Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all 2935 articles
Browse latest View live

Kids Public Speaking 2017 Menggilap Potensi Dalam Diri Anak

$
0
0
 
 Satu expo pengucapan awam buat kanak-kanak (Kids Public Speaking 2017) telah dianjurkan oleh Johan Speaking Academy pada 21 Mei 2017 di Evolve Concept Mall. Ini merupakan majlis penutup setelah peserta (kanak-kanak yang telah mendaftar di Johan Speaking Academy) melalui latihan dan tunjuk ajar  didalam program pengucapan awam buat kanak-kanak selama 10 minggu. Seramai 135 kanak-kanak telah sukses menghabiskan segala latihan selama 10 minggu.

Cuba bayangkan kanak-kanak yang datang pelbagai peringkat umur, tidak kira jantina dan bangsa mencabar diri mereka untuk lebih berani bercakap dan mengeluarkan pendapat mereka di khalayak ramai. Kalau difikirkan ianya bukanlah  sesuatu yang mudah, namun atas latihan dan tunjuk ajar yang diberikan oleh pendidik terlatih dari Johan Speaking Academy menjadikan semua peserta yang menyertai mampu mengatasi masalah ketidaklancaran bahkan lebih berkeyakinan melontarkan idea. 

Antara aksi yang dapat kita saksikan di sepanjang acara. Peserta yang begitu berinspirasi dan bersemangat bercerita mengeluarkan pendapat bernas mereka tentang tajuk yang ingin mereka kongsikan.

Tidak dinafikan kebanyakan kanak-kanak hari ini begitu sukses dalam akademik. Tetapi terdapat juga segelingtir daripada mereka tidak berupaya untuk bercakap dengan yakin dan berani di khalayak ramai. Menurut pengasas akademi iaitu Johan Ooi dan Cherry Ho, keduanya mempercayai bahawa kemahiran berani bercakap di khalayak ramai sangat penting terutama ketika kanak-kanak itu sudah dewasa dan perlu mencari pekerjaan di luar. 

Untuk pengetahuan semua, pengasas iaitu  Johan Ooi & Cherry Ho telah melatih dan mengajar lebih daripada 1000 kanak-kanak untuk bercakap di atas pentas sejak 2014. Dan Johan itu sendiri merupakan Juara Pengucapan Awam Semenanjung Malaysia pada tahun 2015. Beliau juga telah mewakili Malaysia dan bertanding dalam Kejohanan Pengucapan Awam Dunia 2015 di Las Vegas.  Hebat bukan?

Satu pengambilan baru akan dadakan selama 10 minggu yang bakal bermula pada September 2017. Ianya terbuka untuk kanak-kanak yang berumur 7 - 12 tahun dengan 2 sesi iaitu samada mandarin ataupun Bahasa Inggeris,

Berbalik kepada cerita expo, selain daripada kita dapat menyaksikan peserta-pserta berani berbicara di atas pentas. Terdapat pelbagai aktiviti di bawah pentas yang dapat disertai oleh pengunjung yang lain. Antaranya seperti pertandingan mewarna.


Terdapat banyak booth-booth yang dibuka di kawasan expo yang menawarkan pelbagai produk khas buat anak-anak.

Di satu sudut yang mana pengungjung boleh mengekspreskan tentang pendapat mereka mengenai program yang telah dianjurkan. Dan rata-rata sememangnya memberikan respon yang sangat positif.

Apabila undian dibuka untuk kita memilih peserta yang paling feveret :-)

Terdapat juga organisasi NGO Food Bank Malaysia yang sama-sama membuka booth jualan amal.

Menariknya setiap hasil jualan dislaurkan kepada badan-badan kebajikan yang terpilih. Murah juga harga yang ditawarkan kepada pembeli.

Nah! Ternyata program bermanfaat seperti ini sememangnya terbaik, mampu mengilap keberanian dan juga potensi dalam diri anak. Cuma untuk menjadi penceramah yang hebat bukan sahaja perlu yakin bahkan anak-anak juga perlu rajin dan pandai mencari input dan maklumat terbaik dalam pengisian ucapannya.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Johon Public Speaking Academy, boleh hubungi atau buat carian seperti berikut:-

- email: kidspublicspeaking@gmail.com (Cherry Ho)
- Alamat: 92B, Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail, 60000 K.Lumpur
- Hp: 016 2589038 (Cherry)

Apabila Mahaguru Hang Tarik Berkongsi Seni Teh Tarik Ori, Memang Meriah!

$
0
0
Kenalkan Mahaguru Hang Tarik Malaysia - Radhi Khalid! Apa yang menarik untuk kempen terbaru F&N jenama telah meneruskan warisannya dengan memperkenalkan Piawai Emas dan Mahaguru Teh Tarik di satu majlis pengenalan di Mydin USJ pada hari Sabtu 20 Mei 2017.

F&N telah mengekalkan warisan Teh Tarik yang asli sambil menambah baik citarasa hebat sebenar yang memenuhi selera segenap lapisan masyarakat sejak turun temurun. Gabungan untuk 2 jenis susu ini iaitu FN Krimer Sejat dan Pekat Manis menjadikan teh tarik yang disediakan memang terbaik.


Bersempena dengan kempen ini juga buat julung kalinya, para pengunjung Mydin berpeluang untuk mempelajari cara membuat Teh Tarik Ori yang sempurna melalui siri permainan yang telah disediakan oleh pihak penganjur.

Antaranya aktiviti yang desediakan:-

Dalam masa yang paling pantas, peserta perlu mendapatkan 3 padanan gambar yang sama. Setiap peserta melepasi cabaran yang diberikan akan diberikan hadiah iaitu bekas makanan yang sangat menarik.


Ini antara aktiviti yang paling saya sukai ketika berada di sini. Ambil gambar dan video 'freeze"...

Hasilnya memang ohsem yang mana terus dikongsi di sosial media saya iaitu di instagram. Nampak begitu kreatif dan menarik.

Saya juga telah menyertai Pengembaraan Hang Tarik. Yang mana setiap sesi terdapat 10 peserta yang perlu melengkapkan beberapa tugasan sambil membuat aksi tarik "teh tarik". Pemenang utama dipilih adalah berdasarkan kepada hasil air teh tarik yang paling berat dan masa yang paling singkat diambil. Hadiah utama merupakan wang tuank sebanyak RM250. Bestkan...


Selain itu, pihak F&N turut menjemput peserta-peserta Cabaran Teh Tarik membuat persembahan mereka di pentas utama yang disediakan. Apa yang menarik selain daripada aksi yang gempak, kehadiran Radhi Khalid di pentas yang sama benar-benar menghangatkan suasana.




Begitu kreatif :-)

Sememangnya susu pekat F&N da  susu sejat F&N sentiasa menjadi produk kegemaran dan pilihan masyarakat Malaysia. Ini apabila kedua susu ini dikahwinkan maka terhasillah minuman teh tarik ori kegemaran kita semua dengan sempurna!


Keterangan lanjut boleh layari www.fn.com.my

Panasonic Ketupat Rendang Brownies

$
0
0
Panasonic Malaysia, telah menjalin kerjasama dengan Media Prima Berhad untuk memperkukuhkan kehadiran dan kedudukannya di pasaran bagi segmen produk elektrik pengguna. Kerjasama dengan syarikat media bersepadu yang terkemuka di negara ini bertujuan untuk meningkatkan tahap penembusan produk Panasonic ke seluruh isi rumah dengan lebih meluas di Malaysia.

Kerjasama inovatif ini melibatkan perkongsian kandungan pelbagai platform bagi membantu Panasonic membina persona jenama khusus untuk menarik para pengguna Melayu sempena bulan
Ramadan dan musim perayaan Hari Raya yang bakal menjelang. Encik Cheng Chee Chung, Pengarah Urusan Panasonic Malaysia berkata, “Jenama Panasonic sudahpun terkenal dengan produk elektrik yang berkualiti tinggi di kalangan isi rumah Malaysia dengan kehadiran syarikat di pasaran ini sejak lebih 40 tahun lepas. Selama ini, kami komited untuk memperkayakan kehidupan pelanggan kami dengan menyediakan produk bermutu, tahan lama dan mampu memenuhi gaya hidup yang sentiasa berubah dan menjadikan setiap akitiviti keluarga lebih bermakna. Kerjasama kami dengan Media Prima Berhad adalah suatu platform yang penting untuk mendekati lebih ramai keluarga dan memberikan kehidupan yang lebih baik kepada mereka.”

Usaha ini penting bagi memperkembangkan perniagaan Panasonic ketika Malaysia sedang mengalami pemulihan tahap keyakinan pengguna secara beransur-ansur. Indeks Sentimen Pengguna
(CSI) bagi suku pertama 2017 menunjukkan peningkatan suku-ke- suku sebanyak 6.8 mata kepada
76.6 mata setelah mencatatkan penurunan pada suku-suku yang sebelumnya. Panasonic memanfaatkan jualan produk elektrik pengguna sebagai penyumbang utama kepada pertumbuhan
suku-ke- suku di Malaysia.

Mengulas tentang inisiatif Panasonic untuk mengukuhkan hubungan dengan para pengguna Melayu
sempena kedatangan musim Ramadan dan Raya ini, Puan Nini Yusof, Pengarah Pemasaran dan
Strategi bagi Kumpulan Perkhidmatan Pelanggan Media Prima Berhad berkata, “Perkongsian ini
adalah bukti kedudukan Media Prima Berhad sebagai sebuah konglomerat media terbesar dengan
keupayaan untuk mencapai penonton yang luas merentasi pelbagai platform. Lebih daripada itu,
kami juga menawarkan sumber kreatif untuk menghasilkan kandungan yang sangat menarik serta
relevan kepada penonton Melayu.

Bersama-sama dengan Panasonic, kami mempersembahkan 'Panasonic Ketupat Rendang Brownies Coklat iaitu sebuah drama menyentuh hati yang menghubungkan emosi kelompok penonton sasaran dan juga merupakan rancangan yang amat sesuai bagi merapatkan hubungan seisi
keluarga.”

Drama bersiri ini dibintangi artis-artis Malaysia kegemaran ramai termasuk pelakon popular Rita
Rudaini dan Rashidi Ishak, berserta pelakon veteran seperti Khatijah Tan dan Meor Hashim Manaf.
Turut terlibat adalah bakat-makat muda yang terdiri daripada Khayrisyah Kamal and Habeil Lutfillah.
Drama bersiri ini menampilkan pelbagai integrasi produk yang menggambarkan Panasonic sebagai
sebahagian daripada kehidupan rakyat Malaysia.

Selain daripada siri ini, Panasonic turut mendekati pengguna menerusi pelbagai saluran yang
melibatkan kandungan berjenama, tren Transit Aliran Ringan (LRT) berjenama Panasonic dan
interaksi melalui pelbagai platform di bawah Media Prima Berhad seperti The New Straits Times
Press, Big Tree, stesen radio dan tonton.

Bagi memanfaatkan lagi daya tarikan barisan pelakon drama bersiri tersebut, Panasonic melantik
Rita Rudaini dan Khatijah Tan sebagai duta rasmi promosi ‘Sehati Beraya' yang berlangsung dari 16 Mei – 30 Jun 2017. Melalui tawaran ini, pelanggan boleh membuat sambutan Hari Raya mereka lebih bermakna dengan promosi bundle Panasonic 'Kombo Sehati’, Pembelian-dengan- Pembelian dan hadiah percuma untuk pembelian produk-produk terpilih Panasonic. Ketahui lebih lanjut      tentang promosi 'Sehati Beraya’ dengan:

 Melayari laman web Panasonic di www.panasonic.com.my;

 Memanggil Pusat Penjagaan Pelanggan di 03-7953 7600; atau

 Kunjungi mana-mana Pengedar Sah Panasonic.

Sinopsis - Panasonic Ketupat Rendang Brownies Coklat

Sudah hampir tiga tahun, Zaid (Rashidi Ishak) dan keluarganya tidak menyambut Hari Raya bersama-
sama di kampung halaman mereka. Ibu bapanya, Wan (Khatijah Tan) dan Tok Wan (Mior Hashim
Manaf) jelas sekali merindui cucu kesayangan mereka dan kian beria-ia meluangkan masa bersama-
sama mereka. Tahun ini tiada bezanya buat Zaid kerana isterinya Elyna (Rita Rudaini) sibuk bekerja.

Apabila Zaid menelefon untuk memberitahu ibu bapanya bahawa mereka tidak akan pulang ke
kampung, Wan berpakat dengan Tok Wan untuk pergi ke bandar dan memberikan kejutan buat Zaid.
Walaupun Wan merasai dirinya seperti tidak diundang oleh Elyna, dia tidak berputus asa dan
memutuskan untuk menggunakan senjata rahsia beliau - hidangan rendang yang enak, dimasak
dengan penuh kasih sayang bagi memenangi hati keluarganya.

Panasonic Ketupat Rendang Brownies Coklat akan disiarkan di saluran TV3 pada setiap Khamis jam 6.00pm dari 25 Mei – 15 Jun 2017. Penonton juga boleh menonton siaran ulangan dari 3-6 Julai 2017, Isnin hingga Khamis pada jam 5.35pm.

Taman Permainan "INDOOR" Terbaik Buat Anak-Anak....

$
0
0
Dunia kanak-kanak adalah penuh dengan keriangan..
Mereka akan gembira sepuas-puasnya..
Bermain dan berkawan...
Belajar dan aktiviti tanpa batasan..


Berada di Dreamworld Indoor Play Centre, seolahnya berada di taman syurga kanak-kanak. Taman permainan yang berkonsepkan 'indoor', sememangnya direka khas untuk bermain dengan selamat buat anak-anak dibawah 12 tahun.

Apa yang menarik taman permainan indoor ini berkeluasan 600 kaki persegi mampu memuatkan seramai 120 orang kanak-kanak pada satu masa. Dengan susunan alatan permainan yang sangat teratur menjadikan taman tema 'indoor' ini begitu selamat dan memberi keselesaan untuk anak-anak bebas bermain.

 Peralatan permainan di sini terdapat pelbagai fungsi yang sangat membantu stimulasi pergerakan anak-anak sekaligus merangsangkan daya pemikiran anak ketika mereka bermain, Pelbagai halangan kecil yang perlu anak ini atasi, dan secara tidak langsung dapat membina keyakinan dalam diri mereka.

 Dengan pantauan ibu ayah/penjaga, anak-anak boleh menerokai taman permainan ini mereka sendiri.

 Melatih kepada sifat kesungguhan dan berani mencuba apabila mereka bermain di kawasan sperti ini. Jangan risau ya! Ianya sebenarnya selamat. Ini kerana permaianan di sini semuanya mesra pengguna terutama kanak-kanak.

Warna biru putih, seumpama dunia salju yang yang begitu mengujakan. Bermain dengan gembira bersama adaik beradik mahupun rakan yang baru dikenali. Tanpa risau terhadap cuaca kering yang panas ataupun persekitaran yang tidak sihat. Dek kerana di taman 'indoor' ini mementingkan bukan sahaja keselamatan bahkan kebersihan yang sentiada dikawal selia dari masa ke semasa.


Terdapat juga promosi untuk 6 bulan menjadi keahlian. Dan juga diberikan beberapa kelebihan menjadi ahli untuk pass 6 bulan. Paling menarik tentulah cash voucher birthday yang bernilai RM288.

Pakej tiket kemasukan yang ditawarkan di iOi City Mall dan pakej sambutan hari lahir.

Pakej tiket kemasukan yang ditawarkan di Starling Mall dan pakej sambutan hari lahir.


Jom bawa anak-anak ke DREAMWORLD Indoor Play Centre

IOI City Mall
L2-16, Level 2, IOI City Mall,
Putrajaya, Malaysia.
Contact: 012-7029509 (Hazwan)

The Starling Mall
S-202, The Starling Mall, 
No.6, Jalan SS 21/37, Damansara Uptown, 
Petaling Jaya, Selangor.
Contact: 012-7219509 (Yoong Fui)

Facebook: 

Kebaikan Produk Tenusu Fonterra Dalam Setiap Hidangan Istimewa Untuk Ramadhan

$
0
0
Produk tenusu samada susu, minuman kultur dan keju antara yang paling digemari semua masyarakat di kira mereka berasal dari mana sahaja. Produk seperti ini bukan sahaja enak bahkan ianya banyak mengandungi khasiat seperti protein yang sangat diperlukan oleh badan kita.

Bersempena dengan ramadhan tahun ini Fonterra Malaysia jenama tenusu terbaik dari New Zealand telah berkongsi tentang beberapa resepi yang sihat dan mudah boleh disediakan dari dapur rumah kita sendiri. Sekaligus resepi yang dikongsi boleh memberi idea buat kita yang masih mencari-cari hidangan terbaik untuk disediakan samada waktu sahur ataupun berbuka.

Oh ya! Untuk kali ini demonstrasi masakan adalah dari Puan Manisya Ismail (Co-operative affairs Manager and Chairman of Halal Committee Fonterra Brands Malaysia Sdn Bhd) dan  Nurul Aziah Muda (Consultant Dietitian).


Puan Manisya Ismail telah menunjukkan 2 resepi menarik iaitu :-

  • Cultured Mango Tango Smoothie
  • Chicken and Potatoes Mini Pizza


  • Cultured Mango Tango Smoothie
Bahan:-
  • 60gm Fernleaf CalciYum Yogurt (mengguna Mango tapi boleh juga menggunakan perisa lain)
  • 110ml Fernleaf CalcYum Cultured Milk Drink (perisa natural)
  • 80ml air sejuk
  • 1 susu kecil madu
  • 1 susu kecil serbuk badam
  • 2 cawan buah mangga segar (blh sediakan extra sebagai hiasan)
  • Daun pudina (sebagai hiasan)

Cara sediakan:

  • Masukkan semua bahan dalam blender (kecuali bahan untuk hiasan)
  • Kacau sebati
  • Hiaskan dengan lebihan mangga dan daun pudina

Minuman ini memang menyegarkan sesuai untuk minum waktu berbuka.


  • Chicken and Potatoes Mini Pizza


Bahan :-

  • 6 bentuk bulat pizza crust
  • 200gm dada ayam (kena potong dadu)
  • 400gm kentang (kena potong dadu)
  • 3 sudu kecil minyak sayuran
  • 30gm Anchor Unsalted Butter
  • 1 bawang besar (dadu)
  • 3 ulas bawang putih (dadu)
  • Sedikit hirisan halia
  • 3 sudu Fernleaf Full Cream Milk Powder yang dibancuh dengan 1 cawan air suam (kacau sebati)
  • 12 kepingan Chesdale atau Achor Cheddar Slices
  • sedikit serbuk kari
  • sedikit daun kari
  • garam secukup rasa
  • Daun sup (sebagai hiasan)

Cara sediakan:-

  • Masukkan minyak sayuran dan Anchor butter ke atas kuali non-stick dengan suhu api sederhana.
  • Goreng daun kari, bawang besar dan kecil serta halia sehingga kekuningan.
  • Bancuh serbuk kari dan tumis sehingga pecah minyak.
  • Masukkan ayam.
  • Letakkan sedikit air dan masukkan kentang. Masak sehingga empuk
  • Letakkan susu yang telah dibancuh. (Sebagai ganti santan)
  • Dah siap. Susun di atas kulit pizza.
  • Letakkan keju yang telah dipotong. Hiaskan dengan daun bawang.



Bakar selama 10 minit dengan suhu 200c.

Tadaaaaaaaaaaaaaaa..dah siap!!

Pizza yang mengandungi protein, karbo dan juga sayuran.

Seterusnya Puan Nurul Aziah Muda (Consultant Dietitian)  telah menunjukkan cara menyediakan dua resepi iaitu:-
  • Overnight Oats With Kurma
  • Rendang Tok


  • Overnight Oats With Kurma
Bahan:-
  • 1/2 cawan Anlene Low Fat Yoghurt - (Yang plain)
  • 1/2 cawan oats
  • 2/3 cawan Anlene Concentrate UHT - Original
  • 1 sudu kecil biji Chia
  • 2 sudu kecil kurma yang telah dihiris halus
  • Untuk hiasan boleh guna kurma, buahan segar dan sebagainya

Cara penyediaan:
  • Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk.
  • Kacau secara perlahan-lahan
  • Biarkan semalaman didalam peti ais.
  • Masa nak makan boleh taburkan buahan segar ataupun buah kurma diatasnya.

Overnight Oats with Kurma ini memang mengenyangkan. Paling penting ianya sangat membantu untuk mereka yang mempunyai masalah sembelit ketika bukan ramadhan.

  • Rendang Tok
Bahan:-
  • 300 gram daging pejal yang telah dibersihkan potong ikut saiz sederhana
  • 1/2 cawan Anchor cooking cream (atau Anchor UHT Milk)
  • 10 gram galangal, perah untuk dapatkan jus
  • 5 gm halia + 10 gm bawang putih + 100 gm bawang merah dan serai (2 batang) - blender
  • 1 sudu kecil corriander spice + 1 sudu cumin seed + 1 sudu lada hitam + 10 cili kering - blender
  • 1/4 cawan kerisik
  • 1 seed Caedomom
  • 1/2 bunga lawang
  • 1/2 cinnamon
  • 1/2 asam keping
  • 1 sudu serbuk kari
  • 15gm palm sugar
  • 1/2 sudu garam
  • 2 cawan air

Cara Penyediaan:
  • Masukkan tanpa minyak semua bahan yang diblender.
  • Masukkan daging dan tambahkan sedikit air. Masak sehingga daging menjadi separuh masak.
  • Masukkan asam keping, palm sugar dan garam
  • Seterusnya letak Anchor Cream. KAcau 1-2 minit
  • Masukkan kerisik dan masak sehingga kering.


Menariknya tentang rendang tok ini ianya dimasak tanpa minyak. Cukup rasa dengan bahan spices. Enak dimakan bersama nasi panas ataupun ketupat dan lemang. Juadah menarik untuk hari raya nanti.

Puan Manisya Ismail dan  Puan Nurul Aziah Muda bersama hasil masakan mereka. Ternyata ke semua resepi yang ditunjukkan sangat mudah dan berkhasiat. Tidak menggunakan ramuan yang berkolestrol tinggi bahkan dengan penggunaan produk ternusu Fonterra mampu menjadikan hidangan yang disediakan cukup lengkap dengan pemakanan yang sihat.

Kempen Komuniti TOP Pass It On Melangkaui Jangkaan Dengan Sumbangan Berjumlah 5,046 Helai Pakaian Terpakai

$
0
0




Kempen Komuniti TOP Pass It On dianjurkan baru-baru ini telah mendapat sambutan hangat daripada rakyat Malaysia di mana ia telah berjaya mengumpul 5,046 helai pakaian terpakai berkualiti melangkaui jangkaan asal. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, merasmikan acara kemuncak kempen ini dengan majlis penyerahan sebahagian daripada pakaian terpakai yang telah dimikro bersih kepada para wakil dari empat buah persatuan komuniti dari Lembah Klang yang diadakan di Mydin USJ di sini, hari ini.

Kempen komuniti TOP Pass It On berkenaan merupakan satu usaha yang dipercayai terbesar pernah diadakan untuk mengumpul, mengasing dan mencuci secara profesional pakaian-pakaian terpakai yang telah digunakan secara cermat di Malaysia.

Kempen komuniti ini dianjurkan dengan sasaran untuk membuka peluang bagi lebih ramai ahli masyarakat mencuba penemuan inovasi Micro-Clean Tech™ yang membolehkan pengguna mencapai tahap kebersihan baru yang mampu membersihkan kotoran yang kelihatan, mahupun yang tersembunyi.

Melalui kempen berkenaan, TOP telah mengumpul dan mengasingkan pakaian terpakai yang disumbangkan oleh orang ramai serta membersihkannya secara profesional melalui pusat cucian Regional Laundry dengan menggunakan TOP Micro-Clean Tech™ untuk menyegarkan, memperbaharui dan memulihkan pakaian  sebelum diserahkan oleh pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kepada mereka yang akan mendapat manfaat daripadanya.

Sejumlah 30 buah persatuan komuniti akan menerima pakaian terpakai yang telah dimikro bersih melalui gerakan sumbangan besar-besaran yang dianjurkan oleh TOP bermula dari 7 Mac hingga 18 Mei, 2017 di Lembah Klang, Kuala Terengganu, Pulau Pinang, Johor, Sarawak dan Sabah.

Usaha TOP ini untuk memperkasakan masyarakat dengan membolehkan mereka membantu ahli-ahli komuniti yang memerlukan dan turut diselitkan dengan asas-asas penjagaan alam sekitar yang kukuh melalui penekanan terhadap kemampanannya dan pada masa yang sama mempromosikan kepentingan gaya hidup yang lebih bersih, ceria dan sihat tersebut telah mendapat pujian daripada Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

"Kempen TOP 'Pass It On' amat selari dengan prinsip-prinsip Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta selaras dengan cara kami membantu rakyat. Kami amat menghargai kempen ini kerana ia mewujudkan satu kitaran budi di kalangan mereka yang telah secara sukarela menyumbang kepada mereka yang memerlukan, berkongsi pengalaman dan impian serta mengurangkan pembuangan berlebihan pakaian berkualiti. Langkah ini memberikan manfaat ekonomik kepada masyarakat serta bersifat mesra alam.

"Ini merupakan kempen swasta-kerajaan-masyarakat yang sedang dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk membantu lebih ramai orang disamping membina kesedaran di kalangan masyarakat bahawa mereka boleh menyumbang dengan pelbagai cara," jelas beliau.

TOP ialah pilihan utama bagi rakyat Malaysia, dan juga memegang posisi nombor satu antara jenama-jenama pencuci baju di negara ini. 

TOP yang terkenal sebagai pakar Anti bau hapak kini diperkasakan dengan Micro-Clean Tech™ dengan Teknologi Anti-Sebum baharu yang dirumus khas oleh Lion Corporation Japan. Teknologi Micro-Clean Tech™ mampu membersihkan kotoran nyata dan tersembunyi dengan berkesan bagi memberikan pengguna kehidupan yang bersih dan sihat.

Pasukan Kajian dan Pembangunan (R&D) TOP telah mengenal pasti minyak yang dikeluarkan secara semulajadi oleh tubuh iaitu sebum sebagai punca kepada kotoran tersembunyi pada pakaian. Sebum juga hadir dengan peluh dan ia dihasilkan dengan lebih banyak dalam iklim panas dan lembap seperti Malaysia. Sebum boleh terperangkap di dalam teras fiber walaupun tidak kelihatan oleh mata kasar dan tidak mudah untuk dibersihkan dengan pencuci biasa. Molekul sebum yang terperangkap boleh menjadi sumber nutrisi kepada bakteria dan menyebabkan pakaian berbau.
 
Barisan produk Micro-Clean Tech™ dengan Teknologi Anti-Sebum TOP didatangkan dengan semua fungsi-fungsi terkenal TOP termasuklah teknologi anti bau hapakanti debu hamaanti bakteria dan teknologi wangian FreshCare bagi kesegaran berkekalan sehingga 30 hari selepas pembasuhan.

Menurut Pengurus Pemasaran Kanan Southern Lion Sdn Bhd, Carmen Foo, kempen Komuniti TOP Pass It On melangkaui jangkaan kerana jumlah pakaian yang berjaya dikumpulkan adalah dua kali ganda lebih banyak. Ini juga menggambarkan kepercayaan dan sokongan masyarakat terhadap jenama berkenaan serta teknologi-teknologi pencuci yang berinovasi.

"TOP telah menjalankan sebuah jerayawara pendidikan dan kesedaran di pasaraya seluruh negara yang juga berfungsi sebagai pusat pengumpulan untuk membolehkan masyarakat menyumbang pakaian terpakai yang telah digunakan dengan cermat. Langkah ini diambil kerana kami mendapati ketiadaan pusat-pusat pengumpulan sering menjadi satu halangan kepada para penyumbang. TOP mengucapkan terima kasih kepada semua pengguna kami atas sokongan mereka dan kepercayaan yang diberikan kepada pencuci dengan Micro-Clean Tech™ untuk menyegarkan dan memperbaharui pakaian terpakai mereka sebelum ia diberikan kepada pengguna yang seterusnya. Ramai dalam kalangan mereka yang telah menerima pakaian terpakai mikro-bersih ini telah berkongsi kegembiraan mereka kerana telah mendapat pakaian yang kelihatan hampir baru, serta bau yang bersih.

"Maklum balas terhadap Kempen Komuniti TOP Pass It On ini amat memberangsangkan. Kami berbangga dapat menyempurnakan cabaran ini dan amat gembira dapat mewujudkan sebuah saluran yang membolehkan sumbangan hebat ini dilakukan," kata Carmen.

Santhini Kumar, 14 dari Persatuan Kebajikan Sweet Care Selangor & Kuala Lumpur, kempen Komuniti TOP Pass It On telah memberikan beliau kegembiraan memiliki pakaian yang sentiasa akan dihargai.

"Saya amat menyukai jaket ini. Ketika menerimanya ia kelihatan seperti sehelai jaket baharu dan nampak baru, terasa baru serta berbau amat bersih. Saya amat menghargai individu yang berkongsi hadiah bermakna ini dan mengucapkan terima kasih kepada TOP kerana menjadikan hadiah ini lebih istimewa melalui usaha untuk menjadikannya seperti baharu. Ianya satu perasaan yang hebat untuk memiliki sesuatu yang amat istimewa!" kata Santhini Kumar.

"Kempen Komuniti TOP Pass It On telah diterima baik secara meluas di Malaysia seperti mana penerimaan terhadap barisan Micro-Clean Tech™ TOP. Ia  telah melangkaui jangkaan kami terhadap apa yang boleh dilakukan oleh teknologi terkini kami iaitu menyegarkan, memulihkan dan memperbaharui pakaian di samping menerapkannya isu yang lebih besar iaitu menyokong dan memperkasakan masyarakat. Seperti biasa, ia belum bersih, sehingga ianya mikro bersih!" kata Carmen sebagai penutup.

Teknologi Cucian-Mikro TOP dengan teknologi anti sebum boleh didapati di peruncit-peruncit di seluruh negara.

Untuk mengetahui lebih lanjut sila Lawati pautan http://www.southernlion.com.my atau hubungi talian khidmat pelanggan di 1800-88-0133.

MoU Diantara Jakel Shah Alam dan Ahli Parlimen Tanah Merah Bagi Penyerahan Sumbangan 60,000 Pasang Baju Raya

$
0
0
Untuk sambutan aidilfiti tahun ini, sekali lagi Adun Tanah Merah Dato' Sri Ikmal Hisham telah berbesar hati untuk menyumbangkan sebanyak 60,000 pasang baju kepada semua yang telah mendaftar sebagai pengundi Tanah Merah sehingga Mac 2017. Jika tahun-tahun sebelumnya pemberian hanya diperuntukkan untuk golongan tertentu seperti PERMATA (Persatuan Mahasiswa Tanah Merah), ibu tunggal dan sebagainya. Namun untuk kali ini volume sumbangan adalah lebih besar dan ianya terbuka untuk semua pengundi di tanah merah.

Apa yang lebih menarik, pembekal bagi 60000 pasang baju raya adalah daripada pihak Jakel yang sememangnya jenama pakaian yang cukup terkenal dengan rekaan dan kain yang berkualiti di Malaysia.
Menurut YB Dato' Hj Ikmal Hisham Abdul Aziz Ahli Parlimen Tanah Merah, impian beliau untuk memberi sumbangan pakaian bersempena dengan kedatangan Aidilfitri tahun ini kepada semua pengundi Tanah merah bagi menggembirakan masyarakat di kawasannya serta membantu mereka yang kurang berkemampuan.

Dan lebih menarik, mereka yang datang menebus pakaian percuma ini boleh memilih warna, rekaan dan saiz yang mereka inginkan. Sumbangan ini bakal dilaksanakan secara berperingkat mengikut kumpulan penerima dan ke semua mereka akan menerima sebelum raya.

Untuk wanita melayu - Baju Kurung
Untuk lelaki melayu - Baju Melayu
Untuk wanita bukan melayu - Kain Pasang
Untuk lelaki bukan melayu - Baju Kemeja


Antara koleksi pakaian yang bakal disumbangkan kepada semua pengundi Tanah Merah adalah seperti yang telah digayakan oleh model di bawah :-

Untuk koleksi baju kurung wanita.

Untuk koleksi pakaian baju melayu lelaki.

Kemeja khas buat bukan melayu lelaki.

Adalah diharapkan dengan sumbangan baju raya ini dapat memberikan kegembiraan kepada pengundi Tanah Merah dan seterusnya menyambut Aidilfitri dengan meriah. Dan syabas juga buat Jakel kerana bersama-sama menyokong usaha serta tanggungjawab sosial dari pihak ADUN  Kawasan Parlimen Tanah Merah merealisasikan penyediaan 60000 pasang pakaian untuk diagihkan tidak lama lagi.

Untuk pengundi yang sudah mendaftar di kawasan Tanah Merah bolehlah mendapatkan borang seperti di atas. Perlu di isi oleh setiap mereka yang telah layak dan sudah membuat pendaftaran sebagai pengundi di kawasan tersebut. Dan perlu dihantar ke Pejabat UMNO Tanah Merah. Penebusan baju raya adalah bermula dari 10 Ramadhan sehingga 15 Syawal 2017. Melalui penghantaran borang penebusan baju raya ini juga secara automatik melayakkan pengundi untuk menyertai cabutan bertuah. Memang hebat-hebat hadiah yang ditawarkan.

**************

Jakel untuk tahun ini telah menyediakan pelbagai rekaan dan jenis fabrik yang disediakan begitu berkualiti tinggi. Anatara duta Jakel bersempena dengan koleksi lebaran tahun ini ialah Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Awal Ashaari, Scha Alyahya, Lara Alana, Harith Iskandar, Hairul Azreen, Hanis Zalikha, Yusuf Iskandar serta 2 ikon kempen iaitu Janna Nick dan Rozita Che Wan.

GUARDIAN MALAYSIA DAN CHEF SELEBRITI KONGSI RESIPI SIHAT SEMPENA RAMADAN

$
0
0
Guardian Malaysia telah bekerjasama dengan chef-chef selebriti untuk menghasilkan dua resipi eksklusif yang menyihatkan, bagi membantu rakyat Malaysia untuk kekal sihat sepanjang bulan
Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi.

Resipi-resipi ini diilhamkan oleh Masterchef Dr Ezani dan Chef Zam, dimana ia telah dikongsi hari ini di acara Cabaran Memasak Guardian, sebuah pertandingan yang diadakan untuk menggalakkan cara memasak yang sihat.

Bercakap di majlis tersebut, yang diadakan di Sunway Putra Mall, Ms Christina Low, Pengarah Pemasaran Guardian Malaysia berkata:

 “Untuk bulan Ramadan ini, kami menumpukan kepada cara-cara untuk membantu rakyat Malaysia membuat persiapan menghadapi bulan puasa, agar mereka kekal sihat. Dan kami membuat keputusan cara yang terbaik untuk melakukannya adalah dengan kembali kepada perkara asas!

“Kami percaya kehidupan yang sihat bermula dengan cara memasak yang sihat!” tambah beliau.

Menjelaskan tentang Cabaran Memasak itu, beliau berkata usaha tersebut adalah bertujuan mencabar para pelanggan untuk menghasilkan hidangan yang sihat yang boleh mereka sediakan untuk diri sendiri dan keluarga malah rakan-rakan di bulan puasa ini.

Untuk memulakan usaha tersebut, Guardian Malaysia telah mendapat sokongan Dr Ezani dan Chef Zam untuk menghasilkan dua resipi eksklusif, menggunakan beberapa bahan yang terdapat di kedai Guardian.

Selain daripada resipi eksklusif tersebut, Guardian Malaysia turut melancarkan program kesetiaannya yang menawarkan peluang kepada para pelanggan untuk memiliki rangkaian peralatan memasak yang sangat sesuai untuk cara memasak yang sihat. Ia merupakan Koleksi Shogun Black Diamond La Gourmet yang menarik dan berkualiti tinggi, yang bakal ditawarkan secara eksklusif menerusi Guardian Malaysia untuk tempoh masa yang terhad.
Untuk menebus rangkaian peralatan itu pada harga istimewa, pelanggan hendaklah:


  • Membuat pembelian minimum bernilai RM30 termasuk salah satu di antara 55 jenama yang mengambil bahagian, atau berbelanja minimum sebanyak RM40 tanpa perlu membeli barangan jenama yang mengambil bahagian. 
  • Antara jenama-jenama utama program ini adalah Bio-Essence, Brands, Garnier, L’Oreal dan Maybelline.
  • Program ini bakal bermula pada 6 Jun untuk cawangan-cawangan di Semenanjung Malaysia dan 15 Jun untuk cawangan di Sabah dan Sarawak. 
  • Tempoh penebusan akan berakhir pada 2 Ogos 2017.


Dalam pertandingan memasak tersebut, lima pasukan akhir yang dipilih menerusi platform media sosial Guardian Malaysia, telah diberikan cabaran yang menarik untuk menterjemahkan resipi yang diberikan mengikut gaya mereka sendiri. Mereka juga berpeluang menggunakan peralatan memasak Shogun Black Diamond untuk memasak hidangan istimewa mereka.
Pemilik-pemilik resipi tersebut – Masterchef Dr Ezani dan Chef Zam, bersama-sama dengan wakil daripada Bio-Essence, Brands dan L’Oreal Paris telah menyelia pertandingan tersebut, menghakimi cara memasak mereka dan memilih pemenang.


Pasangan suami isteri  Hidayat bin Masduki dan Hazimah Md Sidik antara peserta yang telah menyahut cabaran Guardian sedang bersungguh-sungguh menyiapkan hidangan.

Hasil masakan dari pasukan  Hidayat bin Masduki dan Hazimah Md Sidik.

Pasukan yang berjaya iaitu Hidayat bin Masduki dan Hazimah Md Sidik, telah membawa pulang koleksi lengkap peralatan memasak Shogun Black Diamond Collection, yang bernilai RM1,400, berserta baucer membeli-belah Guardian bernilai RM500! Empat pasukan yang lain, telah menerima baucer membeli-belah Guardian bernilai RM200.


Christina menambah bahawa:

“Guardian, selaku peneraju peruncit farmasi, kesihatan dan kecantikan, telah menjadikan usaha memperkasakan pelanggan Muslimnya sebagai satu polisi dengan menekankan kepentingan gaya hidup yang sihat dan seimbang sepanjang bulan puasa, menerusi aktiviti-aktiviti seperti pertandingan memasak ini.”

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.guardian.com.my.

"Create Your Own Barbie" | Dunia Imaginasi Kanak-Kanak

$
0
0

Dunia imaginasi kanak-kanak perempuan adakalanya memberi inspirasi kepada mereka untuk menyerlah potensi dalam diri. Anak ini adakalanya membayangkan mereka seperti Cinderella, Puteri Salju Putih, Rapunzel dan pelbagai lagi karektor. Melihat kepada kecenderungan itu, Barbie buat pertama kali di Asia telah memperkenalkan  "Create Your Own Barbie".

Apa yang menariknya tentang acara ini, kanak-kanak boleh memilih patung Barbie yang mereka inginkan dan seterusnya membuat pilihan pakaian Barbie yang menjadi kegemaran. Menarik bukan? Apabila anak-anak ini sendiri yag boleh menentukan pilihan mereka berdasarkan imaginasai penampilan Barbie yang mereka inginkan.


Selain dapat memilih sendiri pilihan Barbie dari segi pakaian, kasut dan sebagainya. Anak-anak juga berpeluang mengabadikan nama mereka sendiri di kotak khas. Memang nampak begitu esklusif.


Sempena dengan siri jelajah "Create Your Own Barbie" ini juga terdapat pelbagai aktiviti menarik yang disediakan oleh pihak penganjur. Antaranya seperti bengkel bercerita, aktiviti mewarna dan banyak lagi.

Dari kiri ke kanan: Wayne Chua dan anak perempuan Celestia, Dynas Mokhtar dan anak perempuan Khyra, Elaine Daly dan anak perempuan Eva menunjukkan anak patung Barbie khas mereka. Antara ibu selebriti yang telah dijemput hadir.

"Kami sentiasa berusaha untuk kekal relevan kepada generasi  bu bapa dan kanak-kanak perempuan akan datang . Barbie  akan terus menjadi aspirasi dan pencetus untuk mengekspresi diri dan bercerita" 

"Musim ini, kami mahu mencetuskan imaginasi kanak-kanak perempuan dalam bercerita dengan membolehkan mereka pengalaman menyesuaikan dunia Barbie mereka sendiri dengan pelbagai pilihan fesyen dan playsets untuk bermain di dunia mereka. Matlamat kami adalah untuk memberi kuasa kepada kanak-kanak perempuan dengan pilihan dan kemungkinan yang  mereka inginkan tanpa terhad, "

"Melalui kuasa terbuka bermain, bercerita dan imaginasi, kanak-kanak perempuan boleh bayangkan apa sahaja yang mereka mahu menjadi melalui Barbie."

                                                                          Fong Jiali, Ketua Pemasaran Mattel Asia Tenggara.

Dari kiri ke kanan: Wayne Chua, Celestia, Feina Leow, Merchandising Kanan dan Pengurus Pemasaran, Toys "R" Us, Loo Hoey Theen, Pengarah Pemasaran, Sunway Pyramid, Michelle Wan, Pengurus Snr Produk Pengguna, Mattel Asia Tenggara, Jennifer Bay, Pengurus Jenama, GIRLS Mattel Asia Tenggara, Elaine Daly, Eva, Dynas dan Khyra yang menunjukkan anak patung Barbie khas mereka

Sebagai menyokong falsafah Barbie iaitu "seorang wanita mempunyai pilihan," sebagaimana yang dikatakan oleh Ruth Handler, pencipta Barbie,"Create Your Own Barbie" pada asasnya direka untuk membolehkan kanak-kanak perempuan dapat bermain dan berimaginasi mencipta dunia Barbie mereka sendiri. Yang mana kanak-kanak ini mempunyai pilihan dalam dunia mereka dan boleh menjadi apa sahaja yang mereka mahukan. Pada akhirnya melalui pilihan dan kreativiti, membantu kanak-kanak perempuan ini lebih yakin dalam diri mereka.


Selain itu terdapat pelbagai barangan Barbie yang dijual disini, antaranya seperti koleksi patung Barbie, beg, pakaian dan barangan esklusif Barbie.

Berkenan sungguh my Amani dengan vespa Barbie.

Banyak pilihan patung Barbie. Semuanya cantik-cantik.



Acara ini telah bermula di Sunway Pyramid (LG 2, Orange Concourse) dari 23 hingga 28 Mei 2017, 10 pagi hingga 10 malam dan terus diadakan di 3 lokasi lain: Mid Valley (JUN 01-04), KLCC (8-11 Jun ) dan One Utama (14-18 Jun).

Happy my Amani apabila berada di dalam dunia Barbie impiannya..


Patung Barbie imaginasi my Amani. Memang minat benar Barbie bertutu ya Amani :p


Untuk maklumat lanjut, sila layari barbie.mattel.my dan www.facebook.com/officialbarbiemalaysia.

7DAYS Dari Munchy’s

$
0
0
Tidak dinafikan rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup yang memerlukan mereka sentiasa aktif dan sibuk. Atas kesedaran itu,  Muchico Bakery telah bekerjasama dengan Munchy’s dan Chipita telah melancarkan Kroisan 7DAYS by Munchy’s – kombinasi hebat doh berlapis lembut berinti krim  yang terhasil dari resipi istimewa yang mampu memberi tenaga bagi meneruskan hari anda pada bila-bila masa dalam apa sahaja yang anda lakukan.

Encik CK Tan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Munchy’s berkata, “Pengguna hari ini sentiasa sibuk kerana terdapat perubahan dalam trend gaya hidup. Mereka sentiasa kesuntukan masa. Dari menghadiri mesyuarat, perjumpaan atau kolej, kadangkala kita sampai terlupa untuk makan atau sengaja tidak makan kerana terlalu sibuk. Pelancaran 7DAYS oleh Munchy’s ini tepat pada masanya kerana ia menawarkan snek bakeri yang sangat sesuai, lazat dan senang dibawa untuk memenuhi keperluan gaya hidup sentiasa aktif dan sibuk yang semakin meningkat di Malaysia.”

“Kroisan 7DAYS oleh Munchy’s dihasilkan untuk dinikmati oleh semua golongan rakyat. Dari pekerja ke pelajar hinggalah ke kanak-kanak, menikmati snek bakeri yang mudah dibawa dengan berpatutan harganya serta lazat seperti kroisan yang baru dibakar sememangnya boleh menceriakan hari mereka.”

Sebagai Kroisan No.1 Dunia, 7DAYS oleh Munchy’s ini dihasilkan untuk menghilangkan kelaparan anda dengan cara yang paling enak. Ia dibungkus di dalam pek aluminium bagi memastikan kebersihan dan mengekalkan kesegaran serta menjanjikan nikmat kelazatan untuk apa jua acara.


Usaha sama Munchy’s dengan Chipita untuk melancarkan Kroisan 7DAYS di Malaysia ini adalah langkah perniagaan yang strategik dan tepat pada masanya. Menerusi usaha sama ini, lebih RM50 juta telah dilaburkan untuk melancarkan Kroisan 7DAYS di Malaysia.

“Dengan usaha sama bersama Chipita ini, kami gembira kerana Munchy’s adalah satu-satunya jenama buat masa ini yang menawarkan kroisan prabungkus di Malaysia dan ia mewujudkan peluang yang besar untuk kami menguasai segmen ini bagi meningkatkan posisi jenama kami sebagai pengeluar biskut terkemuka di Malaysia. Kami akan terus bekerjasama dengan Chipita untuk memperkenalkan lebih banyak produk baharu yang inovatif bagi memenuhi keperluan dan permintaan pasaran tempatan dalam usaha mengukuhkan kedudukan peneraju syarikat kami di pasaran negara ini,” tambah Tan.

Kroisan 7DAYS oleh Munchy’s yang baharu ini menawarkan tiga perisa – coklat, vanila dan karamel. Produk ini boleh didapati secara meluas di Semenanjung Malaysia untuk rakyat Malaysia menikmati snek bakeri yang senang dibawa pada harga yang berpatutan iaitu RM1.30. Dan ianya boleh dinikmati pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Shopping Raya di Shopee Memang Berbaloi!

$
0
0
Pemilihan pakaian  yang tepat adalah penting bagi memastikan kita sentiasa berada didalam keadaan selesa terutama ketika ketika menziarahi kaum keluarga mahupun sahabat serta kenalan. Selain daripada pemilihan berdasarkan kepada fabrik yang terbaik. Rekaan pakaian yang cantik juga membawa impak elegan pada diri pemakai.

Kebaya Moden JulianaMaterial: High Quality Moss Crepe Potongan: Kebaya moden beserta kain duyong (A-Shape) Ciri khas: breastfeeding friendly (zip di bahagian hadapan) Size: XS, S, M, L, XL

Kebaya moden Juliana adalah berkonsep minimalis, jadi si pemakai boleh menggayakannya dengan aksesori yang sesuai seperti rantai panjang, dokoh atau rantai mutiara. Untuk mereka yang berhijab kita boleh juga padankan dengan tudung yang berwarna kontra bagi memberikan element moden dan kontemporari.

https://shopee.com.my/linani_boutique
IG : @linani_boutique


Untuk pakaian yang lebih santai dan kasual, saya telah memilih blouse New Elisa dari https://shopee.com.my/blousemuslimah. Materialnya dari Rayon Viscose sangat mudah digosok, selesa dipakai dan tidak panas.

Apa yang penting dengan rekaannya yang longgar dan labuh dan mempunyai butang di bahagian depan. Secara tidak langsung ianyanya mempunyai ciri-ciri 'breastfeeding friendly'. Gaya lebih praktikal dengan kehadiran poket di sebelah kanan untuk menyimpan barang dan sebagainya.


Material : Rayon Viscose 
Saiz : S, M, L, XL

IG : @blousemuslimah


Untuk tudung saya telah gayakan SCS Amna PucciShawls. Apa yang menarik shawl ini merupakan instant dua mukayang sangat senang digayakan dan hanya sarungkan sahaja. Apa yang penting ianya juga tidak sukar untuk digosok. Sangat mudah :-)

IG : @shawlcantikshop

Manakala inner di dalam saya telah menggunakan Inner Snow Cap yang materialnya sangat lembut dan paling penting biarpun berhijab untuk tempoh yang lama tidak menyebabkan rambut saya berbau kepam.

IG : @syazayasminrtw



Untuk tampil kelainan, boleh lihat pada koleksi pakaian dari https://shopee.com.my/jubahrm80. Koleksinya bukan sahaja cantik, bahkan harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan. Saya sangat sukakan material jubah seluar ini yang sangat lembut dan potongannya juga longgar tidak mengikut bentuk badan. Jubah seluar ini bagi saya sememangnya "Flowly", terjatuh cantik.

Saya juga sangat sukakan jahitan terperinci manik di bahagian dada dan juga di bahagian tangan jubah. Memang cantik dan memikat. Boleh juga digayakan untuk acara atau keraian tertentu.

https://shopee.com.my/jubahrm80
FB : https://www.facebook.com/dorracloset2
IG : @dorracloset


Telekung Mina Exclusive ini dari https://shopee.com.my/sistergojes. Apa yang menarik tentang telekung ini selain daripada materialnya dari lycra, ianya juga tidak jarang dan sangat selesa. Tampil kelainan adalah pilihan warnanya yang pelbagai dari warna lembut sehinggalah warna yang begitu ceria. 



Untuk pengetahuan semua, SISTERGOJES menjual pakaian muslimah spt telekung, jubah, blouse, tudung serta beberapa barangan kegunaan isi rumah seperti fabric perfume, detergent juga handwash/dishwasher.




Saya juga telah mencuba Fabric Perfume Spray dari SISTERGOJES. Boleh dikatakan ianya seperti spray serbaguna yang mempunyai pelbagai fungsi. Ianya boleh mengharumkan semua jenis fabrik. Boleh juga disemburkan pada baju, tilam, cadar, langsir dan juga kusyen kereta. Saya sendiri gunakan ketika menggosok pakaian dengan menggunakan sterika stim yang biasa.

Saiznya 500ml, terdapat 2 pilihan wangian semburan. Harganya juga sangat berpatutan dan ianya jauh lebih murah jika dibandingkan dengan jenama lain yang terdapat di pasaran.

Untuk keterangan lanjut boleh mesej/whatsapp di nombor 0173035699.
Instagram: @sistergojes_empire


Di Shopee.com terdapat banyak pilihan barangan,
Klik-klik ajar mudah, pantas dan banyak penjimatan!

Jom Marathon Menonton Mini Siri ZooMoo dan Sertai Pertandingan Yang Dianjurkan

$
0
0
My Ameer memang peminat karektor ZooMoo. Sebab ianya karektor haiwan kan, memang  kebanyakan kanak-kanak sangat teruja bila diberi pilihan untuk mendekati dunia haiwan. 


Oh ya! apa yang menarik sekarang ni siri mini marathom ZooMoo akan disiarkan setiap hari bermula dari 3 Jun 2017 jam 3-6 petang. Apa yang lagi menarik jika anda dapat merakamkan aksi anak anda sedang menonton rancangan mini marathom ZooMoo dan memuat-naik ke instagram bersama hashtag #zoomoomarathon. Anda berpeluang memangangi hamper dari ZooMoo. Seramai 4 pemenang untuk setiap minggu.

Contohnya dalam siri ZooMoo Dinosaur Train yang mana ada Tyrannosurus rex Buddy, keluarga Pteranodon dan ramai lagi rakan dinasour. Siri ini seseuai untuk anak-anak pra-sekolah untuk mereka bereksplorasi, memperlajari tentang sains, sejarah dan banyak lagi.


Selain itu terdapat juga siri The Hive mengenai lebah Bee bersama rakan-rakannya Barnabee, Jasper, dee dan kakaknya Rubee yang menghadapi pelbagai cabaran setiap hari. Rancangan The Hive merupakan animasi warna-warni yang banyak mendidik anak-anak tentang hubungan sesama hali keluarga, rakan dan persekitaran. Bagi saya sendiri rancangan ini mampu membina karektor yang baik dalam diri kanak-kanak.

Keterangan lanjut boleh layari www.zoomoo.tv/contest

MAJLIS IFTAR AMAL 1438H/2017M BERSAMA ANAK YATIM, RAKAN PENAJA & RAKAN MEDIA/BLOGGER @ HOTEL GRAND BLUEWAVE SHAH ALAM

$
0
0
“Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadan”
– Riwayat at-Tirmidzi



Hotel Grand BlueWave Shah Alam (HGBWSA) untuk sekian kalinya berpeluang berkongsi kemanisan Ramadan bersama anak-anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Telaga Kasih Selangor dan Pusat Baitul Ulfah, rakan penaja dan rakan media/blogger dalam satu program amal khas tahunan ‘Majlis Iftar Amal’ di Café Borak-Borak. Program ini telah diadakan pada 29 Mei 2017.


“Alhamdulillah, kami rasa sungguh bersyukur dan berbesar hati kerana berpeluang meneruskan lagi program murni ini. Selain sebagai tanda prihatin sosial korporat kami buat insan-insan istimewa, kami juga berharap ia mampu menyubur mahabah dan ukhuwah sesama kita apatah lagi di bulan penuh berkat. Tambah istimewa, program ini adalah menjadi tradisi HGBWSA yang wajib diadakan pada bulan Ramadan. Ia juga bertujuan untuk mengukuhkan lagi ikatan bersama dengan rakan penaja, media dan blogger yang prihatin.” Ujar Tuan Hj Mohd Ghazali Sayed Ibrahim,Pengurus Hotel HGBWSA.

Majlis perasmian dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Tuan Hj Mohd Ghazali Sayed Ibrahim. Majlis diteruskan dengan acara penyampaian duit raya dan cenderamata kepada anak-anak yatim yang disampaikan oleh Tuan Hj Ghazali Sayed Ibrahim, Pengurus Hotel.


Acara disusuli dengan sesi bergambar bersama anak yatim, rakan penaja dan rakan media/blogger. Tambahan itu, terdapat juga persembahan nasyid oleh Pusat Baitul Ulfah yang dibawa khas oleh Yayasan Ikhlas bagi memeriahkan lagi program ini.

kredit pic : Amy Aril

Majlis ini turut mendapat sokongan penajaan oleh Yakult dan Dr. Azimuth Spa. Kegembiraan jelas terpancar di wajah setiap tetamu sambal menikmati juadah berbuka puasa yang dihidangkan istimewa oleh pihak hotel. 



Sebelum pulang, anak-anak yatim turut dititipkan hadiah sebagai tanda kenang-kenangan. Moga aktiviti CSR seperti ini dapat mengeratkan hubungan sesama manusia dan sekaligus memberikan kegembiraan kepada yang lain.

Istimewa Dari Elrah Exclusive dan Rania Couture di The Curve

$
0
0
ELRAH EXCLUSIVE satu jenama pakaian yang tidak asing lagi buat peminat-peminat baju melayu, jubah, kurung moden dan kurta bercitarasa tinggi. Dengan adanya kolabrasi bersama artis-artis terkenal seperti Saheizy Sam, Amy Search, Fattah Amin, Michael Ang dan ramai lagi menjadikan jenama ini satu fenomena yang cukup luar biasa.

Untuk mendapat yang terbaik dan tepat dengan pilihan hati, saya telah berkunjung sendiri ke booth Elrah Exclusive dan Rania Couture di Concourse Main Are The Curve Damansara. Yang menariknya pilihan koleksi Elrah Exclusive di booth ini cukup banyak. Bukan sahaja terdapat pelbagai rekaan pakaian bahkan didatangkan juga dengan semua warna yang ditawarkan dalam setiap rekaan.

Bagi saya sendiri, antara faktor memilih pakaian bukan sahaja terletak pada rekaannya yang begitu 'in' dengan peredaran zaman bahkan fabrik yang digunakan juga memainkan peranan yang sangat besar. Dengan cuaca di Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun, kita memang mencari fabrik yang sesuai dipakai tidak kira berada didalam cuaca apapun. Dan Elrah Exclusive ternayata tidak pernah silap memberikan yang terbaik buat pelanggannya, nah lihat sahaja kepada kualiti fabrik yang dipilih untuk setiap rekaan ternyata tidak pernah menghampakan. Sejuk dan selesa!


Rekaan dari Elrah Exclusive juga sangat praktikal buat pemakai. Untuk mereka yang gemarkan poket di hadapan, bolehlah memilih rekaan yang ini. Begitu juga dengan kemasan butang yang disediakan yang mana saya tertarik dengan butang hitam (hidden) sebagai kemasan dan butang baju lut sinar penutup gaya di kolar.

Close up sikit dengan melihat ketelitian pada jahitan dan juga butang baju yang memang terjahit sedia melengkapkan busana istimewa dari Elrah Exclusive. Begitu kemas bukan?


Bukan pakaian wanita sahaja yang inginkan ciri-ciri "mesra wuduk" dalam setiap rekaan pakaiannya. Bahkan lelaki hari ini juga perlukan rekaan seperti ini dalam pakaian mereka. Ini apabila mereka hendak ambil air wuduk tidak perlulah menyingsing bahagian lengan (yang adakalanya kita akan terasa ketat di bahagian lengan). Dan dengan adanya zip di tangan hanya tarik (zip) ke atas. Ianya cukup praktikal dan mudah, sekaligus memberi lebih ketenangan untuk kita menjalankan ibadat.

Antara contoh rekaan lain dari Elrah Exclusive yang menyebabkan saya sudah jatuh cinta dengan jenama ini ialah rekaan kurta yang mempunyai zip dii bahagian tepi badan. Dengan rekaan yang mengikut postur badan, kehadiran zip di sebelah tepi menjadikan pemakai tidak akan ada masalah untuk menyarung atau membuka kurta yang dipakainya. Ianya memang sangat praktikal dan hasilnya dengan zip di tepi menyebabkan pemakai tampil lebih bergaya.

Oh ya! Ini adalah trademark untuk pakaian keluaran Elrah Exclusive. Pastikan anda membeli pakaian yang original dari jenama ini. Jadi bagaimana nak dapatkan yang ori? Anda perlulah membeli dari pihak Elrah sendiri seperti di Booth Elrah Exclusive dan Rania Couture Concourse Main Area The Curve Damansara.

Ini adalah antara contoh rekaan-rekaan lain dari Elrah Exclusive. Begitu banyak pilihan rekaan dan warna. Untuk kurta serta jubah samada berkolar ataupun tidak dan sebagainya.

Apa yang saya perhatikan rekaan dari Elrah Exclusive ini bukanlah jenis bermusim boleh dipakai. Bahkan tidak dinafikan rekaannya yang "up to date" dengan kehendak pasaran semasa menjadikan ianya memenuhi citarasa pengguna hari ini.

"Bold" dan "smart" apabila pertama kali saya melihat koleksi ini. Bagi mereka yang sukakan rekaan "simple" dengan warna lembut, saya sangat syorkan set pakaian melayu ini. Cuba rasa sendiri fabriknya, memang berganda-ganda puas hati.

3 rekaan kurta FattahAminXelrahExclusive mencuri perhatian,
Dah sarung di badan terasa luar biasa kehenseman,
Wefie satu sebagai bukti kejadian!

Begitu selesa ketika menggayakan,
Elrah Exclusive menjadi tarikan,
Harganya memang sangat berpatutan,
Alang memakai 1001 kepuasan.

Tidak adillah kalau hanya membeli-belah untuk kaum lelaki sahaja. Di booth ini juga saya sempat mencari pakaian khas buat diri sendiri. Lihat sahaja pada rakan saya Iena Wahab yang begitu teruja apabila melihat koleksi dari abaya dari Rania Couture.

Saya dipahamkan untuk setiap rekaan abaya yang dijual hanya didatangkan lebih kurang 2 helai sahaja. Ianya begitu esklusif sekali. Rugi tau kalau tak "grab" satu buat diri sendiri :=)

Ini adalah rekaan abaya yang dijual disini dari jenis bersulam di bahagian depan dan lengan.Variasi jenis rekaan sulaman yang boleh dipilih oleh pelanggan. Sememangnya abaya akan didatangkan dengan warna hitam (ada juga warna lain namun ianya tetap menjadikan hitam antara warna asas) dan yang menjadi kelainannya ialah rekaan, potongan dan juga hiasan pada abaya itu sendiri.

Antara kemasan abaya dari Rania Couture. Sulaman benang emas bersama batu-batu aksesori yang memang terletak kemas dan cantik di bahagian dada dan lengan.

Juraian bunga dengan jahitan benang emas bersama hiasan batu-batu manik. Esklusifnya batu yang digunakan berwarna hitam. Pemakaiabaya ini ternyata akan tampil lebih elegan dan sofistikated.


Close up pada lengannya. Serious! Sangat kemas. Dengan tenunan yang padat menaikkan lagi seri si pemakai abaya untuk rekaan ini.

Saya pula memilih rekaan abaya yang mempunyai renda di bahagian tangan.  Dan jubah yang ditaburi dengan manik-manik mutiara. Gabungan warna hitam dengan aksesori pakaian warna putih menyerlah keperibadian saya yang sukakan gaya hidup sederhana.

 Oh ya! Setiap pembelian abaya akan didatangkan juga dengan shawl yang sememangnya telah dipadankan bersama dari segi fabrik dan rekaan. Jika anda ingin kelainan dari segi pemilihan warna abaya yang kebanyakan hitam. Anda boleh memilih abaya seperti dari koleksi Niza gayakan. Tetap cantik dan menyerlah keayuaan buat si pemakainya.


Biarpun hanya jual di booth, namun kami tetap boleh memilih selesa dan mencuba menggayakannya. Ini adalah antara rekaan yang terdapat di booth Rania Couture. Memang berbaloi untuk mereka yang mencari abaya di sini kerana terdapat begitu banyak pilihan rekaan dan dijual pada harga yang berpatutan.

Saya dan abaya tidak boleh dipisahkan. Pelengkap gaya untuk ke majlis agama mahupun untuk ke kenduri kendara. Adakalanya saya juga ber-abaya ke tempat kerja. Ini kerana ianya cukup selesa dan sesuai untuk digayakan dalam semua acara.

Dan uolls jangan lupa tau singgah di booth Elrah Exclusif dan Rania Couture Concourse Main Area The Curve Damansara. Datang dan jumpa sendiri pemilik booth yang sangat peramah iaitu Cik Putri dan geng-geng Elrah seperti Jai, Shah dan Dira. Begitu juga dengan Encik Halim Cellicious dan Cik Myra Lodin wakil dari Rania Couture. Pembukaan booth di sini sehingga 3 Syawal 2017 ya!

Ada tawaran menarik bagi mereka yang membeli pada hari Jumaat (penghulu segala hari) jam  1 sehingga 3 tengahari, pembelian baju Elrah Exclusive akan menerima rebat potongan sebanyak RM10 untuk setiap resit. Manakala potongan sebanyak RM30 untuk setiap resit bagi mereka yang membeli abaya dari Rania Couture.

Bagi pelajar dan mereka yang berkhidmat di sektor awam (goverment servant) boleh mendapatkan potongan sebanyak 10%, tetapi perlulah menunjukkan ID dan mengisi borang khas yang disediakan. Tawaran ini SAH hanya di booth The Curve Damansara.

Untuk pembelian 3 pasang, akan diberikan RM20 voucher secara PERCUMA dan hanya boleh digunakan untuk pembelian seterusnya di booth Elrah Exclusive dan Rania Couture The Curve sehingga 3 Syawal 2017.

Oh ya! Bagi pelajar yang ingin menyertai Program "Jom Elrah" bolehla email kepada jomelrah2017@gmail.com untuk mendapat keterangan lanjut. Bagi sebarang pertanyaan boleh hubungi juga Encik K di talian 013-5040728.

Sebelum saya terlupa, untuk tahun ini ada perkhidmatan COD tanpa caj penghantaran buat pembeli yang tak sempat ke booth Elrah Exclusive dan Rania Couture di Concourse Main Area The Curve Damansara. Anda boleh membuat pesanan pembelian dengan menghubungi nombor talian seperti di atas iaitu 013-5040728. Tetapi tawaran ini hanyalah untuk mereka yang tinggal di kawasan Lembah Klang sahaja iaitu Damansara, bangsar, Kelana Jaya dan Petaling Jaya.

Untuk lebih info boleh layari IG : @elrahdamansara

Anda “K-beauty lovers”?

$
0
0
 Memahami impian setiap gadis yang ingin memiliki kulit yang cantik mulus sekata bagaikan artis korea, SYAHIRAH –rangkaian penjagaan kecantikan Halal sejak tahun 2007 kini berbangga untuk membawakan inovasi baharu buat semua pencinta produk kecantikan Korea. 


Menurut pengurus pemasaran SYAHIRAH, Shariza Hazni

“Kajian yang kami lakukan mendapati kebanyakan pengguna produk kecantikan teruja untuk mencuba pelbagai produk kecantikan dan penjagaan wajah dari negara Korea, namunbimbang jika bahan-bahan yang digunakan benar-benar selamat dan Halal. Sebagai jenama tempatan yang lebih arif tentang jenis dan keadaan kulit si gadis, SYAHIRAH membawakan sebuah rangkaian kecantikan yang sesuai untuk diaplikasi dan sememangnya Halal tanpa sebarang keraguan”.





Formulasi gabungan teknologi terkini dari Korea dengan ramuan bunga-bungaan terpilih dari Pulau Jeju, Korea iaitu Tri-Flower Essence yang dirumus khas dengan manfaat pencerahan serta penghidratan yang diperakui Halal oleh JAKIM, hebat membantu kulitmu untuk tampil cantik mulus sekata sekali gus meningkatkan keyakinan diri untuk menyerlah!


SYAHIRAH membawakan kepada pengguna 2 rangkaian penjagaan wajah di bawah SYAHIRAH KOREAN SECRETS. Nikmati lebih pilihan untuk kulit wajah cantik mulus sekata dan jelita cerah berseri sepanjang hari. Rangkaian Hydra Soft ataupun White Glow, kedua-duanya pasti membuatkanmu persis gadis Korea!



 


Dia si gadis Korea yang cantik mulus sekata

Memperkenalkan, SYAHIRAH KOREAN SECRETS Hydra Softrangkaian istimewa sesuai untuk gadis yang menginginkan kulit wajah cantik mulus sekatayang dirumus khas dengan agen penghidratan dari Tri-Flower Essence campuran bunga-bungaan putih iaitu bunga Ginseng, Chamomile dan Teh Hijau yang membantu membekalkan kelembapan agar kulit sihat, dan mulus sekata. Bukan itu sahaja, ia juga memilki manfaat pencerahan serta mengandungi antioksidan yang tinggi untuk mengurangkan cela dan rengsa pada kulit agar kulit kelihatan cantik mulus sekata secara semulajadi. SYAHIRAH KOREAN SECRETS Hydra Soft ini mengandungi 5 produk hebat iaitu Gel Pembersih Muka, Skrub Muka, Penyegar Tanpa Alkohol, Krim Pelembap Muka serta Krim Kecantikan yang menjadi rejim kecantikan lengkap untuk kulit cantik dan mulus sekata.Penggunaan rona biru aqua cerah sebagai simbolik kelembapan & penghidratan dicalit pallete putih bersih bunga pada rekaan pembungkusan SYAHIRAH KOREAN SECRETS Hydra Softpasti menyerlahkan rasa segar sesuai dengan manfaatnya yang pasti menyerlahkan sisi “personaliti Korea” yang ada dalam dirimu!


Berikut adalah rejim lengkap Syahirah Korean Secrets Hydra Soft:

  • Skrub Muka:Diformulasi dengan manik pengelupasan lembut yang membantu menghilangkan kotoran dan sel-sel kulit mati untuk kulit lebih licin.



  • Gel Pembersih Muka: Membantu membersihkan kotoran di samping memelihara kelembapan kulit.


  • Penyegar Tanpa Alkohol:Membantu mengecilkan pori-pori serta memberi kesegaran kepada kulit selepas setiap pembersihan. Ia juga memudahkan penyerapan produk selanjutnya sekali gus menjadikan kulit lebih licin.

  •  Krim Pelembap:  Membantu membekalkan kelembapan untuk kulit wajah yang segar berseri.

  • Krim Kecantikan: Sesuai digunakan sebagai asas solekan untuk membantu menutup cela, jeragat serta meratakan tona kulit.

Mana tahu lepas bersungguh menjaga kecantikan dan kebersihan wajah, kita boleh cantik dan berseri persis Song Hye-Kyo....walaupun iras muka still tak sama tapi aura k-pop tetap adooooo!!!

Paling penting produk keluaran Syahirah, selamat, halal dan diyakini :-)

psst: some pics is from Cik Lily Putih (sayang ketat padat)


Ada Promosi Menarik Sekarang di Laman Web Althea

$
0
0
 Bila semakin nak menghampiri Raya ni, checklist perbelanjaan bersusun-susun. Dan antara yang termasuk dalam senarai tentulah barang-barang kecantikan uolls...Kalau dah pakai lawa-lawa, muka kena kasi cun dan berseri-seri juga barulah dikatakan meriahnya raya tahun ini. Gitchewww.

Zaman sekarang dah tak perlu kita bersengkang mata dan mengeluarkan banyak tenaga untuk keluar bershopping. Semuanya di hujung jari anda sahaja! Antara laman web yang boleh kita layari untuk membeli-belah barangan kecantikan dan penjagaan diri pada harga jauh lebih murah tentunya Althea. Apatah sekarang ni terdapat banyak promosi menarik bersempena dengan bulan Ramadhan. Bertambah menarik lagi dengan setiap pembelian korunk dari website ini, korunk berpeluang menerima 1 lagi hadiah PERCUMA. Kamonla, saper nak bagi barang PERCUMA tapi di Althea benda ni tak mustahil. Excited kan!!

Lebih esklusif untuk promo Ramadhan kali ini, Althe didatangkan dengan kotak edisi khas. Menarikkan? Kotak cantik-cantik ni kalau kita terima sayang nak buang boleh dijadikan tempat simpanan barang.

Dan bagi perbelanjaan RM99 ke atas tidak akan dikenakan caj penghantaran. Jadi sambil tambah stok barangan kecantikan dan penjagaan diri. Boleh juga korunk jimatkan kos penghantaran dan diskaun atas barangan daripada pembelian. Dan jangan lupa yang paling best untuk promosi kali ini sebelum check out korunk boleh pilih satu item lain sebagai hadiah PERCUMA yang bakaldiberikan.

Terdapat banyak jenama besar yang dijual di dalam laman web Althea, antaranya seperti 

Dan ini antara produk dari Althea yang saya berkenan. Bolehlah mencuba menatarias mata di Hari Raya nanti. #fliptudung

Jom-jom shopping...
Website: www.althea.kr
Instagram: @altheakorea

Kerepek Sambal Bijirin Jagung

$
0
0
Setiap hari Isnin jam 6 petang saya sempat menonton rancangan Che Ismail masak bersama Pensonic 2017 dengan para tetamunya. Semua hidangan yang ditunjukkan oleh Chef memang senang dan sedap. Saya sendiri begitu gigih menyalin segala resepi yang telah dikongsi. Dan pastinya saya akan mencubanya untuk dijamukan kepada keluarga tercinta.

Bercerita tentang resepi di bulan ramadhan, saya nak kongsikan satu resepi yang memang sangat mudah untuk disediakan. Ianya boleh dijadikan sebagai kudapan ringan ataupun dimakan bersama nasi panas-panas.

Bahan yang diperlukan:-
  • 1 biji Bawang Besar (dikisar halus)
  • 5 daun kari (untuk bau dan rasa)
  • sedikit ikan bilis
  • 5 sudu besar cili giling 
  • 1 1/2 cawan corn flakes 
  • minyak untuk menumis
  • garam dan gula

Kaedah penyediaan:-


Masukkan ikan bilis, goreng sebentar. Masukkan bawang dan daun kari. Masak sehingga bawang kekuningan dan ikan bilis garing (sedikit)


Masukkan cili giling. Masakkan sehingga pecah minyak. Kemudian, masukkan garam dan gula. Adalah disarankan untuk memasukkan gula lebih sedikit. Dan akhir sekali masukkan corn flakes.


Pada suhu 150c, bakar selama 7-10 minit.

Pastikan aras haba adalah atas dan bawah.

Tadaaa!!! Dah siap kerepek sambal bijirin jagung. Menariknya apabila dibakar krepek menjadi extra ranggup dan tahan lebih lama. Perlu disimpan didalam bekas kedap udara ya.

Jangan lupa uolls, untuk sertai Kembara Memasak Chef Ismail di kedai-kedai terpilih pada tarikh tertentu. Boleh semak pada jadual diatas.

Sambil-sambil tu jangan lupa tau, untuk menonton rancangan Chef Ismail Masak Bersama Pensonic 2017 untuk lebih tips dan pelajari lebih banyak resepi :-)

Keterangan lanjut mengenai produk dan aktiviti boleh layari FB Pensonic Malaysia.

Berbuka Puasa Dan Shopping Ala Orang Jepun di Citta Mall

$
0
0
Dalam kesibukan bekerja saya sempat singgah ke Citta Mall untuk berbuka dan membeli-belah sebagai persiapan untuk berhari-raya. Menariknya di Citta Mall bukan sahaja mempunyai tempat letak kereta yang luas, di sini juga terdapat banyak pilihan kedai makan untuk berbuka puasa. 

Memandangkan saya tiba agak awal, sempat juga saya mencari-cari kasut dan cermin mata baru untuk cik suami. Al-maklumlah lelaki sememangnya jarang sangat nak membeli kasut baru. Melainkan ianya sudah lusuh atau terkoyak tapak barulah mencari baru. Tetapi memandangkan kasut raya perlu ada, gigihla saya heret suami untuk datang memilih dan membeli.


Lokasi pertama saya terjah adalah kedai kasut TOMAZ yang terletak di Tingkat 1. Banyak juga pilihan kasut di sini dan harganya bermula serendah RM79. Kasut jenama TOMAZ cukup terkenal dengan hasil rekaannya dan material yang cukup selesa kepada si pemakai.

Antara yang mencuri perhatian saya ialah rekaan dari jenis bertali, loafer, kulit dan pelbagai lagi. Warna yang ditawarkan juga pelbagai untuk mereka yang sukakan gaya yang sederhana, ceria dan klasik.

Antara rekaan terbaru dari TOMAZ! Lihat sahaja pada rekaannya ternyata memenuhi citarasa anak-anak muda hari ini. Rekaan tempil lebih 'fun' dan 'happening' buat pemakai.

Kasut kulit - smart dan klasik

Cik Suami memang meminati rekaan seperti ini. Katanya boleh dipakai untuk acara kasual dan juga ke pejabat juga. Konsep gaya versatil memenuhi semua acara yang disertai.

Sudah selesai memilih kasut, kami mencari pula cermin mata baru. Kebetulan ada harga promosi yang ditawarkan di MILANO di Ground Floor. Kedai cermin mata buat mereka yang sukakan fesyen dan pada yang sama berkaca mata.



Dari cermin mata untuk dipakai kerana kita memang memerlukannya sehinggalah 'shades' *cermin mata hitam untuk bergaya. Dari pelbagai jenama, dijual pada harga terbaik dengan kualiti terhebat.

Sambil mencari kedai-kedai untuk berbuka puasa, kami sempat singgah  di pusat pembelajaran kraf di Jane Yap Atelier di Tingkat 1 Citta Mall. Menariknya untuk kelas seni di sini mereka menerima kanak-kanak seawal 4 tahun sehinggalah yang sudah remaja berusia 18 tahun. Ke semua instruktor yang terpilih mempunyai latar belakang dan pengalaman yang luas dalam bidang seni.



Sebab dah lama tidak merasai makanan Jepun, jadi suami saya telah mengesyorkan untuk berbuka dengan hidangan Jepun. Antara pilihan kedai makanan Jepun di Citta Mall adalah Restoran Iyakimono yang terletak di Ground Floor.

Antara hidangan yang disyorkan disini seperti:-
  • Super Value Set C [teppayanki salmon, sanma, tokayaki, salad, sup, nasi dan air teh hijau - untuk 2 orang makan]
  • Set salmon gril
  • Australia Slice Beef Udon
  • Grill Squid
  • Grill Yakitori
  • Takoyaki Abolone
  • Tokayaki Octopus
  • Tokayaki Chicken Cheese
  • Ice Peach Tea
  • Passion Fruit Drink


Tetapi jika hendak merasi sendiri suasana ala-ala makan di negara Jepun, boleh singga di Tokyo Kitchen di Ground Floor Citta Mall. Pelbagai pilihan makanan enak dari negara Jepun ditawarkan didalam menu.

Namun yang lebih mengujakan saya tentunya suasana persekitaran kedai ini. Selain daripada kemas dan cantik, dekorasi di dalam restoran ini benar-benar diberi sentuhan seperti restoran yang terdapat di negara matahari terbit.

Sememangnya terdapat banyak pilihan kedai makanan untuk berbuka puasa bersama keluarga di Citta Mall. Ada makanan tradisional, Barat, Korea, Jepun dan banyak lagi. Selain daripada itu, di Citta Mall juga terdapat banyak outlet yang menawarkan barangan perhisan rumah, kedai kasut, kedai buku, barangan elektronik dan sebagainya. Ianya seumpaman pusat sehenti yang menawarkan begitu banyak barangan dan servis yang pastinya dapat memberi kepuasan pada setiap pengunjung yang datang ke Citta Mall.

Keterangan lanjut boleh layari : http://www.citta.com.my

xoxo;

Dream Big Princess, My Dear Amani...

$
0
0
A dream is a wish your heart makes
When you're fast asleep
In dreams you will lose your heartaches
Whatever you wish for, you keep
Have faith in your dreams and someday
Your rainbow will come smiling through
No matter how your heart is grieving
If you keep on believing
the dream that you wish will come true

A Dream is a Wish Your Heart Makes

Baru-baru ini saya dan famili telah menyertai aktiviti di Karnival "Dream Big Princess" yang berlangsungnya di Blue Concourse Sunway Piramid. Karnival ini adalah bersempena dengan cuti sekolah dan juga tayangan  siri animasi terbaharu saluran Disney, “Tangled: The Series” di  Astro 615. Pelbagai aktiviti yang disediakan oleh pihak penganjur antaranya seperti "Meet & Greet with Princess", photobooth, sudut mewarna dan permainan atas talian (games online)

Di satu sudut tempat kanak-kanak mewarna.

Gambar kami yang sempat dirakamkan di photobooth yang disediakan di sini.


Apa yang menarik di karnival ini juga terdapat banyak sangat port yang kita boleh ambil gambar samada selfie ataupun wefie :-)

Lihat sahaja Amani yang begitu seronok mengambil gambar di sini. 


Puteri Amani pencinta alam semulajadi..

Puteri Amani bersama kakak puteri yang cantik..

Puteri Amani adalah seorang yang bercita-cita tinggi..

Puteri Amani yang periang dan disenangi oleh semua orang...

Puteri Amani yang sederhana...

Puteri Amani yang menantikan Putera idamannya yang menjelma satu hari nanti (bila dah besar ya!!)

Puteri Amani dengan seribu satu cerita yang tiada kesudahannya..

Erkkk ini adalah Putera Ameer yang terperangkap dalam dunia puteri impian Amani...

Pengunjung cilik yang hadir turut menantikan kemunculan puteri-puteri dari karektor animasi Disney. Boleh dikatakan hampir setiap jam puteri ini akan muncul dan kanak-kanak perempuan khasnya begitu teruja untuk bergambar sama.

Terdapat juga aktiviti seperti pop quiz, yang mana kanak-kanak yang berjaya menjawabnya akan diberikan ganjaran istimewa dari pihak penganjur.

Wak kemunculan Rapunzel dengan rambut panjangnya, yang dikatakan tinggal di menara istana menunggu putera idaman datang menyelamatkannya.

Dan ini Belle dari Beauty & The Beast, seorang puteri yang baik hati dan penyayang. Begitu ikhlas berkawan dan mencintai tanpa melihat pada rupa paras, biarpun ianya seorang yang hodoh ~ the beast!!

Antara pengunjung cilik yang hadir bergambar dengan Belle :-)

Seperti yang telah dimaklumkan si gadis jelita berambut panjang iaitu Rapunzel akan muncul dalam siri animasi terbaharu Saluran Disney, “Tangled: The Series”! Ditayangkan pada setiap hari Ahad, pukul 11:30 pagi di Saluran Astro 615, siri ini adalah gabungan di antara filem hebat, “Tangled” yang dihasilkan oleh Studio Animasi Walt Disney pada 2010 dan filem pendek, “Tangled Ever After”. Siri ini menyaksikan Mandy Moore dan Zachary Levi kembali memegang watak mereka sebagai Rapunzel dan Eugene.

Diserikan lagi dengan visual rekaan animasi menarik yang diinspirasikan dari lukisan Rapunzel dalam filem asal, siri ini akan mengisahkan tentang pengembaraan Rapunzel apabila dia mula mengenali dengan lebih dekat ibu bapanya, kerajaannya, dan rakyat Coronora. Sifat tidak mudah putus asa dan sentiasa ingin mempelajari benda baru membuatkan dia menyedari yang masih banyak perlu dia terokai dalam dunia ini sebelum boleh menggalas tanggungjawabnya sebagai Puteri Coronora.

Kisah utama yang akan diketengahkan dalam siri ini adalah hubungan Rapunzel dengan rakan-rakan dan keluarganya. Watak-watak kesayangan ramai dari filem asal akan turut memeriahkan siri ini. Antaranya,kekasih sang puteri, Eugene Fitzherbert (atau Flynn Rider); panglima diraja yang juga rakan baiknya,Pascal; kudanya yang setia, Maximus; dan Snuggly Duckling Pub Thugs. Siri ini akan memperkenalkan watak baharu, Cassandra (suara oleh by Eden Espinosa), seorang wanita kental yang menjadi orang kuat Rapunzel. Tidak ketinggalan, ibu bapa Rapunzal, King Frederic (Clancy Brown) dan Queen Arianna (Julie Bowen).

Kisah Rapunzel yang dekat dengan penonton, menyentuh hati dan penuh gelak ketawa menekankan
tentang pentingnya untuk membina dan mengekalkan hubungan sesama manusia, di samping mengenali kekuatan diri dan sifat-sifat positif dalam diri kita. Kecekalan, keyakinan, sikap positif dan kreativiti Rapinzel menjadikan beliau contoh terbaik untuk para penonton cilik yang juga sedang belajar untuk menggalas tanggungjawab baharu seperti Rapunzel.

Untuk meraikan kemunculan semula Rapunzel di Asia Tenggara, Saluran Disney memperkenalkan
pencarian watak di platform, Tangled Quest. Dari 21 Mei hingga 30 Jun. Yang mana kanak-kanak dan ahli keluarga mereka boleh mengambil bahagian dengan mengambil gambar Rapunzel, Eugene, Maximus atau Pascal dengan logo Tangled Quest di Saluran Disney dan seterusnya memuat naik di laman web Tangled Quest (www.tangledquest.com). Lapan puluh (80) pemenang bertuah berpeluang memenangi beg cenderahati eksklusif yang bertemakan Tangled.

Selain beg cenderahati bertemakan Tangled, tiga pemenang bertuah juga berpeluang memenangi pengubahsuaian penuh bilik tidur bertemakan Tangled The Series.

Wah ini memang benar-benar menarik bukan??


Selain daripada menyertai aktiviti yang disediakan, ibubapa juga boleh mendapatkan barangan dan koleksi Disney di sini buat anak mereka. Terdapat barang permainan, alat tulis, baju dan banyak lagi.

Dan untuk pembelian paling tinggi, anda beperluang memenangi percutian ke Hong Kong Disneyland untuk 4 orang dan juga terdapat tawaran hadiah-hadiah lain yang cukup hebat juga ganjarannya.

Jom, apa lagi bawalah anak anda ke Karnival Dream Big Princess di Sunway Piramid dan sertailah  aktiviti yang banyak disediakan disana!!

Kempen Jakel Barulah Raya 2017 Memang Meriah Noks!!!

$
0
0
Baru-baru ini saya sempat singgah ke Wisma Jakel Shah Alam untuk mencari baju melayu buat Akid, Afiq dan Ameer. Dengan slogan Jakel Barulah Raya tahun ini, JAKEL Trading Sdn. Bhd. telah menampilkan sekali lagi selebriti duta raya Jakel bagi mempromosikan koleksi pakaian raya. Apa yang menarik untuk kempen kali ini, Jakel turut memperkenalkan konsep pemilihan warna pakaian sedondon sekeluarga, baju untuk mereka yang bersaiz besar, kurta dan banyak lagi.

Majlis berkonsepkan sembang santai yang diadakan baru-baru ini di Jakel Shah Alam turut menampilkan sekali lagi Duta Raya tahun 2017 iaitu Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Awal Ashaari, Scha Al Yahya & Lara Alana (Schawalara) serta Ayda Jebat. Turut sama juga adalah wajah baru tahun ini Hanis Zalikha , Hairul Azreen & Yusuf Iskandar dan tidak dilupakan Upin dan Ipin yang turut hadir memeriahkan acara. 

Menurut Tuan Hj Mohamed Izani b. Mohamed Jakel; Pengarah Urusan Jakel Shah Alam, 

 "Kempen Jakel Barulah Raya tahun ini adalah salah satu aktiviti wajib dalam kalendar promosi Jakel bagi memasarkan produk pakaian raya di antara Duta Raya Jakel bersama para pelanggan. Di majlis ini turut menyelitkan sessi lelongan jualan untuk koleksi pakaian raya. Dimana, setiap Duta Raya Jakel akan mempromosi dan menjual koleksi pakaian raya mereka dengan harga runtuh untuk pelanggan Jakel. "


Selain daripada itu Jakel Shah Alam turut menghangatkan lagi kempen jualan hari raya dengan memberikan baucar Baju Raya Percuma kepada 1,000 pelanggan yang terawal.  Memang berbaloi sangat! Yang mana pelanggan boleh menggunakan baucar ini bagi mendapatkan Baju Melayu & Jubah Aaron Aziz secara PERCUMA . 

Untuk koleksi edisi raya kali ini ianya merupakan koleksi terkini yang memfokuskan kepada corak dan warna yang lebih segar dan moden. Memahami keinginan pelanggan, Jakel sentiasa menampilkan koleksi kain terbaru dan terkini untuk pengemar fabrik di luar sana. Jadi tidak hairanlah jika jenama Jakel juga itu sendiri adalah trendsetter. Sekaligus menjadikan koleksi kain di Jakel mempunyai ciri-ciri eksklusif tersendiri kerana ianya dicipta oleh desingner in-house Jakel.

Melihatkan kepada keadaan ekonomi yang sangat mencabar, ramai pengemar fesyen lebih selesa memilih koleksi pakaian mampu milik tetapi masih mengekalkan elemen eksklusif. Kesemua koleksi produk yang dikeluarkan oleh Jakel mementingkan elemen-elemen utama antaranya pemilihan fabrik berkualiti tinggi, permainan warna yang bersesuaian dan perincian rekaan secara kemas dan rapi. Gabungan kombinasi ini untuk menyerlahkan lagi personaliti si pemakai agar kelihatan bergaya dan fashionable sesuai dengan trend terkini. Ini bersesuaian dengan golongan sasaran Jakel iaitu untuk semua peringkat golongan umur sama ada muda atau tua, untuk mereka yang memiliki koleksi pakaian daripada Jakel pasti ianya menimbulkan aura keangunan untuk wanita dan ciri-ciri maskulin si jejaka pasti terserlah. 

 JUALAN MURAH SEMPENA HARI RAYA 

Sempena menyambut bulan Ramadan dan hari raya pada bulan hadapan, Jakel juga memberikan penawaran istimewa kepada para pelanggan yang berkunjung membeli-belah di Jakel, dimana para pelanggan boleh menikmati HARGA RUNTUH. Jakel juga mengambil peluang dengan memberikan potongan harga sehingga 85% untuk produk pakaian koleksi lebaran kali ini. Lagi menguntungkan, koleksi pakaian readymade baru untuk persiapan hari raya juga direka khas daripada pereka-pereka dalaman Jakel sendiri. Jualan hebat sempena Hari Raya yang berlangsung sehingga malam raya memberikan promosi harga yang cukup hebat dan jimat sekaligus membantu pelanggan mendapatkan koleksi pakaian raya yang terbaik. Jualan hebat juga dianjurkan adalah bermatlamat untuk menarik minat lebih ramai pengemar fesyen terutama golongan wanita dan remaja untuk melihat dengan lebih dekat keluaran koleksi terbaru yang diperkenalkan oleh Jakel. Selain daripada itu ianya juga ingin memberitahu kepada pelanggan bahawa mereka boleh mendapatkan harga yang jauh lebih murah berbanding ditempat lain. 

Harga koleksi baju melayu yang ditawarkan juga amat berpatutan iaitu bermula dengan harga serendah RM89 dengan diberikan secara PERCUMA sehelai kain samping beserta butang baju melayu bagi setiap pembelian sepasang baju melayu. Untuk tahun ini juga Jakel telah mengeluarkan produk pakaian kurta untuk mereka yang mahukan penampilan ringkas ketika berhari raya dan kurta ini juga adalah mesra wuduk. Manakala baju kurung wanita dijual dengan harga bermula RM 79 sepasang, jika tahun sebelum ini Jakel menageluarkan pakaian kanak-kanak berjenama Lara Alana, edisi kali ini Jakel melengkapkan pakaian raya kanak-kanak lelaki dibawah jenama Yusuf Iskandar. Pakaian raya kanak-kanak juga memberikan harga yang menjimatkan bermula pada RM 39. 


Koleksi Baju Melayu Aaron Aziz ini direka khas dan khusus dengan mengetengahkan kekemasan pada leher, poket dan motif bercorak. Keistimewaan Koleksi Aaron Aziz adalah koleksi yang sememangnya berbeza dari segi penggunaan fabrik dan warna. Rekaan terbaru khas 2017 adalah dari pelbagai jenis fabrik. Antara warna-warna yang dijangkakan bakal menjadi pilihan pada tahun ini adalah warna-warna pastel selain warna kegemaran ramai antaranya hijau zamrud, merah cili dan biru diraja. 


Manakala Baju Melayu Nabil Ahmad berkonsepkan moden kontemporari yang menekankan kekemasan pada leher dan poket. Baju-baju ini ditawarkan dengan harga yang berbeza-beza bergantung pada rekaan dan kualiti. Ini kerana, JAKEL mempunyai beberapa kumpulan sasaran dan ingin menjadikan Koleksi Nabil Ahmad ini sebagai koleksi mampu milik. Jika uolls perasan rekaan Nabil lebih kepada slim fit yang mana memang 'in' dengan kegemaran anak-anak muda hari ini.


Menambahkan lagi kemeriahan promosi hari raya, Jakel mengambil inisiatif mengeluarkan produk baju melayu “plus size” dan ini juga merupakan kali pertama bagi Jakel memasarkan produk tersebut untuk mereka bersize comel. Lanjutan daripada ini, Jakel mengambil peluang berkolaborasi bersama selebriti yang telah mendapat pengiktirafan sebagai “Funniest Person in the World” iaitu Harith Iskander. 

Koleksi kurta di bawah label Awal Ashaari dan Hairul Azreen ini adalah keluaran terbaru dan terkini Jakel dimana ianya adalah untuk memenuhi citarasa pelanggan disamping mengikut trend semasa. Setiap koleksi kurta yang dihasilkan adalah berkualiti kerana ianya mementingkan keselesaan bila dipakai. Koleksi kurta menggunakan fabrik cotton yang bercorak disamping mempunyai kekemasan di potongan leher dan di belakang bahu serta dilengkapi dengan poket. Keluaran koleksi kurta turut berkonsepkan mesra wuduk dimana ianya boleh dilipat dan dibutangkan pada bahagian sisi lengan. Setiap koleksi kurta yang dihasilkan mempunyai variasi pelbagai rekaan dan terdapat lebih daripada puluhan warna bagi setiap rekaan kurta. Jakel juga turut mengeluarkan koleksi kurta Aaron Aziz dan Nabil Ahmad sebagai pilihan kepada pelanggan untuk mengayakannya di musim lebaran ini

Jakel turut mengeluarkan koleksi baju kurung dibawah label Ayda Jebat yang berkonsepkan kurung moden. Ini adalah bersesuaian dengan citarasa terkini terutamanya para gadis yang inginkan penampilan tampak ceria dan segar. Koleksi kali ini juga Jakel masih mengekalkan ciri-ciri eksklusif pada setiap rekaan dimana, penggunaan warna yang lebih lembut tetapi masih diberi perhatian kepada rekaan yang 'up-to-date' dan perincian. Dan untuk baju kurung yang dikeluarkan ini mensasarkan kepada golongan wanita daripada peringkat remaja hingga dewasa. Setiap keluaran Ayda Jebat bagi koleksi lebaran tahun ini ianya lebih bertemakan “simple but nice” dimana koleksi rekaan memfokuskan kesederhanaan dalam pengayaan tetapi masih disuntik dengan elemen glam dan bersesuaian trend masa kini agar si pemakai tampak lebih trendy ketika berhari raya.


Pakaian kanak-kanak masih dikekalkan dengan label Upin Ipin walaubagaimanapun ianya diolah dengan rekaan yang sedia ada kepada rekaan baju melayu bercorak. Bagi pemebelian koleksi baju melayu Upin Ipin turut diberi percuma samping dan butang baju melayu. Jakel sentiasa melakukan keistimewaa pada setiap kempen yang dijalankan, bagi lebaran tahun ini Jakel menapilkan koleksi pakaian kanak-kanak di bawah label Yusof Iskandar selain daripada Lara Alana.


Istimewanya lebaran kali ini, Jakel tampil mengeluarkan koleksi raya bercirikan kekeluargaan dimana ianya direka dengan rekaandan warna sedondon. Secara tidak langsung mewujudkan lagi suasana riang di hari raya bersama keluarga tersayang. Contohnya jikatahun ini baju raya bertemakan warna ungu jadi mudah untuk kita dapatkan warna dan rekaan yang sama untuk setiap ahli keluarga. Paling menarik Jakel kali ini juga menghasilkan rekaan dengan mengeluarkan produk bercirikan warna-warna ceria dan boleh digayakan untuk satu keluarga.


Koleksi Schawalara 


a) Awal Ashaari


Koleksi pakaian raya Baju Melayu di bawah label Awal Ashaari ini direka khas dan khusus dengan mengetengahkan kekemasan pada leher, poket dan motif warna. Disamping itu, mengetengahkan potongan “shirt” tanpa pesak seperti kebiasaan baju melayu, Ia mampu memberikan kekemasan apabila digayakan bersama sampin. Harga yang ditawarkan juga amat berpatutan dan lebih menarik lagi, pelanggan akan diberikan percuma samping beserta butang baju melayu.  Saya juga sangat tertarik dengan rekaan sampin bunga tabur yang didatangkan dengan set baju melayu Awal. Memang cantik sangat uolls!!


Disamping itu, terdapat juga keluaran kurta Awal Ashaari bagi mereka yang gemarkan penampilan secara ringkas ketika berhari raya. Berkonsepkan rekaan moden dan mengekalkan keaslian ciri asli kurta itu sendiri membantu menampakkan lagi ketampanan pada si pemakai. Kurta dibawah jenama ini juga divariasikan menerusi rekaan bagi memenuhi permintaan pasaran. Diperbuat daripada material yang berkualiti dengan menggunakan fabrik cotton untuk memberikan keselesaan kepada si pemakai. Selain mempunyai jahitan yang kemas, ianya juga mempunyai kekemasan pada bahagian bahu agar ianya nampak terletak cantik apabila digayakakan. Untuk selebriti seperti Awal memang sentiasa mencari kesempurnaan dalam memilih pakaian :-)



b) Scha Al-Yahya

JAKEL mengambil inisiatif dengan mengeluarkan koleksi Baju Kurung Moden di bawah jenama Scha Al-Yahya. Fabrik yang digunakan untuk menghasilkan baju koleksi ini adalah dari himpunan fabrik-fabrik berkualiti dari jenis fabrik kapas sulam, chiffon, lace dan banyak lagi. Baju-baju ini ditawarkan dengan harga yang berbeza-beza bergantung pada rekaan dan kualiti. Ini kerana, JAKEL mempunyai beberapa kumpulan sasaran dan ingin menjadikan Koleksi Scha Al-Yahya ini sebagai koleksi mampu milik untuk semua lapisan masyarakat. Baju kurung Scha Al-Yahya diperkemaskan dengan beberapa jenis detailing seperti jahitan manik, perincian lace dan permainan dari segi “cutting” supaya ia nampak menarik dan tidak terlalu sarat. “Musim raya ialah musim untuk kita meluangkan masa bersama keluarga dan sahabat handai, jadi keselesaan menjadi keutamaan dalam setiap baju saya”. Lebih menarik, kesemua baju Scha Al-Yahya didatangkan dalam pelbagai saiz, bermula dari S hinggalah ke XL.


c) Lara Alana

 Bagi merealisasikan konsep kekeluargaan, JAKEL juga mengekalkan si kecil Lara Alana sebagai Duta Raya Jakel untuk tahun ini bagi mempromosikan produk baju kurung kanakkanak perempuan dibawah jenama Lara Alana. Populariti si kecil ini dengan pengikut hampir 2 juta di laman sosial, dan dengan gaya fesyennya yang seringkali mendapat perhatian di Instagram dilihat mampu untuk menarik minat anak kecil, khususnya ibu bapa yang inginkan anak perempuan mereka tampil secomel Lara Alana di hari lebaran kelak.

Koleksi Lara Alana yang direka dengan lebih 20 rekaan ini menggunakan jenis fabrik yang lembut dan bersesuaian dengan kulit kanak-kanak. Memberikan kelainan pada baju kurung kanak-kanak, rekaan kali ini dihiasi dengan butiran beads dan lace untuk menceriakan lagi karektor kanak-kanak di musim perayaan nanti.


 Koleksi Hanis, Hairul, Yusof 


Istimewanya hari raya tahun ini, Jakel juga berkolaborasi bersama keluarga kecil diminati ramai iaitu Hanis Zalikha, Hairul Azreen dan Si Cilik Meletop Yusof Iskandar. Pemilihan ini adalah kerana keluarga tersebut sering kali mendapat perhatian ramai oleh mereka yang mengikuti mereka di alam maya.

a) Hanis Zalikha

Setiap rekaan yang dihasilkan oleh jenama ini pasti memberikan kepuasan yang maksima kepada peminat Hanis untuk beraya bersama koleksi ini. Jakel mengekalkan konsep elegan, versatile dan classy serta mengangkat kecirian tradisional menjadikan koleksi gabungan ini memiliki keistimewaan tersendiri. Dihasilkan dengan berkonsepkan moden dan elegan. Setiap koleksi rekaan mempunyai pilihan warna yang berbeza. Penggunaan fabrik sangat selesa, setiap design dijahit kemas. Dilengkapi butiran beads dan sulaman lace menambahkan lagi ciri-ciri eksklusif. Keluaran ini juga menyediakan koleksi dengan harga mampu milik dan boleh dibeli di semua cawangan Jakel.


b) Hairul Azreen
Diperbuat daripada fabrik cotton material yang bersesuaian dengan keadaan cuaca di negara kita. Mempunyai keunikan kerana ianya berkonsepkan moden yang mana di bahagian sisi diberi potongan tepi. Setiap rekaan ini juga mempunyai detail poket dibahagian dada bagi memberikan sedikit unsur klasik dan bahagian tepi kiri untuk membolehkan pemakai menyimpan barangan peribadi. Selain daripada itu keluaran kurta ini juga bermotifkan mesra wuduk dimana bahagian lengan boleh dilipat dan dibutangkan di bahagian tepi bagi memudahkan pengambilan air sembahyang.


 c) Yusof Iskandar

Keceriaan lebaran tahun diserikan lagi dengan koleksi pakaian daripada si kecil comel Yusof Iskandar. Menjadi satu lumrah penjagaan anak kecil terutama soal pemakaian amat rumit untuk dipilih ditambah pula di musim perayaan. Oleh it, Jakel mengambil inisiatif mengeluarkan produk pakaian kanak-kanak dengan bercirikan kasual.

Dibawah jenama ini, baju melayu yang dihasilkan bermotifkan potongan leher “round neck” memang membantu memberikan keselesaan kepada kanak-kanak. Penggunaan fabrik cotton yang bermutu tinggi agar  sesuai dengan semua kulit kanak-kanak. Paling menarik pilihan warna untuk koleksi ini juga boleh disuai padankan dengan baju melayu dewasa, ini membolehkan para pelanggan bmemakai sedondon dengan dengan ahli keluarga lain.

Antara kemeriahan pelanggan yang datang berkung ke jakel Shah Alam yang sempat saya rakamkan :-)
Jualan lelong dari masa ke semasa, memang jauh lebih murah harga yang ditawarkan.

Layanan daripada pekerja dari staff Jakel memang terbaik. Staff Jakel akan membantu sebaik mungkin kepada pelanggan yang pening membuat pemilihan pakaian yang diinginkan.

Ini adalah koleksi Lara Alana. Banyak betul rekaan menarik dengan variaisi pilihan warna yang cantik.

Koleksi pakaian wanita yang mendapat perhatian ramai pengunjung terutamanya dari kaum wanita sendiri. Memang rambang mata untuk memilih, ini kerana rekaan yang ditawarkan di Jakel semuanya menarik.

Pelanggan yang datang berpusu-pusu tidak mahu melepaskan membeli pakaian Jakel pada harga menarik. Di zaman sekarang, pembeli kena sentiasa bijak untuk berbelanja. Beli barangan kualiti terbaik, up-to-date tapi harga masih relevan untuk membeli.

Nabil : Abang Dee, tahu tak ada berapa cawangan Jakel di Malaysia. Saya selaku duta Jakel 3 tahun berturut-turut nak tanya Abang Dee yang jadi pengacara jemputan 5 tahun berturut-turut selama mana abang Aaron jadi duta di Jakel...5 tahun in a row..

Abang Dee : 21 lahhh noks....soalan kbat lah sangat...

Nabil : Dengan Jakel Barulah Raya....
Abang Dee : Banyak rekaan, jauh lebih murah di pasaran, jimat perbelanjaan...gitchewwww

Viewing all 2935 articles
Browse latest View live