Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all 2933 articles
Browse latest View live

LEGO Malaysia Memperkenalkan Set 'Gift of Play' Bersempena Dengan Sambutan Tahun Baru Cina

$
0
0
Siapa sahaja tak teruja bila berada di dunia Lego! Bukan sahaja kanak-kanak bahkan golongan dewasa juga. Dan menariknya bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina tidak lama lagi LEGO Malaysia telah mengadakan Acara  LEGO Lunar New Year yang bertempat di Mid Valley Megamall dab The Mall Mid Valley Southkey Johor Bahru, Acara ini berlangsung hampir sebulan iaitu bermula dari 5 Januari sehingga 2 Februari 2020.

Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang pastinya menjadi tarikan pengunjung. Antaranya seperti:-
  • Rot Building Competition
  • Drum Up the Lion
  • Creative LEGO Shadow Play
  • Give the Gift of Play
  • Wishing Tree

Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan LEGO di sini kerana pelbagai tawaran menarik ditawarkan. Antaranya seperti:-
  • Pengunjung terawal yang membeli kedua-dua set LNY akan mendapat baucer LEGO bernilai RM28 dan tiga item hadiah dengan pembelian (GWP) edisi terhad (LEGO Angpow, LEGO Traditional Drum dan LEGO Candy Box)
  • Pembeli yang berbelanja min RM238 ke atas sebarang pembelian (tidak temasuk set LNY) boleh memilih salah satu daripada 3 item GWP edisi terhad (set LEGO Traditional Drum, LEGO Candy Box atau LEGO Year of the rat). 
Kedua set GWP LEGO Drum dan LEGO Candy Box ini hanyaboleh didapatkan secara esklusif di Mid Valley Megamall dan The Mall Mid Valley Southkey.

Sepanjang acara LEGO Lunar New Year, pengunjung juga boleh melihat pelbagai tarikan lego khas dibawakan oleh LEGO Malaysia.Antaranya seperti LEGO Entrance Arc, 12 patung Zodiac Minifigure (bersaiz sebenar hokeh!), Lion Dance Jump Stage, LEGO Diodrama dan pelbagai lagi.

LEGO Entrance Arc

Salah satu patung tung Zodiac Minifigure.

Set LEGO Lion Dance

Ianya menggambarkan suasana Pesta Musim Bunga yang menampilkan 5 patung singa kecil yang dihias indah dengan satu pentas pemain gendang. Saya juga suka dengan pintu gerbang tokong yang bercorak tradisional. Ada 8 patung mini termasuk penari singa yang memakai kostum tikus. Harga yang dijual untuk set ini adalah RM349.90
.
Set Chinese New Year Temple Fair.

Menggambarkan pekan yang meraikan sambutan Tahun Baru Cina dengan meriah. Kelihatan gerai-gerai jualan dan Pesta Tokong. Set ini juga didatangkan dengan 14 patung mini dan harga yang ditawarkan adalah RM499.90.

Set LEGO Lunar New Year ini boleh didapati di semua gedung LEGO, Toy "R" Us dan kedai-kedai yang mengambil bahagian.

 Antara tetamu VIP yang hadir dan meraikan acara LEGO Lunar New Year.

 Jangan lupa untuk sertai pertandingan LEGO di sini ya. Ada banyak hadiah menarik ditawarkan.

Oh ya! Kalau korang datang ke sini dan bergambar dengan mana-mana LEGO, korang berpeluang mendapat voucher RM10. Syaratnya hanyalah muat naik gambar korang di sosial media dengan hashtag #LEGOCNY2020. Tunjukkan gambar yang telah dimuatnaik kepada petugas untuk menebus baucer tersebut. Dan  ianya terhad untuk 50 pelanggan setiap hari.

Keterangan lanjut boleh layari:-


Yobick Nenas Kini di Pasaran | Emma MAembong Dilantik Menjadi Duta Terbaru Jenama Yobick

$
0
0

Wah! Yobick telah memperkenalkan varian yang terbaru di pasaran iaitu Yobick Pineapple. Ini merupakan varian keempat di bawal label Yobick di pasaran Malaysia. Apa yang menarik, di hari pelancaran juga Yobick telah memperkenalkan duta terbaru mereka iaitu Emma Maembong.

Untuk pengetahuan semua, Yobick mula memasuki pasaran Malaysia pada Mei 2018 dengan memperkenalkan Yobick perisa original. Dan tidak dinafikan biarpun baru di pasaran namun jenama ini telah mendapat perhatian terutama masyarakat Malaysia yang menjaga kesihatan.

Dan pada awal tahun 2019, Yobick Lite+ telah diperkenalkan yang mana ianya mengandungi tambahan kalogen sesuai untuk mereka yang bukan sahaja ingin menjaga kesihatan bahkan kecantikan juga. Seterusnya Yobick Sakura dengan suntikan rasa bunga sakura (cukup popular di Jepun).

Dan kini, Yobick nenas varian terbaru yang diperkenalkan. Sepertimana yang kita ketahui buah nenas sendiri mempunyai khasiat yang begitu tinggi bersama kombinasi air yogurt yang khasiatnnya juga tidak boleh dipertikai lagi.

Minuman Yobick juga bukan hanya boleh didapati dalam saiz 310ml sahaja bahkan sekarang didatangkan dalam saiz 700ml juga. Jadi korang boleh beli stok besar untuk minuman di rumah dan saiz kecil untuk di bawa berjalan ke mana sahaja.

Jom try Yobick Nenas hari ni :-)

Scholastic Reading Lounge Kini Dibuka Di Sunway Piramid

$
0
0
Menyemai budaya membaca sejak kecil memang sangat penting Ini bagi menggalakkan anak-anak untuk lebih suka membaca tidak kira di mana sahaja. Hatta! Jika datang membeli-belah sekalipun kita masih boleh membawa anak-anak untuk meluangkan masa seketika dengan membaca buku.

Dan menariknya, Sunway Piramid telah berkaloborasi bersama pihak Scholastic dengan mengadakan Scholastic Reading Lounge yang terletak di Tingkat 1 Blue Zone. Ini membolehkan pengunjung yang datang bersama keluarga untuk membeli-belah dan sebagainya, untuk singgah dan anak-anak mereka boleh manfaatkan sedikit masa dengan membaca buku yang disediakan oleh pihak Scholastic.


Di majlis pelancaran, Selina Lee (Asia Vice President of Scholastic);

"In today's world where everyone in the family is looking at their phones more than they are talking to each other, reading should not be an activity we expect children to do on their own in isolation. Just as eating together as a family is important to help a family connect and build relationships, reading together becomes more impact and meaningful for children when it's done together with the family".

Terdapat 600 buah buku disediakan di sini. Oh ya! Program 'Scholastic Reading Lounge" dieperkenalkan juga bersempena dengan KL World Book Capital 2020 (KLWBC2020).

Free digital English assessment (Lexile Test) untuk anak-anak berusia diantara 9 – 14 tahun.

Kemas dan cantik. Yang penting dapat membri keselesaan kepada kanak-kanak yang datang membaca di sini. Tempoh yang diberikan untuk anak-anak membaca di sini adalah max 2 jam untuk satu-satu masa. Ini bagi memberi peluang untuk anak-anak lain datang dan membaca di sini dengan selesa.

Inisiatif yang diusahakan antaran pihak Sunway Piramid dan Scholastic sememangnya banyak memberi manfaat kepada orang ramai. Seperti saya yang kerap membawa keluarga keluar membeli-belah tidak akan melepaskan peluang untuk singgah di sini dan didik anak untuk membaca biarpun hanya 1 buku.

Secara tidak langsung dengan kemudahan yang disediakan seperti ini membolehkan ibubapa dapat menyemai semangat suka membaca buku pada anak-anak tidak kira berada di mana sahaja :-)

Kismis California, Bahan Serba Guna Pilihan Chef Bertaraf Dunia

$
0
0
Antara jenama kismis di pasaran, saya cukup gemarkan California Raisin. Biarpun saiznya kecil tetapi kualitinya sangat hebat apatah kaya dengan khasiat. Saya difahamkan kismis mengandungi 35% fruktosa yang merupakan gula buah-buahan semulajadi dan juga sumber tenaga yang tidak mempunyai lemak mahupun kolestrol.

Antara kelebihan Kismis California seperti :-

  • Mempunyai rasa manis secara semulajadi dan tidak mengandungi gula tambahan.
  • Tidak mengandungi lemak dan kolestrol. 
  • Rendah natrium (garam) semulajadi.
  • Sumber kalium (elektrolit penting yang membantu fungsi otot, kardiovaskular dan sistem saraf)
  • Sumber serat
  • Sumber nutrien
  • Mengandungi fitonutrien yang dapat menyekat pertumbuhan bakteria dalam mulut yang dikaitkan dengan kaviti dan penyakit gusi.

Lebih menarik kismis bukan hanya boleh dinikmati begitu sahaja bahkan kita boleh jadikannya sebagai salah satu bahan dalam sajian. Dan saya telah berpeluang merasai sendiri hidangan yang dihasilkan oleh chef bertaraf dunia didalam satu majlis "Sanplings On The Fourteen Restaurant".

Resepi hidangan adalah hasil ciptaan chef selebriti antarabangsa  bertaraf 2 bintang Michelin iaitu Chef Emmanuel Stroobant dan juga chef jemputan iaitu Chef Anton Rose.

Chef Emmanuel Stroobant telah melibatkan diri dalam dunia masakan sejak beliau berusia 16 tahun lagi. Di mana ketika itu beliau bermula sebagai pembantu dapur. Hasil kerja keras dan komited beliau dalam bidang kulinari sehingga sedekad lamanya meletakkan beliau kini antara chef hebat yang cukup dikenali serata dunia.

Antara portfolia gah yang pernah dipegang oleh Chef Emmanuel ialah sebagai chef pengacara untuk saluran AFC bertahun-tahun lamanya dan kini beliau telah memiliki restorannya sendiri di Kota Singa iaitu Singapura yang dikenali sebagai 'Saint Pierre'.

Antara hidangan yang dihasilkan oleh Chef Emmanuel seperti:-

  • Kismis California, Ketam dan Kubis Bunga
  • Pasta Kismis Caifornia dengan Jintan Hitam dan Udang
  • Kismis California dengan Rusuk Lembu dan Buahan Musim Sejuk


Kismis California, Ketam dan Kubis Bunga

Pasta Kismis Caifornia dengan Jintan Hitam dan Udang

Kismis California dengan Rusuk Lembu dan Buahan Musim Sejuk

Untuk pemanis mulut pula, saya dapat merasai sendiri air tangan dari Chef Erich Anton Roos dari Switzrland telah melibatkan diri dalam bidang kulinari selama 40 tahun. Menembusi pasaran kulinari antarabangsa terutama di negara Barat dan Asia. Dan kini Chef Erich berkhidmat di Bangkok memberi tumpuan terhadap perundingan dan perncangan strategik untuk keperluan dapur dalam rangkaian hotel antarabangsa. 

Chef Erich telah menyediakan 3 jenis manisan iaitu:-

  • Mufin kismis California dengan krim
  • Aiskrim Kayu Manis Kismis California
  • Paf Epal

Saya juga telah mencuba soda sparkling raisin. Sedap dan menyegarkan!! Haks.

Sememangnya sangat penting pengambilan buahan dalam diet pemakanan setiap hari. Seperti yang disyorkan kita perlu mengambil lebih kurang 1 cawan buahan segar yang mana ianya lebih kurang 1/2 cawan kismis.

Namun secara peribadi, kismis lebih praktikal dan mudah kerana kita boleh menikmatinya di mana sahaja. Tepuk dada tanyalah selera!

.
Rentetan itu, tidak dinafikan kehebatan nikmat buah kismis yang begitu kecil saiznya tetapi memberi impak yang besar dari segi rasa dan khasiat semulajadi. Dan pastinya kismis akan menjadi kudapan ringkas untuk saya dan keluarga, selain menjadikannya sebagai salah satu bahan dalam masakan. Barulah dinamakan 'kita amalkan gaya hidup sihat melalui pemakanan setiap hari'!

Boleh layari laman web berikut untuk keterangan lanjut:-


PROMOSI TAHUN BAHARU CINA DI RESTORAN CINA TUNG YUEN HOTEL GRAND BLUEWAVE SHAH ALAM

$
0
0
Tahun Baharu Cina 2020 juga dikenli sebagaiTahun Tikus akan bermula pada 25 Januari 2020 ini. Seperti kebiasaan ianya adalah masa untuk semua berkumpul bersama ahli keluarga dan sahabat handai. Pertemuan penuh kegembiraan ini akan lebih bermakna dengan adanya sesi makan tengahari atau makan malam bersama-sama. Dan antara lokasi yang saya boleh syorkan adalah Restoran Cina Tung Yuen, Aras 1 di Hotel Grand BlueWave Shah Alam untuk menikmati sesi makan besar yang amat menyeronokkan sempena Tahun Baharu Cina ini.

Beraneka masakan yang lazat sepanjang bulan Januari 2020 sehingga bulan Februari 2020 akan disediakan oleh chef khas dalam masakan cina yang diketuai oleh Chef Patrick Ng.

Yee Sang with Salmon Fish and Crispy Fish Skin

Seperti yang sedia maklum makan besar Tahun Baharu Cina tidak lengkap tanpa hidangan Yee Sang. Ianya merupakan hidangan tradisi yang menjadi simbol kepada nasib yang baik, kesihatan dan kekayaan. Jadi bila berada di sini jangan lupa untuk nikmati Auspicious Yee Sang Selection. Terdapat tiga pilhan Yee Sang yang boleh dicuba iaitu Yee Sang with Sliced Abalone and Salmon Fish, Crispy Fish Skin, Yee Sang with Salmon Fish and Crispy Fish Skin dan juga Vegetarian Yee Sang. Harganya
ditawarkan bermula serendah RM40.00+.

Vegetarian Yee Sang

Yee Sang with Sliced Abalone and Salmon Fish, Crispy Fish Skin

Selain itu, kita juga boleh menikmati makan besar bersama ahli keluarga sempena perayaan yang penuh makna ini dengan memilih set Deluxe Prosperity Treasure Pot Packagae – Prosperity Deluxe “Lo Hei Poon Choy” Special. Untuk set ini, kita akan dapat merasai menu-menu lazat seperti Yee Sang with Salmon Fish and Crispy Fish Skin, Double Boiled Chicken Soup with Madagascar Coconut and Black Garlic, Halal Deluxe “Lo Hei Poon Choy”, Baked Fish Fillet with Salted Egg Yolk and Milk, Stir Fried Hong Kong Seasonal Vegetable with Whole Garlic, Eight Treasure, Dried Oyster, Fragrant Rice in Lotus Leaf dan Mixed Fruit Platter. Set ini ditawarkan dengan harga RM1188.00+ setiap set.


Satu lagi set yang ditawarkan sempena Tahun Baharu Cina kali ini Auspicious Good Luck Set Menu. Set ini mempunyai lapan jenis hidangan termasuklah Yee Sang with Salmon Fish and Crispy Fish Skin, Double Boiled Chicken Soup with Madagascar Coconut and Black Garlic, Crispy Boneless Chicken with Roast Sesame Paste, Fried White Shell Prawn with Mayonaise, Steam Red Garoupa with Black Ear Fungus and Premium Oyster Sauce, Braised Black Mushroom, Baby Abalone and Fish Maw with Brocolli, Black Pepper Fried Rice with Chicken dan Chilled Sea Coconut with Sea Bird Nest (Seaweed Jelly) and Lemon. Auspicious Good Luck Set Menu ini berharga RM1288.00+.

Black Pepper Fried Rice with Chicken  

 Baked Fish Fillet with Salted Egg Yolk and Milk

 Double Boiled Chicken Soup with Madagascar Coconut and Black Garlic

 Fried White Shell Prawn with Mayonaise 

 Steam Red Garoupa with Black Ear Fungus and Premium Oyster Sauce

Sea Coconut with Sea Bird Nest (Seaweed Jelly) and Lemon

Menu promosi Tahun Baharu Cina yang amat menyelerakan ini boleh didapati di Restoran Cina Tung Yuen, Aras 1 bermula 15 Januari 2020 sehingga 15 Februari 2020 dari jam 11.30 pagi sehingga 2.30 petang bagi sesi makan tengahari manakala untuk sesi makan malam, ia bermula dari jam 6.30 malam sehingga 10.30 malam. Sila hubungi Telepemasaran di talian 03-55111833 sambungan 2723, 2724, 2606 atau email ke telemarketing@bluewavehotels.com.

Layari laman sesawang di www.bluewavehotels.com untuk maklumat lanjut.

Kempen ABC for Health Cakna Kesedaran Pencegahan Penyakit Influenza A

$
0
0

Yerp korang! Satu kempen kebersihan ‘Always Be Clean’ (ABC) for Health kolaborasi diantara Antabax dan KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital telah dianjurkan. Ini disebabkan oleh peningkatkannya jumlah kes influenza di Malaysia Kempen ini antara lain untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia mengenai kebersihan tangan.


Seperti yang kita maklum Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa menasihatkan orang ramai supaya mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi, sentiasa membasuh tangan dengan sabun dan air atau pembersih tangan (hand sanitizer), mengikuti etika yang betul ketika bersin dan batuk serta menjalani gaya hidup yang sihat/

Menurut Pengurus Kanan Jenama Antabax, Vivian Lee, memastikan kebersihan tangan merupakan salah satu langkah paling penting untuk mengelakkan diri daripada jatuh sakit. Sekali gus mengurangkan risiko penyebaran penyakit berjangkit kepada orang lain.

“Antabax mengambil langkah proaktif sebaik sahaja mendapat tahu jumlah kes influenza kian meningkat. Kami telah bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan untuk menggalakkan tabiat kebersihan selama lebih satu dekad. Kami berbesar hati kerana dapat berkolaborasi dengan KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital untuk mendidik orang ramai mengenai langkah mengurangkan risiko dijangkiti dan menyebarkan penyakit berjangkit seperti influenza.”

Data daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit menunjukkan bahawa amalan tidak membasuh tangan mengundang bahaya kepada kanak-kanak di seluruh dunia. Membasuh tangan dengan sabun boleh melindungi 1 daripada 5 kanak-kanak yang mengalami jangkitan pernafasan seperti pneumonia . Walaupun orang ramai di seluruh dunia membersihkan tangan dengan air, sangat sedikit yang menggunakan sabun untuk membasuh tangan mereka. Membasuh tangan menggunakan sabun boleh menghilangkan kuman dengan lebih efektif.

Apa Itu Influenza?


Influenza biasanya dipindahkan menerusi titisan air yang keluar daripada batuk dan dan bersin apabila mulut tidak ditutup. Jangkitan virus influenza yang dibawa oleh udara dalam jarak pendek mungkin boleh berlaku, terutamanya di kawasan yang sesak. Pencemaran pada tangan juga menjadi satu lagi sumber jangkitan tersebut/


Tanda-tanda dan Simptom Influenza
Tanda-tanda dan simptom influenza termasuklah:-

  • suhu badan yang tinggi melebihi 38 darjah selsius
  • rasa penat yang lama sehingga dua dan tiga minggu
  • sakit sendi dan otot
  • batuk kering
  • sentiasa bersin 
  • sakit tekak dan kepala

Mereka yang mempunyai tanda-tanda dan simptom ini perlu segera mendapatkan rawatan. Kumpulan berisiko tinggi termasuklah mereka yang berusia 65 tahun ke atas, ibu mengandung, penghidap penyakit-penyakit kronik, masalah pernafasan dan anak-anak kecil.

Kementerian Kesihatan Malaysia juga mencadangkan kepada orang ramai, terutama mereka daripada kumpulan berisiko tinggi supaya mendapatkan vaksin selsema secara bermusim.

Menurut Perunding Dalaman Perubatan dan Penyakit Berjangkit KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital, Dr Muhamad Yazli Yuhana, hospital telah merawat lebih 50 kes influenza pada minggu ini 😱. Jadi, adalah penting untuk meningkatkan kesedaran dan mengurangkan jangkitan.


“Hospital merekodkan lebih banyak kes berbanding tahun-tahun sebelum ini. Kami harap dengan inisiatif bersama seperti kempen Antabax ABC for Health, orang ramai akan belajar untuk mengambil langkah-langkah pencegahan demi melindungi diri dan keluarga mereka. Kita perlu lebih proaktif dalam mengambil vaksin, memastikan kebersihan tangan dan mendapatkan rawatan segera untuk mengurangkan penyebaran influenza,” kata Dr. Yazli yang menyampaikan ceramah bertajuk “Wabak Infleunza: Kurangkan Penyebarannya!”

Lagu kebersihan tangan Antabax yang menarik nyata menaikkan semangat kanak-kanak daripada KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital yang turut serta dalam program kesedaran dan pendidikan ini. Ia mampu membantu mereka mengingati langkah-langkah membasuh tangan yang betul sebagaimana yang ditunjukkan oleh para jururawat daripada unit kawalan jangkitan hospital berkenaan.

“Penyebaran penyakit berjangkit seperti influenza boleh dikurangnya apabila kita bekerjasama. Langkah penting untuk tidak menyebarkan penyakit ini adalah dengan tidak terkena jangkitannya. Cara utama yang boleh diamalkan oleh setiap orang adalah sentiasa bersih sepanjang masa,” kata Lee.

Kempen ABC for Health dimulakan oleh Antabax pada tahun 2018 untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan murid pra-sekolah dan sekolah rendah. Ia telah melibatkan lebih 6,000 orang murid di seluruh negara.

Jom korang kita jadi sebahagian daripada komuniti dan ketahui lebih lanjut mengenai kempen serta inisiatif terkini dengan melayari laman Facebook rasmi Antabax di www.fb.com/NewAntabax atau Instagram di @antabax.

Makan Malam Esklusif Bersama Sunquick SELECT

$
0
0

Sememangnya saya membesar dengan jenama Sunquick. Jika kita sebut sahaja Sunquick, terus akan mengingatkan jus buahan oren rasa sebenar yang tiada bandingan keenakannya. Dan kini Sunquick telah memperkenalkan varian terbarunya iaitu Sunquick SELECT.

Apa yang menarik Sunquick SELECT ini menggunakan pati jus yang lebih pekat. Di mana jika membancuhnya kita tidak perlu menggunakan terlalu banyak pati jus. Dan ini memang sangat menjimatkan. Khasiat buahan masih dikekalkan dan paling penting minuman yang pernah menjadi fenomena satu masa dulu ini tetap kekal rasa keenakannya dan digemari tidak kira usia.


Terdapat 3 varian didalam Sunquick SELECT iaitu mixed berries, blackcurrant dan campuran buah guava merah dan strawberi.

Baru-baru ini saya telah dijemput dari pihak Sunquick untuk menghadiri ke satu majlis makan malam yang cukup esklusif di Ruma Hotel Kuala Lumpur.

Di mana saya berpeluang merasai sendiri hidangan inpirasi dari minuman Sunquick dan juga pengenalan mocktail hasil ciptaan daripada Mixologist Raz Ng.

Turut diperkenalkan, chef yang terlibat dalam penyediaan menu-menu hebat inspirasi daripada minuman Sunquick.

Antara menu yang telah saya cuba seperti:-

Chicken parfait, strawberry-guava reduction sorrel, savory crumble

Local clams, pickled mussel, prawn seafood dumpling, fennel, tomato saffron spiced broth

Lemon sorbet

Roasted duck breast, blackcurrant, choy sum, natural reduction

Mixed berries panna cotta, coconut sorbet, raspberry, mint

Kebetulan saya duduk berhadapan dengan Elaine dan juga Farah Dolhadi. Pertama kali berjumpa memang mesra kedua-dua selebriti ini.

Dan paling mengujakan saya dapat mencuba mocktail ciptaan Mixologist Raz Ng.

Pink Rush Mocktail
15ml Pink Guava & Strawberry Syrup
60ml Orange Juice
10ml Lemon Juice
30ml Aquafaba
1 Basil Sprigs

XoX Mocktail
473ml Grape Juice
120ml Blackcurrant Syruo
1Cinnamon Stick
1 Star Arise
6 Cloves
6 Slice of Oranges

Berries First Crush Mocktail
10ml Mixed Berries Syruo
20ml Cranberry Juice
15ml Lemon Juice
1tps Ginger Puree
Mint Sprigs

Andrew Lee (Magician)

Pertama kali saya menonton pertunjukan magik secara dekat. Memang hebat! Kagum saya dengan setiap pertunjukkan yang dipertonjolkan oleh Mr Andrew.

Dennis Lau (pianist/violinist)

Pembukaan gimmick yang cukup bertenaga dari Dennis Lau. Terutama ketika beliau mula memainkan violinnya. Cukup bertenaga!

Farah Dolhadi dan Elaine, keduanya adalah penyanyi yang cukup berbakat besar dalam bidang seni suara. Memang padu suara mereka apabila bergabung di atas satu pentas. Dan pada persembahan terakhir mereka telah menyanyikan lagu yang bertajuk Esok ciptaan dari Dennis Lau.


Sunquick SELECT, rangkaian pati jus terbaru dari Sunquick yang perlu korang cuba sendiri. Kepekatan jusnya memang hebat apatah lagi ianya adalah minuman yang kaya dengan nutrisi yang diperlukan oleh badan.

Dan saya sentiasa menyediakan minuman ini buat anak-anak di rumah. Ini kerana saya percaya, air minuman Sunquick SELECT adalah pilihan terbaik untuk keluarga saya.

Untuk keterangan lanjut mengenai produk dan info terkini mengenai Sunquick boleh layari sosial media Sunquick iaitu:-


realme TAWARKAN KOMBO BUAT PEMINAT ESTETIK DAN MUZIK

$
0
0
Yerpp korang realme Malaysia telah memperkenalkan dua produk terbaru mereka iaitu audio realme Buds Air dan telefon pintar realme 5i. Ini merupakan siri kelima realme. Oh ya korang! realme Buds Air juga merupakan produk IoT pertama realme. Bestkan!


MK dan Santee yang begitu bertenaga membuat persembahan

Menurut Tiffany Teh selaku Pengurus Jenama realme Malaysia, “Tahun lepas merupakan tahun yang
menakjubkan dan kami pasti rakyat Malaysia yakin bahawa realme akan terus membawa produk satu
lonjakan ke hadapan sejajar dengan misi dan visi kami. Hari ini, kami akan memulakan tahun 2020
dengan satu lagi kejayaan penting dengan menawarkan produk audio tanpa wayar, realme Buds Air.
Tidak lupa juga, realme 5i dengan yang dikenali sebagai produk Quad Kamera Raja Bateri. Setiap produk yang kami bawakan ada pengelasan penggunanya tersendiri dan paling menjadi tumpuan sudah semestinya reka bentuk dan prestasi produk itu sendiri.”


realme Buds Air - True Wireless, Smart Assistant
Produk yang menjadi tumpuan ini menawarkan pengalaman audio tanpa wayar, sekaligus memberikan kebebasan mendengar muzik di mana sahaja. Ciri audionya ditambah baik dengan custom R1 chip dan Bluetooth 5.0 yang membolehkan sambungan segera dan stabil antara realme Buds Air dan telefon pintar.
Bukan itu sahaja, penggunaan realme Buds Air juga memberi prestasi bateri yang lebih baik dan
akses kawalan pintar (smart assistant) yang menyenangkan. Dengan transmisi dwi-masa sebenar, realme Buds Air dioptimumkan dengan Mod Permainan yang memastikan pergerakan sempurna antara visual dan bunyi, iaitu kelewatan bunyi bagi mod biasa adalah 243.8ms, manakala bagi mod permainan adalah 119.3ms. Ini sudah pasti bakal menjadi idaman setiap peminat mobile gaming tegar.

realme Buds Air juga dilengkapi dua mikrofon dengan teknologi Environment Noise Cancellation. Contohnya ketika membuat panggilan suara kita akan tetap jelas walaupun dalam suasana yang bising. Manakala bagi pengecasan penuh melalui kabel type-C, realme Buds Air boleh digunakan untuk tempoh sehingga 17 jam. Dari segi reka bentuk, realme Buds Air mempunyai bentuk kanal telinga yang sangat sesuai secara semulajadi terintegrasi dengan telinga korang!

Ada 3 warna yang boleh dipilih

Produk realme Buds Air turut menyokong operasi sentuhan pintar dan menyediakan kawalan pintar
untuk menjawab atau menamatkan panggilan, menukar muzik, melancarkan pembantu suara serta
keluar masuk mod prestasi dengan sentuhan. Teknologi melalui Google Assistant ini membolehkan
seseorang menikmati gaya hidup pintar baharu tanpa mengeluarkan telefon, boleh mengawal playback muzik, panggilan, pelarasan volume dan perkhidmatan maklumat, seperti cuaca.

realme 5i - Quad Camera Battery Hero
Model ini dikuasakan oleh cip pemproses Qualcomm Snapdragon 665 An 11nm, yang beroperasi pada kelajuan jam 2.0GHz bersama-sama dengan prestasi permainan yang dipertingkatkan dan generasi Qualcomm AI Engine ke-3. Sudah pasti memberikan prestasi cemerlang dalam segmen harganya.

Ia dilengkapi dengan bateri sebesar 5000 mAh yang memberikan pengguna prestasi hayat bateri yang
lama dan tempoh stand-by 30 hari. realme 5i juga dilengkapi dengan pemisahan perlindungan tahan api dan tiga kali perlindungan untuk menjamin keselamatan bateri. Bagi ciri kamera, ia tersedia dengan quad kamera ultra lebar - 119 ° lensa sudut lebar (8MP), kamera utama (12MP), lensa potret (2MP) dan lensa ultra makro (2MP). Kamera utamanya juga menyokong kesan EIS yang lebih baik, jadi secara tak langsung korang boleh mengambil video yang lebih stabil semasa bergerak.


realme 5i boleh didapati pada dua warna iaitu Aqua Blue dan Forest Green.
Maklumat Jualan Produk

Kombo padu bagi peminat muzik!

Untuk keterangan lanjut mengenai realme Malaysia,boleh ikuti Facebook
https://www.facebook.com/realmeMalaysia dan juga Instagram di @realmemalaysia.

Mission Corn Strips, Snek Terbaru Yang Gempak!

$
0
0
I was like wow wow wow!

Selalunya saya nikmati produk Mission Tortilla dengan buat ala sandwich ataupun chicke wrap dan pelbagai lagi. Tapi kini Mission Food telah memperkenalkan satu lagi produk terbaru mereka dalam bentuk snek iaitu Mission Corn Strips.

Apa yang menarik snek ini sangat ringgan dan ranggup. Ianya mengandungi kurang 30% minyak berbanding dengan kerepek kentang. Paling penting ianya dihasilakna 10% daripada jagung sebenar. Tanpa pewarna dan perisa tambahan.

 Terdapat 3 perisa yang diperkenalkan iaitu Mission Peri Peri Corn Strips, Mission Tom Yum Corn Strips dan Mission Szchuan Spicy Seafood Corn Strips.

Setiap perisa didatangkan denga keunikkan rasa yang pastinya memikat jiwa terutama kepada penggemar snek. Korang kena cuba semua ini tau!

Mission Tom Yum Corn Strips
Rasa sensasi dengan citarasa kebiasaan hidangan Thai seperti rasa masam, manis, masin dan pedas. Snek dengan rasa seafood bersama percikan hot chilli pepper, kaffir lime, galangal, lime juice dan sos ikan. Seumpama rasa hidangan tom yum tapi sebenarnya korang sedang menikmati snek Mission Tom Yum Corn Strips.

Mission Peri Peri Corn Strips
Ramuan rasa utama adalah citrus dan lime. Hidangan yang mempunyai rasa peri peri sememangnya mendapat permintaan di kalangan masyarakat Malaysia terutama bagi mereka yang meminati kepedasan cili.

Mission Szehuan Spicy Seafood Corn Strips
Korang boleh rasa kepedasan chilli pepper, Szechuan peppercorns, rasa seafood dan pelbagai rasa 'spices'. Memang meninggalkan momen indah setelah menikmati kudapan yang memiliki variasi rasa kepedasan.


"The Crunch is Music to Hungry Ears"!

Bersempena dengan pengenalan produk ini juga, pihak Mission Food turut menganjurkan kempen #RipStripSkiptheDip yang mana melibatkan 3 orang rappers Malaysia iaitu Sophia Liana (dari kumpulan De Fam), Juzzthin dan Loca B.

Sophia De Fam mewakili produk Mission Szchuan Spicy Seafood Corn Strip;
"Spicy Szechuan gon' turn the heat up with the media. When I got you guys be like 'Better call Sophia'. Put your taste buds on a joyride. So tasty, it makes your mouth open wide. The combination of both might just trigger your pulse"

Juzzthin pula mewakili produk Mission Peri Peri Corn Strips;
"It's a hot thing, in the making. Legendary. What we talkin' bout here, Peri Peri. Your tongue gets reborn soon as you taste the corn. It just gets better for the soulfood we on"

Dan Loca B bersama Mission Tom Yum Corn Strip;
"Tom yum bring that heat and it's spicin'up this beat. My mama getting mad. Lotsa chips in one receipt!"


Ya korang! Jangan lupa dapatkan Mission Corn Strips yang didatangkan didalan satu saiz pek sahaja setakat ini iaitu 120g. Kena cuba semua perisa, baru tahu yang mana lebih memikat jiwa!

#missioncornstrips
#MissionFoodsMy
#RipStripSkipTheDip

Kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP Bantu 674 Pelajar Orang Asli

$
0
0
Tahun persekolahan 2020 bagi 674 pelajar Orang Asli bermula dengan penuh semangat apabila mereka menerima keperluankembali ke sekolah yang lengkap menerusi kempen ‘Cerahi Kehidupan BersamaTOP’.


Kempen TOP, jenama bahan pencuci inovatif dari Jepun yang memberi fokus kepada komuniti Orang Asli telah mencatat rekod dari segi jumlah penerima dan sumbangan yang ekstensif. Sumbangan TOP merangkumi pakaian seragam sekolah baharu, kasut, stoking, beg, alat tulis, buku latihan, buku kerja, buku aktiviti,bekalan alat seni dan kraftangan serta alat muzik.

TOP telah bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) untuk menghantar keperluan kembali ke sekolah kepada komuniti-komuniti Orang Asli yang menetap di kawasan pedalaman Perak, Pahang dan Negeri Sembilan agar murid-murid dapat hadir ke sekolah dengan keperluan sekolah yang lengkap, serta meringankan kewangan keluarga mereka.

Kempen itu nyata selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (MEB) 2013-2025 1 yang memberi penekanan untuk menambah baik pencapaian murid Orang Asli menerusi kerjasama pihak kerajaan-swasta yang melibatkan ibu bapa dan komuniti dalam usaha membantu mengubah sistem pendidikan.

Ketua Pengarah JAKOA, Prof Dr Juli Edo memberitahu kempen ini telah banyak membantu ratusan keluarga Orang Asli serta memberi motivasi kepada kanak-kanak supaya terus belajar di sekolah.

“Dari sektor swasta, TOP telah memberi sumbangan kembali ke sekolah yang cukup besar kepada komuniti Orang Asli. Sumbangan ini memberikan nilai tambah terhadap bantuan yang telah disediakan oleh JAKOA terhadap para pelajar Orang Asli. Kerjasama strategik di antara pihak kerajaan dan swasta dapat memberi semangat positif kepada kanak-kanak, ibu bapa dan guru,” kata Prof Dr Juli Edo.
TOP telah menjalankan kempen ini selama lima tahun untuk memberi motivasi kepada pelajar daripada komuniti kurang berkemampuan dan isi rumah B40 supaya mereka boleh mencapai kecemerlangan dengan meningkatkan keyakinan diri dan harga diri. Selain mendidik mereka supaya menjaga pakaian agar dapat tampil bersih dan selesa. Sehingga kini, seramai 2,474 orang pelajar telah menerima manfaatnya.

TOP yang terkenal dengan cucian Micro-Clean Tech™ dengan rangkaian Anti-Sebum dibangunkan oleh Lion Corporation Japan yang mampu menanggalkan sisa kotoran nyata dan tersembunyi untuk kehidupan yang bersih.

TOP telah bekerjasama dengan peruncit utama, TESCO untuk menjalankan kempen mengumpul dana CSR bermula 15 November hingga 15 Disember 2019. Tiga puluh sen daripada jualan produk terpilih TOP dari semua cawangan TESCO di seluruh negara dan Tesco Online telah disalurkan ke tabung kempen ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’.

Pengurus Pemasaran (Divisyen Penjagaan Fabrik) Southern Lion Sdn Bhd, Ling Ai Li menyatakan bahawa tindak balas orang ramai terhadap kempen ini sangat memberangsangkan dengan kutipan hampir tiga kali ganda daripada yang dijangkakan. Ini membuktikan sokongan kepada masa depan kanak-kanak Orang Asli yang lebih cerah.

“Menerusi kempen ini, memang jelas TOP dan pelanggan kami prihatin terhadap kesejahteraan kanak-kanak Orang Asli dan mahu menyokong komuniti ini. Kami ingin mengucapkan terima kasih diatas sokongan dan kerjasama daripada JAKOA, Jabatan Pendidikan Negeri yang terlibat, tok batin, rakan niaga kami TESCO dan para pelanggan. Bersama-samalah kita memberi masa depan yang lebih cerah kepada 674 orang kanak-kanak Orang Asli ini,” kata Cik Ling.
Pasukan TOP menyerahkan keperluan kembali ke sekolah di Pos Tenau, serta mengadakan bengkel mencuci pakaian bagi berkongsi tip-tip membersih dan mengekalkan kebersihan pakaian seragam mereka dengan baik. Setiap keluarga yang hadir juga menerima satu pek bahan pencuci TOP Super White Micro Clean Tech untuk digunakan di rumah. Kanak-kanak pula mengalu-alukan kedatangan pasukan TOP dengan nyanyian lagu-lagu dalam bahasa Semai.

“Kanak-kanak di Pos Tenau memang kreatif, berbakat dan bersemangat berdikari. Kegembiraan mereka menerima keperluan kembali ke sekolah ini menukar majlis penyerahan menjadi seperti satu sambutan. Kebolehan mereka termasuklah kanak-kanak yang masih kecil, untuk mencuci pakaian seragam dengan tangan, patut dicontohi ramai. Mereka nyata membawa tagline Belum Bersih sehingga Dimikro Bersih dengan sepenuh hati,” kata Cik Ling.

Tok Batin Pos Tenau di Perak, Yok Komlok A/L Sentor memberitahu komunitinya sangat bersyukur di atas bantuan dan motivasi kepada murid-murid sekolah.

“Kebanyakan keluarga mempunyai beberapa orang anak yang masih bersekolah dan kos keperluan kembali ke sekolah sememangnya sangat tinggi. Namun, kami juga mahu anak-anak menerima pendidikan dan gembira untuk pergi ke sekolah.

Apabila kami mendapat tahu bahawa komuniti Pos Tenau telah terpilh untuk kempen Sumbangan Kembali-Ke-Sekolah TOP Kepada 674 Pelajar Orang Asli Mencatat Rekod Tiga Kali Ganda Sasaran Dana ini, murid-murid, ibu bapa dan guru-guru sangat gembira. Terima kasih kepada kempen ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP!’,” katanya.

Tok Batin Ayof bin Ekal dari Kampung Parit Gong yang juga seorang guru di SK Putra, Simpang Durian mengakui bahawa sumbangan ini cukup komprehensif, menyeluruh dan sangat dialu-alukan oleh komunitinya.

“Seramai 110 orang kanak-kanak dari perkampungan di kawasan ini menerima pakaian seragam sekolah baharu, kasut, stoking, beg, alat tulis, buku latihan dan buku kerja. Ada juga bekalan alatan seni dan kraf serta sebuah ukulele. Ibu bapa dalam komuniti kami tidak perlu lagi membeli sebarang kelengkapan sekolah. TOP dan rakyat Malaysia telah menunjukkan mereka mengambil berat ke atas kanak-kanak Orang Asli,” katanya.

Senarai penerima sekolah Orang Asli, Lokasi dan jumlah pelajar.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai TOP, sila layari laman web: 

atau hubungi talian khidmat pelanggan 1800-88-0133.

Taste Australia Menganjurkan Kempen"Celebration of Flavours" Bersempena Dengan Musim 'Summerfruits"

$
0
0
Musim 'summerfruits' di Australia kembali lagi. Kemeriahan pelbagai rasa buahan istimewa menambah kegembiraan terutama buat mereka yang memang menggemari buahan dari Australia. Selain enak dinikmati begitu sahaja, buahan musim panas Australia juga hebat dijadikan bahan dalam hidangan terutama seperti pencuci mulut.

Kempen "Celebration of Australia" telah dianjurkan oleh Taste Autsralia di AEON Kepong Mall pada 17 Januari 2019. Untuk pengetahuan semua Taste Australia adalah organisasi yang bertanggungjawab untuk mempertengahkan buahan musim panas ini termasuklah dari segi jualan dan pemasaran buahan yang dieksport.

 Menurut Mr Liew Kow Cheng (Business Development Manager of Austrade Malaysia);

"These fruits can enjoyed in so many different ways. They are perfect as snacks o their own, sliced up in fruit or leafy salads, delectable in baked and fresh desserts, perfect with creamy ones, great stewed, grilled, poached, baked and sauteed and make excellent jams, chutneys, pickles, compotes and sorbets. It combines beautifully with so many recipes creating a joyous celebration of flavours".



Buahan seperti pic, aprikot, 'nectarine' dan plum sememangnya sangat kaya dengan nutrisi. Apatah lagi dengan kehadiran Tahun Baru Cina tidak lama lagi, menikmati buahan seperti ini juga adalah simbolik kepada kesejahteran dan kemakmuran.


 Buah aprikot ini sememangnya 2.5g gula semulajadi untuk satu 'serving'. Tak ada lemak dan kaya dengan vitamin C yang boleh membantu untuk sistem imunisasi badan dan perkembangan otak.

Ini pula buah 'nectarine'. Ianya didatangkan samada jenis kuning mahupun putih. Selain daripada kaya vitamin C, buahan ini juga mempunyai 23g fiber yang boleh merendahkan kolestrol.

Chef Abang Brian turut hadir di majlis pelancaran dan membuat 2 demonstrasi masakan yang mudah dan enak. Di mana kita sendiri boleh mencubanya di rumah.

Menurut Chef Abang Brian;

"The flavours of these stone fruits are incomparable - some sweet, some tart and the combined flavours in a recipe such as Yee Sang is simply divine"


Antara hidangan yang boleh menggunakan buahan musim panas Australia seperti Yee Sang dan juga pencuci mulut 'Romantic Peach and Chocolate Trifle'.

Romantic Peach and Chocolate Trifle

Jelly
2 cups water
1 cup fresh white nectarine juice
3 tbsp gelatine
2 tbsp caster sugar
4-6 peaches, each cut into 8 wedges

Almond Crumble
1 cup all-purpose flour
3 tbsp sugar
1/4 teaspoon freshly grated nutmeg
1/2 cup sliced almonds
6 tbsp unsalted butter, cut into cubes
1 tsp of salt

White Chocolate Cream
100g white chocolate, chopped
75ml thickened cream
250ml thickened cream, whipped

500g of chocolate swiss roll
red plums pitted, and cut into half

For topping
350g topping cream, whipped
2 peaches, cut into wedges and slightly bruleed
Red plums and black plums, to decorate
Mint leaves

Celebration of Colours Yee Sang

Components of Yee Sang
1/2 packet popiah skin, cut into strips and fried
50g White nectarine, sliced
50g Yellow nectarine, sliced
50g Black plum, sliced
50g White peach, sliced
50g Yellow peach, sliced
100g taro, peeled, cut into cubes and fried
100g sengkuang (jicama), shredded
80g daikon, peeled and shredded
1 carrot, peeled and shredded
1/4 cup cilantro, chopped
10 slices picked ginger, sliced

To serve
1/2 tsp five spice powder
1 tbsp toasted sesame seeds
50g smoked salmon
1 tbsp lime juice

Dressing
80ml hoisin sauce
80ml apricot + red plum compote
2 tbsp honey
2 tbsp water
1 tsp sesame oil
1 pinch of salt


 Buah musim panas dari Australia ini juga sesuai dijadikan sebagai cenderahati untuk diberikan kepada orang yang tersayang terutama sebagai buah tangan di musim perayaan. Korang boleh dapatkan buahan segar ini di Jaya Grocer, Village Grocer dan pasaraya AEON.

Sambutan “RAT-tical” Chinese New Year di Sunway Lagoon

$
0
0

Sambutan Tahun Baru Cina Sunway Lagoon Malaysia memang cukup meriah. Dan pada tahun ini Sunway Lagoon telah menganjurkan  “RAT-tical” Chinese New Year. Jika korang hendak menemui Captain Quack & Friends bolehlah ke Sunway Lagoon yang bermula dari 23 Januari sehingga 6 Febuari 2020!

Pada hari pertama dan kedua Hari Raya Cina iaitu 25 dan 26 Januari 2020, kita boleh saksikan Chinese New Year Lion Dance & Seasons Drums dan juga persembahan epik “A Mouse’s Tale” daripada  Captain Quack & Friends dan Sifu Lao Shu.


Memang meriah! Apatah lagi drama sebabak yang dipersembahkan mempunyai mesejnya yang tersendiri. Iaitu simbolik daripada persahabatan dan persengketaan serta persefahaman dan perpaduan.

Makan Besar di Beach Bistro

Oh ya! Korang juga boleh menikmati makan besar di Sunway Lagoon. Ini terutama apabila korang ke sini bersama ahli keluarga yang lain. Yerp! Di Beach Bistro Sunway Lagoon turut menawarkan yee sang :-)

Yee sang sepertimana yangkit aketahui ianya adalah salad ikan mentah gaya Chaozhou yang biasanya terdiri daripada potongan daging ikan mentah (khususnya salmon), yang bercampur dengan cebisan sayur-sayuran dan beraneka sos dan perasa, dan ramuan-ramuan lain. Hidangan ini juga dikatakan lambang kepada kemewahan, kemakmuran dan kesuburan.

Korang boleh dapatkan lebih info mengenai hidangan yang ditawarkan dengan menghubungi talian 03-56210200, 010-4369699 dan 010-6671735

Jom makan besar di Beach Bistro Sunway Lagoon.


Rasai Pengalaman Menyusuri Zambezi River Yang Baru Dibuka

Antara tarikan  yang menarik dan perlu dirasai oleh semua pengunjung Sunway Lagoon - Zambezi River. Telah dibuka secara rasmi dengan pemandangan persekitaran yang lebih menarik dan lebih cantik.



Begitu gembiranya anak-anak saya ketika berada di sini. So, korang jangan lupa menikmati keseronokan bermain air di Zambezi River.



Apabila dapat bercuti bersama keluarga , itu adalah momen yang tidak mungkin dapat dilupakan

Selain itu terdapat pelbagai aktiviti menarik disediakan bersempena dengan tahun tikus tahun Baru Cina di Sunway Lagoon, antaranya seperti:-
  • Rat Race Animal Kingdom
  • Chapteh
  • Sand Art
  • Wishing Love Pond
  • Lucky Tree
  • Fortune Chest
  • Huat Cheese Mountain



Anak-anak memang suka dengan aktiviti Sand Art. Dan aktiviti ini diadakan sepanjang tempoh kempen sambutan yang bermula dari jam 3.00 petang sehingga 3.30 petang.


Lucky Tree akan diadakan dari jam 11 pagi sehingga 11.30 pagi, lokasi acara ini berhadapan Scream Cafe Stage.

Wishing Love Pond, yang terletak berdekatan dengan Carousel. Sepanjang kempen sambutan aktiviti ini bermula dari jam 10 pagi sehingga 10.30 pagi sahaja.

Terdapat pelbagai aktiviti menarik disediakan bersempena dengan smabutan Tahun Baru Cina di Sunway Lagoon. Untuk keterangan lanjut boleh layari :-


Beli TIKET BAS ONLINE Sememangnya Sangat Mudah dan Praktikal

$
0
0
Beli TIKET BAS ONLINE Sememangnya Sangat Mudah dan Praktikal | Kepesatan teknologi hari ini tidak membataskan kita untuk melaksanakan urusan dengan lebih mudah dan pantas. Sebagai contoh pembelian tiket bas di atas talian  ataupun dengan lebih mudah TIKET BAS ONLINE.


Orang seperti saya yang hampir setiap bulan perlu menguruskan pengangkutan buat anak-anak yang tinggal di asrama berjauhan dari rumah yang mana mereka perlu pulang bermalam (PB). Memandangkan semuanya sekarang di hujung jari, jadi saya memang menggunakan perkhidmatan yang disediakan didalam aplikasi eticketing.my

Jika sebelum ini kita janya mendengar tiket kapal terbang dijual di atas talian, dan kini kita juga boleh membeli tiket bas menggunakan cara yang sama. Samada tiket untuk perjalanan sahala ataupun pergi dan balik, semuanya ditawarkan. Yerp di https://www.eticketing.my/. TIKET BAS ONLINE yang disediakan bukan sahaja merangkumi perjalanan di sekitar negeri dalam Malaysia bahkan menjangkau sehingga ke Thailand.

Cara penggunaan TIKET BAS ONLINE memang sangat mudah. Hanya masukkan destinasi dari dan tempat dituju. Seterusnya pilih tarikh yang diinginkan.

Kita boleh lihat sendiri masa dan berapa 'seat' yang masih kekosongan lagi (available)

Seterusnya membuat pilihan tempat duduk yang diinginkan. Hanya pilih dan 'klik'.

 Kita akan lihat jumlah pembayaran yang dikenakan.

 Sebelum membuat pembayaran, kita perlu melengkapkan butiran penumpang.  Pengesahan tempahan TIKET BAS ONLINE akan dihantar juga ke emel kita.

Nah! Ternyata TIKET BAS ONLINE sangat mudah dan praktikal!

Moga mendapat manfaat atas perkongsian saya ini. Artikel ini juga ditulis bukan sahaja untuk berkongsi info, namun ianya juga adalah satu cabaran buat saya untuk menyertai peraduan yang dianjurkan oleh https://www.eticketing.my/

Mr Mufe - My Lepak Buddy | Platform Streaming Online Terbaru Dengan Kandungan Bermutu

$
0
0
Tidak dinafikan masyarakat dunia hari ini mula beralih kepada penggunaan media dalam platform digital. Apatah lagi dengan capaian internet yang laju memudahkan pengguna untuk mengakses kandungan digital yang diinginkan pada bila-bila masa dan di mana jua.

Pastinya kita cukup sinonim dengan platform media digital seperti Netflix, iflix, VIU dan pelbagai lagi. Yerp! Masyarakat lebih berminat untuk menonton dari platform ini berbanding dari rancangan di televisyen tradisional yang sedia ada.

Melihat kepada perkembangan dan penerimaan platform online streaming dikalangan masyarakat Malaysia dan juga dunia hari ini, tidak hairanlah media tradisional televisyen juga mula mengubah modul perniagaan mereka. Secara tidak langsung ianya mewujudkan satu ekosistem yang boleh menghubungkan penyedia kandungan (content provider) dan juga pengguna kandungan (content consumer). Apa yang pengguna mahukan, penyedia kandungan akan realisasikan.

Pengenalan Mr Mufe - My Lepak Buddy

Terkini syarikat tempatan Malaya United Films & Entertainment Sdn. Bhd. telah memperkenalkan sebuah platform online streaming terbaru iaitu Mr. Mufe - My Lepak Buddy. Cara sebutan Mr. Mufe adalah Mr. MuuFee. Bunyi memang 'catchy', menggambarkan bagaimana pengguna melepak (hang out) sambil menikmati kandungan yang disediakan di dalam platform Mr Mufe. Kandungan utama adalah di dalam Bahasa Malaysia dan Mr. Mufe ini bakal diperkenalkan pada pertengahan tahun 2020.

 Mr Mufe - My Lepak Buddy menawarkan pelbagai rancangan versatil yang segar, ori dan terkini. Antaranya seperti :-


  • Telefilem
  • Drama Bersiri
  • Filem Pendek
  • Filem Cereka
  • Program Realiti
  • Gameshow
  • Bual Bicara
  • Program Masakan
  • Program Kesihatan
  • Program Kecantikan
Malaya United Films & Entertainment Sdn. Bhd juga telah memperkenalkan Blockchain, cloud computing (our own cloud) dan juga mewujudkan CDN (Content Delivery Network) tersendiri bagi pengurusan data dan P&P. Ini bagi memastikan segala karya dan produk di dalam Mr Mufe - My Lepak tidak menjadi mangsa cetak rompak (hakcipta terpelihara).

Target pengguna adalah dari usia 9 tahun sehingga 99 tahun yang mana boleh ditonton daripada TV Pintar, Game Console, PC, iMac, iPhone, android dan pelbagai lagi. Pendekatan kandungan program adalah lebih kepada kekeluargaan dengan lebih 6 bahasa diperkenalkan.

Pengenalan Mr Mufe - My Lepak Buddy di Fasa 1

Platform Mr Mufe - My Lepak Buddy juga tidak akan hanya tertumpu di Malaysia bahkan di negara-negara yang lain. Untuk fasa 1 ini ianya akan di mulakan di 5 negara secara serentak. Antara negara tersebut adalah:-
  • Malaysia
  • Pakistan
  • India
  •  Indonesia
  • United Arab Emirates
Dan seterusnya pengenalan aplikasi ini ke negara-negara lain untuk fasa kedua dan selanjutnya.


 Sekiranya kita tidak berkesempatan membawa keluarga untuk menonton filem terkini di pawagam, jangan risau kerana Mr Mufe - My Lepak Buddy akan menawarkan filem-filem ini. Pastinya kita tidak akan ketinggalan menontonnya :-) Selain daripada karya yang dihasilkan oleh produksi Malaya United Films Entertainment, Mr. Mufe - My Lepak Buddy juga menawarkan karya yang dihasilkan secara usahasama bersama produksi-produksi tempatan.

Bagi penggiat seni tanahair,  Malaya United Films Entertainment juga memberi peluang untuk mereka meletakkan karya yang dihasilkan sebagai salah satu kandungan di Mr Mufe - My Lepak Buddy. Ini terutama buat pemain industri yang masih baru dan inginkan hasilkan cerita-cerita pendek hebat yang berpotensi untuk pergi lebih jauh.

PERCUMA Untuk 6 Bulan Yang Pertama

Berita baik untuk semua masyarakat Malaysia, sebagai perkenalan kepada Mr Mufe - My Lepak Buddy untuk tempoh 6 bulan pertama beroperasi pengguna boleh menikmati (menonton) semua kandungan yang ditawarkan secara PERCUMA (tidak termasuk Filem Cereka). Untuk Filem Cereka ada sedikit caj dikenakan iaitu USC0.99 cent per filem.

Tawaran Iklan Yang Cukup Murah dan Berbaloi

Jangan risau biarpun ada iklan, namun ianya adalah untuk paparan di awal kandungan dalam tempoh 30 saat sahaja. Jadi ianya tidak akan menganggu perjalanan cerita yang ditonton. Bagi mereka yang ingon mengiklankan produk atau servis syarikat bolehlah merebut tawaran yang diberikan iaitu hanya USD00.05 untuk 10 saat per slot. Sangat murah dan berbaloi!

Pra-Pelancaran Mr Mufe - My Lepak Buddy

Satu majlis pra pelancaran Mr Mufe - My Lepak Buddy telah diadakan di Palace of The Golden Horse pada 29 Januari 2020. Pra pelancaran platform ini telah dilaksanakan oleh Yang Berbahagia Dato' Kamil Othman.

Turut kelihatan di majlis pelancaran adalah orang-orang kuat Malaya United Films & Entertainment Sdn. Bhd serta pemain-pemain industri seni yang begitu aktif membangunkan dunia seni tanahair secara komited dan konsisten.

Rentetan dengan pengenalan Mr Mufe - My Lepak Buddy ini memberi lebih banyak pilihan buat pengguna dalam dunia streaming online untuk program yang lebih berkualiti dan terbaik dengan tawaran pakej yang cukup berbaloi serta jimat.

Untuk keterangan lebih lanjut, boleh LIKE dan FOLLOW, laman sosial media Mr Mufe - My Lepak Buddy di:-


NAK UBAH HIDUP (NUH) 2020 | Membantu Untuk Meningkatkan Potensi Diri

$
0
0
NAK UBAH HIDUP (NUH) 2020 | Membantu Untuk Meningkatkan Potensi Diri - Hadirnya tahun 2020 memberi keazaman baru yang lebih luar biasa buat saya. Lelah dengan perkara-perkara negatif yang boleh mengurangkan semangat untuk hidup lebih produktif dan berjaya.

Jadi apabila berpeluang menghadiri ke Program Nak Ubah Hidup (NUH) 2020 memang saya tidak dilepaskan. Ini kerana setiap perubahan nak ubah hidup dikuasai oleh pemikiran kita sebenarnya. Nah! Memang apa yang saya perlukan sekarang adalah ilmu untuk buat sesuatu keputusan dan tindakan. 


Saya juga percaya untuk mendapatkan ilmu kita perlukan mentor yang dapat sama-sama membantu untuk kita mulakan bertanya apakah BIG WHY yang kita cari selama ini.Tetapkan matlamat dan keinginan bukan untuk jangka masa pendek sahaja bahkan ianya terus menjadi konsisten cemerlang sampai bila -bila.



Bak kata Dr. Azizan Osman,
“Kita selalu dikuasai oleh akal pemikiran tapi sebenarnya kita juga boleh menguasai akal jika kita ada ilmu”.

Program Yang Membantu Mempertingkatkan Potensi Diri
Program Nak Ubah Hidup (NUH) 2020 merupakan satu program anjuran RichWorks International bersama pengasas Dr Azizan Osman. Ianya merupakan program 3 hari berturut-turut bagi membantu usahawan atau bakal usahawan untuk tingkatkan tahap potensi diri, tahap kehidupan dan tahap kewangan melalui bisnes yang berjaya dan menguntungkan.

Saya difahamkan untuk NUH 2020 kali ini, seramai 13,000 peserta dari seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura telah menyertainya. Program telah dijalankan di Setia City Convention Center (SCCC). padat dengan perkongsian dan pengisian ilmu bermula seawal  pagi hingga ke malam.


Program seperti ini telah dimulakan dari tahun 2008 lagi. Sehingga tahun 2020, 12 tahun lamanya RichWorks International telah menganjurkan program dengan tujuan yang sama untuk membantu terutama mereka yang berminat dalam berniaga untuk lebih maju ke hadapan. Waima didapati juga semakin ramai orang tahu dan faham bahawa hanya dengan perniagaan ia dapat membantu mereka meningkatkan tahap pendapatan mereka. Namun, tidak dinafikan masih terdapat juga yang memulakan dan menjalankan perniagaan tanpa ilmu yang betul di dada. Mereka tidak tahu hala sebenar untuk berniaga. Dan akhirnya mereka kecewa kerana perniagaan yang dijalankan tidak dapat kekal lama.

Pengalaman Jatuh Bangun Dr Azizan Sebagai Motivasi

Untuk pengetahuan semua, Dr Azizan sendiri pernah melalui liku hidup yang sukar dalam membangunkan perniagaan dan pernah bermula dengan hanya menjual sabun dan kelapa serta gagal dalam perniagaan. Namun begitu beliau telah bangkit dan merencanakan semula perniagaanya dengan cara dan kaedah yang betul.

Dr. Azizan mahu lebih ramai orang berjaya seperti beliau. Dan beliau ingin bantu lebih ramai orang muntuk hidup ke arah yang lebih baik. Perkongsian ilmu melalui pengalaman serta bimbingan, ribuan usahawan yang pernah dibimbingnya berjaya mendapatkan hasil jualan di luar jangkaan. 

Dengan misi untuk membantu dan membangkitkan usahawan Melayu, bangsa usahawan (BANGSAWAN), ternyata untuk ilmu kita dapat lihat pelajar (peserta) yang hadiri  datangnya dari pelbagai pelusuk negeri. Ada yang datang dari Kota Tinggi, Johor, Terengganu, Port Dickson dan pelbagai lagi negeri lain. Hal ini juga membuktikan yang usahawan dari luar bandar juga boleh dibantu dan dibina. Walaupun produk dan perkhidmatan yang mereka berniaga pun hanya biasa- biasa saja seperti baju kurung, kek, dan ada yang masak char kuey teow saja. Namun sudah boleh dapatkan hasil jualan jutaan ringgit.

Dalam bisnes, sokongan antara suami dan isteri sangat perlu untuk mencapai kejayaan!

Namun apa yang menjentik perasaan saya adalah kesungguhan Dr Azizan dalam menjalan bisnes tetapi tidak melupakan sokongan darupada ibu dan isterinya. Betapa sehingga kini, beliau berasa bersyukur tentang kehadiran suri itu di dalam hidupnya. Banyak aura persona positif Dr Azizan yang boleh kita ikuti dan ambil inspirasi.

Perkongsian Kejayaan Dari Peserta NUH Yang Lepas

Orang kata mendengar kisah sebenar pengalaman kejayaan seseorang ahli perniagaan jatuh bangunnya dapat menyuntik rasa motivasi bahawa 'tiada perkarapun yang mustahil jika kita terus mencuba'. Berada di NUH 2020, kita dapat mendenar sendiri perkongsian cerita hebat oleh semua peserta NUH Sebelum ini yang telah berjaya sekarang. Kejayaan lebih manis bukan sahaja dengan melihat kepada hasil keuntungan yang diperolehi bahkan rezeki perniagaan yang dibuka juga memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk mendapatkan peluang pekerjaan.

Antara peserta yang Dr Azizan Osman bantu dan berkongsi kisah kejayaan mereka dalam satu sesi forum adalah:-

Eriyca Baiduri dari Noir Health & Beauty. 
Beliau memulakan bisnes pada tahun 2017 pada ketika FB Live sedang menjadi trending. Beliau mula sharing tips-tips kecantikan walaupun ketika itu beliau tidak tahu apa-apa tentang FB Live. Tapi dalam masa sebulan Followers beliau terus naik dari 10 orang ke 8,000 orang. Beliau mula menuntut ilmu marketing dalam program RichWorks iaitu Millionaire Marketing Mastery (MMM) dan seterusnya menjadi salah seorang ahli Titanium (sebuah program Menthorship, bimbingan secara dekat dengan Dr Azizan Osman). Hasilnya dari sales RM3.2 juta pada 2018 naik kepada RM18.3 juta pada 2019. Selain itu, beliau juga mempunyai seramai 3,000 ejen dan 120 stokis di seluruh Malaysia. Apa yang paling menarik, beliau turut menghadiahkan sebuah kereta Mercedes-Benz kepada stokis beliau yang berjaya capai hasil jualan yang wow!

Siti Noor Sabrina Mamasab Bakery 
Bekas radiographer di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) telah menjalankan perniagaan membuat kek sahaja telah mencapai hasil jualan luar biasa pada tahun 2019, RM15.4 juta berbanding 2018, RM5.1 juta. Bisnes beliau yang hanya bermula dari rumah atas dasar ‘suka-suka’ ini rupanya menjadi punca rezeki untuk beliau capai sales jutaan ringgit. Kini beliau mempunyai ejen seramai 3,000 orang. Hasil bimbingan Dr Azizan Osman juga, perniagaannya lebih terurus dan segala selok-belok perniagaannya dipimpin dan dipantau oleh MenThor ini juga berjaya dalam masa 2 tahun dah ada 7 cawangan. Malah Puan Siti turut menerima award Nona Best Growing F&B Business Award dan 100 Top Young CEO 2019.

Rosli Ismail dari Oli Collection 
Bisnesnya hanyalah menjual cadar sahaja. Kisahnya beliau telah menjalankan perniagaan selama 20 tahun, namun bisnes yang dijalankan beliau tak boleh pergi jauh. Pada tahun 2016 sehingga 2018 jualan semakin menurun. Bukan itu sahaja, beliau juga turut mengalami pelbagai cabaran dalam perniagaan. Sebelum beliau menjadi ahli Titanium, sales beliau hanya RM4 juta sahaja dalam masa 20 tahun berbisnes. Sejak mendapat bimbingan dari Dr Azizan Osman, pada 2019 sales beliau telah mencapai RM13.3 juta dan mempunyai 300 orang stokis. Beliau juga berjaya membina semula sebuah Maahad Tahfiz Sains Oli yang telah hampir tutup sebelum ini. Sesuatu yang diidamkan telah dicapai.

Dari ketiga-tiga kisah inspirasi dan sukses ini, apa yang dapat disimpulkan adalah dengan adanya MenThor, Ilmu dan juga Tindakan dari usahawan ini, mereka berjaya capai hasil jualan yang tinggi. Program yang dianjurkan oleh RichWorks ini juga akan membantu usahawan-usahawan untuk tidak hanya mencapai hasil jualan yang biasa-biasa malah yang lebih luar biasa. Ini juga membuktikan usahawan Melayu turut boleh berjaya dalam perniagaan.

Kehadiran Tun Mahathir Bersama Isteri Ke NUH 2020 Meninggalkan Momen Yang Manis
Momen yang tidak dapat dilupakan dengan hadirnya Perdana Menteri Malaysia dan isteri, YAB Tun Dr Mahathir Mohamad dan YABhg Tun Dr Siti Hasmah ke Program NUH 2020 pada hari kedua. Kehadiran Perdana Menteri secara tidak langsung dapat menyuntik semangat para peserta dalam membangunkan perniagaan sekaligus memberiimpak kepada ekonomi negara Malaysia.

Turut hadir  mengiringi Perdana Menteri dan isteri adalah YB Datuk Seri Rina Mohd Harun, Menteri Pembangunan Luar Bandar dan YBhg Dato' Dr Ahmad Jailani bin Mohamed Yunus, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar.


Mengulas pesanan Tun Dr Mahathir,
"Rezeki datang daripada perniagaan, kalau nak makan gaji, takat itu ajalah... Kalau nak berniaga boleh sampai jadi millionaire."
Tokoh hebat ini hadir bagi menyaksikan sendiri ramai bangsa usahawan jutawan Melayu yang sedang berusaha nak bina bisnes berjaya dan nak ubah hidup mereka.

Kesimpulan
Program NUH 2020 sememangnya sangat padat dengan perkongsian ilmu, terutama pada mereka yang benar-benar fokus ingin berjaya didalam perniagaan. Tidak dinafikan didalam konten di setiap program diaturkan juga dapat menyuntik semangat pada diri peserta yang menghadiri untuk mengubah hidup ke arah lebih baik.


Jika selama ini kita ingin lakukan sesuatu yang berbeza tapi harapkan hidup itu berubah tanpa bertindak sebenarnya ianya adalah angan-angan yang sia-sia. Mana mungkin juga kejayaan boleh datang tanpa ada pengorbanan. Just do the best and trust the process!  Dan paling penting didalam NUH 2020 juga saya belajar betapa cabaran yang dihadapi itu sebenarnya boleh bina kejayaan atau kegagalan hidup seseorang. Apa yang penting adalah cara bagaimana kita pilih untuk bertindak dan apa impak pilihan itu.



FAST ACTION FAST RESULT, SLOW ACTION NO RESULT!

Syabas kepada semua peserta NUH 2020, kerana anda semua ingin ubah hidup untuk lebih berjaya dan cemerlang!


Kempen Beli Barangan Malaysia | Jom Dapatkan Produk Blossom, Swag dan Mismis

$
0
0
Kempen Beli Barangan Malaysia | Jom Dapatkan Produk Blossom, Swag dan Mismis -Barang Kita Barang Baik! Sememangnya tidak disangkalkan produk keluaran tempatan hari ini adalah setanding dengan jenama-jenama antarabangsa yang sudah lama berada di pasaran. Melihat kepada kualiti produk dan komitmen usahawan IKS dalam membangunkan jenama mereka,  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah melancarkan satu program yang dinamakan "Kempen Beli Barangan Malaysia". Usaha ini adalah sokongan dan kepada usahawan IKS untuk lebih berdaya saing dan proaktif dalam bidang perniagaan.

"Kempen Beli Barangan Malaysia" Platform Terbaik Untuk Usahawan IKS
Melalui kempen ini secara tidak langsung dapat membantu usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS)  untuk memasarkan produk keluaran mereka serta dapat mencari peluang baru bagi menghasilkan produk yang lebih bermutu dan mematuhi standard bagi memasarkan produk di pasaraya besar lain di seluruh Negara. 

Dengan platform yang disediakan membolehkan produk-produk yang dihasilkan oleh usahawan IKS dapat dipasarkan bukan sahaja di peringkat Domestik bahkan di peringkat Antarabangsa. Satu pengiktirafan buat usahawan IKS untuk memajukan produk mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Pastinya produk IKS yang terpilih mempunyai perlabelan dan rekabentuk yang sesuai untuk dijual di pasaraya besar, telah mempunyai sijil KKM dan sijil pengiktirafan Halal. 

Kita sebenarnya boleh mendapatkan produk terbaik setanding dengan kualiti antarabangsa tetapi dijual pada harga yang jauh berpatutan. So, why not! Kita bertukar tabiat cara berbelanja dengan memilih produk-produk tempatan yang ternyata ramuannya dijamin tanpa was-was dan harga yang ditawarkan lebih menjimatkan.


Antara 3 jenama yang terlibat didalam Kempen Beli Barangan Malaysia adalah ubat gigi jenama MISMIS, perapi rambut SWAG dan penjagaan diri Asianic dan Blossom. Kini untuk pengetahuan semua, produk jenama tempatan ini boleh didapati diseluruh pasaraya besar Tesco di seluruh Negara. 

Sepertimana yang telah digariskan oleh pihak Kementerian, produk tempatan yang terpilih perlu mempunyai kualiti dan pembungkusan yang setanding dengan produk antarabangsa dan  paling penting melepasi piawaian produk bermutu untuk pasaran pasaraya besar dalam dan luar Negara. Dan ternyata produk jenama MISMIS, SWAG dan BLOSSOM ini antara jenama yang mencapai piawaian yang telah digariskan. Terbaik!


UBAT GIGI - MISMIS

Untuk pengetahuan semua, MISMIS adalah singkatan daripada perkataan Make it Smile. 'Catchy'bunyinya dan ada nilai sentimentalnya di situ. Penjagaan oral MISMIS merupakan keluaran daripada syarikat NFA Technologies Sdn Bhd. Mula ditubuhkan pada tahun 2014 sebagai syarikat untuk menyelidik, mengeluar dan memasarkan ubat gigi dan produk penjagaan mulut yang berasaskan polifenol koko yang pertama seumpanya bersama bahan herba semulajadi dari cengkih dan minyak zaitun.

Jenama penjagaan oral ini telah telah mensasarkan pasaran komersial untuk dalam dan luar negara bagi memenuhi permintaan ubat gigi Halal bagi semua segmen umur untuk seisi keluarga. Ini mencakupi semua peringkat umur dari kanak kanak sehinggalah dewasa. Produk MISMIS telah dihasilkan melalui kerjasama dengan Lembaga Koko Malaysia dari segi penyelidikan, pemprosesan dan penyelenggaraan.

Untuk pembuatan ubat gigi, bahan mentah utamanya merupakan polifenol koko yang berkualiti tinggi.Penjagaan oral MISMIS juga telah memiliki sijil Halal dan Good manufacturing Practice - GMP (Praktis Penghasilan Produk Berstandard).  Ini selarasa dengan matlamat syarikat iaitu untuk menjadi syarikat yang bersaing maju dalam mengeluarkan produk yang bermutu tinggi dan standing dengan produk antarabangsa selain menjadi syarikat yang kompetitif dan inovatif di Malaysia. 

Jenama MISMIS terdiri dari ubat gigi MISMIS Ekstra Pudina Segar (Extra Cool Mint) dan Pudina koko premium yang mengandungi bahan aktif polifenol- tannin terbukti berkesan membunuh bakteria utama di dalam mulut iaitu Streptococus Mutan, penyebab nafas berbau dan menyebaran karies gigi. Dengan penggunaan bahan aktif ini ia juga dapat menghindarkan permulaan gigi berlubang dan pembentukan karies gigi.

Menurut Puan Noormawarni Nordin selaku Pengarah Syarikat;

“Ubat gigi MISMIS tanpa fluorida dari Polifenol koko premium terpilih dengan campuran ramuan herba semulajadi seperti cengkih dan minyak zaitun ini akan mengekalkan anda senyuman manis dan nafas yang segar sepanjang hayat. Jenama MISMIS adalah pilihan yang bijak bagi pengguna yang inginkan produk 99.9% dari bahan semulajadi.”

Ubat gigi perisa bubble gum dan coklat yang sememangnya menjadi kegemaran anak.

Saya dan keluarga sendiri telah menjadi pengguna produk penjagaan oral MISMIS ini. Selain daripada keunikan penggunaan bahan utamanya koko, buih ubat giginya juga daripada kelapa. Jadi ianya sangat selamat digunakan oleh seluruh ahli keluarga.

Keterangan lanjut mengenai produk, boleh follow dan like:-
https://www.instagram.com/_makeitsmile/

BLOSSOM - LOSYEN PENJAGAAN TANGAN & BADAN DAN KRIM TANGAN 

Antara feveret produk saya adalah Blossom di bawah keluaran syarikat Wonderland Primary Sdn. Bhd. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 2009 sebagai syarikat pemasaran. dan pernah menghasilkan produk penjagaan badan sendiri iaitu jenama Asianic. Dan kini melangkah setapak lagi dengan memperkenalkan produk losyen yang sesuai untuk semua jenis kulit.


Produk Jenama Blossom terdiri daripada 4 variasi losyen tangan dan badan bersaiz 500ml iaitu limau tangerin (Tangerine), Betik (Papaya), Buah Zaiton (Olive Oil) dan juga Ros (Rose). Diformulasikan dari bahan bahan terpilih dan bermutu tinggi yang mana ianya juga sesuai untuk kesihatan kulit. Paling menarik, jenama ini turut memperkenalkan krim khas tangan Blossom 50ml yang bersaiz kompak sekaligus kita lebih mudah dibawa kemana-kemana sahaja.

Setiap manusia lahir dengan berbagai bagai jenis kulit. Ada kulit kering, berminyak dan tidak sekata. Wanita terutanya amat gemar untuk menjaga dan mastikan kulit sentiasa cantik, mulus dan sihat. Bagi menambah kecantikan tersebut, Blossom adalah salah satu jenama yang diformulasikan khas bagi yang mementingkan penjagaan kulit. Blossom adalah pilihan yang terbaik bagi wanita.
Bukan sahaja dapat melembutkan kulit, tetapi aromanya yang semulajadi dan tekstur lembut pembuatan Blossom pasti akan membuat anda merasa sentiasa segar dan berkeyakinan sepanjang hari.

Menurut Puan Leny Adam selaku Pengarah Syarikat Wonderland Primary Sdn Bhd.;

“Blossom adalah produk tempatan yang setanding dengan produk antarabangsa yang lain dipasaran. Dengan harga yang berpatutan dan dengan pembuatan yang diformulasikan dari ekstrak yang berkualiti tinggi, pasti para pengguna akan mendapat manfaat untuk kecantikan dan kesihatan kulit. Dengan Blossom, kini kulit akan lebih sihat, cantik dan muda sentiasa” 


Blossom dihasilkan dari bahan-bahan semulajadi dan ianya adalah water-based jadi memang mudah serap. Tidak melekit dan bila kita sapu di tangan memang rasa lembut sangat tangan. Ada pelbagai jenis pembungkusan jadi kita boleh pilih samada untuk diletakkan di rumah, di pejabat mahupun untuk dibawa ke mana-mana sahaja. Sebab ada saiz paling kecil yang mana boleh muat dalam tas tangan kita.

Keterangan lanjut mengenai produk, boleh follow dan like:-


SWAG – PERAPI RAMBUT 

Yerppp buat kaum adam di luar sana, kalau nak kacak dan bergaya dengan penampilan rambut kemas bolehlah mencuba pomade Swag. Keluaran syarikat tempatan Sakura Industries yang telah memperkenalkan pomade dalam bentuk gel dan cecair dan juga clay dari jenama Swag.  Pomade Swag diformulasikan dari bahan bahan semulajadi seperti Argan Oil, Olive Oil yang mana mempunyai kebaikan dalam menyubur dan menyihatkan lagi rambut. Selain itu ianya amat selesa digunakan sepanjang hari. Ianya juga diformulasikan berasaskan air (waterbase) bagi memberi sentuhan semulajadi pada rambut dan mudah menggayakan dengan cara yang kita inginkan.

Pengarah Urusan Sakura Industries, Mohd Rozailmee Zulkeply berkata,

"Jenama Swag kini telah menjadi pilihan bagi lelaki yang mementingkan pengayaan rambut. Selain itu jenama Swag juga sesuai untuk semula lapisan umur terutamanya anak muda dari sekolah rendah dan menengah yang sentiasa ingin kelihatan rapi dan bergaya mengikut citarasa pengayaan rambut terkini."


Terdapat empat jenis pilihan, iaitu ‘Boss’, ‘Focus’, ‘Energy’ dan ‘Million’. Setiap jenis mempunyai fungsi dan bahan berbeza mengikut gaya dan citarasa pengguna.


Terdapat dua pilihan sama ada untuk gaya sentuhan sederhana atau tambahan kekuatan bagi mereka yang gemarkan aktiviti lasak. Swag bukan sekadar produk menata rias rambut lelaki, malah turut berfungsi sebagai perapi rambut agar lebih sihat dan subur kerana dilengkapi unsur-unsur  ramuan terbaik semulajadi.

Kita boleh guna setiap hari tanpa ada kerisauan di hati. Hiks. Ini kerana pembuatan Jenama Swag tidak menggunakan bahan kimia berbahaya, malah ramuan semulajadinya menjadi asas kepada keunikan jenama ini. Baunya juga menyenangkan (natural) dan wangiannya pomadenya memberi rasa lebih maskulin. 

Kemas dan rapi bukan setelah menggunakan Swag! Produk Swag ini juga mudah digayakan mengikut citarasa, ia juga mudah dibilas dan tidak menyakitkan kepala ketika menggayakannya dan membersihkan selepas sehari menggunakannya.
Saya cukup teruja dengan pembungkusan Swag Liquid Pomade. Saya dah cuba memang tidak melekit dan baunya memang best. Sebab ianya water- based jadi sangat mudah menggunakannya. Rasanya untuk perempuan, Swag Liquid Pomade ini pun sesuai. sebab baunya sangat natural dan best!

Ada pembungkusan dalam tiub juga jadi sesuai untuk kita membawa produk ini ke mana sahaja (seperti melancong dan sebagainya).

Dengan berat bersih 120g bagi produk pomade berharga RM28.00, ianya adalah antara harga yg murah dan mampu milik untuk semua.

Manakala bagi produk clay 80g dijual pada harga RM19.90 dan Liquid Pomade 200g hanya berharga RM19.90 sahaja. Dengan penggunaan normal setiap produk mampu bertahan selama 4 minggu dan ianya amat berbaloi untuk dimiliki oleh jejaka hebat diluar sana.

Yerpp kemas bergaya dengan pomade Swag semestinya!

Keterangan lanjut mengenai produk, boleh follow dan like:-
Jadi korang jom sama-sama kita dapatkan produk-produk  keluaran tempatan seperti Blossom , MISMIS dan SWAG hari ini di seluruh outlet Tesco Malaysia. pasaraya besar, farmasi dan platform-platform online.

Barang Kita Barang Baik!
Jomlah cuba!

Alif Mastaclass Goreng

$
0
0
Ya ampun, event tahun 2019, tahun 2020 baru beria nak story dalam blog. Kehkeh. Apapun saya berpeluang ke acara Aliff Mastaclass ni sebab menang dalam peraduan yang dianjurkan oleh jenama ini di FB.

Excited? Mestilah sebab kelas ini adalah mengenai asas teknok menggoreng. Walaupun hakikatnya kita biasa masuk dapur tapi sebenarnya ada banyak skoll dalam memasak yang perlu kita pelajari terutama untuk menjadikan hidangan yang disediakan itu masak begitu sempurna.

Semua bahan masakan disediakan oleh pihak penganjur. Kiranya kita sebagai peserta datang berlenggang-lenggang dengan semangat nak belajar yang tinggi. Gitewww.

Ada 3 jenis teknik gorengan yang diajar. Walaupun bunyinya macam mudah rupanya banyak teknik yang perlu kita ketahui. Terutama dari segi kuantiti minyak, suhu dan tempoh menggoreng.

Btw kelas ini diajar oleh Chef Nik Michael Imran dan juga dibantu oleh selebriti Alif Satar. Memang meriah dan gamat dengan macam-macam kaletah kedua selebriti ini. Sepanjang berada didalam kelas ini tak pernah bosan. Asyik tergelak-gelak. Beria pulak tu, hahahahah.

Deep Fried

Teknik menggoreng yang pertama adalah 'deep fry. Di mana kita perlu meletakkan kuantiti yang banyak didalam periuk. Masakan ini sesuai kalau nak goreng kentang, ayal ala-ala kfc dan sebagainya.

Chef Nik kata untuk kentang goreng yang enak dia kena garing di luar tapi  lembut didalam (macam lekembutan mashed potatoes). So kentang segera (frozen) yang kita beli, keluarkan dan terus goreng tak perlu defrost terlebih dahulu. Goreng sekejap, masuk dalam minyak panas dan angkat.

Kemudian masukkan bali kentang tersebut dan kali ini goreng sampai bahagian luar keperang-perangan.

Taburkan dengan garam halus (lupa dah nama garam ni, hahaha). Tabur ketika kentang masih panas-panas, itu antara teknik untuk mendapatkan rasa kentang lebih sedap. Siap!

Goreng Menggunakan Minyak Sederhana

Kali ini nak cuba teknik bukan jenis masakan deep fried tapi still perlukan minyak yang banyak. So kita cuba masak tempura.

Bahan yang diperlukan adalah telur campurkan dengan air soda. Bukan ice cream soda ya tapi air soda...Jangan jadi macam saya excited tengok air soda, beria minum hahahahahaha. Sekali amik..hahaha..tasteless...

Campurkan dalam tepung gandum. Kacau rata.

Nak goreng dia senang jer. Just macam celup2 dan angkat. Tangan pegang kat ekor udang tu jer..Ada bran??? Hahahah.. Kita dah cuba wak...survive jer. Sikit pun tak kena minyak panas...Jangan curah air dalam minyak jer, takkan meletop kena tangan der...

Tadaaaa...siap boleh makan begitu sahaja. Selain udang boleh juga goreng sayuran seperti bayam, keledek dan pelbagai lagi.

Mengguna minyak lebih kurang sama seperti tempura. Cuma kali ini kita nak masak chicken chop. Bahan yang perlu ada adalah tepung gandum, telur, breads crumb dan ayemmm.

Mula celup tepung kat tepung, kemudian telur dan bread crumb.


Ada suhu yang korang kena perhatikan. Dan masukkan ayam goreng sehingga nampak luar permukaan ayam garing.

Tada!!! Siap, makan dengan nasi Jepun dan salad ala coleslow..perghhh mmg padu!

Grill Menggunakan Sedikit Minyak
Hidangan last yang kitaorang masak adalah 'Grilled Beef". Letak garam, bawang putih dan daun rosemary.

Senang giler ramuan dia. Tapi sebab cara grill betul menggunakan suhu yang tepat. Terus marvellous jadi rasa dan rupa hidangan ini.

Memang best kelas yang saya hadiri ini. TQ partner in crime Cik Lily Putih yang sudi teman walaupun last minute aku hajak.. Dan juga team Minyak Alif, Chef Nik dan Aliff Satar, terima kasih dan syabas diatas penganjuran bengkel yang banyak memberi manfaat ini.

Jumpa lagi di masa akan datang.

Btw event ini berlangsung pada tahun 2019, tahun 2020 baru siap entrinya, hahahahah.

Mak yang semengah BZ;

Giveaway Wang Tunai RM 1000 Mamapipie & Friends

$
0
0
Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends.
Due Date: 29 February 2020 nanti.

Jom korang sertai sekali, hehe.

Giveaway Wang Tunai Mamapipie

Giveaway Wang Tunai RM 1000 Mamapipie & Friends

Syarat-syarat Penyertaan Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends


  • Terbuka kepada blogger yang menetap di Malaysia bagi memudahkan urusan bank in wang tunai- Hokeh! Kita memang blogger menetap di Malaysia :)



  • Buat satu blog post bertajuk "Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends". Tepek banner di atas beserta link ke post ini.  Done.



  • Tag 3 rakan - mamatisya, suzie284 dan sarafiz.blogspot.my sila join!


  • Wajib Follow Youtube ibusyurga: Klik Sini - Youtube ibusyurga - Done

  • Wajib Follow & Letak Blog di bawah ke dalam Bloglist - Done



  • Ibusyurga.blogspot.com


  • Sukamakanjalan.blogspot.com


  • www.dawaibesi.com


  • www.guamansyarie.com


  • https://nikmatterbaik.blogspot.com


  • http://www.mamapipie.com


  • Ini syarat wajib. Kalau tak patuhi syarat ni korang akan disqualified. Baek!!


  • Digalakkan Follow Media Social Mama: InstagramFBYoutubeTwitterFB Page - Done

  • Hadiah Wang Tunai RM1000 - Senarai Hadiah

    Wang tunai sejumlah RM 1000 akan dihadiahkan kepada 17 orang pemenang.. Banyak kan.. Alhamdulillah, Semoga murah rezeki penaja kita. Sama-sama kita doakan agar penaja-penaja kita sentiasa murah rezeki dengan rezeki yang berkat, diberkati Allah dan bisnes sentiasa menjadi. Seramai 17 pemenang akan dipilih memenangi total RM1000 nanti. Pemenang hadiah utama akan dipilih sendiri oleh pihak penaja. Jom tengok senarai hadiah yang akan dimenangi:


    Hadiah RM200 (Seorang Pemenang)
    1 x RM200

    Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang)
    2 x RM100

    Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang)
    14 x RM50

    Good Luck guys!

    Yang dah join giveaway,

    Pengalaman Shooting Untuk Rancangan Resepi Power #DapurEra

    $
    0
    0

    Tahun 2019, antara kenangan manis yang tidak dapat saya lupakan adalah berpeluang 'shooting' bersama Beras Era. Sebenarnya ini antara peraduan yang join atas ajakan kawan comper tersayang Zarina Ismail. Sebenarnya nak sertai peraduan ini kena sertai 'audition' terlebih dahulu di Sri Pentas TV3. 

    Mula-mula memang slot untuk peserta audition dah penuh. Tapi nak dijadikan cerita 'last minute' ada seorang peserta tarik diri. Saya tak sure berapa orang peserta yang menyertai 'audition' semuanya. Sebabnya ianya berlangsung selama 2 hari dan untuk setiap hari ada banyak sesi, serta dalam satu sesi ada banyak peserta. See..bunyi macam complicated sangat kan!


    Hahahahah..

    So masa saya datang 'audition'..memang saya datang bawa barang ala-kadar jer, hahaha. Berbanding dengan peserta lain memang cukup beria dan bersedia. Tapi sebab saya pertaruhkan nasi goleng ala planta. resepi sangat mudah. Dengan menggunakan beras Era yang memang dah sedap dan tarikan ramuan lebih kepada udang kering, telur dan cili api. Sebab masakan ini memang antara feveret anak2 waktu nak cepat ataupun darurat.

    Lepas masak, ada sesi temubual lagi dengan produksi. Sebab dia nak tahu kita boleh ke tidak bercakap depan kamera. Dan calon yang dipilih kena pandai masak seperti nasi lemak, nasi tomato, nasi kerabu dan pelbagai lagi.

    Secara ringkasnya, setelah melalui beberapa fasa akhirnya saya pun terpilih. Tak sure berapa orang semuanya. Tapi hidangan yang saya kena masak dalam tempoh 1 jam adalah nasi tomato.

    Call time pukul 7.30pagi. Mujur lokasi 'shooting' berdekatan dengan rumah. Jadi tidaklah mengelabah sangat sebab pagi2 kena uruskan anak ke sekolah. Tapi nak dijadikan cerita Dedet poula ada meeting penting di pagi hari kejadian. Dahla saya memang wajib bawa dedet ke set sebab ada slot khas untuk dia. hahahah. Panik kejap.

    Cantik dan besarkan rumah yang dipilih untuk shooting. Tuan rumah memang deko khas untuk shooting mana-mana rancangan rasanya. Sebab bahagian bawah memang khas untuk disewa.

    Ngam-ngam dedet sampai saya tengah bz shooting masak. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Walaupun pada awalnya rasa nervous giler, seb baik dipermudahkan. Sebab memang masa sahut cabaran pertandingan ini, saya memang tanam niat masak sehabis baik dan untuk rasai keseronokan berperang masak-masak dengan pihak lawan jer. Kalah menang belakang kira. Paling penting kita dah buat sehabis baik, heheh.

    Sebenarnya untuk setiap episod ada satu resepi. dan resepi ini kena disediakan oleh peserta dalam tempoh 1 jam. Bahan utama tentulah Beras Era. Jika kita menang untuk cabaran itu kita akan dapat RM2000. Tetapi dengan sertai pertandingan ini secara automatik kita akan dapat RM500 berserta dengan hadiah iringan iaitu produk Era selama setahun (tapi dah convert ke voucher Giant RM1200, rezeki betul hehehe).

    Aksi Dedet dalam satu segmen yang mana beliau kena rasa, tutup mata dan undi masakan isteri masing-masing. hahahaha.

    Bersama MUA yang mencantikkan saya di hari kejadian. TQSM laling!!

    Antara bahan yang digunakan untuk hidangan nasi tomota saya. Sebenarnya ada banyak lagi. Tapi sebab shooting masak nak start tak bolehlah beria bergambar ekekeke.

    Tada!!!! Setelah sejam berhempas pulas, hikhik...

    Segmen last. Kena makan bersama suami masing-masing dan juga Izzue Islam. Peramah hokeh Izzue. Boleh borak-borak santai. Izzue memang jadual dia padat giler. Rezeki tahun 2019 banyak projek masuk hehe.


    Sempat juga bergambar dengan Awin isteri kesayangan Izzue. Sempoi juga orangnya. Tak sombong langsung.

    Awin ni memang peneman setia Izzue ke mana sahaja. Merangkap pengurus peribadi juga pada Izzue Islam.

    So kalau korang nak tengok episod saya memasak dengan Aida. Boleh klik pada video di atas.

    Apapun terima kasih sangat buat Beras Era, team produksi, Aida dan suami dan juga Dedet. Kita memang seronok sangat hari itu kan Aida? Heheh. Walaupun pertama kali kenal Aida, tapi bila dah start berborak macam dah kenal lama. Hiks

    Syukur alhamdulillah atas rezeki yang manis-manis ini :-)

    Koleksi Raya Avon Casa Kayangan Bertemakan Songket Kontemporari dan Moden

    $
    0
    0
    Koleksi Raya Avon Casa Kayangan Bertemakan Songket Kontemporari dan Moden - Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas, corak 'songket' itulah yang dapat kita gambarkan pada hari ini. Melihat kepada keunikan  warisan tempatan 'songket' yang tidak pernah di telan zaman, Avon Malaysia telah memperkenalkan koleksi Raya tahun 2020 "Casa Kayangan" yang bertemakan songket kontemporari moden.

    Antara di dalam koleksi Cara Kayangan ini seperti set kamar tidur, langsir, set hidangan, linen dan perhiasan rumah. Memang cantik dan menarik apabila ianya didatangkan dalam satu set dengan corak dan warna yang sama.

    Set Kamar Tidur

    Memang sejuk mata memandang. Bukan sahaja coraknya cantik bahkan fabrik yang digunakan adalah serat mikro yang sangat lembut dapat memberi keselesaan kita tidur.

    Terdapat set untuk kamar anak bujang "Uda dan Dara" (single) dan juga juga set ratu dan Raja Casa Kayangan untuk (queen).

    Ruang Tamu

    Ruang tamu antara tetamu akan tuju dulu. Bagi penggemar dekorasi yang 'simple' sedap mata memandang dan paling penting ianya versatil tetap diminati sepanjang zaman, korang bolehlah mempertengahkan konsep songket kontemporari dan moden.

    Untuk langsir sliding door Casa Kayangan menggunakan motif songket pecah bunga lapan dan tampuk manggis. dan fabriknya juga adalah dari polister bercetak. Jadi kalau kita basuh dengan mesin, kita tidak perlu menggosoknya selepas dikeringkan kerana ianya tidak akan renyuk teruk.

    Apatah lagi dipadankan dengan set sofa warna cerah, memang menaikkan seri ruang tamu korang!.

    Motif pucuk rebung kalau kita lihat pada cushion cover casa Kayangan ini. Fabrik polister bercetak sangat mudah untuk dibersihkan jika terdapat kotoran.

    Boleh padankan dengan balang  serta Table Runner yang didatangkan dengan corak bunga pecah lapan dan tampuk manggis.

    Balang (cookie jar - set of  2) Casa Kayangan ini diperbuat dan dari kaca didatangkan bersama penutup kedap udara.

    Ruang Makan

    Untuk ruang makan ada alas meja Casa Kayangan yang sesuai untuk meja 6 hingga 8 orang. Fabrik polister bercetak juga. dan korang boleh dapatkan juga Serving Platter dan Casserole dari siri Casa Kayangan.


    Serving platter agak praktikal memudahkan kita untuk menyusun hidangan bagi memudahkan tetamu membuat pilihan ketika hendak menikmatinya.

    Terdapat dua saiz  Serving Casserole iaitu 2 liter dan juga 1.2 liter. Boleh digunakan untuk panaskan masakan di dalam microwave sahaja.

    Beg ini agak popular dan 'hot selling' di Avon. Dijual pada harga promosi untuk sesetengah pembelian. So korang boleh dapatkan di butik Avon berdekatan atau pembelian secara atas talian.

    Koleksi Casa Kayangan sememangnya cantik,
    Dapatkan di Butik Avon pada harga menarik,
    Suasana Raya lebih berseri-seri,
    Dengan sentuhan corak songket tradisi!

    Semua siri Casa Kayangan boleh didapati di butik Avon pada 1 April 2020 nanti yerp...
    Boleh juga dapatkan secara pembelian di atas talian www.shop.avon.my
    Viewing all 2933 articles
    Browse latest View live