Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all 2935 articles
Browse latest View live

Kimball Menawarkan Resepi Hidangan Sahur yang Mudah, Berkhasiat dan Lazat untuk Ibu-ibu Yang Sibuk

$
0
0

 Ramadan ialah bulan yang suci buat umat Islam di mana semua penganutnya diwajibkan untuk berpuasa dari terbit fajar hinggalah terbenamnya matahari.

Ia juga merupakan tempoh paling sibuk buat ibu-ibu Melayu kerana mereka perlu mengimbangi tugas harian di rumah, pejabat dan menyediakan hidangan bersahur pada awal pagi untuk ahli keluarga tersayang.

Bagi ibu yang pertama kali menyediakan sahur untuk anak-anak kecil, timbul kebimbangan sama ada hidangan yang disediakan itu mampu memberi tenaga secukupnya kepada mereka sepanjang hari dan sesuai untuk anak yang cerewet dan pilih makanan. Namun, perkara yang paling membimbangkan ialah adakah makanan itu dapat disediakan dan dinikmati sebelum waktu sahur berakhir.

Kimball, jenama produk kulinari rakyat Malaysia dengan warisan melebihi 40 tahun memahami cabaran yang dihadapi oleh ibu-ibu Melayu, termasuk terpaksa bangun awal pagi semasa bulan Ramadan untuk menyediakan hidangan sahur. Oleh itu, Kimball memberikan penyelesaian untuk hidangan sahur yang mudah dan lazat supaya ibu-ibu mempunyai lebih masa untuk menemani keluarga.

Bagi seorang ibu berkerjaya dengan tiga orang anak, Pn Nur Yusnizah Yushof, Ramadan ialah masa yang istimewa kerana beliau boleh menjadi contoh dari segi rohani kepada anak-anaknya. Namun begitu, beliau merasakan bahawa aspek pengurusan masa menjadi cabaran paling besar, terutama dalam penyediaan makanan untuk bersahur. Beliau biasanya memasak hidangan sahur di rumah kerana mahu hidangan tersebut sesuai untuk selera keluarga, di samping menawarkan nutrisi dan tenaga sewajarnya supaya mereka boleh berpuasa dengan sempurna.

Anak perempuan saya berumur 14 dan 12 tahun, mereka sudah berpuasa sejak beberapa tahun lalu. Penyediaan hidangan sahur pertama untuk anak sulung saya agak sukar kerana saya mahu memberikannya makanan yang menyelerakan dan juga  membolehkannya bertahan sepanjang hari. Masa itu, saya tidak tidur kerana risau, malah saya membeli makanan tambahan di kedai kerana takut saya tidak sempat memasak makanan untuk bersahur. Insha’Allah, semuanya berjalan lancar. Sebab itu saya sentiasa mencari resepi yang mudah untuk sahur,” jelas Pn Nur Yusnizah.

Memahami cabaran yang dihadapi oleh para ibu sepanjang Ramadan terutama penyediaan hidangan sahur, Kimball yang mempunyai rangkaian luas sos, sos pasta dan pasta kering telah bekerjasama dengan Chef Rohani Jelani untuk menghasilkan lima resepi sahur yang mudah dan lazat serta ia boleh dijamu oleh 5 ahli keluarga dengan bajet sekitar RM15 sahaja.

Sebagai seorang ibu juga, Chef Rohani memahami keperluan untuk tampil dengan resepi mudah yang boleh disediakan ketika sahur atau pada malam sebelumnya.

Resepi-resepi ini dicipta khas menggunakan produk Kimball terdiri daripada makanan yang berasaskan kepada nasi, pasta dan roti. Roti Berinti Kimball yang menjadi kegemaran ramai, Satu Periuk Nasi Ayam Hainan Kimball yang sangat mudah, Sos Ayam Cendawan Dengan Angel Hair Kimball yang sedap dan senang, hidangan tradisional Nasi Goreng Tomato Pedas Kimball serta Bun Ayam BBQ Kimball yang bersaiz gigitan dan enak. Semua hidangan ini juga berkhasiat untuk seisi keluarga untuk menjalani puasa dengan selesa. Sebagai contoh, ia menggunakan pasta Angel Hair Kimball berbanding mee kerana ia lebih sihat, berkhasiat dan mengenyangkan.

“Saya menghasilkan resepi-resepi ini agar ia mudah dan boleh disediakan pada malam sebelumnya. Rasanya juga tetap selazat apabila dipanaskan ketika Sahur,” kata Chef Rohani.

Saya pasti akan menggunakan resepi-resepi Kimball ini sepanjang Ramadan. Resepi Chef Rohani memang bagus kerana resepi yang ala ‘satu periuk’ ini dapat menjimatkan masa memasak dan mencuci. Keluarga saya sangat menggemari Satu Periuk Nasi Ayam Hainan Kimball dan Bun Ayam BBQ Kimball. Sos-sos Kimball yang digunakan juga memang menambah perisa dan memendek masa penyediaan makanan,” katanya.

Menurut Pengurus Kategori Campbell Soup Southeast Asia Sdn. Bhd., Cik Tania Lee, Kimball memahami cabaran yang dihadapi oleh ibu-ibu Melayu, terutama ketika hendak menyediakan hidangan sahur sepanjang Ramadan. Maka, Kimball telah menghasilkan resepi-resepi yang mudah, berkhasiat dan lazat untuk memberikan ibu-ibu lebih banyak masa bersama dengan keluarga, dengan memendekkan masa yang diluangkan di dapur.

“Sebagai contoh, Nasi Goreng Tomato Pedas Kimball boleh disediakan dengan pantas. Ia merupakan satu hidangan yang berkhasiat kerana mengandungi sumber karbohidrat, protein, vitamin dan mineral. Apa yang lebih bagus lagi, semua hidangan sahur Kimball yang kami hasilkan boleh dinikmati oleh lima orang sekeluarga dengan kos cuma RM15 atau kurang,” kata Cik Tania.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai rangkaian produk Kimball serta pilihan resepi yang pantas, mudah dan lazat pada harga berpatutan, sila layari laman web: http://www.kimball.com.my/ 
Kunjungi juga laman Facebook https://www.facebook.com/KimballMalaysia/ untuk mengetahui perkembangan dan maklumat terkini tentang produk Kimball dan bagaimana memaksimum rasa dengan ramuan ringkas yang boleh anda dapati di rumah pada harga yang rendah! 

Resepi Rendang Tok Ayah Yang Sangat Sedap dan Mudah Disediakan Bersama Philips All--In-One Pressure Cooker

$
0
0
Masakan tradisi seperti Rendang Tok Ayah memang antara yang dicari sewaktu perayaan Hari Raya. Bahkan bagi saya sendiri menikmati rendang bukan sahaja di musim perayaan sehaja bahkan rendang juga dijadikan hidangan cukup istimewa di majlis rumah terbuka, makan besar bersama keluarga dan di pelbagai acara lain. Apatah lagi kalau dapat memasak menggunakan peralatan dapur seperti Philips All-In-One Pressure Cooker memang semuanya mudah dan pantas disediakan.

Ok, jom saya kongsikan cara menyediakan Rendang Tok Ayah dengan cara paling mudah dan pantas menggunakan  Philips All-In-One Pressure Cooker yang hanya mengambil masa tidak sampai 1 jam. Hasilnya memang 'awesome' dengan daging yang cukup lembut dan cukup rasa. Jika memasak rendang ikut cara tradisi memang memakan masa yang lama, adakalanya sehingga 8 jam lamanya. Huhuhu.

Bahan-bahan:-
Bahan Perapan:
  • 2 tsp ground cinnamon
  • 1 tsp ground black peppercorns
  • 1 tsp corriander
  • 1/2 tsp ground fennel
  • 1/2 tsp ground cumin

Bahan Untuk Dikisar:

  • 2 red large onions
  • 3 garlic
  • 1 inch ginger, remove skin
  • 3 fresh turmeric root, remove skin
  • 2 inches galangal
  • 4 lemongrass

Bahan-bahan lain:

  • 1 kg beef, cut into 1 1/2 inch cubes
  • 1/4 cup of oil
  • 2 star anise
  • 5 cloves
  • 5 cardamoms
  • 1 tbsp chili paste
  • 2 tsp tamarind paste paste diluted with 1/2 a cup of water
  • 2 tsp salt
  • 3 tbsp palm sugar, grated
  • 2 cups of thick coconut milk
  • 2 tbsp kerisik
  • 3 pices of kaffir lime leaves, bruised
  • 1 turmeric leaf, sliced finely

Kaedah Penyediaan:-

  1. Perapkan daging dengan bahan perapan.
2.  Biarkan daging yang telah diperap selama 20 minit.




3. Buka penutup Philips All-In-One Pressure Cooker dan tekan butang 'SAUTE/SEAR HIGH TEMPERATURE' dan tekan butang 'START'.

 4. Masukkan minyak apabila periuk dah panas.

 5. Seterusnya masukkan star anise, cardamon dan cloves

 
6. Seterusnya masukkan bahan yang telah dikisar. Masak sehingga naik bau wangi dan bawang menjadi kekuningan perang.

 7. Kemudian masukkan pes cili. *Kepedasan ikut suka ya.

 8. Masukkan daging yang telah diperap.

9. Kacau rata sehingga sebati dengan bahan ~ lebih kurang 20 saat.


10. Masukkan garam secukup rasa.


11. Seterusnya masukkan daun limau.

12. Untuk rasa lebih seimbang masukkan gula melaka yang telah dihancurkan.

13. Masukkan asam jawa

14. Campurkan kerisik didalamnya.

15. Akhirnya masukkan santan pekat (dalam 2 cawan)

16. Sebab saya nak masak pantas. Jadi saya telah memilih butang 'PRESSURE COOKER' dan pilih 'MEAT/POULTRY'. Set asa untuk tempoh 30 minit, tekan butang 'START'.


16. Bila 'KEEP WARM'sudah menyala di bahagian panel, ianya menunjukkan daging rendang sudah masak dan lembut sepenuhnya. Lepaskan tekanan dengan memusing kunci di atas tudung periuk ke arah 'VENT'.

17. Buka tudung periuk, gaul rata.

18. Tekan di butang menu  'SAUTE/SEAT HIGH TEMP' dan tekan 'START' kacau sehingga rendang menjadi kering.

19. Rendang kita akan kelihatan seperti pecah minyak.

20. Taburkan dengan tumeric leave yang telah dihiris halus.

Rendang Tok Ayah ini bukan sahaja sedap dimakan dengan nasi impit, lemang, roti dan  nasi putih. Bagi saya sendiri menikmati rendang tradisi ini bersama pulut kuning. 

Philips All-In-One Pressure Cooker ini bukan sahaja boleh digunakan untuk memasak hidangan yang memerlukan tekanan tinggi seperti daging. Bahkan yang lebih menarik periuk serbaguna dari Philips ini juga boleh dibakar kek, stew daging, memasak dodol, membuat acar buah dan banyak lagi. Paling penting hasilnya memang 'superb'. Bayangkan daging yang dimasak dengan Philips All-In-One Pressure Cooker ini begitu lembut isinya. Jadi tidak ada masalah buat anak saya seperti Ameer yang baru berusia 3 tahun untuk menikmati rendang itu sendiri.

Oh ya! Harga Philips All-In-One Pressure Cooker yang ditawarkan di pasaran adalah RM799 dan anda boleh mendapatkannya di pasaraya besar yang terdekat. 

Jom merendang bersama Philips untuk santapan hebat di hari lebaran. Selamat Hari Raya in advance uolls.

Amani Yang Super Excited di Acara DC Super Hero Girl

$
0
0
Saya dan Amani sempat ke majlis pengenalan DC Super Hero Girl baru-baru ini yang telah diadakan di Vanity Atrium Sunway Velocity Cheras. Pelbagai aktiviti disediakan yang melibatkan semua animasi dalam Cartoon Networks. Antaranya seperti Ben 10, Power Puff Girls dan ramai lagi/ 

Terdapat juga photobooth disini yang membolehkan pelanggan mengambil gambar bersama denga karektor DC Super Hero Girl. Tapi untuk mendapatkan foto secara percuma, perlulah membuat apa-apa pembelian disini terlebih dahulu ya.

Apa yang menarik di sini terdapat banyak props yang boleh dijadikan tempat kita bergambar sakan. See, my Amani yang excited bergambar dengan gambar Wonder Woman yang sangat besar.

Nak jadi pahlawan Wonder Woman? Hokeh! Semua aksesori Wonder Woman memang ada kat sini. Hanya perlu pandai menggayakannya ajer.

Saya memang tertarik dengan patung-patung yang dipamerkan di sini. Semuanya dari karektor dari Cartoon Networks. Tapi yang paling menarik tentulah patung dari DC Super Hero Girls!

Terdapat juga barangan dari Cartoon Networks yang dijual di sini, antaranya seperti:0
Baju yang menarik dari karektor Cartoon Networks. Contoh seperti baju dari karektor Ben 10.

Beg-beg sekolah yang sememangnya menjadi kesukaan peminat karektor animasi dari Cartoon Networks. Ada juga sling bag yang ditawarkan, semuanya cantik.

Patung dan figurin dari karetor seperti Wonder Women, Super Girl dan banyakk lagi dari DC Super Hero Girl.

Beg ini antara yang memikat hati saya :-)
Cantik sangat, harganya juga sangat berpatutan dalam RM120 sahaja.

Antara figurin yang mendapat perhatian di sini. Rata-rata penginjung tidak melepaskan peluang bergambar bersama dengan figurin ini. Sungguh seksi tapi nampak begitu 'classy'..


Dan my Amani dan saya telah menerima hadiah tempat pertama bersempena dengan pertandingan blogger untuk entri DC Super Hero Girl. Memang excited sangat sebab kami menerima menerima banyak permainan dari DC Super Hero Girl.

Bergambar dengan pemenang-pemenang yang lain serta VIP yang telah dijemput.

Amani yang super duper happy bersama dengan hadiah yang dimenanginya. Yeay!!!

Terima kasih juga kepada pihak penganjur atas anjuran peraduan yang sangat ohsem ini.

Moga bertambah murah rezeki kami di bulan ramadhan ini...

KitKat “Chocolatory” Memperkenalkan Perisa Ais Krim Potong Kegemaran Rakyat Malaysia

$
0
0
Jenama coklat nombor satu Malaysia, KitKat dan kedai istimewa pertamanya, KitKat “Chocolatory” berjaya menambat hati rakyat Malaysia kini menawarkan pengalaman peribadi lebih bermakna buat pelanggannya dengan memperkenalkan ciptaan terbaru Ais Krim Potong yang dihasilkan melalui kerjasama dengan cef selebriti kesayangan Malaysia, Anis Nabilah.

KitKat “Chocolatory” yang dilancarkan pada Oktober tahun lalu memberikan peluang kepada orang ramai untuk bersama-sama dengan jenama itu bagi menghasilkan jejari KitKat rekaan sendiri yang lazat, enak dan menyeronokkan. Selain itu, KitKat “Chocolatory” turut menawarkan beberapa edisi khas KitKat yang tidak boleh didapati di mana-mana selain di kedai konsep tersebut yang terletak di Mid Valley Megamall. 

Kedai KitKat “Chocolatory” baharu ini menjadi tapak ujian bagi penghasilan perisa lazat baharu dan merupakan kedai pertama seumpamanya di mana peminat snek jejari itu boleh memilih sendiri perisa dan rekaan coklat mereka. Bersandarkan kepada konsep ciptaan bersama, KitKat “Chocolatory” memberikan peluang kepada pelanggan untuk meneroka lebih 10,000 kombinasi bahan bagi mencipta perisa dan bungkusan yang diingini serta menyaksikan sendiri bagaimana pilihan mereka itu dihasilkan.

Dalam tempoh beberapa bulan sejak KitKat “Chocolatory” dilancarkan di pasaran Malaysia, pelbagai
ciptaan dengan citarasa Malaysia telah dihasilkan seperti Nasi Lemak Tradisional, Raja Buah dan Ais
Kacang. Cef Anis Nabilah membantu KitKat memperbanyakkan lagi perisa tempatan dengan
memperkenalkan ciptaan Ais Krim Potong yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Ciptaan ini
diilhamkan oleh kelazatan ais krim potong, iaitu makanan ringan yang dekat di hati rakyat Malaysia dan dihasilkan dengan teliti bagi mencerminkan citarasa serta perisa tradisional sebenar yang terbaik
berdasarkan selera Malaysia.

KitKat “Chocolatory” menandakan pendekatan dan wawasan baharu dalam menyediakan produk yang disesuaikan dengan kemahuan setiap individu, selari dengan evolusi yang sedang dialami pengeluar coklat. Trend penghasilan makanan yang bersifat peribadi semakin popular di seluruh dunia dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan ia telah terbukti amat berjaya. Bersandarkan kepada trend ini yang semakin berkembang, jenama coklat terkemuka Malaysia sekali lagi memperkenalkan cara baharu untuk menikmati KitKat melalui kerjasama dengan Cef Selebriti,& menurut Encik Sachin Goel, Pegawai Eksekutif Perniagaan Konfeksi Pasaran ASEAN, Nestlé (Malaysia) Berhad.
Diilhamkan daripada kepelbagaian perisa Ais Krim Potong Malaysia, kami pasti ciptaan baharu ini akan menggamit memori zaman indah kanak-kanak; bunyi loceng motosikal penjual ais krim di taman perumahan yang membawa pelbagai pilihan perisa ais krim yang ‘dipotong’ itu. Kini, KitKat “Chocolatory” akan menghidupkan semula pengalaman menggembirakan itu, ditambah dengan warna-warni serta kreativiti dan disajikan di dalam sebuah kotak khas. Apatah lagi dengan musim perayaan yang bakal tiba ini, Ciptaan Ais Krim Potong ini boleh dijadikan buah tangan semasa rumah terbuka yang pastinya digemari ramai rakyat Malaysia," kata Cef Selebriti, Anis Nabilah.

Ciptaan Ais Krim Potong Anis Nabilah
Ciptaan lapan kepingan jejari coklat menakjubkan yang menjanjikan pengalaman terbaik dalam menikmati citarasa Malaysia. Pelbagai aneka ciptaan ini disusun rapi dalam satu bungkusan khas bagi meraikan setiap perisa, daripada minuman ros yang menyegarkan, pencuci mulut berperisa mangga yang lazat kepada adunan krim santan kelapa lembut yang rangup dan diakhiri dengan bar coklat berperisa teh klasik yang mewah.

 Ros Sirap Bandung: Wafer rangup istimewa bersalut coklat lembut berperisa ros yang disempurnakan dengan sentuhan akhir kelopak bunga mawar.

 Mangga Harum Manis: Coklat berperisa mangga ditambah dengan kerangupan badam yang
menyelaputi wafer terkenal KitKat.

 Santan Kelapa: Coklat putih berperisa kelapa lazat dengan kerisik dan kacang pistasio untuk
memberikan lebih kerangupan, menjadi adunan yang menyelimuti wafer istimewa KitKat.

 Teh Tiga Lapis Klasik: Perisa tradisional gula Melaka diadun dengan coklat mewah, kacang gajus,
teh hitam dan wafer rangup untuk sebuah pengalaman yang sempurna.

Selain menawarkan Ciptaan Ais Krim Potong Anis Nabilah, KitKat “Chocolatory” turut mendapat ilham daripada konsep makanan fusion dengan menggabungkan perisa lama dan baharu untuk menghasilkan pencuci mulut yang unik, menonjolkan selera tempatan (nasi lemak) serta selera universal yang popular, gabungan rasa manis dan pedas serta kombinasi rasa luar biasa yang mendapat penerimaan baik daripada orang ramai.

KitKat “Chocolatory” memenuhi keperluan pasaran yang menginginkan produk berdasarkan citarasa peribadi dan telah menjadi pendorong yang berkesan dalam menggalakkan ciptaan baharu di pasaran Malaysia melalui peranannya sebagai platform untuk percambahan produk dan kreativiti. Kedai konsep ini telah menyumbang kepada peningkatan KitKat sebagai sebuah jenama dan akan terus menjadi platform untuk pembangunan jenama ini. Sebagai jenama konfeksi terkemuka di peringkat dunia dan tempatan, KitKat sentiasa berpandangan jauh dalam rancangannya untuk memperbanyakkan lagi perisa unik dan popular di pasaran, tambah Encik Goel.

Menyentuh mengenai kerjasama antara jenama kesayangan ramai itu dengan Anis Nabilah, Encik Goel berkata,"Kami sentiasa mencari pelbagai bentuk kerjasama yang menyeronokkan dan mengalu-alukan kehadiran Anis Nabilah ke dalam keluarga besar Nestlé KitKat. Kami merasakan beliau adalah duta yang sesuai untuk KitKat “Chocolatory” memandangkan beliau merupakan selebriti dalam bidang masakan yang semakin bersinar dan memang dikenali sebagai peminat manisan serta amat menggemari coklat KitKat. Kami juga ingin berterima kasih kepada peminat di Malaysia kerana penerimaan berterusan mereka terhadap kedai konsep KitKat. Kami akan terus mendengar maklum balas pelanggan dan berusaha untuk mempertingkatkan serta memperhalusi ciptaan kami bagi memastikan KitKat terus menjadi peneraju pada masa ini dan masa depan."

Sempena bulan Ramadan dan musim Raya ini, KitKat “Chocolatory” akan mengadakan promosi Balik Kampung di Kiosk Ramadan, Centre Court Mid Valley Megamall dari 8 Jun sehingga 2 Julai. Sepanjang tempoh ini, pelanggan boleh mendapatkan empat edisi khas istimewa KitKat serta satu pek hadiah PERCUMA untuk keluarga dan rakan-rakan. Untuk maklumat lanjut mengenai KitKat “Chocolatory” Malaysia atau Ciptaan Anis sila layari www.kitkat.com.my .

KEMPEN ‘GROW AMAZING’ INISIATIF OLEH ANMUM ESSENTIAL DAN JOM SERTAI PERADUAN UNTUK MENANGI HADIAH MENARIK!!!

$
0
0
Mungkin anda dapat melihat anak anda semakin membesar dan kuat, tapi pernahkan anda terfikir samada otak mereka juga berkembang dengan baik? Berbanding dengan pertumbuhan fizikal, tumbesaran otak agak sukar untuk diperhatikan.

“Sebagai ibu bapa, kita sentiasa inginkan yang terbaik untuk anak-anak, oleh itu adalah amat penting untuk memahami tumbesaran otak kanak-kanak,” kata Irene Cheah, Pengurus Pemasaran Anmum Malaysia. “Justeru itu, AnmumTM Essential ingin memperkenalkan Grow Amazing, suatu inisiatif baharu berunsur pendidikan untuk membantu ibu bapa memahami proses tumbesaran otak dan perkara yang dapat menyokong  perkembangan otak si manja.”    
 
Ramai yang tidak mengetahui bahawa sel otak mula terbentuk sekitar hari ke-28 kehamilan dan setelah bayi dilahirkan, terdapat lebih kurang 100 bilion sel-sel otakyang sedang berfungsi! Selain daripada jumlah sel-sel otak, jumlah perhubungan antara sel-sel tersebut juga amat penting.   
 
Di peringkat awal usia kanak-kanak, hubungan-hubungan sel-sel otak ini berkembang dengan pesat – setiap satu sel otak berupaya membentuk 2,500 perhubungan sel-sel dengan sel otak yang lain setelah si manja dilahirkan. Apabila mencapai usia 2 atau 3 tahun,  hubungan sel-sel otak ini mungkin telah berganda sebanyak 6 kali!  
 
“Perhubungan ini, yang juga dikenali sebagai synapse, adalah cara sel-sel otak berkomunikasi antara satu sama lain. Pengalaman awal dan persekitaran luaran merangsang pembentukan hubungan sel-sel otak. Semakin banyak rangsangan dari persekitaran luaran, semakin banyak perhubungan  akan terbentuk,” jelas Wendy Goh, Pengurus Saintifik dan Nutrisi Fonterra Brands Malaysia. “Perhubungan antara sel-sel otak ini penting kerana ia menyokong pembelajaran, memori dan keupayaan kognitif yang lain. Aktiviti perangsang dan nutrisi yang sesuai seperti DHA dan Gangliosida amat penting dalam tumbesaran otak.”

**DHA dan Gangliosida (GA®) terdapat dalam otak dan memainkan peranan penting dalam tumbesaran otak. DHA membantu dalam pembentukan sel-sel

Ada berita baik untuk semua pembaca blog www.ayuarjuna.blogspot.my, uolls nak menang tak Anmum Essential Kit Edisi Terhad seperti gambar di bawah :-)


Kalau berminat boleh jawab 2 soalan seperti yang dinyatakan di bawah dan emelkan ke ayuarjuna@gmail.com bersama butiran diri anda seperti nama, alamat penghantaran, nombor telefon dan produk pilihan Anmum Essential ( samada Step 3 for age 1-3, Step 4 for ages 3+). Tarikh akhir pernyertaan adalah 22 Jun 2017.

  • Gangliosida (GA) adalah penting buat kanak-kanak bagi menghubungkan sel-sel otak mereka. (Betul/Salah)

  • Lengkapkan slogan: “Saya mahukan anak saya membesar dengan hebat (Grow Amazing) kerana___” (tidak lebih 10 patah perkataan).


Jom sertai, mana tahu ada rezeki dapat susu FREE!!

Hihi

GUARDIAN MALAYSIA CERIAKAN PENGHUNI CILIK DUA RUMAH KEBAJIKAN SEMPENA RAMADAN

$
0
0
 Atas semangat prihatin dan saling memberi di bulan Ramadan, Guardian Malaysia telah melancarkan sebuah kempen amal untuk mengumpul dana untuk dua buah rumah kebajikan kanak-kanak.

Melalui kempen tersebut, satu usaha sama dengan Reckitt Benckiser (M) Sdn Bhd, Guardian Malaysia akan mendermakan RM1 untuk setiap jualan bernilai RM30 produk Dettol di mana-mana cawangannya kepada dua buah rumah kebajikan - Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Cahaya Bistari di Batu Caves, Selangor, dan Asrama Darul Falah (ASDAF) di Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur.
“Dengan sokongan pelanggan, kami menyasarkan kutipan sebanyak RM20,000 daripada Kempen Beli & Derma ini, agar setiap rumah dapat menerima RM10,000, yang mana dana tersebut boleh digunakan untuk persediaan Aidilfitri atau membayar yuran sekolah dan keperluan-keperluan lain,” kata Ms Christina Low, Pengarah Pemasaran Guardian Malaysia.

Berucap di majlis iftar istimewa bersama-sama 100 kanak-kanak dan penjaga-penjaga mereka, Christina berkata: “Ramadan adalah bulan yang mulia dimana umat Islam dilatih untuk bersabar dan bertolak-ansur melalui ibadah puasa. Ia juga adalah masa untuk bermaafan, dan melakukan amal kebajikan dan membantu golongan yang memerlukan adalah amat digalakkan.”

“Atas semangat Ramadan, rakan-rakan kami di Guardian Malaysia amat berbesar hati apabila berpeluang untuk bekerjasama dengan Reckitt Benckiser untuk mengumpul dana untuk dua rumah kebajikan yang menjaga hampir 100 kanak-kanak.”

“Kepada pelanggan Muslim kami, kempen amal ini membolehkan mereka berkongsi dan memberi kepada mereka yang memerlukan ketika membeli-belah barangan keperluan perayaan dan keperluan harian, seperti produk penjagaan kebersihan,”tambah beliau.

Pengarah Pemasaran Reckitt Benckiser, Malaysia dan Singapura, Ms Tiffany Tang berucap di majlis yang sama berkata: “Melalui kerjasama ini, kami dapat mendekati berjuta pelanggan Guardian yang membeli-belah di cawangan Guardian di seluruh negara, mahupun secara dalam talian. Kami juga bersetuju dengan Christina di mana ramai pelanggan bakal mengalu-alukan peluang untuk beramal ketika membeli-belah untuk persiapan Hari Raya yang bakal tiba tidak lama lagi.”

Selain daripada mengumpul dana, Guardian Malaysia turut membawa kanak-kanak tersebut membeli-belah dimana setiap seorang telah diberikan RM100 untuk berbelanja, manakala Dettol mengadakan satu sesi interaktif tentang penjagaan kebersihan diri.

Untuk melengkapkan ‘outing’ mereka, kedua-dua rakan kongsi itu telah mengadakan iftar istimewa di pusat latihan Guardian di Bandar Kinrara. “Kempen Beli & Derma” berlangsung sepanjang bulan Jun di cawangan-cawangan Guardian di seluruh negara. Di akhir majlis tersebut, setiap kanak-kanak turut membawa pulang satu beg barangan Dettol bernilai RM50.

Pilihan Yang Terbaik Untuk Yara, PARENTING STATION-FEALETTO dari Combi!

$
0
0
Bayi memang memerlukan tidur yang cukup. Ini kerana jika bayi tidak mendapat tidur yang cukup dan sempurna akan menyebabkan dirinya tidak selesa. Secara tidak langsung menyebabkan bayi akan sentiasa meragam.

Melihat kepentingan perlunya bayi mendapat tidur yang cukup. Saya telah mencari solusi produk terbaik buat bayi saya Adzkia Tahra. Produk menjadi pilihan tentulah yang versatil mempunyai banyak fungsi dan paling penting ianya mesra pengguna!

Produk ini juga didatangkan bersama satu tahun waranti ya!

Saya telah memilih PARENTING STATION-FEALETTO dari Combi. Apa yang menarik tentang produk ini, ianya tidak memerlukan kita membuat pemasangan yang "complicated". Ianya telah datang "siap untuk digunakan"tanpa perlu melakukan aktiviti "DIY"yang selalunya perlu dilakukan pada produk-produk yang lain.

Boleh dijadikan katil buaian dan kerusi untuk bayi! Didatangkan dalam satu warna sahaja iaitu warna 'French Vanilla'. Dan saya sangat sukakan material alas yang digunakan sebagai katil/kerusi yang mana ianya sangat lembut dan selesa. Apa yang lebih penting, jika terkena kotoran ianya begitu mudah untuk dibersihkan.

Antara keunikkan produk ini ialah ianya jenis senang untuk di bawa ke mana sahaja. Boleh dilipat dan diangkat dengan mudah. Ianya juga didatangkan dengan 4 roda di bawah, jadi tidak ada masalah jika kita mahu mengalihkan katil/kerusi ini ke mana sahaja yang dikehendaki. Roda ini juga mempunyai kunci jika kita hendak pastikan ianya tidak bergerak beabas seperti yang dikehendaki. Memang selamat tak perlu khuatir.

'Portable' meja yang boleh dicabut atau dipasang semula mengikut keperluan. Buat masa sekarang memang Yara tidak perlukan meja tapi pada masa akan datang memang anak kesayangan saya ini sangat memerlukannya. 

Yang lagi menarik PARENTING STATION-FEALETTO ini boleh dijadikan seperti kerusi yang boleh dilaras mengikut kesesuaian umur. Jadi saya boleh jadikan PARENTING STATION-FEALETTO kerusi santai buat Yara ketika beliau menonton kartun kegemarannya di televisyen. Menarik bukan?

Untuk tidurkan Yara, apa yang saya perlu lakukan hanya letakkan beliau di atas PARENTING STATION-FEALETTO ini. Pastikan beliau diletakkan dengan sempurna di atas katil.

Seterusnya saya akan pilih dari menu pilihan di sisi katil. Sama ada katil ini perlu digerakkan secara automatik atau tidak. Dan juga BONUS ianya juga didatangkan bersama muzik yang cukup santai. Memang benar-benar menjimatkan masa saya untuk tidak lagi bersusah-payah mendodoikan yara sehingga tertidur :-)



Nampak selesa sangat kan? ....

PARENTING STATION-FEALETTO dari Combi ini juga didatangkan dengan kotak simpanan di sebalik katil/kerusi. Kotak ini memang sangat kemas dan boleh ditutup rapat.

Memang tempat untuk saya letakkan 2 helai pampers (jika kecemasan), puting Yara dan juga wet tissue. Besar jugakkan kotak simpanan macam-macam boleh diletakkan.




Tengok, betapa seronoknya anak kita bila diberikan tempat perbaringan yang selesa. Oh ya! Ada seat belt ya. Kalau anak dah mula lasak, kita boleh pakaikan seat belt, jadi memang kita tak perlu risau jika anak kita jatuh dari tempat pembaringan/duduk mereka. 



Bukan main lena lagi tidurnya si Yara ni. Apatah lagi ada lagu yang membuai-buai menjadikan Yara lebih selesa dan lena.




Happy me with Yara :-)

Untuk keterangan lanjut mengenai produt boleh layari :

Atau melihat komen dan pendapat pengguna lain tentang produk ini boleh terjah:


PARENTING STATION-FEALETTO dari Combi cantik, mudah, selamat, selesa dan mesra bayi!

**Head over to 100Comments.com for Malaysian product reviews, daily product giveaways, useful tips & advice

Produk Mamonde Kini Boleh Didapati di 11 Street

$
0
0

Mamonde Malaysia, satu jenama kosmetik di bawah Amorepacific Malaysia telah memperkembangkan lagi pasarannya melalui kalobrasi jualan didalam talian bersama 11street (www.11street.my), salah satu web jualan dalam talian yang terbesar di Malaysia.

Dengan pelancaran Mamonde di  halaman 11street, pembeli boleh membuat pilihan 57 barangan
penjagaan kulit dan produk solekan dari Mamonde. Antara lain seperti Rose Water Toner 500ml, AC Balance Spot Serum 15ml, AC Balance Spot Patch (12 patches) and the Colour Tone Up Base 30ml (01-Green & 02-Purple).
Bersempena dengan pelancaran rasmi jualan Mamonde di laman web11street, Mamonde Malaysia telah menawarkan harga dalam talian istimewa pada bulan Jun. Antara tawarannya ialah pada Jun termasuklah Basic Skincare Set RM49 (jimat sebanyak 49%), First Energy Serum Set RM119 (jimat 20%), Highlight Lip Tint Set RM50 (hadiah dengan setiap pembelian), Mascara (Volume) Set Color Tone Up Base 30ml, Rose Water Toner 500ml, AC Balance Spot Serum 15ml, AC Balance Spot Patch (12x) RM59 (hadiah dengan setiap pembelian), Complimentary Cushion Case dengan setiap pembelian Cover Powder Cushion No.21 or No.23 (hadiah dengan setiap pembelian).


Tawaran hebat berterusan pada pertengan 2017 dengan adanya bengkel solekan Mamonde eksklusif
untuk pelanggan 11street. Selain itu produk Mamonde boleh juga didapati di AEON 1 Utama dan AEON Mid Valley di Klang Valley, AEON Bukit Indah dan AEON Tebrau City di Johor dan AEON Queensbay Pulau Pinang.

"Mamonde Malaysia kini mempunyai bilangan yang terhad kaunter di seluruh negara dan kita dapati
peluang untuk mendekati lebih ramai pelanggan adalah melalui kehadiran produk kami di dalam talian. Selain dari itu, dengan cara ini ianya dapat memenuhi pembeli yang lebih suka membeli-belah dalam talian, " kata Celine Diong, Brand Pengurus Besar Mamonde Malaysia.

Antara produk Mamonde yang menjadi kegemaran saya :-)

Kedai Konsep " Playtime With Didi and Friends" Kini Dibuka Di The Mines

$
0
0
Siapa minat Didi & Friends? Rasanya ramai peminat karektor ini yang terdiri bukan sahaja kanak-kanak bahkan golongan dewasa juga. Apa yang menarik kini kita boleh mendapatkan barangan Didi & Friends di kedai konsep pertama mereka iaitu di The Mines.

Dan saya bersama anak-anak telah berkesempatan menyertai majlis pelancaran kedai konsep tersebut baru-baru ini. Turut sama di majlis turut dijemput adalah 30 kanak-kanak daripada ruamh anak-anak yatim dari Rumah Bakti Al-Kausar dan Rumah Amal Limpahan Kasih.

 
Berkesempatan untuk menemubual dengan Ketua Pegawai Ekskutif  dan Pengarah Digital Durian (DD) Animation Studio Sdn Bhd ,Encik Sinan Ismail sememangnya tidak saya lepaskan. Menurut Encik Sinan idea menghasilkan karektor Didi ketika anaknya berusia 1 tahun. Pada ketika itu lambakan video muzikal kanak-kanak di youtube memang sangat banyak. Namun untuk mencari video muzikal yang sesuai dengan kanak-kanak agak kurang.

Menurut Encik Sinan Ismail terdapat 3 perkara utama yang ingin dicapai pengenalan kepada kedai konsep menerusi kerjasama Didi & Friends dengan ZOOMOOV  iaitu:-
  • sesuatu yang boleh menggembirakan kanak-kanak
  • untuk memberi pengalaman Didi & Friend di luar kaca TV
  • menggalakkan aktiviti kekeluargaan di antara anak-anak dan ibubapa

Dan nama Didi itu sendiri adalah inspirasi dari perkataan Digital Durian dan kini telah menghasilkan sebanyak lebih kurang 46 lagu dengan 540 juta views dari Youtube. Apa yang penting penghasilan video Didi & Friends adalah untuk memberi pengajaran kepada kanak-kanak selain daripada membantu 'motor skill' mereka.

Tidak dinafikan anak saya seperti Amani dan Afiq juga membesar dengan menonton muzik video dari Didi & Friends. Pelbagai lagu klasik zaman saya ketika kanak-kanak juga dapat didengari dari kompilasi muzik Didi & Friends. Contohnya seperti Can Mali Can, Bapaku Pulang Dari Kota, Burung kakak Tua dan banyak lagi.

Antara sebilangan anak-anaka yatim yang hadir dan turut memeriahkan acara yang disediakan khusus buat mereka. Memang nampak anak-anak ini begitu seronok sekali.

Di kedai konsep ini juga ada ditawarkan permainan tunggangan Muzikal Didi, Nana dan Jojo yang mana RM10 untuk tunggangan 5 minit dan RM20 untuk 3 kali tunggangan selama 5 minit.

My Amani dan Ameer yang begitu teruja menunggang bersama. Bukan main seronok menunggang sampai berkali-kali mereka pusing di kawasan kedai konsep tersebut dengan menaiki Nana.

Anaqi dengan Yara: Hiks. Macam penakut sikit reaksi Yara bila menaiki Jojo. Mungkin sebab ianya adalah pengalaman pertama buat Yara bermain alatan tunggangan seperti ini.

Di kedai konsep ini juga ada dijual barangan premium Didi & Friends. Antaranya seperti soft toys, buku, beg sekolah, t-shirt dan banyak lagi.

Anak-anak juga boleh boleh melakukan aktiviti seni di sini. Memang seronok apabila melihat anak-anak kita bersungguh-sungguh melakukan aktiviti seni. Aktiviti seperti ini mampu membentuk sifat positif dalam diri anak-anak dan menyerlahkan daya kreativiti dalam diri mereka.

Seperti Ameer dia masih memerlukan sokongan dalam mengikuti segala langkah untuk aktiviti seni ini. 

Namun ianya tidaklah sukar, apa yang penting kita perlu memcuba terlebih dahulu. Dengan cara dan teknik yang betul ianya memang sangat mudah untuk dihasilkan.
 
Tada!!!!!!!!!!1 Hasil kerja seni 3 adik beradik yang telah siap dan boleh dibawa pulang.

Apa yang penting kedai konsep "Playtime With Didi & Friends" menawarkan pelbagai aktiviti edutainment dan dengan kehadiran maskot watak utama Didi menambahkan lagi keseronokan pengunjung yang hadir. Dan saya sendiri tidak sabar dengan siri animasi muzikal Didi & Friends yang bakal bersiaran di kaca televisyen tidak lama lagi!

Berbuka Puasa Bersama Shopee

$
0
0
Kita semua sedia maklum Shopee merupakan platform e-dagang terbesar di Asia Tenggara dan Taiwan. Dan saya difahamkan ianyai telah berjaya melangkaui kutipan anggaran tahunan Nilai Dagangan Kasar (GMV) berjumlah lebih USD3 bilion di rantau ini dalam tempoh separuh tahun pertama 2017. Terkini, Shopee Malaysia telah mencatatkan lebih 3 juta muat turun, menjadikan Shopee salah satu platform e-dagang terpesat perkembangannya. Wah hebat bukan?

Baru-baru ini saya berkesempatan menyertai majlis berbuka puasa bersama Shopee. Majlis serba sederhana dan ringkas ini turut dihadiri 2 artis ternama Malaysia iaitu Mira Filzah dan Anzalna. Apa yang menarik, peminat kini boleh mendapatkan barangan di bawah label 2 artis popular ni dari laman web shopee.


"Shopee amat komited untuk membantu usahawan tempatan berjaya dalam bidang m-dagang tanpa sebarang kos. Komitmen ini terbukti dengan rekod anggaran tahunan GMV melebihi USD3 bilion di rantau ini. Dalam perkembangan tempatan pula, Kempen Cahaya Raya Bersama Shopee telah menunjukkan prestasi di luar jangkaan. Usahawan kami berjaya mengutip jualan memberangsangkan apabila semakin ramai rakyat Malaysia membuat persiapan Hari Raya menerusi pembelian dalam talian," 
Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee. 

Pertumbuhan pesat Shopee turut disumbang oleh usaha sama erat dengan pelbagai jenama terkemuka seperti Nestle, Unilever, L'Oreal, Oppo dan Huawei. Walaupun Shopee merupakan pemain industri termuda dalam industri e-dagang, Shopee telah merekodkan lebih 100 juta senarai produk di rantau ini. Di Malaysia, Shopee telah berkembang sebagai sebuah organisasi kukuh yang mempunyai lebih 200 orang kakitangan. 

"Lanjutan daripada Kempen Cahaya Raya bersama Shopee, kami berbangga mengumumkan bahawa selebriti Anzalna Nasir dan Mira Filzah telah memilih Shopee sebagai rakan e-dagang bagi melancarkan koleksi Raya eksklusif mereka," tambah Ho.

Majlis berbuka santai ini turut menyediakan pelbagai aktiviti kepada para hadirin, antaranya seperti permainan teka harga barang dan juga pertunjukkan fesyen.

Ini adalah antara koleksi dari MF Shawls yang boleh kita perolehi dari laman web shopee. 




Cantik-cantik semuanya kan...

Pelakon Mira Filzah yang juga merupakan usahawan berjaya di sebalik jenama popular MF Shawls turut gembira untuk melancarkan Koleksi Raya yang amat dinanti-nantikan di platform Shopee. "Sewaktu saya merancang untuk melancarkan koleksi Raya ini, saya ingin bekerjasama dengan platform e-dagang yang boleh memberikan nilai tambah kepada peminat saya. Dengan Shopee, peminat MF Shawls boleh menikmati tawaran penghantaran percuma seluruh negara untuk produk yang dibeli dari Kedai Rasmi saya. Tambahan pula, saya suka pendekatan Shopee dalam mengembangkan jenama Muslimah merentas rantau ini dan saya teruja dapat menyertai inisiatif ini," kata Mira. 



Anzalna Nasir, Duta Produk Koleksi Raya 2017 You Me& Hunny telah melancarkan Kedai Rasminya dengan membariskan 12 rekaan istimewa yang menggabungkan elemen feminin dan berani. "Pada masa kini, elemen e-dagang adalah penting bagi mana-mana jenama fesyen. Saya teruja untuk menampilkan Koleksi Raya 2017 YouMe&Hunny di platform Shopee yang membolehkan saya memasarkan koleksi ini kepada lebih 3 juta pengguna. Shopee juga tidak mengenakan sebarang caj komisyen, oleh itu, saya boleh memberikan nilai penjimatan terbaik untuk peminat saya," kata Anzalna.

Antara koleksi dari Anzalna...memang cantik-cantik. Memang best kalau dapat sepasang ataupun lebih (nampak tak tamak) untuk dipakai di pagi raya.

Sebab pertama kali jumpa, haruslah beria bergambar. Kecik molek jer Anzalna ni. Giler jeles dengan kecantikan Anzalna. Memang rupa perempuan melaytu terakhir sungguh, ayu gitcheww.

Mira Filzah! Akhirnya dapat juga bergambar. Comel lote macam Anzalna. Nampak Mira ni agak pendiam, tapi sebenarnya dia memang peramah jugak :-)

Juadah berbuka yang saya sempat hadap dengan penuh nikmat.

Oh yangan lupa ikuti kedai maya Anzalna Nasir dan Mira Filzah di aplikasi Shopee atau layari www.shopee.eom.my/anzalnanasir/ dan www.shopee.eom.my/mirafilzahofficial.

Kempen Cahaya Raya Bersama Shopee akan diteruskan hingga 30 Jun 2017. Selain daripada pelbagai potongan harga dan promosi bersempena Hari Raya, pelanggan juga boleh menikmati Jaminan Harga Terendah Shopee dan penghantaran percuma untuk aneka jenis produk. Untuk maklumat lanjut, layari cahayaraya.shopee.com.my.

Aplikasi Shopee boleh dimuat turun secara PERCUMA di App Store dan Google Play. Untuk maklumat lanjut berkaitan Shopee atau untuk memulakan pengalaman atas talian anda, layari www.shopee.com.my




Yara dan Apaknya...

$
0
0
Hokeh. Gambar ini antara yang terkini diketip menerusi iphone achikk. Al-maklumla cik somi kite bukan suka bergambar. Memang bercinta nak amik gambar pak cik ni. Takde satu pun yang helok. Mesti ada saja unsur2 sebotaj disengajakan dalam penghasilan gambar bermutu keunggulan tinggi. Hover tak ayat achikk...Kehpam sangat bunyi-nya kannnn...Hahahahahah

 BTW, apaknya a.k.a Dedet memang menjadi feveret Yara sekarang ni. Sebab Yara dah start kenal orang so muka Dedet dia ni memang afdal la kenal, sebab tiap2 malam tidur bersebelahan kan. apatah lagi Dedet ni jenis suka memanjakan anak. Terutama anak2 yang di bawah umur. Yang macam Yana dan Anaqi tu dah macam member-member jer. Geng gi terawih, geng lepak mamak, geng jalan2 cari pasal kat bazar ramadhan...nampak tak hidup dengan bini dia membosankan, hahahaha...sebab bini dia jenis suka membuat perkara2 yang bermanfaat sepanjang masa...hahahaha #fliptudung

Dan Yara bila nampak Dedet memang meminta sangat la....Terutama nak didukung, bawa jejalan sekitar rumah. Tidak lebih daripada itu. Hahaha. Sebabnya kalau nak makan dan nak diminta dibersihkan lepas membuang hajat. Mak dia paling berjasa.

Apapun, orang kata kalau muka tu lebih kurang seiras dia akan jadi rapat. Macam muka Yara dengan dedet la..sejenis fotokopi sekarbon...Cuma Yara tidaklah putih melepak cam Dedet, still ada warna campuran cekelat dari mak dia. Takpe Yara, janji sihat dan comel...dah cukup membahagiakan dah kitaorang sekeluarga...

psst: Aisshhh, entri ini ditulis bersempena mata dah mengantuk tapi perasaan hazabedah menunggu giliran kelas yang seterusnya.

Tata uolls....

Terasa Segar Selepas Menggunakan Eucerin® Aquaporin Mist Spray

$
0
0

Tidak dinafikan semburan wajah kini merupakan sebahagian penting di dalam rutin penjagaan wajah serta merupakan solusi bagi menyegarkan dan mengurangkan kelesuan semasa perjalanan. Selain itu ia juga berfungsi untuk mengunci kelembapan agar kulit tampil muda dan licin. Semburan wajah bukan sahaja membantu saya menghadapi cuaca sepanjang tahun, malah semburan menyegarkan ini sangat sesuai digunakan pada musim panas. 

Dengan pengalaman melebihi 100 tahun dalam bidang perubatan dan kajian kulit, Eucerin®telah menjadi sebuah jenama yang sentiasa melahirkan produk dermatologi berinovasi dan kini memperkenalkan Eucerin®Aquaporin Mist Spray dengan manfaat 10 dalam 1 yang mempunyai formulasi unik dan berkesan untuk meningkatkan penghidratan kulit sebanyak 30 kali ganda.

Sementara semburan wajah yang biasa menyejat dengan cepat di udara menjadikan kulit lebih kering dan akhirnya menjadi sensitif; Eucerin®Aquaporin Mist Spray sebaliknya menawarkan lebih dari sekadar air. Dengan Hyaluronic Acid, ia memastikan kulit kekal hidrat lebih lama. Ia mampu mengunci kapasiti air di atas permukaan kulit wajah agar dapat memberikan kelembapan yang berpanjangan. Hyaluronic Acid juga mengandungi manfaat anti-penuaan yang dapat mengurangkan kemunculan garis halus dan kedutan.

Eucerin® Aquaporin Mist Spray juga mengandungi bahan-bahan lain yang mampu mencerahkan, menambah serta melegakan kegatalan kulit. Dengan Gliserin, sejenis bahan yang mampu mengurangkan kadar kehilangan air amat berkesan untuk menarik molekul-molekul air dari persekitaran sekeliling seterusnya membekalkan penghidratan segera pada kulit. Pengguna juga akan mendapat manfaat melalui ramuan inovasi Gluco-Glycerol yang merupakan alga biru-hijau yang sangat berkesan untuk mengatifkan Aquaporin- salur pengedaran kelembapan semulajadi yang berada di dalam lapisan kulit. Aquaporin ini berfungsi dari dalam untuk memberikan kelembapan antara sel-sel kulit dan mengimbangkan kadar kelembapan kulit. 

Eucerin® Aquaporin Mist Spray amat sesuai untuk:

a) Individu yang aktif di lapangan
Berada di luar sepanjang masa akan mendedahkan kita kepada cahaya matahari, ditambah pula dengan pencemaran udara memerikan kesan yang amat buruk kepada kulit manusia. Pendedahan kulit kepada pencemaran udara juga turut berkait rapat dengan masalah penuaan kulit pra-matang dan masalah kulit lain. Dengan sekali semburan Eucerin®Aquaporin Mist Spray ia dapat memberikan kelembapan dan kesegaran pada kulit serta merta.

b) Rawatan kulit kering
Kulit kering merupakan masalah lazim yang sering berlaku memandangkan kita sering berada di dalam suasana berhawa dingin disebabkan iklim panas tropika. Berada di dalam rumah dengan keselesaan penghawa dingin tidak bermakna kulit akan kurang terdedah kepada persekitaran yang tercemar. Dengan penyaman udara, kulit akan cenderung untuk kehilangan kelembapan yang mengakibatkan iritasi dan kulit kusam.  Dengan semburan Eucerin® Aquaporin Mist Spray membolehkan kulit kembali aktif, lembap, licin dan berseri.Setiap semburan bukan sekadar menyegarkan tetapi turut membekalkan kelembapan kedalam setiap lapisan kulit.

c) Pengguna alat solek
Apabila menggunakan Eucerin®Aquaporin Mist Spray kulit wajah akan kelihatan lebih segar dan mulus menjadikan solekan lebih mudah digunakan. Dengan saiz partikel yang halus ia dapat meresap kedalam lapisan kulit menjadikan permukaan kulit lebih halus. Mengakhiri rutin solekan dengan semburan ini juga akan memastikan solekan pada wajah lebih tahan lama.


 Menarik tentang Eucerin® Aquaporin Mist Spray ianya mempunyai 2 saiz. Dan saya memang akan membawa saiz  Eucerin® Aquaporin Mist Spray yang kecil ke mana sahaj kerana ianya boleh dimasukkan ke dalam poket tepi beg.

Wajah sebelum dan selepas menggunakan Eucerin® Aquaporin Mist Spray. Jika sebelum menggunakan Eucerin® Aquaporin Mist Spray wajah saya agak kusam dan kelam dan selepas menggunakannya wajah saya lebih berseri dan terasa 'segar'.


Eucerin® Aquaporin Mist Spray boleh didapati dalam saiz 50ml pada harga RM21.90 manakala semburan bersaiz 150ml dijual pada harga RM45.90. Eucerin® Aquaporin Mist Spray kini boleh didapati di farmasi terkemuka seluruh Malaysia.

Barangan dalam talian pilihan pengguna Malaysia semasa Ramadan dan Hari Raya

$
0
0
 Sempena Ramadan ini, dan menjelang sambutan Hari Raya yang akan kunjung tiba tidak lama lagi, lebih ramai pengguna di Malaysia dijangka memilih untuk membeli keperluan mereka secara dalam talian, termasuk produk seperti e-baucar dan barangan runcit, menurut 11street (www.11street.my) hari ini, iaitu salah sebuah pusat membeli belah dalam talian terbesar di Malaysia. Di samping itu, pengguna juga akan terus memilih pembelian dalam talian bagi barangan khusus seperti pakaian dan elektronik.

Ketua Pegawai Eksekutif 11street, Hoseok Kim berkata: “Pembeli di Malaysia berterusan melangkaui
jangkaan kami. Semasa musim Ramadan dan Raya dari 2015 hingga 2016, jualan dalam talian kami
secara keseluruhannya menyaksikan peningkatan lebih 2.5 kali ganda. Bagi tempoh sepanjang
Ramadan dan Raya pada tahun ini pula, 11street menjangkakan jualan dalam talian kami akan terus
meningkat sehingga 50 peratus, jika dilihat kepada corak pembelian pelanggan yang semakin
berkembang.”


Sebagai persediaan untuk sambutan Hari Raya, pengguna di Malaysia dijangka terus memilih untuk membeli-belah secara dalam talian bagi barangan popular seperti elektronik, gajet untuk kediaman dan pakaian. Kajian yang dijalankan 11street juga mendapati terdapat peningkatan ketara dalam pembelian e-baucar pada 2016 susulan lebih banyak pilihan ditawarkan dalam kategori tersebut. Selain itu, jumlah carian bagi e-baucar untuk makanan dan minuman melonjak sehingga 1.2 juta kali semasa musim Ramadan pada tahun tersebut.

Kim menambah: “Tahun ini, kami jangkakan pelanggan akan membeli lebih banyak e-baucar terutamanya untuk bufet buka puasa. Ini kerana lebih banyak restoran dan premis makanan lima bintang kini memilih untuk menggunakan platform 11street bagi menawarkan sajian lazat mereka. Kami sentiasa melakukan perubahan demi perubahan untuk memastikan kami berada selangkah di hadapan dalam trend membeli-belah dalam talian pada masa ini, seperti yang anda dapat lihat daripada tawaran luas kami. Sepanjang usaha kami untuk memperbanyakkan tawaran dan meningkatkan keselamatan pembelian dalam talian, kami lihat keyakinan pengguna terhadap 11street juga bertambah. Ini terbukti apabila motosikal juga dibeli menggunakan platform kami!”
Menjelang musim cuti Hari Raya ini, 11street juga menjangkakan jumlah carian bagi perkhidmatan
kenderaan dan barangan berkaitan keselamatan jalan raya akan meningkat beberapa kali ganda di
Malaysia sebagai persediaan balik kampung. Sejak mula menawarkan perkhidmatan platformnya
pada 2015, 11street telah menyaksikan peningkatan sekurang-kurangnya tiga kali ganda bagi jumlah
carian serta jualan dalam talian untuk kerusi kereta bayi dan pakej penyelenggaraan kereta.

Menurut pusat membeli-belah dalam talian itu, corak sikap pengguna ini didorong oleh harga
barangan lebih rendah yang ditawarkan dalam talian bagi membantu menangani kos sara hidup yang
semakin meningkat, serta faktor lain seperti kemudahan pembelian dalam talian dan kepelbagaian
pilihan produk.
Apa yang lebih menarik, pada 2016 terdapat sebahagian pengguna Malaysia dilihat membuat persediaan lebih sempena Hari Raya dengan membeli barangan yang tidak disangka-sangka –
seperti komputer riba khas untuk permainan video dan jersi sukan. 11street mulakan kempen Gila-Gila Raya dengan laman web baharu dalam Bahasa Malaysia serta Tawaran Hebat

Kim seterusnya menambah: “Memang sangat menyeronokkan untuk menetap di Malaysia yang
mempunyai masyarakat majmuk kerana semua perayaan di sini diraikan secara bersama. 11street
gembira untuk mengumumkan kempen terbaru kami – Gila-Gila Raya – yang dibanjiri dengan banyak tawaran sangat menarik dan diskaun luar biasa untuk setiap pembeli di luar sana!”

Bermula hari ini sehingga 23 Julai, 11street akan memulakan kempen Gila-Gila Raya dengan memperkenalkan laman promosi serba baharu dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia bagi
memudahkan lagi pengguna Malaysia untuk membeli-belah bagi keperluan mereka sempena
Ramadan dan Hari Raya. Kempen Gila-Gila Raya ini akan dijalankan secara habis-habisan melalui
tawaran sangat menarik bagi barangan popular, jenama utama dan pakaian siap pakai oleh pereka
terkenal mula pada harga RM1.

Sepanjang tempoh kempen itu, pengguna juga boleh menikmati pulangan tunai sehingga 22 peratus
untuk setiap pembelian menggunakan kad kredit bagi semua jenis barangan selain ditawarkan
penghantaran segera serta percuma bagi barangan tertentu. Selain itu, kemuncak kempen Gila-Gila
Raya anjuran 11street ini adalah perkongsian yang dijalin dengan pereka selebriti terkenal seperti
Remy Ishak, Amar Amran, MariBeli Butik; serta jenama pengguna dan gaya hidup seperti F&N,
JOCOM, L’Oreal, MamyPoko, Nestle dan Unilever untuk menawarkan lebih banyak tawaran
Ramadan dan Hari Raya.
“Kami yakin rakyat Malaysia akan terus memilih 11street dalam persediaan mereka untuk Hari Raya. Justeru kami sentiasa peka dengan corak pembelian pelanggan kami supaya 11street dapat menawarkan promosi lebih baik yang menepati keperluan mereka. Apa yang penting adalah kami ingin menjadikan setiap pengalaman membeli-belah dengan 11street sebagai sesuatu yang menggembirakan, pada setiap sama,” menurut Kim.

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai kempen Gila-Gila Raya di 11street, sila layari
http://bit.ly/2spWa63.

‼ PHOTOSHOOT RAYA SAMBIL MENDERMA ‼

$
0
0
Salam ramadhan semua. Hokeh. Nak beritahu ni, bersempena bulan ramadan yang mulia ini, Creative Visual Studio & White Studio Malaysia telah menganjurkan Photoshoot Amal Raya.

Apa yang menarik?? Cikedaut gaissss..........💖💖

📣 Cuma RM49/family.. Tak Tipu

⚠ PROMOSI untuk 50 yang terawal sahaja.

Atas permintaan ramai, Creative Visual Studio & White Studio Malaysia mengadakan promosi photoshoot hari raya dengan harga yang sangat berpatutan. TAPI, Kali ni mereka buat lain sikit. Photoshoot Raya sambil menderma.

📍Sempena bulan ramadan yang mulia ini, mereka ada mengadakan Photoshoot Amal Raya. mereka juga bakal menyumbangkan 15% dari hasil jualan photoshoot hari raya sepanjang bulan Ramadan & Aidilfitri kepada Pusat Pengajian Al-Quran An-Nur Ar-Raudah (fb.com/tahfizannurarraudah)

📞 WHATSAPP / SMS SEKARANG! 0166664034

Alamat :
No B-28-2, Dataran C180, Jalan C180/1, 43200 Cheras, Selangor 


💖RM49
- 15 min white studio
- 10 edited pictures + Max 4 person
- Soft copies (15 photos)

💖RM69
- 30 min white studio
- 15 edited pictures + Max 4 orang
- Soft copies (25 photos)

💖RM99
- 60 min white studio
- 20 edited pictures + Max 4 orang
- Soft copies (30 photos)

Tambahan :
Tambahan masa : RM50/sejam
Tambahan gambar (semua gambar) : RM50
Tambahan orang : RM20/seorang . (Bayi adalah percuma)

Untuk tempahan :
1) WhatsApp ke 0166664034 detail Nama, Pakej, Tarikh & Masa.
2) Bank in full payment ke Maybank (Muhammad Firdaus Bin Hasmuni) 155108743529 (jika slot yang di pilih masih ada kekosongan).
3) Setelah mereka menerima bayaran penuh maka mereka akan lock masa / slot.

#CvsRaya2017 #CVSproduction


Serba sedikit tentang anak syarikat CVS Production iaitu Creative Visual Studio, mereka merupakan sebuah syarikat photography studio yang telah berpengalaman lebih dari 5 tahun dalam bidang photoshoot dan video production komersial dan tidak komersial. Hasil kerja mereka boleh dilihat di cvsmalaysia.comfb.com/cvsmalaysia ataupun instagram.com/cvsmalaysia. Kepada sesiapa yang memerlukan khidmat photoshoot korporat ataupun profile, boleh la contact mereka juga.


Kalau korang pernah dengar tentang White Studio MalaysiaWhite Studio Malaysia merupakan sebuah anak syarikat CVS Production yang menyediakan khidmat sewa studio yang telah beroperasi lebih dari 4 tahun. Mereka adalah yang pertama di Malaysia yang menyediakan khidmat sewa studio 24 jam dan mempunyai 2 cawangan iaitu di Cheras dan di Petaling Jaya. Inshallah kami akan membuka satu lagi cawangan di Johor Bharu pada tahun 2018.

Mengapa anda perlu menyewa White Studio Malaysia?
Mereka menawarkan studio berpatutan dan paling lengkap untuk di sewa serendah RM50 / jam termasuk peralatan studio tanpa caj tambahan.

Hubungi:
0166664034 (WhatsApp) | ask@WhiteStudio.my

Alamat studio:
Petaling Jaya : A-3&M-2, Blok 1, Pusat Komersial Parklane, No.21, Jalan SS7/26, 47301 Kelana Jaya, Selangor
Cheras : No B-28-2, Dataran C180, Jalan C180/1, 43200 Cheras, Selangor

Suitable for :
• Photography
• Video production
• Dance / Theatre practice
• Make-Up / Zumba class & training
#WhiteStudioMalaysia #WhiteStudioMY



Jom gaissss...photoshoot sambil beramal dengan White Studio, Pasti Gempak!!!

SGshop “Jom Shopping!” Contest

$
0
0
Dah nak dekat raya ini, pastinya kalau dapat berbelanja free memanglah happy. Apatah lagi dapat membeli di platform talian membeli-belah yang menawarkan pelbagai barangan pada harga yang cukup murah memang meriah!!



Jadi apabila peluang memenangi RM500 voucher daro SGSHOP oleh blogger Ayue Idris untuk menawarkan 10 orang pemenang dari pembaca blognya, memanglah perlu saya merebut peluang. Mana tahu ada rezekikan...hehehe.

JAdi ini adalah tugasan yang perlu saya lakukan :-)

  • Q1: Apakah servis yang SGshop tawarkan?
S- servis pembelian pelbagai barangan khas dari China melalui talian.
G - Guna kredit kad, debit kad, online banking, atm transfer , ternyata memang mudah
s- semuanya boleh dilakukan di hujung jari anda. Pilih-pilih yang berkenan, klik, bayar dan barangan akan sampai di rumah.
H- Honesty!  SGshop portal yang boleh dipercayai tau.
o - originaliti, apa yang anda pilih barangan itu yang anda akan dapat.
P- pantas, mudah dan paling penting ianya MURAH!

  • Q2: Senaraikan 3 item yang anda mahu beli di platform SGshop Malaysia (Letakkan sekali gambar dan link item) dan berikan sebab kenapa anda nak beli item tersebut.
Antara yang menjadi idaman saya dari SGshop ialah :-


Apa yang menarik tentang menja coffee ini ialah rekaannya yang futurristik. Kecil dan kompak tetapi mempunyai banyak ruang untuk meletakkan barang. Sesuai untuk keadaan ruang tamu rumah saya yang mempunyai keluasan sederhana. Dan saya sendiri memilih untuk konsep moden dan minimalis dalam susunan dekorasi ruang tamu rumah saya.


Karektor Minion ini memang menjadi kegemaran anak-anak saya terutama si Ameer. Kebetulan masa meninjau website SGshop ni saya ternampak tilam yang menyerupai kartun Minion, memang mengundang jiwa betul. Cantikkkkkkkkkkkkkkkkkk...itu yang pertama apa yang saya nampak dan rasa. Dan ini adalah item yang pasti dibeli kerana ianya boleh membahagiakan semua orang terutama anak-anak saya :-)



Homai...Ini antara pembelian yang sangat berbaloi. Cantik dan murah. Ini kalau dapat satu set sofa macam ni pasti raya kita lebih merah. Apatah lagi dengan kombinasi warna coklat sesuai untuk keluarga say ayang ada anak kecil. Jadi jika ada kekotoran tak adalah kita rasa stress sangat. Lagipun antara alasan kenapa saya perlukan sofa baru, ini kerana sofa lama saya sudah buruk (ada sedikit koyak). Huhuhu. Cuma sebab sof abukanlah barangan yang betul2 keperluan, jadi saya menundakan dulu pembelian. Untung kalau dapat voucher SGshop, kalau dapat berbelanja di sini memberi lebih penjimatan dan keseronokan.

Sebenarnya memang tak puas tengok barang-barang di SGshop, macam-macam ada dan paling penting murah dan berkualiti juga. Dari barangan keperluan keluarga perhiasan rumah, pakaian dan pelbagai lagi barangan semuanya ada ditawarkan. Untungkan!

So, uolls kalau nak lihat sendiri barangan SGshop bolehlah usha di website di link ini ya - SGshop!


Pengalaman Manis Photoshoot Bersama White Studio

$
0
0
Saya dah lama tak amik gambar photoshoot bersama famili. Rasanya last amik masa Ameer umur 4 bulan. Lepas tu tak berkesempatan lagi. Tapi bila baru-baru ini White Studio ada buat promosi menarik..boleh rujuk pada link ini --> http://ayuarjuna.blogspot.my/2017/06/photoshoot-raya-sambil-menderma.html Haruslah kannn rembat promosi pakej yang ditawarkan. Apatah lagi dapat melihat hasil bidikan dari pemilik studio itu sendiri Feeq (seorang blogger otai juga). Yang seriously saya kagum giler bila tengok gambar-gambar hasil bidikan beliau yang telah dikongsi di FB dan blog.

Tapi kebetulan masa pemilihan tarikh photoshoot ini, Dedet betul-betul sibuk dan tak dapat sertai. Jadi beliau tak ada dalam gambar. Sebab sebenarnya memang asalnya saya nak rakamkan gambar anak-anak ajer. Sebagai kenangan bila dowang dah besar, ada gambar cantik-cantik yang menghimpunkan semua adik beradik ketika dowang masa kecil. Jadilah lengkaplah dengan 7 adik beradik berada dalam satu frame termasuk my Yara yang baru berusia 4 bulan :-) 

White Studio ini ada 2 lokasi iaitu Cheras dan Petaling Jaya. Jadi kami telah memilih Kelana Jaya Petaling Jaya tempat photoshoot kami. Kebetulan slot yang kami dapat untuk berPS pukul 5 petang, so memang saya plan untuk masak berbuka puasa seawal pukul 1 tengahari. Manakala untuk pemilihan pakaian memang saya jenis last minute decide. Macam kelakar juga. Mujur baju raya famili dah ada awal2 lagi. Berkat dapat dari projek review dan ada juga yang beli dah siap2 masa kenduri kahwin adik baru-baru ini.

White Studio kat Petaling Jaya memang senang sangat nak dapat parking. Jadi kita tak perlu risau. Berada di tingkat 3 dan sepertimana kebiasaan studio yang lain, White Studio juga menyediakan pelbagai kemudahan untuk pelanggan. Ada peralatan studio, bilik tukar pakaian , tandas dan banyak lagi. Dan jangan tak tahu White Studio ini juga popular dijadikan tempat shooting sesetengah production house.

So, kami sampai on-time lebih kurang 5.05pm (on-time jugaklah hahaha). Mood petang anak-anak memang OK buat yang dah paham bahasa, walaupun dowang puasa, hahaha. Tapi My Ameer adehhh..Dia punya hyper di tempat baru, mak dia pun sakit jiwa. Tapi acah-acah tenang sebab nama pun budakkan. Memang dowang akan excited bila disuruh berpakaian cantik dan pandang kamera. My Amani pula yang  berusia 7 tahun, memang cenggeng budaknya. Dapatlah pula si Anaqi yang memang garang dan berperangai abang2 long sangat. Abisla dicubitnya si Amani bila adiknya itu tak mendengar kata. Menangis dan merajuklah pulak. See. Pening mak dier. Kalau Dedet dia ada, boleh kena migrain rasanya. Tapi mujurlah Feeq photographer yang memang dah biasa kot terima klien macam ni (ke first time?, hahah) so dengan tabah serta sabarnya melayan kitaorang.

Feeq juga tak lokek berkongsi tips dan memberi idea cara berposing agar dapat momen yang terbaik untuk dirakamkan dari lensa. Tapi seriously kami enjoy time photoshoot kat sini. Tak rasa pun sejam masa photoshoot ni berlangsung. So, TQQQQQQQQQQQ so much buat Feeq kerana berjaya melunaskan tugas sebagai photographer dengan cukup baik di dalam studio yang cukup selesa.  Buat Feeq ,Aten dan juga team (walaupun tak ada di hari kejadian) moga anda akan terus suksess dan boleh pergi jauh lagi. Thumbs up gaisss...

Saya dapat banyak giler gambar, tapi secara random saya kongsikan di sebalik tabir beberapa momen yang sempat dirakamkan. Memang tak tipu, bila saya tengok gambar-gambar ini balik rasa nak gelak dan nangis pun ada. So sweet moments laaaaa....Haha..Apatah lagi tengok muka Amani yang mencuka tu. Sangat win, hahahahahah 😅😂















Jom berPS...

📞 WHATSAPP / SMS SEKARANG! 0166664034

Alamat :
No B-28-2, Dataran C180, Jalan C180/1, 43200 Cheras, Selangor 


Baulu Sedap Makan Panas-Panas Terbaik Dari Kelate

$
0
0
Antara yag menjadi feveret sejak dulu lagi ----BAULU!!! Ni kalau makan bukan sebijik jer malah boleh lebih daripada itu. Apatah lagi kalau dapat baulu yang baru masak dari ketuhar, masih panas-panas dan yang paling penting kat luar baulu tu memang ranggup. Perghhhh, makanan syorgaaa donia betoii.


Dan bila saya balik kelate kampung Dedet. Memang kuih baulu ini antara yang dicari. Sebenarnya kat kelate banyak jer gerai2 yang jual kuih baulu ni panas2. Dan biasanya ada dijual bersama kuih akok sekali.

Ni nak kongsikan salah satu kedai ala2 bengkel yang jual baulu di kelate yang cukup pamos di kalangan penduduk Kubang Kerian, Panji dan yang berdekatan dengannya. Apa yang menarik, ianya dimasak menggunakan ketuhar yang agak klasik tapi cukup besar untuk membakar baulu pada volume yang banyak.

Baulu panas2 ni memang ramai betul peminat. Orang datang membeli macam membeli goreng pisang. Sebut berapa ringgit nak. Sampai sendiri pun tak sure berapa harga sebijik baulu ni.


Dan saya paling suka baulu yang over baked ni. Ala2 hitam hangus. Tapi memang over ranggup. Sampai my MIL pun pelik kenapalah saya suka pilih yang hitam. Dia siap tanya "tak pahit kooo???" Hikhik...Tak ras apulak pahit...rasa over ranggup aderlah, haha.


Gebu gabas...cer tengok isi baulu ni. Memang makan panas2. Tersu melting dalam mulut. Memang lembut giler tekstur baulu ni. Dan yang lagi menarik, bau baulu ni memang memikat sungguh. Kiranya rasa dah lah sedap, baunya pulak aummmm...

Selpie dengan baulu pun jadik.....
Biarpun cuaca panas lit lit mak hoiii..tapi sebab dapat makan baulu sesedap ni, depan bengkel pun beria tinggal jejak pernah datang ke sini :-)

Shopping Produk Kecantikan Bersempena Promosi Ramadhan di Althea

$
0
0
Althea antara portal membeli barangan mekap kegemaran saya. Apa yang menarik barangaan kecantikan yang ditawarkan khas dari Korea ini dijual jauh lebih murah dari harga pasaran. So, ramadhan baru-baru ini Althea telah mengadakan promosi cukup menarik dan saya telah berjaya merembat 7 item seperti gambar di atas :-)



Kali ini memang saya borong lipstik. Geram tengok warna-warna lipstik dari jenama best2 pulak tu. Walaupun warna seakan sama tetapi sebenarnya tidak ya!. Tekstur pnn berbeza. Sebab memang saya sukakan mencuba dari pelbagai jenama. Dan saya tidak ada masalah untuk sentiasa bertukar jenama lipstik yang digunakan.

Momo Chu Lipstick  | It s My Lip Crayon / Lip Balm | Real Fit Creamy Lipstick 

Momo Chu Lipstick 

Warna ke pinkish dan oren. Tidak terlalu pucat. Sesuai untuk mereka yang suka cara bersederhana dalam berpakaian.

It s My Lip Crayon / Lip Balm

Antara yang menjadi feveret saya. Senang sangat dicalit ke atas bibir. Paling penting tekstur sangat lembut.

Play 101 Pencil 

Eye liner berwarna coklat muda. Lain daripada kebiasaan. Tidak susah untuk digunakan. Tapiu pemakaian warna coklat muda ini perlu sesuai dengan solekan di muka. kalau tidak ianya kelihatan sangat pelik, hehehe.

Premium Tomato Whitening Emulsion

Skin Food product!!! Produk kecantikan untuk memutihkan wajah secara semulajadi menggunakan tomato sebagai bahan utama. Macam menarik bukan? Nanti lebih saya mencuba beberapa minggu, akan saya kongsikan kesan daripada spemakaian produk ini ya.

Calmia Perfume In Hand Cream 

Saya emang ratu hand lotion. Sejenis perempuan yang sangat suka membeli hand lotion yang wangi-wangi. Biasanya saya memilih haruman lavendar. Tapi disebabkan saya inginkan kelainan saya telah memilih varian Cherry pulak. Memang puas hati. Bau wangi sangat, boleh jadi terapi diri pulak, Hehehe.

Seronoknya Betul BBQ Bersama Kaum Kerabat

$
0
0
Hari yang sangat tidak produktif adalah hari ini. Sebabnya 2 hari lepas tidur 3 pagi, lemaunya sampai ke hari ini. Sejenis malas yang hanya membayangkan hanya bantal empuk di hadapan. Jadi untuk membunuh perasaan malas syaitonirojim itu, godek2lah henpon sambil nak membuang gambar2 yang memenuhkan saiz storage ajo.

Alaaaaaaaaa..lepas tu nampak gambar throwback raya keempat yang lepas. Sejenis rindu yang datang bertandang bila tengok gambar2 famili berkumpul sambil makan2 di halaman rumah nenek. Perancangan last minute tetap meriah. Paling penting, makanan yang disediakan sebuat sedap3 belako. Kenikmatan makanan yang disediakan dengan penuh kasih sayang gitchewww. 

Ada ayam dan kambing diperap dengan sos istmewa. Sebenarnya saya tak tahusiapa yang buat perapan ni, sebabnya semuanya mengaku hasil perapan memasing2. Ahkak pun kompius, hahahahaha..

Perap dalam setengah jam ajer. Lagi lama lagi sedap. Tapi sebab last minute plan, sekejap ajerlah tempoh perapan itu.

Team membakat. Memang terbakar jer perasaan. Mana tak. Habis satu-satu dibakar. Tak sempat langsung nak rasa. Licin kena terkam oleh team penjaga kualiti makanan.

BBQ set yang sempoi. janji masak dan sedap!!!

Meriah makan berebut2 ni tau. Jenis makan kongsi pinggan no hard feeling namanya.

Bro yang pakai baju putih Ketua Acara Majlis BBQ Santai Bersama Keluarga...

Tapi dia yang beria melantak dulu, hahahahahahah...Ini lah my BIL yang sempoi dan sangat rajin. Agak2 lah kalau jemu masakan sendiri memangmy BIL ni sedia berkhidmat sebagai chef. Biasalah balik kampung automatik terus jemu masakan sendiri sibuk nak rasa air tangan orang lain kannn. Kahkahkah.

Marveles explendid goat-ted semarengan ohaiyem wonderlust...
Sejenis hidangan terbaik hasil BBQ di halaman rumah :-)

Plant Protein Suplemen Terbaik Untuk Saya Tambah Susu Badan

$
0
0
Melihat anak membesar sihat memang impian saya. Apatah lagi anak seusia 3 bulan yang masih memerlukan belaian dan susu yang cukup zat bagi menampung pertumbuhan serta pembesarannya. Doktor juga ada mengesyorkan agar saya memberikan susu badan secara esklusif sehingga 6 bulan. Dan paling terbaik pemberian susu badan sehingga 2 tahun. Ini kerana dengan memberi susu badan secara esklusif bukan sahaja kita dapat berikan susu yang terbaik, bahkan ianya juga dapat merapatkan hubungan saya dan anak.

Bagi memastikan badan saya mampu mengeluarkan susu yang diperlukan anak, saya telah mengambil inisiatif dengan mengambil suplemen sokongan Plant Protein. Apa yang menarik tentang produk ini ialah :-

1. Ianya berasaskan sepenuhnya daripada tumbuhan.
Jadi tidak hairanlah warna serbuk Plant Protein ini ada sedikit kehijauan sedikit.

2. Tiada gula tambahan atau pewarna tiruan.
Ianya memang tiada tambahan gula dan juga apa jua campuran pewarna. Jadi tidak perlu risau jika pengambilan suplemen ini boleh menyebabkan obesiti dan sebagainya. Ini kerana ianya tidak akan berlaku. Selain itu, suplemen ini memang 100 peratus bebas pewarna tiruan, ianya dihasilkan dari sumber sumulajadi.

3. Mengandungi 9 asid amino yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh badan secara semulajadi.

Asid Amino yang tidak boleh dihasilkan oleh badan sebenarnya perlu diambil dari diet pemakanan kita seharian seperti daging,susu, sayuran,buah-buahan dan bijirin.

Terdapat 9 asid amino (yang diperlukan oleh badan) iaitu:



  • Histidine Dianggap sebagai metalloprotein iaitu asid amino yang boleh membawa bahan logam zat besi dan kuprum dalam darah. Meningkatkan tahap penyerapan kalsium, menurunkan paras hormone histamine dan mengawal diarrhea atau cirit -birit.
  • Isoleucine Mengawal gula dalam darah untuk sintesis hemoglobin bagi menghasilkan tenaga.
  • Methionine Menghasilkan sulfur untuk metabolism normal tubuh badan. Melakukan sintesis hemoglobin dan gluthathione untuk melawan radikal bebas.
  • Lysine Melakukan sintesis karnitin yang menukarkan asid lemak kepada tenaga. Berperanan menghasilkan hormon, antibodi dan enzim.
  • Leucine Antara tiga asid amino yang berfungsi meningkatkan fungsi jisim otot dan membantu memulihkan otot selepas bersenam. Mengawal gula dalam darah untuk sintesis hemoglobin bagi menghasilkan tenaga.
  • Phenylalanine Terdiri dari tiga jenis:D Phenylalanine, L-Phenylalanine dan DL-Phenylalanine. Asid amino ini merangsang penghasilan hormon catecholamine yang bertindak mengawal sistem saraf pusat dan saraf periferal.
  • Threonine Asid amino yang diperlukan untuk menghasilkan asid amino lain bagi membantu penghasilan kolagen. Turut menghasilkan antibodi.
  • Valine Penting untuk metabolisme otot dan membaikpulih tisu rosak.
  • Tryptopan Asid amino terbesar yang berkaitrapat dengan hormon serotonin dan melatonin,bermaksud ia membantu mengawal perasan dan aktiviti tidur.


4. Rendah lemak, bebas kolestrol
Jangan risau untuk pengambilan suplemen Plant Protein tidak akan menyebabkan kita menyebabkan darah tinggi atau penyakit jantung. Bahkan ianya sangat penting bagi memastikan kita mendapat diet yang seimbang dan sempurna.

5. Sebagai prebiotik dan kale
Prebiotik penting untuk membantu menggalakkan pertumbuhan bakteria baik untuk ibu ini dan ianya akan disalurkan kepada bayi melalui susu ibu
 Manakala 'Kale ' merupakan raja sayur-sayuran yang kaya dengan sebatian cruciferous khas, sumber antioksidan yang kuat dan memberi fitonutrien semulajadi.

Serbuknya agak halus, tidak ada bau yang pelik dan bewarna kehijauan. Nak sediakan juga agak mudah, hanya 1 scoop dalam 1 cawan sederhana. Saya bancuh dengan air suam. Dan saya telah mengambil 2 kali sehari. Iaitu di awal pagi dan malam sebelum tidur.




Boleh lihat review saya tentang produk ini menerusi video di atas.

Apa yang menarik setelah secara konsisten saya mengambil produk ini. Saya tidak lagi rasa stress kerana susu badan memang sentiasa cukup. Saya juga cukup tidur ini kerana anak saya tidak lagi kerap bangun tidur malam, ini kerana beliau sudah cukup kenyang setelah diberikan susu badan. Pengambilan setiap hari juga menjadikan badan saya cukup bertenaga dan seronoknya saya jarang jatuh sakit (mungkin sebab saya dibekalkan dengan prbiotik secukupnya didalam badan).

Harga yang ditawarkan di pasaran ialah RM79.90. Sememangnya sangat berbaloi dengan hasil output setelah pengambilannya. Badan kita umpama enjin yang sentiasa memerlukan minyak yang terbaik bagi memastikan ianya dapat berjalan serta beroperasi dengan paling terbaik. Apapun apabila kita sihat dan punyai susu badan yang banyak, ianya juga memberi kebaikan buat anak-anak yang tercinta.

Plant Protein boleh diambil oleh ibu mengandung dan juga ibu yang menyusu badan. Keterangan lanjut boleh layari :-
FACEBOOK:

WEBSITE:

Viewing all 2935 articles
Browse latest View live