Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all 2935 articles
Browse latest View live

Sesuatu Yang Hebat di Sunway Putra Mall |Marvel’s Captain America: Civil War

$
0
0
Sunway Putra Mall telah bekerjasama secara eksklusif dengan Disney dan Marvel untuk membawa peminat Marvel bersama-sama untuk meraikan tayangan filem bermula dari 15 April hingga 8 Mei 2016.

Pertempuran antara Captain Amerika dan Iron Man yang disertai bersama beberaapa adiwira yang lain menjadikan filem ini sarat dengan aksi yang sememangnya snagat dinanti.

Diantara.....

Kebebasan atau keselamatan? 

So, anda dipihak yang mana?
Istimewanya di Sunway Putra Mall di mana pengunjung boleh menentukan pihak mana yang mereka mahu sertai iaitu samada #TeamCap atau team #IronMan.


Yang lebih menarik terdapat pelbagai koleksi monumen Captain Amerika dan Iron Man serta pasukannya dipamerkan di rung legar tengah Concourse Main Sunway Putra Mall. 


Terdapat satu booth virtual realiti yang mana pengunjung boleh bergambar menggunakan perisai Captain Amerika dan juga Iron Man. Dan boleh membawa balik foto/gambar untuk dibawa balik secara percuma.


Para pengunjung juga boleh menyertai Pertandingan Cosplay pada 2 hb Mei 2016. Dengan bergaya dengan koctum, daripada mana-mana watak di dalam filam 'The Cicil War'. Pemenang setiap kategori boleh memenangi hadiah-hadiah menarik bernilai lebih RM2,500 yang ditaja oleh Sunway Mall Putra dan Lil Monsters.

“Today superheroes movies are one of most anticipated movies that people look forward to watch. With this collaboration with Disney, we try to have entertaining and family fun events in our mall and we are excited to share this experience with our shoppers. Hence this event is one of the effort to encourage the fans and shoppers to be part of an exciting cosplay competition at our mall.”
said "kata Cik Phang Sau Lian, Pengurus Besar Sunway

Oh ya. kita juga boleh membeli set pop corn khas Captain America di TGV. Cantik dan esklusif!

Marvel’s Captain America: Civil War akan mula berada di pawagam pada 28 April 2016.

www.sunwayputramall.com atau hubungi di 03-2786 9300

Ikut Sunway Putra Mall pada platform media sosial:

Facebook - www.facebook.com/sunwayputramall

Instagram - @Sunway_Putramall


Dua Resepi Istimewa | Ikan Perap Lada Hitam Bersama Salad Pic's dan Spagheeti Mussel Berkeju Susu

$
0
0
Untuk cabaran New Zealand Food Connection Blogger Food Bag Challenge!, saya telah mencuba 2 resepi yang amat mudah, praktikal dan sedap. Paling penting selain daripada penggunaan bahan-bahan yang berkhasiat dari New Zealand, saya juga perlu memastikan ada keseimbangan diet dalam setiap hidangan yang dihasilkan. Tempoh penyediaan setiap hidangan tidak lebih 20 minit

Ikan Perap Lada Hitam Bersama Salad Pic's

Bahan-bahan Perap Ikan:
1. Isi Ikan (Hake)- Talley's
2. Lada hitam (sedikit tumbuk halus)
3. Sedikit garam
4. Sedikit Olive Oil

Bahan-bahan Untuk Salad
1. Pic's Peanut Butter
2. Buah kiwi (1 biji, potong memanjang)
3. Lobak merah (sedikit, potong halus)
4. Salad (sedikit)
5. Tomoto ceri (sedikit, potong kecil)
6. Sedikit perahan lemon

Kentang + susu + lada hitam + garam + daun bawang + telut ( rebus kentang, campur semua bahan dan bulatkan jadi doh)

Mayo cheese sebagai penambah perisa :=)

Bahan utama isi ikan (Hake) keluaran Talley's.

Isi ikan Hake yang kelihatan begitu segar!

Gaul semua bahan perapan pada ikan, biarkan sekejap.

Bakar pada api sederhana. Sekejap dan cepat :)

Saya gunakan Pic's Peanut Butter (dalam 2 sudu) sebagai bahan utama (dressing). Campurkan sedikit perahan air lemon + mayo
Buah kiwi antara bahan menjadi pengimbang kepada campuran salad!!

Sayuran untuk campuran salad..Gaul sebati dengan Pic's dressing yang telah disiapkan sebentar tadi.

Kentang yang telah dibuat doh, saya bakar pada api sederhana.

Tadaaaaaaaaaaaaaaa!! Inilah Ikan Perap Lada Hitam Bersama Salad Pic's 

Gambaran dari tepi, salad yang diletakkan dibahagian bawah ikan perap yang telah siap dibakar.



Spagheeti Mussel Berkeju Susu

Bahan-bahan untuk sos:
1. Greenshell Mussels - Talley's
2. Susu ( 1 liter), boleh gunakan dari jenama Spring Sheep Milk Co (tapi saya menggunakan produk tenusu tempatan)
3. Keju parut Fonterra
4. Keju Parmesan (sedikit)
5. Chili Flakes (sedikit)
6. 1 labu Bawang putih (didadu)
7. Cendawan Shitake
8. Sedikit lada hitam
9. Garam penambah rasa
10. Sedikit air

Spaghetti jenis Angel Hair (rebus sampai empuk)


See betapa segarnya Greenshell Mussels keluaran Talley's ini..

Goreng bawang putih dengan olive oil sampai naik bau.. Masukkan cendawan shitake.

Masukkan susu, keju dan air.
Tabur sedikit lada hitam

Masukkan mussels dan garam secukup rasa

Masukkan spagetthi yang siap direbus. Taburkan keju parmesan dan chili flakes. Makan panas-panas :=)

#NZFoodConnection

Magical Ramadhan Nights | Buffet Ramadhan Pullman Putrajaya Lakeside

$
0
0

'Magical Ramadhan Nights'menjadi tema,
Variasi juadah pilihan berbuka,
Dari manisan, buahan dan pelbagai masakan boleh dicuba,
Hanya yang terbaik diPullman Putrajaya!

Berkesempatan menghadiri ke preview ramadhan d Pullman Ptrajaya Lakeside tidak saya tidak lepaskan. Apatah lagi hotel bertaraf 5 bintang ini sememangnya sudah gah namanya antara hotel berkelas dunia yang terbaik serba serbi dari fasiliti, perkhidmatan servis dan juga versatil dalam persembahan menu pada setiap kali ramadhan menjelma.

Untuk tahun ini Pullman Putrajaya Lakeside mempertengahkan tema 'Magical Ramadhan Nights', secara simboliknya untuk memberi peluang kepada para pengunjung untuk merasai kemeriahan penuh magis di malam bulan ramadhan sewaktu berbuka puasa. 

Magisnya?

Terletak pada lokasi berbuka puasa yang cantik, bersebelahan tasik. Dan juga pelbagai pilihan menu berbuka puasa yang sememangnya menarik :=)

Oh ya, yang paling saya teruja apabila tiba waktunya berbuka azan akan berkumandang secara LIVE dari menara yang terletak tengah-tengah kawasan buffet berbukan puasa.

Seriously melihat pada pilihan hidangan buffet ramadhan di Pullman Putrajaya Lakeside, memang mengujakan saya. Bagi mereka yang inginkan sesuatu yang berbeza sewaktu berbuka seperti pilihan masakan melayu, cina, india dan sebagainya. Sememangnya di buffet Pullman Putrajaya Lakeside ada segala-galanya. Bahkan saya begitu teruja melihat pilihan manisan/pencuci mulut yang begitu bervariasi. dari kuih moden dan juga tradisional, serta manisan arab juga ada ditawarkan kepada pengunjung.

Ikan bakar yang segar!

Sotong bakar yang saiznya agak besar juga!

Hidupan laut yang sentias amenjadi pujaan :p
Sotong dan udang ada juga yang dibakar..

Sate ayam dan daging..
Pilih-pilih semuanya 'tempting'!

jangan lupa 'side'sampingan..
Ada ketupat, timun dan bawang...

Kemewahan daging kebab memang kelihatan,
Masakan Asia Barat yang menjadi tumpuan..


Untuk sesuatu yang praktikal dan mengenyangkan,
Pelbagai pilihan pizza ada ditawarkan...

Kegemaran saya dulu, kini dan selamanya...
Yeszaaa kerabu pelbagai citarasa...

Masak berkawah dalam kuali,
Udang masak pedas yang sedap sekali...

Ikan keli manis isinya...
Digoreng ringkas makan begitu sahaja..sedap juga :p


Salad, laksa dan mee berkuah pun ada ditawarkan...
Dari spagehtti, sehingga yang bersup atau berkari, dengan pilihan pelbagai jenis mee, memang bervariasi!

*gambar selingan
See Cik Lily begitu teruja melihat hidangan yang ditawarkan di sini.

Segala beraneka rojak ada di sini.
Pilih dan makanlah sesuka hati, hihihi

Sambal dan ulam-ulaman masakan melayu...

Variasi jenis kerang mencuri perhatian...

Masakan ikan yang paling besar yang pernah saya tengok dalam sejarah hidup saya. 
Sedap betul isi ikan ini, manis dan terasa kesegarannya. Apatah lagi dimakan bersama sos yang disediakan khas untuk dinikmati bersama ikan bakar ini.

Daging lembu bakar..

Daging kambing bakar....

Ikan stim...

Murtabak pun ada ya!

Dim Sum bagi mereka yang sukakan masakan cina...

Milkshake pelbagai perisa....

Pilihan air minuman seperti mocktail..

Dan juga air tin...


Di satu sudut, terbentangnya pelbagai pilihan manisan dan pencuci mulut buat pengunjung Magical Ramadhan Nights.
Antara yang harus ada, tentulah buah kurma.

Pop-corn buat kanak-kanak yang menyertai berbuka di sini..

ABC, lai chi kang dan macam-macam lagi...

Dan pelbagai juadah kuih serta kek moden dan tradisional yang memikat hati...

*kegemaran saya, woot woot!!


Semuanya nampak enak dan memikat selera bukan? :) :)

Buah-buahan yang siap dipotong ada juga...

TAPI....

Jika anda ingin menikmati buah-buahan tempatan seperti raja buah durian ataupun manggis, pisang, duku dan rambai, cempedak, nangka dan banyak lagi. Jangan lupa untuk merasai keenakkan buahan tempatan yang turut ditawarkan sepanjang malam Magical Ramadhan Nights di Pullman Putrajaya Lakeside. Ini antara yang menjadi tarikan buat mereka yang datang berbuka di sini.

Selain itu, pastinya malam magis berbuka di sini pasti meninggalkan memori yang manis buat kita..
Apabila kemunculan pelbagai cosplay yang unik, dan cantik juga dibuat props bergambar, heheh..

Pertunjukkan bunga api yang luar biasa hebatnya...

Kecantikan menara terletak di ruang tengah di kawasan buffet ramadhan...

Hiburan nyanyian lagu-lagu evergereen dan moden, serta lontanan lagu klasik yang tidak mengecewakan. Dan pastinya dengan adanya pertunjukkan tarian lama seperi zapin dan sebagainya. benar-benar menghiburkan sekaligus menggandakan lagi keseronokan

Ruang makan yang luas dan besar. Membolehkan kita datang samada sendiri mahupun beramai-ramai bersama rakan kerja dan keluarga. Pasti meriah!

Gambaran dari atas keluasan buffet ramadhan di Pullman Putrajaya Lakeside :=)

Buffer ramadhan Magical Ramadhan Nights akan bermula 7 Jun sehingga 3 Julai 2016, dari jam 7.00 malam sehingga 10.30 malam. Bagi anda yang membuat tempahan sebelum 15 Mei 2016, akan diberikan diskaun sebanyak 25%. Dan bagi mereka yang membuat tempahan lebih daripada 10 pax untuk satu-satu masa, berpeluang menerima penginapan semalam di bilik DELUXE di Pullman Putrajaya Lakeside. Best giler,,,,,

Untuk harga dewasa : RM169 (nett)
Utuk harga kanak-kanak : RM130 (nett) * 4 - 10 tahaun

Tempahan untuk berbuka boleh hubungi talian :
03-8890 0000

Atau email :
magicalramadhan@pullmanputrajaya.com


Untuk keterangan lanjut boleh layari : 


Dan boleh juga walk in...
Pullman Putrajaya Lakeside
No.2, Jalan P5/5, Presint 5
62200 Putrajaya, Wilayah Persekutuan, Malaysia

TQ Pullman Putrajaya  Lakeside for inviting us!!!!

Mother 2.0 | Jom Sertai Peraduan!

$
0
0
Holla!!!

*Gambar selingan, saya yang beraktiviti membuat kraf dari sabun bersama anak-anak :)

Ibu-ibu zaman sekarang sememangnya LUAR BIASA ~Mereka dipenuhi sifat yang penyayang, penyabar dan sangat berdedikasi. Mereka juga sahabat baik, penasihat, teman membeli-belah dan bersenam, teman bercuti, dan mentor anak-anak mereka. Nah! Atas kehebatan peranan ibu-ibu pada hari ini Lifetime telah ‘menaikkan taraf’ ibu hari ini dengan menggelarkan “Mother 2.0”
“Mother 2.0”oleh Lifetime ini diberikan berdasarkan kepada perubahan mengikut peredaran zaman - yang mana ibu-ibu hari ini kebanyakan menguasai kemahiran-kemahiran mengagumkan seperti yoga, pengubahsuaian dalam 5 minit, menjalankan pelbagai tugas serentak dan banyak lagi.

Untuk menghargai ibu-ibu Mother 2.0 ini, Lifetime dengan bangganya mengadakan kempen Hari Ibu bagi meraikan wanita-wanita istimewa dengan prinsip tersendiri yang telah melawan tradisi dan mengubah stereotaip untuk menjadi ibu dengan cara yang mereka sendiri tentukan. Dan anda juga boleh menjadi sebahagian daripada revolusi Mother 2.0 Lifetime:


Kongsi kisah anda dengan Lifetime dan berikan inspirasi kepada yang lain menerusi pengalaman anda! Hanya poskan Kata-kata Hikmat Mother 2.0 (Mother 2.0 Wisdom) versi anda di https://www.facebook.com/LifetimeAsia/posts/351184638338965 dan lima kisah paling asli akan memenangi peluang untuk menghadiri sesi tayangan ekslusif ‘Mother’s Day’ (set empat tiket wayang) pada Ahad, 8 Mei di TGV Sunway Pyramid bersama personaliti-personaliti Mother 2.0! Peraduan ini akan berakhir pada 5 Mei.

Kisah Video Mother 2.0

Bagi menunjukkan yang seorang ibu juga boleh meneruskan minat mereka, empat personaliti Mother 2.0 akan berkongsi kisah dan pendirian mereka di laman Facebook dan laman web Lifetime Asia! Kenali ibu-ibu ini dan kongsi kisah mereka dengan ibu-ibu lain:

 Puteri Kirana, seorang pelagak ngeri motosikal yang sukakan adrenalin;

 Nisa Hadian, seorang jurutera pelantar minyak yang suka membuat kek;

 Ammetta Malhotra Bergin, seorang jurulatih peribadi dan pemilik Target Fitness Gym

 Jayvy Chin, seorang ibu bertatu yang meminati seni tatu.

Ibu-ibu ini dan ramai lagi ibu-ibu lain, membuktikan yang kehidupan seorang ibu bukanlah terhad seperti yang ditetapkan oleh tradisi lama; apa yang lebih penting, menjadi ibu tidak bermakna seorang wanita harus melupakan minatnya dan menghalangnya daripada menjadi individu dengan keunikan tersendiri.


Sepanjang kempen ini, Lifetime juga akan memaparkan rencana-rencana senarai ringkas di Facebook yang akan memaparkan aspek-aspek ibu-ibu Mother 2.0 daripada pelbagai sudut berbeza. Terdapat idea-idea pemberian hadiah Hari Ibu dan aktiviti-aktiviti menarik!

Sertai kempen ini sekarang - sebagai ibu Mother 2.0 ataupun memberikan ucapan penghargaan buat wanita bergelar IBU yang banyak memberi inspirasi dalam hidup anda  :)

Sila layari pautan ini untuk keterangan lanjut dan menyertai peraduan yang dianjurkan --> www.facebook.com/LifetimeAsia dan www.lifetimeasia.com!

Keseronokan Percutian 3H2M di Pullman Putrajaya Lakeside

$
0
0
Berpeluang bercuti sambil merehatkan fikiran di Hotel Pullman Putrajaya Lakeside bersama keluarga memang sudah lama menjadi impian. Hotel Pullman Putrajaya Lakeside yang bertaraf 5 bintang ini antara hotel yang tersohor di Malaysia, ini sememangnya bukan hanya hebat dari segi rekabentuk bangunan dan landskap. Bahkan fasiliti serta kemudahan yang ada ditawarkan di sini juga antara faktor mengapa hotel Pullman Putrajaya Lakeside menjadi pilihan terutama pelancong dari luar negara.

*Laluan masuk ke parking dan lobby

Selain dari kedudukan hotel ini bersebelahan dengan tasik Putrajaya. Hotel ini juga mempertengahkan keunikan seni dan suasana persekitaran mengikut 3 budaya utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India didalam setiap rekaan bangunan dan hiasan dalaman.

Menarik bukan?

Dengan tawaran sebanyak 281 bilik, suite mahupun apartment, tetamu hotel bolehlah memilih mengikut kesesuaian dan kehendak masing-masing. Antara jenis bilik yang ditawarkan adalah seperti berikut:-
  • Superior Room
  • Deluxe Room
  • Deluxe Balcony Room
  • Spa Concept Room
  • Executive Room (ada akses ke Executive Lounge)
  • Suite (Executive & Pullman)
  • Service Apartment (1 & 2 bilik) dan Studio Room (ada akses ke Executive Lounge)

Masuk sahaja bilik, terus hati berbunga-bunga bila baca kad comel dari pihak pengurusan hotel :)

Dapat juga 'welcoming gift' dan coklat dari pihak hotel :=)
Terharu giler....heheheheh

Yang menarik perhatian saya...
Figurin ala-ala Award Oscar :p


Bilik hotel yang saya menginap di sini merupakan bilik yang berkonsepkan 'spa'.
Agak luas dan besar, dengan satu katil saiz King.

Empuk, selesa boleh bertenang-tenang dengan hati senang.

Dan di sebelah katil ada 'jakuzi' ~woooot wooot
Cuba bayangkan kita berjakuzi sambil mendengar muzik yang begitu asyik dan perlahan. Bahkan kita juga boleh menonton TV ketika berendam dalam jakuzi..Memang benar-benar boleh menenagnkan fikiran.

My Ameer yang sedang sakan berendam sambil main buih dalam jakuzi :)

Laluan masuk dari pintu bilik.


Saya sangat sukakan rekaan dalaman bilik ini yang memang mempertengahkan konsep elegan dan moden. Apatah lagi warna coklat tanah di batu pada dinding, menampakkan ianya begitu esklusif. Gambar di atas merupakan bilik mandi (ada pancuran air).

Tandas :)
Saya antara tipikal orang Malaysia yang memang sukakan tandas yang mempunyai hos (paip). So, memang puas hati.

Fasiliti yang disediakan dalam bilik air. Lengkap!


Setiap bilik selain ada peti simpanan khas, terdapat juga sterika dan lain-lain bagi kemudahan tetamu hotel di sini.
Dan bilik saya mempunyai balkoni. So dapatlah kami melihat kecantikan hotel dari bilik terutama dari segi rekaan luaran bangunan di blok-blok yang lain.


FASILITI

Terdapat banyak fasiliti dan servis yang ada ditawarkan di Hotel Pullman Putrajaya Lakeside. Antaranya seperti:-
  • Baby sitting service
  • shuttle service & city centre drop off
  • parking boleh memuatkan sehingga 400 buah kereta
  • limousine service
  • conceirge service & valet parking

  • swimming pool and kid's pool with sundeck
  • state-of-the-art-fitness centre
  • Fit & Spa (10 jenis bilik rawatan dan 9 jenis spa concept room)
  • karaoke lounge dan wedding studio
  • Airline crew lounge

kredit pic: Pullman website


  • Kid's Club and games room - penggunaan adalah percuma. Kecuali jika anda henda menyewa basikal (ada caj yang dikenakan)
Dan jika anda berminat dengan, "water sport activites", anda boleh menyertainya dan ianya adalah dibawah seliaan Maritim Centre Putrajaya (terletak bersebelahan dengan hotel)

 kredit pic: www.vkeong.com

  • Terdapat juga pantai (buatan) di tepi hotel yang boleh kita jalan dan bersiar-siar di sini.

kredit pic: www.pixoto.com


  • Jika di waktu malam, kita boleh berjalan-jalan di 'Village' melihat kecantikan tasik ataupun di waktu petang kita dapat lihat terbenamnya matahari dari sini. The Village ini terletak berhadapan tasik dan juga jambatan Wawasan Putrajaya.

Kolam Mandi

Terletak di tingkat 2 hotel. Mempunyai 2 jenis kolam mandi mengikut kesesuaian umur dan ketinggian.


Ianya dibuka dari 9 pagi hingga 7 malam.

Gimnasium

Gimnasium terletak bersebelahan dengan kolam mandi. agak menarik juga kerana terdapat banyak alatan senaman yang disediakan di dalam gimnasium ini. Antaranya :-
Ada panduan cara penggunaan alatan turut disediakan.

*Gagah sangat lettew dedet, kihkih




Turut disediakan ruang untuk merehatkan diri setelah bersenam di sini.

Sauna

Aktiviti kegemaran anak lelaki saya ketika berada di sini adalah bersauna. Sauna ini terletak berdekatan dengan Gimnasium. Jom lihat betapa seronoknya anak-anak lelaki saya bersauna, hihihi.




Ini merupakan pengalaman pertama mereka merasai gaya orang bersauna. Aktiviti sauna ini bagus untuk memberikan kita rasa relaks dan juga boleh membantu menguruskan badan :p

Perlu diingatkan setiap aktiviti bersama kanak-kanak adalah perlu dibawah pengawasan ibubapa atau penjaga ya!

Spa

Memandangkan anak-anak lelaki saya sakan berakiviti dengan ayah mereka. Dan saya juga berpeluang memanjakan diri di spa yang ada di hotel ini.

Kebetulan untuk semua tetamu yang menginap di hotel telah diberikan complimentary voucher dari Fit & Spa untuk merasai sendiri servis 'jet-lag De Stressor Massage' selama 20 minit. Urutan ini bagus terutama buat pelancong dari negara luar yang datang ke Malaysia (pastinya akan merasai kesan dari Jet-lagi akibat penerbangan yang terlalu lama mengikut zon masa yang berbeza).


Spa ini terletak di tingkat 2, Lotus Wing.

Antara Spa yang terbaik dan pernah dianugerahkan pencapaian khas daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.

Ruang masa dalam spa yang sangat ohsem!!!

Laluan ke bilik-bilik urutan di SPA ini. Cantikkan! Gaya moden dan esklusif.

Untuk urutan kaki sahaja..

Muka happy berseri-seri selepas memanjakan diri di sini.

Berpeluang menghabiskan masa bersama keluarga di Hotel Pullman Putrajaya Lakeside sememangnya meningggalkan memori manis buat saya dan keluarga. Selain daripada fasilitinya yang tip-top, pelbagai kemudahan, kecantikan struktur luaran dan dalam bangunan serta makanan yang disajikan di sini juga pelbagai pilihan.

*Berkesempatan bersarapan 2 kali di Restoran B's All Dining di sini. Memang terbaik pilihan hidangan memenuhi citarasa seisi keluarga :=)
**Kami juga sempat berlibur melihat persembahan di The Deli @ Pullman. Memang persembahan menarik, lagu-lagu yang dibawakan oleh penyanyi semuanya best-best dan bertenaga.

3 hari 2 malam percutian tidak dirancang,
di Pullman Putrajaya Lakeside penuh keseronokan!

Keterangan lanjut boleh layari:

Pullman Putrajaya Lakeside

No.2, Jalan P5/5, Presint 5
62200 Putrajaya, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Tel. +60 (3) 8890 0000 
Email : info@pullmanputrajaya.com

Gayakan Bokitta Hijab Syawal Ini

$
0
0
Salam berhunjung minggu :)

Bokitta Hijab bukanlah sebuah jenama yang baru bertapak di Malaysia, malah jenama popular ini merupakan pelopor koleksi instant shawl atau pin-less shawl sejak beberapa tahun yang lalu. Ketika semua hijabista masih sibuk bereksperimen dengan gaya lilitan hijab kontemporari yang modern, Bokitta Hijab memasuki pasaran dengan membawakan koleksi pin-less hijab yang cukup inovatif dan praktikal. Koleksi pin-less hijab keluaran Bokitta ini membolehkan para wanita memakai tudung dengan amat mudah tanpa menggunakan sebarang brooch atau pin tudung. Setiap koleksi shawl hadir dalam dua bahagian iaitu bahagian inner dan bahagian luar tudung. Si pemakai hanya perlu memakai inner terlebih dahulu dan kemudian menyarungkan bahagian luar tudung dengan begitu sahaja. 

Mudah bukan?

Sempena Hari Raya yang bakal menjelang tidak lama lagi, apa kata anda melayari laman web ZALORA Malaysia dan lihat koleksi shawl Bokitta Hijab yang cukup menawan ini. Temui aneka pilihan warna menarik dan corak-corak yang terkini untuk anda gayakan bersama persalinan baju raya anda.



Kekal selesa sepanjang Syawal dengan mengenakan koleksi instant shawl Bokitta Hijab yang diperbuat dengan menggunakan fabrik-fabrik terpilih yang tidak panas dipakai. Bukan itu sahaja, fabrik-fabrik ini juga mudah dibentuk pada muka dan percayalah, koleksi Bokitta Hijab  ini memudahkan pemakaian hijab anda. Selamat menyambut Hari Raya bersama Bokitta Hijab!

Rohto® Cool Drop Untuk Mata Yang Cantik

$
0
0
Kesiahatan dan kecantikan sememangnya perlu seiring. Dalam kita menjaga kesihatan diri, kita juga sering terdedah dengan keadaan alam sekitar seperti berhabuk, jerebu, asap dan sebagainya.

Selain itu, keadaan kita yang sibuk bekerja terutama harus menggunakan komputer pada masa yang agak lama boleh menyebabkan mata kita rasa letih. atas sebab itu saya sentiasa mencari solusi agar mata saya benar-benar relaks dan segar,

Apabila saya diperkenalkan dengan Rohto®  Cool Drop ubat titis mata yang mampu mengekalkan kelembapan dengan berkesan serta memberikan kelegaan terutama untuk mata kering dan gatal-gatal. memang menjadikan saya begitu teruja. 

Dan dari sudut kesihatan penglihatan, titisan mata dapat memainkan peranan yang besar untuk memberi keselesaan  dan menyegarkan mata sepanjang hari. Diperkenalkan oleh Rohto®, nombor satu produk penjagaan mata, Rohto® Cool Eye Drops datang dengan formula penyejukan unik yang mampu memberi penyejukan sensasi segera. Ianya juga boleh mengurangkan keletihan mata dan membantu memberi penglihatan dengan lebih jelas,


Rohto® sentiasa memastiakan penghasilan. Rohto® Cool Eye Drops mengikut piawaian dan sentiasa konsisten dengan kualiti yang dihasilkan.

"The process from filling to packing is fully automated and conducted by machines to ensure complete product hygiene. It uses HEPA (High-Efficiency Particulate Air) filter for air-conditioning during the manufacturing process, under a controlled environment (ISO 14644 Grade A) whereby the classification of the air cleanliness in the surrounding vicinity is at the highest standard of safety and quality"



The Rohto® Cool Drop dijual pada harga RM16.90 (termasuk GST) bagi setiap botol dan boleh didapati di farmasi dan pasar raya besar di seluruh negara. Titisan mata dibungkus dalam botol inovatif  yang mempunyai bukan squirting mudah. Sesuai untuk semua jenis mata dan jug amerek ayang memakai kantap mata. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.rohtoeyedrops.com.my.

US Fries & Burger Fiesta!

$
0
0
Untuk tahun 2016 kali ini U.S. Potato Board telah menganjurkan "US Burger & Fries Fiesta yang berlangsung dari 1 Mei hingga 31 Mei 2016. Sepanjang kempen fiesta ini dijalankan, 19 kafe berger yang popular di Lembah Klang akan memperkenalkan ciptaan unik mereka dengan menggabungkan kentang US dan burger :)

Tidak dinafikan burger adalah salah satu hidangan 'makanan segera' paling digemari oleh ramai rakyat Malaysia. Begitu juga dengan kentang goreng, rata-rata rakyat Malaysia sememangnya tahu bagaimana untuk menghargai dan merasai hidangan dari kentang dengan cara yang paling terbaik. Jadi tidak hairanlah, dari segi penggunaan per kapita, Malaysia adalah pasaran nombor satu kentang US di pasaran Asia Tenggara.

Antara sebab-sebab mengapa US dapat menghasilkan kentang goreng yang terbaik:-

  •  penanaman menggunakan suhu yang ideal
  •  penanaman menggunakan 'solid soil' 
  •  kemudahan pemprosesan state-of-the-art  dengan kepakaran tertentu
  • pemprosesan hebat (contain high “solids” and low sugar content)
Ke semua ciri-ciri diatas adalah penting untuk menghasilkan produk kentang yang terbaik dari segi bentuk , rasa dan tekstur.


Sinonim dengan burger dan kentang goreng tidak dapat dipisahkan bahkan kedua menu ini adalah saling melengkapi untuk kepuasan gastronomi manusia. Paling menarik buat peminat kentang di  di Malaysia, mereka kini mempunyai peluang untuk menikmati yang hidangan terbaik gabungan kentang goreng US dan burger bersempena dengan 'US Fries & Burger Fiesta!'.

Adalah tujuan fiesta ini diadakan adalah untuk menguji dan mencabar  kekreatifan kafe/restoran yang terlibat untuk menghasilkan persembahan terbaik hidangan kombinasi berger dan juga kentang US. Dan salah satu acara kemuncak Fiesta ini adalah memberi peluang kepada orang ramai untuk merasai sendiri jenis. potongan dan cara gorengan kentang US yang berbeza-beza. 


Antara outlet/kafe/restoran  yang terlibat bersama hidangan ciptaan, adalah seperti dibawah:-  


No
Outlet
Nama Hidangan
1
Big Hug Burger
·         Nasi Lemak Burger
·         Grilled Buffalo Chicken Burger
2
Brooklyn B-Venture
·         Philly Cheese Steak
·         Deli Chicken
3

Chequers

·         Moo
·         Spicy Cajun Chicken
4
Choo Choo Chicken
·         Choo Choo Cham Chi Chicken
·         Choo Choo Bulgogi Burger
5
Crazy Bites
·         Teriyaki Rooster Bites
·         Honolulu Ox Bites
6
Fatboy’s The Burger Bar
·         The Breakfast Stack
·         The Meaty Mania   
7
Hide & Seek Cafe
·         Signature Pork Burger
·         Juicy Chicken Burger
8
Junkyard Burger
·         Lamb Tzatziki BURGER
·         Texas-Hold Me Burger
9
KGB
·         Santa Fe Burger
·         Frito Pie
10

Kulcat Bariror

·         Green Chilli Locos
·         Double Trouble
11
Melur & Thyme
·         Mushroom Swiss Beef Burger
·         Smoked Duck Sandwich
12
Mini Mini Café

·         Roasted Chicken Burger
·         Ox Bites Burger
13
My Burger Lab
·         A+ Burger 
·         Beautiful Mess
14
The Card Cafe
·         Card Café Crispy Fish Burger
·         Card Café Signature Chicken Burger
15
The Grind Burger
·         Grind House Burger
·         JD Burger
16
The Burger Factory
·         Beef Burger On Fire
·         Burger Factory Signature
17
Swensen Cafe
·         Double Cheese Beef Burger
·         Swensen’s Ultimate Chicken Burger
18
Carl’s JR 
·         Chili Cheese Fries
·         Chili Cheese Burger
19
Tryst Cafe
·         Pancake Chicken Burger
·         Cheese Potato Wedges

Terdapat juga peraduan Instagram di mana 3 pemenang mingguan dengan gambar yang terbaik mereka menikmati promosi kentang US dan burger akan memenangi hadiah wang tunai RM150 setiap minggu. Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan hanya memuat naik gambar anda bersama #USFries&BurgerFiesta  

Cabaran Memasak Bersempena dangan Fiesta Raya California Raisins

$
0
0
Pada tahun 2016 ini, California Raisins berbsear hati memperkenalkan Fiesta Raya California Raisin dengan membawakan hasil ciptaan bakeri dan pencuci mulut dari Chef terkenal Malaysia iatu Chef Anuar Draman.Semua resepi yang diperkenalkan adalah bersesuaian untuk dijadikan hidangan pada hari raya semestinya.

Dan bersempena dengan fiesta ini juga saya dan beberapa rakan blogger yang lain turut menyertai cabaran memasak yang telah dianjurkan oleh pihak California Raisins. Macam biasa rakan pasukan saya untuk cabaran memasak kali ini ialah Cik Lily Putih :=)


Kami hanya diberikan selama 1 jam untuk menyediakan hidangan yang menggunakan bahan utama iaitu California Raisins. Apa yang menarik tentang raisins California ini selain rasanya yang sedap, tahap kualiti kesegaran juga terbaik, raisins ini juga dapat memberikan rasa yang hebat dalam setiap hidangan yang dihasilkan.


Dan akhirnya, kami telah berjaya menyiapkan hidangan berasaskan raisins mengikut tema hari raya. Memang nampak sedap-sedap semuanya .

Dihasilkan oleh Elana dan Tommy Tong

Jocko dan Abe PhotoG




Ayue Idris dan Numi
Hidangan ini memenangi tempat kedua

Kak Hanny dan Kak Nur Misnan
Hidangan ini memenangi tempat ketiga

Aliza dan Meriam
Hidangan ini memenangi tempat pertama


Dan ini adalah biskut hasil tangan saya dan Cik Lily, ekekekekek

Pemenang instagram (most likes)

Pemenang Utama!! Tahniah diucapkan.

Goodies yang saya dapat :-)

Anaemia

$
0
0
Anaemia merupakan antara masalah kekurangan nutrisi yang paling lazim di dunia. Pertubuhan Kesihatan Sedunia menganggarkan bahawa kira-kira 30% daripada penduduk di dunia (lebih 2 bilion individu) menghidapi anemia, penyakit paling lazim di kalangan wanita dan kanak-kanak. Di Malaysia, daripada 5,184 orang dewasa yang diuji oleh Bahagian Kesihatan Pengguna Merck, kira-kira 39% daripada mereka menghidapi anaemia – 42% daripada 3,676 adalah wanita dan 31% daripada 1,508 adalah lelaki.

Anemia berlaku apabila tahap sel-sel darah merah atau tahap hemoglobin lebih rendah daripada biasa, oleh itu jumlah oksigen yang kurang telah dibawa ke dalam aliran darah. Kekurangan zat besi yang menyebabkan anemia adalah jenis anemia yang biasa disebabkan kekurangan zat besi di dalam badan untuk menghasilkan hemoglobin.

Walapun kelihatan tidak merbahaya, anemia boleh membawa kepada pelbagai komplikasi jika dibiarkan tanpa rawatan. Antara kesan utama termasuklah bayi dengan kecacatan kelahiran, perkembangan fizikal dan kognitif terjejas, peningkatan risiko kesihatan kepada kanak-kanak dan mengurangkan produktiviti kerja di kalangan orang dewasa. Perlu ditekankan bahawa penyakit ini menyumbang kepada 20% daripada semua kematian dalam kandungan di seluruh dunia dan menjadi satu kebimbangan utama bagi negara-negara membangun.

Tanda-tanda anemia adalah ringan dan risikonya kurang diketahui kerana kekurangan kesedaran dan pemahaman, Akibat kekurangan oksigen dalam badan, pesakit kekurangan zat besi anaemia akan mengalami gejala-gejala seperti – pening, kelesuan atau lemah badan; kerap sakit kepala; kebas kaki; keinginan untuk makan yang pelik seperi kotoran, ais atau tanah liat; sejuk kaki dan tangan; bengkak lidah dan tekak kuku rapuh dan kulit pucat. Sekiranya tidak dirawat, anemia boleh menyebabkan degupan jantung tidak teratur dan boleh membawa kepada kegagalan jantung atau serangan jantung.

Kehamilan, kedatangan darah haid yang berlebihan dan fibroid rahim adalah antara sebab yang mengundang lebih ramai wanita untuk menghadapi anemia berbanding lelaki. Menurut Institut Jantung, Paru-paru dan Darah Negara, anggaran 20% wanita mengalamai kekurangan zat besi anemia[. Ini dibuktikan dengan kajian yang telah dijalankan di Semenanjung Malaysia, melaporkan bawah 25% antara golongan wanita berusi 18 hingga 60 tahun menghidap penyakit tersebut. Golongan wanita hamil pulak lebih berkemungkinan untuk mengalami kekurangan zat besi kerana mereka memerlukan lebih banyak darah untuk menyokong pertumbuhan bayi mereka.

Melihat kepada peratus berkaitan kekurangan zat besi anaemia yang membimbangkan, Bahagian Kesihatan Pengguna Merck kini melangkah dan meneraju usaha meningkatkan kesedararan tentang penyakit anemia yang disebabkan kekurangan zat besi melalui kempen mereka, ‘Menangi Hari Anda’. 

Kempen ‘Menangi Hari Anda’ diadakan untuk mendidik dan memperbaiki kehidupan harian wanita khususnya kerana mereka berkemungkinan akan lebih cenderung untuk mendapat anemia.
Sebagai peneraju dalam penjagaan kesihatan dan kesejahteraan, Merck komited dalam memperbaiki dan memperkayakan aspek kesihatan dan kehidupan rakyat Malaysia. Dr. Dhara Shah, Pengarah Hal Ehwal Perubatan, Bahagian Kesihatan Pengguna Merck, berharap melalui usaha yang dianjurkan meeka, kehidupan mereka, terutamanya wanita, yang terjejas akibat kekurangan zat besi anaemia akan bertambah baik dalam usaha mereka mencari jalan membebaskan diri daripada penyakit tersebut.
Beliau berkata, “Dengan meningkatkan kesedaran mengenai isu ini, kami percaya bahawa rakyat Malaysia akan mendapat manfaat daripada pemahaman yang jelas tentang kekurangan zat besi dan langkah-langkah yang perlu diambil untuk memulakan kembali kehidupan sihat. Kami mendorong mereka dalam mengambil inisiatif untuk mendapatkan pendapat daripada pakar penjagaan kesihatan kerana jika anemia tidak dirawat, ia boleh menjadi teruk dan menjejaskan kehidupan harian kita. Oleh itu, kami ingin membantu rakyat Malaysia untuk menangi hari mereka dan menjalani kehidupan bermakna dalam jangka masa panjang.”
Pasukan perubatan Merck di Indonesia bersama-sama pakar perubatan yang lain telah membangunkan Alat Penilaian Risiko Anemia. Alat tersebut membantu orang ramai untuk mengesan sama ada mereka berisiko menghadapi anaemia berdasarkan maklumat ringkas ke atas gaya hidup serta diet mereka. Disediakan percuma secara online, alat tersebut membawa pengguna kepada soalan-soalan mudah serta Carta Warna Konjungtiva ‘Conjuctival Paleness’. Carta tersebut akan membantu pengguna untuk mengenalpasti gejala-gejala kekurangan zat besi anaemia memandangkan mata mereka yang mengalami kekurangan zat besi anaemia akan lebih pucat dari normal akibat kekurangan sel darah merah dan hemoglobin. Ini boleh disahkan melalui ujian hemoglobin yang diselia oleh pakar kesihatan di klinik atau di hospital. Sekiranya mendapatkan rawatan dengan segera, ia boleh mengembalikan kesihatan dan meningkatkan produktiviti sebanyak 20%.
Dr. Zulfitri menambah bahawa pengurusan makanan dan nutrisi adalah penting dalam menangani penyakit ini. Untuk menambah tahap zat besi di dalam badan, seseorang perlu menambah tahap penyerapan zat besi melalui pengambilan daging, ikan atau ayam dalam setiap hidangan utama. 

“Antara cara untuk meningkatkan tahap penyerapan zat besi di dalam badan ialah dengan pengambilan vitamin C dalam setiap hidangan. Pengambilan minuman seperti the, kopi dan susu juga perlu dielakkan kerana ia menghalang penyerapan zat besi dalam makanan. bahkan pengambilan makanan tambahan zat besi membantu dalam menangani penyakit ini. Beliau turut menekankan bahawa makanan tambahan dapat diserap secara efektif dengan perut kosong. Namun, sekiranya terdapat ketidakselesaan atau kepedihan perut, makanan tambahan tersebut perlu diambil selepas makan.” jelas Dr. Zulfitri lagi, 

Seperti dalam kes Nor Amni Bt Haris, 31 dan Siti Noorshella Zainal, 37, rutin dan tugas harian mereka terganggu sebelum mereka mengetahui mengenai penyakit mereka. Nor Amni, wanita bekerjaya yang sering mengabaikan waktu makan, hanya mengetahui mengenai penyakit beliau selepas beliau dihantar ke doktor oleh rakan sekerjanya, setelah beliau pengsan di tempat kerja. Melalui perubahan dalam rutin diet, bersama pengambilan makanan tambahan yang disaran doktor, beliau kini mampu untuk mengawal tahap zat besi dalam badan beliau. Beliau menegaskan bahawa golongan professional, belia ataupun pelajar sekolah, perlu peka terhadap kekurangan zat besi anaemia kerana ia menganggu produktiviti sama ada di sekolah atau di tempat kerja.

Siti Noorsheila, ibu kepada 3 orang anak, mengetahui mengenai penyakitnya sewaktu hamil. Beliau menyedari bahawa kekurangan zat besi anaemia ini mampu memberikan kesan kepadanya yang menyusukan bayi. Pengambilan makanan tambahan serta diet makanan harian yang baik telah mem,bantu kehidupan seharian serta anak-anak beliau. Selain orang dewasa, beliau turut menasihati ibu-bapa untuk lebih peka terhadap anak-anak mereka kerana penyakit ini juga cenderung dialami oleh kanak-kanak .


Sempena kempen kesedaran “Menangi Hari Anda”, Merck menyediakan ujian hemoglobin secara percuma di farmasi terpilih di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut mengenai ujian hemoglobin percuma, dan melakukan pemeriksaan sendiri berkenaan status anemia anda melalui Borang Penilaian Risiko Anaemia dan Carta Warna Konjungtiva atau jadual ujian hemoglobin, sila layari www.winyourday.my. Untuk keterangan lanjut boleh juga layari http://www.sangobion.com.my/

Pencarian Wanita Melayu 2016

$
0
0
Plaza Shah Alam mempersembahkan Pencarian Wanita Melayu (PWM) 2016 peringkat akhir menarik pada 8 Mei 2016 di Plaza Shah Alam. Acara hebat akan diwarnakan lagi dengan peserta memperagakan pakaian tradisional setiap negeri dari Jabatan Kesenian Kebudayaan Malaysia, pakaian batik daripada Istana Batik Plaza Shah Alam, dan pakaian yang indah yang direka oleh Bahari Asyek.

Diadakan pada Hari Ibu, peringkat akhir pertandingan ini diadakan bersempena dengan pelbagai
aktiviti yang dianjurkan pada bulan seperti Hari Guru dan Hari Jururawat. Acara ini telah memasuki tahun ketiga berturut-turut, adalah satu pertandingan di kalangan wanita Melayu untuk membuktikan bahawa mereka adalah wanita Melayu yang berjaya sebagai seorang profesional dalam era moden ketika masih berpegang kepada tradisi-tradisinya dan akar budaya.

Para peserta dari Pencarian Wanita Melayu datang dari negeri di Malaysia dan dari pelbagai profesion dan latar belakang yang menarik, ada yang doktor, pelajar perubatan, pelajar kejuruteraan aeronautik dan juga seorang ibu kepada 4 orang anak.

"Tahun ini, kami menerima sambutan yang amat menggalakkan dengan peserta dari Berbeza-beza berbeza hidup dan-negara yang mengambil bahagian dalam usaha kami untuk mencari wanita Melayu muktamad. Acara akhir hari ini akan terdiri daripada sepuluh (10) peserta akhir akan di pilih untuk memenangi tiga (3) pemenang utama serta Miss fotogenik dan Miss personaliti,"kata Puan Azura Mokhtar, Pengurus Kanan Plaza Shah Alam.


Hakim-hakim di pertandingan ini juga termasuk selebriti Vanida Imran, Dynas Mokhtar selain Puan Azura Mokhtar dan Puan Marini.

Pertandingan ini telah berjaya menarik penaja ternama seperti Habib Jewel, Ice Watch, Concorde Hotel, BTL Aesthetics Malaysia dan banyak lagi. Penaja lain termasuk Bahari Asyek, Istana Batik,
Asyira Kaseh, Butik Eastern Creation dan d'Qapas Boutique yang menaja semua pakaian yang dipakai oleh peserta akhir hari ini serta pakaian gaya untuk hakim-hakim.


Finalis juga akan menggayakan koleksi HABIB Aura, yang merupakan koleksi khas untuk wanita berhijab di Malaysia. AURA gaya koleksi lengkap dengan mengekori rantai, gelang, cincin dan
Tetamu kehormat termasuk Yang Berbahagia Dato 'Sri Meer Sadik Habib, Pengarah Urusan Habib
Jewels Group, penaja utama Pencarian Wanita Melayu (PWM).


Para finalis menggayakan jam Ice Watch, salah satu penaja untuk Pencarian Wanita Melayu 2016.

Dari kiri: Pemenang Pencarian Wanita Melayu 2015, Cik. Nurul Ayu Alwani bersama pemenang Pencarian Wanita Melayu 2016, Cik Norhazwani, turut serta Dato Sri Meer Sadik Habib, Pengarah Urusan Habib Jewels.

Pemenang Pencarian Wanita Melayu 2016, Cik Nur Suliani (Miss Photogenic), Cik Nur Eisha (1st Runner Up), Cik Norhazwani (Champion), Cik Noor Shalina (2nd Runner Up) & Cik Syarifah Nadia (Miss Personality).

Depan dari kiri Pn. Yanti Ahmad, Pengasas Yann Rifft, Para Juri Pencarian Wanita Melayu 2016, Pn Vanida Imran, Pn. Azura, Senior Centre Manager, Plaza Shah Alam, Pn. Dinas Mokhtar &\ Cik Marini bersama pemenang Pencarian Wanita 2016,  pemenang Pencarian Wanita Melayu 2014 & 2015.


Tahniah diucapkan kepada semua pemenang :)

Koleksi Glam Raya Esklusif di Tesco

$
0
0

Untuk tahun 2016, Tesco Malaysia hari ini mengumumkan kolaborasi antara Tesco dan juga selebriti serta kartunis popular di Malaysia bagi menghasilkan koleksi pakaian esklusif bersempena dengan Hari Raya tahun 2016.


Apa yang lebih menarik untuk koleksi Glam 2016 ini turut melibatkan  Rozita Che Wan, ikon selebriti yang begitu diminati terutama dari segi citasaranya terhadap dunia fesyen. Koleksi Rozita Che Wan didatangkan 10 jenis rekaan yang menampilkan warna-warna yang meneyerlah seperti merah, kuning neon, purple. hijau emerald, hijau mint, dusk pink, hitam dan putih. Untuk koleksi kali ini, kebanyakan rekaan diberi sentuhan bersama  kain lace mengikut kesesuaian.

Bergaya dengan koleksi Rozita Che Wan pastinya membuatkan anda lebih glamor dan bergaya pada hari raya nanti. Koleksi ini akan berada di 20 Cawangan Tesco yang terpilih, dan kita boleh juga mendapatkannya di laman web Lazada. Semua koleksi Rozita Che Wan ditawarkan pada harga bermula dari RM299 sepasang.

Selain daripada Rozita Che Wan, turut sama dalam koleksi glam di Tesco ini adalah kartunis Ujang. Seperti yang kita maklum kartunis Ujang sememangnya popular sejak beliau mula diperkenalkan di dalam Majalah Gila-Gila, dan seterusnya di Majalah Apo dan sehinggalah menjadi karikatur mantan di Majalah Ujang.

T-shirt yang bukan hanya ditawarkan kepada golongan dewasa bahkan saiz kanak-kanak turut dijual. Kolesi istimewa Ujang ini bakal berada di pasaran bermula 20 Mei 2016 ke atas.

Terdapat 6 jenis rekaan (samada lengan pendek dan panjang) yang dijual pada harga serendah RM25.90 sehinggalah RM35.90

Sopan digaya menarik rekaannya,
Koleksi Mak Cun sememangnya cukup sempurna.

Berinspirasikan rekaan baju melayu tradisional. Peneraju utama Mak Cun iaitu Erma Fatima telah mengangkat kembali rekaan tradisional dengan memperkenalkan 4 jenis pakaian dan 4 jenis rekaan tudung. Antara rekaan yang digunakan dalam koleksi Mak Cun seperti baju kurung kedah, baju kurung pahang, kebaya dan kebarung dengan variasi pilihan warna. Rekaan ini akan berada di Tesco dengan harga tawaran diantara RM89.90- RM199. Jangan lupa dapatkan uolls.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, Tesco juga ada memperkenalkan beberapa koleksi Sejati dari Tesco. Terdapat juga pakaian sedondon seisi keluarga yang boleh digayakan bersempena dengan acara koleksi Glam Raya esklusif di Tesco.

Pelbagai rekaan  (baju kurung, baju melayu, jubah dan sebagainya) ada ditawarkan dan ianya sesuai digayakan untuk majlis keraian, santai dan sebagainya, Harga adalah bermula dari RM29.90 sehingga RM189.90. Koleksi Sejati ini akan berada di 55 cawangan Tesco dan juga Lazada.


Pelancaran koleksi Glam Raya esklusif di Tesco bertambah meriah dengan kehadiran pelakon dan pengarah terkenal iaitu  Erma Fatima, pelakon Betty dan juga Umi Aida sebagai peneraju utama untuk drama Mak Cun di TV3 yang sedang ditayangkan.

Sesuatu yang lebih memikat, bedak sejuk Makc Cun yang kini sudah mula ditawarkan di pasaran.

Keterangan lanjut boleh layari www.tesco.com.my dan www.lazada.com.my (untuk sebarang pembelian secara online)

Resepi Kek Milo Menggunakan Steamer Pensonic

$
0
0
Senonim dengan slogan "Memberi Inspirasi Dalam Dunia Kreativiti Kulinari", tidak dinafikan Pensonic dari siri Chef's Like telah menawarkan pelbagai produk yang sememangnya menjadi keperluan untuk setiap dapur rumah. Produk yang begitu praktikal ini sangat membantu kita terutama dalam menyediakan hidangan buat keluarga. Dan paling penting harga yang ditawarkan di pasaran jauh lebih berbaloi berbanding produk lain yang sedia ada:=)


Dan ini adalah antara produk dibawah label jenama Chef's Like Pensonic.

Peralatan gaya hidup dapur Pensonic Chef's Like dengan rekabentuk ringkas dan menarik telah dicipta untuk memberi inspirasi menghasilkan kreativiti dalam memasak, Sekaligus menjadikan aktiviti memasak sesuatu yang mengembirakan dan paling penting hasil masakan yang boleh dinikmati seisi keluarga.

 Peralatan dalam siri Chef's Like termasuk Pembuat Roti (Bread Maker) (PBM-2000), Kelalang Thermo (Thermo Flask) (PTF-5002), Pengisar (Blender) (PB-801), Pencampur (Mixer) (PM-214), Periuk Serbaguna (Multi-cooker) (PMC-150G), Dapur Induksi (Induction Cooker) (PIC-2000), Pengukus (Steamer) (PSM-1603), Periuk Nasi (Rice Cooker) (PSR-17N), Ketuhar Elektik (Electric Oven) (AE-19N), Ketuhar Perolakan (Convection Oven) (PRO-910), Ketuhar Gelombang Mikro (Microwave Oven) (PMW-2003) dan 'Air Fryer' (PDF-2201).

Periuk Serbaguna (PMC-150G) adalah rakan dapur yang menakjubkan kerana ia merebus, menumis, menggoreng, 'steamboat' dan memanggang, memberikananda beratus-ratus kemungkinan masakan. Jika anda mencari peralatan yang bijak tenaga, serta selamat dan berkesan, maka PIC-2000 'Induction Cooker' harus menjadi pilihan anda.

Nikmati nasi yang sempurna, dimasak lembut dan gebu, dengan Periuk Nasi Pensonic Chef's Like (PSR-17N) 1.8 liter yang boleh memasak nasi untuk 8 orang. Pengukus (PSM-1603) membantu anda untuk menikmati makanan yang segar, masakan yang kaya dengan rasa dan nutrien.
Pencampur (PM-214) Chef's Like, Ketuhar Elektik (AE-19N) dan Ketuhar Olakan (PRO-910) menjadikan membuat kek, biskut, pai, puding dan pastri satu pengalaman yang menarik. Jika anda ingin mengurangkan makanan berminyak,


'Air Fryer' (PDF-2201) dan Ketuhar Gelombang Mikro (PMW-2003) adalah pilihan yang tepat untuk memasak makanan yang sihat. Anda boleh membuat 'smoothie' yang serta mengisar rempah dengan mudah menggunakan Pengisar (PB-801).

Saya ingin kongsikan resepi Kek Milo Kukus yang telah saya cuba menggunakan steamer Pensonic :=)

*Inspirasi dari resepi Kak Sheila Rusly

Bahan-Bahan :
Bahan A

  • 1 cwn milo
  • 1 cwn gula
  • 1 cwn susu pekat manis
  • 1 cwn minyak masak
  • 1 cwn air Panas
  • semua di masak hingga larut

Bahan B

  • 2 cwn tpg gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh soda bkarbonat
  • Di ayak bersama
  • 3 bj telur di pukul kembang

CARA-CARA :


Masukkan telur dalam campuran milo dan kacau rata

Masukkan tepung.
Gaul sebati
Kukus selama 1 jam.




Campurkan Bahan A

Masakkan kejap.

Campuran bahan B

Pukul telur sehingga kembang :)

Masukkan tepung dan telur.

Bahan A dan B bergabung

Taburkan coklat cip...

Masukkan dalam Stemer Pensonic, kukus selama 1 jam...

Apa yang suka tentang steamer ni...
Kita boleh steam banyak jensi hidangan dalam satu masak...
Contoh kukus ikan dan sayur...
Sebab, steamer pensonic adalah setinggi 3 tingkat!

Kita boleh kukus mengikut masa yang telah disetkan..Mudah giler, tak perlu pening kepala nak belajar cara funtion yang complicated!!
So, kita hanya biarkan ianya mengukus mengikut mas ayang telah kita set kan :)

Tadaaaaaaaaaaaa...
makan panas2 sedap uollls....

Sememangnya ,emasak dan makan di rumah bukan sahaja memupuk keakraban keluarga, tetapi juga  ianya lebih bersih dan sihat kerana kita mempunyai lebih kawalan bahan apa yang digunakan untuk menyediakan hidangan. Dengan peralatan dapur Pensonic Chef's Like di dapur anda,sesiapa sahaja boleh menjadi seorang chef yang cekap di rumah :)

******************************************************************
Peraduan "Raya-Merdeka Cook With Chef Season 3"

Peraduan "Raya-Merdeka Cook With Chef Season 3" Pensonic bermula pada 1 April dan berakhir pada 10 Julai 2016. Pelanggan akan mempunyai peluang untuk menyertai kelas memasak eksklusif DCH Ismail dengan menyertai peraduan Pensonic Chef's Like. Pelanggan hendaklah melengkapkan beberapa langkah mudah dan berpeluang untuk memenangi tiket percuma ke kelas masakan yang dinanti-nantikan ini. Cuma beli sebarang produk siri Chef's Like, isikan borang penyertaan dengan butir-butir peserta, lengkapkan slogan yang mudah, lampirkan kad jaminan produk dan resit sebagai bukti pembelian, kemudian hantarkan dokumen tersebut ke alamat yang dinyatakan.

Setiap pemenang akan menerima dua tiket untuk melihat Chef Selebriti DCH Ismail menyediakan masakan tradisional dan juga masakan moden dalam kelas memasak ini ya!. Selepas kelas memasak, pemenang juga berpeluang merasa masakan beliau yang amat menyelerakan dan lazat. DCH Ismail, yang telah menjadi Rakan Pensonic sejak tahun 2005 ialah Chef terkenal yang mewakili Malaysia dalam acara-acara pelancongan.

Kempen Musim ke-3 Kelas Memasak 2016 Pensonic Chef's Like ialah seperti berikut:

• Kuala Lumpur pada 31 Julai 2016 (Ahad)

• Pulau Pinang pada 07 Ogos 2016 (Ahad)

• Kuching pada 14 Ogos 2016 (Ahad)

• Johor Bahru pada 20 Ogos 2016 (Sabtu)

Dan jangan lupa join peraduan instagram tau bagi mereka yang hadir ke kelas masakan, ahem boleh menang pelbagai hadiah dari Pensonic.

Program masakan 2016 Pensonic Raya-Merdeka Cook With Chef Season 3 

Antara barisan selebriti yang turut menyerikan program masakan 2016 Pensonic Raya-Merdeka Cook With Chef Season 3 ini adalah Zara Zya, Nadiya Nisaa, Faizal Hussein, Sherry Ibrahim, Marsha Milan Londoh, Ungku Ismail, Abam Bocey, Amber Chia, Alan Yun, Sari Yanti, Fendi Balas, Elfira Loy, Chef Florence Tan dan bintang-bintang OLA-BOLA, oleh itu setiap episod harus ditontoni!.

Nak habaq mai...



Jangan lupa episod 1, minggu depan pada 16 Mei 2016....
Pukul 6 petang di TV3!!!

Jawab soalan dan boleh menangi hadiah :=)

Beat of La Donna By Rina Salleh

$
0
0
Jenama Rina Salleh mula bertapak mencari peluang perniagaan pada tahun 2009 menerusi laman media sosial Friendster ketika itu. Atas sambutan yang menggalakkan Rina Salleh mengorak langkah satu ke hadapan lagi apabila pada tahun 2010, laman sesawang www.rinasalleh.com ditubuhkan bagi memudah urusan jualan dan pembelian secara talian.

Seterusnya 2 tahun selepas itu, Rina Salleh mula mengukuhkan jenamanya dengan membuka butik fizikal yang pertama bertempat di Seksyen 7 Shah Alam pada 1 Disember 2012.

Jenama Rina Salleh Clothing telah memperkenalkan busana muslimah yang sangat mementingkan penjagaan aurat, namun rekaan tetap mengekalkan keanggunan dan esklusif. Antaranya seperti jubah, baju kurung, blaus, skirt, selendang dan banyak lagi.

Puan Norazrina Mohd Salleh bersama suaminya (orang kuat Rina Salleh Clothing)

Cetusan idea dalam setiap rekaan adalah bermula dengan gaya yang diminati oleh pengasasnya iaitu Puan Norazrina Mohd salleh. Namun dengan memahami kehendak pasaran yang banyak mempertengahkan beberapa gaya hijabista yang lebih trendy, Rina Salleh tidak ketinggalan memperkenalkan siri rekaan yang diminati kebanyakan pelanggannya.

Yang lebih menarik, terdapat rekaan Rina Salleh Clothing yang sesuai buat ibu-ibu yang sedang menyusukan anaknya. Jadi, secara tidak langsung pakaian koleksi Rina Salleh ini juga praktikal buat semua tidak kira buat gadis dan juga ibu-ibu yang suka bergaya,


Antara rekaan terkini dari koleksi Beat of La Donna Rina Salleh yang digayakan oleh peragawati.

Sekali imbasan rekaan terkini dari siri Beat of La Donna by Rina Salleh.

Hawa Suit
Set jubah berseluar yang elegan gayanya terutama dari segi potongan nampak esklusif di pinggang. Saya sangat suka potongan seluarnya yang agak lebar dibawah, seakan pallazo. Rekaan ini sesuai wanita korporat di luar sana :)

Dania Kurung
Kurung moden namun potongan tetap longgar di bahagian pinggang. Saya suka potongan ini. Dikemaskan dengan gaya tali pinggang bersama aksesori bunga. So lovely! Kurung dengan 2 lapisan di hadapan memberi kelainan berbanding mana-mana fesyen kurung moden yang terdapat di pasaran.

Scarlett Dress
Jubah potongan lurus, rekaan seperti Rhianna Dress tapi apa kelainannya corak di fabrik dan warna pilihan adalah berbeza. Motif pada fabrik lebih kepada kerawang bunga. Elegan dan anggun terutama buat pemakai yang tahu menggayakan busana ini dengan gaya tudung yang lebih hijabista.

Rhianna Dress
Jubah potongan lurus dengan cetakan porselin majolica china klasik yang sesuai digayakan untuk semua acara. Sesuai wanita yang meminati citarasa klasik tapi tetap kelihatan anggun mengikut peredaran zaman.

Hawa Suit
Jubah dengan potongan ringkas. Sesuai untuk digayakan dalam semua bentuk acara, dari pergi ke pejabat ataupun menghadiri makan malam. Mereka yang sukakan sederhana dan elegan, nah rekaan ini adalah solusinya.

Alice Kebaya
Kebaya! Rekaan lama yang masih dikekalkan sehingga ke saat ini. Apa yang membezakan adalah jenis fabrik, warna dan cara pemakai menggayakannya. Saya sukakan rekaan Alice Kebaya ini yang mempertengahkan gaya kain yang kembang serta potongan kebayanya yang tidak melekat di badan.
Roselyn Dress
Jubah potongan lurus, tapi didatangkan dengan warna yang kontra. Saya suka gabungan warna yang dipertengahkan pada setiap jubah, ianya menampilkan ciri-ciri berani bagi pemakainya.

Rania Dress
Jubah potongan lurus yang hadir dengan corak bunga berantai.


Ruby Dress
Rekaan feminin dan versatil yang mempertengahkan corak klasik dengan cetakan "damask"- cetakan yang berada di kedua-dua bahagian. Di bahagian lengan dengan cetakan geometri yang warna-warni.

Fashion Show!!!

Jangan lupa dapatkan koleksi Raya Rina Salleh - Beat of La Donna di:-

www.rinasalleh.com

Ataupun di butik:-
1. Seksyen 7 Shah Alam
2. Bandar Baru Uda JB
3. Bangi Sentral Bangi Selangor
4. Gio Mall Kuantan

Kempen "Love Food Hate Waste"

$
0
0
pic: Mr Google
"LOVE FOOD HATE WASTE"- kempen yang mendidik masyarakat untuk lebih peka terhadap isu pembaziran yang semakin berleluasa sekarang dengan mengambil kira beberapa langkah mudah yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Seperti yang kita maklum, sisa domestik harian sahaja dianggarkan 33,000 tan yang mana lebih kurang sebanyak 0.44kg sisa yang dijana oleh setiap orang setiap hari. Yang mana kuantiti sisa makanan dianggarkan 15,000 tan setiap hari ini dianggarkan bersamaan kuantiti makanan yang diperlukan oleh 10 juta manusia..

OMG!!!!


Dan yang paling terkesan apabila pereputan sisa makanan di tapak pelupusan akan menghasilkan gas metana. Secara tidak langsung gas metana yang merupakan gas rumah hijau ini boleh mengakibatkan pemanasan global dunia.

Jadi, kesedaran tentang perlunya kita menghargai makanan tanpa sebarang pembaziran perlu ada dalam diri. Beberapa langkah bijak perlu diambil bagi memastikan makanan yang kita nikmati setiap hari tidak membazir dan dibuang tanpa rasa kesal.


Sumber dari Google.com

8cara yang terbaik (termasuk 6 yang diatas) yang boleh kita amalkan bagi memastikan kita tidak melakukan pembaziran makanan setiap hari. Dan saya rasa 8 cara yang saya amalkan sangat membantu saya dan ahli keluarga lain untuk sama-sama mengurangkan pembaziran makanan setiap hari.

Antaranya:-

1. Beli apa yang perlu
Setiap kali untuk keluar berbelanja. Kita boleh senaraikan barangan yang perlu dibeli terlebih dahulu. Selain daripada pembelian lebih sistematik, kita juga dapat mengawal perbelanjaan kita pada setiap kali keluar membeli.


2. Masak atau membeli makanan mengikut kesesuaian isi rumah dan bersederhana
Jika kita tinggal berdua. Jangan memasak seperti hendak dinikmati enam orang ramainya. Sama juga ketika kita membeli makanan di kedai. Ambil untuk sejumlah (portion) secukupnya, jangan rasa tamak hendak ambil banyak tanpa memikirkan risiko pembaziran akan berlaku. Selain itu elakkan juga pembelian secara pukal, melainkan kita memang memerlukan jumlah makanan yang banyak untuk acara tertentu seperti perayaan hari raya, jamuan dan sebagainya.

Sumber dari Google.com

Ini sekaligus apabila kita berhemah dalam mengatur perbelanjaan makanan, kita juga dapat menggandakan penjimatan seterusnya membolehkan kita menyimpan dalam tabungan!

3.  Menikmati hidangan sehingga licin
Di dalam Islam sendiri menggalakkan kita makan sampai licin. Oleh yang demikian, sila amalkan makan makanan yang dihidangkan sehingga licin. Jadi untuk memastikan kita mampu makan sehingga licin maka perkara no.2 seperti di atas perlu diambil kira. Kita perlu ambil dan makan mengikut keperluan dan bukannya sebab kerana nafsu semata-mata.

4. Simpan makanan berlebihan jangan buang dan hasilkan makanan lebih kreatif atau panaskan semula
Andai kata makanan yang dimasak berlebihan. Jangan dibuang. Sebaik-baiknya kita simpan di dalam peti sejuk bagi membolehkan kita memanaskan semula apabila kita mahu menikmatinya kembali. Dan paling terbaik jika kita jemu untuk menikmati hidangan yang berlebihan itu tadi. Kita perlu jadi lebih kreatif dengan menghasilkan hidangan unik yang lain.

Sumber dari Google.com

Contoh dari hidangan kuah kari kita jadikan rendang. Panaskan untuk satu tempoh, cuma tambahkan beberapa bahan sampingan lain seperti kerisik, serai dan sebagainya. Sehingga terhasillah rendang.

Begitu juga dengan lebihan kuah ikan asam pedas, kita oleh jadikan sambal ikan masak pedas :=)
Saya dah cuba ya dan ternyata hidangan baru yang dihasilkan dari lauk lebihan benar-benar menjadi dan rasanya tetap sama.

5. Bercucuk tanam
Kenapa pentingnya bercucuk tanam? Selain daripada faktor ekonomi iaitu tentang harga makanan yang semakin menaik. Kita perlu sedar dengan bercucuk tanam kita boleh mengurangkan masalah pembaziran penggunaan bahan mentah yang kerap dialami oleh masyarakat kita hari ini. Terutamanya bahan-bahan sebagai bahan rempah yang kita gunakan sedikit sahaja dalam masakan.

Sumber dari Google.com

Contoh: Nak masak kari. Jadi kena letak daun kari. Kalau kita ke pasar atau ke kedai, kita tidak boleh membeli daun kari  dalam bilangan berhelai2. Sekurangnya seplastik daun kari yang harus kita beli.


Dan daun kari ini tidak boleh tahan lama waima ianya disimpan didalam peti sejuk. Ianya akan kering dan mereput. Bila ianya sudah mereput, akhirnya kita akan buang daun kari itu ke tong sampah. Dan ini adalah satu pembaziran!

6. Sentiasa mengemas-kini stok makanan di rumah
Mengemaskini stok makanan kini terutama dalam peti ais. Sentiasa semak apa barang makan yang berada dalam peti ais ini bagi mengelakkan kita lupa menggunakannya dalam masakan.
Sumber dari Google.com


Selain itu...

Sumber dari Google.com

Hasilkan hidangan mengikut bahan apa yang ada dalam peti ais. Jangan sia-siakan bahan makanan, bahkan jika kita tahu masak dengan betul hidangan yang dihasilkan tetap menyelerakan.

7. Sentiasa semak tarikh tamat tempoh makanan!
Penting sangat untuk kita sentiasa menyemak tarikh luput makanan. Terutama makanan yang kita beli banyak bilangan stoknya. Ini bagi memastikan kita sempat menggunakan bahan makana tersebut sebelum ianya luput. Nanti rugi dan membazir pula apabila terpaksa membuang makanan yang tidak digunakan dek hanya kerana ianya sudah tidak selamat dimakan :(

Sumber dari Google.com

8. Aktif Melibatkan Diri Dalam Kempen Kitar Semula dan 3R
Pengguna bijak faedahnya banyak. Bukan hanya kita boleh bijak dalam mengawal diri dari pembaziran bahkan, kita juga perlu sentiasa menyokong usaha kerajaan dan pihak berkanun dalam melestarikan bumi kita ini.

Sebagai contohnya:-
Elakkan diri setiap kali keluar membeli makanan menggunakan styrofoam tetapi kita bawa sendiri bekas makanan kita sendiri.

Dari pembacaan saya dari sebuah artikel yang dikongsi di internet, styrofoam bahaya kerana:-

A. Gas CFC (chlorofluorocarbon) yang digunakan untuk menghasilkan styrofoam boleh menipiskan lapisan ozon, secara tidak langsung ianya boleh menyebabkan pemanasan global.

B.Styrofoam juga dihasilkan oleh elemen styrene yang diproses bersama bahan kimia dikenali sebagai benzana. Dan seperti yang ketahui unsur dari benzana boleh menyebabkan banyak penyakit.

Dan banyak lagi keburukan akibat menggunakan styrofoam ini terutama apabila ianya digunakan sebagai pembungkusan makanan.

Kitar semula sampah yang dibuang. Asingkan sampah mengikut jenis seperti kertas, botol kaca dan plastik. Ini kerana sampah-sampah ini masih berguna dan kita juga boleh bantu pihak berkuasa untuk melakukan aktiviti kitar semula.

Kompos tanah untuk hasilkan galian tanah yang kaya nutrien seterusnya membantu kesuburan serta tumbesaran tumbuhan dan sebagainya.

Pelbagai langkah yang boleh kita buat dan libatkan diri bagi memastikan isu pembaziran makanan tidak berlaku dalam kehidupan harian. Apa yang penting kena ada semangat kesungguhan untuk memulakan langkah yang bijak dengan menyertai kempen "LOVE FOOD HATE WASTE".

Sumber dari Google.com

Dan saya juga suka nak kongsikan beberapa tips yang boleh kita amalkan semasa bulan Ramadhan. (Klik pada rajah diatas untuk imej lebih jelas)



Sebagai langkah lebih proaktif  Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora) telah memulakan Kempen"LOVE FOOD HATE WASTE" yang mana akan melibatkan 16 "lifestyle and food blogger" untuk sama-sama berusaha menyebarkan tentang pentingnya menangani isu pembaziran makanan yang berlaku dalam aktiviti harian masyarakat hari ini 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Mohd Zain Hassan;

"Dianggarkan kira-kira 15,000 tan hingga 33,000 tan pembaziran adalah hasil daripada sisa makanan, dan 60% dari pembaziran makanan sebenarnya boleh dielakkan sekiranya masyarakat mengetahui cara yang betul untuk menyimpan, merancang mengikut penggunaan isi rumah"

Tambah beliau lagi;

"Media sosial hari ini telah diiktiraf sebagai medium yang sangat berkesan untuk menyebarkan mesej yang positif kepada orang awam.  Dan Alam Flora telah memilih untuk memanfaatkan platform berguna ini dengan menganjurkan  Kempen "Love Food Hate Waste", dengan harapan dapat mengurangkan pembaziran makanan di tapak pelupusan."

 "Dan sememangnya kejayaan mengurangkan pembaziran makanan memerlukan penyertaan dan usaha daripada semua lapisan masyarakat, dan diharapkan melalui kempen ini akan adanya perubahan terutamanya impak kepada alam sekitar"

Keterangan lanjut boleh layari:-



#lovefoodhatewaste
#alamflorasdnbhd
#klbloggershunt2016

BrooklynB Venture | Bagel Bakery & Cafe

$
0
0

Bertempat di No 4 Jalan SS15/8A Subang Jaya Selangor, kafe BrooklynB Venture cukup terkenal dengan hidangan bagel yang disediakan dengan pelbagai cara. Kedudukan kafe ini yang begitu berdekatan dengan universiti swasta tidak hairanlah ianya menjadi tumpuan untuk pelajar-pelajar berkumpul dan menikmati pelbagai hidangan istimewa di sini.

Antara yang mencuri pandangan saya ketika berada di sini. Hiasan mural di dinding seorang angkasawan yang memegang bagel di tangannya. Klasik dan unik :)

Simbolik hiasan di kaunter dengan memperkenalkan bagel sebagai hidangan utama di BrooklynB Venture!

Suasana harmoni dan santai. Dengan pengcahayaan lampu yang sederhana menjadikan gabungan dekorasi dalaman yang berwarna hitam dan coklat menyerlah menarik.


Oh ya! saya berada di sini adalah untuk mencuba sendiri 2 hidangan terbaru dan antara yang terbaik dari BrooklynB Venture. Kenapa saya katakan ianya menarik? Sebab ianya memperkenalkan set bagel istimewa bersama beberapa hidangan lain termasuklan kentang goreng US (US Fries).


1. Deli Chicken
Roti bagel dengan kepingan ayam bersama hirisan bawang segar, keju dan mayonis. Dilengkapkan dengan coleslaw dan juga hidangan kentang goreng US (US Fries)

Apa yang menarik set ini didatangkan kentang goreng US yang digoreng ranggup sekaligus mengimbangi rasa bagel yang enak. Menikmati hidangan Deli Chicken ini cukup mengenyangkan, sesuai dinikmati ketika waktu tengahari dan makan malam.

2. Philly Cheese Steak
Bagi yang meminati keju, adalah disyorkan untuk merasai sendiri hidangan Philly Cheese Steak. Gabungan mewah steak daging, bersamasayuran, bawang karamel dan keju di atas bagel menjadikan ianya cukup menyelerakan. Apatah lagi dinikmati bersama coleslaw dan juga kentang goreng US (US Fries), menjadikan hidangan Philly Cheese Steak ini cukup sempurna.

Close up rupa hidangan dari atas. Saya memang sangat sukakan hidangan ini kerana saya peminat keju nombor 1. Jadi, saya teragak-agak untuk menikmatinya kembali buat kali kedua dan seterusnya apabila berpeluang ke ini semula.

Nikmati bersama air milk shake dan ice blended yang menggiurkan. Dari kiri mango milk shake, chocolate ice blended dan banana milk shake.

TQ Sid for the pic!

Muka kesedapan menikmati hidangan di BrooklynB Venture :=)
Ahhahahaha.

Tapi seriously, untuk kelainan dan kepuasan menikmati kentang goreng US dengan cara berbeza, silalah ke BrooklynB Venture untuk mencuba sendiri Philly Cheese Steak dan Deli Chicken!

Sedap yang teramat!

*********
Oh ya uolll, ada berita baik ni...
Terdapat peraduan Instagram di mana 3 pemenang mingguan dengan gambar yang terbaik mereka menikmati promosi kentang US dan burger akan memenangi hadiah wang tunai RM150 setiap minggu. Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan hanya memuat naik gambar anda bersama hashtag #USFries&BurgerFiesta  

Barbie: World of Endless Possibilities

$
0
0
Setelah lebih lima dekad kita semua jelas apabila kanak-kanak itu bermain dengan patung Barbie. mereka sering sahaja berimaginasi tentang karektor yang mereka minati. Contohnya ingin menjadi ikan duyung, seorang puteri, superheroin atau angkasawan. 


Mattel telah mengadakan pameran Barbie: World of Endless Possibilities. Yang mana pameran esklusif ini telah mempamerkan tentang sejarah, global dan perkembangan dunia fesyen Barbie dari dulu sehingga kini. Apa yang lebih menarik di  pameran Barbie: World of Endless Possibilities ini juga telah menampilkan lebih 200 anak patung Barbie yang pernah dihasilkan.

Panel diskusi yang turut melibatkan Chef Anis dan para ibu yang lain. Dihoskan oleh Belinda Chee.

When a young girl plays in an imaginary world, she becomes a mom, a doctor, a mermaid, an
astronaut, a world traveller, a caregiver, a leader - no matter where you are in the world, we see
that imaginary world come alive when she plays with Barbie.  Barbie is created with the philosophy that girls can be anything. This exhibition is our way to inspire that imagination.” 

Country Manager of Mattel Southeast Asia, Petrina Kho.

 Pada tahun 2016 ini juga, Barbie turut berkembang dengan gaya Fashionistas® terkini mereka dengan memperkenalkan kepelbagaian jenis patung. Ini termasuklah :-
1. tiga jenis bentuk badan  terbaru- tinggi, curvy dan genit
2. tujuh jenis warna kulit
3.  22 warna mata
4. 24 gaya rambut 
5. Pelbagai fesyen dan aksesori mengikut trend

 23 anak patung Fashionistas® baru akan dipamerkan di pameran di Sunway Pyramid ini juga boleh boleh didapati di semua kedai permainan kanak-kanak serata Malaysia.

 Memang menarik apabila kita melihat sendiri perubahan fesyen yang turut dialami dalam dunia Barbie. Ada gaya dan kelas yang tersendiri.

Dalam sidang media juga kami telah dihidangkan dengan jamuan minum petang dengan mempertengahkan rupabentuk ikonik Barbie dalam setiap hidangan. Memang ohsem!

Kek

Kek Cawan

Cookies

Cake lolipop


Dan pelbagai lain jenis hidangan yang disediakan.

 My Amani, My Barbie!


Pameran Barbie: World of Endless Possibilities akan diadakan di Orange Concourse Sunway Piramid dan dibuka kepada orang ramai bermula dari 6 sehingga 12 Jun 2016. Untuk maklumat lanjut mengenai pameran, sila layari www.barbie.mattel.my dan www.facebook.com/officialbarbiemalaysia.

Kafe Hipster Yang Santai dan Selesa ~KulCat's Barrio

$
0
0
Menjejakkan kaki buat pertama kali di sini membuatkan hati saya begitu kagum dengan dekorasi di dalam ruang kafe ini yang begitu santai, kemas dan selesa, dan ini mencetus pertanyaan dalam diri saya apakah makna di sebalik nama KulCat's ini?

Kul membawa maksud Kuala Lumpur dan Cat's adalah himpunan kucing (yang comel pastinya hehe). Simboliknya, Kulcat's ini kedai pertamanya di Kuala Lumpur, sebagai tempat yang sangat sesuai untuk mereka yang suka melepak dan berkumpul sambil makan-makan bersama ahli keluarga mahupun rakan-rakan.

Dengan tagline yang cukup catchy 'Best Served Kul', tidak dinafikan kafe hipster KulCat's Barrio cukup terkenal dalam penyediaan variasi versatil hidangan barat. Antaranya seperti pizza, sandwich, burger, salad, snek dan banyak lagi dengan mempertengahkan citarasa hidangan Itali dan juga Mexico. Paling penting selain daripada penggunaan barangan segar dan berkualiti, semua hidangan yang disediakan di KulCat's Barrio adalah HALAL.

Harga yang ditawarkan dalam menu memang agakk berbaloi, untuk minuman harga bermula RM2 - RM10, manakala untuk hidangan makanan bermula RM5-RM42, dan tiada cukai GST dikenakan :=)

Saya berpeluang untuk merasai sendiri 2 hidangan terbaik dari KulCat's Barrio di Taman Tun Dr Ismail KL yang menggabungkan berger dan juga kentang goreng U.S (U.S fries potatoes). Iaitu hidangan Double Trouble dan juga Green Chilli Locos.

 1. Double Trouble

Double Trouble | RM32

Di perbuat dari patty daging segar resepi istimewa dapur Barrio, bersama 'turkey ham', 'beef bacon', keju cheddar, lettuce tomato, nachos dan juga sos keju dan dihidangkan bersama U.S Spice Fries yang enak.

Mungkin bagi sesetengah orang menganggap 'double is trouble' tapi untuk hidangan ini ''double is really marvelous!" Kemewahan rasa daging patty Barrio yang diperbuat khas dari dapur KulCat's benar-benar memikat selera saya, Apatah lagi didatangkan dengan kombinasi 2 patty bersama turkey ham dan macam-macam lagi menjadikan ini antara berger mewah yang pertama kali dalam sejarah hidup saya berpeluang menikmatinya. Menyempurnakan hidangan ini, keranggupan kentang goreng Ú.S Spice memberi rasa lebih 'kick' ketika saya menikmati berger 'double trouble'.



2. Green Chilli Locos

Green Chilli Locos | RM26

Kombinasi patty daging segar resepi istimewa dapur Barrio bersama sos cili hijau, 'fried onion marmalade', lettuce tomato, keju cheddar dan jua U.S Spice Fries.

Pencinta hidangan pedas, saya rekomen hidangan berger ini!

Keunikkannya selain daripada patty daging Barrio yang sedap. hidangan ini juga menggabungkan rasa sos cili hijau istimewa Barrio. Saya sangat sukakan juga rasa kemanisan dari 'fried onion marmalade' bersama sayuran dan juga keju cheddar di dalamnya. Hidangan ini memang lengkap dengan kehadiran U.S Spice Fries yang digoreng garing dengan rasa sedikit percikan pedas.

Antara hidangan lain yang saya berpeluang mencuba di KulCat's Barrio seperti:-

Kulkats bittersweet 
(lemongrass, sour plum dan lychee)

Virgin mojito 
(mint leaf, lime, brown sugar & soda water)

Dua minuman diatas antara yang mendapat permintaan tinggi dari pelanggan yang datang ke sini. Dan ianya benar-benar 'refreshing' nah tidak hairanlah minuman ini dapat mencuri hati saya biarpun pertama kali mencubanya. 


 Chocolate Pudding in da'house. Rasa panas kek coklat bersama ais krim, pencuci mulut terbaik dan enak dari KulCat's Barrio :=)

Terdapat pelbagai pilihan menarik seperti kek, muffin dan sebagainya semuanya dari Wake and Bake (salah satu rantaian kafe juga dimiliki dan dibawah KulCat's Barrio). Semua hidangan manisan di sini dihasilkan setiap hari bagi memastikan kualiti dan kesegarannya terjamin dan terbaik.

Susunatur dan dekorasi hiasan dalaman emmang sangat 'çool' dan punyai kelas tersendiri. Bagi mereka yang meminati muzik seperti raggae, anda boleh bersantai di sini sambil menikmati alunan muzik dari Bob Marley.






Grafiti dan dekorasi diilhamkan sendiri oleh sahabat baik pemilik kafe Kulcat's Barrio ini benar-benar menyerikan suasana. Gabungan beberapa lukisan menarik dan juga pelbagai pilihan kerusi meja mengikut kesesuaian dan pilihan pengunjung kafe hipster ini.

So, uolls kalau berkesempatan bolehlah berkunjung :-
KulCat's Barrio & Pastel,
35 Lorong Rahim Kajai 9,
TTDI, Kuala Lumpur
03-77333420
www.facebook.com/kulcats
www.instagram.com/kulcats

Dibuka setiap hari kecuali Selasa (tutup). Bermula dari jam 12 tengahari sehingga 11 malam, kecuali pada hari Jumaat operasi kedai akan bermula pada pukul 3 petang sehingga 1 pagi.

Jom KulCats!!

Sinaran Ramadhan di Hotel Grand BlueWave Shah Alam

$
0
0

Untuk tahun 2016, Hotel Grand BlueWave Shah Alam telah membawakan lebih daripada 250 jenis hidangan untuk berbuka puasa. Dengan bertemakan "Sinaran Ramadhan" juadah yang ditawarkan merangkumi semua jenis masakan termasuklah melayu, cina, india dan barat.

Antaranya seperti lauk kawah, peha lembu panggang, Manggolian BBQ, kambing bakar, murtabak durian, kambing masala, sotong sumbat, ayam percik pantai timur, yong tau fu, sate goreng, pesembor, penang char kew teow dan banyak lagi.

Pasta dan ketupat palas

 
Pelbagai seafood

Kek pencuci mulut


Murtabak durian

lemang

Rendang

Ikan Stim Chinese Style

Kambing golek

Roasted beef

sushi

dim sum

kari sotong

 chicken roasted

baulu dan dodol

Dan pelbagai lagi :=)

Nom nom nom

 Yntuk rujukan harga boleh rujuk pada poster diatas.

Keterangan lanjut boleh layari :


Menu Istimewa Bersempena Dengan Bulan Ramadhan di Hei Sushi!

$
0
0
Tidak dinafikan sepanjang kita berpuasa di bulan Ramadhan, pasti ada satu-satu hari yang kita mahukan kelainan ketika waktu berbuka. Sesuatu yang enak dan seterusnya dikongsi keseronokan waktu berbuka bersama orang yang tersayang.

Di Hei Sushi, untuk menu hidangan kali ini telah menawarkan sesuatu yang berbeza dan pastinya memenuhi citarasa masyarakat Malaysia amnya.

Ianya bermula dari 23 May sehingga 31 Julai 2016 seawal jam 6 petang sehingga 9.30 malam, Hei Sushi menawarkan pelbagai jenis hidangan berbuka dengan gaya Jepun.

"This ramadhan menu consists of 3 set meals designed to suit the Ramadhan and Raya celebration with different group of friend and families. Thus, there are now even more reasons for family members and loved ones to gather together over a delicious and wholesome meal at Hei Sushi"
Jessica Tan, Assistant MArketing manager Hei Sushi
Apa yang lebih menark set hidangan adalah bermula serendah harga RM19.90!

Antara 3 set hidangan yang ditawarkan di Hei Sushi seperti:-

Set A- untuk 1 pax. Harga yang ditawarkan RM19.90.

Merangkumi:
Hidangan utama boleh pilih;
*Katsu Jyu (pilihan sos samada kari, teriyaki atau kuah kacang pedas) atau
*Tori Jyu (pilihan sos samada kari, teriyaki atau kuah kacang pedas) atau
* Tenzaru Inaniwa Udon (mee udon bersama udanng dan sayur digoreng ranggup) atau
* Tori Inaniwa Udon (mee udon bersama hirisan ayam panggang)

+

* buah kurma
*Salad atau sup miso
* minuman sejuk red passion

Set B- untuk 1 pax. Harga yang ditawarkan RM25.90.

Merangkumi:
Hidangan utama boleh pilih 1 antara;
*Katsu Jyu (pilihan sos samada kari, teriyaki atau kuah kacang pedas) atau
*Tori Jyu (pilihan sos samada kari, teriyaki atau kuah kacang pedas) atau
* Tenzaru Inaniwa Udon (mee udon bersama udanng dan sayur digoreng ranggup) atau
* Tori Inaniwa Udon (mee udon bersama hirisan ayam panggang) atau
*Kaisen Inaniwa Udon (mee udon bersama seafood)

+
Side dish boleh pilih antara 1;
*spider Maki atau
*otak-otak harumaki atau
*sunshine maki atau
*ebi tempura

+

* buah kurma
*Salad atau sup miso
* minuman sejuk red passion

Set C- untuk 4 pax. Harga yang ditawarkan RM129.90.

Merangkumi:
Hidangan utama boleh pilih 4 antara;
*Heri Tori Specialty atau
*Tori Chicken atau
*Shake Kara + White Rice
* Ika Kara + White Rice
* Tenzaru Inaniwa Udon (mee udon bersama udanng dan sayur digoreng ranggup) atau
* Tori Inaniwa Udon (mee udon bersama hirisan ayam panggang) atau
*Kaisen Inaniwa Udon (mee udon bersama seafood) atau
* Saba Kara + White Rice

+
Side dish boleh pilih antara 2;
*spider Maki atau
*Hei maiki atau
*sunshine maki atau
*Hana neta
*Tempura Moriowase
*Temari combo
*Sashimi platter (3 jenis)

+

* buah kurma x 4
*Salad atau sup miso x 4
* minuman sejuk red passion x 4


CLOSE UP GAMBAR HIDANGAN :-
Spider Maki

Tori (Chicken)

Hei Tori Specialty

Shake Kare 

White Rice

Kaisen Inaniwa Udon

Katsu Jyu

Sup Miso

Salad

Sunshine Maki

Hei Maki

Hana Neta

Temari Combo

Tempura Mariawase

Sashimi Platter (3 jenis)



Tori Inaniwa Udon

Tenzaru Inaniwa Udon


Saba Kara + White Rice (tiada dalam gambar)

Shake Kara + Whire Rice (tiada dalam gambar)

Ika Kara + White Rice (tiada dalam gambar)

Red Passion

Pencuci mulut yang ohsem - ais krim besama nangka goreng!
Hidangan ini tiada dalam set, tapi boleh order kerana ianya adalah dalam menu hidangan di Hei Sushi :=)

Gendang gendut, tali kecapi,
Kenyang perut makan di Hei Sushi!!

Boleh terjah di:
Hei Sushi 
P03A Plaza Alamanda
Putrajaya
03-88931066
Viewing all 2935 articles
Browse latest View live