Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all 2935 articles
Browse latest View live

Keseronokan Menyertai Kids Holiday Dinosaur Hunt di The Mines Shopping Mall

$
0
0
 
Sempat my Yara berOOTD di The Mines Shopping Mall

Yeahhh kami kembali lagi beraktivti. Hahahaha. Biarpun masih dalam mood beraya namun untuk acara/aktiviti yang melibatkan anak-anak memang saya akan teruja untuk menyertainya. Apatah lagi anak-anak saya sendiri juga begitu teruja :-)

Saya telah menyertai Kids Holiday Dinosaur Hunt pada 24 Jun 2018 yang lepas. Acara ini dimulakan pada jam 2.30pm di The Mines Shopping Mall. Apa yang menarik setiap pasukan adalah mewakili satu keluarga iaitu perlu ada ibu/bapa bersama anak mereka.

Penerangan ringkas telah diberikan oleh pengacara majlis teantang peraturan permainan. Di mana setiap pasukan perlu pergi ke setiap check point berdasarkan kepada klu yang diberikan. Dan setiap check point ada tugasan yang perlu dibereskan dan setiap kali berjaya melakukannya, telur dinosaur akan diberikan.

Anak saya memang dah 'excited' nak mulakan pencarian telur dinosaur, hahahah. Siap tambahkan energi minum susu beria-ia, hokeh :p

Tugasan 1 : Pilih salah seorang ahli pasukan, perlu menaiki bot yang disediakan dan wajib mengambil gambar selfie didalam bot. Untuk tugasan ini memang Afiq dengan senang hati 'volunteer' untuk melakukannya.

Tugasan 2 : Pergi ke Mr. DIY dan ambil gambar selfie bersama salah seorang pekerja di sana. Ya ampun sila abaikan mukaku yang sememeh ini, hahahah. Tapi seriousla, gegeh berlari masuk Mr. DIY, tegur staff dekat situ "Hello Sir, boleh ambil gambar bersama tak?" Terus snap guna kemarea telefon. Hahaha. Seb baik staff Mr. DIY jenis sporting, hiks.

Tugasan 3 : cari TGV, selfie di hadapan TGV. Untuk tugasan ini memang Afiq yang beria nak buat. Lepas tu kena muatnaik gambar kita di IG bersama hashtag yang tertentu.

Tugasan 4 : Cari Butik Poney. Kena lipat 10 helai baju warna pink dalam masa 10 saat. Yes..mama can do it, gitewww.

Tugasan 5 : Cari lif no. 7, seterusnya kina ambil gambar poster yang mempromosikan Dino-Rawr di The Mines Shopping Mall.


Ini adalah antara tugasan yang mencabar. Bayangkan kita perlu mencari lift no.7 hampir semua lift yang ada di Mall ini. Kesungguhan dan jiwa kental memang perlu ada dalam diri tau! Hahahaha. Bila dah jumpa lift ini, rasa nak melutut jer depan lift tu, kehkeh.

 Tugasan 6 : Kena pergi ke Harvest Stationery, seterusnya kena main permainan charades di situ. Memang kelakar, sebab pelbagai aksi yang anak saya lakukan untuk memberikan klu apa yang jawapannya. Bersungguh-sungguh siap buat aksi sekali. Akhirnya saya berjaya menjawab "KARATE-KID"

Tugasan 7 :  Kena cari telur dinosaur yang tersembunyi dalam Balalaca Store. Oh ya! Untuk pengetahuan korang Balalaca Store ini adalah kedai kasut. Bila sampai dsini melihat pada kasut yang  banyak tersusun di rak memang satu cabaran. Akhirnya kesungguhan itu membuahkan hasil apabila Amani menemui telur tersebut. Dia punya 'happy' dan berbangga macam menang anugerah. hahaha.

Tugasan 8 : Cari outlet Famos Amos. Dan perlu jawab soalan mengenai Famos Amos di situ. Agak mencabar kerana kitaorang macam tersesat mencari outlet ini.

Tugasan 9 : Perlu ke kedai Chapter. Pilih satu buku dan baca di hadapan 3 pelanggan. Nasib baik pelanggan didalam kedai tersebut semua sporting, jadi tugasan ini dapat diselesaikan dengan mudah.

Tugasan 10 : Kami perlu lari balik ke check point Dan kumpulkan ke semua kepingan puzzle yang berjaya diperolehi di setiap stesen. Seterusnya perlu gabungkan semua kepingan tersebut agar menjadi satu puzzle yang sempurna.


Tadaaaa!


Seterusnya kami perlu membawa puzzle yang lengkap bersama 10 biji telur dinosaur yang telah berjaya diperolehi ke meja mashal yang terakhir. Selain itu saya perlu juga perlu mengemukakan bukti bergambar untuk stesen tertentu seperti gambar selfie dan sebagainya.

Kumpulan saya menyelesaikan semua tugasan yang diberikan pada jam 3.35 petang. Lebih kurang 1 jam dari tempoh waktu permulaan kami dolepaskan. Apa yang menarik tentang 'hunt' ini ialah ianya mengajar erti kesungguhan didalam diri anak-anak. Selain itu menanamkan semangat kerjasama dan saling membantu dalam menyelesaikan sesuatu tugasan.




 Siapa sangka akhirnya kumpulan saya telah berjaya dinobatkan menjadi Juara. Kuddos untuk semua ahli pasukan saya - Afiq, Amani. Yana dan Ameer. Diikuti dengan masa kedua terpantas menyelesaikan tugasan iaitu kumpulan Mama Jue dan pemenang di tempat ketiga adalah kumpulan Isaac. Ganjaran yang diberikan adalah berbentuk wang tunai.... wah kanching!!!

Memang seronok! 
Adat dalam permainan pasti ada yang kalah dan pasti ada juga yang menang. Namun yang demikian paling penting, pertandingan hunt seperti ini membolehkan kita sentiasa bersedia dan teruja melakukan segala aktiviti bersama anak-anak. Sekaligus dapat mengeratkan lagi silaturahim ikatan kekeluargaan. Dan untuk pengetahuan korang, sekarang ini telah berlangsung Dino-RAWR di The Mines Shopping Mall sehingga 6 Julai 2018 ini tau! 

Dan banyak aktiviti dan promosi  best telah dijalankan oleh The Mines Shopping Mall. Untuk keterangan lanjut boleh layari:-


 

Saluran "DUNIA SINEMA" Menawarkan Filem Hebat 24 Jam di Unifi TV

$
0
0
Bertempat di Fiesta Unifi Alamanda pada 30 Jun 2018 yang lepas, Unifi TV telah melancarkan saluran terbaru mereka iaitu Dunia Sinema (saluran 128). Saluran ini merupakan saluran pertama di Malaysia seumpamanya yang menawarkan tayangan selama 24 jam filem-filem tempatan dan negara Asia.

Pelbagai genre ditawarkan antaranya seperti romantik, seram, aksi, komedi dan banyak lagi. Pastinya semua filem yang ditayangkan adalah hasil daripada penerbitan terbaik dan telah mendapat tempat di hati masyarakat tempatan.

 Dengan slogan "Imaginasi Tanpa Henti", Dunia Sinema ini boleh dilanggani menerusi Pek Aneka dan Pek Ultimate ataupun secara ala-carte dengan harga yang ditawarkan cukup rendah iaitu RM9 sahaja sebulan.

Antara artis dan penerbit tempatan yang datang menghadiri majlis pelancaran ini. Terdapat banyak filem yang bakal mewarnai saluran Dunia Sinema seperti Pekak, Ophilia, Adnan Sempit, Wawa Semput, Dendan Berahi, Mat Moto dan banyak lagi. Manakala filem Asia terkenal seperti Ghost Ship, Suddely 20, May Who? Make Me Shudder 2 dan banyak lagi. Memang best-best semua filem yang bakal ditayangkan uollls~

 Dan sekiranya pelanggan sudah mempunyai akaun Unifi, mereka boleh melanggan melalui alat kawalan jauh Unifi TV. Sekiranya tidak mempunyai Unifi TV, bolehlah mendaftarnya di cawangan TMpoint yang berdekatan. Sepertimana yang kita ketahui unifi menawarkan perkhidmatan konvengens yang menggabungkan perkhidmatan akses internet dan juga hiburan semuanya didalam satu pakej!

 Fiesta Unifi yang diadakan di Alamanda cukup meriah. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan selain daripada menawarkan pelbagai promosi menarik perkhimdtaan Unifi termasuklah unifi HOME, unifi Wifi, unifi Mobile dan unifi TV.

Kehadiran artis popular seperti AC Mizal, Sufian Suhaimi dan ramai lagi memeriahkan lagi acara yang diadakan. Di Fiesta unifi juga telah berlangsungnya konsert mini yang menampilkan ramai artis yang cukup popular termasuklah Sufian Suhaimi yang telah menyampaikan 2 lagu popular dari single terkininya.

Paling seronok ada aktiviti bergambar dari bidikina photographer profesional yang mana kita akan diberikan foto yang diambil secara percuma, seni khat dan banyak lagi.

Sedikit update mengenai unifi tv yang kini telah menawarkan kepada pelanggan 115 saluran secara keseluruhan dengan 67 saluran definisi tinggi (HD) - terdiri daripada 62 saluran premium, 26 saluran percuma, 2 saluran radio, 7 saluran Video-On-Demand (VOD) dan 18 saluran interaktif dalam pelbagai pakej yang berpatutan ataupun boleh didapatkan secara ala-carte. Bermula pada bulan April 2018, pek-pek Aneka Pus, ruby Plus dan Varnam Plus ditambahkan senarai pilihan pakej dengan 20 saluran tambahan yang merangkumi saluran kanak-kanak, hiburan umum dan gaya hidup (lifestyle) telah dipertingkatkan kepada para pelanggan. Untuk menonton saluran kegemaran di mana sahaja, korang boleh muat turan aplikasi unifi PlayTV melalui Apple Store dan PlayStore atau layari www.playtv.unifi.com.my untuk versi pelayar di komputer :-)

Keterangan lanjut boleh layari:

Jom Raya di Residensi UTM KL 2018 | Apa Yang Menarik Tentang Residensi UTMKL

$
0
0
Menerima jemputan untuk menghadiri Majlis Jom Raya dari Residensi UTMKL dan Gurney Mall tidak saya lepaskan. Majlis penuh meriah yang dihadiri Pengurusan Tertinggi UTM, pemain industri yang beroperasi di Residensi UTMKL, rakan perniagaan dan beberapa agensi kerajaan yang berkaitan.

Pelbagai juadah Hari Raya yang enak dihidangkan kepada para tetamu. Antaranya seperti nasi soto, roti jala, nasi minyak, sate, lontong, kuih-muih dan pelbagai lagi. Majlis turut diserikan dengan persembahan daripada kumpulan kugiran MINDEF yang dijemput khas untuk menghiburkan para tetamu yang hadir.

Selain daripada pelancaran laman sesawang Residensi UTMKL dan video Korporat Residensi UTM KL, turut diadakan adalah Majlis Penyampaian Dividen UTM Holdings Sdn Bhd yang diwakili oleh Pengerusi UTM Holdings Sdn Bhd iaitu Dato' Ramli Kushairi dan juga Bendahari UTM iaitu Encik Abu Bakar Mohd Salleh.

Pemberian duit raya untuk pelajar UTM yang terpilih bagi menyuntik semangat mereka untuk belajar bersungguh-sungguh dan juga menyemarakkan lagi suasana majlis Hari Raya yang dirai.

Memang sedap-sedap segala juadah Hari Raya yang dihidangkan. Oh ya! Majlis juga diserikan dengan kehadiran personaliti TV3 Teh Syuhaida dan pelakon Raja Ilya yang mana keduanya telah diberi tugas untuk mengacarakan majlis. Selain itu Epul dari Drama Band juga hadir membuat persembahan.

***************

Saya dan rakan media lain sempat melihat sendiri Residensi UTMKL dan Gurney Mall yang telah mula dibuka pada bulan Mei 2017. Untuk pengetahuan semua, Universiti Teknologi Malaysia merupakan universiti awam pertama negara yang telah membangunkan kompleks membeli-belah dan hotel di Malaysia. Kompleks ini telah dibangunkan sendiri oleh pihak UTM dan telah diuruskan oleh  UTM Holdings Sdn Bhd anak syarikat Universiti Teknologi Malaysia yang dipertanggungjawabkan untuk mengurus operasi secara keseluruhan Residensi UTMKL. Di bawah Residensi UTMKL, selain daripada Gurney Mall dan UTMSPACE, terdapat dua hotel dibawahnya iaitu The Royal Widad Residence (bertaraf 4 bintang) dan juga The Regency Scholars Hotel (bertaraf 3 bintang).

Manakal UTMSPACE merupakan badan korporat yang bertanggungjawab merancang, menurus dan melaksanakan pelbagai program sepanjang hayat program dibawah UTM dan beroprasi sepenuhnya di Residensi UTMKL.

UTMSPACE sendiri telah beroperasi di tingkat 2 bangunan ResidensiKL ini. Pelbagai fasiliti yang bertaraf antarabangsa disediakan di sini selaras dengan slogan yang dipertengahkan iaitu Lifestyle@UTMKL. 

Dewan kuliah, bilik tutorial, makmal dan lain-lain semuanya lengkap ada di bangunan ini. Pelajar-pelajar dari Kolej SPACE adalah terdiri daripada mereka yang mengambil jurusan sepenuh masa dan ada juga yang mengikuti program separuh masa.

Residensi UTMKL merupakan pembangunan bersepadu yang terdiri daripada 4 menara (3 menara adah hotel dan 1 menara adalah kompleks penginapan pelajar). Kompleks ini juga dilengkapi dengan Dewan Bankuet yang mampu menempatkan sehingga 500 sehingga 1000 orang untuk satu-satu masa. Jadi sekiranya kita ingin adakan majlis perkahwinan dan sebarang majlis bolehlah membuat tempahan sewa di sini. 

Saya sempat meninjau lobi The Regency Scholars Hotel. Biarpun bertaraf 3 bintang, namun fasiliti yang ada disini cukup hebat dan terbaik.


Apatah lagi dengan melihat pada susun atur dan dekorasi di lobinya sudah cukup membuatkan saya sudah terpikat. Nampak sangat esklusif dan unik. Untuk ke sini kita perlu menaiki lif kerana ianya berada di aras 6 bangunan Residensik UTMKL.

Untuk The Royal Widad Residence yang bertaraf 4 bintang, tetamu hanya perlu menuju ke tingkat aras bawah bangunan Residensi UTMKL. Ianya terletak begitu hampir dengan kedai serbaguna Speed99.

Sedikit informasi untuk semua terdapat 3 jenis bilik yang disediakan di sini iaitu bilik Studio, apartment 2 Bilik dan Apartment 3 bilik. Terdapat juga sewa yang ditawarkan untuk sebulan iaitu bermula pada kadar sewa serendah RM 1800  untuk Apartmen 3 bilik. Manakala RM 1200 bagi bilik Studio. Boleh rujuk harga setiap bilik yang dikenakan menerusi jadual di bawah.

STUDIO ROOM 
(182 UNITS)
244 SQ FT
QUEEN BED AND TWIN BED
NORMAL FLOOR
RM350
PREMIUM FLOOR
450
2 BEDROOM APARTMENT
 (150 UNITS)
660 SQ FT
MASTER BEDROOM
SINGLE BED
NORMAL FLOOR
RM650
PREMIUM FLOOR
RM750
3 BEDROOM APARTMENT 
(50 UNITS)
829 SQ FT
MASTER BEDROOM
QUEEN BEDROOM
SINGLE
NORMAL FLOOR
RM 950
PREMIUM FLOOR
RM1,050

Contoh bilik apartmen 3 bilik yang sempat saya tinjau.  Memang luas dan selesa boleh menampatkan sehingga 5 orang pelajar. Pelbagai kemudahan asas disediakan seperti katil, meja belajar, ruang tamu, bilik air, dapur, peti ais, penghawa dinggin (4 buah), televisyen, cerek, ketuhar dan pelbagai lagi.

Ruang tamu

Bilik tidur utama - 3 katil dan ada bilik air didalamnya.

Bilik tidur kedua..

Meja belajar turut disediakan.

Bilik air luas dan bersih.

Ruang dapur.

Tempat memasak dan juga ada tempat penyimpanan baranag iaitu peti sejuk.

Terdapat juga kolam mandi di sini. Saya difahamkan kita juga boleh menyewa kawasan ini sekiranya hendak mengadakan jamuan BBQ dan sebagainya.

Selain kolam mandi untuk orang dewa terdapat juga kolam khas untuk kanak-kanak dan juga taman permainan.

Kita juga boleh membeli-belah dan berbelanaj di Gurney Mall. Bagi saya sendiri Gurney Mall ini diumpamakan seperti kompleks membeli-belah kejiranan yang mana menempatkan pelbagai jenis kiosk dan kedai makanan yang sememangnya sentiasa menjadi pilihan masyarakat tempatan seperti Bento Street Cafe, Burger King, KFC, Old Town White Coffee dan pelbagai lagi. Saya juga diberitahu Alumni Cafe di sini sentiasa menjadi tumpuan dek kerana penangan kesedapan nasi ayam bersama ayam kampung yang menjadi kesukaan ramai pelanggan yang datang ke Gurney Mall.

Tempat makan yang luas dan selesa. 

Terdapat juag kedai serbaguna seperti Speedmart99, MyNews.com, butik baju, farmasi dan pelbagai lagi. Menurut Encik Kamil Ahmad Kushairi Pegawai Eksekutif UTM Holdings sebanyak 90% premis di Gurney Mall sudah mempunyai penyewa sejak ianya mula beroperasi tahun lepas.

Di Gurney Mall juga mempunyai pusat permainan bowling yang mana jika kita nak buat perlawanan bowling bolehlah adakan di sini. Dan pelajar serta masyarakat setempat pasti ke sini untuk menghilangkan rasa stress mereka dengan bermain bowling!

Parkir PERCUMA disediakan begitu banyak. Surau yang sangat luas boleh menempatkan ramai jemaah untuk satu-satu masa, tandas yang bersih dan pelbagai lagi kemudahan yang disediakan di sini.

Muka happy dan kagum setelah puas meninjau Residensi UTMKL yang cukup menarik.

Untuk keterangan lanjut, boleh layari www.gurneymall.com bagi tujuan penempahan bilik hotel dan Dewan Bankuet ya!

Kejutan Buat Suami Dengan Menghadiahkan Produk Dari Printcious

$
0
0
Dalam setahun saya mempunyai 2 tarikh penting yang dikongsi bersama suami saya yang tercinta. Iaitu tarikh hari lahir dan tarikh pernikahan kami. Walaupun suami bukan jenis yang romantik tetapi saya memang suka hadiahkan sesuatu yang bermakna buat beliau sebagai salah satu kejutan.

Bagi saya sendiri pemberian yang menarik dan unik bukan hanya dapat menambat hati si dia bahkan dapat meninggalkan memori yang manis.

Tapi yang bestnya di laman web https://www.printcious.com memang dah terususn kemas mengikut kategori hadiah, jenis souvenir yang direkomenkan dan pelbagai lagi. Jadi memang mudah untuk kita nak buat carian barangan. Pada yang sama membantu kita dalam membuat keputusan pembelian barangan terbaik.


Contohnya saya hanya pergi ke carian Hadiah Istimewa Buat Lelaki di Malaysia di laman web Printcious saya akan dapat lihat contoh-contoh hadiah yang agak menarik dan sesuai diberikan kepada kaum lelaki.

Antara yang menarik perhatian adalah hadiah yang boleh kita reka sendiri (DIY). Pastinya ianya unik dan mempunyai nilai-nilai simboliknya yang tersendiri. Kebiasaannya untuk lelaki mereka lebih gemarkan barangan seperti t-shirt, mug, pad tertikus (mouse pad) dan mungkin juga frame kanvas yang boleh diletakkan di sudut ruang peribadi mereka. Sepertimana yang kita ketahui lelaki memang jenis yang sangat praktikal sukakan barangan yang mereka boleh guna setiap masa.

Untuk kali saya berminat dengan frame kanvas petak dari Printious. Menariknya selain terdapat pelbagai rekaan ianya juga ditawarkan dengan harga yang cukup berpatutan (ada potongan diskaun yang hebat!)

Unik menampakkan lebih unik saya custom made sendiri rekaan kanvas tersebut dengan meletakkan gambar keluarga kami terkini (gambar raya uolls hahahaha).

Hanya tekan di tab berwarna hijau. Ikut sahaja langkah yang disediakan memang sangat mudah dan tidak mengambil masa yang lama. Paling best kita boleh menjadi kreatif dan lebih teruja untuk menghasilkan sesuatu yang istimewa buat yang tersayang.


Boleh pilih 2 jenis pilihan kanvas. Harga adalah mengikut saiz yang dipilih. Paling best, laman web Printcious ini memang mesra pengguna dan senang dikendalikan.

Muat naik gambar seperti yang diinginkan. Sekiranya ingin menambah teks dan sebagainya bolehlah kita menambah suai frame kanvas kita. Sehinggalah kita benar-benar puas hati, seterusnya bolehlah teruskan dengan proses pembayaran dan alamat penghantaran.

Sememangnya sangat mudah dan pantas. Semuanya dapat dilakukan di hujung jari anda. Apa yang yang penting sebagai pelanggan kita pasti akan berpuas hati dengan harga produk dan servis yang ditawarkan.

Saya sendiri memang sudah teruja untuk melihat reaksi suami apabila menerima hadiah istimewa yang ditempah khas di Printious.com. Terima kasih Printious kerana telah memudahkan urusan hidup saya dalam membantu saya untuk memberi sesuatu yang istimewa buat yang tersayang.

So korang kalau nak tahu lebih lanjut mengenai produk yang ditawarkan serta promosi menarik dari ke semasa bolehlah layari:-



“If you are looking for best door gifts idea for guests, don’t forget to contact them.
Or if you have any upcoming birthday party and would like to impress your guest, 
birthday photo booth is your best entertainment.

Don’t miss to click here too Button Badges MalaysiaBulk Order Color MugBulk Order Magic MugBulk Order LanyardBulk Order Mousepad
We also welcomed any sponsorship to get sponsor for their event. Don’t miss out to grab this big opportunity by click here Sponsorship for Event “

Urutan Esklusif di Pusat Penyusuan dan Spa Bondahaven

$
0
0
BONDAHAVEN ~ Syurga buat bonda, pusat penyusuan dan spa khas buat ibu-ibu yang ingin mendapatkan pelbagai jenis urutan secara esklusif ada ditawarkan di sini. 

Bertempat di 

Bondahaven - Breastfeeding Specialist and Spa, 
Lot 2-3 (3rd floor), 
Jalan Puteri 2A/2, 
Bandar Puteri Bangi 
43000 Kajang, Selangor
+603-89122221


Jika dari highway Plus Utara-Selatan, outlet Bondahaven ini terletak juga berhampiran dengan pintu tol masuk/keluar dan pasaraya besar Tesco. Memang senang nak cari dan paling penting terdapat banyak parking yang berdekatan dengan premis Bondahaven.

Untuk pengetahuan semua, Pusat Penyusuan dan Spa Bondahaven dibuka setiap hari kecuali tutup pada hari Rabu bermula jam 10.00 pagi sehingga 6 petang. Untuk temujanji khas pada waktu malam perlulah dibuat booking temujanji terlebih dahulu.

Selain itu pelanggan juga digalakkan untuk membuat temujani terlebih dahulu sekurang-kurangnya 1 jam sebelum menerima rawatan. Ini bagi mengelakkan pertembungan dengan waktu rawatan  pelanggan yang lain. Jadi kita tidak perlu menunggu lama :-)

Selain daripada pelbagai pakej rawatan yang ditawarkan cukup menarik, saya juga sebenarnya sangat kagum dengan fasiliti dan kemudahan yang ada disediakan di Bondahaven. Secara jujurnya ini pertama kali saya menggunakan perkhidmatan spa yang begitu mesra keluarga.

Sepertimana yang kita ketahui dan lalui, sebagai ibu tugasnya memang tidak pernah berhenti. Namun yang demikian sekali-sekala memang kita sangat perlukan 'me time' ataupun masa untuk diri kita sendiri dengan melakukan aktiviti yang digemari seperti berSPA. Namun tidak dinafikan naluri ibu tetap ada, kadang-kadang hendak keluar pergi mana-manapun biarpun sekejap kita ingin bawa sekali anak terutama bayi yang sedang menyusu.

Bilik menyusu yang begitu selesa

Di Bondahaven ada disediakan bilik untuk menyusu, bilik menunggu khas ahli keluarga pelanggan yang datang bersama. Siap disediakan sekali televisyen dari saluran rancangan yang kita boleh tonton dari ifflix/nefflix, Begitu juga permainan yang disediakan sesuai untuk anak-anak seperti  permainan yang dapat mengasah skil permotoran dan sebagainya.

Bilik menunggu untuk seisi keluarga yang disediakan televisyen, sofa dan permainan untuk anak.

Di Bondahaven juga menawarkan beberapa produk bayi dan ibu daripada jenama yang cukup popular. Antaranya seperti jenama Buds yang cukup popular dikalangan ibu bapa. Produk minuman air sarang burung keluaran selebriti Fauziah Ghous juga boleh didapatkan di sini.

Selain itu terdapat juga essential oil, serbuk teh dan sebagainya ada ditawarkan di sini. Apa yang saya boleh katakan kebanyakan produk yang ditawarkan adalah barangan keperluan khas untuk ibu (sebagai terapi diri dan sebagainya).

Di satu sudut di ruang depan Pusat Penyusuan dan Spa Bondahaven. Cantikkan? Dekorasi seperti ini walaupun nampak simple tapi sebenarnya dapat memberi mood hebat kepada pelanggan yang datang.

Bilik air antara fasiliti yang disediakan di sini. Kemas dan bersih secara tidak langsung pelanggan pun berasa begitu selesa.

Kalau hendak berdandan sebelum atau selepas berSPA boleh juga ya! Begitu luas cermin disediakan buat pelanggan mereka.

Ini yang seronoknya bila kita pergi pusat SPA disediakan tempat solat khas untuk pelanggan. Dalam kita menjaga hubungan dengan manusia, tidak dilupakan menjaga hubungan kita dengan tuhan.

Kemudahan yang disediakan didalam surau di Bondahaven.

Selain daripada rak kasut, almari penyimpanan barangan juga penting dan perlu disediakan. Nah! Di Bondahaven memang ada menyediakannya.

Seperti yang saya maklumkan, Pusat Penyusuan dan SPA Bondahaven menyediakan pelbagai rawatan dan pakej. Jadi tidak hairanlah fasiliti untuk mengurut juga dipelbagaikan. Contohnya seperti katil mengurut ada yang didalam bilik khas, di atas lantai dan sebagainya.

Katil urutsan di atas lantai. Sesuai untuk mereka yang ingin mengurut bersama rakan yang turut berada bersebelahan.


Katil urutan biasa. Saya sangat sukakan konsep hiasan yang tersusun cantik diatas tilam tersebut.

Bagi mereka yang mengambil pakej berpantang, pakej bakal pengantin dan sebagainya. Biasanya akan dilakukan didalam bilik yang lebih esklusif. Ini memandangkan rawatan yang dilakukan perlu berendam dan menggunakan bilik air (untuk rawatan yang melibatkan mandian dan sebagainya).

Untuk bilik Hibiscus, ada kolam jakuzi disediakan. Ini khas bagi rawatan yang melibatkan rendaman aromatherapi dan sebagainya.

Terdapat juga bilik air disediakan didalam bilik ini.

Di bilik Lemongrass terdapat katil urutan dan juga bilik air didalamnya. Ini bagi mereka yang mengambil pakej body scrub dan sebagainya akan diadakan sesi rawatan di sini.

Namun ianya adalah bergantung kepada kekosongan bilik dan perkara lain yang berkaitan ya!

Untuk pengetahuan semua saya telah mengambil rawatan Bondahaven Breastfeeding Massage. Rawatan yang mengambil masa 1 jam 30 minit ini meliputi urutan seluruh badan dan juga di bahagian organ penyusuan. 

Sebab saya menyusukan Yara secara esklusif jadi rawatan ini memang sangat saya inginkan. Oh ya! Sebelum memulakan rawatan saya telah diberikan minuman air suam serai berhalia dengan daun pandan.

Ianya adalah minuman herba yang sangat elok dan disyorkan untuk wanita-wanita yang begitu mementingkan penjagaan diri luar dan dalam. Dengan kandungan 60% serai, 30% halia dan 10% oandan menjadikan kombinasi rasa teh ini enak dan meneygarkan. Kita juga boleh dapatkan campuran teh ini di sini jika berminat untuk membancuhnya di rumah. Harganya untuk satu botol ini adalah RM32.

Suasana di kawasan urutan kaki. Cantik dan kemas bukan. Persekitarannya juga sangat selesa apabila halwa telinga kita turut dihidangkan dengan muzik yang begitu menenangkan.

Seperti yang biasa dilakukan di ana-mana spa, sebelum rawatan urutsan dimulakan. Kaki pelanggan akan dibersihkan dan diberikan sedikit urutan lembut terutama di bahagian tapak kaki.

Campuran garam juga dikatakan mampu membuang sel-sel kulit mati terutama di bahagian tapak kaki.

Sepanjang proses ratwan urutan dilakukan. Saya tidaklah mengambil gambar kerana ianya bagi sata terlalu privasi dan esklusif. 

Namun apa yang saya boleh kongsikan adalah pengalaman sepanjang menerima rawatan Bondahaven Breastfeeding Massage memang best. Ianya unik dan berbeza daripada teknik urutan yang pernah saya pernah saya cuba sebelum ini.

Ianya bermula daripada kaki, urutan yang dapat merenggangkan segala kepenatan badan. Ini terutama penekanan kepada bahagian tapak kaki. Memang syok betul, kaki dipicit dengan kaedah urutan dan rawatan fisioterapi. Sepanjang urutan badan yang dimulakan dari kaki sehingga kepala, theraphist telah menggunakan losyen yang digabungkan dengan minyak EO lavender. 

Sepanjang proses pengurutan memang kita akan rasa tenang dan relaks. Segala keserabutan perkara pun akan hilang. Rawatan urutan di Pusat Penyusuan dan Spa Bondahaven ini dikendalikan oleh therapist yang sememangnya mempunyai latarbelakang pendidikan fisioterapi. Jadi tidak hairanlah segala kemahiran dan kaedah yang digunakan memang sangat membantu dalam mengurangkan rasa lenguh di badan terutama di bahagian-bahagian sendi yang sering bermasalah untuk kebanyakan wanita.

Disebabkan saya memang ambil pakej pengurutan penyusuan. Jadi therapist telah membuat urutan di bahagian tersebut menggunakan krim Buds khusus digunakan bahagian dada. Kenapa krim Buds, ini kerana produk ini sedia maklum sangat selamat selepas digunakan terutama sekiranya anak/bayi ingin menyusu terus sebaik jadi sesi pengurutan tamat. 

Rawatan Bondahaven Breastfeeding Massage sangat direkomenkan buat ibu-ibu yang masih menyusu anaknya. Samada mengalami masalah susu kurang, bengkak susu badan (tersumbat dan sebagainya), therapist disini akan membantu mengatasi masalah tersebut. Tidak dinafikan untuk ibu yang pernah mengalami masalah bengkak susu mereka akan mudah jatuh sakit seperti demam dan sakit kepala. Lebih menarik selepas urutan dibuat, saya dapati susu badan akan keluar lebih lancar dan banyak.

Saya juga diingatkan untuk terus tidak mandi sebaik sahaja proses rawatan urutan selesai. Sekurang-kurangnya untuk tempoh 2 jam lamanya. 

Antara pakej yang ditawarkan di Pusat Penyusuan dan Spa Bondahaven seperti gambar di bawah yang dikongsikan:-



Saya memang berminat dengan pakej yang ditawarkan di sini. Selain daripada harga yang ditawarkan agak berpatutan, servis yang diberikan juga cukup tip-top dari awal sehinggalah tamat rawatan. Terdapat juga diskaun istimewa 10% pada waktu Happy Hour iaitu untuk mereka yang menjalankan rawatan bermula dari jam 3 petang sehinggalah 6 petang.

Dan untuk tempoh sehingga 15 Julai 2018, urutan tradisi melayu selama 2 jam dicaj hanyalah pada harga RM149. Promosi untuk tempoh terhad jer ni tau. Cepat korang!

Sesuatu yang sangat istimewa , apabila rawatan yang diterima memang memenuhi citarasa dan capai kepuasan yang ingin kita inginkan. Selain daripada fasiliti yang disediakan memang mesra famili terutama mereka yang mempunyai anak kecil. Pusat Penyusuan dan Spa Bondahaven ini juga menawarkan pelbagai perkhimatan yang dapat memenuhi citarasa pelanggannya. Rawatan bukan hanya tertumpu kepada ibu sahaja bahkan untuk anak dara terutama yang ingin melangsungkan majlis perkahwinan boleh juga mendapat rawatan tubuh sebelum menjelang hari-hari bahagia.

Untuk keterangan lanjut mengenai spa dan promosi, boleh layari :-

Kemeriahan Sambutan Hari Lahir Ameer Yang Ke-4 Tahun di Ice Age Alive Kuala Lumpur

$
0
0
Kenalkan ini Ameer Shahmi, anak no. 6 daripada 7 adik beradik. Seorang kanak-kanak lelaki yang sangat aktif dan ceria. Hobi masa lapang suka menonton televisyen animasi Larva dan juga rancangan yang berkait dengan dunia Dinosaur. Selain itu Ameer juga gemar berbasikal bersama abang dan kakaknya setiap petang di taman permainan yang berhampiran dengan rumah.

Setiap tahun pada tarikh 10 Julai, kami sekeluarga akan menyambut hari lahir Ameer. Namun untuk sambutan hari jadinya pada tahun 2018 menjadi lebih bermakna kerana Ameer telah menyambut Hari Jadi bersama keluarga dan juga rakan-rakan lain yang dilahirkan pada bulan yang sama di Ice Age Alive Matic Kuala Lumpur. Oh yeahhhhh, di lokasi yang mempamerkan dunia dinasour pada zaman ais batu ~ Ice Age Alive!

\
Kek besday Ameer yang super duper cute! Pada siapa yang ini tempah kek yang cantik dan sedap boleh hubungi  Shahrul Mrcupcakes. kek coklat yang memang sedap bersama dekorasi dunia dinasour yang cukup istimewa.

Bertambah meriah Hari Jadi ini turut diraikan bersama 4 rakan lain yang dilahirkan pada bulan Julai. 

Suasana bertambah gamat dengan pelbagai aksi comel dari anak-anak. Semuanya kelihatan begitu gembira daripada anak-anak sehinggalah ibu-bapa yang turut menyertai sama.


Kehadiran Fly FM Troopers dengan menawarkan pelbagai hadiah esklusif dari radio Fly FM buat anak-anak menggandakan keceriaan hari mereka. Apatah lagi soalan yang dilontarkan adalah berkaitan dinosaur dan juga mengenai radio Fly FM itu sendiri. Berebut-rebut anak yang hadir ingin cuba menjawab soalan yang diberikan. Masing-masing excited nak hadiah, hehehe.

Suasana santai dengan susunan meja kerusi yang cukup teratur menjadikan majlis yang dirancang berjalan sempurna.

Ameer dengan topi dinaosur, comelkan hehehe

Si bam bam pun tidak ketinggalam sama. Bergaya dengan topi parti dinasour yang super duper comey!

Hidangan yang disediakan semuanya enak dan memenuhi selera kanak-kanak dan golongan dewasa. Memang sangat rekomen untuk mereka yang ingin mengadakan majlis harijadi si ni memilih menu yang seperti disediakan untuk kami. Sedap!

Untuk pengetahuan semua Pameran Ice Age Alive KL ini akan berlangsung sehingga bulan Disember 2018. Dibuka setiap hari kecuali hari Isnin bermula jam 10 pagi sehingga 7 malam. Ice Age Alive Kuala Lumpur telah diadakan di MATIC (Malaysia Tourism Centre) Jalan Ampang Kuala Lumpur.

Selain daripada kita dapat lihat dan belajar tentang dinasour zaman air batu yang unik. Terdapat juga pelbagai aktiviti menarik telah disediakan. Antaranya seperti ice-skating rink, jumping Castles, Snow Pool, Sand Art dan pelbagai lagi.

Snow Pool
 Anak-anak boleh merasai sendiri pengalaman bermain dengan salji.

Mereka akan bereksplorasi dengan dunia salji dengan penuh teruja.

Apatah lagi perkakasan permainan turut disediakan menggandakan lagi keriangan.

Lihat sahaja Ameer yang betul-betul menikmati suasana salji di sini. Pengalaman cukup berharga memandangkan kami belum pernah berpeluang melawat negara barat pada musim salji :-p

Tak dapat jumpa penguin hidup, patung penguin pun boleh....bergambar sekali, hahahaha.

Ice-Skating Rink
 Ini antara port kegemaran anak-anak remaja khasnya. Kita boleh meluncur salji di sini dengan menggunakan kasut ice skating disediakan. Memang seronok. Terdapat juga momen kelakar terutama melihat aksi mereka yang pertama kali (seperti saya) bermain permainan ini.

Pameran Dinosaur Ice Age Alive.

Secara jujurnya pameran ini bukan hanya menarik minat kanak-kanak bahkan kepada golongan dewasa juga. Mempertengahkan sebahagian dinasour yang hidup pada pada zaman air batu, antaranya seperti Wolly Mammoth yang cukup popular didalam filem animasi Ice Age.

Selain daripada kita dapat melihat sendiri bagaimana rupa fizikal dinasour ini, kita juga boleh mendapatkan pelbagai informasi menarik mengenai dinosaur tersebut. Ini adalah melalui keterangan bertulis yang telah disediakan bagi memudahkan pengunjung untuk lebih memahami tentang dinosaur yang mereka lihat didepan mata. Terutama mengenai saiz badan, ciri fizikal, habitat dan banyak lagi fakta yang menarik dikongsi.

Paling seronok, kita boleh merakam gambar segala replika dinosaur yang ada di sini. Sesuatu yang menarik dan cukup istimewa terutama apabila dapat dijadikan kenangan buat mereka yang amat gemarkan dunia dinosaur.





 
Seronok bukan? Apabila kita dapat lihat pelbagai jenis replika dinosaur zaman air batu di sini. Antara replika di sini memang bergerak-gerak seperti haiwan yang hidup. Very impressive tau! 

Dan T-Rex dinosaur yang cukup popular sebagai dinosaur pemakan daging dan ganas juga ada di pameran Ice Age Alive KL. Karektor T-Rex sememangnya menjadi sebutan terutama bagi mereka yang memang mengikuti filem Jurassic Park.



Melihat pada aksi yang telah dirakamkan oleh anak saya bersama T-Rex membuatkan saya tersenyum sendiri. Punyalah seronoknya berjumpa T-Rex, pelbagai gaya ingin dirakamkan ya wahai anak?

Fosil dan sand art

Aktiviti yang biasanya sangat digemari oleh kanak-kanak perempuan iaitu bermain sand art. Ada booth di sini yang menawarkan pelbagai jenis gambar untuk aktiviti sand art. Dan untuk satu sand art, ada caj yang dikenakan tetapi tidaklah mahal sangat.
Tulang fosil antara yang menjadi tarikan di pameran ini.

Apabila maskot dinosaur ini memunculkan diri, anak-anak bertambah teruja. Seolah mereka telah bertemu dengan dinosaur yang sebenar. Wah! Masing-masing beria untuk mengambil gambar bersama maskot dinosaur tersebut.

 Jumping Castle

Terdapat 2 jumping castles yang disediakan untuk pengunjung kecil di sini. Memang sangat seronok, sambil melihat dinosaur anak-anak juga boleh bermain sepuas-hatinya di jumping castle yang ada disediakan. Permainan feveret kanak-kanak yang biasanya kita boleh temui di indoor taman tema  dan kini berada di Ice Age Alive KL.

Kalau berminat boleh juga bermain aktiviti ini. Tetapi ada token yang perlu dibeli terlebih dahulu.

Berada di Ice Age Alive KL dan berpeluang menyambut hari jadi anak yang sememangnya meminati dunia dinosaur adalah pengalaman indah buat saya dan keluarga. Apatah lagi fasiliti yang ada di Matic seperti tandas dan tempat letak kereta ada disediakan. Bagi mereka yang ingin menyambut hari jadi anak dengan cara yang berbeza dan lebih menyeronokkan adalah direkomenkan acaranya berlangsung di sini iaitu di Matic bersempena dengan Ice Age Alive KL. Untuk keterangan lanjut dan sebarang tempahan boleh hubungi di talian 03-2270 6333/6222.

Untuk harga tiket masuk ke Ice Age Alive KL

Dewasa:
RM45
RM29.50 (pemegang MYKAD)

Kanak-kanak:
RM35
RM19.50 (pemegang MYKAD)

Pakej Famili:
*2 Dewasa 2 Kanak-kanak
RM110
RM85 (pemegang MYKAD)


Boleh layari;

Buat Ameer sayang. Moga panjang umur (amin amin), diberi kesihatan yang cemerlang dan sentiasa ceria. Mummy dan Dedet love you so much! Selamat hari lahir yang keempat tahun anakku :-)

Psst:
Tqsm Bro. Shamsul dan team, Ice Age Alive KL dan semua yang terlibat.

Menghadiri Majlis Pelancaran Loreal Matte Obsession Dengan 43 Pilihan warna Menarik!

$
0
0

Baru-baru ini saya telah menghadiri majlis pelancaran lipstik terbaru dari Revlon ~ Matte Obsession. Menariknya tentang lipstik matte dari Revlon ini telah menawarkan sebannyak 43 warna yang menarik memenuhi citarasa wanita Asia.
I am me - I am confident - I am unstoppable - I am unique - I am unapologetic - I am powerful, mewakili influncer yang terpilih dalam memperkenalkan kod lipstik kegemaran mereka dari siri Revlon Matte Obsession.

Antara kod warna daripada Revlon Matte Obsession. Semuanya cantik dan menarik.

Kita boleh mencuba sendiri warna-wara dari Matte Obsession. Ada MUA juga disediakan kalau berminat untik ditatariaskan :-)

Lisptik Revlon Matte Obsession dikatakan tahan lebih lama. Mudah digunakan dengan hanya satu calitan sahaja ianya sudah merangkumi semua. Dan didatangkan dengan warna hitam berkilau (packaging luar) menampakkan ianya lebih esklusif.

Saya juga merasakan Revlon Matte Obsession ini begitu glam, apatah lagi dipadankan dengan produk tatarias wajah yang lain.

Terdapat 10 warna yang bakal menjadi rebutan, iaitu:-

- Peachy Brown
- Vin De Fantasme
- Plum Mannequin
- Chocolate Rouge
- Ruby D'oeuvre
- Cherry Crush
- Spring Rosette
- Black Cherry
- Beige Couture
- Rasberry Syrup

Food.................
Serius semua sedap tak hengat :-)

I am confident!
Sebab saya selalu yakin diri dengan apa yang lakukan. Optimis dan positif ...


Bermula hari ini kena haruslah merajinkan diri untuk bertatarias bagi menjadikan personaliti diri bertambah menarik. Tq Revlon for goodies!! Love it so much...

Be spoilt for choices, because you're worth it!

Btw tq Sabby Prue yang gorjes - unstoppable woman, hehehehe. Kerana sudi menjemput ahkak menjadi tetamu undangan ke acara ini. Sangat menghargainya dan begitu bermakna :-)

Psst: review for this lipstick Revlon Matte Obsession, will do it later (next entry, hokeh hehe)

Jom Sertai Coway Run 2018

$
0
0
Larian COWAY 2018 kembali lagi dan kali ini berlangsung pada 7 Oktober 2018 di MAEPS Serdang. Dengan bertemakan "Beat the Heat",  COWAY mengajak semua peserta untuk bersama-sama menjalankan gaya hidup yang sihat - bersama elemen yang lebih 'cool'. Selain itu projek larian ini juga untuk menyokong projek CSR COWAY  iaitu "Happy Water Project" - komuniti mereka yang tidak bernasib baik bakal menerima bekalan air yang suci dan bersih!

Acara larian ini juga buat julungnya akan disertai Jordan Yeoh iaitu model fitness Malaysia tau!... Makin heat lah larian kannn, hehehehe

Ada food truck, live band dan banyak lagi!

Sesi perkongsian bersama Mr James Park (Guest of Hanour & Director of Global Business Division, Coway Korea, HQ), Mr Kyle Choi Ri Yong (Managing Director, Coway Malaysia) dan Mr Ryan Jung Tae Seung (Head od Division - Communication Division of Coway Malasyia).

Saya dan rakan media juga telah dipertontonkan video klip acara Larian COWAY tahun lepas yang telah sukses dijalankan. Memang meriah!





Dengan setiap yuran penyertaan yang diterima dari setiap peserta, sejumlah RM10 daripada akan didermakan kepada 'Happy Water Project' .

Untuk pengetahuan semua untuk Larian Coway 2018 terdapat 2 jarak larian iaitu 10KM dan 5KM yang ditawarkan untuk peserta lelaki dan permpuan di bawah kategori Terbuka (16 tahun ke atas), Antarabangsa (16 tahun ke atas) dan Veteran (40 tahun ke atas).

Harga tiket boleh rujuk pada jadual di bawah ya. Sehingga 13 Jun 2018, ditawarkan pada harga prmosi yang cukup murau. Cepat grab!




Setiap peserta yang mendaftarkan akan diberikan run pack seperti diatas :-)

Jom ajak kawan dan keluarga untuk sertai COWAY Run 2018 - www.cowayrun.com.my

Memang best :-)

PPZ -MAIWP Melancarkan Kempen Skim Potongan Gaji Zakat | Skim Thohir 2018

$
0
0
 Thohir membawa maksud pengsucian. Samada pengsucian hati mahupun harta. Sebagai orang Islam kita wajib melaksanakan rukun ketiga dalam Rukun Islam iaitu membayar zakat.

Bagi memudahkan segala urusan pembayaran zakat, Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP) telah melancarkan satu kempen khas melalui Skim Potongan Gaji Zakat (Skim Thor 2018) yang akan berlangsung selama 4 bulan bermula dari 1 Juali sehingga 31 Oktober 2018.

Untuk pengetahuan semua, tahun 2018 merupakan tahun ketiga skim ini diperkenalkan khansya untuk mereka yang bekerja di kawasan Wilayah Persekutuan samada di sektor kerajaan mahupun swasta. Dengan ada kemudahan pembayaran zakat ini sekaligus memudahkan masyarakat Islam menunaikan kewajipan mereka tanpa perlu bertangguh bahkan dapat menjimatkan lagi masa.

Pelancaran kempen Skim-Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir 2018) telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP iaitu Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff. Hadir bersama di hari pelancarana adalah Pengarah Urusan Five Estec Travel Services Sdn. Bhd. iaitu Puan Sharizan Mohd Saad.

Selain itu turut hadir memberi sokongan terhadap Skim Thohir 2018 ini adalah wakil-wakil daripada majikan seperti LHDN Jalan Duta, UTM KL, Kementerian Asas Tani, Touch & Go Sdn Bhd dan Telekom Malaysia Berhad (TM Malaysia).

Untuk pendekatan secara menyeluruh terutamanya kepada masyarakat setempat berkaitan dengan kempen yang telah dijalankan, PPZ-MAIWP telah merancang beberapa aktivti untuk turun padang ke beberapa syarikat swasta mahupun badan kerajaan bagi mewar-warkan tentang kempen Thohir 2018. Selan itu aktiviti ini adalah satu platform bagi memaklumkan tentang fungsi utama PPZ-MAWIP yang merupakan agensi yang telah dilantik untuk mengutip zakat di Wilayah Persekutuan, Putrajaya dan Labuan. Manakala untuk tujuan pengagihan akan dilaksanakan oleh Baitulmal-WAIWP. Adalah disasarkan seramai 4,000 kakitangan akan menyertai skim ini melalui potongan gaji zakat bagi sepanjang tempoh kempen 2018 berlangsung.

Ada berita baik! Bagi semua kakitangan yang mendaftar potongan gaji zakat untuk Kempen Thohir 2018 berpeluang memenangi hadiah menarik daripada pihak penaja Estec Travel Services Sdn Bhd. Difahamkan sebanyak 10 hadiah yang berjumlah RM28,000 bakal diberikan kepada mereka yang bertuah dan pastinya telah menyertai kempen ini. Para pemenang bakal diumumkan di Karnival Zakat pada bulan November 2018.

Bagaimana untuk mengira potongan bayaran zakat untuk setiap bulan, korang boleh membuat kiraan atau pertanyaan :-
  • Portal PPZ - MAIWP  iaitu www.zakat.com.my
  • Berkunjung ke 11 kaunter Zakat PPZ-MAIWP
  • Hubungi Talian Zakat 1300-88-5757
  • Kaunter Zakat Bergerak PPZ-MAIWP
Untuk menyertai Kempen Thohir 2018, caranya membuat potongan gaji zakat ataupun penambahan potongan gaji zakat dengan mengisi Borang Potongan Gaji Zakat (Skim Tohir) yang boleh didapati daripada salah satu tempat berikut:-

  • Portal PPZ - MAIWP  iaitu www.zakat.com.my
  • Berkunjung ke 11 kaunter Zakat PPZ-MAIWP
  • Hubungi Talian Zakat 1300-88-5757
  • Kaunter Zakat Bergerak PPZ-MAIWP
  • Majikan di syarikat atau organisasi
Jom tunaikan zakat dan kembalikanlah hak asnaf 2.5% daripada pendapatan yang kita perolehi agar mendapat keberkatakan di sisi Allah S.W.T

PPZ-MAIWP Memudahkan Anda Berzakat!

KING’S POTONG MELANCARKAN DUA PERISA TERBARU | Bijan Hitam dan Mangga Thai

$
0
0


Ais krim King’s Potong memang feveret aiskrim saya dan famili. Bukan kami sahaja bahkan ianya juga digemari bergenerasi rakyat Malaysia. Dan kini ais krim  King’s Potong telah memperkenalkan perisa terbaru iaitu Bijan Hitam dan Mangga Thai (Signature range).

Secara tradisinya, kita biasa menggunakan bijan hitam dihidangkan sebagai pencuci mulut (panas-panas) yang cukup popular dari negara Jepun. Pencuci mulut ini merupakan kuih tradisi yang
diperturunkan sejak generasi dulu.

Ais krim King’s Potong telah memperkenalkan perisa Bijan Hitam yang enak dinikmati dan paling best ianya memang menyokong gaya hidup yang sihat. Sepertimana yang kita ketahui, bijan hitam lazim ditambah ke dalam pemakanan kalangan rakyat Asia atas sebab manfaat kesihatan seperti membantu dalam merendahkan tahap kolesterol. Ini kerana ianya mengandungi sodium, sumber pembekal kalsium, besi, magnesium dan fosforus. Ais krim King’s Potong Bijan Hitam menggunakan bijan hitam yang taraf tinggi dan menggunakan teknik memanggang untuk membekalkan aroma unik.

Kelazatan and kemanisan unik buah tropika mangga bukan sahaja enak dinimati secara terus, bahkan ianya juga amat sesuai untuk dijadikan perisa istimewa. Nah! Kini boleh nikmatinya dalam bentuk aiskrim King’s Potong! Spesis buah mangga yang yang digunakan dalam ramuan adalah Oak-Rong, ianya merupakan mangga terkenal dari negara Thailand. Rasa mangga Thai ini yang memberikan rasa manis dan masam semulajadi merupakan faktor utama buah mangga ni digemari oleh orang ramai.

Sempena pelancaran kedua-dua perisa yang menakjubkan ini, King’s juga telah memperkenalkan penampilan dan warna King’s Potong yang terbaru. Dengan kehebatan warna yang terang  begitu serasi dengan konsep moden seperti perisa aiskrim Potong. King’s sentiasa memastikan  wajah produk adalah mengikut trend terkini di pasaran dan pasa masa yang sama dapat mengekalkan inti pati aiskrim tradisional King’s Potong.

King’s Potong boleh didapati dalam beberapa saiz hidangan:
 Normal Range – RM1.40/batang, RM7.29/pek
 Signature Range – RM2.00/ batang, RM11.40/ pek
 Gold Range – RM5.30/ batang, RM29.80/ pek
 Twin Pack – RM13.90/pek
 Foampack – RM9.90/pek


Bermain Olok-Olok, Sebagai Satu Satu Instrumen Pembelajaran Dalam Kehidupan Dunia Anak-Anak

$
0
0
Tidak dinafikan bermain menjadi sebahagian dunia pembesaran anak-anak. Mereka akan banyak belajar melalui aktiviti permainan yang dilakukan setiap hari. Dengan melakukan aktiviti secara tidak langsung anak-anak akan melakukan pergerakan fizikal pemotoran seperti berlari, berdiri, memegang, respon dan pelbagai lagi. Selain itu, dalam setiap aktiviti juga memerlukan anak untuk lebih berkomunikasi samada bersama rakan permainan ataupun bercakap sendirian (memberi penerangan kepada diri sendiri). Secara tidak langsung ianya dapat membina keyakinan dalam diri dan belajar bergaul dengan rakan lain.


Tidak dinafikan kehadiran gadjet bersama aplikasi permainan di atas talian sering menjadi pilihan anak-anak zaman sekarang. Bagi setengah ibubapa dengan memberikan gadjet kepada anak-anak dapat memudahkan mereka melakukan kerja-kerja/urusan lain di rumah. Anak-anak akan leka dengan permainan seperti ini.

Kena ada pemantauan anak bersama gadget

Kajian telah dilakukan dan mendapati, pemberian gadjet kepada anak-anak pada usia yang kecil (terutamanya) sangat tidak membantu perkembangan tumbesaran seorang anak yang sihat. Ianya boleh menjadikan anak tersebut terlalu obses terutama dengan skrin yang berpetak. Ini boleh mengganggu daya tumpuan dan ingatan sekaligus menyebabkan anak tersebut akan membesar tidak seperti kanak-kanak ceria yang lain.

Antara perkara yang boleh dilakukan oleh ibubapa bagi memastikan anak-anak ada keinginan untuk bermain dan berseronok ialah dengan melakukan aktiviti bersama. Antara aktiviti yang dilakukan adalah 'bermain olok-olok' (pretend play) bersama mereka.

Contohnya:

Sebagai ibu, saya akan memasak hampir setiap hari. Anak yang kecil biasanya mereka akan memerhati aktiviti seharian kita. Apabila kita ke dapur, mereka juga ingin ke dapur. Tetapi biasanya saya akan melarang anak kecil saya untuk ke dapur ketika saya memasak (merbahaya). Jadi saya biasanya akan meluangkan masa bersama anak dengan bermain masak-masak bersama mereka. 


Saya akan membelikan permainan masak khas untuk kanak-kanak. Dan anak biasanya mereka akan beria memasak untuk kita. Seolah menyiapkan hidangan yang betul tetapi sebenarnya tidak. Siap beria ambil pesanan makanan lagi ..

Anak : Mummy nak makan apa?
Mummy : Ok ada makanan apa di dapur?..
Anak : Ada ayam goreng, berger, sup ayam dan bla bla bla
Mummy : Ayam goreng tak nak pedas satu!
Anak : Tak nak pedas maksudnya tak ada cili kan...kita letak tomato ok? Setuju
Mummy : Ok..

Buat tanda tangan 👍 ..very good kata kan padanya...

Menerusi kaedah ini kita dapat lihat bagaimana anak tersebut begitu memahami jenis hidangan yang ingin disediakan. Begitu juga maksud pedas kena ada cili, tidak pedas perlukan tomato. Ini adalah salah satu cara melatih anak-anak untuk berfikir secara kritis dan juga belajar menangani konflik.

Seperti Dedet beliau lebih gemar melakukan aktiviti yang memerlukan anak itu merekacipta dan membina sesuatu. Mungkin juga latarbelakangnya yang merupakan seorang jurutera mekanikal yang terdedah dengan kerja pembinaan setiap hari. Jadi aktiviti bermain lego bersama anak memang menjadi kesukaannya bersama anak pada waktu senggang.

Kebiasaannya, anak memang mudah 'give-up' (putus asa) terutama apabila mereka merancang untuk membina sesuatu yang diimpikan. Sokongan perlu diberikan kepada anak bagi menyakinkan mereka yang "mereka boleh" dan "mampu lakukan apa yang diimpikan".

Dedet: Ameer nak bina apa?
Ameer : Rumah tinggi...
Dedet : Rumah tinggi? Tinggi macam rumah Mak Bik?
Ameer: Lagi tinggi....
Dedet : Hokeh..itu dah macam KLCC...

Biarkan anak itu berdikari membina rumah tersebut. Walaupun adakalanya anak tidak yakin yang mereka mampu menyusun tinggi, namun kata perangsang seperti "Bagusnya Ameer, nak jadi jurutera kenalah berani cetuskan idea baru. Mesti cantik rumah yang Ameer bina"

Kita boleh pupuk semangatnya dengan motivasi positif secara berterusan..

Luangkan masa berharga bersama anak-anak!

Sebenarnya banyak lagi boleh saya kaitkan dengan aktiviti/permainan seharian dengan bermain olok-olok yang sering saya dan anak lakukan. Dan pastinya korang lagilah banyak pengalaman melakukan aktiviti permainan olok-olok bersama anak, kannn..

Tetapi kan korang...kalau berkesempatan bawalah anak ke KidZania Kuala Lumpur. Banyak aktiviti dunia pekerjaan (permainan olok-olok) yang boleh anak kita sertai. Serius best! Anak-anak bukan sahaja didedahkan dengan profesion yang ada di dunia sebenar yang boleh mereka sertai apabila sudah dewasa. Bahkan ianya adalah satu proses pembelajaran dalam hidup yang boleh mereka kutip sejak mereka kecil lagi.

Contoh:

Sabar dan mendengar arahan

Sebagai ahli bomba. Mungkin anak kita kenal dengan "bomba" melalui rancangan teleivisyen ataupun pernah melihat sendiri di depan mata. Di KidZania anak kita berpeluang menjadi ahli bomba. Mereka akn didedahkan dengan peraturan bekerja (memakai pakaian khas), mendengar taklimat dari ketua, bekerja dalam satu pastukan dan paling penting bersungguh-sungguh memadamkan kebakaran bersama rakan lain. Banyakkan proses  pembelajaran dalam hidup (Learn Life Today) yang boleh mereka dapat dengan hanya melibatkan diri menjadi bomba untuk seketika.

Bekerjasama dan tekun

Bekerja dalam kumpulan

Bergerak pantas

Menjadi ahli komputer. Punyalah bergaya di depan komputer tersebut. Situasi yang bakal merasai jika merek benar-benar ingin terlibat dalam bidang ini.


Menjaga kesejahteraan masyarakat bersama TMNet.

CSI, kena ada sifat berani bertanya (malu bertanya sesat jalan) dan berani menyelesaikan masalah.

Penghantar barang. Walaupun dengan hanya menghantar barang namun aktiviti ini mendidik anak kita untuk bersikap jujur dan amanah serta dapat melaksanakan kerja penghantaran dengan pantas (mengikut masa yang diberikan). Aktiviti nampak biasa tetapi impaknya dalam hidup anak itu cukup besar dan istimewa.

Sebenarnya terdapat banyak lagi permainan perkerjaan (main olok-olok) yang boleh anak lakukan di sini. Dan ianya sangat bagus dalam menyokong tumbesaran mereka sebagai anak-anak yang aktif dan ceria!

Keterangan lanjut boleh layari : www.kidzania.com.my

Jaminan Harga Terendah di Ekspo Elektronik Shopee dengan potongan harga sehingga 90% ke atas lebih 1,000 produk elektronik

$
0
0

Koranggg! Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan bakal melancarkan Kempen Ekspo Elektronik Shopee - Jaminan Harga Terendah (LPG), satu siri promosi hangat dari 23 hingga 26 Julai 2018. Lebih daripada 20 jenama elektronik turut serta termasuklah Armaggeddon, Alcatroz, honor, Mono Digital, Philips, Russell Taylors, Tefal, Vivo, Xiaomi dan banyak lagi. Terdapat lebih daripada 1,000 produk termasuklah telefon pintar, gajet, kelengkapan rumah, komputer dan aksesori yang boleh dibeli dengan potongan harga sehingga 90%. Menerusi usahasama teguh dengan jenama ini, pengguna boleh menikmati harga terendah ke atas semua produk yang dilabel ‘Lowest Price Guaranteed’ (Jaminan Harga Terendah) dan sekiranya mereka terjumpa produk yang sama dijual di platform lain pada harga lebih rendah, Shopee komited untuk menebus semula 120% daripada perbezaan harga tersebut dalam bentuk syiling Shopee.


“Shopee telah bertumbuh pesat sepanjang tahun 2018 dan kami telah menjalinkan usahasama dengan pelbagai jenama terkemuka untuk mengembangkan lagi kategori produk berkaitan elektronik seperti Mobil & Gajet, Komputer & Komputer Riba dan Kelengkapan Rumah untuk menawarkan produk berkualiti kepada lebih 10 juta pengguna. Contohnya, jualan murah eksklusif honor 9 Lite yang berjaya menjual 1,000 unit dalam tempoh lima minit, membuktikan kecenderungan rakyat Malaysia yang memilih produk elektronik bertaraf premium. Dengan Ekspo Elektronik ini, Shopee mengambil selangkah lagi untuk menjadi pusat sehenti platform membeli-belah dalam talian yang memenuhi keperluan dan kehendak rakyat Malaysia,” 
kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee. 



Pada 23 Julai, Shopee menawarkan Jualan Kilat Shocking Sale sepanjang tempoh 24-jam yang membariskan potongan harga ke atas pelbagai produk elektronik berjenama. Pada hari ini, pengguna boleh merebut jualan murah produk elektronik untuk keperluan profesional dan peribadi. Mereka boleh mendapatkan aksesori komputer seperti papan kekunci dan tetikus wayarles daripada jenama Logitech. Sementara itu, penggemar music boleh mendapatkan alat bantuan audio (headphones) daripada jenama Marshall dengan harga istimewa. Pelbagai lagi produk berkualiti dijual pada harga menarik termasuk cakera keras storan (external drive) daripada jenama Seagate dan rangkaian jam pintar untuk mereka yang aktif.


Selain daripada jualan kilat Shocking Sale, pengguna boleh mendapatkan ratusan produk di LPG Tech Zone sepanjang 4 hari Ekspo Elektronik ini berlangsung. Setiap hari, Shopee akan menampilkan dua jenama elektronik terkemuka dengan barisan produk pada harga menarik. Dalam masa yang sama, pengguna boleh membeli-belah dari rangkaian jualan murah mengikut tema kempen bagi memenuhi keperluan elektronik mereka. Di “LPG Tech Zone”, lebih 500 produk termasuk telefon pintar bertaraf premium, kamera dan komputer riba daripada Xiaomi, Huawei, honor, ASUS dan pelbagai lagi jenama besar turut menyertai kempen jaminan harga terendah. Pengguna yang mencari kelengkapan rumah yang moden boleh meninjau kempen jualan murah “Everything for Your Home” sepanjang ekspo ini untuk menikmati promosi hebat ke atas produk daripada jenama Philips, Senheng, Tefal, Midea dan banyak lagi. Untuk penjimatan berganda, tebus baucar bernilai sehingga RM100,000 sepanjang kempen untuk pembelian mereka.


Akhir sekali, bagi memberi ganjaran kepada peminat Facebook kami, Shopee akan melancarkan pertandingan“Tag a Bro, Win Like a Pro” dari 23 hingga 26 Julai 2018. Peminat media sosial hanya perlu mencari satu produk elektronik dengan label LPG di Shopee, ambil gambar produk tersebut dalam troli membeli-belah, kemudian tag seorang kawan lelaki dan tinggalkan komen mengapa mereka ingin memenangi produk tersebut. Pemenang bertuah akan menerima produk elektronik kegemaran mereka bernilai hingga RM1,000 setiap satu untuk dikongsi bersama rakan baik mereka.



Untuk maklumat lanjut, layari https://shopee.com.my/m/electronics-expo bermula 16 Julai 2018. Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA di App Store atau Google Play.

MAJLIS PRA PEMBUKAAN PUTRADE ALLSUITES AT ROYAL PERAK GOLF CLUB

$
0
0

Putrade Allsuites at RPGC menerima kehadiran 18 tetamu pertama pada hari pembukaannya hari ini. Terletak di lokasi strategik yang berhampiran Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah serta berlatarkan Gunung Lang dan Gunung Bilike, Putrade Allsuites at RPGC dilengkapi dengan prasarana yang serba lengkap. Kelebihan-kelebihan ini telah menjadikan Putrade Allsuites di Royal Perak Golf Club (RPGC) menjadi pilihan utama pelancong dalam dan luar negeri Perak terutama sekali di kalangan penggemar sukan golf tempatan.

Terdapat 36 buah unit Suites Apartment yang dilengkapi dengan segala kemudahan yang sofistikated diyakini mampu menjamin keselesaan tetamu yang menginap di sini. Antara kemudahan yang disediakan di dalam setiap Suite termasuklah jaringan internet tanpa had, peti keselamatan elektronik, sistem kad berkunci, penghawa dingin, mini bar, perkhidmatan makan di dalam suite, IDD telefon, televisyen satelit, katil tambahan, dan banyak lagi. Selain itu juga, Putrade Allsuite at RPGC turut menyediakan perkhidmatan concierge dan kawalan keselamatan selama 24 jam, perkhidmatan penghantaran / pengambilan ke lapangan terbang Sultan Azlan Shah, perkhidmatan dobi dan ruang letak kederaan.


Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Shamsul Kamar Ahmad berkata, Putrade Allsuite at RPGC menawarkan tiga jenis bilik iaitu 2 unit apartment 3 bilik dengan keluasan 1208.87 kaki persegi, 12 unit apartment 2 bilik dengan keluasan 906.55 kaki persegi dan 20 unit apartment 1 bilik dengan keluasan 604.44 kaki persegi. Kadar bayaran untuk Pakej Penginapan Peribadi satu malam dengan sarapan adalah minimum sebanyak RM390 dan maksimum sebanyak 590 untuk apartment 3 bilik.

Tahniah diucapkan buat Encik Mazlan, tetamu pertama yang menginap di Putrade Allsuites Royal Perak Golf Resort

Selain itu, pelbagai pakej menarik telah disediakan oleh pihak Putrade Allsuites at RPGC bagi memenuhi kehendak pelbagai kategori tetamu. Antaranya ialah pakej penginapan seminar untuk dua hari satu malam turut disediakan di sini dengan kadar bayaran sebanyak RM220nett seorang dengan syarat minimum penyertaan sebanyak 40 orang pada sesuatu masa. Pakej ini disediakan bersesuaian dengan keperluan dan kehendak semasa syarikatsyarikat korporat, organisasi kerajaan dan bukan kerajaan yang acapkali menganjurkan bengkel, kursus dan latihan untuk kakitangan masing-masing.

Antara VIP yang hadir bergambar kenangan bersama Encik Mazlan.

Tetamu yang menginap di Putrade Allsuites at RPGC juga boleh beriadah dan bersukan di sini. Kemudahan seperti 18 Hole Championship Golf Course, Driving Range, Gelanggang Tenis, Gelanggang Squash, Kolam Renang beserta Jakuzi, gymnasium dan banyak lagi kemudahan lain turut disediakan di sini untuk memberikan jaminan pengalaman yang terbaik kepada para tetamu yang menginap di sini.

Selain daripada penginapan apartment, para tetamu juga boleh menikmati pelbagai jenis makanan yang menyelerakan di Fairway Restaurant yang terletak di Aras 1, bangunan utama Kelab Golf DiRaja Perak. Restoran ini menyajikan makanan yang dijamin 100% halal dan bukan sahaja menyediakan selera makanan tempatan malahan juga makanan antarabangsa. Chef yang berpengalaman telah ditugaskan khas untuk memastikan makanan yang disediakan di Fairway Restaurant ini mampu memenuhi citarasa tetamu yang berkunjung.


Dewan yang cukup luas dan cantik

Kemudan dewan acara untuk pelbagai aktiviti dan majlis juga turut disediakan. Dewan yang boleh menampung 700 orang tetamu pada satu masa ini dilengkapi dengan kemudahan dekorasi dan penataan cahaya yang pastinya mampu memikat hati tetamu yang datang. Dewan ini sesuai untuk dijadikan sebagai tempat majlis perkahwinan, persidangan dan acara acara besar yang lain.


Dengan inovasi dekorasi baharu dan fasiliti yang terkini, Putrade Allsuites at RPGC mampu menjadi salah satu daya tarikan baru dan menjadi pemangkin kepada pembangunan sosioekonomi masyarakat setempatnya khususnya di negeri Perak.


Antara media yang hadir ke majlis pra pelancaran

Untuk tujuan tempahan, sila hubungi:-

Putrade Allsuites 
RPGC c/o Royal Perak Golf Club 
Jalan Sultan Azlan Shah 
31400 Ipoh, Perak
 Tel: +605-238 0022 
 Fax: +605-238 0021 
inquiry@putradeallsuites.com

Dan boleh juga membuat tempahan atas talian melalui wakil agen atas talian; Agoda, Expedia dan Traveloka.

Pra Pelancaran #TAWAKALKANADA Hospital Pakar KPJ Tawakkal

$
0
0

Hospital Pakar KPJ Tawakkal dibawah naungan KPJ Heathcare Berhad cukup terkenal dikalangan masyarakat setempat dan juga antarabangsa. Hospital yang mula ditubuhkan pada tahun 1984 mula dikenali sebagai Pusat Pakar Tawakkal oleh sekumpulan doktor pakar bermula dengan kapasiti katil hanyalah sebanyak 60 unit.

34 tahun begitu sukses sebagai pusat rawatan pakar yang sentiasa menjadi pilihan, KPJ telah membina bangunan baru Hospital Pakar KPJ Tawakkal yang lebih luas dan selesa pada tahun 2010. Dengan pembinaan baru ini membolehkan hospital ini menampung sehingga 200 unit katil pesakit dan dibantu oleh 40 tenaga pakar pelbagai bidang.

Untuk pengetahuan semua antara kepakaran perkhidmatakan kesihatan dari Hospital Pakar KPJ Tawakkal adalah dalam bidang seperti:-
  • Orthopaedic
  • Cardiology
  • Obstetrics & Gynaecology
  • Paedetrics
  • Gastroenterology
  • Neurology
  • Urology
  • Colorectal Surgery


Setelah 3 dekad beroperasi, KPJ Tawakkal telah mengambil inisiatif dengan melaksanakan penjenamaan semula dengan tagline #TawakkalKanAda, dan secara tidak langsung memperkukuhkan lagi jalinan diantara pihak Hospital Pakar KPJ Tawakkal dan juga pihak pelanggan khususnya dari Malatysia mahupun Antarabangsa.

Majlis Pra-Pelancaran penjenamaan #TawakalKanAda ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato' Mohammad Salim, Pengarah Ekselutif KPJ Tawakkal. Dalam majlis ini ini juga Hospital KPJ Tawakkal turut memperkenalkan International Patient Centre (IPC) dan juga telah dibuka booth khas bagi tujuan membolehkan para tetamu dan media membuat pemeriksaan kesihatan secara percuma.

Bersama #TawakalKanAda, Hospital Pakar KPJ Tawakkal yang kini memiliki seramai 800 staf akan terus komited memberikan perkhidmatan yang terbaik. Dan tidak hairanlah hospital ini telah mencapai beberapa kejayaan di peringkat antarabangsa yang boleh dibanggakan. Antaranya seperti:-
  • RosSPA Health & Safety Awards - Gold Award by the Royal Society for the Prevention of Accidents at the London
  • Occupational Safety & Health Award - Gold Class 1 Winner for Service Sectors
  • Kuala Lumpur Mayor's Tourism Award 2017 - Platinum Award for recipient for Medical Tourism Category
  • 2018 APAC Heathcare & Medical Tourism Awards - KPJ won Gastroenterology Service Provider of the Year in Asia PAcific Award at Saigon, Vietnam.

Bukan itu sahaja Hospital Pakar KPJ Tawakkal ini juga mencapai beberapa pengiktirafan yang cukup membanggakan. Antaranya seperti:-

  • MSQH - Malaysia Society for Quality in Health
  • Certified in International Organisation for Standardisation (ISO) - Integrated Management System (IMS) for Quality, Environement & Occupational Safety & Health Management System from TUV Rheinland (M) Sdn Bhd
  • 5S -Quality Environment Management System by Malaysia Productivity Corporation (MPC)
  • Baby Friendly Hospital Initiatives by the Ministry Of Health Malaysia


Tayangan video #TawakkalKanAda kepada para jemputan usai sahaja pra-pelancaran penjenamaan #TawakkalKanAda dilaksanakan. Video ini juga kita boleh saksikan di laman FB KPJ Tawakkal.

Apa yang menarik sejak terlaksanannya Medical Tourism di Hospital Pakar KPJ Tawakkal, hospital ini telah menerima ribuan pesakit dari pelbagai negara di seluruh dunia serta puluhan ribu pengunjung dalam masa setahun. Secara tidak langsung menjadikan industri Medical Tourism ini sebagai salah satu pasaran baru dalam negara sekaligus menyumbang ekonomi negara dan industri pelancongan negara.

Menerusi Medical Tourism ini tidak hairanlah Hospital Pakar KPJ Tawakkal sentiasa menjadi pilihan dan mendapat sambutan yang begitu menggalakkan dari pelanggan dalam dan luar negara. Sekaligus ianya memberi impak yang positif dalam penjanaan pendapatan melibatkan jutaan ringgit setahun.

Para pengamal media dan blogger bergambar kenangan bersama orang kuat Hospital Pakar KPJ Tawakkal yang turut disertai Yang Berbahagia Dato' Mohammad Salim, Pengarah Ekselutif KPJ Tawakkal.

#TawakalKanAda menjanjikan perkhidmatan lebih cemerlang, jujur dan sentiasa memberikan yang terbaik kepada pesakit!

Bercita-cita Tinggi dan Menjadi Lebih Bijak

$
0
0

Sebagai ibubapa kita sentiasa mahukan yang terbaik. Kita mahukan anak-anak kita sentiasa bercita-cita tinggi dan menjadi lebih bijak. Jadi bagaimana kita hendak menyokong tumbesaran mereka?

Untuk pengetahuan korang, tumbesaran anak yang sihat adalah bermula dari pengambilan makanan yang berkhasiat setiap hari. Caranya adalah dengan memastikan makanan yang diberikan adalah kaya dengan nutrisi yang diperlukan oleh badan. 

Menyedari tentang kepentingan itu, Dutch lady Malaysia kini telah menawarkan tahap DHA (asid docosahexawnoic) tertinggi di dalam rumusan susu tepung (pek baru) untuk kanak-kanak yang berusia 1 sehingga 3 tahun. Sepertimasna yang kita ketahui, pada peringkat umur 1 hingga 3 tahun merupakan tahun -tahun awal kanak-kanak. Ianya merupakan tempoh perkembangan kognitif, emosi dan sosial. Berada di tempoh ini pengambilan DHA adalah sangat baik sebagai nutrien yang menyokong perkembangan tumbesaran mereka. Selain itu, susu rumusan Dutch Lady 123 juga mengandungi  nutrien seperti protein, vitamin D3 dan vitamin C.


Satu majlis pelancaran bagi memperkenalkan pek terbaru susu Dutch Lady telah diadakan di Tesco Damansara pada 20 Julai 2018. Menurut pihak Tesco Malaysia sendiri, penjualan susu Dutch Lady di Tesco sangat memberangsangkan memandangkan ianya adalah jenama susu tepung yang sangat berpatutan harganya dan paling penting sentiasa menjadi pilihan ibubapa kerana kandungan nutrisinya yang terbaik.

Bagi Encik Tarang Gupta, Pengarah urusan  Dutch Lady Malaysia, syarikat mereka sentiasa membuat penambaikan terhadap produk. Menurutnya lagi sejak 55 tahun dahulu, syarikat mereka sentiasa komited dalam membekalkan nutrisi menerusi produk ternusu yang dikeluarkan. Seiring dengan tu beberapa kejayaan membawakan kemajuan dalam kategori susu bernutrisi untuk kanak-kanak. Dutch Lady telah memperrkenalkan susu tepung rumusan kanak-kanak bermula pada tahun 1988 lagi. Dan jenama ini juga merupakan susu pertama yang memperkenalkan rumusan 0% sukrosa atau kurang sukrosa pada tahun tahun 2012. Ini adalah salah satu usaha bagi menangnai kebimbangan terhadap penyakit "non-communicable diseases iaitu NCD" di Malaysia.


Cik Jo Anne Jayasiri Pengurus Pemasaran Dutch Lady turut menekankan tentang kepentingan DHA yang dapat memberi manfaat kepada nak-anak. Ini terutama untuk kanak-kanak yang berusia 1 sehingga 5 tahun, otak mereka akan berkembang sehingga 90%. Kajian telah membuktikan sekiranya anak-anak ini mengambil pemakanan yang mempunyai rumusan lebih DHA akan membantu dari segi keupayaan kognitif,atau proses pemikiran, tingkah laku dan juga tahap fokus kank-kanak.

Dengan setiap ringgit yang dibelanjakan untuk medapatkan susu rumusan Dutch Lady 123, kita bukan sahaja mendapat nilai tahap DHA yang tertinggi bahkan kandungan nutriennya juga (protein dan 20 jenis vitamin). Iaitu lebih kurang 44% lebih protein, 70% lebih vitamin D3, 150% lebih vitamin C dan banyak lagi.


Segmen perkongsian tentang pemikiran kognitif anak-anak menerusi satu aktiviti ringkas oleh Pakar Nutrisi Dutch Lady banyak membatu saya memahami tentang betapa pentingnya pengambilan DHA yang tinggi pada peringkat umur awalan kanak-kanak.

 Melalui pemakanan yang diambil sangat membantu perkembangan anak-anak ini menjadi lebih bijak. Dan ianya perlu dimulakan pada diet anak-anak mereka sejak kecil lagi. Dan ianya akan memberi efek semasa proses pembelajaran mereka pada usia akan datang. Mereka menjadi lebih bijak, tangkas berfikir dan tajam pemikiran.

Walaupun ramai yang tahu mengenai piramid makanan ini tetapi masih terdapat ramai ibubapa Malaysia amnya yang tidak mengikut cara pengambilan makanan yang betul seperti pengelasan makanan daripada gambarajah di atas. Ini penting bagi memastikan anak dan ahli keluarga kita mengambil makanan mengikut keseimbangan diet yang sentiasa disyorkan oleh Organisasi Kesihatan Dunia (WHO).

 Kunci kepada pemakanan bernutrisi untuk memastikan anak menjadi lebih bijak dan sihat adalah melalui sumber makanan yang diambil. Kita kena pastikan ianya mampu memberi kebaikan seperti yang diinginkan.

Untuk pengetahuan korang juga, semua anggota badan kita memerlukan protein. Jadi pengambilan makanan berprotein seperti ikan, telur, susu dan kekacang perlu ada didalam diet pemakana setiap hari.

Wanita jelita ini, Scha Al-Yahya yang merupakan duta produk susu Dutch Lady bersama anaknya Lara Alana. Beliau turut berkongsi tentang kebaikan yang dapat dilihat setelah anaknya Lara mengambil susu ini secara konsisten. Lara semakin cerdik dan berani bereksplorasi. Paling penting Lara sentiasa sihat, cerdas dan teruja setiap kali beraktiviti samada bersama famili mahupun rakan-rakan yang lain. Melihat kepada perkembangan yang sihat dan kebijaksaan Lara Alana yang semakin menyerlah setiap hari, Scha sememangnya sangat menggalakkan ibubapa Malaysia untuk bersama-sama memberikan yang terbaik buat anak mereka. Antara caranya ialah melalui memberikan  susu rumusan  Dutch Lady 123 dalam diet pemakanan anak mereka.

Dan korang boleh dapatkan susu tepung Dutch Lady di semua pasaraya. Istimewa di Tesco Malaysia susu rumusan Dutch Lady telah menawarkan harga promosi menarik dan setiap untuk nilai pembeliaan tertentu diberikan juga hadiah percuma yang cukup istimewa.

Jangan lupa cikedaut gaiss, susu tepung Dutch Lady di pasaran :-) Untuk 5xDHA!!!

Keterangan lanjut www.smartmoments.com.my


Best Giler Bila Terima Barangan Yang Ditempah di Printcious.com

$
0
0
Perkara yang membuatkan seorang perempuan itu bahagia adalah apabila mereka mendapat parcel datangnya daripada barangan yang diorder di atas talian. Paling rasa best apabila barang yang di order dihantar dengan begitu pantas dan produk yang dibeli menepati citarasa yang dikehendaki.

Jeng..jeng..
Excited kan bila dah pilih beria barang yang memang dah idam lama. Tempah pula dekat https://www.printcious.com/my , portal online yang menjual custom made barangan cenderamata dengan pelbagai pilihan menarik pada harga yang cukup berpatutan.

Cikedaut rembatan apa saya di https://www.printcious.com/my ..


Kanvas yang lama diinginkan. Saya ingin satu potret lengkap bersama 7 anak dan suami diabadikan dalam satu kanvas menarik. Boleh buat pilihan di sini ya 

Apa yang best kita boleh reka sendiri bagaimana rupa kanvas yang kita hendaki. Tools yang disediakan didalam aplikasi dalam web juga sangat senang difahami. Walaupun pertama kali menggunakannya kita mudah sahaja fahami langkah yang perlu diikuti.

Semudah ABC, terus proceed dengan bayaran dan kita hanya tunggu barang kita sampai di pintu rumah.

Nampak berseri-seri ke idok rumah kita, ,hahahahaha. Rumahku syurgaku...makin berseri bila ada kanvas baru :-)

Ini pula anak bujang tempah. Button badges. Sebagai peminat badges yang selalu mengumpul koleksi-koleksi seperti ini, memang anak saya begitu teruja kerana dapat mereabentuk dan memilih rekaan badge yang beliau kehendaki.

Dan gambar semasa kecil menjadi pilihan beliau. Comel jer saiznya. Boleh tempah dekat sini :-

Memang mudah untuk merekabentuk badge yang kita kehendaki, hanya perlu mengikuti langkah-langkah menerusi aplikasi didalam web Printious.

Tadaaaaaaaaaaaa.

Menjadi hiasan di pencil case Anaqi. Satu kepuasan apabila melihat anak gembira dengan barangan yang mereka lama inginkan.

Banyak lagi sebenarnya produk dari Printious. Korang boleh pilih mana yang berkenan, boleh customize sendiri tu yang paling best!

“If you are looking for best door gifts idea for guests, don’t forget to contact them.
Or if you have any upcoming birthday party and would like to impress your guest, 
birthday photo booth is your best entertainment.
Don’t miss to click here too Button Badges MalaysiaBulk Order Color MugBulk Order Magic MugBulk Order LanyardBulk Order Mousepad
We also welcomed any sponsorship to get sponsor for their event. Don’t miss out to grab this big opportunity by click here Sponsorship for Event “

Produk Kesihatan dan Ubatan Yang Halal Sentiasa Menjadi Pilihan Saya dan Keluarga

$
0
0
Isu mengenai status tentang sesuatu produk samada ianya HALAL sering menjadi topik utama dalam setiap pembelian barangan di pasaran. tidak kira samada golongan muslim mahupun bukan muslim,. Dan ternyata masing-masing memilih produk yang telah mendapat status HALAL.

Apatah lagi ianya berkaitan dengan produk kesihatan dan ubatan biasanya kita memang akan mencari ramuan kandungan yang berstatus HALAL. Ini kerana kita sedia maklum produk HALAL biasanya agak mengandungi bahan yang tidak merbahayakan, lebih semulajadi dan selamat. Namun yang demikian hasil penemuan dari kajian makmal Pharmaceutical Science Studies Centre Universiti Sains Malaysia's (USM) pada bulan November 2009 mendapati hampir 30 peratus daripada 100 produk kesihatan yang telah diuji di makmal adalah tidak halal. Kajian terperinci telah dilakukan dan mendapati terdapat kapsul daripada produk kesihatan dan ubatan yang telah diuji mengandungi gelatin yang tidak halal.

Jadi sebagai pengguna yang bijak, kita perlu memastikan produk kesihatan yang diambil benar-benar HALAL dan selamat dimakan. Antaranya langkah-langkah yang boleh diikuti seperti:-

1. Beli dan Guna Produk dari Jenama Yang Dipercayai
Jenama yang terkenal dan dipercayai biasanya tidak akan mendatangkan keraguan terhadap pengguna. Ini kerana jenama itu sudah tersohor menjaga reputasinya dan biasanya mereka akan melalui peringkat-peringkat kelulusan yang dibenarkan termasuklah mendapatkan pensijilan HALAL. Antaranya seperti produk dari CCM Duopharma yang cukup terkenal sebagai pembekal ubatan dan produk kesihatan yang berstatus HALAL.

2. Pastikan Produk Tersebut Mempunyai Pengiktirafan HALAL daripada Jakim
Seperti yang kita ketahui untuk mendapat pengiktirafan HALAL ianya perlu melalui proses standard mengikut kepiawaian yang tinggi mencakupi kebersihan dan keselamatan sepertimana yang telah syaratkan oleh pihak Kementerian Kesihatan, JAKIM dan Sijil Halal Malaysia.

Sijil Halal yang boleh dilihat sendiri daripada laman web 


Membawa nama pembekal ubatan dan produk kesihatan HALAL yang cukup popular  CCM Duopharma sentiasa memastikan produk yang dibekalkan kepada masyarakat memberi banyak kelebihan penjagaan kesihatan terutamanya ianya perlulah berasaskan bahan semulajadi, suci dan selamat diambil oleh pengguna. Nah! Tidak hairanlah mengapa produk dari CCM Duopharma begitu dipercayai dan menjadi pilihan pengguna mulsim mahupun bukan muslim.



3. Kesedaran mengambil produk HALAL intu adalah wajib
Melihat perlunya ada kesedaran mengambil produk kesihatan dan ubatan yang HALAL, CCM Duopharma telah melancarkan beberapa kempen kesedaran antaranya adalah menerusi perkongsian mengenai info mengenai produk kesihatan dan ubatan di laman web www.myh4p.com.



Sebagai ibu, saya sentiasa mahukan yang terbaik buat keluarga. Dalam memberikan yang terbaik saya sentiasa memilih produk yang HALAL dalam penggunaan seharian. Apatah lagi apabila melibatkan produk kesihatan dan ubatan.


Pastinya produk dari CCM Duopharma sentiasa didalam senarai produk kesihatan keluarga, ini kerana saya begitu mempercayai keluaran dari pembekal ini adalah 100 peratus HALAL dan terdapat pelbagai pilihan ubatan dan produk kesihatan yang ditawarkan. Ini bagi memastikan ahli keluarga saya mendapat nutrien yang diperlukan setiap hari sekaligus mengekalkan kecergasan serta kesihatan yang cemerlang. 

"Mencari yang Halal itu adalah Fardhu ( Wajib ) bagi setiap umat Islam" .

“Wedding Homestay” Tarikan Baru Buat Bakal Pengantin

$
0
0


Hi korang.
Majlis kenduri-kendara memang seronok. Apatah lagi pada masa inilah kita dapat berkumpul bersama saudara mara dan rakan taulan. Majlis kenduri biasanya bertambah meriah apabila kita dapat diadakan di rumah, namun tidak dinafikan banyak juga perkara yang tidak menarik terjadi usainya habis majlis diadakan. Antaranya masalah kecurian (memandangkan tetamu yang hadir mungkin juga orang luar yang kita tidak kenal), mengemas yang akan memakan masa dan banyak lagi. 

Jadi salah satu alternatifnya jika kita mahu adakan kenduri kendara di rumah adalah melalui menyewa "homestay" yang sesuai untuk diadakan kenduri.  Antara yang terbaik dan saya sangat syorkan adalah dari Syarikat  RNN Catering & Event Management. 


RNN Catering & Event Management di uruskan penuh oleh RNN CEM SDN yang beroperasi di Jalan Sentul Kuala Lumpur di terajui oleh Pn Fadlina Lai (Pengarah Urusan) dibantu oleh En Khairul Haizal (Marketing Officer) , En Kamarul Izwan (Operation Manager), Chef Norhashimah ( Head Chef) serta ahli pasukan hebat yang lain. Syarikat ini berpengalaman lebih 15 Tahun dalam industri katering dan pengurusan majlis. Tidak hairanlah setiap kerja dalam menjayakan majlis dibuat dengan lebih teliti dan professional. RNN Catering & Event Management juga mengendalikan perkhidmatan katering untuk majlis kecil kecilan mahupun besar seperti akikah, seminar, keraian, majlis pertunangan, majlis perkahwinan dan sebagainya.

Beberapa lokasi homestay dikenalpasti untuk dijadikan (sebagai cadangan) tempat acara bagi mengadakan majlis keraian dan salah satunya adalah di :-

Wedding Homestay By RNN CEM SDN BHD
27, Jln Doktor U1/67,
 Kawasan Perindustrian Temasya,
 40150 Shah Alam, Selangor
016-873 4032 
https://g.co/kgs/p53URS

Pemilihan homestay juga adalah mengambil kira aksessebiliti, kemudahan dan keluasan tempat. Paling penting homestay ini juga telah dilengkapi dengan kemudahan dan telah didekorasikan oleh pakar pereka dalaman tersohor iaitu Pak Abu.

Melangkah ke rumah Wedding Homestay By RNN CEM SDN BHD di Glenmarie Shah Alam bersempena dengan Majlis Rumah Terbuka anjuran syarikat mereka pada hujung minggu lepas benar-benar mengujakan saya. Kawasan perumahan baru yang cukup cantik dan terdapat juga pondok pengawal keselamatan di pintu masuk

Disediakan juga sistem audio sekiranya kita mahukan muzik, pengacaraan  sepanjang acara dan sebagainya.

Antara contoh setting untuk hidangan VVIP dan VIP di meja makan.

 Kemas dan teratur dekorasi di bahagian makan berdekatan di pintu masuk.

Susunan meja dan kerusi di bahagian tepi premis homestay.

 Antara yang mencuri perhatian, adalah jenis lampu yang digunakan menghiasi di bahagian ruang makan tetamu.

Scallop kanopi yang sangat cantik!

Ruang di bahagian bawah yang sangat luas. Sangat sesuai untuk diadakan ruang untuk pelamin, buaian bayi (bagi majlis akikah) dan sebagainya.

Salah satu contoh dekorasi untuk majlis akikai, berendoi dan lain-laian. Jenis dekorasi boleh mengikut citarasa dan konsep sepertimana pelanggan inginkan.

Contoh dekorasi pelamin yang sangat cantik biarpun "simple". Dekorasi seperti ini sessuai untuk majlis seperti pertunangan atau perkahwinan kan..

Namun jenis rekaan dekorasi adalah bergantung kepada citarasa dan konsep pelanggan. Ini kerana RNN Catering &  Event Management Sdn Bhd sangat mementingkan kepuasan pelanggan.

Di bahagian tingkat bawah juga disediakan contoh bilik khas untuk pengantin.

Tumpang posing kejap, hiks

Bilik air pun sangat cantik, bersih dan luas. Ianya disediakan untuk tetamu yang datang ke rumah. Dan ianya terletak di bahagian ruang bawah.

 Ruang tangga yang dihiasi dengan bunga-bunga yang sangat cantik.

 Sekiranya ramai saudara mara kita nak hadir ke majlis yang dianjurkan juga tidak akan ada masalah. Ini kerana rumah ini dilengkapi 4 bilik dan telah di ubahsuai dengan kemudahan katil-katil yang mampu untuk menampung jumlah ahli keluarga yang ramai.

 Ruang tamu di bahagian atas. Sesuai untuk dijadikan tempat perbincangan atau melepak bersama ahli keluarga,

Untuk katerer disediakan oleh pihak Hot Catering & Event yang menyediakan pelbagai pakej menarik. Antara yang mencuri perhatian saya adalah pakej menu kampung yang ditawarkan seperti daging salai masak lemak cili api, daging hot palembang, ayam masak merah dan sebagainya. Harga pakej katering ditawarkan adalah dari serendah RM12.50.

Semua hidangan yang disediakan memang enak-enak belaka, antara resepi terbaik dari Chef Yang Jamil.

Selain daripada nasi minyak, saya sempat juga menjamu selera dengan kambing bakar. Memang sedap. apatah lagi disediakan bersama sos BBQ dan sos daun pudina.

Pemilihan kuih-muih moden dan tradisi. Semuanya memenuhi citarasa saya :-)

Turut hadir beberapa jemputan VVIP dan VIP yang hadir ke Majlis Rumah Terbuka RNN Catering & Event Management Sdn Bhd, antaranya seperti YBhg. Datuk Rashidi bin Hasbullah, Ketua Setiausaha Kemeneterian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Puan Seri Hjj Dayang Normala (isteri Allahryarham Tan Seri Elyas Omar, Dato' Jalaluddin Hassan, Dato' Shah Rezza, Rumah Amal Kebajikan  Persatuan Islam Peribadi Mulia, Sungai Kantan Kajang Selangor dan Akademi Tahfiz Al Abrar.

 Dato' Jalaluddin Hassan bersama Chef Yang Jamil dan tetamu

 Turut kelihatan Dato' Shah Rezza yang hadir memeriahkan majlis

Pihak RNN Catering & Event Management Sdn Bhd kini mencari 10 pelanggan yang bertuah untuk diberikan diskaun terhebat iaitu REBAT sehingga RM 8000. Perghhh memang berbaloi!

Sebarang pertanyaan dan tempahan, boleh hubungi:-
RNN Catering &Event Management Sdn Bhd
No 2, Jln Terap Off Jalan Kovil Hilir, 
Jalan Sentul, 51100,WP Kuala Lumpur.

Office: 010-3672383 / 013-2829394 
Hotline : 016-873 4032 /012-325 2383

Email: sales.hotcatering@gmail.com 
Youtube : hotcatering
.

Pencuci Dapur Yang Mesra Alam | bio-home

$
0
0
Swag!!!
Macam tulah gaya my Ameer bila beliau excited melakukan sesuatu aktiviti/perkara. Melihat anak yang semakin aktif didepan mata, saya sentiasa memastikan perkembangan tumbesarannya tidak terganggu dengan masalah kesihatan terutama yang melibatkan kebersihan.

Terutama kebersihan di bahagian dapur. Ini kerana saya memasak hampir setiap hari di dapur rumah. Dan saya perlu memastikan setiap kali lepas memasak dapur saya bersih dan bebas kuman.

Dan saya telah diperkenalkan dengan produk bio-home agen pencuci yang mesra alam yang diperbuat daripada bahan aktif semulajadi yang mampu menghapuskan kotoran degil dan kesan minyak. Paling best, ianya tidak akan memberi alahan kulit kepada pengguna. 

Produk bio-home juga diperbuat daripada bahan aktif terbiodegradasi dan boleh diperbaharui yang berasaskan tumbuhan. Dan ianya adalah bebas dari sebarang bahan yang merbahaya terhadap alam sekitar. Paling best, ianya diformulasi tanpa bilas yang dapat memudahkan kerja pembersihan lebih sennag dan efisien. Bahkan bahan pembungkusan juga diperbuat daripada bahan yang boleh dikitar semula.

Terdapat 2 rangkaian variasi pembersih dapur bio-home iaitu:-

  • Lemongrass & Green Tea
  • Lavendar & Bergamot


Lemongrass & Green Tea - Bau serai memang wangi dan digabungkan dengan aroma tea yang cukup sempurna.

Lavendar & Bergamot - Lavendar memang aromanya memang dapat memberikan terapi pada diri. Sangat lembut dan sesuai untuk mereka yang gemarkan bau yang tidak terlalu kuat.

Penutuip botal juga sangat fleksibel. Senang dikuncikan bagi mengelakkan cecairnya tertumpah keluar.

Sesuai digunakan untuk semua jenis pembersihan di dapur termasklah perkakasan untuk memasak seperti ketuhar, microwave dan sinki dapur. Contohnya seperti kotoran yang terdapat di dapur saya. Memang secara kasarnya agak sukar untuk ditanggalkan.


Tetapi dengan sedikit semburan, mudah sahaja kotoran itu dapat ditanggalkan.


Bersihkan! Paling penting ianya produk mesra alam yang tidak merbahayakan kesihatan. Harga untuk satu botol 500ml adalah RM10.60. Dan boleh dapatkan produk ini di mana-mana pasaraya terkemuka!

Jenama penjagaan kulit New Zealand, Essano dilancarkan di Malaysia

$
0
0
Essano, produk organik nombor satu New Zealand adalah jenama penjagaan kulit baru dilancarkan di Malaysia. Acara pelancaran telah berlangsung di Forum, Sri Hartamas, Kuala Lumpur telah disertai oleh pengasas bersama jenama itu sendiri iaitu En. Anthony Gadsdon.


Essano adalah jenama penjagaan kulit semula jadi yang paling laris di New Zealand. Dihasilkan daripada bahan semulajadi, dan telah disahkan oleh badan pemeriksaan dan pensijilan terbesar di dunia - EcoCert.

En. Anthony Gadsdon menyatakan bahawa nama "Essano" berasal dari gabungan Essence dan Sano. Kata Essence mewakili "intipati alam semula jadi" manakala Sano adalah perkataan Latin yang bermaksud "semula jadi" dan "sihat".


Essano telah diperkenalkan oleh En. Shane Young dan Mr. Anthony Gadsdo pada tahun 2013, dengan menggunakan kebaikan bahan dari alam semula jadi Diilhamkan dari tumbuhan liar, mereka membuat keputusan untuk mencipta produk penjagaan kulit organik yang dapat menyuburkan dan mencerahkan kulit selain dapat memberikan hasil yang menakjubkan.Tiada bahan pengawet, tiada pewarna tiruan, tiada wangian, tiada minyak mineral, tiada bahan tercemar dan tiada pengujian terhadap haiwan.


Pelancaran ini juga dirasmikan oleh wakil Guardian Malaysia dan New Zealand Trade & Enterprise (NZTE) melalui acara memotong reben selepas menyampaikan ucapan masing-masing.


Produk  dari Essano, termasuklah Rosehip Oil, Collagen Repair Serum, Rosehip Miceller Water, Rosehip Clay Mask dan lain-lain kini sudah boleh didapati di Guardian Malaysia.
 
Viewing all 2935 articles
Browse latest View live