Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all 2933 articles
Browse latest View live

GT Mobile GT-888 | Telefon Pintar Untuk Generasi Baru

$
0
0
Dalam hidup ini kita punyai banyak pilihan. Dalam apa jua keadaan, kemahuan, bidang dan minat. Seperti saya seorang yang berada dalam dunia IT biarpun dalam industri pendidikan, saya sentiasa mencari-cari peluang melihat kepelbagaian teknologi lama, sedia-ada dan yang terbaru berada di pasaran Malaysia dan juga Asia Tenggara amnya.

Saya telah diperkenalkan dengan telefon pintar jenama dari Singapura iaitu GT Mobile, jenama yang sememangnya cukup sinonim dan popular terutama bagi penduduk Singapura. Lihat sahaja spesifikasi yang ditawarkan oleh telefon GT Mobile GT888 diatas. Dengan skrin senipis 5.5 inchi, saiz RAM 2GB (yang saya gunakan) - terdapat juga dalam saiz RAM 1GB, berat 160 gram, ROM 16GB dan OS Android 5.1 Lollipop.

Nak cas pun tidak perlu memakan masa terlalu lama. Sekejap sahaja.

Didatangkan dengan 2 warna asas iaitu putih dan hitam. Dan bagi mereka yang suka menggunakan telefon untuk mengambil gambar, GT Mobile adalah antara yang boleh disarankan. Dengan spesifikasi untuk gambar dari hadapan (front) 5MP dan belakang (rear) 8MP ianya sudah memadai untuk hasil gambar yang menarik.

Dari front view

Nice shoot!!

My new bebeh!!


Gambaran dari belakang phone...

Most of pics dari rear view...

Super nice... kannnn hehehehe

Boleh guna dua sim kad uolls. So boleh lebih dapat privasi dengan hanya dari satu telefon pintar, hehehe. Simple yet still elegan. Tidak terlalu kompleks dan sangat mudah untuk difahami biarpun pertama kali menggunakannya.

Bagi saya sendiri telefon GT Mobile GT-888 ini sangat praktikal dan sesuai untuk mereka yang mahukan sesuatu yang sederhana dan memenuhi bajet pembelian telefon pintar pada harga yang mampu dimiliki. Apa yang penting segala spesifikasi untuk sebuah telefon pintar memang hadir dalam GT Mobile GT-888 dan ianya sudah cukup memberi kepuasan dalam hati!

Keterangan lanjut boleh layari http://www.gtmobile.sg/gtmobile/item/281-gt-888 👈


Best ke Bersalin di Hospital Shah Alam dan My Yara

$
0
0
Hai awokkkkk..


Lama sudehh tak hapdet blog.

Rindu juga...


Tapi sebab rasa malas syaitonirojimmmm tu membantut segalanya...

Hahahahah...


Okla...

Saya telah selamat melahirkan anak perempuan pada 26 Januari 9.31 malam di Hospital Shah Alam. Ekceli 2 hari sebelum tu, saya dah masuk wad. Sebab dah ada turun tanda tapi jalan tak bukak2 lagi. Stress gila masuk wad awal. Sebab jadi saksi kengkawan pesakit yang masuk sama-sama dan masuk selepas saya semuanya bersalin awal. Saya jer duk kat wad relaks, macam pergi bercuti di hotel gitu siap beruniform pink kaler.

Mesti korang tanya...

Dah tu kenapa tak minta balik jer dulu...

Sebabnya..

Dr yang advise suh duduk wad..since dah bukak jalan 3 cm (2 hari hokeh 3 cm, huhu). Lagi satu saya dah beranak ramai, takut2 la tercepat tanpa disangka ianya mengambil 72 jam untuk bersalin dari 3 cm, hahahahahaha..


Tapi siyeslah..

Masa mula2 saya sampai kat Dewan Bersalin Shah Alam, untuk pemeriksaan...

Ramai gila orang nak bersalin masa tu...

Jenis duduk kat kerusi muka berkerut2 sebab dah bukak 7cm, 8 cm...

Tapi katil kat dewan bersalin penuh...

Camana tu???


Lepas tu..yang peliknya dowang ni kebanyakan kebanyakan pesakit yang datang bukan orang Shah Alam pun..
Ada dari USJ, Klang, Serdang...tapi sampai ke Hospital Shah Alam..

Doktor pun pening masa tu...

So, saper yang 3 cm dan ke bawah memang pihak hospital suruh cari hospital lain. Kecuali macam kes saya yang memang dari Shah Alam, pemeriksaan berkala pun dari Klinik Kesihatan sebelah hospital. Dowang suruh tunggu hingga bilik kosong. Dan pukul 6pm baru ada katil kosong dan bermulalah percutian saya di hospital.


Rupanya wad khas untuk wanita bersalin/mengandung tak banyak. Cuma ada satu level, 2 wings, jumlah katil macam tak sampai 70 (ikut kiraan saya lahh). Dan wad bersalin memang pengawasaan ketat sikit, security guard dia sentiasa pantau.

Hospital baru, semua memang baru...
Bersih..

See, nasi lemak dier..sedap wooo

Kalau tanya dari segi makanan di hospital Shah Alam ni memang superb!
Sedap kotttt...
Pilihan menu2 dia memang menarik semua...
*Siyes kalah menu hospital PPUM

Sampai setiap kali time makan saya mesti excited...hahahaha
Kalau tak setiap kali saya masuk hospital, mesti saya dah hantar list menu kat Dedet suh dia pergi cari dan beli....tapi di Hospital Shah Alam, makanan hospital dia sentiasa saya nantikan..

Bayangkan ada menu nasi goreng kampung, nasi goreng tom yam, ayam paprik....gilolahhh cam order makanan kat gerai ajo....

Bercakap pasal doktor dan jururawat okla...
Kebanyakan cam muda2 lagi...


Berbanding dengan jururrawat kat PPUM terutama kat dewan bersalin bidan2 semua ala2 mak kita..so lagi nampak selesa bila ala2 achik mak duk sebelah...tapi kat Hospital Shah Alam, banyaknya yang muda. So dia lebih tegas sikit, cakap pun sekadar yang perlu. Banding kalau PPUM, cam boleh cakap ngan mak2...tu kot jer yang berbeza (ini pengalaman saya, pengalaman korang mungkin beza).

Pasal doktor..kat Hospital Shah Alam ramai lagi doktor perempuan. Tapi bilangan doktor taklehlah lawan PPUM...PPUM ramai giler doktor, dari pakar, mo, pelatih bagai.....kalau bersalin cam ramai pulak pom pom gurls kat situ. Bandingg...dengan Hospital Shah Alam nampak lebih esklusif. Takdelah ramai sangat nak saksi kita bertarung gitewww....

Dan saya perasan doktor kat sini (masa kat wad) takdelah rajin sangat nak check VE. Kalau dia check pun sebab ada kontraksi yang kuat. Kalau dia tanya ada sakit..kalau kita jawab sakit sikit, dia cakap OK. Tapi buat CTG tu keraplah. Dan buat VE pun dia akan suruh pesakit ke bilik khas, takdelah buat kat katil yang kita tidur dekat wad.

So hari ketiga, doktor pakar yang buat rutin pemeriksaan, suggest untuk saya dibawa turun ke dewan bersalin. Start the procedure..katanya. So, saya dibawa ke dewan bersalin. Masa ni takde rasa apapun. Nak suh saya buat larian marathon pun rasa gagah lagi, heheh. Dan bermulalah episod pecahkan air ketuban.

Alhamdulillah kebetulan saya bersalin doktor yang bertugas semua perempuan. Sampai bidan tu cakap ngan saya. "Äyu awak tak nak pakai tudung pun takpe, hari ni tak ada doktor lelaki on duty"....


Oh saya saya memang amik suntikan pethidin untuk tahan sakit. 2 kali ya. Ubat dia memang bisa giler tapi untuk satu dos mampu untuk bertahan selama 6 jam jer. Itu belum termasuk saya amik gas Entonox  untuk kurangkan kesakitan. Suntikan tu boleh buat kita tertidur unless kalau mmg kontraksi kuat kita akan sedar, da maksudnya bukaan dah dekat cecah 9cm lah tu. Tapi kalau gas Entonox tu, nak sedut pun ada cara..kena make sure sedut sebelum kontraksi..kalau sedang atau selepas takde guna korang sedut gas tu...Gas tu cam buat kita mamai....

Dedet kebetulan sepanjang kat dalam labour room dia ada gak teman masuk...punyalah banyak dia story pasal anak-anak kat umah lah, pasal keje, pasal apa lagi ntah..sebab dah amik suntikan tu, last2 dia cakap apa semua tenggelam timbul...memang ngantuk teruk tido selamba macam tu jer...

Sedar-sedar rasa kontraksi dah kuat....

Dan selebihnya..kalau nak tahu cerita lebih2..teknik kelahiran dan sebagainya. Kita kena join sesi kopi-kopi..hehehehehe. Malas gila nak taip, hokeh!

Ok, ni total bil....

Terkejut kan...RM4993.00...tu kos sebenar, mana2 hospital itulah kosnya...

Tapi sebab ianya Hospital under fully kerajaan, jadi jumlah yang dibayar hanyalah RM74...

Saya bersalin 26 malam, 27hb petang saya dah boleh check out...
Sebab baby takde masalah apa, dan alhamdulillah saya pun sihat :-)


Tapi berada di Hospital ni saya banyak kenal dengan orang. Macam-macam kisah saya dengar dan dikongsikan  dengan saya. Paling terkesan dengan roomate saya kat hospital ni, dah 13 tahun berkahwin, first baby. Ada masalah kencing manis dan darah tinggi tapi mohon dengan doktor nak bersalin biasa. Akhirnya berjaya juga beliau lalui. Kata beliau, selagi doktor beri keizinan tanpa halangan berat beliau teringin sekali merasai kesakitan melahirkan anak. Saya memang kagum dengan dia, ubat tahan sakit semua tak nak ambil. Hishhhh. Tapi lain orang kan, lain impian dia....

Kebetulan suami beliau pun lepak dengan Dedet kat luar dewan bersalin. Banyak jugaklah berkongsi cerita dan perasaan, hahahahaha. Itulah rezeki, selagi tidak putus asa insyaAllah ada jalannya..

Dan antara yang best pasal hospital ni, parking banyak juga dan setakat entri ini ditulis masih tak ada caj yang dikenakan untuk parking.

Ok, kenalkan....my "YARA"- kupu-kupu kecil

atau nama penuhnya

ADZKIYA - cerdas
TAHRA- bersih, suci, perawan

Panggilan YARA, hehehe kupu-kupu kecil :p

Gambar dari hari pertama sampai hari ketujuh...


Hokeh!

Sehingga berjumpa lagi ya...

tata🙋

Hobi Saya Mahal...

$
0
0
Ekceli saya sangat suka dengan 3 perkataan ni ..

Hikhik


Hobi - Kegemaran / Perkara yang digemari dan dibuat pada masa lapang

Saya - Diri sendiri/peribadi

Mahal- Tak ternilai. Pengukur boleh dari segi  material dan kepuasan

p/s: definisi diatas adalah dari pemahaman saya sendiri tanpa merujuk mana vocay mahupun kamus berilmiah sepertimana yang terdapat di pasaran.

Semua orang punyai hobi dan kegemaran. Dan bagi saya sendiri punyai hobi menyebabkan hidup saya tidak sunyi. Ini kerana saya tahu apa yang boleh buat bila takde perkara penting boleh dibuat. Perkara penting saya merujuk ada kerja bergaji, jaga anak dan suami dan lain2.

Setengah hobi perlukan duit, masa dan tenaga.
Setengah hobi tidak perlukan apa-apa tetapi hanya masa.
Setengah hobi bukan sahaja membuat kita bahagia, tetapi orang yang rapat terus terasa impaknya...

Kawan sebilik saya di opis...hobi dia buat brownies dan kek. Dan akhirnya daripada hobi mencuba dan menghasilkan kek dan brownies menjadikan ianya sebagai  pendapatan sampingan yang cukup lumayan.

PIL saya jenis suka bercucuk tanam. Pantang nampak tanah kosong, ada sahaja pokok yang ditanam dan dibaja. Hasilnya, nak masak dan nak makan adakalanya tak perlu pergi ke kedai mencari. Hanya petik di rumah.

Macam saya sendiri ada banyak giler hobi!

Suka membaca gossip. Hahaha
Suka layan rantaian drama korea...
Suka menulis ntah pape. Sebab tu saya ada blog, kennnn.
Suka window shopping dan.....

*
*
*
*
*
*

Suka join contest...

Dulu saya jenis hardcore juga. Kiranya boleh bertasbihlah isi borang contest sampai 2-3 pagi. Sejenis kegigihan cari PoP (bukti pembelian) jauh-jauh.. Hasilkan slogan, belajar buat slogan, sering tanya pendapat sifu...kiranya berterusan belajar selok belok dunia contest. Sampai satu tahap jadi cam ekstrem jugak. Cuba bayangkan, kalau hampir setiap hari kita tahu menang sesuatu hasil dari hobi yang kita sertai.

Jadi pemangkin, gitewww....

kredit pic  : ezna

Dan yang paling best dapat kenal dengan kengkawan yang punyai minat yang sama. Yang sama-sama ikhlas membantu dengan war-warkan jenis peraduan yang sedang berlangsung. Ada yang sanggup tolong belikan POP, ada yang tolong amikkan borang peraduan. Dan ada juga yang tolong amikkan/collect hadiah yang kita menang. Memang seronok sangat.


Tapi ....

Kadang2...hobi yang kita pernah minat gila buat...
Dia akan kurang minat nak buat...
Bukan sebab takde inspirasi...
Bukan sebab masa, modal dan tenaga yang tidak mencukupi...

Tapi...


sebab usia juga...
dan kehendak keliling yang perlu kita memperlahankan minat kita...
Macam saya, of course tuntutan kepada perkembangan anak2 yang semakin membesar....
So perhatian pada mereka menjadi perkara utama...


Biarpun saya masih rindukan hobi dan dunia contest saya...
Terutama bila berpeluang menghadiri majlis upacara penyampaian hadiah...


Tapi saya kena akur...
Tidak semua benda kekal sama..
Ada naik ada turunnya...


Dan saya masih meneruskan hobi ini...
Cuma sekadar ala kadar..yang mana saya berminat saya akan sertai...


Dan saya tidak akan beria-ia sepertimana sikap saya satu masa dulu...
Ini kerana saya punyai hobi baru....

Yang membuatkan saya lebih rasa tenang dan bahagia sesuai dengan umur saya sekarang ini....

Dan hobi saya mahal dari segi kepuasan yang sebenar-benarnya!
Hobi baru itu..RAHSIA, hiks


Sebab POKKA Sentiasa Menjadi Pilihan!

$
0
0
Seriously! Punyai ahli keluarga yang ramai dalam rumah memang saya selalu bersiap sedia dengan segala makanan minuman yang tersedia yang mana boleh anak-anak saya menikmatinya pada bila-bila masa sahaja. Dan biasanya apabila membuat pemilihan makanan mahupun minuman, saya dan suami yang akan sama-sama berbincang dalam membuat keputusan.

Pastinya kami akan memilih yang terbaik diantara yang terbaik. Dengan memilih bahan kandungan yang bebas bahan pengawet, tiada pewarna, citarasa kopi sebenar dan HALAL semestinya, tidak hairanlah POKKA memenuhi semua kriteria.

Untuk pengetahuan semua, produk POKKA terbahagi kepada 5 iaitu:-

1. Teh Asia (Asian Tea)
2. Teh Barat (Western Tea)
3. Kopi (Coffee)
4. Varian Susu (Milk Range)
5. Jus Buahan (Fruit Juice)


Dan bagi saya sendiri, saya telah mencuba 6 produk dari POKKA iaitu :-

1. Jasmin Green Tea
2. Honey Lemon
3. Premium Coffee
4. Premium Cappuccino
5. Melon Milk
6. Cookies & Cream Milk

Menariknya setiap varian yang dikeluarkan POKKA punyai keistimewaan sendiri yang tidak dinafikan rasa semulajadinya antara penyebab mengapa produk ini WIN dihati penggunanya.


1. Jasmin Green Tea
Jasmine Green Tea antara produk yang HOT dari Pokka. Sepertimana yang kita ketahui "Greentea" atau teh hijau ini sangat bagus untuk kesihatan kerana ianya kaya anti-oksida. Bagi orang yang mengamalkan diet secara sihat, inilah minuman yang perlu diambil ya! Selain mampu mengekalkan kecemerlangan kesihatan, teh hijau juga sering dikaitkan mampu mengekalkan awet muda!

Dan kenapa Pokka Jasmine Green Tea menjadi pilihan saya? Ini kerana rasanya yang tidak terlalu ketara kepahitan teh hijau, hasil campuran semulajadi dengan Jasmine menjadikan teh ini benar-benar sedap dan enak diminum terutama ketika cuaca panas.

Bagi Anaqi beliau sangat sukakan Jasmin Teh Hijau. Dan kerap menikmatinya sewaktu mengulangkaji pelajaran. Ini kerana teh hijau mampu memberi ketenangan dan memberi terapi kepada minda. Jadi bila belajar tidaklah terasa begitu stress :=)

2. Honey Lemon

Kelebihan madu yang kaya dengan khasiat bersama dengan lemon yang mengandungi vitamin C antara minuman yang menjadi remedi dalam penjagaan kesihatan yang konsisten. Menariknya minuman ini bukan sahaja sesuai untuk orang dewasa bahkan kanak-kanak juga boleh menikmatinya.

Seperti Amani, beliau memang begitu menggemari Pokka Natsbee ini. Minuman ini sememangnya rasanya enak dan ianya mampu memberi kesegaran pada badan.

3. Premium Coffee
Coffee lovers?? Ini adalah antara pilihan air minuman yang perlu anda cuba. Dihasilkan dari biji kopi premium yang terbaik tidak hairanlah rasa dan aromanya menepati citarasa kelas tinggi minuman kopi segera. Sememangnya kopi Pokka menjadi pilihan pertama masyarakat dunia sejak tahun 1972 lagi.

4. Premium Cappuccino

Bagi mereka yang lebih meminati kopi bersama extra susu. Pokka Cappucino Premium adalah yang minuman yang perlu dicuba. Kepekatan rasa kopi segar bersama rasa susu yang berkrim membuatkan mereka yang mencuba pasti teruja. Saya sendiri penggemar cappucino, dan percayalah menikmati minuman ini terutama ketika menghabiskan masa senggang membaca buku kegemaran terasa hidup benar-benar lengkap.

5. Melon Milk

Melon Milk mungkinlah bukanlah minuman yang biasa kita jumpa di pasaran. Tapi dalam siri minuman Pokka, ini antara air minuman menjadi pilihan. Dengan susu dan jus melon sebenar setelah dikombinasikan menjadikan ianya berbeza dan istimewa. Bagi mereka yang tidak boleh/minat minum susu, minuman ini pastinya pilihan terbaik, ini kerana kita akan lebih rasa melon. Susu ini boleh juga kita boleh jadikan salah satu ramuan untuk hasilkan puding dan didalam masakan yang lain. 

6. Cookies & Cream Milk
Susu yang mempunyai rasa biskut keluaran Pokka ini bukan sahaja menjadi kegemaran kanak-kanak malahan golongan dewasa juga. Saya sendiri suka menggunakan susu ini sebagai ramuan tambahan alam masakan terutama dalam menyediakan hidangan pencuci mulut. Saya telah mencuba dalam menghasilkan kek, ternyata kek yang dihasilkan tekstur lebih lembut dan rasanya lebih enak. Nanti saya kongsikan resepi di enri akan datang ya. Susu ini sesuai dinikmati bukan sahaja di waktu pagi, bahkan pada bila-bila masa sahaja.

Tiada yang lebih istimewa, apabila dapat menikmati minuman Pokka bersama ahli keluarga lain di mana sahaja dalam apa jua acara. Yang pastinya dengan kepelbagaian variasi Pokka memenuhi citarasa semua ahli keluarga. Dan produk ini mudah didapati di semua rangkaian pasaraya besar dan kecil serata Malaysia. Jangan lupa dapatkannya tau di pasaran gaisss!

Untuk keterangan lanjut boleh layari:-

#pokka
#pokkajasminegreentea

#pokkahoneylemon

 #pokkacappucino

#pokkamilkcoffee 

#pokkamilkhoneydew

#pokkacookiesandcream
#20pokka

Keseronokan 2 Hari 1 Malam di Hotel Grand BlueWave Shah Alam!

$
0
0
Berpeluang merasai sendiri menginap di sini biarpun satu malam meninggalkan momen yang manis buat saya dan keluarga. Hotel Grand BlueWave Shah Alam yang bertaraf 5 bintang menawarkan pelbagai jenis bilik penginapan serta fasiliti terbaik buat pengunjung-pengunjungnya. Selain itu bertambah menarik ke semua restorannya mendapat kelulusan sijil HALAL daripada pihak JAKIM .

So sweet kan. Sampai-sampai di bilik menginap dah dapat bunga :-)

Saya sangat tertarik dengan hiasan di setiap karidor di setiap level. Pencahayaannya dengan sedikit hiasan minimalis berserta sentuhan warna bumi menjadikan dekorasi hotel ini nampak lebih esklusif.

Tidak hairanlah di setiap sudut biarpun hanya di koridor, depan pintu lif dan lain-lain menjadi tarikan pada setengah penginap disini untuk mengambil gambar seperti OOTD. Ini termsauklah saya sendiri. 

Hotel Room Coridor

Hotel Grand BlueWave Shah Alam terletak betul-betul di pusat bandarnya Shah Alam. Selain berhampiran dengan Muzium Negeri, pusat membeli-belah seperti SACC Mall dam PKNS.  Hotel ini juga begitu dekat dengan Masjid besar yang menjadi kebanggaan warga Selangor. Gambar diatas merupakan pemandangan dari bilik saya di tingkat 13.

Kelainan pada suis di bilik penginapan juga mencuri hati saya. Mudah difahami kerana terdapat gambar dan juga label pada suis.

Begitu juga dengan suis yang lain seperti lampu meja, penjru katil,meja mekap dan lain-lain. Nampak esklusif bukan hiks.


 Executive Room

 Club Lounge

 Deluxe Room - twin bed

Deluxe Room
Corporate Floor - Deluxe King

Ladies Floor - Suite

Presidential Suite

Untuk pengetahuan semua hotel Grand BlueWave Shah Alam menawarkan 341 bilik dengan hiasan kontemporari moden dengan 3 warna tema iaitu hijau, marron dan biru. Selain itu hotel Grand BlueWave Shah Alam juga menawarkan "Club Lounge" yang lebih privasi sesuai untuk "business treavelers".Jenis bilik yang ditawarkan adalah dari Deluxe Room sehingga ke Presidential Suite.
Untuk bilik saya diami untuk satu malam adalah jenis Deluxe Room.

Kemas teratur dengan keluasan yang selesa. Begitu juga dengan keadaan bilik air, cantik dengan sentuhan simen marble.

Seperti mana kebanyakan bertaraf 5 bintang, segala peralatan mandian lengkap disediakan oleh pihak hotel.

Pada mereka yang inginkan ketenangan mandian buih-buih dan tab mandi, bolehlah merasainya sendiri di sini :=)

Buat anak-anak pula, selain daripada kolam mandi menghabiskan masa di depan tv antara aktiviti yang digemari.

Di hotel Grand BlueWave Shah Alam terdapat 4 restoran/cafe boleh dikunjungi. Jika berminat dengan masakan melayu dan tradisional boleh kunjungi Restoran Royale Songket, masakan cina di Restoran Tung Yuen, hidangan Jepun boleh dinikmati di Agehan Japanese Restaurant dan untuk cafe degan pelbagai manisan enak dan kopi/teh bolehlah cuba di Borak Borak Lounge.




Bagi saya sendiri di Borak Borak Lounge bukan sahaja menawarkan pelbagai hidangan manisan yang enak. Bahkan cafe ini sangat sesuai sebagai lokasi lepak-lepak secara santai atau diskusi bersama rakan.

Pic by Amy Aril
 Pelbagai jenis hidangan ringkas dan enak.

Pic by Amy Aril

Begitu juga dengan manisan yang terdapat disini. Memang benar-benar memikat jiwa. Dari kek coklat, pelangi, strawberi. Begitu juga dengan puding ada pelbagai jenis rasa dan tidak lupa kuih muih tepatan turut ditawarkan sama.


Bagi peminat hidangan Jepun, Agehan Japanese Restaurant di hotel Grand BlueWave Shah Alam adalah pilihan terbaik. Apatah lagi sekarang telah diadakan promosi LOVE FOOD HATE WASTE yang telah membawakan set menu terbaru di Agehan. 

Sushi Gozen

Sashimi Gozen

Antara set terbaru di Agehan adalah Sashimi Gozen *RM68 (per person), Sushi Gozen *RM58 (per person) dan Tempura Gozen *RM48 (per person) .

Saya dan keluarga juga berkesempatan merasai hampir ke semua hidangan yang disediakan secara buffet disini. Semuanya nampak menarik dan sememangnya sangat sedap!
Pelbagai sushi seperti Kappa Maki, Maguro Sushi, Kani Maki dan lain-lain'

Pencuci Mulut - chawan mushi dan lain-lain

Yasai Salada dan pelbagai jenis salad yang lain.

Hidangan paling win di hati anak-anak saya yang ini. Dengan keju lelehnya diatas dan percikan herba memang betul-betul sedap.


LOVE FOOD HATE WASTE 

Terdapat pelbagai promosi dar masa ke semasa. Untuk keterangan lanjut boleh rujuk kepada FB dan instagram hotel Grand BlueWave Shah Alam ya!


Masakan melayu dan antarabangsa boleh dinimati di Restoran Royale Songket.

Untuk buffet Sarapan Pagi (6 pagi - 10.30 pagi)
RM35+ (Dewasa)
RM20+ (Kanak-kanak)
RM9.45+ (3-4 tahun)

Untuk Makan Tengahari -All You Can Eat-Isnin sehingga Jumaat (12 tengahari - 2.30 tengahari)
RM68+ (Dewasa)
RM35+ (Kanak-kanak)

Untuk Makan Malam -All You Can Eat-Sabtu sehingga Selasa (6.30 petang- 10.30 malam)
RM68+ (Dewasa)
RM35+ (Kanak-kanak)

Weekend Hi-Tea - Sabtu dan Ahad (12 tengahari - 4 petang)
RM68+ (Dewasa)
RM35+ (Kanak-kanak)
RM45+ (Warga Tua)

Antara sarapan yang dinikmati :=)


Saya juga berkesempatan mengikuti demonstrasi masakan oleh Executive Sous Chef Firdaus Ismail yang merupakan antara chef terbaik di sini.  Beliau telah membei tunjuk ajar dua resepi mudah dan paling penting ianya sedap dan berkhasiat.

Tadaaaa! Hidangan yang dipelajari iaitu  Healthy Green Pea Soup and Healthy Chicken Piccata With Past and Mushroom

Di tingkat 4 hotel Grand BlueWave Shah Alam menawarkan pelbagai fasiliti dan kemudahan buat mereka yang datang menginao di sini. Antaranya gymnasium, kolam mandi, spa, jakuzi dan sauna serta bilik khas untuk kanak-kanak bermain.

Gymnasium

SPA

Children Playroom.



Kolam mandi yang menjadi tarikan utama kanak-kanak. Luas dan selesa.


Bilik jakuzi yang memang diasingkan untuk lelaki dan perempuan.

Yeszaaa sauna!!!!


Hotel ini jug amenyahut saranan kerajaan dalam usaha menjaga bumi agar lebih terpelihara dengan meletakkan tempat untuk kitar semula sampah di pelbagai sudut di dalam hotel.

Keadaan dan susasana lobi yang luas dan kemas.

Terdapat kemudahan lain seperti pusat khidmat pelanggan, busines centre, kiosk jualan, E-chat room dan di hotel ini juga menyediakan bilik-bilik seminar dan dewan yang luas sesuai untuk diadakan seminar mahupun majlis-majlis keraian seperti persandingan dan majlis hari jadi.

Rebana Hall Classroom

Rebana Hall Dome

Terdapat banyak pakej yang ditawarkan, untuk keterangan lanjut boleh hubungi talian:-03-55118811 ext 2723, 2724 atau 2725 (telemarketing).

Segala berkaitan dengan promosi terkini anda bole juga layari:-


ataupun



Bercuti mahupun bekerja sambil bersantai di Hotel Grand BlueWave Shah Alam ternyata berbaloi dan memberi kepuasan pada yang pernah mengalaminya. Dengan lokasinya yang strategik, kemudahan fasiliti terbaik dan selesa,pekerja hotel yang ramah serta mesra,  tidak hairanlah hotel ini menjadi pilihan pelancong luar negara dan tempatan. 🙆


kredit : Nannie Isa
Aktiviti paling seronok apabila berpeluang menyertai Fitness Dance bersama Puan Adilla Idris 🙇

Biarpun semalaman, masa yang dapat dimanfaatkan bersama keluarga dengan pelbagai aktiviti menarik menjadikan saya dan anak-anak tidak teragak-agak untuk kembali bercuti di sini lagi. Apatah lagi di Hotel Grand BlueWave Shah Alam semuanya ada dan menjadikan trip percutian pendek kami begitu sempurna.

Aktiviti Seni Kraf Ameer | Ayam Jantan ZooMoo

$
0
0
Bersempena dengan Ameer yang sedang bercuti sekarang, saya telah menyediakan pelbagai aktiviti untuk beliau agar masa yang terluang dapat dimanfaatkan dengan perkara yang berfaedah. Dengan kerjasama dari pihak ZooMoo, saya telah mengajar dan membantu Ameer untuk menghasilkan satu seni kraf "Ayam Jantan"dengan menggunakan bahan-bahan yang telah disediakan leh pihak ZooMoo.

Antara bahan yang diperlukan adalah seperti:-
1. Pinggan kertas
2. Kain felt - warna merah dan oren
3. Mata
4. Bulu warna-warni
5. gam
6. gunting

Lipatkan kepada 2 bahagian pinggan kertas tersebut.

Lekatkan mata di hujung pinggan kertas yang telah di lipat. Perlu lekat di kedua belah ya!

Lipatkan kain felt warna merah kepada 2 bahagian. Gunting seperti di atas untuk dijadikan jambul ayam.

Lekatkan kedua-dua jambul ayam seperti di atas.

Lipat dua kain felt warna oren dan potong segitiga untuk dijadikan sebagai paruh.

Letakkan ibu jari di kain felt warna yang telah dilipatkan dua. Gunting ikut ibu jari. Lekatkan hasil guntingan di bahagian bawah untuk dijadikan sebagai baji ayam.

Di bahagian belakang pinggan kertas. Gunting sedikit.

Seterusnya letakkan bulu warna untuk dijadikan sebagai ekor ayam.

Tadaaaaaaaaa...

Muka bangga tak hengat sebab berjaya mendengar arahan mummy dan seterusnya dapat menghasilkan seni kraf tangan rupa Ayam, hiks.

Untuk aturcara rancangan ZooMoo dan pelbagai aktiviti buat anak-anak boleh layari:-


Selamat mencuba!!

KL CARNIVAL Akan Datang Di Bukit Jalil, Jom Terjah!

$
0
0


Satu majlis beramah mesra telah diadakan pada 15 Februari 2017 di Kuala Lumpur oleh pihak pengurusan KL Carrnival Entertainment Shopping Bazaar Sdn. Bhd. Majlis diadakan bagi menghargai pengamal media tempatan dalam mempromosikan penjenamaan semula bazar berkenaan.


Untuk pengetahuan semua majlis beramah mesra di tapak KL Carnival, di Bukit Jalil ini turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif KL Karnival Sdn. Bhd., iaitu Mohd Rustam Haji Roshandin.

Turut memeriahkan majlis, barisan artis tempatan dan personaliti tanah air yang menjadi residen artis KL Carnival. Antara artis yang turut sama hadir seperti Amira Othman, Shiha Mentor, Tahirah Sirat, Ramona Zamzam, Ziha AF, Alif AF, Shidee, Joey BPR, Maria Tunku Sabri, Sharifah Zarina, Ran Raja Lawak, serta Reyhana Yunus dan ramai lagi.

Persembahan Atari Dance

Selain diserikan dengan kehadiran residen artis, pengamal media juga berpeluang meninjau ruangan jualan yang mula beroperasi pada 24 Mac 2017. Majlis beramah mesra diakhiri dengan sesi karaoke di antara pengamal media dan residen artis.

Sebanyak RM5,000 000.00 telah diperuntukkan untuk mejayakan KL Carnival Entertainment Shopping Bazar yang berkonsepkan ‘Kontena Market’ dengan lebih 300 kontena dan 300 khemah ini bakal menjadi bazar yang menggunakan konsep kontena terbesar di Asia.

Visual concept berkenaan tapak KL Carnival Bukit Jalil

Untuk pengetahuan semua pemindahahan ke lokasi baharu ini sekaligus dapat membantu rakyat Malaysia yang ingin mencari pendapatan tambahan serta mampu merancakkan ekonomi dan industri pelancongan negara.
Visual concept berkenaan tapak KL Carnival Bukit Jalil


Secara tidak langsung dengan adanya projek ini dapat membantu peniaga di KL Downtown Night Market yang sebelum ini telah hilang punca pendapatan selepas tapak niaga yang telah beroperasi 10 tahun di Bandar Tun Razak terpaksa ditutup kerana projek pembangunan.
Untuk pertanyaan, sila hubungi:
016 – 677 7016
03 – 4288 2844



KUASAI KEHIDUPAN – Jadilah Jejaka ROMANO

$
0
0

Nah! Jejaka moden hari ini sememangnya menjalani kehidupan yang penuh cabaran. Mereka inginkan keistimewaan tersendiri dan mahu sentiasa berada di hadapan dalam hidup. tidak dinafikan penampilan segak  dan keyakinan adalah penting kepada jejaka bagi mengatasi cabaran dan menyerlah dalam setiap keadaan. Wangian maskulin yang unggul merupakan senjata tersembunyi bagi menyerlahkan keyakinan dan personaliti mereka. Kejayaan seterusnya diraih apabila mereka bijak mengawal keadaan dan menikmati setiap fasa kehidupan sama ada dari aspek profesional, peribadi ataupun kehidupan sosial – Dan mereka ini ialah Jejaka ROMANO.

Jejaka ROMANO semestinya cemerlang dalam pekerjaannya. Mereka berkeyakinan tinggi, dan menguasai setiap perkara yang dilakukan dengan tenang dan berkarisma. Mereka menjadi tumpuan ke mana sahaja mereka pergi. Dihormati, bersemangat waja dan sentiasa di puncak, jejaka ROMANO adalah epitome sebenar kejayaan.

Kehidupan sosial mereka sering dipenuhi keseronokan dan mereka tahu bagaimana untuk menikmati kehidupan. Seorang jejaka moden yang aktif, ceria dan mesra, jejaka ROMANO sememangnya menikmati hidup sepenuhnya!

 ROMANO Eau De Toilette baharu untuk jejaka moden menyerlahkan nilai tersebut dengan haruman maskulin sebenar yang tersendiri.  Wanita disekelilingnya pasti tertarik  dan menyedari kehadiran mereka. Peranan utama haruman maskulin ini adalah bagi mengaktifkan tarikan serta menciptakan keserasian sesama lelaki untuk saling berkomunikasi.

ROMANO Eau De Toilette didatangkan dalam dua pilihan; FORCE dan UNIQUE untuk disesuaikan dengan sifat jejaka kontemporari. Kuasai Kehidupan merupakan manteranya untuk berjaya
 ROMANO Eau De Toilette – FORCE

Ia mewakili jejaka unggul dengan tenaga hebat yang tersendiri bagi memimpin dan menyelesaikan segala perkara. Kejayaannya disanjungi ramai, kekal tenang serta berpengaruh. FORCE menggabungkan ekstrak wangian segar tumbuhan yang menyerupai bauan semula jadi. Kesegarannya terserlah menerusi ekstrak sitrus bersama aroma Lavender, yang diadunkan dengan nuansa lautan dan ekstrak maskulin Woody. Haruman maskulin ini khas untuk jejaka urban aktif yang gemarkan cabaran dan berjiwa bebas.


 ROMANO Eau De Toilette - UNIQUE

Untuk jejak berkeyakinan tinggi dan penuh potensi. Sentiasa berada di hadapan dalam apa jua keadaan.  Kejayaan dan kebolehannya membuatkan orang sekeliling tertarik kepadanya. UNIQUE menyerlahkan kesegaran adunan Lavender dan Bergamot. Wangian disempurnakan dengan ekstrak Woody serta  kombinasi Sandalwood dan Patchouli. Wangian moden ini memancarkan magnetisme, keyakinan dan memberikan aura tersendiri kepada sang jejaka. 
Wangian ROMANO EDT ternyata adalah sentuhan terakhir bagi menyempurnakan keunggulan personaliti jejaka hbat!

ROMANO Eau De Toilette dijual pada harga RM40.60 dan boleh didapati di semua farmasi utama, pasar raya besar dan pasar raya di seluruh negara. 

ELITE – Gaya Berkekalan Buat Si Anak Teruna!

$
0
0
AfiqXtopBigBang


Gayaan rambut untuk lelaki dari kanak sehingga dewasa  memang ada pelbagai fesyen. Ada gaya panjang, pendek, yang terpacak, gaya santai mahupun kelihatan “edgy”. Apatah lelaki moden hari ini lebih gemar untuk menjadi lebih kreatif dengan cara memutar, meramas dan menggayakan rambut untuk menghasilkan fesyen tersendiri agar personaliti diri itu lebih menonjol.

Ini kerana Gaya rambut hebat adalah elemen yang sempurna untuk menjadikan si jejaka kelihatan lebih sofistikated, “cool”, lebih digemari dan bergaya. Anak-anak lelaki saya memang suka menukar lebih dari satu gaya rambut mereka. Semasa ke sekolah, keluar berjalan, bersukan dan biarpun hanya tinggal di rumah pelbagai raya rambut dihasilkan.

Melihat pada kegemaran mereka yang gemar menukar gaya rambut, saya telah memilih produk terbaik bagi memastikan krim gayaan mudah diguna, mereka gembira dengan hasil rambut digayakan, dan paling penting gaya tersebut kekal sepanjang hari!

Yup gaiss, anak-anak saya menggunakan ELITE, jenama penggayaan rambut lelaki terulung memahami keperluan seorang jejaka dan percaya bahawa penggayaan rambut boleh membina imej seseorang. Dan yang terkini  ELITE On The Go Hair Wax- wax untuk gaya berkekalan!

Rangkaian ELITE Hair Wax dengan formulasi mudah bilas dan mudah digayakan ini hanya memerlukan penggunaan minimum bagi menghasilkan kesan maksimum, semuanya terkandung dalam pembungkusan yang menarik ini. Produk ini membolehkan si jejaka mengubah bentuk gaya tanpa perlu mengaplikasi semula wax bila-bila masa dan di mana sahaja untuk gaya rambut yang baru.

ELITE menjadikan semuanya mustahil untuk lelaki melangkaui batasan bagi mendapatkan gaya rambut yang mereka inginkan. Dengan pek mudah guna ELITE ON THE GO baharu, si jejaka akan sentiasa bersedia untuk tampil bergaya.





Shiny Wet memberi gaya hebat yang luar biasa biasa. Calit pada bekas hijau ini dan gayakan rambut agar kelihatan lebih bersinar, bertekstur dengan hasil yang menakjubkan!



Rugged Matte untuk si jejaka yang berbahaya. Bekas kelabu gelap ini mampu menyembunyikan rahsia anda. Tampil lebih serius dengan kurang kilat membuatkan anda kelihatan benar-benar bahaya. Ni kalau anak suka buat rambut rugged, pilihan varian ini adalah yang terbaik.

Spiky Webmencipta gaya lawan graviti yang sentiasa terpacak! Awas: Jejaka yang inginkan sesuatu yang lebih buat dirinya akan menjumpai segalanya dalam bekas merah jambu neon ini.  




Wavy Loose menjadikan segalanya santai dan mudah untuk jejaka yang tampil bersahaja. Hanya bekas biru ini yang anda perlukan untuk tampil menawan tanpa tekanan!

Airy Wildhadir dalam warna jingga terang memberikan rasa ringan, bebas dengan jumlah yang mencukupi untuk melepaskan sisi liar anda!

Aktor Jong Ki dengan style rambutnya yang bersahaja tetap nampak cute giler!

ELITE Hair Wax kini boleh didapati dalam dua saiz. Pek 68g berharga RM17.10 setiap satu manakala saiz poket On the Go pula berharga RM5.90 setiap satu. ELITE boleh didapati di semua cawangan runcit utama, pasar raya besar dan farmasi terkemuka.  

Cipta apa sahaja gaya rambut yang anda inginkan dengan variasi ELITE yang terdiri daripada fibre, clay ataupun wax. Kini anda tidak akan terhad dengan satu gaya rambut sahaja. 

Jom tampil kelainan!

Kek Kukus Pokka Cookies Oreo

$
0
0
Seronok betul bila dapat hasilkan satu hidangan dari produk kegemaran ~Susu Cookies & Cream dari jenama Pokka. Apatah lagi produk yang digunakan bukan sahaja enak, ianya juga selamat dari bahan pengawet dan tanpa pewarna. Selain itu, produk ini mudah didapati di mana-mana pasaraya di Malaysia.

Ok, untuk entri kali ini saya nak kongsikan satu resepi yang telah saya cuba dan ianya sememangnya mudah terutama jika kita nak sediakan sebaagai hidangan minum petang ataupun musim-musim perayaan seperti Hari Raya nanti.



Bahan-bahannya:

• 1 cawan tepung gandum
• 1 sudu teh baking powder 
• 1 cawan gula kastor
• 1/2 cawan mentega
• 10 ml Pokka Coffee
• 100 gram biskut oreo dibuang inti dan dikisar 
• 125 ml Pokka Milk Cookies & Cream
• 2 sudu besar susu pekat manis
• 1 sudu minyak masak
• 2 biji telur
Cara membuatnya:

1.  Di dalam mangkuk adunan, pukul gula dan mentega sehingga kembang.


2. Masukkan telur. Dan terus pukul sampai kembang.


3.Campurkan Pokka Milk Cookies & CreamPokka Coffee, susu pekat dan minyak masak. Pukul sebentar cukup sehingga adunan bergaul rata sahaja. 
1.  
4.  Ayakkan tepung bersama baking powder, kemudian campurkan ke dalam adunan tadi. Masukkan adunan tepung sedikit demi sedikit. 


5. Masukkan oreo yang telah dipecahkan dan gaul rata. Ketepikan.
 

6.  Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah digris dengan mentega dan dialas kertas minyak. Kukus selama 45 minit.


7. Selesai. Tadaaaaaaaaaaaaa.


Memang  seronok bila hidangan disediakan turut digemari ahli keluarga yang lain. Paling penting bahan yang digunakan senang didapati dan cara nak sediakan pun mudah, tidak mengambil masa terlalu lama.
Kenikmatan berganda apabila menikmati kek kukus Pokka Cookies Oreo ini bersama dengan minuman Pokka Coffee ataupun bersama Pokka Susu Cookies & Cream. Cubalah uolls resepi ini. Pastinya kalau kita dapat sediakan pada musim-musim orang bertandang beraya, kek ini pastinya mencuri perhatian tetamu yang datang menziarah.

Untuk melihat produk Pokka yang lain boleh rujuk kepada entri terdahulu saya di sini:-

Joms Sertai Peraduan “We Want You To Be On TV” Bersama Dato’ Chef Haji Ismail dan Selebriti Jemputan!

$
0
0
Hollaaa!!!!!!

Masih ingat lagi tidak kemunculan saya di rancangan Chef Mail Masak Bersama Pensonic Episode 1 (hik hik hik).

Flash-back sikit 🙇

Macam tak percaya tau! Bila tengok muka sendiri di kaca televisyen. Umpama mimpi dalam mimpi, pabila peluang ini datang seperti"bulan jatuh ke riba". Pengalaman seumur hidup berkongsi tentang hidangan yang digemari oleh famili ditemani oleh chef selebriti iaitu Chef Ismail dan juga pelakon pujaan saya iaitu Zara Zya!

Apa yang pasti peluang seperti ini banyak mengajar saya untuk lebih optimis, lebih yakin dan paling penting mampu menguji tahap kemampuan saya untuk lebih berani dengan mencabar kebolehan diri.

Macam-macam tips yang saya pelajari dari Chef Ismail. Teknik untuk menghasilkan hidangan agar lebih sedap. Cara mudah dan praktikal dalam menyediakan hidangan dengan pantas dan banyak lagi. Seronok sangat! Apatah lagi Chef Ismail memang seorang yang peramah dan rajin melayan.

Berganding dengan Zara Zya memang saya tidak jangka sekali. Sebabnya Zara Zya masa ni memang antara selebriti yang popular terutama bagi peminat drama tempatan. Saya mula minat dengan Zara Zya sejak menonton dramanya yang pertama LOVE YOU MR ARROGANT. Memang lakonannya yang pertama sebagai heroin dalam drama tersebut benar-benar mencuri hati saya. Bertemu beliau didepan mata buat pertama kali, memang membuatkan saya teruja. Dengan gelagatnya yang selamba, gila-gila dan peramah menjadikan saya tidak berasa kekok bila diganding bersama 🙏

Haaaah...
Sekarang dah ada musim yang terbaru uolls...


Chef Mail Masak Bersama Pensonic Kembali Lagi!
Peraduan “We Want You To Be On TV” Bersama Dato’ Chef Haji Ismail dan Selebriti Jemputan

Dan Pensonic sedang mencari peserta-peserta baru untuk menyertai rancangan masakan mereka yang akan datang! 7 peserta yang terpilih (pemenang) berpeluang memasak bersama Dato'Chef Haji Ismail di TV. Bukan itu sahaja peserta juga akan ditemani dengan selebriti pilihan. Siapakah selebriti tu? Hahahaha, Rahsia.

Untuk kali ini pengambaraan video untuk program memasak  bersama Dato' Chef Haji Ismail dan Selebriti Jemputan akan diadakan di restoran-restoran yang dipilih oleh penaja. Peserta (pemenang) akan dihubungi oleh penaja dan akan diberikan keterangan lanjut mengenai penggambaran video. 

Cara untuk menyertai:-

  • LIKE page PENSONIC FACEBOOK.
  • Emailkan ke fb@pensonic.com : Nama resepi (berserta gambar), bahan (berserta gambar) dan cara penyediaan langkah demi langkah (berserta gambar).
  • Emailkan juga ke fb@pensonic.com : Nama seperti dalam Kad Pengenalan, Nombor Kad Pengenalan, Alamat, Nombor telefon bimbit, Emel.
  • Sebelum 3 Mac 2017!

Tertakluk kepada terma & syarat


Jom uolls rebut peluang ini.
Masak dengan chef dan selebriti,
Pengalaman yang pastinya meninggalkan memori,
“We Want You To Be On TV”

Belum cuba belum tahu.
Good luck gaissssssssss 💓💓💓

Aplikasi Talian Berbelanja Dengan Mudah ~honestbee!

$
0
0
Rakyat Malaysia kini mempunyai cara baru yang hebat untuk membeli barangan runcit dan keperluan rumah dalam talian. Aplikasi pembelian barangan terbaru dalam talian iaitu honestbee, yang bukan hanya menawarkan pelbagai barangan runcit pekerja, bahkan turut disediakan tawaran pemilihan makanan seperti kek, barangan kesihatan dan sebagainya. Paling menarik segala pembelian kita akan diuruskan oleh honestbee termasuklah perkhidmatan penghantaran.


“I am excited to announce our official entry into the Malaysian market. Over the past few months, our trial operations were met with positive response from both customers and partners. I believe that we have the ideal team in place to meet the needs of the communities in Malaysia,”
Joel Sng, co-founder and CEO, honestbee.



“Our fast-paced lifestyles have necessitated the need for a fresh platform that offers the
ease and convenience of shopping from multiple outlets. This makes daily life easier so
they can spend time on what is more important, and also go about their routines with
less hassles,” 

“Our goal is to get you what you need, when you need it. Our concierge shoppers ensure that the items in our customers’ shopping cart, including meat and produce, are carefully handpicked with freshness guaranteed. With our technological expertise and efficient network, we bring convenience and ease to shopping, delivering groceries
within the next hour time slot,”
Pauline Png, CMO, honestbee.

Aplikasi honestbee kini bekerjasama dengan lebih daripada 10 outlet yang terkenal.
Antaranya seperti :-
Ben Grocer Bebas (B.I.G.) 
Shojikiya
Fareastflora.com 
Cat &The Fiddle
Southern Rock Seafood
Castania Nut Boutique
Vom Fass
The Blue Cow Butcher
La Juiceria
Wondermilk
Wine Connection 
Cookie Box
GNC
Real Food
Chai Huat Hin
Jezripe


Aplikasi honestbee sememangnya sudah cukup popular di Singapura sejak dilancarkan pada tahun 2015, dan kini honestbee telah berkembang dengan begitu pantas yang mana dalam 19 bulan yang lepas ianya telah mula diperkenalkan di bandar-bandar utama di seluruh Asia, termasuk Kuala Lumpur, Malaysia.

Dan honestbee menyasarkan untuk memperluaskan perkhidmatan mereka ke bandar-bandar lain pada akhir tahun 2017.
 

Cara nak buat pesanan melalui laman web atau  alikasi Hoonestbee boleh rujuk pada gambar di atas ya!

 Saya dah cuba memuat prmbrlian, dan ianya ternyata memang mudah sangat!

Untuk platform honestbee di Malaysia ianya boleh diakses dengan melayari laman https://honestbee.my atau memuat turun app honestbee melalui Apple App Store atau Google Play Store


 Buat pemilihan outlet dan barangan yang dikehendaki.



Sebab ianya mudah. Semuanya di hujung jari anda. Klik sahaja dan ianya akan masuk ke katalog pembelian. Siap buat pemilihan terus check-out.

Boleh buat pemilihan masa dan tarikh penghantaran.

Buat pembayaran. Setel. Jangan lupa simpan no rujukan pembelian.


Bersempena dengan pelancaran rasmi, honestbee akan menyediakan RM 1 penghantaran tanpa perbelanjaan minimum untuk semua kedai-kedai dari sekarang sehingga 14 Mac 2017.

Menariknya apabila kita menerima barangan yang telah ditempah melalui talian. Kita boleh semak pembelian dan seterusnya menurun tanda tangan secara digital. Efisien bukan ?

Oh ya, bagi pembaca blog www.ayuarjuna.blogspot.my. Anda boleh dapatkan rebat sebanyak RM30 apabila berbelanja mengunakan aplikasi talian ini melebihi RM150. Dengan cara masukkan kod promosi BEE30. (PROMOSI SAH SEHINGGA 31.3.2017)

Jangan lepaskan peluang ini gaisss.
Berbelanja dengan mudah, selamat dan pantas!

Whoosh Kini Dibuka di Sunway Piramid | Kempen 'Eye Am Stylish' 2017

$
0
0
Untuk pengetahuan semua Whoosh kini telah membuka outlet terbarunya di Sunway Piramid. Ini merupakan outlet yang ke-18 sejak penubuhannya yang bermula pada tahun 2015.

Nama Whoosh itu sendiri memberi maksud - FAST, FRESH dan FORWARD!
Sesuai dengan realiti kehidupan hari ini yang masing-masing mengejar kesibukan dan perlu dilakukan dengan pantas dan tepat.

Whoosh merupakan subsidiari di bawah Focus Point, satu jenama produk fesyen cermin mata yang semeangnya diminati mereka yang sukakan cermin mata yang bergaya. Apa yang menarik konsep kedai Whoosh membenarkan pelanggan mencuba dan mendekati sendiri pilihan cermin mata yang dikehendaki tanpa rasa stress atau gangguan dari pembantu kedai.


Selain daripada itu harga yang ditawarkan cukup berpatutan dan ianya memberi pulangan yang hebat. Ini terutama apabila pelanggan boleh mendapatkan pilihan cermin matanya sendiri dengan harga yang mampu dimiliki.




Bersempena dengan pelancaran pembukaan terbaru, Whoosh juga telah memperkenalkan kempen terbaru mereka iaitu "Whoosh, Eye Am Stylish!"2017.

Dalam kempen terbaru ini, Whoosh memperkenalkan 5 gaya berbeza dengan 4 harga tetap yang berpatutan ditawarkan. Antara gaya yang ditengahkan seperti Sunnies, Trendy, Urban, Vintage dan Young.


Selain daripada itu di majlis pembukaan outlet ini turut didatangkan Cik Evelyn Ch'ng selaku Pengetua Perunding Imej Emage Style Consultancy yang berkongsi tentang tips pemilihan cermin mata terhadap keperluan seseorang individu. Menurutnya lagi pemilihan cermin mata perlulah mengikut bentuk muka, warna kulit dan juga personaliti yang dimiliki.

Kak Ira dengan pemilihan cermin mata yang digemarinya. Memang cantik terletak!

Vogue si manis Rane! Punyai kelas yang tersendiri jika tahu menggayakan mengikut keperluan dan acara.

Klasik tapi tetap tetap kelihatan trendy! Menyerlah personaliti pemakan apabila tepat membuat pemilihan kesesuaian bentuk buka dan personaliti diri.

Pilih Whoosh untuk koleksi cermin mata peribadi anda!
Oh yeahh!!

COCO Concept Store Pilihan Mereka Yang Menggemari Fesyen Ala Jepun

$
0
0
Coco Concept Store, butik pakaian yang diinspirasikan dari Japan-Inspired Fashion CO iaitu sekumpulan pereka muda yang mempunyai misi bagi mempertengahkan fesyen kontemporari serta minimalis buat lelaki dan wanita. Apa yang menarik di COCO turut menawarkan pelbagai rekaan pakaian tanpa mengira usia. Ini terutama fesyen Jepun Streetwear, rekaan pakaian kerja Jepun dan fesyen Harajuku.



Keunikan COCO ternyata terletak pada gaya fesyen yang kasual dengan sedikit sentuhan Shinjuku-Versatile yang boleh di suai padan. Paling penting ianya memberi keselesaan dan sesuai digayakan di sebarang acara. Sepertimana yang kita ketahui fesyen streetwear di Jepun mempunyai keunikkannya yang tersendiri, di mana setiap pemakai akan tampak berani.








Oh ya! Ada berita baik untuk mereka yang tinggal di kawasan Kuala Lumpir dan Selangor. COCO Concept Store akan membuka cawangan terbaru mereka di Melawati Mall, Ulu Kelang. pada bulan April 2017. Jadi rebut pelang untuk dapatkan lebih banyak pilihan pakaian yang berinspirasikan dari Jepun:-)

Jangan lupa terjah!

COCO Concept Store, Lot No. F23, Level 1,AEON Tebrau City, Taman Desa Tebrau, Johor.

Majlis Penyampaian Hadiah Pokka “Share & Win”

$
0
0

Pokka Malaysia telah menganjurkan Peraduan “Share & Win” di laman social Facebook, yang mana ianya juga dengan kerjasama dengan outlet 99 Speedmart. Untuk menyertainya, setiap peserta perlu membeli produk Pokka dengan minimum pembeliaan RM8 dalam satu resit. Seterusnya bergambar dengan produk dan kongsikan gambar berkenaan berserta caption yang menarik di laman FB Pokka Malaysia. Dan peserta perlu dapatkan LIKE sebanyak yang mungkin. 

Seramai 4 pemenang bertuah dipilih dan berjaya memenangi telefon pintar Oppo bernilai RM1,200. 
Satu majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang telah diadakan pada 2 Mac 2017 di Wisma 99 Speedmart, Klang. Turut menghadiri majlis penyampaian hadiah tersebut ialah Encik Patrick Chan (General Sales Manager), Cik Yew Joo Wei (Brand Manager) dan Cik Mavis Phang (National Sales Manager). Mewakili 99 Speedmart telah Encik Simon (Pengarah IT) dan Encik Yong (Operation Manager).





 Antara pemenang bertuah bergambar kenangan bersama dengan pihak Pokka dan 99 Speedmart.

About POKKA

Pokka was established in 1977 by parent company Pokka Corporation, which is headquartered in Japan. Pokka Corporation (Singapore) Private Limited (“Pokka”) is a leading food and beverage group in Singapore and the Asia Pacific region. Pokka’s strength lies in the way that its beverages are made - no colouring, no preservatives, brewed from premium coffee beans and 100% tea leaves and using real ingredients for all its juices. Pokka beverages has expanded worldwide into more than 50 countries across Asia, the Middle East and Europe. In Singapore, its flagship beverages are POKKA ‘Green Tea’ and ‘Carrot Fruit Juice’ which both rank as the NO.1 choices in their respective categories. POKKA expanded into the Malaysian market in April 1995 offering a wide range of beverages that includes the tea series, coffee series and fruit juice series.

Guardian Membawakan Kempen "The Confidence in Pink"

$
0
0
Tidak dinafikan wanita memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia. dengan adanya wanita, dunia menjadi lebih sempurna. Bersempena dengan  "Hari Wanita Antarabangsa" pada 8 March ini, Guardian mengadakan siri jelajah bagi meraikan dan menghargai pencapaian wanita hari ini. Pelbagai tawaran menarik serta hadiah misteri sepanjang Kempen "The Confidence in Pink"ditawarkan di seluruh outlet Guardian di Malaysia.

Tema Hari wanita Antarabangsa tahun ini ialah #BeBoldForChange yang mana menyeru untuk semua wanita dan remaja perempuan untuk berani mencapai segala yang mereka impikan dalam hidup.

Kempen "The Confidence in Pink"akan membawa 7 duta merah jambu yang boleh dikenal pasti melalui tag "Confidence in Pink "yang tertera di t-shirt mereka. Pelanggan yang berpeluang menemui duta ini perlulah mendapatkan wristband berwarna merah jambu (akan diberikan secara PERCUMA) dan begitu juga kad tuntutan hadiah misteri (redemption card).

Dekat mana kita boleh rujuk duta mera jambu ini? Sila semak di jadual siri jelajah seperti tertera pada gambar di bawah :=)

Untuk lokasi-lokasi tertentu, pada waktu yang seperti tertera ya!

Apa yang menarik kad tebusan hadiah serta-merta itu kita boleh tebus untuk dapatkan hadiah misteri di Guardian setiap lokasi. Macam-macam hadiah ada tau! Semuanya menarik.

Wristband yang berwarna merah jambu ini kita boleh gunakan untuk mendapat diskaun bagi setiap pembelian barangan yang dibuat di Guardian. Comel juga wristband ni! Tapi yang lebih penting ianya boleh digunakan bagi mendapat lebih penjimatan.

Contohnya seperti barangan penjagaan muka dan badan. Kita boleh mendapat penjimatan sehingga 50%. Banyak murah uolls....

Kalau nak restok pencuci muka, losyen badan dan lain-lain, inilah masanya kita dapatkan barangan ini di Guardian. Tempoh tawaran ini hanyalah sehingga 15 March 2017 sahaja tau.

Begitu juga barangan mekap. Ada juga diskaun sehingga 50%. Dari pelbagai jenama terpilih uollls! Semuanya sehingga 15 March sahaja ya.

Oh ya! Dengan adanya wristbank pink ini juga membolehkan pelanggan Guardian Malaysia medapatkan lagi potongan 10% bagi setiap pembelian lebih RM30 dalam satu resit dari tarikh 1 sehingga 30 March 2017.

Bahkan untuk barangan kosmetik, penjagaan muka wanita,  produk pelindung matahari (sun care) dan penjagaan bibir akan diberikan tambahan diskaun lagi 10%. Dan promosi ini adalah bermula dari 31 March sehingga 30 April 2017.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

Keterangan lanjut boleh layari:

WEBPAGE     : www.guardian.com.my/confidenceinpink
FACEBOOK   : www.facebook.com/GuardianMalaysia
INSTAGRAM : www.instagram.com/guardianmalaysia
TWITTER       : https://twitter.com/guardianmys

TOP Lancarkan Rangkaian Revolusi TOP Micro-Clean Tech Dengan Anti-Sebum

$
0
0

TOP sedang merevolusikan industri detergen Malaysia dengan pengenalan teknologi terkininya Micro-Clean Tech™. Berbekalkan slogan ‘Belum Bersih Sehingga Mikro Bersih’, jenama tersebut mendorong para pengguna untuk mencapai tahap cucian yang seterusnya dengan menggunakan teknologi pencuci Anti-Sebum.

TOP Micro-Clean Tech™ merupakan satu formula canggih yang dimajukan oleh Lion Corp Japan. Ia
telah berjaya mencuci kesan kotoran harian yang biasa sejak dilancarkan. Bagaimanapun, selain mencuci kotoran berkenaan, inovasi melalui Kajian dan Pembangunan juga mampu menangani kotoran tersembunyi yang tidak kelihatan dengan mata kasar tetapi mampu menghampakan harapan kita untuk mendapatkan pakaian yang benar-benar bersih.
Hari ini TOP mengambil satu cabaran hebat baharu, iaitu menangani kotoran tersembunyi yang
memberi kesan kepada pakaian yang disebabkan oleh sebum atau minyak badan yang dikeluarkan
secara semulajadi oleh tubuh terutamanya dalam cuaca yang lembap dan panas.

Sebum sering terperangkap jauh ke dalam teras fabrik dan gagal dicuci dengan berkesan oleh pencuci biasa sehingga menyebabkan pakaian putih menjadi kekuningan dan memudarkan warna pakaian berwarna.

Sebum yang terperangkap ini juga merupakan nutrisi kepada bakteria yang boleh menyebabkan pakaian berbau busuk selepas dicuci terutamanya pada pakaian yang kerap digunakan untuk aktiviti
luar. Hasilnya ialah pakaian yang lebih bersih untuk gaya hidup yang lebih bahagia dan sihat.


Teknologi Micro-Clean Tech™ dengan rangakaian Anti-Sebum melingkungi semua fungsi yang dimasyhurkan oleh TOP termasuk anti-bau, anti-hama debu, anti-bakteria dan teknologi wangian
FreshCare™ bagi kesegaran berpanjangan sehingga 30 hari selepas pembasuhan.


Menurut Pengurus Pemasaran Kanan Bahagian Penjagaan Fabrik, Southern Lion Sdn Bhd, Cik Carmen Foo, inovasi TOP Micro-Clean Tech™ menawarkan tahap cucian bersih yang seterusnya dan
gaya hidup yang lebih menggembirakan untuk masa depan yang lebih baik.

Sebagai sebahagian daripada pelancaran ini, TOP memberikan kembali kepada komuniti melalui
Kempen ‘Pass It On’ agar lebih ramai pengguna dapat menikmati kebaikan teknologi baru ini.
Kempen Komuniti TOP ‘Pass It On’ ini mengenengahkan keupayaan teknologi terbaharu ini -
menghidupkan, menyegarkan dan memperbaharui pakaian. Kempen ini berasaskan premis bahawa
semua orang layak mendapatkan pakaian yang telah dimikro bersih untuk gaya hidup yang lebih
bersih, ceria dan menyihatkan. Inilah cara kempen ini membantu komuniti secara besar-besaran.

Kempen Komuniti TOP ‘Pass It On’ dilancarkan oleh Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Yang Berusaha Dr Waitchalla Suppiah di pusat beli
Belah 1Utama hari ini.

Beliau memuji TOP atas usahanya membina sebuah platform untuk membolehkan komuniti
membantu dan memperkasakan ahli-ahlinya, dengan teras pemeliharaan alam sekitar yang kukuh
melalui penekanan terhadap kitar semula; dalam masa sama mempromosikan kepentingan gaya
hidup yang lebih bersih, ceria dan menyihatkan.

Kempen Komuniti TOP ‘Pass It On’ ini mempunyai empat langkah yang menyaksikan TOP
mengumpul dan mengasingkan pakaian terpakai yang disumbangkan oleh orang ramai; dicuci secara
profesional menggunakan TOP Micro-Clean Tech™ untuk menyegar dan menghidupkannya kembali
sebelum digosok dan dibungkus. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
kemudiannya akan menghadiahkan pakaian pakaian itu kepada mereka yang memerlukan.

Kempen Komuniti TOP ‘Pass It On’ ini amat seiring dengan falsafah Kementerian Pembangunan
Wanita, Keluarga Dan Masyarakat dan selaras dengan cara kami membantu rakyat. Kementerian
beriltizam untuk menggunapakai dan melaksanakan kebajikan produktif bagi memecahkan kitaran
kemiskinan melalui penciptaan mereka yang mampu diri; membantu mereka dengan peralatan dan
mesin atau memberi bantuan kewangan yang diperlukan untuk berjaya. Kini, kami boleh menambah
pakaian terpakai di dalam senarai bantuan yang boleh dikongsikan dengan mereka, kata beliau.

"Kempen ini ialah mengenai perkongsian memori dan pengalaman. Kami memuji TOP kerana
membangunkan kaedah yang bermakna dan praktikal untuk membantu mereka yang mempunyai
dan mereka yang memerlukan. Di masa yang sama, membantu mengurangkan bahan buangan
persekitaran dalam bentuk tekstil dan pakaian yang masih boleh digunakan tetapi dibuang di tempat
pembuangan sampah. Sumbangan seperti ini tidak dapat dinilaikan dengan wang ringgit kerana
nilainya datang dalam bentuk emosi dan psikologi yang mana ia membantu untuk membina
keyakinan diri dan memberikan mereka yang memerlukan pakaian yang boleh membantu mereka
mencapai potensi diri. TOP telah memberikan satu program mampan yang melibatkan komuniti di
seluruh negara bagi membantu mereka yang memerlukan. Saya amat menyokong program-program
seperti Kempen Komuniti TOP ‘Pass It On’ ini kerana ia mengambil pendekatan 360 darjah melalui
kerjasama swasta dan awam," tambah beliau.
Begitu banyak pakaian kita yang tidak digunakan dan terbuang kerana perubahan tubuh badan dan
gaya hidup. TOP Micro-Clean Tech™ boleh menghidupkan dan menyegarkan kembali pakaian
terpakai ini sebelum ia diberikan kepada orang lain. Kempen Komuniti TOP ‘Pass It On’ merupakan
platform yang membolehkan komuniti membantu ahli-ahli mereka dengan memberikan mereka
peluang untuk menyumbangkan pakaian terpakai yang akan kami cuci dengan TOP Micro-Clean
Tech™ sebelum mengedarkannya kepada yang memerlukan dengan kerjasama Kementerian

Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat," tambah Cik Carmen pula. Ahli komuniti dan individu digalakkan untuk berkongsi pengalaman mereka di pautan www.toppassion.my. Mereka juga boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai kempen ini dan lokasi ia dijalankan.

Kempen Komuniti TOP ‘Pass It On’ menawarkan kebolehan teknologi kami iaitu menghidupkan,
menyegarkan dan memperbaharui pakaian dan ia juga dapat menangani isu yang lebih besar iaitu
membantu dan memperkasakan komuniti dengan pakaian terpakai yang dicuci secara mikro bersih
yang bersesuaian dengan keperluan harian ataupun sebarang keperluan khas, jelas Cik Carmen.

Teknologi TOP Micro-Clean Tech™ boleh didapati di premis-premis peruncitan di seluruh negara.
Untuk maklumat lanjut sila lawati pautan http://www.southernlion.com.my atau hubungi talian khidmat pelanggan di 1800-88- 0133.

Istimewanya Hidangan di Brew & Stone by Pokok Kelapak Kota Damansara

$
0
0
Berpeluang merasai sendiri hidangan barat yang diberi sentuhan rasa masyarakat Malaysia benar-benar memberi keterujaan kepada saya. Apatah lagi pilihan hidangan barat yang bervariasi bersama juga minuman seperti latte dan kopi yang menjadi kegemaran saya.

Alamat cafe:

BREW & STONE by PokokKelapak
No 3G Jalan Pekaka 8/1D
Seksyen 8
Kota Damansara
Petaling Jaya Selangor
03-61445678
brewandstone@gmail.com
(landmark: berdekatan dengan Pejabat Dato'Aliff Syukri D'Herbs)

Waktu Perniagaan:
11 pagi - 11 malam (Ahad- Khamis)
11 pagi - 12 tengah malam (Jumaat dan Sabtu)
TUTUP (Isnin)


Busking istimewa:
8.30 malam - 10.30 malam (Rabu dan Jumaat)


Brew & Stone by Pokok Kelapak mula beroperasi pada bulan Ogos 2016 merupakan cafe yang mempertengahkan konsep lepak  santai sesuai bagi mereka yang datang berkumpulan mahupun secara sendirian. Ini terutama bagi mereka yang ingin menikmati hidangan ala-barat dengan sentuhan citarasa rakyat Malaysia. Yang menariknya bukan sahaja tawaran hidangan yang pelbagai bahkan saya juga kagum dengan sentuhan dekorasi dalamannya yang begitu kemas dan teratur dengan hiasan barangan spare-part kereta terpakai.

Antara hidangan makanan dan minuman yang sempat saya dan rakan merasai sendiri apabila kami mengunjungi cafe ini, seperti:-
Chilli Tuna Pizza

Antara signature dish yang cukup poular bagi mereka yang meminati pizza ~Chilli Tuna Pizza! Roti pizza yang nipis bersama dengan isi tuna yang mewah. Bertambah enak dengan percikan rasa pedas dan keju. Kombinasi yang menarik dan rasanya begitu hebat :p

Scallop with tomato salsa 

 Hidangan ini biarpun nampak ringkas tetapi rasanya tetap menggiurkan. Tidak pedas dan sesuai buat anak-anak yang sukakan makanan laut.

Chicken Morakanskii

Antara yang menjadi kegemaran saya! Gabungan ayam panggang empuk bersama roti dan juga keju sudah menjadikan hari saya begitu lengkap dan sempurna. Bagi peminat keju seperti saya, hidangan seperti ini tidak akan ditolak apatah lagi rasa keju yang tidak muak kerana adanya sedikit sentuhan rasa pedas dalam ramuannya, 

Meat Platter | RM99.90 (4 pax) or RM169.90 (8 pax)

* Chicken
*Lamb Shoulder
*French Fries
*Spicy Aglio Olio atau Garlic Butter Rice
*Mix Vegetable

Bagi mereka yang datang dalam kumpulan ataupun sekeluarga. Bolehlah mencuba hidangan ini. Ayam bakar dan kambing, serta pilihan olio ataupun nasidilengkapi bersama kentang goreng dan sayuran (mix). Pemakanan lengkap untuk diet seimbang semestinya.

Spicy Creamy Pasta

Antara signature dish dari Brew & Stew! Bagi penggemar pasta carbonara dengan percikan rasa pedas hidangan ini semestinya menjadi feveret saya. Apatah lagi hidangan ini turut didatangkan bersama udang bersaiz XXL. Menikmatinya memang tanpa rasa muak dan saya boleh menghabiskannya seorang diri tanpa perlu berkongsi :p

Spicy creamy soft shell crab

Antara signature dish disini, pasta carbonara yang didatangkan bersama isi ketam yang lembut. Hidangan ini agak pedas tapi jika anda tidak mahu pedas bolehlah memberitahu kepada pelayan cafe citarasa sepertimana yang dikehendaki ya!

Spicy Meafood Medley Olio

Penggemar seafood dan pasta pasti tidak menolak untuk mencuba hidangan ini. Kemewahan seafood memang ketara dalam setiap satu hidangan. Memang berbaloi dan puas hati dengan harga yang ditawarkan.

Wajah kegembiraan seorang blogger kaki makan apabila berpeluang merasai semua hidangan yang menjadi signature dish di sini terutama hidangan pasta yang versatil!

Rasanya tidak lengkap bagi hidangan enak tanpa minuman sedap untuk dinikmati bersama. Di Brew & Stone terdapat pelbagai jenis minuman yang ditawarkan samada panas ataupun sejuk. Ada pilihan dari rangkaian Granita, Milkshake dan juga Mojito. Pastinya kita pasti akan teruja untuk memilih minuman terbaik untuk dinikmati sempurna dengan hidangan makanan yang dipilih, 

Antara minuman yang sempat saya dan rakan cuba seperti:-
(kiri dari belakang)mojito lychee, rainforest, ice honey lemon tea dan lime mint mojito
(kiri dari depan ice hazelnut latte, nutella cappucino dan ice dark mocha

Choco banana milkshake (tengah)
cafe mocha with marshmallow

cappucino

latte

nutella cappucino

 Ice Drip Coffee 

Begitu juga dengan pemanis mulut...
Antaranya seperti:-


Pavlova!
'


***********************

Saya juga tertarik dengan dekorasi dalaman didalam dan luar cafe. Kemas dan cantik. Oh ya! Untuk satu-satu masa cafe ini boleh memuatkan sehingga 100 pelanggan. Jadi bagi mereka yang ingin mengadakan majlis hari jadi, untuk artis yang ingin adakan sesi bertemu peminat, jamuan keluarga dan sebagainya boleh juga membuat tempahan awal di sini ya!







Cantik dan tampil esklusif bukan?

Ribuan terima kasih buat Puan Ima di atas kesudian menjemput kami blogger kaki makan untuk merasai sendiri keenakan dan kehebatan hidangan yang ditawarkan di Cafe Brew & Stone By Pokak Kelapak.

Dan uolls jangan lupa untuk singgah di sini dan merasai sendiri hidangan yang ditawarkan. Memang berbaloi dan mampu memberi kepuasan sebenar bagi mereka yang benar-benar menghargai rasa hidangan hebat!


Shell Out di Restoran Seafood Hotel Apps Kuala Selangor

$
0
0
Apps Hotel
12, Jalan Peninsula Utama 1,
Peninsula Park,
45000 Kuala Selangor,
Selangor Darul Ehsan.
Office : +603-32772172
Mobile : +6012-2337725

Kali ini kami pergi review makan-makan agak jauh sedikit iaitu Kuala Selangor. Sepertimana yang kita ketahui, Kuala Selangor bukan sahaja terkenal sebagai salah satu bandar bersejarah. Bahkan pekan kecil ini juga terkenal dengan hasil tangkapan laut yang segar-segar. Bak kata orang " It's fresh from the ocean"!

Untuk kali ini, kami akan mencuba "shell-out" yang sememangnya cukup popular bagi mereka yang menggemari hidangan laut yang dimasak dalam pelbagai cara. Kami telah mencuba di restoran makanan laut Hotel Apps, letaknya betul berhampiran dengan Pekan Kuala Selangor, berdekatan juga Hypermarket Giant Kuala Selangor.

Muka excited bila tengok seafood..hikhik

Harga pakej Shell Out yang ditawarkan di sini. Memang berbaloi dan berpatutan uolls!

Yang menarik didatangkan juga dengan hidangan tomyam istimewa. Yang mana ianya diperbuat dengan air kelapa segar dan juga isi kelapa. Sesuatu kelainan dalam hidangan tomyam yang pernah dicuba sebelum ini.

Ini adalah hidangan 'side'yang mama sayur bayam digoreng garing bersama tepung. Dihidangkan bersama sos cili yang rasanya pedas-pedas manis.

Antara hidangan Sheel Out yang telah dcuba seperti:-

Butter Lemon

Kurang pedas. Sesuai untuk kanak-kanak yang tidak boleh makan pedas. Tapi saya memang suka rasa creamy dengan sedikit percikan herba dan lemon. Percikan lemon tu menjadikan hidangan ini tidak muak dan menambah kelazatan hidangan laut.

Kam Heong

Peminat extra pedas, bolelah mencuba hidangan shell out dimasak ala Kam Heong. Memang pedas menyengat! Tapi biarpun pedas, rasanya tetap mantap sedap. Cukup rasa dengan pedas, istimewanya digaul sempurna pada hidangan laut yang diorder.

Asam Pedas

Untuk hidangan ini rasanya tidak terlalu pedas sangat. Sesuai untuk semua peringkat umur. Kekuatannya pada rasa asam dan pedas, paling penting ianya berkuah tidak terlalu kering. Ada setengah pelanggan memang suka hidangan Shell Out yang ada kuah sedikit sebab mereka memang ingin menikmatinya bersama nasi.

Lihat sahaja keterujaan anak saya apabila melihat staff Hotel Apps menghidangkan makanan di atas meja. Macam-macam jenis hiduan lautan yang boleh dimakan ada. Heheheh

Drooling!!!!!!

Kenapa hidangan Shell Out hari ini cukup popular di kalangan rakyat tempatan? Antara sebabnya ianya menawarkan pelbagai jenis hidupan lautan yang segar dalam satu hidangan. Paling seronok jenis masakan ini boleh dikongsi bersama ahli keluarga/rakan yang lain dalam satu meja. Seumpama menikmatinya dalam satu dulang tapi ianya lebih berkongsi di atas satu meja yang besar. Seronok bukan?

Di perkarangan hotel Apps (berhadapan dengan restoran), terdapat kereta antik dan juga meriam lama yang boleh kita bergambar secara dekat. Menarik juga kerana ianya agak epik apabila melihat dekorasi luar yang meletakkan sesuatu antik dan bernilai dalam sejarah manusia. :-)


Meriam dan Kuala Selangor tidak boleh dipisahkan, hehe

Untuk merasai sendiri kesegaran masakan seafood yang segar-segar, bolehlah turun ke Restoran Seafood Hotel Apps Kuala Selangor. Dengan harga yang sangat berpatutan dengan hasil masakan yang sedap ternyata berbaloi untuk anda ke sini. Di belakang restoran ini juga kita boleh melihat hidupan kelip-kelip (jika datang waktu malam), melihat burung-burung helang dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, apabila ke Kuala Selangor anda juga boleh ke Bukit Melawati (tidak jauh dari restoran) untuk melihat sendiri peninggalan sejarah Kesultanan Selangor dan kesan penjajahan/peperangan Bugis serta Belanda yang pernah berlaku pada abad 18 dan 19.

Semuanya menarik di Kuala Selangor!

Chewies Mencatat Sejarah Dalam "Malaysia Book of Records" Penyertaan Paling Ramai Dalam Meningkatkan Imuniti Badan

$
0
0

Sebagai seorang ibu, memang saya sentiasa mahukan yang terbaik buat anak. Apatah lagi dengan persekitaran hari ini yang terdedah dengan pelbagai masalah seperti pencemaran, isu pemakanan tidak sihat dan pelbagai lagi yang berkait dengan imunisasi anak-anak.

Oleh sebab itu saya telah memberikan suplemen terbaik sebagai sokongan buat anak-anak bagi memastikan mereka sentiasa berada didalam keadaan sihat. Apatah lagi hari ini pelbagai aktiviti yang perlu anak-anak sertai samada di dalam atau di luar rumah.


Apa yang saya perhatikan vitamin dari Chewies ini menawarkan pelbagai varian yang menarik. Dari perisa buah-buahan dan juga terdapat juga perisa vanilla memberi banyak pilihan buat anak-anak saya yang sememang sangat mengemarkannya.


Chewies Immunolicious (pastil) diperkaya dengan Wellmune- iaitu sejenis gluco polysaccharide yang diperolehi daripada penapisan yis yang terbaik. Ianya juga sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa. Didatangkan dengan  varian Mega-Mango, Super-Strawberry dan Ultra-Orange. Ianya mudah dimakan dan mampu menarik kanak-kanak kerana ianya didatangkan dalam bentuk pastil. Pastinya pengambilan vitamin ini mampu mengelakkan anak-anak kita mudah dijangkiti virus demam dan selesema.

Seramai 32 sekolah sekitar Lembah Klang dengan anggaran lebih kurang 2,000 peserta telah menyertai acara "Malaysia Book of Records" dalam penyertaan paling ramai bagi acara meningkatkan imuniti badan. Acara ini bertempat di Sunway Lagoon yang turut dihadiri Mr Javed Ghulam Muhammad (CEO, AJ Research and Pharma Sdn Bhd) dan Ms Josephine Cheah (Product Manager, Consumer Health AJ Research & Pharma).

Chewies Immunolicious time!

Betapa meriahnya sesi menikmati Chewies yang turut disertai peserta-peserta lain.

Mr. Chang Hon Chung (Sales & Marketing Manager), Mr. Ayman Izzaz (Asst. Manager Analyst, Research & Marketing MBOR), Mr. Javed Ghulam Muhammad (CEO of AJ Research & Pharma Sdn. Bhd.), dan Josephine Cheah (Product Manager, Consumer Health AJ Research & Pharma).

Mr Javed Ghulam Muhammad (CEO, AJ Research and Pharma Sdn Bhd)

"Ini adalah salah satu acara yang mana boleh mendidik ibu bapa mengenai cara untuk melindungi anak-anak daripada kuman dengan membina sistem imun yang kuat.Untuk mencapainya kita perlu melengkapkan pemanan mereka dengan pelindungan sistem imun yang hebat"

Ms Josephine Cheah (Product Manager, Consumer Health AJ Research & Pharma)

Sesi pemberian sijil penyertaan "Malaysia Book of Records" kepada semua peserta-peserta melalui wakil dari setiap sekolah yang menghadiri.


Ianya memang hebat!

#chewiesmalaysiabookofrecords
Viewing all 2933 articles
Browse latest View live