Pemilihan tempat acara yang lengkap dengan fasiliti, mampu deko mengikut konsep yang diingini serta dapat menyediakan juadah makanan yang enak memang sangat dicari. Apatah lagi semuanya ditawarkan dalam satu harga pakej yang sangat berpatutan.
OKAD singkatan daripada Oasis Kasih dan Damai merupakan tempat acara yang agak baru terletak di Bukit Jelutung Shah Alam antara lokasi yang saya rekomenkan. Dibuka pada 1 Disember 2019, OKAD sememangnya sangat sesuai diadakan majlis-majlis keraikan seperti perkahwinan, majlis yang lebih privasi, seminar, bengkel dan sebagainya.
Alamat lokasi adalah seperti berikut:-
OKAD Event Space
No. 2A, Persiaran B,
Seksyen U8, Bukit Jelutong,
40150 Shah Alam, Selangor
Baru-baru ini saya telah melihat sendiri ruang acara OKAD Event Space bersempena dengan majlis perkahwinan yang berlangsung di sini. Lebih menarik acara yang berkonsepkan 'fairy tale' ini benar-benar cantik dan menarik.
Melangkah masuk ke dalam dewan yang serba cantik, dengan tatarias mewah yang begitu menarik sememangnya menjadikan mata tidak jemu memandang. Apatah lagi dengan sinaran pengcahayaan yang begitu kena dengan konsep dekorasi yang diinginkan.
Tahniah kepada pasangan mempelai Mukhlis dan Suzaeka yang sama cantik sama padan. Memang meriah majlis yang dirancangkan. Dengan kehadiran keluarga serta teman-teman menjadikan majlis yang berlangsung pasti meninggalkan 1001 kenangan yang tidak dilupakan.
DEKORASI DEWAN MENGIKUT PILIHAN PELANGGAN
Di OKAD Event Space, pelanggan berpeluang memilih jenis tema yang mereka idamkan. Samada konsep seperti di dalam taman, tradisi melayu dan sebagainya, pihak OKAD sedia realisasikan. Begitu juga sekiranya hendak diadakan bengkel, seminar dan sebagainya, OKAD Event Space sedia untuk menerima tempahan.
Saya berasa begitu teruja melihat pada kemeriahan bunga-bunga, rama-rama dan pelbagai lagi yang disusun indah di dalam dewan. Sangat cantik dipadankan dengan warna utama seperti langsir, alas meja, alas kerusi kombinasi warna perak berkilat (silver) dan juga putih.
Untuk susunan meja adalah bergantung kepada bilangan tetamu yang dijemput. Seperti majlis ini terdapat dua jenis susunan untuk tetamu iaitu maja bulat dan juga meja panjang. Dan dianggarkan boleh memuatkan sehingga 500 tetamu dalam satu-satu masa.
Memang sangat teliti dalam setiap susunan meja serta dekorasi yang dipertaruhkan. Sangat kreatif!
Di dewan juga ada ruang khas untuk pelamin yang boleh digunakan samada untuk majlis persandingan mahupun pertunangan.
Saya boleh katakan dekorasi yang dipersembahkan antara yang menjadi trend majlis perkahwinan sekarang. Di mana elemen bunga dan sentuhan tata gaya Inggeris sememangnya menjadi kegemaran.
Meja makan beradab dihiasi seperti candle light dinner. Dan semua susunan meja ini adalah bergantung kepada kehendak dan kesesuaian majlis pelanggan.
Samada majlis pada waktu malam mahupun siang. Boleh dilaksanan di Okad Event Space ini yerp!
PAKEJ JAMUAN YANG CUKUP BERBALOI
Saya juga telah mencuba sendiri hidangan buffet yang disediakan. Seperti biasa pilihan menu adalah bergantung kepada pakej yang dipilih oleh pelanggan. Dan untuk katering kali ini disediakan oleh pihak
Zai Seri Gemilang
Antara pakej yang ditawarkan adalah:-
BRONZE WEDDING PACKAGERM21,900 - 500 pax
RM26,900 - 1000 pax
PAKEJ (A)
Bilik berhawa dingin
Bilik persiapan pengantin
4 VIP dome
12 orang krew beruniform
Dekorasi dewan
Dekorasi meja beradab
Dekorasi meja buffet
PA sistem
Ruangan parkir
Servis RELA
Koordinator perkahwinan
Katering 2 nasi, 4 lauk, 2 air dan 2 buah
PERCUMA
Photographer
Make-up artist
2-tiers wedding cake
Teh, kopi 'o'& 2 jenis kuih
****
SILVER WEDDING PACKAGE
RM23,900 - 500 pax
RM28,900 - 1000 pax
PAKEJ (B)
PAKEJ (A) + Tambahan pakej
Katering 2 nasi, 6 lauk, 2 air dan 2 buah
Penginapan 2H1M di Hotel Concorde Shah Alam
PERCUMA
Photographer
Make-up artist
Wedding card
3-tiers wedding cake
Teh, kopi 'o'& 4 jenis kuih
****
GOLD WEDDING PACKAGE
RM24,900 - 500 pax
RM29,900 - 1000 pax
PAKEJ (B) + Tambahan pakej
Katering 2 nasi, 7 lauk, 2 air dan 2 buah
PERCUMA
Photographer
Make-up artist
Wedding card
3-tiers wedding cake
Teh, kopi 'o'& 4 jenis kuih
*Promosi ini adalah sehingga March 2020
Serius! semua sedap-sedap. Dari lauk pauk hidangan utama, sehinggalah kepada pencuci mulut semuanya benar-benar membuka selera.
ANTARA FASILITI LAIN YANG DISEDIAKANPihak Okad Event Space juga menyediakan pelbagai jenis fasiliti/kemudahan bagi memberikan keselesaan tetamu yang hadir ke majlis yang dianjurkan.
Memandangkan sekarang hangat dengan kes COVID 19, langkah pencegahan seperti hand sanitizer dan juga wipe tissue juga disediakan di pintu masuk utama dan juga di setiap meja.
Di satu sudut juga disediakan pentas mini sekiranya kita mahukan majlis diserikan dengan persembahan samada kugiran, nasyid dan sebagainya.
Turut disediakan bilik khas untuk bakal mempelai khasnya untuk bersiap-siap sebelum majlis berlangsung. Bilik yang dinamakan sebagai 'Bidadari' ini agak luas juga.
Ianya boleh menempatkan ruang menunggu pengantin untuk bersiap. Terutama buat keluarga atau gadis pengiring yang turut bersiap sedia bagi mengiringi pengantin masuk ke dalam dewan.
Di satu sudut, kelihatan beberapa busana pakaian pengantin yang ditawarkan untuk disewakan.
Terdapat juga bilik khas buat pengantin untuk mereka bersiap seperti mekap dan berdandan.
Saya memang suka dengan photo booth yang disediakan. Bukan sahaja cantik, bahkan keluasannya sangat praktikal untuk mereka yang ingin bergambar ramai sebagai kenangan.
Turut disediakan adalah tandas buat lelaki dan perempuan serta surau (di tingkat 1) untuk kegunaan tetamu. Begitu juga dengan parkir memang banyak disediakan.
Antara vendor yang berkerjasama menjayakan majlis di OKAD Event Place seperti:-
Deco & Planner by Myj by Nabies -
@myj_by_nabiesDress by Myj By Nabies -
@myj_by_nabiesMake-up by Nurul Shukor @nurulshukor_official
@queenxenddra_Card Printing by GoodMAN PRINTING
@th3goodmanVideo & Photography by
@kuppifilmKatering oleh
@zai.srigemilangSelawat pengantin oleh
@mh.hanafiband oleh
@lerumbaofficialLighting oleh
@warisan.studiosHall oleh
@okad_event_space
Untuk keterangan lanjut mengenai OKAD Event Space ni, boleh hubungi:-
👉 012-686 4515 (Az)
👉 017-735 0117 (Hamidah)
👉 017-650 3436 (Majidah)
Emel
okad.my@gmail.comFacebook :
okadeventspaceInstagram :
okad_event_spaceMeraikan hari bahagia raja sehari,Di OKAD yang cantik dekorasi,Mengikut tema yang di ingini,Sebagai lambang cinta sejati❤
#okad #dewankahwin #bukitjelutong #akadnikah #jomkahwin #kahwinlahexpo #weddingdecor #weddingdress #weddingdaykl #pelaminkl #weddingmakeup #weddingkualalumpur #okadeventspace #eventspacemalaysia #shahalam #pakejperkahwinan #openday #weddfest #wedding #weddingphotography #eventplannerkl #weddingideas #malaywedding #kualalumpurwedding #catererkl #weddingday #pelamindewan #eventvenuekl #pakejperkahwinan2020 #berendoi #pakejaqiqah #istanashahalam #pelaminaqiqah #aqiqahshahalam #kerabatselangor #dewankualalumpur #pakejnikah #hitea #hiteabuffet #corporateevents #occasion #emcee #pakejkatering #weddinginspiration #eventvenue #eventvenuemalaysia #aqiqah #cukurjambul #selangorroyale #katering #pelaminbuaian #aqiqahkl #dewanshahalam #bertunang #pakejtunang #hiteatime #dinner #corporate #liveband #eventspaces![]()