Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all 2933 articles
Browse latest View live

10 Julai 2017, Genap 3 Tahun Usia My Ameer

$
0
0
Semalam 10 Juai 2017, genap sudah umur my Ameer 3 tahun. Seorang budak lelaki yang cukup cergas (lasak) dan sangat petah mulutnya. Walaupun di depan orang asing, dia kelihatan seperti budak lelaki yang pemalu tetapi hakikatnya tidak ya!!! Pengarang jantung buah hati dedet ini seorang yang aktif dan manja.

Untuk birthday Ameer kali ini, saya menyuruh beliau memilih sendiri kek yang digemarinya dari Kedai Kek Bakers Cottage. Seperti biasa Ameer akan memilih yang ada banyak buah strawberri dan juga kek perlulah berwarna coklat. Feveret buah dan peminat coklat yang tegar. Di kedai kek kebetulan ada menjual props barangan pek hari jadi jadi jenuh juga si Ameer memilih. Antaranya seperti topi, wisel dan belon. Dan akhirnya sampai di kaunter mummy telah reject semua barangan tersebut. Sebabnya .... Ameer dah ada semua props itu di rumah. Tersimpan helok di stor. Jangan membazir, kena jimat2 di musim2 lepas perayaan ini, hehehe.

Ameer ni feveret barangan dia selain daripada kereta hotwheels, beliau juga pengumpul tegar koleksi minion. Kalau dapat barangan minion memang beliau akan menyimpan dan bermain tanpa jemu. Even, semalam ketika saya skodeng insta cik epal tengok aksi si Han tu pilih kasut Minion, tak perasan si Ameer pun tertengok sama. Melihat reaksi seorang kanak-kanak lelaki yang mendapat kasut minion menyebabkan beliau pun excited sama. Siap tanya, "mummy dia beli kat mana ya???" Alololo sweet giler cara tanya. Tapi mak dia kan diamkan jer. Sebab tengok ianya jenama PUMA dan beli  pulak kat Kyoto. Giler ko nak gi beli kat sana...Hahahah...

 Yang bestnya bak kata mak saya, kalau besday party jemput anak2 saya sahaja dah meriah. Sebab bab menyanyikan lagu hari jadi memang anak2 saya semuanya jenis bersungguh2. Cara didikan kot sejak kecil, kahkahkah.

Budak kecik ni kan. Paling tazabar nak makan kek hari jadi dia. Siap kuis2 buah2 yang dia suka kat atas kek itu. Nasib baik juga para tetamu yang hadir di kalangan adik beradek sendiri. So tak makan hati bila tengok kek yang bakal ditelan telah dicerobohi oleh tangan besday boy yang dirai.

Goreng spiral spagetti pemberian dari Kimball masa bulan puasa lepas. Nampak tak menarikkan? Tapi rasanya tetap sedap. Sebabnya si Anaqi pergi masukkan lagi keju dalam gorengan mee ni. Siap, meleleh keju bila ditarik mee spaghetti untuk dihidangkan dalam pinggan.

Buat my Ameer, walaupun tak pandai membaca lagi. Mummy harap Ameer akan jadi anak yang baik dan mendengar kata (macam sekarang), diberikan kesihatan yang baik dan paling penting kena ingat semua orang sayangkan Ameer. Love u budak busuk.

Viva La Vita!!

$
0
0
Berinspirasikan wanita penuh keyakinan menghadapi hidupnya dengan keberanian dan keindahan, Avon telah memperkenalkan haruman feminin terbarunya iaitu Viva La Vita de Parfum. Wangian hebat ini mampu mengungkap kemeriahan serta keriangan jiwa sesorang wanita. 

Dihasilkan daripada bauan epal pink lady yang segar dan meriangkan, disusuli dengan bauan buah mandarin yang membebaskan perasaan. Untuk nota tengah, keharuman daripata pati mimosa yang mewah serta mengujakan serta wangian magnolia merah jambu yang memberikan sentuhan lembut memukau dan mempersonakan. 

Manakala kayu cendana menyerlahkan lagi dasar haruman ini, dilengkapi dengan kekacang vanila yang manis serta kayuan Kashmir yang mampu memberi kehangatan yang lebih lama.


Perkenalkan 2 pencipta wangian hebat Viva La Vita iaitu Elisa Benat dan Harry Fremont. Mereka sememangnya pakar dalam menghasilkan wangian terbaik dan bermutu tinggi.

Manurut Kasia Ostrowska Ketua Bahagian Pemasaran Avon Malaysia,"Haruman Viva La vita EDP ini mencerminkan keberanian dan kebebasan dalam melakukan setiap perkara yang dapat memberi kegembiraan kepada anda serta perasaan hebat disaat menikmati setiap detik indah dalam hidup. Sentuhan bungaan danbuah-buahan yang menghangat jiwa ini merupakan ungkapan sebenar seorang wanita masa kini".

Di majlis pelancaran juga, Avon juga telah memperkenalkan wajah Viva La Vita,  iaitu Nelydia Senrose. ISifat optimis pelakon muda dan jelita ini bertepatan dengan aspirasi Viva La vita itu sendiri. Sekaligus ianya juga bakal emberi inspirasi kepada bakal-bakal pengguna haruman terbaru dari Avon ini.

Saya sendiri begitu gemarkan bauan dari Viva La Vita, tidak hairanlah bunga magnolia antara bunga yang menjadi feveret dari dulu sehingga sekarang. bauan yang cukup menenangkan untuk gaya hidup saya yang aktif.

Di majlis pelancaran tersebut saya juga berkesempatan untuk mencipta haruman peribadi. Yang mana saya hanya perlu membuat campuran atau kombinasikan 3 pati utama untuk menghasilkan haruman yang cukup secocok dengan jiwa saya. Memang seronok!

Kenalkan duta terbaru Avon iaitu Nelly bersama wakil pengurusan Avon Malaysia.

Bergambar kenangan bersama Nelly :-) Ok guys jangan lupa dapatkan haruman Viva La Vita yang akan mula diperkenalkan di pasaran pada bulan Oktober 2017 nanti pada harga RM95 (WM) dan RM109.30 (EM). Dapatkannya di www.avon.my ataupun hubungi wakil Avon yang terdekat dengan anda!

Dettol Deep Cleanse | Melindungi, Membersih dan Mewangi Kulit Badan Anda Sepanjang Hari

$
0
0
Saya memang cerewet dalam membuat pemilihan produk mandian untuk kegunaan harian untuk keluarga saya. Dan semestinya saya sentiasa memilih yang terbaik dan diyakini dapat melindungi serta dapat mengekalkan kesihatan kulit keluarga saya

Jadi apabila saya telah diperkenalkan dengan produk inovasi terbaru dari Dettol iaitu Dettol Deep Cleanse menyebabkan saya begitu teruja untuk mencubanya. Apatah lagi ianya merupakan produk keluaran Dettol yang sememangnya jenama yang cukup terkenal sebagai perlindungan kuman yang dipercayai untuk keluarga di seluruh dunia.

Yang lebih menarik produk Dettol yang terbaru ini mampu memberi perlindungan kulit dengan membersihkan jauh ke dalam liang-liang pori.
"Kami hidup dalam persekitaran ini yang memperlihatkan kulit kita kepada kotoran, debu, kotoran, peluh, pencemaran sebagai Dan juga kuman yang berkembang yang mungkin membawa kepada masalah kulit yang berpotensi. Oleh itu, Dettol terkini dengan inovasi mengandungi exfoliants untuk membantu mengeluarkan sel-sel kulit mati untuk pembersihan yang mendalam sekaligus memelihara kesihatan kulit, "kata Kim Minyoung, Pengurus Pemasaran Kategori RB Malaysia dan Singapura dalam ucapannya semasa pelancarannya.

"Sebagai jenama yang memenangi anugerah, Dettol mempunyai rekod cemerlang dalam melindungi keluarga daripada dijangkiti kuman setiap hari. Tidak hairanlah bahawa ibu-ibu di seluruh dunia mempercayai produk Dettol. Pelbagai produk anti-bakteria telah dihasilkan bagi memelihara untuk kebersihan keluarga pengguna. Untuk memenuhi amanah ini, kami akan terus berinovasi dan berkhidmat dengan lebih baik bagi memenuhi keperluan pengguna "tembah Kim lagi.

Hasilnya Dettol Deep Cleanse yang diformulasi mempunyai wangian yang menyegarkan dan mampu membersihkan liang kulit jauh lebih baik ketika waktu mandi. Terdapat dalam bentuk cecair dan juga sabun bar.

Dettol Deep Cleanse mengandungi 100% mikro aprikot semulajadi yang mana mampu menanggalkan sel-sel kulit mati dan mencerahkan kulit. Ianya juga mampu menghilangkan kotoran dan membasmi kuman.

Secara kesleuruhan ianya mampu menjada dan memelihara kulit serta memberi keharuman badan sepanjang hari.

Pakar Dermatologi juga bersetuju bahawa dengan memberi tumpuan kepada kesihatan kulit mampu meningkatkan keyakinan individu dan mengekalkan kesihatan serta kesejahteraan keluarga secara keseluruhan.

"Dengan pemcemaran dan bakteria dalam persekitaran kita, ibu harus menggalakkan menjaga kebersihan di kalangan ahli keluarga mereka ini adalah bagi mengurangkan peluang kerengsaan kulit. Penyingkiran sel kulit mati melalui pengelupasan juga mampu menecreahkan kulit"jelas Dr. Abrizah Ousman, Pakar Dermatologi dan Pakar Perubatan Aesthetic

Nana Mahazan seorang selebriti yang mempunyai 2 orang anak Aaqib dan Althea sangat bergantung kepada Dettol Deep Cleanse untuk kebersihan dirinya sendiri dan keluarganya. Selepas seharian di tempat kerja, dia berharap untuk melangkah masuk ke bilik mandi panas dan dapat membersihkan diri serta mewangikan diri.

Membersihkan badan dengan tips yang betul membolehkannya untuk kelihatan cantik di hadapan kamera. "Saya bekerja di lokasi yang berbeza, yang meningkatkan pendedahan saya kepada kuman.
Saya sentiasa mahu segera menghilangkan kotoran di badan dengan cara menyental tetapi saya bimbang lulur setiap hari boleh menyebabkan kulit badan menjadi kasar. Tetapi kini setelah mengetahui Dettol Deep Cleanse umpama lulur badan yang boleh dilakukan setiap hari, dan yang paling istimewa ianya boleh menjadikan kulit say alebih licin. Pastinya ianya sesuatu yang sangat menggembirakan saya.

Nana juga berkongsi tentang betapa perlunya pembersihan kulit dari zaman remaja lagi. Ini disebabkan dengan perubahan biologi yang mereka hadapi. Kulit remaja sering menjadi sensitif dan untuk mengekalkan kulit mereka dalam keadaan terbaik merupakan satu cabaran.

Selebriti media sosial remaja Nur Aisyah binti Mohd Razip, lebih dikenali sebagai Cupcake
Aisyah, berkongsi pendapatnay tentang Dettol Deep Cleanse. Seorang yang suka melakuakn aktiviti luar menyedari badannya lebih mudah terdedah dengan bakteria dan masalahnkerengsaan kulit yang lain.

"Ibu saya amat bimbang tentang kesihatan kulit saya dan sentiasa mengingatkan saya untuk mengambil berat tentang penjagaannya. Saya bersetuju dengannya. Saya perlu memanfaatkan diri saya secara fizikal, emosi dan sosial. Jadi apabila mempunyai masalah kulit rengsa sekaligus akan menjejaskan kesihatan fizikal saya. Jadi saya perlu mengambil berat tentang itu.

"Manik-manik micro-scrub semulajadi 100% membersihkan tubuh saya dengan teliti dan mampu mengelakakan dari jangkitan kuman. Sekaligus ianya dapat memberikan badan saya lebih bersih dan berbau harum walaupun selepas melalui hari yang aktif!


Dettol Deep Cleanse Body sememangnya sangat diperlukan oleh semua orang. Ianya boleh diperolehi dari farmasi dan pasaraya utama. Pilihan saiz adallah 225ml dengan harga RM6.90 dan 850ml pada harga RM20.25. Pek refill 800ml juga ditawarkan pada harga RM15.67. Selain itu,
Dettol Deep Cleanse Bar Soap dijual pada harga RM10.45 untuk 105g (datang dalam pek 3 + 1).

GUARDIAN MALAYSIA SAMBUT ULANG TAHUN KE-50 DENGAN FOKUS UNTUK KEKAL SEBAGAI PENERAJU PASARAN

$
0
0

 Meraikan ulang tahunnya yang ke-50 tahun ini, dengan persaingan hebat daripada saluran-saluran baru dan lama, Guardian Malaysia berkata syarikatnya telah membuat pelbagai perancangan untuk mengekalkan posisinya sebagai peneraju pasaran.

Mr. Soren Lauridsen, Ketua Pegawai Eksekutif Guardian Health And Beauty Sdn Bhd (Guardian Malaysia) telah menggariskan rancangan-rancangan tersebut di dalam sebuah sidang media yang berlangsung hari ini di The Weld, lokasi dimana sejarah Guardian bermula.

Beliau berkata: “Dengan mengambil kira kepantasan inovasi teknologi yang mengganggu tabiat
penggunaan, persaingan sengit daripada saluran-saluran baru dan lama, keutamaan kami adalah untuk memastikan semua pelanggan dapat menikmati pengalaman membeli-belah dan tawaran yang terbaik.”

“Ini mungkin melibatkan pelbagai kajian untuk lebih memahami gaya hidup dan keperluan pelanggan dengan lebih baik. Ia turut melibatkan program latihan BFF (BEST FRIEND FOREVER) dimana kami akan menghantar pekerja kami yang bekerja di Pejabat Sokongan Stor (Store Support Office) untuk bekerja di stor-stor kami selama tiga hari, dan merasai sendiri pengalaman bekerja di stor agar mereka memahami cara-cara untuk melayan pelanggan dengan lebih baik.”

“Dan untuk mempelajari cara yang berkesan untuk membantu pelanggan berbelanja dengan Lebih baik, apabila mereka berkunjung ke Guardian,” tambah beliau.

Beliau turut berkongsi bahawa melalui kajian, “kami telah mengenal pasti beberapa kategori
produk seperti kesihatan, solekan dan penjagaan rambut adalah penting bagi pelanggan, dan
kami sedang bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi untuk menawarkan lebih banyak produk
yang relevan kepada mereka.”

Menggambarkan perjalanan 50 tahun di Malaysia sebagai menarik dan berwarna-warni dan dipenuhi pelbagai peristiwa penting, namun, jelas Mr Lauridsen, satu perkara masih kekal sehingga kini.

“Ini adalah komitmen kami untuk memberikan pengalaman membeli-belah yang positif kepada para pelanggan setiap kali mereka berkunjung ke Guardian, menerusi pelbagai pilihan dan Tawaran hebat pada harga yang kompetitif.

“Nilai-nilai yang telah memberi ilham kepada penubuhan stor pertama bersaiz 200 kaki persegi ini, kekal sebagai teras jenama kami hari ini.”

Beliau berkata pendapatan Guardian Malaysia telah meningkat sejajar dengan pertumbuhan KDNK negara, dan sejak 2016, secara konsisten ia telah menerima purata tiga juta pelanggaN setiap bulan.

“Kami menyediakan pekerjaan kepada 3,300 rakyat Malaysia, dan kami berbangga bahawa operasi dan pelaburan kami dalam perniagaan ini telah menjana ekonomi sampingan yang penting kepada pengilang, pengimport dan pelbagai penyedia perkhidmatan – kecil dan besar.”

Walau bagaimanapun, menjejak usia 50 tahun, adalah penting untuk kami menyoal diri sendiri ke mana hala tuju kami selepas ini?

“Matlamat utama kami adalah untuk menjadi sahabat kepada para pelanggan kami, dan untuk memenuhi keperluan mereka. Seperti seorang sahabat baik, seorang yang dicari untuk mendapatkan keperluan kesihatan dan kecantikan. Jika usaha ini berjaya, kami akan kekal sebagai peneraju pasaran dan kekal sebagai peruncit pilihan ramai,” tambah beliau.

“Usaha kami adalah untuk benar-benar memahami keperluan dan kehendak para pelanggan, seperti seorang kawan baik,” tambah beliau lagi.

Bersempena sambutan ini, Guardian mengadakan sebuah promosi ulang tahun, dengan kerjasama bersama Petron, Jotun, Makeover Guys dan Kuvings, dimana pelanggan berpeluang untuk memenangi pakej hias semula kediaman.

“Kami memilih untuk menawarkan pakej hias semula kerana kami berpendapat bahawa ia dalah hadiah terbaik yang para pelanggan kami inginkan sebagai hadiah. Lebih-lebih lagi, hias semula kediaman bukan hanya memberi manfaat kepada seorang pelanggan tetapi kepada Seisi keluarga.

Untuk mengambil bahagian, pelanggan perlu berbelanja sebanyak RM10 dan ke atas di dalam
satu resit di mana-mana cawangan Guardian, isikan maklumat peribadi, dan jawab tiga soalan
mudah. Atau, isi petrol RON 95, RON 97 or RON 100 minimum RM10 di Petron dengan Kad
Miles Privilege Petron yang sah.

Berikutan sidang akhbar tersebut, Mr Lauridsen telah melancarkan semula Guardian Weld, yang kini merupakan sebuah ruang perniagaan berkeluasan 1,652 kaki persegi, yang berwajah baru, selaras dengan penjenamaan semula Guardian.

Beliau disertai Mr. Ricky Soon, Pengarah Hartanah dan Projek, Ms. Christina Low, Pengarah Pemasaran, Mr. Nicholas Chiew, Pengurus Kawasan dan Cik Nur Syazira bt Shafiee, Pengurus
Stor Guardian Weld.

Bagi Guardian Malaysia, ulang tahun turut diraikan secara tradisinya menerusi sumbangan semula kepada komuniti, menerusi Projek Amal Ulang Tahun. Tahun ini, tradisi tersebut diteruskan dengan membantu menghias semula 10 buah rumah kebajikan, termasuk tujuh rumah anak-anak yatim di seluruh negara,

Projek tersebut, yang bakal siap dalam tempoh enam bulan, dijangka membantu meningkatkan persekitaran hidup sekurang-kurangnya 500 kanak-kanak yang tinggal di rumah-rumah tersebut.


Bacaan Buku Penerbitan Scholastic Membantu Penguasaan Bahasa Inggeris Anak Saya

$
0
0
Bahasa penghantar di rumah utama saya bersama anak-anak bukanlah berbahasa Inggeris. Namun saya tidak dinafikan kepentingan mereka (anak2) untuk menguasai bahasa Inggeris. Ini adalah kerana dengan kebolehan menguasai bahasa Inggeris bukan sahaja sangat membantu dalam pembelanjaran sekolah mereka. Bahkan mereka boleh meluaskan pergaulan, yakin bila bertemu dan mampu berkomunikasi dengan masyarakat luar.

Antara penerbitan buku yang sentiasa menjadi pilihan saya ialah Scholastic. Ini kerana Scholastic menawarkan pelbagai jenis buku bacaan mengikut kesesuaian umur, jantina dan kecenderungan (minat).

Menariknya penerbitan Scholastic ada menawarkan rangkaian buku dari siri Star Wars. Untuk Akid yang berusia 12 tahun, buku ini memang menarik minatnya untuk membaca. Apatah lagi kebanyakan karektor yang ditawarkan dalam siri ini sememangnya cukup dikenali oleh Akid.

Siri ini antara yang menjadi feveret anak-anak. Pertamanya karikatur/lukisan yang sangat menarik serta cantik. Penggunaan bahasa Inggeris yang mudah dan senang difahami. Dan paling mengujakan, koleksi ini turut didatangkan bersama CD pembelajaran.

Saya juga saangat sukakan pilihan buku ini. Ini bukan sahaja ianya tentang kapal terbang, keretapi dan juga kereta. Bahkan buku ini juga didatangkan beberapa info menarik dan juga aktiviti interaktif yang boleh menarik minat anak-anak untuk membacanya.

Lihat sahaja Ameer, biarpun usianya baru menjangkau 3 tahun masih belum pandai membaca. Tetapi beliau begitu teruja dengan  lukisan dan warna yang terdapat dalam buku ini. Dengan melalui pengamatan juga sangat membantu Ameer untuk menanam sifat suka membaca sejak kecil lagi.

Buku 'rhymes' ini sangat sesuai untuk anak-anak yang baru pandai membaca. Saya sendiri menggunakan buku ini sebagai salah satu buku 'bed times story' buat anak-anak kecil sahaja.



'Simple' dan mudah. Gambar yang dilukis juga sangat cantik dan memikat hati.

Siri animasi 'Tom & Jerry' ini memang cukup popular dikalangan kanak-kanak. Watak Tom yang suka membuli si tikus dengan pelbagai karenah memang menghiburkan. Penerbitan Scholastic juga ada menawarkan koleksi Tom & Jerry istimewa buat peminat kartun-kartun ini.

Ameer yang 'happy' bersama buku Tom & Jerry. Biarpun hanya melihat gambar hatinya tetapi gembira.
Buku bacaan kegemaran Afiq. Peminat haiwan ini juga sukakan penceritaan buku yang menceritakan tentang pengembaraan dan juga buku yang banyak memberikan pengaruh positif kepada pembacanya.

Dan Amani sekarang, telah berlatih menyebut perkataan yang didalam Bahasa Inggeris dengan laju. Saya memang berterima kasih kepada penulis buku ini yang bukan hanya melakarkan gambar yang cantik di dalam kanvas buku ini. Bahkan ianya menggunakan jenis tulisan 'handwriting' sekaligus membolehkan Amani untuk belajar membaca tulisan yang bersambung.


Moga anak-anak saya dapat berlatih dan menajamkan lagi bahasa Inggeris mereka agar mereka lebih yakin dan percaya diri untuk berkomunikasi. Jadi, buat ibu-bapa di luar sana memang saya sangat syorkan buku-buku penerbitan Scholastic sebagai pembacaan tambahan buat anak-anak anda.

Akhirnya Saya Tahu Tahap Kesihatan Diri Setelah Menyertai Vitacare Health & Wellness Series

$
0
0
Semakin peningkatan usia, lebih banyak tanggungjawab dan perkara yang perlu diuruskan sampai adakalanya kita lupa hendak mengambil tahu tentang keadaan diri sendiri. Apatah lagi jika gaya hidup dan diet seharian tidak mengikut cara yang sihat.

Berkesempatan untuk mengetahui masalah tubuh badan dan cara mengekalkan kesihatan dengan cara terbaik anjuran farmasi Vitacare sememangnya tidak saya lepaskan. Apatah lagi saya sendiri dapat menguji tahap kesihatan diri melalui ujian darah yang dilakukan.

Saya juga telah diperkenalkan dengan produk terbaik untuk kesihatan badan yang ada terdapat di farmasi Vitacare. Apa yang penting ke semua produk yang dijual telah mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan dan ianya juga telah terbukti berkesan  daripada pengguna produk2 itu sendiri.



Kami juga melihat sendiri LBA (Live Blood Analysis) yang dijalankan oleh pakar yang dijemput khas oleh farmasi Vitacare. Bagaimana melalui ujian ini kita boleh melihat sendiri tahap kesihatan badan.

Antara hasil analisis dari ujian darah yang dilakukan seperti:-

Ini adalah contoh 'Acidic Blood' yang mana badannya mengandungi banyak asid.

Ini adalah contoh keadaan darah yang datangnya dari badan yang sihat. Nampak rupa bulatan yang kemas dan cantik.

Dan saya sendiri telah menawarkan diri untuk menguji darah saya. Untuk melihat sendiri tahap kesihatan badan. Maklumlah saya memang merasakan badan agak terasa lesu dan penat sejak akhir-akhir ini.

Ini adalah hasil ujian darah saya. Terkejut tak? Hahahaha. Saya dipercayai mempunyai masalah kurang tidur, sakit-sakit sendi, banyak sel perlukan antioksigen, 'poor protein digestion', lemah imuniti badan, kurang air dan juga suspek 'thalesemia'.

Tapi kemudiannya saya telah diberikan minuman air kesihatan iaitu Rin (Halal ya). Untuk melihat sendiri keputusan darah saya sekali lagi setelah 30 minit pengambilan produk kesihatan ini.

Sambil menunggu untuk darah diuji sekali lagi, saya berkesempatan mengikuti penerangan dari Cik Lau Hui Wan, Nutrisi yang dijemput khas untuk memberi penerangan tentang produk AstaZan Natural Astaxanthin.

Pertamanya kita perlu tahu apa itu OXIDATION FREE RADICALS? Ianya boleh diimaginasikan seperti dari ujian potongan buah epal. Di mana buah epal yang baru dipotong, teksturnya masih cantik dan baru tetapi cuba dibiarkan 30 minit dan seterusnya. Memang kita akan dapat lihat perubahan tekstur epal itu masa ke semasa. Semakin lama, rupanya semakin lebam (teruk). Ianya serupa juga dengan badan kita sebenarnya.

Adakalanya kita memang tidak sedar punca dan kesan kepada radikal terhadap ksihatan badan kita. Sebagai contoh kesan dari stress boleh menyebabkan badan kita akan terus kurang tenaga dan lesu. Hilang daya fokus dan banyak lagi.

Walaubagaimanapun 'free radicals" ini juga tidak semua memberi keburukan, ianya juga mampu memberik kebaikan. 

Ianya bukan sahaja penerangan berkenaan produk semata bahkan terdapat juga penerangan tambahan mengenai apa itu radikal, contoh-contoh antioksida yang boleh diperolehi dari sumber makanan dan banyakk lagi.

Yang bestnya setelah melakukan analisis darah, kita bukan sahaja diberikan penerangan bahkan akan mendapat keputusan bertulis. Jadi ianya memudahkan pemahaman melalui analisi yang telah dijalankan. Jadi, saya boleh dapat lihat sendiri bagaimana kesihatan badan dan paling penting saya perlu memperbaiki terutama corak gaya hidup dan pengambilan diet pemakanan seharian.

Perbezaan keputusan setelah say amengambil minuman suplemen Yin. Darah saya semakin elok. Dan saya nampak lihat sendiri imuniti badan saya semakin besar. Cuma saya masih kurang air dalam badan. Tips yang dikongsi jika nak tahu keperluan air untuk seseorang bergantung kepada berat badan bahagikan dengan 30. Contohnya berat saya 60kg bahagikan 30. So dalam 2 liter paling minimum yang diperlukan oleh badan setiap hari.

Saya juga diberikan "Energy Jar" yang mengandungi pelbagai ramuan yang sihat. Antaranya puri pisang, mangga, chia seed, yogurt, oat dan banyak lagi. Rasanya memang sedap sangat. 

Live Blood Analysis (LBA) akan diadakan di The Gardens Mall dan Suria KLCC pada setiap hari Sabtu pertama untuk setiap bulan bermula pada bulan Ogos 2017 ini. Jadi untuk sesi pertama yang akan datang adalah pada 5 Ogos 2017, dari jam 10 pagi sehingga 6 petang. 

  1. VCard Member semasa VCare Day : FREE
  2. VCard Member normal days : RM10
  3. Non VCard Members : RM30

Apapun terima kasih Vitacare di atas produk kesihatan yang diberikan. Moga saya dapat manfaatkan dan seterus menjadi seorang wanita yang lebih prihatin dan sentiasa mahu mengekalkan kesihatan diri saya pada keadaan paling yang terbaik.

BABY LOBSTER MEETS HAI XIAN DELIGHT @ TUNG YUEN CHINESE RESTAURANT GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM

$
0
0
Bermula dari 15 Julai sehingga 30 September 2017, TUNG YUEN CHINESE RESTAURANT Grand BlueWave Hotel Shah Alam (GBWHSA) telah memperkenalkan promosi BABY LOBSTER MEETS HAI XIAN DELIGHT. Apa yang menarik set hidangan ini didatangkan dengan sajian-sajian mewah masyarakat cina yang sememangnya enak dan HALAL.

Disediakan dibawah pemantauan Chef Patrick Ng satu-satunya chef yang berbangsa Cina dariTung Yuen Chinese Restaurant. Sajian ini ditawarkan setiap hari pada 2 sesi iaitu untuk makan tengahari pada bermula seawal jam 11.30 pagi sehingga 2.30 petang. Mankala untuk makan malam bermula pada pukul 6.30 petang sehingga10.30 malam.

Promosi ini didalam set kumpulan yang mana minimum adalah 5 orang, dengan harga RM75.00 + per kepala.

Terdapat 6 sajian istimewa, antaranya seperti Daily Special of Chinese Chilled Appetizer, Pan Fried Trio Seafood with Spicy Sauce on Hot Plate, Steam Garoupa Fish with Spicy Bean Paste, Braised Top Shell Abalone Slice with Hong Kong Kai Lan and Roast Garlic, Fried Rice with Seafood and Anchovies dan Pan Fried Chinese Pan Cake.

Set tidak berakhir di sini kerana terdapat pilihan istimewa (Pilih 1 jenis) untuk sup dan baby lobster. Terdapat dua pilihan iaitu Boiled Szechuan Soup dan Double Boiled Fish Maw Soup. Selain daripada itu, terdapat juga pilihan masakan baby lobster @ 150gm setiap satu (1/2 portion per kepala) iaitu samada Baked Baby Lobster atau Pan Fried Baby Lobster.
Pelanggan juga sangat digalakkan membuat tempahan terlebih dahulu dengan menghubungi TUNG YUEN CHINESE RESTAURANT  di talian 03-5511 8811 ext. 2616 atau bahagian telemarketing ext. 2724. Tapi perlu diingatkan harga yang ditawarkan tertakluk pada 6% daripada CBP. Restoran Cina Tung Yuen dilengkapi dengan baik

Secara kesimpulannya, pakej set makanan ini adalah:-

Harga: RM75.00 + seorang (minimum 5 orang)
Hari: Isnin - Ahad
Masa: 11.30 pagi - 2.30 petang (Makan tengah hari) dan 6.30 petang - 10.30 malam (Makan Malam)
Tempat: Restoran Cina Tung Yuen, Level 1
Pengurus Hotel: Tuan Haji Mohd Ghazali bin Sayed Ibrahim
Eksekutif Sous Chef: Chef Firdaus bin Ismail
Chef berbangsa Cina: Chef Patrick Ng

Bertemu Dengan Dato' Jalaludin Hassan di kempen GINTELL "Nikmati Gaya Hidup Lebih Sihat dengan Pelan Peningkatan Kesihatan 8 Hari"

$
0
0

Saya memang peminat tegar Dato' Jalaludin Hassan. Bagi saya Dato' antara selebriti versatil yang mempunyai auranya tersendiri. Selain daripa mempunyai bakat berlakon dan pengacaraan, Dato' juga mempunyai bakat menyanyi! Nanti saya kongsikan persembahan Dato' di akhir entri ini :-)

Pada 16hb Julai 2017 hari Ahad yang lepas, Dato’ Jalaludin Hassan telah membuat penampilan khas sebagai duta GINTELL di AEON Shah Alam. Selain untuk bertemu dan bermesra dengan peminat serta para pelanggan GINTELL, kehadiran dato' adalah juga untuk melancarkan kerusi urut terbaru GINTELL De’ Space U.F.O.


Majlis juga telah dimeriahkan dengan persembahan tarian melayu tradisional yang penuh warna-warni. Sememangnya persembahan ini menambahkan lagi kemeriahan majlis yang telah dirancangkan istimewa khas bersempena kehadiran Dato' Jalaludin Hassan.


GINTELL telah melancarkan kempen "Nikmati Gaya Hidup Lebih Sihat dengan Pelan Peningkatan Kesihatan 8 Hari" dengan  memperkenalkan kerusi urut GINTELL DeSpace UFO. Apa yang menarik menerusi kempen ini ianya menjanjikan kesihatan secara menyeluruh dengan ciri-ciri teknologi yang unik dan inovatif yang terdapat di dalam kerusi urut GINTELL DeSpace UFO. Dalam masa 8 hari
melalui penggunaan kerusi urut istimewa ini, dapat membantu anda dan orang tersayang untuk kembali sihat, cergas dan menikmati gaya hidup yang lebih menyeronokkan!


Program Hari #1: Pengaktifan
Kerusi urut GINTELL De'Space UFO menawarkan kaedah pemulihan yang meningkatkan kesihatan anda dengan merangsang 26 titik akutekanan pada bahagian kaki atau tulang belakang yang menyambungkan ke semua saraf organ utama di dalam tubuh, sekali gus menyelaraskan semua fungsi organ. Kerusi urut ini dilengkapi dengan Teknologi Sistem i- Sensing yang pertama di dunia. Teknologi ini menggunakan MRS atau sensor robotik berbilang, untuk mengukur bentuk badan, panjang kaki dan betis anda (pengesanan ketepatan) secara automatik bagi menghasilkan urutan yang paling tepat dan realistik di samping menawarkan sensasi urutan 360˚.

Program Hari #2: Detoksifikasi Tubuh
Toksin adalah penyebab utama kepada pelbagai penyakit kronik. Semakin banyak toksin yang terkumpul dalam badan, semakin sukar proses detoksifikasi. Kerusi urut GINTELL De'Space UFO dengan teknologi inovatif Quad 3 Roller Balls, mengurut secara menyeluruh dan intensif untuk menghapuskan toksin dari badan, mengembalikan kesihatan dan melegakan organ-organ detoksifikasi.

Program Hari #3: Memperbaiki Sistem Penghadaman
Makan berlebihan, waktu makan yang tidak teratur dan pengambilan minuman bergas secara berlebihan memberi tekanan kepada sistem penghadaman, yang menjadi punca kepada masalah pencernaan seperti sembelit, cirit-birit, kembung, ulser peptik dan sebagainya.

Memperkenalkan kerusi urut GINTELL De'Space UFO, satu-satunya terapi urut yang dilengkapi dengan Quad 3 Roller Balls + Aero V-track. Kebanyakan kerusi urut di pasaran tidak dilengkapi dengan teknologi urutan menyeluruh yang meliputi bahagian bawah abdomen seperti yang terdapat pada kerusi urut ini, iaitu bahagian yang paling penting untuk menjamin kesihatan usus. Program Hari Ketiga menunjukkan kesan positif serta-merta kepada sistem penghadaman pengguna.

Program Hari #4: Meningkatkan Sistem Imun
Program Hari Keempat yang melibatkan urutan Zen Shiatsu, merupakan satu bentuk terapi urutan menyeluruh untuk merangsang keupayaan penyembuhan semula jadi tubuh. Quad 3 Roller Balls, yang pertama seumpamanya di dunia direka bersama kerusi urut, telah mencetus fenomena sebagai bola penggelek serba moden untuk menghasilkan urutan yang paling komprehensif serta urutan tekanan 90% menyerupai urutan realistik.

Program Hari #5: Memperbaiki Sistem Pernafasan
Program Hari Kelima, yang juga dikenali sebagai Tai Ji Breath. Program ini berkesan meningkatkan fungsi pernafasan untuk memperbaiki keupayaan bernafas. Di samping itu, seperti juga penyaman udara, kerusi urut ini bertindak membebaskan ion negatif untuk membersihkan udara sekeliling, menambah lagi kelebihan yang ditawarkan oleh Tai Ji Breath.

Program Hari #6: Mengurangkan Stres
Kami turut menyediakan Program VVIP pada hari keenam, dengan objektif untuk mengurangkan tekanan fikiran. Program istimewa ini merangsang urutan pada titik akupunktur yang berfungsi melegakan kesakitan bahu, kekejangan leher, sakit kepala dan migrain. Urutan diiringi dengan muzik yang menenangkan sebagai ciri tambahan yang terdapat pada kerusi urut GINTELL De'Space UFO untuk membantu membina persekitaran yang benar-benar mendamaikan. Anda kini boleh menikmati urutan leher dan bahu yangberkesan di samping ketenangan yang sempurna! Anda pasti akan berasa lebih segar, bertenaga dan lebih ringan!

Program Hari #7: Pengimbangan Hormon (wanita)
Ketidakseimbangan hormon lazimnya berpunca daripada kandungan toksin dalam badan, gaya hidup yang tidak seimbang, tekanan dan sebagainya. Dalam kalangan wanita, hormon yang tidak seimbang sering membawa kepada haid yang tidak teratur, senggugut, sakit kepala, keputihan yang tidak normal dan pelbagai lagi masalah kesihatan.

Memperkenalkan Program Hari Ketujuh, iaitu Program Pinggang &Punggung. Dengan GINTELL De’Space, titik akupunktur dirangsang untuk mengembalikan keseimbangan hormon. Keserian anda kini lebih terserlah, anda lebih bertenaga dan berkeyakinan – impian anda untuk menjadi wanita hebat kini terlaksana!

Program Hari #8: Urutan Penjagaan Tulang Belakang
Postur yang tidak betul (semasa berdiri, duduk dan berbaring) dalam jangka masa yang lama atau kecederaan semasa bersukan boleh menyebabkan anjakan tulang belakang, atau istilah perubatannya, skoliosis dan pelbagai masalah berkaitan seperti sakit kepala, tendonitis, sakit belakang dan sebagainya.

Atas kesedaran tentang kepentingan penjagaan tulang belakang, kami telah merangka Program 180˚ Space Stretch dengan objektif utama untuk membetulkan postur badan yang lemah. Program ini merangkumi regangan memanjang untuk meregang seluruh badan dengan fungsi Beg Udara Titan dan regangan ke bawah untuk unjuran kaki sepenuhnya dengan fungsi Auto Footrest.

Dato' Jalaludin telah mengurut bahu salah seorang peminatnya yang bertuah. Sado! kata Dato', merujuk kepada badan peminatnya ini, Komen spontan Dato' menyebabkan kami sebagai penonton tergelak besar di situ.

Turut diadakan aktiviti bersama peminat. Menerusi aplikasi weechat, satu permainan iaitu "shake It", yang mana pengunjung perlulah menggoyangka telefon bimbit paling banyak/kerap dalam masa tertentu.
Dan 3 pemenang utama (paling banyak shake) menerima hadiah esklusif dari GINTELL yang berharga lebih dari RM300.

Terdapat juga acara di atas pentas dan saya salah seorang blogger telah menyertainya bersama 2 rakan blogger yang lain iaitu Diya dan Syafiera. Memang seronok sangat. Paling tidak dilupakan kami sempat berbual sekejap bersama Dato' Jalaludin Hassan yang sememangnya sangat merendah diri dan peramah.

Nyanyian Dato' memang menghiburkan!

Seorang peminat bertuah dapat mendengar sendiri nyanyian Dato' Jalaludin di atas pentas. Nampak romantik sangat gaya Dato' ,hehehehe.

GINTELL De’ Space U.F.O
GINTELL De’ Space kerusi urut U.F.O adalah kerusi urut yang memenuhi keperluan untuk semua. Dengan adanya GINTELL Dé Space, segala kepenatan akan hilang dengan keseronokan dan kepuasan urutan yang selesa. Penggelek QUAD 3D akupuntur diperkenalkan untuk memenuhi keperluan setiap orang. Ciri-ciri ini memberi urutan terbaik yang disesuaikan dengan saiz badan anda. Selain itu, pengesan pintar dengan tepat mengikut titik Akupuntur badan anda yang dapat menyenangkan seluruh badan. Selain itu, Aero V-Trek akan mengikuti setiap lengkung badan anda bagi menyediakan urutan yang persisi dan disasarkan dengan ergonomik dan keselesaan dari leher ke paha. Aero V-Trek ini akan membantu melegakan sakit belakang dan pinggang dan melegakan sengal otot. Selain itu, Regangan 180 Space Stretch akan membantu melegakan dan menghilangkan penat anda setelah seharian penat bekerja.

GINTELL De'Space adalah kerusi urut ikonik yang menggabungkan urutan manual dengan teknologi moden, dengan tujuan untuk menawarkan kelebihan bersifat pemulihan – melegakan ketegangan, sakit-sakit badan, kebimbangan dan pelbagai ketidakselesaan minor dan major - secara privasi di rumah anda. Ia memberikan manfaat kesihatan jauh lebih baik berbanding urutan biasa! Selamat datang ke Pelan Kesihatan 8 Hari, pengurus kesihatan anda yang komprehensif!



Untuk maklumat yang terlanjut, hubungi Talian Khidmat Pelanggan 1800 88 6332 atau layari www.gintell.com, GINTELL MALAYSIA Facebook, Instagram #GINTELLMALAYSIA dan juga GINTELL WeCha

LINOLA Dapat Membantu Mereka Yang Mengalami Masalah Kulit Kering!

$
0
0
Saya dan produk dari jenama LINOLA

Tidak dinafikan begitu banyak lambakan pelbagai jenis produk yang menawarkan penyelesaian kepada kulit kering dan kulit yang sangat kering di pasar raya mahupun di rak-rak farmasi. Secara tidak langsung menunjukkan betapa ramainya masyarakat sangat memerlukan produk untuk penyelesaian masalah kulit terutamanya kulit kering.


(Kiri-kanan) Mr Ch'ng Haw Chong (Procurement Director, Caring Pharmacy Group Bhd), MrLoo Jooi Leng (Marketing Director, Caring Pharmacy Group Bhd), Mr Tan Lean Boon (SupplyChain Director, Caring Pharmacy Group Bhd), Mr Chong Yeow Siang (CEO, Caring PharmacyGroup Bhd), Lino – the mascot for Linola, Dr Manuel Häuser (Medical Information Manager, Dr.August Wolff GmbH & Co. KG Arzneimittel), 
Mr Ho Swee Lin (General Manager, Nuvanta (M) Sdn Bhd) & Mr Tan Wygene (Product Manager, Nuvanta (M) Sdn Bhd)

Dan untuk sekian kalinya produk Linola satu jenama penjagaan pelbagai kulit farmaseutikal yang telah dibangunkan oleh Dr. Kurt Wolff di German sejak 1957 telah mula diperkenalkan di pasaran Malaysia pada bulan ini. Untuk pengetahuan semua jenama ini sudah melalui pelbagai penyelidikan dan pengubahsuaian selama beberapa dekad. Tidak hairanlah sehingga hari ini, Linola tetap utuh sebagai produk penjagaan kulit medikal No.1, pilihan pakar kulit di German.

Dr. Manuel Häuser, Medical Information Manager of Dr. August Wolff GmbH &Co. KG Arzneimittel Bielefeld/Germany


“Pada 1905, ahli kimia dan ahli farmasi Dr. August Wolff mengasaskan syarikatnya di Bielefeld, German, dan menciptakan sebilangan produk kesihatan. Dr. Kurt Wolff menyertai bapanya di syarikat itu pada 1937. Innovasi produk pertamanya telah menghasilkan persiapan yang mengandungi asid linoleik. Beliau menyelidiki bidang ini selama bertahun-tahun. Ia sangat dipercayai sejak zaman Dr. August Wolff dahulu, badan mesti dibekalkan dengan asid linoleik, sebagaimana badan kita perlu dibekalkan dengan vitamin dan makanan untuk kekal sihat."

Namun demikian, satu soalan masih kekal: Adakah kemungkinannya untuk menggunakan krim mengandungi asid linoleik untuk menyingkirkan masalah kerosakan kulit yang disebabkan oleh kekurangan asid linoleik? Ini secara lansung akan membantu pertumbuhan kulit! Idea ini menghasilkan formulasi yang dicipta pada tahun 1938 yang kini dikenali ramai. Penciptanya memberikan nama yang sesuai iaitu “Linola” – yang mempunyai asid linoleik. Bahan aktif ini sebahagiannya bertanggungjawab untuk mengekalkan lapisan kulit luar terlindung daripada dalam supaya tidak banyak kelembapan akan terkeluar.”

Dinamakan sempena bahan utamanya, asid linoleik, yang menggalakkan perlindungan hebat, sifat regenaratif dan anti-radang,  dan produk ini diformulasi dan dihasilkan sepenuhnya di German.

Linola adalah produk yang sangat sesuai untuk pesakit ekzema yang kronik ataupun akut. Ini kerana ianya bukanlah untuk membantu dengan penyembuhan sahaja, tetapi ia juga melegakan kegatalan dan keradangan yang datang dengan kondisi tersebut. Ia juga mampu menyelesaikan masalah kulit yang lain seperti, kulit kering, kulit kepala gatal, psoriasis dan kerengsaan kulit.


Antara produk Linola yang terbaik adalah Losyen Linola. Ianya diformulasikan dengan asid linoleik penting dan dibangunkan terutamanya untuk semua jenis kulit kering dan juga masalah keradangan kulit. Ia mengandungi asid linoleik, minyak sayur yang kaya dan paling penting ianya bebas daripada minyak mineral dan silikon. Losyen ini sangat sesuai untuk kulit yang sangat kering dan juga pesakit ekzema. Kedudukan No.1 di German dibawah kategori rawatan perubatan yang baik untuk semua jenis kulit kering selama dua tahun berturut-turut (2012 dan 2013) dan ini adalah testimoni terbaik tentang keberkesanan produk.

Produk Linola kini boleh didapati pada bulan ini esklusif di semua Farmasi Caring di seluruh negara. Produk Linola boleh didapati pada harga jualan seperti disenaraikan seperti dibawah:


• Linola Losyen (200ml) – RM79
• Linola Mandian dan Basuhan (300ml) – RM69
• Linola Pencuci Muka(50ml) – RM69
• Linola Losyen Tangan (75ml) – RM35
• Linola Losyen Kaki (100ml) – RM55
• Linola Balsem Perlindungan (50ml) – RM55
• Linola Syampu Forte (200ml) – RM69
• Linola Losyen Perlindungan Matahari SPF50 (100ml) – RM79

Suami saya sendiri mengalami masalah kulit kering dan pastinya saya akan mendapatkan produk ini di pasaran bagi kegunaan suami saya seharian dengan harapan masalah kulit kering yang dihadapinya boleh diatasi.

Tentang Dr Wolff-Gruppe GmbH
Perniagaan keluarga kumpulan Dr Wolff mengandungi bahagian kosmetik (Dr. Kurt Wolff GmbH & Co. KG) dan juga bahagian perubatan (Dr.August Wolff GmbH & Cp. KG Arzneimittel). Kumpulan syarikat Dr. Wolff yang diuruskan oleh pemiliknya pakar dalam penyelidikan, pembangunan dan pemasaran daripada innovatif dan juga produk yang sangat berkesan. Spesifikasi produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Dr. Wolff fokus kepada mengubah keperluan rakan kongsi dan pengguna. Faedah terbukti secara saintifik untuk kedua-dua kumpulan berada di tengah-tengah usaha syarikat.

Perniagaan keluarga yang dikendalikan oleh syarikat itu berusaha untuk memastikan pertumbuhan kualitatif untuk mengekalkan mandiri dan kecekapan dan juga untuk terus membangun dengan jayanya. Produk Dr. Wolff sekarang boleh didapati di lebih 50 pasaran antarabangsa.

Tentang Nuvanta Sdn Bhd
Nuvanta Sdn Bhd ditubuhkan pada 2005 dengan fokus perniagaan untuk mengimport dan memasarkan suplemen kesihatan semula jadi dan produk penjagaan diri. Produk utama Nuvanta Sdn Bhd adalah:-

Bio-Oil, Natural Factors, Nuvaceuticals dan Safwa Health.

Misi dan Visi syarikat adalah berlandaskan konsep mudah:-

“Mengekalkan standard penjagaan kesihatan yang berkualiti tinggi dalam industri makanan supplemen Malaysia”.

Nuvanta Sdn Bhd berusaha untuk mengajar orang ramai bagaimana untuk mencapai kesihatan yang maksimum di dalam hidup mereka – kesihatan mental, emosi dan fizikal – dengan menawarkan produk yang mensasarkan kepada keperluan kesihatan khusus mereka supaya mereka boleh menikmati kesihatan yang baik seumur hidup.

Best Giler Jadi Pemenang Tunaikan Hasrat Umrah Bersama Yang Tersayang Tajaan Power Root!

$
0
0
Sebagai orang Islam berpeluang menunaikan umrah sekaligus menjejakkan diri ke tanah suci Mekah dan Madinah adalah antara destinasi yang sememangnya menjadi impian sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Tanah suci yang mempunyai 1001 kisah dari lipatan sejarah Islam itu sendiri menjadi antara pemangkin untuk kita menjejaki bumi itu, selain daripada berpeluang dapat beribadat dan melihat secara dekat bangunan kaabah dan sebagainya.


Dan Power Root Berhad, yang terkenal dengan jenama kopinya Alicafe, telah membantu 36 orang rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat untuk memenuhi hasrat mereka untuk menunaikan Umrah. Ini merupakan antara inisiatif uniknya untuk menyumbang semula sesuatu yang sangat bermakna kepada komuniti.

“Kami memahami bahawa menunaikan ibadah Umrah dan Haji di Mekah adalah satu tuntutan agama yang perlu dipenuhi bagi mereka yang beragama Islam. Dan sebahagian besar daripada mereka telah menyimpan wang selama bertahun-tahun, semata-mata untuk tujuan ini,” kata Pengerusinya, Dato Afifuddin Bin Abdul Kadir.

“Kami membuat keputusan untuk memainkan peranan kami, dengan membantu rakyat Malaysia menunaikan Umrah, yang dianggap sebagai Haji kecil, melalui peraduan “Tunaikan Hasrat Umrah” kami dimana kami menawarkan 18 pakej umrah. Dan oleh kerana setiap pakej adalah untuk dua orang, kami sebenarnya menghantar 36 orang pelanggan ke Mekah,” tambah beliau.

Bercakap di majlis penyampaian hadiah kepada tujuh pemenang pertama, Dato’ Afifudin berkata: Untuk memastikan keselesaan dan ketenangan fikiran mereka sepanjang perjalanan menunaikan ibadah tersebut, kami telah bekerjasama dengan Tabung Haji Travel, ahli syarikat Kumpulan Tabung Haji, untuk memberikan salah satu pakej terbaik mereka kepada para pemenang.”



Dato’ Afifuddin turut berkata bahawa Syarikat tersebut sangat gembira kerana pemenang yang terpilih adalah daripada pelbagai lapisan masyaratkat dan berbeza latar belakang.

Beberapa orang pemenang telah berkongsi cerita mereka dengan Power Root. Mereka adalah:

i. Ruhaizat bin Hj Mohamed Amin, seorang pesara yang berasal dari Melaka, yang telah kehilangan kesemua wang simpanannya selepas dompetnya tercicir di sebuah pusat membeli-belah di Melaka. Tidak bernasib baik dalam mencari pekerjaan, jadi agak sukar bagi beliau untuk memenuhi keperluan hidup. “Saya tidak dapat menggambarkan betapa gembiranya saya memenangi Pakej Umrah ini. Terima kasih kepada Power Root, walaupun saya tidak mempunyai apa-apa simpanan lagi, sekarang saya dan isteri dapat melaksanakan Umrah.”

ii. Aziana bt Adnan, dari Klang berkata memenangi Pakej Umrah ini adalah satu rahmat yang sangat besar baginya, dimana beliau ingin mengucapkan rasa syukur dengan membantu seorang kawan yang memerlukan. Perkara pertama yang difikirnya adalah untuk membawa rakan perempuannya yang kurang upaya dan berkerusi roda, untuk pergi menunaikan ibadah Umrah. Tetapi, oleh kerana
peraturan yang menetapkan perlunya “Mahram”, beliau harus ditemani sama ada bapa atau adik lelaki atau saudara lelaki.

iii. Abdul Mustakim bin Ali, masih tidak percaya dengan berita kemenangan tersebut kerana beliau sibuk berulang-alik dari rumahnya di PPR SRI STULANG, Johor Bahru dan Singapura dimana beliau bertugas sebagai petugas perkhidmatan kurier United Parcel Services. Nyaris tidak dipilih sebagai pemenang kerana kesukaran untuk menghubunginya, namun atas kesungguhan pihak Power Root, beliau akhirnya berjaya dihubungi.

iv. Puan Shuhadah, dari Puchong berkata beliau dan suami memang gemarkan minuman Power Root dan bernasib baik kerana kakak beliau memiliki sebuah restoran di Kota Kemuning dimana minuman tin Ali Cafe merupakan salah satu item minuman utama yang dijual disitu. Beliau tidak menyangka usahanya dan suami yang tidak jemu menghantar borang peraduan akhirnya membuahkan hasil.

v. Puan Pauziyah bt Jantan dari Shah Alam pula berkata beliau menyertai peraduan ini dengan niat untuk membawa ibu mertuanya menunaikan Umrah bersama kerana ibu mertuanya belum pernah menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Ibu kandung beliau telah lama meninggal dunia dan ibu mertualah yang banyak menjaga beliau sekeluarga.

Pemenang-pemenang yang lain ialah: Mohd Hanafi bin Nasarudin (Jerantut, Pahang) and Nawi bin Awang (Felda Besout 6, Sungkai, Perak).

Dato’ Afifuddin berkata bahawa peraduan Tunaikan Hasrat Umrah menunjukkan bahawa Power Root, sebuah syarikat tempatan, benar-benar memahami keperluan pelanggan mereka yang beragama Islam.

“Kami bukan sahaja mengeluarkan produk minuman berkualiti tinggi yang memenuhi selera rakyat Malaysia, malah turut memastikan produk kami adalah halal terutamanya untuk memenuhi keperluan pelanggan kami yang beragama Islam,” tambah beliau.

Power Root, yang tersenarai di Papan Utama Bursa Malaysia Securities Berhad, mengilang dan mengedarkan produk-produk minuman dan mempunyai rangkaian minuman tenaga herba yang diperkaya dengan dua ramuan herba berharga yang berasal dari Malaysia.

Herba-herba ini, yang biasanya dikenali dengan sebagai &Tongkat Ali dan & Kacip Fatimah kaya dengan pelbagai khasiat yang membantu meningkatkan kesejahteraan fizikal, dan sangat digemari oleh rakyat Malaysia.

Dengan tekad untuk mempromosikan produk-produk tempatan ini ke pasaran antarabangsa, Power Root telah banyak melabur dalam aspek penyelidikan dan pembangunan herba-herba tradisional ini, untuk menghasilkan produk-produk jenamanya sendiri, antaranya Alicafe, Alitea, Per’l dan Extra Power Root.

Untuk maklumat lanjut tentang Power Root, sila layari www.powerroot.com.my

Peraduan tersebut telah bermula pada 1 Mei bersempena dengan bulan Ramadhan dan bakal berakhir pada 15 September 2017. Setakat 15 Julai 2017, tujuh pemenang telah dipilih menggunakan cara algoritma untuk memilih nombor siri yang bertuah.

Untuk menyertai peraduan, pelanggan perlu membeli mana-mana produk Power Root, dalam bentuk pek atau tin, gunting keratan logo atau cabut pembuka tin untuk dikepilkan bersama borang peraduan.

Butir-butir, syarat-syarat dan peraturan peraduan boleh didapati di laman www.powerroot.com.my atau Facebook AlicafeFacebook Per’l dan Facebook Powerroot.

Bila tengok pemenang tersenyum gembira dan tidak nafikan saya juga turut teruja. Moga saya juga berpeluang menjejaki ke tanah suci bagi menunaikan umrah satu hari nanti. Doa-doakan ya! Agar impian saya menjadi satu kenyataan satu hari nanti.

Psst: Saya juga beria-ia menghantar borang peraduan Tunaikan Hasrat Umrah Bersama Yang Tersayang tajaan Power Root. Uolls tak nak join sama. Jom!!! Sertai sekali. Mana tahu ada rezeki :-)

Peluang Menyertai Program CSR Tefal di Rumah Kasih Harmoni

$
0
0
Kedatanagn kami ke Rumah Kasih Harmuni Paya Jaras Sungai Buluh sememangnya sangat dinantikan oleh penghuni di situ. Apatah kehadiran pihak Tefal yang sememangnya menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik. Antaranya seperti program masak-masak yang diberi tunjuk khas dari Kumpulan Agak-Agak, pertandingan mewarna dan juga dapat bertemu dengan Puan Sheila Rusly selebriti serba-boleh yang cukup terkenal di Malaysia.

Kelas memasak hidangan sihat ini khas buat anak-anak yang berusia 12 tahun ke atas. Apa yang menarik hidangan yang disediakan oleh anak-anak ini semuanya enak-enak. Hasil daripada tunjuk ajar yang terbaik  lli Sulaiman dan Basira Yeusuff dari Team Agak-Agak. Mereka telah menyediakan 'Chicken Balognese Pasta dan Eaton Mess. Saya juga teruja mempelajari sama cara memasak hidangan ini lebih-lebih lagi ianya menggunakan siri premier cookware Tefal.

Anak-anak saya Ameer dan Amani begitu seronok menyertai aktiviti mewarna bersama kanak-kanak di sini. Selain daripada mereka dapat bergaul dan belajar berkomunikasi dengan rakan baru. Saya juga dapati aktiviti ini dapat mendidik anak saya untuk lebih menghargai apa yang mereka telah perolehi.

Anak-anak di sini semuanya pandai berdikari dan suka berkongsi. Sikap seperti ini bagus dan saya memang benar-benar mahu mendidik anak saya ada sifat sebegini.

Masing-masing begitu bersemangat mewarna sehabis cantik dan terbaik. Pasukan Tefal juga memang memberi layanan dan bersungguh-sungguh menggembirakan kanak-kanak di sini.

Kehadiran Puan Sheila Rusly yang juga merupakan Duta Tefal menyampaikan duit raya buat anak-anak memeriahkan lagi majlis yang dijalankan. Kanak-kanak dan duit raya memang tidak boleh dipisahkan. Apatah lagi menerima duit raya dari tangan Puan Sheila, menggandakalan lagi keseronokan mereka.

Ameer pun seronok bila dapat beratur dan mengutip duit raya, hehehehe. 

Di majlis penutup acara CSR ini juga telah diadakan majlis penyampaian mock cheque RM10,000 daripada pihak Tefal kepada Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras. Diharapkan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu pihak pentadbiran pengurusan Rumah Harmoni dalam mengendalikan urusan harian mereka dalam menjaga dan mendidik anak-anak di sini.

Kunjungan Tefal sememangnya menceriakan lagi penghuni Rumah Harmuni di sini. Sebagai sebuah jenama tersohor, Tefal percaya program seperti ini adalah tanggungjawab sosial yang perlu dilakukan setiap tahun. Bukan sahaja dapat berbakti dan memberi kasih-sayang pada mereka yang memerlukan bahkan usaha sebegini mampu memberi manfaat terutama sikap keprihatinan yang perlu ada terhadap masyarakat setempat.

Keseronokan Belajar Menari Di The Parenthood Wellness Sunway Piramid

$
0
0
Sebagai seorang ibu saya sentiasa mahu yang terbaik buat anak saya. Selain daripada memantau pendidikannya di sekolah, saya juga sentiasa memastikan anak saya sentiasa aktif dan melibatkan diri dalam aktiviti yang dapat memberi manfaat.

Berkesempatan menyertai "The Dance Project" anjuran The Parenthood Wellness Sunway Piramid memang tidak saya lepaskan. Apatah lagi kelas ini juga ibu bapa boleh menyertainya sekali, sekaligus ianya boleh dijadikan masa beraktiviti bersama anak-anak dengan melakukan aktiviti yang hebat!  (A bonding time session guys)


KINDERDANCE yang ditubuhkan sejak tahun 1979 dengan rekod prestasinya terbukti selama 38 tahun di Amerika Syarikat dan kini berada pada tahun kelima di Malaysia. Tumpuan asalnya adalah untuk memperkenalkan program tarian bagi kanak-kanak prasekolah dan pusat-pusat jagaan harian. Namun kini KINDERDANCE membuka peluang untuk ibu bapa untuk menyertainya istimewa di The Parenthood!

Untuk pengetahuan semua program ini adalah berdasarkan kepada program perdana (flagship) KINDERDANCE iaitu satu program tarian yang cukup terkenal di Amerika Syarikat
Program utama  KINDERDANCE adalah untuk mengajar si cilik  menari, membantu perkembangan motor mereka, beraktiviti gimnastik serta melaksanakan program kecergasan untuk kanak-kanak!

Kelas menari ini ditawarkan untuk kanak-kanak dari seawal usia 2 tahun sehinggalah kepada 12 tahun. Ianya bukan sahaja mengajar anak untuk sentiasa mengekalkan kesihatan badan melalui senaman bahkan ianya juga disusuli dengan beberapa gerakan mudah tarian. Kelas Kinderdance TIDAK hanya untuk perempuan. Ianya juga boleh disertai oleh kanak-kanak LELAKI tau.


Kinderdance Malaysia Menawarkan 3 Program di Parenthood:
Kindertots (umur 24-36 bulan) direkabentuk untuk membangunkan kemahiran motor kanak-kanak melalui aktiviti yang memerlukan kreativiti, pembangunan fizikal dan melakukan pergerakan tubuh badan semasa belajar mengenali nombor, warna, bentuk dan lagu. 

Kinderdance (umur 3-6 tahun) adalah perkembangan lebih kepada tarian, pembangunan motor dan program kecergasan yang diajar pada 3 tahap:- asas Ballet, Tap, Akrobatik dan pergerakan kreatif dengan menggabungkan konsep pendidikan. 

Yoga Kanak-kanak oleh Kinderdance (umur 4-7 tahun) direka untuk memberi lebih kecergasan dan memberi keselesaan mereka terhadap muzik, pergerakan yang meriangkan dan aktiviti imaginasi yang menggabungkan beberapa gaya unik yoga. 

Bagi kanak-kanak yang lebih dewasa iaitu berusia 7 tahun ke atas dan terbuka kepada orang dewasa juga, terdapat juga kelas Bolly Shape, iaitu dijalankan selama 60 minit, diikuti dengan kelas kecergasan tarian kardio. Dengan pemilihan irama muzik yang menarik, ceria dan energik sekaligus menaikkan semangat kita untuk melakukan senaman badan yang mampu membakar sehingga 800 kalori dalam satu sesi. Ini terutama pada bahagian badan seperti lengan, dada, pinggang, abs, pinggul, paha dan kaki. Selain itu dengan beraktiviti seperti ini menyebabkan kita berasa 'seronok' dan aktiviti ini juga mampu mengurangkan rasa tekanan atau stress dalam hidup kita.

 Dengan tagline "Fun, Fitness with Dance - Developing Healthy & Confident Kids" mengajak kanak-kanak untuk lebih yakin diri dengan membina lebih banyak sifat positif melalui  program yang telah direka khas- mendidik dan berseronok.

Saya juga dapat melihat potensi yang ada di dalam diri My Ameer. Beliau lebih berdikari dan boleh mengikut arahan yang diberi. Sekaligus mengajar Ameer untuk lebih menghormati terhadap guru yang mengajar serta yakin tentang kebolehan sendiri.

Kemahiran dan kecergasan sambil belajar melalui pengenalan kepada perkataan, nombor, warna, bentuk dan lagu. Pelatih menunjukkan gambar labah-labah.

Pelatih : What is this kids?
Anak: It's SPIDER!!!
Pelatih : You know how's spider walk?
Anak : Like this... (sambil menunjukkan cara labah-labah berjalan)

Seterusnya pelatih menunjukkan aksi tari dengan diiringi muzik dari lagu Itsy Bitsy Spider. Memang menghiburkan. Apatah lagi melihat gelagat anak-anak ini ternyata begitu seronok melakukan aktiviti ini. Lihat sahaja Amani yang bukan sahaja nampak keterujaannya menyertaa kelas tarian ini malahan beliau dapat mengikuti ajaran pelatih di sini dengan baik sekali.

Di satu sudut di ruang kelas. Apabila diberi masa untuk berehat sememangnya kanak-kanak ini akan memanfaatkan masa mereka dengan bermain dengan rakan-rakan yang hadir. Sekaligus membantu mereka bergaul dan berkomunikasi dengan rakan-rakan sebaya.

Salah satu kelas yang ada di dalam The Parenthood. Kemas, cantik dan teratur. Ianya dilengkapi dengan segala kelengkapan yang sangat membantu pembelanjaran kanak-kanak.

Program Kinderdance ini diadakan setiap hari Sabtu, bermula dari pukul 10.00 pagi hingga 10.45  pagi untuk kanak-kanak berumur 3 sehingga 6 tahun. Bagi manakala kanak-kanak berumur 24 hingga 36 bulan kelas bermula dari10.55 pagi hingga 11.25 pagi .

Untuk keterangan lanjut sila hubungi :

Hp : 0162968983 (Cheryl)
Email : info@theparenthood.com.my

Boleh juga dirujuk pada lampiran disertakan di bawah ya :-)



Uolls juga mencuba dulu program ini (dengan menyertai 'trial class' ) dengan cara mendaftar melalui mengisi borang online di link yang disertakan dibawah :




Pilih gaya hidup yang sihat untuk anak-anak anda! Ajar mereka untuk menjadi aktif, suka belajar, pandai bergaul serta berkawan dengan melibatkan diri dengan aktiviti yang luar biasa!

Anak gembira,
Ibu bahagia!!!

Terasa Sebulan Sekali Kena Potong Rambut

$
0
0
Kadang2 pelik juga bila anak komplen, "Mummy cikgu dah tarik rambut dia suruh pergi potong!"...
Hmm tengok rambut tak ada panjang mana..tapi kena lagi pendek lagi. Mungkin nak nampak betul2 kemas agaknya. Masalahnya bukan tak jumpa kedai gunting rambut tapi tak ada masa bebudak ni nak pergi gunting kecuali hari minggu.

So, dipendekkan cerita. Bawaklah Afiq dulu pergi potong rambut. Sambil tunggu abang dan kakak dowang balik. Sebab waktu balik sekolah dowang memang tak sama. Sangat bertabah mak dia kena tunggu.

 Gunting kat area taman tun dr ismail. Paling menarik, kedai ni banyak gila tukang gunting. Even pelanggan ramai tak lama menunggu. Caj yang dikenakan RM9. Tapi memang dia potong cantik. My Afiq kata dia gunting cam kasar sikit, sebab tu muka tak berapa happy lepas gunting. Selepas bayar dapat amik lolipop kat situ so muka Afiq hepi balik. Rasuah betul! Hahah

Akid pula gunting kat seksyen 8 Shah Alam, waktu petang OTW balik rumah singgah pergi gunting. Yang kelakarnya memang nampak rambut Akid cam tempurung kelapa. Sejenis rambut mudah lebat dan panjang. Sini pun tak tunggu lama harga RM8 sahaja.

 Tiba2 lepas gunting bebudak ni macam kecoh tengok dinding kat satu sudut kedai di situ.
Ingat pasal apalah sangat..

Rupanya berkenan dengan gambar yang dikatakan 'owner' kedai ni. Hahahahahah

Tak sure betul atau tak gambar owner kedai, sebab tukang gunting tu yang habaq. Macam bukan  jer. Mungkin ni generasi penggunting rambut dari kedai ni.... Beria tunjuk kat Yara, macamlah si Yara tu heran sangat kan. Dia heran pada makanan jer yang lain tak pandang punya :p

Hensem gak mamat ni.
haha
Ok. bai.

SAYA MEMILIH CARRIE MOZZIBUSTER- PERLINDUNGAN DARIPADA NYAMUK UNTUK KELUARGA SAYA :-)

$
0
0
Saya sangat bersetuju dengan kenyataan "mencegah adalah lebih baik daripada mengubati". Sebagai ibu, saya memang akan berasa susah hati sekiranya anak saya jatuh sakit (tidak sihat). Jadi seboleh-bolehnya saya akan memastikan anak saya sentiasa dilindungi daripada punca-punca yang boleh menyebabkan mereka jatuh sakit. Selain daripada mengamalkan gaya hidup yang sihat, saya juga sering menyediakan keperluan-keperluan harian yang dapat menyokong mereka untuk terus kekal sihat dan aktif.



Apatah lagi dengan penyakit demam denggi sejenis wabak yang datangnya daripada nyamuk aedes. Untuk pengetahuan semua kes denggi bukanlah suatu perkara yang asing di Malaysia. Saban tahun terdapatnya kadar peningkatan yang tinggi di kawasan bandar dan pinggir bandar. Tahun lepas sahaja terdapat lebih daripada 75,000 kes denggi yang melibatkan 166 kematian. 

Unjuran peningkatan kes denggi saban tahun

Paling membimbangkan kebangkitan virus Zika kini menjadi satu lagi kebimbangan pada masyarakat. Menurut fakta dari WHO perlindungan terhadap gigitan nyamuk adalah penting bagi mencegah penyakit yang berpunca darinya. Langkah-langkah pencegahan harus diteliti terutamanya pada waktu siang dan penglibatan pencegahan yang aktif terhadap kanak-kanak.

Antara tips yang boleh kita amalkan terutama bagi memastikan persekitaran kita bersih daripada tempat pembiakan nyamuk. Antaranya pastikan kita tidak menyimpan mana-mana air bertakung terutama di dalam baldi, bekas lama dan sebagainya. Pastikan juga pasu tidak mempunyai air bertakung terutama daripada sumber air hujan. Ianya boleh menyebabkan pembiakan nyamuk.

Satu diskusi bersama Doktor Roliza Ibrahim seorang Pediatrik, bagi membincangkan lebih jelas dan terperinci tentang penjagaan kesihatan anak-anak. Menurut Doktor Roliza kita haruslah peka tentang kesihatan anak dari semasa ke semasa. Pastikan persekitaran rumah dan kawasan yang kita lawati/kunjungi bersama anak adalah bebas daripada nyamuk. Namun menurut doktor jika kita mahupun anak menghidapi demam panas lebih dari 3 hari ianya perlu dirujuk kepada hospital serta merta. Dan untuk pengetahuan semua bagi orang dewasa dan kanak-kanak cara menunjukkan simpton demam denggi adalah berbeza. Terutamanya bagi kanak-kanak tanda-tanda mereka menghidapi demam denggi lebih lambat untuk diketahui/kesan jika dibandingkan dengan orang dewasa.

Antara simpton demam denggi yang boleh dikenalpasti, selain demam denggi kita juga akan berasa sakit abdomem (tulang, mata dll), gusi berdarah (peringkat teruk), kesan kegatalan di kulit (body rash), sakit kepala yang kerap dan kadang-kala menyebabkan kita muntah (biasanya kanak-kanak akan mengalami masalah seperti ini)

Antara cadangan yang dicadangkan bagi mengelakkan diri kita dan ahli keluarga digigit nyamuk aedes, boleh rujuk pada gambar di atas. Dalam banyak-banyak cara yang disyorkan, saya berminat sekali tentang penyapuan losen penghalau nyamuk (insect repellent) apabila kita keluar rumah atau melakukan aktiviti di luar. Dan saya telah diperkenalkan dengan CARRIE MOZZIBUSTER LOSEN PENGHALAU NYAMUK dan CARRIE MOZZIBUSTER LOSEN PENGHALAU NYAMUK dengan UV.

Sememangnya CARRIE, sebuah jenama yang dipercayai ibu bapa mengeluarkan produk penjagaan diri kanak-kanak seperti mandian dan rambut, syampu, dan bedak talcum yang menyeronokkan dan penuh imaginasi. Carrie amat memahami kebimbangan ibu bapa. Bagi membantu minda kanak-kanak terus bekembang dengan cara bermain dan berimaginasi di dalam dan di luar rumah. Carrie telah mengambil masa 2 tahun bagi membangunkan produk ini secara teliti dan ia didaftarkan di bawah badan berkanun iaitu Lembaga Racun Makhluk Perosak, Jabatan Pertaniandan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

CARRIE berbangga  memperkenalkan 2 produk baharu untuk menghalau nyamuk. CARRIE MOZZIBUSTER LOSEN PENGHALAU NYAMUK dan CARRIE MOZZIBUSTER LOSEN PENGHALAU NYAMUK dengan UV(dengan Perlindungan UV). Kedua-dua losyen ini telah diuji untuk menghalau nyamuk sehingga 8 jam.

CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotion boleh digunakan setiap hari bagi perlindungan didalam rumah. CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotion with UV dilengkapi dengan perlindungan sinaran matahari untuk jaminan di luar rumah. CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotions diformulasi khas untuk kegunaan pada kulit kanak-kanak, losyen ini juga diiktiraf dengan sijil HALAL. Tapi sepertimana yang telah disyorkan oleh Dr Roliza produk ini sebaik-baiknya adalah untuk kanak-kanak 1 tahun ke atas (6 bulan ke atas masih boleh dipertimbangkan) serta tidak adalah masalah seperti penyakit G6PD, alergik dan sebagainya. Dan pemakaian sekali sapuan boleh bertahan sehingga 8 jam. Caranya hanya sapu pada kawasan yang terdedah sahaja dan tidak perlu satu badan.

Kedua-dua CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotions boleh didapati dalam pek mudah dibawa bersaiz 50ml dan 100ml.

CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotions boleh didapati di pasaraya terkemuka, pasaraya hyper, dan farmasi di seluruh Malaysia.
CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotion dijual pada harga RM 9.90(Semenanjung)*/ RM 10.40 (Sabah & Sarawak)* untuk saiz 50ml, RM 14.90 (Semenanjung)*/ RM 15.60 (Sabah & Sarawak)* untuk saiz 100ml.
CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent LotionwithUV pula dijual pada harga RM 10.50 (Semenanjung)*/ RM 11.00 (Sabah & Sarawak)* untuk saiz 50ml, RM 15.50 (Semenanjung)*/ RM 16.30 (Sabah & Sarawak)* for 100ml.

*Harga termasuk GST.



Pastikan kita dapat berikan yang terbaik buat anak. Agar mereka dapat membesar sihat, cergas dan aktif! Antaraanya lindungilah anak kita dari gigitan nyamuk aedes yang boleh membahayakan nyawa mereka!

Jangan lupa dapatkan  CARRIE MOZZIBUSTER LOSEN PENGHALAU NYAMUK dan CARRIE MOZZIBUSTER LOSEN PENGHALAU NYAMUK dengan UV di pasaran yang berdekatan 😘💪

Tentang WIPRO UNZA
Sejak 1980 Kumpulan WIPRO UNZA telah berjaya membina portfolio berjenama yang sangat meluas dipasaran Asia mengenai produk penjagaan diri dan isi rumah. Berpangkalan di Singapura, Kumpulan ini mengeluarkan dan memasarkan jenama terkemuka merentasi 50 wilayah dalam Asia Tenggara, China dan seantero.

WIPRO UNZA memegang sebanyak 24 jenama portfolio. Jenama utama WIPRO UNZA termasuklah ENCHANTEUR, SAFI, EVERSOFT, DASHING, CARRIE, ROMANO dan AIKEN.

Kebanyakan produk WIPRO UNZA tersenarai kedudukan teratas dalam pasaran oleh kerana jenama tersebut direka khas untuk pengguna Asia.

#RombonganCikLilyPutihKeJB Bersama MPV AdikFira Ternyata Tidak Mengecewakan

$
0
0
Tidak dinafikan bila dapat berpeluang bercuti mahupun atas urusan kerja samada bersama keluarga ataupun rakan-rakan memang sesuatu yang menyeronokkan. Apatah lagi rombongan perjalanan memang bersama dengan keluarga tercinta ataupun disertai rakan-rakan yang memang sekepala. Lebih mengujakan perjalanan ke destinasi yang dituju jika kita dapat menaiki bersama-sama dalam satu kenderaan. Di sini bukan sahaja kita dapat mengurangkan rasa kebosanan sepanjang perjalanan bahkan dapat jimat belanja dari segi petrol dan tol (jika ada). Bukankah ini lebih seronok dan berbaloi?? Kan..Kan..Kan..

Dipendekkan cerita baru-baru ini saya telah menyertai #RombonganCikLilyPutihKeJB atas urusan kerja bersama rakan-rakan yang lain. Dengan bilangan ahli rombongan seramai 10 orang yang bersaiz sado-sado belaka maka kami mencari kereta terbaik dan mampu memberi keselesaan untuk perjalanan yang mungkin mengambil masa lebih dari 3 jam.

Sebagai pakar dalam mencari yang terbaik, akhirnya rakan saya Nannie Isa telah bersetuju untuk menyewa kereta dari ADIKFIRA :-) Untuk pengetahuan semua ADIKFIRA menawarkan 2 jenis kenderaan untuk disewakan iaitu Hyundai Starex Royale dan Suzuki APV. 

Memandangkan perjalanan kami agak jauh dan kami mementingkan isu keselesaan jadi MPV Hyundai Starex Royale menjadi pilihan terbaik!

Dengan kuasa 168 hp pada 3,800 rpm penggunaan minyak diesel Hyundai Starex Royale memang benar-benar menjimatkan untuk perjalanan jauh.


Sebenarnya saya sangat kagum dengan saiz Grand Starex Royale yang menyediakan empat baris tempat duduk. Sekaligus mampu memberikan keselesaan kepada 11 penumpang. Selain itu kelebihan ruang dapat dimanfaatkan dengan tempat duduk tengah yang boleh dilipat untuk dijadikan tempat rehat tangan dan boleh berfungsi sebagai meja makan mini. Paling best uolls, MPV ini juga mempunyai ruang simpanan barang pelbagai saiz.

Bonus keselesaan bukan sahaja dengan kelebihan setiap tempat duduknya boleh dilaraskan malahan Grand Starex Royale ini juga mempunyai enam salur pendingin hawa tersedia bagi memberikan udara dingin ke arah penumpang untuk segenap ruang. So, memang akan rasa selesa gila berada di dalam MPV ini.


Perjalanan kami juga tidak membosankan apabila kami dapat menggunakan sepenuhnya sistem audio dan video yang ada didalam Grand Starex Royale Starex ini ini. Ini kerana ianya dilengkapi pemain DVD dengan paparan skrin tujuh inci di bahagian tengah (untuk penumpang belakang). Bagus betul ADIKFIRA ini menjaga MPV sewaannya, semuanya ternyata berkeadaan baik!



Akses untuk memasuki ke ruang MPV Starex ini dipermudahkan dengan bukaan luas pintu gelongsor. Walaupun tidak beroperasi secara automatik, namun bagi saya sendiri akses yang membolehkan kedua-dua belah pintu Starex ini (kiri dan kanan) memudahkan untuk kami naik dengan serentak.



Sedikit perkongsian mengenai sewaan ADIKFIRA MPV Hyundai Starex Royal ini seperti berikut:-


Auto gear dan minyak diesel (tangki penuh RM120.00 - 700km)
RM20.00 per jam (minima 5jam)
RM225.00 separuh hari (12 jam)
RM450.00 per hari (24jam)
RM2800.00 seminggu (7hari)
RM200.00 Service vvip ‘Drop&Pickup only+Driver’


Sekiranya berminat, uolls boleh hubungi terus:

Fira 0173136065 
Zikri 0179595907

*Untuk sekitar kawasan Kuala Lumpur, Selangor, Shah Alam, Putrajaya, Lembah Klang.
*Kenderaan perlu diambil. Cas sebanyak RM30-50 jika perlu dihantar ke kawasan lokasi tertentu.




Berkongsi kenderaan memang menjimatkan,
1 rombongan 1 MPV ADIKFIRA sewaan!

Seriously #RombonganCikLilyPutihKeJB tidak mengecewakan


Keterujaan Saya Melihat Sendiri Pembukaan Cawangan Joy Design Di Johor Bahru | Banyak Rekaan Menarik, Cantik Pada Harga Terbaik!

$
0
0



Joy Design Studio sememangnya menjadi pilihan mereka yang mementingkan perabut rumah berkonsepkan rekaan terkini, 'fresh' serta jaminan hanya produk berkualiti yang dihasilkan. Bagi saya sendiri konsep rekaan yang ditawarkan di Joy Design Studio ini sememangnya memenuhi selera masyarakat tempatan termasuklah saya dan sekeluarga yang begitu gemarkan rangkaian perabot berkonsepkan kontemporari scandinavia.


Untuk pengetahuan semua syarikat perabot Malaysia, Joy Design Studio (JOY) telah ditubuhkan sejak tahun 2014 oleh Sheikh Mohamad Azrul S.M Nasimuddin Kamal. Dan pada bulan ini Joy menapak lagi satu langkah dengan menambah cawangan mereka terbaru di Johor Bahru.

Cawangan baru terletak di No 76, Jalan Pertama 1, Pusat Perdagangan Danga Utama, 81300 Johor Bahru. Terletaknya di lokasi strategik dengan kawasan trafik tinggi dalam pusat Bandar Johor yang sibuk dan ianya merupakan pusat pameran terbesar perabot Joy yang terkini.



“Kakitangan jualan kami bukan saja cukup terlatih, tetapi juga memiliki pengetahuan Rekabentuk Dalaman yang mampu memberikan pelanggan aneka perkhidmatan dan pengalaman,” kata Pengarah Joy Design Studio, Sheikh Mohamad Azrul SM Nasimuddin Kamal.

Menurut Sheikh Azrul lagi, kajian JOY mengenai demografik cawangan tersebut pastinya dapat menampung jumlah kehadiran pelanggan sekitar wilayah selatan tanah air, termasuk penduduk Johor dan Singapura. Malah, cawangan baru tersebut juga mampu berfungsi sebagai pintu masuk kepada Joy Design Studio untuk cuba berjinak dalam pasaran antarabangsa.

Sebagai syarikat milik anak Malaysia 100 peratus, JOY sememangnya sentiasa menyokong kehadiran jenama tempatan. Malahan, JOY sebelum ini pernah berkolaborasi dengan beberapa pengeluar produk jenama tempatan seperti MimpiKita, KREE, Royale Orchid, Whimsigirl dan lain-lain. Bukan itu saja, JOY turut membuka peluang kepada mana-mana pengusaha tempatan lain untuk mewujudkan platform bisnes dengan JOY yang mungkin mampu menguntungkan jenama syarikat dan produk mereka.

Sheikh Azrul menambah; “Apabila syarikat ini berkembang, produk kami juga berkembang. Kami mempunyai rancangan besar untuk JOY pada masa hadapan. Banyak kolaborasi, banyak koleksi menyeluruh dan sudah tentu meluaskan lokasi pemasaran"

“Kami sedang merancang membuka gedung keempat di Pulau Pinang menjelang 2018 berdasarkan permintaan tinggi yang semakin meningkat dari wilayah Utara. Selain itu, kami juga akan menambah baik dalam beberapa perkara berhubung teknologi, logistik dan produk."



Konsep dan reka letak keseluruhan gedung perabot tersebut diberikan sentuhan yang cukup unik, di mana pelanggan akan merasai suasana membeli-belah nyaman dan mewah, dan paling penting produk JOY COLLECTION yang ditawarkan adalah dengan harga mampu milik. 

Bagi saya sendiri yang pertama kali menjejakkan kaki di sini, begitu kagum dengan keindahan semua rekaan yang ditawarkan. Sesuai dengan nama jenama JOY itu sendiri yang membawa maksud kegembiraan dan kebahagiaan.

Jika ditanya kepada citarasa saya apabila melihat pada rekaan yang ditawarkan. Tentulah saya memilih bangku sofa berlenggan seperti Daria dan Rosaura, ini kerana rekabentuknya lebih 'cosy', klasik dan "timeless"!!

Antara lain sofa-sofa yang menarik minat saya di sini seperti:-


HANDVERK 2 SEATER (LIGHT GREY)

ASHLEY 3 SEATER (DARK GREY)

DARIA 3 SEATER SOFA (GREEN)

LINNEA  (BROWNISH GREY)


ASHLEY 3 SEATER (TURQUOISE)


NORWIG 3 SEATER (MOCHA BROWN)

KRAMA 3 SEATER (BLACK)

ROSAURA 3 SEATER SOFA

BLOMMA 2 SEATER

Terdapat juga hiasan rumah dan perabot yang boleh disesuai padan dengan konsep hiasan dalaman yang diinginkan. Antara yang mencuri perhatian saya seperti:-

Atas - BLOMMA ARMCHAIR 
VACKER SIDEBOARD

FRYDISKAR SIDEBOARD





Ambal (rug) yang dijual bermula dari harga RM220, terdapat pelbagai jenis corak pada rekaan rug. Saya juga teruja dengan warna rug yang ditawarkan semuanya menarik, terang dan cantik



Terdapat juga rocking chair untuk dewasa dan kanak-kanak!

Dan koleksi Daw Chair pelbagai warna ada juga ditawarkan :-)


Pelbagai jenis koleksi bantal hiasan yang ditawarkan dengan variasi corak dan warna. Semuanya memikat jiwa :-)

Frame hiasan pelbagai corak dan sangat esklusif rekaannya.

Antara barangan dekorasi yang boleh menaikkan seri kemasan hiasan dalaman rumah anda.

JOY Johor Bahru juga menjadi premis pertama yang bakal  menawarkan kafe didalamnya dengan dinamakan CUPPAJOY. Kafe ini bakal dilengkapkan dengan mesin kopi terkini dan bertambah menarik kita juga boleh menikmati hidangan kopi panas yang menyegarkan di sini. Kafe ini bakal beroperasi tidak lama lagi.

 Selain itu Joy juga mengumumkan pembukaan unit perniagaan JOY ID & CAFE, iaitu sebuah kafe dalam premis dengan nama CUPPAJOY, dan firma konsultan rekabentuk dalaman adalah dari JOY DESIGN & BUILDING yang juga bakal mula beroperasi di ibu pejabat mereka di Setia Alam, Shah Alam.

Sesuatu yang sangat baru di industri perabot Malaysia yang mana ianya turut memperkenalkan kafe dengan memberi sentuhan dekorasi serta hiasan dalaman kafe menggunakan perabot hasil dari syarikat mereka sendiri. Memang menarik!


Dengan pelancaran cawangan baharu di Johor Bahru, JOY kini sudah memiliki tiga bilik pameran di Malaysia. Selain di Johor, dua lagi premis terletak di Setia Alam Shah Alam yang juga ibu pejabat JOY dan juga di Bangsar, Kuala Lumpur.

Me dan para sosial-media bersama orang kuat Joy Design

So uolls kalau nak tahu lebih lanjut mengenai Joy Design Studio sila layari laman web rasmi https://www.joyd.my atau Instagram rasmi @joydmy atau laman Facebook www.facebook.com/joydmy.

Dan you guys juga boleh membeli belah di dalam talian, klik dan pilih di https://www.joyd.my . Semuanya di hujung jari saja uolls... 

Jom jadikan rumah kita lebih cantik dan unik dengan rekaan terbaik berkonsepkan kontemporari scandinavia!

WORLD FASHION WEEK® MALAYSIA 2017 | ‘Eco Fashion & Lifestyles – Cintai Alam’

$
0
0

Bagi peminat fesyen pastinya akan teruja dengan kehadiran World Fashion Week® Malaysia 2017 September ini. Apatah lagi WFW Malaysia 2017 ini akan berlangsung secara rasmi di Kuala Lumpur bermula dari 8 hingga 10hb September 2017. Acara gilang gemilang ini dijangkakan akan dihadiri ramai pereka-pereka fesyen dari lebih 100 buah negara diseluruh dunia.

Dengan bertemakan'Eco Fashion & Lifestyles – Cintai Alam’, WFW Malaysia 2017 adalah bertujuan meraikan seni fesyen seiring dengan identiti budaya melalui mempamerkan pertunjukan fesyen yang disertai dari pelbagai negara. Acara ini bakal mengumpulkan ribuan pelawat dari Malaysia dan juga komuniti antarabangsa, serta pembeli utama, peruncit dan rakan media antarabangsa. Ini termasuklah penyiar global rasmi - FashionTV yang akan dijangkakan dapat menarik lebih dari 300 juta orang penonton dari 190 buah negara. Ini sesuatu yang sangat hebat :-)




Apa yang menarik acara antarabangsa ini akan menampilkan pertunjukan fesyen dari pelbagai negara dengan mengetengahkan koleksi dan trend bagi tahun 2018. Selain itu terdapat pertandingan pereka dan fotografi, di mana pemenang akan menyertai Supermodel Adriana Lima dalam Siri TV Hollywood  "American Beauty Star"(2018) untuk siri terbaru musim yang akan datang. Pemenang juga akan menyertai World Fashion Week® Paris 2017/18 dan juga beberapa acara antarabangsa yang lain.


World Fashion Week Malaysia 2017 ingin menyampaikan tentang komitmen dan kesedarannya terhadap tanggungjawab alam sekitar. Ini terutama dengan memberi tumpuan khusus dalam kawalan deforestasi dan pemeliharaan biodiversiti di Malaysia dan di seluruh dunia. Duta Fesyen Dunia Malaysia 2017 & Duta Alam Sekitar, Yg Bhg Puan Sri Puan Dato’ Shariffa Sabrina Syed Akil berkata, 'Fesyen adalah universal dalam kehidupan setiap orang dan adalah amat penting untuk kita memberi perhatian kepada apa yang kita pakai dan dari mana ia datang '.


WFW Malaysia 2017 sememangnya akan menjadi platform antarabangsa untuk para pereka fesyen dan para profesional dalam industri ini dari seluruh dunia untuk mempamerkan bakat mereka. Sekaligus kehadiran mereka dapat memperkenalkan kepada pasaran Asia yang semakin berkembang serta menerajui pasaran global secara keseluruhan. Malaysia bukan sahaja menyediakan suasana yang luar biasa untuk fesyen, tetapi turut diperkenalkan sebagai destinasi pelancongan. Selain itu untuk emmbuktikan betapa Malaysia sentiasa memberi sokongan dan komitmen berterusan terhadap tanggungjawab pemeliharaan alam sekitar. Nah! Saya sendiri begitu teruha untuk bersama-sama memperjuangkan bahawa alam persekitaran adalah milik semua, manusia sejagat dan kita bertanggungjawab melindunginya.

Selain itu, WFW Malaysia 2017  mengalu-alukan penyertaan bakat baru dalam industri fesyen dengan bertemakan budaya dan alam semula jadi. Acara ini akan memberi pendedahan kepada pereka tempatan baru bagi membuka peluang untuk mengorak langkah ke pentas antarabangsa. Sehingga kini terdapat 20 penyertaan tempatan yang mewakili Malaysia di World Fashion Week® Paris 2017. Dan untuk pengetahuan semua, acara tahun ini telah menerima sejumlah peserta dari pelbagai Negara. Antaranya seramai 110 peserta yang akan mewakili negara Sepanyol, Afrika Selatan, Argentina, Kanada, Thailand, Indonesia, Tanzania, Rusia, Sweden, Mexico, Senegal, Jepun, China,Vietnam, Columbia, Itali, Nigeria, Amerika Syarikat dan banyak lagi.

Pada tahun 2015, WFW telah menjemput Puan Maziah Mohamad, Ketua Pegawai Eksekutif, GID (M) Sdn Bhd untuk menjadi salah seorang penceramah bagi Pameran Fesyen Sedunia dengan menyentuh topik menarik iaitu peningkatan teknologi tekstil dalam industri fesyen. Pada tahun ini, WFW telah berbesar hati melantik GID (M) Sdn Bhd secara eksklusif sebagai penganjur untuk menganjurkan WFW 2017 di Malaysia dan bekerjasama dengan industri fesyen tempatan dan antarabangsa.




Antara inti topik yang dibincangkan oleh Puan Maziah ialah kepentingan tekstil bio dalam industri fesyen. Yang mana Puan Maziah bersetuju bahawa 'WFW Malaysia 2017 adalah sebagai
langkah pertama kepada pereka fesyen tempatan untuk mengorak langkah ke persada antarabangsa.
Disamping penggunan Biotekstil dan penggunaan bahan yang mampan haruslah sejajar dengan
perkembangan industri Fesyen dan Gaya Hidup kita secara keseluruhan'.


Presiden World Fashion Week, Mr Paco De Jaimes berkata, 'WFW Malaysia 2017 akan membawa peluang baru bagi platform antarabangsa melalui pendedahan kepada bakat baru dan tempatan, menjadi tempat untuk peluang perdagangan, mempromosikan budaya dan gaya hidup dari Malaysia serta tanggungjawab sosial untuk melindungi alam sekitar dan menyumbang kepada masa hadapan generasi akan datang'.



Acara 3 hari ini akan mempamerkan pelbagai aktiviti fesyen yang terdiri daripada Makan Malam Gala WFW, pertunjukan fesyen, pameran serta gerai promosi dari para peraka fesyen. Pra-acara yang akan bermula pada bulan Ogos ini akan menyenaraikan pelbagai pertandingan sepeti World Fashion
Supermodel (WFSM), Pameran Fesyen Dunia (WFE), pertandingan Fotografi (WFP), Fashion Talk,
Preview Fesyen pada bulan Ogos dan Larian Ceria Fesyen pada bulan September 2017. Semuanya menarik uolls..



Sehingga kini, pelbagai pereka fesyen tempatan telah dipilih untuk menyertai acara seperti Chee Yee
Arun, Mohd Saiful Izham Ahmad 'Arun Sayfull', Nizam Zamil, Jharum oleh HN, Adamaya oleh Datin Sharifah Shawati, Nafis Jewellery by Krafdunia Design dan Blitz by heintje.


Sejajar dengan objektif acara antarabangsa, sememangnya WFW Malaysia 2017 menggalakkan perpaduan di kalangan masyarakat antarabangsa serta tanggungjawab sosial terhadap alam sekitar. WFW juga turut memfokuskan kepada pembasmian kemiskinan di benua Afrika dengan memperkasakan wanita di negara-negara membangun, mempromosikan perdagangan secara adil serta  menyampaikan mesej perpaduan dan keamanan


Untuk maklumat lanjut boleh hubungi:

 Puan Zarina Idris : 012-2338834 
e-mel :  ZarinaIdris@gmail.com
instagram:  @wfwmalaysia2017.com

Jom bersama memeriahkan acara ini bagi memartabatkan dunia fesyen Malaysia ke persada dunia!

Pengalaman Menyertai Shopping Spree Bersempena Dengan Kempen Tukar dan Jimat!

$
0
0

Terpandang kepada promo mengenai kempen yang melintas di timeline FB menyebabkan saya terus merakamkan gambar secara selfie dengan produk harian kegemaran saya iaitu produk pembersih tangan Watsons. Dan tanpa disangka, penyertaan yang ber ula dengan hanya suka-suka akhirnya saya terpilih sebagai salah seorang pemenang. Dan hadiahnya cukup lumayan iaitu mengambil sebanyak mana barangan Watsons dalam masa 1 minit yang diberikan.Siapa yang tidak teruja apabila dapat kaut barangan secara PERCUMA apatah lagi ianya dari jenama yang digemari :-)


Seramai 10 pemenang kempen Tukar dan Jimat yang dipilih melalui peraduan di Instagram itu, diberi peluang berbelanja sakan selama 60 saat bersama Rakan Selebriti Watsons, Fasha Sandha. Menurut
Pengurus Besar Watsons Malaysia, Caryn Loh,  "Aktiviti berbelanja sakan itu adalah cara dari pihaknya berterima kasih kepada pelanggan yang sentiasa memberi sokongan berterusan".

Bagi Fasha Sandha  sendiri, "Aktiviti ini memberi pengalaman yang menyeronokkan apatah lagi dapat aktiviti belanja sakan oleh pemenang"


Kempen Tukar dan Jimat adalah inisiatif berterusan jenama Watsons Malaysia untuk memastikan ahli VIP dan pelanggan memperoleh produk berkualiti pada harga berpatutan. Lebih-lebih lagi di zaman ekonomi hari ini, masyarakat perlu lebih bijak dalam menguruskan kewangan harian mereka. Oleh yang demikian pemilihan produk berkualiti pada harga yang menguntungkan seperti jenama Watsons sememangnya satu langkah yang terbaik.

Saya dan Amy Aril sempat lagi bergambar bersama Fasha Sandha sebelum aktiviti bermula. Acara bermula lebih pukul pada 7.10 malam. Dengan hanya berbekal satu bakul, pemenang haruslah berlari ke dalam outlet dan memilih barangan Watsons yang mereka gemari. Jika masih mempunyai berbaki masa (sebelum tamat), pemenang boleh berlari ke tempat permulaan dan mengambil bakul kosong yang lain bagi memuatkan lagi barangan Watsons yang mana mereka sempat ambil lagi.

Pelbagai aksi menarik para peserta sempat dirakamkan. Kehebatan tentulah dari peserta lelaki yang sangat tangkas mengambil segala barangan Watsons yang mereka inginkan.

Namun aksi adik ini juga mencuri hati saya. Nampak agak panik tetapi beliau berjaya mengaut begitu banyak barangan Watsons dalam tempoh 1 minit. Melihat kepada gambar sudah tahu betapa pantasnya beliau berlari, hehehe.

Suasana di dalam outlet Watsons MyTown Cheras. Masing-masing bersungguh-sungguh memuatkan produk Watsons yang dipilih ke dalam bakul yang dibawa. Memang gamat dan meriah!

Antara aksi saya yang sempat dirakamkan dari lensa rakan media. Nampak sungguh sopan dan berhati-hati bukan? Hahahaha..sebenarnya saya memang kalut ketika ini untuk menyusun segala barangan yang saya kehendaki dalam bakul Watsons. Alangkah best kalau diberikan troli, hehehehe. Pasti saya dapat kaut dengan lebih banyak lagi ..   :-P

Tempoh dalam 1 minit biarpun sekejap tetapi ianya cukup bermakna buat saya. Apabila ditemuramah bertanyakan tentang pendapat saya untuk acara yang dianjurkan oleh Watsons ini, jawapan saya tentulah ianya memberikan sesuatu pengalaman yang mengujakan. Sebagai salah seorang pengguna barangan Watsons, saya kerap berbelanja di outlet jenama peruncit kesihatan ini. Ianya bukan hanya kerana harga yang ditawarkan cukup berpatutan bahkan segala barangan keperluan seisi keluarga ada di jual, jadi ianya dapat menjimatkan masa dan tenaga ketika keluar berbelanja.

Hasil kautan barangan Watsons dalam tempoh 1 minit. Tidak terasa kepenatan bahkan lebih kepada keseronokan dan rasa kesyukuran.

Antara pengamal media yang turut hadir memberi sokongan terhadap Kempen Tukar dan Jimat dari Watsons Malaysia. Paling dirindui tentulah Nisa Kay, yang sudah lama tidak bersua dek kerana kesibukan beliau sebagai pengacara dalam pelbagai program TV sejak akhir-akhir ini.

Wanita bahagia yang gembira bersama barangan Watsons yang berjaya dirembatnya dalam 1 minit. Walaupun agak melucukan kerana satu bakul barangan yang dipilih tidak boleh diambil kira. Dek kerana kesilapan mengambil barangan bukan jenama Watson dan juga terambil dengan banyaknya produk tester di rak. Namun hasil rembatan ini sahaja sudah membahagiakan saya kerana saya dapat berkongsi barangan Watsons ini bersama rakan dan ahli keluarga yang lain. Selain itu, barangan yang dikaut sememangnya barangan keperluan harian saya sekaligus ianya dapat memberi penjimatan terhadap perbelanjaan rumah saya untuk 2-6 bulan tahun ini! Alhamdulillah. Terima kasih Watsons :-)

Untuk keterangan lanjut mengenai kempen, boleh layari www.watsons.com.my/switchandsave

Jom Sertai MILO Semarakkan Sukan Dengan Larian Obor Kuala LUmpur 2017

$
0
0



Menghadiri dan melihat sendiri kemeriahan Pelancaran Upacara Larian Obor benar-benar membakar semangat kesukanan dalam jiwa saya. Chewwaaahhh begitu patriotik bunyinya, hiks. Memang benar ini bukanlah satu omong kosong saya meluahkan. Ini kerana saya antara saksi yang melihat sendiri semangat perpaduan begitu dirasai apabila bermulanya larian obor yang dibawakan oleh individu-individu yang memainkan peranan penting dalam perkembangan MILO dan sukan di Malaysia.


MILO merupakan minuman malt coklat rasmi untuk Kuala Lumpur 2017, selain daripada memberi sokongan juga untuk Sukan SEA ke-29  dan Sukan Para ASEAN ke 9 yang akan datang. Satu acara Larian Obor Kuala Lumpur 2017 telah diadakan di ibu pejabat Nestle (Malaysia) Berdah di Mutiara Damansara. Larian Obor ini merupakan ikonik susulan dengan pelancaran kempen MILO #BersatuKitaTeguh yang telah dilancarkan baru-baru ini.

Untuk pengetahuan semua, Larian Obor telah berlangsung di seluruh negara bermula dari bulan Mei 2017 lagi. Dan Larian menuju ke pejabat Nestle merupakan hentian terakhirnya sebelum destinasi paling akhir bakal diadakan di acara pembukaan KL2017 pada 19 Ogos 2017.

"Api obor yang membara adalah simbol kepada semangat kami terhadap sukan dan kami mengajak seluruh negara untuk bersama-sama memberi semangat kepada atlet-atlet kita yang akan bertanding di KL 2017 yang akan datang. Larian ini juga bakal disertai individu-individu yang telah membantu mengangkat MILO sebagai satu jenama minuman yang bukan sahaja digemari oleh rakyat Malaysia bgenerasi hari ini bahkan dari generasi dulu lagi" 

Philomena Tan, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan MILO, Nestlé Malaysia.




Setiap pembawa obor telah berlari sejauh 500m, dan antara pembawa obor termasuklah :

(L-R) Ismail Bin Mohd Dali, Production Staff Hand, MILO® Factory, Petaling Jaya. Ng Ping Loong, Sports Marketing Manager, MILO(R) Malaysia,Joel Van Huizen, Malaysian Hockey Player, Diana Bong, Malaysian Wushu Exponent, M. Kumaresan, Former Malaysian cyclist, Dato' Mirnawan Nawawi, Former Malaysian Hockey Player, Philomena Tan, Business Executive Officer, Milo(R) Business Unit, Nestle Malaysia, Yasshmita Jadish Kumar, Tunas Harapan Puteri MSSM, Datuk Marina Chin, Chef-De-Mission Kuala Lumpur 2017, Joachim Chuah Han Wen, Tunas Harapan Putera MSSM, Mohd Nasir Bin Abd Kadir, Abang MILO, Robin Ho, Former Malaysian Wushu Exponent & Norhisham B Mat Salleh, Production Charge Head, MILO® Factory, Chembong with the Kuala Lumpur 2017 Torch

1. Mohd Nasir Bin Abd Kadir, Operator Promosi Luar, mewakili Abang MILO Malaysia yang disayangi. Beliau telah menggembirakan murid-murid sekolah dengan menyediakan minuman MILO yang lazat dan berkhasiat daripada MILO trak pada hari-hari sukan sekolah di seluruh negara selama 35 tahun.

2. Ismail Bin Mohd Dali & Norhisham B Mat Salleh, Bahagian Pengeluaran Produk, Kilang MILO Nestlé Malaysia di mana mereka memainkan peranan penting dalam menyelia pengeluaran produk MILO, masing-masing selama 40 tahun dan 24 tahun, dan sentiasa memastikan warga Malaysia menikmati MILO yang paling bermutu, lazat dan berkhasiat. Komitmen dan dedikasi mereka sepanjang tempoh itu telah menjadikan MILO sebagai jenama yang dikenali hingga ke hari ini.

3. Ng Ping Loong, Pengurus Pemasaran Sukan, telah bersama pasukan MILO selama 33 tahun. Beliau adalah antara individu penting yang telah membantu MILO menyemai atlet-atlet muda dan berbakat melalui Majlis Sukan-Sukan Malaysia (MSSM) dan beliau juga telah menyaksikan ramai wira-wira Malaysia cemerlang sepanjang karier sukan mereka. Ng Ping Loong juga telah mengikuti dan menyokong atlet-atlet Malaysia dalam pelbagai sukan di seluruh dunia, sepanjang tempoh beliau berkhidmat bersama MILO.

4. Datuk Marina Chin, Ketua Kontinjen KL 2017

 Diiringi oleh:

– M. Kumarasen, bekas pelumba basikal Malaysia

– Dato’ Mirnawan Nawawi, bekas pemain hoki Malaysia

– Robin Ho, bekas atlet Wushu Malaysia


5. Joel Van Huizen, Pemain Hoki Malaysia

 Diiringi oleh:

- Diana Bong, Atlet Wushu Kebangsaan

6. Yasshmita Jadish Kumar, Tunas Harapan Puteri MSSM, and Joachim Chuah Han Wen, Tunas Harapan Putera MSSM – dua bintang harapan Malaysia di arena skuasy, yang merupakan sebahagian daripada atlet MSSM sepanjang 5 tahun yang lalu. Mereka disertai oleh kumpulan atlet-atlet muda Malaysia, yang akan bertanding dalam Sukan SEA 2017 buat pertama kalinya.

7. Cik Philomena Tan, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan MILO, Nestlé Malaysia
Upacara Larian Obor ini juga merupakan satu pengiktirafan terhadap sumbangan MILO dalam memperjuangkan perkembangan sukan selama lebih 60 tahun melalui kerjasama dan usaha-usaha seperti MSSM. Ia menyediakan pentas untuk golongan muda mencari potensi sukan mereka, mengasah bakat dan keupayaan, sambil mempelajari tentang nilai- nilai sukan seperti kerjasama, ketabahan dan perpaduan.

Saya sendiri membesar dengan jenama MILO. Melihat sahaja truck hijau MILO keterujaan untuk saya beratur panjang untuk menikmati secawan MILO sejuk tidak akan saya lepaskan. Paling menarik bukan hanya saya sahaja yang teruja bahkan semua pekerja di premis ini bahkan orang awam juga bersesak untuk beratur sama. Satu momen indah bersama MILO minuman malt coklat yang digemari generasi ke generasi.

Kegemaran saya!!



(L-R) Ismail Bin Mohd Dali, Production Staff Hand, MILO® Factory, Petaling Jaya. Ng Ping Loong, Sports Marketing Manager, MILO(R) Malaysia, Mohd Nasir Bin Abd Kadir, Abang MILO, Datuk Marina Chin, Chef-De-Mission Kuala Lumpur 2017, Robin Ho, Former Malaysian Wushu Exponent, Dato Mirnawan Nawawi, Former Malaysian Hockey Player


Dengan semangat Larian Obor ini terntara jenama MILO mampu memberi inspirasi untuk masyarakat di seluruh negara supaya bersama-sama menyokong olahragawan dan olahragawati kita di acara KL 2017.


Anda Boleh! Malaysia Boleh!

Berusaha dengan bersemangat tanpa mengalah!

Melalui mesej-mesej positif dan kata-kata semangat dari kita semua mampu membantu menaikkan semangat mereka untuk memberikan persembahan terbaik. Jom semua sokongahli sukan negara boleh memberikan kata-kata semanta kepada mereka melalui media sosial Instagram dan Twitter dengan hashtag #BersatuKitaTeguh atau #StrongerTogether.

Untuk maklumat lanjut, sila lawat www.milo.com.my

Biskut belVita Perisa Pisang & Oat Menjadi Pilihan Sarapan 'On-the-Go' Saya Setiap Hari!

$
0
0
Tidak nafikan tenaga akan hilang sebaik sahaja kita bangkit dari tidur. Jadi untuk mendapatkan kembali tenaga bagi kita terus kekal aktif melakukan aktiviti sepanjang hari, kita haruslah mengambil sarapan. Untuk pengetahuan semua, sarapan adalah sangat penting bagi memastikan kecergasan minda, badan dan jiwa (Sharon Tan) . 

Bagi saya sendiri setiap pagi merupakan waktu paling tegang dan sibuk. Ini kerana seawal 5.30 pagi saya sudah bangun dan perlu menguruskan banyak perkara. Namun sebagai seorang ibu, saya tahu pentingnya pengambilan sarapan buat anak-anak saya. Jadi, saya perlu memikirkan alternatif terbaik mencari sarapan yang mudah serta ringkas pada yang sama berkhasiat dan mengenyangkan.

Solusinya! Saya mencuba belVita. Bukan hanya mudah dan praktikal (sebab didatangkan dalam pek-pek yang kecil) bahkan rasanya enak menjadikan ianya satu tarikan buat anak-anak saya menikmatinya setiap pagi. Dan kini, belVita telah memperkenalkan perisa terbaru yang lebih enak dan berkhasiat iaitu gabungan rasa pisang dan oat.

*********************

Belveta adalah keluaran dari Syarikat Mondelēz Malaysia (Mondelēz), iaitu  syarikat pengeluar snek terbesar di dunia Mondelēz International. Dan hari ini  Mondelez telah memperkenalkan produk baru dalam rangkaian biskut belVita Breakfast, iaitu belVita Pisang & Oat (belVita Banana & Oats). Perkenalan produk ini adalah bertujuan untuk menyediakan lebih banyak pilihan kepada pengguna Malaysia bagi menikmati sarapan yang seimbang dan sihat. Sesuatu yang menarik bukan?

Ketika berucap pada majlis pelancaran berkenaan, Sharon Tan, Ketua Bahagian Biscuit & Salty Snacks, Mondelēz International berkata,

 “Rata-rata rakyat Malaysia menyedari kepentingan sarapan sebagai sajian harian utama. Oleh sebab itu, kami telah menghasilkan produk ini yang mengandungi ramuan berkhasiat dan bermutu tinggi untuk memenuhi gaya hidup dan citarasa rakyat Malaysia. Dengan menggabungkan pisang dan oat yang penuh nutrisi dalam produk terbaharu ini, kami dapat membekalkan pengguna dengan pilihan yang lebih sihat untuk menyediakan sarapan yang lazat dan seimbang. Tambahan pula, belVita Pisang & Oat boleh dimakan begitu sahaja tanpa memerlukan sebarang penyediaan sekaligus menjadi pilihan yang mudah dan bersesuaian dengan rutin rakyat Malaysia yang sibuk pada zaman moden ini.

Dr Hamid Jan Bin Jan Mohamed, Profesor Madya di Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Program Nutrisi dan Dietetik Universiti Sains Malaysia (USM) turut memberikan pandangan beliau mengenai
kepentingan sarapan yang seimbang dan bermutu tinggi.

“Sarapan yang baik adalah penting bagi kesihatan fizikal, mental dan emosi dalam jangka masa panjang. Ianya turut memainkan peranan penting bagi mengelakkan tekanan darah tinggi dan diabetes. Memulakan hari dengan sarapan yang bermutu tinggi dikatakan dapat membantu mempertingkatkan kesihatan, menjaga keseimbangan hormon, serta memberikan tenaga yang mencukupi. Ianya juga merupakan satu cara yang sangat baik bagi mencegah obesiti dan mengekalkan Indeks Jisim Badan (BMI) yang sihat.”

Rumusan yang saya boleh buat daripada penerangan Dr Hamid ketika mendengarnya sendiri;

Otak dan badan sebenarnya saling berkomunikasi. Bila kita lapar sekaligus glucose dalam badan akan menjadi tinggi dan perut akan meragam minta diisi. Paling kritikal kita lapar sebab 'skip' mengambil sarapan dengan harapan untuk diet ataupun mungkin sebab kita benar-benar tidak sempat untuk bersarapan (kekangan masa). Lagi lama kita menahan lama, lagi tinggi permintaan glucose dalam badan ini menyebabkan emosi kita akan terganggu dan tidak stabil. Sekaligus menyebabkan kita akan mengambil berganda banyaknya 'potion' makanan di waktu makan tengahari. Dan ini adalah salah satu kenapa kita menjadi obesiti.


Dr Hamid yang juga sependapat dengan Sharon, beliau telah mengulas, 

“Oat atau bijirin terkenal dengan kandungan serat, pelbagai mineral serta zat-zat yang mampu merendahkan paras kolesterol, sekaligus menjadikannya amat sesuai bagi sarapan pagi. Bagaimanapun, oat sahaja tidak mencukupi untuk menjamin pemakanan yang sempurna. Oleh demikian, buah-buahan seperti pisang adalah antara pelengkap yang sesuai dengan adanya kandungan serat, kalium, vitamin C dan B9 yang dapat menyumbang kepada kesihatan jantung. Lagipun, pisang merupakan buah-buahan tempatan kegemaran rakyat Malaysia yang murah dan senang diperolehi.”


Satu info yang agak menarik Dr. Hamid kongsikan ialah mengenai phytonutrient. Yang mana mana ianyanya khasiat yang datangnya dari tumbuhan (bukan mineral, bukan vitamin-not consider as essential nutrients). Di mana ianya sangat membantu meningkatkan daya tahan tubuh, mengurangkan stress dalam diri dan banyak lagi kelebihannya. Antara tumbuhan yang kaya dengan zat phytonutrient ini adalah tomato (terutama di bahagian kulitnya mempunyai peratusan yang tinggi), pisang (zat pottasium), kekacang dan banyak lagi. Jadi dengan pengenalan belVita perisa pisang dan oat ternayata memberikan kelebihan zat yang sangat penting dan diperlukan oleh badan.


Nah! Ternyata biskut belVita Breakfast boleh diambil berserta hidangan sarapan pagi yang seimbang bagi memulakan hari dengan sempurna dan penuh semangat. Ianya sebaiknya diambil dengan buah-buahan, produk tenusu dan bijirin untuk memberikan kombinasi karbohidrat, protein, lemak, vitamin, kalsium, zat besi dan zink yang seimbang.


Hansen Lee, iaitu personaliti TV dan jurulatih yoga dan kecerdasan bertauliah yang turut hadir pada majlis  pelancaran berkata,

“Jadual seharian saya sentiasa berubah dari masa ke semasa disebabkan oleh kepelbagaian tanggungjawab dan kekerapan bergerak ke beberapa tempat dalam masa yang singkat."

"Sebagai seorang yang mengamalkan gaya hidup sihat, sarapan yang bermutu tinggi merupakan hidangan  harian paling penting  bagi saya dan ini membolehkan saya memulakan hari dengan minda, emosi dan tubuh badan yang cerdas. Biskut belVita Breakfast merupakan sumber tenaga yang mudah dan cepat kerana ianya lengkap dengan pelbagai nutrien bagi menjamin sarapan yang seimbang, walaupun pada pagi yang paling sibuk.”


Jika terlebih rajin, hiks. Kita juga boleh menyediakan sarapan menggunakan biskut belVita secara kreatif. Antaranya seperti penyediaan parfait. Caranya cukup mudah dan pantas, dalam masa 5 minit kita mampu menyediakannya. Resepi dan cara penyediaannya merujuk kepada gambar di atas. Oh ya, resepi istimewa ini adalah dari Dr Ezani farhana.




Semenjak pelancarannya di Malaysia pada bulan Ogos tahun lalu, rangkaian biskut belVita Breakfast terus mendapat sambutan yang memberangsangkan di kalangan pengguna. Perisa ketiga belVita ini diperkenalkan  berikutan prestasi kejayaannya di pasaran menerusi dua perisa utama, iaitu Susu &  Bijirin serta Madu & Coklat.


Saya sendiri membawa 2 pek biskut belVita setiap hari. Kudapan 'on-the-go' , mudah dan ringkas, paling penting ianya mengenyangkan!

Sedikit info untuk uolls...

 Perisa baharu ini akan dijual di semua pasar raya besar, pusat membeli-belah serta kedai runcit
bermula Ogos 2017.

 belVita Pisang & Oat boleh didapati dalam dua (2) pilihan pek:
o 80g (RM2.90)
o 160g (RM5.20)

 Semua biskut belVita Breakfast mengandungi sekurang-kurangnya 50 peratus bijirin untuk  membekalkan karbohidrat kompleks yang merupakan sumber tenaga utama pada waktu pagi.

 Biskut belVita Breakfast juga merupakan sumber serat dan mengandungi sekurang-kurangnya  8g bijirin tulen dalam setiap hidangan, berserta lapan jenis vitamin dan mineral. Apabila diambil  sebagai sebahagian daripada sarapan yang seimbang, ianya mampu membekalkan tenaga dan khasiat untuk memulakan hari dengan baik.

Dan sedikit peringatan dari Dr. Hamid yang ingin saya kongsikan:-

DON'T SKIP BREAKFAST
MUST TAKE BALANCE BREAKFAST (VEGETABLE + FRUIT)
DON'T LEAVE THE HOUSE WITHOUT BREAKFAST

Viewing all 2933 articles
Browse latest View live