Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all 2935 articles
Browse latest View live

"River Of Life" (ROL) Kuala Lumpur Yang Mempersonakan

$
0
0

Gambar dari Google

Kecantikan sungai di betul-betul tengah bandar Kuala Lumpur di waktu malam benar-benar mempersonakan. Terletak begitu hampir dengan Masjid Jamek yang merupakan antara bangunan lama yang mempunyai nilai estetikanya yang tersendiri.

Gambar dari Google

Projek Sungai Nadi Kehidupan atau River of Life (RoL) dengan keunikan kolam biru yang begitu terang cahayanya di waktu malam menarik minat pelancong luar negara. Bahkan tidak menafikan masyarakat tempatan turut berbangga dengan kecantikan sungai ini yang boleh lihat dengan jelas di waktu malam. 

Untuk pengetahuan semua, projek Rivel of LIfe (ROL) ini telah dirasmikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak pada 28 Ogos 2017.


Gambar dari Google

River of Life (ROL) ini melibatkan pertembungan diantara Sungai Gombak dan Sungai Klang telah dilancarkan pada 2011. Ianya di bawah projek permulaan di bawah Greater Kuala Lumpur yang bertujuan menghidupkan semula sungai Klang dan Gombak dalam bandar, mengubahnya sebagai kawasan yang berkembang maju dengan nilai ekonomi dan komersial melalui pembersihan sungai, pengindahan sungai dan pembangunan tanah. 

Gambar dari Google

Selain itu, pembinaan Count Down Clock di kawasan River of Life (ROL) yang menampilkan rekabentuk moden ini mampu memberikan inspirasi kepada peminat seni binaan. Apatah lagi ianya dilengkapi pancuran air yang cantik dan paparan masa menjelang detik menyambut tahun 2020.

Gambar dari Google

River of Life (ROL) ini juga dihiasi dengan tanaman landskap yang indah dan kerja-kerja pengindahan akan dilengkapi lagi dengan pelbagai kemudahan. Sekaligus menjadikan kawasan River of Life (ROL) ini sebagai tempat rekreasi baru untuk beristirahat bersama keluarga dan rakan-rakan.
Oh ya! Bagi pengunjung yang ke sini adalah disarankan untuk mendapatkan gambar lebih cantik, haruslah membidik kamera masing-masing dari lokasi jambatan yang menghubungkan dua sungai ini.


Gambar dari Google

Kehadiran 'mist' dari celah lubang perparitan tepi sungai menjadikan kawasan ini seperti berkabus. Tidak dinafikan denga kehadiran lampu warna-warni yang bercahaya menambahkan lagi keindahan kawasan ini. Apatah lagi pada waktu malam yang suasananya cukup tenang dan mendamaikan begitu ketara impak keindahannya. Hakaikatnya buat saya sendiri apabila berada di sini ianya merupakan satu terapi dan mampu mengurangkan rasa stress dalam diri terutama apabila melihat pemandangan indah dengan suasana tenang sekali.

Dengan adanya River of Life (ROL) ini sekali gus bakal menjadi mercu tanda terbaru kepada Wilayah Persekutuan serta daya tarikan pelancong. Sebagai anak Malaysia kita perlu berbangga kerana ianya setanding bandar raya bertaraf antarabangsa.


Schwarzkopf Melancarkan Kempen #createyourstyle

$
0
0
Selama 120 tahun, Schwarzkopf satu jenama antarabangsa yang cukup gah begitu sinonim dengan kualiti, kebolehpercayaan, kepakaran dan inovasi dalam industri penjagaan rambut, warna dan gaya.


Bahkan Schwarzkopf sering menjadi pencetus trend gaya di sepanjang tahun. Dan untuk tahun ini, jenama ini mengambil langkah baru iaitu jauh dari stereotaip kecantikan konvensional. Ini adalah  merangkumi kepelbagaian dan ungkapan individu terhadap gaya, fesyen dan kecantikan.




Kempen #createyourstyle merangkumi individu yang memiliki keyakinan dengan gaya kegemaran mereka dengan cara yang terbaik. Dalam konteks ini, Schwarzkopf telah memperkenalkan produk yang boleh menjaga rambut agar lebih bersih dan sihat. Antara tidak lain seperti Schwarzkopf Extra Care Hydro Collagen Shampoo, Schwarzkopf Extra Care Hydro Collagen Conditioner dan Schwarzkopf Extra Care Hydro Collagen Express Repair Spray. 

Satu majlis pelancaran telah diadakan di Talent Lounge Damansara Perdana yang mana 3 top influencer Malaysia telah dijemput untuk mempamerkan gaya kegemaran mereka dan juga berkongsi kisah peribadi tentang pilihan gaya rambut mereka.



Si manis Sharifah Eleen Al-Baity memangbsuka mengayakan rambutnya dengan ciri santai yang mencerminkan kemahuannya yang bersemangat bebas.


Selebriti tempatan, Mawar Rashid, adalah penggemar gaya rambut yang elegan. "Gaya rambut yang abadi amat disanjungi dan kelihatan cantik di setiap sudut; sempurna untuk seseorang yang perlu bersiap-sedia untuk berfoto pada bila-bila masa, "kata Mawar dalam majlis tersebut.

Emma Shazleen, ibu kepada tiga anak lelaki adalah peminat besar rambut cepol yang tinggi. Wanita yang bertubuh kecil mengaku dirinya menggermari gaya itu kerana ia lebih praktikal, namun mengandungi fesyen yang esklusif. Tambahan pula gaya ini mampu menambah beberapa ketinggian untuk dia yang hanya setinggi 5 kaki!

Ternyata dengan bantuan penjagaan rambut dan produk penjagaan rambut Schwarzkopf, wanita-wanita ini dapat mencapai gaya rambut kegemaran mereka dalam versi yang terbaik.

"Dengan penjagaan rambut yang baik, ia adalah lebih mudah untuk mecapai gaya rambut yang anda mahu. Kami berbesar hati untuk menyampaikan produk yang boleh dicapai dengan kebolehpercayaan dan kualiti yang sinonim dengan jenama Schwarzkopf yang semua dapat dinikmati. Extra Care Hydro Collagen kami mempunyai kompleks Hyaluronic Acid dan Collagen yang menyerap kelembapan jauh ke dalam rambut dan menguncinya lebih lama, supaya rambut anda kelihatan lebih berkilau dan lebih lembut dalam apa jua gaya yang anda pilih! "kata Encik Sam Wong, Pengurus Besar Vast Diversified, pengedar eksklusif untuk Schwarzkopf Hair Care Malaysia.


Schwarzkopf Extra Care Hydro Collagen terdiri daripada:
Schwarzkopf Extra Care Hydro Collagen Syampu menawarkan pembersihan harian untuk rambut normal atau kering dan kasar. Mengembalikan keseimbangan kelembapan optimum, menghasilkan rambut yang sihat yang bersinar. Keadaan formula pH 4-5 dengan Marine Collagen & Hyaluronic Acid mengoptimumkan penyerapan kelembapan dan pengekalan, menjadikan rambut kelihatan lebih licin dan berkilau. (Dengan saiz 200ml ditawarkan pada harga RM 18 dan untuk saiz 400ml dengan harga ditawarkan RM 28)

Schwarzkopf Extra Care Hydro Collagen Conditioner, yang dapat memberikan keseimbangan semula penghidratan yang tepat untuk rambut normal atau kering dan kasar. Penghidratan tahan lama dan memberi kesan kelembutan selama 72 jam. (Dengan saiz 400ml dengan harga ditawarkan RM 29)

Schwarzkopf Extra Care Hydro Collagen Express Repair Leave perapi yang mempunyai regenerasi dan kelembapan yang intensif yang mampu memperbaiki struktur rambut dan melancarkan permukaan rambut sambil memudahkan ketika menyikat rambut. (Dengan saiz 150ml dengan harga ditawarkan RM35)

Rangkaian produk penjagaan rambut Schwarzkopf Extra Care Hydro Collagen boleh didapati di farmasi Guardian dan Watsons yang terpilih di seluruh negara. Harga runcit dari RM18 hingga RM35.


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Perhubungan Awam (Public Relations) –EverQuest Sdn. Bhd

Website: http://www.everquest.com.my
Facebook: https://www.facebook.com/EverQuestMarketing

AKTIFKAN DIRI ANDA BERSAMA SAFI SHAYLA - PAKAR RAMBUT WANITA BERTUDUNG

$
0
0

Pada era yang moden ini, masa merupakan sesuatu yang amatlah penting dan tidak boleh dijual beli. Oleh kerana dunia yang semakin pesat membangun dan masa tidak menunggu sesiapa pun, ramai diantara golongan wanita terutamanya yang bertudung sering menghadapi masalah rambut rapuh dan kegatalan kulit kepala. Ini boleh berpunca dari pelbagai faktor antaranya kekalutan dan tekanan bekerja mahupun kekotoran dan habuk akibat pencemaran.

Keyakinan diri adalah kunci utama bagi golongan wanita untuk menjalankan tugasan seharian dengan lebih berkualiti dan bertenaga. Oleh sebab itu, golongan wanita yang bertudung mahupun tidak, kini usah risau, gentar mahupun kecewa kerana SAFI yang merupakan rangkaian produk Halal yang terbesar di dunia dalam produk penjagaan diri memahami masalah yang dihadapi oleh golongan tersebut. SAFI telah mengeluarkan rangkaian lengkap produk penjagaan rambut wanita bertudung – SAFI SHAYLA. Produk ini bukan hanya ditambah baik di dalam variasi syampu tetapi SAFI SHAYLA kini memperkenalkan Mist 2 dalam 1 Rambut & Hijab, Serum Rambut dan Minyak Rambut yang membantu golongan wanita bertudung dengan penjagaan rambut yang rapi untuk memberikan rambut yang sihat dan bersinar.

SAFI SHAYLA kini mempunyai formulasi baru yang mengandungi 1001 manfaat Habbatus Sauda dan kebaikan Micro Bamboo Charcoal. Habbatus Sauda merupakan ekstrak yang digunakan sejak zaman dahulu lagi dan dipercayai dapat memberikan manfaat kepada penggunanya. SAFI memperkenalkan Habbatus Sauda di dalam produknya kerana ia dapat membantu mengurangkan kegatalan kulit kepala dengan cara mencegah penghasilan bakteria. Tambahan pula, Habbatus Sauda dapat mengekalkan rambut sihat kerana ia dapatmenghindari keguguran rambut dan membuat rambut lebih lembap dan bersinar.

Micro Bamboo Charcoal membantu menghilangkan toksin daripada kulit kepala, mengurangkan rambut berminyak dan memberikan sinar kepada rambut. Dengan mengeluarkan minyak dan kotoran, Micro Bamboo Charcoal menjadikan rambut lebih lebat dan pada masa yang sama dapat mengawal bau rambut. Bau rambut merupakan sesuatu yang penting untuk golongan wanita bertudung kerana ia dapat meningkatkan keyakinan diri.
SAFI SHAYLA kini mengeluarkan rangkaian produk syampu yang baru yang bukan sahaja mengandungi formulasi Habbatus Sauda dan Micro Bamboo Charcoal tetapi ia juga disertakan dengan pembungkusan baru yang menarik di dalam pelbagai saiz dan disertakan juga dengan haruman yang menyegarkan. Menariknya, haruman ini, ia dapat dapat bertahan selama 48 jam. Pakar dalam penjagaan diri, SAFI SHAYLA memahami masalah yang menghantui golongan wanita bertudung kerana sudah ramai wanita yang kecundang apabila berhadapan dengan soal penjagaan rambut. Dengan rangkaian produk terbaru ini, SAFI SHAYLA ingin membantu golongan wanita bertudung untuk merasa lebih yakin dengan diri bagi mengejar impian dan cita-cita setinggi gunung, tidak kira di dalam bidang apa sekalipun. Golongan wanita ini dapat mencapai impian bukan sekadar dengan menggunakan syampu yang baharu tetapi juga dengan bantuan rangkaian penjagaan rambut syampu Mist 2 dalam 1 Rambut & HIjab, Serum Rambut dan Minyak Rambut untuk mendapat rambut ikal mayang dan kulit kepala yang sihat.

Mist 2 dalam 1 Rambut & HIjab boleh disembur terus ke rambut atau hijab kerana sifatnya yang cepat kering. Berbeza dengan produk lain di pasaran yang meninggalkan kesan, jangan khuatir kerana produk ini tidak meninggalkan sebarang kesan ke atas rambut ataupun hijab. Bagi wanita moden, SAFI SHAYLA Mist 2 dalam 1 Rambut & HIjab sangat sesuai dalam kehidupan seharian kerana ia meninggalkan haruman yang menyegarkan di mana ia dapat bertahan selama 24 jam. Selain itu, ia juga dapat mengekalkan kelembapan rambut, mengembalikan sinar, memberikan lebih kelembutan, bermaya dan membuatkan rambut lebih ringan.

Hasil gabungan ramuan syampu dan serum SAFI SHAYLA ia dapat menghasilkan rambut lebih lembut dan ringan. SAFI SHAYLA Serum Rambut didatangi dengan 2 variasi iaitu – Licin Terurus dan Hitam Menawan. Minyak rambut SAFI SHAYLA pula dapat memberikan rambut yang lembut serta licin sekaligus memberikan rambut kelihatan sihat serta memberikan keharuman yang berpanjangan.

Setiap variasi produk yang dihasilkan dan diformulasi oleh SAFI SHAYLA adalah untuk melengkapi satu sama lain. Dengan menggunakan variasi produk dalam rangkaian SAFI SHAYLA, ia dapat memastikan golongan wanita bertudung memperoleh lebih keyakinan diri dengan mempunyai rambut selembut sutera dan sihat.

Rangkaian produk SAFI SHAYLA boleh didapati dalam pelbagai saiz dengan harga mampu milik :


1. Syampu – 160G (RM8.35) / 320G (RM13.65) (8 variasi)

a) SAFI SHAYLA Syampu Segar & Bermaya – Mengandungi Nano Lipid Enhancer dimana ia dapat melindungi rambut dan mengeluarkan kekotoran minyak pada rambut. Selain itu, ia juga dapat membersihkan kulit kepala dengan lebih berkesan dan hasilnya memberikan rambut rasa segar dan bermaya.

b) SAFI SHAYLA Syampu Licin Terurus – Mengandungi Teknologi Perawatan Rambut Lembut yang dapat meluruskan, melembutkan, melindungi dan mengurangkan rambut kerinting. Ia dapat menjadikan rambut anda lebih mudah untuk djaga/dimanja.

c) SAFI SHAYLA Syampu Anti-Kelemumur – Mengandungi Micro ZPT Complex dimana ia dapat mengurangkan 99.9% kulat yang boleh menyebabkan kelemumur hanya dengan basuhan yang pertama.

d) SAFI SHAYLA Syampu Kawalan Rambut Gugur – Mengandungi Pro-Vitamin B5, protein gandum yang dapat mengukuhkan struktur rambut dan mengurangkan keguguran rambut.

e) SAFI SHAYLA Syampu Hitam Menawan– Juga mengandungi Sheen Lock yang merupakan ejen pengunci kilauan yang dapat membuat rambut hitam berkilat, sihat, lembut dan mudah diurus.

f) SAFI SHAYLA Syampu Itch-Kontrol– Mengandungi minyak argan dan mentol yang dapat menyegarkan dan menghapuskan bau di kulit kepala. Minyak Argan dan mentol akan membuatkan kulit kepala terasa sejuk dan segar seperti berada di awang-awangan.

g) SAFI SHAYLA Syampu Kawalan Minyak– Mengandungi citrus dan mentol dimana ia dapat membantu dalam pengawalan rambut berminyak dengan membersihkan liang-liang roma secara mendalam dan memusnahkan minyak yang berlebihan. Citrus dan mentol juga dapat menghilangkan kekotoran dan menyegarkan kulit kepala.

h) SAFI SHAYLA Syampu Kawalan Rambut Rosak – Mengandungi amino complex yang membantu dalam pemulihan rambut rosak dengan memelihara selaput rambut sekaligus memberikan kelembapan pada rambut.

2. Syampu pouch – 480G (RM14.65) (5 Variasi)

a) SAFI SHAYLA Syampu Kawalan Rambut Gugur
b) SAFI SHAYLA Syampu Segar Bermaya
c) SAFI SHAYLA Syampu Itch-Kontrol
d) SAFI SHAYLA Syampu Anti-Kelemumur
e) SAFI SHAYLA Syampu Licin Terurus

3. Syampu pump – 520G (RM19.90) (5 Variasi)
a) SAFI SHAYLA Syampu Kawalan Rambut Gugur
b) SAFI SHAYLA Syampu Segar Bermaya
c) SAFI SHAYLA Syampu Itch-Kontrol
d) SAFI SHAYLA Syampu Anti-Kelemumur
e) SAFI SHAYLA Syampu Licin Terurus


4. SAFI SHAYLA Mist 2 dalam 1 Rambut dan Hijab – 100ML (RM17.90)

Terdapat dua variasi iaitu Licin Terus dan Hitam Menawan. Kedua-dua variasi SAFI SHAYLA Mist 2 dalam 1 Rambut dan Hijab mengandungi Habbatus Sauda Organik, perapi asas semulajadi, Pro-Vit B5 dimana ia membekalkan rambut dengan nutrisi, anti-bakteria, perlindungan dari cahaya matahari, memberi kelembapan, mengembalikan sinar, menghindari rambut rosak dan pada masa yang sama ia membuatkan rambut lebih lebat dan sihat.

5. SAFI SHAYLA Serum Rambut – 50ML (RM17.90)

Juga terdapat dalam dua variasi Formulasi SAFI SHAYLA Serum Rambut mengandungi:

a) Minyak organik Habbatus Sauda – Memberikan perlindungan UV, membekalkan nutrisi untuk rambut yang mengandungi anti-bakteria.

b) Minyak Moroccan Argan Organik – Kaya dengan vitamin, mineral dan anti-oxida yang dapat membantu dalam hidrasi rambut. Dengan itu ia dapat menghasilkan rambut yang lebih lembut dan mengurangkan kerosakan rambut rapuh dengan meningkatkan keanjalan rambut. Pada masa yang sama ianya dapat memulihkan kilauan rambut.

c) Minyak Zaitun Asli – Menyegarkan kembali rambut kering, kusam dan kerinting.

d) Minyak Vitamin E – Mengekalkan rambut yang kuat dan sihat kerana minyak vitamin E mengandungi anti-oxida yang dapat meneutralkan radikal di rambut.

6. SAFI SHAYLA Minyak Rambut – 100ML (RM11.90)

SAFI SHAYLA Minyak Rambut difomulasikan dengan Habbatus Sauda organik dan juga Minyak Zaitun asli. SAFI SHAYLA Minyak Rambut mempunyai 3 variasi iaitu:-

a) SAFI SHAYLA Anti-Kekeringan – Mengandungi Vitamin E, A & C yang dapat menjadikan kulit kepala lebih sihat dan melindunginya daripada sinaran cahaya matahari.

b) SAFI SHAYLA Kawalan Rambut Gugur – Mengandungi minyak argan yang membantu memberikan rambut kelihatan lebih bersinar dan mengurangkan rambut rapuh.

c) SAFI SHAYLA Anti-Kelemumur – Mengandungi ajen anti-kelemumur dan mentol di mana ia berkesan dalam mengurangkan kelemumur, kegatalan kulit kepala dan kulit kepala yang berminyak. Berbeza daripada 2 minyak rambut yang disebutkan di atas, minyak rambut SAFI Shayla Anti_Kelemumur dipakai sebelum mencuci rambut. Urutkan secara perlahan-lahan minyak rambut di permukaan kulit kepala hingga ke hujung rambut. Biarkan selama 3 – 5 minit, kemudian basuh dan bilas bersama rangkaian produk syampu SAFI SHAYLA.
Rangkaian penjagaan rambut SAFI SHAYLA melengkapi antara satu sama lain dan ia dapat membuahkan hasil yang baik bagi golongan wanita bertudung atau pun tidak. SAFI SHAYLA ini sangatlah bersesuaian bagi semua golongan wanita daripada wanita bekerjaya sebagai pemain drum, pemain papan luncur, pengajar zumba ataupun penunggang jet-ski kerana SAFI SHAYLA mengurangkan kegatalan dan masalah kulit kepala berminyak sambil meninggalkan kesan haruman sepanjang hari.

Rangkaian produk SAFI SHAYLA adalah dalam lingkungan harga mampu milik dan memiliki sijil halal. SAFI SHAYLA boleh didapati di pasaraya besar, pasar raya dan juga di laman web dalam talian. Untuk keterangan lanjut mengenai produk SAFI, sila log masuk ke laman sesawang Facebook SAFI, www.facebook.com/SAFIMY , laman sesawang Instagram di SAFI@safimalaysia dan saluran SAFI di Youtube iaitu www.youtube.com/safimalaysia

Koleksi Glam Lebaran Raya 2018 Esklusif di Primavalet

$
0
0
Tahun 2018 merupakan tahun kedua PRIMAVALET beroperasi di Malaysia. Seperti tahun sebelum ini, koleksi yang terdapat di PRIMAVALET sentiasa mencuri perhatian masyarakat Malaysia mahupun negara jiran seperti Singapura dan Brunei.

Selain daripada variasi versatil rekaan yang diperkenalkan, koleksi yang mengikut 'trend' -peredaran zaman antara faktor mengapa koleksi pakaian yang dijual di PRIMAVALET begitu laku keras dan mempunyai pengikutnya yang tersendiri.


Dan untuk koleksi Raya 2018, PRIMAVALET sekali lagi telah memperkenalkan beberapa rekaan baru dan juga label pakaian dari pereka baru. Selain itu, beberapa selebriti tanahair dari dalam dan luar negara telah dilantik menjadi duta kepada fesyen baju raya PRIMAVALET. Antaranya seperti Zul Ariffin, Alif Satar, Amar Baharin dan Amyra Rosli serta anak mereka Aqeef Anaqi, Asad Mowtah, Zukie, Siti Nordiana, Nabila Razali, Janna Nick, Farah Nabila, Atikah Suhaimie, Asyallie dan Shaheizy Sam.

Menurut Pengarah Urusan PRIMAVALET Dr Arshat, pemilihan duta PRIMAVALET adalah berdasarkan kepada jumlah pengikut di laman sosial dan juga imej artis itu sendiri. Beliau sangat menghargai artis yang pernah bekerjasama dengan beliau terutama kepada komiymen dan kesungguhan yang dipertonjolkan.


Untuk pengetahuan semua untuk tahun 2018, koleksi-koleksi Glam Lebaran Raya adalah terdiri daripada Baju Melayu, Baju Kurung, Baju Kebaya, Baju Sekeluarga yang sedondon, Kurta, Baju Batik dan Telekung. Paling penting bukan hanya pelbagai rekaan baru diperkenalkan bahkan jenis fabrik juga berlainan. Ada yang jenis kain sari, satin dan pelbagai lagi.

Saya sendiri telah berpeluang menyaksikan sendiri peragaan fesyen koleksi Glam Lebaran Raya yang telah diadakan di Hotel The Majestic Kuala Lumpur baru-baru ini. Seramai lebih dari 500 jemputan yang terdiri dari para VIP, selebriti-selebriti, para pelanggan da pihak media menghadiri majlis pertujukan fesyen yang sungguh berprestij ini. Seramai 126 model telah memperagakan pakaian dari jenama-jenama di bawah PRIMAVALET seperti Ezuwan Ismail, Arjuna, YoumeAndHunny, Meylana, Nur Aishah, Shasya Habib, Empayar Kuku Besi, Zoud, Syus Couture, Buranku.com, UAI Original, dan koleksi dari jenama PV Man, PV Women dan PV Kids.






















Seriously, semua pakaian yang diperagakan sangat menarik. Melihat pada rekaan dan potongan pakaian ternyata kita harus berbangga kerana mempunyai pereka-pereka yang berbakat dari Malaysia

Ini adalah rekaan baju dari PRIMAVALET digayakan oleh Nabila yang begitu menarik minat saya. Apatah lagi warnanya juga adalah antara warna pilihan untuk saya sekeluarga sebagai tema untuk tahun ini. Jika dilihat pada rekaan memang sangat esklusif, tetapi di PRIMAVALET kita boleh dapatkan baju ini pada harga yang mampu milik.

Di acara penutup pertunjukan, pengacara majlis iaitu Faizal Ismail (FBI) dan Elfira Loy sempat menemuramah beberapa duta yang turut hadir menggayakan koleksi dari jenama yang mereka wakili.





Kita boleh dapatkan koleekis Glam Lebaran Raya hanya di bawah satu bumbung. Tidak perlu pening kali atau bersusah payah pergi  ke banyak lokasi butik pakaian untuk membuat pencarian pakaian. Hanya berada di PRIMAVALET semuanya ada, apa yang pernting koleksi yang ditawarkan mempunyai elemen eksklusif dan mewah dan kontemporari. Paling puas hati harga ditawarkan cukup berbaloii iaitu dari serendah RM70 sehingga RM380. Kesemua koleksi ini akan dijual di semua cawangan PRIMAVALET bermula 1 Mei 2018 secara berperingkat-peringkat.

Jadi jangan lupa untuk dapatkan koleksi Glam Lebaran Raya di ke semua cawangan PRIMAVALET seperti :-

  • Ostia Bangi, Selangor (cawangan terbesar terletak bersebelahan tol Bangi)
  • Pasir Tumboh, Kota Bahru, Kelantan
  • Senawang, Negeri Sembilan
  • Wangsa118, Wangsa Maju KL (cawangan terbaru yang telah dibuka pada 5 Mei 2018)

Jika tidak berkesempatan untuk mengunjungi cawangan-cawangan PRIMAVALET, korang boleh dapatkan pakaian raya melalui pembelian secara atas talian (online) di www.primavalet.com atau melalui ejen dan personal shopper rasmi PRIMAVALET.

Cadbury Lickables Memberi Lebih Keriangan Buat Si Manja

$
0
0
 
Coklat memang mampu memberi kebahagiaan. Apatah lagi pada kanak-kanak. Dunia mereka memang indah apabila adanya coklat! Terbaru Cadbury telah memperkenalkan Cadbury Dairy Milk Lickables. Didatangkan dalam bentuk UFO, berwarna ungu memang sangat comel.


Seperti anak-anak yang memang sukakan kejutan. Mereka pastinya tidak sabar untuk membuka coklat Cadbury Lickables. Ini kerana mereka bukan sahaja boleh menikmati coklat enak cadbury bahkan didalamnya disertakan juga hadiah misteri buat si comel.


Dan baru-baru ini saya dan anak-anak telah menghadiri pelancaran Cadbury Dairy Milk Lickables di Talent Lounge Damansara Perdana. Selain daripada pelancaran produk pelbagai aktiviti menarik telah diadakan untuk anak-anak di sana.

Kenalkan ini adalah Mr Vikram Karwal, Associate Director of Southeast Asia Mondelez International. Menurut beliau:

"For the very first time, Malaysians cab now enjoy Cadbury Dairy Milk in a creamy format that goes well with a crunchy texture. The delicious taste of Cadbury Milk along with the collectibles are sure to delight many consumers especially parents who want to delight their children with a special treat. Adults too get to regain their sense of childlike wonder with nostalgic and memorable toy characters such as Pokemon. This coincides with the theme of the Cadbury Dairy Milk in Lickables campaign, #CadburyWithLove where we aim to encourage everyone to share moments of love with each other"


Majlis bertambah meriah dengan kehadiran selebriti tanahair yang datang bersama anak mereka. Antaranya seperti Awal Ashari bersama Lara, Sazzy Falak bersama Iman dan Tiara, Dr Jasmeen (isteri kepada Harith Iskandar) dan dua anaknya serta ramai lagi.

Lihat sahaja keterujaan kanak-kanak yang berebut untuk mendapatkan Cadbury Dairy Milk Lickables! Hahahahaha...

Selain itu, kami juga telah mendapat tips dan tunjuk ajar dari Samantha Lee dalam segmen Food Art Workshop bersama Samantha. Ini terutama bagi anak-anak yang agak 'picky eaters', kaedah ini mampu menarik minat mereka untuk menikmati hidangan yang kita sediakan dengan mudah.

Anak-anak saya juga cukup seronok bila diberi peluang untuk mendeko. Tapi biasalah bila anak lelaki, mereka jenis suka yang 'simple', beza dengan anak perempuan yang lebih terserlah kreativitinya.

Tetapi dalam banyak aktiviti, membuat sendiri food art adalah antara yang paling saya gemari. Ini kerana ianya adalah waktu saya dan anak-anak meluangkan masa membuat aktiviti bersama-sama. Antara bahan-bahan yang disediakan seperti roti, timun, oren, lemon, kiwi dan paling penting Cadbury Lickables!

Lihat sahaja Afiq yang bersungguh-sungguh membuat dekorasi makanan menggunakan bahan yang disediakan. Hehehehe. Ameer pula tolong hias dan makan beria dalam masa yang sama.

Tadaaaaaaaaaa!!! Kapal angkasa kitaorang dah siap! Cantikkan :-)

Terima kasih kepada Cadbury Malaysia dan RedMummy atas jemputan. Terima kasih juga atas goodies yang ohsem, aktiviti yang best serta hidangan tengahari yang enak-enak belaka.

So korang boleh dapatkan coklat Cadbury Lickables ini di pasaran pada harga RM4.20 setiap satu. Untuk promosi dan keterangan mengenai produk boleh layari www.facebook.com/CadburyMalaysia

Demam Bola Melanda di Sunway Putra Mall

$
0
0
Dengan kehangatan musim kejohanan bola sepak yang sangat dinantikan, Sunway Putra Mall telah menganjurkan kempen Go for Goal terutama kepada pengunjungnya yang begitu meminati sukan bola sepak. Untuk pengetahuan semua Kempen Go for Goal ini bermula pada 27 April 2018 dan setiap peserta perlu melalui 4 cabaran khas yang telah disediakan oleh penganjur iaitu Target Kick, Speed ​​Kick, Reaction Test dan Skill Test.
Target Kick

Speed ​​Kick

Reaction Test 

Dengan kehangatan musim kejohanan bola sepak yang sangat dinantikan, Sunway Putra Mall telah menganjurkan kempen Go for Goal terutama kepada pengunjungnya yang begitu meminati sukan bola sepak. Untuk pengetahuan semua Kempen Go for Goal ini bermula pada 27 April 2018 dan setiap peserta perlu melalui 4 cabaran khas yang telah disediakan oleh penganjur iaitu Target Kick, Speed ​​Kick, Reaction Test dan Skill Test.


Apa yang menarik hadiah yang ditawarkan adalah cenderahati ekslusif pemain bola sepak terkenal dunia seperti Lionel Messi, Cristiano Ronaldo, Neymar JR, Eden Hazard, Philippe Coutinho dan Luis Suarez. Manakala pemenang hadiah utama adalah pakej ke Moscow Rusia untuk 2 orang bagi menonton perlawanan akhir pertandingan bola sepak, ini termasuklah tiket penerbangan berbayar, penginapan, lawatan yang bernilai lebih kurang RM90,000!
Skill Test

Seramai 20  peserta daripada 400 jumlah peserta telah disenarai pendek untuk bersaing di perlawanan akhir pada 6 Mei 2018. Di acara akhir tersebut turut dihadiri tujuh legenda bola sepak Malaysia iaitu Dato Santokh Singh, Encik Reduan Abdullah, Mr.Razip Ismail, Encik Zainal Abidin Hassan, Encik Kamarul Zaman Yussoff, Encik Shahril Arsat dan Encik A. Jayakanthan.

Turut hadir Cik Phang Sau Lian, General Manager Sunway Putra Mall dan Encik Kevin Wong, Business Head Sunway Pals bagi menyampaikan hadiah kepada pemenang utama. Selain itu seramai 20 ahli Putra Junior Club yang bertuah juga telah dijemput khas untuk sesi mini latihan bola sepak bersama dengan lagenda bola sepak Malaysia

"Kami berharap anak-anak akan berseronok terlibat dalam sukan dan bukan hanya sekadar hobi. Tidak hanya boleh memberi inspirasi kepada mereka, bahkan dapat membina keyakinan dalam diri mereka, belajar kemahiran baru dan juga  membuat kawan baru, " kata Phang.

Selain itu, mereka yang membeli-belah di Sunway Putra Mall juga dapat menebus USB jersi Bola Sepak Edisi Terhad apabila mereka membelanjakan sebanyak RM250 (RM150 untuk Pemegang Kad Kredit HSBC dan ahli Sunway Pals) dalam tiga resit pusat membeli-belah. Terdapat 3 rekaan ditawarkan. Dan penebusan berakhir pada 13 Mei 2018.

Tahniah kepada semua pemenang!!

Untuk informasi dan aktiviti di Sunway Putra Mall, boleh layari www.sunwayputramall.com.my atau ikuti di laman rasmi laman sosial di @sunwayputramall 

Hanya Ibu Memilih Yang Terbaik Bersama Guardian

$
0
0
Seorang ibu tugasnya tidak pernah berhenti..
Tidak ada sijil sakit khas..
Tidak pernah menolak menjadi chef setiap hari..
Tidak pernah mengelak untuk menjadi guru buat anaknya..
Tidak pernah letih mendengar luahan anaknya...
Tidak pernah lelah menjadi pendamai setiap kali anaknya bergaduh..
Tidak pernah berhenti dan penat untuk melakukan terbaik untuk keluarganya...

Yerppp itulah ibu...
Saya seorang ibu..
Ibu kepada 7 orang anak yang mempunyai karektor dan minat mereka yang ternyata berbeza-beza.
Untuk itu saya sentiasa mahukan yang terbaik untuk mereka..
Antaranya menyediakan barangan keperluan yang dapat memenuhi citarasa..

Dan antara produk yang saya sediakan untuk keperluan keluarga saya adalah dari jenama Guardian! Ini kerana  di outlet Guardian  ada menawarkan pelbagai barangan keperluan penjagaan diri, kesihatan dan kecantikan serta perlbagai lagi. Hanya di bawah satu bumbung saya boleh dapatkan pelbagai barangan, bukankah itu satu yang mudah dan menyeronokkan?

Satu sesi bual santai diantara 5 mom blogger bersama dengan Mr. Alfonso Roderos Guardian Malaysia's Own Brand Director telah diadakan bersempena juga dengan Hari Ibu pada 12 Mei 2018.  Antara mom blogger yang hadir seperti mummy Rane, Wui Kathy, Sherry, Nannie Isa dan saya sendiri!

Dalam sesi interaktif ini kami dapat berkongsi pengalaman sebagai seorang ibu, bagaimana membuat pemilhan barangan dan saling berkongsi tips bersama-sama ibu yang lain. Memang seronok dan meriah. Tambah-tambah lagi acara santai ini juga kami telah dihidangkan dengan jamuan petang yang cukup istimewa :-)

Mr. Alfonso Roderos banyak berkongsi terutama produk-produk yang dikeluarkan oleh pihak Guardian sendiri. Menurut beliau, ke semua produk dari Guardian sememangnya diberi penelitian yang begitu teliti (QC), bagi memastiskan produk yang dikeluaran benar-benar mengikut piawaian dan memenuhi kehendak pelanggan serta pasaran. Dan ianya secara jelas telah mendapat pengiktirafan daripada pihak berkuasa seperti KKM dan Jakim. Semestinya HALAL uolls. So boleh guna tanpa was-was.

Dan di Guardian sendiri terdapat variasi siri rangkaian yang diperkenalkan dan ianya memberi pilihan kepada kita dalam membuat perancangan dan keputusan ketika membeli-belah. 

Kami juga telah diberi penerangan secara ringkas (agak terperinci juga) tentang setiap setiap satu produk yang dikeluarkan oleh pihak Guardian. Ini terutama produk yang sentiasa mendapat permintaan di pasaran. Kenapa dan mengapa ianya cukup istimewa dan sentiasa menjadi pilihan pelanggan.

Dari thermometer (untuk periksa suhu badan anak terutamanya jika demam), vitamin C, produk penjagaan diri untuk bayi dan banyak lagi sebenarnya yang sememangnya bagi saya ianya perlu untuk setiap ahli rumah.

Apa yang penting dengan kualiti terbaik, harga tetap kekal berpatutan. Di zaman ekonomi tidak menentu ini, pembelian yang bijak adalah penting dalam pengurusan kewangan keluarga. Dan saya antara ibu yang sentiasa menjadi pembuat keputusan dalam setiap perbelanjaan di rumah. Jadi saya kenalah pilih yang terbaik.

Antara produk Guardian yang menjadi feveret saya :-)

Selain daripada barangan penjagaan diri dan kecantikan, adalah penting untuk kita menyediakan barangan keperluan kecemasan. First aid kit! Adalah perlu untuk setiap rumah.Seperti saya memang suami (dedet) menyediakan 1 kotak first aid didalam rumah (letak di bilik utama) dan juga 1 didalam kereta. Alatan seperti pembalut luka, minyak urut, ubat lukan, hand-plast dan sebagainya ada didalm kotak first aid tersebut. Jadi jika tiba-tiba berlakunya kemalangan kecil, sekurang-kurangnya kita membuat ubat yang telah disimpan kemas didalam kotak yang sepenuhnya. Dan kita sebenarnya boleh dapatkan semua ini di Guardian juga tau.

Dari face mask, berus gigi, syampu, sabun mandi dan pelbagai lagi kita boleh dapatkan di Guardian. Antara produk yang best adalah Jeju Facial Mask. Katanay masukkan dalam peti ais dulu, biarkan di benar-benar sejuk lepas itu pakaikan di muka. Benar-benar 'relaxing'. Ini perlu untuk saya sebagai terapi -  dapat kurangkan tekanan kerana kesibukan sebagai seorang ibu, hehe.

Tidak dinafikan ada sesetengah produk terutama produk kecantikan agak mahal di pasaran. Namun di Guardian ada menawarkan produk agak esklusif ini di bawah label jenama korporatnya sendiri iaitu Guardian pada harga cukup berpatutan.

Sepanjang sesi ini kami juga telah diberi 2 cabaran yang menyeronokkan. Kami perlu memilih 3 produk Guardian yang paling digemari oleh Mr. Alfonso Roderos , ambil gambar dan seterusnya muat naik ke sosial media instagram bersama hashtag yang perlu dimasukkan sekali.

Cabaran ini telah dimenangi oleh Wui Kathy dan Rane. Hahahaha. Hebat mereka telah meneka produk vitamin C dan ianya tepat kerana produk tersebut paling digemari oleh Mr Mr. Alfonso Roderos. Dapatlah hamper yang sangat best!

Seterusnya kami perlu menyiapkan satu hamper menggunakan produk dari goodies bag yang telah diberikan kepada kami. Memang kelakar. Sebab masing-masing tidak mempunyai bakat seni dalam menghias apatah lagi membalut hadiah.

Hasilnya 5 hamper dari 5 mom blogger. Heheheheh

Dan Wui Kathy sekali lagi memenangi acara membuat hamper. Hahahah. Hebatkan. Hamper Wui Kathy memang cantik dan kemas. Sebenarnya hamper lain juga cantik-cantik, tapi antara yang cantik kita perlu mencari yang terbaik. Hadiah yang dimenangi oleh Wui Kathy adalah 5 tiket ke Hello Kitty di Johor!

Kek Gula Melaka rasanya. Sedap sangat! Siap kitaorang tapau bawa balik, hehehehehe

Terima kasih kepada pihak Guardian Mr Mr. Alfonso Roderos  dan Farah serta tidak dilupakan PR yang begitu dedikasi menjadikan sesi bual bicara santai ini sukses. Saya dan mom blogger lain yang menghadiri benar-benar seronok. Ini kerana bukan sahaja kami dapat mengenali produk Guardian dengan lebih dekat lagi bahkan dapat berkongsi cerita serta bertukar fikiran tentang kehidupan sebagai seorang ibu setiap hari.

Moga bertemu lagi di acara yang lain bersama Guardian!

DairyGo Teh Tarik Didalam Pek On-The-Go, Mudah Dibawa Ke Mana Sahaja

$
0
0


 Minuman teh tarik sememnagnya sentiasa menjadi pilihan rakyat Malaysia. Pada kebiasannya kita mendapatkan produk ini di kedai-kedai mamak, restoran mahupun kafe ataupun dengan membancuhnya sendiri.

Namun kini, satu inovasi Teh Tarik didalam pek on-the-go telah diperkenalkan dibawah jenama DairyGo,  Apa yang menarik perancangan dan proses mengeluarkan produk minuman teh tarik ini mengambil masa setahun lebih (sejak awal tahun 2017 lagi). Ini bagi memastikan kualiti teh tarik yang dihasilkan benar-benar yang terbaik dan mampu memberi kepuasan kepada setiap pelanggannya.


 Dan saya telah berpeluang hadir dan menyaksikan sendiri pelancaran produk DairyGo Teh Tarik di IDCC. Apa yang penting selain daripada dapat mendekati pengasas produk ini iaitu Puan Bella Yahya, saya juga memang sangat teruja untuk mencuba minuman ini. Ini kerana katanya produk minuman ini sudahpun menerima tempahan yang luar biasa secara atas talian (on-line). Biarpun agak baru namun permintaan dari pelanggan memang sangat memberangsangkan.

 Gambar kandid, hehehe. Kenalkan ini adalah antara mereka yang terlibat secara langsung dari segi idea, pemilihan bahan ramuan, pemproses, pengawalan kualiti (QC) dan sehinggalah terlahir jenama DairyGo (produk dairy yang on-the-go).

Untuk pengetahuan semua, produk Teh Tarik adalah produk pertama keluaran DairyGo dan dijangka akan ditambah lagi produk dairy yang lain seperti susu kurma dan sebagainya. Jadi sama-samalah kita menunggu kehadirannya di pasaran ya!

Gimik pelancaran yang mana Puan Bella telah menunjukkan skill beliau membuat tarikan teh tarik terpanjang. Selain itu, turut diselitkan pertandingan aksi tarik minuman teh tarik terpanjang yang penyertaannya terbuka kepada semua tetamu yang hadir.

Apabila telah bertemu 4 mata haruslah diajak bergambar sama kan. Sesuatu yang istimewa apabila kita dapat mengenali usahawanita yang berjiwa kental, kreatif dan berdaya saing didalam bidang keusahawanan. Seperti yang kita ketahui Puan Bella merupakan pengasas kepada pakaian wanita muslimah di bawah label Bella Ammara. Dan kini bukan hanya pakaian sahaja, bahkan terdapat juga produk muka, produk kecantikan, barangan keperluan bayi dan banyak lagi.

Dan tercetusnya untuk menghasilkan air Teh Tarik DairyGo ini antaranya kerana Puan Bella sendiri memang sangat sukakan teh tarik!

Teh Tarik DairyGo ini boleh bertahan sehingga 1 tahun 6 bulan. Saya juga difahamkan dalam waktu pemilihan ramuan didalamnya juga mengambil masa yang cukup lama. Pelbagai kajian telah dilakukan bagi memastikan produk yang dikeluarkan itu bermutu tinggi. Contohnya seperti daun teh yang digunakan adalah dari jenis yang terbaik. Manakala susu yang digunakan adalah susu segar dari New Zealand.

Apa yang penting ianya didatangkan dalam pembungkusan pek yang mudah untuk dibawa ke mana sahaja. Bahkan kita boleh juga pos produk ini kepada pelanggan tau.  Produk ini tidak ada bahan pengawet, tiada pewarna, halal dan juga tiada kolestrol. Jadi ianya boleh memelihara kesihatan kita agar tetap kekal sihat. 

Jika tiada pengawet bagaimana ianya dapat bertahan lama? 
Ini kerana pembungkusan pek ini adalah di vakum pada tahap yang paling terbaik dan ini dapat mengelakkan minuman bersusu ini daripada rosak. (tidak terdedah kepada bakteria dan sebagainya)

Boleh dinikmati samada sejuk atau pada cuaca bilik (tetapi saya sangat rekomenkan nikmati ketika waktu sejuk). Tetapi perlu diingatkan sekiranya sudah membukanya, ianya haruslah dihabiskan dalam tempoh 24 jam. Harga yang ditawarkan adalah RM4 satu pek (200ml). Dan buat masa sekarang boleh didapati secara on-line melalui https://www.instagram.com/dairygo_/ dan pada masa akan datang kita boleh dapatkan di kedai atau pasaraya yang berhampiran!

Jom pekena Teh TarikDairyGo!

Pemenang Peraduan #POWERYOURLUNCHBOX Kini Telah Ditemui

$
0
0
Saya telah menghadiri satu majlis penyampaian hadiah untuk Peraduan #POWEYOURLUNCHBOX pada 12 Mei 2018 di AEON MAll Shah Alam. Peraduan yang dianjurkan oleh Mission Food Malaysia bersama AEON telah menawarkan hadiah yang cukup menarik iaitu voucher AEON yang bernilai RM1000.

Pada mulanya hadiah hanya ditawarkan kepada 10 orang pemenang namun disebabkan penyertaan peserta yang begitu menggalakkan maka pihak penganjur telah menaikkan daripada bilangan 10 orang kepada 20 pemenang. Bestkan :-)

Untuk pengetahuan semua peraduan #POWERYOURLUNCHBOX ini telah berlangsung selama sebulan iaitu daripada 1 Mac sehingga 31 Mac 2018. Untuk menyertainya peserta perlulah membeli 2 pek Mission Food daripada mana-mana outlet AEON.

Seterusnya peserta perlulah menghasilkan hidangan yang kreatif yang menggunakan produk Mission Food yang boleh dijadikan bekalan tengahari. Memang menarik! Pelbagai idea kreatif  dan unik telah dihasilkan oleh peserta antaranya seperti Pita Ayam Percik, Scrambled Otak-otak wrap, Quiche Kangkung Goreng Belacan, Salted Egg Chicken Wrap, Rendang Pizza dan Grilled Chicken Satay Wrap. Melihat nama hidangan sahaja sudah menyelerakan, sudah tentunya rasanya pasti sangat hebat.

Menurut Mr Mark Tan, Ketua Jualan Mission Foods Malaysia;

"We held this contest to inspire our consumers to experiment and create appetising lunchboxes powered by Mission products. The overwhelming response and quality of submissions topped our expectations and highlighted just how amazingly creative Malaysian consumer are"


Ini adalah sebahagian peserta yang menghadiri majlis penyampaian hadiah. Untuk pengetahuan semua pemenang datangnya dari pelbagai negeri di Malaysia.

Senarai 20 pemenang yang bertuah telah memenangi hadiah voucher AEON bernilai RM1000. 

Dan semua resepi yang terpilih ini bakal dibukukan didalam buku (booklet) resepi yang dijangkakan boleh diperolehi pada bulan Julai 2018 nanti. Kita boleh dapatkan buku resepi esklusif ini secara PERCUMA dengan setiap pembelian 2 produk Mission. 

Syabas diucapkan kepada semua pemenang. Siapa sangka dengan mempertaruhkan hasil kreatif hidangan menggunakan produk Mission, dapat habuan berbelanja di AEON :-)

psst: Bestkan, lebih-lebih nak raya ni. Dapat belanja sakan di AEON untuk seisi famili.

Mom's Day Out Bersama Pigeon

$
0
0
Bersempena dengan sambutan Hari Ibu, Pigeon Malaysia telah menjemput seramai 25 mom blogger untuk menyertai satu acara esklusif yang cukup menarik. Pelbagai aktiviti telah disediakan khas untuk ibu-ibu agar mereka dapat menikmati waktu untuk diri mereka sendiri (me time) dengan penuh keseronokan.

Sebelum kami memulakan aktiviti, Mr Masaki Tago (Pengarah Urusan Pigeon Malaysia) selaku wakil dari pihak penganjur telah memberikan kata-kata aluan;

"Pigion is the market leader in mother and baby care products and we believe that happy mothers make happy families. By providing the mothers with products of the highest level of comfort, quality, and convenience, it will lighten every mother's load and create a stress-free life. We have a full range of products that caters to every mother's needs"

Aktiviti pertama kami adalah senaman Yoga. Menariknya kami telah melakukan satu aktiviti yoga yang dinamakan "mind detox" yang mana kita akan menarik nafas secara dalam-dalam menggunakan fikiran. Ianya mampu memberi ketenangan dan mengurangkan rasa stress. Selain itu kami juga telah melakukan Soundbath Theraphy yang mana kami perlu merehatkan diri dalam keadaan penuh relaks dan ditemani dengan 'healing sound' dari 'Crystal Singing Bowl'. Aktiviti yoga yang unik ini benar-benar memberi pengalaman baru kepada saya. Memang best!

Setiap pergerakan badan melalui aktiviti yoga mampu memberi keselesaan dan mengurangkan rasa tegang di badan (urat dan sebagainya). Sepertimana yang kita ketahui sebagai ibu, kita perlu memberi komitmen terutama dalam kehidupan aktiviti anak setiap hari. Dan ini memang boleh menyebabkan badan kita mudah rasa penat. Dengan melakukan pergerakan asas yoga kita mampu merehatkan diri secara fizikal dan juga mental.

Seterusnya satu sesi perkongsian pengalaman dan produk Pigeon bersama dengan selebriti Vanessa Chong (bekas Juara Amazing Race wakil Malaysia) dan juga wakil dari pihak Pigeon Malaysia. Vanessa Chong yang baru bergelar ibu kepada anaknya yang kini sudah berusia 4 bulan. Menurut Vanessa, beliau banyak belajar tentang penjagaan bayi samada melalui pembacaan mahupun perkongsian dari keluarga dan rakan yang lain. Dan sebagai ibu beliau sentiasa mahukan yang terbaik untuk anaknya. Oleh yang demikian, beliau akan memastikan setiap produk yang dipakai ke atas anaknya adalah benar-benar selamat dan sesuai. Ini adalah melalui ramuan yang digunakan didalam produk tersebut. Ianya mestilah mesra bayi!

Perasaaan dan harapan Vanessa Chong adalah sama sahaja seperti ibu-ibu yang lain. Melihat kepada senario seperti ini, Pigeon yang begitu prihatin telah mengeluarkan produk seharian terbaik yang sesuai untuk kegunaan anak di rumah.

Antaranya seperti:- 

The Newborn Pure Skincare Series. Rangkaian penjagaan khas untuk bayi yang mana bermula dari bayi yang baru dilahirkan (newborn). Diformulasi dari Natulayer yang memberi 2 kali perlindungan dan kelembapan. Ianya bertindak seperti vernix dan ceramide yang mana melindungi kulit bayi ketika bayi berada didalam kantung rahim. Tiada paraben, alkohol dan bahan-bahan lain yang merbahaya. Dan ianya sesuai untuk semua jenis kulit bayi dan mampu mengekalkan kelembapan kulit agar tidak kering yang mana menyebabkan pengelupasan kulit.

Siri penjagaan bayi ini datangnya dari Jepun dan tedri daripada nourishing shampoo, purifying body wash, moisturizing lotion, calming oil dan protective cream. Keterangan lanjut mengenai produk boleh layari www.newbornpure.com.my


Pigeon juga memperkenalkan produk istimewa untuk kegunaan bayi dan anak setiap hari. Iaitu Piegeon's Disney Collection. Kebanyakan anak-anak memang cukup mengenali karektor kartun Micky Mouse yang lucu. Antara produk dibawah siri Micky Mouse ini seperti nursing bottle, Mag Mag Disney Straw Cup, puting dan banyak lagi.

Untuk mencuci sayuran, perkara berkaitan botol dan lain-lain agar lebih bersih adalah disarankan menggunakan Pigeon Foaming Clenaser. Apa yang best ianya dihasilkan daripada 100% bahan 'food grade'. Ianya juga boleh membunuh 99.99% peratus bakteria. Pencuci ini sangat ideal untuk kita mencuci buah, sayuran dan juga botol susu dan sesebagainya.

Didik anak untuk menjaga kebersihan gigi sejak mereka kecil lagi. Kenalkan di aats adalah Pigeon Trainning Toothbrush. Terdapat 4 jenis warna dan bentuk berus gigi ini adalah mengikut kesesuian umur. Comelkan. Pengenalan kepada inivasi produk ini sekaligus dapat memotivasikan anak untuk terus rajin menjaga kebersihan diri.

Pihak penganjur juga telah menyediakan perkhidmatan urutan tangan. Di mana setiap blogger yang hadir boleh dapatkan urutan tangan (selama10  minit). Rasa memang best, begitu banyak angin dalam badan keluar biarpun hanya mengurut di bahagian tangan sahaja.

Terdapat juga kerusi kegel yang mana kita boleh mencubanya (ada yang pertama kali mendengar perkataan kegel, hehe). Dikatakan kerusi kegel ini mampu menguatkan sistem peranakan di bahagian bawah.

Cookies mickey mouse dan minnie mouse yang super comel~!

Belon!!

Sempat saya ambil satu sebagai hadiah untuk si kecil (my Yara) yang ditinggalkan sebentar bersama abang dan kakaknya, hehe.

Jamuan makanan yang disediakan semua sedap-sedap. memang berulang-kali saya menambah. Lupa terus tentang diet (heheh).

Antara sebab mengapa saya berasa sangat gembira kerana dapat menyertai Mom's Day Out bersama Pigeon --> saya dapat bertemu kembali rakan-rakan blogger lama (otai). Kami dapat berkongsi cerita terutama tentang perkembangan terkini (re-onion, hahahah - membawang!).

Tidak dinafikan anjuran aktiviti seperti ini memang sangat saya nantikan. Ianya adalah masa untuk diri sendiri agar dapat lari dari kesibukan tugas sebagai seorang ibu (cuti sehari). Selain dapat memanjakan diri, saya juga dapat mengenali produk Pigeon yang begitu dekat di hati famili. 

Terima kasih Pigeon di jemputan dan penganjuran aktiviti yang dirancangkan begitu sukses!

Menikmati Ais Krim PINKFONG dan Menonton Konsert PINKFONG dan Rakan, Sememangnya Menggandakan Keseronokan

$
0
0
Baru-baru ini saya telah membawa Ameer dan Yara untuk menyaksikan konsert PinkFong and Friends di 1 Utama. Ramai betul kanak-kanak yang hadir menyaksikan konsert ini bersama ibubapa mereka. Memang meriah sangat!

Selain daripada konsert, aktiviti pentas dan permainan di booth-booth yang disediakan. Terdapat juga jualan aiskrim PinkFong Baby Shark di sini. Paling best! Dengan setiap pembelian aiskrim PinkFong disini, pengunjung berpeluang mendapatkan hadiah seperti sticker PinkFong dan juga buku nota edisi istimewa PinkFong.

Ameer terutamanya sangat teruja apabila menerima buku ini, memandangkan beliau adalah peminat utama PinkFong di rumah.

Oh ya! Saya juga telah jumpa aiskrim PINKFONG Baby Shark. Memandangkan setiap pembeli yang membeli 4 dan lebih akan mendapat 'cooler pack' yang boleh tahan kesejukan sehingga 2 jam.

Istimewanya tentang aiskrim loli PinkFong ini bukan hanya digemari oleh golongan akank-kanak bahkan mereka yang dewasa juga. Ais krim strawberi yang bersalut coklat dan didalamnya terdapat susu dibahagian tengah. Rasa masam-masam manis buah strawberi apabila digabungkan dengan coklat memang terbaik!

Harganya pula sangat berpatutan. Dengan rasa loli ais yang sedap memang berbaloi. Apatah lagi menikmatinya mampu menggandakan lagi keseronokan :-) Jika dilihat pada pembungkusannya juga sudah menarik hati. Ianya berwarna-warni tambahnya pula ada karektor PinkFong yang digemari.

Konsert PinkFong berlansung hampir 1 jam lamanya. Pelbagai lagu-lagu kegemaran kanak-kanak seperti Baby Shark, The Penguin Dance, Cheetah dan banyak lagi telah dinyanyikan oleh PinkFong dan rakan-rakannya. Sepanjang konsert berlangsung terdapat juga selingan pembelajaran secara interaktif bersama PinkFong. Contohnya misi mencari penguin dan banyak lagi.

Salah satu segmen yang saya gemari ialah meneka "Haiwan apakah itu?" Melalui penerangan ciri-ciri yang diberikan oleh pengacara. Seronok melihat gelagat anak-anak yang masing-masing berlumba untuk memberi jawapan yang diteka.

Setiap kali lagu PinkFong dimainkan anak-anak yang hadir di sini akan sama-sama menyanyi dan menari. Dan paling teruja apabila melihat ibu dan bapa mereka turut menari bersama-sama. Dan pastinya karektor yang menjadi tumpuan pada hari tersebut ialah Baby Shark, PinkFong dan Penguin!

Ameer antara kanak-kanak di sini yang memang terhibur dengan gelagat PinkFong dan rakan-rakan. Setiap kali PinkFong dan rakannya menyanyi, beliau turut mengikut gerak tari sepertimana yang biasa beliau tonton video tarian PinkFong di YouTube.


Dan hai PinkFong yang comel. Jangan lupa buat buat konsert lagi ya!

Kehadiran PinkFong dalam dunia kanak-kanak hari ini tidak dinafikan banyak memberikan kegembiraan buat diri mereka. Dengan lirik lagunya yang sememangnya 'catchy' dan juga penuh pengisian yang baik (ada yang memberi informasi mengenai karektor haiwan yang perlu kita ketahui) ternyata mampu memberi pengajaran berguna buat anak.

Dan kini telah adanya aiskrim PINKFONG Baby Shark di pasaran dengan rasa yang cukup digemari anak-anak mampu menggandakan keseronokan dalam diri mereka. Ia hanya berharga RM 1.90 sebatang, dan boleh di dapati di mana-mana sahaja kedai di seluruh negara.

Apatah lagi, PINKFONG Baby Shark baru sahaja melancarkan video terbaru mengenai..

Jeng..jeng..jeng..

AIS KRIM PINKFONG BABY SHARK!


Saya sendiri sudah menikmatinya beberapa kali kerana kesedapannya membuatkan saya tidak jemu menikmatinya terutama di waktu bersantai bersama-sama anak yang dikasihi. Sangat syiokkk!

Sedap dan Sihat Memasak Menggunakan Ikan Trout Fjord Norway

$
0
0
Antara kenapa saya menyambut baik jemputan ini kerana saya peminat masakan ikan. Apa sahaja jenis ikan yang terdapat di pasaran saya memang menyukainya, apatah lagi masakan orang Malaysia sememangnya banyak boleh menggunakan ikan sebagai bahan utama.

Untuk acara kali ini saya telah diperkenalkan dengan secara terperinci rahsia dan khasiat ikan Trout Fjord Norway yang ramai orang tidak mengetahuinya. Dan juga saya telah dapat melihat sendiri demostrasi mmemasak hidangan enak menggunakan ikan Trout Fjord Norway ini oleh pakar nutrisi Alexandra Prabaharan.

Mr Jon Erik Steenslid, Regional Director (Southeast Asia) Norwegian Seafood Council turut mengalukan kehadiran para media dan juga telah memberi penerangan agak terperinci mengenai kehidupan Ikan Trout Fjord Norway.

Ini adalah khasiat yang kita perolehi dari seekor ikan Trout Fjord Norwat. Ianya sememangnya sumber protein tetapi juga kaya dengan omega, iodine, selenium dan vitamin (A, B12 dan D). Yang mana setiap satu khasiat ini mampu memberi kebaikan kepada badan.

Saya juga dapat mengetahui sedikit sebanyak cara pembiakan ikan ini dan juga bagaimana persekitaran habitatnya yang terbaik. Ikan ini hidup di pearairan ais yang sejuk dan jauh ke dalam garisan pantainya. Ianya diternak didalam lautan Fjord Norway yang sejuk dengan air laut bergabung dengan air tawar segar dari glasier dan salji mengikut satu proses piawaian tertinggi yang salin berkait dengan alam sekitar dan kemampanan.

 Mr Jon Erik Steenslid juga menegaskan "Untuk mendapatkan kualiti ikan yang terbaik kita perlu pastikan ikan ini hidup dengan gembira".

 Jika dilihat kepada 2 ekor ikan ini. Boleh atau tidak kita lihat perbezaan antara ikan Trout Fjord Norway dan juga salmon. Ini kerana keduanya mempunyai rupa isi ikan yang hampir sama.

Ikan yang terletak paling atas adalah ikan salmon. Badan ikan salmon lebih 'chubby' (berisi) dan mempunyai kepala yang kecik. Dari segi rasa salmon lebih lembut dan berkrim berbanding dengan trout yang lebih pejal isinya. Ikan trout berwarna merah jingga yang agak pekat bersama sedikit warna keputihan. Daris egi kulit ianya berwarna keperakan seakan salmon namun ianya lebih berkilat.

 Dan isi ikan trout juga enak dimakan mentah seperti yang biasanya digunakan dalam bahan hidangan sushi. Untuk pengetahuan korang semua, ikan trout ini TIDAK mempunyai parasit Anisakis (boleh lihat rupa cacing di gambar atas. Dan ianya selamat dimakan.

Untuk setiap ekor ikan trout yang dihantar ke Malaysia akan diberi sijil khas (sijil pengesahan eksport). Ini memang sangat esklusif tau! All the way from Norway :-)

 Lihat sahaja isinya yang berwarna jingga kemerahan dengan sedikit campuran warna putih. Ianya memang kaya dengan omega 3 dan protein. Yang mana khasiat didalam ikan ini sangat membantu kita mengatasi masalah lesu di sepanjang bulan ramadhan kerana berpuasa.

Dan saya telah berkesempatan belajar beberapa resepi mudah dari pakar nutrisi Alexandra Prabaharan. Paling menarik semua resepi ini diberi suntikan citarasa masyarakat Malaysia seperti rasa percik, kerabu dan sebagainya.

 Bahan-bahan ramuan yang digunakan semuanya mudah didapati di Malaysia. Paling mengujakan, apabila saya melihat bagaimana Cik Alexandra Prabaharan menunjukkan perapan ikan ini dengan meletakkan sedikit cili api, hehehe (sedap wooi)

 Dan semua resepi yang disediakan memang mudah dan tidak memakan masa yang lama.

Tadaaaaa...
Antara hidangan yang disediakan oleh pakar nutrisi Alexandra Prabaharan :-
  • Kaffir Chilli Norwegien Fjord with Quinoa Bubur
  • Seared Norwegian Fjord dan Asian Potato Salad
  • Norwegian Fjord Trout Bakar in Banana Leaf

Saya juga berpeluang merasai sendiri kehebatan rasa hidangan ini Memang sedap!

Norwegian Fjord Trout Bakar in Banana Leaf dinikmati bersama nasi kerabu dan sambal marvelous.

Ini memang sedap dan mengenyangkan. Kaffir Chilli Norwegien Fjord with Quinoa Bubur :-)

Dan pemanis mulut istimewa penutup hidangan.

Khazanah laut yang cukup berharga dari Norway ini cukup dibanggakan oleh masyarakat mereka bahkan hidupan ini, ikan Trout Fjord Norway juga sering menjadi permintaan masyarakat dunia kerana khasiatnya yang terbaik memberikan kualiti hidup kita agar lebih baik.

Jom Sertai Peraduan Kempen Bio-Oil #sheisremarkable

$
0
0
Siapa pengguna Bio-Oil?  
^
^
^
^
^
Saya adalah antara pengguna Bio-Oil yang tegar. Pada mula saya diperkenalkan disebabkan oleh parut anak saya yang terkena air panas. Atas rekomen kawan-kawan yang pernah menggunakannya, saya cuba dan puas hati dengan hasil yang diperolehi. -- Parut dengan mudah beransur-ansur hilang :-)

Dan bersempena dengan Hari Ibu, Bio-Oil telah mengadakan kempen #sheisremarkable. Ianya simbolik kepada meraikan pengorbanan seorang wanita yang bergelar ibu dari mula melahirkan anak, membesarkan dan bagaimana perhubungan silaturrahim yang terjalin antara kita sebagai ibu dengan ibu kita sendiri.

Kempen #sheisremarkable ini bukan semata-mata untuk meraikan diri sendiri sebagai seorang wanita bahkan untuk menyerlahkan lagi sokongan yang diterima daripada perhubungan dengan insan yang lain seperti ibu-anak-kawan. Bersama Bio-Oil bukan sahaja dapat memberi yang terbaik bahkan mampu menyebarkan kegembiraan.

"Kasih sayang Ibu adalah cinta sejati - dalam bentuk yang paling tulen cinta yang ada. Dia ialah pelindung diri dan sentiasa mahukan yang terbaik untuk anaknya. Sebaliknya, cinta seorang anak perempuan terhadap ibunya tidak dapat diganti. Walaupun pertalian itu boleh menjadi kompleks dan peuh dengan masalah, pada akhirnya nanti tiada cinta lain seperti kasih sayang antara seorang ibu dan anak perempuan. Kehamilan dan melahirkan membantumembina hubungan antara seorang anak perempuannya sehinggalah anaknya dewasa dan merasai pula apa yang ibunya lalui. Bio-Oil merupakan minyak yang sesuai untuk merawat dan memeterai pertalian itu kerana ia boleh digunakan untuk mencegah dan merawat stretch marks dan garis-garis penuaan. Ianya benar-benar produk yang boleh diwarisi generasi ke generasi"
Cik Low Hooi Wan (Pengurus Unit Perniagaan Bio-Oil Malaysia)

So korang, sempena Hari Ibu, Bio-Oil ada anjurkan peraduan yang cukup mudah. Dan korang berpeluang untuk menangi set Bio-Oil! Apa yang perlu korang lakukan, dengan hanya memuat naik gambar korang dengan ibu dan nyatakan dedikasi (caption) serta masukkan juga hashtag #BioOilMY#Sheisremarkable

Dengan setiap pebelian Bio-Oil 60ml korang juga boleh memenangi satu sesi fotografi dan makeover di studio, istimewa untuk korang dan yang tersayang. Peraduan berakhir pada akhir bulan Jun 2018 nanti.

Keterangan lanjut boleh layari : https://www.facebook.com/MYBioOil/

Haqqi | Hab Kelengkapan Haji & Umrah Mampu Milik

$
0
0
Haqqi kalau dilihat pengertian dalam agama Islam membawa maksud kebenaran, yang benar. Simboliknya perkataan ini membawa maksud yang sangat baik. Sesuai dengan nama, Butik Haqqi menawarkan pelbagai barangan dan kelengkapan untuk mereka yang ingin menunaikan umrah dan haji. Selain itu, Butik Haqqi juga ada menjual produk pakaian muslim dan muslimah dari label jenama yang cukup dikenali. Antaranya seperti Owl By ND, Baju Melayu Wak Doyok dan banyak lagi.

Mula beroperasi di penghujung tahun 2016, kini Butik Haqqi telah mempunyai 4 cawangan iaitu di seksyen 7 Shah Alam, Bangi Sentral, TTDI Kuala Lumpur dan Wakaf Tembusu Kuala Terengganu.

Sebagai Pusat Sehenti (One Stop Centre) untuk mereka yang ingin mendapatkan keperluan dan barangan bagi mengerjakan umrah, tidak dinafikan pilihan yang ditawarkan cukup banyak. Antara yang menjadi perhatian saya ialah kain telekung untuk wanita.

Kain telekungnya tidak jarang, sangat lembut dan selesa. Apatah lagi tujuan utama kita menggunakan telekung memang untuk beribadat, kita haruslah mencari yang terbaik buat diri kita. Bukan hanya pakaian sahaja kita perlu memilih tetapi untuk solat kita juga pilih yang terbaik mengikut kemampuan kita.

Saya memang sangat suka akan kemasan jahitan kain telekung di Butik Haqqi. Memang sangat teliti jahitannya. Paling best di bahagian dagu, ianya menggunakan kain yang begitu lembut dan bila kita sarung telekung tersebut ianya benar-benar terletak kemas. Jadi kita tidak akan ada masalah dengan isu anak rambut mudah dan asyik terkeluar terutama apabila kita sedang beribadat.

Selain itu terdapat variasi corak kain telekung yang ditawarkan. Ini merangkumi jenis fabrik yang digunakan, lace, warna dan saiz. Oh ya! Terdapat 5 koleksi telekung yang ditawarkan iaitu Mukarramah, Aisya, Adawiyah, Az-Zahra dan Telekung Mini.

Dari segi harga memang mampu milik. Setiap koleksi menampilkan kelainan dari segi fabrik, warna, sulaman dan juga lace. Jadi ianya memberi pilihan kepada pembeli untuk memilih mengikut minat dan bajet yang mereka peruntukan.

Antara corak sulaman dan lace yang cantik hadir di dalam koleksi telekung di Butik Haqqi seperti dibawah:-

Sulaman dengan corak bunga kerawang agak simple tetapi hadirnya dengan warna lembut menyerlahkan lagi warna telekung dari koleksi ini.

Untuk yang ini lacenya memang cantik. Rasanya ianya sesuai dijadikan sebagai hantaran, hadiah nataupun beli untuk diri sendiri :-)

Penmpilan yang lebih esklusif terutama penggunaan warna gold dan putih.

Ada juga datangnya bukan dengan lace, tetapi berkelim dengan warna lain yang juga sangat cantik pada pandangan saya 

Pada mereka yang sukakan sulaman yang agak tidak berat. Saya syorkan koleksi ini. Anak-anak muda biasanya sukakan yang ringkas dan telekung rekaan seperti ini pasti menjadi pilihan mereka.

Rekaan yang cukup minimalis tetapi tetap kelihatan cantik.


Selain daripada warna putih, terdapat juga koleksi telekung berwarna lembut ada ditawarkan di Butik Haqqi.

Dan biarpun didatangkan dengan warna apa sahaja, rekaan telekung di Butik Haqqi memang sangat kemas. Seperti yang saya katakan tadi, kita boleh lihat bagaimana ianya benar-benar menutup dagu dengan selesa.

Jika ditanya pada kesukaan saya, tentunya saya memilih warna putih. Lebih universal dan lambang kepada warna putih itu sendiri yang membawa maksud suci/bersih. Dan koleksi Aisya antara menjadi feveret saya.

Antara sebabnya saya memang sangat sukakan kain jenis cotton jepun, Tak melekat di badan dan ianya tidak panas walaupun kita dah pakai lama.

Rekaan telekung ni agak berlainan sikit. Macam ada double layer di bahagian atas.

Kain telekung walaupun tidak terlalu tebal tetapi tidak jarang. Pada bahagian muka adalah free size, adjustable dengan tali, dan tebal (seperti memakai kain 2 lapis) jadi kita tidak perlu memakai anak telekung kecil.

Ini pula telekung untuk kanak-kanak, Cantikkan!

Terdapat juga mini telekung di tawarkan di sini. Memang tidak dinafikan sesetengah wanita memang meminati telekung mini kerana ianya boleh pakai seharian dan boleh terus digunakan untuk beribadat. Ini kerana dari saegi syarak, ianya telah menutupi mana yang wajib ditutup.

Pelbagai pilihan warna dan rekaan mini telekung ada ditawarkan di sini. Semuanya cantik-cantik.


Pakai mini telekung dan jubah sememangnya nampak menarik bukan?

Di Butik Haqqi juga ada ditawarkan jubah untuk lelaki. Ada pelbagai rekaan yang boleh kita pilih.

Begitu juga dengan pilihan fabrik, warna, corak dan saiz. Bergantung kenapa minat dan bajet yang kita ada :-)

Alang-alang membeli telekung dan jubah di sini, korang boleh dapatkan barangan dan kelengkapan lain untuk mengerjakan haji dan umrah. Antara yang hot selling tentulah kain ihram dari label Al-Mukarramah. Ianya adalah 100% cotton asli yang mampu memberi keselesaan dalam keadaan apa jenis cuaca yang dilalui.

Terdapat juga sarung tangan untuk wanita.

Dan juga stokin. Fabrik yang digunakan memang best :-)

Seluar ni memang sangat dicari tidak kira lelaki atau perempuan terutama untuk dipakai ketika mengerjakan umrah dan haji. 

Terdapat juga peralatan penjagaan diri khas untuk mereka yang ingin membawa ke bumi Madinah dan Mekah. Ianya memang benar-benar HALAL dan didatangkan dalam pembungkusan kompak yang sangat praktikal untuk  dibawa pergi 'travel'.

Antaranya produk Al-Haj seperti pelembab bibir, sabun mandi dan banyak lagi.

Terdapat juga produk jenama Wafda dan tali pinggang besar yang khas digunakan untuk mengerjakan haji dan umrah.

Tasbih digital, minyak wangi yang halal semuanya ada di jual di sini.

Terdapat juga sandal dan selipar pelbagai jenis rekaan dan saiz ditawarkan di Butik Haqqi. Ianya memang sandal khas yang sangat direkomenkan untuk dipakai ketika beribadat di bumi anbiya.

Seriously! Semua barangan dan kelengkapan haji dan umrah ada dijual di Butik Haqqi. Kita tidak perlu pening kepala mencari di banyak kedai untuk mendapatkan semua barangan keperluan yang perlu dibawa. Jimat masa dan paling penting harga yang ditawarkan memang sangat berpatutan.

Kita juga boleh dapatkan barangan Butik Haqqi secara online di  https://haqqi.com.my

Dan jangan lupa untuk ikuti perkembangan Haqqi di Media Sosial:-

INSTAGRAM: https://www.instagram.com/haqqi.com.my/
FACEBOOK: https://www.facebook.com/haqqi.com.my/
TWITTER: https://twitter.com/my_haqqi

Ada Apa Dengan Next Food Junction Yang Cukup Popular Bagi Penduduk Klang

$
0
0


Walaupun saya suka memasak untuk berbuka puasa tetapi sekali-sekala saya juga suka membawa keluarga untuk keluar berbuka puasa di luar. Orang kata ambil angin, sambil melayan tekak yang seleranya berlainan terutama pada bulan ramadhan.

Memandangkan saya tinggal di Shah Alam, saya suka keluar berbuka di kawasan yang berdekatan dengan rumah. Antaranya seperti pusat membeli-belah Klang Parade Mall. Apa yang menarik di Klang Parade Mall bukan hanya ada terdapat banyak butik baju, Parkson, kedai makan dan Econsave, bahkan disini juga ada satu pusat sehenti tempat makan (one stop centre) iaitu Next Food Junction yang mana kita boleh dapatkan pelbagai jenis masakan. 

Saya sangat sukakan konsep kedai didalam Next Food Junction. Ianya seperti kedai-kedai makan di street food cuma ianya adalah dalam saiz yang lebih kecil. Apatah lagi dengan susun atur kerusi meja serta rekaan dalamannya ianya seperti kita melalui pekan lama yang mempunyai deretan kedai makanan. Paling terkesan dengan warna tanah (coklat) sebagai warna utama menjadikan tempat ini hebat dan mempunyai nilai estestikanya yang tersendiri.




Ada pelbagai jenis kiosk yang menjual pelbagai jenis hidangan yang pasti memikat selera masyarakat Malaysia. Namakan sahaja apa jenis hidangan yang anda mahukan. Daripada hidangan tempatan seperti masakan gaya masyarakat Cina, Melayu dan juga India  yang cukup popular seperti nasi lemak, nasi ayam bubur asin dan pelbagai lagi. Selain itu terdapat juga masakan barat seperti spaghetti, chicken chop dan lain-lain. Begitu juga air minuman dan pemanis mulut, pelbagai pilihan ditawarkan. Paling best tentulah ABC Special yang sentiasa menjadi feveret saya. Begitu juga dengan coconut shake yang datangnya dengan bekas minuman jumbo saiz.

Antara hidangan yang saya sangat rekomen dengan korang jika datang berbuka di sini :-

Untuk hidangan barat bolehlah mencuba sphageti olio, spaghetrti marinara, chicken chop dan set berger.



Anla-anak kecil saya memang akan memilih untuk menikmati hidangan barat. Terutama hidangan spaghetti, memang mereka akan makan licin sepinggan seorang.           

Seperti suami saya, beliau cukup gemar hidangan tradisi jadi beliau memilih hidangan laksa di sini

Pelbagai jenis masakan mee ada ditawarkan disini. Antara yang telah saya cuba adalah seperti masakan diatas. Memang sedap!
Anak perempuan saya memang sukakan hidangan yang dimasak didalam claypot. Dan ini adalah antara hidangan yang agak terkenal dikalangan pengunjung Next Food Junction.  Kita boleh nikmatinya samada mee ataupun nasi, bersama kuah kicap pekat bersama sayuran (ada cendawan dan sawi cina) dan lauk seperti ayam. Paling penting ada telur separuh masak untuk lebih rasa 'kick'!

Ini pula menjadi feveret saya.Bubur bersama telur asin. Cukup rasa memang ianyamenjadikan hidangan yang cukup sempurna.
Di sini juga ada hidangan portugese grill. Cukup enak dinikmati bersama nasi putih panas, sambal belacan timun dan keropok sayur. Anak saya Afiq memang sukakan cara masakan ini, terutamanya hidangan masakan asam pedas lala dan ikan pari. Korang juga diberi pilihan untuk mencuba masakan 'portugese gril' ini yang menggunakan ikan lain seperti ikan kembung. Sedap juga. Paling penting ikan yang digunakan adalah yang segar-segar!

Ada juga nasi ayam hainan. Ini pun rasanya memang marveles!

Jika sukakan sesuatu yang lebih nusantara, bolehlah mencuba nasi ayam penyet.

Banyak bukan pilihan hidangan yang enak-enak. Dan saya kalau berbuka di sini, sup gear box juga adalah antara hidangan yang harus order. Samada saya menikmatinya bersama nasi ataupun menghirup supnya panas-panas begitu sahaja.

Seperti yang suami saya selalu katakan 'kalau badan rasa letih ataupun tidak sihat,  kita kena nikmati hidangan untuk rasa lebih bertenaga'. Ini kerana sup ini mempunyai khasiat rempah yang mampu memanaskan badan secara semulajadi. Dan masakan sup gearbox bukannya mudah ya, perlukan skil tertentu dan tempoh masakannya agak lama.

Ayam masak butter ini pun harus dicuba. Antara jenis hidangan yang trending setiap kali bulan ramadhan. Tapi wajib dinikmati bersama nasi yang masih panas-panas.

Terdapat juga bihun sup bersama bakso. Hmmm...1001 macam jenis hidangan boleh kita dapatkan di sini. Dan seperti yang saya rekomenkan adalah sebahagian hidangan yang ditawarkan. Ada banyak lagi sebenarnya.

Biasanya kita sebelum berbuka puasa lebih suka untuk menikmati manisan ataupun pemanis mulut seperti kuih muih tradisional yang boleh kita dapatkan di Bazaar Ramadhan. Menariknya di Next Food Junction ada juga menawarkan pelbagai jenis kuih-muih tradisional seperti kuih sagu, onde-onde, lepat, seri muka, karipap dan pelbagai lagi. Jadi kita boleh dapatkan semuanya di sini.

Untuk pilihan minuman terdapat juga sejuk dan panas. Tetapi antara yang menjadi pilihan saya ianya coconut shake, air asam boi dan sirap limau.



Coconut Shake di sini memang ada yang didalam saiz jumbo. Memang sangat puas minum dalam kuantiti banyak ini. Adalah sangat disyorkan agar dikongsi bersama ahli keluarga atau rakan-rakan, sebab ianya memang benar-benar bersaiz jumbo wuhuu.

Dan paling best tentulah ABC Special di sini. Memang besar dan puas dinikmati. Saya memang akan berkongsi dengan anak-anak lain jika menikmati pemanis mulut ini. Lebih banyak berkongsi lebih kegembiraan dirasai..gitewww..


So korang bolehlah sekiranya hendak mencari kelainan tempat berbuka puasa yang ada menawarkan segala macam hidangan yang membuka selera, mohon terjah Next Food Junction di Tingkat 5, Klang Parade Mall Selangor. Terbaik baq angg!!

Sememangnya ini adalah antara tempat makan pilihan penduduk Klang Selangor.


Dah sekiranya kalau korang berkesempatan untuk datang ke Klang Parade pada 3 Jun 2018, bolehlah melihat sekali persembahan artis seperti Hael Hussaini (pastikan anda tidak kena 'jampi', hehe), Khai Bahar, Kilafairy, Beki Zainal dan Adibah Noor.

Untuk keterangan lanjut boleh klik SINI!


Promosi Hebat di Jakel Shah Alam Bersempena Dengan #JakelBarulahRaya

$
0
0
Kempen Jakel Barulah Raya di Wisma Jakel Shah Alam menawarkan pelbagai promosi menarik termasuklah lelongan baju sehingga 85% diskaun. Selain itu, Jakel Shah Alam juga menawarkan 100 pasang baju melayu secara PERCUMA kepada pelanggannya yang terawal.

Memang meriah! Tidak hairanlah pada pagi Ahad 20 Mei 2018, begitu ramai pelanggan sudah berkumpul di hadapan bangunan Jakel Shah Alam bagi merebut pelbagai tawaran yang telah disediakan kepada pelanggannya.

Selain itu, antara asbab kenapa begitu ramai pelanggan yang hadir pada hari tersebut di Jakel Shah Alam ialah dengan kehadiran duta-duta Raya Jakel untuk tahun ini. Antaranya seperti Nabil Ahmad, Awal Ashari, Scha Al-Yahya, Lara Alana, Hairul Azreen, HAnis Zalikha, Yusuf Iskandar, Harith ISkandar dan juga Upin dan Ipin.

Pastinya apabila Dee yang ditugaskan menjadi pengacara diatas pentas memang gamat suasananya. Apatah lagi kehadiran Nabil dan Harith Iskandar yang begitu sinonim dengan dunia lawak di Malaysia. Senda gurauan dan saling berkongsi cerita didalam majlis berkonsepkan sembang santai.

Salah satu tanggungjawab sosial Jakel untuk melibatkan aktiviti kemasyarakatan (CSR) iaitu membantu penduduk setempat yang memerlukan bantuan apatah lagi di musim perayaan ini.

Harrith Iskandar yang tidak pernah mengecewakan setiap kali bercakap di atas pentas memang kelakar habis!

Untuk pengetahuan semua Jakel kini boleh dikatakan sebagai "One Stop Centre" yang mana telah menawarkan pelbagai barangan yang bukan hanya fokus kepada pakaian, bahkan pelanggan juga boleh mendapatkan langsirdan sebagainya. 

Apa yang menarik, berbelanja di Jakel kita akan dapat rasakan 'sense of belonging' yang mana kita boleh dapatkan pelbagai jenis rekaan pakaian, warna dan saiz dari koleksi pelbagai selebriti Malaysia yang cukup dikenali. Dan tidak dinafikan rekaan baju di Jakel memang mengikut peredaran zaman. Dengan pemilihan fabrik yang berkualiti tinggi, pengggunaan warna yang bersesuaian serta perincian yang sangat kemas dan rapi. Nah! Ternyata gabungan ini menjadikan pemakai lebih berpersonaliti dan bergaya.
Upin Ipin in da house! Pastinya pakaian koleksi kanak-kanak dari label ini sangat dinantikan si cilik. Dengan setiap pembelian baju melayu upin ipin akan diberikan sampin dan juga butang baju melayu yang cantik.

Selain Upin Ipin, terdapat juga baju melayu di bawah label Yusuf Iskandar dan baju kurung kanak-kanak dibawah label Lara Alana.

Paling best di waktu majlis lelongan jualan "Happy Hour", yang mana duta Jakel ini sendiri yang beria mempromosikan pakaian dibawah label nama mereka. Memang harga runtuh uolls. Bayangkan dari harga beratus-ratus boleh jatuh pada harga RM150, RM100 dan ada yang bawah RM100.


Antara yang perlu saya kongsikan kenapa korang kena dapatkan baju melayu di Jakel. Antara sebabnya kain samping di Jakel adalah kain samping benang. Jika kita sudah biasa dengan kain sampin songket, untuk tahun ini cuba ubah kelainan dengan menggayakan baju melayu bersama sampin kain benang yang lebih unik dan cantik. Senang dipakai dan memberi keselesaan sepanjang masa. Dengan pelbagai pilihan warna dan ianya hanya esklusif boleh didapati di Jakel. 

Saya suka beli pakaian raya di JAkel sebab ianya menawarkan pakaian yang berkonsepkan kekeluargaan. Contohnya kalau kita nak pakai sedondon dari segi warna dan rekaan bersama anak, memang mudah mendapatkannya di sini. Paling best sebab banyak betul pilihan warna dan rekaan yang ditawarkan. Jadi kita akan rasa puas dan mampu membuat pilihan yang terbaik buat keluarga. Antara koleksi berkonsepkan kekeluargaan seperti koleksi Schawalara (koleksi scha, awal dan lara) dan koleksi keluarga Hairul (koleksi Hairul Azreen, Hanis Zalikha dan Yusuf Iskandar).

Koleksi kurta antara yang sentiasa menjadi pilihan pelanggan. Untuk tahun ini koleksi kurta adalah dari label Hairul Azreen dan Awal Ashaari antara rekaan yang 'up-to-date' yang mana menggunakan kain fabrik cotton yang berkualiti tinggi, serta kekemasan yang terserlah di bahagian potongan leher dan bahu. Palinng 'cool' kurta ini juga didatangkan dengan detailing pocket dan butang pada sisi lengan. Ada puluhan jenis rekaan kurta dan juga variasi pilihan warna yang boleh dipilih.

Koleksi baju melayu Aaron Aziz untuk tahun ini telah memperkenalkan warna baru yang lebih segar iaitu warna hijau burung merak ataupun dikenali sebagai warna teal green. Manakala baju melayu Nabil Ahmad berkonsepkan rekaan kontemporari yang menekankan potongan slim fit dan juga kekemasan pada bahagian leher dan tangan. Warna yang bakal mendapat perhatian dari koleksi ini ialah warna merah hati.

Terdapat juga baju melayu Awal Ashaari, trademarknya mempunyai tanda AA di bahagian poket. Dan untuk rekaan tahun 2018, warna dan jenis fabrik banyak diberi penekanan untuk label Awal. Warna yang bakal menjadi permintaan tinggi dari label ini ialah warna navy blue.

Untuk mereka yang plus size, bolehlah dapatkan koleksi Baju Melayu Harith Iskandar. Warna hangat yang pasti dicari oleh pelangan dari koleksi ini adalah warna yellow buttercup.

Untuk makluman korang, harga baju melayu yang ditawarkan dari Jakel adalah serendah RM89 dan lebih. Dan setiap pembelian baju melayu didatangkan juga dengan sampin yang diberikan secara PERCUMA. Pelanggan juga boleh mendapatkan butang baju melayu disini. Mudahkan semuanya di bawah satu bumbung, kita boleh dapatkan terus set pakaian raya :-)


Koleksi baju kurung di JAkel kebanyakannya adalah baju kurung moden. Pelbagai rekaan menarik dan sememangnya cantik. Setiap koleksi baju kurung diberikan sentuhan esklusif pada setiap rekaannya. Baju kurung moden ini mensasarkan kepada golongan remaja sehingga dewasa. Sebagai contoh untuk koleksi Ayda Jebat didatangkan pilihan warna yang menarik dan motif corak printed yang terkini.

"Ingat Kain, Ingat Jakel"

Jom dapatkan koleksi raya anda di Jakel Shah Alam - memang berbaloi dengan kualitii dan rekaan pada harga yang cukup menarik!

Sosial Media Jakel Shah Alam:
https://www.facebook.com/jakelshahalam/
https://www.instagram.com/jakel_shahalam/

#JAkelBarulahRaya

Kredit Some Pics From: dboystudio, Bonda Zaidalifah

Nikmati Hidangan Selera Warisan Desa Di 9Kedondong

$
0
0
Jika berbuka puasa di kawasan Kuala Lumpur, destinasi pilihan tentunya di 9Kedondong. Ini kerana setiap tahun buffet ramadhan di 9Kedondong tidak pernah menghampakan. Dengan harga buffet yang sangat berpatutan (boleh dikatakan agak murah juga) iaitu RM55 untuk dewasa dan kanak-kanak hanyalah RM28 sahaja.

Paling best, bila datang di sini kita tidak akan ada masalah mencari parking. Surau dengan fasiliti lengkap juga disediakan. Kemudahan lain seperti tandas juga sangat berdekatan. Dan paling best, kawasan berbuka di 9Kedondong ini memang mesra kanak-kanak (child friendly). Dekorasi didalam dewan, termasuk penggunaan kerusi dan meja memang selamat untuk kanak-kanak. Begitu juga lantai didewan ianya ditutupi dengan rumput tiruan. Jadi jika anak-anak berlari dan sekiranya tiba-tiba terjatuh mereka tidak akan mengalami kecederaan :-) Bukan sahaja mesra kanak-kanak, bahkan jika kita hendak membawa ayah dan ibu atau warga emas tentunya tidak ada masalah kerana fasiliti di 9Kedondong sememangnya memudahkan mereka untuk mengambil makanan, beriftar dengan keluarga dengan selesa dan paling penting sekiranya hendak solat begitu dekat dengan dewan makan. Tidak perlu menaiki tangga dan lif seumpamanya.

Siap ada booth untuk pelanggan bergambar. Apa lagi memang melenjanlah kami anak-beranak posing di sini, hehehe. Menarik tentang menu hidangan yang ditawarkan di sini adalah berkonsepkan "Selera Warisan Desa".  Di mana pada hari ini menu-menu tradisi yang biasanya boleh kita rasai di kawasan desa agak sukar didapati di kawasan bandar. Antara lain kenapa saya suka berbuka di 9Kedondong sebabnya masakan dihidangkan disini semuanya sedap-sedap dan bervariasi. Memang tahap keterujaan berskala maksima apabila melihat akan lauk-pauk yang disediakan. Ini belum lagi pada kepelbagaian kuih tradisi, citarasa Asean seperti pulut mangga, kambing bakar, udang bakar dan pelbagai lagi.

Susun letak meha serta kerusi dan dekorasi didalam dewan. Nampak begitu esklusif bukan. Seolah-olah menghadiri majlis tertutup. Suasana sangat tenang dan kita boleh berbuka puasa dengan lebih privasi bersama keluarga mahupun sahabat-handai.

Ini adalah antara hidangan di dalam "Selera Warisan Desa" yang ditawarkan di sini. Memang banyak! Sepanjang meja ini tersusun dengan pelbagai lauk-pauk yang membuka selera.

Ikan Keli Berlado- Ini memang feveret my Afiq. Dengan keranggupan ikan keli goreng disaluti dengan sambal istimewa yang ditumbuk.

Daging black-pepper - Lembut betul daging, apatah lagi dimasak dengan perapan lada hitam. 

Ayam Percik- Kuah percik yang cukup lemak dan rasa. Makan meratah macam tu pun dah sedap, hiks.

Sambal Udang - Peminat udang pasti akan meyesal mencuba hidangan ini. Apatah lagi ada dicampurkan dengan petai. Makan dengan nasi panas-panas memang terbaik.

Lala goreng berlada - Hidangan ini pun mantap juga.

Siput sedut masak lemak. Hidangan ini antara yang menjadi tumpuan. Kesedapan kuah yang cukup rasa apatah lagi masakan siput sedut yang sememangnya agak sukar didapati di kedai makan luar, tidak hairanlah hidangan ini sememangnya 'laku-keras' senantiasa.

Sayur brakoli goreng. Feveret anak-anak dan juga orang dewasa.

Kerabu mangga :-)

Kerabu perut. Ini sedap giler, hokeh.

Lebih padu lagi, bila kita dapat menikmati hidangan dengan ulam-ulaman berserta sambal tempoyak, sambal belacan, budu mahupun cencalok. Siyes! Boleh menambah nasi lebih sekali tau.

Ada Yong Tau Fu juga. Feveret port anak lelaki bujang saya. Apatah lagi ada pelbagai jenis bebola ditawarkan. Terdapat juga sup tomyam sebagai pilihan jika hendak menikmati yong tau fu ini bersama sup.

Bagi mereka yang suka berbuka dengan hidangan yang lebih ringan. Bolehlah mencuba hidangan mee di sini. 

Antara hidangan yang saya suka adalah laksa Johor.

Ini antara menu pilihan kanak-kanak iaitu mee goreng.

Terdapat juga ayam bakar, udang bakar, daging kambing bakar dan sosej. Turut disediakan 'coleslow' dan 'mashed potatoes'

'Mashed potatoes' homemade uolls. Sedap!

Dekat gerai ni ada disediakan ABC dan juga pengat dan bubur sebagai pemanis mulut.

ABC yang ada macam-macam isi didalamnya. 

Pengat pisang, bubur jagung dan bubur cha cha.

Gerai yang menyediakan hidangan citarasa Asean. Ada pulut mangga dan pengat durian.

Pulut mangga...nom nom nom

Untuk manisan ditawarkan kuih-muih tradisi dan juga kek serta tart.

Mini cheese tart dan apam polkodot

Kek coklat lembap. Sedap hoi!

Tepung pelita.

Kuih seri muka dan karipap.

Kuih koci.

Disediakan 2 jenis minuman panas iaitu teh tarik (ini sedap hoii, saya menambah 3 kali cawan) dan kopi. Dan 2 jenis minuman sejuk (kordial). Di sini juga disediakan air kosong sekiranya pengunjung tidak mahu menikmati air manis.

Surau memang disediakan bersebelahan tempat makan. Ianya adalah kegunaan muslim dan muslimat.

Diadakan juga solat jemaah untuk Maghrib dan Isyak, begitu juga terawih. Kelebihannya apabila berbuka disini, kita tidak perlu menikmati juadah iftar dengan tergesa-gesa. Ini kerana pada masa yang sama kita boleh menunaikan kewajipan kita sebagai umat islam (solat) dan tentunya kita boleh berbuka dengan tenang ini setelah selesai solat dan sebagainya. Dapat solat berjemaah lagi. Ada ustaz jemputan setiap hari tau!

Memandangkan ianya bertemakan 'Selera Warisan Desa', props dekorasi ini memang mempamerkan suasana ala-ala di desa. Ada serambi, basikal tua, pemandangan sawah dan pelbagai lagi.

Untuk pengetahuan korang buffet ramadhan di 9Kedondong ini adalah dari 18 Mei sehingga 10 Jun 2018. 

Harga buffet yang ditawarkan cukup berpatutan seperti:-

RM55 dewasa (13-59 tahun)
RM28 kanak2 ( 7- 12 tahun)
RM28 Warga Emas ( 60 keatas)
F.O.C Kanak- kanak ( 0-6 tahun)


Selain tu 9Kedondong juga menerima tempahan untuk majlis berbuka puasa esklusif (private iftar)  atau perjumpaan berkumpulan sempena ramdhan dan sebagainya. Kalau korang ada perancangan nak buat majlis iftar, makan-makan dan sewaktu dengannya bolehlah adakan di 9Kedondong yerpp.

Sebarang pertanyaan atau tempahan sila hubungi :
018-7669065 ( Cik Rabia) atau 017-2250705 ( En Haziq)

Alamat:
9, Jalan Kedondong
Off Jalan Ampang
55000. Kuala Lumpur

Waze : 9Kedondong
Beroperasi setiap hari bermula 6.00pm - 10.00pm

Facebook : https://www.facebook.com/9Kedondong/

Instagram : https://www.instagram.com/9Kedondong/

Kalau korang  berbuka di sini, bolehlah guna promo kod = surayax9kedondong dan korang akan dapat 10% diskaun dari jumlah bayaran yang dikenakan.

Jom berbuka di 9Kedondong!

Acara "Super Mom Mother's Day Contest" di The Mines Memang Ohsem

$
0
0
Pada hari Sabtu 19 Mei 2018 yang lepas, gigih tau saya dan anak-anak menyertai acara ala-ala treasure "SUPER MOM", Mother's Day Contest di The Mines Seri Kembangan Selangor. Acara anjuran CapitaLand dengan tajaan beberapa pihak syarikat gergasi lain seperti Oliver Goumet, Mr. DIY, Giant, NHF, Sipiring, Starbucks, Fun Factory dan banyak lagi.

Seramai 10 pasangan ibu dan anak menyertai acara ini yang dianjurkan bersempena dengan Hari Ibu. Apa yang menarik setiap pasangan perlulah menghadapi cabaran dan melakukan tugasan tertentu di setiap check point yang telah ditetapkan. Memang meriah! Melihatkan gelagat ibu dan anak yang bertungkus-lumus menjayakan cabaran yang diberikan memang terbaik. Menerusi pengalaman saya sendiri sebagai salah seorang peserta, sepanjang acara berlangsung kami memang 'enjoy' bahkan tidak ada rasa stress langsung. Ini kerana menyertai aktiviti ini bukan sahaja kita dapat menghabiskan masa berkualiti bersama anak-anak bahkan kita dapat banyak belajar perkara yang baru. Paling best! Saya bersama peserta-peserta lain dapat mengenali lebih dekat antara satu sama lain dan membina komuniti ibu yang baru. Bukankah ini sesuatu yang hebat! Hiks.

Check Point 1: Oliver Gourmet

Memasak menggunakan bahan yang disediakan oleh penganjur. Apa yang menarik setiap peserta perlu menyediakan satu hidangan istimewa untuk dinilaikan dalam tempoh 1 jam. Dan sebagai ibu kita pasti akan menyediakan sesuatu yang enak dan berkhasiat. Di dalam cabaran ini para ibu perlu berkerjasama dengan anak bermula dari penyediaan, mengolah masakan, memasak (jika perlu) sehingga menghidang. Ramai dikalangan peserta memang hebat dalam 'food art', hasilnya hidangan akhir memang semua peserta dapat memberikan yang terbaik dan hebat.
Kami di stesen 3, bersempena dengan kumpulan kami yang bernombor 3. Heheheh. Kali ini saya menyertai aktiviti bersama Afiq, walaupun beliau puasa tetapi semangat berpasukan dengan ibu tu memang nampak Afiq cukup bertenaga dan ceria. Hihi.

Pada asalnya, memang kitaorang macam 'blank'...Eh nak masak apa ya...Sebab melihatkan semua peserta lain sudah bersungguh-sungguh mengambil bahan masakan tetapi kami tetap 'clueless' nak masak apa. Akhirnya, kami menggunakan sahaja apa bahan yang ada, maka terhasillah hidangan yang cukup istimewa ini.

Antara sempat dihasilkan dalam masa 35 minit. Garlic Bread berkeju, salad perancis, sup cendawan istimewa berkeju (didalam tomato) dan buah-buahan segar sebagai pemanis mulut.

Hidangan lain yang disediakan oleh peserta. Semuanya hebat-hebat belaka :-)

Check Point 2: Natural Health Farm (NHF)

Di check point sini kami telah diberi penerangan tentang produk yang ada di NHF. Untuk pengetahuan semua pengasas NHF adalah Dr Jessie Chung dan jenama ini sebenarnya sudah ada pasaran hampir 20 tahun lamanya. Pelbagai informasi menarik telah dikongsikan terutama yang berkaitan dengan kesihatan. Kebanyakan produk NHF adalah berunsurkan organik dan selamat digunakan untuk semua peringkat usia.

Untuk di check point ini kami perlu menjawab kuiz yang diberikan sebanyak yang boleh. Bersungguh-sungguh kitaorang mencari jawapan berdasarkan barangan yang ada di rak farmasi NHF.

Check Point 3 : Fun Factory

Anak saya masa tiba di sini memang dan teruja. Maklumlah Fun Factory adalah 'indoor park' yang menawarkan pelbagai permainan mesin seperti 'car racing', zombies, motorsport champion dan banyak lagi. Tapi cabaran kami di sini adalah untuk bermain roller-blade.

Memang kelakar! Bayangkan ada yang diantara kami para ibu ini untuk seumur hidup inilah pertama menyarung kasut roller-blade. Ya ampunnn...Tergelak-gelak besar kami di situ. Hendak berdiri pun tak mampu, hahahahahaha.

Tapi bukan nak puji memang realiti. Setiap ibu (peserta) bersungguh-sungguh mencabar diri mereka berjalan mengguna roller-blade. Ada yang merangkak juga (macam saya, hahahahaha). Tapi akhirnya dengan jasa baik penganjur, menukar cara permainan iaitu hanya anak sahaja yang perlu menyarung kasut roller-blade.
Afiq dia memang excited sebabnya dia seorang anak yang sukakan cabaran. Seorang anak lelaki yang suka dunia lasak. Mungkin pendedahan suami terhadap anak-anak dengan kerap membawa mereka melakukan aktiviti lasak seperti 'wall climbing'. parasailing (pun pernah), jungle trekking dan macam-macam lagi. Yang bestnya Afiq walaupun first time pakai roller- blade tapi beliau mudah belajar dan senang sahaja membuat imbangan berbanding dengan mak dia yang asyiklah nak jatuh sahaja. Tiba-tiba lepas main roller-blade terus bercita-cita nak dapatkan satu untuk Afiq dan anak-anak lain. Memang 'fun' sebenarnya kalau tahu guna :-)
Cabaran di sini, pasangan ibu dan anak perlulah melepas satu garisan yang ditetapkan. Dan untuk 3 pasukan yang terpantas akan mendapat markah. Dan alhamdulillah saya dan Afiq berserta Kylie dan anak serta Zharif bersama ibunya mendapat markah untuk cabaran ini.

Check Point 4 : Mr. DIY
 Siapa sahaja yang tidak kenal dengan kedai serbaneka yang menjual pelbagai alatan pertukangan, kraftangan dan barangan rumah. Macam-macam ada! Mr. DIY ini memang antara kedai feveret saya dan keluarga.

Di check point ini apa yang kami lakukan adalah menghasilkan satu seni kraftangan. Yang sebenarnya aktiviti ini perlu melibatkan kesabaran yang tinggi dan kesungguhan yang konsisten. Hahahaha. Seriously! Untuk orang macam saya yang jarinya keras tidak berseni langsung memang memakan masa yang lama hendak menyiapkan sesuatu hasul kraftangan.
Namun berkat rakan sokongan, my Afiq berjaya jugalah kami bertukang dan bersama-sama berhempas pulas menggunakan benang yang disediakan menghasilkan satu seni karf bolehlah kami berdua banggakan, hahaha. Tapi kalau tengok pada hasil kraf Kylie dan Mira memang cantik sangat. Tapi pujian harus diberikan kepada semua peserta kerana berjaya menyiapkan aktiviti ini tidak sampai 30 minit. Hasil kraf semuanya dapat dihasilkan secara kreatif dan menarik.

Bahan-bahan yang disediakan oleh pihak pengajur.

Tadaaaaaaaaaaaaa,,,Hasil seni kraf saya hehehehehe...Si rama-rama dan bunga tulip...

Check Point 5 : Pasaraya Giant

Check point yang terakhir. Untukcheck point ini memang memerlukan tenaga dan semangat kerjasama berkumpulan yang tinggi. Ecececece. Apa yang kami perlu lakukan adalah mencari 10 barangan di dalam gambar yang diberikan di dalam Pasaraya Giant selama 5 minit. 

Dan Giant kat sini agak besar jugak tau. Tetapi semangat kami peserta untuk menghabiskan semua tugasan dengan cemerlang, memang sebaik sahaja bunyi wisel kedengaran memecut pantas mencari semua barangan yang telah disenaraikan.

Gambar sebelum wisel dibunyikan. Wajah muka ni helok lagi...Tapi lepas habis sahaja acara berlari-lari, tudung senget abis, hahahahaha.



Dan paling tidak disangka, kumpulan saya dinobatkan sebagai Juara. rasa terharu dan 'speechless' juga. Ini kerana pada mulanya saya menyertai sekadar suka-suka bersama rakan ibu yang lain (mom bloggers). Rezeki manis buat saya sekeluarga kerana telah memenangi hadiah cash RM500 berserta hamper-hamper dari penaja yang lain.
Tahniah juga buat  Miera untuk tempat kedua serta Kylie di tempat ketiga. Untuk tempat kedua hadiahnya adalah cash RM300 dan hamper. Manakala tempat ketiga cash RM200 dan hamper.

Hakikatnya semua peserta yang menyertai acara ini adalah "SUPER MOM", mereka tetap menjadi JUARA di hati anak-anak mereka. Pelbagai tugasan dapat dilaksanakan dengan baik melalui kerjasama, berkomunikasi dengan baik dan paling penting sentiasa memberi sokongan antara satu sama lain. Semua pemenang saguhati turut menerima cash dan goodies bag yang menarik.

Terima kasih CapitaLand, penaja-penaja dan juga penyelaras acara iaitu Scoops Mediacom atas kecemerlangan menjayakan acara yang cukup bermakna ini sehingga sukses.

Banyak Tawaran dan Promosi Menarik Di Lulu Hypermarket | Jom Shopping Sakan

$
0
0
Zaman sekarang ni kalau nak pergi shopping kena pandai pilih tempat. Haruslah kesedaran menjadi pengguna bijak perlu ada dalam diri apatah lagi saya yang sedia maklum mempunyai ahli keluarga yang ramai.

Dalam banyak tempat untuk berbelanja saya paling suka pergi ke Lulu Hypermarket & Department Store. Lokasi hypermarket ini terletak di betul-betul di bandar KL. Memandangkan sekarang sudahpun bermula ramadhan dan tidak lama lagi kita akan menyambut sambutan aidilfitri, alang-alang berjalan ke Jalan Tar  untuk shopping raya jadi bolehlah singgah sekali di sini bila barangan keperluan. 

Untuk pengetahuan korang, Lulu Hypermarket ini terletak betul-betul sebaris dengan Butik Ariani dan Jakel Kuala Lumpur.

Ya ampun!!! Banyak promosi telah berlangsung di Lulu Hypermarket sebenarnya. Memang langkah kananlah masuk ke pasaraya di sini. Ini kerana  terdapat banyak gila barangan yang ditawarkan dari barangan dapur, rumah, pakaian, penjagaan diri dan banyak lagi ada ditawarkan sehingga diskaun 70 peratus.

Promosi Ramadhan Sehingga 31 Mei 2018
Barangan keperluan rumah terutamanya seperti barangan dapur, perkakasan hiasan rumah, beg, permainan dan banyak lagi semuanya ditawarkan pada harga yang cukup berbaloi.

Paling best di bahagian lauk-lauk basah seperti ikan, daging, ayam memang semuanya segar-segar.

Begitu juga di bahagian sayuran dan bahan kering. Memang seperti pasar yang menawarkan hampir semua sayuran yang boleh kita dapatkan di pasaran. Tetapi pada harga yang cukup berpatutan.


Lulu sebenarnya sangat popular dengan manisan dari negara Arab. Saya kalau datang ke sini memang akan memborong manisan ini kerana pasaran di luar agak sukar untuk diperolehi. 

Bahagian bakeri di sini memang menawarkan roti, kek dan manisan yang sedap-sedap, korang kena beli dan rasa sekali!

Buah kurma di Lulu adalah antara yang terbaik di pasaran. Apatah lagi di musim bulan Ramadhan, pihak Lulu telah mengeksport secara esklusif buah kurma yang terbaik. Antara kurma premium yang boleh didapati di sini seperti Kudhri, Mejdoul dan banyak lagi. Semuanya dijual pada harga yang mampu milik.

Terdapat juga biskut raya dengan pelbagai varian. Bagi mereka yang mencari biskut raya bolehlah dapatkannya di sini.


Saya boleh berada lama di bahagian Lulu supermarket di tingkat bawah ini. Terlalu banyak pilihan dengan harga yang sangat berpatutan menjadikan rambang mata untuk saya membuat pilihan. Bak kata suami saya "syurga wanita yang suka masak", hehehe. Semua produk yang ditawarkan adalah dijamin HALAL dan kualitinya sentiasa disemak dari masa ke semasa.

Dah alang-alang berada di Lulu Hypermarket ini, saya mencari juga pakaian untuk dipakai seisi keluarga pada Hari Raya nanti. Apa yang seronoknya tentang koleksi pakaian di Lulu ini, ianya menyediakan semua jenis pakaian lelaki dan perempuan bahkan kanak-kanak di satu aras. Senang sangat kalau kita nak buat carian pakaian untuk satu keluarga. 

Korang juga boleh dapatkan diskaun sehingga 70% untuk pakaian dari jenama terpilih.

Ada pakaian santai untuk lelaki dari jenama-jenama hebat juga tau.  Antara koleksi pakaian kasual lelaki seperti John Louis, Tag Basic, Sunnex, Twills, Oxemberg, Louis Phillipe, Cortigiani, Sin, River Blue dan banyak lagi. 

Manakala untuk jenama pakaian wanita adalah seperti Eten Women, Arezzo, Cortigiani, Louise Phillipe, John Louis, Shiromy, Maggie Koo dan banyak lagi. Kelaian adalah pada rekaan, warna dan fabrik yang digunakan.

Saya memang teruja betul melihat koleksi anak-anak di sini. Comelnya gaun-gaun disusun kemas terletak cantik di para. Pelabagai warna dan rekaan benar-benar mencuri perhatian.

Koleksi pakaian anak dari seawal 0 bulan meliputi pakaian, kasut dan barangan keperluan lain buat mereka.

Koleksi capal, selipar dan kasut untuk lelaki dan wanita turut ada ditawarkan di aras ini. Begitu banyak pilihan :-)

Antara baju yang menjadi tarikan saya ketika berada di sini. Manis juga bukan jika menggayakan jubah di pagi Aidilfitri.

Serius korang, kalau datang Lulu sila singgah di bahagian Lulu Celebrate. Ini terutama bagi mereka yang meminati kain sari. Sangat banyak pilihan dan yang paling penting cantik-cantik dan murah.

Kalau rasa tak nak beli kain sari tapi berminat untuk dapatkan baju yang sedia siap, seperti baju pujanbi boleh juga korang dapatkan di sini.


Siap ada potongan harga lagi. 25% diskaun, murahkan :-)

Korang juga boleh mendapatkan barangan rumah di level 3. Ada macam-macam perkakasan dan perhiasan rumah. Pinggan mangkuk, karpet dan macam-macam lagilah ada. Kiranya berada di sini kita boleh dapatkan semua barang yang kita kehendaki. Jadi tak perlu pening kepala dengan hadap kesesakan jalan raya, tidak buang masa bahkan memudahkan kita untuk merancang perbelanjaan rumah.


Pelbagai jenis karpet/permaidani bagi mencantikkan ruang tamu, ruang rehat mahupun bilik tidur rumah anda.

Sebagai hiasan ataupun dijadikan perkakasan hidangan buat para tetamu.

Barang perhiasan mencantikkan rumah dan pelbagai lagi baranagan yang lain turut ada ditawarkan kepada pelanggan Lulu.

Bazaar Raya Sehingga 20 Jun 2018

Bersempena dengan bulan Ramadhan dan kedatangan Hari Raya Aidilfitri, Lulu juga telah mengadakan Bazaar Raya yang menawarkan pelbagai barangan elektrik, peralatan serta perkakasan rumah, kasut, dan bagasi dari jenama sepertiPanasonic, Tefal, faber, Sony, Samsung, LG, teka dan banyak lagi. Potongan harga diberikan sehingga 50% diskaun.

Antara barangan yang diberikan potongan 50%, jauh murah jika dibandingkan harga dengan di pasaran.

Memasuki ruang Bazaar Raya memang kita akan dapat lihat barangan elektrik sebagai contohnya disusun kemas mengikut jenis dan kategori bagi memudahkan kita untuk membuat pilihan.

Kebetulan memang saya mencari pengisar. Lihat kepada jenama Panasonic ini yang dijual pada harga RM115 memang murah.

Macam-macam ada! Jadi sekiranya korang mencari peralatan elektrik rumah dengan harga yang terbaik, jangan lupa datang Lulu. Bazaar Raya di Lulu berlangsung sehingga 20 Jun 2018 ya.

Peraduan Beli dan Menang Sempena Ulangtahun Yang Ke -2 (sehingga 31 Ogos 2018)

Alang-alang berbelanja di Lulu jangan lupa untuk serat peraduan yang dianjurkan. Caranya mudah sahaja, dengan hanya berbelanja sebanyak RM50 dan ke atas dalam 1 resit (sepanjang tempoh promosi). Dapatkan kupon cabutan bertuah, isi butiran diri dan masukkan didalam kotak cabutan yang disediakan.

Sebanyak 2 buah kereta Myvi ditawarkan. Selain itu terdapat juga hadiah lain seperti motor Yamaha Lagenda 115z, telefon pintar dan voucher Lulu.

Terdapat 2 sesi cabutan iaitu pada 14 Julai 2018 dan juga 8 September 2018. Korang boleh rujuk kepada staff Lulu di Pusat Perkhidmatan Pelanggan untuk keterangan lanjut.

Saya dah shopping sakan di Lulu, anda bila lagi??

Jom shopping di:-

LuLu Hypermarket & Department Store,
Lot 159,
Persiaran CapSquare,
Off Jalan Munshi Abdullah
50100 Kuala Lumpur



Untuk mengetahui mengenai promosi di Lulu Hypermarket boleh layari,

Website :
http://www.luluhypermarket.com/MY/all


LIKE dan FOLLOW Lulu social media seperti:-

Facebook Page :
https://www.facebook.com/LuLuHypermarketMA/?brand_redir=157614940957730


Instagram Link :
https://www.instagram.com/luluhypermy/

Jom Shopping di Lulu...

Hotel GrandBluewave Menganjurkan Majlis Iftar Amal Bersama Anak Yatim

$
0
0
Ramadan 2018 kembali lagi. Bulan yang pernuh keberkatan yang mana semua umat Islam wajib berpuasa sepertimana di dalam salah satu daripada lima Rukun Islam yang kita ketahui. Puasa memerlukan kita untuk menahan lapar dan dahaga, mendekatkan lagi dengan Pencipta serta sentiasa mengingati kehidupan insan lain terutama mereka yang tidak bernasib baik. Di bulan ramadhan juga mengajar kita untuk kita lebih bersopan, sabar, disiplin dan yang paling penting mempunyai kemurahan hati.
Bagi kebanyakan kita, apabila kita berpuasa, minda kita cenderung untuk menikmati makanan yang lazat tibanya waktu berbuka. Kehadiran seisi keluarga bersama-sama berbuka menyemarakkan silaturrahim yang sedia terbina.
Bagaimanapun, bulan ini juga mengingatkan kita tentang berjuta-juta orang di luar sana yang tidak mempunyai keluarga lagi. Untuk itu, Grand BlueWave Hotel Shah Alam (GBWHSA) telah mengambil peluang untuk meraikan anak-anak yatim dari Pertubuhan Rahoma Darul Fakir Malaysia dan Teratak Nur Barakah. Mereka telah dijemput untuk menikmati Buffet Ramadan kami untuk acara amal pada 2 Ramadan 1439H / 2018M.
Acara Iftar dimulakan dengan upacara pemberian duit raya, seterusnya sesi berfoto bersama dengan anak-anak yatim dan media. Anak-anak yatim yang dijemput begitu teruja dan bersemangat untuk berbuka melihat akan sajian yang telah pihak hotel sediakan. Usai selepas doa Maghrib, anak-anak ini dapat menikmati hidanganmakan malam yang begitu lazat. Antaranya seperti kambing panggang, Margarita Pizza, Braised Beef Wellington, variasi Dim Sum diikuti oleh pelbagai pencuci mulut yang enak.

“Alhamdulillah, we are very happy to always have this gathering because it makes us feel very proud when we see these children and the needy smile and happy. We shall continue giving the best service to our customers and we encourage everyone to come and experience our services. The background of the Iftar with the orphans is as backed by our hospitality and unique service we offer our customers. We encourage all to use this period for constructive things and also unite for a better tomorrow,” "kata Pengurus Hotel GBWHSA, Tuan Haji Mohd Ghazali Sayed Ibrahim.

Program anjuran Grand BlueWave Hotel Shah Alam, ini juga telah mendapat penajaan dari Bayu Spa. Hari yang cukup bermakna yang membawa kebahagiaan dan kegembiraan yang dapat kita lihat sendiri dari wajah anak-anak ini. Moga tanggungjawab sosial ini dapat diteruskan untuk tahun-tahun yang seterusnya.
Viewing all 2935 articles
Browse latest View live