Fenomena KDrama Start Up - Saya sebenarnya dah lama tak marathon drama Korea. Kesnya malas nak ketagih sangat untuk berada di depan TV dan marathon menonton tanpa henti. Tapi kebetulan masa start PKP fasa yang kedua, berikutan ked Covid semakin meningkat. Rasa macam stress hari-hari buat benda yang sama. Nak jalan keluar tak boleh, kena masak, makan, kemas rumah dan rutinnya tetap sama. So nak hilang bosan layanlah cerita kat Netflix.
Gambar dari Google
Bukak Netflix, tengok drama Start Up ranking no. 1 (trending masa tu). Tanya dengan Yana (sebab dia memang jenis tahu hampir semua pelakon Korea), apa bestnya cerita ni ehhh. Tengok muka pelakon tu kenal Suzy jer (btw, dulu aku bukan jenis minat sangat dengan lakonan Suzy Bae ni hahaha). Kalau tanya feveret tentulah Park Shin Hye. Bagi watak apapun best dia berlakon. So Yana kata sebab ada Nam Joo-Hyuk. Wat teee hekk..Lagi aku tak kenal hahaha.
Gambar dari Google
Tapi serius yang buat aku terus tengok citer ni sebab episod 1 dia sedih nak mateyyyyyy. Camana bonding ayah Dalmi ni dengan anak dia, bagaimana cita-cita seorang ayah yang nak beri keselesaan pada keluarga. Dan juga watak Ji Pyeong masa remaja yang keadaannya anak yatim dan bertemu dengan nenek Dalmi iaitu Hae Sook. Banyak giler scene yang menyayat hati untuk episod pertama. Aku menangis teruk time ni, hahaha.
Gambar dari Google
Then episod 2 dan seterusnya barulah watak Dal Mi (Suzy), In Jae (Kang Han-na), Ji Pyeong (Kim Seon Ho) dan Do-San (Nam Joo-Hyuk) ini bermula. Kalau ikut Start Up ini mengisahkan tentang cita-cita anak muda yang mengejar cita-cita. Bagaimana kompleks dan cabaran yang diaorang kena hadapi untuk capai impian diaorang - "Follow Your Dreams".
Gambar dari Google
Tapi dalam kisah ini juga ada melibatkan macam cinta 3 segi antara Dal Mi , Do San dan Ji Pyeong. Di mana masa zaman Ji Pyeong ni remaja Hae Seok (nenek Dal Mi) minta tolong untuk jadi pen-pal Dal Mi. Sebab masa tu Dal Mi down teruk, ibubapa dia berpisah dan dia terpaksa berjauhan dengan kakak dia In Jae (yang mana itu jerlah kawan dia). Jadi diaorang sering berutus surat tapi yang menjadi masalahnya Ji Pyeong tak guna nama dia, dia guna nama Nam Do-San (kebetulan dia nampak nama tu muncul dekat suratkhabar meraikan pelajar pintar Do-San). Ji Pyeong kemudiannya berpindah Seoul dan menjadi orang yang berjaya.
Keadaan berubah bila dah zaman dewasa Dal Mi jumpa dengan kakak di In Jae (telah berjaya menjadi usahawan atas pertolongan bapa tiri yang kaya). Macam Dal Mi tercabarlah bila In Jae macam memperkecilkan kehidupan dia dengan mengaitkan kesilapan Dal Mi memilih untuk tinggal bersama ayah dowang.
So Dal Mi marah dan nak bangkitlah as nak buktikan dia boleh berjaya macam kakak dia satu hari nanti. Masa inilah insidennya kakak dia petik nama Do San dan Dal Mi tak nak kalah tentang kehidupan hebat dia konon 'happy' bersama Do San. Ikutkan diaorang tak pernah jumpa pun, hahaha. Dal Mi mencarilah Do San sebab nak kena bagi muka dekat kakak dia untuk satu acara anjuran kakak dia sendiri. Kebetulan mak dia pun ada kat situ. Ji Pyeong yang tahu tentang tu pun berebut-rebut sama mencari Do San sebenar sebab nak suruh mamat ni pretend dialah Do San kawan yang menulis surat dengan Dal Mi.
Gambar dari Google
Do San ni pakar matematik (genius) tapi kehidupan dia agak sedih. Sebab dia pandai, usia dalam sekolah rendah dapat belajar di sekolah menengah. Ini menyebabkan rakan kelas macam tak selesa dengan dia. Bila dah dewasa Do San pun pilih hidup dengan buka syarikat sendiri dengan dua rakan baik dia dari universiti Chul-San dan Yong-San dan gelarkan diri diaorang as SamSan Tech. Dua kawan baik Do San memang kelakar dan sangat supportive.
Gambar dari Google
Ok. Panjang sebenarnya cerita ni, hahaha. Dipendekkan cerita diaorang dapat masuk Sand Box dan tubuhkan syarikat. Masa kat sini macam-macam perkara berlaku. Tapi memang Dal Mi sentiasa akan dapat support dari Do San dan Ji Pyeong. Cuma aku perasan Ji Pyeong selalu terlambat sikit dari Do San dalam keadaan Dal Mi perlukan somebody (nampak tak permainan penulis skrip dan pengarah, hahaha)
Gambar dari Google
Dalam tempoh siaran Start Up ini, macam ada dua team berperang mulut di sosial media sebenarnya . Iaitu #teamDoSan dan #teamjipyeong a.k.a #teamgoodboy. Sebab cerita ini dua main lead sama kuat wataknya. Memang kita akan simpati kat dua-dua. Tapi netizen kebanyakannya lebih simpati dengan Ji Pyeong. Mungkin sebab nasib dia sebagai anak yatim dan hidupnya sentiasa macam mengalah jer dari dulu. Apa yang aku nampak Ji Pyeong ni memang akan kalah dengan orang yang memberinya kebaikan. Walaupun dia macam arrogant sikit (hanat kekadang) tapi sebenarnya hati dia sangat baik.
Gambar dari Facebook
Banding dengan Do San dia lebih lembut dan caring. Memang nampak apa yang dia buat memang untuk orang tersayang. Sedih masa dia nangis sebab macam dia rasa dia tak pernah buat perkara yang membanggakan mak ayah dia.
#TeamJiPyeong Menjadi Kegemaran
Rata-rata memang suka dengan Ji Pyeong. Kiranya cinta pertama Dal Mi menerusi surat pen-pal. Lelaki yang banyak berkorban sebenarnya (kalau kita perhatikan betul2), sayang betul dengan nenek Hae Sook dan orang yang sentiasa menjadi penasihat pada Dal Mi dalam menguruskan syarikat.
Gambar dari Google
Dan ramai yang simpati dengan Ji Pyeong sebab nasib dia macam malang dari kecil, anak yatim, bersendiri, tak ada kasih sayang famili dan banyak lagi. Jadi bila tiba-tiba Do San ni wujud di hadapan Dal mi dan cerita lebih memihak kepada #DoDal, peminat Ji Pyeong memang marah teruk, hahaha (termasuklah Mira Filzah, haha). Btw disebabkan isu ini, rating 2 episod last Start Up jatuh sedikit (ada yang boikot tak nak tengok, hahaha).
Gambar dari Google
Tapi kalau kita tengok sampai habis. Memanglah macam tak fair Ji Pyeong dia tak settle down dengan mana-mana perempuan. Tapi dia memilih untuk beri peluang dekat Do San. Garapan episod agak kemas juga sebabnya akhirnya Do San, Dal Mi, Ji Pyeong dan In Jae jadi macam satu pasukan didalam syarikat. Still rasanya ending yang sangat cantik. Walaupun, ramai yang predict Ji Pyeong akan pergi tempat lain tapi sebenarnya tidak. Terima kasih pada nenek dal Mi jugaklah, dalam hal ini.
Kim Seon Ho yang membawakan watak Ji Pyeong ni sebenarnya memang dah mencuri hati peminat rancangan realiti 2 Days 1 Night. Popular sebab sikapnya yang memang baik dan gentleman. Rancangan realitikan kita boleh tengok pesona keperibadian seseorang itu lebih dekat dan 'real'. Itupun antara sebab kenapa ramai yang beria nak jadi #teamjipyeong
Sentiasa Sokong #TeamDosan
Aku pun tak tahu kenapa aku rooting Do San dalam cerita ini. Bagi aku walaupun Do San ada famili dan kawan-kawan yang ada dengan beliau susah dan senang. Tapi Do San memang naif sebenarnya. Dia jenis macam takut-takut, masa awal-awal jenis kurang keyakinan. Selalu rasa rendah diri. Tapi bila dia jumpa Dal Mi, keadaan dia berubah. Sebab dia nak jadi lelaki yang Dal Mi boleh bergantung (stand for). Aku suka perangai Do San ni juga, jenis bersungguh nak jadi yang terbaik.
Gambar dari Google
Banyak sebenarnya scene Do San yang sedih-sedih. Cuma nampak satu jer dia tak nak give up untuk Dal Mi. So bila orang kata sepatutnya Ji Pyeong tu yang ending dengan Dal Mi aku macam tak berapa setuju sangat. Sebabnya Ji Pyeong banyak peluang kot dari awal lagi. Boleh berterus terang masa mula-mula mencari Do San, hatta masa Do San dan Dal Mi break-up 3 tahun, boleh jer mamat ni confessed. Tapi nak confessed jugak masa Dol San balik Korea for good. Iskhhh.
Fenomena DoDal
Keserasian dua watak utama Suzy dengan Nam Joo-Hyuk membuatkan ramai yang rooting juga untuk pasangan skrin ini. Kebetulan mereka dalam pengurusan yang sama Soop Management. Keduanya juga duta untuk Dior. Sama cantik sama padan kekdahnya. Bayangkan Bos Soop ni pun claim the best chemistry partner. Mungkin sebab Suzy ni memang jenis easy going, senang nak bekerja dengan dia. Ikut respon ramai yang claim macam tu. Berbanding dengan Nam Joo-Hyuk ni agak pendiam dan macam serius sikit. Tapi kalau tengok content melibatkan #DoDal, nampak diaorang cam selesa bersama.
Gambar dari Google
Tapi cam kelakar lah pulak bila peminat dowang ni suruh jadi real couple pulek. Apo?? Berlakon sama, serasi jer nak suruh couple. Hahahaha.
Pandangan Peribadi tentang KDrama Start Up
Drama ni bagi aku best sebab dia banyak isi moral yang kita boleh balajar. Kisah cinta tu tolak tepilah dulu. Pasal keluarga terutamanya. Macam mana marah kita pada darah daging sendiri, pertalian tetap tidak putus.
Ianya juga mengajar kita jangan pernah ada rasa putus asa dalam hidup. Walaupun kita tahu ada risiko tapi kita kena cuba berani amik risiko (risk taker). Perlu juga berdikari pada masa yang sama. Dan saya suka dengan cara Dal Mi berbincang dengan pasukannya yang lebih kepada 'kerja bersama-sama' bukannya "kau kerja bawah aku".
Gambar dari Google
Dan kalau tengok drama ni, memang kita takkan nampak hero dan heroin ni jatuh cinta disebabkan oleh rupa paras (walaupun hakikatnya dowang ni memang cantik/hensem). Tapi lebih kepada mereka suka sebab 'diri orang itu sendiri'. Sangat cool sebenarnya. Kalau tengok dalam cerita ini memang Dal Mi macam agak sempoi dan clumsy, Do San pun macam ala-ala selekeh busuk hahahaha (ni yang aku nampak budak engineering kat universiti- Dedet lah masa tu hahahah). Tapi aku takleh blah Do San ni suka mengait (knitting)... Apoooo..lelaki mengait, tak macho langsung hahahaha..
Oh ya! Penulis skrip ni (penulis skrip untuk KDrama While You Sleeping) dah memang sediakan naskhah ni 2 tahun lepas lagi. Dan memang dia nak Suzy pegang watak Dal Mi. Kebetulan 2019, Suzy terikat dengan Vagabond jadi habis KDrama tu baru dia setuju nak mainkan watak Dal Mi. Sama juga dengan Nam Joo-Hyuk, memang pengarah (Pengarah drama Hotel De Luna) dan penulis skrip nak beliau yang bawa watak Do San.
Walaupun rating hebat tapi still tak boleh compete dengan drama Korea yang pernah popular di kaca TV macam "World of Married" dan pelbagai lagi. Tapi bagi saya sendiri untuk KDrama tahun 2020, Start Up ini antara yang best. Cerita lain daripada yang lain,'fresh'dan rasanya dari episod awal sampai episod 16 (akhir) sangat kemas jalan ceritanya. Walaubagaimanapun ini semua adalah pandangan peribadi sendiri, hakikatnya kalau baca komen cerita ini memang ada kelompok haters yang tersendiri. Tapi kalau dapat perhatian haters dan lovers agak berjaya jugaklah kan, hahahah.
Hokeh. Move on ke drama lain pulak.
Signing off from Start Up.
Forever #teamDoSan kof kof