Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all 2933 articles
Browse latest View live

Jom Korang Sertai Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup

$
0
0
Cuba bayangkan kita dapat gaji tetap setiap bulan RM3000. Seumur hidup pulak tu! Bukankah sesuatu yang paling membahagiakan. 

Orang tua kata, "Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.."

Passttt Korang tahu tak, sekarang ini Nestlé Malaysia telah melancarkan satu peraduan yang menawarkan hadiah yang cukup lumayan iaitu “gaji untuk seumur hidup”. Yerppp korang  Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup boleh disertai dengan hanya dengan membeli produk Nestlé bernilai RM15 di dalam satu resit.

Hadiah Menarik Ditawarkan

Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup menawarkan peluang kepada dua pemenang bertuah untuk memenangi Hadiah Utama berupa ‘Gaji untuk Seumur Hidup’ sebanyak RM3,000 setiap bulan, dan peluang kepada 10 pemenang Hadiah Sagu Hati untuk memenangi ‘Gaji untuk Satu Tahun’ sebanyak RM3,000 setiap bulan. Manakala hadiah wang tunai RM500 juga akan diberikan kepada 50 pemenang setiap minggu sepanjang tempoh peraduan selama 11 minggu. 

Oh ya korang pemilihan pemenang ada berdasarkan no siri dan semua peserta akhir akan berentap di acara final yang akan diumumkan oleh pihak penganjur kelak.

Take note : Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup akan berlangsung dari 14 Februari hingga 30 April 2020.



Ketua Pegawai Eksekutif, Nestlé (Malaysia) Berhad, Encik Juan Aranols, berkata,

“Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup merupakan cara kami mengucapkan terima kasih di atas sokongan yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia kepada Nestlé dan jenama-jenama Nestlé selama lebih 100 tahun, dengan memberi rakyat Malaysia peluang seumur hidup untuk memenuhi impian mereka. Peraduan ini adalah yang terbesar setakat ini di Malaysia dan kami memberikan peluang dengan semudah yang mungkin untuk pelanggan Nestlé memenangi “Gaji untuk Seumur Hidup” sebanyak RM3,000 – hanya dengan membeli produk Nestlé kegemaran mereka!”


Cara-cara Penyertaan

Langkah 1: Beli sebarang produk NESTLÉ® yang turut serta bernilai minima RM15 dalam 1 resit. Setiap RM15 akan diberikan 1 Nombor Bersiri.


Langkah 2: Jawab soalan berikut

Soalan
“Terdapat 3 Pemenang Hadiah Utama bagi PERADUAN NESTLÉ® GAJI SEUMUR HIDUP* ini.
Betul atau Salah?”

Langkah 3: Tuliskan nama penuh, No. MyKad dan jawapan di atas resit asal anda. Ambil 1 gambar yang lengkap dan jelas dan WhatsApp penyertaan anda ke 013-232 2168.

Atau korang muat turun borang penyertaan atau dapatkan borang di mana-mana pasaraya yang mengambil bahagian.

Lengkapkan borang penyertaan, jawab 1 soalan, sertakan resit bercetak asal dalam 1 sampul surat dan lekatkan setem yang mencukupi. Hantarkan melalui pos biasa sahaja ke alamat berikut:

Peraduan NESTLÉ® Gaji Seumur Hidup*
Nestlé Products Sdn. Bhd.
Peti Surat 8812
Pejabat Pos Kelana Jaya
46798 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

Langkah 4: Pengumuman pemenang akan dimuat naik di laman Dear Nestle, jadi pastikan anda sentiasa menyemaknya.

Tertakluk kepada Terma & Syarat Peraduan
https://www.dearnestle.com.my/ev…/peraduan-gaji-seumur-hidup

Korang boleh pilih lebih 300 produk daripada 25 jenama Nestlé, dan menghantar seberapa banyak penyertaaan yang diingini. Lebih banyak penyertaan yang dikemukakan, lebih tinggi peluang untuk menang! Gitchew!!

Ahem! Selain itu korang juga boleh membeli satu set MILO MAKAN KOMBO di McDonald’s bernilai RM19.90 untuk menyertai peraduan ini.


Peruncit yang mengambil bahagian termasuk pasar mini utama, pasar raya, pasar raya hiper, kedai stesen minyak, kedai serbaneka dan juga platform e-dagang, termasuk Lazada dan Shopee, di seluruh Malaysia yang mengeluarkan resit rasmi sebagai bukti pembelian. Peruncit lain juga termasuk Qoo10, Lelong, Presto, Astro Go Shop, PGMall.

Untuk maklumat lanjut tentang Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup dan butir-butir tentang cara untuk menyertai peraduan yang menawarkan peluang sekali seumur hidup ini, sila layari laman https://www.dearnestle.com.my/event-and-happening/peraduan-gaji-seumur-hidup

Percutian di Gloria Residences Genting Highlands | Keselesaan Bilik dan Fasiliti Yang Ohsem

$
0
0


Berpeluang menghabiskan masa bersama-sama keluarga bercuti di kawasan peranginan di tanah tinggi seperti Genting Highlands memang tidak akan saya lepaskan. Apatah lagi penginapan di Hotel esklusif yang serba-serbi lengkap dengan fasiliti bertaraf dunia pastinya meninggalkan momen yang sangat manis.

Gloria Residences Ion Delemen Genting Highlands terletak berdekatan dengan Pusat Keriangan Genting (kira-kira 9 minit perjalanan). Jika bertolak dari Kuala Lumpur mengambil masa lebih kurang 45 minit. Hotel dengan rekabentuk moden dan kontemporari ini menawarkan pelbagai jenis pilihan bilik dan juga fasiliti yang hebat sekaligus memberi keselesaan kepada pengunjung yang datang menginap di sini.

Terletak di kawasan tanah tinggi yang dikelilingi hutan hutan (rainforest) yang lama memberi lebih rasa privasi dan esklusif. Cukup sesuai untuk mereka yang datang bercuti samada sendirian, berteman atau famili. Bahkan untuk organisasi yang ingin adakan meeting, seminar mahupun bengkel juga sesuai diadakan di sini.

Ini kerana pihak pengurusan  Gloria Residence menyediakan semua kemudahan dan fasiliti mengikut keperluan pengunjung. Seperti saya yang pertama kali menginap bersama keluarga di sini dapat rasakan konsep yang diperkenalkan memang benar-benar penginapan berorientasikan keluarga (family friendly). Gaya kehidupan seperti rumah dari segi konsep dekorasi rumah (ala apartmen) dan juga hidangan yang ditawarkan di restoran dan juga kafe.

Lobi. Kemas dan teratur. Agak luas dan sangat mudah berurusan di sini. Apatah lagi kedatangan disambut dengan penuh mesra oleh penyambut tetamu yang bertugas.

Ruang lobi yang menyediakan kemudahan seperti kerusi empuk dan meja kecil. Terutama buat penginap hotel yang ingin menunggu atau melepak santai di ruang ini memang memberi keselesaan. Kemudahan parkir memang banyak disediakan, jadi kita tidak perlu risau kalau datang beramai-ramai bercuti di sini.

Satu OOTD sebelum masuk bilik. Terdapat dalam 24 tingkat dan untuk setiap aras adala lebih kurang 12 unit rumah. Terdapat 7 kategori bilik ditawarkan, antaranya seperti Studio Room, One Bedroom Suite, Two Bedroom Suite, Family Suite, Two Bedroom Executive Suite, Three Bedroom Executive Suite dan Gloria Penthouse.

Saya dan famili menginap di Three Bedroom Executive Suite . Konsep ala apartmen (seperti rumah) yang mempunyai fasiliti dapur, 3 bilik tidur, 2 bilik air, ruang tamu dan juga ruang makan. Untuk ahli keluarga yang ramai seeprti saya, menginap di dalam bilik seperti ini memang memberi keselesaan.

Bilik Tidur

 Ini merupakan bilik tidur utama. Selain daripada set televisyen, kabinet terdapat juga bilik air utma didalam bilik ini.

 My Yara yang begitu teruja berlari ke katil. Oh ya! katil didalam bilik ini adalah bersaiz queen.


Memang tidur nyenyak ya! Ini kerana di dalam setiap bilik disediakan juga kemudahan penyaman udara (aircond). Biarpun hotel ini sudah berada di tanah tinggi namun tetap juga disediakan fasiliti ini memang terbaik!


Bilik nombor dua yang juga luas juga. Ada meja dan juga kabinet baju.

 Dan ini adalah bilik ketiga. Keluasan lebih kurang sama dengan bilik nombor dua. Tetapi disediakan dengan dua katil jenis 'single bed'. Dan ada televisyen juga disediakan untuk bilik ini.


Ruang Tamu

Ruang tamu, ruang santai bersama ahli keluarga. Pihak Hotel Gloria Residences juga menyediakan kemudahan wifi untuk tetamunya.

 Memang puas hati dengan saluran televisyen yang disediakan. Sangat banyak dan memenuhi citarasa setiap ahli keluarga. Benar-benar berasa seperti di rumah!

Ruang Bilik Air


Untuk bilik saya menginap terdapat 2 bilik air. Dan bilik air utama agak luas jika dibandingkan dengan bilik air tetamu. Turut disediakan keperluanmandian seperti sabun, ubat gigi dan sebagainya.

Begitu juga dengan pengering rambut dan juga 'robe'.

Saya paling teruja apabila dapat mencuba sendiri  produk Rosslyn ' Hair and Body Wash' yang serius sangat wangi dan lembut baunya.

Ruang Dapur dan Ruang Makan

 Selain daripada ruang tamu, ruang makan juga antara feveret spot untuk saya dan keluarga. Di mana kami suka untuk duduk makan bersama sambil berbual bertuikar cerita. Saat yang manis apabila kita dapat berkongsi perkara yang menyeronokkan sesama ahli keluarga tercinta.


Kemas dan selesa.


Ini pula ruang dapur. Disediakan pemanas air, ketuhar (mirowave) untuk kita panaskan makanan, air mineral, minuman segera dan air kotak. Terdapat juga peti ais untuk kita menyimpan barang makanan atau minuman yang perlu disejukkan.

 Sempat saya panaskan makanan yang dibeli dalam perjalanan, heheh. Menariknya terdapat juga pinggan , sudu dan garfu disediakan untuk kemudahan tetamu di sini. Korang boleh 'request' sekiranya tiada disediakan di dapur tau!

Kemudahan Lain Disediakan Di Bilik

Kabinet rak kasut yang bertutup. Jadi bilik kita akan nampak lebih kemas dan teratur, tiada kasut bersepah-sepah di hadapan pintu.

Kemudahan menggosok seperti sterika, torchlight dan sebaginya.

Sebagai muslim, saya cukup gembira apabila bilik hotel penginapan sediakan sejadah. Ini bermakna pihak pengurusan sangat 'aware; tentang keperluan tetamu yang datang menginap.

Ada penunjuk kiblat lagi :-)

Jika korang bawa benda berharga, disediakan juga peti simpanan di bilik utama.

Fasiliti Lain di Hotel



Di sini terdapat banyak tempat yang boleh korang rakamkan untuk kenangan, Ini terutama bagi mereka yang sukakan berOOTD. Ada pancuran air pancut dengan landskap yang sangat cantik.


Terdapat juga fasiliti lain seperti mini 'playground' untuk kanak-kanak bermain.

Jika menginap di hotel, antara tarikan utama tentulah kolam renang (swimming pool). Menariknya kolam di sediakan di sini, airnya tidaklah terlalu sejuk. Bayangkan anak-anak dapat bermain air dengan gembira di Genting Highlands yang sememangnya sangat terkenal sebagai kawasan peranginan yang mempunyai suhu yang dingin (seperti bercuti di negara sejuk Eropah). Kolam ini dibuka seawal pukul 7 pagi sehingga 10 malam.

Terdapat juga kolam untuk kanak-kanak.

Dan juga kolam dewasa. Semuanya perlu memakai baju renang apabila menggunakan fasiliti kolam renang di sini.


Bagi mereka yang suka bersenam tidak kira di mana sahaja. Pastinya tidak akan melepaskan peluang menggunakan kemudahan peralatan bersenam di gymnasium di sini. Ada pelbagai peralatan disediakan mengikut dan keperluan pengguna gym itu sendiri.

Gym di sini dibuka 24 jam ya!


Kita juga boleh bersauna di sini. Ianya terletak di kawasan tandas di ruang gymnasium.

Kids Club. Untuk ibubapa yang membawa anak kecil, mereka boleh membawa anak ke bilik permainan kanak-kanak yang disediakan di dalam Gymnasium. Sambil kita bersenam anak-anak boleh bermain didalam bilik ini dengan gembira.

Korang boleh juiga bermain dengan permainan lain yang disediakan didalam hotel. Sememangnya kita tidak akan bosan menginap di sini kerana banyak aktiviti yang boleh dilakukan bersama rakan dan ahli keluarga yang lain.


Kalau korang sukakan cabaran. Korang boleh cabaran outdoor yang disediakan oleh pihak hotel. Ada sedikit caj yang dikenakan. Memang best terutama bagi mereka yang mengadakan bengkel bersama organisasi di sini. 

Ameer yang begitu teruja untuk mencuba flying fox buat pertama kali dalam hidupnya. Hahaha.

 
Ada zip lanes dan pelbagai lagi. Aktiviti yang dapat menguji keberanian seseorang. Yang bestnya sambil beraktiviti kita boleh lihat pemandangan hutan disekeliling.


 Terdapat juga climbing walll disediakan di sini.

Memang unik dan menarik. Sekali-sekala bercuti kita cuba aktiviti yang agak ekstrem dan sesuai dengan fizikal ahli keluarga. Petugas yang membantu sangat profesional dan terlatih jadi kita tidak perlu risau tentang hal keselamatan dan sebagainya.

Ada banyak lagi yang ingin saya kongsikan. Nantikan entri seterusnya tentang bilik-bilik penginapan yang ditawarkan di sini. dan juga restoran serta kafe yang korang WAJIB cuba bila bercuti di sini.

Jumpa lagi di entri seterusnya!

Check it out! Laman web dan sosial media untuk sebarang promosi mengenai penginapan di Gloria Residences Genting Highlands.



Bercuti tetapi seperti di rumah sendiri,
Gloria Residences memberi keselesaan dan privasi!

Nikmati Sarapan, Makan Tengahari dan Malam di HOME, Minum Petang di Hotspot Gloria Residence

$
0
0
Home Restaurant yang terletak di Gloria Residences Genting Highlands menawarkan pelbagai jenis hidangan yang dapat memenuhi citarasa masyarakat Malaysia mahupun dari negara luar. Mengambil konsep seperti masakan di rumah ternyata chef di sini sangat mengambil berat dari segi kualiti rasa dalam setiap hidangan yang disajikan.

Home Restaurant dibuka setiap hari dari jam 7 pagi sehingga 3 petang kecuali pada hari Sabtu operasinya sehingga jam 10 malam.

Memang bersih dan kemas tau! Saya sendiri mengakuinya apabila pertama kali sampai di sini. Semuanya dalam keadaan sangat tersusun dan teratur.


Konsep minimalis. Sesuai untuk mereka yang datang sendiri, berteman mahupun bersama keluarga.

Makan Malam di Home Restaurant

 Saya sempat mencuba sendiri masakan istimewa khas untuk makan malam. Memandangkan menu Hotpot agak popular di sini, jadi saya terus menjadi teruja untuk menikmatinya di restoran ini.

 Hotpot Grilled Fish. Menikmati ikan siakap agak besar saiznya di gril. Begitu juga dengan udang. Ada scallop, toufu dan pelbagai lagi. Didatangkan juga mee hoon dan sayur yang mana kita perlu campur sendiri dan rebus bersama dengan set hidangan ini.

Lemon Butter Chicken. Feveret anak-anak. Ayam digoreng garing diletakkan bersama dengan sos butter berlemon. Memang sedap.

 Nasi Goreng Chinese Style. Sedap! Cukup rasa. Memang berselera anak-anak saya menikmatinya sehingga licin.

Pencuci Mulut. Buah-buahan segar.

Sempat merakamkan gambar seisi keluarga ketika menikmati makan malam.

Sarapan Pagi di Home Restaurant

Variasi hidangan yang ditawarkan untuk makan pagi. Saya dan keluarga hampir ke semua hidangan dan ke semuanay sedap. Korang kena cuba snediir terutama sambal nasi lemak, kuah kacang (power giler kesedapannya), bun dan dumpling (home made) dan pelbagai lagi.

Ada nsi lemak, kuew teow, masakan ayam, sambal, hot dog dan macam-macam lagi.

 Pelbagai jenis roti dan jam ditawarkan di sini.

 Ni sedap betul. Bun samada plain mahupun yang ada inti kacang merah.


Bubur dan perkakasannya.

 Pelbagai jenis mee ditawarkan.

 Bersama kuah tomyam mahupun sup ayam.

Dumplings, carrot cake dan pancake.

Pencucui mulut, nasi impit dan kuah kacang sedap.

Terdapat juga bibirin dan biskut buat anak-anak.

Ada variasi jenis minuman sejuk ditawarkan.

 Dan juga air panas seperti cappucino, latte dan black coffee.

Wefie bersama keluarga ketika bersarapan di sini!

Makan Tengahari di Home Restaurant

Untuk makan tengahari kami telah mencuba hidangan dimsum yang ada ditawarkan di Hoem Restaurant. Agak unik dan lain daripada dimsum yang pernah saya cuba selama ini.

Chicken Fried Dumplings

Steam Prawn Dumplings with Supreme Soup

Chive Dumplings

White Carrot Cake

Zha Jiang Noodle

Egg Tart

Sesame Ball With Peanut

Minum Petang di Hotspot

Lpeas check out, kitaorang lepak di Hotspot Kafe yang terletak betul-betul bersebelahan dengan lobi. Apa yang menarik tentang kafe ini selain menawarkan kudapan ringgan terdapat juga set nasi lemak dan pelbagai jenis menu pagi untuk sarapan.

Tapi untuk kali ini saya dan keluarga kudapan ringgan sebagai minuamn petang sebelum kami bertolak balik ke Kuala Lumpur.

Saya telah cuba air cappucino panas (gambar di atas) memang sedap. Begitu juga air coklat panas, black coffee dan latte ada ditawarkan di sini.

 Antara makanan yang kami order dan cuba seperti:-
VAnilla dan coklat muffin

 Waffle (with peanut butter). Ini memang sedap makan panas-panas.
Kita boleh juga request jika mahu menikmati waffles bersama coklat ataupun kombinasi keduanya sekali.

Fries with chili and mayo!

Sambil menikmati hidangan kita boleh lepak-lepak santai. Sesuai untuk mereka yang mahukan suasana 'me time' ataupun ruang untuk berborak sakan bersama rakan dan ahli keluarga.

So korang, kalau nak tahu jenis bilik-bilik yang ada ditawarkan di Gloria Residences nantikan didalam entri saya yang seterusnya.

Untuk info lebih lanjut, boleh layari:-


CTOS SecureID Memberi Maklumat Tentang Penipuan, Pemantauan Kredit Serta Perlindungan Takaful

$
0
0
Sepertimana yang kita ketahui, CTOS merupakan Agensi Pelaporan Kredit yang terkemuka di Malaysia berdaftar di bawah Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010 yang telah ditubuhkan pada tahun 1990. Pengenalan CTOS adalah bagi mempermudahkan perlanjutan kredit dengan cara membolehkan individu dan perniagaan mengakses maklumat penting dengan lebih mudah dan lebih cepat. 

CTOS dapat menyediakan portfolio yang lengkap meliputi penyelesaian dan perkhidmatan pengurusan risiko kredit. Portfolio yang disediakan dapat digunakan secara meluas oleh institusi-institusi perbankan dan kewangan negara, syarikat insurans, syarikat telekomunikasi, syarikat-syarikat besar, perusahaan kecil serta sederhana, firma guaman, badan-badan kerajaan dan berkanun.

Pengenalan CTOS SecureID


Dan terbaru CTOS telah melancarkan CTOS SecureID, iaitu khidmat perlindungan penipuan dan pemantauan kredit bagi memerangi pencurian dan penipuan identiti yang kian meningkat, selain daripada dapat membantu memantau kesihatan kredit pengguna. Sekaligus menjadikan perkhidmatan pemantauan dark web adalah yang terulung dilancarkan oleh agensi pelaporan kredit di Asia Tenggara.

Sebelum itu apa itu Dark Web sebenarnya?


“Dark web” adalah sebahagian daripada website yang ada di Google, Yahoo, Bing dan lain-lain yang memerlukan tools untuk diakses. Sekali diakses ia akan jadi seperti website yang biasa digunakan. Dark Web merupakan terma yang merujuk secara spesifik kepada sejumlah laman-laman web yang hanya wujud pada rangkaian berenkripsi. Ianya tidak dapat diketemukan melalui enjin carian konvensional atau dilawati dengan menggunakan pelayar konvensional.
Rujukan : fstm.kuis.edu.m



Secara ringkasnya CTOS melancarkan khidmat pemantauan Dark Web untuk melindungi pengguna Malaysia daripada pencurian dan penipuan, terulung di Asia Tenggara. Dengan CTOS SecureID, pengguna akan diberi maklumat tentang penipuan,  kredit akaunnya akan dipantau serta diberi perlindungan takaful.

Antara perlindungan takaful yang diberikan dibawah CTOS SecureID seperti kemalangan serta kehilangan nyawa, kerugian harta akibat ragut dan pelbagai lagi. Jenis pampasan yang boleh dituntut sila rujuk pada gambar di atas ya!

Pengenalan Kapten CTOS

Majlis pelancaran CTOS SecureID ini telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Dato' Dr. Haji Amirudin Bin Abdul Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif Cybersecurity Malaysia. Selain itu di majlis ini turut mengumumkan Kapten CTOS iaitu Hisyam Hamid seorang bintang TV dan filem popular tanahair.  Di mana Kapten CTOS ini akan turut terlibat dalam memperkenalkan perkhidmatan CTOS SecureID kepada seluruh masyarakat melalui pelbagai medium digital mahupun bercetak.


Pengguna yang melanggani perkhidmatan ini akan dimaklumkan jika berlaku sebarang perubahan profil kredit mereka, seperti misalnya permohonan kredit baharu, bayaran yang tertinggal, perubahan had kredit, penutupan kemudahan kredit, kemuflisan, kes litigasi dan juga amaran jika ditemui butiran peribadi dalam dark web. Dengan adanya semua ciri ini pengguna menjadi lebih proaktif supaya berwaspada dalam menjaga identiti mereka dan menguruskan kesihatan kredit masing-masing.
Melihat banyak sekali berlakunya pelanggaran data bukan sahaja di Malaysia, bahkan seluruh dunia, dan meningkatnya transaksi dalam talian dan jejak digital di media sosial menggunakan berbilang platform, maka pencurian identiti dan data kita boleh terjadi melalui berbagai-bagai cara.



Dalam enam bulan pertama sahaja tahun 2019, kebocoran sebanyak 4.1 billion rekod peribadi di seluruh dunia telah berlaku akibat pelanggaran data. Banyak anasir jenayah menggunakan Dark Web untuk urusan jual beli data orang ramai, jadi dengan alat pemantau baharu kami ini dapat memberi peringatan kepada pengguna jika maklumat peribadi dikesan dalam Dark Web. Selain itu, perlindungan Takaful yang turut disediakan memberi ketenangan fikiran seandainya anda menjadi mangsa penipuan dan pencurian.
Dengan adanya CTOS SecureID hari ini bermakna kami mempunyai perkhidmatan terulung dalam pasaran yang boleh membantu melindungi pengguna daripada pencurian dan penipuan, di samping membantu meningkatkan celik kewangan, sejajar dengan misi kerajaan untuk mempromosi pendidikan kewangan dan keterangkuman.
Dennis Martin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CTOS.




Semua keistimewaan ini akan ditonjolkan melalui suatu kempen khas yang menampilkan Hisyam Hamid, melalui berbagai media penyiaran dalam bulan-bulan akan datang.



Pakej CTOS SecureID Yang Berbaloi

Dengan CTOS SecureID, pelanggan akan turut menerima sokongan berupa maklumat terkini mengenai panduan pencegahan penipuan dan pencurian, sokongan dalam hal-hal berkaitan pencurian identiti serta empat Laporan Skor MyCTOS setahun. Ini sememangnya sangat menarik!




Bayaran yang dikenakan hanyalah  RM9.90 sebulan atau RM99 setahun. Memang murah dan berbaloi. Dengan harga pakej yang ditawarkan membolehkan sesiapa sahaja menikmati perlindungan CTOS SecureID dan juga ketenangan fikiran :-)

Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut dan ingin  melanggani CTOS SecureID  boleh layari di laman web https://www.ctoscredit.com.my

Minum Petang esklusif di Kafe Fairy Tales Genting Highlands

$
0
0
Fairy Tales, seindah namanya secantik kafenya. Terletak di ion Delemen Genting Highlands kawasan tanah tinggi yang sememangnya menjadi tumpuan kepada mereka yang datang bercuti ke sini.

Baru-baru ini ketika saya dan keluarga bercuti di Gloria Residences Genting Highlands kami sempat menikmati minum petang di sini. Apa yang menarik selain daripada lokasinya di kawasan tanah tinggi tempat percutian, dekorasi kafe yang cantik juga boleh mendatangkan rasa keterujaan.

Dibuka setiap hari dari jam 1 petang sehingga 11 malam, kafe ini menawarkan pelbagai hidangan enak terutama pencucui mulut seperti kek dan pastri. Oh ya! semua kek dan pastri di sini disediakan oleh chef mereka sendiri.

Dekorasi dia memang sangat cantik! Ala-ala english style :-)

Lihat sahaja susunan set teh di atas meja memang terletak cantik.



Antara set minuman yang kami telah cuba. Semuanya sedap terutama english style scones, macaron, kek coklat dan tart buahan. Dinimati pula bersama secangkir teh panas, memang heaven!

Kafe gaya esklusif ini memang sangat sesuai kalau nak datang berdating berdua. Dengan pemandangan dan suasana tanah tinggi yang sejuk-sejuk.  Kafe ini memang sangat saya rekomenkan :-)
\
Set minum berdua. NAmpak sangat esklusif bukan kan!!

Sebab deko sangat cantik, banyak tempat/dinding kita boleh berOOTD di sini. Memang jadi tumpuan pengunjung bergambar bila datang ke kafe ini.

Sesuatu yang sangat manis dan indah,
Apabila dapat minum petang gaya mewah,
Di Fairy Tales Kafe cantik dengan dekorasi yang gah!


Majlis Pembukaan Butik Haqqi (Relocation) di Bangi Sentral

$
0
0
Pada 20 Febuari 2020 saya telah menghadiri ke pelancaran Butik Haqqi yang bertempat di Bangi Sentral Selangor. Ini adalah sebenarnya Butik Haqqi yang telah berpindah ke lokasi baru yang juga terletak di kawasan Bangi.

Kawasan yang begitu strategik, memudahkan untuk pengunjung mencari keperluan/kelengkapan umrah dan haji serta pakaian berfesyen muslim dan juga muslimah. Untuk pengetahuan semua sehingga kini Butik Haqii sudah mempunyai 4 cawangan iaitu di Shah Alam, Terengganu, TTDI Kuala Lumpur dan juga Bangi.

Kerjasama Haqqi dan Koperasi Tabung Haji

Di majlis ini juga telah berlangsungnya perjanjian usahasama dianatar pihak Haqqi dan juga Koperasi Tabung Haji. Di mana pihak Haqqi telah diberi tanggungjawab sebagai salah satu jenama yang dapat membekalkan kelengkapan klepada masyarakat Islam yang ingin mengerjakan umrah mahupun haji. Pemasaran untuk projek kelengkapan umrah dan haji ini bukan hanya disasarkan kepada hanya pasaran di Malaysia sahaja bahkan bakal menembusi luar negara juga.

Syabas Haqqi atas pencapaian ini :-)

Perancangan 2020 Di BAwah Pengurusan Baru Dr Fitri Haris

Untuk tahun 2020 ini, pengurusan baru Haqqi akan diterajui oleh Dr Fitri Haris yang mana kita ketahui sebelum ini telah menjadi Duta untuk jenama Haqqi selama setahun. Dan juga mendapat penajaan dari label Haqqi sepanjang beliau terlibat didalam pertandingan Gema Gegar Vaganza (GGV).

Di bawah pengurusan baru Haqqi yang diterajui oleh Dr Fitri Haris juga akan berkerjasama dengan pihak Koperasi Tabung Haji untuk meluaskan lagi pemasaran label Haqqi ini agar lebih dikenali samada di Malaysia mahupun negara-negara luar.

Apatah lagi, Haqii kini juga mendapat sokongan padu daripada golongan selebriti tempatan dan juga ahli ulamak yang sememangnya cukupterkenal dalam industri masing-masing. 

Butik Haqqi Bangi Menawarkan Pelbagai Tawaran Menarik

Sempat juga saya window shopping di Haqqi Bangi. Banyak juga pilihan pakaian berfesyen muslim dan muslimah yang cantik dan menarik. Apatah harga yang ditawarkan cukup murah dan sangat berpatutan.

Ada pakaian untuk kanak-kanak, pakaian dewasa lelaki dan perempuan tau!





Begitu juga dengan kelengkapan umrah dan haji. Kita boleh bawa check list persiapan barangan yang diperlukan. Dan di satu bumbung, kita boleh pilih sahaja barang apa yang diperlukan. Mudah dan murah!


Oh ya! Dah alang2 berbelanja jangan luipa untuk sertai Peraduan Beli & Menang di Haqqi. Syaratnya dengan hanya berbelanja RM250 (min), korang akan diberi satui kertas cabutan bertuah. Manalah tahu ada rezeki menang salah satu hadiah yang ditawarkan :-)

Muka bahagia dapat berbelanja,
Di Butik Haqqi macam-macam ada,
Kelengkapan umrah dan haji serta baju raya,
Promosi menarik jimat berganda-ganda!

jom ke Haqqi Bangi!!

G-Luxe By Gloria Genting Highlands

$
0
0
Saya nak kongsikan dengan korang di satu lokasi penginapan di Genting Highlands yang sangat cantik dan sesuai untuk mereka yang inginkan ketenangan ketika datang bercuti. G-Luxe by Gloria Genting Highlands menawarkan penginapan esklusif  dan privasi yang lengkap dengan pelbagai fasiliti 

Cantikkan! Ruang di depan lobi hotel. Kita boleh lihat awan di depan mata. Serius! Sebab kita berada di tempat tinggi.

Port untuk berOOTD. Memang jadi tarikan untuk tetamu hotel berada di sini dan bergambar.

Bersih dan santai. Sesuai samada kita datang sini atas urusan kerja mahupun bercuti bersama keluarga.

Ruang lobi yang luas dan selesa. Boleh dijadikan kawasan menunggu tetamu atau pertemuaan klien.


Saya tertarik dengan salah satu fasiliti yang telah disediakan di lobi. Pengilap kasut. Khas untuk tetamu yang datang memakai kasut kulit :-)

Untuk G-Luxe By Gloria ditawarkan 4 jenis kategori bilik.  Antaranya Executive Deluxe, Deluxe Family Suite, 2 Bedroom Deluxe Suite dan G-Luxe Penthouse.

Saya dah lihat hampir semua contoh bilik yang ditawarkan di sini. Apa yang membezakannya adalah keluasan dan cara perletakan perabut mengikut jenis bilik yang dipilih.




Ontoh ruang tamu.



Contoh kamar tidur.
Ruang meja kerja.


Contoh ruang meja makan dan dapur.

Disediakan juga mesin kopi Aristo dan kapsul

Untuk bilik air, disediakan juga saiz 'travel pack' yang mengandungi ubat gigi, berus gigi, sikat dan pelbagai lagi. Sangat praktikal!

Body was istimewa diletakkan di setiap bilik air.

Antara fasiliti yang disediakan di sini seperti kafe, sauna, gym. kolam renang dan kids clum (bilik permainan untuk kanak-kanak).

Untukdi premis G-Luxe By Gloria hanya ada Midtown Kafe. Namun sebenarnya terdapat banyak pilihan kafe di bangunan penginapan yang besebelahan seperti Home, Fairy Tales dan banyak lagi.

Kolam renang di sini agak unik. Sebab airnya tidak sejuk :-)

Disediakan juga gymnasium untuk kita bersenam.

Sauna.

. Sekiranya kita berminat untuk mengadakan kursus/seminar untuk aktiviti pejabat mahupun organisasi, disediakan juga dewan kecil yang boleh diguna.

Pemandangan dari salah satu balkoni di G-Luxe by Gloria.

Di satu sudut bahagian bawah dijadikan satu taman dinamakan "Fantasy Garden". Di mana disediakan kerusi meja untuk melepak santai buat tetamu yang inginkan ketenangan sambil melihat pemandangan persekitaran hotel.

Ada air dari bukit. sejuk dan segar!


Untuk keterangan lanjut boleh layari,



The Lanai Event Space Menyediakan Ruang Acara Berkonsepkan 'Botanical Garden'

$
0
0
Bagi mereka yang mencari tempat acara ataupun majlis disekitar Shah Alam, saya memang sangat rekomen The Lanai Event Place yang terletak di:-

No. 36, Jln Pelabur A 23/A, 
Seksyen 23, Shah Alam 
(Google Map: The Lanai Event Space)

Lokasi agak strategik kerana disediakan banyak kemudahan parkir dan ianya juga terletak berdekatan dengan Aeon Big Shah Alam.

Keluasan ruang boleh memuatkan sehingga 160 pax bagi susunan bonquet dan buffet boleh mencecah 400 pax untuk satu-satu masa. Selain ada mini pentas disediakan, terdapat juga sistem PA, tandas dan surau untuk kemudahan buat mereka yang datang ke majlis.

Menggunakan konsep 'botanical garden', kita dapat lihat dekorasi taman yang indah diserikan kerlipan cahaya yang membantu menyerikan majlis yang dijalankan di sini.


Di ruang yang disediakan kita boleh memilih samda susunan kerusi dan meja seperti:-
  • Teater (200 pax)
  • Meja Bulat (10 pax untuk 1 meja)
  • Classroom (5 pax untuk1 meja)
  • Boardroom (20pax untuk 1 meja)

Nah! Agak menarik bukan. Jadi ianya sesuai untuk dijadikan sebarang acara sama kenduri akikah, bertunang, bengkel, semianr dan sebagainya.

Untuk menu hidangan, kita boleh bincang mengikut kesesuaian majlis dan bajet yang kita ada bersama dengan pihak pengurusan The Lanai Event Space. 

Dan saya telah mencuba hidangan ringgan yang ada ditawarkan oleh pihak The Lanai Event Space seperti spagheti cabonara dan marinara, nasi goreng, kuih muih, salad dan pelbagai lagi. Begitu juga minuman, ada air panas dan sejuk.













Macam-macam ada. Tepuk dada tanyalah selera.

Untuk keterangan lanjut boleh layari :-

https://greatcreation.com.my
www.facebook.com/thelanaieventspace
www.instagram.com/thelanaieventspace

Boleh juga hubungi:-
sales@greatcreation.com.my
03-58859224
012-2533973
019-2503090
011-18784681



Pertubuhan Integriti Nicky Liow Malaysia & Yayasan WIinner Emperor Sedunia Memberi Bantuan Kepada Mangsa COVID-19 Di China

$
0
0
Sesuatu yang cukup dibanggakan apabila Dato' Sri Liow Soon Hee melalui Pertubuhan Integriti Nicky Liow Malaysia dan Yayasan Winner Emperor Sedunia bersama sama dengan sokongan selebriti, penulis lagu dan penyanyi, Excella Chong, telah berjaya mendermakan sejumlah 76,920 topeng perlindungan pernafasan dan bekalan perubatan kepada kawasan penempatan yang dijangkiti wabak COVID- 19 di China. 


Untuk pengetahuan semua tujuan sumbangan ini diadakan adalah untuk membantu mengawal penularan wabak berkenaan di China. Di mana topeng perlindungan pernafasan dan sejumlah bekalan perubatan telah diha. Bantuan ini sekligus telah diserahkan kepada Hospital Universiti Wuhan Renmin, Hospital Besar Henan Oil Field Nanyang, Hospital Besar Nanyang, Hospital Rakyat Bose City, dan beberapa hospital lain yang telah tersenarai. 

Sejajar dengan penularan wabak itu, Dato' Sri Liow Soon Hee dan pasukannya telah bekerja keras terutama dalam proses penyediaan serta menghantar topeng perubatan, termometer, air pembasmian kuman, ubat-ubatan dan lain-lain bekalan perubatan untuk dihantar kepada kawasan yang berkaitan.

Menurut Dato' Sri Liow Soon Hee, 

Kami sangat menitik berat soal isu wabak yang melanda kini dan pihak kami sering mengikuti perkembangan terkini terhadap wabak COVID-19 di China. Sejurus itu, pihak kami akan terus menerus membuat sumbangan dan pembelian bekalan perubatan seperti yang diperlukan oleh pihak berkuasa untuk mengatasi dan mencegah wabak berkenaan. Kami begitu berharap agar sedikit derma serta sokongan perubatan dan emosi yang kami sumbangkan ini, mampu memberikan inspirasi serta menaikkan semangat mereka yang terkesan di kawasan yang terjejas dengan wabak untuk terus bersemangat dalam menempuh kehidupan terutama di masa-masa sukar ini. Kami akan terus menerus menjalankan pemerhatian kami terhadap kawasan yang terjejas untuk beberapa minggu lagi. Sementara itu, saya ingin mengajak setiap badan organisasi lain untuk turut sama dalam menghulurkan bantuan bagi menentang wabak dan pada masa yang sama, dapat menyumbang kepada masyarakat yang memerlukan.

Dato' Sri Liow Soon Hee mengakui bahawa beliau yang sering mengadakan hubungan rapat niaga bersama China (terutamanya bandar Xingyi dan Wuhan) dalam tempoh sedekad yang lalu. Beliau turut menegaskan bahawa perubahan ekonomi negara China akan memberikan impak terhadap ekonomi di seluruh dunia, terutama Malaysia. Beliau yang telah menjadi usahawan pada usia 27 tahun di dalam pelbagai industri, termasuk platform e-Commerce, platform Internet mudah alih, reka bentuk rangkaian, pelancongan pembangunan perisian, multimedia dan banyak lagi di seluruh Asia Tenggara telah menyelaraskan perniagaan dan prinsip beliau untuk menyumbang kembali kepada masyarakat terutama kepada pelbagai komuniti di seluruh dunia.


Sejak penubuhan Pertubuhan Integriti Nicky Liow Malaysia dan Yayasan Winner Emperor Sedunia, Dato' Sri Liow Soon Hee telah berjaya melaksanakan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) seperti sumbangan sebuah kenderaan Ambulans baru kepada Pertubuhan Kepolisan Komuniti Malaysia, sumbangan bulanan sebanyak RM10,000 kepada Pusat Kanak- Kanak Orang Kurang Upaya & Mental, Melaka (setakat ini telah terkumpul sejumlah RM460,000), sumbangan RM500,000 untuk pembinaan dan baik pulih Kuil Sri Maha Muniswarar di Ampang Jaya, sumbangan RM900,000 untuk menyokong pembangunanSekolah Antarabangsa berprestij di Malaysia, sumbangan RM300,000 kepada Ti-Ratana Charity Home dan banyak lagi.


Laman Kayangan Shah Alam Menawarkan Buffet Ramadhan Citarasa Malaysia

$
0
0
Bagi yang tinggal berdekatan dengan Shah Alam bolehlah terjah ke Laman Kayangan untuk berbuka puasa. Seperti tahun-tahun sebelumnya Laman Kayangan Seksyen 7 Shah Alam tidak pernah mengecewakan dalam menawarkan pelbagai juadah berbuka puasa.

Dan untuk tahun 2020, konsep yang dipertengahkan adalah Citarasa Malaysia yang mana pelbagai juadah terutama lauk pauk tradisi ditawarkan. Begitu juga dengan kuih-muih yang sememangnya cukup sinonim dengan citarasa rakyat Malaysia.

Suasana yang cukup santai dan luas memberikan kepuasan serta rasa selesa kepada para tetamu yang hadir berbuka puasa di sini. Susunan kerusi meja juga ada pelbagai dan memberi peluang untuk tetamu memilih mengikut kesesuaian samada datang secara sendiri ataupun berkumpulan.

Tredapat lebih 100 menu yang ditawarkan dari pelbagai negeri. Di mana turut diperkenalkan adalah konsep gerai-gerai dan tetamu boleh memilih makanan kegemaran mereka mengikut gerai yang telah disediakan.


Sangat tersusun sekaligus memudahkan tetamu memilih makanan tanpa perlu bersesak di satu tempat untuk masa tertentu.

Antara 'signature dish' yang korang kena cuba adalah tempoyak ikan patin temerluh.

Begitu juga dengan kambing mak dara, nasi dagang pak Hassan, Sup Daging Merah dan pelbagai lagi.

Feveret saya sayur pucuk paku masak lemak :-)

Terdapat juga hidangan yang disediakan di goreng panas-panas di situ.


Makanan siam pun ada ya! Colek saper suka?? Saya :-)

Kuih vadei ini antara yang menjadi rebutan di bulan puasa,

Kambing golek juga antara tarikan tetamu untuk berbuka di sini. Memang terbaik!

Variasi minuman sejuk dan panas ditawarkan. Ikut pilihan citarasa tetamu yang mana mereka suka.

Dan banyak lagi menu yang hebat-hebat. Lebih dari 100 menu, cuba bayangkan begitu banyak pilihan.

Untuk satu-satu masa Laman Kayangan boleh memuatkan 400 orang. Dan sepanjang bulan puasa juga tetamu akan dihiburkan dengan persembahan muzik ghazal. Terbaik!

Harga buffet seperti berikut:-

Dewasa : RM69
Kanak-kanak (5-12 tahun) : RM39

Tapi ada harga untuk pembelian awal sebelum 24 April 2020, boleh rujuk gambar di atas.

Keterangan lanjut boleh layari www.lamankayangan.com/ramadhan2020

Kredit gambar: Anie Mohammad

Pelbagai Pilihan Buffet Berbuka Puasa di Pusat Konvensyen Sime Darby (SDCC)

$
0
0
Antara tempat untuk berbuka yang menarik di sekitar lembah Klang adalah di Pusat Konvensyen Sime Darby (SDCC). Lokasi ini sememnagnya cukup popular kerana tawaran hidangan berbuka memang banyak sangat pilihan.


Truly Asia Malaysian Ramadhan Buffet Dinner

“Truly Asia Malaysian Ramadhan Buffet Dinner” adalah tema buffet ramadhan Pusat Konvensyen Sime Darby (SDCC) pada tahun 2020. Untuk pengetahuan semua, promosi buffet ramadhan ini bermula dari 24 April sehingga 21 Mei 2020.

Apa yang menarik pelbagai juadah autentik tradisi masyarakat Malaysia ada ditawarkan. Dan pastinya semua hidangan ini adalah yang sering menjadi tarikan dan tumpuan. Antaranya seperti Kari Kepala Ikan Salmon, Sotong Berlado Petai, Ikan Goreng Bercili, Bubur Lambuk Berherba dan pelbagai lagi

Kambing bakar pun ada!

Terdapat 20 gerai makanan yang menawarkan variasi menu juadah yang cukup hebat, antaranya seperti Sup Berempah, Masakan Kawah, Ikan bakar, Otak-otak, Teppanyaki dan Cucur pelbagai jenis. Semua hidangan yang disediakan oleh chef yang berpengalaman. Di mana semua bahan yang  masakan dipilih dengan teliti untuk memastikan keaslian hidangan yang dapat memenuhi citarasa tetamu. 

Tidak lengkap rasanya menikmati makanan berbuka tanpa pencucui mulut. Jadi kalau berbuka di sini jangan lupa untuk mencuba sendiri Tapai Pulut Daun Getah, Sago Gula Melaka Bubur Kacang Hijau bersama Durian, Roti Jala Pandan, ABC cendol, Puding Roti dan Mentega, pelbagai jenis kek, tart dan banyak lagi.


Begitu juga pilihan minuman, ada pelbagai samada panas mahupun sejuk antaranya seperti Teh Tarik dan Nescafe Tarik, Cincau, Soya Bean, Bandung, Teh Lemon Iced dan tebu. Begitu juga dengan Fruity Blended smoothie juga disediakan untuk tetamu semasa berbuka.

Tambahan menu adalah makanan feveret dari Asia, antaranya seperti Stewed Venison Lebanese, Lemon Saffron Rice, Vietnam Chicken Roll dengan bumbu dan sos, Nasi Kambing Bukhara dan pencuci mulut Boloi Thai.

Buffet ramadhan bermula dari jam 7.00 malam hingga 10.30 malam,  24 April hingga 21 Mei 2020. .Dan harga yang ditawarkan adalah :-
RM99 ++ seorang, 
RM69 nett Kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun dan warga emas berumur 60 tahun tahun ke atas Kanak-kanak berumur bawah 5 tahun adalah percuma.




Promosi pembelian voucher 'early birds' ditawarkakn iaitu pada harga serendah RM69 nett sahaja yang dijual bermula dari 24 Januari hingga 29 Februari 2020,  Manakala RM79 nett pada bulan Mac dan RM89 nett dari 1 April sehingga 23 April 2020.

China Treasure Ramadhan Dinner Indulgence
Jika anda inginkan berbuka konsep dengan hidangan dan masakan gaya .chinese', bolehlah mencuba China Treasure Ramadhan Dinner Indulgence. Pelbagai jenis dimsum, sup ditawarkan setiap hari bermula dari jam 7.00 malam hingga 10.30 malam. Semua ini adalah dari 24 April sehingga 31 Mei 2020.
Harga voucher 'early birds'  ditawarkan pada harga RM69 nett bermula dari 24 Januari hingga 29 Februari 2020. Manakala RM79 nett pada bulan Mac dan RM89 nett dari 1 April hingga 23 April 2020. 
Memang berbaloi!

Harga asal adalah RM99 ++ ssahaja. Bagi kanak-kanak berumur antara 6 dan 12 tahun tahun serta warga tua berumur 60 tahun ke atas caj yang dikenakan hanyalah RM69 nett sahaja.

Oh ya! Bagi kanak-kanak berumur bawah 5 tahun adalah percuma.


Steamboat & Grill Ramadhan Buffet

Tahun ini, D'Atap Gazebo menawarkan 100 jenis hidanagn steamboat All-You-Can-Eat!

Untuk harga 'early bird' memang snagat murah iaitu RM39 nett sahaja. Tempoh masa promosi adalah daripada 24 Januari hingga 23 April 2020 (harga sebenar adalah RM50.00 ++ seorang). 

Kanak-kanak berumur antara 6 hingga 12 tahun dan warga emas berumur 60 tahun ke atas hanya membayar hanya RM35 nett setiap orang. Manakala anak-kanak berumur di bawah umur 5 tahun makan adalah secara percuma.
Selain itu terdapat juga pakej istmewa banquet di bilik private function yang bermula dari 24 April hingga 21 Mei 2020 yang ditawarkan pada harga RM69 ++ seorang untuk sekurang-kurangnya 1000 orang. 

Di sediakan juga perkhidmatan katerer luar pada harga RM69 ++ seorang. Hah! Kalau berminat silalah buat tempahan awal untuk mengelakkan kekecewaan.

Untuk tempahan, sila hubungi / emel Halia di 2089 3799 / halia.sdcc@simedarbyproperty.com ATAU Pertanyaan Mengenai Jamuan di 2089 3688 / enquiries.sdcc@simedarbyproperty.com

 Kredit gambar : Ezna Khalili


10 Sebab Kenapa Bercuti Di AnCasa Royale Pekan Pahang Malaysia Memang Best

$
0
0
10 Sebab Kenapa Bercuti Di AnCasa Royale Pekan Pahang Malaysia Memang Best- Tidak dinafikan peluang dapat bercuti terutama bersama keluarga memang seronok. Apatah lagi melalui pergi bercuti kita bukan sahaja dapat merehatkan fikiran dari dunia yang penuh kesibukan bahkan ini juga adalah saatnya masa kita bersama dengan keluarga.

Dan kali ini saya dan suami telah memilih membawa anak-anak bercuti di Pekan Pahang Malaysia. Bandar Di Raja yang cukup kaya dengan peninggalan sejarah dan masih mempunyai kawasan pantai membiru dan hutan menghijau yang boleh diterokai.

Kenapa di AnCasa Royale Pekan Pahang?

Ahah! Banyak sebenar sebabnya tapi apa yang saya boleh rumuskan ada 10 alasan kenapa saya memilih Hotel Ancasa Royale Pekan Pahang untuk datang bercuti bersama keluarga kali ini. Dan saya memang rekomen untuk korang datang bercuti ke sini juga. Salah satu destinasi di dalam Malaysia yang menjanjikan keseronokan dan keterujaan betapa Bandar Pekan itu juga sangat menarik untuk di jelajah :-)


1. Hotel Bertaraf 4 Bintang

Menuju ke AnCAsa!! Pertama kali saya melihat hotel ini dari luar, memang saya dah teruja. Cantik, bersih dan luas. Paling best ianya berdekatan dengan Sungai Pahang dan juga jalan utama Bandar Pekan. Lokasi memang strategik untuk mereka yang memang ingin ekplorasi Bandar Pekan di Raja ini.

Apatah lagi didalam bangunan hotelnya. Dekorasi minimalis dan moden namun masih lagi mengekalkan ciri-ciri kemelayuan terutama dari aspek barangan hiasan seperti kita akan dapat lihat perkakasan alatan muzik tradional masyarakat Pahang, corak tenun bunga pekan pada dinding dan frame gambar serta banyak lagi.




Hotel AnCasa Royale Pekan Pahang menawarkan 6 jenis bilik iaitu :-
  • Premier Suite
  • Executive Suite
  • Family Suite
  • Junior Suite
  • Deluxe Premier King
  • Deluxe Premier Queen
Ini adalah contoh bilik Deluxe Premier King.

Saya dan famili menginap di bilik Deluxe Premier Queen. Luas giler kan!!

Dan setiap bilik disediakan dengan kemudahan bilik air, televisyen (saluran satelit), sterika, pengering rambut dan pelbagai lagi. Paling menarik di setiap bilik yang ditawarkan ada mempunyai 'bath tub' di bilik mandi.

Terdapat juga 'shower room'. Cuba korang bayangkan betapa besarnya bilik air untuk di setiap bilik yang ditawarkan di sini.

Ada shower room. Untuk mereka yang suka mandi jenis air pancuran.

Utiliti untuk menggosok pakaian semua ada disediakan.

Peti sejuk, perkakasan memasak air, cawan dan kopi, teh serta gula semuanya disediakan.

2. Hotel Mesra Famili

Memiliki anak yang ramai selalu menjadi kekangan untuk saya dan suami membawa anak-anak bercuti di hotel. Terutama dari segi keluasan bilik yang biasanya agak sempit dan terhad. Tetapi tidak untuk di Hotel AnCasa Royale Pekan Pahang. Bilik yang ditawarkan di sini semuanya agak luas dan semestinya dapat memberi keselesaan pada kaluarga. Biarpun jika membuat penambahan katil (extra bed) tetapi masih mempunyai runag yang luas untuk anak-anak lepak, berlari dan membuat pelbagai aktiviti di bilik di sini.

Biarpun sudah tambah dengan satu katil tambahan pun masih luas lagi! Best betul  :-)

Saya tertarik dengan tingkap khas yang disediakan di antara almari dan bilik air. Ini terutama mereka yang membawa anak kecil seperti bayi dan sebagainya. Kita tidak akan ada masalah untuk mandi dan pada yang sama kita boleh perhatikan bayi/anak kita dari bilik air. Saya rasa ini adalah salah satu fasiliti yang terbaik disediakan dalam bilik, sememangnya khas untuk mereka yang mempunyai anak kecil.

3. Kemudahan Fasiliti Hotel Terbaik
Jika bawa anak bercuti di hotel antara yang memang perlu difikirkan adalah kemudahan 'kolam mandi'. Ahaks. Ini adalah antara tarikan terutama buat mereka yang ada famili macam saya untuk pergi bercuti. Selain daripada bilik yang selesa, kemudahan seperti kolam mandi dapat memberikan peluang anak-anak berseronok bermain air. Dan kolam renang di sini sangat cantik dan luas. Memang melenjan anak-anak saya main air di sini. Kolam mandi di sini dibuka dari jam 7 pagi sehingga 7 malam.



Di AnCAsa Royale Pekan Pahang juga disediakan kemudahan taman permainan kanak-kanak. Memang lengkap dengan buaian, gelongsor dan paling menarik ada sudut bermain pasir juga. Berdekatan dengan taman permainan terdapat kawasan padang yang agak luas membolehkan kita membuat pelbagai aktiviti di situ. Contohnya bermain bola tampar, sukaneka (bagi yang membuat hari keluarga) dan pelbagai lagi.



Oh ya! Jika korang nak main badminton atau pingpong bersama ahli keluarga mahupun rakan-rakan, ada juga disediakan kemudahan alatan sukan tersebut di sini ya! Ianya terletak secara 'indoor' bersebelahan dengan dewan besar Hotel AnCAsa Royale Pekan Pahang.



Bagi mereka yang suka bersenam, jangan risau kerana ada gymnasium juga disediakan di sini. Selain daripada peralatan gym, terdapat juga bilik khas (bilik bercermin) untuk kita berzumba, menari di situ.


Berdekatan dengan gym terdapat Studio untuk kita datang bersantai samada berkaraoke, bermain pool dan sebagainya.



4. Menawarkan Hidangan Autentik Klasik Pahang
Se’ehnya perot kwei ni rase macam tok leh nok bangun doh! Haha. Bahasa orang Pekan Pahang, siapa paham?

Inilah perasaannya bila saya dapat menikmati juadah-juadah autentik dari negeri Pahang. Serius! hasil daripada air tangan Chef Hazlan memang terbaik. Datang ke sini kalau tidak mencuba juadah tempatan orang Pahang memang satu kerugian.


Antara masakan yang saya sudah cuba dan memang sangat rekomen untuk korang nikmatinya juga bila berada di sini adalah seperti:-

Gulai ikan patin masak tempoyak is a MUST!
Salah satu masakan Pahang yang cukup popular bukan sahaja di kalangan masyarakat tempatan bahkan dari negara luar. Kepekatan, rasa dan aromanya memang padu. Ini antara penyebab kekerapan saya menambah nasi dek kesedapan lauk ini.

Ayam Golek Pekan. Rupa seperti ayam percik. Untuk pengetahuan semua, di daerah Pekan Pahang ini juga mempunyai hidangan ayam golek yang dihasilkan menggunakan resepi turun temurun. Antara bahan–bahan yang digunakan adalah santan, serai, halba, air asam jawa, garam dan gula, halia, buah keras, bawang merah dan bawang putih, lengkuas, cili kering, serta kunyit hidup dikisar bersama. Memang sedap!

Daging Opor Pahang. Hidangan ini antara juga yang sangat direkomenkan kalau korang datang ke Pahang. Rempah khas opor yang digunakan dan sememangnya penyediaan bahan ramuan agak banyak serta rumit. Tekstur daging opor ini isinya sangat lembut. Rasa adalah kombinasi pedas, masam dan manis.

 Daging salai masak cili api. Sedap!!!

Sup daging pun sedap tau!

Banyak lagi juadah saya cuba hasil dari air tangan Chef Hazlan. Semuanya memang terbaik dan enak.

 Tekak orang melayu. Pergi mana-mana pasti mencari ulam-ulaman dan sambal. Ada sambal belacan, cencalok dan pelbagai lagi.

Jika dulu dikatakan Puding Raja ini hanyalah untuk dinikmati golongan bangsawan sahaja. Tetapi kini ianya turut dinikmati seluruh genap masyarakat.Warna kuning keemasan jala emas yang menarik perhatian digabungkan dengan manisan seperti pisang, kismis, ceri, kekacang dan sebagainya pastinya menjadikan hidangan ini pilihan ramai sebagai pemanis mulut.

Ini adalah antara feveret pencuci mulut saya tau! Jadi bila saya nampak puding raja ini di kafe Hotel AnCAsa Royale Pekan Pahang terus saya melompat-lompat nak cuba, hahah. sebab susah nak dapatkan pencuci mulut ini di Kuala Lumpur.

5. Galeri Tun Abdul Razak di Tingkat 7
Sambil bercuti, berehat dan kita juga boleh juga ke galeri khas yang disediakan oleh pihak hotel. Seperti yang kita ketahui bandar Pekan tempat lahirnya pemimpin negara Tun Abdul Razak. Tokoh negara ini begitu banyak jasanya kepada tanahair terutama pada awal penubuhan Malaysia dan pembangunannya.


Terletak di tingkat 7, kita boleh dapatkan serba sedikit mengenai informasi sejarah tentang tokoh ini di Galeri Tun Abdul Razak.

6. Spa Untuk Memanjakan Diri
Apabila ke Hotel AnCAsa Royale Pekan Pahang jangan lupa untuk manjakan diri di Cemara Puri AnCasa Spa. Terdapat pelbagai jenis rawatan yang ditawarkan seperti urutan badan, rawatan muka, mandian susu dan juga rawatan rambut. Servis yang ditawarkan pada harfa cukup berpatutan.

Kita juga boleh membuat rawatan rambut di sini. Spa ini memang mesra muslimah. Jadi kita tidak perlu risau dari segi aurat.

  Antara jenis rawatan yang ditawarkan adalah :-

  • Malay Massage Singnature
  • Bali Massage
  • Combination Massage
  • Aromaterapi Massage
  • Honeybee Massage


Cantik dan kemas. Spa ini bukan sahaja untuk tetamu hotel tetapi juga menerima pelanggan dari luar.

Saya telah mencuba Malay Massage Signature dan memang puas hati. Rasa lega dari sakit-sakit badan apabila selesai mengurut di sini.

Terima kasih therapist dari Cemara Puri AnCasa!

7. Buffet Sarapan -Pelbagai Jenis Pilihan Hidangan

"Breakfast Like A King", ini saya boleh gambarkan suasana lauk pauk yang cukup banyak pilihan semasa bersarapan. Diketuai oleh Chef Fakhrul yang mana beliau telah bertanggungjawab setiap hari bagi memastikan hidangan yang ditawarkan memenuhi citarasa pelanggan tidak kira bangsa dan usia.


 
 

Saya paling tertarik dengan masakan berat untuk sarapan yang ditawarkan secara bergilir mengikut hari. Lari dari kebiasaan hotel yang suka menyajikan nasi lemak dan mee goreng semata. Dan saya berkesempatan merasai nasi kebuli (nasi tradisi orang Pekan Pahang) dan juga nasi dagang. Kedua-dua nasi ini memang sedap!

8. Makan Malam BBQ dan Steamboat? Mana Satu Pilihan Kalbu

Samada tetamu hotel mahupun pada mereka yang ingin raikan hari istimewa pada waktu malam bersama keluarga dan teman-teman, bolehlah mencuba pilihan seperti BBQ ataupun steamboat. Saya sudah mencuba keduanya dan memang puas hati. Sedap giler ahoyy!

BBQ

Untuk BBQ minimum tempahan adalah 50 orang dan harga satu kepala yang dikenakan adalah RM50. Ada pelbagai jenis 'seafood' serta perapan daging kambing, daging lembu dan juga ayam. Serius! Saya dah cuba hampir semua lauk pauk BBQ yang ditawarkan. Dan memang rasanya sangat 'marvelous'. Terutama daging kambing, adoi!! Teringat balik terus meleleh air liur.

Dibakar secara 'live'. Memang kita akan dapat menikmati makanan ini ketika masih panas-panas.

 Pilihan sos untuk daging samada sos lada hitam ataupun sos cendawan. Ikut pilihan masing-masing.

Bagitu juga dengan pencicah makanan seafood. Ada pelbagai jenis sos yang kita boleh pilih.

Selain itu terdapat hidangan lain yang korang boleh cuba. Semuanya menyelerakan :-)




Pakej BBQ ini juga bergantung kepada permintaan pelanggan sekiranya mahukan penambahan ataupun mengikut pilihan tertentu, kita boleh berbincang dengan pihak pengurusan hotel.

 Antara yang saya nikmati pada malam BBQ. Ini baru satu pinggan. Hakikat sebenarnya banyak pinggan juga saya menambah, hahaha.

BerBBQ berhadapan dengan Sungai Pahang. Tidaklah terlalu dekat tapi memang terasa berangin dan selesa kerana ianya berhampiran dengan sungai.

Steamboat

Kita juga boleh memilih set Steamboat. Ada dua jenis sup yang ditawarkan iaitu tomyam ataupun sup biasa. Pelbagai hidupan laut disediakan. Oh ya! Ada isi ayam juga.





Begitu juga dengan bebola ikan, bebola udang, bebola sotong, kek ikan dan variasi jenis mee serta sayur yang boleh dipilih. Terdapat juga nasi goreng dan pencuci mulut seperti kek dan buahan. Air minuman panas dan sejuk juga ditawarkan.


9. Destinasi Pelancongan Menarik Yang Boleh Diterjah
Alang-alang sudah menginap di Hotel AnCasa Royale Pekan Pahang, jangan lupa untuk ke destinasi-destinasi menarik yang berdekatan dengan Pekan Pahang.

Antaranya seperti:-

Tasik Chini

Tidak dinafikan Tasik Chini sememangnya cukup terkenal dengan lagenda anak raja dan naga. Cerita mitos yang cukup popular diperturunkan bergenerasi lamanya. Dan saya sempat bertemu dengan Pak Andak selaku orang lama di Tasik Chini untuk mendengar sendiri tentang kisah lagenda ini.


Saya dan keluarga juga berpeluang menyusuri Sungai Chini sambil menikmati keindahan alam sekitar, terutama hutan kayu bakar, flora dan fauna yang masih kekal cantik di situ.

Kami jug abereksempatan untuk berhenti dan singgah di Kampung Cendahan sebuah kampung orang asli terpencil yang dikatakan mempunyai lebih kurang 5 keluarga yang masih menginap di situ.

Cerita lebih lanjut saya akan kongsikan didalam satu entri di dalam blog ini ya! Jangan lupa baca nanti:-)

Pantai Air Leleh


Pantai yang terletak agak berdekatan dengan hotel. Masih cantik membiru warna lautnya. Apatah lagi ke sini pada waktu petang kita akan merasai angin sepoi-sepoi bahasa dari Laut China Selatan. Jika menginap di Hotel AnCasa Royale Pekan Pahang korang boleh juga menempah bakul piknik (basket picnic) untuk berpiknik di sini. boleh 'request' kenderaan van hotel juga (mengikut kekosongan).

Macam-macam ada didalam bakul piknik ini tau! Antara lain ada bihun goreng yang dibungkus dalam daun pisang, samosa di raja, pastri, kuih-muih tempatan seperti karipap dan banyak lagi.



Pulau Meow


Jika bawa famili terutama anak yang sukakan kucing mereka pasti teruja bila berada di sini. Pulau Meow diasaskan oleh arwah Tengku Lukmannadzira yang cukup sayangkan haiwan terutama kucing. Dianggarkan ada lebih 80 ekor anak kucing tinggal di sini. Selain kucing terdapat juga kambing, anak beruk, itik dan angsa.


Untuk Pulau Meow saya akan kongsikan dengan lebih terperinci dalam satu entri khas akan datang, jemput baca nanti tau!

Pasar Malam Rumah 500 Pekan

Kalau nak rasa sendiri makanan tempatan lain terutama kuih-muih. korang wajib singgah di Pasar Malam Rumah 500 Pekan Pahang. Ada pelbagai jenis kuih muih tradisi dan juga moden. Bukan sahaja makanan serta minuman dijual di sini. Bahkan terdapat juga barangan basah serta kering dan juga pakaian. Kesimpulannya, macam-macam ada di sini.


10. Pekan Bandar DiRaja Yang Mempunyai Banyak Peninggalan Sejarah
Bandar Pekan Pahang antara pekan lama yang cukup terkenal dengan sejarah. Ada yang mengatakan nama Pekan adalah bersempena dengan sejenis bunga yang dipanggil bunga pekan. Di mana pokok bunga pekan ini biasanya tumbuh di tebing sungai. Dikatakan satu masa dulu sepanjang Sungai Pahang ini ditumbuhi oleh bunga pekan. Maka terlahirlah nama bandar Pekan.

Ada juga berpendapat Pekan berasal daripada maksud perkataan bandar, pasar atau tempat aktiviti berjual beli dilakukan bertepatan dengan gambaran yang diberikan pegawai Inggeris, J. P. Rodger berhubung bandar Pekan yang wujud pada 1888. (sumber : google)

Walau apapun sahaja cerita asal nama daerah nama Pekan, namun tidak dinafikan bandar ini merupakan tempat lahirnya tokoh negara yang cukup berjasa iaitu Tun Abdul Razak.

Muzium Sultan Abu Bakar

Muzium ini terletak di Jalan Sultan Ahmad Pekan Pahang. Ianya  mempamerkan barang-barang antik seperti barang-barang China kuno yang diperbuat daripada kaca dan tembikar, serta barang-barang yang berkaitan dengan sejarah, arkeologi, etologi dan susur-galur raja.

Dikatakan bangunan muzium ini adalah asalnya tempat kediaman Residen British yang pertama di Pahang pada tahun1880-an. Kemudian bangunan ini telah digunakan sebagai ibu pejabat Angkatan Tentera Jepun semasa pendudukan Jepun dan seterusnya dijadikan sebagai Istana rasmi al-Marhum Sultan Abu Bakar. (sumber : google)

Di bahagian luar muzium terdapat banyak replika dan juga kenderaan yang digunakan semasa peperangan satu masa dahulu.

Pusat Tenun Di Raja Pekan Pahang
Ini adalah pertama kali saya datang ke pusat/bengkel tenun. Bukan mudah sebenarnya untuk menyiapkan sepasang kain tenun sutera. Ianya mengambil masa dan juga bergantung kepada corak bunga. Semakin banyak corak mahu dihasilkan semakin lama tempoh masa yang akan diambil.

 Contoh kain tenun yang sudah siap. Cantik! Untuk sepasang kain tenun paling murah didalam RM1800 dan paling mahal mencecah harga RM3000 lebih.

Antara hasil pelajar di Institiut Kemahiran Tenun Pahang Diraja. Memang sangat cantik!

Rumah Kelahiran Tun Abdul Razak
Sesuatu yang sangat sentimental apabila berada di rumah kelahiran Tun Abdul Razak yang terletak di Kompleks Kampung Budaya Pulau Keladi. Untuk pengetahun semua, rumah ini telah dibina semula mengikut reka bentuk asalnya oleh tukang yang mahir.




Rumah lama tanpa bilik dengan susun atur perabot lama itu cukup unik. Di sini juga terdapat galeri yang ada mempamerkan barang-barang lama seperti mesin jahit, radio, tombak dan pelbagai koleksi yang pernah digunakan oleh keluarga Tun Abdul razak.

Bersebelahan dengan Rumah Kelahiran Tun Abdul Razak terletak rumah tradisional Pahang yang mempunyai keunikan tersendiri.


Banyak tempat menarik di Pekan Pahang yang boleh kita lawati,
Jadi jomlah ke AnCasa Royale Pekan Pahang untuk bercuti,
Samada secara sendiri mahupun bersama teman atau famili,
Tidak rugi bercuti di Malaysia yang kaya dengan tradisi!

Keterangan lanjut mengenai Hotel AnCasa Royale Pekan Pahang, boleh layari :-

https://www.ancasahotels.com.my/
Instagram: https://www.instagram.com/ancasahotels_resorts
Facebook: https://www.facebook.com/AnCasa-Royale-Pekan-Pahang
Hubungi : +609-4246600

Jangan lupa baca entri khas mengenai bilik esklusif di Ancasa Royale Pekan Pahang, Tasik Chini dan Pulau Meow yerpp!!

Jumpa lagi!

Peminat Kucing Pasti Teruja Apabila Berada Di Pulau Meow Pekan Pahang

$
0
0
Antara destinasi yang menarik saya dan keluarga terjah semasa bercuti di Pekan Pahang baru-baru ini adalah Pulau Meow. Kawasan ini terletak bersebelahan dengan Sungai Pahang. Pengasasnya adalah arwah Tengku Lukman Nadzira yang telah menemui pencipta pada 14 Julai 2019. Ianya adalah dibawah kendalian NGO Pertubuhan Perlindungan Kucing Dato Shamsiah Pekan-Meow Island yang mula ditubuhkan pada 8.10.2015.

Pembangunan dan pengurusan kucing serta haiwan lain di Pulau Meow ini adalah sumbangan  samada syarikat mahupun individu. Selain itu, sedikit caj juga dikenakan bagi mereka yang datang ke Pulau Meow ini. Di mana wang yang diperolehi ini akan digunakan untuk makanan dan perubatan kucing dan haiwan-haiwan lain di sini.

Sebelum sampai di perkampungan kucing, kita akan lihat sekumpulan itik-itik dan angsa berdekatan dengan kolam. Memang meriah!


Agak luas juga kawasan Pulau Meow ini. Kelihatan juga banyak rumah kecil yang dibina khas untuk-untuk kucing di sini. Di mana rumah ini adalah sumbangan daripada badan-abadan berkanun, persatuan pelajar di universiti dan banyak lagi.

Sebanyak lebih kurang 80 lebih ekor kucing di sini. Ke semua kucing di sini adalah kucing yang terbiar, di buang dan ada juga yang sakit.

Ada nurseri khas untuk anak-anak kucing dan juga kucing yang tidak sihat. Mereka akan dirawat oleh sukarelawan yang datang ke Pulau Meow untuk membantu menguruskan kucing-kucing di sini. Saya sempat menemubual beberapa sukarelawan ketika berada di sana. Ada dikalangan mereka yang datang dari UK, Jerman dan juga US. 

Biasanya mereka akan berada di sini berminggu-minggu. Saya difahamkan ada yang mencecah 4 bulan lamanya. Selain daripada menjaga kucing di sini, sukarelawan ini juga bersama-sama membangunkan serta memelihara kawasan Pulau Meow agar sentiasa terjaga,


Bagi anak yang memang sukakan kucing, mereka akan menjadi begitu teruja. Apatah lagi kucing di sini begitu jinak dan sangat manja.


Tidak kira usia tua dan muda, bangsa dan agama bagi mereka yang sukakan kucing pasti teruja apabila dapat bermain dengan mahkluk comel ini di sini.

Bersama Mak Engku iaitu kakak kepada arwah Tengku Lukman yang mengambil alih penjagaan Pulau Meow ini.

Saya sempat bertemu dengan Dewi, kambing yang agak nakal dan lincah di sini.

Apa uniknya tentang Dewi ini, dia cukup sukakan makanan kucing. Mungkin sebab membesar bersama kucing, biarpun kambing beliau mampu menikmati makanan kucing dengan penuh berselera. Siap berebut lagi, hiks.



Banyak juga dana wang yang diperlukan setiap bulan bagi menanggung kos makanan dan perubatan semua kucing di sini.

Moga segala yang diusahakan oleh arwah diteruskan ke legasi seterusnya. Dan "Pulau Meow" akan terus menjadi tarikan pelancong samada dalam negara mahupun luar untuk datang berkunjung ke sini.

Untuk sumbangan boleh melalui :-
Akaun maybank no: 556235308411
Atas nama Pertubuhan Perlindungan Kucing Dato’Shamsiah Pekan

Untuk keterangan lanjut mengenai boleh layari:-
https://www.facebook.com/tompok.luke

PICOMS Berkaloborasi Dengan Enam Institusi Dari Indonesia

$
0
0
Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS merupakan institusi Bumiputera yang dimiliki sepenuhnya oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). PICOMS sangat menitikberatkan aspek pembelajaran teori dan praktikal selain mementingkan pembabitan penuntut dalam aktiviti kokurikulum serta program khidmat masyarakat mahupun tanggungjawab sosial korporat.

Dan terkini Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS telah berkaloborasi dengan enam (6) institusi di Indonesia melalui program "Global Mobility 2020 (Inbound)" yang akan bermula daripada 22 Febuari sehingga 8 Mac 2020. Satu program yang cukup sukses kerana ianya melibatkan 2 buah negara.

Sepertimana yang telah ditekankan oleh Naib Canselor PICOMS, Prof. Dr. Wan Mohd Azizi Wan Sulaiman,

Program ini membolehkan pertukaran maklumat dan teknologi antara pelajar PICOMS dan pelajar dari Indonesia selain menyantuni budaya serumpun.Program ini juga bakal mempromosikan PICOMS dan sistem pembelajaran berintegrasi di Malaysia di samping menggalakkan kerjasama serta meningkatkan hubungan komunikasi di kalangan pelajar PICOMS dan pelajar Indonesia
Institusi Yang Terlibat
Untuk pengetahuan semua seramai 82 orang peserta telah menyerati program ini termasuklah 16 pengiring dan 66 pelajar dari pelbagai institusi dari Indonesia. Antara institusi yang terlibat seperti:-

  • Universiti Gunung Rinjani, Nusa Tenggara Barat
  • Sekolah Tinggi Ilmu Kesihatan Muhammadiyah Ciamis Jawa Barat
  • Sekolah Tinggi Keguruan & Ilmu Pendidikan Bima, Nusa Tenggara
  • Sekolah Tinggi Ilmu Ekonomi Bima, Nusa Tenggara Barat
  • Politeknik Kesehatan Bandung, Jawa Barat 
  •  Politeknik Medica Farma Husada Mataram

Prof. Dr. Wan Mohd Azizi berkata,
Program ini bertujuan memupuk kualiti dan nilai dalam diri pelajar serta membawa pelajar lebih dekat kepada diversiti budaya. Ia meliputi perkongsian informasi dan teknologi dalam bidang akademik, lawatan ke fasiliti kemudahan termasuk hospital dan makmal pelajar, penganjuran kuliah dan seminar bertaraf antarabangsa serta mempromosikan pelancongan dan hospitaliti Malaysia, katanya.
Program ini juga antara inisiatif Prof. Dr. Wan Mohd Azizi melalui 10 Pelan Transformasi PICOMS yang mana mahu memberi lebih banyak pendedahan kepada pelajar PICOMS di peringkat antarabangsa. Tidak dinafikan juga, pelaksanaan program ini juga akan melibatkan kolaborasi dengan lain-lain institusi pendidikan serta perkongsian pintar bersama industri. Ibarat serampang dua mata yang mana melalui program dan kolaborasi ini juga dapat memberi banyak manfaat kepada masyarakat.

Simposium Sains dan Pengurusan PICOMS 2020 (PICOMSAM)
Bersempena dengan persidangan antarabangsa mengenai Sains, Teknologi, Pendidikan & Pengurusan 2020 (InSTEM), satu Simposium Sains dan Pengurusan PICOMS 2020 (PICOMSAM) juga akan diadakan  pada 3 Mac 2020. Simposium yang cukup hebat yang mana dii anggarkan seramai 200 orang peserta akan menyertai simposium ini.
Antara penceramah di persidangan ini seperti Pengerusi Lembaga Pengarah PICOMS Prof. Dr. Abdul Latiff Mohamed dan Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Mohamed Salleh bin Mohamed Yassin. Manakala Prof. Dr. Wan Mohd Azizi akan membentangkan kertas kerja bertajuk The Resurgence Of Traditional Malay Medicine Between Bomoh And Therapist.

Dari negara Indonesia penceramah yang akan turut serta adalah Doni Setiawan dari M. Biotek dari Sekolah Tinggi Ilmu Kesihatan Muhammadiyah Clamis, Indonesia. Beliau akan membentangkan kertas kerja bertajuk Thalassemia Beta Minor Screening in High School Students in Ciamis.


PICOMS FEST 2020
PICOMS FEST 2020 akan diadakan pada 4 Mac 2020 di Dewan Utama PICOMS, Kampus Batu Muda, Kuala Lumpur bermula dari 8.30 pagi hingga 5.00 petang. Ianya adalah bertujuan untuk mempertingkatkan keupayaan perusahaan kecil dan sederhana serta koperasi beroperasi dalam komuniti. Ianya juga dapat meningkatkan kesedaran terhadap keperluan pada anak-anak masa kini.

Program ini juga dapat menyantuni delegasi pelajar dari Indonesia dengan pengisian program berbentuk akademik, tunjuk cara dan kebudayaan termasuk pameran dan jualan, Forum Pengurusan dan Perkongsian Pendidikan, Program Hari Info serta persembahan aerobik.

Oh ya! Ada artis juga akan hadir memeriahkan acara. Antara artis yang akan memeriahkan acara ini seperti Daqmie, Badhisham (bekas pemain dram kumpulan Headwind) dan Konsultan Terapi Muzik iaitu Dr. Mir Hazil. Orang ramai turut dijemput bagi memeriahkan PICOM Fest 2020.
Syabas PICOMS atas usaha perkongsian dan memartabatkan ilmu dengan menggunakan platform pendidikan terbaik seperti simposium, seminar dan sebagainya. Dan paling mengujakan ianya juga membabitkan negara-negara dari luar Malaysia.

#onefamilyonegraduate
 #jommasukpicoms 
#picoms
 #picomsgemilang 
#live 
#spm

MoU Persefahaman Di Antara RICHLIST CLUB MALAYSIA dan MAXI WISE SDN. BHD. | Untuk Memperkenalkan Gaya Hidup Yang Memberi Lebih Manfaat

$
0
0
Sebagai peminat tangan berkualiti tentunya saya berasa teruja apabila mengetahui tentang TWI Watches sebenarnya sudah beroperasi di Malaysia. Pembuat jenama tangan esklusif ini cukup sinonim dalam penghasilan jam tangan bermutu tinggi, unik dan mempunyai gayanya yang esklusif. Tidak hairanlah, Tun Mahathir juga memiliki jam keluaran TWI Watches.

Koleksi jam hebat ini sebenarnya mempunyai kelab gaya mewah mereka yang tersendiri. Di Malaysia sehingga kini mempunyai ahli lebih kurang 80 orang. Namun demikian, kelab ini juga dibuka keahliannya di serata dunia sebenarnya. Untuk di negara China sahaja sudah mencecah 2000 orang ahli.

Kelab Gaya Hidup Mewah
Richlist Club Malaysia (RCM) adalah sebuah kelab gaya hidup mewah di Asia yang berdaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan Malaysia pada 14 April 2017. Untuk pengetahuan semua, matlamat utama kelab ini adalah untuk mempromosikan gaya hidup dan aktiviti untuk ahli VIP mereka.

Aktiviti gaya hidup yang diperkenalkan memang hebat dan menarik. Antaranya seperti mempromosikan sukan air dengan melibatkan ahli-ahli kelab dalam acara belayar (pelayaran). Ianya membabitkan sebanyak 130,000 bot daripada 184 negara-negara yang mengambil bahagian. Selain itu, Melalui aktiviti seperti ini bukan sahaja membolehkan ahli VIP dapat berkenalan antara satu lama lain bahkan membuka peluang meluaskan perniagaan yang diusahakan.

 Memorandum Persefahaman


Dan yang terkini. RCM telah menandatangani Memorandum Persefahaman bersama Maxi Wise Sdn Bhd di TWI Watches Clubhouse Asia Pacific Region yang terletak di Viva Home Shopping Mall, Kuala Lumpur.

Menurut Presiden RCM, Cik Diana Loo, 
TWI Watches dipilih untuk menjadi rakan sekutu mereka kerana produk berkualiti yang dihasilkan, terutamanya berlian semulajadi. RCM hanya menawarkan yang terbaik ahli VIP mereka dan TWI jam tangan sesuai dengan keperluan kami kerana identiti uniknya.

Turut hadir di majlis perjanjian persefahaman ini adalah Encik K.N. Moorthy, Gemologist daripada Jabatan Geologi Malaysia. Beliau juga bertindak sebagai Penasihat Watch TWI terutama didalam memastikan kualiti berlian sentiasa terjamin yang paling terbaik.

Lebih menarik RCM kini akan menyumbang sebanyak 10% daripada pembelian setiap pelanggan kepada PEKA. Ini adalah salah satu kolaborasi hebat yang mendekatkan lagi peranan masyarakat 'elit' khasnya dengan melestarikan kehijauan dunia. 
Sepertimana yang kita semua jelas, NGO Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA) yang diketuai oleh Presidennya, YBhg Puan Sri To 'Puan Datuk Dr. Shariffa Sabrina Binti Syed Akil seorang wanita yang berjiwa besar dan konsisten dalam mempertahankan hak alam sekitar dunia agar terus terpelihara. Di majlis ini juga Y Bhg Puan Sri sudi hadir membuat penampilan istimewa seterusnya menandatangani perjanjian kerjasama.

Melalui kolaborasi ini, sekaligus dapat melakarkan lagi beberapa aktiviti dan agenda antara dua pihak seperti bengkel, seminar, hari ahli kelab bersama alam sekitar dan pelbagai lagi.

Jam Tangan TWI Yang Esklusif
Jam tangan TWI menggunakan teknologi Swiss yang dihasilkan di Amerika. Seterusnya memasuki pasaran Malaysia pada tahun  2018 dan kini pejabat HQ adalah terletak di Viva Home Shopping Mall.

TWI Watches adalah HANYA rantaian bersepadu kedai francais di Malaysia yang khusus dalam pembuatan jam tangan berlian semula jadi. Antara jenama utama yang dihasilkan oleh TWI Watches adalah seperti  BrunoMagli, BM, Eric Von Sant, Akribos XXIV dan Armand Nicolet. Ciri utama dalam seutas jam tangan yang dihasilkan adalah ianya diperbuat daripada berlian semulajadi . Manakala untuk tali samada ianya dari kulit buaya dan sebagainya. Dan ianya juga menggunakan 316 keluli. 

Antara koleksi TWI Watches seperti:-












Antara banyak koleksi di sini, saya paling suka...

Harga 12,900 USD :-)
Sangat cantik dan mempunyai kelasnya yang tersendiri.

Tidak hairanlah TMI Watches, keluaran jamnya adalah 100% Trade in Value, which preserves the value of each watch, bring out the“permanent value guarantee, the ultimate life”


Untuk pertanyaan lanjut mengenai keahlian RCM, sila hubungi: -

Cik Diana Loo
Presiden
016-2017770

Datin Louis Loi
Naib Presiden
019-2968822

Haji Uzir Haji Abdul Samad
Penasihat Club Boutiqe Richlist
013-2461686

E-mel: - richlistclub@gmail.com
Laman web: - www.richlistclub.com


Kemeriahan PICOMS FEST 2020

$
0
0

Kemeriahan PICOMS FEST 2020 - Saya sempat menghadirkan diri ke PICOMS FEST 2020 yang telah diadakan di Dewan Utama PICOMS, Kampus Batu Muda, Kuala Lumpur. Untuk pengetahuan semua penganjuran festival ini adalah bersempena dengan Program Global Mobility (Inbound) 2020. Festival berlangsung hanya 1 hari sahaja yang bermula seawal jam 8.30 pagi dan berakhirnya pada jam 5.00 petang. Pelbagai aktiviti hebat disediakan buat pengunjung yang hadir ke PICOMS FEST 2020.

Apa yang menarik perjalanan festival ini sukses dengan penglibatan pelajar-pelajar serta pengurusan kolej universiti, bukan hanya warga PICOMS bahkan bersama wakil delegasi dari 6 institusi di Indonesia. Satu pencapaian yang cukup membanggakan apabila penganjuran festival ini adalah usahasama dari pelbagai pihak termasuklah pelajar PICOMS itu sendiri. Secara tidak langsung melatih dan mendedahkan pelajar dalam dunia keusahawanan sebenar. Bertetapan dengan tema festival yang dilakarkan iaitu  "Management & Education Sharing" . 

Aktiviti Senamrobik Seawal Pagi
Seawal pagi acara dimulakan dengan program Senamrobik. Kelihatan begitu ramai pelajar yang menyertainya tau! Memang nampak 'enjoy' pelajar-pelajar mengikuti gaya instruktor bersenamrobik biarpun pagi itu panasnya agak terik. 



Acara yang diadakan berhadapan dengan bangunan utama PICOMS ini ternyata mendapat sambutan yang hebat dari pelajar-pelajar PICOM ini sendiri.

Lets Talk @ PICOMS Fest 2020

Selain itu tedapat juga program Let's Talk @ PICOMS FEST 2020 yang menampilkan 4 segmen yang berkaitan dengan dunia kesiahatan dan terapi, iaitu:-
  • Entrepreneur +  Every Child Matters
  • Entrepreneur Sharing
  • Terapi Muzik
  • Health - Safe Care
Ke semua acara ini berlangsung di Dewan Utama PICOMS Kampus Batu Muda.


Ternyata kebanyakan majlis diskusi yang dijalankan mendapat sambutan hebat dari pelajar-pelajar PICOMS sendiri. Apatah lagi ianya perkongsian ilmiah daripada mereka-mereka yang sememangnya pakar dalam lapangan topik yang diperbincangkan.

Saya sendiri sempat mendengar perkongsian daripada Encik Adliy Yahya selaku pengasas Aurism Cafe Project yang terletak di SACC. Beliau mempunyai seorang anak autism bernama Lokman dan tujuan utama Encik Adliy membuka kafe ini ialah untuk melatih anak-anak autism agar mereka lebih berdikari. Banyak kisah yang Encik Adliy kongsikan sekligus dapat memberi kesedaran kepada semua pihak agar terus membantu anak-anak autism yang istimewa ini


Kehadiran artis ke PICOMS Fest 2020 turut memeriahkan lagi acara. Antara artis yang membuat kemunculan di PICOMS Fest 2020 adalah seperti Daqmie, Badhisham (bekas pemain dram kumpulan Headwind) dan Konsultan Terapi Muzik iaitu Dr. Mir Hazil. 

Pameran Pendidikan


Selain daripada seminar dan diskusi, saya juga tertarik dengan booth pendidikan yang dibuka di sini. Setiap fakulti PICOMS ada membuka booth dan memperkenalkan program-program yang ditawarkan oleh mereka. Antara fakulti yang terdapat di PICOMS adalah:-
  • FACULTY OF HEALTH SCIENCES
  • FACULTY OF PHARMACY
  • FACULTY OF NURSING
  • FACULTY OF MANAGEMENT
Jadi kita dapat melihat secara jelas tentang program yang ada di sini, terutama apabila kita kaitkan dengan kerjaya yang boleh kita sertai dengan mengikuti kursus--kursus yang ada ditawarkan.


Booth Penjualan Yang Meriah

Selain daripada jualan makanan dan minuman. Terdapat juga penjualan pakaian terpakai, produk dari delegasi Indonesia yang datang menyertai progtram di sini, acara 'games' di booth dan pelbagai lagi.


Namun apa yang lebih menarik produk kosmetik yang dihasilkan oleh PICOMS sendiri. Dengan menggunakan jenama label MERIEL yerp. Produk penjagaan diri ini terdiri daripada serum dan pencuci muka. Produk inovatif ini dihasilkan daripada ekstrak buah rambutan, bunga betik, bunga jambu, strawberi dan juga campuran vitamin-E. Nah! Ternyata keberkesanan hasil produk lokal daripada penyelidikan institusi tempatan yang cukup membanggakan ini sememangnya boleh pergi lebih jauh dalam peasaran Malaysia mahupun antarabangsa.

Jualan bukan hanya terhad di dalam premis PICOMS, bahkan di bahagian di luar turut disediakan food truck dengan pelbagai jenis makanan dan minuman yang sentiasa menjadi pilihan masyarakat hari ini.

Kesimpulan
Tidak dinafikan dengan penganjuran PICOMS Fest 2020 seperti ini bukan sahaja dapat mendedahkan pelajar dalam pengurusan pelbagai aktiviti bahkan ianya juga boleh mengeratkan perhubungan antara staf dan juga pelajar PICOMS itu sendiri. Selain dunia pendidikan sebenar, pelajar juga berpeluang terlibat dalam program keusahawanan yang mana ianya sangat membantu membentuk jati diri. Apatah lagi ianya juga berkaloborasi dengan institusi Indonesia, memberi lebih banyak kenangan manis sepanjang program berlangsung.

Keterangan lanjut mengenai tawaran program dan aktiviti PICOMS, boleh layari:-

#onefamilyonegraduate
#jommasukpicoms
#picoms
#picomsgemilang
#live
#spm

Selangor Bakal Menganjurkan Acara Perniagaan Terbesar | Selangor Business Summit (SIBS) 2020

$
0
0
Selangor Bakal Menganjurkan Acara Perniagaan Terbesar | Selangor Business Summit (SIBS) 2020-Tidak dinafikan Selangor antara negeri di Malaysia yang begitu aktif dalam membuat perancangan pelan pembangunan terutama didalam membantu Malaysia meningkatkan dan memperkembangkan ekonomi negara. Dan terkini INVEST SELANGOR Malaysia telah mengumumkan penganjuran acara perniagaan terbesar Selangor Business Summit (SIBS) 2020 yang akan berlangsung selama 4 hari bermula dari 14 sehingga 17 Oktober 2020.

Sidang kemuncak empat hari itu akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di Kuala Lumpur dan akan mempamerkan pelbagai produk dan perkhidmatan antarabangsa, memandangkan acara ini akan menjadi tuan rumah lebih dari 850 gerai tempatan dan antarabangsa.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Industri dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana, Datuk Teng Chang Khim berkata sidang kemuncak itu akan merangkumi empat komponen iaitu  Selangor International Expo (SIE), Selangor Research and Development (R&D) and Innovation Expo (SRIE), Selangor-Asean Business Conference (SABC) dan Selangor Smart City and Digital Economy Convention (SDEC).

Selangor International Expo (SIE)
Antara komponen terbesar didalam Selangor Business Summit (SIBS) 2020 ialah Selangor International Expo (SIE) Ianya merupakan edisi yang ke-6 dan lebih menarik untuk tahun 2020 program SIE akan meningkatkan lagi bagi program pembeli antarabangsa daripada 141 (2019) kepada 300 untuk tahun ini. Secara tidak langsung memberi peluang kepada mereka yang ingin memperkembangkan produk Makanan dan Minuman (F&B) daripada ASEAN.

Antara tarikan SIE 2020 (Edisi ke-6) seperti:-

  • Malaysia International Tea and Coffee Expo
  • Selangor International Culinary Festival
  • Selangor International Halal Conference


Malaysia International Tea and Coffee Expo

Untuk Malaysia International Tea and Coffee Expo akan berkaloborasi bersama MyTA yang akan mana mempertengahkan segmen 'creme de la creme' yang sememangnya minuman yang menjadi trend pada zaman sekarang.

Antara target audien adalah dikalangan mereka yang menceburi bidang tersebut:-

🏘Cafe/Hotel/Restaurant Beverage
🍽 Produk Halal
🥦Produk Makanan Kesihatan dan Organik
🖥Food Technologies and Machinery
🍵Tea Wholesaler
☕Coffee Roaster
🚛Distributor

Selangor International Culinary Festival


Manakala untuk Selangor International Culinary Festival 2020 akan menampilkan 'Worldchefs Endorsed Culinary Competition" di mana chef yang telah memenangi anugerah tersebut akan membuat penampilan khas untuk mendemonstrasi masakan dengan menunjukkan skil dan kreativiti mereka menyediakan hidangan autentik Selangor.

Selangor International Halal Conference
Seperti tahun sebelumnya, persidangan Selangor International Halal Confrence antara yang akan mencuri tumpuan]. Di mana tujuan utama persidangan ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada pembekal, pengguna dan pihak berkuasa berdialog terutama dalam memfokuskan bagaimana hendak memperbaiki/mempertingkatkan akses pasaran dan syarat terkini untuk produk Halal,

Selangor-Asean Business Conference (SABC)
Y.B Dato' Teng turut  menekankan mengenai SABC sepertimana didalam ucapannya;

SABC 2020, the second component of SIBS 2020, is expected to be equally interesting with the gathering of economic players from several countries including high-profile business leaders, trade related associations and international investors.
SABC 2020 aims to strengthen ties between ASEAN and non-ASEAN companies by providing valuable updates and guidance on business expension into new markets. 
Selangor Smart City and Digital Economy Convention (SDEC)
SDEC pula dijangkakan memberi lebih banyak peluang kepada pelabur, ahli perniagaan dan eksekutif korporat dalam berkongsi dan membincangkan prospek terkini dalam teknologi pembuatan pintar (Artificial Intelligence) dan FINTECH. Satu majlis penyampaian anugerah "Malaysia's Top E-Commerce Merchants" akan turut dadakan.

Selangor Research and Development (R&D) and Innovation Expo (SRIE)
SRIE 2020 menyempurnakan acara sidang kemuncak dengan meletakkan negeri Selangor di dalam dunia inovasi global yang memberikan para inovator satu platform untuk mengintegrasikan dan menghasilkan lebih banyak ciptaan. Ini secara tidak langsung dapat menggalakan direct peer engagement for higher levels of deal-making, pelaburan, perkongsian strategik dan membina rangkaian perniagaan yang lebih tinggi.


Kesimpulan
Ternyata sejak pengenalannya pada tahun 2015, SIBS telah mengalu-alukan hampir 100,000 pengunjung dari lebih 50 negara, sekaligus telah berjaya mengumpulkan RM1,143.30 juta dalam nilai urus niaga yang dirundingkan

SIBS merupakan inisiatif strategi dagangan dan globalisasi utama dalam meletakkan Selangor sebagai pasaran terulung bagi usahawan dan pelabur yang berhasrat untuk menjalankan perniagaan di rantau Asia Tenggara. Ia juga menjadikan Selangor sebagai laluan dagangan ke negara-negara ASEAN.

MinNature Malaysia: Galeri Miniatur Yang Menarik Dan Unik

$
0
0
MinNature Malaysia: Galeri Miniatur Yang Menarik Dan Unik- Sebagai rakyat Malaysia memang saya sangat kagum dengan budaya, tradisi serta pembangunan negara tercinta. Apatah lagi Malaysia sememangnya kaya dengan warisan dan sejarah lama. Lebih mengujakan satu galeri khas telah dibina dengan melakarkan semula rekaan bentuk pembinaan bersaiz mini mengenai apa yang menarik tentang Malaysia.

 Ianya dikenali sebagai MinNature Malaysia. Oh ya! Bermula dari 3 Mac 2020, Magnificent Miniatures Sdn Bhd telah membuka galeri MinNature Malaysia kepada orang ramai untuk melihatnya sendiri keindahan senibina mini yang unik. Dan galeri ini terletak di JUMPA @ Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur.

Mr. Wan Cheng Huat selaku Pengarah Projek berkata,
Pembukaan rasmi MinNature Malaysia awal tahun 2020 tepat pada masanya; sempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2020. Pengunjung akan mendapatkan gambaran keindahan dan kepelbagaian budaya dan warisan Malaysia.
Galeri ini terletak di Tingkat 1, di mana pengunjung akan dapat melihat sendiri lebih daripada 100 bangunan warisan dan ikonik begitu juga dengan 10,000 miniatur yang telah dimasukkan ke dalam pameran seluas 13,000 kaki persegi.

Pameran ini akan memberikan pelbagai maklumat serta cerita yang menarik ianya diumpamakan kita membaca satu buku 3 dimensi.
Ibarat kita pulang ke Malaysia  dan melihat begitu banyak tempat yang indah untuk dikunjungi, dan dengan maklumat yang disediakan, anda boleh merancang perjalanan cuti masa depan anda di sana.Kami menjangkakan kira-kira 100,000 pengunjung untuk tahun ini kerana kami berada di lokasi yang strategik.
Sememangnya pameran ini adalah satu-satunya di Malaysia yang dapat memberikan pengalaman yang benar-benar unik dan menarik. Sekaligus memberi peluang kepada pengunjung tempatan untuk mengenali lebih lanjut mengenai asal-usul negara tercinta.

Untuk pengetahuan semua, sebelum ini pameran MinNature ini terletak di Summit USJ, Subang Jaya. Pemindahan MinNature Malaysia ke JUMPA @ Sungei Wang Plaza merupakan satu langkah yang strategik dan juga sinergi yang baik apatah lagi dengan inisiatif penjenamaan pusat membeli-belah ini.

Kronologi Pembinaan MinNature
Bab Satu – Pengasas
Pada tahun 2008, pengasas MinNature, Wan Cheng Huat,mendapat idea ini yang baginya agak luar biasa. Tetapi cabarannya agak besar memandangkan beliau  tidak memiliki apa-apa pengalaman dalam bidang seni kraf diorama atau miniatur. Beliau telah berkongsi idea dengan kawan rapatnya, Nicholas Ong, dan mereka berdua mula mengembangkan idea tersebut serta cuba mencari dana untuk membiayai projek ini. 5 tahun berlalu dan pada masa yang sama mereka masih belum dapat apa-apa sokongan dari bentuk kewangan dari mana-mana pihak. Mereka mula menyedari bahawa impian ini mungkin sesuatu yang mustahil untuk dicapai.

Bab Dua – Rakan Sepasukan
Wan dan Ong telah mengambil masa dengan membuat analisa serta strategi baru demi menjayakan impian. Mereka mula mencari rakan-rakan rapat untuk berkongsi akan keunikan projek sebegini untuk membina satu dunia mini bagi semua orang dapat menikmatinya. Dan dalam tempoh tiga bulan, mereka berjaya mengumpul kesemua dana yang diperlukan. Daripada dua orang mereka membentu satu pasukan yang besar rerdiri daripada Chan Chee Wing, Loong Yik Hoe, Benjamin Wan dan Ong Kian Ming. PAsukan ini mengambil masa lebih kurang 1 ½ tahun untuk belajar pemodelan 3D dan pencetakan 3D. 

Apa yang menjadikan proses ini lebih rumit adalah mereka tidak ada apa-apa pengalaman
dalam pemodelan 3D atau pencetakan 3D, mereka terpaksa belajar dari peringkat asas sehingga ke tahap pakar (expert) semasa proses pembuatan model-model mini. Mereka mengambil masa lebih dari 8,000 jam untuk pemodelan 3D dan lebih daripada 113,400 jam dalam percetakan 3D. Untuk menjayakan ini, projek ini telah memiliki 10 pencetak 3D bersaiz kecil yang ditempatkan dalam satu bilik kecil seluas 60 kaki persegi.

Bab Tiga – Permulaan MinNature
Lokasi pertama MinNature adalah di Summit USJ dengan keluasan melebihi 17,000 kaki persegi.
Pembinaan MinNature mengambil masa 8 bulan dengan lebih 80 orang untuk menyiapkannya. Terdapat pelbagai aktiviti yang interaktif dan menarik untuk pengunjung-penunjung MinNature. Salah satu tarikan utama di MinNature adalah “centerpiece” Dataran Merdeka. Ia mempamerkan semua bangunan warisan yang mengelilingi tapak bersejarah ini. Bangunan-bangunan dan jalan-jalan dengan pencahayaan yang cantik, terdapat juga muzik iringan di latar belakang seolah-olah anda berada di bandar sebenar, jalan kakinya dipenuhi dengan model-model manusia mini.

Bab Empat – Permulaan MinNature Malaysia
Siapa sangka 3 tahun berlalu dan projek MinNaturemasih ingin diteruskani. Dan kini tapak lokasi baruMinNature adalah di JUMPA@Sungei Wang dan konsep lama pameran miniature telahpun
berkembang untuk menjadi konsep galeri warisan miniature Malaysia.

Konsep Yang Diperkenalkan Di MinNature
Konsep Minnature Malaysia berevolusi untuk memberi lebih tumpuan kepada keindahan budaya,
sejarah dan warisan Malaysia. Sememangnya Malaysia sangat kaya dengan sejarah, budaya dan warisan. Setiap model mini, yang kami bina atau hasilkan, mempunyai satu cerita
pendek yang diselitkan bersama-samanya.
Pembinaan fasa 1 dan 2 MinNature Malaysia mengambil masa 18 bulan. Antara ahli pasukan yang terlibat adalah “Masterbuilder” JaniceChin, Tan Hon Sen, Ng Jef Fre dan Brian Tan . Mereka ini terlibat dalam pembinaan semua struktur di tapakMinNature dan pemasangan model-model mini. Selain daripada “Masterbuilder” terdapat lebih daripada 30 karyawan tempatan serta antarabangsa yang terlibat dengan projek ini; 6 dari Malaysia, 4 dari Indonesia, 1 dari Singapura, 2 dari Negara Thai dan 18 dari Negara Cina. Setiap karyawan mempunyai kepakarannya tersendiri; daripada menghasilkan model-model manusia mini ke penghasilan model keretapi ke pembuatan pokok-pokok miniatur. Karyawan-karyawan MinNature Malaysia sememangnya memberikan ketelitian terbaik.

Koleksi Rasa Malaysia.
Di sini dipaparkan makanan-makanan yang sentiasa menjadi kegemaran rakyat Malaysia dalam bentuk miniatur. Ada sate, kacang-kacang, buahan potong dan pelbagai lagi. Kebanyakan makanan yang dipaparkan kita boleh jumpa dari penjual di kaki lima (street food).









Sangat comel dan unik! Korang akan kagum melihat hasil makanan mini yang dipersembahkan.

Mini Diorama Di Dalam Dinding Kaca
Antara feveret saya adalah pameran Mini Diorama Dalam Dinding Kaca. Konsep ini memberi pengunjung peluang untuk menyaksikan diorama-diorama di dalam bekas lut sinar kaca. Kita boleh lihat pelbagai suasana kehidupan masayarakat malaysia samada di kampung laut, pekan, gua dan pelbagai lagi.









Koleksi Pakaian Tradisi Masyarakat Malaysia
Terdapat juga minitur koleksi mempamerkan pakaian tradisi rakyat Malaysia.  Ianya juga dikenali sebagai “Rakyat Malaysia Dalam Pakaian Tradisi”. 

Seni Bina dan Bangunan Warisan Malaysia
Di bahagian inu  pengunjung akan dapat menyaksikan pembinaan bangunan warisan terkenal dan mercu tanda ikonik dari semua negeri- negeri Malaysia. Agak menarik kerana kita dapat belajar banyak tempat bersejarah hampir dari setiap negeri di Malaysia. Terutama pekan-pekan lama yang masih dikekalkan pembinaan lamanya.







Cantikkan!
Bandar Pulau Pinang, Perkampungan Desa, Dataran dan pelbagai lagi

Harga Tiket dan Waktu Operasi
Ada berita baik untuk semua, sempena pra-pembukaan MiNature Malaysia ada diskaun untuk harga tiket kemasukan tau! 


Untuk harga tiket adalah seperti berikut:-
Dewasa: RM15 (Harga Normale: RM25)
Kanak2 Dari 4-12 tahun: RM10 (Harga Normal: RM20)
Kanak untuk 4 tahun ke bawah adalah PERCUMA

MinNature Malaysia
Jumpa @ Sungei Wang Plaza
MUF-1, Level 1
Tel: 6011-1009 9374

Waktu Operasi : Dibuka setiap hari, 10 pagi sehingga 10pm (kemasukan terakhir jam 8.30pm)

Keterangan lanjut boleh layari:
Website: http://minnature.com
Facebook Page: https://www.facebook.com/MinNatureMalaysia/

SK Lancar Butik Gaya Hidup Pertama di KLCC

$
0
0
Berkesempatan menghadiri pembukaan Butik Gaya Hidup SK yang pertama di KLCC memang benar-benar mengujakan saya. Sememangnya pembukaan butik gaya hidup ini menjadi titik tolak bagi label Siti Khadijah untuk memperkembangkan perniagaannya di bawah jenama terbarunya iaitu SK Apparel.

Menurut pengasas SK, Puan Padzilah Enda, butik gaya hidup ini adalah diilhamkan daripada keinginan pihaknya untuk mengekalkan identiti warisan nusantara, namun ianya tetap diberi suntikan moden yang mengikut trend semasa. Dan KLCC menjadi lokasi pertama kerana kedudukannya sebagai mercu tanda Malaysia yang ikonik.

Pembukaan Butik Gaya Hidup SK di KLCC ini turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif SK Apparel, Ir Aminuddin Mohd Nasir, Pengarah Eksekutif Jualan dan Pemasaran SK Apparel Muhammad Munzir Aminuddin, rakan usahawan serta selebriti tempatan. Dan pelancaran perasmiannya telah disempurnakan oleh Dato' Hazimah Zainuddin selaku Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB).


Memang meriah majlis perasmian pembukaan yang berlangsung :-)

Antara produk di bawah jenama SK Apparel adalah seperti pakaian lelaki dan wanita, tudung dan aksesori. Ianya benar-benar memenuhi keperluan seseorang itu dari atas rambut sehinggalah ke hujung kaki.

Saya sempat juga melihat peragaan dari koleksi #Nostalgiaraya Siti Khadijah 2020. Terdapat 14 buasana raya yang terdiri daripada baju kurung pahang, baju kurung kedah, kebarung dan baju malayu tradisional.

Lebih unik, nama dalam setiap koleksi raya SK Apparel tahun ini adalah diambil dengan nama timangan yang sering digunakan didalam keluarga di Malaysia. Secara tidak langsung ianya dikaitkan dengan nostalgia dalam sebuah keluarga yang pada satu masa dulu di zaman kanak-kanak, baju raya sering disediakan oleh bonda tercinta.

Antara koleksi #nostalgiaraya SK 2020 adalah seperti:-
  • Baju Kurung Kak Long
  • Baju Kurung Kak Lang
  • Baju Kurung Kak Teh
  • Baju Kurung Kak Cik
  • Kebarung Kak Lang
  • Baju Kurung Kak Teh
  • Baju Melayu Osman






Cantik-cantik!

Bersempena dengan ketibaan bulan ramadhan dan syawal tidak lama lagi, pihak SK mengalu-alukan pra-tempahan yang bermula dari 5 Mac sehingga 10 Mac 3030. Dan untuk 1000 pelanggan yang pertama membuat pra-tempahan berpeluang mendapat telekung SK. Pra-tempahan (pre-order) boleh dibuat  di laman sesawang SK http://sitikhadijah.com/nostalgiaraya

Untuk Butik Gaya Hidup SK KLCC ianya menawarkan 80 peratus keperluan gaya hidup seperti kemeja lelaki, blouse wanita, kasut wanita, seluar kasual wanita, baju tradisional wanita (kebaya, kebarung, kurung kedah, kurung pahang dan pelbagai lagi), baju melayu lelaki serta pelbagai koleksi tudung di bawah label Hegira.

Terdapat juga produk penjagaan diri seperti mandian, syampu dan wangian. Begitu juga dengan koleksi aksesori seperti beg tangan dan pin tudung.








So, korang kalau KLCC jangan lupa singgah di Butik Gaya Hidup SK!


Saya bersama Dayah Bakar yang memakai 'Pesak Dress' salah salah satu koleksi dari SK Apparel. Nampak sopan, terletak di badan dan sangat kemas potongan baju ini. Menyerlah aura muslimah dalam berpakaian.

Iskh. Kita jadi tak sabar untuk shopping di Butik Gaya Hidup SK lagi. Memang memenuhi citarasa dan puas hati :-)

Sellection Dinner & Appreciation Night Yang Cukup Meriah

$
0
0
Sellection Dinner & Appreciation Night Yang Cukup Meriah- Pada 7 Mac 2020 baru-baru ini saya telah menghadiri Majlis Makan Malam dan Penghargaan Sellection bertempat di Black Pearl Event Space, Shah Alam. Majlis yang dianjurkan memang cukup meriah yang dihadiri oleh pelanggan-pelanggan setianya, keluarga, rakan niaga, selebriti, pengamal media, insta famous, blogger dan ramai lagi.

Cukup popular dengan penggunaan tanda pagar #SistersdiMalaysia, SELLECTION.COM sememangnya cukup terkenal di kalangan mereka yang mencari produk berjenama mewah ori yang dijual jauh lebih murah daripada harga pasaran. Uniknya #SistersdiMalaysia dapat mendekatkan lagi ukhwah secara virtual antara SELLECTION, pengikut dan pelanggan.

Bermula daripada platform di facebook https://www.facebook.com/brandedhandbagsbyrafidah dan diikuti dengan instagram https://www.instagram.com/sellectioncom/, berpuluh ribu peminat telah mengikuti dua platform SELLECTION ini bagi tujuan untuk mendapatkan produk jenama ori terkini yang ada ditawarkan. 
Bagi menghargai pelanggan setianya dan juga meraikan kecemerlangan perniagaan SELLECTION satu majlis makan malam telah dianjurkan. Ini juga sebagai tanda penghargaan atas sokongan pelanggan setianya seain daripada dapat berkenalan dan mengukuhkan silaturrahim yang telah terbina.

Kemeriahan makan malam bukan sahaja dihadiri oleh ramai tetamu, bahkan tempat yang begitu cantik serta makanan yang dijamu begitu enak menjadikan pelrjalana acara ini begitu sempurna.

Pelancaran Online Premium Outlet Pertama di Malaysia
Turut diadakan pelancaran premium outlet secara online SELLECTION yang terletak di Wangsa Maju. Jika sebelum ini pelanggan hanya berurusan secara atas talian semata-mata dan kini mereka boleh singgah ke outlet SELLECTION untuk melihat dan seterusnya membelinya dari situ.

Saya sendiri menggemari barangan mewah. Saya pasti ramai juga merasai keinginan sama. Tidak hanya golongan wanita, lelaki pun mempunyai minat sama. Ada yang nak bergaya dengan barangan mewah namun mahu berjimat. Daripada situlah saya lihat ruang menjadi personal shopper itu terbuka luas. Harga yang dibeli di outlet lebih murah daripada yang dijual di butik. Pada masa sama ia juga up to date dan harga mampu milik.
Puan Rafidah Pengasas SELLECTION

Bermula dengan perniagaan personal shopper, Sellection sudah berkembang menjadi sebuah jenama tempatan yang menyediakan barangan fesyen yang hanya berkualiti, berjenama dan mewah pada harga mampu milik. Kini, Sellection secara rasminya menaik taraf sebagai “Online Premium Outlet” yang pertama di Malaysia. 

Pelancaran Kad Keahlian dan Gift Card Platinum, Gold dan Diamond
Selain itu, pihak SELLECTION turut mengumumkan pengenalan kad ahli buat pelanggan-pelanggan setianya. Untuk pengetahuan semua antara jenama yang sentiasa mendapat permintaan tinggi di sini adalah jenama Coach. Begitu juga dengan jenama Michael Kors, Kate Spade,  Louis Vuitton, Chanel  dan sebagainya. Yang menariknya di SELLECTION harga yang ditawarkan lebih murah iaitu diskaun sehingga 30%-50%. Ini kerana semua beg berjenama ini dibeli terus di outlet  di Amerika Syarikat, Kanada dan Benua Eropah.

Dengan pemberian kad keahlian kepada pelanggan setianya sekaligus memberi peluang pelanggannya menikmati lebih banyak diskaun dengan ganjaran yang cukup menarik.

Meraikan Ulangtahun Kelahiran Yang 31-Tahun Buat Puan Nor Rafidah
Siapa sangka wanita genit ini usianya baru mencecah 31 tahun pada 26 Februari yang lepas. Wow! Teruja dan kagumnya saya di atas pencapaiannya sebagai wanita muda yang cukup sukses. Memiliki sifat berani mencuba sesuatu yang baru dan tidak pernah berputus asa menjadikan beliau antara ikon yang cukup hebat dan harus diikuti oleh wanita di luar sana.

Renungkan hasil perkongsian cerita daripada Puan Nor Rafidah sendiri bagaimana beliau mula membina kerjaya dalam bidang perniagaan. 

Puan Rafidah merupakan Graduan Sains Politik pada tahun 2012 di Universiti Sains Malaysia dan mempunyai status Penduduk Tetap di Kanada. Pada awalnya beliau mencuba nasib mencari rezeki dengan pelbagai kerja. Bagaimanapun kisah menjual mufin pisang cukup menarik perhatian kerana ia sebenarnya menjadi asbab dan pembuka jalan untuknya menjadi personal shopper sejak tahun 2015.

Berbanding suaminya yang senang mendapat kerja kerana sudah lama menetap di Kanada, beliau sebenarnya bergelut pada awal penghijrahan. Pernah dalam satu ketika beliau membuat empat kerja dalam satu masa. Termasuklah menjadi pembantu hotel, mengemas hotel (housekeeping)  dan pembantu dapur.  Dalam sehari beliau pernah dapat hanya 10 dolar saja sebelum di terima sebagai pekerja tetap sebagai Software Tester di sebuah syarikat di Montreal.

Akibat terasa susah dan rasa kesempitan hidup, saya bertekad untuk melakukan kerja lain yang boleh mendatangkan tambahan pendapatan. Jadi tercetuslah idea menjual mufin pisang di kafe sekitar Montreal pada tahun 2015. Saya reka resipi mufin pisang dengan menggunakan tepung bebas gluten. Gigih juga saya berjalan dari satu kafe ke kafe di Montreal untuk mempromosikan mufin pisang itu dengan mengedarkan brosur.  Ada yang geli nak mencuba mufin saya. Tak kurang juga yang tak pandang langsung saya.  Ada juga yang memandang pelik dan skeptikal kerana saya bertudung.

Saya sudah terbiasa menerima penolakan. Saya tetap kuat dan sabar. Dalam hati saya cukup optimis kerana  rasa mufin ini sangat sedap & kandungannya menyihatkan. .
Ingat lagi ketika tak ada kereta, saya terpaksa membawa pisang sebanyak 20 kilogram yang dibeli dengan menaiki bas untuk dibawa ke rumah.  Ada ketika saya harus dalam keadaan cuaca sangat sejuk, saya redah sahaja. Saya sorong pisang itu dengan menggunakan shopping cart. Rumahlah jadi tempat saya beroperasi membuat mufin pisang. Apabila hidup ini ada pengharapan dan semangat positif, automatik diri ini jadi sangat kuat. Tanpa diduga mufin saya mulai diterima ramai. 

Idea menjadi 'Personal Shopper' bermula di sini. Apabila hasil jualan mufin pisang cukup membanggakan menjadi ruang terbaik untuk Puan Rafidah memanjakan diri dengan membeli apa yang diingininya. Beliau mula pergi ke Shopping Outlet dan mendapat idea untuk menjadi "Personal Shopper" apabila melihat harga yang ditawarkan di butik-butik beg berjenama di situ jauh lebih murah dari di Malaysia. Selain daripada harga murah, di sana juga kerap menawarkan produk rekaan trend yang terkini.

Dan sejak itu beliau mula berjinak menjadi 'Personal Shopper' dan perniagaannya semakin berkembang dek kerana kekangan masa, secara tidak langsung komitmen untuk fokus dalam bisnes mufin pisang terganggu. Selama dua tahun bisnes mufin pisang beroperasi dan pada tahun 2017 Puan Rafidah dan suami  membuat keputusan untuk kembali ke tanah air bagi memberikan tumpuan penuh kepada business online shopping dan legasi Sellection.


Penghargaan Buat Pelanggan Setia

Matlamat utama Sellection ialah memberi peluang kepada rakyat Malaysia memiliki barang berjenama dan berkualiti dengan harga mampu milik. Dan di majlis makan malam ini juga penghargaan telah diberikan kepada 3 pelanggan setianya yang telah menyokong dari awal pengenalan 'Personal Shopper' Puan Rafidah iaitu dari tahun 2015.

Turut diadakan sesi cabutan bertuah buat tetamu yang hadir dan juga pelanggan-pelanggan setianya. Antara hadiah yang ditawarkan merupakan voucher, tupperware dan beg dari pelbagai jenama mewah.


Peluang Niaga Kepada Masyarakat Untuk Menjana Pendapatan
Ketika ini juga Rafidah berkata pihak Sellection turut mahu membuka peluang niaga kepada masyarakat di luar sana untuk menjana pendapatan. Samada menjadi reseller mahupun menjadi personal shopper dan dapatkan produk pilihan pelanggan mereka di outlat SELLECTION.


Untuk keterangan lanjut boleh layari:-

www.sellection.com
https://www.facebook.com/brandedhandbagsbyrafidah
https://www.instagram.com/sellectioncom/
www.youtube.sellection.com

BUTIK SELLECTION
Ground Floor,
10, Jalan Wangsa Setia 4,
Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur,
 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


Viewing all 2933 articles
Browse latest View live