Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all 2935 articles
Browse latest View live

Manhattan Business Hotel TTDI | “Best Business Hotel” Yang Menawarkan Penginapan Terbaik Untuk "Business Traveller"

$
0
0
 
Jika kita perlu keluar kerja di luar kawasan (out station) dan lokasinya terletak di Lembah Klang pastinya kita  memerlukan tempat penginapan yang selesa, bersih, selamat, pelbagai fasiliti kemudahan termasuklah pengangkutan awam dan paling penting harga yang ditawarkan perlulah sangat berpatutan.

Dan Manhattan Business Hotel TTDI adalah hotel yang saya sangat rekomenkan kepada  mereka yang mencari tempat penginapan yang terbaik. Dekorasi berkonsepkan kesibukan dan kecantikan bandar Manhattan, keluasan pula seakan butik hotel ini sangat sesuai untuk 'business traveller' dan juga buat mereka yang mempunyai famili yang kecil.

Di kaunter penyambut tetamu sangat ketara dekorasinya yang menggambarkan stesen keretapi Manhattan yang sangat unik dan cantik. Sepertimana yang kita ketahui tujuan hotel ini dibangunkan  adalah khas untuk business traveller yang boleh kita gambarkan mereka ini sebagai orang yang sentiasa sibuk dan begitu menjaga/mengejar masa. Jadi kita boleh kaitkan bagaimana kesibukkan stesen keretapi Manhattan dengan konsep dekorasi dan fasiliti yang disediakan oleh hotel.

Berada di hotel ini memang kita akan kerap bertembung dengan pengunjung yang kebanyakannya kaki 'traveller' ataupun didalam trip bisnes. Menariknya kemudahan asas seperti set sofa dan kerusi meja yang sesuai untuk kita duduk dan berdiskus ataupun sesi santai bersama rakan trip dan klien memang ada disediakan.

Untuk pengetahuan semua, hotel ini dibina atas usahasama sekumpulan rakan baik yang juga terlibat dalam bidang kontraktar pembinaan. Mengambil kira banyak elemen seperti konsep minimalis dan artistik maka terbina Manhattan Business Hotel TTDI yang mempunyai 6 tingkat dengan 58 bilik yang mana setiap satu aras (level) mempunyai tema uniknya yang tersendiri.

Paling membanggakan biapun baru beroperasi selama setahun, Manhattan Business Hotel telah berjaya memenangi anugerah yang cukup berprestij iaitu “Best Business Hotel”  bersempena dengan Prestigious Developer Awards 2018 anjuran Property Insight.

Melangkah di ruang koridor di setiap aras (level) Manhattan Business Hotel TTDI, kita akan terpana dengan elemen dekorasi yang dipertonjolkan. Menggambarkan seperti suasana di dalam kabin tren moden. Cantik!

Laluan ke bilik penginapan. Cantik, bersih dan sangat sejuk mata memandang :-)

Mari saya kongsikan beberapa jenis bilik yang ditawarkan di Manhattan Business Hotel TTDI. Ianya bergantung kepada kekosongan juga ya.

Antara bilik yang ditawarkan adalah katil jenis Deluxe Twin, Deluxe Queen dan Deluxe Single                                                                                                                                                                                               
Katil Deluxe Queen (Tanpa Tingkap)

Bukan main seronok, Afiq dan Ameer bila berada di sini. Empuk betul tilamnya. Memang ada kelas yang tersendiri. Tidak seperti hotel bajet yang lain, Manhattan Business Hotel ini tampil lebih esklusif.

Katil Deluxe Single

Katil Deluxe Twin

Katil Deluxe Queen (Ada Tingkap)

Keempukkan tilamnya memang ketara, kebersihan memang sangat terjaga!

Manhattan Business Hotel TTDI menyediakan semua kelangkapan asas untuk pelanggan hotel mereka. Antaranya seperti tuala mandi, kopi, teh, air mineral, berus gigi, tisu, sabun mandi dan juga shampu. Dan di setiap bilik juga telah dilengkapi dengan penghawa dingin, televisyen, wifi berkelajuan tinggi, peti ais mini, cerek elektrik, pengering rambut, peti simpanan dan pintu elektronik untuk keselamatan sepanjang berada di sini.

Sebagai 'business traveller', meja peribadi didalam bilik tidur memang sangat diperlukan!

Sterika juga disediakan bagi mereka yang memerlukan. Dan ianya terletak di  hujung koridor setiap aras.

Setiap pelanggan hotel juga akan diberikan sarapan percuma setiap hari yang bermula daripada jam 7 pagi sehinggalah 10 pagi. Kawasan cafe hotel yang sederhana luasnya, namun ianya cukup menarik dengan dekorasi yang memberi sentuhan warna segar seperti hijau dan putih.

Sudut ini benar-benar mencuri pandangan mata :-)

Sarapan pagi yang disediakan adalah didalam bentuk set. Kita perlu order di kaunter dengan membuat pemilihan menu yang ditawarkan. Saya difahamkan, menu akan sentiasa bertukar dan tidak akan sama bagi mengelakkan kebosanan pengunjung yang terpaksa menikmati hidangan yang sama setiap hari.

Dan untuk hidangan di atas disediakan untuk pelanggannya dan ianya 'free flow', heheheh :-)

Makanan untuk 2 orang. Mewah korang! English Breakfast namanya, heheh

Di satu sudut disediakan komputer dan pencetak bagi kegunaan pelanggannya yang mungkin memerlukan. Dan ianya adalah percuma.

Biarpun hanya semalam, saya begitu berpuas hati menginap di sini. Dengan fasiliti superb, kemas dan bersih, selain daripada lokasinya yang begitu strategik iaitu berdekatan dengan kedai makan, bangunan pejabat, pengangkutan awam (MRT), shopping mall dan pelbagai lagi.

Kiranya kalau nak berjalan kaki ke stesen MRT yang berdekatan iaitu MRT TTDI, kita hanya perlu berjalan kaki tidak sampai 5 minit. Servis GRAB juga sangat mudah untuk kita dapatkan di sini.

Sekiranya korang nak lebih jimat dengan tawaran diskaun 20%-25%, bolehlah membuat tempahan menerusi laman web di www.manhattanbusinesshotel.com.my. Oh ya! Manhattan Business Hotel TTDI juga menawarkan kadar istimewa untuk syarikat (Corporate Rate). Untuk keterangam lamjut dan sebarang tempahan khas boleh hubungi Manhattan Business Hotel TTDI di talian +603-7732 2226.

Menyingkap misteri kesibukan bandar Manhattan,
Menerusi dekorasi artistik yang cukup mempersonakan,
Di Manhattan Business Hotel TTDI merealisasikan impian,
Bersih, cantik, fasiliti superb pada harga yang cukup berpatutan!

Cikedaut gaiss!






+603-7732 2226 / +603-7733 2232



Altuz Academy Pusat Pembelajaran Terbaik Buat Anak Yang Mempunyai Masalah Disleksia

$
0
0
Baru-baru ini saya telah menghadiri sesi pengenalan Academi Altuz yang terletak di Solaris Mont Kiara. Akademi ini dibangunkan oleh Dr. Choy Su-Ling dengan bantuan beberapa tenaga pengajar khas yang terlatih untuk anak-anak disleksia. Apa yang menarik, kaedah dan pengajaran yang diperkenalkan adalah yang terbaik dan sangat disyorkan oleh Persatuan Disleksia Antarabangsa (IDA).

Seperti yang diketahui kurangnya bimbingan dari pakar serta kaedah khusus untuk menangani permasalahan kesukaran membaca bagi kanak-kanak yang menghidapi disleksia akan mengakibatkan mereka ketinggalan di sekolah biasa dan seterusnya boleh membawa kepada kemudaratan kekal, kurang keyakinan diri dan menyebabkan jurang perbezaan yang semakin ketara.

Ianya boleh mengakibatkan komplikasi ke arash sosial negatif dan adalah amat penting bagi ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka yang menghidapi disleksia mampu untuk membaca dengan lancar  (terutamanya) bagi menjamin kualiti hidup yang lebih baik.


Kaedah Orton-Gillingham – kaedah berstruktur yang berasaskan-bukti ini diperakui oleh Persatuan Disleksia Antarabangsa (IDA), kini boleh diperolehi di Malaysia dengan pelancaran Akademi Altuz pusat pembelajaran unggul bagi menangani disleksia.

Semua Pakar Akademik Terapi Bahasa di Akademi Altuz telah menjalani pembelajaran lengkap serta latihan amali yang dipantau oleh penyelia bertauliah dan diperakui oleh Orton-Gillingham Practitioners and Educators (AOGPE) dan IDA.

“Adalah amat penting bagi pakar pemulihan, pendidik serta guru yang membimbing pelajar disleksia untuk dipantau, dan dilatih pada tahap tinggi mengikut kaedah berasaskan-bukti. Latihan celik huruf seharusnya dikendalikan secara menyeluruh, dan diperakui oleh organisasi antarabangsa termasuk ketika menjalani tempoh latihan amali. Pembangunan tahap profesionalisme yang berterusan juga harus ada demi kebajikan kanak-kanak yang akan mereka didik nanti,” 
Pengasas Akademi Altuz, Dr Choy Su-Ling.

Dr Choy bersama dengan pengurus pusat pembelajaran Yap Jo Ling, telah melakar sejarah dalam komuniti disleksia antarabangsa selaku dua orang pakar akademi terapi bahasa yang pertama dari Malaysia menjalani latihan di AOGPE. Mereka akan terus dipantau dan diaudit oleh AOGPE demi memenuhi dan mengekalkan standard pengajaran yang tinggi.

Dr Samuel Orton

Kaedah Orton-Gillingham telah diperkenalkan pada tahun 1920 oleh Dr Samuel Orton, doktor pertama yang menemui disleksia, bersama dengan Anna Gillingham, seorang pakar psikologi dan guru yang berbakat. Kaedah ini diperkukuhkan lagi melalui lebih 10,000 kajian saintifik selama lebih 70 tahun yang membuktikan bahawa kaedah membaca mesti merangkumi lima prinsip utama: kesedaran fonemik, fonik sistematik, kelancaran, perbendaharaan Bahasa dan pemahaman.



Di tangan tenaga pengajar mahir, kaedah pembelajaran yang amat berkesan ini mampu memberi manfaat kepada pelajar pada pelbagai peringkat umur dan tahap kemahiran serta ia akan menjadikan pembelajaran sebagai satu pengalaman yang menyeronokkan. Ciri utama kaedah ini adalah melibatkan multisensory, turutan, peningkatan, pertambahan, mengikut individu, berasaskan kepada phonograms dan jelas



Keterangan lanjut, boleh layari:-



Halaman Web:

Alamat:
Altuz Academy
Unit 9, Level 3, Block A, Jalan Solaris, Solaris Mt Kiara
50480 Kuala Lumpur, Malaysia
 03-2389 2265


s

3 Item Bawah RM100 Boleh Dibeli Dari Love Online Shopping

$
0
0
Korang pernah tak shopping dekat https://www.facebook.com/LoveOnlineShopping.Southeast.Asia/ Sebenarnya saya pun pertama kali berbelanja dekat sini. Pada awalnya macam tak logik jer tengok harga yang ditawarkan. Agak murah jika dibandingkan harga sebenar di pasaran.

Barang-barang ang disini adalah direct dari negara China. Sebab tu kita dapat harga yang cukup berpatutan kerana ianya tiada kos tambahan. Antara 3 barangan yang saya dapatkan dari sini seperti:-

 Clutch comel ada 3 warna - merah, hitam dan putih.

Tapi sebab saya tak ada lagi clutch warna merah jadi saya pilih yang ini. Saiznya tidaklah terlalu besar ataupun terlalu kecil. Tetapi cukup untuk saya meletakkan beg duit, telefon bimbit, lipstik dan compact powder.

Comel jer kan. My Yara pun berkenan dengan beg ni, hehehehe.

Tidak terlalu berat, bersaiz kompak. Dan ianya juga mempunyai tarikan dengan kilat-kilat sinar pada material yang digunakan.



 Untuk aktiviti santai, jalan-jalan dan sebagainya. Ianya juga sangat cantik digaya dalam apa-apa jenis pakaian yang digayakan.
Ini pula baju yang saya dapatkan di sini. Simple dengan sedikit corak bunga di bahagian hadapan. Bunga tu adalah lukisan tangan ya. Memang cantik! Ada 4 warna yang ditawarkan iaitu biru, hitam, beige dan pink. Tetapi saya tak banyak baju warna ini, so rembatlah satu warna ni, hhehhehe


Last sekali saya pilih beg ini. Sebagai mak-mak, memang ada ketikanya saya memerlukan beg saiz seperti ini, untuk meletakkan macam-macam barang dan yang bestnya material sangat ringan. Jadi kita tak rasa terbeban jika membawa banyak barang dalam beg ni :-)


Bestkan hehehe


Ada banyak lagi barang menarik, cikedaut gaiss ;

Menu Istimewa Bulan Kemerdekaan Di Restoran Kluang Station Heritage

$
0
0

Bersempena dengan bulan Kemerdekaan iaitu bulan Ogos, Restoran Kluang Station Heritage telah memperkenalkan dua hidangan yang cukup istimewa dan betul dekat dengan jiwa rakyat Malaysia. Mengambil inspirasi daripada masakan autentik kegemaran masyarakat Malaysia seperti nasi lemak dan laksa, kedua menu ini telah diolah kepada hidangan fusion iaitu burger nasi lemak dan juga Kluang Laksa Goreng (Fried Kluang Laksa).

Apa yang menarik hidangan ini bukan sahaja ditawarkan secara ala-carte bahkan ianya juga didatangkan dalam set kombo. 

Kluang Laksa Goreng (Fried Kluang Laksa) - Pertama kali saya merasainya sudah mula rasa jatuh cinta. Jika biasanya kita merasai hidangan laksa secara berkuah tetapi kali ini ianya didatangkan secara kering. Namun begitu rasa kuah "laksa" itu tetap ada.

Apa yang menarik kuahnya agak pekat, rasanya seakan kuah laksa masak lemak dan paling best keharuman hirisan daun pudina dan bunga kantan menjadikan hidangan ini tampil lebih unik dan begitu menyelerakan.

Hagra ala- carte : RM12.90
Harga combo : RM14.90

Burger Nasi Lemak - Kelainan yang dipertonjolkan adalah hidangan nasi lemak dijadikan berger. Ianya ditawarkan seperti dalam set berger yang biasa kita order iaitu berger bersama kentang goreng. Cuma untuk hidangan Burger Nasi Lemak dari Kluang Station Heritage, ianya juga didatangkan bersama sayuran salad. Menjadikan ianya satu hidangan yang lengkap, ada karbohidrat, protein, zat galian dan sayuran.

Secara ringkas ini adalah ramuan (yang biasanya didatangkan dalam satu pinggan nasi lemak) yang digabungkan menjadikan ianya satu Berger Nasi Lemak yang ohsem!

Hagra ala- carte : RM13.90
Harga combo : RM15.90

Dalam set kombo ini juga ditawarkan dua jenis minuman sejuk iaitu jus ambra bersama assam boi ataupun 3 layer sirap bandung. Kita boleh pilih salah satu. Untuk merek ayang sukakan rasa masam-masam manis bolehlah mencuba jus ambra bersama assam boi.

Harga untuk setiap minuman adalah RM7.90

Menarikkan set istimewa Merdeka yang ditawarkan :-)

**********************************

Saya juga ada merasai beberapa hidangan lain yang tidak kurang hebatnya dan ianya sentiasa mendapat permintaan pelanggan yang datang ke Restoran Kluang Station Heritage. Antaranya seperti:-

Kluang Mee Siam bersama Rendang Ayam 

Kari Laksa 


Roti Bakar

Sago Gula Melaka 

 Durian Crepe

Minuman Cham yang menggabungkan rasa kopi, teh dan susu. Memang sedap!

Sebenarnya banyak lagi menu-menu yang hebat ditawarkan di sini, Dan pastinya semua hidangan memberi jaminan rasa yang enak dan berbaloi pada harga yang ditawarkan. Setiap hidangan akan diberi sentuhan terbaik oleh chef terlatih dari dapur Restoran Kluang Station Heritage.

Dan saya sendiri begitu teruja dengan menu istimewa bersempena merdeka iaitu Burger Nasi Lemak dan juga Kluang Laksa Goreng. Sedap hoi! Dah cuba pasti puas hati, gerenti repeat order bila kembali makan ke sini. Perlu diingatkan ianya adalah menu esklusif untuk masa yang terhad! 

Saya dan Cik Lily Putih Telah Menyertai TefalXShopee Cookoff

$
0
0
Bila ada member tag mengenai peraduan ni dekat FB, haruslah beria hendak menyertainya. Apatah lagi penganjuran ini adalah kalaborasi antara 2 nama yang cukup hebat iaitu Shopee dan Tefal. Dan saya sendiri begitu sukakan pertandingan yang melibatkan skill memasak (walaupun sebenarnya, kalau masak setiap hari di rumah itulah hanyalah main campak2 segala bahan, hahaha).

Dan kali ini penyertaan perlulah berpasangan. Dan saya telah mengajak Cik Lily Putih untuk menyertai sekali memandangkan pada hari kejadian beliau agak 'free'. Dan paling penting, saya dan Cik Lily kami dah biasa berada dalam kumpulan sama dalam apa2 acara. Jadi senang, kita paham dia, dia paham kita, hahahahaha.

Seawal jam 11 pagi kami perlu berada di pejabat baru Shopee. Wah! Besar dan cantik.  Yang kelakarnya, kami sebenarnya telah menerjah opis Shopee yang lama berhampiran The Gardens. Punyalah jauh berjalan. Bayangkan dari Utara kena patah balik ke Selatan. Tapi biasalah, kami anggap cabaran sebelum pertandingan. So boleh chill-chill dan gelak2 santai lagi.

Pejabat Shopee di bangunan baru ni sebenarnya memang betul-betul baru. Dan ianya dihubungkan dengan banguna Mid Valley. Masa kami sampai di tempat pendaftaran, ada masalah sedikit di kaunter pendaftaran. Mungkin berkait dengan sistem dan juga lif. Tetapi macam biasa, benda bila kita anggap positif so dia tidak memberi efek stress apa-apapun pada diri, gituhhh. Hahahaha.

Sampai di loaksi pertandingan, baru kami sedar yang kami ini datang tanpa barang persediaan untuk memasak. Ramuan untuk memasak ada tetapi alatan seperti tempat memotong, bekas untuk membancuh dan pelbagai lagi yang di luar jangkaan (tidak terfikir pulak, masa buat checklist barangan yang hendak dibawa).

Macam biasa bila ahli paskan ko jenis relaks dan aku pulak jenis optimis. Dalam gelak-gelak kami berjaya mengatasi segala kesukaran yang dihadapi. Bayangkan kitaorang sukat tepung, minyak sayuran dan telur dengan menggunakan plastik. Hahahahahah. Serius nama kumpulan Cikedaut (read : check it out) kena tukar jadi survivor. Sebab bagi saya sendiri masakan yang terhasil atas ciptaan dan buatan kita sebagai manusia. So kita yang buat, buat sampai jadi.

Masa mula sampai juga, kami agak rasa rendah diri juga bila dibandingkan dengan ahli kumpulan lain yang memang persediaan mereka begitu luar biasa. Selain daripada persiapan platting, jenis hidangan yang disediakan pun sangat gempak hokeh. Ada nasi mandy, nasi beriani, masakan Thai, crepe durian, roti jala dan sambal hijau dan pelbagai lagi.

Kitaorang rancang (sehari sebelum), nak buat pancake savoury (main dish), cup cake choc kukus dan smoothies. Yang seronoknya, beli bahan kat kedai pun kitaorang siap whastapps2 bagai (sehari sebelum, hokeh). Bajet yang diberikan oleh pihak penganjur maksima adalah  RM150, Tibanya hari kejadian, kitaorang cuba yang terbaik memasak seperti biasa kitaorang masak untuk keluarga kat rumah. 

So, kitaorang tak bawa bekas untuk membancuh kek dan pancake, ahaks. Nasib baik ada Tefal Periuk Nasi. Kitaorang gunalah sekejap bekas tu jadi tempat membancuh, hahahaha.  Itu belum kira senduk nasi kitaorang guna sebab lupa nak bawa utensil memasak dari rumah. Aishhh... Struggle is real hokeh.

Part paling best! Kitaorang dapat belajar guna produk elektrik Tefal. Seriuslah memang mudah kalau ada produk Tefal ni kat rumah. Terutamanya Periuk Nasi tu, siap kitaorang boleh kukus 2 kali dan ianya hanya mengambil masa 30 minit untuk satu pusingan pengukusan.

Masa buat platting, untuk deko kek kukus tu, problem dengan whipped cream yang tidak cukup sejuk (maybe sebab kitaorang dah bawa keluar lama, so berada dalam suhu bilik) jadi bila guna tekstur yang keluar tak begitu cantik. Ini belum dikira tiba2 tempat nak press dia jadi stuck dan sebagainya. Begitu juga dengan sos cili thai (untuk touch up dekat pancake) secara tiba-tiba ianya tersembur keluar dari ruang botol. Adoihai. Cam biasa walaupun orang dah start count down, semua hidangan kena letak di depan...kita try sehabis baik!

Alhamdulillah selesai jer masak. Memang terus rasa lega giler. Tiba2 mood lapar menggila terus ada, hahahahah.  Oh ya! Setiap ahli kumpulan diberikan masa kurang dari 5 minit untuk memberi penerangan secara ringkas tentang hidangan yang disediakan.

Dipendekkan cerita, semua peserta dan supporter diberi peluang untuk merasai semua hidangan yang disediakan oleh peserta pertandingan. Sempatlah saya merasa crepe durian dan nasi mandy. Sedap-sedap belaka.

Seterusnya kami dipanggil untuk berkumpul semua dan sesi pengumuman pemenang diadakan (majlis penyampaian hadiah). Tak sangka giler kumpulan Cikedaut (kumpulan saya dan Cik Lily) mendapat tempat kedua. Kejutan sangat!!! Siapa sangka masakan kami telah dapat menambat hati juri :-)

Tahniah juga Angel Kee dan ibunya yang mendapat tempat pertama (Juara). Tapi seriousla! Platting dan deko memang dah outstanding, Jenis hidangan pun memang superb! Selayaknya mendapat tempat pertama!!!

Bergambar kenanagan bersama pemenang yang lain :-)

Hadiah yang dimenangi (plus cash RM300). Yesszaaaa ada produk Tefal (feveret jenama ni).

Tadaaaa!!! Inilah hasilnya 3 hidangan yang berjaya disiapkan dalam tempoh 1 jam 30 minit.

Pengalaman menyertai pertandingan ini yang mahal sebenarnya. Apa yang penting melalui aktiviti seperti ini kita dapat mengenali dan mendekati produk Tefal lebih secara dekat. Tahniah juga buat Shopee atas penganjuran pertandingan  memasak yang berjalan dengan lancar dan sukses.

Tengkiuuuuu million berdos-dos buat Cik Lily Putih yang sudi menjadi partner memasak.  Yang terpaksa melayan aku jalan jauh2 sebab sesat bagai cari opis Shopee. Akukan confident tahap 7 petala langit.  Hahahaha.  Yang gegeh juga cari susu fresh milk bila pagi2 dah sampai dekat lokasi pertandingan baru perasan, susu kotak aku telah dirembat oleh anak bertuah buat sarapan, aishhh....hiks.

xoxo,

Jom Dapatkan Starbucks Jumbo Chocolate Chip Cookies!

$
0
0

Bersempena Ulang Tahun ke 2 Starbucks Signing Store pertama di dunia yang terletak di Tingkat 2 Bangsar Village II Kuala Lumpur telah melancarkan Starbucks Jumbo Chocolate Chip Cookies. Produk ini boleh didapati di seluruh cawangan Starbucks di seluruh Malaysia yang mana dengan setiap pembelian sebanyak RM1 akan disalurkan kepada The Silent Teddies Bakery, sebuah syarikat sosial dibawah Community Service Centre for the deaf (CSCD) bagi menyokong sekolah khas buat kanak-kanak yang kurang pendengaran (deaf).

“It is heart-warming to see how Malaysians are coming together to support the under-represented groups in Malaysia. I am especially inspired by how the Starbucks Signing Store has provided a platform for the Deaf community to work and also to continue developing soft skills that would allow them to live a fulfilling life. With the help of corporations like Starbucks, I believe there is potential for more workplaces in Malaysia to become more inclusive, and more diverse.” kata Yang Berhormat Puan Hannah Yeoh, Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat dalam ucap rasmi bersempena sambutan ulang tahun ke-2 Starbucks Signing Store.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif pembelajaran dan pembangunan berterusan di Starbucks, Starbucks Signing Store di Malaysia kini menempatkan sejumlah sembilan baristas kurang pendengaran (deaf) yang merupakan penerima 100% master kopi yang telah disahkan. The Deaf Coffee Masters di Malaysia dapat dibezakan melalui penggunaan apron hitam yang mempunyai sulaman khusus dengan dengan perkataan bahasa isyarat 'Starbucks' Malaysia. Selain itu, baristas istimewa (deaf) ini juga boleh berinteraksi dengan pelanggan menggunakan bahasa isyarat seperti baristas di kedai-kedai Starbucks Reserve ™ di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Food Berhad dan Pengarah Urusan Starbucks Malaysia dan Brunei, En.Sydney Quays berkata,“A big part of what we do at Starbucks is to create a culture of diversity and inclusion. Through this partnership with Silent Teddies Bakery, we hope to further improve the lives of the Deaf community than just providing them with job opportunities. Being the first country to introduce the Starbucks Signing Store concept into the world was a stepping stone for us. Its success has even inspired our North American Starbucks partners to learn and study our business model, which has now materialized into the first Starbucks in the United States which plans
to open this October.”

Setiap Starbucks® Jumbo Cookie adalah unik kerana ianya "homemade" tanpa pengawet tambahan. Biskut-biskut ini akan dijual pada harga RM 6.90 dan akan ditawarkan ke semua Starbucks Malaysia secara berperingkat termasuk Malaysia Timur. 

Teruja! Ini adalah pertama kali saya mendengar tentang outlet Starbucks yang menawarkan pekerjaan barista kepada golongan kurang upaya iaitu kurang pendengaran. Bagi saya, ini adalah persekitaran yang sangat positif di mana kita dapat membantu mereka yang kurang bernasib baik untuk lebih berdikari dan bersama-sama hidup dengan masyarakat lain bekerja serta mencari rezeki.

Syabas Starbucks Malaysia!

Transformasi Kecantikan dan Keyakinan Diri Bersama SAFI DERMASAFE

$
0
0
Korang! Terutama peminat produk Safi. Mesti excited kan, sebabnya SAFI telah memperkenalkan siri penjagaan kecantikan wajah mereka yang terbaru. Bertambah menarik ianya dihasilkan melalui penyelidikan dan pembangunan oleh SERI (SAFI Excellence in Research and Innovation).

SAFI DERMASAFE ini adalah rangkaian produk penjagaan wajah yang "mesra kulit" dan telah diuji secara dermatologi, tidak mempunyai alergan dan paraben, mempunyai kadar pH yang seimbang, tiada alkohol mahoun pewarna serta paling penting ianya adalah 100% HALAL.

Di majlis pelancaran SAFI DERMASAFE turut dihadiri Dr Maryati Maharon Pakar Estetik Perubatan telah berkongsi tentang faktor-faktor penyumbang dan tanda-tanda awal masalah kulit sensitif, penjagaan wajah serta formulasi yang sesuai untuk menreka yang mempunyai masalah kulit yang sensitif.

Antara sebab kenapa wanita moden hari ini terdedah dengan kulit sensitif ;-
  • Terlalu terdedah dengan pemcemaran dari luar
  • Komitmen kerjaya yang memerlukan wanita menjaga penampilan mereka dan silapnya mereka sering mencuba pelbagai jenis produk muka dan juga bersolek untuk tempoh yang lama
  • Gaya hidup yang tidak sihat
Tambah Dr. Maryati lagi, "Kebanyakan wanita beranggapan masalah kerengsaan kulit, ruam, jerawat yang dialami mereka akibat daripada mencuba produk penjagaan wajah (yang tidak sesuai dnegan kulit mereka sebenarnya) adalah hanya bersifat sementara. Sebenar tidak ya! Ianya merupakan tanda-tanda awal bahawa kulit kita sebeanrnya telah terdedah dengan produk yang mengandungi bahan yang tidak sesuai dengan kulit wajah sekaligus menyebabkan kulit kita begitu sensitif".


Seperti pokok jika dijaga dengan betul maka ianya akan hidup dengan sihat. Begitu juga dengan kulit wajah kita. Perlulah diingat dalam memberi perlindungan dan penjagaan kita perlulah memilih rangkaian produk yang mempunyai formulasi bebas alergen serta 'mesra kulit'. Dan paling penting ianya sesuai untuk semua jenis kulit serta dapat mengurangkan risiko kulit sensitif agar tidak menjadi lebih teruk lagi.

Rangkaian SAFI DERMASAFE ini terdiri daripada 5 rangkaian iaitu SAFI DERMASFE Pembersih Muka Mousse Gentle CAre, SAFI DERMASAFE Pembersih Muka Gel Mild & Gentle, SAFI DERMASAFE Semburan Booster Hydrate & Refresh, SAFI DERMASAFE Pelembap Siang Soothe & Hydrate dan SAFI DERMASAFE Pelembap Malam Rehydrate & Recover.

Boleh dapatkan produk-produk ini di Watsons dan harga yang ditawarkan cukup berpatutan iaitu dari RM19.90 sehingga RM48.90.

Untuk keterangan lanjut boleh layari:-
www.safi.com.my
www.facebook.com/safimalaysia
www.instagram.com/safimalaysia

Boleh juga dapatkan secara online di www.watsons.com.my

Jom flawless sama-sama..hiks

Puan Siti Nor Yuwana menangi Cabaran Raja Kuah Knorr 2018 dengan mempertaruhkan resipi arwah ibu dan masakan ciptaan sendiri

$
0
0
Orang kata "tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang yang tahu". Sememangnya sudah tertulis rezeki Puan Siti Nor Yuwana Zulkifli, 35 yang telah menjadi Juara didalam Cabaran Raja Kuah Knorr 2018 baru-baru ini. Lebih menarik Puan Siti telah mempertaruhkan resipi arwah ibunya iaitu Kari Ayam Warisan Bonda dan juga dua hidangan ciptaannya sendiri.


Pengendali makanan dari Kuala Lumpur ini juga menyediakan hidangan Masak Lemak Daging Salai Berapi dan Ayam Masak Kicap Cara Saya untuk mendapat perhatian para juri dan berjaya memenangi hadiah utama berupa pakej umrah untuk dua orang bernilai RM25,000 serta wang tunai sebanyak RM15,000 dan hamper.

Siti Nor Yuwana berkata: ”Saya juga harus berterima kasih kepada suami saya kerana mendaftarkan saya dalam pertandingan ini dan saya tidak sangka saya akan menang sehingga kami berdua dapat menunaikan Umrah bersama-sama dan juga menikmati hadiah lain!”

Sejak diperkenalkan buat kali pertama pada 2016, acara anjuran Unilever Food Solutions ini memberi tumpuan kepada masakan Melayu yang berkuah dan 70% daripada hidangan adalah dari jenis masakan kari, kicap dan masak lemak.

Pengarah Urusan UFS Malaysia Nusrat Perveen berkata:“Oleh kerana kini terdapat satu trend menggunakan perasa ayam juga untuk menambahkan lagi selera, Unilever Food Solutions memberi pengiktirafan terhadap usaha masakan menggunakan Serbuk Ayam Knorr."
“Tahun ini, kami telah berkalaborasi dengan NSK Trade City, pemborong yang terbesar di Malaysia. NSK Trade City terkenal dengan pelbagai jenis produk yang berkualiti tinggi dan harga berpatutan seperti tin makanan, minuman, produk penjagaan badan dan bahan pencuci."

Para juri yang dilantik adalah seperti chef selebriti Mohd Johari Edrus (lebih dikenali sebagai Chef Jo), Chef Profesional UFS Mohd Hadzrin Mohd Din dan pengarang dari majalah masakan Saji iaitu Puan Rosmarlinda Kamarudin. Permakahan mengambil kira kriteria-kriteria seperti kebersihan, penampilan dan rasa hidangan.


Cabaran Raja Kuah Knorr dibuka penyertaannya kepada semua rakyat Malaysia. Caranya sangat mudah yang mana peserta haruslah menghantar 3 jenis resepi hidangan berkuah yang terdiri daripada masakan berkuah jenis kari, kicap dan lemak (kunyit dan santan) dengan menggunakan Stok Ayam Knorr. Seramai 10 penyerta dari seluruh Malaysia, termasuk 1 peserta dari Negeri Sembilan telah dipilih untuk bertanding dalam peringkat akhir hari ini.

Pemenang bertuah lain yang telah memenangi Cabaran Raja Kuah Knorr 2018 seperti:

- Naib Johan Fazerina Ibrahim, 34 dari Selangor menerima tunai RM10,000 beserta hamper
- Pemenang ketiga Ali Zainuddin Adnan, 39, mendapat tunai RM6,000 dan hamper
- 7 pemenang saguhati menerima tunai RM1,000 beserta hamper.

Unilever Food Solutions dijangka terus berkembang sehingga mencecah 800 juta pengguna setiap tahun. UFS juga berhasrat mencapai matlamat ini dengan memberi penumpuan kepada empat bidang di mana UFS boleh membuat perbezaan: memperbaiki kesihatan dan kesejahteraan, meningkatkan keselamatan makanan, mengurangkan pembaziran makanan dan mencari sumber yang mampan.


Makanan hebat sememangnya melangkaui sempadan geografik dan budaya. Makanan boleh menyatukan masyarakat yang berbilang kaum seperti di Malaysia. Kita boleh menikmati hidangan dalam suasanan harmoni biarpun budaya berbeza.


JBL Warehouse | Beli Headphone Kanak-Kanak RM1 Sahaja

$
0
0
 Tiba-tiba nak up entri ni. Hahahaha. Motipppppppppppppp?

Tak sebenarnya nak kisahkan kita ni dah lama tak terjah warehouse sale. Sejak menjak tak bekerja memang aktiviti membeli-belah sesuka hati telah dikurangkan. Kena beringat juga walaupun ada simpanan tatapi kalau sentiasa dikorek akan susut juga. Zaman sekarang banyak perkara masa depan kita tak dapat jangkakan. Tak payah tunggu setahun dua..tunggu esok pun kekadang ada jer sesuatu yang tidak disangka. Hiks.

Berbalik pada cerita warehouse JBL hari tu yang diadakan di Glenmarie Shah Alam, saya bersama Afiq dan Yana sempatlah terjah. Mula-mula memang malas nak pergi, sebab saya bukannya kaki beli barangan seperti ini. Tetapi sebab dua anak ni yang begitu beria, gegehkan jugalah diri pergi.

Masa mula-mula sampai tu, agak peliklah juga. Sebab sunyi sepi jer kejadian didalam gudang. Brang tak adalah banyak mana. Sebab takdelah minat keyboard dan mouse (berlampu) khas untuk gamers, so saya datang hanya untuk mencuci mata. Tapi dalam hati tu, terfikir juga..datang semata-mata nak cuci mata...iskhh buang masa jer..

Sekali ternampak seorang mamat ni dia bawa keluar berkotak-kotak barangan. Terus tanya promoter kat situ.."eh dia apa tu banyak sangat?"

Rupanya ada headphone JBL versi kanak-kanak dia jual RM1 setiap satu. Maksima boleh beli 10 setiap orang. So saya beli 10 jer, hahahah.

Berada kat situ tak sampai 15 minit pun. Total damage RM35 sahajo. Beli mouse tu RM15 (harga asal RM45), earphone satu RM10 (harga katanya RM40 lebih, lupa dah exactly harga sebenar). Lepastu 10 headphone JBL versi kanak-kanak.

Berbaloi takkkk..... Roh misayer mak-nya Shin Chan menyerap ke dalam tubuh badan..fuhhhhh

Inilah headphone JBL versi Junior (kanak-kanak). Harganya dalam RM100 (kalau tengah promosi) dekat LAZADA.

Yang bestnya didatangkan juga dengan sticker yang comel dan menarik. So, anak-anak akan beria hiaskan headphone mereka ni. Dah macam personalized headphone :-)

Ameer paling excited dapat headphone. Memanjang dia duk pinjam adik beradik punya so bila dapat hakmilik sendiri memang dia puas hati sangat, hakhak.


Ini pula hadiah yang kitaorang dapat sebab datang ke warehouse. Hanya daftar, like page dia terus dapat hadiah. Bestkan!!!!

Sekali-sekala turun shopping di warehouse best jugak. Apatah lagi dapat beli barangan yang sangat berbaloi dengan harga yang ditawarkan :-)

Al-Hur Beauty Produk Penjagaan Wajah Inspirasi Kecantikan Masyarakat Arab

$
0
0

 Al-Hur Beauty telah diasaskan oleh SITI FARAHANA KHAIRUDDIN yang telah mula menghasilkan produk penjagaan kulit ini pada tahun 2017. Pernah menetap di di Abu Dhabi (UAE) dengan keluarga selama lebih 4 tahun, dan dari situ beliau mula berminat untuk mengorek rahsia kecantikan masyarakat Arab. Dan ternyata pokok kaktus, minyak apunta dan prickly pear yang sifatnya dapat bertahan dalam keadaan cuaca kering didapati ramuannya telah digunakan di Timur Tengah untuk memberi manfaat kecantikan dan kesihatan. Ianya dapat memberi perlindungan dan mencerahkan lagi kulit wajah.

Menurut pengasasnya Siti Farahana Khairudin, "Terdapat kebenaran universal pada kecantikan semulajadi dan ianya sesuatu terlalu nyata. Tidak kira rupa, etnik atau kepercayaan anda, semua wanita mahu berasa cantik. Al-Huda Beauty hadir untuk merevolusikan pasaran tempatan Malaysia yang dirumuskan 100% di UAE"

Produk Al-Hur Beauty telah dirumuskan bagi penjagaan kulit wajah terutama pada mereka yang berumur 25-40 tahun. Ramuan yang digunakan adalah selamat dan tidak mempunyai sebarang toksik, pewarna dan paraben. Ianya juga telah disahkan HALAL dan selamat oleh pihak KKM dan juga daripada pihak berkuasa di Dubai.


Majlis pelancaran telah dirasmikan oleh YB Najwan Halimi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik, turut hadir ke majlis adalah Datuk Seri Khairul Khuzaini Yang Dipertua Dewan Ekonomi Usahawan Malaysia.


Dengan perasmian ini juga secara tidak langsung menyokong program MyBazar Arabia yang memperkenalkan produk-produk dari negara Timur Tengah yang dijual melalui platform diatas talian https://www.mybazar.com/.

Buku berjudul Kosmetik Beracun turut dilancarkan hasil penulis yang juga seorang ahli farmasi iaitu saudara Rahman Baco. Didalam buku ini turut dikongsi tentang panduan yang boleh diikuti oleh pengguna sebelum memilih produk kecantikan yang sesuai dengan kulit wajah mereka.


Di majlis ini juga turut diadakan "The Face Al-Hur Beauty 2018" yang mana seramai 20 orang wanita telah dipilih sebagai finalis. Apa yang menarik setiap peserta pertandingan telah melalui pelbagai tugasan dan cabaran samada aktivti mahupun berkumpulan sebelum mara ke peringkat akhir.

Pertandingan yang telahpun berjalan selama sebulan ini bukan hanya mengambil kira faktor kecantikan, bahkan personaliti diri, berwibawa,positif,  keberanian serta aura sebagai ikon untuk jenama Al-Hur Beauty juga antara perkara yang diambil kira.

Menyingkap rahsia kecantikan wanita arab, hanyalah dari Al-Hur Beauty!

Jom dapatkannya di pasaran dan boleh juga dibeli di https://www.mybazar.com/

Keterangan lanjut boleh layari FB Al-Hur Beauty!

Kredit gambar : Cik Lily Putih

Keterujaan Ameer di Siri Jelajah Thomas & Friends Bersempena Big World! Big Adventures!

$
0
0

Selama lebih 70 tahun, Thomas & Friends™ dari Pulau Sodor telah menghiburkan kanak-kanak di seluruh dunia. Kini, Thomas bakal menjalani satu transformasi hebat dari segi kandungannya! Kereta api comel ini akan menjelajah ke seluruh dunia dalam Thomas & Friends™: Big World! Big Adventures!. Siri TV baharu ini diberikan nafas baharu yang lebih menghiburkan, esklusif, 'lebih bermakna' dan global.

Dengan pelancaran siri terbaru ini Thomas menjemput peminat cilik-cilik mereka untuk meneroka dunia bersamanya di acara Thomas & Friends: Big World! Big Adventures! yang sedang berlangsung di The Curve. Bermula dari10 pagi hingga 10 malam, pada 14 dan 26 Ogos 2018.

Dan saya tidak melepaskan peluang membawa anak-anak saya ke sini. Dan mereka semua seronok terutamanya Ameer yang sememangnya sudah banyak memiliki koleksi permainan Thomas & Friends!

Ameer bersama Thomas :-) Untuk pengetahuan semua dalam siri terbaru ini menyajikan jalan cerita yang lebih menarik dan memberi fokus banyak pada aspek fantasi, humor, kehidupan haiwan serta muzik.

Kita juga dapat lihat karektor Thomas & Friends bertambah dengan pembentukan kumpulan lokomotif  terbaru yang mana bilangan watak perempuan dan lelaki yang lebih seimbang iaitu Thomas, Gordon, James, Percy, Emily dan dua watak baharu, Nia dan Rebecca.

Ameer dan dunia Thomas & Friends

Dalam Thomas & Friends: Big World! Big Adventures! Cita-cita Thomas adalah untuk mengembara sekeliling dunia dengan melalui pelbagai pengalaman serta cabaran merentasi padang pasir, hutan rimba dan gunung-ganang di Afrika, Brazil, Amerika Syarikat dan China. Disertai Nia, watak lokomotif perempuan dari Kenya memeriahkan kumpulan lokomotif ini. Dan siri ini kita akan akan dapat lihat Thomas bakal mengembara ke destinasi-destinasi yang lebih jauh untuk mengenali pelbagai budaya dan berkenalan dengan kawan-kawan baru dari negara-negara lain.

Ameer dan Yara bersama Nia dari Kenya

Thomas & Friends: Big World! Big Adventures! Kisah Thomas yang sangat sesuai untuk tontonan kanak-kanak prasekolah untuk mengenali ciri-ciri unik kereta api. Selain itu terdapat banyak nilai moral yang ditekankan terutama tentang persahabatan dan bekerja dalam berkumpulan.

Anak-anak juga berpeluang menaiki lokomotif ini, dengan hanya melalui pembelian barangan disini mereka akan diberi boarding pass.

Yang bestnya anak-anak kita berpeluang bertemu dengan replika saiz sebenar Thomas dan teman-temannya, mengharungi halangan di Safari Hutan Nia, serta berkunjung ke Tembok Besar Yong Bao untuk bermain teka-teki.

Pelbagai aktiviti disediakan, antaranya seperti:-
Hutan Sesat

Melihat peta pengembaraan Thomas dan rakan-rakannya di sini

Cabaran dan halangan

Mengenali haiwan


Dan negara asal haiwan tersebut

Selain itu, anak-anak juga dapat menikmati video-video Thomas & Friends yang tidak pernah ditontoni sebelum ini di teater ‘mini beanbag’ yang selesa!

Mattel berganding tangan dengan The Curve untuk menjayakan acara ini, dan menawarkan pelbagai hadiah dan tawaran eksklusif di Centre Court sepanjang kempen ini. Setiap hari, 1000 orang kanak-kanak pertama yang berkunjung ke acara ini akan diberikan satu Pasport Thomas & Friends yang istimewa. Dengan melengkapkan pasport ini, mereka berpeluang memenangi satu hadiah Thomas & Friends.

Tambahan pula, pelanggan yang berbelanja RM120 dan ke atas untuk barangan Thomas & Friends boleh menebus sebuah beg alas mainan 2-dalam-1, dan menikmati Thomas Train Ride di sekitar Centre Court. Penebusan hadiah adalah tertakluk kepada terma dan syarat, selagi stok masih ada.


Jazmi Kamarudin, Pengurus Besar Kanan The Curve berkata, “Cuti sekolah sentiasa memberi peluang kepada kanak-kanak untuk berseronok serta meneroka pengalaman baharu. Oleh itu, kempen Thomas & Friends, Big World! Big Adventures! pastinya akan memberi pengalaman mengujakan kepada mereka. Sebagai pusat beli-belah yang mesra keluarga, kami bertekad untuk menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga. Kami berharap cuti sekolah ini akan meninggalkan kenangan manis bagi semua, terutamanya ibu bapa serta kanak-kanak melalui acara yang kami sediakan di The Curve.”

Anak-anak boleh mengikuti kisah Thomas & Friends: Big World! Big Adventures! di saluran YouTube rasminya: https://www.youtube.com/thomasandfriends. Terdapat video-video baru termasuklah 5 video karaoke di samping beberapa video pengenalan teman-teman Thomas dari seluruh dunia, iaitu Nia, Yong Bao, dan Ace.

Antara aktiviti menarik ditawarkan di hujung minggu. Untuk keterangan lanjut mengenai Thomas & Friends Big World! Big Adventures! boleh layari laman Facebook Thomas & Friends yaaa.

Big World! Big Adventures!

Jom bawa anak-anak ke sini bersempena dengan cuti sekolah :-)

Jom Berzakat @ zakat.com.my

$
0
0

Korang!!! Nak war-warkan satu berita baik ni :-) Istimewa bagi mereka yang membayar zakat di kawasan Wilayah Persekutuan. Untuk pengetahuan semua Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP) telah melancarkan satu kempen khas iaitu Jom Berzakat @ zakat.com.my.  Di mana setiap orang yang membayar zakat melalui portal PPZ-MAIWP ini berpeluang memenangi hadiah yang cukup menarik. Dan kempen ini adalah berlangsung selama 3 bulan iaitu bermula daripada 1 Ogos sehingga 31 Oktober 2018.

Melalui pembayaran ata talian ini bukan sahaja memudahkan urusan pembayar bahkan ianya dapat menjimatkan masa. Sekaligus ianya dapat menggalakkan masyarakat awam untuk menunaikan kewajipan berzakat dan juga dapat membantu meningkatkan ekonomi ramai golongan asnaf.

Pelancaran Kempen Jom Berzakat @ zakat.com.my ini telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff. Saya tertarik dengan perkongsian dari Tuan Haji mengenai pembayar zakat menerusi kajian yang telah dilakukan oleh pihak mereka. Dikatakan dari jumlah pembayar zakat yang berurusan di kaunter pada tahun lepas iaitu seramai (lebih kurang) 36,800 orang. Dan daripada jumlah itu didapati seramai 26012 orang adalah dari kalangan mereka yang berumur 51 sehingga 60 orang. Selebihnya adalah dibawah umur 50 tahun. Kebiasaannya mereka yang berumur kurang daripada 50 adalah celik IT. Dengan pengenalan konsep pembayaran secara talian dapat membantu golongan ini berurusan pembayaran zakat dengan lebih, mudah, pantas dan efisien.

Antara objektif lain, kempen ini diperkenalkan adalah untuk menggalakkan peniaga 'online', sendirian berhad yang mempunyai keuntungan di Wilayah Persekutuan dan pekerja yang mempunyai majikan di Wilayah Persekutuan namun bekerja di luar negara boleh membuat pembayaran zakat di atas talian.

Bagi memeriahkan lagi kempen ini sebanyak 20 hadiah ditawarkan setiap bulan kepada mereka yang membayar zakat dalam talian menerusi web www.zakat.com.my iaitu pada bulan Ogos, September dan Oktober 2018. Jumlah keseluruhan hadiah adalah 60 hadiah yang boleh dimenangi. sesi penyampaian hadiah akan disampaikan ketika Karnival Zakat berlangsung pada 1 Disember 2018. Oh ya! Ke semua hadiah yang ditawarkan adalah tajaan SeriGroup Global Sdn Bhd.

Jom bayar zakat di www.zakat.com.my

"PPZ-MAIWP Memudahkan Anda Berzakat"

Kecemerlangan Prestasi Flower Chimp di Asia Tenggara Berjaya Menggaut Pelaburan Berjumlah RM 6 Juta

$
0
0


“Hantarkan dedikasi Anda Bersama Sejambak Bunga!” Siapa sahaja yang tidak gembira menerima sejambak bunga. Apatah lagi ianya satu kejutan dari yang teristimewa :-)

Tidak dinafikan kepesatan industri e-dagang di peringkat global hari ini telah memacu perkhidmatan penghantaran bunga dan membolehkan pengguna mencipta kenangan indah bersama insan tersayang. Bayangkan, betapa mudahnya anda boleh memilih jambangan bunga kegemaran anda dan merancang penghantaran semudah di hujung jari sahaja. Pilih-Bayar-Hantar Kepada Yang Teristimea!

Begitu banyak pilihan bunga di Flower Chimp

Daripada pilihan jambangan sempena hari lahir hingga ke kiriman bunga sebagai tanda ucapan tahniah, titipan istimewa sempena sambutan Hari Kekasih dan Hari Ibu, Flower Chimp akan memenuhi keperluan bunga-bungaan anda dari harga serendah RM89 sahaja. Melangkah setapak ke hadapan berbanding pesaing mereka, Flower Chimp menawarkan perkhidmatan penghantaran ke seluruh negara yang meliputi lebih daripada 80 daerah di dalam Malaysia, termasuk di Sabah dan Sarawak. Dengan rangkaian meluas seperti itu, tidak hairanlah perkhidmatan penghantaran bunga dalam talian tersebut menjadi pilihan utama pelanggan yang turut menikmati penjimatan menerusi penghantaran secara percuma ke atas semua tempahan tanpa had perbelanjaan minima. Malah, pelanggan juga boleh menjadualkan penghantaran pada hari yang sama bagi semua tempahan yang dibuat sebelum pukul 1 tengah hari untuk mengejutkan insan tersayang mereka.

Harga sangat berpatutan untuk sejambak bunga seperti ini!

“Walaupun kami masih baharu dalam perniagaan penghantaran bunga ini, Flower Chimp telah
berkembang hingga menjadi jenama terkemuka dalam industri ini. Dalam tempoh kurang daripada dua tahun, kami telah menjadi pilihan nombor 1 dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian di Malaysia, Indonesia dan Filipina dengan rekod pertumbuhan lima (5) kali ganda berbanding tahun lepas,”
kata Maximilian Lotz, Pengasas Flower Chimp.

Bunga yang dipilih semuanya segar-segar!

Berikutan prestasi memberangsangkan mereka dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian, Flower Chimp berjaya menambat pelaburan berjumlah RM 6 juta daripada sekumpulan pelabur termasuklah Asia Venture Group (AVG), sebuah syarikat persendirian yang telah menilai potensi besar Flower Chimp menerusi model perniagaan dan strategi pemasaran mereka yang unik. Syarikat yang sama turut membuat pelaburan dengan syarikat lain seperti iMoney, Happy Fresh dan iPrice. “Kami mensasarkan untuk mengembangkan rangkaian kami di Singapura menjelang pertengahan bulan Ogos 2018 dan di negara Asia Tenggara yang lain termasuklah Vietnam, Thailand dan Hong Kong pada tahun 2019,” tambah Lotz.

Servis efisien yang memuaskan hati pelanggan

Lotz dan rakan kongsi/Ketua Pegawai Operasi, Niklas Frassa yang mendalami sendiri perniagaan bunga-bungaan berhasrat untuk menggunakan pelaburan yang diterima untuk mengukuhkan operasi mereka di Indonesia dan Filipina, di samping meningkatkan infrastruktur teknikal untuk memanfaatkan pelanggan kami dengan ciri-ciri pintar termasuklah sistem penjejakan secara langsung bagi setiap pesanan. “Dalam masa yang sama, kami menjalankan kajian ke atas pasaran semasa secara berterusan dalam mencari idea untuk produk dan promosi baharu untuk pelanggan kami yang kembali untuk mencari sesuatu yang bersesuaian dengan keperluan mereka,” kata Frassa.

Pelbagai promosi menarik khas untuk pelanggan Flowe Chimp :-)

Kata Frassa lagi, “Dengan kuasa pemasaran dalam talian dan media sosial, kami mahu mengukuhkan penjenamaan kami dan menjadi pilihan pertama dalam kalangan pelanggan yang semakin lama semakin bijak mengendalikan perkata berkaitan teknologi. Kami yakin, dalam tempoh dua belas (12) bulan akan datang, dari Suku Keempat (Q4) 2018 hingga ke Suku Keempat (Q4) 2019, Flower Chimp akan berkembang sehingga tiga (3) kali ganda menerusi sumbangan daripada empat pasaran utama iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia dan Filipina”.
Mengenai Flower Chimp

Flower Chimp telah ditubuhkan oleh dua usahawan dari Jerman, Maximilian Lotz dan Niklas Frassa yang telah lama bertapak di Asia Tenggara. Selepas menghabiskan masa di Belanda yang terkenal sebagai pusat perkembangan bunga-bungaan dunia, mereka mengambil keputusan untuk menceburi bidang perniagaan berkaitan bunga dan meletakkan penanda aras baharu dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian. Dengan mengutamakan kepuasan pelanggan, Flower Chimp telah memenuhi keperluan terhadap bunga berkualiti tinggi pada harga berpatutan yang turut disokong dengan perkhidmatan penghantaran percuma ke seluruh negara. Sejajar dengan peningkatan perniagaan tersebut, mereka terus meningkatkan perkhidmatan dan menjalankan penyelidikan dan pembangunan untuk menawarkan lebih banyak pilihan bunga-bungaan kepada pasaran yang semakin berkembang.

Buat masa ini, Flower Chimp beroperasi di Malaysia, Indonesia dan Filipina. Dalam masa terdekat, dua usahawan bercita-cita tinggi ini bakal melancarkan platform mereka di Singapura dan negara Asia Tenggara lain.

Untuk tempahan dan keterangan lanjut mengenai Flower Chimp Malaysia boleh layari :-

Laman Sesawang: https://www.flowerchimp.com/
Facebook: https://www.facebook.com/FlowerChimpMY/
Instagram: @flowerchimp

Caroma Teh Halia Dari Bentong Kini Boleh Didapati di Village Grocer Cyberjaya

$
0
0
Baru-baru ini saya berkesempatan ke Village Grocer yang baru dibuka di Tamarind Square Cyberjaya.  Hari pertama dibuka memang ramai pelanggan yang datang. Ini berikutan daripada pelbagai promosi menarik yang ditawarkan.

Pertama kali saya ke sini sememangnya membuatkan saya teruja. Dengan lokasinya terletak di bahagian atas premis yang dikellilngi tumbuhan hijau dan paling best parking yang disediakan cukup banyak. Jadi kita tidak perlu risau tentang parking kereta jika ke sini.


 Sebenarnya saya datang Grocer Village Cyberjaya untuk mendapatkan produk Caroma Teh Halia dari Bentong. Produk ini agak esklusif. Untuk pengetahuan semua terdapat 3 varian teh halia yang ditawarkan iaitu Teh Halia Bentong (original), Teh Halia Bentong Bersama Madu dan Teh HAlia Bentong bersama Madu serta Lemon.

Teh sendiri sudah mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Selain daripada kaya dengan anti-oksida, aroma teh juga boleh dijadikan sebagi terapi. Manakala halia juga datang pelbagai khasiat. Namun yang paling ketara ianya dapat membuang angin dalam badan/

Untuk produk Caroma istimewanya ianya dihasilkan dari tanaman halia di Bentong yang menggunakan kaedah penanaman ENE (Environment Natural Element). Jadi tanaman halia yang dihasilkan ini lebih pedas dan wangi.

 Jom dapatkan produk ini di Village Grocer Tamarind Square Cyberjaya sebelum ianya kehabisan stok

Untuk keterangan lanjut mengenai produk boleh layari:-

Permainan Monopoly Cheaters Kini Berada di Pasaran

$
0
0
Baru-baru ini Hasbro telah menlancarkan permainan Monopoly mereka terbaru mereka di Malaysia.  Permainan edisi terhad ini dikenali sebagai Monoploy Cheaters.

"It has always been our mission to create a game that is 'fun to play, fun to watch and fun to share' for everone. I am thrilled to introduce the Monopoly Cheater's Edition to all of you. this is definitely a game changer in the Monopoly space, and the key thing is what you can get away with"
Wu Hsiao Mae, Pengurus Jenama Hasbro Toy (Malaysia)

Monopoly Cheaters Edition ini adalah transformasi daripada permainan monopoly yang biasa kepada lebih hebat dan mencabar. Setiap pemain akan mencabar antara satu sama lain dan mereka perlu 'cheats' sebanyak yang boleh. Tetapi tidak sehingga tertangkap! 

Pelbagai teknik perlu dilakukan oleh pemain untuk 'cheats' dan mereka yang berjaya tidak ditangkap sehingga ke akhir permainan akan dinobatkan sebagai juara dalam permainan ini.


Antara kad yang terdapat didalam Monopoly Cheaters :-)

Cara bermain Monopoly Cheaters!

Permainan ini sesuai untuk mereka yang berumur 8 tahun ke atas. Terdapat kad 'cheats' yang akan memebritahu pemain bila penipuan boleh dilakukan. Tiada RUMAH ditawarkan tetapi hanyalah HOTEL sahaja ditawarkan. Seramai 2 sehingga 6 orang untuk setiap kali bermain permainan monopoli ini..

Monopoly Cheaters edisi terhad ini boleh didapatkan di pasaran pada harga RM103.70 ya!

Get Caught!
Get Cuffed!

Keteranagn lanjut boleh layari https://www.hasbro.com/en-my

Antabax Melancarkan Kempen "Bring Joy Back, Not Germs"!

$
0
0
Sebagai ibu saya sentiasa mahu melindungi keluarga saya daripada dijangkiti kuman dan bakteria. Apatah sekarang ini cukup popular dengan masalah seperti jangkitan HFMD yang cukup berleluasa di negara kita.

Dan sebagai solusinya saya telah menyediakan sabun ANTABAX untuk kegunaan harian keluarga saya. Sepertimana yang kita ketahui ANTABAX merupakan jenama penjagaan diri anti-bakteria HALAL yang pertama di Malaysia.

Berdasarkan ststistik daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, sehingga 16 Ogos 2018 didapati sebanyak 52,393 pelajar dilaporkan mendapat jangkitan HFMD. Melihat kepada senario ini, ANTABAX telah melancarkan kempen "Bring Joy Back, Not Germs". Pelbagai aktiviti telah disediakan dan paling menarik tips serta cara menjaga kebersihan tangan menerusi nyanyian lagu yang sangat 'catchy' yang boleh memikat hati kanak-kanak.

 Ms Mandy Lee dari Lam Soon Edibles Oils Sdn Bhd,wakil dari pihak Antabax memberi ucapan aluan serta penerangan sedikit sebanyak tentang kempen yang sedang dijalankan.

Paling menarik turut diadakan sesi penerangan berinformasi mengenai HFMD "Knowing Communcable Diseases, HFMD Prevention" oleh Dr Anza Elias (Occupational Health Physician, Sunway Medical Centre).

Merujuk kepada kenyataan dari Centre for Disease Control (CDC), dianggarkan sebanyak 80 peratus jangkitan adalah disebabkan oleh sentuhan. Dan CDC juga mencadangkan penjagaan kebersihan (hygience) adalah antara yang paling penting untuk mengelakkan kita mudah jatuh sakit dan juga menyebarkan penyakit kepada orang lain.


Dr. Anza juga ada menjelaskan tentang apa itu 'communicable disease'?

Iaitu sejenis jangkitan yang boleh disebarkan melalui :-

  • jangkitan dari darah dan bendalir
  • bernafas didalam zon 'airborne virus'
  • kena gigitan serangga (seperti nyamuk dan sebagainya)


Secara kesimpulannya, bagi mencegah pemasalahan penyakit berjangkit lebih mudah disebarkan. Ianya perlu dimulakan daripada diri sendiri terlebih dahulu iaitu sentiasa menjaga kebersihan. Sebagai ibu, saya sentiasa mendidik anak saya untuk menjaga kebersihan diri. Terutama mencuci tangan sentiasa sebelum dan setelah melakukan aktiviti.

Sekurangnya kita dapat mengurangkan masalah HFMD dari terus merebak dikalangan masyarakat kita :-)

Kecanggihan Applikasi Cannis | 'You think it, We build it'

$
0
0

Tidak dinafikan dunia hari ini adalah serba-serbi dalam digital. Sering dikaitkan kemudahan komunikasi dan transaksi tanpa sempada menjadikan semua urusan boleh diselesaikan dengan mudah serta pantas hanya dihujung jari sahaja.

Dan baru-baru ini saya telah diperkenalkan dengan aplikasi Cannis yang menawarkan 7 dalam 1 servis untuk penggunanya. Ianya agak menarik kerana dengan hanya 1 aplikasi terdapat pelbagaia ktivti didalamnya. Menggunakan slogan'You think it, we build it'aplikasi Cannis adalah satu aplikasi yang menggabungkan 7 aktiviti iaitu:-

Live broadcast
Creative Video
E- Dagang
Social Media
Diskaun untuk bershopping
Online game
Pembayaran Online

Secara ringkasnya dengan hanya 1 aplikasi yang mampu memberi begitu banyak menudajhan dan keselesaan kepada pengguna. Aplikasi Cannis terkini mempunyai hampir 100 senarai jurutera professional dari syarikat software di Hong Kong dan Amerika Syarikat dengan keupayaan penyelidikan pembangunan yang kukuh.



Aplikasi yang canggih ini mampu mengumpulkan lebih 20,000 pengguna dalam masa 24 jam dan dijangka akan menjadi aplikasi pilihan ramai di masa akan datang. Sejak Mac tahun ini, Cannis telah memperolehi syarikat-syarikat teknologi berturut-turut termasuk Internet, permainan dalam talian, peranti mudah alih, dan perkongsian data yang besar, dan pada masa yang sama, ia telah menjadi rakan kongsi Google, dan meningkatkan kebolehbacaan APP Cannis, dan keselamatan sistem.

Turut dikongsikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Cannis iaitu Datuk Dr. Azman Chin mengenai durian musang king yang turut dipasarkan secara online menggunakan aplikasi Cannis. Menariknya penghantaran adalah dalam tempoh masa 24 jam secara terus dari China.

Menurut Datuk Dr. Azman Chin lagi," Cannis adalah platform penyokong peminat dan pengikut pertama di dunia. Pada masa kini tidak perlu memuat turun berbilang aplikasi, selagi anda mempunyai Cannis, anda boleh memenuhi semua keperluan peminat."

Beliau turut merujuk kepada falsafah perniagaan Cannis mengenai "anda fikir, kami membinanya", membina media sosial dengan fungsi aplikasi yang paling menyeluruh, dan mewujudkan persekitaran ekologi yang paling sesuai untuk perusahaan dan peminat, dan mengumpulkan pangkalan data pengguna global bersama-sama. 

 Keterangan lanjut boleh layari :-

Website : www.cannis.app
Instagram : www.instagram.com/cannisapp
Facebook : www.facebook.com/cannisapp


Acara Membasuh Tuala Tangan Paling Ramai Anjuran bio-home Tersenarai Didalam Malaysian Book of Records

$
0
0



Acara Membasuh Tuala Tangan Paling Ramai Anjuran bio-home Tersenarai Didalam  Malaysian Book of Records. Seramai lebih daripada 725 peserta, iaitu kanak-kanak dan ibu bapa mereka telah mencatatkan rekod dalam masa kurang daripada satu jam menggunakan pembersih dtetergen dobi bio-home untuk membersihakan tuala tangan bersempena dengan kempen 'WE CARE' .

bio-home adalah produk dibawah jenama tempatan iaitu Lam Soon telah menawarkan pelbagai produk pembersihan rumah yang mesra alam. Produk ini dihasilkan daripada biodegradable dan renewable plant-based active ingredients yang mana pada yang sama pengguna boleh memelihara alam sekitar, mengekalkan kebersihan dan kehijauan.

Peserta adalah wakil-wakil dari 100 buah tadika dan 10 buah sekolah-sekolah yang telah  bersetuju bekerjasama dengan jenama bio-home untuk tahun ini. Kempen ini adalah salah satu cara untuk menyedarkan masyarakat terutama golongan kanak-kanak untuk memupuk semangan penjagaan alama sekitar, penglibatan dengan aktiviti kitar semula dan mendidik anak-anak ini tentang kemahiran hidup seperti membantu membauat kerja rumah. Program ini juga dibuka kepada orang ramai untuk menyertainya sekali.

Setiap peserta menerima tuala tangan. Tugas mereka adalah untuk membasuh tuala tangan menggunakan pencuci pakaian bio-rumah dan air sehingga kotaran dapat dibersihkan sepenuhnya. Kita akan dapati ianya amat mudah dan mengambil masa tidak lama untuk membersihkan kotoran yang terdapat pada tuala tangan. Detergen bio-rumah juga telah diuji dan terbukti selamat dan lembut
pada kulit.

Antara produk bio-home seperti detergen dobi, detergen pakaian, pencuci pinggan mangkuk, pembersih dapur, pembersih lantai dan pembersih pelbagai permukaan.
Boleh didapati dalam isipadu 1500ml yang dijual pada harga RM27.35 sahaja,

KECERDASAN BUATAN & ROBOTIK | KANAK-KANAK TEROKAI INOVASI TEKNOLOGI TERKINI DI KIDZ & TECH 3.0

$
0
0

Dunia hari ini kita dapat menyaksikan kebanyakan kanak-kanak lebih gemar berinteraksi dengan teknologi samada melalui telefon pintar, permainan digital, dan menonton filem. Namun yang demikian sebenarnya teknologi tidaklah terhad di situ sahaja bahkan sebenarnya ianya mempunyai banyak kelebihan yang positif.

Sehubungan dengan itu, KidZania Kuala Lumpur menganjurkan program bertemakan teknologi, KidZ & Tech 3.0 bermula dari 18 Ogos - 16 September ini. Program selama sebulan ini memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengenali lebih dekat tentang kegunaan dan manfaat Kecerdasan Buatan (AI) dan Robotik serta fungsinya di masa hadapan kelak.

“Kita sedang beralih ke zaman teknologi dan tidak mustahil suatu hari nanti, akan wujud bidang kerjaya yang menjurus ke arah kecerdasan buatan dan robotik. Sebagai bapa, saya pastikan anak-anak saya diajar dan bersedia untuk menghadapi dunia teknologi yang semakin hari semakin berkembang pesat ini. Teknologi seperti pembantu maya dan robot, rumah pintar dan kenderaan pandu sudah wujud dan saya percaya terdapat banyak lagi inovasi yang unik pada masa hadapan. Teknologi akan sentiasa berkembang pesat dan saya berharap program KidZ & Tech 3.0 akan memberikan inspirasi kepada para peserta untuk menerokai dunia teknologi yang luas ini,” kata Shahrul Nizar Ahmad, Datuk Bandar KidZania Kuala Lumpur.



Melalui KidZ & Tech 3.0, kanak- kanak diberi peluang untuk ‘Learn Life Today' dan ianya salah
satu bidang yang sedang pesat berkembang ialah AI. Google Malaysia memperkenalkan AI dengan cara yang menyeronokkan. Kanak-kanak diberi peluang untuk bermain sambil belajar melalui Emoji Scavenger Hunt yang juga boleh disertai oleh seluruh keluarga!
Menggunakan rangkaian neural eksperimen AI untuk megenal pasti objek sebenar, peserta akan diberi emoji di kaca telefon pintar dan perlu mencari emoji tersebut di persekitaran mereka. Peserta perlu melengkapkan pencarian dengan menangkap gambar yang sepadan dengan emoji yang diberikan. Permainan itu akan mengesahkan keserasian objek sebelum memberi petunjuk seterusnya.

“Bidang Kecerdasan Pintar adalah salah satu fokus kami di Google dan kami memperkasakannya melalui pembelajaran mesin. Dalam erti kata lain, komputer diajar untuk mengenal pasti lebih banyak rekaan dan bukan hanya diprogramkan dengan tetapan tertentu,” kata Zeffri Yusof, Ketua Komunikasi dan Hal Ehwal Awam, Google Malaysia.

“Google memanfaatkan pembelajaran mesin untuk tugasan seperti pemahaman bahasa, penterjemahan, pengecaman pertuturan, penglihatan komputer, skala kedudukan dan pengesyoran. Kami berharap kanak-kanak ini akan lebih berminat untuk mempelajari secara mendalam tentang dunia Kecerdasan Buatan.”

Selain itu peserta juga boleh mencipta sendiri robot menggunakan Makeblock mBots, melalui langkah-langkah pengekodan mudah. Para kanak-kanak juga boleh menguji kemahiran pemanduan mereka dalam Drone Obstacle Challenge. Mereka akan mengendalikan Airblocks, sebuah robot terbang yang diperbuat daripada magnet yang boleh diprogramkan untuk melalui halangan di trek udara.

Secara keseluruhannya, KidZ & Tech 3.0 menawarkan lima program khusus: Aktiviti AI-inspired Emoji Scavenger Hunt, Virtual & Augmented Reality (permainan VR, Be Internet Awesome, DIY AR Greeting Cards), Coding & Robotics, Forensic Science (penyiasatan di lokasi jenayah menggunakan Debu Ibu Jari dan Eksperimen Cahaya UV oleh Forensik UKM) dan Creative Photography (Canon Light Tail Photography, U Mobile Clone Photography).

Sertai acara-acara menarik tersebut dan pelbagai lagi program pembelajaran interaktif di KidZ & Tech 3.0. Tempah tiket secara dalam talian sekarang dan dapatkan potongan 20% dengan menggunakan kod promo KZTECH

KidZ & Tech 3.0 dibawakan oleh Canon Malaysia, Google Malaysia, MSP Systems (Makeblock), UKM Forensics dan U Mobile.

Untuk maklumat lanjut berkenaan aktiviti dan acara di KidZania Kuala Lumpur, layari
www.kidzania.com.my atau www.facebook.com/KidZaniaKualaLumpur atau hubungi Talian Khidmat Pelangan KidZania di 1300 88 KIDZ (5439) dari 9 pagi hingga 6 petang, setiap Isnin hingga Ahad.

Bermalam di Manhattan Business Hotel di Damansara Perdana Tidak Pernah Mengecewakan

$
0
0
Bagi mereka yang datang dari luar Kuala Lumpur/Selangor dan mempunyai kerja luar di kawasan Lembah Klang tentunya agak sinonim dengan Manhattan Business Hotel. Kedudukan lokasinya yang begitu hampir dengan kawasan tumpuan perniagaan dan juga pusat membeli-belah menjadikan hotel ini antara tarikan dan pilihan terutama pelancong dari luar negara.

Mengambil imspirasi daripada keindahahan kota metropolitan Manhattan, dititipkan pada setiap dekorasi yang dipertonjolkan di hotel ini. Bermula daripada rekaan bangunan di bahagian luar sehinggalah pada dekorasi dalaman hotel.

Saya juga tertarik dengan warna asas yang digunakan didalam setiap perincian dekorasi dalaman iaitu warna emas, coklat tua dan hitam. Dan ini adalah gabungan warna yang begitu menyerlahkan dari segi elemen kemewahan dan juga kekemasan.

Untuk bahagian lobi dan aras bawah ianya bertemakan "Ninth Street Espresso". Kedai kopi yang cukup popular di New York!

Lepak santai di ruang lobi. Biarpun kawasan menunggu agak terhad, namun perletakan 2 sofa kulit ini menjadikannya ia tampil lebih esklusif.

Disediakan juga fasiliti komputer yang mempunyai rangkaian internet untuk kegunaan tetamu hotel.

Tetamu hotel juga boleh berjumpa dengan kawan atau klien mereka di ruang cafe yang berdekatan di lobi. Tempat ini memang sangat sesuai sekiranya hendak diadakan perbincangan mahupun sekadar untuk mengopi bersama-sama.

Disediakan juga buku-buku dan majalah untuk bacaan santai para tetamu hotel. 

"Ninth Street Espresso" di Manhattan Business Hotel Damansara Perdana. Kedai kopi ala di New York yang tampil begitu klasik.
Terdapat 6 tingkat. Dan untuk setiap level didatangkan dengan tema tertentu. Antaranya seperti Broadway, 5th Avenue, Wall Street, Central Park dan Madison Square Garden,

Koridor di setiap level hotel yang sentiasa berada dalam keadaan bersih dan kemas.

Di tingkat 3, berkonsepkan kesibukan Wall Street.

Broadway guys! Keindahan lampu neon dan kecerahan bandar metropolitan ini pada waktu malam.

Central Park yang sentiasa menjadi tumpuan keluarga terutama anak-anak :-)

Dan bilik penginapan saya adalah di level ini. Saya telah bermalam di Bilik Deluxe Queen iaitu RM170 untuk satu malam. 

Secara personal saya memang sangat puas hati dengan bilik yang didiami. Agak luas dan selesa.

 Keempukkan bantal dan tilam begitu ketara.

Dilengkapi dengan penghawa dingin dan pelbagai fasiliti asas seperti televisyen, peti besi penyimpanan, pengering rambut, cerek elektrik dan pelbagai lagi sememangnya dapat memenuhi keperluan tetamu hotel terutama mereka yang sentiasa berada mood on-the-go.

*Seterika (iron) disediakan di setiap aras. Segala pertanyaan untuk penggunaan boleh dirujuk kepada pihak hotel ya!


 Tandas yang agak luas dan bersih.

Kelengkapan mandian turut disediakan bagi kemudahan tetamu. Antaranya seperti tuala, sabun mandi, syampu dan pelbagai lagi.

Selain daripada bilik Deluxe Queen, terdapat juga bilik Deluxe Twin dan Deluxe Single.

Bilik Deluxe Twin yang lebih luas dan selesa. Bagi mereka yang datang berkeluarga, bilik ini antara yang sangat sesuai.

 Untuk yang datang sendirian. Perlukan lebih privasi, jadi bilik ini sangat disyorkan.

Salah satu contoh Bilik Deluxe Queen yang lain terdapat di Manhattan Business Hotel Damansara Perdana.

Untuk setiap tetamu yang datang menginap di hotel ini akan diberikan sarapan pagi PERCUMA untuk 2 orang (1 bilik = 2 orang boleh sarapan secara percuma). Sarapan pagi adalah bermula daripada jam 7 pagi sehingga 11 pagi setiap hari. Dan kafe ini dibuka daripada 7 pagi sehingga 5 peteang. Turut ditawarkan hidangan makanan tengahari dan minum petang.

Minuman panas yang memang disediakan untuk tetamu hotel setiap pagi.

Terdapat juga minuman sejuk seperti jus.

 Antara set minuman pagi yang boleh kita order dari kaunter kafe. Menariknya kafe ini menyediakan sarapan kita secara panas-panas hanya setelah pesanan dibuat. Jadi kita dapat menikmati hidangan yang lebih 'fresh' !

Antara hidangan sayanikmati di sini adalah scramble egg dan roti canai :-)


Happy anak-anak dapat bersarapan pagi hidangan yang cukup lengkap dan sihat. Apatah lagi setelah bangkit dari tidur yang lena didalam persekitaran yang cukup selesa.


Manhattan Business Hotel ini pernah mendapat anugerah di peringkat antarabangsa iaitu “Best Business Hotel”  . Ini adalah bersempena dengan Prestigious Developer Awards 2018 anjuran Property Insight.

Manhattan Business Hotel Damansara Perdana
A-G-01, NO.1,
Neo Damansara Jalan PJU 8/1,
Damansara Perdana Petaling Jaya 47820 Selangor, Malaysia.
Phone: +603-7731 9828
Fax: +603-7731 8910
Email: enquiry@mbhotel.com.my

Laman web:
https://www.instagram.com/manhattan_business_hotel/

Untuk tempahan bilik hotel adalah disarankan dibuat melalui terus dari website
Ini kerana adakalanya ada diberikan diskaun sehingga 20%(sekarang ada diskaun sehingga 20%, best!)

Jom tidur Manhattan Business Hotel!
Viewing all 2935 articles
Browse latest View live