Hotel Shah Alam , Royale Songket Restaurant adalah hotel dan restoran yang telah mendapat Sijil Halal, oleh JAKIM dan JAIS.

Kempen ‘Fuel Your Performance’

$
0
0
Kempen 'Fuel Your Performance' Lucozade Sport™ telah dilancarkan dengan penuh meriah pada hari Sabtu yang lepas. Kempen ini turut memperkenalkan klinik larian buat pertama kalinya, dengan anjuran bersama Pacesetters Athletic Club, SMART Athletics Club dan Tadonamo Triathletes.

Acara eksklusif ini adalah salah satu daripada aktiviti-aktiviti yang dijalankan dengan melibatkan para pelari Malaysia. Peserta telah  diberi peluang untuk belajar dan mengutip ilmu daripada pelari maraton yang berpengalaman antaranya seperti, Edan Syah dan pakar pemakanan senaman & sukan, Dr Mahenderan Appukutty dari Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Universiti Teknologi MARA.

"Membantu para atlet yang berdedikasi untuk mencapai sasaran prestasi mereka adalah nilai amat penting bagi Lucozade Sport™. Menerusi sokongan terhadap atlet-atlet berjaya yang menjadi sumber inspirasi kepada atlet lain untuk mencapai impian mereka, kami dapat berkongsi sumber, kemahiran dan pengetahuan untuk menggalakkan rakyat Malaysia menjalani kehidupan yang lebih aktif,” 

Kami memulakan kempen ini untuk menarik minat atlet rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat dan Penyokong Kempen 'Fuel Your Performance' kami terdiri daripada individu-individu hebat yang telah mencapai impian mereka di samping memenuhi tugas kerja dan keluarga. Mereka adalah contoh yang mencetuskan inspirasi kepada para pelari baharu untuk terus mencapai impian mereka, dan sebagai bukti yang impian sememangnya boleh menjadi kenyataan."

Lee Hon Tong, Pengurus Besar Serantau, Suntory Beverage &a Food Malaysia, Singapura &Hong Kong. 


Selain berkongsi tentang strategi latihan peribadinya, Edan berkata, "Saya mengambil masa selama lapan tahun dan sembilan maraton untuk mencapai potensi sebenar saya sebagai seorang pelari - ia merupakan proses yang lama tetapi saya percaya tiada had untuk memulakan sesuatu asalkan kita bersedia untuk bekerja keras. Melalui perkongsian tentang pengalaman saya dan pengajaran sebagai 'citizen runner’, saya berharap ia dapat memberi inspirasi kepada generasi muda dan harap-harap akan ada peserta maraton dari Malaysia di sukan Olimpik 2020!"

Memandangkan bulan April juga merupakan sambutan Bulan Pemakanan Malaysia dengan slogan 'Eat Smart, Get Fit & Feel Great,' klinik larian ini ternyata menepati matlamat tersebut dengan menekankan kepentingan pemakanan sihat untuk tenaga dan prestasi bersukan.


Fuel Your Performance' Campaign Launch + Clinic by Lucozade Sport with (from left):
* Dr Mahenderan Appukutty, exercise & sports nutritionist, Faculty of Sports Science and Recreation from Universiti Teknologi MARA 
* Edan Syah, 'Fuel Your Performance' Advocate & the fastest marathon runner in Malaysia for 2016
* Lee Hon Tong, Regional General Manager, Suntory Beverage & Food Malaysia, Singapore & Hong Kong
* Mohamed Allie Helmy, 'Fuel Your Performance' Advocate and army corporal-triathlete champion 
* Alex Au-Yong, 'Fuel Your Performance' Advocate and marathoner-XtraMiler 


*Dr Mahenderan Appukutty, exercise & sports nutritionist, Faculty of Sports Science and Recreation from Universiti Teknologi MARA 


"Atlet berprestasi tinggi memerlukan pelan pemakanan yang direka khas untuk menyokong dan meningkatkan prestasi latihan mereka. Ini termasuklah mengambil jumlah protein yang secukupnya untuk membantu membina, mengekalkan dan membaiki tisu otot. Penghidratan dan tenaga juga adalah faktor penting untuk pelari kerana simpanan karbohidrat di dalam badan akan digunakan dengan cepat," jelas Dr Mahenderan yang menyediakan panduan lengkap yang direka untuk membantu peserta meningkatkan larian mereka dengan pemakanan dan penghidratan yang betul.

Untuk mengekalkan paras tenaga yang konsisten, anggaran 30-60gram karbohidrat diperlukan setiap jam – bersamaan dengan 1-2 botol Lucozade Sport™ untuk setiap jam perlumbaan. Formulasi elektrolit dan karbohidratnya yang saintifik direka khas untuk membekalkan penghidratan yang ditingkatkan untuk memberi tenaga kepada atlet semasa latihan berpanjangan.

Kepentingan latihan, pemakanan dan penghidratan dibuktikan menerusi empat Penyokong Kempen ‘Fuel Your Performance’ yang merupakan empat atlet berjaya yang telah mencapai pelbagai kejayaan. 


 
Banyak ilmu yang saya perolehi dengan menghadiri bengkel tentang larian ini. Moga dapat saya manfaatkan ilmu yang diperolehi ini kepada buah hati saya yang tersayang!


Di Sebalik Tabir Shooting Bersama Chef Ismail dan Pensonic :=)

$
0
0
Pengalaman masak bersama Chef Ismail. bersama selebriti yang dijemput adalah sesuatu yang indah didalam lipatan kenangan. Chewahhhhh. Biarpun ini bukanlah pengalaman pertama saya terlibat dalam 'shooting' bersama krew produksi. Tapi ini adalah pertama kali 'shooting'yang melibatkan chef selebriti dan pelakon yang cukup dikenali, so ini memang sangat OHSEMMMM!!!!
Ini bermula apabila saya menyertai peraduan yang dianjurkan oleh pihak Pensonic di FB mereka. Memandangkan saya memang jenis suka memasak, dan hampir setiap hari saya masak untuk famili. Jadi saya dengan berbesar hati untuk kongsikan masakan yang menjadi kegemaran saya satu famili.
Congratulations again to our winners for "Cook with Celebrity & Chef DCH Ismail"!
The production team will contact you soon to recce your location for the shoot! Be very excited!
1. Mahadi Mohamed Arifin
2. Arina Yusof
3. Ayi Alhamrah
4. Ayue Idris
5. Fazerina Ibrahim
6. Ayu Rafikah
7. Amy Aril
Dan tak sangka giler, saya antara 7 pemenang yang dipilih oleh pihak Pensonic!
Mak suke noks. Seronok sangat :p

Call time pukul 9.30 pagi, dan saya ditatatrias oleh jurumekap yang dibawa khas oleh pihak Pensonic. So, saya memang dah standby beberapa pasang baju dan akhirnya saya memilih untuk memakai baju warna terang iaitu merah tua dan kuning mustard.

Dalam pukul 10 lebih, Zara Zya tiba rumah mak saya. Ini merupakan pertama kali saya bertentang mata dengan pelakon yang sedang meningkat naik ini. Orangnya cantik personaliti nampak pendiam, tapi bila dah mula berborak memang sangat mesra dan havoc!

Dalam rancangan masakan yang bakal ditayangkan ini dibahagikan beberapa segmen. So, nak tahu apa segmennya kenalah tunggu dan tonton sendiri yan :p

Chef Ismail merupakan antara chef selebriti terkenal di Malaysia dan juga pemilik kepada Restoran Rebung merupkan hos tetap untuk rancangan masakan terbitan Pensonic ini. Seronok apabila dapat digandingkan dengan Chef Ismail kerana banyak tips dan pengalaman yang dikongsi oleh beliau teruatama berkaitan dengan bidang kulinari. 

Saya juga seronok dapat mencuba sendiri produk dari Pensonic  siri Chef's Like, yang memang sangat praktikal, fleksibel dan versatil kegunaannya. Harga yang ditawarkan juga sangat berbaloi dan berpatutan. Memang saya sangat syorkan untuk mereka yang mencari barangan elektrik dapur di rumah ~untuk dapatkan Pensonic siri Chef's Like.

*Sedikit teaser :=)


 Dan bila 3 bergabung, lagi meriah uollls...
Seronok apabila Zara Zya berkongsi tentang perkembangan baru beliau dalam dunia seni. Begitu juga pelbagai nasihat yang diberikan oleh Chef sepanjang shooting berlangsung. Biarpun mula-mula rasa agak janggal tapi bila digandingkan mereka yang meriah dan selamba, segalanya menjadi mudah dan seronok.

So, uollls kalau nak tahu apa yang kami masak dan tips dari Chef, jangan lupa tonton rancangan masakan ini yang akan mula ke udara pada 16 Mei 2016 nanti.

Jeng..
Jeng..
Jeng..

 Dan bukan setakat uolls boleh mengetahui resepi dan tips dari kami, ececece. Uolls boleh juga menyertai peraduan yang dianjurkan oleh Pensonic. So, kena tonton dan jawab soalan yang akan diberikan berdasarkan rancangan masakan yang ditayangkan. Hadiah yang menarik tentunya produk Pensonic dari siri Chef's Like akan diberikan kepada pemenang. Best giler!!!

 TQ photographer mummy pada hari kejadian iaitu Amani yang memang teruja giler dapat berjumpa dengan Zara Zya (memang Amani  suka tonton lakonan Zara Zya dalam cerita Cinta Hati Abah). Oh ya, Zara sekarang pun sibuk dengan bisnes tudungnya yang semakin hari mendapat sambutan. Dan Zara siap pesan dengan saya untuk tonton lakonannya dalam drama bersiri yang kini sedang ditayangkan di TV3 iaitu 'Duda Terlajak Laris'...

Dan ada berita baik untuk uolls semua. Pensonic ada menganjurkan satu lagi peraduan iaitu Raya-Merdeka Cook With Chef.. Di mana uolls hanya perlu membeli mana-mana produk Pensonic dari Chef's Like, hantarkan resit dan  isi borang penyertaan. Semudah A, B, C... Dan pemilihan pemenang adalah dipilih secara rawak. 

Keterangan lanjut boleh layari www.facebook.com/pensonicmalaysia

Psssst : Jangan lupa tau tonton rancangan masakan yang akan mula disiarkan (episod 1) pada 16 Mei 2016, di saluran TV3 jam 6.00 petang (sebarang perubahan saya akan update kelak ya!).

Mengetahui tentang resepi yang dikongsi...
tips dari chef selebriti..
 dan paling best banyak hadiah boleh dimenangi!!

Jangan lupa tonton ya!!

MUahhhh;

Haruman Terbaru Adidas UEFA Champions League 2015/16

$
0
0
Hari ini, adidas memperkenalkan rangkaian produk Penjagaan Badan Edisi Bintang Liga Juara UEFA baru; merupakan produk berlesen rasmi dikhaskan untuk Liga Juara-juara UEFA musim 2015/16. Diilhamkan oleh semangat kecemerlangan kejohanan tersebut, ternyata barisan haruman dan penjagaan badan terbaru ini akan memberi inspirasi peminat-peminat lelaki kejohanan liga juara ini setiap hari.

Haruman Untuk Juara-juara Eropah
Haruman Edisi Bintang ini bermula dengan letusan Bergamot dan limau mandarin, dan  dipertingkat lagi dengan haruman kuat daunan tomato dan buah pelaga yang segar. Bahagian tengah disusuli Lavandin France asli, dibumbui oleh Lada Hitam Madagascar dengan sedikit sentuhan ros untuk menggambarkan kelelakian moden. Dan nota dari bauan kayuan yang tajam dari Cedarwood Virginia, Patchouli Indonesia dan Karanalmeningkatkan kuatan haruman seterusnya memberikan wangian yang berpanjangan.

Rangkaian produk baru adidas Penjagaan Badan Edisi Bintang Liga Juara-juara UEFA terdiri dari:
-       adidas lelaki UEFA 2 Eau de Toilette 100ml,Harga Jualan RM32.90
-       adidas lelaki UEFA 2 Eau de Toilette 50ml, Harga Jualan RM 24.90
-       adidas lelaki UEFA 2 Deodoran Semburan Badan 150ml, Harga Jualan RM17.90

Saya tertarik dengan rekaan botol yang dipertengahkan dalam koleksi Adidas kali ini. Dengan ciri-ciri pembungkusan seperti warna rasmi untuk kelab liga UEFA iaitu warna biru mewah dan perak berkilau, sekaligus menampakkan ianya begitu gah dan esklusif.

Bentuk botol deodoran semburan badan yang sangat praktikal serta mudah menjadikan ianya salah satu faktor kepada produk ini diminati ramai jejaka di luar di sana. Saya juga sukakan baunya yang agak maskulin, tidak terlalu kuat dan cukup menenangkan. Ini mungkin kerana cetusan dari campuran bergamot dan limau mandarin satu kombinasi yang cukup serasi.


Kehadiran pewangi dalam dua saiz iaitu 50ml dan 100ml, memberi pilihan untuk kita memilih botol yang lebih kecil saiznya untuk dibawa pergi melancong dan sebagainya. Dan biasanya untuk botol yang lebih besar iaitu 100ml, kita boleh jadikan sbagai penggunaan di rumah :)


Produk berlesen rasmi Liga Juara-juara UEFA ini telahpun berada di pasaran bermula February 2016 di Watsons, Mydin dan lain-lain kedai  peruncitan dan pusat membeli-belah. Oh ya uolls, ada berita baik nak dikongsikan :) Kini telah berlangsungnya roadshow Adidas, untuk keterangan lanjut boleh rujuk pada maklumat seperti di bawah :-

Lokasi: Lower Ground Centre Court di IOI City Mall
Tarikh: 27th April sehingga 2nd May 2016
MAsa: 10 am - 10pm


Pelbagai aktiviti menarik disediakan dan kita berpeluang membawa balik banyak hadiah tau.

Joms!

Hari Aspriasi Media Di Jump Street Trampolin Park

$
0
0
Jump Street Trampolin Park sebuah taman permainan berkonsep “urban” yang sesuai untuk orang dewasa mahupun kanak-kanak. Di taman ini telah disediakan beratus-ratus trampolin bervariasi cabaran,  dari lantai sehinggalah ke dinding.Selain itu di Jump Street Trampolin Park juga ada menyediakan pakej-pakej  untuk aktiviti tertentu seperti sambutan hari jadi, team-building dan pelbagai lagi pada harga yang cukup istimewa.

Terletak di sebuah gudang bersebelahan Jaya One, taman trampolin  ini dibahagikan kepada beberapa bahagian; gelanggang utama  yang menampilkan sejumlah trampolin yang berhubung antara satu sama lain (dengan keluasan 9000 kaki persegi),dua gelanggang dodge ball, sebuah ‘foam pit’, gelanggang kanak-kanak dan bola keranjang serta enam trampolin bertaraf Olimpik. Terdapat juga dinding larian dengan pelbagai ketinggian berbeza.

Antara trampolin yang terdapat di Jump Street Trampolin Park :=)






Oh ya! Saya antara rakan media serta blogger yang turut hadir  pada  Hari Apriasi Media yang telah dianjurkan oleh  pihak Jump Street. Pelbagai cabaran lasak telah rancangkan buat kami untuk mencuba dan ternyata kmi begitu teruja melakukan setiap tugasan mengikut kumpulan. Yang menarik pemenang cabaran bakal dihadiahkan dengan  jam tangan jenama Reebok, sumbangan daripada Marco Worldwide Sdn Bhd.

Keseronokan, semangat berpasukan dan berani mencuba ini antara apa yang saya rasakan ketika bermain di sini bersempena dengan Hari Aspriasi Media :)

Sesi warming up sebelum melakukan aktiviti.

Cabaran pertama :=)
Agak mencabar juga untuk wanita kecil seperti saya.

Slam dunk!!

Acara ketiga dan terakhir adalah dodge ball!
Ini adalah game terakhir, paling menarik dan best!
Ketangkasan dan semangat juang dalam pasukan memang perlu ada mengatasi pihak lawan.

Rakan media dan bloggers bergambar kenangan!
Kredit pic : Lipstiq.com


Dan kumpulan saya telah berjaya menjadi JUARA!
Yeay......

*************



Bersempena dengan sambutan ulang tahun kedua Jump Street pada 28 Mei akan datang ini, Jump Street telah menjemput penghibur sarkas dan artis trampolin untuk membuat satu persembahan akrobatik yang menarik. 




Dan untuk sepanjang tahun ini, Jump Street Petaling Jaya akan menawarkan pelbagai aktiviti hebat untuk para peminat trampolin. Antara aktiviti yang akan dijalankan adalah seperti Pertandingan Trampolin pada bulan September, Perlawanan Dodge Ball pada bulan Oktober serta Festival Urban Sport pada bulan November.




Menarik bukan?



Untuk sebarang maklumat dan tempahan, sila layari https://jumpstreetasia.com/

 
Lokasi:
Jump Street PJ:           
It is located in a 37,000 sq. ft. converted warehouse (behind Bosch) at No 8A, Jalan 13/6, 46200 Petaling Jaya, Selangor

Jump Street Austin Heights JB (dibuka pada Feb 2016)
Jalan Mutiara Emas 8, Taman Mount Austin, 81100 Johor Bahru, Johor - 13,000 sq. ft.

London Carnival Sale!

$
0
0


Dalam meneruskan hidup di dunia yang serba-serbi memerlukan duit, memang kita sebagai ibu-bapa kena bijak berbelanja. Apatah lagi barangan belian yang merupakan satu keperluan asas buat anak-anak. Jadi bila ada sahaja jualan yang berbaloi diwar-warkan kan kita haruslah tidak melepaskan peluang. Ini kerana harga yang bakal ditawarkan jauh lebih murah dan lebih berpatutan.

Hokeh saya nak sampaikan satu berita baik untuk semua ibu bapa!!!!!

The Parenthood pusat sehenti kegemaran keluarga di Sunway Putra Mall, telah menganjurkan karnival jualan selama 2 hari iaitu 30 April - 1 May 2016. Sepanjang karnival jualan ini terdapat pelbagai barangan  bayi sehingga kanak-kanak dari pelbagai jenama yang dijual dengan harga begitu berbaloi.

Dan istimewanya pada 30 April 2015, untuk waktu masa tertentu (rujuk poster diatas), harga jualan lelong untuk lampin pakai buang (pampers), yang mana jika kita membeli 2 pampers, kita akan bakal menerima lagi 1 pampers secara PERCUMA!

Memang menarik bukan, tawaran yang diberikan :) :)

Begitu juga dengan tawaran harga terbaik untuk produk permainan seperti Saidina, peralatan alat tulis seperti Faber Castle dan banyak lagi! So inilah masanya kita 'stock up' barangan keperluan sekolah anak-anak kita.

So, apa lagi jangan lupa 'mark your calendar' --> 30hb April 2016 dan 1 Mei 2016, bermula seawal 10 pagi sehingga 10 malam, kita terjah ramai-ramai untuk merebut segala harga murah yang ditawarkan bersempena dengan LONDON CARNIVAL SALE!

Keterangan lanjut boleh layari : www.theparenthood.com.my

Promosi Hi Tea Bersempena Dengan Parents' Day di Restoran Sky 360

$
0
0
Bagi mereka yang ingin mencari kelainan dalam meraikan hari ibubapa yang tersayang. Bolehlah memilih Restoran Sky 360 yang terletak di Hotel One City Mall. Keunikkan restoran yang terletak di bahagian atas sekali di bangunan membolehkan kita melihat kecantikan pemandangan dari atas bangunan.

 Untuk kali ini Restoran Sky 360, menawarkan promosi istimewa hi-tea dengan harga RM68 untuk satu set (2 orang). Hidangan pemanis mulut yang begitu menyelerakan selain dari pilihan teh O/kopi O (free flow).

Antaranya pemanis mulut yang ditawarkan dalam set seperti:-

Scone with condiments (whipped cream and jam)


Valrhona Chocolate Brownies

Rasberry Financier

Royal Charcoal Ham and Cheese

Red Velvet Cupcake

Not in the pics: Mini Fresh Tartlet and Salmon Gravlax with Choux Paste

Snap shot : Set For Parents'Day!


Tawaran hanya untuk hari Sabtu dan Ahad, bermula 7 May 2016 sehingga 26 Jun 2016 dari jam 2 pm - 5 pm sahaja.

Untuk tempahan dan pertanyaan boleh hubungi 03-51159887

:)

Transbella dan Transgluta | Suplemen Mencerahkan Kulit Buat Lelaki Mahupun Wanita

$
0
0

Semua orang inginkan kulit yang cantik, mulus, putih berseri-seri. Dan saya juga percaya, selain daripada penjagaan luaran muka seperti ~membersih, melembut menggunakan toner, melembap menggunakan pelembap. Kita juga perlu mengambil suplemen bagi memastikan kulit wajah kita benar-benar cerah dengan tona sekata, semakin mulus dan paling penting ianya menyerlahkan aura seri dari dalam

Dan baru-baru ini saya telah diperkenalkan dengan satu produk keluaran Zenia Niaga iaitu Transbella dan Transgluta. Yang mana kedua-dua produk ini mengandungi 1001 kebaikan tanpa sebarang kesan yang memudaratkan.
Kehadiran Atita Haris selaku duta untuk produk Transbella bersama keluarganya memang mencuri perhatian tetamu. Atita yang juga pengguna produk Transbella membuktikan bahawa kulit kita boleh jadi cantik dan mulus melalui pengambilan suplemen  Transbella secara konsisten.

Testimoni dari Atita turut disokong oleh Intan Dayana ini yang juga merasai perubahan terhadap dirinya setelah mengambil suplemen Transbella.

Lihat perbezaannya, memang ketara bukan? Sebelum menjadi pengguna dan setelah menjadi pengguna Transgluta :=) Lebih putih berseri, lebih berkeyakinan dan berpersonaliti!

Kenalkan antara orang kuat Transbella dan Transgluta dalam memperkenalkan suplemen kecantikan ini kepada semua penduduk di Malaysia, founder Anny Ariffin dan partner Suraya Sulatin.

Majlis bertambah gamat dengan celoteh-celoteh dari Diva AA selaku pengacara majlis pada hari kejadian. Pertama kali saya melihat secara 'live'diva AA dan ternyata personaliti AA yang peramah ini begitu mudah didekati.

Antara aktiviti yang mencuit hati, apabila bloggers terpilih harus menari gaya Azwan Ali, hihihi.

Kami juga para bloggers telah diberikan produk ini secara percuma untuk dicuba..
Haruslah ada rasa excited sebab nak melihat sendiri perubahan pada diri setelah mengambil suplemen Transbella dan Transgluta.

Kedua-dua produk ini biarpun cara penggunannya dan kebaikannya lebih kurang sama namun sebenarnya kandungan bahannya adalah berbeza. Yang mana Transbella telah dihasilkan daripada kalogen manakala Transgluta tidak mempunyai kalogen tetapi terdapat glutathione yang terkenal sebagai double whitening agent . Jadi pada mereka yang ada alahan kalogen bolehlah menggunakan produk Transgluta sahaja.

Saya cukup suka dengan pembungkusan Transbella ini. Dengan pemilihan warna ungu dan bercorak bunga menambahkan lagi seri dan tampil lebih feminin di mata saya. 

Yang menariknya produk ini boleh diambil samada lelaki mahupun perempuan, bermula seawal 16 tahun sehinggalah 60 tahun. Ini termasuklah wanita mengandung (6-7 bulan ke atas), wanita menyusukan anak (bayi perlu sudah masuk usia 6 bulan ke atas), perokok dan sebagainya. Dan bagi wanita yang sedang datang bulan (period) mereka juga boleh mengambil suplemen ini tanpa halangan.

Boleh baca dengan jelas kelebihan Transbella di sini ya :=)

Transbella adalah dalam bentuk tablet. Jadi ianya boleh dimakan begitu sahaja, kunyah-kunyah, hisap dan telan. Kandungan utama adalah dari ekstrak sakura dan yis sebagai pengganti gluta. Cara pengambilan adalah makan 1-2 biji setiap hari, iaitu sebiji di waktu pagi sebelum makan dan sebiji sebelum masuk tidur. Harga promosi sebotol yang ditawarkan adalah RM80 (termasuk pos).

Manakala Transgluta adalah terdiri daripada kapsul yang mengandungi bahan utama iaitu Pure Gluthathione yang mampu memberi pencerahan kulit badan dan muka. Bagi mereka yang mempunyai wajah yang agak gelap ketara disyorkan mengambil produk Transgluta untuk kesan yang lebih hebat.

Cara pengambilan untuk 7 hari pertama, perlu mengambilan 1 biji setiap pagi sebelum makan, dan 1 biji sebelah malam sebelum tidur. Dan untuk hari ke-8 dan seterunya hanya mengambil sebiji sebelum sarapan.

Pencerahan tentang kandungan Transgluta dan kebaikannya.

Harga promosi yang ditawarkan adalah RM69.90 termasuk pos.

Sekiranya pengguna turut mengambil produk kesihatan yang lain, ianya tidak menjadi masalah jika pengguna masih mahu mengambil suplemen tambahan Transbella dan Transgluta. Tetapi dengan syarat pengambilan antara satu produk dengan produk yang lain perlulah adalah kekangan masa 2-4 jam. Contohnya, saya sudah makan Transbella pada pukul 8.oo pagi, dan untuk suplemen yang lain saya perlu ambil lebih kurang jam 11 pagi ke atas (setelah ada jarak masa pengambilan 2 hingga 4 jam)

Dengan pengambilan suplemen ini secara konsisten saya percaya, wajah saya boleh menjadi berseri-seri seperti Atita Haris yang sentiasa kelihatan muda, 'fresh'dan 'glowing'.

Amboi diva AA pun semakin hari semakin flawless wajahnya...
Rahsianya tentulah dek kerana pengambilan Transbella dan Transgluta!

Email : zenia.sales@gmail.com
Hotline : 013-6915915 / 019-3173715


Jom glowingkan diri agar lebih berseri-seri!
Viewing all 2933 articles
Browse latest View live