Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all 2935 articles
Browse latest View live

Kempen Together-gether Fund Dari Domino's Malaysia

$
0
0

Istimewa Ramadan tahun ini, Domino sekali lagi meraikan kedatangan bulan baik ini dengan menganjurkan Kempen, Together-gether Fund. Ini adalah salah satu tanggungjawab sosial  dan komited Dominos untuk memberi penghargaan kepada mereka yang telah banyak memberi sumbangan kepada masyarakat. Ini terutamanya kepada Unsung Hero.

Together-gether Fund adalah platform yang dianjurkan oleh Domino's yang mana setiap pembelian kombo Ramadhan akan membantu dalam memberi sumbangan dbergantung jumlah pizza yang terjual dalam promosi Kombo Ramadhan dalam membantu Unsung Hero merealisasikan misi meraka. Bermula dari 17 Mei 2018 sehingga 3 Jun 2018, dengan setiap pembelian mana-mana Kombo Ramadan iaitu Ssamjeang Buddy Combo atau Ssamjeang Super Combo, satu 'slice' pizza akan disumbangkan kepada dana. Setiap enam keping pizza akan menjadikan satu biji pizza.

Di majlis pelancaran kempen Together-gether Fund turut dihadiri individu dalam masyarakat yang telah membantu komuniti melalui usaha peribadi mereka sendiri dan juga kumpulan istimewa
individu yang telah menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka demi kesejahteraan bangsa. Antara Unsung Hero seperti doktor dan Jururawat Hospital UMRA, Bomba dari Stesen Bomba Kota Anggerik, En. Lex Low (the kind barber), Encik Palani Kumar dan kumpulan sukarelawannya, Encik Kuan Chee Heng, pengasas Community Policing Malaysia serta Encik Ahmad Faizal. Selain itu anak-anak dari Rumah Titian Kasih dan Rumah Amal Kasih Bestari juga dijemput sebagai tetamu istimewa di hari pelancaran tersebut itu.



Domino juga mengiktiraf hampir 700 staf dari bahagian kejuruteraan lapangan kapal terbang Malaysia Airlines Berhad (MAB). Dan Dominos telah menghantar pizza kepada mereka sebagi tanda terim aksih diatas kerja keras mereka untuk memastikan pesawat MAB sentiasa berada keadaan baik dan mengikut standard perkhidmatan operasi lapangan terbang. Ini adalah bagi memenuhi keperluan keselamatan untuk disediakan dan juga memberi keselesaan kepada penumpang.

Selaras dengan janji Dominos untuk memberi nilai serta memberi balik atas jasa Unsung Heroe, para pelanggan boleh menikmati dua tawaran kombo Ramadan sekaligus menjadi sebahagian kempen Together-gether Fund . Antara tawaran kombo yang terlibat didalam kempen ini seperti Ssamjeang Buddy Combo dan Super Ssamjeang Combo. Untuk harga RM39.90, Ssamjeang Buddy Combo adalah termasuk 1 Regular Ssamjeang pizza, 1 Ayam-Haseyo, 1 Bawang Lebah Twisty dan 2 tin air minuman ringan. Manakala Ssamjeang Super Combo, berharga RM59.90 yang terdiri daripada 2 Regular Piza, 1 Ayam-Haseyo. 1 Cheesy Mozzarella / Cheddar Stix dan 1 botol 1.5L minuman ringgan.




Telefon Bimbit Wiko Tommy 3 Sememangnya Mesra Kanak-Kanak

$
0
0
Dunia komunikasi hari ini menjadi semakin mudah dengan adanya telefon sebagai alatan perhubungan. Seperti saya yang mempunyai anak-anak yang sedang membesar sememangnya sangat memerlukan telefon dalam kehidupan seharian.

Memandangkan mereka masih kecil jadi saya telah memilih jenama Wiko Tommy 3. Untuk pengetahuan semua jenama Wiko adalah berasal daripada Perancis (France). Walaupun jenama ini agak baru di pasaran namun ianya cukup dikenali masyarakat Perancis terutamanya.


Harga yang ditawarkan untuk telefon bimbit Wiko Tommy 3 ditawarkan pada harga cukup berbaloi iaitu RM329 sahaja. Dan dengan setiap pembelian akan diberikan Gift Box secara PERCUMA. Antara item di dalam Gift Box tersebut adalah iRing, Headphone dan Selfie Stick. Walaubagaimanapun ianya ditawarkan sehingga stok habis.

Antara spesifikasi telefon bimbit Wiko Tommy 3 adalah seperti:-
- 18:9 Format Widescreen
- 5.45" IPS Display
- 4G LTE
- 16GB ROM (Expandable via MicroSD)
- 8MP Rear Camera & 5MP Selfie Flash Front Camera
- Ciri-ciri Kamera (Auto-HDR, Live filter, Face beauty dan pelbagai lagi)
- Android 7.1 (Nougat)
- Dual SIM

Antara warna yang didatangkan bersama siri Wiko Tommy 3 adalah seperti gambar diatas. Warnanya semua terang dan menarik.

Telefon Wiko Tommy 3 agak tipis saiznya dan tidak terlalu berat. Biarpun mempunyai paparan skrin yang luas, namun ianya hadir dalam keadaan saiz yang kompak dan esklusif . Ianya mudah untuk diletakkan di dalam kocek seluar, tas tangan bersaiz comel dan sebagainya.

Paparan skrin 18:9 ini  didatangkan ciri paparan sentuh (touch screen) memudahkan anak saya mengendalikan telefon ini sendiri. Sangat mudah sebenarnya. Hanya dengan sedikit asas penggunaan telefon bimbit, mereka sudah jelas bagaimana menggunakannya. Ini terutama dalam membuat pemilihan menu dan sebagainya.

Telefon bimbit Wiko Tommy 3 mempunyai kamera belakang 8MP dan 5MP kamera depan (untuk selfie). Nah! Ini antara gambar dari bidikan kamera Wiko Tommy 3. Pada pandangan saya hasilnya 'not bad' juga. Antara gambar #takenwithwiko yang diambil menggunakan telefon ini seperti dibawah:-

 Gambar #takenwithwiko ini diambil pada waktu malam, selepas hujan.

 Gambar #takenwithwiko close-up pada objek.
 Selfie #takenwithwiko My Yara :-)

Gambar #takenwithwiko  yang diambil dari paras bawah. Refleksi dari cahaya. Impak masih cantik.

Antara aplikasi feveret yang dimuat turun didalam telefon bimbit Wiko Tommy 3 khas untuk mengisi masa lapang anak-anak saya seperti Muslim Go, Piano dan Word Searching.

Paparan skrin yang menggunakan konsep 'touch screen' memudahkan anak saya mengeksplorasi menu yang ada dan paling best permukaannya memang agak luas. 


Salah satu penggunaan telefon adalah untuk menyokong perkembangan anak saya dari segi pendidikan. Antara aplikasi kegemaran adalah Muslim Go yng mana anak saya boleh mengaji pada bila-bila masa dengan bantuan aplikasi yang telah dimuat turun. Dengan skrin berbingkai nipis 18:9, dan mempunyai pixel yang tinggi menjadikan segala paparan  akan kelihatan lebih jelas. Begitu juga dengan sistem audio (speaker) mampu memberi kelantangan yang cukup memuaskan.


Saya juga suka memuat turun aplikasi yang dapat membantu memperkasakan Bahasa Kedua (Inggeris) anak-anak saya. Belajar perlulah seronok yang sentiasa saya terapkan, jadi dengan adanya telefon Wiko Tommy 3 yang mempunyai asas sebagai sebuah telefon pintar membolehkan anak saya melayari halaman web, aplikasi dan juga sosial media sudah cukup memadai.

OS Android Nougat yang sangat menyokong aktiviti 'multi-tasking'. Dan ternyata anak saya memang seronok bermain permainan aplikasi seperti 'piano' ini yang memerlukan pergerakan pantas sentuhan jari di skrin. Tak lagged!

Afiq memang suka benar dengan ear phone  ini. Ear phone ini didatangkan bersama dalam setiap pembelian Wiko Tommy 3. Sangat 'smart 'katanya, hehehe. 

Bersempena dengan bulan ramadhan ini telefon Wiko Tommy 3 ditawarkan dengan harga yang cukup berbaloi iaitu RM329 sahaja. Dan tempoh promosi adalah dari 15 Mei  sehingga 14 Jun 2018. Boleh dapatkan telefon ini dari ejen-ejen Wiko yang berdaftar, Lazada, Shopee dan FB WikoMalaysia. Paling menarik, warranti diberikan sehingga 120 hari lamanya (bergantung kepada terma dan syarat).

Secara personal, sebagai ibu saya memang memerlukan telefon ini yang mempunyai asas telefon (basic phone) untuk dijadikan telefon sokongan (telefon nombor 2). Telefon ini boleh digunakan oleh anak-anak. Apatah lagi harga yang ditawarkan memang cukup berbaloi dan berpatutan dengan ciri-ciri telah yang ditawarkan.

Jom dapatkan telefon bimbit Wiko dari Perancis yang sememangnya sangat berkualiti, mengikut trend dan berjiwa muda :-)

Keterangan lanjut boleh layari:-


#wikomobilemy
 #wikoTommy3
#wikoraya


Pelancaran Aplikasi Mobile NIMPMOS dan Majlis MOU Bersama Montgomery Securities LLC

$
0
0
Aplikasi Mobile NIMPMOS telah dilancarkan baru-baru ini sekaligus membolehkan kita untuk memuat turun  samada melalui peranti iOS mahupun Android. Aplikasi live streaming yang hebat dalam platform e-dagang hari ini. Untuk pengetahuan semua sejak mula aplikasi ini telah diperkenalkan sekitar bulan Mac yang lepas ianya telah mula menarik minat generasi muda dari Asia Tenggara.

Oleh yang demikian NIMPMOS telah merancang untuk menyertai NASDAQ di US (United States) melalui perjanjian kerjasama (MOU) dengan syarikat Montgomery Securities LLC. Satu majlis telah diadakan pada 26 Mei 2018 di Hotel Renaissance Kuala Lumpur dengan kehadiran seramai 1500 tetamu.

Majlis MoU ini telah ditandatangan diantara Cik Ines Yao, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif NIMPMOS, dan John Alfred Ritter, Pengarah Urusan Montgomery Securities LLC.

Manakala Mr. Wadih Maalouf, Penasihat Blockchain Dubai telah  dijemput sebagai saksi di Majlis Tandatangan MoU. Montgomery Securities LLC  kini merancang untuk bekerjasama dengan lebih daripada 80 syarikat termasuk yahoo, IQIYI dan banyak lagi.

Menurut Miss Ines Yao, mereka percaya pasukan ini mampu secara konsisten membangunkan ciri live streaming terbaik dan merekrut influencer untuk menjadi sebahagian daripada pasukan NIMPMOS. Selain daripada live streamin, influencer ini juga akan berpeluang mewakili syarikat untuk menghadiri acara utama, penggambaraan (shooting), sokongan jenama atau apa-apa bentuk aktiviti yang mampu menjana pendapatan bagi syarikat.



Selain menawarkan live streaming , NIMPMOS adalah pusat sehenti internet solusi yang menawarkan perkhidmatan tambahan seperti pemasaran media sosial, penghasilan/pembikinan video, fotografi dan rakaman program secara langsung.

Di majlis pelancaran dan MOU ini juga, NIMPMOS SDN BHD telah membuat sumbangan amal sebanyak RM10,000 kepada 6 rumah kebajikan sosial - Pertubuhan Baitul Rahmah (Country Home Rawang), Baitul Ulfah (Seri Kembangan), Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Mary (Setapak, Kuala Lumpur), Cacat Pusat Penjagaan Kanak-Kanak (Taman Megah, Petaling Jaya), Charis Home (Kuala Lumpur) dan Angels Children's Home (Old Klang Road, Kuala Lumpur).


Paling istimewa di majlis ini, kemunculan selebriti tempatan iaitu Namewee dan Joyce Chu ini telah menyampaikan beberapa lagu mereka seterusnya menghiburkan tetamu yang hadir.


Mengenai NIMPMOS:

NIMPMOS mempunyai beberapa cawangan antaranya seperti di Taipei, Guangzhou, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang Malaysia adalah sebagai ibu pejabatnya.

Bahagian operasi dan pemasaran kini diuruskan oleh pasukan berdedikasi yang terdiri daripada 30 kakitangan di ibu pejabat Malaysia. Manakala cawangan Taipei adalah pusat operasi NIMPMOS utama dalam pengambilan live broadcaster.

Shopping Baju Raya di Butik Haqqi Shah Alam

$
0
0
Hari tu saya ke Butik Haqqi Shah Alam untuk mendapatkan kain telekung tapi untuk kali ini saya kembali disini untuk membeli baju raya. Seperti yang kita ketahui Haqqi adalah hab produk kelengkapan ibadah haji, umrah dan fesyen patuh syariah.

Butik Haqqi juga ada menawarkan pelbagai jenis rekaan baju raya untuk lelaki dan perempuan. Rekaan yang ada disini semuanya yang terkini dan mengikut perkembangan trend fesyen pakaian muslim dan muslimah.

Terdapat juga label baju dari selebriti tempatan seperti Owl by Nora Danish, Dara By Fathia Latiff, El by Elfira Loy dan Izzuexclusive, RTW by NurSajat, Adelle, Al Amein, Ameera Zaini dan ramai lagi. 

Untuk pengetahuan semua Butik Haqqi Shah Alam agak besar juga, ianya meliputi 3 buah kedai yang disambung menjadi 1 kedai yan luas. Antara sebahagian koleksi pakaian yang terdapat di Butik Haqqi seperti:-

Koleksi Pakaian Jubah

Untuk koleksi jubah terdapat pelbagai rekaan yang ditawarkan. Samada kita berminat untuk mendapatkan jubah biasa (seperti gaun labuh) mahupun jubah berseluar. Didatangkan dengan variasi corak dan warna serta potongan  dan rekaan mengikut peredaran masa. Walaubagaimanapun ianya masih tetap mengikut syariat Islam.
  




Antara rekaan jubah terbaru yang sememangnya agak 'outstanding'. Ianya boleh dipakai di majlis keraian atau jamuan istimewa, selain daripada melaram di pagi raya.

Kurung Moden
Pakaian kurung moden antara yang paling banyak mendapat permintaan untuk raya tahun ini. Kebanyakan potongan kurung moden didatangkan pelbagai jenis potongan dan rekaan dengan warna-warna yang sememangnya sangat menarik.



Warna mint epal ini memang cantik. Apatah lagi ianya mempunyai kain lace di bahagian luar menjadikan baju kurung moden ini begitu terserlah. Selain daripada warna ini terdapat juga warna biru muda, merah jambu, kelabu dan peach.

Tarikan kepada kurung moden ini adalah potongan pakaian ini, terutamanya di bahagian tangan. Memang cantik. Mempertaruhkan warna yang lembut sebagai warna asas dan ditaburi dengan corak bunga berwarna kontra.

Ini adalah salah satu dari koleksi RTW by NurSajat.

Walaupun nampak simple tetapi ianya tetap cantik. Rekaan pakaian ini inspirasi dari cerita "Mok Cun". Ada pelbagai pilihan warna ya!

Comel bila tengok adik manis ini berbaju kurung moden yang menggunakan kain kapas bercorakkan Mickey Mouse. Sekaeang ada promosi, untuk 2 pasang pakaian ini harganya adalah RM150.

Kurung moden pilihan saya. Memandangkan tema raya tahun ini adalah silver/kelabu. Untuk pengetahuan korang, koleksi ini dijual pada harga tawaran istimewa iaitu RM155 daripada harga asal iaitu RM199.

Koleksi Baju Melayu, Kurta dan Jubah
Untuk koleksi pakaian lelaki terdapat jubah, kurta dan baju melayu. Rekaan baju melayunya memang cantik dan terdapat banyak label yang menawarkan baju ini. Apa yang membezakannya adalah potongan dan rekaan pakaian tersebut.

Seperti yang digayakan oleh rakan blogger untuk pakaian baju melayu berwarna hijau adalah dari jenama Haqqi. Manakala untuk warna ungu adalah daripada koleksi Izzue Islam.

Lihat sahaja perbezaan rekaan terutama di bahagian kolar dan poket. Untuk rekaan dari Izzue Islam yang lebih 'simple'.

Manakala dari koleksi Haqqi mempunyai logo esklusifnya di depan poketnya.

Muka happy sebab baju pilihan hati telah ditemui :-)
Banyak betul pilhan pakaian menarikdi Haqqi!

Butik Haqqi Shah Alam,
No 13 & 15 Jalan Plumbum S7/5,
Seksyen 7, Shah Alam
Selangor
03-55234798

Boleh dapatkan barangan Butik Haqqi secara online di  https://haqqi.com.my

Dan jangan lupa untuk ikuti perkembangan Haqqi di Media Sosial:-

INSTAGRAM: https://www.instagram.com/haqqi.com.my/
FACEBOOK: https://www.facebook.com/haqqi.com.my/
TWITTER: https://twitter.com/my_haqqi

KOLEKSI TSUM TSUM TERBARU DARI MENTHOLATUM | Comel Sangat :-)

$
0
0
Saya dan anak-anak memang sangat sukakan benda-benda yang comel. Apatah lagi dari karektor kartun yang cukup popular dan digemari. Siapa sahaja yang tidak sukakan, hehehehe.

Nak khabarkan pada korang.  koleksi Tsum Tsum  terbaru telah dilancarkan oleh Mentholatum.  Menmariknya, koleksi produk penjagaan kulit Mentholatum Tsum Tsum ini didatangkan dengan pembungkusan paling "kawaii" jika dibandingkan dengansemua barangan penjagaan kecantikan di pasaran.

Koleksi ini kelihatan sangat comel (geram tengok) dan menarik. Paling best produk ini mempunyai aroma buah-buahan dan bunga yang  mampu menceriakan dan  menyegarkan. Dengan rumusan ramuan terbaik mampu membelai dan begitu lembut pada kulit. Produk ini mampu memberikan hasil yang terbaik kepada kulit kita.

Antara produk didalam koleksi Tsum Tsum seperti:-

Mentholatum Tsum Tsum Fruity Lipbalm, 3.5g (RM11.50) 

Pelembap bibir Mentholatum Tsum Tsum Fruity ini dirumus dengan Vitamin E, Minyak Argan, Minyak Bijian Meadowfoam dan ramuan pelembap dan memberi khasiat kepada bibir. Teksturnya sangat ringan. Dengan gabungan perisa buahan yang menyegarkan seperti Apple, Lime dan Peach, ia dapat memberikan bibir kita kelembapan yang lebih tahan lama dan paling best boleh mengekalkan bibir agar sentiasa lembut, licin, sihat dan dilindungi dari cuaca dan persekitaran.


Mentholatum Tsum Tsum Masker Wajah, (RM7.90) Satu Keping

Mentholatum Tsum Tsum masker wajah boleh didapati dalam 4 varian iaitu Rose, Lavender, Honey dan Tea Tree. Setiap masker ini mengandungi bahan-bahan yang dapat membantu memperbaiki pelbagai masalah kulit.

1. Rose (Deep Hydrating Face Mask) menggabungkan 4 jenis bahan pelembap dan Asid Hialuronik untuk memberikan penghidratan yang berpanjangan selama 24 jam kepada kulit, menjadikannya lebih anjal, lembut dan licin. Mengandungi Wild Soybean Seed extract & Natural Yeast extract untuk membantu menguatkan lapisan pelindungan semulajadi kulit dan melicinkan kekasaran, justeru meninggalkan kulit lebih lembut bak baldu, mulus dan lembap. Masker wajah ini sesuai untuk kulit kering.

2. Lavender (Soothing & Hydrating Face Mask) mengandungi 4 jenis Asid Hialuronik dan ramuan yang menenangkan untuk membantu memulihkan, menyuburkan dan menguatkan kulit, menjadikannya lebih segar dan bertenaga. Ia juga mengandungi ekstrak Bunga Lavender dan bunga Chamomile untuk melicikan kulit kasar dan menenangkan kulit yang merengsa. Ia sesuai untuk kulit yang letih dan sensitif.

3. Honey (Revitalizing Face Mask) menggabungkan Vitamin C, Asid Tranexamic dan ramuan pencerahan yang lain untuk membantu menghidrat secara mendalam dan dapat memperbaiki tona kulit. Ia menjadikan kulit kelihatan lebih sihat dan berseri. Mengandungi Madu Asli & esktrak Yis untuk menyuburkan dan melembabkan kulit. Ia meningkatkan keanjalan kulit dan meminimumkan penampilan garis-garis halus untuk memastikan kulit kelihatan gebu dan anjal. Ia sesuai untuk kulit kusam.

4. Tea Tree (Oil Controlling Face Mask) menggabungkan Ekstrak Bunga Chrysanthemum, Houttuynia Cordata, Wild Soybean Seed dan ramuan semulajadi yang lain untuk mengawal minyak berlebihan, mengurangkan penampilan liang-liang pori untuk kulit yang lebih halus dan terhidrat. Ia mengandungi Asid Hialuronik dan ekstrak Tea Tree untuk membantu meningkatkan tahap pengekalan kelembapan kulit dan kawalan minyak. Ia juga membantu meminimumkan penampilan garis-garis halus sehingga menjadikan kulit lembut dan licin. Ia sesuai untuk kulit berminyak dan cenderung berjerawat.


Mentholatum Tsum Tsum Hand Cream, 50g (RM16.90) 

Terdapat tiga variasi Rose, Lavender dan Jasmine . Krim Tangan Tsum Tsum Mentholatum mengandungi minyak badam dan minyak bijian bunga matahari serta ramuan pelembap yang lain untuk melembapkan kulit dan memastikan kulit kelihatan lebih muda. Kulit terasa terhidrat dan licin apabila anda mengurut krim tangan ke kulit anda sementara aroma bunga menenangkan anda selepas hari yang sibuk. Selain daripada penghidratan, krim tangan juga membantu menguatkan kuku dengan itu menghalang daripada menjadi rapuh.



Mentholatum Tsum Tsum Face Wash, 100g (RM14.90)

Terdapat dua varian iaitu Hydra & Whitening Face Wash dan Pore Washing Face Wash, pencuci muka Mentholatum Tsum Tsum ini dirumuskan khas untuk kulit orang Asia yang sering terdedah didalam keadaan cuaca panas dan lembap.

1. Hydra & Whitening Face Wash dirumus dengan ekstrak Arbutin dan Rose untuk membantu mencerahkan dan meningkatkan keserian kulit untuk tona kulit yang lebih sekata. Ia juga diperkaya dengan bahan-bahan pelembab untuk membantu mengekalkan dan menambah kelembapan kulit. Aroma rose semula jadi membawa kesegaran dan keselesaan kepada kulit.

2. Pore Refining Face Wash membantu meminimumkan liang pori dan mengimbangi semula minyak kulit. Ia dirumuskan dengan ekstrak Lentil untuk kulit licin dan lebih halus. Diformulasi dengan ekstrak Rosemary dan Witch Hazel pencuci wajah ini membantu membersihkan liang-liang pori untuk kulit wajah yang lebih jernih. Ia juga diperkaya dengan Ekstrak Aloe untuk melegakan dan melembapkan kulit manakala bau harum buah oren semula jadi membangkitkan perasaan dan menyegarkan kulit pada masa yang sama

Bukan main seronok lagi my Amani dan Afiq bila dapat menggunakan koleksi TSUM TSUM ini :-) Amboi! Ni mummy punya sebenarnya, hahahahaha

Produk ini boleh didapati di Watsons, AEON Wellness, Caring dan Sasa seluruh negara. Dan jangan lupa dapatkan koleksi Mentholatum Tsum Tsum yang terdiri daripada masker wajah, pelembap bibir, krim tangan serta pencuci muka yerppp.

5 Tips Cara Saya Bersahur

$
0
0
Setiap kali tibanya bulan ramadhan, anak-anak saya adalah antara yang paling teruja. Selain daripada menantinya ketibaan Hari Raya, anak-anak saya juga tidak sabar untuk berpuasa. Dan untuk tempoh satu bulan ini kami sekeluarga akan melalui sedikit perubahan dalam aktiviti seharian, antaranya seperti waktu bangun tidur lebih awal. Begitu juga waktu masa tidur biasanya paling lewat adalah pukul 11 malam.  Bagi saya pula kerja memasak setiap hari adalah pada waktu petang sebelum berbuka dan juga di awal pagi iaitu seawal jam 4.00 pagi. Penyediaan makanan di waktu sahur juga perlulah yang mudah dan ringkas. Paling penting tidak mengambil masa terlalu lama yang boleh menyebabkan saya berasa penat berada di dapur.

Bagi saya sendiri pengambilan makanan yang berkhasiat setiap kali waktu bersahur sangat penting. Ini memandangkan anak-anak saya yang bersekolah perlukan tenaga sepanjang proses pembelajaran mereka.Tidak mahu menjadikan alasan'saya berpuasa'untuk mereka tidak boleh membuat sebarang aktiviti persekolahan seperti biasa.

5 tips penyediaan makanan waktu sahur yang saya amalkan ini sangat membantu anak-anak saya terutamanya agar mereka sentiasa berada keadaan cergas, cerdas dan bersemangat biarpun seharian menahan lapar dan dahaga,

1. Makan Kurma 

Pengambilan buah kurma bukan hanya sunat di waktu berbuka puasa sahaja. Bahkan sangat digalakkan menikmati kurma di waktu sahur. Dikatakan dengan menikmati buah kurma dengan susu juga sudah memberi kita rasa kenyang sepanjang hari.

2. Pengambilan air suam di waktu sahur

Imej dari : Google

Jika hari biasa (bukan bulan puasa), badan kita memerlukan sehingga 8 segelas air. Untuk bulan puasa mungkin kita akan mengambil kurang daripada jumlah itu. Namun yang demikan adalah digalakkan selain daripada pengambilan air manis seperti air coklat dan sebagainya, kita juga harus mengambil air suam ketika waktu sahur. Ini kerana kelebihan air suam itu sendiri banyak jika kita amati. Dan kita juga perlu memastikan cecair  didalam badan kita adalah cukup untuk menggantikan apa yang kita hilang setiap hari samada dalam bentuk peluh, urine (buang air kecil), pernafasan mahupun proses tubuh yang lain.


3. Makan buah-buahan dan sayuran yang kaya vitamin 

Imej dari : Google

Sebenarnya kita kena tanamkan tabiat makan sayuran dan buahan setiap hari. Apatah lagi di bulan puasa. Sayuran dan buahan mengandungi kandungan vitamin yang penting seperti vitamin C, E, A , dan asid folat yang sangat diperlukan untuk kekuatan badan, detoksi, dan kesihatan jantung. Sebagai contoh sayur Brokoli mengandungi vitamin C dan serat yang tinggi dapat memberi kebaikan kepada jantung dan meningkatkan tahap antioksidan di dalam badan. Jadi apabila kita mempunyai cukup vitamin yang diperlukan badan terutama bulan puasa, kita dapat mengelakkan dari mudah rasa mengantuk, letih dan pasif.

4. Menikmati makanan yang mempunyai serat tinggi dan berkhasiat

Sayuran dan bijirin mengandungi serat larut yang diperlukan untuk menjaga tekanan darah, mencegah kolesterol tinggi dan gula dalam darah. Serat larut juga sangat penting untuk membantu sistem pencernaan dengan menghalang berlakunya sembelit dan buasir. 

Atas kesedaran kepentingan menikmati makanan berserat, setiap kali bersahur saya akan pastikan seisi keluarga saya dapat menikmati hidangan yang mempunyai khasiat ini. Dan paling mudah, saya hanya membancuh Quaker Oats 3 dalam 1. Apatah lagi sekarang Quaker Oats ada memperkenalkan Quaker Oats 3 dalam 1 bersama Matcha Green Tea. Rasanya memang enak! 

5. Kreatif dalam mempelbagaikan hidangan sahur

Memiliki anak yang ramai memang tidak mudah untuk memenuhi selera mereka dalam satu-satu masa. Ada yang jenis cerewet, 'picky eaters'dan pelbagai lagi karektor. Jadi sebagai ibu, saya perlu lebih kreatif dalam penyediaan hidangan setiap hari terutama pada waktu sahur.

Dalam banyak-banyak resepi yang pernah saya cuba, hidangan 'overnight oats' adalah antara yang paling digemari oleh anak-anak saya. Proses penyediaan juga sangat mudah dan pantas. Ianya tidak memakan masa yang lama. Paling penting ianya mengandungi semua khasiat yang diperlukan oleh badan.

Dan oat adalah sajian yang mengenyangkan. Ini kerana ianya mengandungi 9.4g serat dalam setiap 100g dan protein yang lebih tinggi daripada beras perang, barli dan tepung gandum. Kandungan khasiatnya yang tinggi menjadikan ia lambat dicerna serta dapat membekalkan tenaga melalui pembebasan glukosa ke dalam salur darah. Oat juga dianggap sebagai ‘Super Grain’ yang turut membekalkan nutrisi yang penting untuk kesihatan. 

Dan jenama Quaker Oats dapat mengekalkan khasiat asli oat dengan menggunakan bijirin penuh seperti bran (lapisan paling luar) yang tinggi dengan Beta-Glukan dan vitamin B, endosperma oat yang tinggi dengan karbohidrat dan protein, serta lapisan germa oat yang juga tinggi dengan vitamin B, vitamin E, mineral dan fitokimia

Jadi itulah antara sebab kenapa saya suka memilih oat (terutama dari jenama Quaker Oats) dalam penyediaan hidangan sahur saya dan keluarga setiap hari.


Bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan 'Overnight Oats' adalah seperti:-

1. Quacker Oats Multigrain
2. Susu segar
3. Chia seed
4. Buah strawberi
5. Buah naga
6. Madu

Sebenarnya bahan utama adalah Quaker Oats dan susu segar. Untuk bahan sampingan seperti buahan atau kekacang (boleh diletakkan juga) adalah bergantung kepada selera masing-masing.

'Overnight Oats' ni biasanya saya akan menyediakan malam sebelum waktu sahur. Jadi apabila bangkit sahur, saya tidak perlu kelam kabut untuk menyediakan makanan sahur. Apa yang perlu hanya mengambil sahaja 'Overnight Oats' yang telah disediakan malam sebelumnya yang mana telah disejukkan didalam peti ais.

Cara penyediaannya sangat mudah.

 Letakkan sedikit Quacker Oats Multigrain dalam bekas berkedap udara. Sukatan ikut suka.

Masukkan susu segar ke dalam bekas yang telah diisi dengan bijirin tadi.

Sedkit madu untuk rasa manis.

Letakkan chia seed. Untuk pengetahuan semua, chia seed kaya dengan khasiat omega, fosforus, poasium, protein, fiber dan banyak lagi.

Saya letakkan isi buah naga. Ini kerana memang saya sukakan rasa buah naga ini. Paling penting buah naga ini juga mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi.

Dan akhir sekali saya masukkan strawberi sebab saya sukakan rasa manis dan masam yang ada didalam buah strawberi. Pastinya buah strawberi ini merupakan buah kesukaan anak-anak saya. Jika saya buat 'Overnight Oats' memang saya akan masukkan buah ini dalam kuantiti yang banyak!

 Tada!!!! Siap utnuk dinikmati, hehehe.

Tapi sebenarnya saya masukkan didalam peti ais (bahagian bawah) dan biarkan semalaman. Ini untuk mendaparkan rasa yang lebih segar dan enak.

Amani memang akan minta saya sediakan 'overnight oats' untuknya seminggu dua kali. Ini terutama yang mempunyai rasa strawberi.

Manakala Afiq beliau lebih sukakan campuran buah pisang, mentega kacang dan sedikit rasa coklat bersama bijirin serta susu.

 Antara feveret Quaker Oats yang dijadikan stok wajib ada sepanjang bulan puasa tahun ini :-)

Sebenarnya kalau korang nak dapatkan resepi-resepi menarik lain menggunakan Quaker Oats, bolehlah layari http://www.quaker.com.my/recipe-book.html

So, tips bersahur korang macam mana pula? Jom kongsikan bersama saya :-)

#QuakerMommySahurHacks

Resepi Kek Keju Blueberry dan Ayam Bakar Berlemon Menggunakan Ketuhar Pensonic Siri Batik | Jangan Lupa Sertai Peraduan Beli, Tonton dan Menang

$
0
0
Bersempena dengan kehadiran Aidilfitri 2018, Pensonic Malaysia sekali lagi telah menganjurkan Peraduan Beli, Tonton dan Menang. Apa yang lebih menarik, untuk tahun ini hadiah yang ditawarkan cukup lumayan! Bernilai lebih RM200,000 termasuklah sebuah kereta X-TRAIL sebagai hadiah utama 😱



Rancangan Balik Kampung Bersama Pensonic ini ditayangkan setiap hari Isnin bermula jam 6.00 petang sehingga 6.30 petang. Rancangan yang berdurasi 30 minit ini menampilkan selebriti tanahair yang akan bersama-sama dengan Chef Ismail untuk pulang ke kampung halaman mereka dan memasak hidangan istimewa di sana.

Caranya sangat mudah:


1. Dengan hanya membeli baranagan Pensonic (min RM50) dalam satu resit.
2. LIKE dulu FB Page Pensonic  
3. Kongsikan poster peraduan dan jangan lupa tag kawan anda.
4. Tonton rancangan Balik Kampung Bersama Pensonic.
5. Jawab soalan mudah dan juga jangan lupa sertakan slogan sekali ya :-) Hantar melalui PM di FB Pensonic Malaysia. jawapan berserta gambar resit pembelian.

Alert: Peraduan dilanjutkan sehingga 8 Julai 2018 (sebelum ini tarikh 30 Jun 2018) dan episod terakhir adalah pada  2 Julai 2018.

Saya sendiri begitu teruja untuk menyertai peraduan yang menawarkan hadiah yang cukup lumayan ini. Jadi saya telah dapatkan ketuhar Pensonic AE-19NB dari Siri Batik. Apa yang menarik tentang ketuhar ini selain ianya boleh membantu saya membakar pelbagai jenis masakan dan biskut raya. Saya juga sangat tertarik dengan corak batik yang nampak begitu esklusif. Sebagai rakyat Malaysia, tentunya saya sangat berbangga dengan hasil seni seperti Batik apatah lagi ianya dipertengahkan menjadi salah satu dekorasi di peralatan elektrik dibawah jenama yang cukup istimewa di hati saya iaitu Pensonic 😍

Dari pandangan atas..

Dari pandangan sisi..

Butang yang sangat mudah difahami. Kita boleh tetapkan suhu, durasi dan gaya masakan samada api di bahagian atas, bawah atau di kedua-dua bahagian.

Saya jug asangat berminat dengan Periuk Nasi Pensonic dari Siri Batik ini juga. Dapat periuk ini, memang dah set lengkap batik barangan Pensonic di rumah saya, hehehe. Cantikkan.

Meh, saya kongsikan 2 resepi menarik yang boleh dicuba menggunakan Ketuhar Pensonic dari Siri Batik.

Kek Keju Blueberry
Bahan-bahannya: Krim keju, mentega lepa (buuter), biskut Digestive dan jem Blueberry.

Bahan lain : Telur (saya guna 2 biji) dan gula kastor.

Hancurkan biskut Digestive. Memandangkan saya menggunakan loyang kecil jadi saya guna hanya didalam 6 keping biskut sahaja.

Cairkan butter (dalam 100gram). Masukkan ke dalam adunan biskutyang telah ditumbuk halus.

Gaul rata butter dan biskut. Kedapkan rapat-rapat di bahagian lapisan bawah sekali di loyang. Simpan didalam peti sejuk seketika.

Masukkan krim keju..

Gula kastor..

dan telur di tempat pengadun.

Pukul semua bahan ini..

Sehingga sebati dan kembang...

Masukkan campuran keju didalam loyangyang sudah mempunyai biskut.

Tadaaaaaaaaaaaaaa! Ianya akan kelihatan seperti ini :-)

Bakar pada suhu 150c selama 20-45 minit (sehingga masak)

Siap masak dah! Hehehe

Sapukan jem Blueberry diatasnya.

Siap! Masukkan dalam peti sejuk. Kek ini kalau dinikmati dalam keadaan sejuk lebih sedao.

Boleh hiaskan dengan strawberi (jika mahu).

Memang sedap! Makan lepas terawih (moreh) ataupun jadikan sebagai manisan waktu berbuka.

Ayam Bakar Berlemon

Bahan yang diperlukan: Ayam (seekor), perahan lemon 2 biji, halia dan bawang (ditumbuk halus), lada hitam (tumbuk), sos tiram, minyak bijan, garam secukup rasa, madu (sedikit) dan olive oil.

Gaul semua bahan di ayam dan perap seketika.

Bakar suhu 180c-200c untuk tempoh 35-45 minit.

Sedap baq angggggg..


Hidangan ini makan panas-panas samada dengan nasi, roti ataupun kentang. Saya lebih suka meratah begitu sahaja :-)



Sebenarnya saya banyak belajar juga tau cara menyediakan hidangan yang enak-enak dan mudah menerusi rancangan Balik Kampung Bersama Pensonic ini. Pelbagai tips Chef Ismail kongsikan. Selain itu kita dapat juga mengenali sedikit sebanyak kehidupan selebiriti tempatan yang dijemput.

So, korang jangan lupa sertai ya, memandangkan peraduan ini telahpun dilanjutkan sehingga 8 Julai 2018!

Kiddomo Universe Taman Permainan Berteknologi Interaktif Satu Tarikan Baru Dalam Dunia Kanak-Kanak!

$
0
0
Kiddomo Universe merupakan taman tema 'indoor' pertama di Malaysia yang menawarkan pelbagai permainan  dengan konsep teknologi berinovatif yang membolehkan anak anda bermain dan bereksplorasi dalam dunia imaginasi mereka sendiri.

Apa yang menarik, permainan interaktif yang terdapat di Kiddomo Universe merangkumi semua jenis rangsangan deria yang ada dalam diri manusia. Sebagai contoh penglihatan, pengamatan, pendengaran, sentuhan dan pelbagai lagi.

Anak-anak sebenarnya dapat belajar banyak perkara melalui dunia permainan mereka. Memilih aktiviti permainan yang betul dapat membantu perkembangan pertumbuhan mereka sebagai kanak-kanak yang cergas dan ceria. 

Menyedari tentang kepentingan aktiviti bermain dalam kehidupan anak-anak, saya telah membawa mereka ke Kiddomo Universe di The Starling Mall untuk mereka bereksplorasi permainan menarik yang ada ditawarkan di sini.

Setiap kanak-kanak akan diberikan 'wristband' khas yang mana ianya diperlukan dalam setiap aktiviti yang bakal disertai disini.

Kemas dan luas. Ini adalah di kawasan aktiviti pertama untuk anak-anak. Ianya terletak begitu berdekatan dengan pintu masuk.

Di tempat aktiviti pertama iaitu "Selfie World". Tetapi sebelum itu kita perlulah mendaftarkan diri sebagai pemilik sementara 'wristband' yang digunakan.

Rakamkan gambar selfie menggunakan kamera yang disediakan dan seterusnya kita pilik karekter animasi yang kita gemari. Contoh penguin, naga, ahli bomba, doktor, wizard dan pelbagai lagi.

Ameer sendiri yang memilih untuk menjadi naga :-)

Di sini saya memberi peluang untuk Ameer untuk berani membuat keputusan tentang apa karektor yang beliau ingin jadi. Tiada paksaan dan Ameer sememangnya sangat teruja apabila melihat dirinya sebagai karektor dragon.

Nah! Hasilnya Ameer The Red Dragon muncul si skrin.

Dan lebih menarik, kita akan melihat wajah karektor yang mempunyai wajah kita berlegar di skrin di sini.

Art Box - Aktiviti yang melibatkan seni yang mana kita perlu menggunakan pemikiran yang kritis dan juga berimaginasi dengan melakukan editing pada gambar yang pernah dihasilkan oleh pelukis terkenal sepeti Picasso dan Leanardo Di Vinci,

Dino Discovery- Ini memang syurga permainan anak-anak saya terutamanya Ameer. Selain daripada dapat bermain bola dengan bebas, anak-anak juga boleh mencari 8 biji telur dinasour yang disembunyikan di sini.

Bukan main excited Ameer apabila dapat menemui sebiji telur dinasour di sini. Bagi Ameer sendiri ianya umpama satu 'kejayaan' yang bermakna kerana beliau begitu bersungguh-sungguh mencari telur dinosur di lautan bola yang begitu banyak di kawasan tersebut.

Letakkan telur dinosaur di bahagian tengah dan kita akan dapat tahu tentang pemilik telur tersebut iaitu salah satu spesis dinasour yang pernah wujud satu masa dulu.

Kegembiraan seorang anak :-) 

Untuk anak-anak yang masih kecil, terdapat ruang khas untuk mereka beraktiviti iaitu Baby Gym. Di Baby Gym ini disediakan pelbagai permainan yang sesuai untuk bayi mahupun anak-anak yang dibawah 4 tahun beraktiviti.

Ruang permainan yang agak sederhana luasnya. Namun lengkap dengan pelbagai permainan yang sesuai dengan aktiviti untuk anak-anak kecil. Saya juga sangat sukakan warna ceria yang dipertengahkan di ruang permainan ini kerana ianya benar-benar memberi mood yang ceria buat anak kecil.

Di satu sudut di ruang Baby Gym. Banyak betul lukisan cantik dan menarik di dinding untuk dijadikan lokasi si kecil ber-OOTD.

Salah satu sudut feveret saya. Di ruang kecil ini tesusun kemas buku dan kerusi khas untuk anak-anak untuk mereka bersantai sambil membaca. Salah satu cara menggalakkan anak-anak untuk minat membaca dengan membawanya ke tempat yang selesa dan banyak pilihan buku menarik untuk dibaca!


My Amani dan buku bernombor.

Ibu dan bapa juga boleh menghabiskan masa  berkualiti mereka di sini bersama anak-anak dengan membaca buku yang bersesuaian dengan tahap umur anak mereka. 

 
Dikenali sebagai Glass House, ruang yang membolehkan anak-anak ini duduk dan menonton rancangan kartun yang ditayangkan.

Di sini juga biasanya dijadikan ruang untuk majlis hari jadi, bengkel aktiviti dan sebagainya. Sekiranya kita berminat untuk sebarang aktiviti atau majlis kita boleh menyewa ruang ini yang didatangkan dengan pelbagai kemudahan dari pihak Kiddomo Universe.

Seterusnya kita ke Yume The Dream Zone.
Pelbagai permainan interaktif di sini. Antaranya seperti Magic Mirror dan pelbagai lagi. Seperti aktiviti yang dimain oleh Amani iaitu beliau menjadi naga dan perlu bergerak dengan pantas samada ke kiri dan kanan bagi mengutip makanan yang dipaparkan di skrin.


Aktiviti ini memerlukan anak-anak untuk berfikir dengan kritis dan membuat penyelesaian dalam setiap cabaran. 

 Antara aktiviti yang paling digemari oleh anak-anak iaitu Kara O Kid. Seumpama satu studio kecil yang membolehkan anak-anak berkaraoke dengan gembiranya. Pelbagai pilihan lagu kanak-kanak yang popular disediakan di sini. Aktiviti ini juga mampu mengurangkan stress ya, hehe.



 Pelbagai aksi anak yang sedang berkaraoke sempat saya rakamkan, hehehe :-)

Ini adalah Oceon Live yang mana hasil seni yang kita hasilkan dapat kita paparkan di skrin yang besar ini dan menjadi sebahagian hidupan di situ. 

Apa yang perlu dilakukan hanyalah mewarna dengan jelas gambar haiwan/objek yang kita inginkan. Seterusnya scan hasil seni yang dihasilkan dan ianya akan menjadi sebahagian daripada paparan di skrin. Memang unik!

Terdapat juga aktiviti merekabentuk hasil seni 3D disini.

 Semua peralatan dan alatan mewarna disediakan.

Interaktif 'Slide'.  Anak-anak lelaki saya sangat sukakan slide ini. Selain daripada efek pancaran lampu yang berwarna-warni mencantikkan pemandangan. Slide ini juga dikatakan sangat laju!!

Permainan Artistik - Sepertimana yang kita ketahui dunia kanak-kanak adalah bermain. Mereka akan belajar melalui bermain. Saya juga suka dedahkan permainan interaktif yang dapat merangsang skil permotoran seperti pergerakan tangan, kepantasan penglihatan dan kecenderungan berfikir sebelum bertindak.


Untuk aktiviti ini lebih kepada kekuatan fizikal. Seperti berbasikal mereka perlu mengayuh tetapi untuk permainan ini mereka perlu menggerakkan kaki ke depan dan ke belakang bagi membolehkan permainan ini bergerak.

Fasiliti asas yang disediakan di Kiddomo Universe antaranya seperti bilik air, bilik penyusuan, mini kafe dan juga rak kasut. 

Bilik air untuk lelaki, bilik penyusuan dan bilik air untuk perempuan.

Mini kafe yang menyediakan pelbagai jenis hidangan ringgan yang menggiurkan.

Ruang penyimpanan kasut yang agak luas.

Kiddomo Universe memang sangat mementingkan penjagaan kebersihan di kawasan premisnya. Disediakan hand sanitizer untuk pengunjung agar memastikan kebersihan sentiasa terjaga. Selain itu setiap pengunjung perlulah memakai stokin apabila berada dii dalam kawasan ini. *Stokin boleh dibawa sendiri daripada rumah ataupun dapatkannya di kaunter pendaftars.

Harga dan pakej yang ditawarkan, boleh rujuk pada gambar diatas. Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan boleh hubungi +6012- 7027969.


Anak-anak saya memang seronok berada di sini. Banyak aktiviti menarik yang kami lakukan bersama-sama. Kami dapat belajar, mengenali sesuatu yang baru yang menyeronokkan di taman permainan 'indoor' yang menawarkan pelbagai permainan interaktif yang menarik dan terbaik.

Boleh layari laman wed dan sosial media Kiddomo Universe untuk keterangan lanjut :

Jom ke Kiddomo Universe di The Starling Mall,
bersama bereksplorasi dunia imaginasi anak anda!

Guardian Menganjurkan Acara Berbuka Puasa dan Berbelanja Secara Percuma Buat Anak-Anak Istimewa Bersama 4 Personaliti Terkenal Malaysia

$
0
0

Bersempena dengan Kempen Hari-Hari Cun, Guardian Malaysia telah menganjurkan satu majlis iftar istimewa yang melibatkan 100 anak-anak dari Rumah Kebajikan terpilih bersama dengan personaliti terkenal tanah air seperti Emma Maembong, Mawar Rashid, Syada Amzah dan Aisha Liyana.


Anak-anak ini adalah daripada Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Cahaya Bistari di Batu Caves, Selangor dan Asrama Darul Falah (ASDAF) di Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur.


Selain daripda berbuka puasa bersama, anak-anak ini juga diberikan voucher RM100 setiap seorang untuk berbelanja di Guardian dan Giant bagi mendapatkan barang keperluan mereka. Memang kelihatan anak-anak ini begitu gembira kerana diberi peluang yang amat bermakna ini. Masing-masing begitu teruja kerana dapat memilih barangan keperluan yang diperlukan bersempena dengan kehadiran Aidilfitri tidak lama lagi.



Penolong Pengurus Perhubungan Awam dan Kerajaan Guardian Health and Beauty Sdn Bhd, Farahani Failul Rahman, yang mengetuai pasukan Guardian dalam menganjurkan acara tersebut di Pusat Latihan Kecemerlangan Dairy Farm di Bandar Kinrara berkata:

“Sebagai rakyat Malaysia, kami tahu bahawa Ramadan adalah bulan yang mulia dimana menjaga kebajikan dan membantu golongan yang kurang bernasib baik adalah amat digalakkan. Dan setiap tahun, dengan semangat memberi dan berkongsi, Guardian Malaysia akan memainkan peranan kami dalam memberi sumbangan dan membawa kegembiraan kepada mereka yang memerlukan.

“Ramadan ini, Guardian Malaysia telah memutuskan untuk memberikan pengalaman dan kenangan membeli-belah yang cukup istimewa kepada kanak-kanak dari dua buah rumah kebajikan ini.”




Malam yang cukup manis buat anak-anak ini apabila dapat mengenali secara dekat empat personaliti
terkenal (Emma Maembong, Mawar Rashid, Syada Amzah dan Aisha Liyana) yang mewakili kempen Hari-Hari Cun Guardian Malaysia. Mereka dapat berbuka puasa sama-sama dan juga anak-anak ini juga dapat merasai sendiri pengalaman membeli belah di Guardian dan Giant serta diberi juga tips bagaimana berbelanja melalui tawaran-tawaran hebat yang terdapat di Guardian semestinya.

Petron Gasul Jaguh Masak | Saya Adalah Antara Pemenangnya

$
0
0
Amani yang mula agak mal-malu bila berjumpa dengan Chef Dato. Dr. Fazley.

Lama dah sebenarnya kisah shooting bersama Petron ni. Heheheh. Al-kisahnya saya menang satu peraduan anjuran Petron. Cara penyertaan sangat mudah, hanay muatnaik gambar masakan yang dimasak ke sosial media dengan hashtag tertentu dan perlu juga tag pada Petron.

Kebetulan memang saya masak setiap hari so apa yang perlu buat hanyalah ambil gambar yang dimasak dan kongsikan sahaja, heheeh.

Call time rasanya tengahari. Saya pun dah tak ingat pukul berapa, hehehe. Tapi alhamdulillah proses shooting ambil masa tidaklah terlalu lama. Biarpun 2 hidangan yang dimasak. Mungkin sebab team produksi memang dah merancang sebaiknya. Selain daripada kerjasama dari Chef yang sangat tip top, biarpun beliau sangat sibuk pada hari tersebut.

Kebetulan juga Dedet dan beberapa orang anak tak ada sebab balik Kelantan. Kena hantar Mak Tok dan Pak Usu balik sana (3 minggu sebelum tu dedet, anaqi, pak su dan maktok pergi umrah). Mujur ada Yara peneman setia sepanjang shooting berlangsung.

                         
 Antara bahan yang digunakan dalam masakan. Saya memang excited sebab ada satu resepi adalah pemanis mulut dari Perancis (rasanya) yang memang dah lama saya nak belajar cara penyediaannya.

 Walaupun ada guide dari skrip yang disediakan tapi sepanjang proses 'shooting' memang ada banyak juga part-part yang spontan.  Lebih aksi neutrel katanya hehehehe

 Tengok chef ni masak semuanya nampak senang dan ringkas. Banyak juga tips yang diberikan terutama dalam penyediaan amsakan.Salah satunya adalah berkaitan dengan api gas masakan yang digunakan. Seperti Petron Gasul ianya memang menggunakan api biru yang lebih panas dan sekata dalam memasak. Selain itu ianya dikatakan lebih menjimatkan.

 Ini adalah scene last. Makan time, heheheheeh. Banyak juga saya borakkan bersama Chef. Antara yang  dikongsikan seperti kisah-kisah beliau serta isteri dan perniagaannya, memang memberi inspirasi!

Antara 2 masakan yang sempat disediakan...

 Daging salai masak lemak cili api. Memang pedas meletop-letop punya. Sedap giler.

Ini feveret saya. Sedap hoiii. Kaedah dia macam buat pavlova cuma dia tak bakar tapi ianya dimasak dalam susu. Inilah dessert famous dari Perancis (errk ke Paris, lupa dah huhuhu)


Inilah videonya,,jemputtonton ya..heheheh

Selain daripada kehadiran chef datang ke rumah dan masak. Saya juga dapat hadiah kuali SHOGUN.

Best giler dapat kuali dari jenama feveret, heheheeh

Tq Petron Gasul.. antara hadiah yang best pernah saya menangi dalam hidup :-)

Siri Bacaan Terbaru dari Scholastic | Melowy

$
0
0
Agak lama saya tak update tentang buku terbaru yang my Amani sedang membaca. Terkini Amani sedang membaca buku dari siri Melowy dari Scholastic. Apa yangt menarik tentang buku ini ialah jalan ceritanya agak 'fresh' lain daripada yang lain sepertimana buku yang sedia ada di pasaran.

Mempunyai 4 cerita dalam siri ini yang mana kita boleh dapatkan dari toko-toko buku mahupun dari Scholastic terus. Melowy adalah berkisarkan sekolah'Castle of Destiny'yang menempatkan pelajar-pelajar yang istimewa iaitu 'Melowies' - pengasus yang dilahirkan bersama simbol di sayap mereka dan masing-masing mempunyai kuasa ajaibnya sendiri.


Ada 5 watak utama dalam kumpulan 'Melowies' ini iaitu Cleo, Electra, Spring, Winter dan Selena. Masing-masing ada personaliti dan kuasa ajaib yang tersendiri.

Pelbagai adventur yang mereka berlima hadapi yang mana setiap kisah mempunyai moral yang boleh kita pelajari. Antaranya bersangka baik, berbudi, setia kawan, jangan putus asa dan pelbagai lagi.

 Penggunaan kosa kata Inggerisnya sangat mudah dan senang difahami. Kualiti kertas buku dan grafik juga datangnya sangat menarik. Paling penting gaya penceritaannya tidak membosankan.


 Dan my Amani memang sangat sukakan buku ini. Beliau memang banyak menghabiskan masa senggangnya dengan membaca buku dari Siri Melowy ini. Pembelian yang sangat berbaloi!

Sekarang ini ada promosi. Untuk temph terhad, dengan setiap pembelian 4 buku dari siri Melowy ini akan diberikan tumbler edisi khas Melowy ini secara PERCUMA.

Bekasnya cantik dan kedap udara! Paling best ianya adalah esklusif yang mana kita tidak boleh mendapatkannya di pasaran melainkan dengan pembelian buku dari siri Melowy (itupun bilangannya terhad!).

So, korang memang saya sangat rekomenkan siri buku Melowy dari Scholastic ini. Jangan lupa dapatkannya sekarang di pasaran :-)

Ziarah Antara Aktivti Yang Seronok Ketika Menyambut Aidilfitri | Jom Ke Rumah Terbuka MKH Berhad Ada Banyak Hidangan Tradisi Menanti

$
0
0

Perkara yang menjadi kemestian saya setiap kali di Aidilfitri adalah seperti:-

✅ Melaram baju baru dan berOOTD
✅ Bersalaman saling meminta kemaafan
✅ Memasak makanan wajib seperti rendang dan ketupat (wajib ada)
✅ Ziarah saudara mara dan rakan-rakan

Paling happy di pagi Aidilfitri, kita akan beria pakai baju baru  dan berOOTD.

Saling bermaafan dan kalau dapat duit raya bertambah keseronokan :-)

Juadah wajib dimasak untuk santapan di Aidilfitri... rendang!!!


Namun antara 4 aktiviti di Aildilfitri ini, acara saling berkunjung antara yang paling saya sukai. Selain dapat menjamu tetamu dengan juadah yang biasanya dimasak sendiri, kata orang tua-tua kehadiran tetamu ke rumah sebenarnya juga dapat membuka rezeki yang baik-baik. 

Oleh yang demikian tidak hairanlah kenapa saya begitu mengambil berat dalam keputusan untuk membeli rumah. Antara perkara yang memang saya pertimbangkan adalah lokasi, jenis pemilikan rumah, jenis kediaman (teres, kondo dan sebagainya), nilaian beli (harga yang dijangkakan pada masa akan datang), pemaju dan syarikat jualan serta banyak lagi. 


Menyebut tentang pemaju memang adalah kriteria yang penting sebelum membuat keputusan membeli rumah. Ini terutama kita perlu lihat daripada sejarah projek pembinaan rumah yang pernah dilaksanakan sebelum ini (track record).

Dan antara pemaju yang memang saya percaya perkhimatan terbaiknya ialah MKH (Metro Kajang Holdings) Berhad. Sebuah syarikat pemaju elit yang sememangnya telah 36 tahun mencipta kecemerlangannya dalam industeri ini. Paling menarik, pelbagai anugerah yang telah diraih sepanjang tempoh itu. Antara projek perumahan MKH Berhad meliputi di kawasan Damansara, Bangsar, Mont Kiara, Shah Alam, Cheras, Petaling Jaya dan beberapa kawasan strategik di Kuala Lumpur.



Untuk pengetahuan semua terutama yang sedang mencari-cari (survey) untuk membeli rumah,  MKH Berhad kini telah mengadakan Kempen Jualan Raya. Terdapat pelbagai hadiah yang ditawarkan termasuklah menerusi Cabutan Bertuah* (Facebook Live Coverage).

Antara hadiah yang lumayan ditawarkan seperti :-
  • Harley Electric Scooter @ RM2000 x 5 
  • LED TV 40’ @ RM2000 x 3 
  • GoPro Hero5 Black @ RM1100 x 5 
  • HuaWei P10 Lite @ RM900 x 5 
  • Garmin Watch @ RM1000 x 5
 *Ini adalah untuk pembelian bermula 1 Jun sehingga 31 Julai 2018) 

Terdapat juga rebat khas sempena Promosi bulan Raya ini tau! Iaitu diskaun sebanyak 2% daripada harga SPA (tidak termasuk harga projek istimewa ya!).

So, kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai kediaman yang ditawarkan oleh MKH Berhad jemputlah datang ke rumah terbuka anjuran MKH Berhad. Alang-alang berjalan, jom beraya di Rumah Terbuka MKH Berhad :-)

Terdapat 3 lokasi iaitu :-

MKH's Salam Aidilfitri Open House (Hillpark Shah Alam North)

MKH's Salam Aidilfitri Open House (Old Klang Road)

MKH's Salam Aidilfitri Open House (Kajang)


Pelbagai juadah enak disediakan terutama hidangan tradisi melayu seperti Lemang, Rendang, Ketupat, Kuah Kacang, Ayam Goreng Berempah, Satay, Kurma dan pelbagai lagi. Selain itu terdapat juga Kambing Bakar, Biskut Raya, ais krim dan air jus buah detoks. Nyum nyum nyum

Keterangan lanjut boleh layari :-)
https://www.facebook.com/mkhbhd/


Jom korang ke rumah terbuka MKH Berhad...

Berurusan Dengan Portal GDEX Untuk Penghantaran Yang Lebih Efisien

$
0
0
Saya pasti ramai dikalangan kita yang memang sentiasa ada menggunakan sistem perkhidmatan penghantaran dan pengeposan surat dan barangan samada didalam mahupun luar negara. Biasanya sebagai pelanggan kita mahukan perkhidmatan yang disediakan itu mudah, pantas dan selamat.


Dan syarikat penghantar GDEX adalah antara syarikat yang telah menaikkan mutu servis mereka. Di mana kita boleh membuat pesanan penghantaran bahkan membuat semakan pengeposan melalui portal https://my.gdexpress.com/. Didatangkan juga dengan skim e-wallet e-Wallet  dan diberikan harga istimewa untuk ahli GDEX tau!

Memang mudah dan menjimatkan masa. Apatah lagi 'portal' ini memang mesra pengguna. Terdapat banyak promosi yang sentiasa dikemaskini boleh kita dapatkan dari laman poratl ini tau!

Mula-mula perlu daftarkan maklumat diri terlebih dahulu (sebagai pelanggan). Boleh rujuk tutorial di sini https://my.gdexpress.com/memberTutorial

Kita akan melihat butiran diri kita di dashboard. Dengan menu-menu yang mudah difahami senang kita eksplorasi portal ini.

Lihat sahaja pemilihan seperti menu di bawah.




Bestkan! Kita boleh pilih servis penghantaran yang dikehendaki. Ianya mengikut tarikh dan jenis kenderaan penghantaran pun kita boleh pilih. Jadi penerima boleh 'standby' menunggu kehadiran barangan mereka. Menarik bukan?



Dengan adanya sistem seperti GDEX ini membolehkan penghantar dan penerima surat serta barangan merangka sendiri rangkaian perjalanan peneposan serta penerimaan barang dan surat mereka.


Kesimpulannya, barangan anda akan dihantar dengan selamat dan mudah serta penerima pasti berasa gembira menerimanya dengan servis yang efisien dari GDEX:-)

Jom Sertai Peraduan POKKA Rasa Raya

$
0
0
Hai korang!! Lama dah tak bersiarankan, hehehe. Mesti banyak jemputan rumah terbuka Aidilfitri tahun ini yang korang kena hadiri. Ataupun mungkin korang sendiri juga berkeinginan untuk menjemput saudara mara mahupun rakan taulan ke rumah sendiri. Nak lagi meriah dan lagi best rumah terbuka ditaja? 

Jom korang sertai Peraduan POKKA Rasa Raya 😊

Ada caranya. Mudah sahaja. Pergi mana-mana pasaraya besar (seperti AEON, Giant Aeon Big, Mydin dan lain-lain). Beli produk POKKA dari siri ternusu (milk) seperti Melon Milk, Banana Milk dan Mango Milk dalam satu resit dengan nilaian min RM 10.


Reka satu resepi menggunakan produk POKKA tersebut. Jangan lupa untuk ambil gambar dan video langkah2 cara penyediaan resepi. Hantarkan gambar/video korang menerusi POKKA FB Messenger.

Dan korang berpeluang memenangi hadia hhebat seperti:-
GRAND PRIZE: Rumah terbuka + pakej katering RM10,000
Hadiah saguhati x 3: RM200 cash + POKKA hamper + 1 bulan stok minuman POKKA
Hadiah mingguan x 20: RM100 voucher membeli-belah + 1 bulan stok minuman POKKA
Resepi ini adalah ilham daripada Dedet - Ayam Bakar  Pokka Susu Mangga dan Lemon, taruhan untuk Peraduan Pokka Rasa Raya.

 Bahan yang diperlukan:

  • Ayam seekor
  • 1 cawan Pokka Mango Milk
  • Lemon (seperuh- diperah jusnya)
  • Kentang (potong 6)
  • Buah Mangga (Isi dipotong dadu)
  • Bawang putih (2 labu, tumbuk halus)
  • Mentega (sedikit)
  • Lada hitam (sedikit)
  • Garam (secukup rasa)


 Ayam dibersihkan, dan disiat-siat sedikit di bahagian atas. Ini bagi memastikan ayam cepat masak dan ianya salah satu teknik untuk penyerapan bahan perap secara menyeluruh pada ayam.

 Campurkan semua bahan - bawang pitih. lada hitam, garam dan perahan jus lemon.

Ramuan paling penting Pokka Susu Mangga (dalam 1 cawan)

 Masukkan isi mangga. Gaul rata.

 Perapkan ayam dan kentang bersama bahan perapan yang disediakan. Biarkan dalam 15 minit (lagi lama lebih baik).

Saya sapukan sedikit mentega di bahagian atas ayam dan juga di dulang pembakar. Ini bagi mengelakkan ayam terlekat pada dulang dan juga untuk menghasilkan keranggupan di bahagian atas kulit ayam. Kemudian bakar pada suhu 200c selama 40 minit.

Tadaaaaaaaaaaaa....Siap....


Ayam Bakar Pokka Susu Mangga dan Lemon.

 Siri ternusu Pokka yang korang boleh dapatkan di pasaran! Semua sedap-sedap, hiks

Jejomsss korang sertai peraduan ini, siapa menang tajaan rumah terbuka jangan lupa jemput kita tawwwww

#PokkaMy #PokkaRaya #PokkaMelonMilk#PokkaBananaMilk #PokkaFBContest

Workshop Memasak Amani bersama #Barbie

$
0
0
My Amani memang suka 'baking'. Seorang anak yang memang sukakan kek dan biskut memang sentiasa teruja untuk menghadiri kelas yang membolehkan beliau belajar memasak. Jadi apabila Barbie Malaysia mengajurkan satu peraduan yang mana hadiahnya merupakan kelas memasak Barbie, memang saya tidak melepaskan peluang untuk menyertainya.

Tapi disaat akhir, saya kena hadiri satu perbincangan agak penting juga pada tarikh dan masa bengkel masakan yang disertai Amani. Mujur ada Mima Sha (my sis) yang 'free' pada masa kejadian dan beliau yang temankan Amani. Thank you Mima!!

Ruang masak yang luas dan selesa.

My Amani dan feveret permainan sejak dulu lagi- Barbie. Sebenarnya di rumah memang Amani ada koleksi patung Barbie dan agak banyak juga. Ianya juga dari koleksi Yana semasa kecil dan kini diteruskan dengan koleksi untuk Amani.

Berada di sini seperti 'syurga' buat Amani. Hehhehe. Dikelilingi barangan Barbie!

Minum pagi bersama-sama kesayangan :-)

Pihak Mattel Malaysia yang mengalukan kedatangan semua peserta ke Bengkel Masakan bersama #Barbie.

Antara hidangan yang perlu disediakan oleh ibu dan peserta kanak-kanak. Best! Buat pavlova, my feveret dessert ni.

Resepi disediakan. Dan peserta hanya mengikut langkah-langkah kaedah cara penyediaannya.

Paling seronok apabila kita dapat lihat anak-anak yang bersungguh-sungguh mengikut arahan dalam penyediaan hidangan. Lihat sahaja 'My little chef' Amani yang begitu teruja sepanjang bengkel memasak bersama #Barbie berlangsung. Pelbagai aksi Amani sempat dirakamkan dan saya ada kongsikan di entri ini.

Mengenali bahan-bahan yang digunakan untuk membuat dessert pavlova..

Menariknya tentang aktiviti seperti ini ianya mengajar anak untuk lebih berdikari dan juga berkongsi melakukan kerja bersama-sama rakan pasukan yang lain.

Selain itu, menerusi bengkel ini juga kita boleh mendidik anak-anak untuk patuh dan mengikut arahan yang diberikan.

Bersungguh-sungguh para peserta ini membaca kaedah yang perlu diikuti untuk menghasilkan pavlova. Di sini kita dapat lihat semangat dan kesungguhan yang ada dalam diri anak-anak untuk menghasilkan sesuatu atas usaha sendiri memang ketara.

Paling penting ianya juga mengajar anak kita untuk lebih bersabar dalam setiap pekerjaan/aktiviti yang dilakukan.

Siap dah pavlova...

Di bengkel ini juga Amani dapat kenal kawan baru. Kenalkan ini Aira anak Encik Aziz M. Osman, sutradara (pelakon, pengarah dan penerbit) di Malaysia yang cukup popular di Malaysia.

Salah seorang peserta yang hadir bersama ayahnya. Comelnya.....

Cantiknya bila tengok set meja Barbie yang tersusun kemas di sini. How I wish to have this for my Amani, huhuhu.

Selain Aira, pelakon Dynas dan anaknya juga ada menyertai sama. Memang meriah!

Suasana sepanjang bengkel berlangsung. Nampak sangat comel apabila ibu dan anak sedondon memakai apron dan topi chef #Barbie.

Tada!!!!!!!!!!!! Pavlova dari Amani dan Mima Cha :-) Nampak sedapkan, hehehe.

Goodies untuk semua peserta bengkel iaitu Barbie Pizza Chef Playset (RM149.90), Barbie Accessories Asst (RM12.90) dan voucher photobook Barbie.

Aira dan ibunya...

Amani memang 'happy' sangat. Dengan menyertai bengkel ini Amani bukan hanya dapat barangan Barbie yang super cute ini sahaja bahkan proses pembelajaran dan aktiviti yang disediakan sepanjang bengkel memang benar-benar memberi keseronokan buat Amani. Siap pesan lagi dengan saya, "mummy kalau ada bengkel #Barbie lagi, Amani nak join lagi tau, please"...Heheh. Amani dan #Barbie memang tak boleh dipisahkan. Comel!

Untuk sebarang aktiviti dan info terkini mengenai produk #Barbie boleh layari:-

#Youcanbeachef
#youcanbeanything

DOMINO'S HOTTEST KOREAN SENSATION DENGAN SSAMJEONG PRAWN PIZZA

$
0
0
Annasayeoooo

Ada peminat pizza di sini???
Mari saya berkongsi satu kehebatan pizza terbaru dari Dominos :-)

 Shamsul Amree, Pengurus Besar Kanan, Operasi,Domino’s Pizza Malaysia & Singapore
" Kami menerima respon yang sangat baik dari pelanggan dan terutama sekali peminat makanan Korea untuk pelancaran edisi Ssamjeong Ayam, Daging dan Tuna. Kini kami memperkenalkan SSamjeong pizza Udang terbaru dan kami percaya dengan penambahan ini akan memberikan satu kombinasi pelbagai rasa dan tekstur yang lazat. Sempena bulan Ramadhan dan Hari Raya adalah masa untuk kita berkumpul bersama keluarga dan rakan-rakan sambil menikmati pizza kegemaran anda. Kami juga menawarkan tawaran hebat sempena musim perayaan dan berharap para pelanggan kami akan dapat menikmati pizza Ssamjeong Udang ini."


Korang kena rasa kehebatan Pizza Ssamyeong yang manis dan pedas memang kaw-kaw dengan selera terutama pada mereka yang sukakan masakan pedas. Apatah dengan kombinasi udang dan juga herba dan rempah-rempah Itali serta rumpai laut. Kehadiran umami serta taburan tomato ceri segar, lada hijau dan taburan bijan yang dipanggang menjadikan ianya pizza yang cukup sempurna. Selain daripada hidangan pizza, sos Ssamjeong juga boleh dinikmati bersama dengan  ayam-Haseyo (Chicken Wings).



Ada tawaran best untuk korang tau. Bermula 4 Jun hingga 1 Julai 2018 para pelanggan Domino's boleh mendapatkan 2 combo iaitu Ssamjeong Buddy Combo dan Ssamjeong Super Combo.

Ssamjeong Buddy Combo @ RM 37.65 (GST zero)
1 x Ssamyeong Pizza Udang (regular)
1 x Ayam-Haseyo
1 x Garlic Twisted Bread
2 x can soft drink

Ssamjeong Super Combo @ RM 56.51 (GST zero)
2 x Ssamyeong Pizza Udang (regular)
1 x Ayam-Haseyo
1 x Cheesy Mozzarella/Cheddar Stix
1 x 1.5L soft drink

Jangan lepaskan pelaung untuk dapatkan combo tebaik dari Domino's di semua outlet berhampiran atau boleh je tempah secara online dihttp://www.dominos.com.my/ atau hubungi 1300-888-333.


Untuk tahu lagi tentang promosi yang ditawarkan boleh klik http://www.dominos.com.my/

jom order pizza dominos!

Kidzania SportZ Bersempena Dengan Musim Demam Bola

$
0
0
Kaiii Mummy semua! 

Saya pasti ada antara anak kita yang memang cukup gemarkan sukan bola sepak. Seperti saya yang mempunayi 4 orang anak lelaki memang ke semuanya begitu minay dengan sukan ini. Dan saya sebenarnya sangat menyokong aktiviti seperti ini yang sangat baik dalam membantu mengekalkan kecergasan badan serta kecerdasan fikiran. Dan anak-anak lelaki saya memang telah menyertai beberapa siri kem bola sepak yang dianjurkan sekitar Lembah Klang.

Oha ya! Berbicara tentang bola sepak untuk pengetahuan mummy semua bersempena dengan acara bola sepak terbesar dunia yang sedang berlangsung iaitu  "World Cup", KidZania Kuala Lumpur telah menganjurkan aktiviti istimewa khas untuk meraikan pesta ini bersama peminat bola sepak cilik di Malaysia!


Aktiviti Kidzania SportZ 2018 ini berlangsung dari 9 Jun hingga 8 Julai 2018. Pelbagai aktiviti menarik yang disediakan termasuklah sesi futsal, “foosball” dan permainan yang disukai ramai iaitu Subbuteo. Selain itu terdapat juga penampilan istimewa daripada Pasukan Bola Sepak Orang Buta Malaysia serta bengkel bola sepak eksklusif oleh pasukan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Apa yang menarik, anak-anak dan seisi keluarga juga boleh mempelajari serta mengenal lebih lanjut tentang Bola Sepak Orang ButaKita berpeluang untuk mencuba nasib menjaringkan gol dengan mata ditutup dalam satu sesi perlawanan khas bersama Pasukan Bola Sepak Orang Buta Malaysia. Bukan itu saja, anak-anaj juga berpeluang menjalani latihan bersama pakar bola sepak daripada  FAM dalam satu bengkel eksklusif. Bestkan!!!

“Memandangkan kehangatan bola sepak sudah semakin dirasai, kami yakin ini adalah masa yang paling sesuai untuk menanam minat aktif bersukan dalam diri kanak-kanak. Sukan bukan sahaja satu aktiviti masa lapang yang menyihatkan, malah ia dapat meningkatkan daya koordinasi, meningkatkan keyakinan diri dan memupuk kemahiran sosial. Permainan juga dapat mengajar kanak-kanak tentang nilai bertolak ansur serta kerjasama. Kesemua nilai ini adalah aspek yang penting apabila sudah dewasa kelak dan kami berbangga dapat menganjurkan ‘KidZania SportZ’ buat kedua kalinya dan terus menggalakkan kanak-kanak untuk “Learn Life Today.”
kata Shahrul Nizar Ahmad, Datuk Bandar KidZania Kuala Lumpur. 


Antara aktiviti bertemakan bola sepak yang akan diadakan di KidZania SportZ 2018:

● Futsal: Latih skil menggelecek dalam perlawanan 2V2, atau cuba jaringkan gol dengan mata ditutup!


● Foosball: Permainan yang menguji koordinasi tangan dan mata ini sesuai untuk semua peringkat umur!
● Subbuteo: Peserta boleh mencuba sendiri permainan meja yang digilai ramai ini!

● Permainan Video Bola Sepak: Permainan maya yang akan membuatkan pemain berasa seperti berada di atas padang!





“Kami berbesar hati dapat memberikan sokongan dan menggalakkan minat kanak-kanak dalam sukan bola sepak menerusi program yang dianjurkan KidZania SportZ ini. Inisiatif seperti ini dapat meningkatkan lagi penghargaan orang awam terhadap bola sepak dan memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk mula bermain bola sepak. Kejayaan dalam bola sepak bermula dari Akar Umbi.” kata YBhg Dato' Hamidin bin Hj Mohd Amin, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).


Sunny Shalesh, Jurulatih Persatuan Bola Sepak Orang Buta Malaysia pula menambah,“Ini peluang terbaik kami untuk mendidik kanak-kanak tentang betapa pentingnya untuk mengharungi segala cabaran yang mendatang dengan positif, sepertimana orang buta mengharungi hidup mereka. Pasukan kami mempunyai kecekalan yang tinggi dan kami berharap dapat memberi inspirasi kepada kanak-kanak tersebut.”

KidZania SportZ 2018 turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik lain untuk disertai seisi keluarga, antaranya, sukan berbasikal, ping pong, aktiviti robot, memanah dan juga papan luncur jari!

Datanglah beramai-ramai ke KidZania SportZ 2018, dari 9 Jun hingga 8 Julai 2018! Tempah tiket secara dalam talian dan dapatkan diskaun 20% untuk tiket masuk dengan kod promo. Berbaloi-baloi.

KidZania SportZ 2018 disokong oleh Pasukan Bola Sepak Orang Buta Malaysia, Persatuan Bola Sepak Malaysia, Decathlon, Spritzer, Arrouha Archery Malaysia dan The Positibo Fingerboard.

Untuk maklumat lanjut berkenaan aktiviti dan acara di KidZania Kuala Lumpur, layari www.kidzania.com.my atau www.facebook.com/KidZaniaKualaLumpur, atau hubungi Khidmat Pelanggan KidZania di 1300 88 KIDZ (5439) dari 9 pagi hingga 6 malam, Isnin hingga Ahad.

Jom korang bawa anak-anak ke sini :-)

Kiosk Air Minuman Feveret |Mon Chaang Thai Tea by Chapayom

$
0
0
Nak kenalkan pada korang, kedai minuman feveret yang kitaorang mesti singgah setiap kali ke Sunway Piramid. Ianya terletak berhadapan dengan AEON Supermarket (LG) berdekatan dengan Concourse Orange.

Yang bestnya air minuman di sini adalah resepi original dari negeri Thailand. Terutama Thai Milk Red Tea, Thai Milk Green Tea, Thai Milk Rose Tea, Thai Milk Tea & Coffee dan Thai Lime Red Tea memang antara minuman yang terlaris jual di sini.

Dan rupanya franchais Mon Chaang ini juga telah menerima Anugerah pada tahun 2017 di Thailand iaitu "Thailand People's Choice"

Dan terdapat juga yang dijual dalam bentuk set - samada minuman panas, jus ataupun belended bersama dengan 1 snek Thai yang istimewa.

Snek Thai yang ditawarkan di sini semua HALAL dan ianya berasaskan daripada hidupan laut seperti ikan, udang dan sotong. Memang sedap dan agak 'rare'.

Ada ais krim juga tau. Tapi saya tak sempat lagi mencuba sebab hari tu bz memborong air, hehehe

Dan saya telah order 5 minuman best Mon Chaang iaitu dari kiri Thai Milk Red Tea, Thai Lime Red Tea, Thai Milk Green Tea, Thai Milk Tea & Coffee dan Thai Milk Rose Tea.

Serius memang sedap. Terutama tentang kepekatan teh dan aromanya yang cukup memikat jiwa. 5 jenis minuman yang saya cuba semua sedap. Tapi Thai Milk Red Tea dan Thai Lime Red Tea menjadi kesukaan saya yang utama.



Menikmati air minuman Mon Chaang dikala waktu panas lagi best. Dapat menghilangkan dahaga dan juga boleh menyejukkan badan.


 Thorbaek!

CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER hadir dalam aroma Perky Peach Fruity Burst

$
0
0

Kehidupan anak-anak memang aktif. Tidak nafikan setiap kali selepas anak-anak bermain di luar atau pulang dari sekolah kita akan dapati kulit kepala dan rambut yang berpeluh anak akan mengeluarkan bau yang cukup tidak enak (kepam) Dan baunya menjadi lebih teruk apabila kulit kepala anak kita berminyak dan berpeluh.

Satu-satunya cara untuk menghilangkan bau yang tidak menyenangkan ini adalah dengan memastikan anak anda mencuci rambutnya selepas waktu sekolah, atau bermain di luar. Mengekalkan kebersihan rambut akan dapat mengurangkan risiko jangkitan kulit kepala selain memastikan mereka berbau segar.

Penting bagi ibu bapa untuk mengetahui bahawa syampu dewasa tidak digalakkan untuk kanak-kanak. Penggunaan syampu dewasa pada kanak-kanak akan menyebabkan masalah kulit kepala dan rambut terutama bagi kanak-kanak berumur antara 6-12 tahun. Disebabkan kulit kepala dan rambut kanak-kanak yang halus amat sensitif, maka cara yang terbaik adalah menggunakan syampu yang dirumus khas agar rambut dan kulit kepala yang sihat dapat dikekalkan.


Memahami keperluan kanak-kanak terhadap produk yang lembut dan selesa pada kulit, CARRIE JUNIOR memperkenalkan CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER. Ianya adalah syampu yang selamat digunakan setiap hari dan memberikan haruman pada rambut sepanjang hari. Dirumus khas bagi menghilangkan bau yang tidak menyenangkan secara berkesan, tanpa mendatangkan kesan buruk pada rambut dan kulit kepala. Dengan aroma buah-buahan yang berkekalan selama 24 jam, si manja pasti kekal segar dan berbau wangi walaupun setelah seharian bermain dan berseronok di luar kediaman. Diperkaya dengan minyak zaitun, produk ini dapat menyuburkan dan melembutkan rambut agar mudah diurus dan disikat.

CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER hadir dalam aroma Perky Peach Fruity Burst yang menyenangkan serta mempunyai pH seimbang, lembut dan tidak menghakis untuk kegunaan seharian. CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER boleh didapati dalam dua saiz, iaitu pek 280g yang dijual pada harga RM10.10* di Semenanjung Malaysia dan RM 10.60* di Sabah &Sarawak.

Manakala CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER bersaiz 700g dijual pada harga RM20.70* di Semenanjung Malaysia dan RM 21.70* di Sabah & Sarawak. Produk CARRIE JUNIOR boleh didapati di kedai runcit, pasaraya, pasaraya besar dan farmasi utama seluruh negara.

Jadi kita tidak akan ada masalah untuk memeluk anak-anak selepas bermain walaupun berpeluh ini kerana bau rambutnya masih kekal segar dan berbau aroma buah buahan sepanjang hari!
*Harga tertakluk kepada perubahan berdasarkan cukai yang akan diumumkan oleh Kerajaan

KEKALKAN BIBIR YANG SIHAT DENGAN LIP PURE

$
0
0
Jika anda mahukan yang terbaik untuk bibir, pilihlah salap bibir yang diperbuat daripada bahan yang terbaik dan asli agar bibir anda dapat menyerap hanya nutrient terbaik untuk mengekalkan seulas bibir sihat. Memperkenalkan Mentholatum Lip Pure, salap bibir yang pasti disukai bibir kerana ia dirumuskan dengan bahan utama semula jadi untuk mengekalkan lembapan pada bibir sepanjang hari.

Mengandungi bahan gred makanan berkualiti tertinggi yang telah diperolehi secara global seperti Beeswax, Jeli Royal dan Minyak Manuka daripada lebah madu, Lip Pure telah dirumuskan dengan:

· Shea Butter dan Avokado dari Amerika
· Badam dari Sepanyol
· Macadamia dari Australia
· Minyak Argan dari Morocco

Bahan-bahan utama ini kaya dengan Asid Lemak, yang secara semula jadi melembapkan bibir. Avocado, yang kaya dengan Vitamin A, D, E dan Shea Butter telah terbukti dapat menggalakkan penghasilan Kolagen semula jadi, yang dapat membantu bibir untuk tetap kelihatan muda, lembut dan mungil. Tambahan kepada itu, Beeswax, Jeli Royal dan Minyak Manuka daripada lebah madu digunakan untuk mengunci kelembapan dan memberikan penghidratan yang berpanjangan untuk bibir yang lembut serta licin sepanjang hari.

Kepekatan tinggi bahan-bahan semula jadi dalam formula ini membolehkan mereka yang mempunyai kulit sensitif untuk menikmati salap bibir Lip Pure. Manfaat setiap bahan diserap jauh ke dalam kulit bibir yang halus dengan hanya seoles. Pakai ia sahaja untuk gaya semula jadi atau sebelum gincu kegemaran untuk menjaga bibir anda daripada kering dan merekah. Tidak kira apa keadaan, Lip Pure memberikan anda kelembapan yang diperlukan untuk memastikan bibir anda lembut, licin dan dicemburui.



Lip Pure boleh didapatkan dalam 2 varian; Mentholatum Lip Pure Botanical Oil dan Mentholatum Lip Pure Fragrance Free di farmasi-farmasi utama seluruh Malaysia pada harga RM18.50.

Viewing all 2935 articles
Browse latest View live