Hellloooo!!
Dari 6 hingga 10 November 2016, baru-baru ini saya dan famili berpeluang bercuti ke Gold Coast Australia. First time kami menjejakkan kaki di bumi kangaroo ini..hiks. Sejujurnya ianya juga atas ehsan kemenangan dari Peraduan Energizer yang saya sertai. Memang tak sangka betul, huhu. Mungkin juga sudah menjadi rezeki kami sekeluarga biarpun dalam ramai yang juga penyertaannya dari comper di luar sana.
Seawal 5 petang kami sudah berada di KLIA, memandangkan waktu penerbangan adalah jam 8.20 malam. So, memang lama juga kami bertawaf di area KLIA. Cam dah kawasan permainan anak-anak dah. Dengan melepak tengok movienya, dengan marathon makan lelaju, pengunaan toilet acap kali cam umah sendiri gamaknya dan banyak lagi aktiviti sepanjang kami di sini. First time rasa duk kat KLIA tidak membosankan, hahahaha.
Masa penerbangan pergi ke Gold Coast, memang cam agak penuh juga. Disebabkan penerbangan malam, so ingatkan mudah sikit lah bawa my Ameer. Rupanya penerbangan siang lagi senang dengan Ameer ni. Mana taknya, penerbangan dari pukul 8 malam ni akan tiba dalam pukul 6 pagi so ramailah penumpang2 penerbangan yang akam standby membuta lama dalam flight. Tapi my Ameer bantai dier tak nak tido. Punyalah susah nak suruh dier tido. Lepa stu my Ameer agak stress sebab semua org kena tido, sedangkan tenaga dier masih banyak lagi untuk bermain.
Mujur ada Anaqi, so dier handle. Mak dier cam biasa waktu tido tetap tido.
Sampai di Gold Coast dalam 6 lebih (pagi). Cuacanya dah terang benderang hokeh. Cam kat Malaysia dah pukul 8 pagi.
Sampai-sampai memang dah ada kenderaan tunggu, terus bawa kitaorang ke Hotel. So untuk percutian di Gold Coast ni, kami telah memilih Hotel The Mantra View (5 minit jer jalan kaki ke pantai). Oh ya! Kat Gold Coast ni, banyak giler Hotel Mantra cuma lokasi jer berbeza (tapi dekat2 jer semua).
Sampai kat sana, bilik tak ready lagi. Tapi sebab memang dah plan awal. Letak beg kat hotel (tempat penyimpanan beg khas). Guna washroom kat lobby (privacy juga hanaya untuk pelanggan sahaja sebba ada kunci khas). Bersiap-siap terus kami ke Seaworld.
Kiranya dari hotel ke Seaworld tidaklah jauh mana dalam 20-30 minit sampai dah.
Apa yang menarik saya perhatikan sepanjang perjalanan ke Seaworld. Bandar Gold Coast memang bersih. Dan rata-rata pekerja di sini sepertinya warga tempatana mereka. Takdelah nampak orang membaiki jalan tu pak bangla ke...takde ya..even orang pegang signboard jalan roasak pun pompuan mat saleh, uhuks. Lepas tu banyak giler taman-taman yang terjaga. Memang tempat melepak untuk famili datang menghabiskan masa bersama ahli keluarga mereka.
Sampai dekat Seaworld kami terus kaunter 6 (sebab tiket semua dah siap2 beli oleh agensi). Menariknya kaunter ni macam fast lane untuk pelancong. Dan kami collect terus untuk tiket masuk Country Paradise keesokkan harinya.
Kat dalam memang ada banyak kedai makan. Tapi kami hanya makan kat kedai berdekatan dengan pintu utama. Makan fish & chips!
Yang bestnya dalam set yang kitaorang pilih ada tumbler warna biru tu. So dier free flow air. Sepanjang berada di sini nak tambah banyak kali air boleh jer singgah mana-mana kaunter.
First pit stop, kitaorang pergi tengok penguin. Cam ala menjakun tengok banyaknya karektor Happy Feet kat sini.
Kalau rajin menunggu boleh tengok penguin ni berenang, makan dan macam-macam aktiviti yang dowang buat. Tapi kaedahnya tengok kejap2, ala dah amik gambar cukup syarat. Kita move on ke tempat lain pulak.
Banyak haiwan kat sini sebenarnya. Ada flamingo, burung.... dan macam-macam lagi
See, my Ameer tak padan dengan ketot. hahahaha. Nak juga kan main kapal terbang ni. Seram juga sebab dier naik tinggi (takdelah tinggi mana tapi untuk spesis gayat macam saya ni, idokler). Tapi nak kasi balance muatan berat. My Ameer kenalah naik dengan Dedet, baru balance hahahaahhaahahahah.
Saya tak tahu kenapa anak saya kata naik benda ni seronok. Sebab bagi saya biasa jer....
See...tapi seronoknya ya ampun depa ni...iskkkkk
Yang ride ni pun beria naik juga. Kalau perasan kebanyakan rides kat sini memang tak ekstrem sangat. Namapun taman Nicklodeon Sponge Bob and the gang so permainan ala-ala untuk peminat kecik Sponge Bob, githewwwww
Tapi ada juga roller coaster (not bad juga tapi still tak boleh lawan yang dekat Movie World) dan juga Jet Star (betul ke nama permainan tu). Dier ala-ala naik jet ski yang sangat laju. Rasa nak tercabut jantung woooo...
Jet Star ni Dedet dan anak-anak lelaki saya join melenjan main kecuali Afiq dan Ameer sebab tak cukup tinggi, huhuhu
Nama tempatpun Sea World kan...So memang banyak giler lah kawasan yang mempamerkan creatures from the sea....
Untuk macam Jaws feeding time kena duk dalam sangkar ler. Tak bolehlah main-main baling ikan sambil usap-usap kepala cam bagi makan kat dolphin. Kalau tak silap hari bulan penjaga jaws tu jadi makanan jaws belaan dowang.
Besar juga kawasan seaworld ni..tapi malas nak masukkan gambar yang banyak giler. Cuma nak habaq kat dalam seaorld ni ada juga orang yang uka buat aktiviti climbing cam kita boleh jumpa dekat Enerz dan Bukit Cerakah. Yang jenis jambatan dan tali tergantung tu. Tapi khasnya buat anak-anak. Ada juga water park tapi kecil jerlah. Saya perasan ramai juga yang sertai latihan snorkeling kat sini. Tapi sebab kitaorang melancong (hiks) takdelah beria nak pegi mandi ke hapa...
Cuma lebih teruja nak melihat haiwan dan juga nak tunggu show yang akan berlangsung mengikut jadual yang disediakan oleh pihak Seaworld. Rasa rugi tau sampai sini tak tengok show yang disediakan :p
Persemabahan sea lion. Best giler dan lama juga. Siap cam ada sketsa dier buat....Comel giler. Tapi takdelah saya nak upload segala video kat blog kan....
Yang lain sila buat carian di akaun saya di Youtube :p
Sea lion ni watak utama kiranya dalam sktesa ni. Kerjanya untuk meyiasat siapakah perompak yang dicari. Memang kelakar tengok sea lion ni beraksi....
Paling best tengok dolphins. Tengok haiwan ni begitu manja, rasa nak suruh jer dedet bela satu, hahahahahahaha. Bajet umah ko banglo ada kolam mandi di depan rumah kan...puiiiiii
Memang macam-macam aksi kiut nak mati dari dolphins ni. Ni belum part dier buat ala-ala tarian berirama dengan rerakan lain. Berapa lamalah dowang ni gi trainning kan..Makan tahun ni. Yang bestnya setiap ekor dolphin ni memang dah ada trainer dier sendiri. Memang close giler hubungan dowang...
dan banyak lagi semuanya ada dalam my channel youtube.
Lepas tu kitaorang shopping sikit2 kat dalam tu. Harga okla..takde lah mahal sangat. Sebab kat dalam Sea World ni ada clearance sale. Hahahahahaha....
Balik hotel..
Memang kepenatan giler. My anaks semua mandi, solat dan terus membuta.
Saya pulak layan citer kat TV (best2 belaka). Umah takde Astro ginilah gamaknya. Hahahaha
My Anaqi dan Dedet (jadi orang bujang) jalan-jalan kat kedai area hotel. Sambil cari makanan malam. Hasilnya bawak balik kebab yang sedap giler cam nak arwah (ni kalau Sabby baca mesti dier bebel, "kak, ai tak paham orang mesti nak describe makanan tu sedap nak arwah). Ni maknanya sedap rasanya makanan itu, sampai minta nyawa...gitew...kalau tercekik dan mati tu memang arwah...
Gambar kebab dan kedai yang sedap menjual kebab...later sooon enteri lain ehhh
So, kitaorang ambil 2 bilik. Sharring room. Dapatlah 4 katil besaq2 gabak cam ni. Sangat selesa untuk ahli keluarga ramai yang mana sikit lagi cam nak jadi satu team bola.
Menjadi kesayanganku sepanjang berada di bilik ini. Marathon segala mak nenek citer. Sampai saya tengok siaran berita dengan TV ni pun rasa nikmat. Jakun. Standard.
Waktu malam di depan hotel. Takdelah sibuk sangat. Ramai pelancong juga kat GC ni. Samada dowang ni memang kaki surfers takpun jenis datang berkeluarga yang kerojenya nak masuk taman tema semata2 di GC.
Next day...next entry..
tatituuu
