Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all 2933 articles
Browse latest View live

Kelebihan dan Kebaikan Serai Dari Produk Lery Group Yang Terbaik Buat Saya Dan Keluarga

$
0
0
Mempunyai anak yang sedang membesar di rumah memang saya sentiasa pastikan rumah saya sentiasa terpelihara dari segi kebersihannya. Biarpun setengah orang kata kita perlu menitik beratkan tentang kekemasan dulu tapi bagi saya sendiri, kebersihan adalah lebih penting dari segalanya. Hmmm..menjaga kebersihan bukankah separuh dari iman :=)

Begitu juga dengan produk penjagaan diri. Selain daripada produk berkualiti, saya juga perlu memastikan produk penjagaan badan untuk seisi famili haruslah selamat digunakan dan bersifat melindungi.

Tapi masalahnya rata-rata hari ini kebanyakan produk di pasaran mempunyai pelbagai jenis campuran bahan kimia yang mencurigakan. Biarpun sangat membantu dalam kebersihan tetapi jika kandungan bahan itu sendiri merbahayakan memang kita perlulah elakkan. Betul bukan?

Saya sebenarnya memang menggemari bauan dari daun serai, Sepertimana yang kita ketahui serai merupakan rumput tropika yang tumbuh seperti lalang. Tetapi sebenarnya dari akar, batang dan daun serai ini mempunyai pati yang memberi 1001 khasiat yang boleh dimanfaatkan.

Yang bestnya apabila saya telah mencuba poduk-produk berasaskan pati serai dari Lery Group membuatkan saya benar-benar teruja. Tidak sangka terdapat produk keluaran bumiputera yang setanding dengan produk antarabangsa.

Semua produk dibawah jenama Lery Group dihasilkan daripada 100% herba. Dan kualitinya sentiasa dipantau oleh pasukan R&D pihak Lery Group dengan konsisten.

Apa yang istimewa tentang produk Léry GROUP ini?

• Untuk menghalau serangga, lipas, aedes, nyamuk penyebab penyakit ZIKA, tikus, atau pepijat yang biasanya hadir di katil dan karpet.

• Sebagai pembersih terbaik untuk cucian lantai, dapur, pakaian, dinding, kaca dan banyak lagi

• Dapat mengurangkan bau busuk daripada permaidani, lantai, tilam, bantal atau sofa

• Untuk membunuh bakteria di udara

• Untuk mengurangkan kos anda dalam kawalan agen perosak seperti anai, lipas dan lain-lain) dan juga untuk mengelakkan masalah berkaitan dengan agen perosak.

• Sebagai terapi diri.

• Selamat untuk kanak-kanak

• Tiada alkohol

• Tiada DEED - Apa itu DEET (N, N-dietil-m-toluamide). Ianya adalah bahan aktif dalam banyak produk pembasmi serangga dan zat pembunuh serangga serbaguna dan efektif penolak. Hal ini digunakan untuk mengusir hama menggigit seperti nyamuk dan kutu, termasuk kutu yang mungkin membawa penyakit Lyme)

•  Boleh menjadi produk alternatif untuk aerosol.


Antara produk dari Lery Group yang sudahpun berada di pasaran seperti:-

2 in 1 Multipurpose Cleaner 

RM9.00 & 10 Liter| RM169.00


1 Liter | RM 16.90, 500ml (Semburan)

Berperanan:
  • Sebagai 80% agen penghalau serangga seperti lipas, semut, cicak, lalat, lipan, tikus dan sebagainya.
  • Sangat membantu dalam mengurangkan bau hapak pada sofa, karpet, tilam dan bantal.
  • Dapat membunuh pepijat pada tilam, bantal, sofa dan karpet.
  • Mampu membersihkan sebarang permukaan seperti lantai, kabinet, meja dan sebagainya.
  • Efisien menghilangkan kotoran degil seperti kotoran yang bergetah dan gris.
  • Senang menghilangkan kotoran degil pada pakaian.

Cara Penggunaan:
  • Hanya perlu campurkan 2 penutup sukatan 2 in 1 Multipurpose Cleaner dengan setengah air baldi (bagi 1 botol 1 liter atau 10 liter) dan mop.
  • Untuk masalah serangga serius, para pelanggan perlu mengemop sebanyak 2 kali sehari untuk 3 hari berturut-turut.
  • Untuk tujuan mencuci lantai, tandas dan sebagainya, hanya semburkan sedikit sahaja mengikut anggaran masing-masing, kemudian sental dan bilas.
  • Untuk tujuan mengelap sebarang permukaan seperti meja, cermin, tingkap dan sebagainya, hanya semburkan 2 in 1 Multipurpose Cleaner dan lap. Tidak perlu bilas sebagainya, hanya semburkan 2 in 1 Multipurpose Cleaner dan biarkan. Semburan perlu dilakukan 2 kali setiap hari untuk 3 hari berturut-turut.

Insect Repellent

 55 ml | RM 7.90, 1 liter| RM 30.00, 500ml| RM 15.00 & 10 Liter |RM300.00

Berperanan:
  • Ianya 100% bertindak sebagai agen penghalau serangga dan tikus (terutama masalah serangga yang serius)
  • Sebagai pengganti kepada AEROSOL yang TIDAK merbahaya kepada kanak-kanak.
  • Bertindak sebagai 100% agen untuk mencegah dan menghilangkan bau bilik yang hapak.
  • Boleh dijadikan sebagai aromaterapi yang berfungsi melegakan tekanan emosi dan membunuh bakteria di dalam udara.
  • Bertindak sebagai penghalau semut dan serangga yang lain pada tumbuh-tumbuhan .
  • 100% dapat membunuh anai-anai.

Cara Penggunaan:
  • Hanya semburkan Insect Repellent pada bahagian yang diinginkan. TIDAK PERLU dilap.
  • Untuk masalah serangga yang serius semburkan 2 kali setiap hari untuk 3 hari berturut-turut.
  • Untuk masalah bilik yang berbau hapak, campurkan Insect Repellent dengan sedikit air (mengikut anggaran masing-masing dan keluasan bilik) ke dalam mesin aromaterapi dan pasangkan untuk setiap 1/2 jam (mengikut tahap masalah bau hapak tersebut).
  • Untuk mengelakkan dari serangga pada tumbuh-tumbuhan, hanya semburkan Insect Repellent pada tumbuh-tumbuhan dan biarkan.

Citronella Shower Gel Anti Aedes & Zika 


500ml | RM 16.90

Berperanan:
  • Gel mandian yang boleh mencegah dari terkena gigitan nyamuk Aedes dan Zika.
  • Mampu melembutkan kulit.
  • Menyegarkan badan.
  • Dan air bilasan mandian yang mengalir ke saluran paip dapat menghalau serangga-serangga yang berada di dalamnya seperti lipan, cacing halus dan semut.
  • Boleh mengharumkan bilik mandi.
  • Dapat membunuh bakteria pada kulit.
  • Boleh digunakan sebagai losyen bagi mencegah gigitan nyamuk terutama apabila menyertai aktiviti perkhemahan dan merentas desa.

Cara Penggunaan:
  • Letakkan sedikit Citronella Shower Gel Anti Aedes dan Zika pada tapak tangan dan campurkan sedikit air dan lumurkan pada badan serta bilas.
  • Bagi penggunaan losyen, hanya lumurkan sedikit pada lengan dan kaki atau leher sebelum memulakan aktiviti perkhemahan dan merentas desa.

Moisturizing Hand Wash 



RM 15.90


Berperanan:
  • Boleh membunuh bakteria pada tangan.
  •  Melembutkan tangan.
  • Menariknya menerusi air bilasan tangan yang mengalir ke dalam saluran paip dapat membunuh serangga di dalamnya.

Cara Penggunaan:
  • Letakkan sedikit cecair pencuci tangan pada tapak tangan, gosok dan bilas.

Kombo Kembara



 (Citronella Shower Gel Anti Aedes & Zika 100ml, Moisturizing Hand Wash 100 ml dan Insect Repellent 55ml)

| RM 29.00




Keterangan lanjut boleh layari:


LERY GROUP SDN. BHD.
SC-SG-24, JALAN UP1/1D
SPRING VILLA , UKAY PERDANA
68000 AMPANG, SELANGOR DARUL EHSAN


HOTLINE:
+6016 644 9105

CUSTOMER CARE HOTLINE:
+6019 296 9756

Gold Coast Trip : Hari Ketiga (Movie World)

$
0
0
Setelah sekian lama diperamkan entri ini. Kihkih. Siyes aya bz giler lately ini. Nak menghadap komputer pun tak sempat! Huhu. Hadap sangat dengan kerja harian :=(

Berbalik dari percutian di Gold Coast tempoh hari. Hari ketiga kami memang rancang nak masuk ke Movie World. Seawal pukul 9 pagi kami sudah bertolak dari hotel menuju ke destinasi. Ini memandangkan dari hotel Ke Movie World ini mengambil masa dekat sejam juga.

Yang menariknya berdekatan Movie World ini terdapat taman taman tema yang lain seperti Wet n Wild Gold Coast dan Paradise Country.


Memandangkan tiket kami memang dah siap dibeli oleh pihak Energizer. Jadi kami hanya beratur untuk mendapat pass masuk dengan menunjukkan tiket yang telah dicetak dari email sahaja. Tapi nak beritahu, kat Movie World ni memang proses nak beli dan ambil tiket sangat lama dan panjang ok. Huhuhu.

Dan Movie World ni agak luas juga dan ramai gila orang. Mungkin masa kami datang tu, cuti Summer dowang baru start itu yang terasa ramainya manusia agak luar biasa.

Kebanyakan permainan ekstrem telah ditutup sementara waktu disebabkan perkara tidak dielakkan.Katanya ada berlaku beberapa insiden yang melibatkan nyawa. Tapi still kat dalam Movie World banyak giler, tempat yang kami boleh berlenjan main. Kiranya datang awal pagi time pagi-pagi dibuka dan balik masa taman tema ini ditutup iaitu pukul 4 petang, hehehehe.


Entri kali ini saya banyak kongsi gambar jerlah ya...

Nak cerita panjang-panjang pun semuanya tentang permainan. So better tengok gambar puas-puas :=)

Terjahan pertama adalah disini -->  pawagam 4D kat situ. Best..siap kerusi kat pawagam tu bergerak-gerak dan ada percikan air lagi, hehehehe. Memang best :p

Ni adalah dekat area taman khas untuk kanak-kanak dalam 6 tahun ke bawah. Banyak betul props seperti gambar kereta di atas ada kat sini yang boleh kita bergambar sakan.

Rides untuk kanak-kanak macam Amani dan yang ke atas. Tinggi juga, huhuhu.

Yang paling dinantikan kemunculan Batman ini. Saya memang dapat voucher untuk bergambar dengan Batman tapi disebabkan masa kemunculan Batman ini, anak-anak saya bz masuk dalam rumahh Scooby Doo so memang tak sempat bergambar bersama Batman.

Gambar dari google

Ke semua anak saya main kecuali Ameer sahaja yang tak join sekali sebab terlalu kecik, huhu.

Tapi makhluk Cat Woman ni takde orang pun kisah. So, memang Akid sorang jer dapat mengambil gambar dengan Cat Woman beberapa kali. Hahahahahah

Bila datag Movie World jangan luapa masuk ke sini. Di pertunjukkan Hollywood Stunt Driver. Menarik sangat!!!






Lebih kurang dowang tunjukkan bagaimana sesuatu filem aksi dirakamkan. Turut menyertai dalam rakaman ini beberapa "volunteer"penonton yang hadir di situ.









Muka budak kecik yang tak reti duduk diam. Ni masa tengah tunggu dedet, Anaqi dan Yana main Superman Roller Coaster.

Katanya memang laju giler...dan tinggi... wahahahahahahahah



Yang ini Arkham Asylum...roller coaster dekat Gotham City!



Taman tema ni tutup ya. Rasanya ada kes baru-baru ini.

Yang ini pun tutup. Dari luar nampak cantik.

Ni dekat area Batman. Tapi kami tak main pun kat sini. Sebab macam biasa jer.

Sempat melenjan basah dekat Wild West Falls. 

Sebelum balik ada perarakan yang melibatkan karektor-karektor dari Movie World. Memang meriah.







Oh ya kat sini memang ada banyak gerai makanan dan cafe. Tapi macam saya dan keluarga memang dapat tajaan makan dekat Cafe Rick's kat situ.

So, memang masuk Movie World kat sini memang ditaja dari makan, tiket masuk dan tiket untuk bergambar dengan karektor.

Rezeki :=)

Sekali-sekala buat keluarga....
Dapat benda-benda percuma memang bahagia...

Gitewwww,,,,

Ok...next..will update soon...

Flash back entri...
http://ayuarjuna.blogspot.my/2016/11/gold-coast-trip-hari-pertama-check-in.html
http://ayuarjuna.blogspot.my/2016/11/gold-coast-trip-hari-kedua-paradise.html

11street| Realiti Membeli-Belah Atas Talian dan Rancangan Masa Hadapan

$
0
0

Peningkatan berterusan industri e-dagang di Malaysia tahun ini meletakkan asas bagi memacu sektor runcit atas talian ke hadapan, mengikut 11street. 3,507 responden di seluruh negara baru-baru ini yang mengambil bahagian dalam kaji selidik 11street dari 15 hingga 21 November, memberi pandangan mengenai pasaran atas talian Malaysia pada 2016 dan meramalkan lima trend utama untuk tahun akan datang.

Hoseok Kim, Ketua Pegawai Eksekutif 11street menjelaskan;

"Berdasarkan hasil kajian kami, kita boleh menyimpulkan bahawa sektor membeli-belah atas talian di Malaysia semakin berkembang, didorong oleh potensi untuk bertumbuh dan matang. Kaji selidik ini mendedahkan mentaliti pengguna Malaysia yang membeli-belah atas talian, dan memberikan kami maklumat berharga untuk kami menggubal ramalan bagi sektor e-dagang Malaysia pada tahun 2017"

2016: Realiti Membeli-Belah Atas Talian di Malaysia

Kaji selidik tersebut mendedahkan bahawa lebih 80% daripada responden telah membeli-belah atas talian, di mana 59% yang membeli-belah atas talian akan sekurang-kurangnya membuat pembelian sebulan sekali atau lebih kerap. Ini menbuktikan bahawa industri membeli-belah atas talian di Malaysia sememangnya berkembang pesat. Walaupun terdapat pelbagai kategori produk, pengguna Malaysia masih bereksperimen dengan tabiat pembelian mereka, di mana sebahagian besar pembelian mereka masih membeli produk-produk seperti elektronik, fesyen dan kecantikan, sukan dan hobi.

Sementara itu, telefon pintar terus menjadi peranti pilihan untuk rakyat Malaysia dalam membeli-belah atas talian dengan 80% daripada responden menggunakan telefon pintar untuk membeli-belah. Pendedahan ini selari dengan persepsi 11street bahawa Malaysia dilengkapi dengan infrastruktur IT yang canggih untuk membuka jalan bagi ekosistem e-dagang berkembang di negara ini.

Daripada kaji selidik yang telah dibuat, 95% daripada responden memberi nilai '5' dan ke atas apabila ditanya mengenai tahap kepuasan mereka terhadap pembelian atas talian. Untuk meringkaskan fakta di atas, pembeli atas talian Malaysia boleh dikatakan berpuas hati dengan pengalaman membeli-belah atas talian mereka. Menurut 11street, membeli-belah atas talian adalah salah satu saluran bagi rakyat Malaysia untuk menjimatkan wang, selaras dengan kenaikan kos sara hidup – sebagai premis untuk pasaran atas talian untuk menetapkan apa yang boleh dijangka untuk industri e-dagang pada masa hadapan.

2017: Lima Trend Utama untuk E-dagang di Malaysia

1. Membeli-belah atas talian adalah yang berterusan maju

11street meramalkan bahawa pembeli atas talian yang sedia ada akan terus membeli lebih kerap, dan
pengguna yang tidak membeli atas talian akan mula meneroka e-dagang dalam tempoh 12 bulan akan
datang. Ini adalah berdasarkan keputusan kaji selidik tersebut, di mana 17% daripada responden yang tidak membeli-belah atas talian sebelum ini, 85% menyatakan minat untuk membeli-belah atas talian pada tahun hadapan. Ini mungkin digalakkan oleh kepuasan pembeli atas talian yang sedia ada, serta faktor harga yang kompetitif yang mereka boleh dapat atas talian. Pendedahan ini akan terus merobohkan rintangan di antara pembeli atas talian dan konvensional, menjadikan pembelian atas talian jalan pilihan utama pengguna menjelang 2017.

2. Kaedah Pembayaran Terus Bercambah

Walaupun pembelian tunai masih menjadi pilihan utama, 11street meramalkan bahawa pengguna Malaysia akan terbuka untuk menerokai kaedah pembayaran bukan tunai seperti pemindahan atas talian, melalui kad kredit dan debit. Dirumuskan dari fakta, 90% daripada responden kaji selidik yang membayar tunai pada penghantaran bersedia untuk mencuba kaedah pembayaran bukan tunai yang lain dalam tempoh 12 bulan akan datang. Oleh itu, dijangka akan berlaku peningkatan dalam kekerapan pembelian atas talian melalui penggunaan kad kredit atau kad debit untuk pembayaran atas talian selaras dengan peningkatan kepercayaan rakyat Malaysia untuk membeli-belah atas talian.

3. Menerokai Kategori Produk Baru

Di samping itu, responden kajian telah mendedahkan kategori hiasan rumah dan perabot, barangan runcit dan isi rumah, kesihatan dan makanan tambahan adalah kategori-kategori utama yang mereka akan berkemungkinan teroka pada tahun 2017. Apabila pengguna sudah biasa dengan membeli-belah atas talian diikuti dengan peningkatan liputan logistik dan ketersedian, 11street membayangkan pengguna akan membeli-belah atas talian untuk keperluan harian, produk segar dan barang-barang peribadi, dengan faktor bahawa kategori-kategori produk tersebut mudah dilayari di telefon pintar dan mudah dihantar ke rumah-rumah mereka.

4. Penghantaran Ekspres akan Mengaut Keuntungan

Secara umum, 90% daripada responden kaji selidik menunjukkan bahawa mereka bersedia untuk menunggu sehingga satu minggu untuk penghantaran pembelian mereka. Namun, apabila mereka ditanya mengenai penghantaran ekspres, lebih daripada 60% daripada responden menyatakan bahawa mereka bersedia untuk membayar lebih sehingga RM10 untuk penghantaran ekspres. 11street melihat ini sebagai menetapkan trend untuk penghantaran ekspres di masa akan datang, di mana pengguna mengharapkan penghantaran lebih cepat pada harga yang lebih berpatutan. Oleh itu, dalam usaha untuk terus mengekalkan kepuasan pelanggan, pasaran dan penjual atas talian dijangka untuk menawarkan perkhidmatan yang lebih baik dan penghantaran yang lebih pantas.

5. Menjangkaui Faktor Harga

Pengguna menyedari manfaat penjimatan kos dari membeli-belah atas talian; oleh itu di masa akan datang, penjual perlu meningkatkan usaha mereka untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik dengan membiasakan diri dengan proses menguruskan jumlah jualan yang lebih besar, peningkatan jangkaan logistik, dan memberikan perkhidmatan pelanggan yang sempurna. Ini adalah hasil daripada kajian 11street, di mana responden yang menyenaraikan 'tepat pada masa' dan 'ulasan pelanggan yang positif', antara lain, sebagai pertimbangan utama mereka apabila mereka membeli-belah atas talian.

Oleh itu, 11street berusaha untuk meningkatkan sokongan kepada penjual, untuk membantu prestasi mereka dan untuk meningkatkan kepercayaan pelanggan, demi memajukan pasaran membeli-belah atas talian pada tahun 2017.

Pada tahun 2017, kami menjangka untuk melihat perubahan besar dalam pelan pemasaran kebanyakkan perniagaan, di mana mereka akan berubah dari fokus atas produk kepada lebih fokus akan pembeli. Lagipun, pengguna hari ini bukan sahaja mencari tawaran yang terbaik, tetapi juga mengambil kira faktor-faktor lain yang memenuhi keperluan mereka dan tuntutan mereka. Selain daripada tawaran atas talian, perkhidmatan pelanggan yang baik dan logistik yang cemerlang akan menjadi faktor kejayaan perniagaan atas talian pada masa depan, " kata Kim.

Sambut Tahun Baru Cina dengan ‘Ong-some’

11street memperkenalkan promosi ‘Ong-some’ sebagai persediaan menjelang perayaan Tahun Baru Cina. Dengan kerjasama jenama-jenama terkemuka seperti Brands, Caring, Eu Yan Sang, Huawei, Nestle dan Watsons, pengguna 11street boleh menikmati diskaun sehingga 90% dan disediakan dengan pelbagai idea-idea hadiah dan produk berkaitan untuk Tahun Baru Cina.


• Tampak bersinar pada Tahun Baru ini dengan siri produk pembersihan, dari jenama seperti Air Wick, Dettol, Harpic dan Vanish, dan berpeluang untuk memenangi 88 syiling emas bernilai RM88,000;

• Hamper Tahun Baru Cina daripada jenama kesihatan dan makanan, iaitu Jenama, Eu Yan Sang,
Kinohimitsu dan Tong Garden, untuk hadiah yang dipilih dengan teliti untuk orang tersayang, keluarga, rakan-rakan dan rakan perniagaan;

• Tawaran Ong-some Gadget daripada pembuat telefon pintar Huawei dan OPPO, di mana pengguna
diberi pilihan untuk membuat tempahan awal edisi terhad Huawei Porsche Design Mate 9, atau membeli OPPO F1S dan R9S dengan promosi khas untuk Tahun Baru Cina.

Kesimpulannya, sejurus pembelian atas talian diintergrasi ke dalam kehidupan pengguna Malaysia, halangan antara e-dagang dan dagangan konvensional akan dilenyapkan pada masa akan datang. 11street berusaha untuk menjadi pengantara bagi perubahan ini, dan bertindak sebagai tulang belakang penjual atas talian untuk menawarkan perkhidmatan dan penghantaran yang lebih baik kepada pengguna
     
                                       

Miss Whoosh Glamorous

$
0
0
Whoosh Eyewear antara jenama dibawah jenama Focus Point telah menganjurkan Miss Whoosh Glamorous.

“Fast. Fresh. Forward” - yang boleh digambarkan dengan  jenama cermin mata Whoosh sekaligus memenuhi trend yang menilai gaya, mutu dan personaliti professional di mana sahaja.

Whoosh menawarkan bingkai pelbagai jenis gaya dari Korea, dikategorikan di bawah 3 gaya tersendiri - TRENDY, URBAN dan VINTAGE . Dijual dengan harga yang berpatutan dan mampu milik.

Selain daripada membetulkan penglihatan seseorang, cermin mata juga dianggap sebagai aksesori fesyen pada zaman sekarang. Penampilan pasti lebih menarik apabila ianya kena serta seuai dengan pakaian dan gaya seseorang.

Sehingga kini terdapat 80 pasang jenis rekaan cermin mata Whoosh Eyewear yang semuanya hadir dengan penampilan dan gaya tersendiri. Koleksi terbaru ini telah digayakan oleh Miss Tourism International World Pageant - dengan menampilkan lebih gaya, cantik dan keyakinan.

54 wanita yang menakjubkan dari seluruh dunia ini telah menggayakan dengan koleksi cermin mata Whoosh. Wanita-wanita yang terpilih ini adalah berdasarkan kepada keayuan, keanggunan dan keyakinan mereka bila berada di atas pentas. Dari 54 wanita ini salah seorang daripadanya akan dinobatkan sebagai duta Whoosh. Sekaligus berpeluang memperagakan koleksi terkini Whoos dengan membawa gelaran Miss Whoosh Glamorous.

"Kita amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan D'Touch International Sdn Bhd, penganjur Miss Tourism International World Pageant, dalam usaha menyampaikan mesej ke seluruh dunia tentang kedamaian, muhibah dan semangat bertimbang rasa," kata Dato' Liaw Choon Liang, Presiden, CEO Focus Point Holidings Berhad.

Di antara panel hakim untuk acara berprestij ini ialah Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKT Logistics Group Sdn Bhd Dato Michael Tio, CEO dan Pengarah Kreatif A Cut Above Datin Winnie Loo, Miss Malaysia Queen of Tourism 1996 Cik Zoee Tan dan Miss Malaysia Tourism Queen 2004 Cik LavenceLim.

Miss Malaysia yang mencuri perhatian :=)

Dan akhirnya Miss Mexico ternyata lebih menyerlah dan telah dinobatkan sebagai Miss Whoosh Glamorous. Tahniah diu
capkan.
Untuk informasi lebih lanjut, sila layari http://www.whoosheyewear.com

#Whoosheyewear #MissWhooshGlamorous

Besito''s Survival Restoran Yang Perlu Diterjah Jika Anda Berada Di Shah Alam

$
0
0
Besito''s Survival!!---Berada di Shah Alam seperti melangkah ke syurga makanan kerana di bandar ini terdapat pelbagai jenis restoran yang menawarkan pelbagai juadah yang menarik. Cuma yang paling penting kita perlu tahu dalam banyak-banyak restoran di sini manakah satu antara yang terbaik!

Saya berkesempatan mengunjungi sebuah restoran yag terletak di Seksyen 23, berhampiran dengan Aeon Big Shah Alam. Apa yang menarik tentang restoran ini, selain daripada mempunyai keluasan yang agak besar dan selesa, ianya juga menawarkan pelbagai hidangan enak dari barat, cina, india melayu dan fusion.

Secara ringkas pengenalan mengenai restoran adalah seperti:-

Nama Restoran :

Besito's Survival

Mula dibuka :

18 Mei 2016

Masa operasi :
Sabtu & Ahad(4pm-3am)
Isnin(Cuti)
Selasa-Jumaat(4pm-2am)

Owner/Founder :

Hazlan Dahlan, Firdaus M. Ali & Megat Mohd Azhar Megat Ismail





Lokasi :
No 77, Ground Floor, Jalan Pelabur B, 23/B, Seksyen 23 Shah Alam Selangor
( roundabout jalan nak ke uptown Shah Alam)


Konsep: 
Western & Malaysia Fusion Foods (Mixed Malay, Chinese, Indian)



Besito' survival inspirasi daripada perkataan "latin" yang mana restoran ini menyediakan hidangan utama dari masakan ala barat. Besito's bermaksud"senyum kecil' (Little Kiss) yang merujuk kepada kepuasan maksima dengan harapan para pelanggan yang datang akan berpuas hati serta tersenyum selepas menikmati hidangan dari dapur yang disediakan secara "fresh"oleh chef yang amatur. "Survival" bermaksud "pelengkapan ikhtiar hidup" dengan menjurus kepada definisi makanan yang dihidangkan sihat dan terbaik.
Hidangan Utama:



Supreme Grill/Mix Grill (5-6 orang makan)



Hidangan dari daging lembu yang dimasak lembut, kambing dipanggang sempurna serta ayam diperap bersama sos-sos istimewa. Turut disertakan dalam set hidangan ini ialah mashed potato atau wedges dan sayur brocoli yang segar. Sememangnya set hidangan ini sesuai dimakan bersama keluarga atau kawan-kawan.

*Disarankan untuk set ini boleh dinikmati 5-6 org (mengikut kepada tahap permakanan masing).


Chili Crab with Mantoun Bun (1-2 orang makan)


Ini hidangan yang memang saya sangat syorkan jika anda ke sini. Makan ketam yang dimasak bercili bersama Mantoun Bun memang terbaik. Lembut giler tau Mantoun Bun ni (teringat-ingat sampai hari ini, hehehe)


Abalone Mee Raja (1-2 orang makan)

Meriah dengan seafood!!! Memang menjadi kegemaran Ameer dan Amani :=)



Garlic Butter Noodles Chicken Chop

Peminat hidangan mee, banyak pilihan jenis masakan mee disini. Jadi tidak rugi kalau nak mencuba semuanya sebab gerenti sedap-sedap berlaka.


Nasi Goreng Seafood Tomyam


Hidangan pilihan Cik Lily. Menurut Cik Lily blogger kaki makan yang cukup terkenal di Malaysia, hahaha. Makan nasi goreng ni memang memberi kepuasan, memang tidak terasa hendak berkongsi dengan rakan yang lain. Sebab ianya terlalu sedap apatah lagi hidangan ini mewah dengan hidangan laut memang membunuh diet dan meningkatkan nafsu!


Nasi Goreng Tomyam Ayam Pandan





Yang mencuri hidangan ini adalah cara masakan ayam pandan. Memang wangi dan lembut daging ayam ini. Kombinasi dengan nasi goreng dimasak agak sempoi tapi rasanya tetap terbaik.


Butter Prawn
Peminat udang, you should try this!"


Dari kiri ;
Lemon paradise, virgin mojito, fruit punch, shirley temple, virgin colada dan I Love You.

Seriously, barisan air-air yang saya cuba diatas semuanya sedap-sedap. Dengan cara hidangan yang agak unik (bekas minuman) dan ianya juga mewah dengan rasa. Paling saya suka fruit punch! Kombinasi rasa buah-buah tropika segar yang  begitu "ümphh" benar-benar memberi kepuasan ketika menikmatinya.

Teh tarik 3 layer memang terbaik. Perghhh! Minum air panas-panas seperti ini sambil melepak dengan kengkawan yang rancak bercerita, memang boleh menghilangkan tekanan yang dihadapi seharian bekerja.

Kebanyakan hidangan didatangkan dalam "potion"yang agak besar (saiz L). Jadi boleh dikongsi bersama ahli keluarga dan rakan lain jika mahu. Sharing is caring bukan?? Heheheheh


Besito's Survival:

GLAMOROUS DEVOTION - Koleksi Terkini Zacheela Penuh Gaya

$
0
0



2016 bakal melabuhkan tirai namun bagi jenama fesyen Muslimah, Zacheela, keterujaannya baru bermula. Glamorous Devotion Fashion Show 16/17 adalah pentas penuh warna bagi memeriahkan lagi industri fesyen tanah air.

Bertempat di Parkroyal Kuala Lumpur, Zacheela menampilkan lima koleksi fesyen terkini dengan 30 seleksi busana Muslimah. Menggunakan fabrik berkualiti Rasetti Silk dan Korean Polyester dengan perincian mutiara dan manik premium, koleksi eksklusif ini menyediakan 100 helai bagi setiap rekaan dan boleh didapati di butik Zacheela sahaja.

Lima koleksi tersebut antaranya seperti:;

1. Alessandra

Keunikan corak baroque pada koleksi ini melantangkan gaya mewah dan glamor dengan rona hitam. Signatur rekaan ini memberi kelainan kepada fashionista yang meminati penampilan mewah dan elegan sekaligus tampak yakin berfesyen.

2. Fiorella

Lukisan tangan dengan bermotifkan flora digunakan agar pemakainya tampak lebih manis dan ayu. Dua warna lembut iaitu ungu dan dusty green yang dilakar pada fabrik, menambahkan ciri kelembutan dalam koleksi ini. Bagi yang meminati gaya feminin dan romantis, Fiorella adalah pertaruhan terbaik anda.

3. Sophia
Dominasi cetak Moroccan yang classy ini sempurna digayakan ke pelbagai acara. Rona biru dan hijau lembut ini pasti memukau mata yang memandang.

4. Malena
Koleksi ini mengetengahkan rekaan corak abstrak yang sangat unik. Merah jambu yang merupakan signatur butik Zacheela diilham dalam koleksi ini bagi menyerlahkan lagi keanggunan pemakai.


5. Bahira
Koleksi ini diinspirasikan daripada corak modern geometric, sebagai pilihan buat wanita yang inginkan gaya lantang. Kombinasi warna biru dan putih menyerlahkan sisi berani mencipta sensasi pada pemakai.

Istimewanya pada acara ini turut ditonjolkan ialah Blissful Blossom, keluaran eksklusif Zacheela. Limited edition couture ini kombinasi polos warna peach pink yang dihiasi dengan swarovski crystal dan mutiara premium. Ia direka khas buat wanita yang ingin tampil anggun dan mahukan kelainan di majlis istimewa mereka.

Koleksi wajib dimiliki yang terdiri daripada Kurung Plain, Kurung Printed, Blouse Skirt, Cardigan, Dress dan Blouse Pants ini menyasarkan golongan belia bekerjaya yang mementingkan penampilan diri yang unik dan elegan. Menyediakan saiz XS hingga XXL, harga yang ditawarkan amat berpatutan iaitu bermula pada harga RM179 hingga RM299.

Blissful Blossom keluaran esklusif dari Zacheela

Istimewanya pada acara ini, Zacheela menampilkan aktres terkenal tanah air, Anzalna Nasir sebagai duta jenama eksklusif.

Menurut Pengarah Pemasaran & Operasi yang juga Pengasas Zacheela, Tengku Shaheela Tengku Abd Malek, koleksi yang ditampilkan banyak bermain dengan keberanian dalam membawa elemen inovatif dan trend terkini serta didatangkan dalam pelbagai warna. Ini memberi lebih banyak pilihan kepada penggemar fesyen Muslimah.

“Kami berusaha hmenghasilkan sesuatu yang unik agar peminat sentiasa tergoda untuk memiliki koleksi kami. Bagi memenuhi kehendak pengikut fesyen, kami memperkenalkan koleksi baru pada setiap dua minggu,” katanya.

Dalam pada itu, menurutnya acara pertunjukan fesyen Glamorous Devotion ini diadakan sebagai salah satu usaha untuk memperkenalkan jenama Zacheela di mata peminat fesyen tanah air.

“Acara seperti ini diharapkan dapat mengukuhkan jenama kami dan mampu membina kepercayaan para penggemar fesyen. Walaupun kami sedar begitu banyak butik yang menawarkan fesyen Muslimah di pasaran, Zacheela menerimanya sebagai satu persaingan sihat dengan memberikan kepuasan kepada pelanggan melalui servis dan kualiti.”


MENGENAI ZACHEELA SDN BHD

Ditubuhkan pada penghujung 2013, Tengku Shaheela Tengku Abd Malek memulakan perniagaan dalam talian dengan menumpukan kepada busana wanita. Perniagaan ini diusahakan kerana minatnya kepada dunia fesyen dan bisnes.

Dalam mengukuhkan lagi bisnes ini, suami kepada Tengku Shaheela Tengku Abd Malek iaitu Zarkiah Awang Latif yang juga Pengasas Bersama Zacheela sedia meninggalkan dunia kerjayanya dalam bidang minyak dan gas setahun yang lalu.

Mengetengahkan konsep Muslimah Modern Wear, Zacheela dengan tagline Beauty of Modesty sentiasa mahu menampilkan koleksi elegan namun melindungi aurat dengan sempurna. Lebih utama Zacheela amat menitikberatkan pemilihan fabrik berkualiti tinggi seiring dengan jahitan yang bermutu, selain mudah diurus. Setiap pakaian juga direka dengan mengambil kira aspek keselesaan ibu menyusu dan mesra wuduk. Paling utama setiap pakaian yang direka mengikut kesesuaian pelbagai situasi dan majlis

Setelah dua tahun beroperasi, Zacheela kini memiliki dua cawangan butik di KL dan Bangi, serta sebuah pejabat urusan di Bangi dengan kekuatan kakitangan seramai 16 orang.

Untuk lihat koleksi-koleksi menarik, boleh 'walk-in' ke:-

Butik Zacheela
GB07,
Keramat Mall
Jalan Datuk Keramat

Butik Zacheela
05-05- 02,
Jalan Medan Pusat Bandar 8A,
Bangi Sentral,

BUTIK ZACHEELA
05-05- 02 JALAN MEDAN PUSAT BANDAR 8A, BANGI SENTRAL
43650, BANGI, SELANGOR
54000 Kuala Lumpur 43650 Bangi, Selangor
No tel: 03-8912084

Gold Coast Trip : Corat Coret

$
0
0
Secara random untuk berkongsi gambar ketika berada di sana - Gold Coast. Biarpun dah lebih sebulan berlalu tapi kenangan itu masih terpahat didalam jiwa. Kalau ada orang tanya nak pergi lagi ke GC... memang definitely yesssss..... hehehehe

Cuma pada tahun akan datang, teringin juga menjejaki ke bumi Mekah, Korea dan tempat-tempat lain yang menarik. As what people always said "Jauh perjalanan luas pandangan".

Setiap tempat orang yang kita jejaki pasti meninggalkan sesuatu yang bermakna untuk dikenang-kenangkan. Terutama tentang budaya, pemikiran, lokasi cantik dan pelbagai lagi.

So, rasanya ini adalah entri terakhir untuk cuti-cuti di Gold Coast. Dan moga berkesempatan di waktu yang lain saya boleh berkunjung ke negara-negara serata dunia.

Amin.

Biarlah hanya gambar berbicara bersama coretan pendek....

Kami menginap di Hotel Matra View. Dekat sini memang banyak hotel Mantra, lokasi pun agak dekat antara satu sama lain. Cuma yang menariknya hotel yang saya menginap ini begitu dekat dengan pantai dan cafe disini menawarkan pelbagai hidangan Asia.

Memang saya banyak shopping dekat sini. Kebetulan musim summer baru sahaja bermula jadinya kebanyakan outlet dah mulakan jualan murah. Ini belum masa "Boxing Day".. boleh menggila berbelanja kat sana.

Untuk boot orang dewasa dalam 10AUD, lebih kurang duit Malaysia RM30 hengget plus plus. Kasut  boot pink yang comel itu untuk Adelia anak Mak Biq, harga 7AUD.

Sling bag saya. Wakakakaka. Saya nak beli dua sebenarnya. Satu lagi agak besar saiznya. Tapi Dedet cukup tak berkenan dengan rekaan sling bag saya pilih. Heheheh. Saya kan jenis suka benda2 yang pelik, rare dan unik. well, umur jer tua jiwa mudoooo... Nak buat camana kan, ahaks.

Harga 10AUD....material kulit.


Pada mereka-mereka yang bakal menerjah GC, restoran kebab ini sangat disyorkan untuk singgah. Saya boleh repat banyak kali makan dekat sini. Biarpun dekat GC tu berlambak kedai kebab.

Pertama sebabnya ianya memang tertera dengan jelas ianya HALAL. Dan paling best ada banyak pilihan jenis inti kebab dan cara masakan kebab disini.

Harganya dari serendah 5AUD sehingga 10AUD. Ada juga yang dijual dalam set bersama minuman. Tapi saya suka yang kebab berharga RM7.50. Yang tu memang sedap giler.

Besar sebenarnya saiz kebab ni. Untuk portion sebesar ini digalakkan makanlah berdua. Tapi kalau jenis melantak banyak, makanlah sengsorang.

Isi kebab yang mantap dan padu...


Dah alang-alang berjalan ke tempat orang sukalah terjah supermarket yang ada sekitar situ. Saya pula jenis pantang tengok jenama yang biasa kita jumpa kat Malaysia tapi packaging dia berbeza kat sini. Memang menarik dan unik.

Saya perasan satu dekat sini. Tak sure betul atau tidak andaian saya ini. Kebanyakan tempat di GC wifi signal sangat low (kurang). Macam kalau di hotel free wifi hanya boleh diperolehi dekat lobby sahaja itupun untuk tempoh 2 jam sahaja. Nak guna lagi kena request dekat kaunter. Boleh nak dapat wifi dekat bilik tapi ada charge tambahan yang dikenakan. Dan memang saya tak pelik jika kebanyakan masyarakat tempatan GC jarang sekali duk main henpon. Contohnya ketika saya melalui beberapa taman-taman (park) terbuka sana. Kelihatan ada keluarga duduk melepak santai berpiknik. Memang mereka akan menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga. Makan dan gelak-gelak gembira. Beza juga dengan cara hidup masyarakat Malaysia juga rasanya. Kadang-kadang (saya sendiri) time nak makan bersama keluarga time tu lah nak start berselfie, buat boomerang dan macam-macam lagi. Paling sadis terus on-kan data mobile-share kat insta dan link terus kat FB, kahkahkah.


Tapi kat sini ada cam kiosk terbuka yang mana kita boleh akses internet dan boleh mencetak sekali. Cuma ada charge yang perlu dibayar dekat mesin yang disediakan di situ.

Bila waktu siang kami sibuk masuk taman tema. Waktu malam adalah aktviti bebas. Jadi kebanyakan masa memang kami akan round pekan GC ni. Kebanyakan kedai dekat GC tutup awal. Macam dekat Harbour tu pukul 4.30pm dah tutup. Tapi kedai berdekatan hotel paling lewat kedai akan dibuka sampai pukul 9 malam. Hanya kedai serbaneka 24 jam dan kelab-kelab malam jer buka sampai pagi.

Dekat sini paling banyak kedai menjual barangan surfing. Sebab GC ni kan port-port surfers. Tapi nampak cam harga agak murah jugaklah (rasanya). Pada pandangan mata ramai jer ramai yang singgah masuk ke kedai di sini untuk membeli.

Hari siang memang tak sempat nak jejakkan kaki ke pantai. Time malam jer. Tapi memang siyes best! Dengan pasir pantainya yang sejuk, udara dingin yang menampar-nampar muka dan paling penting pantai ini sangat bersih uollls.

Dekat GC ni masyarakat tempatan memang mengamalkan sikap pembersih sikit. Jarang nampak sampah bersepah-sepah (ekceli tak nampak pun). Dan jangan terkejut tandas awam dier standard kebersihan macam tandas dekat rumah. Cuma seperti negara-negara barat yang lain dekat tandas dowang memang takde hos (tali paip). Dan takde cebok, hahahaha. Ala-ala korang datang kat sini pandai2lah bawa wet tisu ke, bawa sendiri cebok ke..hahahaha

Ai is so tipikal melayu, uhuks.

Oh well..

GC antara tempat best saya dah famili lawati...

Moga ada rezeki lagi untuk kami ke negara-negara lain pula. Misi setiap tahun, satu vacation luar negeri bersama famili. Mengigihla menyimpan duit ya, dedet, heheheheh

Psstt: Bajet ke GC, bolehla..sebab ada yang disponsorkan (countless). Cuma duit shopping dan makan tu kitaorang lebihkan :p

Throwback entri on GC...cikedaut gais...






ROMANO- KEYAKINAN UNTUK LELAKI URBAN

$
0
0
Sinergi adalah kunci kepada hari-hari yang memerlukan ketangkasan dalam bertindak serta keinginan untuk mencapai kecemerlangan. Sama ada anda dalam misi menyelesaikan projek-projek hebat ataupun kerja-kerja penting, ia perlu didasari perancangan berstruktur dan asas yang ampuh bagi memastikan kejayaan. Justeru, kami memperkenalkan Semburan Deodoran ROMANO, dengan formula sinergistik yang diperbaharui berserta haruman maskulin berpanjangan dan perlindungan serta kesegaran maksimum.

Semburan Deodoran ROMANO dengan wangianmaskulin premium dan formula cepat keringan yang diperbaharui memberikan kesegeran 24 jam dan perlindungan kepada lelaki yang memerlukan sofistikasi dan keyakinan dalam rutin harian mereka. Dengan kandungan antibakteria, ia melindungi anda daripada bakteria dan menghalang pembentukan bau badan yang mampu menggugat keyakinan.

Semburan Deodoran ROMANO juga kini lebih berkesan dengan peningkatan 20% tahap kekuatan harumannya dan didatangkan dalam empat jenis wangian mengikut keseusaian gaya anda. Ia sekali gus memastikan semburan dapat bertahan lama dan membolehkan anda berbau harum dan segar sepanjang hari. Pek baharunya juga menegaskan mesej yang jelas tentang lelaki maskulin yang sentiasa cemerlang dalam setiap perkara yang dilakukan tetapi masih mampu mengekalkan kesegaran sepanjang hari.




 ROMANO Urbane Attitudedifokuskan terhadap kesegaran haruman Fougére daripada Lavender bersama percikan Bergamot dan perahan Lemon. Esen buah-buahan eksotik seperti Nanas dan Cassis menambah sentuhan berkarisma manakala esen sensual kesturi dan Woody menyepurnakan haruman dinamik ini. Paling sesuai untuk lelaki urban bergaya dengan personaliti yang menyerlah.

 ROMANO Prestige menyaksikan keindahan campuran Black Pepper dengan Citrus yang dijalinkan bersama kemewahan Lavender dan Sage serta didasari bauan Amber Woody.Tarikan utama haruman ini adalah sesn akuatiknya yang menggoda menjadikan ia wangian mewah kepada lelaki sofistikated dan berpengaruh.

ROMANO Metro Pulse dimulakan dengan adunan Citrusy dan Aqueous yang menyegarkan, dicampur bersama Pudina dan Sage yang menyamankan serta diakhiri dengan kehangantan Woody. Segar dan provokatif, haruman ini sempuran untuk lelaki urban yang bersemangat tinggi. 

ROMANO Classic berteraskan wangian Woody hasil adunan minyak daripada pokok nilam dan cendana. Esen tumbuhan aromatiknya pula memberikan kesegrana dengan sedikit adunan Citrusserta Spices. Kehangatan esen-esen tersembunyi kemudiannya membentuk wangian ini sebagai satu epitome terhadap ciri versatil. Ia dicipta untuk lelaki perkasa moden dengan tarikan yang merentas zaman.


ROMANO Deodorant Spray 150ml dijual pada harga RM14.90 dan boleh didapati di semua farmasi dan pasaraya terkemuka seluruh Malaysia.

Meraikan CNY 2017 @ TUNG YUEN CHINESE RESTAURANT GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM

$
0
0
Seperti kita ketahui Tahun Baru Cina adalah hari yang mana ikatan keluarga dieratkan dengan meraikan melalui makan besar bersama-sama. Dan Hotel Grand BlueWave Shah Alam tidak ketinggalan mengadakan promosi terbaik bersempena dengan Tahun Baru Cina akan datang tidak lama lagi.

Bersempena dengan 2017 merupakan tahun ayam jantan dalam kalendar Cina, Hotel Grand BlueWave Shah Alam telah memperkenalkan hidangan halal set Fatt Choi Poon Choy. Hidangan tradisional masyarakat Cina ini sememangnya popular dalam setiap kali Tahun Baru Cina. Dikatakan tetamu yang menikmati akan menggali setiap lapisan hidangan ini dan ianya agak "suprise" kerana kita tidak tahu makanan apa yang bakal diperolehi. Memang menarik bukan?

Terdapat dua pakej Poon Choy yang ditawarkan, iaitu :-
 Pakej A berharga RM798.00 + dan Pakej B berharga RM1188.00 +

Selain daripada itu terdapat juga Halal Auspicious Yee Sang and Golden Prosperity CNY yang didatangkan dalam set Menu 1, 2 dan 3. Untuk semua hidnagan bersempena dnegan promosi Tahun Baru Cina ini telah disediakan oleh chef terbaik iaitu Chef Patrick. 

Set hidangan ini boleh didapati dari 3 Januari 2017 sehingga 15 Februari 2017. Ditawarkan setiap hari untuk makan tengah hari dari jam 11.30 pagi hingga 2.30 petang dan makan malam yang bermula pada jam 6.30 petang hingga 10.30 malam di Tung Yuen Chinese Restaurant, Aras 1.

Auspicious Yee Sang semestinya hidangan yang wajib ada setiap kali Tahun Baru Cina. Ini kerana ianya membawa maksud untuk menghadapi satu tahun yang hebat, diperluaskan kekayaan dan kesihatan. Terdapat empat pilihan  Yee Sang yang boleh dipilih iaitu Yee Sang with Sliced Abalone and Salmon Fish, Yee Sang with Salmon Fish, Yee Sang with Tuna Fish and Vegetable Yee Sang. Harga yang ditawarkan bermula serendah RM40.00 + sehingga ke  RM360.00 k +. Da untuk hidangan Yee Sang ini sesuai dinimati untuk sekurang-kurangnya 2 orang bagi setiap pesanan.

Untuk set menu Golden Prosperity CNY adalah yang paling terbaik untuk keluarga, rakan baik atau rakan perniagaan. Bermula dengan harga serendah RM888.00 + (Menu 1), RM1228.00 + (Menu 2) dan RM1688.00 + (Menu 3). Satu set menu sesuai untuk 10 orang (satu meja) dan perlu membuat tempahan awal.






Untuk membuat tempahan boleh terus menghubungi Restoran Chinese Tung Yuen di talian 03-55118811 ext. 2616 atau bahagian Telemarketing ext. 2724. 

Semua harga adalah tertakluk hanya kepada 6% GST. Restoran Chinese Tung Yuen adalah Halal dian telah disahkan oleh pihak JAKIM.

Di Malam Acara Run For Your Lives Malaysia 206

$
0
0
Finally, malam yang dinanti tiba juga. Pada 31 Disember 2016 bertempat di Taman Botani Shah Alam peserta-peserta yang sudah mendaftar untuk menyertai larian Run For Lives Malaysia telah bersiap-sedia untuk menyertai larian daripada zombies seawal 6 petang lagi.

Disebabkan permintaan agak tinggi daripada orang ramai, pihak penganjur telah membahagikan kepada beberapa kumpulan. Ini bagi memastikan pergerakan setiap pelari yang dihantui zombies lebih selesa tanpa perlu bersesak-sesak.

Biarpun telah dibahagikan beberapa kumpulan. Masih kelihatan begitu ramai peserta yang mengambil bahagian. Masing-masing begitu teruja untuk menyertai larian hebat yang lain daripada lain.

  
Collection race kit!
Dapat t-shirt dan tag dekat tangan :=)

Sebelum acara larian, sempat lagi berposing dengan zombies yang berkeliaran di situ. Ada macam-macam gaya dengan menampilkan pelbagai karektor.

Setiap peserta yang menjadi zombies, akan ditata-rias secara percuma yang dibawakan khas oleh pihak penganjur larian.

Antara zombies yang menarik perhatian d acara larian. :p

Nampak macam merbahayajer kan zombies ni. Hehehe.

Sebenarnya setiap pelari bukan sahaja perlu melarikan dari zombies tetapi juga perlu meghadapi beberapa halangan dan cabaran di hadapan.

Gigih sangat tau, Husin dan isterinya Azua melepas halangan yang ada sepanjang larian.

Berlari di waktu malam dan terserempak dengan zombies, menyeramkan jugakkan.

Tapi bila ramai-ramai berlari..

Dan bertembung dengan sekumpulan dengan zombies memang boleh menyebabkan pertarungan yang luar biasa.

Antara halangan yang lain perlu dihadapi oleh peserta.

Dan sebenarnya ada banyak lagi.
Semuanya memang mencabar emosi dan fizikal peserta. Walaubagaimanapun larian ini tetap menyeronokkan.

Kreatif betul zombie ni. Siap pakai gayung dekat kepala. Hahahahaha.

Suasana suram di trek larian dengan pelbagai cabaran.

Dan zombie akan muncul di mana-mana sahaja secara tiba-tiba.

Selain dari acara larian, terdapat jua pelbagai aktiviti menarik disediakan di atas pentas utama.

Begitu sporting peserta-peserta larian yang sama-sama meriahkan suasana di malam larian dengan mengambil bahagian dalam acara di pentas. Pelbagai hadiah menarik disediakan untuk peserta yang mengambil bahagian.

Setelah berpenat berlari, setiap peserta larian diberikan medal sebagai tanda berjaya menamatkan acara larian dalam tempoh yang diberikan.

Masing-masing excited setelah dapat melarikan dari zombies dan mengharungi pelbagai cabaran. Malam akhir di penghujung tahun 2016 menghabiskan masa bersama-sama dengan aktiviti yang menyeronokkan memang sesuatu yang bermakna dan meninggalkan kenangan manis di memori.

Moga di tahun ke hadapan, berpeluang lagi menyertai Run For Your Lives Edisi tahun 2017!

Selamat Tahun Baru uollls!!

Pengakhiran 2016 Yang Baik, Dengan Perkahwinan Adik!

$
0
0
Sebenarnya ada banyak perkara yang saya nak coretkan...
I swear..ada banyak benda yang saya nak cerita...

Tapi kekangan masa...
Dan kemalasan yang melanda...
Tua ntara faktornya..
Mengapalah blog ni kadang 2 ada update..kekadang bersawang....

Menulis still my passion...
Cuma lately ni...
Saya banyak menghabiskan masa dengan membaca...

Will share with u guys, one day 😅

Tapi hari ni gagahkan juga naikkan satu entri...
Biarpun keje kat opis ni berlambak menanti (sorry boss, kih)

Saja nak share ngan korang...
Detik2 gembira that happened in the last month last year!


My adik dah kahwin....
So, sekarang ni semua adik beradik dah berkahwin..
Dah ada keluarga dan tanggungjawab sendiri, huhuhu


As usual malas nak tulis banyak2...ku hamburkan segala mak nenek gambar yang berjaya dirakamkan menggunakan IP. Cuci-cuci mata 😎 oraittt...

Saya ni 3 beradik jer (satu ayah satu mak). Dan semuanya perempuan. Alhamdulillah berkat didikan mak, semua adik-beradik saya sekarang hidup selesalah juga (ada kerjaya yang diidamkan). Dan juga masing2 berkahwin dengan lelaki idaman....Cia Cia Cia (mohon jangan mak bik dan mak sha baca,, hahahaha).

Walaupun adik beradik 3 orang ajer, tetap meriah sebab cucu mak ramai. Motippppppppppppp nak beritahu kat sini? Hahahahah

Ni pengantin lelaki. Amirul nama dier. Sangat pemalu ok. Hahaha

Dalam 3 beradik ni. Saya paling pendek dan cantekkk .. Hahahahahahahahahhaa...Muntah muntah...
Harap maklum poyo berlebihan ketika menaip entri ini...



Ekceli, masa hari kenduri. Ramai gila sedara mara yang datang. Tapi saya tak sempat nak amik gambar ke semuanya. Cuma nak habaq, ni antara kazen dan mak cik belah mak yang memang rapat gila dengan saya dan adik2. Ni belah2 dari Kuantan :=)

Pasangan bahagia..ececece...

Sebenarnya masa adik saya bertahu nak kahwin. Mula rasa macam tak percaya juga. Sebab kalau tengok karektor dan personaliti my adik ini jenis yang out going person, kaki skuba (merata2 pantai dan laut dia dah terjah every year), main segala jenis sport wakil opis- netball, badminton la....Dan dia ni memang jenis wanita kerjaya (kalau tengok dari segi pencapaian profesion, memang saya tabik pada umur dia sekarang dia boleh berada pada tahap itu).

Cuma kalau memang dah Allah tu dah tetapkan dier berjodoh pada sekian tahun...berjodohlah juga dengan lelaki yang dia cinta..githeww...

My mak dan adik.

My buah hati....rasanya Ameer dan Anaqi muka dowang ni paling banyak ikut muka saya. Yang lain harooommm... Sebab tu dua orang ni hensem. Hahahahaha

Laki saper lah ni....Nak jadi saksi sibuk mahin hengpon hahahahah...

Ni baru suku keluarga besar saya. Happy giler tengok gambar ni.....

Ada abah, abang, kakak, adik, ipar duai, kazen2, makcik2 dan ramai lagi....
Serius sebenarnya ramai lagi....
Tapi masing kelam kabut nak cepat..
Sebab nak bergambar kena tunggu amik turn....


Anyway TQSM for those yang coming....

Terutamanya sedara mara dekat dan jauh..kawan2 baik dan rapat...jiran tertangga...

Dan semua....love u gaisssss................


Buat Ecah dan Amirul...tahniah dari kakakmu yang vogue!

Pencetus Motivasi Buat Diri Adalah Melalui Menghadiri Majlis Penyampaian Hadiah!

$
0
0
Di bulan penghujung tahun 2016, saya agak malap dan kurang berminat nak berkongsi apa-apa dalam blog. Meskipun ada banyak sahaja cerita atau acara yang sertai (hasil kena heret dengan Nannie dan Cik Lily) so perlulah menulis serta kemas kini dalam blog. Seb baik depa ni jenis optimis dan positif kalau harap kat kemalasan yang merasuk dalam diri saya ni memang malap jer hidup rasanya.

Cuma bila terlalu banyak menulis pasal acara jemputan, untuk menulis serta membacanya kembali kadang2 agak bosan juga. Sendiri menulis, sendiri bosan macam mana tu? Hahahahahaha.

Tambahan pula, keje-keje opis di akhir tahun sudah start menimbun dengan jayanya. Ini belum masuk perkara-perkara yang perlu hadir dalam meeting, projek dalam kumpulan dan macam-macam lagi. Pada masa yang sama persediaan anak ke sekolah tu pun YA jugak. Bayangkan dari 6 orang anak, 5 dah bersekolah ~sekolah rendah dan menengah!. So memang banyak benda nak kena setel....

Dan....
Hmmmm

Baru-baru ni ada sorang kawan dekat FB, tanya dekat saya. Sebenarnya lebih kepada pendapat tentang dunia blogging dan compering. Mana pulangan yang konsisten dan hebat???


Hahahahahahaha


Memang sebenarnya "Saya bukanlah manusia yang layak untuk ditanya tentang soalan itu". Siyesly, bukan. Saya bukanlah wanted blogger yang klien akan melutut untuk minta join projek dowang sentiasa. Dan saya bukanlah comper yang tiap2 hari update kemenangan yang luar biasa. Jarang sangaaaaaaat. Apatah lagi zaman sekarang kehadiran compers baru yang lebih menyengat, kreatif dan berlumba-lumba begitu banyak di pasaran. Hahahahaha...


Cuma, saya ingin tekankan....Saya buat semua ni sebab saya minat. Bila dah minat ada sedikit usaha dipertaruhkan. Begitu juga dengan modal, idea dan masa. Jadi bila kita lakukan sebab minat. Kalau kita kalah dalam persaingan. Kita tak rasa "down"pun sangat. Masih terselit lagi rasa..ök, move on"...what next...gitewwww....


Begitu juga dengan dunia blogging. Kadang2 memang perasan setengah blogger rmemang jenis copy paste jer. Tapi sebab dier terror melobi + rajin update  entri hari-hari. Meningkat juga UV dan PV. Apatah lagi mereka yang nak serius dalam bidang ni. Haruslah wajib sertai kelas atau bengkel untuk meningkatkan lagi ilmu tentang dunia media sosial.

Pokok pangkalnya kena RAJIn dan MINAT...


Tapi, as a normal human....


Dan ada masanya kita akan rasa malas dan down juga...

Mulalah keingina nak bercutilah...dan menjoyahlah..nak join sesi menternak lemak lah...

Standard lettew....kann


Cuma bagi saya, kalau saya dah rasa down dan malas sikit. saya akan cari gambar-gambar memotivasikan diri. Contohnya tengok gambar kita menghadiri penyampaian hadiah ke...Tengok gambar anak dengan piala sebab pencapaian di sekolah ke...baca whatsapps member opis puji pasal keje kita ke (yang ni macam takde jer, hahahahahaha), takpun tengok jer gambar2 best bila bersama keluarga....

Jauhhhh dari sudut hati memang kita doa minta kat Allah agar dapar repeat balik momen2 indah ni kan...So nak repeat balik momen best ni...Tak boleh luah jer...kena usaha juga...Gitewwww...

Cam biasa entri saya mesti dari tajuk asal...
Nak flashback sesuatu yang dapat memotivasikan diri bersempena dengan kehadiran tahun 2017 ini.

Sebetulnya Majlis Penyampaian Hadiah ini dah beberapa kali dah dapat reminder dari PIC. Memang confident jer hari berkenaan, tak de pape hal yang berlaku. Dipendekkan cerita, call time pukul 11.00 pagi tapi pukul 12.30 tengahari saya baru memunculkan diri. Yang paling sadis, organiser dan pemenang lain menunggu saya. Biarpun saya dah minta suruh mulakan acara dulu tanpa perlu menunggu kehadiran saya. Tapi masih menunggu...


Sungguh saya malu...



Sebab saya betul2 ada masalah berbangkit pagi tu. Memang tak dapat nak elakkan diri untuk datang pada tepat masanya.

Sampai saja saya kat sana. Terus mulakan acara. Ucapan dimulakan dengan wakil dari pihak penaja iaitu 3M. Seterusnya wakil dari AEON (kalobrasi partner) juga memberi ucapan penghargaan.

Sebab penyampaian hadiah ini untuk 3 pemenang utama jer. So, memang kejap sangatlah habisnya. Hahaha. Alhamdulillah rezeki saya mendapat tempat kedua. Saya cuma hantar 1 entri jer uollls....Memang rezeki sangat ni :=)

Rasanya nama winner tempat pertama ni memang familiar bukan. Tapi yang menariknya, brother ni memang kaki contest yang tegar dan jenis suka join bersama isterinya. Padu betul!!!

Tempat ketiga, Jehan (kawan contest saya juga). Otai Jehan ni, jenis menang bukan kecik2. Semua jenis sapu yang Grand....Hahahahaha....Jehan memang terror buat slogan dan anak-anak dier memang "supportive", tolong edit dan bagi cadangan dekat mak dier pasal slogan yang direka :=)

Habis jer sesi penyampaian hadiah. Da jamuan makan tengahari disediakan. Sambil makan, pihak 3M buat demo tentang produk mereka. Aha! Sekarang saya dah tahu pemilihan dan cara penggunaan yang betul berus serta sponge keluaran 3M.

Suka pula tengok mock prize ada nama sendiri....Tahun 2016, saya berjaya mengumpul 6 mock prize..target 2017, nak 10 boleh ke idok...


Huhuhu..

Moga dipermudahkan dan dipemurahkan rezeki lagi. Amin.

Dutch Lady 4 Tahap Nutri Plan™ Membantu Ibu Menerokai Kebijaksanaan Si Manja

$
0
0
Tidak dinafikan setiap ibu itu pasti akan mempelajari sesuatu yang baru setiap hari tentang karektor dan tabiat anaknya setiap hari. Ini kerana peranan seorang ibu itu sendiri menjadikan mereka begitu dekat dengan anak-anak mereka yang dikasihi.

Begitu juga dengan saya! Sepertimana ibu-ibu lain kami sentiasa mahukan yang terbaik buat anak-anak. Kamilah guru, kaunselor, tukang masak, jurulatih, penyokong tegar, sahabat baik dan cuba memainkan segala peranan semata bagi memastikan anak membesar dengan sihat dan ceria.
Contohnya beraktiviti di luar rumah seperti berbasikal, bermain badminton dan macam-macam lagi memang menyeronokkan. Apatah lagi ianya juga dapat memberi kecergasan kepada badan. Amani sendiri begitu seronok melakukan apa-apa aktiviti di luar rumah. Bagi saya apa sahaja yang disukai oleh anak-anak yang boleh mendatangkan faedah memang saya akan sokong. Contohnya Amani begitu teruja untuk bermain "Bike Scooter". Biarpun agak kekok pada mulanya dan sering terjatuh ketika kendali alatan ini ini. Namun sebagai ibu saya diibarat seperti jurulatih, selain memberi tunjuk ajar cara bermain, saya juga tidak putus-putus memberi kata-kata semangat agar Amani tidak mudah mengalah.

Seperti Amani beliau memang mempunyai bakat dalam bidang seni yang tinggi. Begitu meminati dengan dunia kanvas lukisan yang berwarna-warni menjadikan setiap aktiviti berkaitannya, beliau mampu menguasai dengan baik. Namun dalam usianya yang baru 5 tahun, adakalanya pandangan dan nasihat dari seorang yang sangat rapat memang diperlukan. Dan saya orang yang akan dicari-carinya sebagai mentor dalam mengekspresikan bakat seni yang dimilikinya.



Saya memang memasak untuk keluarga hampir setiap hari. Ini bagi memastikan setiap hidangan yang disediakan buat anak-anak saya memenuhi keperluan diet seimbang agar mereka membesar sihat. Dan pembantu paling terbaik ketika saya berada di dapur tentulah Amani. Berada bersama di dapur bukan sahaja Amani boleh belajar tentang cara hidangan masakan disediakan bahkan Amani juga sangat boleh diharapkan jika saya perlukan bantuan. Contohnya seperti tolong ambilkan rempah, menumbuk bawang, mengupas kulit telur dan pelbagai lagi.


  
Ibu adalah sahabat paling baik dan dekat di hati anak-anak. Setiap emosi yang hadir dalam diri anak - sedih dan gembira, kecewa dan bahagia, ibulah tempat mereka meluahkan segalanya. Tiada lebih istimewa memiliki ibu yang memahami jiwa anaknya sendiri.

Kebijaksanaan anak terserlah mengikut peringkat usia sesuai dengan perkembangan fizikal dan spiritual mereka. Bagi menyokong tumbesaran yang sempurna sebagai ibu saya harus memastikan anak saya sentiasa mendapat yang terbaik. Dan ianya bermula dari pemakanan yang diberikan.

Atas kesedaran itu, untuk Amani yang berusia 5 tahun, susu terbaik untuk beliau adalah adalah Dutch Lady Nutri Plan™ Create. Manakala untuk Ameer yang sudah menginjak ke usia 3 tahun, saya berikan Dutch Lady Nutri Plan™ Explore.

Sebenarnya selain daripada saya boleh berperanan diatas, saya juga boleh menjadi tutor, guru tari, doktor, pendandan rambut, jurumekap dan macam-macam lagi peranan bagi membantu proses pembelajaran sepanjang tumbesaran anak-anak saya.

Ini kerana saya percaya susu Dutch Lady 4 Tahap Nutri Plan™sangat memahami perjalanan seorang ibu yang perlu melalui proses pembelajaran yang panjang. Sebagai seorang ibu, kami memainkan pelbagai peranan dan sentiasa berusaha memenuhi keperluan si manja kita, Dutch Lady 4 Tahap Nutri Plan™ juga mempunyai nutrisi yang dirumus khas untuk menyokong keperluan nutrisi si manja pada setiap tahap kebijaksanaannya , iaitu:-

CURIOUS (umur 1-2)
EXPLORE (umur 2-4)
CREATE  (umur 4-6)
LEARN (umur 6+)

Paling penting Dutch Lady 4 Tahap Nutri Plan™ ini juga mempunyai 5X DHA* yang memenuhi keperluan nutrisi anak anda dengan membekalkan nutrisi sesuai untuk setiap tahap kebijaksanaan. Secara tidak langsung, ibu-ibu kini boleh lebih fokus dalam membimbing anak-anak tercinta dalam aspek perkembangan yang lain.

Saya sendiri sepertinya ibu-ibu lain di Malaysia percaya Dutch Lady Nutri Plan™ sebagai rakan ideal saya kerana ia menepati keperluan nutrisi anak-anak saya supaya saya fokus membimbing mereka dalam aspek lain. Ibu-ibu sekalian, jadilah seorang ibu yang memainkan pelbagai peranan dengan Dutch Lady di sisi anda! 

Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.smartmoments.com.my/

 ˇ 4 Tahap Nutri Plan™ merangkumi susu tepung rumusan untuk kanak-kanak Dutch Lady ® Curious, Explore, Create dan Learn.
* Berbanding susu tepung rumusan untuk kanak-kanak terdahulu (Tahun 2009). 



Rosters Eating Day (RED) Bermula 11-13 Januari 2017!

$
0
0


 Rosters Eating Day (RED) merupakan acara  yang dianjurkan oleh Kenny Rogers Roasters (KRR)  di restoran KRR seluruh negara untuk menggalakkan rakyat Malaysia hidup secara sihat. Promosi berlangsung selama 3 hari bermula dari 11-13 Januari 2017.

“Kicking off the year, we’d like to highlight a wholesome living lifestyle as part of our message to
remind the public to keep to healthy activities and balanced food intake. For us at KRR, we hope to continue inspiring and motivating everyone from all walks of life to join us on this journey to a healthy lifestyle. We are excited to see the response from the public year after year, so it was then that we decided to have this year’s RED event for three days!”-Esther Woo, Deputy General Manager of Berjaya Roasters (M) Sdn. Bhd." - kata Esther


Turut hadir memberi sokongan ke arah gaya hidup sihat ialah bekas kapten Liverpool, Steve McMahon dan Adam Roshan Azman yang baru berusia 13 tahun salah satu daripada bintang muda yang mengungguli kempen MDF.

“Throughout my years in football and beyond, healthy living has never strayed far from me and I
have made it a part of my coaching modules. I personally believe that when it comes to a healthy and wholesome lifestyle, it also must include eating right. I applaud KRR in their efforts in educating and producing a culture that is aware of the concept of wholesome meals through
RED,” - McMahon

KRR juga telah memperkenalkan rekaaan Kad KRR yang terbaru yang dikenali sebagai siri Timeless Treasure yang menjadikan permainan tradisional Malaysia seperti sepak takraw, gasing, wau dan congkak.

Ianya merupakan permainan tradisional yang menjadi budaya dari zaman kanak-kanak sekaligus mengingatkan kembali kenangan silam terutama dari segi kesukanan dan keakraban,

Untuk promosi  Rosters Eating Day (RED), para pengunjung hanya perlu menunjukkan e-baucar RED mereka (boleh didapati dari halaman FB Kenny Rogers Roasters). Setiap pengunjung bakal menerima satu (1) Red Hot Meal PERCUMA dengan setiap pembelian satu (1) Red Hot Meal.

Walaupun siri Kad Timeless Treasure KRR boleh didapati dari 11 Januari 2017 di semua restoran KRR di seluruh negara, namun para pemegang kad boleh menikmati pelbagai manfaat seperti mendapatkan Kenny's Quarter Meal secara percuma dengan pembelian 10 hidangan utama, promosi B1F1setiap  Rabu, bonus dan hadiah hari jadi tahunan untuk ahli yang berdaftar.

Para pengunjung juga berpeluang memenangi hadiah khas daripada KRR apabila mereka mengambil bahagian dalam  promosi 'Share dan Menang' Timeless Treasure.  Hanya berkongsi semula gambar dalam kenangan terutama memori zaman kanak-kanak dengan Kad KRR Timeless Treasure, seterusnya upload ke Facebook atau Instagram (profil mesti ditetapkan kepada orang ramai) dengan hashtag #KRRTimelessTreasure itu.

Empat (4) penyertaan dengan kapsyen paling kratif  akan dipilih.

Sila layari KRR Facebook di www.facebook.com/KRRMalaysia untuk menjadi orang yang pertama mengetahui lebih lanjut mengenai aktiviti dan promosi terkini KRR,

Untuk maklumat lanjut mengenai Kenny Rogers Roasters, hubungi 03- 2119 9888 atau lawatan layari lama web www.krr.com.my.

TWISTSHAKE Botol Susu Terbaik Buat Bayi dan Anak Yang Menyusu!

$
0
0
Tidak dinafikan pemilihan botol susu buat bayi dan anak-anak yang masih menyusu sangat penting dan perlu diambil kira pelbagai faktor. Ini terutamanya bahan yang digunakan dalam pembuatan botol dan puting itu sendiri, perlulah selamat digunakan~Bebas BPA ya!. Selain itu ianya perlulah praktikal, mudah dan yang paling penting bayi/anak selesa ketika menggunakannya.

Selain daripda faktor-faktor diatas, bagi saya peranan warna juga sangat memainkan peranan dalam menarik minat anak saya untuk menyusu.


Apatah lagi melihat sendiri botol terbaru daripada jenama Fiffy yang juga didatangkan dengan bekas simpanan susu (khasnya bagi mereka yang perlukan botol ini untuk membawa si kecil berjalan-jalan). Sekaligus mampu menjimatkan masa persediaan susu buat bayi/anak tidak kira dimana sahaja!

Oh ya, "container"(bekas yang didatangkan bersama) bersaiz 100ml, jika tidak mahu diletakkan stok susu boleh juga dijadikan bekas penyimpanan barang makanan yang hilang. Contohnya bijirin dan sebagainya.
Mudah juga dipegang dan paling penting teknologi pembuatan botol susu ini membolehkan ianya mengekalkan tahap kepanasan yang sesuai untuk ibu/anak.

Ada 10 jenis warna yang ditawarkan, antaranya seperti hitam, kuning, peach, pink, biru, turquoise, oren, hijau dan ungu. Dan juga didatangkan 3 saiz botol yang berbeza - 330ml, 260ml dan 180ml.

Ditawarkan juga 6 saiz puting botol (teat)  iaitu - XS, S, M, L, PLUS dan SPOUT). Jadi kita boleh membuat pemilihan puting ini mengikut tahap umur bayi kita ya! Paling menarik, puting ini "anti-colic", jadi masalah kebocoran puting tidak akan berlaku. Diperbuat daripada "premium super soft silicon"dan ianya juga bebas BFA (Bisphenol, sejenis bahan kimia yang kerap digunakan dalam pembuatan plasyik dan ianya sangat merbahaya buat kanak-kanak).

Secara ringkasnya, kelebihan botol susu Twistshake dari Fiffy dari gambarajah diatas. Terdapat 6 kebaikan dapat dikongsi khas dari ibubapa buat bayi/anak mereka yang dikasihi.

Paling penting ianya juga sangat mudah untuk dibersihkan. Jadi kita dapat memastikan tahap kebersihan barangan yang digunakan oleh bayi/anak berada ditahap paling maksimum.

Dengan kecanggihan spesifikasi botol susu yang ditawarkan oleh Twistshake membolehkan bayi/anak dapat menikmati susu botol mereka dengan selesa dan ceria. Dan sebagai ibu kita pastinya mahukan yang terbaik untuk mereka!

Keterangan lanjut boleh layari:-



San Remo 80th Birthday Bash

$
0
0
Produk San Remo antara produk yang menjadi pilihan famili saya sejak dulu lagi. Kiranya pilihan generasi ke generasi. Cuba bayangkan tahun ni sahaja umurnya sudah menjangkau 80 tahun, betapa gahnya jenama ini berada di pasarn :-)

Kek edisi khas bersempena dengan 80 tahun usianya jenama San Remo diperkenalkan di masyarakat dunia.

Antara produk dari San Remo yang menjadi pilihan masyarakat tempatan dan antarabangsa.

Chef Fazley yang dilantik sebagai duta produk San Remo. Sepanjang bergelar duta kepada produk ini, Chef Fazley sentiasa berkongsi masa ke semasa resepi yang menark dan lazat menggunakan produk-produk dari San Remo.

Bersempena dengan ulangtahun ke 80 tahun ini juga, San Remo telah menjrmput pengguna-pengguna yang bertuah ke satu majlis meraikan ulangtahun esklusif yang penuh bermakna ini. Selain daripada pemenang bertuah dihidangkan dengan hidangan yang lazat, terdapat juga pelbagai aktiviti menarik disediakan. Memang meriah uollls!

Chef Fazley bersama bondanya yang tercinta, yang selama ini menjadi tulang belakanag diatas segala perkara yang diusahakan sehingga berjaya,

Bertambah istimewa apabila Chef Fazley turut menyampaikan lagu buat peminatnya yang hadir ke Majlis Ulangtahun yang ke 80 tahun di SukaSucre Bistro miliknya yang terletak di Cheras.

Antara hidangan yang disediakan :=P

Nampak sedapkan hehehe...

Apapun Selamat Ulangtahun ke 80 San Remo!!!

rakshee by Rakshee Cafe

$
0
0
Sebenarnya ini adalah pertama kali saya menjejakkan kaki ke sini. Itupun atas kegigihan Nannie Iaa yang begitu beria nak makan kat sini. Mengidam ke apa minah ni? Iskkkkk

Dari luar nampak begitu esklusif cafe ni. Mungkin sebab keadaan susun atur dekorasi luar dan dalaman nampak agak hipster itu yang menjadi penarik kepada pengunjung untuk datang ke sini :=)

Hokeh!
Menu takdelah banyak mana. Cuma hidangan yang ditawarkan kebanyakan jenis western yang ringkas. Contohnya seperti mini size berger, spaghetti...dan ada juga dijual mee ala2 Boat Noodle...(katanya ini adalah tarikan pengunjung ke sini).  Selain itu bakso nugget juga antara menu yang laku keras ditawarkan di Rakshee Cafe

Antara yang sempat saya dan Nannie melantak...

Set menu berger size menu. Sedap juga, sebab roti dier lembut giler. Daging tu bakso dan disaluti dengan sos lada hitam.

Baked spaghetto balognese. Bagi saya biasa jer. Sebab ada keju melimpah kat atas tu..sedap tang tu. Maybe sebab saya jenis tekak tak berapa suka sangat rasa masam-masam sangat. So, memang bukan menu pilihan la.

Macam ais kosong memang FREE. Dia dah sediakan siap2 kat situ. Cuma kalau pilihan air dekat kedai ni tak banyak.Yang sanya perasa ada air teh botol Sosro dan untuk kali ini saya mencuba Fruit Tea Sosro dan ianya sedap!

Ni kalau korang ada apps GT Dollar, silalah kumpulkan banyak point GT. Nanti bolehlah redeem makanan kat kafe ni. Jimat gitewwwww

The Launching of GT Dollar

$
0
0
Kuala Lumpur, 16th January 2016 – Y.B. Datuk Mas Ermieyati Binti Samsudin, Deputy Minister of Tourism and Culture debuted the launch of e-commerce giant, GT Dollar Malaysia at Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara, Kuala Lumpur today at the Malaysia FinTech Ecosystem Conference and GT Dollar Grand Launch.

The event was witnessed by distinguished government officials as well as 3,000 prominent IT and e-commerce industry leaders who support the development of a dynamic FinTech ecosystem, paving way for SMART innovations like GT Dollar, making Malaysia a force to reckon with in the FinTech sector.

This collaboration between the Malaysian government and GT Dollar helps to alleviate the lives of people through the launch GT Dollar mobile application, which is a “one-stop mobile e-commerce platform” that seeks to build a cohesive community for consumers and merchants from a myriad of industries to interact within its marketplace.

To complement this collaborative effort, GT Robot an innovative high-technological form under the GT Group, specializes its advancement in humanoid robotic solutions. In recognition of it’s advancement, the Malaysian government is planning to allocate a zone located along the Malacca-Negeri Sembilan border for GT Robot’s own manufacturing and assembly plant, which is worth approximate to RM 300 million in investment. This plant estimated to generate income for the company of approximate USD 20 Billon (which is equal to 10 Million pieces of Mobile Robot) and create more than 10,000 working opportunities for locals in the next 5 years. The GT Robot plant will be the first in Asia with eco-friendly manufacturing with the high technology equipment after China.

Today, marks the launch of a groundbreaking event that will go down in history. Unveiling an all new improvised major update of GT Dollar application, the world’s first social mobile e-commerce software. This new concept was first found in year 2014 by the GT Group President and CEO Dr. Paul Zhang Baolu, who is equipped with over 30 years of industry experience in high-technology management, economic and tourism development worldwide. The company is valued at more than $4.7 billion. The conference is aimed to drive development of regional interne use, where users and businesses connect seamlessly without barriers. This benefits the consumers greatly as businesses become more affordable thus stimulating economic growth, national tax revenue and employment growth.

As a major update, there will be new enhanced key features to help alleviate the overall user experience. Through the adoption of SMART technologies which comprises of AR technology to for implement “the seek honey feature”, “catch a bee to earn GT Cash features” which can be used for purchases within the interactive marketplace as well as being an effective Bee Commerce tool to help users manage their finances effectively by enjoying exclusive long term savings, emerging as Malaysia’s trendsetter in the world of e-commerce.

This application aims to embrace technology, thus contributing towards the economic growth of the country. A comprehensive platform for both consumers and merchants, encouraging cash free transactions around the world. With zero registrations, subscription and advertising fees, merchants need to purchase GT Dollar (Virtual Currency) and distribute it to their users anytime, anywhere. This will in turn form into e-promotion or e-advertising with minimal charges. The Online Payment Gateway will be used to accept payment online – E-wallet / Visa (Credit, Debit, Prepaid) / MasterCard (Credit. Debit, Prepaid) / CUP Card (Credit, Debit, Prepaid) / Direct Debit Account to perform transaction charges. 

GT Dollar primary focus is about a creating a world of convenience centered around virtual credits account to allow users to make payment via an e-wallet system which enables extensive search for products or services via a marketplace.

GT Dollar allows SMEs to function virtually. It connects them with new and existing consumers and maintains a loyalty programme through the distribution of virtual credits (GTD). Communication between merchants and consumers is facilitated via seamless GPS- location and user-friendly booking platforms.

The application serves as a composite of one’s daily lifestyle and a city guide to complement and simplify the increasingly hectic lifestyle by providing users with an unprecedented access to a large database of over 80,000 merchants worldwide hitherto not on Internet or mobile, but who offer a great range of products. Merchants and users can enjoy other services beside online shopping such as fund transfer, utilities bills payment, prepaid air time top-up, Social Network Chat (for up to 20 people in each group) and etc.

As per statistic, there are more than 18 million active digital users in Malaysia and up to 2015, a total 77.3% of Malaysian households have access to broadband services.

The application is active all through the day, allowing users to shop at their own convivence at the ease of their Smartphone. “We saw the opportunity to take advantage of the digital boom and developed an innovative solution that benefits both businesses and consumers” said Mr Patrick Chew, Country CEO of GT Dollar Malaysia.

YB Datuk Seri Panglima Madius Tangau, Minister of MOSTI mentioned, “in 2015, there were 3.4 billion Internet users globally with an expectation that it would increase to 9 billion over the next 10 years. Indeed, the government recognizes the importance of digital technology in propelling the economic growth. We are pleased to see a local company embarking on an innovative effort that is in line with the government’s aspiration to surge in the development of technology. We applaud GT Dollar for being a game changer in the e-commerce sector. And I am sure that users will benefit at large from utilizing the platform and its features”.

GT Dollar aims to shape the future of mobile travel and drive tourism growth with potential collaborations with Tourism Association to increase the tourism landscape in Malaysia. Paul Zhang being the Chairman of the China Tian Ma Travel Group, the third largest travel services and recreation provider in China hopes to woo China tourists to Malaysia with GT Dollar, which will serve as an essential city guide for tourists.

GT Robot is planning to start up its manufacturing and assembly plant in Malaysia located along the Malacca-Negeri Sembilan border which is worth approximate to RM 300 million in investment. This plant estimated to generate income for the company of approximate USD20 Billion (which equal to 10 Million pcs Mobile Robot) and create more than 10,000 working opportunity for the local in next 5 years. The GT Robot plant will be the first in Asia with eco-friendly manufacturing with the high technology equipment after China.


GT Dollar Malaysia hopes to expand its e-commerce business globally and be the gateway for Asia. At this launch, GT Robot, the innovative high-technological wing of GT Group that specializes its advancement in humanoid robotic solutions will be unveiling two of its robots called the GT Wonder Boy, a SMART social bot companion and GT Gobot, a multifunctional service bot that is targeted to improve the overall quality of people’s life, transcending into a new era of intelligence.








Pekena Nasi Beriani Utara di Sinar Dulang, Memang Meletop!

$
0
0
Menyusuri di kawasan perumahan Subang Bistari, mata saya tertancap pada sebuah kedai diantara deretan kedai makan di kawasan perumahan di sini. Lokasinya begitu hampir dengan bangunan Mahkamah, terletak di tepi jalan yang sangat mudah dari segi aksesnya. Dan paling penting terdapat ruang yang luas untuk meletakkan kenderaan yang dipandu. 

Biarpun hari ini merupakan hari pertama operasi restoran ini namun kelibat pengunjung yang hadir untuk mencuba menu istimewa nasi beriani dari utara benar-benar menarik perhatian saya.

Selain daripada pengunjung restoran dari kawasan setempat, turut memeriahkan majlis merupakan anak-anak yatim yang dijemput khas untuk merasai sendiri rasa kehebatan nasi beriani yang ada ditawarkan di sini.

Kawasan kerja yang bersih, kemas dan teratur.

Untuk pengetahuan semua,Rrestoran Sinar Dulang ini diusahakan oleh saudara Amir yang begitu sinonim dengan gelaran sebagai Tokey Dulang yang merupakan pengasas kepada Katering Sinar Dulang & Enterprise.

Saya difahamkan maksud disebalik nama Sinar Dulang itu adalah :-

Sinar - Gemerlapan, cahaya yang terang benderang (moga terus membuahkan hasil)
Dulang - Muhibbah, perkongsian.

Biarpun namanya agak unik mempertengahkan perkataan dulang, namun konsep menikmati hidangan disini masih didalam pinggan. Dan mengikut saudara Amir, perancangan untuk menyediakan hidangan nasi beriani dalam dulang akan direalisasikan satu hari nanti.


Unikkan makan sama keluarga atau rakan-rakan dalam satu dulang. Terasa begitu muhibbah gittew!!

Apa yang menarik hidangan nasi beriani disini. Ianya ditawarkan dalam pakej kombo. Dalam setiap hidangan kombo yang ditawarkan kita boleh pilih jenis lauk sampingan yang kita gemari dan juga didatangkan juga dengan air asam utara.

Harga yang ditawarkan adalah seperti berikut:-


Nasi beriani ayam + Air asam utara RM6.50
Nasi beriani daging + Air asam utara RM7.50
Nasi beriani kambing + Air asam utara RM8.50
Nasi beriani combo RM17.00



Air asam utara kelainan dalam resepi nasi beriani yang ditawarkan di sini.
(kredit foto: http://denai.my/nasi-beriani-sinar-dulang-memang-sedap/)

Nasi Beriani Kambing Sinar Dulang | RM8.50

Nasi Beriani Sinar Dulang Combo | RM17

Nasi Beriani Ayam Sinar Dulang | RM6.50

Nasi Beriani Daging Sinar Dulang | RM7.50

Memang hadap betul apatah lagi menikmati hidangan nasi beriani utara ini bersama air lai chee kang sejuk-sejuk.



Keterangan lanjut mengenai Nasi Beriani Sinar Dulang, boleh layari laman FB Sinar Dulang Katering atau hubungi Amir Tokey Dulang-0192966353  atau Aini- 0293972190

Solusi 2017 | Indahnya Hidup Ini Jika 5 Barangan Ini Dapat Dimiliki

$
0
0
Kedatangan tahun 2017 memberikan semangat baru buat saya untuk lebih bersungguh-sungguh merealisasikan segala yang diusahakan. Apatah lagi tahun baru ini saya perlukan sesuatu aura yang dapat memotivasikan kehidupan dalam merencanakan lebih banyak peluang dan bersifat optimis dengan segala cabaran mendatang.

Dan ianya perlu bermula dari rumah kediaman yang didiami. Ini kerana ianya adalah persekitaran yang kita bermula dan kita akhiri setiap hari. Di tahun 2017, saya idamkan 5 barangan kediaman yang saya boleh dapati dari LAZADA.MY . Dengan tawaran harga yang berpatutan didatangkan dengan pelbagai pilihan, ternyata LAZADA antara platform membeli-belah yang mampu memberi kepuasan kepada pelanggan. Dengan semuanya mudah dihujung jari, kita boleh memilih dan tidak perlu bersudah-payah dalam membeli.

Antara 5 barangan yang saya idamkan di permulaan tahun 2017 ini adalah:-

1. Cavenzi Sigma 1+6 Dining Set

Sesuatu yang menyeronokkan apabila kita dapat makan besar bersama keluarga. Dan saya memilih untuk memiliki set meja makan baru bagi menggantikan yang lama. Meja baru azam baru dan bersama ahli keluarga yang setia bersama 👪. Makan dan duduk semeja berbual mesra. Bukankah indah namanya? Hehehe.

Saya memilih  Cavenzi Sigma 1+6 Dining Set kerana tertarik dengan rekaannya yang "simple"tapi masih kelihatan elegan. Didatangkan dengan menja yang berkaca di permukaan dan sememangnya ianya mudah untuk dibersihkan.


2. Home S 777 Sofa + Stool (Dark Brown)

Sofa di rumah saya sudah berusia lebih 3 tahun. Rasanya sudah tiba masanya untuk saya menukarkan kepada yang baru. Untuk memberi kelainan dan lebih memikat pada ruang yang sering menjadi tempat lepak saya dan keluarga. Pemilihan warna coklat kerana ianya agak memenangkan dan senang dipadankan dengan aksesori di dalam rumah yang sedia ada 😍.



3. 2 Pcs Set -Extra Thick Elegant Curtain - Dark Grey

Seperti sofa, langsir saya juga berusia lebih 3 tahun lamanya Melihat pada kualiti fabrik dan rekaan langsir yang ditawarkan di LAZADA.MY memang menjadikan mata saya begitu rambang untuk membuat pemilihan. Tapi memegang pada konsep "less is more", saya telah memilih langsir Thick Elegant berwarna kelabu gelap sesuai dengan konsep dekorasi rumah saya yang minimalis 😘



4. Selesa 8 inch Bonnell Spring Tilam Kelamin (Queen Size Mattress)


Malam tidak sempurna jika tidak mendapat tidur yang lena. Terbaring lena di tilam yang empuk dengan kualiti terbaik Sistem Bonnell Spring yang diperbuat dari fabrik polister sememangnya bebas bakteria dan "fungus". Yang pastinya dengan tawaran harga terbaik dan mampu dimiliki hanya boleh diapati dari LAZADA.MY. 😋



5. Ergonomic Typist Swivel Office Chair Blue

Saya memang mencari-cari kerusi buat meja komputer. Pastinya pilihan saya kerusi pejabat yang mudah diädjust"dan memberi sokongan sepenuhnya di bahagian belakang. Ini kerana setiap kali saya menggunakan komputer, ianya akan mengambil masa yang berjam-jam lamanya. Pilihan saya Ergonomic Typist Swivel Office Chair Blue, sememang yang terbaik dari LAZADA.MY! 😎


Nah! Inilah pilihan barangan yang diidamkan dari LAZADA.MY bersempena dengan kedatangan tahun 2017. 

Jumlah Yang Dibelanjakan: RM2016.90, lagi 10 sen jadi RM2017, heheheh

Yang pastinya semua barangan yang ditawarkan di LAZADA pada harga sangat berpatutan dan begitu banyak pilihan yang memuaskan. Banyak lagi sebenarnya barangan yang menarik dan memang rambang mata apabila hendak membuat pilihan. Boleh rujuk pada pautan yang disertkan di bawah ya!


Moga tuah Ayam Jantan tahun ini memberi lebih banyak peluang dan kejayaan yang dapat diraih dengan gigih. 👌

Selamat Tahun Baru!

💖
Viewing all 2933 articles
Browse latest View live