Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all 2932 articles
Browse latest View live

Pelancaran Jersi ABSTRAX Vortex #MYPerpaduan

$
0
0
Butik ABSTRAX ditubuhkan pada tahun 2008, yang mana ianya merupakan cetusan daripada idea dan falsafah Dr. Faiz Izwan Anuar dengan kerjasama pereka seni Fahmi Nabilah. Dengan mempertengahkan konsep yang 'simple' tapi tetap kelihatan esklusif, harga berpatutan serta mempunyai ciri-ciri moden melalui seni kreatif ternyata ABSTRAX sentiasa melahirkan idea-idea yang segar dalam setiap produk keluaran mereka.

Dan yang terbaru ABSTRAX telah melancarkan edisi koleksi jersi ~ ABSTRAX Vortex #MYPerpaduan. Ini adalah kesinambungan daripada pengenalan jersi daripada ABSTRAX Vortex Selangor Darul Ehsan dan juga ABSTRAX Vortex Johor Darul Takzim.

Jersi #MYperpaduan adalah kolabrasi antara 1Malaysia.com.my dan  Butik ABSTRAX sendiri. Menurut Dr Faiz Izwan Anuar, dengan adanya koleksi ini dapat menyatupadukan masyarakat Malaysia. Tambah beliau lagi, jersi #MYperpaduan direka inspirasi dari identiti masyarakat Malaysia, dengan nilai-nilai 1Malaysia seperti gambar di bawah :=)


Selain itu material jersi ini sangat ringan, selesa dan sesuai digunakan pada bila-bila masa sahaja pada sebarang cuaca.

Sekaligus kempen #MYperpaduan, membawa harapan yang tinggi dari ABSTRAX  untuk mengingatkan masyarakat Malaysia tentang kepentingan untuk bersatu padu dan hidup dalam suasana aman harmoni.

Jersi ABSTRAX #MYperpaduan boleh didapati butik ABSTRAX di Shah Alam, Bangsar dan Bangi dengan harga RM 90 (untuk lengan pendek) dan RM100 (untuk lengan panjang). Selain itu pembeli juga menambah nama dan nombor kegemaran (jika mahu) dan harga penambahan yang dikenakan hanyalah RM25 untuk satu nombor dan nama tidak lebih dari 8 abjad. Manakala RM28 untuk dua nombor dan nama juga boleh lebih dari 8 abjad.

Selain itu, butik ABSTRAX juga ada menawarkan pelbagai rekaan t-shirt lain yang menarik. Antaranya seperti :-
Baju edisi terhad untuk peminat Kumpulan Hujan.

Posptar!


Dan banyak lagi sebenarnya koleksi yang ada dijual di sini.

Terdapat juga seluar jeans dan "slack".

Aksesori topi..


Servis mencetak nama dan nombor di jersi.

Pemilihan aksesori nombor dan abjad untuk ditampal diatas jersi.

Contoh hasil "customize"jersi yang ditempah.

Antara koleksi yang mencuri pandangan saya. Smart!

Saya gemar juga dengan koleksi ini. Ada saiz untuk kanak-kanak dan orang dewasa.


Untuk pembelian boleh walk-in terus ke butik ABSTRAX yerp:-

ABSTRAX Headquarters Shah Alam
D-20 Jalan Serai wangi M
16/M Alam Avenue 2
Seksyen 16
401200 Shah Alam Selangor
03-55244248

ABSTRAX Concept Store Bangsar
18-A First Floor
Jalan BAngsar
59200 Kuala Lumpur
03-22014303

Keterangan lanjut boleh layari:-


The Joy of LIfe, Minuman Sarang Burung Yang Halal Untuk Dinikmati :=)

$
0
0


Satu majlis pelancaran The Joy Of Life telah diadakan di di Glasshouse, Seputih baru-baru ini. Untuk pengetahuan semua ianya merupakan jenama minuman kesihatan terbaru dalam rangkaian produk berasaskan ‘Collagen Bird’s Nest’  dari keluaran Ecolite Biotech Manufacturing Sdn. Bhd (Ecolite).

Minuman ini telahpun mendapat pengesahakan HALAL The Joy Of Life dari pihak JAKIM. Ianya didatangkan dengan 5 jenis varian yang enak-enak, antaranya seperti Aloe Vera, Lychee, Longan, Kurma Merah dengan Wolfberry dan juga Perisa Asli. 


Untuk setiap botol minuman ini ianya mengandungi serat Sarang Burung bersama 2500mg Kolagen, ‘Rock Sugar’ dan ‘RO Water. 



Terdapat 5 Varian Minuman Sarang Burung Halal Dan Kolagen The Joy Of Life


Minuman Sarang Burung Varian Longan

Peminat buah longan? Bolehlah mencuba minuman sarang burung ini yang mengandungi rasa buah longan, kolagen, sarang burung, gula batu dan stabilizer yang dibenarkan. 


 

Minuman Sarang Burung Kurma Merah bersama Wolfberry

Semua orang tahu buah kurma merah sangat membantu untuk menyejukkan badan. Kalau kita nak sejukkan badan sambil-sambil jaga kesihatan bolehlah cuba minuman ini, kerana ianya terkandung kurma merah, kolagen, sarang burung, gula batu dan stabilizer yang dibenarkan.

Minuman Sarang Burung Aloe Vera
Aloe Vera antara agen terbaik dalam penyembuhan luka. Dalam minuman kesihatan ini mengandungi aloe vera, kolagen, sarang burung, gula batu dan stabilizer yang dibenarkan.


Minuman Sarang Burung Varian Original

Yang ini memang pure rasa air sarang burung sebenar. Khasiat dalam minuman kesihatan ini antaranya seperti kolagen, sarang burung, gula batu dan stabilizer yang dibenarkan.

Minuman Sarang Burung  Varian Laici

Peminat buah laici pasti memilih minuman sarang burung The Joy Of Life dari varian laici. Ianya mengandungi rasa buag laici, kolagen, sarang burung, gula batu dan stabilizer yang dibenarkan.

Bagi mereka yang mementingkan kesihatan, pasti tahu kelebihan minuman sarang burung ini. Selain daripada ianya sangat membantu dari segi imunisasi badan, khasiat sarang burung ini juga boleh dijadikan sebagai kologen (untuk kelihatan awet muda).

Tapi yang menariknya minuman sarang burung dari The Joy Of Life ini menawarkan pelbagai variasi rasa. Sekaligus memberi kita lebih banyak pilihan untuk menikmati air sarang burung pada rasa yang berbeza..

Kalau tanya dengan saya sendiri bagaimana rasanya air sarang burung ni...Hmmmmm rasanya seperti air teh bunga...ada juga yang mengatakan ianya seperti air teh buah kundur (my feveret ni). Tapi untuk lebih tahan lama dan mengekalkan rasa nya yang sedap perlulah disimpan didalam tempat sejuk dan kering. Sekiranya kita dah buka penutup botolnya, seeloknya kita dapat habiskan dalam tempoh 24 jam. Ini bagi memastikan kualiti minuman sarang burung sentiasa berada di tahap yang terbaik ketika menikmatinya.

Dan perlu diingatkan minuman ini tidak sesuai untuk kanak-kanak bawah 2 tahun yerp!!!


Keterengan lanjut boleh layari --> www.thejoyoflife.my

Kredit Pic: Kawan blogger, antaranya Khir Khalid dan lain-lain

Pilihan Warna Ceria Pencetak HP DeskJet Ink Advantage Saiz Mini Yang Datangnya Dengan Pelbagai Fungsi (AIO)

$
0
0


HP PPS Sales Sdn. Bhd. telah melancarkan generasi seterusnya iaitu HP DeskJet Ink Advantage One All-dalam- (AIO) iaitu pencetak berteknologi tinggi yang bergaya 'smart' dan elegan.

Direka istimewa untuk mereka yang begitu dekat dengan dunia digital contoh sentiasa aktif dalam aktiviti seperti mencetak pelbagai bahan dari Facebook, Instagram dan banyak lagi. Yang adakalanya mahu mencetak terus dari telefon mahupun tablet mereka. Nah! pencetak HP DeskJet Ink dari siri 3775/3776/3777  adalah sangat direkomenkan. Datangnya dengan saiz mini (separuh saiz besarnya jika dibandingkan dengan pencetak inkjet yang lain) bersama pelbagai fungsi yang lengkap sepertimana yang kita boleh dapatkan jika menggunakan pencetak biasa memudahkan kita melakukan sebarang aktiviti pencetakan ~hanya dari hujung jari anda!

Terkini kenyataan dari majalah TIME telah mengumumkan HP DeskJet Ink Advantage sebagai antara 50 Most Influential Gadgets of All Time,yang direka bentuk bagi membolehkan pengguna mencetak  dengan mudah dan secara terus dari telefon pintar atau tablet. Bertambah menarik HP DeskJet Ink Advantage 3775/3776/3777 tidak hanya boleh mengoptimumkan ruang, ianya juga didatangkan dengan 3 warna terang iaitu Electric Blue, Sea Grass Green dan Cardinal Red


Dengan rekaan yang 'fresh' dengan menggunakan warna putih sebagai asas utama dan digabungkan warna-warna menarik pasti memberi lebih keseronokan.

“Consumers crave tiny, wireless devices that fit into their lifestyle and enable them to stay connected,
social and productive wherever they may be"

"HP’s new DeskJet turns the traditional consumer printing experience on its head with its innovative, fun design and intuitive mobile connectivity from virtually any device or social network.”

Kym Lim, Managing Director, HP PPS Sales Sdn. Bhd. 

Dengan harganya RM379 (termasuk GST), ternyata pencetak HP DeskJet Ink Advantage yang miliki fungsi yang hebat ALL in ONE, bahkan saiznya yang kecil juga sangat praktikal untuk tempat penyimpanan dan mudah dibawa ke mana sahaja.

Untuk keterangan lanjut boleh layari www.hp.com/go/smallestAiOclaim

Bijirin Sarapan Sedia Dimakan Pertama Di Malaysia Yang Membantu Ke Arah Penjagaan Kesihatan Jantung

$
0
0
Sebagai usaha pencegahan awal penyakit jantung, Nestlé telah melancarkan bijirin oat beta glucan buatan Australia yang akan membantu mengurangkan tahap kolesterol. Malah melalui pek sedia dimakan yang pertama di Malaysia ini sekaligus memudahkan rakyat Malaysia untuk sentiasa menjaga kesihatan jantung mereka.

Berdasarkan Statistik Kesihatan 2014 dan Kumpulan Data Kardiovaskular Negara, penyakit jantung
pembunuh nombor satu dan menjadi penyebab kira-kira satu pertiga daripada kes kematian di Malaysia. Malah, menurut Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015 (NHMS) menyatakan salah satu faktor kepada penyakit jantung adalah kadar kolesterol yang tinggi. Mereka juga mendapati bahawa satu daripada dua orang dewasa di Malaysia mempunyai kadar kolesterol yang tinggi dalam badan. Jumlah ini meningkat daripada tinjauan pada tahun 2011 iaitu satu daripada tiga orang rakyat Malaysia yang menghidap penyakit berkenaan. Meskipun risiko itu diketahui umum, rakyat Malaysia masih lagi tidak mampu mengekang tabiat mereka dalam pengambilan makanan segera dan berkolesterol tinggi.


‘Kita adalah apa yang kita makan’? Jika kita kerap mengambil makanan yang berlemak dan berkolesterol tinggi, badan kita akan mula mengalami kesukaran untuk membakar minyak dan lemak
di mana ianya akan mengakibatkan arteri jantung anda tersumbat dan anda akan tergolong dalam
kumpulan yang berisiko mengalami masalah jantung. Sebagai langkah pencegahan, kita seharusnya
mula mengamalkan tabiat diet sihat yang mengandungi kumpulan makanan tertentu seperti bjirin
penuh dan oat. "Serat larut yang terkandung dalam oat dikenali sebagai beta glucan menyerap dan
menyingkir kolesterol dalam badan, sekaligus mengurangkan dan mengekalkan tahap kolesterol
yang rendah,” kata Cik Indra Balaratnam, pakar perunding pemakanan yang berkongsi pandangan
beliau mengenai penjagaan aktif untuk kesihatan jantung semasa majlis pelancaran tersebut.

Mengulas mengenai cabaran yang perlu dihadapi oleh rakyat Malaysia dalam mengekalkan diet
sihat, Cik Nirmalah Thurai, Pengurus Peniagaan, Nestlé Breakfast Cereals, Nestlé (Malaysia) Berhad
berkata,“Secara keseluruhannya, rakyat Malaysia menjalani kehidupan yang sangat sibuk dan istilah 2 makanan yang ‘mudah dan cepat’ merupakan pilihan utama mereka. Kebanyakkan daripada kita cenderung untuk mengambil sarapan tradisional Malaysia yang selalunya bukanlah pilihan makanan yang sihat. Oleh yang demikian, Nestlé kini memperkenalkan bijirin sarapan yang bukan sahaja mudah dan sedia untuk dimakan, malah secara tidak langsung turut sama membantu dalam mengurangkan risiko sakit jantung. Sekarang, semua orang boleh mendapatkan bijirin yang akan
membantu mengurangkan tahap kolesterol dalam badan dan mula mengamalkan rutin penjagaan
untuk jantung yang lebih sihat.”

Atilia Haron, penyanyi yang mempunyai minat dalam bidang kecergasan dan Steve Yap, pelakon dan
model turut hadir sebagai duta di majlis pelancaran tersebut. Mereka berdua akan berkongsi kisah
perjalanan mereka dalam mengekalkan kesihatan jantung mereka walaupun terikat dengan jadual
kerjaya yang sibuk. Steve yang kehilangan bapa tersayang akibat serangan sakit jantung manakala
Atilia, bapanya pernah diserang sakit jantung, amat menyokong usaha Nestlé dalam penjagaan
kesihatan jantung dan menasihati rakyat Malaysia untuk mengamalkan rutin pemakanan yang sihat
tanpa mengira gaya hidup mereka.“Dengan Nestlé Cheerios® Oat Crisp yang sedap dan sedia
dimakan ini, tiada alasan lagi untuk berlengah dalam mengamalkan rutin pemakanan sihat ini
sekarang,” kata mereka berdua.

Semangkuk 40g Cheerios® Oat Crisp yang mengandungi kepingan yang diperbuat dengan 68% oat
gandum buatan Australia menyediakan kira-kira 1.2g daripada pengambilan beta glucan harian yang
disyorkan iaitu sebanyak 3g beta glucan setiap hari.

Nestlé Cheerios® Oat Crisp ini bukan sahaja dapat membantu mengurangkan tahap kolesterol malah
ia juga memberikan khasiat penting yang diperlukan oleh badan seperti fiber, kalsium, zat besi, danvitamin & mineral.


Nestlé Cheerios® Oat Crisp ini boleh didapati dalam pek 190g dan 400g. Untuk makluman lanjut mengenai Nestlé Cheerios® Oat Crisp, sila layari www.nestle- cereals.com.my. Jangan lupa untuk menyertai kami dengan #CheeriosCheerYourHeart.

Pelbagai Aktiviti Seronok dan Seram Bersempena Dengan Holloween Di Citta Mall!

$
0
0



Wohooooooooooooooowohooooooooooooooooo...

Saya memang teruja dengan kemunculan wajah-wajah pelik dan menakutkan. Mungkin saya jenis seorang yang sukakan cabaran apatah lagi melibatkan sesuatu yang kita boleh gambarkan dengan unsur keseraman. Jadi apabila saya diberitahu terdapat pelbagai aktiviti menarik di Citta Mall bersempena dengan Holloween, dengan penuh teruja saya telah terjah bersama dengan anak-anak saya.


Oh ya sedikit informasi pada mereka-mereka yang ingin merasakan momen seram di Citta Mall. Pelbagai aktiviti menarik bersempena dengan Holloween telah disediakan khas buat pengunjung-pengunjung Citta Mall bermula dari 22 sehingga 30 Oktober 2016.

  • Antaranya seperti melawat hotel seram di CITTA Phantom Hotel, pertandingan pakaian beragam Holloween, aktiviti kraf dan banyak lagi.

Untuk keterangan lanjut mengenai aktiviti ini, bolehlah rujuk pada jadual di bawah ya!


29 Oktober: 1:00pm - 5:00pm Halloween Arts & Craft 2:00pm - 6:00pm Halloween Face painting 4:00pm - 8.00pm Halloween Characters Walk About 5:00pm - 6:30pm Halloween Children Costume Contest6:30pm - 7:30pm Halloween Trick or Treat


30 Oktober:2:00pm - 6:00pm Halloween Arts & Crafts 2:00pm - 6:00pm Halloween Face painting 4:00pm - 8.00pm Halloween Characters Walk About 6:30pm - 7:30pm Halloween Trick or Trea

Istmewa untuk pertandingan Halloween Children Costume Contest peserta haruslah mendaftar terlebih dahulu di pautan ini --> https://goo.gl/forms/N1R25rkfIvWhRy102




Bagi mereka yang ingin mencabar diri dengan merasai ketakutan suasana hotel berhantu, boleh memasuki The CITTA Phantom Hotel di Citta Mall. 

Tiket masuk adalah PERCUMA, sekiranya anda telah membelanjakan sebanyak RM30 di mana-mana outlet di Citta Mall ataupun kombinasi 2 resit pembelian pada hari yang sama. Jika tanpa sebarang pembelian anda juga boleh memperolehi tiket masuk ke hotel berhantu ini dengan membayar RM15 sahaja.

Pengunjung dewasa perlu menemani untuk kanak-kanak yang dibawah 12 tahun ya!

Berada di sini hotel berhantu ini juga kita bakal menemui beberapa makhluk yang menakutkan! Dan sekiranya kita tidak takut bolehlah ajak mereka ini sekali untuk bergambar ya :=P

Seperti my Akid dan Amani yang sememangnya agak penakut tetapi telah memberanikan dirinya untuk mengatasi ketakutan dengan melangkah masuk ke Hotel CITTA Phantom. 


Sepanjang berjalan dalam hotel, kita haruslah bijak mencari jalan pulang. Ini kerana silap memilih pintu kita bakal ditemukan dengan makhluk yang menggerunkan!

Jom ke Citta Mall dan alami keseraman Holloween di sana!

'Fipper Slipper Workshop' di KidZania Kuala Lumpur

$
0
0

KidZania Kuala Lumpur, taman tema kanak-kanak yang memberi peluang untuk kanak-kanak merasai alam pekerjaan orang dewasa telah mengumumkan Fipper Marketing Sdn Bhd sebagai rakan industri mereka yang terkini.

Menyokong terhadap pendekatan unik KidZania Kuala Lumpur untuk memupuk kemahiran hidup dalam pembelajaran kanak-kanak, Fipper telah memperkenalkan 'Fipper Slipper Workshop' di KidZania bandaraya mesra kanak-kanak. Pengenalan kepada bengkel ini bagi membolehkan kanak-kanak untuk mengambil bahagian dalam profesion berdasarkan aktiviti dan peranan yang direka buat mereka sekaligus sebagai pendedahan buat mereka kepada proses mereka bentuk produk dan asas terhadap inovasi produk.

Di 'Fipper Slipper Workshop', kanak-kanak akan didedahkan dengan dunia profesion Slipper Maker dan Pengurusan runcit. Yang mana dapat mendidik anak-anak pada pembinaan asas selipar dan bahan-bahan serta alatan yang boleh digunakan untuk meningkatkan produk. Selain itu mereka turut didedahkan dengan kepentingan tentang  pentingnya Perkhidmatan dan Pengurusan Pelanggan mempunyai pengetahuan yang tinggi tentang produk yang dihasilkan.

“At KidZania Kuala Lumpur, we are dedicated to our ‘Learn Life Today’ value proposition, which
places emphasis on life skills development in children. With the establishment of Fipper within
KidZania Kuala Lumpur, we are thrilled to be able to present to kids the opportunity to view
innovation, not simply as the development of an entirely new product; but innovation as the
recreation of novelty in everyday items,”
Susanah Abdul Rani, Gabenor KidZania Kuala Lumpur dan Singapura

“One myth about innovation is that it is all about new products. That is not necessarily so, and
the success of Fipper Slippers is a testament to that. We’ve taken the everyday slipper and
modernised it to be relevant to current trends and needs. I am confident that the establishment of
Fipper Slipper Workshop in Kidzania Kuala Lumpur, will provide the platform to educate the
young generation about the importance of innovative thinking and the possibilities of the future,”
Danny Goh, Pengarah Fipper Marketing Sdn Bhd




Ditubuhkan pada tahun 2008, jenama Fipper Malaysia, telah mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju industri dalam perniagaan 'rubber'selipardi outlet seluruh Malaysia, Australia, Indonesia, Hong Kong, Singapura, Mauritius, Kemboja, Vietnam, Eropah dan Amerika Syarikat. Fipper sentiasa menumpukan usaha dalam memberi reka bentuk dan inovasi produk yang paling terbaik, menghasilkan jenama yang sangat popular yang bukan sahaja bergaya tetapi bertanggungjawab terhadap alam sekitar. Nah! Tidak hairanlah semua produk Fipper adalah mesra alam, anti-bakteria, bebas BPA.



Untuk maklumat lanjut, sila layari www.kidzania.com.my atau hubungi KidZania CareLine di 1300 88 KIDZ (5439) atau layari  Facebook  KidZania di facebook.com/KidZaniaKualaLumpur.  

Nestle Wellness Together Gather Workshop

$
0
0


Berpeluang mengenali produk terbaru Nestle dengan lebih dekat lagi memang tidak saya lepaskan. Apatah lagi seperti yang kita maklum motto Nestle itu sendiri iaitu "Good Food, Good Life"mengajak kita untuk hidup secara sihat dengan pengambilan makanan-makanan yang baik.


Eugene Chan, Director of Communications Nestle Malaysia

Sepanjang bengkel, saya telah diperkenalkan tentang misi dan motto Nestle dengan lebih jelas lagi. Bagaimana ianya berkembang sejak dulu sehingga kini. Dan bagaimana produk-produk Nestle ini sentiasa diperbaharui untuk memastikan pengguna-pengguna setia produk Nestle mendapat yang terbaik.



Joshua Zhu, E Commerce Manager of Nestle Malaysia

Dan isu pada hari ini adalah tentang perkembanganan dunia e-commerce dan bagaimana ianya boleh membantu mereka yang sentiasa sibuk setiap hari. Cuba bayangkan mereka yang tidak punyai banyak masa untuk keluar membeli-belah dan pada masa yang sama mereka perlu mendapatkan stok barangan makanan (contohnya) terbaik di dapur!

Atas kesedaran itu, Nestle telah mengorak langkah maju ke hadapan dengan memperkenalkan pembelian secara "önline"melalui web portal membeli-belah yang cukup berpengaruh dan diyakini ramai pengguna alam maya di luar sana.

Dan LAZADA adalah salah satu daripadanya :=)



Pembelian secara talian sangat mudah uollls! Semuanya berlaku pantas dan efisien hanya di hujung jari anda. Pengenalan tentang produk bukan sahaja diterangkan dalam bentuk penulisan, bahkan untuk produk tertentu didatangkan juga dengan video. Harga yang jelas (ada juga didatangkan dengan diskaun), mudah (hanya bayar melalui perbankan secara talian) dan banyak lagi.

Selepas membuat pemilihan, kita hanya nantikan barangan dihantar sehingga ke depan pintu rumah.


Banyak juga pilihan produk Nestle yang dijual di portal membeli-belah LAZADA dengan harga promosi yang memang berbaloi!!

Antara promosi yang menarik boleh rujuk pada gambar di atas :=)
Saya paling suka dengan topik ini iaitu "A Balanced Begins With Balanced Shopping". Bagaimana penekanan terhadap apa yang kita makan adalah bergantung kepada apa yang telah kita beli dan ada di rumah (cabinet dapur hiks).

Yang mana ianya bermula dari satu pinggan yang kosong, diterjemahkan dengan keperluan badan kita yang memerlukan kesimbangan khasiat dalam diet pemakanan yang diambil. Contoh perlu ada sayur, protein dan karbohidrat dalam satu pinggan. Tapi bila kita nak sediakan makanan berkhasiat seperti ini tiada dalam simpanan, ianya memang memberi tekanan.

Puan Iliani turut memberi penerangan, bagaimana pengambilan cara pemakanan seimbang. "Portion"sebanyak mana, dan kombinasi pemakanan menarik yang boleh dihasilkan.



3 rangkaian kumpulan khasiat yang perlu dalam satu pinggan pemakanan yang sihat.

Pelajaran baru bagi saya. Untuk mengenali khasiat dari 3 lapisan "grain"...

Kesimpulannya inilah "portion"yang perlu ada dalam satu pinggan pemakanan yang sihat.

Antara produk terbaru dari Nestle yang ohsem!!!

Saya suka durian..Saya suka coklat = Kit Kat Durian (edisi terhad ni uolls)

Antara peserta bengkel bergambar meriah!



Lazada Malaysia



Untuk promosi dan pembelian produk Nestle boleh klik link --> http://ho.lazada.com.my/SHISrB

Bagi mendapat lebih penjimatan dengan harga yang begitu berbaloi!

#nestlewellness #lazadaMY

NIVEA Skin Delight Menyingkap Rahsia Kecantikan Golongan Bangsawan Purba

$
0
0
Semua orang sukakan perkara yang bersifat dan berkait dengan cantik. Walaupun hakikatnya kecantikan itu adalah sesuatu yang sangat subjektif. Namun ianya bergantung kepada persepsi pandangan masing-masing. 

Walaubagaimanapun kulit yang sihat dan telah menerima penjagaan sempurna seringkali mencerminkan kecantikan diri paling terunggul. Semenjak berabad lamanya, kulit yang lembut, licin dan cantik dianggap sebagai tanda kecantikan sejati. Selain itu, untuk mendapatkan kulit yang sempurna bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan usaha serta ritual-ritual kecantikan yang rumit serta menggunakan pelbagai bahan eksotik yang hanya mampu didapati dan dimiliki oleh golongan bangsawan.


Sebagai contoh, Cleopatra, ratu terakhir kerajaan Mesir Kuno dikatakan bersiram di dalam mandian susu untuk mengekalkan kulit yang lembut, licin dan halus. Beberapa abad kemudian, setelah dunia di ufuk Timur membuka pintu kepada para pedagang dari Barat, golongan wanita di Eropah mula mengamalkan amalan-amalan kecantikan eksotik yang diamalkan oleh wanita di negara-negara yang lain seperti mandian Turki atau Hammam yang amat popular di Maghribi. Setelah memasuki alaf baru, golongan wanita kini boleh memanjakan diri mereka dengan perkhidmatan spa pada harga yang berpatutan, ia masih lagi dianggap sebagai satu kemewahan bagi wanita-wanita yang mahukan diri mereka dibelai laksana seorang ratu, dari hujung rambut ke hujung kaki. Terutamanya bagi mereka yang sibuk dengan urusan kehidupan serta berkerjaya.


Namun begitu, dengan NIVEA Skin Delight Body Milk, sebuah produk berinovasi terbaru keluaran NIVEA, memastikan anda menikmati sesi memanjakan diri yang akan menaikkan “mood” anda semasa berada di kamar mandi. Seindah namanya, NIVEA SKIN DELIGHT direka dengan satu tujuan utama – memberilkan kenikmatan buat deria anda dengan sentuhan, penglihatan dan wangian yang membuat anda berasa istimewa semasa anda memanjakan diri.

Relaxing Lavender yang menenangkan deria anda

Ditakrif sebagai rawatan terulung bagi kulit yang kering, minyak badan berfungsi sebagai pembekal keanjalan dan seri kepada permukaan kulit anda bermula dari dalam. Kulit akan menyerap serta menikmati segala kebaikan yang terkandung dalam minyak tanpa berasa melekit, kerana NIVEA Skin Delight mengandungi nutrisi penjagaan terbaik dari minyak badan dalam bentuk “body milk” yang mudah untuk disapukan.

Glowing Rose yang memberikan kulit anda wangian feminine 

Seperti minyak badan, susu juga diperkaya dengan manfaat menyubur dan mencerahkan kulit. Sejak berabad lamanya, golongan wanita sering menggunakan susu segar sebagai bahan mandian selain air bagi mengekalkan kecerahan kulit mereka. Ini kerana kandungan asid laktik yang terdapat dalam susu menguraikan protein yang menyatukan sel-sel kulit mati, lantas memberi ruang kepada kulit baru yang lembut serta bertekstur licin dan halus untuk tumbuh. Susu ini juga mengalir lembut di atas kulit apabila ia dioleskan lantas menjadikan kulit anda lembut dan berseri-seri.

Bagi memberi ketenangan kepada jiwa dan minda setelah seharian bekerja,  “body milk” ini turut diadun bersama haruman semerbak yang diekstrak dari bunga mawar dan juga lavender.

“Kulit yang lembut, berseri dan mulus adalah idaman setiap wanita,” Kata En. Ng Hock Guan, Pengurus Negara bagi Beiersdorf Malaysia & Singapura. “Walaupun ia masih dianggap sebagai satu keistimewaan atau kemewahan bagi sesetengah daripada mereka, kehadiran NIVEA Skin Delight telah memudahkan golongan wanita untuk menikmati sesi memanjakan diri justeru memberikan mereka tubuh yang cantik dan sihat di samping ketenangan minda.”

Bunga mawar bukanlah satu bahan asing dalam dunia kosmetik. Penggunaanya amat menyeluruh samada secara sepenuhnya ataupun sebahagian daripada asas campuran dalam produk wangian mahupun manfaat rawatan. Wanita-wanita Yunani kuno dan Rom dikatakan menggunakan kelopak-kelopak segar dari bunga mawar untuk mewangikan air mandian mereka. Pada masa yang sama, minyak pati yang terkandung dalam bunga mawar mampu mengekalkan kelembapan semulajadi pada kulit.

Selain itu, lavender atau nama saintiifknya Lavandula Angustifolia juga mempunyai reputasi yang mengagumkan dalam dunia aromaterapi. Sejenis tumbuhan herba berbunga dan tergolong dalam keluarga pudina, lavender boleh didapati di setiap pelusuk dunia bermula dari benua Afrika hingga ke kawasan pergunungan di Asia, Terkenal dengan profil wangiannya, lavender telah digunakan secara meluas di kebanyakan negara sebagai bahan untuk menenangkan stress dan kelesuan. Selain itu, ia juga dapat meredakan iritasi serta kekeringan pada kulit.

Mengaplikasikan formula hebat “body milk”, sejenis emulsi berbentuk air di dalam minyak yang telah dipelopori oleh NIVEA di dekad 1980-an, penggabungan ini telah mewujudkan sebuah rawatan badan yang penuh dengan kenikmatan serta mudah untuk dioles pada badan pada bila-bila masa yang anda idamkan.

“Memanjakan tubuh bak seorang ratu itu bukanlah satu keistimewaan –  ia adalah hak bagi setiap wanita untuk dinikmati,En. Ng Hock Guan,Pengurus Negara bagiBeiersdorf Malaysia & Singapura menambah.Sebagai sebuah jenama yang memahami kehendak serta keperluan wanita, kehadiran NIVEA Skin Delight ini pastinya akan memberi manfaat kepada para wanita moden yang mahukan diri mereka dimanja sebaik mungkin sewaktu mereka meluangkan masa untuk diri sendiri.

Mulakan ritual memanja diri NIVEA Skin Delight selepas anda menikmati mandian air panas yang menyegarkan. Dengan sapuan “body milk” yang mewah ini ke seluruh badan anda semasa kulit anda masih lembap akan menjadikan minda anda merasa tenang dengan wangian floral yang mengasyikkan. Sapukan “body milk” ke seluruh tubuh anda dengan lembut dan rasai kelembutan dan kehalusan yang tidak terhingga pada kulit sekaligus membolehkan anda menikmati rawatan badan yang holistik di mana ia meliputi tubuh serta minda.

NIVEA Skin Delight terdapat dalam dua saiz dan dijual pada harga pengenalan iaitu RM11.90 (Harga Runcit RM16.50) bagi saiz 250ml dan RM17.50 (Harga Runcit 21.90) untuk saiz 400ml.   

Syahirah Vitalis Eau De Cologne Posyen Ajaib Saya!

$
0
0
Saya memang sukakan sesuatu yang wangi. Dan saya antara perempuan yang memang ada stok perfume, body mist yang punyai bau-bau wangi bunga seperti lavendar, campuran buahan-buahan manis. Paling penting setiap haruman yang saya miliki boleh memberikan inspirasi dan tenaga positif yang berterusan setiap hari. 




Baru-baru ini saya telah diperkenalkan dengan produk wangian Syahirah terbaru iaitu Syahirah Vitalis Eau De Cologne. Yang menariknya haruman ini memiliki keunikan tersendiri sekaligus boleh membuatkan orang di sekeliling menoleh dan terpana (hiks). 


Tidak boleh dinafikan Syahirah Vitalis Eau De Cologne memiliki haruman yang boleh menjadikan kita wanita yang memiliki identiti haruman tersendiri dan mampu menyerlah berbanding wanita lain. Ini kerana Syahirah Vitalis Eau De Cologne disempurnakan dengan segala ciri-ciri hebat bagi memenuhi keperibadian wanita yang berkaliber, elegan dan glamor, menepati imejnya. Tidak hairanlah selepas mula diperkenalkan di Indonesia, ia telah berjaya menjadi haruman pilihan nombor satu yang mana kesemua haruman terpilih berdasarkan trend terkini daripada wangian berjenama antarabangsa. 

Nah lihat sahaja pada sentuhan elegan dan glamornya batang kelalang wangian ini, pastinya ianya juga bakal mendominasi pasaran di Malaysia.


Rangkaian Syahirah Vitalis Eau De Cologne mempunyai aroma tersendiri yang akan merangsang aura positif diri anda seperti esen sitrus, ia akan member kesegaran dan kecergasan agar anda sentiasa bersedia untuk menjalani aktiviti-aktiviti harian. Semestinya haruman ini akan membina keyakinan dan menyerlahkan daya penarik diri anda. Erti kata lain, wangian yang tepat menyempurnakan aura dalaman dan karakter seseorang wanita disamping meningkatkan keyakinan mereka untuk berinteraksi dengan orang di sekeliling serta mendorong orang lain untuk lebih mengenali mereka. Kesimpulannya, Syahirah Vitalis Eau De Cologne membantu melancarkan perjalanan kearah kejayaan dan hubungan sesame individu menerusi kuasa harumannya.

Hanya semburkan sedikit haruman Syahirah Vitalis Eau De Cologne pilihan anda daripada botolnya yang elegan bagi meraih keyakinan dan daya penarik untuk kekal menyerlah. Syahirah Vitalis Eau De Cologne juga diperakui Halal oleh Majelis Ulama Indonesia (MUI), menjadikan ia selamat untuk digunakan pengguna beragama Islam. Rangkaian Syahirah Vitalis Eau De Cologne diolah dengan warna-warna berani dan terang bagi membezakannya mengikut karakter tersendiri. Setiap semburan pasti membuatkan anda mampu untuk “serlahkan pesona muraih bintangmu”. Koleksi wangian terbaru ini hadir dalam empat haruman yang tersendiri serta mengikut karakternya iaitu:







 
1. Haute Couture
Percaya pada diri bersandarkan keyakinan tinggi merupakan asas pertama dalam mendepani cabaran harian bagi meraih kejayaan. Kombinasi haruman bunga-bungaan, kayuan dan dedaunan kehijauan di dalam Haute Couture menyerlahkan kesegaran dan kecantikan dalaman yang membantu menggandakan keyakinan diri bagi mencapai kejayaan dalam hidup.






2. Femme Chic
Kombinasi haruman buah-buahan dan bunga-bungaan eksotik meliputi kemanisan nektar, mangga dan strawberi bersama jambangan bunga menawan serta adunan kesturi vanila yang sensual pasti meninggalkan haruman yang berpanjangan. Ia melambangkan nilai elegan, tidak hanya dinilai berdasarkan busana mewah yang disarungkan, malah turut diserlahkan menerusi kecantikan aura dalaman diri anda.

3.Celebrite
Haruman dengan esen bunga-bungaan dan buah-buahan ini akan membuatkan anda menjadi tumpuan orang di sekeliling dengan aromanya yang unik sekaligus membolehkan anda mengejar impian dalam menjadi persona hebat ketika melangkah di karpet merah dan menjadi bintang popular. Karakter anda sebagai wanita popular akan menyerlah dalam setiap semburan, membebaskan sisi dalaman anda sebagai seorang bintang kepada dunia.


4.Glam Star
Haruman yang melambangkan nilai glamor, ceria dan pesona yang menyenangkan apabila menjadi tumpuan ramai atau individu yang menghidupkan kerancakan sesebuah parti. Terdiri daripada esen-esen bunga-bungaan dan buah-buahan hijau segar, wangian ini akan menjadikan anda tumpuan ramai dan kelihatan glamor di mana-mana acara social ataupun ke mana sahaja anda melangkah dalam kehidupan seharian.

Jadi mengapa perlu meninggalkan ‘posyen ajaib’ anda di rumah apabila ia boleh dibawa ke mana sahaja di dalam beg tangan sebagai perangsang keyakinan yang berpanjangan dalam setiap semburan haruman Syahirah Vitalis Eau De Cologne pilihan anda.Malah, ia juga membolehkan anda menikmati hidup sebagai wanita penuh glamor di setiap detik tanpa perlu dibatasihanya untuk acara-acara istimewa.

Syahirah Vitalis Eau De Cologne dijual pada harga RM19.90 untuk botol bersaiz 100ml dan boleh didapati di semua pasar raya besar, pasar raya dan farmasi utama. Dapatkan segera untuk “serlahkan pesonamu, raih bintangmu”.


Get it one please guys! Worth it :=)

CompAsia Memperkenalkan Program ‘ReNew+’ Yang Membolehkan Telefon Pintar Mampu DiBeli Setiap Tahun!

$
0
0
ComputerAsia Sdn Bhd (jenama 'CompAsia')  merupakan syarikat "IT Asset Disposition" yang terkenal telah melancarkan satu program pemilikan terbaik yang dikenali sebagai “ReNew+’’ dan dijangkakan dapat mengubah cara bagaimana pengguna bijak berkemampuan menjual-beli telefon pintar mereka samada di negara Malaysia, Singapura dan Filipina.

Untuk pengetahuan semua pelancaran program ReNew+ ini sebagai satu langkah perintis yang sememangnya tidak pernah diterokai oleh mana-mana syarikat ITAD yang berani menembusi untuk bersaing di pasaran telefon pintar baru yang begitu kompetitif di ketiga-tiga negara itu (Malaysia, Singapura dan Filipina).

CompAsia yang ditubuhkan pada tahun 2012 untuk membangun industri membaik-pulih peralatan elektronik di rantau Asia telah bermula mengendalikan operasi fasiliti pertamanya di Petaling Jaya pada hujung tahun 2012. Aktiviti-aktiviti komprehensif yang dilaksanakan termasuk penghapusan data secara selamat serta membaiki, membina semula, mengubah suai dan seterusnya memasarkan semula peralatan elektronik pengguna yang terpakai ini. Perkakasan elektronik yang dibaikpulih untuk penggunaan semula adalah termasuk pelbagai komputer riba, komputer meja, laptop, monitor, pelayan web, komputer tablet dan telefon pintar yang akan dijual menerusi kedai online sendiri (www.comp-asia.com) dan juga melalui rangkaian pengedaran yang terdapat di seluruh negara. Pada hari ini dan empat tahun kemudian,

CompAsia telah berjaya melebarkan sayapnya menembusi pasaran Singapura dan kini Filipina dalam
usaha merealisasikan matlamatnya menerajui industri ini sebagai pembekal peralatan elektronik dan
telekomunikasi gunasemula yang terunggul dan juga profesional di rantau Asia.





Program ReNew+


Langkah 1: Beli telefon iPhones terbaru di CompAsia's online store (www.compasia.com) atau dari mana-mana kedai tertentu yang turut menawarkan program ReNew+ ini.i. 

Langkah 2: Buat bayaran menerusi Maybank Credit Card dan sertai Maybank's EzyPay untuk plan interest percuma sehingga 24 bulan. 

## Digalakkan menggunakan Maybank's EzyPay yerppp. Ini kerana pelan ini menawarkan pembayaran ansuran tanpa faedah sehingga 24 bulan (hanya untuk mereka yang layak membeli dengan menggunakan kad kredit Maybank mereka). Disamping menawarkan bayaran bulanan rendah tanpa apa-apa bayaran pendahuluan, pembeli turut berpeluang mendapat insuran “Phone Guard’ percuma selama setahun sebagai perlindungan daripada skrin retak.

Yang menariknya pembeli di Malaysia hanya dikenakan bayaran bulanan yang rendah untuk mendapatkan iPhone 7 dan iPhone 7+ yang baru. Disamping itu juga pembeli dapat memulangkan iPhone mereka selepas selesai pembayaran 12 bulan mereka bagi melayakkan diri untuk mendapat iPhone generasi baru tahun depan tanpa sebarang kerumitan susulan upgrade maupun dikenakan sebarang yuran pembatalan.Best giler!!!

 
Program upgrade dari ‘ReNew+’ ini amat fleksibel kerana ia membenarkan pengguna bebas memilih samada syarikat telekomunikasi sendiri maupun bersambung semula sahaja dengan yang sedia ada. Yang amat menarik sekali ia memudahkan pengguna bebas untuk menukar syarikat telekomunikasi walaupun selepas 12 bulan tanpa sebarang kerumitan susulan pembatalan kontrak dua tahun dengan syarikat tersebut.


"Pada tahap permulaannya, ReNew+ dilancarkan hanya untuk menawarkan program upgrade bagi telefon pintar iPhone sahaja memandangkan terdapat permintaan tinggi di pasaran jualan semulanya dan juga peranti ini merupakan iOS premium yang berharga tinggi dan masih tidak mampu dibeli orang ramai terutama mereka dari pasaran Asia yang sedang membangun. Selain itu, pengguna iPhone didapati lebih cenderung dan kerap kali menaiktaraf telefon pintar mereka jika dibanding dengan pengguna jenama lain,"ujar Julius Lim, Ketua Pegawai Eksekutif CompAsia.

Beliau berkata matlamat CompAsia adalah untuk menawarkan lebih banyak pilihan dan fleksibiliti
berbanding dengan pengeluar OEM maupun syarikat telekomukasi tempatan kerana hasrat pembeli
majoritinya setakat ingin mendapatkan satu pelan upgrade yang awal, mudah dan baik. Dengan adanya ReNew+, beliau yakin pembeli dapat menyedari bahawa kini terdapatnya satu cara yang lebih berbeza and bermanfaat lagi jika mereka ingin membeli dan menjual balik telefon pintar lama mereka.


Mengenai ComputerAsia Sdn Bhd ( CompAsia )

Beroperasi sebagai syarikat pelupusan asset teknologi maklumat (IT Asset Disposition) yang terulung di negara ini, CompAsia kini menyediakan pendekatan strategik menawarkan serta menyelenggarakan perkhidmatan membaikpulih kepada organisasi awam dan syarikat swasta bagi mereka membijakkan pengunaan dan juga pengunaan semula aset perkakasan mereka sebelum dipersarakan atau tidak terpakai lagi.

Ditubuhkan pada tahun 2012, CompAsia telah membuka fasiliti pertamanya di Petaling Jaya pada hujung tahun 2012 untuk membaiki, membina semula dan membaikpulih pelbagai peralatan elektronik pengguna seperti komputer meja, komputer riba, laptop, pelayan web dan peranti-peranti pengguna mudah alih seperti telefon pintar dan tablet. Barangan elektronik pennguna ini dijual secara terus kepada pengguna melalui kedai onlinenya (www.comp-asia.com) dan juga menerusi saluran pengedaran yang tedapat di seluruh negara.

Visi dan hala tujuan CompAsia adalah terkandung dalam ‘Dokumen Hidup'nya yang mementerikan
CompAsia bertanggungjawab mengendalikan aktiviti pemulihan aset IT secara lebih berhemah agar alamsekitar berkekalan bersih, nyaman dan segar didiami. Syarikat ini mengamalkan dasar ‘Pengurangan dan  Pengunaan Semula’ ( Reduce & Re-Use ) sebagai pilihan yang paling sesuai dan pro-alam mesra bagi menjamin kelestarian langkah syarikat menjalankan industri membaikpulih yang mampan.

##############################
ComputerAsia Sdn Bhd
Suite 2.04 Level 2,
Wisma Academy,
No. 4A, Jalan 19/1,
46300 Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia.

Website: my.compasia.com
Facebook: fb.com/CompAsiaMY
Twitter: @compasiamy
Instagram: @compasiamy
Waktu Operasi:
Isnin - Jumaat, 8.30 pagi – 6.00 petang 
Tutp pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum




Jom, dapatkan..

 IPhone 7 

32GB: RM160/bulan   

128GB: RM185/bulan 

256GB: RM210/bulan 


IPhone 7 Plus
32GB: RM190/bulan

128GB:  RM215/bulan

256GB: RM240/bulan



Dah Semak Skor CTOS Anda Belum? Saya Sudah!

$
0
0
Sebenarnya dah lama saya nak tahu mengenai peranan CTOS yang katanya sebagai Agensi Pelapor Kredit yang mampu memberi nasihat kepada orang awam (individu), syarikat, firma guaman, perniagaan dan badan-badan negeri dan berkanun terutama dalam membuat pengurusan kewangan mereka.

Terkini CTOS telah melancarkan kempen "Berapakan Skor CTOS Anda?", yang bertujuan untk mengubah set minda dan sikap warga Malaysia terhadap pengurusan kredit dan kewangan mereka. Ini kerana didapati rakyat Malaysia selalu mendapatkan kemudahan kredit terutamanya pinjaman kereta, pinjaman rumah, pinjaman peribadi, pinjaman kad kredit, pinjaman pelajaran dan pelbagai lagi. Dan didapati memang ada setengah masyarakat memilih jalan untuk berhutang dalam melangsaikan masalah kewangan yang perlu mereka tempuhi. Terutama bagi golongan muda, mereka masih mentah dan kurang arif dalam selok belok pengurusan kewangan dan sering tersilap langkah dalam membuat pilihan dalam pengurusan kewangan. Contohnya dalam membuat pinjaman peribadi dan kad kredit pada kos yang tinggi, secara tidak langsung mereka boleh terjebak dengan kitaran hutang yang kurang sihat.


Begitu juga sekiranya kita ada syarikat dan nak membuat pinjaman (untuk besarkan syarikat dsbnya), melalui laporan dari CTOS kita akan lihat sendiri berapa peratusan kebolehan kita untuk membuat pinjaman. Kita juga boleh melihat sendiri, butiran pinjaman lain yang telah dibuat contoh pinjaman perumahan dan kenderaan, baki hutang, jika ada penangguhan pembayaran, dan juga sekiranya kita ada terlibat sebagai penjamin dan banyak lagi.


Bersempena dengan kempen ini, CTOS telah memberikan 100,000 penyata Laporan Skor MyCTOS yang bernilai RM25 secara PERCUMA. Setiap laporan  akan didatangkan dengan segala butiran mengenai pengesah-sahihan identiti, pemberitahuan perniagaan terlibat (jika ada), pembayaran balik kredit (jika ada), tindakan undang-undang (jika ada), status kes (seperti muflis sejak 24 bulan yang lain) dan pelbagai lagi.

Apa yang perlu dibuat, pengguna hanya perlulah mendaftar melalui salah satu cara dibawah:-
1. Pendaftaran melalui apps (iPhone dan android)
2. Pendaftaran secara talian - http://ctosid.ctos.com.my
3. Biometric scanning
4. Pendaftaran secara manual - isi form

Dan saya telah mendaftar menggunakan cara biometric scan di kaunter siri jelajah kempen CTOS baru-baru ini. Serious! Mudah giler. Letak sahaja ibu jari anda dan kad pengenalan, nah  terus penyata Laporan Skor MyCTOS saya dapat dikeluarkan!

Jeng..jeng,,,,
Jadi saya dapat melihat sendiri sekiranya ada baki hutang. Dan jika saya masih ada sangkut dengan mana-mana pembiayaan yang tertangguh dan macam-macam lagi. So far so good, hiks!

Ni adalah rumusan keseluruhan skor ya! Jika kita mencapai skor yang tinggi iaitu menghampiri 850, ini bermakna pengurusan kewangan kita adalah terbaik setakat ini. Tetapi jika ianya bawah skor 528, maka kita perlu mengambil langkah lebih efektif dan bijak dalam menguruskan kewangan hidup.

"Memahami pengurusan kredit adalah salah satu perkara asas dalam kecelikan kewangan, dan hal ini wajib dipupuk tanpa mengira umur, jantina, pendidikan atau pendapatan. Proses ini bermula dengan mendapatkan skor kredit yang menilai kebolehpercayaan individu itu dari segi menunaikan obligasi hutang dan pembayaran"
Mr Eric Chin, Ketua Pegawai CTOS Data System Sdn Bhd

Sempena pelancaran kempen ini juga, CTOS turut memperkenalkan rakan industrinya yang pertama iaitu Alliance Bank Malaysia Berhad. Dan bagi pengguna yang layak memperolehi Skor CTOS yang baik pada Laporan Skor MyCTOS mereka layak menikmati:-

  • Kadar Deposit Tetap/Kadar Deposit Bertempoh-i yang lebih baik iaitu 3.70% setahun bagi perletakan 3 bulan (amaun deposit minimum RM25,000) dengan Alliance Bank.
  • Kadar daripada serendah 4.99% rata stahun dengan Pinjaman Peribadi CashFirst Alliance.
  • Sehingga RM200 Baucer Tunai apabila pelanggan membelanjakan sekurang-kurangnya tiga kali (segingga RM1,600) bagi Ahli Kad Kredit Alliance Bank baru.
  • 0% Pindahan Baki bagi pelan sehinggan 12 bulan dengan amaun pindahan minimum RM3,000

Menarik bukan?



Paling penting, dapatkan penyata Laporan Skor MyCTOS terebih dahulu ya!

Keterangan lanjut boleh layari www.ctoscredit.com.my

#ctosscore

Anmum Tiada Gula Tambahan!

$
0
0
Sekarang ni memang banyak isu tentang kemanisan dalam susu untuk kanak-kanak. Katanya terdapat kesan gula tambahan yang berlebihan dalam makanan kanak-kanak. Apatah lagi baru-baru ini satu kajian telah dilakukan dan mendapati 30% daripada kanak-kanak Malaysia obesiti (gemuk dan berisi) dan telah mengambil lebih daripada 17 sudu teh gula tambahan setiap hari. Menurut Garis Panduan Pemakanan Malaysia untuk Kanak-kanak dan Remaja 2013, jumlah yang disyorkan untuk kanak-kanak berumur 2- 6 tahun adalah tidak lebih daripada 3 sudu teh gula tambahan dan untuk kanak-kanak berusia 7 - 12 tahun, tidak lebih daripada 5 sudu teh gula tambahan satu hari.

Ok, itu yang kita apa yang tentang penambahan (berlebihan) gula. Tapi bagaimana dengan perbezaan rendah gula, tanpa gula dan tiada gula tambahan.

Nampak bezanya bukan?

Satu statistik dikeluarkan dan keputusannya agak membimbangkan kerana ianya melibatkan anak-anak kita dan status kesihatan mereka. Yang mana ianya adalah berkait dengan susu tepung yang dirumus untuk kanak-kanak yang mempunyai penambahan gula didalamnya.


Atas kesedaran bersama, Anmum Essential untuk memulakan kempen untuk menggalakkan ibu bapa agar sentiasa mempunyai perasaan ingin tahu (curiousity) dengan mula bertanya dan menyiasat apa yang ada dalam susu yang diberikan kepada anak-anak mereka setiap hari. 
Paling penting sebagai ibu-bapa kita perlu memastikan yang anak-anak kita telah mendapat semua nutrien yang diperlukan, atau adakah ia dicampur dengan gula tambahan (kadang-kadang mungkin hadir secara tersembunyi) yang mereka sememangnya jelas kita tidak memerlukan ini semua! 

Ini Adam seorang kanak-kanak pintar yang secara semula jadi ingin tahu dengan bertanya dan menyiasat apa yang berlaku di sekelilingnya. Beliau mempersoalkan susu kanak-kanak yang di minum setiap hari dan mengkaji sekiranya terdapat gula tambahan yang tersembunyi di dalamnya.

Video ini juga merupakan sebahagian daripada kempen di seluruh negara untuk menggalakkan ibu bapa untuk membaca bahan-bahan senarai pada label makanan sebelum membeli, dan belajar untuk mengenal pasti gula tambahan kerana mereka datang dalam pelbagai nama. Fruktosa, Brown Sugar, Maltodextrin, Dextrose, Sukrosa, Corn Syrup Solids, Glukosa Syrup Solids, White Sugar, Sugar dan banyak lagi.

Menerusi kempen ini, Anmum Essential ingin membantu ibu bapa mendapatkan membuat keputusan dengan lebih bijak terutama dalam memilih pilihan yang terbaik untuk anak mereka.


“It’s important to hold off sugar from your child’s diet for as long as you can. There are numerous scientific research that shows various behavioural and health benefits to a child if this is done. But first, parents will need to educate themselves on identifying sugars in its various names,”" 
Irene Cheah, Pengurus Pemasaran Anmum di Fonterra Brands Malaysia.

Essential Anmum produk tenusu Fonterra dari New Zealand sememangnya 'confirm' tidak mempunyai gula tambahan dan paling penting ianya kaya dengan Gangliosida dan DHA yang sangat membantu menyokong perkembangan dan menghubungkan sel-sel otak.

Pilihan bijak tentunya dari ibubapa yang bijak. Say NO SUGAR dalam susu, jadi pilihlah Anmum!

Konsep Terbaru di Stor Guardian ~ Lebih Menarik dan Segar!

$
0
0
Sebagai peneraju dalam perniagaan kesihatan dan kecantikan di Malaysia, Guardian telah mengambil inisiatif terkini dengan memberikan pengalaman terbaik kepada pelanggannya bersempena dengan memperkenalkan konsep terbaru di outlet mereka. Dan ini merupakan yang pertama di Asia! 

"lndustri runcit seperti yang kita sedia maklum adalah industri yang sangat kompetitif dan tidak menentu, dan kami mengalami pelbagai cabaran. Tetapi satu perkara yang sentiasa menjadi keutamaan adalah pe!uang untuk mencipta dan m mbangunkan pengalaman membeli-belah baru yang selari dengan kehendak pelang an, dim melihat .met.:lumbalas daripada - para pengguna. Pembeli sentiasa berubah dan pembaharuan adalah kunci; sama ada dari segi wawasan, konsep, perkhidmatan yang ditawarkan, atau gabungan menarik semua elemen ini." 

"Hari ini, selepas kajian penting terhadap keperluan pelanggan dan trend; perancangan dan pelaburan, saya amat berbesar hati mengumumkan bahawa stor konsep kami kini beroperasi sepenuhnya. Dalam jangka masa yang singkat, pasukan Guardian Malaysia telah berjaya membangunkan stor konsep ini ke tahap yang lebih mantap, dan harapan kami agar anda, rakan kongsi kami, dan para pelanggan, akan berpuas hati dengan hasil usaha kami dan penaiktarafan ini." 
"Saya dengan bangganya ingin menekankan bahawa pencapaian ini telah berjaya dicapai, dicipta dan dilaksanakan sepenuhnya oleh pasukan Guardian Malaysia; ini merupakan sebuah pembangunan yang unik, yang dibina oleh pasukan Guardian Malaysia." 
Ketua Pegawai Eksekutif Guardian Malaysia, Mr Peter J. Dove

Konsep baru yang diperkenalkan memiliki ciri-ciri mesra pelanggan yang setakat ini tidak terdapat di mana-mana kedai seumpamnya di rantau ini. Ini merupakan satu kelebihan dan juga perbezaan yang bertujuan bagi mengukuhkan kelebihan daya saing. 

Konsep baru ini telah dilancarkan di farmasi Guardian KLCC, yang mana mempunyai ciri-ciri baru dan menarik termasuklah beberapa konsep kedai-di dalam-kedai untuk bahagian kosmetik, kesihatan dan farmasi, dan juga pengenalan kepada pemeriksaan kesihatan asas dan khidmat penjagaan kesihatan seperti pemantauan tekanan darah, pengurusan berat dan khidmat nasihat untuk berhenti merokok. 

Pelanggan juga boleh merasai sendiri ditata rias oleh perunding kecantikan kerana turut disediakan ruang persolekan yang boleh dirasai dan dicuba oleh pelanggan yang datang ke sini.

Selain itu terdapat perubahan dalam identiti visual pada logo Guardian yang berwarna biru dan oren menjadi  perkataan "guardian" dalam tulisan berwarna oren yang berlatarbelakangkan warna putih. Warna oren yang dipilih bertujuan menyuntik semangat baru ke dalam persepsi jenama  secara keseluruhan. 

Ini merupakan pelaburan yang dibuat dalam menukarkan konsep stor dan visual identiti selari dengan misi Dairy Farm Group untuk membawa Manfaat Peruncitan Moden kepada Pengguna di Asia.


Sedikit promosi yang terdapat di Guardian KLCC yang boleh direbut!

Jom ke Guardian dan berbelanjalah di sana :=)

Keju dari Eropah Memang Terbaik!

$
0
0
Dari Camembert ke Parmigiano, sememangnya seluruh masyarakat di dunia tahu yang keju terbaik di dunia datangnya dari Eropah. Chef Pierre Gay, pakar masakan dari Perancis telah berkongsi pengetahuannya mengenai mengenai keju Eropah pada majlis yang dianjurkan bersama French Interbranch Dairy Organization dan European Union dalam memperkenalkan keunggulan dan kehebatan Keju Eropah.

“The science of creating cheese is simple. Take some milk, add a starter enzyme and then some rennet to separate the curds from the whey and you have just made cheese,” 

However, the land is the reason why there is such a large variety in the cheese’s taste and textures. The climate and the soil affects the animals and the food they eat. Everything affects the taste of the milk, and therefore the cheese,”
Chef Pierre Gay. 

Untuk pengetahuan semua, Chef Pierre Gay juga merupakan pemilik Pierre Gay Fromagerie - salah satu yang rumah keju tertua di Annecy,  Rhone-Alps di timur Perancis. The Fromagerie sememangnya sangat dikenali di rantau ini yang telah menghasilkan produk keju (begitu halus) sejak tahun 1935. Pierre telah mengambil alih syarikat itu pada tahun 1989 daripada bapanya dan atas dedikasi Pierre segala usahanya berbaloi apabila beliau telah dinobatkan Meilleur Ouvrier de France (MOF) tahun 2011. Ini merupakan satu pengiktirafan terbaik beliau sebagai chef dan pelaopr perniagaan keju di dunia.
Beliau menyatakan bahawa keju yang terbaik adalah dihasilkan dari mula sehingga akir dengan tangan.
“Although it is important to know the different types of cheese, it is important for us to go back in time and see how cheese is made, and what makes a great cheese.”

Dengan misi untuk mengenalkan mesyarakat Malaysia kepada pelbagai jenis keju Eropah, Chef Pierre Gay telah memperkenalkan beberapa resipi terbaik yang diilhamkan dari hidangan Asia berasaskan keju di bengkel Fromage 101, kemudiannya diikuti di Bleu Blanc Brunch - hands-on session yang akan mendemonstrasikan bagaimana dari keju tradisional di oleh menjadi hidangan Asia yang begitu istimewa.

Antaranya resepi yang diperkenalkan seperti Croque Monsieur with Shitake Mushroom, Cheese Fondue Scented with Smoked Tea dan Onion and Asia Smoked Garlic Gratinée.


Dianggap sebagai salah satu bahan makanan yang paling serba boleh di dunia, keju bukan sahaja boleh dimakan begitu sahaja bahkan ianya boleh dinikmati bersama wain atau dijadikan masakan di dalam mana-mana hidangan. Tambah istimewa keju ini boleh dinikmati  samada- dari sejuk ke panas, manis ke pedas, dari pembuka selera kepada pencuci mulut.

Seperti kebanyakan negara-negara Asia, Malaysia juga tidak ketinggalan memperkembangkan hidangan yang berasaskan produk tenusu dan keju. Perkembangan ini menjadikan pengguna dan penggemar masakan keju lebih menjadi pemilih terutama dalam membuat pemilihan keju yang terbaik dan berkualiti.  Dengan kualiti yang dihasilkan dari kawalan yang ketat serta peraturan-peraturan yang telah digariskan di Eropah, tidak hairanlah keju Eropah sentiasa dihasilkan pada 
kualiti tinggi, terbaik dan sedia memuaskan hati para pengguna di Malaysia.

Pelbagai jenis keju yang Chef Pierre Gay diperkenalkan di bengkel ini termasuklah Stilton dari United Kingdom yang berusia Gouda dari Belanda, Parmigiano-Reggiano dari Itali, Manchego dari Sepanyol, dan juga keju berasal dari Perancis seperti Saint-Nectaire Fermier, Mont d'atau, Camembert de Normandie, Salers, Maroilles, Bleu de Gex, Brillat, Savarin, Moulis dan Col de la Core.


Jangan lupa untuk dapatkan  keju Eropah terbaik di dunia inspirasi daripada Chef yang luar biasa Pierre Gay.

Serlahkan Bakat dan Minat Anak Anda Dalam Bola Sepak di EPS Academy

$
0
0
Dekat nak cuti sekolah ni (bulan depan kan!), saya pasti ramai ibubapa yang memang dah mempunyai perancangan buat anak-anak mereka sempena dengan cuti sekolah nanti. Pastinya kita pasti akan memilih program terbaik dan mampu memberi manfaat kepada anak-anak :-)

Saya sebenarnya telah menghantar 3 anak lelaki saya ke latihan bola sepak kelolaan EPS Academy di Padang One Utama. Program yang dijalankan selama 12 minggu, yang mana setiap peserta akan diberi tunjuk ajar dari asas sehinggalah teknik dan kemahiran betul dalam bermain bola sepak. Lebih menarik kebayakan peserta/pelajar yang menyertai program ini bukan sahaja dikalangan masyarakat Malaysia bahkan turut disertai oleh pelajar-pelajar Antarabangsa!

Terdapat 4 jenis program yang ditawarkan oleh EPS Academy, antaranya seperti:-


Untuk Anak berusia dari 18 bulan hingga 36 bulan 

Di dalam kelas ini, disebabkan usia kanak-kanak masih kecil, pembelajaran ada seperti berada didalam kumpulan kecil yang akan disertai oleh seorang dewasa (biasanya ibu atau bapa). Aktiviti didalam kelas ini adalah untuk memperkenalkan kanak-kanak  dengan permainan bola sepak. Ini termasuklah aktiviti menendang, membaling dan ianya perlu dilakukan didalam kumpulan. Selain itu kanak-kanak kecil ini juga akan didedahkan dengan kemahiran asas bola sepak asas seperti imbangan dan koordinasi. Paling penting kanak-kanak ini juga dididik dengan kemahiran mendengar, keseimbangan, kemahiran bola dan koordinasi antara kaki serta mata.


Hanya 45 minit setiap minggu dan penglibatan ibu bapa adalah perlu dalam setiap aktiviti!


Untuk Anak Berusia 4-6 tahun 

Pada tahap usia ini, kelas bola sepak akan lebih menumpukan kepada kawalan bola, menendang bola dan asas-asas perlawanan bola sepak. Para pemain akan mula memahami konsep kedua-dua pasukan dalam permainan dan bekerja sebagai satu pasukan kerana mereka mula memahami asas-asas hantaran bola kepada ahli-ahli pasukan mereka sendiri."

Kelas diadakan selama 1 jam seminggu.


Untuk Anak Berusia 7-10 tahun

Kelas ini memberi tumpuan kepada kawalan (advance) bola, meningkatkan tahap kecergasan dan teknik/skil permainan dan memahami peranan setiap pemain dalam pasukan.


Kelas diadakan selama 1 jam seminggu.


Untuk Anak Berusia 11-13 tahun

Pada peringkat yang mana kemahiran dan kecergasan pemain akan diasah. Akan ada banyak perlawanan persahabatan diadakan bagi menggalakkan kerja berpasukan dan daya saing.

Kelas diadakan selama 1 jam seminggu.


Girls Soccer 7-12 tahun
Program ini buat kanak-kanak perempuan yang ingin belajar cara bermain bola sepak. Kelas lebih kepada memberi tumpuan kawalan bola, menendang bola dan asas-asas perlawanan bola sepak.

Kelas diadakan selama 1 jam seminggu.

Remaja Soccer 13 - 17 tahun 
Program ini adalah untuk remaja yang mempunyai minat yang mendalam bagi meningkatkan kemahiran lanjutan bola sepak mereka. Pada peringkat ini, tumpuan akan diberikan kepada kemahiran, kecergasan dan persembahan permainan pemain dalam setiap perlawanan.


Kelas diadakan selama 1 jam seminggu.

Latihan Kompetitif
Bagi kanak-kanak yang menunjukkan potensi dan komitmen untuk bola sepak, program ini adalah inisiatif kepada lanjutan meningkatkan n kemahiran, kecergasan dan pengetahuan permain. Pasukan-pasukan yang terpilih akan mewakili Akademi dalam pertandingan dan liga..

Kelas diadakan selama 1.5 jam dua kali seminggu

Afiq bersama jurulatihnya. Selama sebulan lebih anak saya menyertai latihan di EPS Academy ternyata memberikan banyak impak yang positif dan membanggakan. Ini terutama mereka kini lebih mahir dan juga lebih memahami tentang skil bermain bola sepak dari tenaga pengajar profesional.

Selain itu, saya juga dapati anak saya kini lebih pandai berkomunikasi dengan rakan-rakan lain, bekerjasama dan bertanggungjawab dalam setiap tanggungjawab yang diberikan dalam pasukan. Melihat kepada perkembangan positif ini, seharusnya saya sebagai ibu pasti gembira dan teruja apabila permainan bola sepak ini bukan sahaja bagus meningkatkan stamina badan bahkan ianya salah satu aktiviti yang sangat bermanfaat di waktu lapang.

Terima kasih kepada seluruh jurulatih profesioanl EPS Academy. Anda memang terbaik!

*Bayaran adalah sebanyak RM487,60 termasuk GST dan pendaftaran dikenakan sebanyak RM116.60 untuk 10 sesi. Uniform secara PERCUMA akan diberikan ya!

 Keterangan lanjut boleh layari:


Ataupun hubungi :

013-3316372




Pelbagai Barangan Dengan Harga Berbaloi Di Jalan Jalan Japan

$
0
0

Saya sebenarnya sudah lama tertarik dengan budaya dan barangan dari Jepun. Ini kerana budaya orang Jepun memang terkenal dengan keunikkan dan gaya hidup yang menarik. Apabila outlet pertama dan terbaru diperkenalkan di Malaysia dengan membawa barangan-barangan "pre-loved"dari Jepun pastinya memberi keterujaan kepada saya.


Bertempat di 1A Skypark One City Subang Jaya, outlet Jalan Jalan Japan atau didalam bahasa Inggeris membawa maksud "going for a walk", memberi ilham kepada pengunjung yang datang ke sini untuk berjalan-jalan dalam suasana yang begitu santai sambil mencuci mata dan membuat pilihan pelbagai barangan yang ditawarkan pada harga murah dan berbaloi.


Dari jenama antarabangsa sehinggalah jenama dari negara matahari terbit itu sendiri itu sendiri, ada ditawarkan di sini. Dan apa yang saya perhatikan produk yang dibawakan ke Malaysia biarpun berstatus "pre-loved"tapi kondisi masih berada didalam keadaan terbaik dan ada yang masih baru (belum digunakan).

Antara barangan di Jalan Jalan Japan yang menarik hati saya seperti:-

*Peringatan: Entri ini terlalu banyak gambar, harap maklum. Itupun sebenarnya ada lagi banyak gambar yang saya tak sempat capture sebab terlalu teruja membeli-belah :p

Syurga dunia kanak-kanak! Pelbagai jenis permainan óutdoor'yang dijual pada harga yang sangat murah. Cuba bayangkan basikal disini semuanya berharga RM50. Dan saya juga ada membeli lori buat my Ameer (yang boleh dinaik seperti kenderaan basikal) yang berharga hanya RM30 sahaja.

 RM70



Permainan sangat lah banyak pilihan. Daripada robot, lego, dapur kanak-kanak saiz besar (RM10 sahaja fuhhh), keretapi (jenama Thomas, Tommy dan macam lagi-lagi), kereta dan sebagainya dijual dari harga serendah RM3. Begitu juga barangan permainan buat si kecil - soft toy! Memang jadi rambang mata bila berada di sini.

Dan saya memilih untuk membeli set bey blade untuk anak-anak lelaki saya iaitu - Anaqi, Akid dan Afiq. See, punyalah banyak dalam satu tool box ni. Saya rasa ini adalah kepunyaan pengumpul bey blade dari Jepun yang tegar. Oh ya apa itu bey blade? Sejenis permainan ala gasing, dan ianya adalah inspirasi dari komik dan juga animasi terkenal dari Jepun.

Patung ultraman, gaban, bidaman, power rangers dan banyak lagi semuanya dijual pada harga RM6. Saya beli 2 patung kat sini.


 Figurin yang biasanya kita letak dirumah sebagai koleksi seperti naruto, mask rider dan macam-macam lagi (tegap dan bergaya) hanya RM10 sahaja uollls!!!


Istimewa untuk barangan diletakkan rak ini. Produknya lebih esklusif.

Set komik ada juga dijual disini ya. RM 30 untuk satu set.

Baby sit ~bumbo! Saya sempat mengintai untuk harga bumbo yang paling atas harganya ialah RM25 sahaja. Terkejut kan!!!!! Still nampak baru lagi uollls....

Mak-mak pasti sukakan alatan ini, yerppp stroller in da house. Harga saya tak pasti. Tapi boleh pilih-pilih kerana apa yang saya perhatikan semuanya masih dalam kualiti terbaik.

Pilihan car seat pun banyak juga. Dan ini adalah salah satu daripadanya.

Buat bakal-bakal ibu. Kalau rasa nak jimat kos perbelanjaan kelahiran anak baru. Meh-meh ke Jalan Jalan Japan :p




Kat sini ada banyak jenis carrier buat bayi anak anda yang boleh dipilih. Saya ada perasan satu jenama carrier (gambar di atas) yang jika dibeli di kedai (baru) harganya RM679 tapi untuk carrier pre-loved jenama dan rekaan yang sama dijual di sini harganya hanyalah RM30 sahaja.

Kasut kanak-kanak, dewasa lelaki ataupun perempuan semuanya ada. Harga bermula dari RM5 sahaja :-)
Jangan tak percaya kasut ini saya beli hanyalah RM5 sahaja. Kualiti masih tip top lagi seperti baru.




Item yang paling banyak ditawarkan di outlet Jalan Jalan Japan adalah pakaian. Bermula dari harga serendah RM5, pelbagai jenis rekaan pakaian kanak-kanak mahupun dewasa, lelaki ataupun perempuan. Dan antara yang menarik perhatian saya tentulah jaket tebal untuk musim sejuk. Semuanya cantik-cantik dan berkualiti terbaik. Harga murah pulak tu, ada RM10, RM15, RM20... Jadi pada sesiapa yang nak bercuti ke luar negara musim sejuk, nak jimat bajet perbelanjaan datanglah ke sini ya!


Pelbagai barangan kraf, key-chain, aksesori dan dekorasi rumah.



Kabinet kecil ini untuk kita letakkan rantai, barangan kemas- harga RM30 sahaja :)

HAsil rembatan saya - kotak kayu RM6, dan yang kecil RM3. Murahhhkannnnnnnnnnn.... (jeritan bergema, hahahaha)

Sekali lagi panggilan buat mereka yang nak pergi travel. Hokeh! Sini ada banyak koleksi beg troli. Harga kebanyakan semuanya RM40 sahaja.

Dunia wanita! Hahahaha. See Carol yang gigih memilih beg yang hendak dimiliki. Rata-rata harga beg adalah RM10. Tapi ianya bergantung kenapa jenama beg. Seperti beg purple Adidas yang dipegang Carol ini harganya RM50.

Beg yang dibeli oleh saya ini ialah RM10 sahaja.

Beg sekolah Jepun ini, saya dapatkan pada harga RM20. Kondisi tip top lagi.

 Papan luncur, untuk para "surfers"pun ada.

 Untuk yang mahu kelihatan sado, boleh dapatkan 'dumbbells"- harganya RM15 (bergantung kepada saiz rasanya)

 Ada gitar juga ya. Untuk gitar yang besar itu harganya RM100. Tapi saya tidak perhatikan semua, jadi kalau uolls berkesempatan ke sini bolehlah semak sendiri ya.

Ada juga barangan rumah seperti meja, set sofa dan macam-macam lagi.


Untuk harga kerusi malas ini hanyalah RM40 sahaja.

Dan macam-macam barangan lagi!
 Happy me bersama barangan yang dirembat di Jalan Jalan Japan!

My Ameer yang begitu excited dengan barangan yang dibeli untuk beliau di Jalan Jalan Japan :=)

Jangan lupa singgah tau di:-
Jalan Jalan Japan
1A Skypark One City, Jalan USJ 25/1,
Subang Jaya
012-322 2106


Dibuka dari pukul 10.00 pagi - 10.00 malam

Keterangan lanjut boleh layari:-


Pssst: Jangan lupa uolls, masa shopping kat sini, mention nama blog ayuarjuna tau! (jasamu dikenang phewitt)

#hargagiler #jalanjalanjapan #onecitymall

Cipta Detik-Detik Istimewa Bersama Enchanteur

$
0
0
Dalam mengejar pembangunan hari ini tidak dinafikan wanita juga turut berusaha keras untuk mencapaikejayaan, baik di dalam hubungan kekeluargaan mahupun karier. Dan tidak dinafikan wanita-wanita ini pasti berdepan dengan cabaran terutama dalam mengimbangi waktu bersama keluarga, peningkatan kerjaya, kehidupan peribadi dan melakukan hobi digemari dan sebagainya.

Dan saya tidak menafikan ini antara masalah yang sering membelenggu diri. Yang mana kita mahu menjadi wanita yang serba-serbi sempurna, seorang ibu "terbaik dan pekerja cemerlang. Namun begitu adakalanya kita pasti akan rasa "down" dan kurang keyakinan tentang potensi diri sendiri. 

Jadi bagaimanakah kita boleh menyuntik keyakinan dalam menghadapihari-hari berliku penuh cabaran ? Dan saya telah temui rahsianya................


Pertamanya adalah melalui bauan, lebih dikenali sebagai deria kelima yang berkait rapat dengan memori. Bauan yang biasa dihidu akan membangkitkan memori-memori tertentu terhadap sesuatu pengalaman atau acara. Bauan istimewa memberi signifikan dalam merangsang deria hidu sekali gus menerbitkan pelbagai perasaan termasuklahtarikan romantis. 

Dan tidak dinafikan bauan sememangnya unik dan memiliki keupayaan untuk membina tanggapan, terutama pada pertemuan pertama dan akan menentukan tindakan susulan berdasarkan kemahuan perasaan yang tercipta ketika itu.

Justeru, ENCHANTEUR berbangga sebagaipakar dalam produk penjagaan peribadi yang berinspirasikan wangian mewah Perancis. Setiap seleksi minyak wangi dicipta istimewa bersama pembuat minyak wangi Perancis supaya tidak hanya memanjakan penjagaan kulit, tetapi jugamemberikan pengalaman menakjubkan, malah turut mencipta, mengukuh serta menyemarakkan rasa cinta dalam perhubungan. Haruman berkekalan yang menyenangkan ini membantu menonjolkan kehadiran kita, meningkatkan keyakinan dan menciptakan momen penuh keajaiban setiap hari untuk yang kita lalui setiap hari.


Sebaiknya untuk mandian kita gunakan ENCHANTEUR Perfumed Shower Crème. Permulaan hari dengan wangian yang menyegarkan ini dapat merangsang keceriaan. ENCHANTEUR Perfumed Shower Crème dapat bertindak sebagai asas dalam rutin haruman harian. Kehebatan haruman campuran bunga-bungaan terbaik di dalamnya menjadikan waktu mandian yang dialami penuhkemewahan serta menjadikandiri kita lebih menawan sepanjang hari. 

Rangkaian ENCHANTEUR Perfumed Shower turut diformulasi dengan kandungan pelembap yang melembutkan kulit sambil membersih. Untuk kelegaan diri selepas hari yang panjang, krim mandian dengan haruman mempesona ini dapat membantu kita lebih relaks dan rasa seperti dimanjakan.


Sebaik sahaja mandi, sapukan ENCHANTEUR Perfumed Lotion secara lembut pada kulit yang telah dikeringkan bagi mendapatkan kelembapan ekstra dan sekaligus mengoptimumkan penyerapan agar kulit yang lebih lembut dan anjal. Losen wangian badan ENCHANTEUR yang diadun bersama minyak wangi ENCHANTEUR ini dapat mengekalkan keanjalan dan kelembapan kulit sepanjang hari. Pastinya sesiapa sahaja pasti akan terpesona dengan kelembutan bak sutera kulit!


Seterusnya kita perlukan perangsangkeyakinan. Dan say disarankan untuk menggunakan deodoran atau semburan badan (body mist). Oleh keranakita akan berpeluh sepanjang hari walaupun beradadi dalam persekitaran berhawa dingin, gunakan ENCHANTEUR Perfumed Roll-on Deodorant atau Body Mist yang diaplikasi di bawah lengan (ketiak) akan membantu diri kita agar kekal segar dan sentiasa bersedia untuk menjalani aktiviti harian.

Rejimpenjagaan diri akhirnya disempurnakan dengan semburan ENCHANTEUR Eau de Toilette. Semburkan ENCHANTEUR Eau de Toilette di pusat denyut nadi bagi membebaskan haruman yang mempesona dan menyempurnakan lapisan wangian yang diperolehi dari langkah-langkah sebelum ini. 

Wangian haruman mewah Perancis ENCHANTEUR yang tersendiri ini membuatkan kita berasa lebih girang dan menawan. Sesungguhnya kita pasti tidak dapat menjangka siapa yang bakal ditemui, sekaligus berpeluanguntuk mencipta detik romantik. Namun, kita perlu bersedia untuk mempesona si pencuri hati dan mencuri tumpuannya daripada orang lain? 

Maka jadikan wangian ENCHANTEUR sebagai instrumen harian kita untuk cinta yang memukau dalam setiap semburan.

Sepertimana yang telah dikongsikan oleh selebriti tanahair terkenal Malaysia iaitu Fouziah Ghous, tentang kehidupan sehariannya dan juga hubungan romantiknya bersama suami tercinta. Antara tips pasangan ini dalam menghidupkan suasana romantis ialah mereka sering menghargai detik-detik waktu bersama, sentiasa berkomunikasi, luahkan rasa cinta dengan jujur dan sentiasa melengkapi antara satu sama lain.


Sweet overloaded!!!!
Memang menyerlah perasaan romantis dari jiwa pasangan ini :=)

Setiap orang ada cara yang berbeza menzahirkan rasa dan suasana romantik bersama pasangan. Seperti saya dan suami kami banyak berbeza dari segi minat dan hobi, tapi perbezaan ini menjadikan kehidupan lebih seronok, mencabar dan saling melengkapi. Suami saya seorang yang agak kelakar tapi sedikit serius, berbanding saya yang agak membosankan tapi sering memikirkan sesuatu dengan lebih mudah dan praktikal. Perhubungan dibina lebih menarik dan tidak membosankan, kami saling bertolak-ansur dan sering menghormati perasaan pasangan melalui menyokong apa sahaja kegemarannya! Contohnya bila bercuti, suami saya suka melakukan aktiviti ekstrem dan adventur, berbanding saya yang lebihkan suasana santai dan mendamaikan. Jadi, untuk memuaskan hati masing-masing kami lakukan 2 aktiviti ini bersama-sama dan ternyata ianya memberi keseronokan dan kepuasan yang tidak terhingga. Mungkin bagi orang lain ianya perkara biasa, tapi bagi kami berdua ini adalah perkara romantik yang dilakukan kerana kami dapat meluangkan masa dan melakukan perkara bersama-sama dalam suasana yang cukup bahagia dan sempurna.



Phewittt hehehe



Oh ya, Enchanteur telah mengadakan kempen terbaru buat pengguna-pengguna setianya. Yang mana dengan setiap pembelian RM15 produk Enchanteur melayakkan anda untuk menghantar satu penyertaan.

Caranya begitu mudah dan hadiah yang ditawarkan cukup lumayan. Boleh rujuk pada gambarajah dibawah ya!



Cara penyertaan


Hadiah yang ditawarkan!

Wah! Best giler kalau dapat menang hadiah utama ~Bercuti di Pulau Maldives!!!

Maklumat Produk
Rangkaian ENCHANTEUR Perfumed Shower dijual pada harga RM9.20 sehingga RM13.65. Rangkaian ENCHANTEUR Perfumed Body Lotion pula dijual pada harga RM7.50 – RM21.00; manakala ENCHANTEUR Perfumed Deodorants dijual pada harga RM4.90 sehingga RM11.90. Tidak lupa, rangkaian ENCHANTEUR Eau de Toilette yang dijual pada harga RM18.75 sehingga RM33.50.

Kesemua produk ENCHANTEUR boleh didapati di semua kedai utama, pasar raya, pasar raya besar dan farmasi. Untuk maklumat lanjut tentang ENCHANTEUR, sila layari  www.enchanteur.com.my 
atau kunjungi laman Facebook rasmi ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY

Cara Wanita Dihargai, Salah Satunya Berikan Dia Bunga!

$
0
0
Wanita dan bunga sememangnya tidak dapat dipisahkan. Apatah lagi ianya pemberian dari orang yang tersayang. Betapa cantiknya berkembang bunga tersebut, begitulah perasaan hati kita yang berkembang-kembang ketika menerima bunga tersebut :-p

Bagi saya sendiri ada 5 sebab kenapa wanita itu sendiri teruja menerima bunga :=)

1. Bunga mencetuskan inspirasi pemberinya seorang yang 'ROMANTIK"
Bunga sering dikaitkan hadiah paling romantik. Setengah wanita, mereka tidak berkehendakkan sesuatu yang mahal tetapi cukuplah signifikan memberi bunga. Biarpun sekuntum mahupun sejambak, ianya benar-benar menyentuh naluri wanita tersebut kerana merasakan pemberinya seorang yang negitu romaktik di mata mereka.

2. Bauan dan warna yang menenangkan
Bunga datangnya tidak rigid. Dengan pelbagai warna-warni yang menarik. Bleh dipilih mengikut kesukaan. Setengan wanita mereka sukakan bunga berwarna merah, katanya simbol kepada darah dan sebati. ada yang suka berwarna kuning tanda ceria. Dan ada juga yang meminati warna putih yang membawa maksud polos, sejati dan bersih.

Begitu juga dengan bauan. Semua bunga mempunyai baunya yang tersendiri.adanya yang lembut, adanya yang agak kuat tapi memenagnkan dan ada juga yang tidak mempunyai bau.

3. Simbolik kepada maksud - Cinta, Sayang dan Hargai
Bunga adalah simbolik kepada rasa sayang, cinta yang lahir dari hati sesorang itu. Menerima bunga seperti diri diharga dan berada begitu istimewa pada mata si pemberi.

4. Bunga adalah simbol keindahan
Semua wanita suka perkara yang indah-indah. Adakalanya jika berdepan dengan tekanan, wanita pastikan akan mencari ketenangan dengan melihat objek/perkara yang indah di sekitarnya. Dan tidak dinafikan bunga adalah salah satu cara terbaik mengurangkan tekanan. Kita akan berasa tenang dang selesa apabila dikelilingi bunga. 

5. Bunga adalah lambang WANITA
Wanita dan bunga tidak dapat dipisahkan. Sering dikaikan dengan percintaan, hubungan dan perasaan. Sifat fizikal bunga itu sendiri sering dikaitkan dengan kehidupan wanita. Yang sentiasa ingin kelihatan menarik dan mekar, harum serta mewangi, paling penting sedap dipandang.

Menerima bunga yang cantik dari Flower Chimp memang membuatkan hati saya berbunga. Apatah lagi kombinasi warnanya yang menarik mampu menceriakan hari saya. Dengan gubahan kemas menjadikan jambangan yang diterima benar-benar cantik dipandang mata!

Bagi saya sendiri, setiap warna didalam jambangan ini membawa maksudnya tersendiri:-
Kuning - spontan dan berani
Putih - tulus dan polos
Unggu - Matang
Merah Maron - segar, berjiwa kental

:=)


Begitu banyak pilihan jambangan bunga di Flower Chimp yang boleh dipilih pada harga yang berpatutan. Bergantung kepada minat, acara yang ingin diraikan dan kegemaran pastinya memberikan kepuasan pelanggan.


 Yang menariknya portal ini sememangnya telah disusun kemas mengikut kategori. Jadi amat mudah untuk kita buat carian pilihan bunga yang dikehendaki.

 Ada yag didatangkan didalam pasu, ada yang hanya dalam jambangan. Digubah cantik mampu menyentuh perasaan. Chewah. Dan setiap gubahan diletakkan juga harga yang ditawarkan jadi memudahkan membeli membuat pilihan mengikut bajet yang telah diperuntukkan.


 Selesai sahaja membuat pilihan bunga kesukaan, terus "proceed"pada butang "check out". Tadaaa...selepas buat pembayaran nantikan sahaja kejutan bunga di rumah penerima nanti. Pastinya penerima jambangan bunga akan teruja dan gembira!


Jangan lupa untuk dapatkan bunga yang menarik  :-

💖🙋💖

MamyPoko Air Fit Lampin Pakai Buang Dari Jepun

$
0
0
Jenana MamyPoko bukanlah sesuatu yang asing bagi klangan ibu yang mempunyai anak kecil. Produk terbaik dari Jepun ini sememangnya sangat terkenal dengan kualiti produk dan sangat memahami dengan kulit bayi.

Dan yang terbaru pampers MamyPoko telah memperkenalkan siri 'Áir Fit'yang memperkenalkan 3 ciri tambahan baru yang terbaik dalam memberi perlindungan dan keselesaan buat anak-anak.

Corak di pampers 'simple' tapi tetap kelihatan menarik!

Materialnya 'Äir Silky' iaitu sangat lembut dan pastinya tidak akan memberi kerengsaan kepada kulit bayi anda.
Getahnya juga sangat anjal, begitu mengikut saiz peha anak. Apabila ditarik perlahan pada bahagian getah tersebut, didapatinya ianya bertindak elastik secara lembut. Apabila ridak ketat dan mengikut fizikal saiz punggung anak, pastinya akan memberi keselesaan lebih.

Pita lekapan juga mudah, dan tidak ada masalah jika dibuka berkali-kali.

Adelia yang berusia 2 bulan telah mebggunakan produk MamyPoko Air Fit ini. Biarpun beliau agak lasak, tetapi saya tidak menghadapi sekarang masalah ketika hendak memakaikan si kecil ini dengan pampers Mamypoko.

Mudah di 'ädjust' dan lampin ini benar-benar mengikut saiz fizikal peha Adelia. Nampak Adelia begitu selesa dengan pampers Mamypoko yang dipakainya setiap hari.

Budak kecik yang happy bersama Mamypko Air Fit!

Nah! Tidak hairanlah kenapa jenama Mamypoko sememangnya pilihan No 1 ibu-ibu di Jepun :=)


Dapatkan pampers Mamypoko Air Fit di Lazada dan untuk penjimatan boleh masukkan kod voucher “20LAPOR25” untuk mendapatkanm potongan 20% daripada harga pembelian.

Psst: Untuk blogger yang berminat untuk membuat review, bolehlah email kepada @lazada.com.my. Sertailah keluarga LAZADA hari ini!

Apa Yang Terkini Dan Menarik Dari Microsoft Excel 365

$
0
0

Perisian Microsoft Excel adalah antara perisian yang saya gunakan dalam pengajaran untuk salah subjek yang saya ajar di pra-universiti. Jadi apabila saya diperkenalkan dengan produk terbaru Microsoft 365 oleh pihak Microsoft Malaysia menjadikan saya begitu tidak sabar untuk mempelajari dan mengetahui tentang  Microsoft Teams—the new chat-based workspace in Office 365. 



Microsoft Teams is an entirely new experience that brings together people, conversations and content—along with the tools that teams need—so they can easily collaborate to achieve more. It’s naturally integrated with the familiar Office applications and is built from the ground up on the Office 365 global, secure cloud. Starting today, Microsoft Teams is available in preview in 181 countries and in 18 languages to commercial customers with Office 365 Enterprise or Business plans, with general availability expected in the first quarter of 2017.
At Microsoft, we are deeply committed to the mission of helping people and organizations achieve more—and reinventing productivity for the cloud and mobile world is core to our ambition. We built Microsoft Teams because we see both tremendous opportunity and tremendous change in how people and teams get work done. Teams are now more agile and organizational structures more flat to keep communications and information flowing. With Microsoft Teams, we aspire to create a more open, digital environment that makes work visible, integrated and accessible—across the team—so everyone can stay in the know.
Microsoft Teams diperkenalkan atas empat teras:

1. Chat for today’s teams
Menggunakan platfom "Berkomunikasi (chat) secara berpasukan dan berterusan. Melalui komunikasi platform komunikasi secara online ini juga boleh memastikan semua yang terlibat dalam pasukan akan mendapatkan maklumat yang sama. Boleh berkongsi idea dengan mudah. Terdapat emoji, GIF, dan sebagainya sekaligus membolehkan ahli pasukan yang bekerja meluahkan/menyampaikan emosi dalam ruang kerja digital mereka dengan cara paling menarik.

2. A hub for teamwork.
 Microsoft Teams boleh menyatukan semua ahli pasukan di bawah Office 365. Mereka boleh bebas bersuara, mesyuarat melalui aplikasi video, dan juga boleh berkerja dengan produk Microsoft Office yang lain. Dengan Microsoft Graph sangat membanti informasi yang relevan, discovery dan perkongsian. 

3. Customizable for each team. 
Setiap pasukan adalah unik. Microsoft Teams memberikan setiap pasukan kebebasan untuk "customize"sendiri mengikut keperluan mereka. Sebagai contoh setiap pasukan boleh membentuk saluran komunikasi mereka mengikut topik. Mereka boleh 'customize' melalui ciri yang disedikan seperti Tabs, yang membolehkan mereka mendapatkan terus frequently used documents dan aplikasi. Tabs boleh dibina dari servis Office 365 seperti OneNote, SharePoint dan Planner, ataupun dari solusi pihak ketiga iaitu  Zendesk dan Asana cz(untuk masa akan datang). Microsoft Teams

4. Security that teams trust. 
Sebagai sebahagian dari Office 365, Microsoft Teams menawarkan skala global dengan ciri keselamatan lanjutan yang juga boleh didapati dari Microsoft Cloud. Yang mana data akan sentiasa di inkripkan (encrypted). Dengan multifactor authentication memberikan perlindungan lanjutan bagi memastikan data adalah sentiasa selamat didalam pasukan. Tambahan pula, Microsoft Teams sangat menyokong piawaian pelindungan data seperti pemprosesan data dari European Union Model Clauses, Health Insurance Portability and Accountability Act business associate agreement (HIPAA BAA), ISO 27001, ISO 27018, and SSAE 16 SOC laporan 1 dan 2.

Dan seramai 12 orang media telah dijemput untuk menyertai Excel Media Championship pada 4 Nov baru-baru ini. Kami dibahagikan kepada 4 kumpulan dengan 3 ahli untuk setiap kumpulan

Team Pivot

Team Table

Team Formula

Team Macro

Kami telah diberikan beberapa tugasan dan perlu diselesaikan dalam masa yang singkat. Antaranya boleh dirujuk seperti gambar di bawah :)




Menarik bukan?

Semua pasukan dapat menyiapkan tugasan yang diberikan. Namun, antara 4 pasukan yang bertanding "Team Formula"paling menyerlah dalam menghasilkan graft yang sangat cantik dan menarik. Dan mereka telah dipilih sebagai pemenang. Syabas diucapkan :=)

Preview Mulai 2 Nov
Bermula Nov 2,  Microsoft Team Office 365 akan dibuka untuk prebiu khas buat pelanggan komersial yang menggunakan Office 365 Enterprise. Prebiu ini boleh didapati di 181 buah negara dengan 18 bahasa. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari Microsoft News Center ya. Selain itu segala info terkini boleh didapati melalui di Twitter dengan membuat carian pada @OfficeNews dan @MSFTNews dengan menggunakan #MicrosoftTeams hashtag.


Viewing all 2932 articles
Browse latest View live