Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all 2967 articles
Browse latest View live

GUARDIAN BANTU PELANGGAN DAN GOLONGAN RENTAN UNTUK KEKAL SELAMAT SEPANJANG PANDEMIK COVID-19

$
0
0
Pandemik Covid-19 telah mengubah cara hidup kita dan mengancam beberapa golongan terutamanya golongan rentan dan yang memerlukan. Menyedari hakikat bahawa kita perlu menjaga diri kita (#KitaJagaKita) dan sebagai warga korporat yang prihatin dan bertanggungjawab secara sosial, Guardian Malaysia telah memulakan satu kempen amal untuk melengkapkan golongan yang memerlukan dan pelanggan-pelanggan setianya dengan cecair pembasmi kuman satu kemestian agar
kebersihan diri mereka dapat dikekalkan untuk kekal selamat.

Anna Ng, Pengarah Pemasaran Runcit, Guardian Health And Beauty, Malaysia dan Singapura
berkata:
Kami menyedari betapa penting dan perlunya untuk memastikan tangan kekal bersih dalam usaha membasmi penyebaran Covid-19. Selain daripada pelanggan-pelanggan setia kami, tiada golongan yang lebih rentan daripada golongan yang kurang bernasib baik dan yang memerlukan, seperti warga emas dan kanak-kanak di rumah-rumah kebajikan. Kempen ini merupakan satu cara untuk membantu memastikan kedua-dua golongan tersebut dan para pelanggan kami memiliki cecair pembasmi kuman yang efektif untuk mencuci tangan mereka dan mengekalkan kebersihan.
Dikenali sebagai kempen ‘Guardian Healthy Beauty from the Heart’, kami akan mengagihkan 15,000 botol cecair pembasmi kuman tersebut kepada para pelanggan dan 14 buah rumah dan organisasi kebajikan di seluruh Malaysia serta akan menggalakkan pelanggan untuk turut terlibat dalam usaha amal ini.

Untuk permulaan, Guardian Malaysia akan mengagihkan kira-kira 3,000 botol cecair pembasmi
kuman ke beberapa organisasi amal terpilih bermula awal bulan Disember.


Bermula 16 Disember, kami akan memulakan inisiatif ini di stor-stor kami dimana pelanggan
yang berbelanja sebanyak RM40 dan ke atas dalam satu resit bakal menerima satu botol cecair
pembasmi kuman percuma.

Mereka mempunyai pilihan untuk mendermakan botol cecair pembasmi kuman tersebut ke rumah atau organisasi kebajikan terpilih dalam negeri masing-masing dimana stor Guardian berada.

Apa yang perlu dilakukan adalah untuk mengimbas kod QR pada poster kempen yang dipaparkan di stor tersebut dan menyerahkan botol itu semula kepada kakitangan kami yang kemudiannya akan mengumpulkan botol-botol tersebut untuk diedarkan ke organisasi amal yang telah dikenal pasti di negeri mereka. Kami telah memperuntukkan 12,000 botol cecair pembasmi kuman bagi tujuan ini.
 jelas Anna.


Kempen dalam stor akan berlangsung selama seminggu bermula 16 Disember sehingga 20 Disember 2020 atau sehingga kehabisan stok.

Kami amat menggalakkan para pelanggan yang datang ke stor untuk turut serta dalam
menjayakan usaha amal ini kerana inilah masanya untuk kita saling menjaga antara satu sama lain 
tambah Anna.
14 rumah dan organisasi kebajikan yang telah dikenal pasti untuk menerima cecair pembasmi kuman adalah:



Johor
Calvary Victory Centre,
Bangunan PKK 3, Education Hub Persisiran Sutera Danga 1,
Sutera Utama,
81300 Skudai, Johor

Kedah
Pusat Jagaan Orang Tua dan OKU D’Zenith Homes,
372, Jalan Tiong, off Jalan Badlishah,
08000 Sungai Petani Kedah.

Kelantan
Rumah Kebajikan Anak Yatim dan Dhuafa (Lilbanat) Siti Aminah,
Kg. Baru Luar, Pasir Pekan,
16250 Tumpat, Kelantan.

Melaka
Rumah Anak Yatim Miskin (PAYASUM),
KM 18, Paya Rumput Jaya,
76300 Sungai Udang, Melaka.

Negeri Sembilan
Persatuan Kebajikan Vinashini,
10M, Batu 4 ½, Jalan Kuala Sawah, Mambau,
70300 Seremban, Negeri Sembilan.

Pahang
Rumah Puteri Anak Yatim & Fakir Miskin Baitul Husna,
Lot 132, Kampung Pelindung Beserah,
26100 Kuantan Pahang.



Perak
Pusat Jagaan Anak Anak Yatim dan Miskin Nurul Iman
Plot 359, Lorong Dato, Off, Jalan Dato Manjoi,
30020 Ipoh, Perak.

Perlis
Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Perlis,
Kompleks Penyayang Dr Siti Hasmah, Jejawi Dalam
02600 Arau, Perlis.

Penang
Silver Jubilee Home For The Aged,
Jalan Sungai Dua,
11700 Pulau Pinang.

Sabah
Bukit Harapan,
Jalan Tuaran Bypass, Menggatal,
88450 Kota Kinabalu, Sabah.

Sarawak
The Salvation Army Children's Home,
138 Jalan Uplands,
93200 Kuching, Sarawak.

Selangor
SHELTER Home for Children,
No. 9, 1st floor, Jalan Barat,
46200 Petaling Jaya, Selangor.

Terengganu
Pusat Jagaan Rumah Kebajikan Anak-anak Yatim Al-Hijrah,
Lot 4972, Taman Alam, Perdana Binjai,
24000 Kemaman, Terengganu.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Pusat Jagaan Kanak-kanak WP,
No.9 Jln 9/39, Taman Petaling,
52100 Kepong K.L.


Lebih Mudah dan Praktikal Berbelanja Dengan Platform Digital 1 Mont Kiara ( my1MK)

$
0
0
1 Mont Kiara merupakan pusat membeli-belah yang cukup dikenali terutama mereka yang tinggal di kawasan Mont Kiara dan berdekatan dengannya. Lokasinya di kawasan kejiranan pastinya memberi kemudahan penduduk setempat untuk mendapatkan perkhidmatan dan servis yang mereka inginkan daripada outlet-outlet yang terdapat di 1 Mont Kiara.

Bagi meningkatkan taraf kualiti perkhidmatannya, 1 Mont Kiara telah memperkenalkan platform penghantaran iaitu my1MK.

Pembeli kini boleh mendapatkan barangan yang mereka mahu dan perlukan menerusi laman web 1 Mont Kiara iaitu www.1mk.com.my. Pelbagai barangan ditawarkan daripada outlet yang terdapat di 1 Mont Kiara. Dengan plantform digital my1MK memberi fleksibiliti dan kemudahan kepada pembeli dalam melayari dan membuat pembelian dalam talian. Semuanya di hujung jari.

Contohnya pembeli boleh mendapatkan pastri kegemaran daripada PastryVille. Ataupun membuat tempahan urutan dari Urban Retreat Spa. Selain  itu menerusi my1MK juga memberi peluang pembeli samada mahu mengambil barangan tersebut sendiri taupun melalui servis penghantaran yang ditawarkan.pembeli boleh memilih untuk pulang penghantaran atau pengambilan sendiri semasa membuat pembelian. Apatah di musim pandemik ini, tidak ramai orang mahu berada kerap di luar rumah jadi pilihan yang ditawarkan oleh myIMK merupakan antara solusi pilihan terbaik.

Menurut Nor Amirah Firdaus, Eksekutif Pengiklanan & Promosi di 1 Mont Kiara, wabak Covid-19 memerlukan peruncit memenuhi keperluan dan permintaan dari pelanggan.
Hence, we are capturing the opportunity to help tenants boost sales while making shopping safe, convenient, and pleasurable.
Unlike other delivery services, my1MK offers local deliveries beyond food, so shoppers can still purchase their favourite goods from the mall from the comfort of their home

Sehingga hari ini (ketika penulisan dibuat), terdapat lebih 30 outlet yang turut serta menawarkan pelbagai pilihan barang keperluan serta perkhidmatan melalui my1MK. Antaranya seperti:-

  • A&W, DJ Kitchen
  • Buldojang
  • Kodawari Menya
  • NY Burger Co.
  • Apros Eyecare,
  • Chon Dak
  • Kind Kones
  • Mercat Barcelona Gastrobar
  • Salad Atelier
  • O’ Coffee Club
  • Setagaya Ramen
  • ProEyes Studio
  • Ying Ker Lou
  • The Barn
  • Sukiya
  • Urban Retreat Spa
  • Union Artisan Coffee
  • Bom Bom Print and Party Shop
  • Chubit’s Village Cafe
  • PastryVille
  • Village Grocer
  • Daruma Syokudo
  • AM Skin
  • Factories
  • Reviderm Skinmedics
  • Fly Flot
  • D’ Natural Hair and Beauty House
  • Golden File Nail Salon & Spa
  • Young Explorer 
  • Woman Z World.

Terdapat juga promosi bersempena pelancaran platform digital myIMK, iaitu:-
  • Potongan sebanyak RM5 bagi setiap pesanan di my1MK dengan memasukkan kod my1MK5off (Sah untuk 50 pelanggan pertama dengan pembelian melebihi RM25 sahaja).
  • Tawaran promosi khas sehingga 31 Disember 2020 daripada outler tertentu.

Cara pembelian melalui myIMK :-
  1. Layari laman web www.1mk.com.my
  2. Klik di Order Now di bahagian Bestsellers atau klik pada logo outlet 
  3. Pilih item dan kuantiti yang dikehendaki (pilih add-ons, jika perlu), seterusnya klik Add to Order.
  4. Semak pembelian di shopping cart (boleh klik pada ikon shopping cart). Pilih tarikh dan masa penghantaran. Masukkan juga butiran maklumat diri.
  5. Tandakan ✅di ruangan kotak ‘I understand and I’m ready to submit my order’ dan klik'Submit Order'.
  6. Jelaskan pembayaran. Pembeli akan mendapat notis penerimaan pembayaran melalui Whatsapp. Barang akan dihantar terus ke pembeli.

Antara outlet di 1 Mont Kiara yang boleh korang terjah untuk rasai hidangan dan perkhidmatan yang ditawarkan adalah seperti di bawah :-)

Chon Dak
Restoran Korea yang diperkenalkan pada Mei 2019. Apa yang menarik tentang restoran ini adalah hidangan autentik Ayam Goreng Korea. Saya telah cuba ayam goreng original dan pedas. Memang sedap giler. Garing dan ranggup. Selain itu terdapat juga ayam goreng perisa madu dan soy garlic.

Saya juga ada mencuba ramen. kimbap dan nasi goreng kimchi

Terletak di LG-08 (level LG)
Dibuka setiap hari 10 pagi - 10 malam

PastryVille
Kalau korang nak mencari pastri dan roti yang sedap memang wajib singgah di sini. Apa yang menarik resepi dan penyediaan hidangan adalah  inspirasi citarasa orang perancis. Semua pastri dan roti dibuat dan dibakar secara 'fresh'

Ada lebih kurang 50 hidangan roti dan pastri yang boleh korang cuba di PastryVille.

Feveret saya tentulah brownies bersama ais krim :-)

Hot chocolate yang marvelous!

Americano Coffee!

Terletak di L1-25 & L1-25A (Level 1)
Dibuka setiap dari jam 10 pagi sehingga 10 malam.

Kind Kones
Bagi mereka yang vegan atau diet kalori kenalah cuba ais krim di sini, hehe. Tapi sebenarnya sesiapa sahaja pun boleh. Ini kerana ianya diperbuat daripada 100% ramuan segar tanpa pewarna ataupun perisa tambahan.

Harga yang ditawarkan, untuk rasa dan kualiti ais krim premium.

Suka dengan dekorasi di Kind Kones. Disediakan kerusi serta meja khas untuk saiz kanak-kanak dan juga bahan pembacaan santai untuk golongan dewasa dan juga anak kecil. Jadinya kita boleh datang sini sambil lepak-lepas dan menikmati ais krim.

Lokasi di LG-07 (level LG)
Dibuka setiap hari dari jam 10 pagi sehingga 10 malam


Reviderm Skinmedics

Pusat kecantikan yang menawarkan rawatan kecantikan yang menghubungkan antara dunia perubatan dan kosmetik.

Selain servis perkhidmatan, Reviderm juga menawarkan pelabagai rangkaian produk penjagaan muka. 

Lokasi L2-23 (level 2)
www.reviderm.com.my
Dibuka setiap hari dari jam 10 pagi sehingga 10 malam

Am Skins Factories
Menawarkan rawatan 'hair removal' menggunakan teknologi dari Jepun. Selain itu turut ditawarkan rawatan 'face whitening'.

Lokasi di L2-10 (Level 2)
Dibuka setiap hari dari jam 10 pagi sehingga 10 malam.


Keterangan lanjut mengenai myIMK boleh layari :-

Memang Sakit Hati Bila Lagu Sakit Tidak Ke Final AJL

$
0
0
Memang Sakit Hati Bila Lagu Sakit Tidak Ke Final AJL- Wadehek. Hari ni saja nak luahkan, kenapalah lagu SAKIT ni tak layak ke final AJL eh. Lirik best setiap bait-bait memang sangat 'deep' dan melodi memang terbaik. Rasanya ramai yang frust. Dato' Vida, Dato' Hattan antara mereka yang meluahkan tentang lagu-lagu hebat yang tidak sepatutnya terkeluar dari percalonan peringkat final.

Tapi menurut Azmeer berkata (selaku ketua juri), (Sumber Berita Harian Online)

Lagu Sembah dan Sakit bukanlah tidak bagus. Seperti lagu Sakit, saya sukakan lagu itu. Tetapi bagi saya, Sakit lebih kepada lagu yang popular, bukannya lagu untuk pertandingan. Banyak lagi lagu bagus, contohnya Canggung nyanyian Wany Hasrita dan Sebentar nyanyian Dayang Nurfaizah serta lagu duet Ernie Zakri dan Syamel, Takkan Terlerai.

Menurut Azmeer lagi juri perlu memilih 12 lagu dengan meneliti pelbagai kriteria seperti teknikal, lirik, nyanyian, melodi dan sebagainya.

Dan aku rasa ada poin juga masa semi final hari itu memang ada slack sikit, nyanyian YannyBoii tu ada sikit kurang menyengat. Huhuhu. Tapi still sedap juga didengar. 


Lirik Lagu Sakit (Yonnyboii, Zynakal)

Kalau kau rasa tak dihargai
Tutuplah mata peganglah hati
Kalau kau rasa diri kau sunyi
Jangan bersedih aku disini

Walau hidupmu tumpas ku akan beri kerjasama
Bangkit wahai kawan hidup ini tak sempurna
Jangan selalu bersedih ku juga selalu terleka
Kesilapan lama bakal jadi rama-rama

Tapi aku sakit bila ramai keji
Sakit aku bukan sakit dihati
Jadi sakit aku pendam sendiri
Rasa sakit ini tak akan berhenti

Mengerti
Kuterpaksa hadap walau penat lari
Ku terpaksa jatuh bila penat diri
Ku terpaksa hilang walau ramai cari

Aku lupa ingatan
Jadi tolong ingatkan
Saat luar kawalan
Jadi tolonglah pesan

Tolonglah aku kawan
Aku ni manusia
Ku buat kesilapan
Ku manusia biasa

Percayalah
Ku yang berikan tangan
Jika engkau memerlukan
Jadi tolong jangan segan
Kalau kau rasa tak dihargai…

Lagu ini memang popular dikalangan anak-anak muda. Bukan sahaja muziknya yang agak slow dan sentimental tapi bait lagu ini memang makan dalam.

Biasalah acara penganugerahan tidak semua benda yang kita predict akan jadi kenyataan. Kalah dalam mana-mana jua pertandingan adalah lumrah kehidupan. Cuma jangan penat dan berhenti untuk menghasilkan karya-karya yang terbaik. 

Arabian Village Menawarkan Pelbagai Produk Dari Timur Tengah Untuk Masyarakat Malaysia

$
0
0
Arabian Village Menawarkan Pelbagai Produk Dari Timur Tengah Untuk Masyarakat Malaysia- Antara pemakanan harian saya ambil begitu juga ahli keluarga adalah makanan sunnah dari Timur Tengah. Iaitu makanan yang sangat digalakkan didalam agama Islam antara seperti madu, buah kurma, cuka epal dan pelbagai lagi. Makanan sunnah bukan sahaja halal mengikut syariat bahkan ianya juga kaya dengan khasiat. Kini saya telah menemui tempat terbaik untuk mendapatkan produk-produk ini bukan sahaja murah bahkan pilihan yang ditawarkan juga cukup banyak serta bervariasi. Di mana tempatnya? Ahah! Di Arabian Village semestinya. 


Fizikal outlet Arabian Village terletak di Kuala Lumpur Traders Square. Selain kita boleh datang membeli di sini, kita juga boleh dapatkan barangan yang dikehendaki melalui pembelian diatas talian di laman web Arabian Village itu sendiri. Arabian Village telah mula diperkenalkan pada tahun 2019 oleh pengasasnya Dr. Homdi Abo Zeed Ibrahim bagi tujuan untuk mempromosi dan menggalakkan pemakanan sunah di kalangan rakyat Malaysia. Beliau sememangnya mempunyai pengalaman
selama 10 tahun dalam bidang perniagaan dan berpengetahuan luas dalam pemakanan sunah dan produk-produknya.

Arabian Village adalah pengimport utama produk-produk dari Timur Tengah terutamanya Arab Saudi, Syria, Palestine, Tunisia, Turkey dan Dubai. Kebanyakan jenama yang dibawa masuk merupakan jenama yang cukup popular dan mendapat permintaan masyarakat Timur Tengah serta masyarakat Malaysia sendiri. 

Oh ya! Arabian Village juga mempunyai produk di bawah labelnya sendiri. Ke semua produk jenama Arabian Village merupakan produk asas yang terbaik dan perlu ada di setiap rumah. Kualiti memang hebat namun harganya sangat berpatutan dan saya juga perhatikan ada produk yang ditawarkan memang jauh lebih murah dari pasaran. Memang sangat berbaloi.


Produk Arabian Village

Di sini kita boleh dapatkan pelbagai jenis madu (ada lebih 50 jenis kurma disini dari Saudi Arabia iaitu Madinah, Palestin, Tunisian dan UAE). Antaranya kurma Ajwa yang ditawarkan dengan kualiti dan harga ternaik. Di samping itu terdapat juga Madu Sidr dari Yemen yang mempunyai pelbagai khasiat kesihatan selain dari dapat meningkatkan imuniti badan. Untuk pengetahuan semua madu Sidr hanya terdapat di Lembah Hadramaut, Yaman dan dihasilkan daripada sarang-sarang lebah yang menyimpan madu bunga-bunga Sidr.
Lazimnya, lebah daripada satu-satu sarang akan melakukan 37,000 perjalanan untuk menghasilkan setengah kilogram madu. Tetapi, lebah yang menghisap nektar (madu) daripada bunga sidr akan mati selepas hanya tiga kali perjalanan. (sumber: BH)


Arabian Village turut mengeluarkan madu 'kesuburan' yang diformulasikan sendiri. Selain dari dapat meningkatkan kesuburan, madu ini juga sesuai buat wanita yang berusia 40 tahun ke atas yang mahu menyeimbangkan hormon badan. Saya sendiri sudah merasai madu ONLY FOR MARRIED ini memang sedap ada rasa kekacang juga didalamnya. Walaupun katanya sesuai untuk mereka yang sudah berkahwin, namun ianya juga boleh dinikmati kanak-kanak dan semua peringkat umur.


Bagi mereka yang mencari buah kurma dan buahan kering di Arabian Village adalah tempatnya. Di sini ditawarkan pelbagai jenis kurma samada kering mahupun basah yang diimport terus dari negara di Timur Tengah yang terpilih. Seperti yang kita maklum bah kurma sememangnya kaya dengan nutrisi yang baik untuk tubuh kini, bahkan ianya juga mengandungi lebih banyak kalori dan karbohidrat. Selain itu buah kurma juga mengandungi vitamin, mineral dan serat serta antioksidan yang dapat kita hindari dari pelbagai penyakit berbahaya. Itulah kelebihannya biarpun datang dari sebiji kurma. Hebatkan!


Antara kudapan kegemaran saya adalah kacang panggang (roasted nuts). Istimewanya di Arabian Village bukan sahaja ada banyak pilihan kekacang bahkan semuanya dipanggang sendiri. Sedap! Saya mengunyah kacang tidak berhenti semasa berada di kedai ini. Selain ditawarkan kacang panggang terdapat juga kacang yang belum dipanggang khas untuk kita jadikan ramuan dalam masakan.


Arabian Village juga menawarkan Homebaked Bread (adalah lebih 20 jenis) yang dibakar segar setiap 2 jam setiap hari. Rotinya bukan sahaja lembut bahkan tidak ada sebarang bahan pengawet. Saya memang membawa pulang roti dari Arabian Village untuk mencubanya sendiri di rumah. Antara yang menjadi kegemaran tentulah roti arab, garlic bread dan bun lembut.





Mendapatkan manisan Syrian Baklava is a must jika kita ke kedai-kedai yang menawarkan produk dari Timur Tengah. Manisan mewah dari negara Timur Tengah yang diisi dengan kekacang mewah seperti pistachio, walnut, almond dan pelbagai lagi.


Di Arabian Village juga kita boleh dapatkan variasi barangan kelengkapan rumah seperti Bakhoor. Ianya adalah terapi aroma tradisi masyarakat beragama Islam. Bakhoor adalah pewangi rumah yang dibuat dari kayu gaharu, cendana, buah pala kayu agar dan pelbagai bahan lagi. Apabila dibakar ia akan menghasilkan asap yang harum untuk menambah haruman sekitar dalam kawasan rumah, pakaian dan badan. Amalan mewangikan ruang kediaman merupakan salah satu cara untuk menyambut kedatangan tetamu. Salah satu amalan sunnah kerana Rasulullah sendiri suka berbakhoor.


Saya juga ada mendapatkan minyak wangi dari negara Timur Tengah dari Arabian Village. Minyak wangi yang dihasilkan daripada pati formulasi dari bahan-bahan alam semulajadi seperti kayu gaharu, bunga-bungaan dan pelbagai lagi. Paling penting ianya tiada campuran alkohol, mesra solat dan tahan lama. Minyak wangi khas untuk wanita dan lelaki yang dibawa khas dari Dubai dan Saudi Arabia.
 

Jangan lupa untuk dapatkan produk Arabian Village seperti minyak zaitun, cuka epal, pati kurma, pati buah delima dan pelbagai. Ada lebih 25 jenis produk yang korang boleh dapatkan dan cuba. Memang sangat berbaloi dari segi kualiti dan harga yang jauh lebih berbaloi dari pasaran.

Saya juga cukup teruja minyak zaiton yang dibawa khas dari Palestin. Sememangnya sangat bagus untuk kesihatan jantung dan pengawalan kolestrol didalam badan.

Keseronokan dan Kelebihan Membeli Belah di Arabian Village


Secara peribadi saya memang sangat sukakan konsep yang diperkenalkan - Produk Timur Tengah di bawah satu bumbung. Selain daripada pilihan makanan sunnah yang bervariasi dan versatil, saya juga sangat sukakan konsep kedai yang memang sangat mesra pelanggan. Di mana kita boleh bertanya dengan lebih mendalam dan mendapat info yang bermanfaat dari jurujual di sana. Ini kerana mereka sangat berpengetahuan luas mengenai produk dari timur tengah.

Kedai juga sangat bersih dan teratur susunannya. Dengan lebih 3000 produk yang ditawarkan pada harga cukup berpatutan memang benar-benar memberi kepuasan kepada saya dalam mencari barangan yang dikehendaki. 


Bayangkan saya bukan sahaja boleh mendapatkan barangan kering bahkan produk frozen juga ada ditawarkan. Dan pastinya saya tidak akan ragu-ragu dari status HALAL kerana ianya memang diperiksa dan diteliti dengan rapi oleh pihak Arabian Village.

Kita boleh dapatkan ke semua produk yang ditawarkan di Arabian Village samada secara offline mahupun online. Turut disediakan perkhidmatan servis penghantaran bagi kemudahan pelanggan. Oh ya! Berita baik untuk ke semua pembaca blog ayuarjuna.com. Korang boleh dapatkan potongan 10% dengan memasukkan kod AYU10 untuk pembelian dari website ataupun sebutkan  'pembaca dari blog ayuarjuna' jika membuat pembelian di kedai fizikal.

Untuk datang sendiri, bolehlah ke:-

ArabianVillage 
95-G Block E 289 
Kuala Lumpur Traders Square
Jalan Gombak, Kuala Lumpur.

Bersebelahan antara Watsons dan Mr.DIY atau boleh dapatkan di atas talian melalui laman web www.arabianvillage.my Kedai Arabian Village ini dibuka setiap hari bermula dari jam 9.00 pagi sehingga 12 tengah malam.

Jangan lupa untuk masukkan kod AYU10 ataupun sebutkan pembaca blog ayuarjuna apabila datang berbelanja di sini, yerp!

Sememangnya berada di Arabian Village seolah kita berjalan di kedai-kedai di Kota Madinah. Dengan aroma kedai, keramahan pekerja dan suasana kedai yang begitu selesa, bersih dan menenangkan jiwa benar-benar menggamit memori ketika berada di tanah besar arab satu masa dulu.

Mencari yang halal satu kewajipan,
Mengikut yang sunnah menjadi keutamaan.

Cowboy Gombak Cafe | Lokasi Jalan Jalan Cari Makan Yang Unik dan Menarik Yang Patut Korang Terjah!

$
0
0
Cowboy Gombak Cafe | Lokasi Jalan Jalan Cari Makan Yang Unik dan Menarik Yang Patut Korang Terjah!- Sebenarnya ini adalah pertama kali saya ke sini. First impression"WOW". Serius "WOW"! Seumpama melangkah ke kawasan pekan koboi kecil yang dikelilingi kandang kuda, rekabentuk kedai makan yang sangat unik dan menarik serta penampilan pekerja kafe berpakaian ala-ala koboi. Hahaha. so comel tempat ini, serba-serbi saya suka.

Berdekatan dengan UIA, ikut laluan jalan lama. Datang ke sini saya hanya guna google maps. Buat carian Cowboy Gombak Cafe. Dari jalan arah UIA, kafe ini terletak di sebelah kanan. Jadi korang kena alert bila hampir dengan simpang masuk ke kafe, ada papan tanda di situ.


Rekabentuk dan Dekorasi Kafe Ala Pekai Koboi

Susunatur seperti pekan kecil yang ada tempat makan. Korang boleh pilih tempat makan yang sesuai dan selesa mengikut kekosongan serta bilangan ahli yang datang.

Setiap ruang punyai dekorasi yang berlainan. Ada yang sesuai untuk keluarga yang ramai dan ada juga ruang untuk mereka yang datang berdua atau berseorangan.

Ada juga ruang seperti pentas kecil berdekatan dengan tempat makan. Sekiranya korang ada nak buat majlis kecil-kecilan bersama keluarga (majlis penyampaian, bergambar etc) bolehlah membuat permintaan kepada pemilik kafe untuk menggunakan ruang ini.

Di Cowboy Gombak Cafe banyak port yang korang boleh berOOTD. Dengan syarat kena tahu amik angle, hahahaha. Ada kawasan mural gambar kuda dan dunia cowboy bersebelahan dengan kandang kuda. Wajib amik gambar kat sini tau!

Nice kan, hiks.

Seolah berada di padang pasir, kita bergambar berdekatan dengan pokok kaktus yang agak besar di sebelah kafe.


Dunia Kanak-Kanak Bersama Kuda, Kambing, Ayam dan Sebagainya

Bagi mereka yang mempunyai anak yang sedang aktif mengekporasi dunia luar. Saya syorkan  untuk korang bawa anak-anak ke sini. Seperti mini zoo biarpun hanya ada kambing, kuda, ayam dan beberapa haiwan lagi tetapi cukup memberikan kegembiraan pada anak-anak.

Melihat dari dekat kuda samada yang berada didalam mahupun luar kandang. Anak saya juga berkesempatan bagaiman kuda ini dibersihkan, diberikan makanan dan tidak dinafikan ini adalah satu proses pembelajaran terbaik buat mereka.

Oh ya! Anak saya Amani sempat menunggang kuda di situ. Untuk 2 pusingan adalah RM10 sahaja. Jangan risau sepanjang menunggang anak kita akan ditemani dengan staf yang bertugas.

Variasi Makanan Enak dan Versatil Ditawarkan

Gambar depan pintu pun jadikkk!! Btw kami telah memilih untuk menikmati hidangan makanan di sini. Agak luas sesuai dengan ahli keluarga yang ramai.

Ada banyak pilihan makanan dan minuman yang ditawarkan didalam menu. Dari makanan barat, tempatan dan pelbagai lagi. Begitu juga jika korang inginkan menu hidangan berat mahupun ringgan (alas perut) semuanya ada.

Saya juga tertarik dengan variasi minuman yang ditawarkan dari minuman sejuk, smoothies dan juga minuman panas. Kiranya dari seleksi makanan dan minuman memenuhi citarasa seisi keluarga dari kecil sehingga dewasa.

Antara hidangan yang kami cuba pada hari tersebut, antaranya :-

Borritto

Siapa yang suka hidangan sihat dan mengenyangkan. Korang kena cuba Borritto. Ada telur dan juga isi ayam dan didatangkan bersama salad.

Quosidallas Ayam & Daging

Feveret saya :-) Isi daging/ayam yang dimasak ala kebab cuma lebih bersos dan isinya lebih berjus. Susah saya nak explain tapi memang serius sedap. Makan panas-panas memang memberi kepuasan.

Tacos

Ringkas tapi tetap tidak mengecewakan. Terutama dengan percikan rasa sos mexico, hirisan bawang, kobis dan ayam.

Smokey Duck Burger

Salah satu hidangan yang agak popular dari Cowboy Gombak Cafe - daging itik salai! Dinikmati bersama roti burger, sos, bawang, salad dan kentang goreng (side dish).  Memang sangat rekomen dan susah kita nak jumpa Smokey Duck Burger yang sedap selain di Cowboy Gombak Cafe.

Terdapat juga Burger Chicken Grill dan Burger Chicken Chop. Kedua hidangan ini turut nampak menyelerakan :-)

Meltique Steak

Stik yang cukup rasa dari segi perapan dan tekstur dagingnya memang sangat lembut. Didatangkan bersama mushroom sauce, kentang goreng dan salad. Presentation makanan memang cantik dan nampak menarik seiring dengan rasanya memang sedap :-)

Korang juga boleh cuba Lamb Shank dan Tomahawk Steak, serius mengiurkan!

Cowboy special Fried Rice

Setengah orang memang perutnya akan mencari nasi. Jangan risau di Cowboy Gombak Cafe turut menawarkan menu nasi goreng. Ada Garlic Fried Rice, Kapow Fried Rice dan saya sendiri telah mencuba Cowboy Special Fried Rice.

Untuk nasi Cowboy Special Fried Rice didatangkan bersama sotong goreng tepung ranggup dan juga sayur salad berserta buah tomato ceri.

Spaghetti Carbonara

Feveret anak-anak tentulah spaghetti. Spaghetti carbonara memang sentiasa menjadi pujaan. Tapi buat mereka yang gemarkan balognese dan aglio, korang jangan risau tetap ada ditawarkan. Untuk spaghetti carbonara, hirisan daging yang didatangkan sesuai dengan portion spagheti. Sedap dan puas makan.

Dari kanan Pineapple Mango Blizz, Mocha Smoothies dan Honey Lemon Tea

Kami hanya mencuba 3 jenis minuman ini. Namun sebenarnya ada banyak betul pilihan air minuman yang ditawarkan.

Orang kata..
Gendang gendut tali kecapi, 
Kenyang perut senang hati.

Nampak tak muka bahagia lepas makan di Cowboy Gombak Cafe :-)

Pengalaman yang cukup istimewa pastinya saya akan bawa keluarga ke sini lagi. Sambil beraktiviti seperti menunggang kuda, kita boleh chil order makanan dan nikmati dengan rasa gembira. Yihaa!

So, korang jangan lupa untuk terjah. Dibuka setiap hari dari jam 3 petang sampai 10 malam.

Cowboy Gombak Cafe
53100, Selangor
019-732 4100

Visit Singapore With Traveloka

$
0
0
I really love visiting Singapore. It’s a city full of fun, vibrancy, exciting attractions, beautiful beaches, stunning skyscrapers and also offers a variety of culinary experiences, and also known as the Lion City. Singapore is one of the four remaining true city-states in the world and one of the most famous cities in Asia.


The well planned MRT Rail system in Singapore makes it more accessible for the locals as well as for the tourists who visit the city. Singapore also have some undoubtedly stunning street art murals littered all over the city, you just need to know where to look. 


We can walk in the streets late at night without having to worry about being mug because of the tight security in town centers, vehicle check points, and other measures have combined substantially to reduce the level of violence and to ensure safety. As a result, we can go shopping or do any necessary things with less fear. Although we might be safe but we still need to take care of our self and always take precautionary measures.


Traveling in Singapore is definitely a delight and exciting especially for the food hunter, like me. There are various flavor in Singaporean dishes that you must try on your way through this eye catching metropolis. The one that I absolutely recommend is Sup Tulang Merah. This dish can be described as mutton soup that has some bits of meat and the marrow with delicious sweet and spicy gravy. It is also red in color and trust me when I say red I mean RED, red. 


When picking a place to stay, my advise is to look at its location in the map. In fact, it is much better if it’s close to an MRT Station as you will have no problem with transportation and most of the attractions in Singapore can be reach via the MRT. 

There are so many hotels in Singapore that can be choose depending on your budget and location. Normally I will use Traveloka app, to check for the rate and the availability based on the date that I look forward to. (Ahem! To find the best staycation Singapore deals! )

Traveloka is one-stop-shop online travel booking companies with over 100 airline and hotel partners that provide travelers with low airfare and accommodation. It’s very convenient to use and provides great value along with helping your travel booking needs (especially booking hotel). The Traveloka website also has an excellent user interface and its front page allows you to easily search for flights as well as hotels with a few clicks.

TRAVELOKA stands out in the online travel booking space in offering activities through what it calls as the ‘Xperience.” It has a great mobile app that mimics its desktop user experience. You don's need to open many windows on your computer and searching through various websites to book for different activities. With Traveloka website, it can integrates all of your flight, accommodation, and Xperience purchases into one space. With this, you don't have to stress yourself with a bunch of websites to look up. 

In terms of payments TRAVELOKA offers most reliable payment service providers to ensure every transaction is smooth and worry-free. Among the payment partners are VISA, OCBC BANK, UOB etc. Besides, we can also get additional information from other user's feedback via the Traveloka website.



Furthermore, if you are one of the Traveloka's member, you will get to enjoy special hotel discount hotel rates and exciting promotions! How exciting is that?! Not only that, you will also guaranteed a hotel stay. In the event of overbooked rooms or problems with your booking, TRAVELOKA can help you and recommend a similar hotel for you at no additional costs.

All things considered, it may be said that Traveloka is perfectly splendid especially for those who enjoy travelling as it can help you in a lot of things before, during or even after your travelling.



 Upcoming promotions:

  • Universal Studios Singapore - SingapoRediscovers Vouchers S$ 66.00
  • Gardens by the Bay - SingapoRediscovers Vouchers S$ 20.00
  • Singapore Zoo - SingapoRediscovers Vouchers S$ 35.10
  • Jewel Changi Airport Attractions - SingapoRediscovers Vouchers S$ 4.50
No matter where you came from, what language you speak or the colour of your skin – anyone can make Singapore home. It's very simple to book hotels of your choice using TRAVELOKA.


Little Home Jo's Marble Cookware | Perkakasan Memasak Berkualiti Yang Perlu Ada Di Setiap Dapur Rumah

$
0
0
Little Home Jo's Marble Cookware | Perkakasan Memasak Berkualiti Yang Perlu Ada Di Setiap Dapur Rumah  - Kerja memasak memang menjadi mudah dan menyeronokkan apabila kita dapat menggunakan perkakasan dapur yang hebat. Yup! Bukan sahaja hebat diukur dari segi rekabentuk sahaja bahkan lebih dititikberatkan adalah kualiti perkakasan itu sendiri.


Memandangkan saya memasak setiap hari maka saya perlu mencari yang terbaik terutama perkakasan dalam penyediaan hidangan yang sihat untuk keluarga tercinta.  Salah satu jenama yang memang saya rekomen adalah Jo's Marble Cookware. Jenama lokal ini bukan sahaja ditawarkan pada harga berpatutan bahkan kualitinya sama hebat dengan jenama premium di pasaran. 

Untuk Little Home Jo's Marble Cookware 5 set didatangkan dengan barangan berikut:-
  • 1 Frying Wok Pan (diameter 28cm, kedalaman 9.5cm)
  • 1 Frying Pan (diameter 20.4cm, kedalaman 4.5cm)
  • 1 Sauce Pot (diameter 20cm, kedalaman 8.5cm)
  • 2 penutup (cover)

Oh ya! Little Home Jo's Marble Cookware boleh digunakan samada di atas dapur elektrik mahupun dapur gas. 

Terdapat 5 lapisan ketebalan dalam perkakasan Jo's Marble Cookware iaitu :-
  • Lapisan Pertama - non-stick (tidak melekat)
  • Lapisan Kedua - lapisan marble
  • Lapisan Ketiga - lapisan asas (based layer), bahagian aluminium. Ini adalah bagi memastikan makanan yang disediakan sihat
  • Lapisan Keempat - lapisan marble
  • Lapisan Kelima - non-stick (tidak melekat)
Bahan yang digunakan didalam setiap lapisan (coating) adalah daripada bahan mentah asli yang apabila dipanaskan tidak akan menghasilkan toksin yang boleh merbahayakan badan kita. 


Dengan ketebalan di bahagian bawah sekaligus menjadikan makanan tidak mudah hangus, masak sekata, enak dan cepat.  Contohnya jika kita masak air (mendidihkan air), kita akan lihat 'bubble' di bahagian bawah. Ini membuktikan periuk Jo's Marble Cookware ini dapat memasak secara menyeluruh.




Apa yang penting perkakasan memasak Little Home Jo's Marble Cookware ini sememangnya sangat tahan lasak, tahan lama dan berkualiti. Biarpun penggunaan yang kerap dan lasak, perkakasan dapur Jo's Marble tidak mudah rosak.



Bahkan periuk dan kuali Jo's Marble Cookware juga mempunyai lapisan tahan panas (Heat resisting coating) di bahagian tangkai pemegang (handle) dan juga di pemegang atas tudung periuk. Ini memudahkan untuk kita memegang periuk atau kuali Jo's Marble Cookware ketika memasak.



Kerja pembersihan perkakasan dapur Jo's Marble Cookware juga cukup m udah. Hanya bilas dan lap sahaja. Boleh guna span dan jangan sekali-sekali menggunakan berus dawai. Mudah dari segi penjagaan dan tidak perlu banyak masa untuk menyental.


Sesuai untuk semua jenis masakan. Dengan lapisan salutan marble membolehkan kita menyediakan sajian sihat dengan memasak tanpa menggunakan minyak. Sekaligus sajian istimewa yang dihidangkan untuk keluarga kurang kolestrol dan kurang lemak, ini tentunya sesuatu yang sangat hebat.

Sekarang ada promosi untuk Little Home Jo's Marble Cookware (5 set). Harga asal adalah  RM299, manakala untuk harga promosi hanyalah RM249 sahaja. Memang berbaloi :-)

Boleh dapatkan produk ini dari Shopee, 
https://shopee.com.my/Little-Homes-Jo's-Marble-Cookware-5pcs-Set-i.107825686.3557278999 

di FB https://www.facebook.com/little.official.fb mahupun di LAZADA.


Keterangan lanjut boleh layari :-


Little Homes, Where Happiness Begins! 😍


Little Homes Malaysia

Shopee 🔗 https://shopee.com.my/littlehomes.os  


#LittleHomes #JoMarbleNonStickPan #healthycooking #bestcookware #kitchenware #cookware #littlehomeskitchen #jomarble #jomarbleelegant #jomarblecookware #shopfromhome #nonstick #julianaramle #chefwan




Jualan Cuci Gudang HABIB 24th Dec – 27th Dec 2020

$
0
0
Jualan Cuci Gudang HABIB  24th Dec – 27th Dec 2020- Orang kata antara pelaburan terbaik selain daripada melabur dengan saham adalah membeli emas. Samada barangan kemas mahupun gold bar keduanya aset simpanan yang sangat berbaloi. Nah! Berita baik untuk mereka yang meminati koleksi barangan kemas Habib, Pandora, Chantique dan juga jenama jam Ice Watch.



YESZAAAA!! Syarikat Habib Jewels Sdn Bhd telah mengadakan Jualan Cuci Gudang selama 4 hari (dari hari Khamis sehingga Jumaat). Butiran mengenai jualan gudang ini adalah seperti berikut:-

Tarikh: 24th Dec – 27th Dec
Masa: 10am – 10pm
Lokasi: HABIB Ampang Point

Antara promosi menarik yang boleh direbut oleh semua peminat barangan kemas seperti berikut:-
  1. Diskaun sehingga 80% untuk item gemstone dan diamond                      
  2. Barang kemas 916 potongan dari RM10-RM25/g                                                                                                       
  3. Koleksi terpilih emas 916 tanpa upah               
  4.  PERCUMA tote bag untuk pembelian RM 2,000 dan ke atas dalam satu resit.
  5. Jam Ice Watch PERCUMA – Ice Steel untuk pembelian RM 8,000 & ke atas untuk koleksi barangan kemas diamond dan gemstone didalam satu resit.
  6. Edisi Terhad Gold Wafer (Upin Ipin & Zoo Negara). Dengan setiap pembelian Zoo Negara Gold Wafer, sebanyak RM 5 akan didermakan ke Zoo Negara.

Koleksi Upin & Ipin X HABIB

Koleksi Zoo Negara X HABIB





Cantik-cantikkan semuanya. Bagus kalau kita dapat beli satu untuk diri sendiri sebagai simpana dan kenangan peribadi :-)

Kalau tengok barangan kemas HABIB memang rekaan yang diperkenalkan semuanya cantik dan 'up-to-date'. Kualiti dari segi perincian rekabentuk dan motif memang memenuhi permintaan pelanggan mengikut haya dan trend sekarang. Antara yang mendapat perhatian saya seperti barangan kemas HABIB di bawah :-)







Oh ya! Jualan Cuci Gudang HABIB turut menawarakan produk lain di bawah syarikat HABIB seperti Ice Watch, Pandora dan Chantique. Setiap jenama ini juga menawarkan pelbagai tawaran menarik dan harga yang cukup hebat serta berbaloi! Psst..Jam ICE WATCH(selected) katanya ada promosi 70% diskaun. Bestkan!!!

Keterangan lanjut mengenai Jualan Cuci Gudang Habib boleh layari:-

Fernleaf CalciYum Minuman Susu Kultur dan CalciYum Yogurt Membantu Anak Saya Menerokai Dunia Kanak-Kanak Dengan Lebih Sihat dan Ceria

$
0
0
Fernleaf CalciYum Minuman Susu Kultur dan CalciYum Yogurt Membantu Anak Saya Menerokai Dunia Kanak-Kanak Dengan Lebih Sihat dan Ceria- Sebagai ibu memang saya akan pastikan anak saya mendapat makanan yang seimbang dalam dietnya setiap hari. Ini terutama hidangan di waktu sarapan pagi, begitu juga hidangan snek di waktu petang! Tidak dinafikan terlalu banyak jenama dan jenis snek di pasaran, namun sebagai ibu adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memberikan mereka yang terbaik.

Antara snek dan makanan berkhasiat yang perlu ada di rumah saya adalah minuman kultur dan juga yogurt. Apatah lagi kedua makanan/snek sihat ini didatangkan dengan pelbagai perisa yang mampu membuka selera anak-anak. Snek/makanan lazat ini bukan hanya sedap bahkan khasiat nutrisinya juga banyak memberi manfaat. Ini terutama untuk sistem imunisasi badan, kesihatan luar dan dalam serta membantu pertumbuhan pembesaran anak yang sihat dan ceria.

Yup! Saya memang meletakkan keperluan membeli minuman kultur dan yogurt dalam list setiap kali keluar membeli-belah barangan dapur. Satu pelaburan baik untuk kesihatan daripada kita membazir duit membeli makanan tidak sihat seperti jajan.

Kenapa Produk Fernleaf Menjadi Pilihan Saya?


Saya sebenarnya membesar dengan susu jenama ini. Apabila Fernleaf memperkenalkan minuman kultur untuk kanak-kanak, saya bertambah teruja untuk membeli memandangkan saya memang yakin dengan jenama tersohor dari New Zealand ini.

Selain susu tepung Fernleaf itu sendiri, anak saya memang penggemar minuman susu kultur dan yogurt CalciYum. Haruslah sebagai ibu, saya akan menyokong pemakanan yang terbaik untuk anak-anak saya. Apatah lagi dengan keenakan rasa buahan sebenar benar-benar mencuri hati anak itu sendiri.

Paling penting produk CalciYum minuman kultur dan juga yogurt ini mengandungi A Force yang terdiri daripada Vitamin D, Kalsium, Zat Besi dan DR20™ probio.


Minuman Susu Kultur CalciYum Yang Menjadi Kegemaran

Susu  kultur CalciYum mempunyai pelbagai varian yang hebat. Antaranya seperti perisa asli, anggur, epal dan oren. Minuman susu kultur ini memang sesuai dijadikan sebahagian daripada sarapan pagi mahupun ketika menikmati snek di waktu petang.

Dibotolkan dalam pek 110ml (untuk setiap botol) yang jenis on-the-go, memang sangat praktikal untuk dibawa ke mana sahaja. Anak saya memang gemar menikmatinya ketika sejuk-sejuk, ini kerana rasanya lebih menyegarkan :-)


Jika kita lihat pada kebaikan nutrisinya, ada 3 yang utama iaitu:-

  • Probio DR20™- Bahan probiotik yang dipatenkan oleh Fernleaf. Seperti yang kita maklum Probiotik memang menyokong sistem pencernaan agar sentiasa sihat. Yerp! Tak mudah sembelit dan penghadaman menjadi lebih lawas. Selain itu sangat membantu dan menjaga daya tahan badan agar lebih kuat. Jadinya kita akan jarang/mudah jatuh sakit.
  • Kalsium & Vitamin D, kedua nutrisi ini penting untuk mendapatkan pertumbuhan tulang yang kuat.
  • Bakteria Baik! Badan kita memang memerlukan bakteria baik untuk memastikan fungsi usus kita lebih sihat.

Di bahagian pembungkusan memang jelas menyatakan apa yang kita bakal perolehi untuk satu botol hidangan 110ml.

  1. Tenaga 161kJ (38kcal)
  2. Protein 0.8g
  3. Karbohidrat 8.8g
  4. Jumlah Gula - Laktosa 1.0g, sukrosa 6.8g dan Glukosa 0.8g
  5. Lemak 0g
  6. Vitamin D 2.5µg
  7. Kalsium 66mg
  8. Zat Besi 1.2mg

Lapan kebaikan khasiat dari satu botol minuman. Hebatkan!!


Yogurt CalciYum Yang Baik Untuk Penghadaman

Anak saya memang dulu sering ada masalah sembelit. Mungkin juga mereka jenis suka menikmati makanan yang tidak lawas. Ada juga yang kaitkan tentang kekerapan pengambilan makanan bercoklat yang boleh menyebabkan mudah mendapat penyakit sembelit. Jadi sebagai solusinya saya memberikan mereka buah-buahan. Dan kini cara yang paling mudah ialah dengan memberikan anak-anak saya Yogurt CalciYum.


Jika anak korang terlampau sukakan jajan (snek yang mengandungi terlalu banyak perisa dan pewarna), korang kena mula perkenalkan Fernleaf CalciYum Yogurt. Selain daripada rasanya sedap, ada rasa masam-masam manis buahan, yogurt sebenarnya makanan yang boleh mengenyangkan dan berkhasiat. Antara varian yang voleh dicuba adalah seperti Chocoberry, Strawberi Anggur, Strawberi Mangga dan Vanila Anggur.

Sedap dinimati ketika sejuk-sejuk dan untuk satu saiz hidangan Fernleaf CalciYum Yogurt sesuai untuk sekali makan (saiz hidangan 60g). Untuk pengetahuan semua yogurt berkrim ini mengandungi empat nutrien utama termasuklah dua kali kandungan (2x) Kalsium yang semestinya dapat menyokong perkembangan tulang yang kuat dan sihat. 

Terdapat 2 kebaikan nutrisi utama:-

  • Mesti korang tertanya-tanya apa itu "2x Kalsium"??  Untuk pengetahuan semua yogurt ini mempunyai 2x Kalsium berbanding susu krim penuh biasa 100g. Jadinya ianya bagus intuk pertumbuhan tulang dan gigi. Ini terutama kanak-kanak pertumbuhan ini adalah penting bagi memastikan perkembangan pembesaran kanak-kanak.
  • Punyai kultur hidup untuk menyokong sistem pencernaan yang baik. Seperti Fernleaf minuman susu kultur CalciYum ianya juga bagu suntuk penghadaman.


Untuk satu saiz hidangan iaitu 60gram perisa Strawberi Anggur, Strawberi Mangga dan Vanila Anggur mengandungi khasiat tersebut:-

  1. Tenaga 254kJ (60kCal)
  2. Protein 2.3g
  3. Karbohidrat 10.1g
  4. Jumlah Gula  - Laktosa 3.2g, Sukrosa 4.9g
  5. Lemak 1.2g
  6. Fosfolipid 34.2mg
  7. Vitamin A  75µg
  8. Vitamin D 1.3µg
  9. Kalsium 150mg 
  10. Zink 1.5mg

Perisa Chocoberry pula mengandungi:-
  1. Tenaga 244kJ (58kCal)
  2. Protein 2.2g
  3. Karbohidrat 9.7g
  4. Jumlah Gula  - Laktosa 2.9g, Sukrosa 4.9g
  5. Lemak 1.2g
  6. Fosfolipid 34.2mg
  7. Vitamin A  75µg
  8. Vitamin D 1.3µg
  9. Kalsium 150mg 
  10. Zink 1.5mg
Apa sahaja perisa yang dipilih, masing-masing mempunyai kebaikan nutrisinya yang tersendiri.

Terokai Keunikan A-FORCE Di Dalam CalciYum 


Tidak dinafikan dunia bermain adalah dunia kanak-kanak. Mereka akan berlari, melompat, berjalan, melihat, merenung dan pelbagai aktiviti yang memerlukan pergerakan fizikal dan mental. Bagi memastikan anak-anak mampu melakukan semua aktiviti yang mereka suka, kita sebagai ibu haruslah memberi sokongan melalui pengambilan diet makanan seimbang serta terbaik setiap hari.

Hidangan yang berkhasiat seperti minuman susu kulutur CalciYum sangat diperlukan oleh tubuh anak terutama manfaat dari Vitamin D dan DR20™ probio. Ini adalah khusus proses pembesaran tubuh badan yang sihat luar dan dalam. Ianya juga bukan sahaja dapat menyokong pertumbuhan tulang dan gigi bahkan bagus untuk menghubungkan sel-sel didalam minda.



Anak-anak juga mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi (curiousity). Dengan A-Force, anak-anak akan lebih bersedia untuk menerokai perkara baru yang hebat. Contohnya pengenalan terhadap awalan bacaan menerusi ejaan mahupun hanya melihat gambar sebenarnya juga mampu meningkat pengetahuan am mereka. Ini kerana anak-anak sebenarnya lebih cepat memahami apa yang diajar. Walaubagaimanapun ianya juga bergantung kepada kecenderungan samada melalui otak kiri mahupun kanan. Dengan adanya A Force sangat membantu anak-anak ini dalam memproses apa yang mereka fahami menerusi penerokaan pembelajaran.


Yogurt CalciYum mempunyai Phocuslipids™ iaitu ramuan tenusu lipid Fernleaf yang unik. Phocuslipids™ ini dapat membantu menyerlahkan potensi dalam diri anak. Bukan itu sahaja dengan formulasi bersama bakteria baik turut membantu sistem penghadaman anak. Mereka tidak akan mudah sembelit dan proses penghadaman sangat lancar. Membuang air besar tidak lagi menjadi mimpi ngeri buat mereka😅


Anak ceria, sihat, cergas dan pintar! Bukankah ianya membahagiakan hati seorang ibu, winkwink  :-)


Jom Jadi Ibu Yang Kreatif Dengan Menjadikan Hidangan Lebih Menarik

Bagi mengalakkan anak-anak teruja setiap kali menikmati CalciYum saya gemar untuk mempelbagaikan hidangan dengan menambah baik dari segi rasa. Walaupun begitu, saya akan pastikan setiap hidangan yang disediakan masih mengekalkan nutrisi yang sedia ada.

Contohnya untuk yogurt CalciYum, saya akan tambahkan buahan sebenar yang kegemaran anak. Antara menjadi kegemaran anak adalah buah beri dan strawberi. Kadang-kami kami menikmati yogurt bersama empingan jagung (cornflakes). Memang sedap dan mengenyangkan.

Dengan khasiat yang sedia ada bersama tambahan rasa buahan sebenar dapat memberi kegembiraan kepada anak-anak. Ini juga dapat mengelakkan anak saya untuk meminta makanan ringan yang kurang berkhasiat seperti jajan terutama semasa menikmati snek di waktu petang.


Anak membesar sihat dan ceria,
Sememangnya impian semua ibubapa :-)

Dan saya memilih CalciYum Fernleaf sebagai sebahagian menu untuk sarapan pagi dan snek petang khas buat anak-anak tercinta 💓

#FernleafCalciYum  
#ActiveMindActiveBody

Kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP Amalkan Norma Baharu Bantu Anak Orang Asli Kembali ke Sekolah Dengan Selamat

$
0
0
Dengan peningkatan kes COVID-19 di Malaysia dan peralihan pembelajaran dalam talian, kanak-kanak tidak sabar ingin kembali ke sekolah pada tahun 2021. Namun wabak Covid-19 yang telah menjejaskan ekonomi negara terutama dalam kalangan pelajar Orang Asli telah membantutkan rancangan mereka untuk kembali ke sekolah.

TOP, pemenang anugerah Platinum Putra Brand Award 2019 bagi kategori produk keperluan rumah 1 , kini kembali dengan kempen amal ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ dengan matlamat menyediakan kelengkapan kembali ke sekolah bagi 364 orang pelajar Orang Asli di Pahang, Perak dan Johor bagi sesi persekolahan tahun 2021.

Bagi mengurangkan risiko kanak-kanak ini dijangkiti COVID-19, TOP akan menyumbang dua pelitup muka kain guna semula di samping kelengkapan kembali ke sekolah seperti pakaian seragam baharu, kasut, stoking, beg sekolah, set alat tulis, pensil warna dan buku latihan untuk setiap kanak-kanak. Sumbangan ini bertujuan menyuntik semangat kanak-kanak ini untuk hadir ke sekolah dan meringankan beban kewangan ibu bapa mereka serta meyakinkan ibu bapa ini bahawa anak-anak mereka dilindungi daripada pandemik.


Selama lima tahun ia berlangsung, kempen ini telah membantu kira-kira 2,500 orang kanak-kanak berumur antara 7 ke 17 tahun dari 79 komuniti yang memerlukan termasuk Orang Asli, NGO anak yatim dan anak dari keluarga ibu bapa tunggal.



Dengan kerjasama JAKOA, TOP telah menyenarai pendek sekolah yang dihadiri sepenuhnya oleh pelajar Orang Asli dari komuniti yang paling terjejas mata pencarian mereka akibat pandemik, di samping meraikan kepelbagaian, pencapaian dan ketabahan komuniti ini. Tiga buah sekolah rendah Orang Asli yang menerima kelengkapan kembali ke sekolah adalah SK Kampung Kudong, sebuah sekolah Orang Asli berpretasi tinggi di dalam hutan simpan di Bekok Johor; SK Pos Dipang di Jeram, Perak yang telah mempamerkan semangat kental dalam pemulihan selepas tanah runtuh, banjir dan tragedi lain; dan SK Terisu di Cameron Highlands, Pahang yang terpencil dan terjejas mata pencarian.


Dana akan dikutip menerusi sumbangan sebanyak RM0.30 dari jualan produk detergen TOP di pasaraya TESCO dan TESCO Online dari 1 Disember ke 31 Disember 2020. JAKOA akan menghantar kelengkapan kembali ke sekolah ini kepada komuniti Orang Asli menjelang 15 Januari 2021 sebelum bermulanya penggal persekolahan yang baharu. TOP dari Lion Jepun tekenal dengan konsep kehidupan yang bersih menyeluruh dengan menggalakkan cucian pakaian yang lebih bersih, selesa dan kesejahteraan hidup yang lebih baik menerusi inovasi teknologinya. TOP Micro-Clean dengan teknologi Anti-Sebum menanggalkan kotoran ketara dan kotoran yang tidak kelihatan dengan berkesan.



Populasi Orang Asli merupakan antara yang paling terjejas mata pencarian akibat COVID-19. Dalam kerjasama kami dengan JAKOA, kami telah mengenalpasti penambahan pelitup muka jenis kain boleh guna semula sebagai satu cara untuk membendung penularan COVID-19 dengan melindungi kanak-kanak dan pada masa yang sama meringankan beban kewangan keluarga mereka.

TOP memasukkan pelitup muka tiga lapis guna semula dengan penapis tersedia dalam saiz kanak-kanak ke dalam kelengkapan kembali ke sekolah kerana pelitup muka jenis ini tahan lama dan ekonomi dalam jangka masa panjang berbanding pelitup muka jenis pakai buang.

Sebagai melengkapkan usaha kelestarian ini, TOP akan menyumbang serbuk pencuci TOP Super Hygienic kepada setiap keluarga Orang Asli bagi menyediakan serbuk pencuci berprestasi tinggi yang boleh membersihkan pakaian mereka dengan lebih sempurna termasuk pakaian seragam sekolah dan pelitup muka kain.

Serbuk pencuci TOP Super Hygienic Powder dan cecair pencuci TOP Odour Buster Liquid Detergent amat sesuai digunakan terutamanya pada musim pandemik kerana formulasi anti bakterianya mampu menghapuskan 99.9% bakteria* untuk perlindungan maksimum dan ia juga mempunyai wangian anti peluh berprestasi tinggi bagi menghilangkan bau hapak, bau peluh dan menanggalkan sebum yang terperangkap. Kempen ini telah mendapat sambutan baik pengguna TOP selama lima tahun kebelakangan ini. Kami berharap mereka akan terus menyokong ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ pada tahun ini kerana keperluan kali ini lebih memerlukan.

kata Pengurus Pemasaran Southern Lion Sdn Bhd (Bahagian Penjagaan Fabrik) Cik Ling Ai Li.


Kempen ini selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 2 yang menekankan pemulihan nasib pelajar Orang Asli menerusi kerjasama antara kerajaan dan swasta dalam mendekati ibu bapa dan komuniti bagi mengubah sistem pendidikan. Ia juga tepat pada masanya di saat negara sedang dilanda gelombang ketiga COVID-19.

Pandemik yang melanda ini secara tidak langsung memberi kesan yang mendalam terhadap masyarakat Orang Asli. Ada keluarga yang berasa bimbang dengan kesihatan anak-anak mereka kerana tidak mampu membeli pelitup muka, namun tidak mahu anak-anak ketinggalan dalam bidang akademik. Pembelajaran secara dalam talian agak sukar bagi komuniti ini yang tiada sambungan internet dan peranti elektronik yang diperlukan di rumah malah guru-guru perlu menghantar kerja rumah terus ke rumah para pelajar. Komuniti Orang Asli dan JAKOA mengalu-alukan sokongan rakyat Malaysia terhadap kempen kembali ke sekolah ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ dan penambahan pelitup muka kain guna semula yang pasti akan membantu melindungi kanak-kanak, memberi keyakinan dan meringankan beban ekonomi ibu bapa.
kata Ketua Pengarah JAKOA, Prof Juli Edo.



Semasa tempoh kempen dari 1 hingga 31 Disember 2020, produk detergen TOP akan ditawarkan pada harga istimewa di semua pasar raya TESCO dan TESCO online. 

Untuk maklumat lanjut, layari http://www.southernlion.com.my atau hubungi talian khidmat pelanggan di 1800-88-0133.

Cerahi Kehidupan Bersama TOP 2015 hingga 2019


Tahun

Bil. Pelajar Yang Mendapat Manfaat

NGO/Komuniti

2015

440

20

2016

400

16

2017

439

18

2018

500

18

2019

674

7

Jumlah

2,453

79



Suplemen Untuk Kesihatan Lelaki | Adam Series Axtension

$
0
0
Biasanya kita hanya mendengar suplemen kesihatan khas untuk wanita, terutama yang melibatkan kesihatan tubuh badan. Pengambilan seperti jamu, ubatan tradisi dan pelbagai lagi. Namun perlu kita ketahui, kaum adam iaitu lelaki turut memerlukan suplemen khas untuk mereka bagi membantu dan mengatasi masalah dalaman yang mereka alami.

Kenalkan suplemen Adam Series Axtension yang dapat membantu lebih ramai lelaki dalam memperbaiki kesihatan fizikal dan dalaman mereka.

Produk ini diformulasi daripada Perancis. Dihasilkan daripada bahan-bahan semulajadi yang memberi kesan pantas dan tanpa kesan sampingan. Antara ramuan didalam formulasi adalah seperti serbuk jus anggur, ekstrak anggur, ekstrak epal, serbuk safron, ekstrak maca dan juga ekstrak guarana. Oh ya! Untuk pengetahuan semua biji anggur dikatakan 50 kali ganda lebih efektif sebagai antioksidan berbanding vitamin. Ianya merupakan sumber potassium vitamin C dan pectin sejenis serat yang membantu mengurangi kolesterol darah.

Manakala safron boleh merawat disfungsi erektil yang dikatakan telah menjejaskan lebih daripada 150 juta lelaki di seluruh dunia. Di dalam perubatan tradisional, Saffron digunakan sebagai afrodisiak ini kerana dengan adanya unsur krosin yang dikenali kerana aktiviti afrodisiaknya. Satu kajian telah dijalanlan dan mendapati safron menunjukkan potensi yang tinggi dalam meningkatkan sistem kardiovaskular yang sihat

Cara pengambilan juga sangat mudah, sebab ianya didatangkan dalam pek yang praktikal sedia untuk minum.

Berat bersih: 3g x 15 sachet / kotak

Pengambilan hanyalah 1 sachet setiap 2 hari sahaja, sebelum tidur. Adalah disarankan tidak mengambil makanan berlemak berhenti merokok, menjaga diet ringan dan bersenam lebih kerap untuk mencapai kesan berlipat ganda!

Produk perlu disimpan di kawasan yang kering jauh daripada kawasan yang panas atau berdekatan dengan kawasan sinaran cahaya matahari. Jauhi juga daripada kanak-kanak.



Secara umumnya produk Adam Series Axtension ini menyelesaikan "masalah yang tidak dapat diluahkan" oleh kaum lelaki, antaranya seperti.

  1. Menstabilkan hormon lelaki
  2. Meningkatkan keupayaan ereksi
  3. Meningkatkan imuniti
  4. Melegakan sindrom andropausal
  5. Meningkatkan kesuburan
  6. Mengaktifkan kadar metabolisme
  7. Melancarkan peredaran darah
  8. Mencegah penyakit kardiovaskular
  9. Membantu menahan keletihan dan tekanan
  10. Menguatkan fungsi jantung
  11. Meningkatkan fungsi buah pinggang
  12. Meningkatkan memori
Harga yang ditawarkan mengikut pakej 'bundle' :-
3G X 15 Sachets Per Box X 1 Box (1 Month Set) - RM328.00
3G X 15 Sachets Per Box X 3 Boxes (3 Month Set) - RM838.00
3G X 15 Sachets Per Box X 5 Boxes (5 Month Set) - RM1230.00

Review Produk

Produk ini sebenarnya telah dicuba oleh kawan baik suami yang mempunyai masalah dalaman (berkait sedikit tentang masalah rumahtangga). Sebenarnya produk ini disyorkan oleh isteri beliau sendiri. Apatah sekarang mereka masih belum dikurniakan rezeki anak dan juga punyai masalah tekanan dari segi gaya hidup serta pelbagai lagi.

Saya difahamkan selepas mencuba produk Adam Series Axtension sering sedikit sebanyak dapat membantu masalah perhubungan mereka. Selain itu dapat mengatasi banyak masalah kesihatan lelaki yang lain. Paling penting suplemen ini memang mudah pengambilannya kerana ianya didatangkan pembungkusan yangs angat praktikal. Boleh juga dibawa ke aman sahaja.

Jadinya jika kaum wanita memang konsisten pengambilan jamu, begitu juga dengan lelaki mereka juga memerlukan suplemen yang dapat membantu masalah kesihatan dalaman mereka. Alam rumahtangga yang sememangnya banyak cabarannya, namun melalui berkomunikasi, sama-sama memahami dan cuba cari jalan untuk atasi adalah tindakan bijak bagi meleraikan segala kekusutan yang dialami. Suplemen Adam Series Axtension ini salah satu solusinya!


Info Mengenai Syarikat

Adam Series Axtension dikeluarkan oleh syarikat Varf Healthcare Sdn Bhd. Produk menggunakan ramuan semulajadi ini tidak kana mendatangkan keburukan kepada kesihatan badan. Penyelidikan dibuat secara terperinci menggunakan teknologi canggih beagi memastikan produk yang dihasilkan mencapai kualiti yang diinginkan khas untuk golongan wanita dan juga lelaki.

Varf Healthcare Sdn Bhd
104b, Jalan Sutera Tanjung 8/3, 
Taman Sutera Utama, 
81300 Skudai, Johor

Phone:
+607-5542685
Email:
varfshop@gmail.com

Official Website:

Facebook Page:

Instagram:

Youtube:


THE FACE SHOP UMUMKAN BINTANG MEDIA SOSIAL BAHARU UNTUK MALAYSIA

$
0
0
Jenama kecantikan terkemuka Korea THE FACE SHOP menamatkan Kempen #EcoBeautySquadMY dengan acara peringkat akhir mayayang gemilang - selepas berminggu-minggu berlangsungnya bengkel, cabaran dan penyingkiran, Cassandra Yap Jie Ying, 21 tahun, teguh berdiri hingga ke saat akhir dan muncul sebagai penerima pakej Hadiah Utama yang komprehensif bernilai sehingga
RM20,000!



Dilancarkan pada Ogos lalu untuk mencari personaliti muda yang menampilkan etos kecantikan sebenar dan semula jadi jenama berkenaan, peserta dari seluruh Malaysia mendaftar bagi merebut peluang mewakili THE FACE SHOP.


Ini adalah perjalanan yang memperkayakan pengalaman dan memperkasakan semua peserta Kempen #EcoBeautySquadMY, terutama 10 finalis berbakat yang berjaya mara ke peringkat akhir

kata Encik Steven Jeong, Pengarah Perniagaan LG Household & Health Care Sdn Bhd. 

Kami mengucapkan setinggi tahniah kepada Cassandra dan tidak sabar untuk bekerjasama dengannya selama 12 bulan untuk kempen-kempen kami yang akan datang!

Sepanjang Kempen #EcoBeautySquadMY, peserta mendapat bimbingan usahawan Venice Min dan pakar jemputan dalam satu siri bengkel bertema secara maya, disusuli dengan Cabaran, yang secara berperingkat menyingkirkan peserta daripada jumlah asalnya 100 orang kepada 10 peserta akhir. Pada setiap peringkat, Cassandra memang seorang pesaing yang hebat dan juga salah seorang pemenang cabaran separuh akhir, My Better Half, di mana para peserta diminta untuk membuat penampilan solekan dua jenis wajah atas kedua-dua belah muka mereka.

Saya berasa cukup berbesar hati dan bersyukur terpilih sebagai pemenang Hadiah Utama Kempen #EcoBeautySquadMY
 kata Cassandra.

Setiap bengkel bersama mentor kami Venice Min dan mentor jemputan sangat bermanfaat. Saya banyak mempelajari mengenai apa yang diperlukan untuk mencipta jenama saya sendiri menggunakan kandungan dan fotografi berkualiti.

Cassandra membesar di Johor Bahru dengan ramai penyokong untuk memberi inspirasi dan mendorong usahanya. Setelah menyertai banyak pertandingan dalam zaman kanak- kanaknya, minat dan ketekunan untuk meningkatkan dirinya akhirnya berbaloi.

Sebelum ini, saya hanya fokus pada bidang fesyen sahaja. Berkat pengalaman ini, saya telah menemui wajah lain diri saya sendiri dan sekarang saya lebih yakin dengan penampilan saya menggunakan produk penjagaan kulit dan solekan yang betul. Saya rasa setiap orang yang mengikuti saya di media sosial akan menyukai diri saya yang baharu ini!

Peringkat akhir kempen itu terdiri daripada tiga cabaran yang direka khusus untuk menguji pelbagai kemahiran yang dipelajari finalis semasa bengkel, merangkumi penciptaan wajah penampilan tersendiri, tutorial solekan, dan kandungan menarik untuk memikat peminat serta pengikut, selain menggunakan teknik fotografi yang betul bagi mendapatkan gambar digital menarik. Keputusan dibuat berdasarkan gabungan markah juri dan undian pengikut.


Semasa peringkat akhir itu, setiap finalis berhadapan dengan tiga cabaran, yang perlu diselesaikan secara langsung di hadapan kamera. Dalam Cabaran 1: Rungkai & Buat (Undo & Do), finalis ditugaskan untuk merungkai penampilan sedia ada dan membuat semula rutin penjagaan kulit serta solekan mereka dalam masa hanya 30 minit di hadapan skrin masing-masing. Untuk Cabaran 2: Raga-Swafoto (Selfie-Posing), finalis perlu merakamkan potret yang diambil dari dekat dan gambar sepenuh badan dalam masa 20 minit sahaja. Ini diikuti cabaran ketiga yang mengkehendaki finalis membuat
reviu produk secara spontan, untuk menguji pengetahuan mereka mengenai jenama berkenaan dan produk-produknya dalam masa 2 minit.

Ketegangan yang tinggi dirasai ketika pengumuman akhir dibuat pada sambutan gala FB Live dan Cassandra dimahkotakan sebagai Juara #EcoBeautySquadMY!

Ia adalah satu penghormatan bagi saya untuk menjadi mentor kepada individu muda yang berbakat ini, dan berkongsi pengalaman saya dalam keusahawanan, penghasilan kandungan kecantikan dan perwakilan jenama. Saya sangat bangga melihat pencapaian mereka setakat ini dan mendoakan yang terbaik untuk mereka dalam semua usaha akan datang.
kata Venice. 

Saya juga tidak sabar untuk melihat Cassandra dalam kempen THE FACE SHOP seterusnya!”


Pakej Hadiah Utama yang komprehensif termasuk kontrak 12 bulan dengan THE FACE SHOP, bekalan rangkaian produk THE FACE SHOP untuk 12 bulan, sebuah kamera DSLR dan keahlian gimnasium selama setahun yang jumlahnya bernilai sehingga RM20,000.

Untuk maklumat lanjut mengenai THE FACE SHOP dan Kempen #EcoBeautySquadMY, sila kunjungi:-

Ikuti saluran media sosial rasmi di,

LengQuas Memperkenalkan 7 Menu Baru Yang Sedap | Kita Hanya Perlu Panaskan Sahaja

$
0
0
Sesibuk manapun sebagai ibu memang kita akan berusaha untuk sediakan yang terbaik untuk keluarga terutama dalam menyediakan hidangan makanan. Baik sarapan pagi, makan tengahari mahupun makan malam. Pilihan tentulah yang berkualiti terutama dari segi rasa, ramuan yang digunakan dan hidangan yang ditawarkan perlulah memenuhi citarasa seisi keluarga.

Daging Masak Hitam

LengQuas, jenama makanan sejuk beku keluaran KOPETRO Food Sdn. Bhd mula diperkenalkan di pasaran Malaysia pada tahun 2019. Untuk pengetahuan semua, LengQuas menawarkan 17 hidangan lauk-pauk tradisional iaitu Paru Goreng Berlada, Ayam Masak Merah, Ayam Percik, Daging Masak Hitam, Sambal Ikan Bilis, Ayam Masak Hitam dan Ayam Rendang. Terdapat juga makanan Ready To Eat (sedia dimakan) seperti Nasi Lemak Ikan Bilis, Nasi Briyani Ayam Rendang, Nasi Briyani Ayam Merah, Nasi Minyak Ayam Percik, Nasi Hujan Panas Ayam Kurma, Nasi Putih Daging Masak Hitam dan Nasi Ayam Kukus.

7 Hidangan Terbaru dari LengQuas


Terkini LengQuas telah memperkenalkan tujuh menu makanan terbaru. Ke semua hidangan terbaru ini adalah inspirasi hidangan kegemaran masyarakat Malaysia hari ini. Antaranya seperti Daging Lemak Kuning, Kari Daging Berkentang, Asam Pedas Daging, Kuah Kacang dan Daging Dendeng. Selain itu LengQuas turut menyajikan dua menu makanan antarabangsa iaitu Beef Stew dan Chicken Herb Glaze.

Kuah Kacang

Asam Pedas Daging

Kari Daging

Daging Dendeng

Daging Lemak Kuning

Beef Stew

Chicken Glaze

Semuanya nampak menarik dan sedap. Apa yang penting menu baru yang diperkenalkan sesuai untuk dinikmati samada dengan makanan ruji utama iaitu nasi, roti dan sabagainya.


Produk LengQuas (RTE) Mudah Disediakan

Melihat kepada pembungkusan LengQuas memang agak menarik. Diletakkan dalam bentuk bekas empat segi sama yang comel dan bekasnya memang sesuai untuk dipanaskan samada didalam ketuhar mahupun oven.
Di bahagian hadapan pembungkusan memang jelas bahan ramuan yang digunakan beserta cara penyediaan hidangan produk LengQuas ini. Juga kelihatan logo/cop pengiktirafan HACCP dan GMP daripada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia selain pensijilan HALAL, MESTI dan trademarik produk Buatan Malaysia. 

Kelihatan juga tarik pembuatan dan tamat tempoh di bahagian atas di hadapan pembungkusan. Ini bagi memudahkan pengguna memastikan tarikh luput produk yang dibeli. Jelas dan telus.

Cara Panaskan Produk LengQuas Yang Sangat Mudah dan Praktikal

Saya menggunakan ketuhar gelombang mikro bagi memanaskan hidangan LengQuas yang dikehendaki. Boleh rujuk pada cara penyediaan (jika perlu)

Masa yang diambil menggunakan ketuhar gelombang mikro saya hanyalah di dalam 2 minit sahaja. Memang sangat mudah dan praktikal.

Bayangkan di waktu pagi yang kelam kabut. Tetapi perut masih inginkan sarapan gaya orang Malaysia.

Saya hanya panaskan Kari Daging LengQuas dan nikmati bersama roti canai segera. Memang sedap dan berbaloi. Apa yang lebih penting, kami puas makan seisi keluarga.

Begitu juga ketika waktu makan malam. Suami teringin nak makan yang agak berat dan istimewa. Maklumlah saya jenis suka masak yang 'simple-simple'. Saya hanya pilih sahaja hidangan RTE LengQuas yang menjadi feveret suami. Contohnya seperti Asam Pedas Daging jika dinikmati bersama nasi panas memang sedap!

Tiba-tiba teringin menikmati menu raya. Bolehlah mencuba Daging Dendeng LengQuas. Sebenarnya untuk Daging Dendeng ini bukan sahaja boleh dinikmati bersama ketupat bahkan makan bersama nasi dan roti juga sangat sesuai.

Memang sedap Daging Dendeng LengQuas. Bagi saya sendiri secara peribadi, hidangan ini cukup rasa dengan bahan ramuan dendeng apatah lagi dagingnya yang dipotong nilis memang lembut.


Bagi saya sendiri produk LengQuas ini merupakan solusi terbaik terutama buat mereka yang sentiasa mengejar masa ataupun yang mahukan kehidupan yang lebih teratur setiap hari. Contohnya seperti saya, sekiranya saya keluar bekerja dan tidak sempat untuk memasak hidangan tengahari. Saya hanya beritahu kepada anak remaja saya yang berada di rumah untuk pilih hidangan apa yang mereka mahu nikmati dan panaskan sahaja di dalam ketuhar. Ini kerana saya sudah siap sedia memasak nasi bagi memudahkan mereka menikmati hidangan makanan tengahari. Tidak nafikan anak-anak saya memang menggemari ke semua hidangan LengQuas, komen daripada mereka "Sedap mummy!"


LengQuas di Pasaran Tempatan dan Luar Negara

KOPETRO Food kini sedang dalam rundingan bersama beberapa pengeksport dalam usaha membawa produk sejuk beku LengQuas menembusi pasaran antarabangsa seawal suku kedua tahun 2021 nanti. Mereka juga dalam usaha untuk mendapatkan sijil Veterinary Health Mark (VHM) dari Jabatan Perkhidmatan veterinar bagi membolehkan produk keluaran dapat dieksport ke luar negara. 
Mudah, hanya simpan di tempat beku (freezer)

Selain memasarkan sendiri produk sejuk beku dengan jenama LengQuas, KOPETRO Food turut menawarkan fasiliti perkhidmatan pengeluaran makanan dan membuka peluang perniagaan kepada Pengusaha industri kecil dan sederhana untuk bekerjasama dengan KOPETRO Food. 

Oh ya! KOPETRO Food juga telah melantik seramai 153 orang ejen jualan di setiap negeri antaranya, Selangor, Melaka, Terengganu, Johor dan akan melantik lagi ejen-ejen negeri lain untuk mengembangkan lagi pemasaran produk sejuk beku ke seluruh Malaysia.

Khas untuk pemillik perusahaan kecil dan sederhana yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang
kerjasama bersama KOPETRO Food dalam membangunkan produk makanan mereka atau ingin
menjadi ejen LengQuas boleh berhubung terus dengan KOPETRO Food Sdn. Bhd. di talian 017-319
5764.

Untuk info lanjut mengenai LengQuas dan mengetahui promosi-promosi terkini daripada LengQuas, korang boleh layari:-
Layari laman web : www.kopetro.com.my  
Facebook:  https://www.facebook.com/KopetroBerhad 
Instagram:  https://www.instagram.com/kopetroberhad/?hl=e

Big Bang Year End Sale Di LuLu Hypermarket | 29 Dec 2020 - 3 Jan 2021

$
0
0
Big Bang Year End Sale Di LuLu Hypermarket | 29 Dec 2020 - 3 Jan 2021- Wahh!! Tawaran awal  tahun di Lulu Hypermarket kembali lagi. Untuk awal tahun ini Lulu Hypermarekt melancarkan Kempen Big Bang Year End Sale. Dengan lebih banyak tawaran menarik dan hebat, diskaun sehingga 50% kepada semua pelanggan setia Lulu :-) 



Big Bang Year End Sale ini melibatkan semua kategori bahagian jualan dari produk Fesyen, Kasut & Beg Tangan Wanita, Barangan elektrik dan elektronik, perkakasan rumah dan pelbagai lagi. Kempen ini berlangsung di  LuLu Capsquare KL dan LuLu Shamelin Cheras.

Jualan berlangsung dalam 6 hari sahaja iaitu bermula 29hb Disember 2020 sehingga 3 Januari 2021.


Fesyen 

Di Lulu Hypermarket memang korang boleh dapatkan pakaian samada lelaki mahupun perempuan, dewasa ataupun kanak-kanak. Pelbagai jenis rekaan pakaian samada untuk kegunaan harian, kasual, pejabat mahupun perayaan



Bermula dari 1 sehingga 3 Januari 2021, untuk jenama terpilih ditawarkan diskaun sebanyak 50% (potongan separuh daripada harga yang ditawarkan). Antara jenama yang terlibat seperti ETEN, Debackers, Cortigiani, JOHN LOUIS dan pelbagai jenama lagi.

Antara yang mencuri pandangan saya ketika berada di sini. Hoodie'smart'sesuai untuk anak-anak remaja.

Boleh dijadikan sebagai pakaian kasual ataupun pejabat.

Bagi yang mencari kot/blazer, ada banyak pilihan warna,, corak dan rekaan.

Begitu juga koleksi pakaian wanita. Banyak juga pilihan. Sebenarnya saya suka juga dengan koleksi pakaian wanita di sini sebab kebanyakannya mempertaruhkan rekaan wanita dari Timur Tengah seperti Dubai dan sebagainya.

Shawls yang berwarna-warni coraknya. I like.


Untuk ibubapa yang mencari pakaian kanak-kanak boleh juga dapat di Lulu. Pelbagai saiz mengikut umur, mengikut kesesuaian acara dan keperluan. Samada untuk pakaian santai, majlis keraian dan pelbagai lagi.

Hmmm. Pakaian dalam ada juga diskaun tau. Jadinya kaum wanita semua, jangan lupa terjah di bahagaian ini.

Kasut

Mencari kasut untuk tahun depan. Jomlah ke Lulu, ada diskaun sehingga 50% untuk jenama terpilih. 

Cantik juga pilihan kasut untuk wanita. Ada variasi rekaan kasut yang bertumit tinggi begitu juga bertumit rendah.

Kasut sukan, kasut santai a.k.a kasut jalan-jalan dengan warna yang ceria sesuai untuk kanak-kanak mahupun remaja ada juga ditawarkan di Lulu. Harganya murah! Bayangkan tawaran 50% diskaun.


Beg Tangan Wanita 

OMG! Cute sangat beg comel kat sini. Harga dalam RM20 sahaja.

Terdapat juga koleksi beg formal untuk wanita dibawa ke pejabat.  Suka dengan rekaannya yang agak terhad dan esklusif.

Peminat warna merah dan putih. Bolehlah dapatkan dari koleski beg dari jenama ini. Bunga-bunga cinta, konsepnya, hiks. In LOVE sangat :)


Barangan Elektrik dan Elektronik

Golongan ibu seperti saya mestti teruja bila berada di bahagian ini. Promosi kelengkapan elektrik dan elektronik untuk rumah ditawarkan pada harga berbaloi. Ahem, diskaun 50% kot. Antara jenama yang mengambil bahagian termasuklah TV 65' Ultra HD jenma LG harga ditawarkan adalah RM3199 (Harga sebenar RM4349). Bukan itu sahaja ada pelbagai lagi jenama hebat yang turut serta.
 
Nak cari pressure cooker, jenama Phillips menawarkan pada harga RM299 dari harga asal RM599. Begitu juga dengan vacuum dari jenama Khind RM229 dari harga asal RM349.

Nak cari handphone? Di Lulu menawarkan handphone VIVO V20 untuk harga RM1199 (Percuma voucher LULU RM100), Samsung Galaxy Tab selepas diskaun RM2999 (harga asal RM3299) dan banyak lagi lagi jenama lain yang mengambil bahagian.

Begitu juga dengan komputer riba (laptop) untuk jenama Lenovo, ASUS dan juga Dell. Ada diskaun diberikan bergantung kepada jenama dan juga spesifikasi komputer riba itu sendiri.


Produk Perkakasan Rumah dan Permainan



Permaidani cantik dengan rekaan menarik! Korang boleh dapatkan di sini. Mana tahu nak dapatkan mood baru sempena tahun baru, bolehlah tukar karpet baru :p

Barangan memasak yang sangat versatil. Kelengkapan memasak seeprti kuali, periuk dan pelbagai lagi. Saya berminat juga untuk dapatkan satu kuali disini. Ini kerana harga yang ditawarkan memang murah dan berbaloi.

Beg travel. Serius murah. Bayangkan bermula dari harga RM99. Memang best!

Anak saya dah lama mencari set karom untuk diletakkan di rumah. Harga ditawarkan hanyalah RM89 daripada harga asal RM119.

Begitu juga permainan kanak-kanak. Bagi yang mencari hadiah untuk ahli keluarga atau rakan bolehlah dapat di Lulu sepanjang kempen berlangsung.


Supermarket
Syurga buat wanita. Ya ampun!! Harga barangan basah dan kering di Lulu Hypermarket memang murah. Jika harga biasa sudah berpatutan, kini dengan kempen Big Bang Year End Sale diberikan lebih diskaun lagi. Wah!!

Nak cari buah kurma? Boleh dapatkan di Lulu Hypermarket yerp..

Antara produk menarik dari Supermarket Lulu seperti di bawah:-

Susu Every Day harga promosi  RM14.49 daripada harga asal RM18.90.

Fuhh RM2.69 sahaja. Berbaloikan!!

Coconut Macaroon, harga RM5.25 dari harga asal RM7

Kit Kat yang menjadi feveret :-)

Biasanya ditawarkan pada harga RM20.99,  sepanjang kempen Big Bang Year End harga ditawarkan hanyalah RM13.49 sahaja.



Produk makanan kering yang menjadi pilihan setiap famili. Seperti Milo, cornflakes dan pelbagai lagi, antara jenama yang turut serta dalam kempen ini.

Harga air Barbican RM1.99. Serius! Murah :-)

Nuget Ayam jenama Ramly RM11.79 sahaja dari harga asal RM13.99.

Punjabi dan Saree

Berita baik bagi mereka yang mencari set punjabi ataupun saree. Lulu Hypermarket menawarkan harga rata (flat price) dengan diskaun sebanyak 35%

Cantik-cantik kain saree di Lulu. Daripada harga puluh-puluh sehinggalah beratus. Ikut rekaan dan jenis fabrik.





So, apa lagi jomlah ke Lulu Hypermarket!
Banyak harga menarik dan terbaik :-)

Keterangan lanjut mengenai promosi Lulu Hypermarket boleh layari:-


Age Intense Treatment Series Dari FROMNATURE Membantu Meremajakan Kulit Saya

$
0
0

Age Intense Treatment Series Dari FROMNATURE Membantu Meremajakan Kulit Saya - Regardless umur korang berapa tapi untuk maintain kekal ada serinya bukanlah satu proses yang susah sebenarnya. Dengan syarat korang kena pilih dan guna produk yang betul. Pada masa yang sama kenalah sentiasa konsisten guna.

Nah! Saya kongsikan satu jenama penjagaan wajah dari Korea iaitu FROMNATURE yang saya ada gunakannya baru-baru ini.  Saya sudah mencuba beberapa produk Age Intense Treatment Series FROMNATURE ini hampir 2 minggu dan saya begitu teruja untuk kongsikannya bersama korang :-) 

Antara produk yang saya telah cuba adalah Age Intense Treatment Essence dan juga produk didalam Age Intense Treatment Mini Kit. Kedua-dua produk ini antara yang popular dikalangan pengguna setia jenama FROMNATURE.

Saya cukup rekomen untuk korang untuk mencuba sendiri produk Age Intense Treatment Essence ini. Didatangkan dalan 2 saiz iaitu 150ml dan juga 340ml.

Age Intense Treatment Essence ini sebenarnya bagus untuk mereka yang mempunyai masalah kulit yang sensitif, yang mula ada tanda penuaan seperti berkedut, gelap serta tidak bermaya dan malasah kulit kering.

Mengandungi 95.7% Galactomyces ferment filtrate yang bagus untuk memperbaiki sel kulit, selain daripada melembap dan melembutkan kulit wajah. Apa yang penting produk ini menjadikan wajah kita lebih berseri-seri  dan awet muda. 


Untuk saiz mini kit Age Intense Treatment Series terdapat 5 produk iaitu:-

  • Age Intense Treatment Cleansing Foam
  • Age Intense Treatment Fluid
  • Age Intense Treatment Ampoule
  • Age Intense Treatment Cream
  • Age Intense Treatment Essence

Boleh guna dua kali dalam sehari iaitu di waktu pagi dan juga malam. Adalah disyorkan untuk penggunaan pemakaian produk adalah seperti berikut :-

PAGI - Cleansing Foam  👉 Essence 👉Ampoule 👉Fluid 👉Eye Cream 👉Cream👉Sunblock
MALAM - Cleansing Water 👉Cleansing Form👉Essence👉Ampoule👉Fluid👉Eye Cream👉Cream


Apa yang best tentang mini kit Age Intense Treatment FROMNATURE ini?

Firstly sebab dia dalam pembungkusan mini. Senaag nak bawa ke mana sahaja. Sangat praktikal. Ini terutama jika kita hendak pergi travel dan sebagainya. Paling penting ianya memang didatangkan dalam complete set.

Age Intense Treatment Cleansing Form, pencuci muka yang mampu membersihkan wajah dengan sempurna. Tekstur tidak melekit, bukan sahaja dapat memberishkan wajah bahkan mempunyai manfaat yang boleh melembapkan (moisturize) kulit.

Bagus untuk kita menghilangkan kesan mekap di wajah atau membersihkan kulit di hanya satu cucian sahaja. Sebab ianya benar-benar dapat membersihkan.

Picit mengikut keperluan amaun yang diperlukan, basahkan sedikit dengan air. Cuci wajah ke seluruh muka. Bilas bersih-bersih. Memang rasa segar kulit muka selepas dicuci menggunakan produk ini.

Age Intense Treatment Essence.Ini memang sedia maklum mempunyai 1001 kebaikan. Saya suka teksturnya yang tidak melekit, seperti air sangat mudah untuk sapu ke seluruh wajah.

Age Intense Treatment Ampoule, solusi untuk mengimbangkan kulit wajah korang  secara semulajadi terutama dari segi kesihatan dan juga mengembalikan awet muda pada wajah. Dengan ramuan 72.6% pure fermented, galactomyces ferment filtrate melembapkan kulit wajah dan juga dapat mengelakkan kulit daripada mudah kering.

Age Intense Treatment Fluid yang mengandungi ramuan 80% galactomyces ferment filtrate yang sememangnya memberi manfaat dalam melembapkan dan melembutkan kulit muka.

Age Intense Treatment Cream yang mengandungi 81.2% pure galactomyces ferment filtrate. Saya cukup suka dengan jenis krim yang tidak melekit dan boleh melembapkan kulit wajah sepanjang hari.

Bila kita terlalu dedah dengan keadaan cuaca terik di luar rumah. Adalah lebih baik kita menggunakan produk ini bagi memastikan kulit wajah sentiasa nampak lebih bermaya dan tidak 'dull'. Hiks.

Best produk dari jenama FROMNATURE ini. Untuk keterangan lebih lanjut mengenai produk FROMNATURE korang boleh layari :-


Faber-Castle Melancarkan Pertandingan Mural dan Produk Baharu Yang Inovatif Bersempena Dengan Kempen Kembali Ke Sekolah

$
0
0
Faber-Castell Malaysia mendukung misi untuk menjadikan musim cuti dan juga kembali ke sekolah lebih menarik dengan menganjurkan ‘Pertandingan Mural Sekolah Saya’ di samping melancarkan beberapa produk baharu yang inovatif bersempena dengan kempen ‘Kembali Ke Sekolah’ 2020/2021.


Pertandingan mural bertemakan “Bumi Kita, Rumah Kita” merupakan salah satu inisiatif Kembali Ke Sekolah Faber-Castell dalam mempromosikan kelestarian alam melalui seni; pada masa yang sama membolehkan pelajar menyerikan dan menceriakan sekolah mereka untuk tahun yang baharu. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar di Lembah Klang yang berumur di antara 7 hingga 18 tahun. Dua rekaan mural terbaik akan direalisasikan di sekolah kedua-dua pemenang tersebut dengan bantuan beberapa artis mural Malaysia.


Para peserta perlu memuat-naikkan salinan imbas rekaan mural mereka dan menghantar melalui emel ke Marketing.Support@faber-castell.com.my dengan tajuk subjek “Entry Submission – My School Mural Competition” sebelum 28 Februari 2021.


Selain daripada pertandingan mural, terdapat juga produk inovatif terbaharu yang berkualiti tinggi oleh Faber-Castell yang menanti-nantikan kanak-kanak semua peringkat usia.


Pada musim cuti ini, kanak-kanak boleh mengisi masa dengan pelbagai produk Faber-Castell seperti Modelling Dough yang terdapat dalam warna Neon dan Glitter selain daripada warna-warna asas; Perfect Body Crayon; dan Magic Touch Hair Colour Segera yang telah diuji secara dermatologi untuk pengunaan yang selamat pada kulit. Dengan Perfect Body Crayon dan Magic Touch Hair Colour Segera, kanak-kanak boleh meluahkan kreativiti mereka dengan melukis dan mewarna diri mereka sendiri dan menyaksikan hasil transformasi serta-merta.


Kanak-kanak pasti tidak sabar untuk memulakan tahun baharu ke sekolah sekiranya mereka memiliki produk dan set alat tulis baharu yang menarik. Produk baharu ini semua direka dengan ciri, reka bentuk dan warna yang menambah keseronokan pengguna.


Untuk tema Castle Heroes, Bernard dan Cassandra dari Castle Heroes kini mempunyai dua lagi watak menyertai mereka iaitu Talia si burung berdendang dan Drake si naga bijak, yang ditampilkan dalam set sekolah Castle Heroes 2020/2021. Set ini merangkumi pensel warna, pensel mekanikal, pensel grafit hitam, pembaris, pemadam dan helaian aktiviti.



Ms Annee Koh, Ketua Pemasaran Faber-Castell Malaysia berkata kempen ‘Kembali Ke Sekolah’ 2020/2021 ini sememangnya menarik dengan produk baharu berkualiti tinggi yang dilancarkan untuk kanak-kanak semua peringkat umur dari prasekolah sehingga sekolah menengah agar tiada sesiapa yang ketinggalan.

Kami sentiasa menaik-tarafkan produk sedia ada di samping mencipta produk baharu melalui R&D yang terperinci untuk menghasilkan alat tulis dan peralatan seni Iukis yang dapat membantu kanak-kanak memupuk kreativiti mereka.

Produk yang baik buatannya bukan sahaja menjamin keselesaan malahan membantu memupuk kreativiti penggunanya.



Untuk kanak-kanak kecil berusia 3 hingga 4 tahun, Faber-Castell Malaysia memperkenalkan Early Age Crayon yang direka bersesuaian dengan genggaman mereka. Krayon ini direka dengan bentuk unik yang tidak mudah patah menjadikan ia selamat digunakan oleh kanak-kanak kecil.


Untuk pelajar sekolah rendah pula, terdapat pelbagai jenis produk baharu iaitu Wheat Straw Scissors dengan pemegang yang diperbuat daripada jerami gandum yang mesra alam; Apollo Mechanical Pencil dengan laras ergonomik dan hujung pensel yang menyerap tekanan agar selesa digunakan untuk jangka masa yang lama; Click Box Sharpener yang anti-bocor dan juga set cat poster cepat kering yang berwarna ceria. Selain itu, Watercolour Pencils kini terdapat dalam pek isi semula 12 dan 24 batang untuk memudahkan proses penggantian pensel warna.


Turut tampil kini adalah Black Edition SuperSoft Lead Colour Pencils yang menghasilkan warna yang cemerlang di atas kertas hitam atau putih; Textliner 46 Metallic merupakan pen penyerlah unggul dengan kemasan metalik; dan juga pen K-one yang trendy padan dengan pelajar sekolah menengah yang menginginkan produk alat tulis yang tampak lebih sofistikated. Pen RX Gel Colour juga merupakan produk baharu yang sesuai untuk aktiviti peta minda dan mengambil nota secara kreatif kerana pilihan warnanya yang menyerlah dan terang.


Terdapat pelbagai lagi Set Nilai dan Set Hadiah Kembali Ke Sekolah Faber-Castell yang boleh dibeli. Cari sahaja Castle Heroes yang dipamerkan di outlet beli-belah terpilih di seluruh negara.


Untuk maklumat lanjut tentang Kempen Kembali Ke Sekolah Faber-Castell Malaysia, orang ramai boleh melayari facebook rasmi Faber-Castell Malaysia di https://www.facebook.com/fabercastell.malaysia/

GUARDIAN BERI GANJARAN KEPADA PELANGGAN SETIA DI TAHUN BARU DENGAN PARTI OREN PADA 1 JANUARI 2021

$
0
0
Peneraju rantaian farmasi, kesihatan dan kecantikan runcit di Malaysia, Guardian Malaysia
menyambut tahun baru dengan ledakan OREN!




Anna Ng, Pengarah Pemasaran Runcit, Guardian Health And Beauty, Malaysia dan Singapura
berkata:
2020 adalah tahun yang mencabar untuk perniagaan, jadi kami membuat keputusan untuk memulakan 2021 dengan semangat yang baru dan oleh sebab itu kami telah melancarkan PARTY OREN hari ini. 
Kami ingin memberi ganjaran kepada para pelanggan setia dengan jualan seluruh stor yang terbesar pernah kami adakan yang dikenali sebagai PARTY OREN. Untuk tiga hari sahaja, bermula 1 sehingga 3 Januari 2021, para pelanggan akan dapat menikmati penjimatan hebat dengan diskaun sehingga 50% untuk produk-produk terpilih dan mendapatkan tawaran WOW untuk lebih 1600 barangan daripada pelbagai jenama terkemuka di SEMUA stor kami di seluruh negara.

Mereka juga akan menikmati potongan harga 40% untuk rangkaian luas produk penjagaan rambut dan penjagaan kulit. Selain itu, pelanggan boleh mendapatkan kupon ganjaran istimewa PARTY OREN. Untuk pembelian bernilai RM80 dalam satu resit, mereka akan menerima kupon ganjaran sebanyak RM10, untuk pembelian bernilai RM120, mereka akan mendapat DUA kupon ganjaran RM10 dan untuk pembelian sebanyak RM150, mereka akan menerima TIGA kupon ganjaran RM10.” Inilah masa terbaik untuk menambah semua stok keperluan kecantikan dan kesihatan anda!

Sebagai sebahagian daripada norma baru dan keprihatinan Guardian terhadap kesihatan dan keselamatan komunitinya, Guardian juga bakal mengedarkan penutup muka OREN Guardian
kepada ahli-ahli pasukannya.

Penutup muka Antimikrobial eksklusif ini direka khas untuk Guardian dan ia:

  • Boleh dicuci dan mengandungi teknologi antimikrobial bertaraf dunia yang telah diuji di makmal untuk mencegah 99.9% mikrob melalui penutup muka untuk sepanjang jangka hayat penutup muka tersebut.
  • Ia membersih sendiri dan tahan sehingga 100 kali cucian.
  • Ia lebih kemas, lebih lut udara dan boleh dilaras
  • Mesra hijab

Ahli-ahli pasukan Guardian juga akan menerima satu beg oren untuk menyimpan penutup muka
itu agar ia kekal bersih, selamat dan mudah untuk dibawa. Di Malaysia, ahli pasukan Guardian
yang berhijab akan menerima saiz mesra hijab manakala ahli-ahli pasukan yang lain akan
menerima penutup muka bersaiz normal.

Dengan susun atur stor yang baru, penutup muka Guardian baru dan ditambah pula dengan PARTY OREN, kami akan menyambut para pelanggan setia ke stor kami di tahun 2021dengan dinamik dan semangat baru sesuai dengan reputasi kami sebagai peneraju pasaran dalam farmasi, kesihatan dan industri runcit di Malaysia.
jelas Anna.
Memang banyak produk ditawarkan dengan harga cukup menarik. antaranya seperti :-













#guardianmy
#orangeparty

Untuk Tahun 2021 Anak Saya Tetap Selesa Bersama Kasut Pallas Ke Sekolah

$
0
0
Tidak nafikan anak-anak sebenarnya sangat rindukan sekolah. Untuk berjumpa guru, kawan-kawan dan memakai seragam lengkap ke sekolah. Biarpun kemasukan sekolah untuk tahun 2021 agak lewat jika dibandingkan dengan tahun sebelum ini. Namun saya tetap teruja membuat persediaan anak-anak ke sekolah.
Salah satu kelengkapan sekolah yang saya perlu sediakan untuk anak-anak adalah kasut sekolah. Seperti tahun-tahun sebelum ini, saya memang memilih kasut jenama Pallas. Ini kerana saya cukup sukakan kualiti, rekaan kasut serta harga yang ditawarkan sememangnya cukup berpatutan. 

Pallas Jazz Star Lo Cut Shoe Lace Untuk Afiq, 14 Tahun

Bagi saya ini memang kasut yang memang anak-anak remaja akan suka. 'Simple', ada gaya dan selesa. Kebanyakan anak remaja, umur seperti Afiq mereka sangat suka kasut bertali. Permukaan atas menggunakan kanvas berkualiti bukan sahaja cantik bahkan memenuhi penggayaan seperti anak remaja inginkan
Afiq memang seorang anak yang mementingkan kemasan dan keselesaan. Beliau juga mengambil berat tentang tahap keselesaan yang boleh diperolehi untuk pemakaian kasut yang agak lama. Ini kerana adakalanya Afiq perlu berada di sekolah dari sesi pagi persekolahan sehingga petang. Beliau memang aktif suka melibatkan diri dengan aktiviti ko-kurikulum.
 
Nice to see, nice to wear!


Untuk bahagian dalam kasut ianya adalah 'rubber insole'. Dengan lantunan yang lebih baik secara tidak langsung lebih memberi keselesaan kepada kaki. Manakala di bahagian luar iaitu di bahagian tapak adalah 'rubber outsole' jadi ianya memberi lebih cengkaman yang baik (better grip).

Rekaan kasut ini sememangnya menjadi kegemaran anak muda!



Juga ditawarkan saiz besar terutama buat anak-anak yang mempunyai kaki yang lebar. Di mana bukan senang sebenarnya nak dapatkan kasut sekolah SAIZ BESAR sehingga saiz 13, berwarna hitam di pasaran hari ini,tapi model kasut Jazz Star yang ditawarkan oleh Pallas ini ada sampai saiz 13!!!

Pallas Jazz Black School Shoe Single Velcro Strap Untuk Amani, 11 Tahun

Untuk Amanisaya memilih Pallas Jazz Black School Shoe Single Velcro Strap Foam. Secara personal, kasut ini memang sesuai untuk anak perempuan. Rekaannya memang cantik dan memenuhi ciri-ciri gaya sopan. 

Material kanvas yang digunakan memang ringan. Selain lasak, kualiti kanvas juga tahan lasak serta tahan lama. Senang nak jaga dan bersihkan pada masa yang sama.

Esklusifnya didatangkan dengan rekabentuk tali Velcro dengan logo Jazz khas. Di sampaing insole getah untuk memberikan sokongan yang selesa kepada kaki si pemakai.




Bahagian luar menggunakan tapak getah untuk cengkaman yang baik. Insolenya lebih tebal, memberi rasa lebih selesa dan lebih perlindungan kepada kaki.

Kasut legend! Dari zaman Yana saya sudah memilih kasut ini untuk kegunaan ke sekolah bagi anak-anak perempuan.

Pallas Jazz Single Velcro Strap Untuk Ameer, 7 Tahun

Saya sukakan rekaan kasut ini. Dengan reka bentuk tali Velcro dengan di bahagian atas kanvas tahan lasak adalah pilihan terbaik untuk Ameer. Yup! Untuk seorang kanak-kanak yang sangat aktif memang memerlukan kasut sekolah seperti ini.

Nampak kasut ini berat tetapi sebenarnya TIDAK. Ianya mempunyai X-Light iaitu ciri-ciri superlight tambahan yang memberi  rasa lebih ringan. Bagus untuk kaki yang sedang membesar. Apatah lagi dengan lapisan busa untuk keselesaan dan memberi perlindungan tambahan

Untuk usia Ameer yang 7 tahun memang beliau sedang belajar untuk menguruskan dirinya. Jadi saya tidak perlu risau bila sepanjang beliau di sekolah sekiranya perlu membuka kasut, saya percaya dengan kasut ini beliau tidak akan mempunyai masalah. Zip, Zap buka, sarung dan jalan.

Lihat sahaja insole di bahagian dalam. Tebal bukan. Untuk Ameer yang suka berlari dengan keselesaan bahagian dalaman kasut seeprti ini pastinya akan memberi rasa selesa sepanjang hari.

Tapak kasut juga agak tebal dan memang nampak kualitinya sesuai sebagai kasut anak-anak yang aktif kerana ianya tahan lasak dan tapaknya tidak akan cepat haus.


Jom Beli Kasut Sekolah Pallas

Saya memang membuat persiapan awal terutama yang melibatkan persediaan ke sekolah. Dengan musim pandemik ini saya lebih selesa berbelanja atas talian sebenarnya. Dan laman web saya akan kunjungi tentulah www.wow2wee.com.

Cara paling senang sebelum kita tentukan saiz kasut anak, biasanya saya akan ambil ukuran melalui lakaran kaki mereka yang tekap di kertas A4. Rasanya lebih tepat dan yakin dengan ukuran yang diambil. Korang boleh juga rujuk pada cara mengambil ukuran melalui pautan ini, https://www.wow2wee.com/w2w-measurement-guide . Mudah jugakkan.
  
So, sempena dengan Kempen Kembali Ke Sekolah korang boleh dapatkan kasut-kasut PALLAS samada melalui pembelian atas talian  ataupun di pasaraya seperti AEON, TESCO dan Mydin Supermarket.

Selamat membuat persediaan ke sekolah untuk tahun 2021!

11 Sebab Kenapa Dewan Perdana Felda Menjadi Pilihan Untuk Meraikan Majlis Istimewa

$
0
0
11 Sebab Kenapa Dewan Perdana Felda Menjadi Pilihan Untuk Meraikan Majlis Istimewa **



Di renjis renjis di pilis
Di tepungi lah tawar
Hai beras kunyit ditabur
Disiram si air mawar

Duduk muda sejoli
Atas pelamin berseri
Dihias intan baiduri
Sebagai raja sehari



Keterujaan saya berada didalam dewan yang serba cantik dekorasinya dan luas!

Raikan Cinta di Dewan Perdana Felda Kuala Lumpur pasti meriah dan meninggalkan momen yang begitu manis bukan sahaja buat mempelai bahkan ahli keluarga dan tetamu yang hadir. Dewan yang cukup luas, cantik, dekorasi yang menarik dan berkonsepkan moden pasti menambat hati anda dan para tetamu yang hadir.

Pintu utama Dewan Perdana Felda

Lokasi dewan di Kompleks Anjung FELDA begitu strategik, terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Ini adalah 11 sebab kenapa Dewan Perdana Felda menjadi pilihan untuk meraikan majlis istimewa, antaranya seperti:-

  • Dewan Yang Luas dan Cantik
Melangkah kaki ke dalam dewan pasti membuat anda begitu teruja. Melihat dewan yang begitu luas dengan susunatur meja dan kerusi begitu teratur serta kemas. Dengan keluasan ini membolehkan ada penjarakkan antara satu meja dengan meja yang lain. Kapasiti boleh dimuatkan adalah seramai 1100 orang, namun untuk musim PKP ini hanya terhad pada maksimum 700 orang sahaja didalam dewan pada satu-satu masa.

Cantik dan luas

Kerusi yang dihiasii dengan reben/bow mencantikkan hiasan di kawasan meja

Pentas yang luas yang boleh menempatkan pelamin yang indah diatasnya

Keadaan didalam dewan juga masih cantik dan terjaga rapi. Dekorasi lampu LED elegan didalam dewan menaikkan lagi seri bagi meraikan majlis yang diraikan
  
  • Pelbagai Menu Hidangan Menarik Ditawarkan Dalam Pakej
Lauk pauk disusun teratur didalam bekas yang diletakkan di tengah-tengah meja

Sajian akan dihidang terus diatas meja. Ini bagi mengelakkan tetamu berkumpul di meja buffet. Menu hidangan yang ditawarkan memang masakan melayu yang autentik. Memang sedap memenuhi citarasa masyarakat Malaysia. Antara yang ditawarkan didalam menu adalah seperti :-

Ayam Masak Merah

Daging Masak Hitam

Masak Lemak Daging Salai & Mangga Muda

Buttered Prawn

Sayur Goreng Jawa

Dalca Sayuran

 Apam Johol - Sedap!!! (recommended)

Tapai Ais Krim (tiada dalam gambar perisa durian)

Ini merupakan buah tangan terbaru dari D'Saji. Memang sedap, kelainan rasa ais krim ini ialah ianya mempunyai tapai didalamnya. Paling mendapat permintaan perisa vanilla. Memang enak dinikmati ketika cuaca panas. Pencuci mulut yang agak 'rare' dan sangat menarik untuk dicuba.

Terdapat juga didalam menu adalah nasi putih, nasi minyak, potongan buah-buahan, karipap pusar inti kentang, kordial mixed fruit punch berserta minuman panas Kopi O/Teh Tarik.

Kambing bakar, dagingnya begitu lembut dan memang tidak berbau. Terbaik!

Kambing bakar yang sentiasa mencuri tumpuan. Memang sedap. Selain daripada kambing bakar, turut disediakan masakan gorengan panas seperti kuew teow goreng, cendol dan juga apam balik.

  • Pilihan Dekorasi Cantik dan Versatil
Dekorasi cantik dan versatil antara menjadi faktor kenapa Dewan Perdana Felda ini sentiasa menjadi pilihan terutama buat mempelai yang mencari kesempurnaan dalam majlis yang ingin diadakan. Konsep yang diperkenalkan memang menjadi 'trend', biarpun moden ianya tidak lapuk ditelan zaman. Untuk tahun 2021, dua konsep yang diperkenalkan iaitu Tropika dan Black & White.

Konsep pelamin dengan bertemakan tropika

Meja makan untuk mempelai didatangkan bersama platform LED

Cantik dan unik, kelaianan yang diperkenalkan di Dewan Perdana Felda

  • Fasiliti Mesra OKU dan Warga Emas
Laluan tanpa tangga memudahkan pergerakan terutama mereka yang berkerusi roda

Bonus apabila disediakan fasiliti yang mesra untuk golongan OKU dan warga emas. Kebiasaannya untuk majlis perkahwinan turut hadir sama adalah golongan warga emas begitu juga orang istimewa (OKU). Untuk ke dewan disediakan juga laluan pelantar (ram) bagi memudahkan pergerakan bagi mereka yang menggunakan kerusi roda (wheel chair).

  • Kawasan Parkir LUAS dan PERCUMA serta Perkhidmatan Valet
Parkir di hadapan dewan (di salah satu sudut)

Datang bersama keluarga adan memandu sendiri, jangan khuatir tentang parkir kereta. Berhadapan Dewan Perdana Felda disediakan banyak parkir secara PERCUMA. Begitu juga di bahagian basement dewan, ada juga ruangan khas meletakkan kereta. Tempat parkir ini sememangnya sangat luas. Bukan sahaja boleh menempatkan kenderaan kecil seperti kereta dan motor. Bahkan untuk kenderaan seperti bas juga boleh masuk parkir di ruang yang disediakan.

Valet, membolehkan tetamu terus turun di pintu masuk dewan

Disediakan juga perkhidmatan valet untuk tetamu VVIP. Tetamu akan terus turun di pintu utama.

  • Ruang KHAS VVIP (Holding Room)
Ruang menunggu yang luas dan selesa

Di dalam dewan disediakan juga ruang khas VVIP yang biasanya digunakan untuk menunggu atau berkumpul sebelum majlis bermula. Ini bagi memberi lebih keselesaan buat tetamu yang dijemput terutama dalam memastikan perjalanan aturcara berjalan dengan lancar dan teratur.

  • Bilik Persalinan Pengantin
Bilik Persada

Terdapat dua bilik persalinan pengantin yang disediakan iaitu Bilik Purnama dan Bilik Persada. Pengantin lelaki dan perempuan boleh bersiap di dalam dua bilik yang berbeza. Ini memberi lebih privasi terutama jika kedua pengantin ditemani dengan kawan-kawan rapat mereka (dulang boys/girls). Begitu juga jurusolek atau mak andam boleh menyiapkan pengantin dengan lebih mudah dan selesa.

Disediakan juga bilik untuk majlis akad nikah bagi kemudahan jurunikah/tok kadi dari pihak JAWI.

  • Kemudahan SURAU yang selesa
Surau perempuan dan surau lelaki (asing) di level bahagian bawah bangunan.

Selain daripada tandas, turut disediakan surau khas untuk lelaki dan perempuan bagi kegunaan tetamu di tingkat bawah bangunan. Tetamu hanya perlu menaiki lif untuk ke tingkat bawah.

  • Disediakan Kemudahan PA System, Skrin LED dan pelbagai lagi.
LED skrin dan lampu LED didalam dewan 

Penyediaan PA System untuk majlis keraian hari ini menjadi salah satu keperluan terutama membabitkan program didalam dewan yang besar. Di dalam pakej yang disediakan oleh pihak pengurusan Dewan Perdana Felda turut disertakan kemudahan PA System begitu juga dengan LED Display Panel bagi memberi impak teknologi audio dan visual

Platform untuk kumpulan kugiran, terdapat juga rostrum

Turut disediakan sudut (platform) untuk persembahan didalam dewan. Kemudahan untuk majlis yang ada kumpulan kugiran bagi menghiburkan para tetamu.

Gemersik gesekan biola

Suasana lebih meriah dengan alunan muzik yang cukup indah megiringi tetamu yang baru sampai untuk berjalan masuk terus ke dalam dewan.

  • Menyediakan Fasiliti Mengikut SOP di Musim Pandemik
Pihak pengurusan Dewan Perdana Felda juga tidak terkecuali menyediakan segala fasiliti yang mengikut SOP musim pandemik sebagai langkah penjagaan diri dan tetamu yang hadir ke majlis yang dirai.

QR Code MYSEJAHTERA

Daftar diri dengan apps MYSEJAHTERA,"check-in" sebelum masuk ke dalam dewan utama. Turut ada pengimbas suhu badan (tiada gambar) diletakkan berhempiran. Ini bagi memastikan tetamu yang datang berada didalam keadaan sihat tanpa gejala seperti demam.


Notis langkah-langkah pencegahan COVID-19

Antaranya peringatan umum tentang prosedur untuk setiap tetamu yang hadir perlu ikuti seperti memakai topeng muka (mask) dan sebagainya.

Fask mask dan hand sanitizer

Turut disediakan topeng muka (mask) dan juga hand sanitizer. Ikut SOP yang disarankan, pakai topeng muka sentiasa dan pastikan tangan bersih serta bebas kuman.


Notis peringatan mesra bersama Goodies Self Care Kit

Di atas setiap meja turut disediakan notis peringatan mesra tentang perlunya memakai sarung tangan (ada disediakan) ketika hendak mengambil lauk pauk di atas meja. Setiap tetamu yang hadir turut diberikan Kit Penjagaan Diri yang mengandungi mask, sarung tangan, disinfectant wipes dan hand sanitizer.

Sarung tangan digunakan ketika mengambil makanan.

Bagi memastikan"kita jaga kita", memakai sarung tangan ketika mengambil makanan adalah sangat penting. 

  • Pakej Yang Ditawarkan Berbaloi Dengan Harga
Jika anda inginkan suasana majlis yang dirai tampil istimewa dengan suasana yang cukup meriah. Adalah sangat disyorkan untuk mendapatkan pakej terkini yang ditawarkan oleh pihak pengurusan Dewan Perdana Felda. Apa yang penting kemudahan yang disediakan memang banyak dan berbaloi sekaligus memudahkan urusan dalam persiapan majlis istimewa.

Apatah lagi pihak pengurusan Dewan Perdana Felda memang mengambil berat tentang SOP di musim COVID19 terutama dari segi sanitasi dewan yang sentiasa dilakukan dari masa ke semasa. Ini bagi memastikan keadaan lokasi majlis benar-benar selamat mengikut langkah pencegahan seperti yang disyorkan oleh pihak Kerajaan.

Kami yang datang meraikan pasangan mempelai Izzati dan Fahmi

Di bahagian luar turut disediakan ruang untuk bergambar, berOOTD dengan berlatarbelakangkan props yang 'simple' namun tetap cantik.

Keterangan lanjut mengenai promosi Dewan Perdana Felda, boleh layari:-

Atau hubungi :
03-2698 8302

Hadir merai raja sehari,
Tetap meriah dan ikut SOP,
Dewan luas cantik dekorasi,
Sajian enak puas hati :-)

Menyimpan dan Mencari Rezeki Lebih Di Tahun 2021

$
0
0
Rasanya saya perlu mulakan dengan entri personal untuk tahun 2021 tentang azam tahun baru. Menjadi kebiasaan setiap tahun baru kita akan menggariskan beberapa visi atau matlamat hidup yang ingin dicapai untuk selama 365 hari akan datang. Tahun baru azam baru.



Carian paling popular tentang azam baru kebanyakannya adalah misi untuk menurunkan berat badan, menjadi lebih kurus, dari saiz XL ke M dan banyak lagi. Tidak kurang juga pada mereka yang mengidamkan benda yang berbentuk material seperti kereta baru, telefon baru, pendek kata semuanya benda baru.


Berbalik pada diri sendiri kalau ikutkan banyak perkara saya ingin capai sebelum memasuki sekian-sekian usia. Tapi pada yang sama ianya perlu seiring dengan tanggungjawab yang sedang galas terutama terhadap keluarga Antara yang menjadi impian:-

  • Start join dalam team penyelidikan (research). Antara profesion yang memang saya looking forward selain mengajar. Pernah ada pengalaman menjadi RO dan RA. Kemudian lecturer. Sekarang saya dah tinggalkan dunia ini 2 tahun. Cuma sekarang saya lebih suka pada kerja separuh masa atau bekerja dari rumah memandangkan komitmen pada anak yang sedang membesar dan sudah mula bersekolah. *Ramai kawan saya yang mengesyorkan untuk kembali menjadi pelajar Phd. Snagkut 4 kali macam tak serik, kahkah.
  • Bercita-cita memiliki buku sendiri. Penulisan buku novel kanak/remaja. 
  • Berniaga atas talian. Tapi mungkin saya cuba buat dropship terlebih dahulu.
  • Belajar teknik dalam menghasilkan kualiti video yang terbaik.
  • Target untuk simpanan tahun 2021 10K!

Bercerita tentang simpanan, suka saya nak kongsikan satu tips yang sangat hebat dari seorang anak muda yang cukup popular di platform instagram iaitu tentang bagaimana kita boleh menyimpan atau membuat tabungan.



Menurut beliau, ramai yang bertanya tentang tips menyimpan. Apakah cara ataupun teknik yang boleh kita lakukan supaya ada simpanan. Ramai yang guna konsep tabung bunian (saya suka dengan konsep ini), simpanan duit (contoh dapat duit merah simpan, jangan pernah guna), agihan simpanan seperti ada tabungan khas untuk bercuti dan pelbagai lagi.

Tambah beliau lagi, sebenarnya kita boleh menyimpan jika kita punyai banyak punca pendapatan dan juga bergantung juga jumlah pendapatan yang kita peroleohi untuk sebulan. Katalah gaji kita dalam 2K, keperluan makanan, hutang rumah, bayaran fasiliti dan pelbagai lagi. Hanya berbaki beberapa sen dalam akaun. Takkanlah sebab kita nak menyimpan kita perlu ikat perut, tak perlu tukar baju, jangan pergi bercuti dan sebagainya.


Solusinya kita kena ada banyak sumber pendapatan. Bukan hanya dari satu sahaja. Ibarat kerusi jika kakinya empat lebih utuh berbanding dengan kaki satu ataupun dua. Jika ada lebih banyak kaki, lagi stabil sebenarnya.

Dan untuk tahun 2021 saya akan memikirkan cara yang baik untuk menambah sumber pendapatan selain daripada sumber pendapatan dari sosial media. Mungkin juga saya akan lebih serius untuk melibatkan diri dalam perniagaan atas talian. Moga juga saya ada rezeki untuk mengajar separuh masa untuk tahun 2021. Tak kisahlah walaupun hanya untuk satu sem. *Dem!! Rinduu giler dunia pendidikan.

Boleh jadi juga saya akan lebih serius untuk menjadi ghost writer

InsyaAllah doakan ya. Btw. Matlamat besar saya untuk menyokong sepenuhnya anak-anak saya yang terlibat dalam peperiksaan besar tahun ini Yana SPM (22 Feb) dan Akid IGSCE (akhir tahun).

Untuk dunia compering. Memandangkan semakin hari semakin ramai mereka yang berada di dunia peraduan. Harapan saya hanya satu jer "Moga saya terus relevan dan tidak patah semangat menyertai mana-mana peraduan. Menang atau kalah belakang cerita. Paling penting mencuba!".

Sekian coretan tentang harapan tahun 2021
Viewing all 2967 articles
Browse latest View live