Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all 2932 articles
Browse latest View live

Naturals By Watsons Mendedahkan Rahsia Kecantikan Semulajadi

$
0
0

Sememangnya memelihara kecantikan dengan menggunakan bahan semulajadi memang diakui memberi impak yang positif untuk jangka masa yang panjang. Apatah lagi kandungan bahan-bahan semulajadi ini kaya dengan khasiatnya sendiri mampu memelihara kulit dengan cara yang selamat. Atas kesedaran itu, Watsons telah melancarkan semula produk terbaik mereka Naturals By Watsons dengan memperkenalkan lagi beberapa siri terbaru dalam rangkaian ini.



Dalam pelancaran semula produk Naturals By Watsons,  Caryn Loh, General Manager and Country Head of Watsons Malaysia, Danny Hoh Customer Director Watsons Malaysia, Foo Hwei Jiek Head of Trading Watson Malaysia, Rakan Selebriti Watsons, KOL (influencer) dan pengamal media.

 Apa yang menarik mengenai produk Naturals By Watsons ini ialah ianya telah diuji secara dermatologikal tidak mempunyai (bebas) paraben, tiada pewarna dan juga tidakmempunyai unsur 'isothiazolinone' (MIT, CMIT, BIT). Ini menjadikan produk ini sesuai untuk semua jenis kulit.


Siri Naturals By Watsons adalah seperti:-
Naturals By Watsons dari siri Argan ini memang terbaik bagi meremajakan kulit dan mencantikkan rambut. Menggunakan minyak organik argan dan ekstrak semuljadi biji argan yang diperakui dari Morocco sememangnya mampu membaik pulih rambut rosak serta antara agen dipercayai boleh memberi keremajaan kepada kulit.

 Naturals By Watsons Prestige Rose, yang mempunyai kelebihan pada kelembutan. Menggunakan Certified Organic Rose Water daripada Bulgaria, Morocco dan France mengabungkan elemen menenangkan (soothing), memberi rasa relaks dan berkhasiat. Manakala 'natural rose oil' daripada Bulgaria mampu memberi rasa aromatherapi bagi merehatkan minda dan mengurangkan stress.

Natural By Watsons Paw Paw mampu merawat dan memulihkan. Dihasilkan dari 'Certified Organic Paw Paw Leaf Infused Oil' mampu melegakan dan merawat terutama mereka yang mempunyai masalah kulit kering. "organic Paw Paw Extract' boleh melembutkan dan menjadikan kulit lebih sihat.

 The Naturals By Watsons Marula memberi kuasa dua kali ganda dari 'African Marula' yang menawarkan perlindungan terbaik terhadap kulit dan rambut. 'Certified Organic Marula Oil' ini adalah kaya dengan nutrien asas dan mampu memberikan perlindungan terbaik. Dengan 'Marula Butter' mempunyai kesan melembapkan, melembutkan dan mampu menyinarkan lagi rambut.

Naturals By Watsons Blood Orange memberi kesan pencerahan dua kali ganda melalui ekstrak 'Italian Blood Orange'. Dengan 'Certified Organic Blood Orange Extract' mampu melindungi kulit daripada faktor alam sekitar yang tidak sihat, manakala 'Organic Blood Orange Oil' mampu mengurangkan pigmentasi dan kesan penuaan. Bahkan memberi wajah tampil lebih muda.

Siri Naturals By Watsons Olive mempunyai elemen melembutkan yang dihasilkan dari 'Certified Organic Olive Oil' dan 'Natural Olive Fruit Extract' dari Itali. Kaya dengan vitamin dan mampu untuk melembutkan kulit dan rambut. Ekstrak dari buah Olive ini kaya dengan antioksida dan hydroxytyrosol yang mampu melindungi kulit dan memelihara kekuatan akar rambut.

Semua siri Naturals By Watsons ini boleh didapati secara esklusif di rangkaian Watsons di seluruh Malaysia. Untuk keterangan lanjut atau pembelian secara online produk boleh layari  http://www.watsons.com.my/💖

Sebab Saya Lebih "Cool" Dengan CoolBlog

$
0
0
Bagi saya untuk lebih "COOL"..

"Kita perlu ada rasa percaya diri, tahu apa yang diinginkan dan sentiasa mencari solusi untuk mencapai visi dan misi. Untuk memperolehi semua ini, kita perlu ada rasa tenang dalam diri dan sentiasa optimis. Tapi kadang-kadang kita perlu ada saat yang mana kita perlukan ruang untuk diri sendiri dan menikmati sesuatu yang enak untuk kepuasan sekaligus bertindak sebagai terapi emosi"...


Dan menikmati minuman CoolBlog, bagi saya sangat COOL antara sebab-sebabnya 👀💖 


Variasi minuman enak ditawarkan pada harga yang sangat berpatutan. Kita punyai banyak pilihan varian air dan paling penting memberi peluang untuk pelanggan memilih sendiri topping yang menjadi kesukaan.

Dan memang sangat "Cool" apabila kita mendapat layanan mesra daripada pekerja Cool Blog yang sememangnya mereka telah dilatih menjadi peramah dan sabar melayan pelanggan. Apatah lagi ketika cuaca HOT (panas) dengan keadaan diri yang dahaga, dengan fikiran melayang-layang memikirkan pelbagai perkara tetapi semuanya dapat diredakan apabila berada di depan kiosk CoolBlog dan disambut mesra 😍


Feveret minuman CoolBlog dulu, kini dan selamanya ialah Passion Fruit . Saya boleh menikmati minuman ini 2 bekas dalam satu-satu masa, hokeh. Rasanya yang masam-masam manis buah memang buat saya lebih COOL. Apatah lagi menikmatinya ketika cuaca panas, memang boleh sejukkan hati dan perasaan. Oh ya! Pengenalan logo baru trademark untuk CoolBlog nampak lebih 'fresh' dan lebih 'COOL'.


Muka happy beria bila hajat untuk menikmati minuman kegemaran diperolehi. Terasa sempurna yang hamat hari ini, biarpun kepenatan tak hengat! Hiks. Cool bukan? 😎

Menikmati minuman CoolBlog ketika bersiar-siar di taman memang memberi kepuasan. Sambil memandang saujana pemandangan hijau dan air tasik biru kejernihan menambah ketenangan. Kombinasi 😉 pemandangan hijau + air tasik biru + minuman COOL dari CoolBlog = memberi keDAMAIan.

Dan ianya lebih COOL bila minuman ini dikongsi bersama orang-orang tersayang. Haruslah dikongsi memandangkan orang-orang kesayangan saya semuanya menggemari minuman CoolBlog ini. Lebih berkongsi lebih rasa nikmat ketika menikmatinya. Gituhhh.

Menikmati minuman CoolBlog lebihCOOLsambil bergossip. Seriously, memang syok sambil bercerita dan bergossip, kita menyedut air enak dari CoolBlog. Gossip HOT terus jadi COOL, kahkah. Percayalah setiap saat menikmati minuman COOL BLOG memberi terapi pada diri.

Saya juga gemar menikmati minuman CoolBlog ketika sedang mengemas kini (update) entri di blog. Saat yang sangat sempurna apabila saya berada dalam COOL, idea menulis memang datang mencurah-curah. Sekaligus memberi inspirasi kepada saya untuk terus menulis tentang perkara/isu yang ingin dikongsikan di dalam blog. Istimewa bacaan santai buat pembaca-pembaca blog kesayangan saya.

Adakalanya juga saya menikmati minuman CoolBlog ketika menghabiskan masa senggang saya dengan membaca buku atau menonton rancangan kegemaran. Memang rasa COOL melakukan aktiviti kegemaran sambil menikmati minuman kesukaan.

CoolBlog juga telah memperkenalkan pelbagai varian hasil inovasi rasa terbaru yang benar-benar hebat, dan menariknya ianya adalah inspirasi dari minuman kegemaran masyarakat Malaysia. Antaranya seperti Teh Tarik, ABC, Cendol Coconut dan banyak lagi yang dijadikan smoothies dengan pelbagai gaya. Paling penting topping yang disyorkan semuanya memikat jiwa.

Unik dengan identiti tersendiri. 
Yang terbaik pada harga mampu miliki. 
Ditawarkan khas dari CoolBlog berinovasi!


Sedikit Infomasi Tentang CoolBlog

Jenama minuman pencuci mulut berasaskan kiosk antarabangsa, CoolBlog berinovasi untuk mencari perisa tempatan dan global yang terbaik dalam ciptaan ‘ice blended’ dan ‘smoothie’. Operasi kami bermula di Malaysia dan Singapura dengan memperkenalkan lebih daripada 25 jenis minuman dan pencuci mulut daripada 300 lebih varian produk. CoolBlog telah megemukakan pelan pertumbuhan tiga tahun untuk mengembangkan jumlah cawangan di pasaran tempatan dan antarabangsa kepada 500 cawangan. Misi CoolBlog adalah untuk menyediakan produk dan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan dari semua lapisan masyarakat.

**Entri ini adalah bersempena dengan Peraduan Coolblog Rewards 'Cool Blogs'

#jomcool

Syampu Shurah Ariana Pilihan Terbaik Buat Wanita Berhijab Seperti Saya!

$
0
0
Biarpun saya wanita berhijab, namun saya sentiasa mengambil berat tentang kesihatan rambut saya. Ini adalah kerana rambut adalah mahkota bagi wanita. Oleh yang demikian pemilihan syampu yang sesuai dengan jenis rambut adalah penting untuk memastikan rambut dan kulit kepala kita kekal sihat dan cantik berjaga. Sepertimana yang kita ketahui dengan menutup rambut sepanjang hari dalam keadaan cuaca panas dan lembap akan mengakibatkan rambut mudah berminyak dan sekaligus menjadi punca rambut berkelemumur. Ini menyebabkan kita akan berasa tidak selesa dan rambut menjadi berbau. Impaknya kita akan menjadi rasa kurang keyakinan diri.

Namun baru-baru ini saya telah diperkenalkan dengan Syampu Shurah Ariana oleh seorang rakan. Apa yang menarik bahan semulajadi sebagai ramuan dalam syampu ini diekstrak dari bahan semulajadi dan ianya halal. Bebas paraben dan ianya sesuai digunakan oleh semua jenis rambut. Kita boleh pilih sendiri kesesuaian rambut ketika melalui pilihan siri penjagaan syampu Shurah ariana yang ditawarkan.


Syampu Shurah Ariana telah diperkenalkan untuk membantu dalam penjagaan rambut wanita terutamanya wanita berhijab. Ia diperkaya dengan bahan aktif semulajadi DANDRILYS yang mampu mengurangkan kelemumur dan ia lebih efisyen berbanding molekul anti-kelemumur terkenal, Zinc Pyrithione (ZPT). Ia berupaya mengurangkan kerengsaan, ketidakselesaan akibat kegatalan dan
mengawal pengeluaran minyak pada kulit kepala. Selain itu, bahan aktif Farnesol dan aroma wangian yang disertakan dengan teknologi pengurangan bau akan membuatkan rambut kekal harum dan segar sepanjang hari.

Rangkaian syampu Shurah Ariana baharu ini hadir dalam empat set berbeza untuk menangani pelbagai masalah rambut khususnya rambut wanita berhijab.

1. Botol Pink - Lembut Dan Bersinar atau Smooth & Silky Hair


Dirumuskan dengan pati buah tin dan delima yang membantu melembutkan rambut dan membersihkan kulit kepala dari kesan minyak serta kekotoran.Menariknya kandungan bahan antioksidan yang tinggi mampu memelihara kesihatan kulit kepala walaupun berhijab sepanjang hari. Dan ini mampu meningkatkan rasa keyakinan dalam diri.

2. Botol Hijau - Anti Kelemumur atau Anti Dandruff

Diformulasi dengan bahan aktif Octopirox dan Menthol sememangnya sedia maklum ianya dapat mengurangkan masalah kelemumur. Ini adalah melalui pengawalan minyak berlebihan, mengoptimumkan tahap sebum serta melindungi dari unsur-unsur luar. Kandungan menthol di dalam syampu ini juga membuatkan kulit kepala dan rambut anda kekal sihat, menawan dan segar sepanjang hari. Saya sendiri setelah menggunakannya kepala rasa begitu sejuk dan selesa.

3. Botol Oren- Rambut Kering & Rosak atau Dry & Damaged Hair


Diadun menggunakan ekstrak minyak Argan, minyak Jojoba, Vitamin A, B5 dan E yang berupaya membekalkan nutrisi mencukupi untuk mengatasi masalah rambut kering, gugur dan bercabang sekaligus menjadikan rambut lebih lembut, subur dan bermaya. Vitamin A memberi kelembapan berkekalan kepada kulit rambut. Vitamin B5 menguatkan akar rambut supaya tidak mudah gugur, membantu mengawal kerosakan rambut akibat terdedah kepada panas dan mengurangkan masalah
rambut bercabang. Vitamin E pula mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas dan membekalkan nutrisi yang mencukupi bagi mengatasi masalah rambut kering, gugur dan bercabang sekaligus menjadikan rambut anda tampil lebih lembut, subur dan bermaya.

Saya sangat syorkan bagi mereka yang mempunyai rambut bermasalah untuk mencuba sendiri produk syampu Shurah Ariana dari siri ini. Ianya mampu merawatkan rambut anda agar sihat, kuat dan bersinar semula. Terutama masalah bercabang keguguran.


4. Botol Biru - Kawalan Rambut Gugur atau Hair Fall Control

Diperkaya dengan protein dan minyak zaitun untuk menguatkan, memperbaiki serta
melindungi rambut agar sentiasa lembut dan sihat. Kandungan minyak zaitun membantu mengawal kesan anti radang pada kulit kepala. Bahan anti oksidan pula menyubur dan menguatkan akar rambut serta mengurangkan kelemumur. Siri penjagaan rambut ini sesuai untuk mereka yang mempunyai rambut yang lebat :-)

So uolls siri syampu Shurah Ariana ini boleh didapati di pasaraya dan farmasi utama seluruh negara pada harga RM12.30 untuk 330ml dan RM7.90 untuk 170ml. Sangat berpatutan dengan ramuan dan khasiat penjagaan rambut yang terbaik diberikan.


Untuk maklumat lanjut mengenai produk Shurah dan rangkaian Shurah Pencerah, uolls boleh layari:

Facebook Shurah Malaysia : https://www.facebook.com/ShurahMalaysia/
Untuk pembelian di dalam talian: http://www.jetaine.com/shop/

#shurahmy
#shurahariana
#shurahmalaysia
#shurahpencerah

Klairs, Kelainannya Memang Ketara Menyempurnakan Wajah Agar Tampil Mempesona

$
0
0
Saya memang kaki shopping online. Dan saya sentiasa mencari produk yang terbaik dalam setiap pembelian yang dibuat. Antara produk yang menjadi kesukaan saya ialah barangan kecantikan/solekan dari jenama Klairs. Rangkaian produk Klairs ada banyak jenis pilihan dari platform membeli-belah HERMO. Memang rambang mata untuk memilih dan membelinya pada harga mampu milik.

Dan baru-baru ini saya telah mencuba produk Klairs iaitu :-

💖Klairs Mochi BB Cushion
💖Klairs Mid-day Blue Sun Lotion
💖Klairs Trial Sample Set


Homaigadddd... comel giler tengok casing Klairs Mochi BB Cushion. Comel sangat. Rasa nak makan pun ada. Macam kuih mochi kann, hiks..

Apa yang menarik produk BB ini boleh dijadikan kepada kemasan solekan wajah dan mampu mengekalkan solekan kita lebih lama dan sekata. Paling unik penutupnya sangat praktikal. Hanya perlu putar mengikut arahan dan ianya dapat dibuka dengan mudah. Paling penting ciri-ciri keselamatannya dapat  memastikan Klairs Mochi BB Cushion ini sentiasa berada didalam keadaan yang bersih.

Selain daripada itu dengan warna natural memberikan kemasan kulit kita lebih nampak berseri yang diperlukan secara eksklusif. Produk edisi terhad ini juga mampu memberikan pengcahayaan baik pada kulit, tahan lebih lama dan ianya boleh mengelakkan muka kita nampak berpeluh dan berminyak. 

Saya juga memilih Klairs Mid-day Blue Sun Lotion untuk perlindungan kulit terbaik terutama pada waktu cuaca yang panas sejak akhir-akhir ini. Paling penting penggunaannya sangat mudah apatah lagi ianya didatangkan dalam bentuk tiub jadi kita hanya picit tiub sahaja.


Paling penting ianya tidak mengeringkan kulit. Bahkan boleh dijadikan sapuan asas untuk mekap dan meratakan tona wajah muka. Saya juga sebenarnya memang rasa kagum terutama setelah melihat hasil muka saya nampak 'fresh' serta cerah sekata.

Terdapat juga 8 jenis pek percubaan produk Klairs yang telah saya cuba dan ternyata setiap satu memang best impaknya. Paling best Klairs Moist Soothing Cream! Selepas menggunakannya kulit saya terasa begitu lembut.

So uoll kalau nak dapatkan produk Klairs, boleh layari laman web HERMO ini ya!

Untuk info, boleh juga layari instagram Hermo : @hermomy

Wajah nampak lebih ceria,
Dengan Klairs Mochi BB Cushion semestinya.

Sapuan Klairs Mid-day Blue Sun Lotion setiap hari,
Memberi perlindungan wajah dari sinaran matahari,
Agar diri tampil lebih berseri-seri.

Transformasi Rumah Ala Kadar Ikut Bajet

$
0
0
Setelah hampir 2 tahun, akhirnya bertukar juga beberapa barangan di rumah. So secara tidak langsung gaya tatarias rumah juga berubah. Nak kata lebih cantik sangat tu tak aderla. Tapi lebih kepada sesuatu yang lebih 'fresh' dan baru. Sedap sikitlah mata memandangnya.

Sudut atas rumah yang dulu tempat lepak anak-anak, samada tempat untuk mereka untuk belajar atau bermain komputer. Bagi saya sendiri memang kawasan ini sepenuhnya sudut permainan atas talian sekaligus menjadi tempat kesukaan anak2. Kadang2 saya naik menyampah juga tengok kawasan kurang bermanfaat ini, hahaha.

Tapi kali ini sudut disini telah diberi nafas baru. Menggantikan dengan sofa baru yang lebih luas dan selesa. Begitu juga dengan meja bertambah besar. Kawasan ini menjadi tempat anak2 membuat ulangkaji dan menyiapkan kerja sekolah mereka. Main game kat sini sekali-sekala pula.

 Ini adalah ruang tamu bawah hasil transformasi dari Nippon dan Majalah Wanita. Ringkas , minimalis dan menarik. Tapi keluasan nampak agak kecil ini kerana kawasan ini terlalu sarat dengan kerusi yang agak bersaiz besar,

Disebabkan sofa kuning yang seat 3 itu dah koyak. Jadi Dedet membelikan saya sofa baru. Pilihan warna dan rekaan saya yang pilih. Saya hanya menggantikan kerusi 3 seater yang koyak. Tetapi untuk ruang ini saya masih mengekalkan kerusi hijau, kerusi pepel (baru) dan kerusi jati sebanyak 2 biji (ini memang kerusi lama). Kerusi kuning yang lama 2 seater dan 1 seater saya letakkan di sudut yang lain. Yang mana akhirnya 3 kerusi itu menjadi tempat letak baju yang diangkat dari jemuran, hahaha.

Tapi ruang tamu saya still nampak pelik. Walaupun saya rasakan kombinasi kerusi dan perletakannya agak unik dan menarik. Rupa-rupanya warna langsir di sliding door yang dulunya berwarna coklat keemasan sangat tidak sesuai apabila dipadankan dengan kerusi meriah berwarna pepel. Akhirnya saya menukarkan langsir baru setelah bertahun tidak bertukar langsir.

Sekarang ini semuanya nampak lebih ceria (seperti Yara), mungkin juga sebab saya dah bosan dengan gaya susunan perabot lama. Walaupun sederhana sahaja pengubahsuaiannya tetapi ianya tetap memberi keseronokan kepada saya. Bak kata pepatah hipster biarpun seronok terejal berada di luar rumah, untuk tidur dan beristihrehat memang kita akan selesa untuk kembali ke rumah sendiri. Maklumlah Rumahku kan kekal sentiasa menjadi Syurga Duniaku.

Gitchewww..

Jenama NURAISHAH Dari PRIMAVALET, Koleksi Yang Perlu Korang Perlu Ada Dalam Almari!

$
0
0
Dalam kesibukan saya mencari baju raya di Primavalet, saya terrrrrrrrr..shopping pula satu baju di bawa jenama NURAISHAH di PRIMAVALET. Sebenarnya dah lama saya berkenan dengan rekaan baju ini. Semuanya hasil terjah di laman web site PRIMAVALET yang ada banyak menawarkan pelbagai jenis rekaan yang cantik-cantiik dan menarik.


Seriously, saya jatuh chenta yang amat dengan rekaan dan potongan pakaian ini. Tampil anggun dan kemas terletak potongannya. Bagi saya sendiri set ala jubah berseluar ini bukan sahaja cantik digaya ke pejabat bahkan si pemakai kelihatan tampil anggun dengan membawa karektor personaliti yang tersendiri.
Untuk pengetahuan semua pakaian saya ini  adalah dari koleksi N.A AAIRA TAFFY PINK+GREY .  Saya pertama kali merasmikan pakaian ini ketika menghadiri satu majlis tertutup bersama Nelydia. Tak nafikan, ada rakan yang hadir bertanyakan tentang set jubah yang saya melaram pada hari tersebut. Ramai yang kata "Ko nampak smart dan comel Ayu".....Mahu tak kembang hati saya, kahkahkah...

 Paling best material yang digunakan. Sebab ianya dari Cromo Crepe, so sangan senang nak iron. Pakai seharian pun tak rasa panas bahkan selesa sepanjang masa. Paling penting material crepe ini tidak mudah renyuk.

Harga masa saya beli adalah RM159. Tapi uolls cubalah lawati website PRIMAVALET mana tahu ada diskaun. Tapi tak tipu, memang best pakaian saya beli ini. "Alah membeli menang memakai" bak kata orang lama. Bak kata pepatah hipster pula, "Alah membeli menang pada gaya".


Ada satu lagi baju saya beli dari PRIMAVALET, pun cantik juga. Nanti saya review...

The Annabelle Creation | Review Jujur Dari Saya

$
0
0
Lama giler sebenarnya tak keluar dating dengan anak2 tengok movie. Terlalu sibuk pun ya jugak. Harga tiket wayang semakin naik itupun antara faktornya juga. Jadi bila diberi peluang untuk menghadiri preview movie Annabelle, haruslah mak tak lepaskan. Apatah lagi boleh bawa sekali my bodyguard Anaqi dan Yana menonton sekali. Biarpun ikut rancangan asal Dedet join sekaki tapi sebab last minute dia kene turun Lahad Datu untuk site visit dan meeting, jadi pergila berjimba kami 3 beranak sahaja.

Muka excited sebab dapat keluar dari rutin harian waktu malam, jaga adik dan jemur kain, kahkahkah. Tapi my Yana memang penggemari cerita hantu dan mistik. Rasanya dia banyak beli novel hantu dan jenis suka berkongsi cerita hantu dengan kengkawan dan adik beradik dia.

Minat betul mak dengan props ni. Comel sebenarnya Annabelle ni. Tapi kalau diberi peluang bawa balik, idokler mak. 7 anak yang macam2 peel menyebabkan selalu urut dada pun cukupla buat mak pening kepala oiits.

 Dah macam mak mencarut jer kat situ, kahkahkah. Idok ya...tu bukan middle finger. Nak buat peace tapi terkeluar satu jari jer. Aishhh, mak bukan reti benar nak berwefie2 ni.

Ok, dari makin mengarut entri. Mehlah terus straight to the point ringkasan mengenai filem The Annabelle Creation dan sedikit review yang tak berapa nak ada dari mak ya....


Kisah patung Annabelle bagi saya adalah kisah cerita seram lagenda yang kebanyakan orang tahu tentang kisahnya. Cuma biasanya bila kita tonton dalam kisah/filem hantu sebelum ini, antaranya seperti Conjuring watak Annabelle ni hanyalah tempelan sahaja. Dan kalau ikutkan ada banyak jenis versi Annabelle yang kita dengar. Tapi asasnya tetap sama, patung yang bernama itu Annabelle itu mempunyai roh didalamnya. Dan ianya adalah roh jahat.

Untuk kisah The Annabelle Creation (2017), mengisahkan seorang pembuat patung Samuel yang hidup bersama isterinya yang cantik Eshter dan juga anak perempuan yang comel Annabelle. Seorang anak yang manja dan penyeri keluarga Annabelle meruapakan segalanya buat pasangan suami isteri ini.

Sehingga satu hari, Annabelle mati didalam satu kemalangan yang tragis di depan ibubapanya sendiri. Kematian Annabelle menyebabkan suami isteri ini kemurungan dan mereka telah meminta untuk diberi peluang untuk melihat Annabelle kembali, biarpun ianya hadir dalam bentuk bayangan. Dipendekkan cerita, mereka tidak sedar sebenarnya mereka telah berurusan dengan roh yang sangat jahat. Dan roh jahat ini membuat satu permintaan dari pasangan ini iaitu membenarkan mereka untuk hidup di dalam patung Annabelle. Dan mereka telah bersetuju. Sehinggalah satu keadaan yang mana mereka baru sedar roh jahat itu terlalu jahat, menakutkan dan sangat merbahaya.

Banyak kejadian yang berlaku, sehinggalah patung Annabelle itu dikurung didalam satu almari didalam bilik dan tidak ada siapapun dibenarkan untuk membukanya. 

12 tahun kemudian. Disebabkan keadaan rumah agam yang besar dan terlalu sunyi, Samuel dan Eshter (yang sentiasa berkurung dalam bilik) berhajat untuk mengambil sekumpulan anak yatim untuk tinggal dengan mereka. Selain disebabkan kesunyian, Eshter juga menganggap dengan membawa anak yatim ke rumah mereka adalah sebagai penebus dosa mereka yang lampau.

Roh jahat didalam patung Annabelle bangkit semula dan bertindak lebih agresif dan kejam bermula apabila salah seorang anak yatim iaitu Janice melanggar pantang larang yang telah dipesan berkali-kali dari pemilik kediaman iaitu Mr Samuel. Janice telah membuka bilik yang menjadi telah kurungan roh jahat patung Annabelle. Pelbagai kejadian pelik dan menakutkan telah berlaku. Yang pastinya roh jahat patung Annabelle itu akan menggangu semua orang yang berada di dalam rumah tersebut. Dan roh jahat itu telah merasuk Janice (mengambil rohnya). Janice yang cacat kakinya menjadi sihat dan mula berkelakuan pelik.

Dan bermulalah pemburuan Annabelle dengan semua penghuni rumah agam tersebut. Nak tahu lebih lanjut untuk kisah yang berlaku dan 12 tahun selepas itu, uolls kenalah tonton sendiri, hiks (malas mak nak tulis panjang2 nooo)


Review dari saya:

Sebenarnya saya mengharap cerita ini keseramannya dia boleh beat filem The Conjuring (yang pertama) tetapi ternyata keseraman roh jahat Annabelle ini masih tidak mampu lagi. Ramai yang kata awal cerita agak slow dan bosan. Tapi bagi saya, ianya tetap OK. Mungkin sebab kisah ini pengambaraan mengambil konsep cerita2 dulu. Kereta klasik, wardrobe (pakaian) semua jenis zaman british dulu-dulu. Kisah Annabelle masa dia hidup pendek sahaja. Sebab watak utama adalah Annabelle yang patung.

Muzik skor, efek keseraman untuk filem Annabelle bagi saya so-so. Walaupun tidak dinafikan memang banyak juga part seram dan terkejut. Tapi sebab terlalu banyak, jadi klimaks tu agak senada. Kalau saya bandingkan dengan file The Conjuring yang pertama, saya masih tidak dapat melupai scene permainan 'hide and seek', tepuk2 tangan sambil pejam mata, itu belum aksi hantu yang duduk atas almari lepas tu melompat, hantu tergantung di pokok dan juga wajah valak yang begitu menyeramkan.

Tapi kalau kita tengok cerita Annabelle memang kita akan tertanya watak Samuel dan Eshter. Mereka seperti kelihatan pasangan misteri yang tahu sesuatu dan adakah mereka ini sebenarnya jahat. Rumah agam besar dan menyeramkan, kemunculan Annabelle yang merata-rata didalam rumah itu adakalanya memang menakutkan tetapi sebabnya ianya anak patung yang jahat jadi lama-lama tengok secara tidak langsung kita jadi imun (serasi dan tak heran) dengan wajah jahat dia. Saya rasa kalau watak Janice merasuk diperbanyakkan lagi seram. 

Apapun, saya bagi 3/5 bintang selepas menonton cerita ini. Tidaklah membosankan, bagi saya ceritanya menarik juga. Cuma klimaks senada sangat. Muzik skor seram memang penting tapi kekadang suspen over teruk akan hilang sebab kita dah boleh predict jelmaan Annabelle tu akan keluar. Teringat pada filem The Conjuring ada juga scene dia yang takde muzik skor seram tiba hantu2 muncul kat depan secara tiba2.  Memang mencarut jer masa menonton cerita tu. Yang adengan saspen macam itu memang sebenarnya boleh luruh jantung. Sebab kita tak suspek hantu tu muncul.


Next, The Doll katanya filem hasil karya warga seni Indonesia. Tengok patung tu takdelah seram. Cam nenek kebayan. Hahahahahaha. 

Jom Bersukan Bersama KidZania Kuala Lumpur!

$
0
0
Alami semangat kesukanan dan gaya hidup aktif dan dengan pelbagai aktiviti dan pertandingan menarik selama sebulan di KidZania SportZ 2017.



Just nak sharing dengan uolls, bersempena dengan Sukan SEA ke-29, KidZania Kuala Lumpur akan menganjurkan pelbagai aktiviti sukan dan kecergasan selama sebulan bermula daripada 15 Ogos hingga 15 September 2017!


Apa yang difahamkan, menerusi agenda di dalam KidZania SportZ 2017 (KidZania SportZ/ program), pelbagai acara akan diadakan pada setiap hari untuk memberi peluang kepada kanak-kanak merasai sendiri pengalaman sebagai atlet dan mendidik mereka tentang pentingnya nilai-nilai disiplin, kerjasama, dan cara gaya hidup aktif. Dengan bunyi macam menarik bukan?

Bahkan bukan itu saja, sepanjang sebulan program ini berlangsung, kanak-kanak berpeluang untuk
memenangi pelbagai hadiah menarik di KidZania Kuala Lumpur dan secara atas talian. Antaranya, mereka boleh mengambil bahagian dalam KidZania SportZ Challenge dan berpeluang memenangi sesi penuh tajaan AirAsia di Akademi Badminton AirAsia. Pemenang bertuah akan berlatih bersama pemain badminton kebangsaan, Liew Daren. Serious ini best giler, peluang yang sangat dinantikan oleh my Akid.

Dirasmikan oleh En Mohd Azhari bin Mohammad, Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Sukan, Kementerian Belia dan Sukan, KidZania SportZ diadakan dengan harapan agar lebih ramai kanak-kanak dan golongan remaja bergiat aktif dalam aktiviti sukan dan menggalakkan aktiviti sihat pada waktu lapang.

Aktiviti utama KidZania SportZ termasuklah Obstacles Challenge dan sesi CrossFit yang direka khas untuk menguji keseimbangan, kekuatan dan stamina kanak-kanak. Fitness Dance pula akan memperkenalkan rutin Zumba yang menyeronokkan kepada kanak-kanak untuk memperbaiki koordinasi dan meningkatkan keyakinan diri. Mereka pasti seronok apabila dapat melompat dan menari mengikut irama dan rentak yang rancak. Selain itu, kanak-kanak juga boleh menyertai aktivti-aktiviti yang dapat mengasah kemahiran mereka seperti memanah, golf mini, dan bola sepak.

“Kami berharap KidZania SportZ dapat mengajar kanak-kanak erti persaingan sihat dan semangat kesukanan. Sukan memerlukan disiplin, kesungguhan dan kerjasama yang tinggi. Sudah tentu, pengalaman pembelajaran dan tabiat yang sihat ini akan kekal sehingga mereka dewasa kelak, seiring dengan moto kami iaitu Learn Life Today,” kata Shahrul Nizar Ahmad, Datuk Bandar KidZania Kuala Lumpur.

“Tambahan pula, dalam kehidupan masa kini yang mempunyai pelbagai kemudahan tersedia menjadikan kita sentiasa “melekat” dengan alat peranti dan menyebabkan kita menjadi malas untuk kekal sihat dan aktif, jadi aktiviti senaman perlulah diberi kelainan untuk menarik minat kanak-kanak, dan juga orang dewasa. Ini kerana, aktiviti sukan turut boleh merapatkan lagi hubungan seisi keluarga,” tambahnya lagi.

Sejak 2012, Akademi Badminton AirAsia telah melatih lebih daripada 250 pemain, termasuklah Ari Latiff, pemenang pingat perak Sukan SEA untuk acara Perseorangan Badminton. “Kami teruja untuk mengambil bahagian dalam KidZania SportZ Challenge ini. Pemenang akan mendapat peluang sekali-dalam- seumur-hidup untuk berlatih di Akademi Badminton AirAsia, ia merupakan satu inisiatif berterusan buat kami untuk mempromosikan sukan ini yang sangat dicintai oleh seluruh rakyat Malaysia, dan juga bagi memberi inspirasi kepada generasi muda untuk melibatkan diri di dalam aktiviti sukan,” kata Spencer Lee, Ketua Bahagian Komersil AirAsia Berhad.

KidZania SportZ turut menampilkan pakar-pakar industri dan peralatan sukan yang diperlukan untuk aktiviti yang diadakan. Golongan profesional akan turut turun padang dan berkongsi pengalaman dan memberi inspirasi kepada para kanak-kanak menerusi siri KidZania SportZ Talk yang akan diadakan pada hujung minggu.

Antara penceramah yang akan mengambil bahagian adalah pengembara terkenal, Ravichandran Tharumalingam, atau lebih dikenali sebagai Ravi ‘Everest’; bekas pemain skuasy kebangsaan, Sharon Wee; pemegang pingat emas Sukan SEA acara renang, Jeffrey Ong; bekas atlet Kebangsaan dan juga bekas atlet Olimpik, Yang Berbahagia Tan Sri Dr Mani Jegathesan, yang dahulunya digelar lelaki terpantas di Asia; perenang kebangsaan dan atlet Olimpik, Khoo Cai Lin; dan jurulatih serta Kapten Skuad Bola Sepak Cacat Penglihatan Malaysia, Sunny Salesh dan Mohd Amirul Arif.


Bukan itu saja, KidZania Kuala Lumpur akan turut memberikan tiket masuk percuma dan
cenderamata menarik kepada lima pemenang KidZania SportZ Facebook Contest. Pemenang boleh menggunakan tiket masuk tersebut sepanjang program berlangsung untuk menyertai aktiviti dan ceramah yang diadakan. Untuk menang, mereka hanya perlu menghantar video yang menunjukkan skil sukan terbaik mereka! So, uollls kalau nak menang tiket masuk Kidszania, jangan lupa untuk sertainya tau :-)

KidZania SportZ disokong oleh AirAsia, Decathlon, CrossFit Pahlawan, Gleneagles Kuala
Lumpur, Spartan Race, F&N Beverages, Telekom Malaysia dan Spritzer.

Untuk maklumat lanjut berkenaan KidZania SportZ dan pertandingan yang dianjurkan, layari
www.kidzania.com.my/happenings/activities-and- events/kidzania-sportz- 2017/.

IT’S TIME TO FEEL THE FEAR

$
0
0
Time to bring out the garlic, holy water, black tourmaline and onyx as Sunway Lagoon unleashes hell with the return of Nights of Fright 5 (NOF 5)!

Known to many as Malaysia’s biggest and scariest festival, it will bring a brand-new slate of
fear-infused attractions and experiences for thrill-seeking adrenaline junkies and the courageous, with classics such as Pontianak vs Pocong, The Ghostbusters Adventure LIVE!, Zombie Apocalypse and Horrorwood Studios.


From the 7 th till the 31 st of October 2017, Sunway Lagoon will play host to a horde of ghosts, ghouls, and sinister creatures. It unveils the most outrageous, eerie, hair-raising haunted
houses in the nation. If you are easily frightened, think twice before you enter. Start to feel the fear by experiencing THE ISLAND OF THE DOLLS, a replica of an accidental tourist attraction in Mexico which became famous due to a tragic disaster. The dolls are dedicated to the lost soul of a poor girl who met her fate too soon in strange circumstances who then possesses the dolls. Locals say that the dolls move their heads and arms and even opened their eyes. Some witnesses claim they have heard the dolls whispering to each other, while others who were on a boat near the island said the dolls
lured them to come down to the island. Look the dolls in the eyes, if you dare.

Further heighten the chill in your bones at OUIJA by gathering around to experience a scary séance in the mysterious and long abandoned attic of Mr. E.J. Bond Esquire’s home. Ouija boards have spooked people for decades in claims of the game to be in direct link with spirits from the world beyond. Many have witnessed their friends moving the planchette on the board while others swore some outer-worldly interference is controlling the movement!
There is a saying that when you die, everything grows dark around the edges until there was only darkness. Prepare yourself with death at DAY OF THE DEAD IN UV3D where you will be exposed to the phenomenon of life of the dead. Manoeuver in darkness as you make your way to the funeral room where you’ll see widows and children mourning the deceased.

Stay alert as those with low spirit might be spotted by the dead souls and they would always want some company in the realm of the dead.

Overrun with squalor, human misery, oppression, disease and overcrowding, haunted hospitals have one thing in common: ghosts of the past lingering in their halls. DYSTOPIA exposes you to a horrifying experience of patient treatments that are frightful to hear, daunting to see in the year 2147. Patients are kept in separate rooms while the doctor determines their treatment. These patients are put through more pain than being treated at the electric shock room and padded room to isolate patients and their muffled cries. Victims who could not withstand the torture are left to die on bloody mattresses and their souls are trapped in the bed to endlessly haunt visitors.

All within Scream Park, amp up your fear levels and call up the GHOSTBUSTERS while wandering through the iconic Firehouse HQ, and some infamous ghost locations such as Aldridge Mansion and Seward Street Subway. Then, move on to PONTIANAK vs POCONG, a bloody affair of a lover returning as a Pontianak and unfaithful husband as a Pocong – seeking what is rightfully theirs in a classic battle of evil vs evil. Meet the scariest movie characters of all time who will come to life and celebrate a night horror at HORRORWOOD STUDIOS. If you think you are fearless, enter the ZOMBIE APOCALYPSE with simply no escape once you step foot into the land of the undead who will show you the worst of fears!

Re-live your childhood nightmares with iconic horror movie characters at the HORRORWOOD BOULEVARD which adopts the famous Hollywood façade with large Oscar Statues, red carpet, velvet rope barriers, and lights.

Face the curse of the sea at ZOMBIE PIRATES with the undead guardians shunning you away from bay into a pool of their horrifying torment. Try as you may to keep afloat or the cursed sea will engulf you whole!
Don’t call yourself brave until you have entered the FOREST OF FEAR. Walk through different tombstones, haunted trees and leafy vines making your stroll in the forest vulnerable to surprise encounters with Hantu Pocongs and Pontianaks!

Fujiaire reveals its first WiFi-enabled air-conditioner on 11street

$
0
0
Inspired by a greater demand in smart home integration, 11street Malaysia has partnered with Fujiaire Sales & Services Sdn Bhd, an air-conditioner manufacturer famous for its air-cleaning ioniser system since 1996, to reach out to more digital consumers. The partnership sees the launch of the Fujiaire Shibui Skin Series – its first WiFi-enabled air conditioner with six wallpaper sticker designs, exclusively on 11street.

‘Shibui’ in Japanese refers to the aesthetic theory of simplicity, subtlety and unobtrusive beauty.
Riding on the overarching theme, the Fujiaire Shibui Skin Series epitomises the fine blend of
classicism and contemporary innovation, with an aim to provide a modern living experience for
today’s home owners looking for clean lines to add on to the aesthetics of their living spaces, with full technological prowess.

The air-conditioner comes to life through the imbued AC Freedom Control App, to allow users to
interact with the unit through WiFi on one’s smartphone to monitor, schedule and control the
temperature of the room with one touch from a distance. Essentially, the smartphone becomes one’s
personalised remote control.

E-retailing becomes catalyst for quality, smart home automation
Chuljin Yoon, Chief Operating Officer of 11street revealed: “We are now standing at the frontline of e-retailing industry, whereby the lines between online and in-store shopping are blurred. In fact, modern consumers have shown a preference for shopping online, citing ‘convenience’ and ‘time saving’ as two most important factors.

“As Malaysia continues to lead the way in e-commerce in Southeast Asia, we at 11street are rising to
the challenge by boosting our smart home and electrical offerings under our home and living
category. Through this collaboration with Fujiaire, we hope to meet our consumers’ demands for
smarter, more innovative and modern appliances.”

Emerging opportunities in the smart home segment
Driven by the rapid evolution of WiFi technology globally, the smart home concept is slowly but surely infiltrating the Malaysian market.

“Research has shown that 65% of baby boomers are willing to pay an additional 20% for a home
fitted with smart automated features such as WiFi-enabled devices 1 . Millennials meanwhile are easily captivated by new technology, especially those that offer convenience right to their fingertips. This is why 11street is the perfect gateway for us to reach out to the younger audiences in Malaysia, and more importantly, to be a part of our strategy to break into the world of e-commerce. The retail
industry is becoming increasingly competitive, and at Fujiaire, we realise the need to leverage on the
strength of this collaboration with 11street to establish an online presence,” said Tan Poh Ai, Chief
Executive Officer of Fujiaire Sales & Services Sdn Bhd. Established in 1994, Fujiaire Sales & Services Sdn Bhd was formed by a team of Malaysian technical and marketing experts. To date, it has a wide global clientele from more than 20 countries including Malaysia, Indonesia, and Vietnam, and won the prestigious Brand Excellence Award from the Ministry of International Trade & Industry (MITI) in 2006.

“We foresee an unprecedented growth in the smart home segment, what not with current trends of minimalism amplified by technology. On that note, we believe that this partnership with Fujiaire will open up a new channel for smart home devices, and enable consumers to activate a premium shopping experience on our platform as we reflect on our intuition to explore a sustainable e-commerce market with Fujiaire,” Yoon concluded.

Fujiaire Shibui Skin Series
The Fujiaire Shibui Designer Collection features wallpaper stickers in six different prints – KIDS,
MARB, PLAY, SKYX, STON, and UNIQ. Each print can be separately purchased to set the mood and feel for each room. Designed with a slimmer built and integrated digital LED display, the new air- conditioner also features a Vitamin C filter that produces a healthy stream of moisturiser, enhanced by a super-ioniser cleaning system to remove dust and germs.

For higher cooling capacity and greater energy saving, Fujiaire also offers the Diamond Shibui Series
powered by a five-star rating inverter with an average savings of up to 50% in electricity consumption per month. This comes up to approximately RM50 saved each month, based on an eight-hour usage per day, on top of the existing cool features.

The Fujiaire Shibui Skin Series retails between RM1,170 and RM2,574, whereas the Fujiaire Shibui
Diamond Series retails between RM1,350 and RM2,925. All Fujiaire air-conditioners purchased from
11street come with a three-year warranty.

For more information on the Fujiaire Shibui Skin Series, please visit http://www.11street.my/benefit/promotionDetail.do?planDisplayNumber=593078

Shopping Barangan Watsons di Shopee, Penghantaran FOC | Rambang Mata Cik Lily Shopping Mekap Free!

$
0
0
Watsons Malaysia telah meraikan pelancaran kalobrasi bersama Shopee sebuah platform membeli-belah antara yang terbaik di Malaysia. Kini dengan seramai lebih daripada 3 juta pelanggan dari Malaysia, boleh membeli-belah produk yang dijual dari Watsons secara dalam talian dari portal Shopee.

Terdapat lebih 2000 produk yang ditawarkan di Watson's offical shop di Shopee, ini termasuklah barangan penjagaan diri, alat solek dan pelbagai lagi. Apa yang menarik, tiada caj penghantaran yang dikenakan untuk setiap pembelian. Dan bagi mereka yang berbelanja pada hari Rabu. pembeli juga berpeluang merebut berbelanja barangan promosi "Watsons Wednesday",  yang mana promosi istimewa ini khas ditawarkan oleh Watson's untuk pengunjung laman  Watson's di web Shopee.

Sempena dengan pelancaran ini juga, Watsons dan Shopee juga telah mengadakan acara Watsons X Shopee Customer Engagement,. Yang mana para media dan juga pelanggan bertuah yang terpilih perlu mengambil sebanyak yang mungkin barangan alatan mekap dalam masa 1 minit dan tidak boleh melebihi nilai RM200.

Memang meriah sangat melihat gelagat mereka yang terpilih ini berebut-rebut mengisi alatan solek dalam bekas kotak yang disediakan. Masing-masing menyusun strategi jenis barangan yang hendak dikaut dalam masa 1 minit.

Cik Lily Putih ini adalah salah seorang peserta. Punyalah excited pilih lipstik untuk kengkawan, hahahahaha.

Hasilnya, NOT BAD bukan?
Dalam nilai tidak lebih RM200, banyak sebenarnya alatan mekap yang boleh kita rembat dari Watsons. Memang harga mampu milik :-)


Beria tau pilih-pilih kasi dekat cashier untuk di 'scan' kan harganya. 

Hebat tak Cik Lily, 18 item untuk harga RM199.90. Hahahahahaha...

Nampak sangat kaki giler beli mekap, kannnn...

Nak shopping barangan Watsons di Shopee, sila layari :-

Snek dan Kudapan Resepi Dari Hong Kong Yang Enak dan Ringkas Di Dairy Tooth

$
0
0
Dairy Tooth, kiosk yang menjual pelbagai makanan ringgan dan minuman istimewa dari budaya masyarakat Hong Kong sememangnya seuatu yang istimewa dan perlu dicuba. Dengan mempertengahkan konsep "take away" sahaja, pelanggan boleh membuat pesanan secara terus dan ianya akan disediakan secara 'fresh'.

Saya difahamkan terdapat 3 cawangan Dairy Tooth di kawasan Lembah Klang iaitu di Sunway Piramid, Jaya One dan Berjaya Times Square. Dan saya telah menerjah Dairy Tooth yang terletak di Tingkat 1 Orange Atrium Sunway Piramid.

DT Original HK Egg Puffs | RM6.90

Ini adalah antara snek yang menjadi pilihan pelanggan, "best selling" item katanya. Saya sendiri telah mencubanya memang sedap giler. Sebab ianya snek yang rasanya sedap dan memang sangat ranggup. Memang dah try sekali, tak akan berhenti mengunyah.

Chocolate Egg Puffs | RM6.90

Dan ada jika anda peminat rasa coklat. boleh mencuba Egg Puffs perasa coklat. Memang tidak mengecewakan. Sedap dan ranggup, cair di mulut! Selain daripada perisa coklat, terdapat juga perisa keju dan seaweed.

Memang saya perhatikan, rata-rata pelanggan yang datang ke sini akan membuat pesanan Egg Puffs ini. Sebab ianya snek ringgan dan ringkas, jadi biasanya pelanggan akan menikmati snek ini sambil bersiar-siar di dalam mall Sunway Piramid.
Rupanya ada teknik tertentu untuk memastikan bahan masakan dimasukkan secara sempurna didalam pembakar khas Egg Puffs ini ya. Nampak mudah, tapi sebenarnya ianya perlukan skil juga, hiks.

Menggunakan suhu dan dan tempoh yang tertentu menjadikan Egg Puffs ini boleh dimasakkan sempurna dan paling penting ianya menghasilkan tekstur yang ranggup.

 See, nak angkat pun ada cara yang tersendiri. Penghasilan Egg Puffs yang terbaik, akan memudahkan kita untuk mengangkat egg puffs yang siap dimasak.

Selain daripada Egg Puffs yang menjadi feveret, terdapat juga snek lain yang turut menjadi permintaan pelanggan. Antaranya seperti:-

 Waffle With Peanut Butter | RM9.90

Butter Sugar French Toast | RM8.90

Kanak-kanak memang akan teruja dengan warna-warni dan rasa french toast ini. Lemak-lemak berkrim gitu!!

Chocolate French Toast | RM8.90

Hidangan ini juga antara yang win dalam hati saya. Sebagai peminat coklat dan roti yang tegar, french toast ini antara yang tersedap saya pernah nikmati.

 Polo Bun

Jelly in Coconut Milk | RM10.90

Jika saya datang ke sini lagi, saya pasti akan repeat membeli jelly ini. Apatah lagi kalau menikmatinya di waktu panas terik, ainya benar-benar mampu menyejukkan tekak. Rasanya memang sedap. Berbaloi dengan harga yang ditawarkan.

HK Style Ice Lemon Tea | RM6.90

Bukan sebarang ice lemon ya. Resepi terbaik dari Hong Kong dibawa ke Malaysia. ada rasa jelly sikit tetapi perlu diingatkan sebelum menikmatinya kita perlu kacau dari bawah terlebih dahulu bagi memastikan kita mendapat rasa manis yang sekata.

Blackcurrant Tea | RM6.90
DT HK Signature Milk Tea | RM7.90

DT HK Signature Milk Tea not bad juga rasanya. Agak pekat juga rasa teh tetapi dibancuh sempurna dengan susu. Ini juga resepi istimewa yang dibawakan dari Hong Kong.

Psst: Harga istimewa hanya RM3 ditawarkan untuk Milk Tea bermula dari 14 August - 27 August 2017. Jangan lepaskan peluang untuk membeli dan mencuba tau :-)


 So, kalau uolls nak rasa snek enak resepi khas dari Hong Kong bolehlah terjah ke Dairy Tooth. Pelbagai hidangan snek dan kudapan ringkas yang enak boleh dicuba.

Keterangan lanjut boleh layari:-


 Selamat menjamu selera!!

Produk Berz Yang Menarik dan Mesra Bayi!

$
0
0
Tidak dinafikan memiliki anak kecil di rumah menjadikan segala keperluan mereka sentiasa diutamakan. Baru-baru ini saya telah membeli 2 produk dari jenama Berz di Lazada. Apa yang menarik kedua produk yang dibeli didatangkan dengan bentuk yang sangat menarik dan praktikal buat ibu-ibu yang super busy dengan aktiviti setiap hari.

Dua produk tersebut adalah:-

Berz Toddler Dinnerware -Baby Solid Feeding Dishes 5 in 1 Multifuntional Bowls Cup Spoon and Fork FDA Approved BPA Free

Berz Baby Food Grinder blender Homemade Food Processor Multiunctional Feeding 8 in 1 Set Grinding Bowl Filter Lapping Plate FDA Approved BPA Free

Ini adalah produk yang memang saya mencari untuk my Yara. Biarpun saya sibuk bekerja tetapi keperluan harian seperti penyediaan makanan sememangnya saya memilih untuk melakukannya sendiri. Ini kerana makanan yang kita sediakan adalah yang terbaik memandangkan kita pasti memilih sayuran/buahan yang segar, kaya dengan nutrisi dan paling penting ianya bersih.

Diperkenalkan dengan produk Berz Baby Food Grinder blender Homemade Food Processor Multiunctional Feeding 8 in 1 Set Grinding Bowl Filter Lapping Plate FDA Approved BPA Free yang mempunyai 8 jenis peralatan (boleh rujuk pada gambar di atas) dalam penyediaan makanan bayi sememangnya sangat memudahkan urusan harian saya. Paling penting produk ini dihasilkan dari bahan yang bebas BPA yang mana kita sedia maklum membahayakan kesihatan untuk masa panjang.

Disebabkan Yara sudah mula diberi bubur dan air buah-buahan sejak beliau berusia 6 bulan lepas. Jadi antara buahan yang saya gemar berikan selain buah kiwi dan jus epal adalah buah oren. Apatah lagi  buah oren bukan sahaja kaya dengan vitamin C bahkan rasanya yang masam-masam manis menyebabkan anak-anak kecil begitu menggemarinya.

Memandangkan perkakasan ini tidak memerlukan penggunaan elektrik dan ianya diperbuatkan daripada plastik berkualiti tinggi jadi ianya tidak merbahayakan. Bahkan ianya boleh dijadikan aktiviti membuat jus bersama anak-anak kecil seusia 2 tahun ke atas.

Lihat sahaja my Ameer yang begitu teruja membantu menyediakan jus oren dengan pantauan saya sendiri. Sekaligus mengajar Ameer tentang tanggungjawab sebagai abang dan juga melatihnya untuk lebih berdikari.

Peralatan yang disediakan dari set Berz Baby Food Grinder blender Homemade Food Processor Multiunctional Feeding 8 in 1 Set Grinding Bowl Filter Lapping Plate FDA Approved BPA Free juga membolehkan kita untukmembuat puri isi ubi kentang, labu dan sebagainya. Ini kerana ianya juga didatangkan dengan alatan melenyek (warna putih) dan juga penapis. Paling best, kita juga boleh membawa Berz Baby Food Grinder blender Homemade Food Processor Multiunctional Feeding 8 in 1 Set Grinding Bowl Filter Lapping Plate FDA Approved BPA Free ke mana sahaja terutama jika keluar bersama anak kecil. Ianya sangat kompak, praktikal dan mudah.

Kita boleh dapatkan produk ini di LAZADA!

Ini pula adalah set Berz Toddler Dinnerware -Baby Solid Feeding Dishes 5 in 1 Multifuntional Bowls Cup Spoon and Fork FDA Approved BPA Free. Lihat sahaja rupanya yang comel bukan anak sahaja yang pasti teruja bahkan ibu juga!

Set lengkap 5 dalam 1 ini didatangkan dengan bekas makanan dan minuman dan juga set sudu yang sangat cute! Sebenarya terdapat 4 pilihan warna dan saya telah memilih warna pink  ini.

Lihat sahaja set sudu dan garfu yang permukaannya di perbuat daripada silikon. Permukaan sudu dan garfu agak pejal tetapi lembut yang pastinya tidak akan melukakan mulut.

Diperbuat daripada stainless steel, ianya tahan lasak dan panas. Dan sangat praktikal dijadikan bekas makanan anak-anak ketika kita keluar berjalan ataupun untuk diletakkan di rumah.

Ianya sangat mudah terutama untuk menyuap anak kerana terdapat pemegang tangan. Selain itu bentuknya yang bulat menyebabkan ianya praktikal. Lihat sahaja my Yara yang begitu excited menikmati buburnya dalam mangkuk yang comel ini.

Bersungguh-sungguh menikmati hidangan dalam mangkuk comel dari Berz Toddler Dinnerware -Baby Solid Feeding Dishes 5 in 1 Multifuntional Bowls Cup Spoon and Fork FDA Approved BPA Free

Terdapat juga bekas minuman yang mana muncung minumannya diperbuat daripada siluikon sangat mebut dan ringgan. jadi kita tidak perlu risau jika anak kecil kita menikmatinya sendiri.

Pastinya produk berkualiti ini didatangkan dengan warna-warna ceria yang mampu menarik si manja kita. Praktikal, mudah dan bergaya untuk di bawa ke mana sahaja.

Nak dapatakan produk ini, boleh layari LAZADA!

Bagiku “Penampilan tidak akan sempurna tanpa wangian”...Stunning Enchanteur

$
0
0

Umpama bunga yang mekar tampil lebih berseri dengan keharumannya begitulah diibaratkan apabila dikaitkan tentang wangian dengan wanita. Dengan keharuman menjadikan penampilannya cukup sempurna.  Seperti saya sendiri akan sentiasa memastikan diri berbau wangi dengan haruman yang sesuai bagi menyerlahkan lagi pesona diri saya.

Kajian membuktikan wanita yang memakai haruman akan dilihat lebih tampil menarik. Nah! Tidak hairanlah mengapa wanita sejak dulu lagi telah mengetahui mengenai fakta bahawa minyak wangi merupakan aksesori yang tidak menonjol, tetapi mampu untuk menyerlahkan si pemakai dan mencipta aura yang tiada tandingan. Ianya seumpama daya tarikan bagaimana tertariknya seekor lebah kepada pati nektar yang wangi baunya.

Dan diantara wangian yang menhadi feveret saya, dulu kini dan selamanya adalah dari jenama Enchanteur!



Untuk pengetahuan semua ENCHANTEUR jenama wangian terkemuka dengan haruman yang diinspirasikan dari Perancis, telah melancarkan semula rangkaian Eau de Toilette dan penjagaan peribadi. Bersempena dengan pelancaran ini, satu haruman baharu yang sangat menarik telah diperkenalkan iaitu, Stunning! Apa yang menarik wangian mempesona ini merupakan gabungan Turkish Rose dan Magnolia, telah dipertingkatkan dengan kemanisan dari Blackcurrant Bud dan Raspberry serta dicampur juga dengan kelembutan Sandalwood. Jesteru itu tidak hairanlah jika peemakai  wangian Stunning ini akan tertawan dengan aroma sensual yang dipakainya sendiri. Ini kerana wangian ini mampu menjadikan kita wanita yang istimewa, seterusnya menyerlahkan penampilan dan personaliti diri.


Selain Eau de Toilette, variasi Stunning juga hadir bersama produk pelengkap melalui rangkaian penjagaan peribadi termasuk losyen, deodoran, dan bedak talkum yang membuatkan kulit lebih lembut menawan sehalus satin dan berharum wangian segar sepanjang hari.


ENCHANTEUR telah membaharui bentuk botol rangkaian EDT. Jika diteliti botol EDT ini berkonsepkan bentuk tubuh seorang wanita memakai gaun berlipat dengan potongan duyung; manakala variasi warna pada botol adalah berdasarkan wangian flora di dalamnya. 


Keanggunan botol ini dimahkotakan dengan penutup berbentuk bunga mawar mekar yang menjadi simbolik percintaan yang romantis dan pati bunga yang menjadi esen pelengkap di dalam botol wangian tersebut. Pembungkusan indah ini amat mudah dipegang dan boleh dijadikan hiasan di atas meja rias. Cantik dan menarik, harum wangian terbaik!



ENCHANTEUR Eau De Toilette boleh didapati pada harga runcit RM28.20 (termasuk 6% GST) bagi setiap botol 50ml. Manakala Losyen Enchanteur juga boleh didapati dalam pelbagai saiz yang berharga dari RM5.40 hingga RM17.60.  Deodoran Enchanteur pula hadir dalam pelbagai bentuk/ format- stik, bebola dan juga semburan yang berharga dari RM4.90 sehingga RM8.40 manakala bedak Enchanteur berharga dari RM4.40 hingga RM11.80. Pelbagai produk wangian serta produk penjagaan diri Enchanteur boleh didapati di semua rangkaian pasar raya, pasar raya besar dan farmasi. 

Untuk maklumat lanjut mengenai ENCHANTEUR, sila log masuk ke www.enchanteur.com.my atau lawati laman Facebook ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY.

 “Penampilan tidak akan sempurna tanpa wangian”… Author C.Joybell C

Parti Beg Bersama Media Hiburan dan Remaja

$
0
0
Ollaaaa....
Pada Ahad lepas kisahnya saya ada menang pas ke Handbag Parti Bersama Media Hiburan/Remaja di Pavilion. Macam tak percaya jer, saya nak join event lately ni, hahah. Sebabnya biasa saya akan hadir atas tiket blogger/media influencer.

Tapi sebab dah namanya parti beg..dan saya sendiri memang jenis kaki koleksi beg, haruslah terjah :-)

Seriouslu ohmaigaaaaaaaaaad....first time tengok beg emoji ni. Memang saya teruja giler. Comey sangat. Comey sangat (44 kali aku duk berzikir kat situ, kahkahkah)...Paling best ianya adalah dibawah jenama Giamax (sememangnya jenama ni cukup popular dikalangan mereka yang kaki shopping beg).

Antara beg Emosi edisi istimewa dari Giamax menarik minat saya...

Tote bag ada pelbagai saiz dan warna. Paling menarik ianya juga didatangkan dengan tali panjang bagi mereka yang suka untuk menggayakannya ala sling bag :-)

Saya suka juga dengan rekaan beg yang berwarna kelabu di atas. Nampak elegen, chic dan sweet. Menggambarkan si pemakai seorang yang "happy go lucky" personalitinya.

Wrist bag yang comel. Geram tengok. Kalau dapat satu memang saya jadikan beg untuk diisi dengan barangan penting. Paling suka tengok wajah-wajah emoji yang comel.

Ok, ini adalah sling beg yang saya dapatkan untuk my Yana. Saya sukakan warnanya gabungan gold dan metalik. Panjang tali yang boleh dilaraskan dan juga key chainnya ada gambar emoji 💩. Hahahahaha.
Stylo sangat rekaannya :-)
Hari ni pulak ada tawaran yang mana kita boleh mendapatkan sling bag ini dengan harga RM55 sahaja untuk ahli SOGO dan 30 pertama sahaja. Harga asal adalah RM159 tau. Murah dan untung gila siapa yang dapat beli koleksi ini.
Penerangan tentang koleksi Emoji dari pihak Giamax  :-)

Antara selebriti/KOL yang turut hadir memeriahkan acara ~ Shasha Saidin, Elyana dan ramai lagi.

See, selebriti yang datang pun excited memilih beg emoji yang cantik dari Giamax. Memang meriah giteww...

Pelbagai aktviti disediakan untuk tetamu yang hadir, antaranya pertandingan catwalk, baling bola ke dalam paper bag, posing dengan beg emoji paling menarik dan penggumpul LIKES tertinggi untuk gambar yang dikongsi di instagram

Ni antara kakak yang terror membaling. Hampir semua dibaling masuk dengan sempurna hehehe.

Lihat sahaja aksi Elyana ni beraksi. Bersungguih-sungguh. Pemilik lantunan lagu "Tak Tercapai Dek Akalmu" dan pelakon dari siri Dunia Baru dikatakan akan membuat comeback dalam bidang seni. Sama-samalah kita nantikan ya, hiks.

Pemenang pakaian terbaik bagi kategori lelaki, Zubir yang sememangnya sangat sporting melibatkan diri dalam semua acara yang disediakan oleh pihak penganjur.

Sempatlah bergambar dengan salah satu beg emoji di situ. So, uolls kalau berminat nak berjumpa dengan karektor emoji dan sertai di aktiviti bergerak anjuran Giamax bersempena dengan keluaran beg edisi Emoji mereka boleh layari www.facebook.com/giamax


MALAYSIA DAY HI-TEA @ ROYALE SONGKET RESTAURANT GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM

$
0
0



Grand BlueWave Hotel Shah Alam (GBWHSA) mengadakan acara Hi-Tea Hari Malaysia bersempena dengan Hari Malaysia 2017. Bertempat di Royale Songket Restaurant, Grand BlueWave Hotel Shah Alam. Harga yang ditawarkan bermula dari RM68.00 + untuk orang dewasa, RM55.00 + untuk warga emas dan RM35.00 + untuk kanak-kanak. Kita hanya boleh menikmati semua makanan istimewa bermula dari jam 12.00 tengah hari sehingga 4.00 petang.


Antara menu yang ditawarkan adalah Laksa Johor, Itik Salai Masak Lemak Cili Padi, Devil Curry, Ikan Patin Masak Tempoyak, Burasak dan banyak lagi. Selain itu terdapat hidangan Satay Ayam Serai Wangi Kuali Leper bersama kuah kacang dan Otak-otak Kempas. Untuk menu pilihan kanak-kanak terdapat Fish Finger with Tartare Sauce, Golden Chicken Nugget dan pelbagai lagi.Untuk pemanis mulut pelbagai jenis french pastri ditawarkan. potongan buah-buahan dan gerai ABC serta sebagainaya. 

Jadikan Hari Malaysia ini satu kenangan terindah dengan menghabiskan masa bersama mereka yang tersayang sambil menikmati hidangan enak yang ditawarkan.

Untuk pertanyaan dan tempahan lanjut, sila hubungi di talian Royale Songket Restaurant 03-5511 8811 ext. 2612 atau 2613. Semua harga hanya tertakluk kepada
6% daripada CBP.

Harga: 
RM 68.00+ (Dewasa)
RM 55.00+ (Warga Emas) 60 tahun ke atas
RM 35.00+ (Kanak-kanak) 4 - 11 tahun

Tarikh: 
16 September 2017 (Sabtu)

Masa: 
12.00 tengahari - 4.00 petang

Tempat: 
Restoran Royale Songket, Tingkat Bawah

Pengurus Hotel: 
Tuan Haji Mohd Ghazali bin Sayed Ibrahim

Eksekutif Sous Chef: 
Chef Firdaus bin Ismail

Chef Incharge (Senior Chef De Cuisine): 
Chef Al-Hafiz Bin Redzuan



Peraduan Meriahkan Sambutan Hari Kebangsaan Bersama Pokka

$
0
0
Gaisss..gaisss

Ada berita baik ni. Serious tak tipu terutama bagi peminat-peminat minuman POKKA. Bersempena dengan Bulan Merdeka dan Hari Malaysia ni kan, POKKA Malaysia telah menganjurkan satu peraduan yang sangat mudah tetapi hadiah memang kalau menang sangat berbaloi.


Apa yang perlu uolls buat. First beli mana-mana produk Pokka bernilai RM12 minimum (resit tunggal) di Giant sahaja.

Ulls boleh hantar penyertaan melalui :
Melalui Pos (boleh dapatkan boring penyertaan di Giant)
Melalui Whatsapp

Untuk Whatsapp, sila..
· Ambil gambar resit dengan jelas.
· Whatsapp butir-butir di bawah dan lampirkan gambar resit ke 013-6017211 :

Nama :
No. Kad Pengenalan
No. Resit

Jawapan kepada soalan : Lengkapkan ayat di bawah :

“ Asli lagi menyegarkan, itulah ____________ !”

Slogan kreatif (tidak lebih daripada 50 patah perkataan)

Simpan resit sebagai bukti pembelian untuk tujuan penebusan hadiah (sekiranyan terpilih sebagai pemenang)


Hadiah-hadiah berjumlah RM10,500 tau!!!
Hadiah Utama – Peti Sejuk Bernilai RM5,000 x 1 pemenang
Hadiah Kedua – Peti Sejuk bernilai RM3,000 x 1 pemenang 
Hadiah Ketiga – Ketuhar Stim bernilai RM1,500 x 1 pemenang 
Hadiah Saguhati – Baucar Giant bernilai RM100 x 10 pemenang)

Untuk terma dan syarat peraduan boleh klik pada gambarajah dibawah ya!


Durasi Peraduan: 1 Ogos – 30 September 2017


SELAMAT MENCUBA!!

Shopping Barangan Yara di BabyDash.com.my | Best dan Berbaloi!

$
0
0
Babydash.com.my merupakan antara platform membeli-belah yang sentiasa menjadi tempat persinggahan khasnya buat ibu-bapa yang sentiasa mencari keperluan terbaik buat anak mereka. Dengan menawarkan pelbagai barangan keperluan harian anak terutama barangan bayi memudahkan ibubapa mencari dan membuat pilihan. Antaranya seperti lampin dan susu, produk mandi & penjagaan kulit, makanan bayi, mainan, car seats, stroller dan banyak lagi. Apa yang penting pembeli bukan sahaja dapat menjimatkan masa dan tenaga mereka. 

Bahkan dengan melakukan pembelian dalam talian, membuat review, setiap kali log in masuk akan diberikan mata/poin sebagai ahli. Apa yang menarik mata/poin ini kita boleh gunakan untuk membuat pembelian dari laman web ini. Selain itu Babydash juga telah membina komuniti keibubapaan dan terdapat pelbagai aktiviti menarik disediakan. Antaranya seperti 'cofee talk', ceramah keibubapaan, ceramah konsultasi laktasi, dan banyak lagi. Serious untung jika kita sebagai ibubapa menjadi sebahagian komuniti ibubapa Babydash!

Kenalkan inilah co-founder www.Babydash.com.my iaitu Mrs Lavi dan Mrs Shan. Mula berminat untuk membangunkan laman web membeli-belah khas buat ibu bapa yang mencari keperluan anak-anak mereka setelah mereka sendiri merasai pengalaman sukar untuk mendapat barangan keperluan dengan mudah dari satu tempat sahaja.

Jadi pada hari Sabtu lepas saya dan beberapa mommy bloggers telah dijemput melihat sendiri warehouse Babydash di Petaling Jaya. Kami telah diberi penerangan tentang laman web Babydash dan barangan-barangan yang ditawarkan menerusi platform talian membeli-belah ini, Apa yang menarik laman web membeli-belah yang telah dilancarkan sejak 6 tahun yang lepas ini banyak menawarkan barangan pada harga diskaun yang cukup berbaloi. Ini terutama pada setiap hari Rabu ada barangan yang boleh kita dapatkan pada harga bida kita pertaruhkan. Menarik bukan?

Segala jenis saiz dan jenama pampers ada jual di sini. Jadi uolls tak perlu risau jika kehabisan stok pampers secara tiba2 di rumah. layari sahaja Babydash.com.my dan buat pesanan dari situ, hiks.

My Amani yang teruja meilih mainan buat adiknya. Seriously, Babydash.com.my ada pelbagai jenis mainan yang baik untuk bayi kita. Terutama dama membantu pergerakan dan pemotoran fizikal dan mental.

Ini adalah produk yang agak sukar untuk didapatkan di pasaran. Namun di Babydash.com.my ada menjualnya. So, kita boleh dapatkan terus dari sini.

Ini memang kegemaran saya. Aksesori buat si Yara. Boleh berjam-jam kalau saya memilihnya, hiks

Makanan bayi yang kebanyakannya adalah organik ditawarkan di sini.

Ada juga pampers khas untuk berenang (swimming) di jual di Babydash.com.my.

Produk feveret saya Buds pun ada dijual sini. Dari mandian, losyen dan banyak lagi ada di Babydash.com.my. Jadi saya boleh dapatkan stok Buds dari satu platform talian membeli-belah sahaja.

My Amani yang cukup teruja setelah siap membeli-belah di sini. Rasanya nak angkut semua barang yang ada tetapi bila berbelanja biarlah berpada-pada. So, kami akan repeat berbelanja lagi bulan depan di Babydash.com.my. Sebab ianya adalah berbaloi.

Senang rupanya nak buat pembelian di Babydash.com.my. Pilih barang dari laman web mereka, lihat status unit yang tinggal, check out dan bayar secara online. Mudah dan pantas!

Di hari kejadian juga terdapat lelongan barangan, jangan tidak percaya Trunki yang comel ini dilelong (lawan bida) pada harga RM125 sahaja. Cukup murah dan berbaloi. Ini kerana harga asalnya kalau tak silap saya adalah RM263.

Antara pemenang cabutan bertuah. Untung dapat produk Mustella!!!

My Yara bersama kotak yang berisi semua barangan Yara kesukaan mummy sebenarnya. hahahahaha.

Excited tak? 3 item ni dalam RM119 sahaja. Barangan ni semuanya adalah dari jenama terkenal khas dibawah label produk bayi.

Belanja lagi satu gambar lagi. Sebabnya mak dia hover gembira dengan barangan yang dibeli, hehehehe.

My Yara bersama dengan giraffe teether. Ada diskaun 20% produk ini. Boleh rujuk kat sini https://www.babydash.com.my/catalogsearch/result/?q=giraffe

Gambar kat sekolah pagi ni. Punyalah suka dapat beg baru yang cantik. Siap ajak balik heret beg sekolah ni sekali, heheh. Nak dapatkan beg sekolah ni boleh klik dekat sini https://www.babydash.com.my/school/category/bags-backpacks-lunch-bags/oops-all-i-need-snail-soft-backpack.html (tapi rasanya dah habis stok, so kena check masa2 akan datang ya!)

Jom uolss jadi sebahagian dari komuniti www.babydash.com.my dan shopping kat sini untuk barangan bayi, murah dan berbaloi!!

NIVEA MEN dan 11street Bangkitkan Juara Dalam Dirimu | Faiz Subri In Da House YAwwww

$
0
0
Siapa yang tidak kenal dengan dengan pemain bola sepak negara Faiz Subri yang telah menerima anugerah antara pemain bola sepak terbaik di dunia. Dan anak-anak lelaki saya sendiri terutama Afiq sangat meminati pemain yang dikatakan pernah melakukan hantaran gol ajaib satu masa dulu. Jadi bila dapat bertemu empat mata, haruslah saya teruja untuk bergambar kenangan (khas juga tatapan untuk my Afiq bagi dia jeles hahaha)




Melihat kepada fenomena cuaca hari ini seharusnya kita perlu bersyukur kerana dapat tinggal dalam persekitaran beriklim tropika. Namun yang demikian kita juga terpaksa mengharungi kelembapan tinggi yang tentunya akan menyebabkan ketidakselesaan apabila berpeluh. Atas kesedaran masalah yang sering dialami oleh banyak lelaki hari ini, jenama terkemuka penjagaan kulit untuk lelaki, NIVEA MEN telah memperkenalkan Deodoran NIVEA MEN Cool Powder di 11street dan seterusnya mengadakan promosi seluruh negara sehingga 15 September 2017.


Bersama duta jenama dan pemenang Anugerah Puskas FIFA 2016, Mohd Faiz Subri, NIVEA MEN berusaha ke arah memberi sensasi dingin segera, keselesaan talkum dan kekeringan berpanjangan sungguhpun di bawah keadaan yang paling mencabar untuk kesemua lelaki di Malaysia.

Menambah kepelbagaian kepada pelanggan lelaki Ketua Pegawai Operasi 11street, Chuljin Yoon berkata:“Akhir tahun lalu kami mendapati lelaki yang tidak pernah membeli-belah dalam talian akan dua kali ganda berkemungkinan untuk membeli barangan secara dalam talian pada tahun ini. Berdasarkan perbandingan antara 2016 dan setakat tahun ini, kami telahpun melihat peningkatan dua kali ganda dalam pembelian produk penjagaan diri lelaki di 11street. Kini, pada 2017, kerjasama kami dengan NIVEA MEN bukan sahaja akan memperkukuhkan penemuan kami ini tetapi juga menunjukkan bagaimana lelaki hari ini membuat pilihan teliti terhadap produk-produk penjagaan peribadi mereka."



Bersependapat dengan sentimen tersebut, Pengurus Negara Beiersdorf Malaysia dan Singapura, Ng Hock Guan menjelaskan: “NIVEA MEN ingin menjadi inspirasi kepada lelaki untuk menentukan aspek penjagaan diri mereka dan untuk memperkasakan mereka untuk membangkitkan juara dalam diri masing-masing. Menerusi usaha sama dengan 11street, kami ingin memperkenalkan Deodoran NIVEA MEN Cool Powder yang memberi sensasi dingin segera, keselesaan talkum dan kekeringan berpanjangan dan tentunya, bau yang harum!”

Selingan : Sebab teruja dengan Faiz Sabri dalam kejayaan beliau dalam arena sukan bola sepak. Saya juga tidak mahu ketinggalan untuk menunjukkan skil bermain bola sepak walaupun sekadar sepakan bola sahaja. Tetapi ternyata saya memang tidak mempunyai bakat dalam permainan ini, menedang bola virtual pun 'failed' kihkihkih.

Kuasa Talkum

Terdapat 2 jenis produk NIVEA yang menjadi kegemaran iaitu – spray dan roll-on. Dan untuk pengetahuan semua deodoran NIVEA MEN Cool Powder diperkayakan dengan mikro talkum partikel dan bersandarkan sistem kawalan peluh yang berkesan, memberikan rasa kekeringan dan tidak melekit sepanjang hari.

Sebagai duta jenama NIVEA MEN, Faiz Subri, yang meraih populariti peringkat antarabangsa
menerusi sepakan percuma mengagumkan ketika perlawanan Pulau Pinang menentang Pahang dalam Liga Super Malaysia 2016 berkata:

“Kehidupan sebagai seorang atlet memerlukan saya sentiasa cemerlang. Saya gigih berlatih untuk memberikan prestasi terbaik kepada pasukan dan negara, namun bersamanya, saya juga berhadapan dengan cabaran untuk sentiasa berasa segar dan dingin. Disebabkan oleh Deodoran NIVEA MEN Cool Powder, saya boleh memberi tumpuan terhadap permainan dan membiarkan kawalan peluh dan bau kepada deodoran yang menakjubkan ini. “
Menghurai lanjut, Ng berkata: “Mempertimbangkan keadaan Faiz Subri dan jutaan lelaki tempatan yang sibuk, kami membawakan penawaran produk kami ke aras seterusnya dengan menjadikan ia mudah diperoleh menerusi 11street. Kami percaya bahawa ia sesuatu keputusan yang betul dalam menjalin kerjasama dengan 11street yang telah menunjukkan kejayaan dalam membantu jenama menembusi dunia dalam talian. Sehubungan itu, kami mempunyai keyakinan dalam kebolehan 11street untuk membantu kami mempertingkatkan capaian kepada pelanggan lelaki di seluruh negara.”

Menamatkan bicara, Yoon berkata: “Kami amat berbesar hati kerana bekerjasama dengan NIVEA MEN dalam usaha memadukan lelaki dengan produk penjagaan diri mereka, pada masa yang sama mempertingkatkan perkhidmatan penunaian kami dengan membuka dunia produk menarik bagi pelanggan lelaki.”



Bangkitkan Juara Dalam Dirimu

Dari sekarang sehingga 15 September 2017, pelanggan 11street akan menerima diskaun 20% untuk setiap pembelian NIVEA MEN Cool Powder Spray 150ml (RM13.52) dan NIVEA MEN Cool Powder Roll On 50ml (RM8.40). NIVEA MEN Cool Powder Spray 150ml dan NIVEA MEN Cool Powder Roll On 50ml masing-masing dijual pada harga RM16.90 dan RM10.50 di di semua kedai farmasi dan pasaraya seluruh negara.

11street juga menawarkan pek bersama eksklusif pada kadar potongan 30% untuk produk berikut:

 NIVEA MEN Cool Powder Spray 150ml bersama NIVEA MEN Extra Whitening Mud Foam 100g pada harga RM24.78

 NIVEA MEN Cool Powder Roll On 50ml dan NIVEA MEN Extra Whitening Foam 100g
pada harga RM19.00


Bersempena pelancaran berkenaan, seramai 50 pelanggan berpeluang memenangi baucar Al-Ikhsan yang bernilai sejumlah RM5,000 bagi pembelian minimum bernilai RM15 untuk produk-produk NIVEA MEN menerusi 11street sehingga 15 September 2017.

Untuk maklumat lanjut berkenaan peraduan ini, sila layari:


Kini Mydin Telah Berusia 60 Tahun Usianya

$
0
0
Siapa yang tidak kenal dengan Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali bin Ali bin Mydin, seorang tokoh korporat yang cukup tidak asing di Malaysia. Mewarisi empayar keluarganya, sehingga kini 60 tahun lamanya Mydin utuh menjadi antara pasaraya pilihan 1 Malaysia

Sedikit tentang sejarah Mydin yang bermula pada pasca perang dunia kedua di sebuah kedai papan di Kota Bharu pada tahun 1957. Selang 2 tahun kemudian Mydin telah dibuka di Jalan Kampung Cina Kuala Terengganu. Seterusnya pada tahun 1987. Mydin perama dibuka di Lembah Klang adalah di Jalan Masjid India. Dan tahun 2016 merupakan tahun kegemilangan Mydin yang mana telah membuka pasaraya borong terbesar pertama di USJ, Subang Jaya. Sehingga kini Mydin telah mempunyai 322 buah cawangan dengan 10 format perniagaan.

Bersempena dengan sambutan ulangtahun Mydin yang ke-60 tahun, pihak Mydin juga telah memberi penghargaan kepada pihak-pihak media yang telah bersama-sama membantu memperkenalkan Mydin kepada masyarakat dan juga sering menyokong segala aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pihak Mydin dalam malaksanakan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat sekitar.

Selain daripada itu, pihak Mydin juga telah menjemput ke semua 81 penaja bagi penerimaan momento yang telah disampaikan sendiri oleh Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin, Pengarah Urusan MYDIN. 

Pelbagai aktiviti menarik telah dirancang bersempena dengan ulang tahun Mydin yang ke 60. Antaranya seperti Peraduan P&G dan Mydin yang bakal menaja 60 orang untuk mengerjakan ibadah umrah, Projek Tebus Produk Penaja (Nestle, P&G, BABAS dan Safi), pendaftaran /pembaharuan kad Meriah serendah RM6 sahaja, peraduan di laman sosial Suria FM dan banyak lagi aktiviti menarik yang bakal berlangsung selama 5 bulan.

Saya juga berkesempatan melihat dan meninjau pameran yang disediakan di bahagian ruang legar Mydin. Pelbagai info menarik yang boleh kita baca dan famahi terutama pencapaian dan perkembangan pasaraya Mydin itu sendiri.

Antara kenangan manis apabila antara aktiviti anjuran Mydin tersenarai dalam  Malaysia Books of Records.

Antara buku yang harus dibaca dan mampu memberi inspirasi . Kisah kejayaan tokoh korporat yang disegani.

Majlis Ulangtahun 60 tahun Mydin ini juga turut diserikan dengan persembahan 2 artis terkemuka tanahair iaitu Jaclyn Victor dan Anuar Zain.

Moga Mydin terus sukses dan berjaya serta berterusan meningkatkan mutu perkhidmatan dan memberikan harga yang terbaik buat pelanggan-pelanggannya.
Viewing all 2932 articles
Browse latest View live