Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all 2967 articles
Browse latest View live

Suplemen LIVEON Pilihan Saya Untuk Kekalkan Kesihatan Terbaik Setiap Hari

$
0
0
Antara impian saya untuk tahun 2021 akan datang adalah untuk kekalkan momentum jalani hidup sihat luar dan dalaman. Tahun 2020 meninggalkan banyak memori sedih dan gembira, namun apa yang penting saya dapat lalui dengan rasa lebih positif dan optimis. 


Saya tidak bertangguh untuk mulakan gaya hidup yang sihat. Di penghujung November tahun 2020, saya telah mula mengambil suplemen tambahan untuk badan (luar dan dalam) iaitu produk LIVEON dari Wellouss Malaysia.

Untuk pengetahuan semua syarikat Wellous Sdn Bhd memang memberi fokus terhadap teknologi makanan terutama yang bersumberkan bahan semula jadi. Antara matlamat syarikat adalah untuk mendapatkan manfaat yang paling terbaik bersama keberkesanan yang optimum.

Wellous adalah organisasi yang menggabungkan mereka yang berkemahiran tinggi, terlatih dan individu yang berusaha setiap hari untuk menghasilkan produk kesihatan dan kesejahteraan terbaik untuk masyarakat. Dengan pengenalan suplemen kesihatan dapat membantu lebih ramai orang terutama dari aspek kesihatan dalam badan dan juga kecantikan. 


Perkataan LIVEON adalah simbolik daripada;

L- Live healthier
I - Inner health
V - Vitality
E - Enhance Skin Beauty
O - On-the go
N - Natural ingredients

Kenapa Saya Memilih LIVEON

Masa mula-mula saya melihat produk ini, saya memang terus terpikat. Ini kerana kotak pembungkusan dia sangat cantik dan esklusif. Dan didalam satu kotak LIVEON terdapat 16 sachet (200ml). Di mana ianya sangat praktikal kerana kita boleh terus consume terus dari pek sachet tersebut.

Selain itu formulasi LIVEON adalah dari 4 bahan-bahan paten semulajadi iaitu Enzogenol Pine Bark Extract, SOD Extramel, Puredia Sea Buckthorn Extract dan Sirtmax Black Turmeric Extract. Ke semua bahan ini hasil daripada penyelidikan (R&D) dari syarikat terkemuka dari negara seperti Jepun, New Zealand dan Perancis. Ianya juga kaya dengan omega 3, 6, 7, 9, vitamin, minerals dan nutrien anti oksida.

LIVEON sesuai untuk semua lelaki dan perempuan. Ianya kaya dengan anti-oksida yang boleh membantu dari segi masalah anti penuaan, anti-glyvation dan anti keradangan. Secara tidak langsung dapat membantu pemulihan serta rawatan kulit (menjadikan kulit lebih sihat), membantu peredaran darah dan juga sangat membantu dari segi kesihatan sendi. Bagi pengamal makanan sayuran (vegan), produk ini memang benar-benar sesuai dengan korang tau.


Antara lain sebab saya amalkan suplemen LIVEON kerana produk ini telah mendapat pengiktirafan pensijilan daripada HALVEC dan pelbagai lagi. Ini terbukti secara saintifik ianya benar-benar selamat dinikmati dan tiada memberi efek mudarat kepada badan luar dan dalaman.




Untuk lebih gambaran jelas, boleh klik pada gambar yang dipaparkan ya :-)


Review Setelah Seminggu Mengamalkan LIVEON
Cara pengambilan hanyalah 1 sachet setiap hari. Kebiasaannya saya akan mengambil suplemen pada waktu pagi selepas makan. That's how I start my day, chewaah bak kata mat saleh. Sebab ianya didatangkan dalam pembungkusan yang on-the-go, masukkan dalam beg dan on the way ke tempat yang dituju (meeting, kedai makan, pasar dan sebagainya) saya boleh menikmatinya. Senang dan sangat praktikal. Tak perlu bancuh, guna sudu dan lain-lain.

Dari segi hygience, memang no. 1! Terus ke mulut. Rasanya masam-masam manis, cecair tidak terlalu likat atau cair. Paling penting sedap! Serius sedap. Jarang suplemen saya makan sedap (sebab rasa ubat) tapi LIVEON memang sedap dan boleh menikmati seperti kita nikmati jus buahan pure yang pekat sedikit. *See berapa banyak kali perkataan sedap saya duk mention..kan, Tak tipu, hiks.


Sebenarnya saya memang peminum kopi yang tegar. Setiap pagi cara nak boost mood dan bertenaga kena ambil kopi. Tapi sebab terlalu addicted dengan kopi bergula menjadikan diet pemakanan harian terutama waktu pagi jadi tidak sihat. Saya dapati kandungan gula dalam darah  menjadi lebih tinggi (walaupun masih  dalam kawalan) dan saya terlalu bergantung dengan kopi manis.

Saya stop ambil kopi dan mula konsiten mengambil LIVEON. Suplemen ini memang sangat membantu kehidupan harian saya. Tidak lagi rasa ketagihan gula, bahkan saya boleh kekalkan momentum kecergasan dengan pelbagai aktiviti dapat dilakukan. Saya juga tidak mudah letih, mendapat tidur yang berkualiti dan paling penting saya tak perlu bergantung pada pengambilan gula badan untuk energi.

Cara Pembelian

Korang boleh dapatkan produk LIVEON melalui dealer berdaftar boleh rujuk pada Wellous Facebook https://www.facebook.com/WellousMalaysia/ ataupun hubungi Mr Tian Chad 016-9268737 untuk respon pembelian yang pantas :-)

Rozita Che Wan Kini DIlantik Menjadi Duta Jenama Mylea

$
0
0

Rozita Che Wan Kini DIlantik Menjadi Duta Jenama Mylea- Pastinya semua cukup mengenali dengan Puan Rozita Che Wan atau lebih dikenali dengan panggilan Che'Ta, antara barisan selebriti Malaysia yang popular hari ini. Figura yang memiliki wajah yang cukup cantik dan awet muda ini sememangnya sangat dikagumi ramai wanita di luar sana. Dan untuk tahun 2021, rezeki Puan Rozita Che Wan dilantik menjadi duta untuk produk penjagaan diri dan kecantikan Mylea untuk kontrak selama setahun. 

Persetujuan dicapai setelah Puan Rozita Che Wan melihat kebaikannya apabila ibunya sendiri mencuba produk ini dan kesannya dapat dilihat depan mata - jeragat semakin berkurang! Ini kerana menurut Che'Ta beliau tidak akan mudah menerima tawaran jika tidak mencuba dan melihat sendiri produk terutama dari segi kelebihan dan manfaatnya.


Mylea Produk Tempatan Kualiti Setanding Antarabangsa

Jenama Mylea sudah berada di pasaran selama 8 tahun lamanya. Bermula pada tahun 2012, produk ini telah membantu ramai wanita di luar sana untuk mendapatkan kulit wajah seperti yang mereka idamkan. Jenama Mylea telah mendapat pelbagai pengiktirafan samada peringkat tempatan mahupun Asia Pasifik. Antaranya Super Health Brand Asia Pacific Award 2018/19 dan yang terbaru adalah SME100 Awards 2020. Formulasinya diyakini halal dan telah mendapat kelulusan daripada pihak Kementerian Kesihatan.

Sehingga kini terdapat 6 produk yang dikeluarkan dibawah jenama Mylea iaitu Mylea Freckles Serum dengan Moist24 Essence & Centella Asiarica Extract,  Mylea Honey Soap, Mylea Treatment Foundation dan yang terkini adalah Mylea Moisturizing Lipmatte, Mylea Pore Invisible Primer serta Mylea Lip Scrub. Diantara produk yang dikeluarkan Mylea Freckles Serum New Formulation adalah antara produk yang mendapat permintaan yang tinggi.

Produk Mylea sesuai untuk semua jenis kulit muka tetapi memberi lebih penekanan kepada mereka yang berumur 30 tahun ke atas. Ini kerana pada usia ini, kulit wajah akan lebih terdedah dengan masalah seperti jeragat, kusam dan penuaan. Dengan menggunakan produk Mylea masalah yang dihadapi tersebut boleh diatasi dan dirawat secara semulajadi.


Pengasas Jenama Mylea

Pengasas jenama Mylea adalah Puan Amylia Farhana yang mendapat sokongan sepenuhnya dari suaminya sendiri iaitu Encik Mohd Fakhrul Razi Bin Jamaluddin (CEO) untuk memulakan bisnes ini. Atas minat dan juga pengalaman beliau yang pernah bekerja didalam bidang pemasaran di hotel sangat membantu dalam mengusahakan bisnes yang dijalankan. Jualan produk Mylea dilakukan diatas platform atas talian sahaja terutama melalui sosial media seperti instagram, facebook dan tik tok. Ke semuanya dilakukan oleh pasukan Mylea yang sama-sama mempromosikan di medium sosial media masing-masing.

Siapa sangka untuk tahun 2020 sahaja, pembayaran zakat yang telah dikeluarkan oleh syarikat Mylea hampir mencecah RM400,000 melalui keuntungan bersih yang berjaya dicapai oleh syarikat.

Bak kata pengasas Puan Amylia, beliau sentiasa berpegang kepada prinsip:-
"Sentiasa letakkan hak DIA atas keutamaan, InsyaAllah DIA akan letakkan hak sebaik-baiknya kepada kita kembali".

Bekas graduan Diploma Industri pelancongan dari  UiTM Dungun Terengganu ini juga merupakan anak didikan Datuk Dr.Azizan yang cukup terkenal dalam dunia perniagaan hari ini. Dengan menghadiri seminar dan kelas yang dianjurkan sangat membantu Puan Amylea untuk menjadi lebih yakin, optimis dan positif untuk pergi lebih jauh dalam industri produk kecantikan.

Puan Amylia juga sentiasa mengadakan kelas personal branding coaching bersama agen dan penjual produk Mylea yang dikenali sebagai 'jemaah'dan 'fighter' Mylea. Tidak hairanlah jenama Mylea bukan hanya sahaja berjaya dipasarkan di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei bahkan jenama ini juga telah berjaya memasuki pasaran antarabangsa iaitu Arab Saudi.


Target Mylea 2021 Untuk Lebih Sukses Bersama Puan Rozita Che Wan
 
Harapan untuk tahun 2021 dan seterusnya, dengan adanya Puan Rozita Che Wan sebagai duta produk Mylea dapat mengembangkan lagi jenama ini bukan sahaja seluruh Malaysia bahkan ke peringkat lebih tinggi. Apatah lagi produk yang terbukti mempunyai begitu banyak kebaikan terutama bagi mengatasi masalah wajah seperti jeragat. Pelbagai strategi pemasaran bakal Puan Rozita Che Wan sertai sama dalam usaha mendidik lebih ramai wanita ataupun lelaki yang berusia untuk sentiasa menjaga keterampilan terutama kecantikan wajah dalam meningkatkan keyakinan diri.

Selain itu jenama Mylea juga berharap dapat membantu lebih ramai orang diluar sana untuk menjana pendapatan sampingan dengan menyertai bisnes perniagaan mereka. Sama-sama mencari rezeki, sama-sama megatasi masalah jeragat yang tidak diingini. :-)

Keterangan lanjut mengenai produk dan pembelian boleh layari:-
https://www.instagram.com/mylea_hq/
No telefon: 09-6222450

MYDIN Menawarkan Pembayaran Tanpa Sentuhan Melalui ShopeePay

$
0
0
MYDIN Menawarkan Pembayaran Tanpa Sentuhan Melalui ShopeePay- Rangkaian pemborong dan peruncit tempatan, Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) kini menawarkan ShopeePay di cawangannya di seluruh negara, menjadikannya pasar raya besar pertama di negara ini untuk berbuat demikian.



Kerjasama strategik antara MYDIN dan dompet mudah alih ShopeePay memberikan pilihan pembayaran tanpa sentuhan baharu untuk pelanggan MYDIN dengan tujuan meningkatkan kecekapan pembayaran dan menggalakkan pembayaran tanpa sentuhan pada masa yang membimbangkan ini.

Datuk Wira (Dr.) Hj Ameer Ali Mydin, Pengarah Urusan MYDIN berkata, 

Dengan trend semasa di mana lebih daripada ribuan transaksi dilakukan di cawangan-cawangan kami, memperkenalkan ShopeePay sebagai salah satu kaedah pembayaran akan membantu mempercepatkan proses apabila dibandingkan dengan pembayaran secara tunai di kaunter. Dengan menggunakan sistem ini, ia juga dapat mengurangkan kadar kesilapan manusia.

Kami sedang melakukan yang terbaik demi memutuskan rantai penularan Covid-19.
Pembayaran tanpa sentuhan merupakan salah satu langkah berjaga-jaga yang berkesan untuk mengurangkan sentuhan dan melindungi kakitangan serta pelanggan kami di cawangan MYDIN.

Sempena kerjasama ini, para pengunjung MYDIN akan menikmati pulangan tunai istimewasekali  sahaja bernilai RM4 apabila mereka berbelanja sekurang-kurangnya RM10 dan membayar dengan ShopeePay di mana-mana cawangan MYDIN dari sekarang hingga 28 Februari 2021, atau sehingga ia ditebus sepenuhnya. Para pembeli juga bakal menerima pulangan tunai RM3 setiap hari bagi pembelian seterusnya di mana-mana cawangan apabila mereka berbelanja sekurang-kurangnya RM15 dalam satu transaksi. Selain itu, pengunjung yang menggunakan ShopeePay buat kali pertama akan menerima
baucar RM8 apabila mereka melakukan pembelian pertama dengan perbelanjaan minimum RM25.

Alain Yee, Ketua ShopeePay berkata, 
Dengan keadaan semasa, semua pihak sedang berusaha untuk melakukan segalanya demi memelihara keselamatan, dan ini termasuk bagi pelanggan dan kakitangan dalam sektor peruncitan. Oleh itu, perniagaan-perniagaan pada masa ini wajar mengamalkan pembayaran tanpa sentuhan, seperti menggunakan ShopeePay, sebagai langkah dalam meminimumkan risiko.

Dengan adanya ganjaran seperti pulangan tunai, ini juga akan mempercepat penggunaan pembayaran tanpa sentuhan yang selari dengan visi negara menuju sebuah masyarakat tanpa tunai.

Untuk mula menggunakan ShopeePay dan menikmati penjimatan, para pengunjung boleh mengambil kesempatan ini untuk membeli peralatan sekolah di MYDIN untuk anak-anak mereka menjelang permulaan sesi persekolahan tahun 2021. Kempen istimewa Kembali ke Sekolah Bersama MYDIN! berlangsung dari 7 Januari hingga 24 Januari 2021, dan akan menawarkan pakaian seragam sekolah, kasut, stoking, beg sekolah, barangan alat tulis dan banyak lagi dengan tawaran menarik.

Ecolite Boostick Suplemen Pilihan Untuk Gaya Hidup Aktif dan Awet Muda

$
0
0
Menjalani gaya hidup yang aktif, sihat, ceria dan sentiasa tampil awet muda sememangnya menjadi impian semua orang. Biarpun sesibuk mana rutin setiap hari kita pastinya mahu memiliki badan yang cergas dan bertenaga. Apatah lagi di musim pandemik ini kita memang memerlukan sokongan imuniti didalam badan. Jadinya saya telah mengambil Ecolite Boostick sebagai suplemen tambahan dalam pemakanan harian.

Kenapa Memilih Ecolite Boostick?


Ecolite Boostick mempunyai 3 varian iaitu :-
  1. Ecolite Boostick Concentrated Red dates and Date Palm (kurma merah dan kurma arab)
  2. Ecolite Boostick Concentrated Wolfberry and white chrysanthemum (buah goji dan kekwa segar)
  3. Ecolite Boostick Concentrated Bird’s Nest and Pear (campuran sarang burung dan buah pir)
Formulasi daripada kurma merah dan kurma arab, buah koji dan kekwa serta sarang burung dan buah pear sendiri sudah mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Didatangkan dalam bentuk yang mudah untuk kita nikmati sekaligus memberikan segala kebaikan dari sumber  utama yang digunakan untuk kesihatan badan.


Didalam satu kotak terdapat 10 sachet yang bersaiz 12 gram setiap satu. Mesti korang tertanya kenapa saya consume sampai 3 jenis Ecolite Boostick. Ahah! Ini kerana setiap satu varian ada mengandungi ramuan yang berlainan, begitu juga menfaatnya juga berbeza. Tapi apa yang penting ketiga-tiganya memang sedap dinikmati.

Untuk pengetahuan semua Ecolite Boostick didatangkan dalam bentuk pati pekat. Kita boleh menikmatinya secara terus ataupun bancuh dengan air suam. Ikut kesukaan masing-masing. Saya sendiri suka menikmati terus dari pek. Hanya koyakkan, picit terus ke dalam mulut. Lebih mudah sebenarnya :-)

Saiznya yang kompak (kecil) memang sangat praktikal untuk saya membawanya ke mana sahaja. Apatah sekarang ini didatangkan secara percuma beg kecil plastik (seperti gambar diatas), hanya letak Ecolite Boostick didalamnya nampak sangat kemas dan esklusif. 


Ecolite Boostick Concentrated Red Dates and Date Palm (kurma merah dan kurma Arab)

Saya suka dengan buah kurma. Jadi bila formulasi didalamnya menggunakan dua jenis kurma iaitu kurma merah dan kurma merah tentulah memberikan keterujaan buat saya. Untuk pengetahuan semua kurma merah sangat bagus untuk kesihatan dalaman wanita dan dikatakan mengandungi  zat besi yang sangat mebantu mereka yang menglami masalah kurang darah. Manakala kurma arab merupakan sumber antioksida dan bagus untuk masalah penghadaman.

Didalam Ecolite Boostick Concentrated Red Dates and Date Palm juga terdapat Sirap Glukosa, Pekatan Kurma Kurma, Ekstrak Kura Merah, Madu Linden, Gula Merah, Sirap Galacto Oligosakarida, Air dan Asid Benzoik.

Produk ini sesuai untuk semua peringkat umur memandangkan formulasinya dihasilkan menggunakan resepi tradisi dan juga teknologi tinggi. Bagi mereka yang mudah mendapat sejuk-sejuk badan terutamanya di bahagian kaki bagus untuk mengamalkan pengambilan Ecolite Boostick Concentrated Red Dates and Date Palm.

Oh ya! Kalau korang ada masalah muka sering kelihatan pucat, tidak bermaya boleh juga mengambil suplemen ini. Dengan mengamalkan suplemen ini boleh membantu menjadikan penampilan wajah korang lebih berseri-seri. Dan kurang masalah sembelit!

Rasanya masam-masam manis dan saya suka ambil terus tanpa perlu membancuh terlebih dahulu bersama air suam. Serius! Lepas ambil suplemen ini saya jarang mengalami masalah kaki kejang (cramp) terutama di waktu malam (sejuk dan hujan).

Ecolite Boostick Concentrated Wolfberry and White Chrysanthemum (buah goji dan kekwa segar)

Buah goji (wolfberry) dan kekwa sebenarnya sangat bagus untuk penglihatan. Dikenali sebagai super fruit dan dikatakan berganda-ganda khasiat vitamin C. Buah goji telah digunakan dalam perubatan sejak dulu lagi. Manakala bunga kekwa juga dikatakan boleh merawat sel badan. Saya sendiri kalau rasa nak demam suka amalkan minum teh chrysanthemum (kekwa), badan akan cepat menjadi lebih sejuk. 

Rasanya manis-manis dan saya memang menyukainya. Biarpun pati pekat tapi rasanya tetap sedap. Seperti umur saya yang semakin meningkat pastinya ada kesan sedikit terhadap penglihatan. Dengan mengamalkan Ecolite Boostick Concentrated Wolfberry and White Chrysanthemum (buah goji dan kekwa segar) sangat membantu saya dalam menjaga mata agar tidak menjadi kabur. Ini memandangkan kekerapan saya menggunakan komputer dan juga telefon bimbit setiap hari. Lepas saya mengamalkan suplemen ini memang jarang saya mengalami masalah keletihan mata.

Terdapat juga Sirap Glukosa, Air, Jus Pekat Prun, Pekat Delima, Madu Linden, Sirap Galacto Oligosakarida, Buah Koji, Kekwa, Perisa Kekwa sebagai perasa dan Asid Benzoik didalam formualsi suplemen ini.


Ecolite Boostick Concentrated Bird’s Nest and Pear (campuran sarang burung dan buah pir)
Sarang burung memang kita sedia maklum tentang kebaikannya. Ianya bukan sahaja bagus untuk kulit bahkan boleh meransang imun badan. Bagitu juga dengan buah pir yang tinggi dengan fiber dan air. Sangat bagus untuk penghadaman dan juga membantu untuk mengekalkan kesihatan badan.

Suplemen ini juga memberikan rasa manis dan saya dapat rasakan kemanisan buah epal yang agak ketara. Sedap semestinya. Sesuai untuk orang seperti saya yang suka berjaga malam kerana menyiapkan kerja. Sangat membantu dari segi kesihatan lung. Kita juga tidak akan mudah rasa letih setelah pengambilan suplemen ini. Serius! Korang kena cuba

Antara formulasi lain yang terdapat didalam suplemen seperti Sirap Glukosa, Peatan Lobak, Air, Madu Linden, Galacto Oligosakarida, Pear Cina, Sarang Burung, Halia, Lily Bulb, Tuckhoe, Buah Luo Han Guo, Akar Kudzu, Ubi Ophiopogon dan Asid Benzoik.


Pengambilan suplemen sememangnya sangat penting dalam membantu kita untuk hidup sihat dan ceria. Biarpun orang kata usia iatu hanyalah angka tapi kita haruslah menitik beratkan bukan sahaja soal kecantikan dari dalam bahkan kesihatan juga. 

Badan sihat, wajah berseri-seri sememangnya menjadi impian semua orang tidak kira lelaki mahupun wanita. Melalui pengambilan suplemen 3 jenis Ecolite Boostick ini dapat memenuhi gaya hidup aktif yang kita impilkan selama ini. Yerp! Bonus kelihatan awet muda juga :-) Disyorkan pengambilan 1-3 sachet dalam 1 hari.

Keterangan lanjut mengenai produk boleh layari:

Korang boleh dapatkan produk ini yang berharga RM38 di farmasi Guardian, Big Pharmacy, Healthlane Pharmacy yerp.

Cookies Vibe Menawarkan Biskut Raya Sedap dan Menggunakan Bahan Berkualiti Premium

$
0
0
Cookies Vibe Menawarkan Biskut Raya Sedap dan Menggunakan Bahan Berkualiti Premium- Sebagai penggemar cookies 'homemade'memang saya sentiasa mencari yang sedap dan menggunakan bahan-bahan berkualiti premium. Apabila saya diperkenalkan dan mencuba sendiri produk dari Cookies Vibe ternyata ianya memenuhi citarasa saya.

Cookies Vibe adalah produk keluaran bumiputera, 100% muslim dan dijamin HALAL pembuatannya daripada pemilihan bahan, pembuatan sehingga kepada pembungkusan. Menggunakan kekacang premium seperti badam (almond), gajus (cashew), pistachio dan juga hazelnut.

Setiap gigitan kita akan dapat nikmati rasa biskut yang cukup lemak dan sempurna ini kerana produk Cookies Vibe menggunakan jenama Anchor 100% pure butter yang diimport daripada New Zealand. Manakala untuk biskut coklat, Cookies Vibe telah memilih coklat daripada jenama Beryls yang sememangnya cukup terkenal sebagai pengeluar produk coklat terbaik di Malaysia. Memang setiap biskut kualitinya sentiasa dijaga dan paling penting tidak kedekut bahan.

Antara best seller adalah biskut tart nenas. Ini kerana ianya menggunakan bahan premium nenas yang segar dan terbaik. Selain itu moist fruit cake juga antara yang menjadi pilihan pelanggan tetap. Buahan kering yang banyak (tidak kedekut ya) diadun bersama pure butter dan pelbagai lagi ramuan terbaik menggunakan teknik dan resepi tersendiri.

Istimewanya untuk Koleksi Biskut Raya 2021, sebanyak lebih 35 jenis cookies dan snek yang ditawarkan. Antaranya seperti:-

Cornflakes Cookies (yang mengandungi cornflaes): 
  • Malatops Crispy
  • Ombak Rindu 
  • Cashew Butterscotch
  • Hazelnut Latte
  • Cornflakes Bites
  • Cashew Teacakes
Top 10 cookies premium dari Cookies Vibe: 
  • Ombak Rindu
  • Malatops Crispy
  • Chocolate Heaven
  • Nutty Basket
  • Almond Chocobar
  • Royale Cadbury
  • Black Pistachio
  • Hazelnut Latte
  • Velvet Ohana
  • Crispy Rainbow (Biskut Lidah Kucing)
Dan saya sendiri sudah mencuba 3 jenis biskut dan 1 snek ringgan dari Cookies Vibe. Memang sedap dan puas hati. Walaupun bukan untuk dinikmati pada hari raya, bagi saya sendiri biskut dari Cookies Vibe ini sesuai untuk dijadikan hidangan minum petang mahupun kudapan ketika waktu santai.

Cornflakes Bites

Didalamnya mempunyai 4 ramuan utama iaitu cornflakes, chocolate chips, badam dan white coklat. Sedap! Memang ranggup terutama apabila didalamnya mempunayi cornflakes.


Cashew Teacakes

Ini adalah kegemaran anak-anak saya. Antara ramuan utama biskut ini adalah kacang gajus (boleh lihat diatas biskut), badan, cornflakes dan juga coklat.


Black Pistachio

Siapa yang suka biskut coklat boleh cuba Black Pistachio. Ianya mempunyai 3 ramuan utama iaitu koko, pistachio dan juga white coklat.


Mini Popia Udang

Ini memang all time favourite. Kulit popiah mini ranggup bersama isi serunding udang didalamnya. Sedap. Menikmati mini popia udang membuatkan kita tidak akan perasan tiba-tiba sekejap sahaja sudah tinggal separuh balang.

Selain daripada mini popia udang terdapat juga mini rempeyek, mini samosa ayam, jagung pilus ori dan juga jagung pilus spicy.


Jom Tempah Biskut Dari Cookies Vibe

Senang sahaja cara nak buat tempahan, hanya ikuti seperti langkah dibawah:-
  1. Buat tempahan melalui melalui website : www.cookiesvibe.com (Penghantaran akan dibuat melalui pos atapun MrSpeedy - bagi kawasan Lembah Klang). Gunakan code: 10% untuk pembelian dan 5% commission akan dikira sebagai affiliate fees.
  2. Order memalui agen yang berdekatan dengan kawasan korang (#VibersFamily). Untuk memudahkan urusan pengambilan cookies nanti. Boleh buat preorder raya dan bayar secara ansuran. Menarikkan! 
  3. Pakej-pakej yang ada korang boleh lihat dari laman web dengan harga ditawarkan serendah RM55/ sebulan untuk 6 jenis cookies.
    Oh ya! Cookies Vibe dah ada agent di seluruh Malaysia, Singapura dan  Brunei.
    ** Cookies Vibe juga membuka peluang pada mereka yang berminat untuk menjadi agen di seluruh Malaysia. Dan ini adalah peluang untuk ketika menambah pendapatan. Caranga hanyalah mendaftar sebagai #VibersFamily di laman web www.cookiesvibe.com
  4. Boleh juga membuat pembelian terus di Showroom Cookies Vibe di: Tingkat 1, Flexis, One South, Seri Kembangan, Selangor. Waktu operasi: 10AM - 6 PM (Selasa - Sabtu)
Review dari saya


Keterangan lanjut:

Cookies Vibe , 
U1-19, FLEXIS, 
ONE SOUTH, 
SERI KEMBANGAN,
 43300 SELANGOR
Hotline: 011 65700101
Email: cookiesvibeinfo@gmail.com


Laman sosial media:
Instagram : www.instagram.com/cookiesvibe
Facebook: www.facebook.com/cookiesvibe
Twitter / Tik Tok: @cookiesvibe
Web: www.cookiesvibe.com


#CookiesVibe
#VibersFamily
#CookiesPremium2021
#Kuihraya2021

Sambal Nyet Berapi Dari Khairul Ming

$
0
0
Orang kata kalau ada 'penyelera' dalam hidangan. Masakan 'simple' pun boleh menambah nasi berkali-kali. Ini terutama bagi kita masyarakat Malaysia yang memang sukakan masakan pedas. Dan saya tidaklah terkecuali sama. Setiap kali menikmati hidangan memang mesti kena ada rasa pedas. Bila pedas barulah 'kick' gamaknya. Sebab itu apabila baru-baru ini insta famous dalam dunia masakan iaitu Khairul Ming melancarkan produk sambal nyet berapi, say aterus sambar 2 botol. Ikutkan hati nak jer borong banyak terus sebab harganya sangat berpatutan iaitu RM13.90 sebotol.

Dalam masa 1 jam rasanya terus sold out. Perghhh memang laris.

Bagus juga bila parcel ada nota-nota khas tentang makluman kerana lambat penghantaran stok etc Tapi sebenarnya bagi saya takdelah lambat. Just nice =) Dalam seminggu produk sampai, kira OKlah kan.

Khairul Ming menag jensi orang yang selmba, jujur dan kelakar. baca nota dari beliau pun kita dah suka, haha. Sebab jenis memang pengikut resepi beliau di IG jadinya kiranya macam idola hantar nota. Gitohh. Tapi serius korang! Kebanyakan resepi yang dikongsikan memang menjadi dan sedap.

Bubble wrap dia memang tebal giler. Puas Yara main picit-picit hah. Suka betholl.


Bahagian hadapan packaging. Simple dan kemas.

Ramuan bahan yang digunakan. Berserta isi kandungannya.

Penting ada tarikh luput. Jika dah buka memang kena simpan dalam peti ais.

Nampak cantikkan warna kemerahannya. Tapi serius korang memang sedap. Komposisi campuran setiap bahan itu memang ideal. Cukup rasa dan memang pedas. Lepas ni nak makan nasi ayam penyet boleh makan kat rumah jer, hiks.

Jenis yang kalau masak simple pun boleh layan dengan sambal nyet Khairul Ming ni. Goreng telur mata, goreng ikan atau ayam berulamkan timun. Perghh. Sebab saya memang jenis suka makan pedas. memang selalu ada stok sambal samada buat sendiri ataupun beli. Kiranya lepas ni bolehlah nak repeat balik order lagi. Sebab memang puas hati!

Korang nak beli boleh dapatkan di Shopee tau.

Produk JEBAT Khas Untuk Kaum Lelaki Oleh JAMU TUN TEJA

$
0
0
Produk JEBAT Khas Untuk Kaum Lelaki Oleh JAMU TUN TEJA- JEBAT jamu yang diformulasi khas sebagai ENERGY BOOSTER buat lelaki, pertama kali diperkenalkan oleh Jamu Tun Teja. Apatah zaman sekarang bukan kaum perempuan sahaja perlukan jamu bahkan kaum lelaki juga pun perlukan juga. 


Percayalah untuk mengekalkan kecergasan, energetik dan rasa bersemangat sepanjang hari bukanlah satu perkara yang mudah ya. Melalui pengambilan JEBAT, badan tidak akan mudah rasa letih dan lesu. Bahkan kaum lelaki pasti akan terJEBAT apabila dapat melihat kesan terhadap kulit menjadi lebih sihat.


Seperti yang kita maklum Jamu Tun Teja diperkenalkan pada tahun 2017. Cukup dikenali sebagai produk berasaskan Herba Terbaik di Malaysia yang berpusat di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Pengasas Jamu Tun Teja diasaskan oleh Hazira Azihan bt. Abd Wahab dan Syukri Hassan selaku Presiden Jamu Tun Teja.

Tercetusnya idea untuk menghasilkan JEBAT ini sebab selalu tengok Syuk, merangkap suami keletihan kalau kerja berterusan. Macam mana nak maju dalam business kalau tak kental. I sendiri ialah consumer tegar Jamu Tun Teja, 24jam ibarat “nothing to me”. I boleh kerja beterusan tanpa sempadan tapi kalau Syuk tak boleh nak kejar energy bekerja I, macam mana ? Oleh itu, terhasilnya JEBAT by JTT ini.
H
JEBAT adalah Minuman Tenaga yang dicipta khas untuk kaum lelaki. JEBAT mengandungi bahan-bahan Herba semula jadi seperti Tongkat Ali, Ginseng, dan Madu Asli. Di samping itu, JEBAT mempunyai manfaat yang baik, bertindak sebagai memberi tenaga tambahan untuk lelaki, mengurangkan bintik hitam dan putih di muka, membantu mengurangkan kesan gelap akibat sinaran matahari pada kulit dan membantu pelancaran usus yang sihat.



Hazira juga memberitahu tentang keunikan produk JEBAT ini berbanding produk di pasaran ialah JEBAT mengandungi 3 bahan utama yang sangat bagus untuk lelaki. Kos pembuatan dan formulasi agak tinggi, namun JTT sangat berpegang teguh dengan quality over produk yang hanya berlandaskan konsep Hit & Run.

Dari segi konsep, JEBAT sangat berhubung kait dengan jiwa, semangat kepahlawanan Kemelayuan demi memartabatkan Sejarah Nusantara. Walaupun kos pemasaran pembuatan video dan grafik agak tinggi untuk syarikat SME seperti JTT yang baru menapak di industri ini, kami tidak gentar untuk melawan arus.
Dari awal tahun lepas lagi I dah terbayang nama produk JEBAT tu memang zasss! Kenapa bukan TUAH, sebab JEBAT ni macam bad boy sikit ada aura dan karakter yang gagah.

Cabaran yang dihadapi semasa melaksanakan produk Jebat, Lelaki susah nak setuju bab-bab supplement ni, kalau bab kari gulai lain la. Bab supplement, nak buat too delicious, it will end up as cordial taste, nak buat too medicinal taste, pahit segala herba. Kaum lelaki tak mungkin berpegang pada Beauty is Pain. Perempuan lain, Perempuan gigih. Jadi akhirnya, the taste is amazingly good! Dan bukan cordial taste. Lelaki yang consume JEBAT ni je akan tahu manfaat JEBAT ni. Every single ingredient akan bagi hints in one sip!
I berharap agar JEBAT akan hit pada kali ini! I nak JEBAT diletakkan di Harrods!

Selain JEBAT, JTT juga telah menghasilkan produk lain yang dibuat khas untuk wanita. Antara produk JTT adalah Jamu Tun Teja, Ginseng Herbal Soap, Feminine Herbal Wash, MEKAR, Sutera Lip Serum dan Lip Glass, RATU Hair Series dan LAUT Spa Series.



Untuk maklumat lebih lanjut, sila hubungi Ms Mira at +60175173053 atau e-mel kepada jamutuntejahq@gmail.com

Demi Tuhan Yang Satu,
Demi Tanah Yang Dipijak!

Jom TerJEBAT!

Produk 'Energy Booster' kebanggaan Malaysia

Produk Mi Segera VIT’S di Pasaran Sah Halal Sejak 1980

$
0
0
Produk Mi Segera VIT’S di Pasaran Sah Halal Sejak 1980- VIT MAKANAN KUALA LUMPUR SDN BHD adalah syarikat pengeluar makanan berasaskan mi segera yang telah ditubuhkan sejak 1975. VIT’S merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah sejak 1980-an bernombor 1 001-01/2005. VIT’S menjelaskan bahawa produk VIT’S yang berada dipasaran adalah daripada pengeluaran dimana sijil halal masih dalam tempoh yang sah. Oleh itu, kami memberi jaminan bahawa produk yang berada dipasaran adalah memenuhi piawaian halal dan selamat untuk dimakan. Maka pengguna boleh terus mengguna produk kami tanpa ragu ragu.

Merujuk kepada isu yang tular di media sosial baru-baru ini, ingin kami jelaskan statusnya dengan lebih terperinci agar ianya tidak memberi tanggapan negatif atau menyebabkan pengguna muslim kami salah faham terhadap situasi sekarang.

 ulas En YT Lai selaku Pengarah Pembangunan VIT’S.


Pada September 2020 lalu, premis VIT’S telah dilawati oleh Inspektor dari Jabatan Halal Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk pemeriksaan berkala. Mereka telah mengutarakan isu-isu teknikal yang berkaitan dengan kebersihan di bahagian pemprosesan. VIT’S telah mengambil tindakan yang sewajarnya untuk penambahbaikkan terhadap isu-isu yang telah diutarakan oleh pihak JAIS dan sedang menunggu giliran untuk diinspeksi semula oleh JAIS.

Kami adalah salah satu daripada 300 syarikat yang menunggu giliran untuk diinspeksi. Kami akur dengan giliran yang ditetapkan memandangkan situasi pandemik yang membataskan jadual pegawai JAIS untuk membuat pemeriksaan buat masa ini
kata pegawai Halal VIT’S Puan Chumihati.

Terbaru pihak KPDNHEP telah melawat premis VIT’S pada 6 Januari 2021 dengan melakukan pemeriksaan dan memberi nasihat kepada VIT’S untuk tidak mengeluarkan produk pengeluaran bertarikh terkini ke pasaran sehingga mendapat kelulusan daripada JAIS.


Sebagai sebuah syarikat yang mempunyai lebih dari 50% jumlah pekerja berbangsa Melayu dan beragama Islam, VIT’S amat mementingkan piawaian HALAL yang mengutamakan faktor kebersihan. VIT’S juga telah bekerjasama dengan JAIS dan KPDNHEP untuk menyelesaikan isu ini dengan secepat mungkin. VIT’S memahami kepentingan keperluan Halal dan memandang serius terhadap perkara ini.



Orang ramai untuk berurusan terus kepada VIT’S untuk sebarang pertanyaan dan menggesa agar menghentikan penyebaran sebarang maklumat palsu yang boleh mengundang kepada salah faham.Segala status terkini akan kami maklumkan di portal rasmi di www.vitsnoodles.com.my. Segala maklumbalas boleh di usulkan kebahagian komunikasi pemasaran melalui e-mel syazwany@vit.com.my kepada Puan Nor Syazwany.

#vitsnoodles #vitsinstantnoodles #instantnoodlerawang #vitsitalianmigoreng


Kediaman Hessa Presint 7 di Tiara Sendayan Menjadi Pilihan Untuk Keselesan dan Ketenangan

$
0
0
Tiara Sendayan, seindah nama begitulah dengan kawasan perumahan yang telah dibangunkan oleh pemaju Matrix Concepts Holdings Bhd. Persekitaran yang sangat cantik penuh kehijauan yang benar-benar memberi ketenangan. Jauh dari kesibukan kota, hutan batu yang sarat dengan kesibukan dunia. Apa yang kita mahukan setiap kali penat balik kerja, kita perlukan rumah yang selesa untuk berehat bersama keluarga. Sesuai dengan tagline Tiara Sendayan itu sendiri "Home Sweet Home".


Mula dilancarkan pada tahun 2017, hampir ke semua rumah di dalam presint di Tiara Sendayan habis dijual dan kini sedang membuka jualan untuk Presint 7, Hessa. Untuk pengetahuan semua Tiara Sendayan meliputi kawasan seluas 295 ekar yang dibahagikan kepada sembilan presint termasuk premis komersial. Lokasinya juga agak strategik iaitu bersebelahan Bandar Sri Sendayan, Seremban.
Nah! Tidak hairanlah Tiara Sendayan dibangunkan di kawasan yang dikelilingi pelbagai kemudahan tersedia.

Antara kemudahan awam seperti sekolah untuk anak-anak samada sekolah rendah mahupun menengah, Klinik Kesihatan Sendayan dan Masjid Sri Sendayan. Apa yang menarik kesemua kemudahan tersebut berada pada jarak tujuh kilometer dan kurang daripada itu.


Di Tiara Sendayan, kemudahan tersendiri telah tersedia seperti pusat hab komersial, Food Bazaar, pam minyak dan Central Park. Dibina seluas 12 ekar, Central Park dilengkapi dengan gelanggang futsal dan bola keranjang, taman permainan kanak- kanak, trek joging serta rumah pokok. Dengan adanya tasik dan kawasan lapang kehijauan menjadikan kawasan ini cantik untuk sesi fotografi. Bahkan pelbagai
aktiviti boleh dilakukan bersama keluarga seperti bermain, berpiknik, jogging, berbasikal, laluan jalan kaki untuk kesihatan (refleksilogi track) dan sebagainya.

Kesemua fasiliti dan kemudahan yang disediakan di Tiara Sendayan benar-benar menyokong gaya hidup yang sihat. Persekitaran kondusif, cantik dengan fasiliti yang hebat antara tarikan utama pada mereka yang mencari kediaman yang sangat selesa memenuhi citarasa masyarakat hari ini.


Hessa Presint7 Tiara Sendayan Dibuka Untuk Jualan
Untuk Tahun 2021, Tiara Sendayan telah membuka jualan kediaman Hessa di presint 7. Ini merupakan projek kediaman yang kelapan dibina sebanyak 254 unit rumah teres dua tingkat (Double Storey Link Homes).

Pembangunan Hessa ditawarkan dengan harga yang berpatutan iaitu bermula dari RM485,999 dengan keluasan binaan dari 2,156 kaki persegi. Apa yang menarik rumah ini mempunyai 4 bilik tidur dan 3 bilik air. Cukup luas dan selesa! Bagi mereka yang memiliki keluarga mahupun masih bujang yang suka mempunyai ruang besar didalam rumah pasti inginkan kediaman Hessa.


Hessa memperkenalkan rekabentuk rumah moden didalam kawasan kejiranan yang ideal dan kondusif. Dengan keluasan 12 ekar menempatkan fasiliti di Central Park dan Tiara Biz (kedai gaya hidup) memberi kemudahan kepada penduduk di kawasan kediaman fasa Hessa.




Untuk keterangan lanjut boleh hubungi di talian 1-800-88-2688
Layari laman web www.tiarasendayan.com

#MatrixConcepts
#TiaraSendayan
#HESSA
#HomeSweetHome
#SelfSustainingTownship
#AHomeforWellBeing
#AHomeforWellLiving

Tribhanga - Tedhi Medhi Crazy | Pendapat Peribadi Saya Tentang Filem Ini

$
0
0
Tayangan filem hindustan terbaru Tribhanga - Tedhi Medhi Crazy di Netflix pastinya memberi keterujaan kepada semua peminat Kajol di seluruh dunia. Selain daripada primadona Hindustan Kajol, filem ini turut dibintangi oleh Tanvi Azmi, Mithila Palkar dan ramai lagi.

Kisah mengenai 3 generasi wanita dari satu keluarga- Nayan, Anu dan juga Masya. Masing-masing ada ceritanya yang tersendiri. Karektor ala antigonis bagi saya adalah watak yang dibawakan oleh Kajol, Anu. Bagi saya cerita ini agak berat. Walapun tak perlu fikir out of the box tetapi penyampaian cerita memang berat lebih sesuai tontonan golongan dewasa.

Biasanya kalau filem hindustan kita selalu dimomokkan dengan happy happy moments tapi untuk filem Tribhanga memang sarat dengan perkara sedih dan tekanan sepanjang jalan cerita. Tetapi sebagai wanita, ibu dan anak perempuan saya seperti menyelami apa yang dirasakan oleh Nayan, Anu dan juga Masya.

Pada awal cerita saya begitu marah dengan Anu. Karektornya yang sangat panas baran, suka mencarut dan tidak pernah mengambil kisah tentang perasaan orang lain termasuklah ibunya sendiri. Tapi bila plot cerita lama-lama ianya membawa balik kenapa Anu bersikap seperti itu. Dan siapakah Nayan dan bagaimana beliau menyesali setiap perbuatannya pada masa lampau membuatkan kita akan berfikir, "Siapalah kita untuk mengadili kehidupan orang lain"


Saya juga agak terkesan apabila Anu telah dirogol oleh bapa tirinya yang baru (ke kekasih Nayan) ketika beliau berumur 13 tahun. Dan kesan daripada peristiwa itu beliau menjadi pemberontak dan tidak pernah ada rasa mahu komited dengan perkahwinan bersama mana-mana lelaki. Bagitu juga keadaannya apabila Anu dan adiknya Robindro di sekolah rendah. Apabila ibunya menukarkan nama keluarga kepada nama ibunya iaitu Apte menyebabkan Anu diejek serta dipersendakan di sekolah termasuklah gurunya sendiri. Melihat babak ini saya dapat merasakan betapa Nayan begitu selfish dan ada juga guru yang bersikap seperti kebudakkan . Geram sangat. Tambah pula ayah Anu dan Robindro selepas bercerai dengan ibunya langsung tidak tanya khabar tentang anak-anaknya. Lagilah rasa geram membara.


Masya pula adalah anak hasil hubungan lampau Anu bersama Dimitri (warga Rusia). Seorang anak yang baik dan taat pada ibunya. Memilih untuk berumahtangga dengan lelaki yang dicintainya tetapi datang dari keluarga konservatif. Seperti hidupnya terkongkong tetapi Masya inginkan kehidupannya seperti itu kerana mahu memiliki keluarga yang sempurna ada ibu, ayah dan anak.


Watak Milan (penulis buku autobiografi Nayan) dan Robindro (adik Anu) menguatkan jalan cerita konflik 3 wanita dari 3 generasi ini. Milan dan Robindro bagi saya adalah 2 watak lelaki yang baik. Robindro yang bergelar sami bagi mengejar kedamaian dalam hidup manakala Milan lelaki (pelajar yang sedang buat Phd) yang polos dan sangat menghargai dan memahami Nayan penulis idolanya sekian lama.


Ending agak sedih tetapi bagi saya garapan cerita dari awal sehingga akhir kemas dan menarik. Tidak seperti tipikal filem hindustan sebelum ini yang mana banyak lagu dan tarian yang dipertonjolkan. Cumanya kita kena banyak bersabar dengan dialog bersahaja yang dilontorkan oleh Anu (Kajol).. F* tutt F** banyak kali, erkk berkali-kali.


Lakonan pelakon semua mantap terutama Kajol. Outstanding! 

Filem yang mana antara penerbitnya adalah Ajay Devgan (suami Kajol) ini sememangnya cukup menghiburkan untuk pembukaan tahun 2021.


Btw maksud Tribhanga  adalah sejenis posisi yang ditampilkan dalam tarian tradisional dan klasik India iaitu Odissi.

Jangan lupa tonton guys di Netflix!

Produk Kesihatan EGREENBEANS | Meal For Thee, UpFi'r dan Wellone

$
0
0
egreenbeans atau singkatannya EGB sebuah syarikat atas talian yang menawarkan pelbagai produk kesihatan sejak 2018 telah melancarkan satu produk kesihatan terbaru yang dikenali sebagai GREENS. Antara 3 produk dibawah GREENS seperti 

  • Meal For Thee - Protein Enrichment Drink
  • UpFi'r – Beauty Drink 
  • Wellone- Immune Booster Drink.

Suplemen dan pemakanan sihat ini telah mendapat kelulusan daripada Makanan Selamat
Tanggungjawab Industri (MeSTI) yang mana syarikat telah mematuhi semua aspek dibawah Food Hygiene Regulations 2009 Malaysia. Selain itu produk ini juga telah mendapat pensijilan daripada Good Manufacturing Practice (GMP) yang mana telah mematuhi pembuatan yang diiktiraf dibawah  Food and Drug Administration’s (FDA).


GREENS Wellone- Immune Booster Drink

GREENS Wellone adalah minuman harian yang sangat disyorkan diambil setiap pagi mahupun dikala ketika ketika berada didalam tidak sihat yang mungkin disebabkan oleh cuaca,  jangkitan virus dan sebagainya. Contohnya penting pengambilannya ketika mengalami batuk, flu, sakit tekak mahupun sinus. 

Ini terutama sekarang ini  di musim pandemik, badan kita sebenarnya akan mudah terdedah dengan penyakit disebabkan oleh virus dan sebagainya. Jadi bagi memastikan badan saya cukup kuat dengan imuniti didalamnya. Saya telah mengambil  GREENS Wellone sebagai minuman/suplemen harian.


GREENS Wellone kaya dengan ramuan anti oksida daripada Elderberries dan ianya hasil formulasi yang cukup istimewa bersama Echinacea iaitu herba tradisi yang membantu dalam merawat (healing). Selain itu menurut kajian produk ini juga boleh menyokong imuniti badan agar kekal sihat.

Dengan formulasi 100% dari bahan semulajadi, GREENS Wellone boleh membantu badan kita untuk melawan jangkitan. Nah! Tidak hairanlah GREENS Wellone membantu saya untuk tidak mudah jatuh sakit terutama flu! Ini kerana saya mempunyai masalah sinus yang agak teruk.

Keterangan lebih lanjut mengenai produk boleh layari:-

https://egreenbeans.com.my/product/wellone-immune-booster-drink/



GREENS Meal For Thee - Protein Enrichment Drink 


Untuk mengurangkan berat badan adalah sangat disyorkan untuk mengambil GREENS Meal For Thee. Pengambilan minuman ini sangat digalakkan selepas bersenam/beriadah (workout) dan juga ketika waktu bekerja. GREENS Meal For Thee ini juga sangat bagus untuk sistem penghadaman. Ini kerana bahan utamanya merupakan Pea Protein Isolate dan Soy Protein Isolate yang merupakan protein yang cepat dihadam.


Produk ini juga bebas laktosa. Paling penting serbuk organik soya ini sarat dengan fiber dan sesuai untuk mereka yang hanya makan sayur (vegan). Dengan hanya pengambilan 2 minggu sahaja kita akan rasa dapat lihat perbezaannya. Badan menjadi lebih ringan dan membantu perut menjadi kempis. Tidak hairanlah kita mudah kenyang dan ini semenagnya makanan diet yang sihat. Minuman kesihatan ini mempunyai rasa pisang yerp.


Keterangan lanjut mengenai produk boleh layari:
https://egreenbeans.com.my/product/meal-for-thee-protein-enrichment-drink/



GREENS UpFi'r – Beauty Drink 



Untuk meremajakan kulit, korang boleh cuba minuman kesihatan ini. Ianya dapat menjadikan kulit lebih cerah dan sekata,. Apa yang menarik ianya dapat membantu memberikan kecantikan dari dalam diri. 


Dihasilkan daripada 100% bahan semulajadi iaitu: -
•Marine Collagen - RMampu meremajakan kulit dengan mengekalkan awet muda serta hidrasi.
•Pomegranate Fruit -Sememangnya kaya dengan kebaikan anti oksida dan juga vitamin C yang dapat membantu mencerahkan kulit.
•Pueraria Mirifica - Sumber dari tumbuhan semulajadi iaitu phytoestrogen dapat menegangkan dan mengekalkan bentuk badan (lebih slim)


Keterangan lanjut boleh layari:


Pembelian Produk


Untuk membuat pembelian produk-produk EGREENBEANS (EGB) boleh layari:-
Shopee - https://shopee.com.my/egreenbeans 


#EGBMalaysia 
#EGreenBeansMY 
#100%Natural 
#BoostConfidence 
#GREENS 

Ceralaz Pencuci Wanita Membantu Menjaga, Membersih dan Memberi Kesegaran Miss V

$
0
0
Ceralaz Pencuci Wanita Membantu Menjaga, Membersih dan Memberi Kesegaran Miss V- Sebagai wanita kita memang kena mengambil berat terutama dalam penjagaan dan kebersihan diri terutama di bahagian miss V. Ini kerana ianya adalah aset sangat penting buat wanita. Apabila rasa selesa sepanjang hari, secara tidak langsung kita akan lebih yakin dan percaya diri. 


Kenalkan CERALAZ produk Pencuci Wanita yang harus dimiliki oleh setiap wanita. Diformulasi daripada bahan semulajadi seperti daun sireh, kacip Fatimah dan manjakani yang sememangnya kaya dengan khasiatnya yang tersendiri. Anatara kebaikannya seperti:-

Gambar dari Google

  • Daun sireh: Dapat menangani masalah keputihan, menghilangkan bau, gatal-gatal atau jangkitan bakteria.
  • Kacip fatimah: Mengandungi Fitoestrogen (phytoestrogen) yang dapat menyembuhkan saluran pembiakan, dinding faraj dan tisu faraj. Oh ya! Ianya juga menjadikan faraj lebih kuat dan ketat.
  • Manjakani: Boleh mencegah bau yang kurang senang di bahagin miss v, membersihkan bakteria di kawasan organ intim wanita. Khasiatnya sangat bagus untuk mengatasi keputihan. 

Ekstrak tumbuhan terpilih ini sesuai untuk penjagaan dalaman wanita disamping dapat menjaga kelembutan dan  melindungi bahagian intim wanita. Paling menyeronokkan ianya dapat membantu wanita kekal bersih sepanjang hari. Feeling fresh!


Apatah lagi pH Ceralaz adalah 4.5, jadi ianya sesuai digunakan sebagai pencuci untuk bahagian yang sensitif. Produk ini bukan hanya boleh digunakan golongan dewasa sahaja bahkan seawal anak gadis yang sudah datang bulan harus mula menggunakannya. Pencuci ini boleh digunakan bukan sahaja ketika waktu datang bulan bahkan di hari biasa juga.


Dengan tekstur buih yang lembut dapat membantu memelihara, melembutkan dan mencerahkan tona kulit terutamanya di bahagian pangkal paha. Manakala bahagian intim kita pasti akan sentiasa bersih, bau yang menyenangkan dan sihat. Nah! Menjaga kebersihan bukankah asas kepada kesihatan diri. Pembungkusan Ceralaz yang sangat praktikal menjadikannya ianya mudah untuk dibawa kemana sahaja.


Lebih yakin dengan Ceralaz sepanjang hari,
Meningkatkan lagi pesona dalam diri :-)

Ceralaz Pencuci Wanita ditawarkan pada harga RM49.90 sahaja. Bagi mereka yang berminat untuk menjadi ejen dan stokist untuk menjana pendapatan bolehlah hubungi pihak Ceralaz.

 👉http://wasap.my/60108223202 

Keterangan lanjut mengenai produk, boleh layari laman sosial media Ceralaz :-

Inovasi Laman Web Myra Membantu Proses Pemilikan Hartanah (Rumah) Dengan Mudah dan Efisien

$
0
0
Inovasi Laman Web Myra Membantu Proses Pemilikan Hartanah (Rumah) Dengan Mudah dan Efisien- Memiliki hartanah (rumah) sememangnya  menjadi impian setiap orang. Samada untuk diduduki sendiri mahupun disewakan ianya adalah satu pelaburan yang bagus untuk jangka masa yang panjang. Antara faktor yang diambil kira selain daripada lokasi, rekabentuk bangunan, fasiliti dan harga rumah, proses pembelian juga memainkan peranan dalam penentuan pembelian. 

Dan tidak tidak dinafikan industri hartanah sehingga hari ini masih melalui proses yang agak kompleks dalam pembelian hartanah. Ini menyukarkan pembeli terutama bagi mereka yang pertama kali membeli dalam menguruskan dokumen, membuat penilaian dan pentaksiran serta paling ketara masa yang perlu diperuntukkan agak lama. 

Untuk informasi bersama dari penyelidikan dilakukan didapati;
65% adalah pembeli baru, manakala 30% dan lebih adalah pembeli ulangan (pernah membeli rumah)

Laman Web Myra (Myra's Homebuying Hub )


Atas kesedaran tentang masalah ini, platform digital baru - aplikasi web tempahan rumah, Myra's Homebuying Hub telah diperkenalkan pada tahun 2017. Ini adalah sebagai salah satu solusi dalam era baru dalam proses mendapat pemilikan dan pembelian hartanah tanpa perlu menggunakan cara konvensional yang leceh dan mengambil masa.


Pengenalan laman web Myra adalah sebenarnya untuk membantu bakal pembeli dalam urusan membuat pemilikan kediaman lebih jelas, mudah dan menyeronokkan. Untuk pengetahuan semua, sehingga kini di bawah laman web Myra terdapat 8 projek dan akan bertambah lagi pada masa akan datang. 

Myra Alam di Puncak Alam

Myra Garden di Kundang

Hanya 4 langkah mudah dan ini sangat membantu pembeli rumah terutama yang pertama kali berminat untuk mendapatkan hartanah sendiri. Melalui Myra, pembeli akan:-
  1. Menerima perkongsian informasi pra-pembelian sebelum keputusan pemilihan hartanah dibuat.Contoh dokumen yang perlu diserahkan dan sebagainya.
  2. Dijelaskan tentang kebolehan kewangan dan bayaran pinjaman mengikut kesesuaian serta kelayakan.
  3. Mendapat nasihat tentang perjanjian secara sah (legal) dan menandatangani kontrak.
  4. Diberitahu perkara yang apa perlu dilakukan setelah permohonan pembeli berjaya.


Menurut Wendy Lim,Pengurus Besar Myra, 
We started with what we could with the website, a simplified fun 4-step journey that summarizes the entire homeownership journey into layman terms. After receiving positive responses, we began to think more about how we could improve the entire experience for a young homebuyer.

Bagaimana Myra Membantu Pembeli Membeli Hartanah (Rumah)

Tidak dinafikan proses pembelian hartanah adalah agak rumit dan kompleks terutama buat mereka yang pertama kali membeli rumah. Apatah lagi dengan terma-terma perundangan yang digunakan seperti JMB (Joint Management Body), DLP (Defects Liability Period) dan pelbagai lagi adalah sesuatu yang agak baru. Begitu juga dengan dokumen yang perlu diserahkan dan disediakan sememangnya agak banyak. 

Antara paparan maklumat di laman web yang perlu diisi oleh bakal pembeli adalah seperti dibawah. Ini sebenarnya adalah proses pembelian rumah. Namun dengan Myra semuanya dapat disediakan hanya di hujung jari. Sangat mudah, selesa dan praktikal.

Maklumat pembeli

Pembeli dengan mudah dapat memuat naik dokumen ke folder profile peribadi di aplikasi. Ini membolehkan Myra membuat penyemakan sekaligus membantu membuat penyerahan dokumen. Aplikasi ini juga berfungsi sebagai portal untuk mengemas kini maklumat tempahan pembeli.

Muatnaik dokumen yang diperlukan


DSR Tool Tip

DSR (Debt Service Ratio)

Melalui laman web Myra, pembeli dapat menilai status kewangan sedia ada melalui kalkulator dalam talian. Ini terutama bagi mengenalpasti kelayakan pinjaman bank serta membuat kiraan ansuran pembayaran balik bulanan.

Kalkulator Pembayaran Pinjaman

Pembeli rumah juga akan mempertimbangkan kadar (interest) yang bakal dikenakan. 

*Jika cara konvensional ianya akan dilakukan secara manual dan ditulis di atas sehelai kertas. Sekiranya pembeli rumah terhilangkan kertas ini maka mereka tidak  akan dapat mengingat kembali pengiraan penting ini.

Dokumen Myra

Kaedah konvensional pembelian rumah memerlukan bakal pembeli mengumpulkan dokumen bagi tujuan permohonan pinjaman. Proses manual ini memerlukan ramai pihak yang terlibat. Adakalanya pembeli perlu membuat lawatan peribadi ke pejabat pemaju bagi penghantaran dokumen seperti penyata KWSP, borang EA, cukai pendapatan dan banyak lagi.

Bagi pembeli rumah pertama kali pasti terasa beban dengan perlu menghadap begitu banyak dokumen yang perlu disediakan. Jadi dengan adanya Myra, memudahkan kedua-dua pihak melalui penyelarasan secara digital. Ini termasuklah pemberian resit rasmi semasa pembayaran dibuat secara atas talian.

.
Maklumat Pembayaran Lain

Pembeli rumah boleh membuat rujukan dengan  mudah untuk sebarang dokumen yang perlu mereka lengkapkan ketika membuat tempahan. Pada masa yang sama, bakal pembeli rumah ini juga akan menerima bantuan dan tunjuk ajar daripada pasukan Myra sehinggalah mereka berjaya memiliki rumah tersebut.

Maklumat Pembayaran Lain

Segala proses pembelian rumah kediaman di Myra, boleh disemak dan dirujuk pada bila-bila masa sahaja. Ini kerana setiap bakal pembeli akan menerima salinan digital untuk semua dokumen yang diperlukan. Samada mereka bersetuju membeli atau tidak, bahkan mereka (pembeli) boleh merujuk kembali sekiranya berminat untuk mempertimbangkan semula pembelian rumah di Myra pada masa hadapan. 



Melalui garis panduan yang disediakan oleh Myra, pembeli sendiri dapat belajar dan memahami proses pembelian rumah dengan lebih jelas. 

Tambah Wendy;
We want to build an entire Myra-ecosystem that every single individual who wishes to be a homebuyer, to look into anything related to homes or homebuying would come to. The booking app might be one of our first innovations, but it certainly would not be our last.



Myra's Homebuying Hub telah dilancarkan pada Januari 2021 bagi tujuan mengumpul, menyimpan dan mengendalikan peribadi maklumat individu mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ("PDPA") dan turut memperolehi Sijil SSL bagi tujuan memastikan keselamatan privasi setiap pengguna aplikasi. Untuk maklumat lebih lanjut boleh lawati laman web www.myra.com.my.

Sosial media:

Ong Sana Ong Sini pada Tahun Baru Cina ini bersama Tesco Super Brand Day di Shopee

$
0
0
Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd kembali dengan lebih banyak tawaran istimewa pada Tahun Baru Cina (CNY) ini untuk Super Brand Day (SBD) di platform e-dagang Shopee. Dari 27 hingga 29 Januari, pasar raya besar tersebut akan menawarkan promosi hebat bagi rakyat Malaysia untuk pelbagai produk termasuk daripada kategori Kelengkapan Rumah dan Kediaman serta Kesihatan dan Kecantikan, di samping peraduan Belanja & Menang yang menarik untuk musim perayaan yang menjimatkan namun tetap meriah.

Di Tesco, kami percaya bahawa Setiap Bantuan Bermakna, terutamanya dalam waktu yang mencabar seperti ini. Di Tesco, kami sentiasa berusaha untuk memberi nilai yang lebih hebat kepada keperluan pelanggan kami melalui cara yang terbaik. Menerusi kerjasama SBD ini dengan Shopee, para pelanggan kini dapat membeli barangan keperluan harian dan juga barangan perayaan melalui rangkaian produk kami yang luas di platform Shopee.
kata Pengarah Bukan Makanan dan Pelbagai Saluran, Janice Chan.


Satu aspek mengenai SBD ini yang kami paling gemari ialah Tawaran Waktu Terhad, di mana para pengguna dapat menikmati penjimatan yang lebih lagi. Kami mencadangkan agar anda tetapkan peringatan untuk tawaran ini kerana anda pasti tidak mahu melepaskannya
tambah Chan.

Kedai rasmi Tesco di Shopee kini menawarkan lebih daripada 4,000 barangan. Antara produk yang popular termasuk hamper CNY 2021, minuman tin, lampin serta rangkaian Fred & Flo dari Tesco sendiri dan juga susu tepung. Perkakas dapur seperti Tesco Stainless Steel Steamer, ketuhar gelombang mikro dan periuk nasi juga boleh didapati; manakala barangan yang bersaiz lebih besar seperti kolam renang untuk kegunaan rumah dan meja jamuan juga dijual. Kedai tersebut turut mempunyai banyak produk Tesco Own Brand yang amat digemari, hasil kualiti yang baik yang dipadankan bersama harga berpatutan untuk pelanggan.

Tesco SBD juga akan menampilkan tawaran Ox-Some Huat Deals, dengan potongan harga hingga 35 peratus pada Barangan Runcit serta Kelengkapan Rumah dan Kediaman pada 27 Januari, diikuti potongan harga hingga 25 peratus pada produk-produk daripada kategori Bayi dan Mainan serta Kesihatan dan Kecantikan pada 28 Januari.

Pada 29 Januari, jualan Tesco CNY Fire-Cracking Sale akan diadakan dan membawa Ong Sana Ong Sini dengan potongan harga hingga 50 peratus pada barangan daripada kesemua kategori ini dan banyak lagi! Tarikh ini juga akan menyaksikan Tawaran Waktu Terhad disajikan di mana para pengguna dapat menikmati Tawaran Harga Terendah yang sungguh menarik dari pukul 12 tengah malam hingga 2 pagi, 12 tengah hari hingga 2 petang dan 8 malam hingga 12 tengah malam.

Bukan itu sahaja berita baik yang menanti para pembeli Tesco di Shopee. Dalam peraduan Belanja & Menang, pengguna yang berbelanja sebanyak RM188 dalam satu pembayaran semasa tempoh kempen ini berpeluang memenangi hadiah bernilai hingga RM4,000.

Tambahan pula, ciri baharu Group Buy membolehkan para pengguna membeli barangan terpilih dengan harga yang lebih rendah apabila mereka membeli secara bersama-sama dalam satu kumpulan. Selain itu, pulangan tunai syiling Shopee dan baucar diskaun Shopee turut dapat dinikmati pembeli.

Tesco SBD ini adalah sebahagian daripada Shopee 2.2 Jualan Tahun Baru Cina di mana pengguna yang mengunjungi platform tersebut bakal menikmati baucar diskaun 88 peratus setiap hari, penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM10 serta tawaran berharga hanya lapan sen. Kempen ini juga menyajikan hiburan kepada pengguna termasuk Shopee Fortune Box bernilai RM8,888 setiap hari dengan hadiah wang tunai untuk dimenangi.

Untuk menikmati tawaran eksklusif Tesco, layari https://shopee.com.my/tesco.fbs. Untuk pembayaran lebih lancar sepanjang SBD ini, tambah nilai dan bayar dengan ShopeePay.

Lapan Perkara Yang Anda Tidak Tahu Tentang Di Sebalik Tabir Pembikinan Filem THE WITCHES, Karya Roald Dahl

$
0
0
Karya Roald Dahl The Witches, diimaginasikan semula dengan penuh kasih sayang untuk layar skrin, membawa kita kepada kisah Hero Boy yang berhati baik dalam usahanya untuk mengatasi ahli sihir jahat, dengan bantuan neneknya dan beberapa tikus yang ramah! Filem tersebut akan debut di Malaysia secara eksklusif di HBO GO dan Astro On Demand pada Jumaat, 29 Januari untuk para peminat bagi menikmati tontonan mengikut keselesaan di rumah masing-masing.


Berikut adalah di sebalik tabir apa yang diperlukan untuk melahirkan visual filem mahakarya ini!

#1. Pesona Vintaj

Vintage.jpg


Filem ini membawa penonton kembali ke zaman yang lebih sederhana pada tahun 1960-an, jauh sebelum kehadiran telefon bimbit dan alat digital yang mengganggu. Biarpun lokasi asalnya dipindahkan dari latar Eropah ke Alabama di AS, nada nostalgia buku dicapai dengan cetakan bunga yang indah pada gaun nenek, peralatan dapur yang diperoleh hampir semuanya dari Selatan Amerika Syarikat dan kedai sudut dengan persediaan lengkapnya makanan asli dan barangan rumah, termasuk 300 obor tempoh dari pengumpul peribadi. Mereka begitu berjaya sehingga Octavia Spencer aka Nenek mengatakan itu mengingatkannya akan rumah neneknya sendiri!


#2. Senibina Dunia Lama

2.jpg


Gaya antebellum dengan keagungan Selatan yang berani dipaparkan di Grand Orleans Imperial Island Hotel di mana sebahagian besar ceritanya dibentangkan, dengan tiang besar, balkoni besar, asrama dan gerbang. Untuk suite bilik tidur Grand High Witch, tebaran damask merah jambu yang mewah, cermin berlapis emas dan lampu dinding yang besar membangkitkan rasa mewah royalti Eropah.


#3. Gaya Fesyen Ikonik
3.jpg


Berpakaian kemas dan glamor, para ahli sihir memang tampil menawan, tanpa satu ketuat kelihatan. Secara semula jadi, Anne Hathaway dalam peranan Grand High Witch mengetuai kumpulan ahli sihir dengan rambut persis sarang lebahnya, solekan mata yang tebal dan bibir merah. Penampilannya memberi penghormatan kepada ikon fesyen tahun 1960-an, seperti Jackie O, Marilyn Monroe dan supermodel Sweden-Jerman Nena von Schlebrügge.

Begitu juga dengan ahli sihir yang lain digayakan dengan sarung tangan yang elegan, pakaian yang anggun dan kasut yang berpadan bersama rambut yang digayakan dengan sempurna. Kesemuanya terdedah oleh kerana seorang anak lelaki dan neneknya - kini kita tahu apa yang disembunyikan dalam almari pakaian yang glamor itu!


#4. Kuasa prostetik

4.jpg


Untuk mencapai semua penampilan dramatik seperti cakaran untuk jari, kaki tidak berjari, rambut yang tidak realistik ini, pembikin filem mendapatkan bantuan pakar! Pasukan prostetik bertanggungjawab untuk membuat dan mengatur berbagai penampilan dan pakaian agar sesuai dengan peningkatan rancangan jahat Grand High Witch. Sebanyak enam penampilan berbeza dibuat hanya untuk watak Hathaway, yang merangkumi 17 topi botak, 22 pasang “back of hands”, 198 sambungan jari dan lapan pasang kaki. Dan itu hanya untuknya! Untuk melengkapkan penampilan bagi semua 50 penyihir, jumlah akhir mencapai 62 penutup botak, 20 pasang kaki, 80 prostetik belakang tangan dan 350 sambungan jari!

Fun Fakta: Sambungan jari acap kali tergelincir dari jari pelakon semasa produksi, dengan sebahagian daripadanya muncul di tempat yang paling tidak terbiasa!


#5. Kecantikan luar dan dalaman

5.jpg


Dalam karya-karyanya, Roald Dahl sering menghubungkan kaitan antara kecantikan dalaman dan luaran seseorang, dan tidak menghairankan bahawa hal ini juga berlaku dalam gambaran ahli sihir. Walaupun mereka semua kelihatan sangat cantik, mereka menyembunyikan kegelapan dalam hati dan untuk mencerminkan kegelapan dan kejahatan Grand High Witch, penampilan awalnya yang glamor secara beransur-ansur menjadi lebih gelap dan lebih gelap. Malah rambutnya, yang berdasarkan gaya sikat belakang yang melampau, menampakkan tanduk jika dilihat dari sisi! Seperti kata Nenek, “Evil. There’s no other way to describe them. Pure, unvarnished evil. That’s what witches are.”


Fun Fact: Anne Hathaway, yang memainkan peranan Grand High Witch, dibesarkan membaca buku Roald Dahl dan suka bagaimana penulis itu menghormati perasaan anak-anak. Dia memainkan peranannya dengan sugguh baik sehingga anak-anak pasti merasa sangat ketakutan dengan peranan tersebut!



#6. Kerumitan Pandemik

6.jpg

Kristin Chenoweth, yang memainkan karakter tikus Daisy, menjalani perintah berkurung di New York City ketika penggambaran sedang berlangsung. Oleh kerana dia tidak dapat berada di lokasi penggambaran, teman lelakinya membantunya mengubah almari di rumah menjadi studio, dengan komputer, tablet dan telefon bimbitnya sehingga mampu menghubungkannya dengan pengarah, penerbit dan animator. Ini membolehkan mereka dapat membincangkan wataknya dan bagaimana dia akan menghidupkan Daisy, agar para animator dapat relialisasikan watak tersebut di dalam lukisan mereka.


#7. “Dos theez sound rhight?”

7.jpg


Pada asalnya, Grand High Witch seharusnya memiliki loghat Skandinavia tetapi Hathaway merasa sangat sukar untuk menjadikan watak ini menakutkan sambil memberikan tona yang ringan dan bermusikal. Sebagai gantinya, dia menemui loghat Old Norse, yang dapat mencatat not yang tepat serta kedengaran menakutkan dan dramatis. Rakan-rakan pelakonnya menyukainya, di mana Stanley Tucci menganggapnya sangat menghiburkan.


#8. Kawan Baik Dalam dan Luar Penggambaran

8.jpg



Tidak seperti apa yang difikirkan oleh ahli sihir - bahawa semua kanak-kanak harus diubah menjadi tikus dan dibasmi - Jahzir Bruno dan Codie Lei Eastick menunjukkan contoh yang terbaik untuk kanak-kanak apabila mereka berdua menjadi kawan sangat dengan pantas! Selain menghadiri pelajaran bersama, mereka juga melepak pada waktu malam selepas setiap hari penggambaran berakhir.

Muat naik aplikasi HBO GO dari App Store atau Play Store melalui peranti anda atau akses HBO GO menerusi Astro atau melalui pautan https://www.hbogoasia.my/. HBO GO tersedia di Android TV, Apple TV, LG TV, Samsung Smart TV - dan dilengkapi dengan fungsi AirPlay dan Google Cast.

Astro On Demand tersedia untuk semua pelanggan melalui kotak Ultra atau aplikasi Astro GO. Selain itu, pelanggan Astro Movie Pack dapat menikmati akses HBO GO tanpa bayaran tambahan




Raikan Tahun Baru bersama SHOPEE 2.2 JUALAN TAHUN BARU CINA

$
0
0
Perayaan Tahun Baru Cina (CNY) tahun ini mungkin agak berbeza, tetapi Shopee dan Duta Jenamanya ANIU menjemput anda untuk meraikan “A Niu Year” bersama mereka sempena 2.2 Jualan Tahun Baru Cina yang sedang berlangsung hingga 13 Februari.


Jualan pada tahun ini amat menarik dengan tawaran berharga hanya 8 sen, baucar pulangan tunai Syiling Shopee sebanyak 88% setiap hari, penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM10 dan pelbagai hiburan yang akan membawa keseronokan ketika anda membeli-belah dengan selamat dari rumah. Inilah perkara-perkara yang anda perlu ketahui mengenai Shopee 2.2 Jualan Tahun Baru Cina:

Group Buy: 
Kerjasama merupakan aspek penting bagi ciri ini kerana anda boleh membeli barangan terpilih dengan potongan harga yang lebih hebat, tetapi hanya jika membeli secara berkumpulan. Diadakan setiap hari, Group Buy membolehkan anda memulakan kumpulan anda sendiri bersama rakan-rakan dan ahli keluarga atau menyertai kumpulan yang sedia ada untuk mendapatkan barangan pada harga yang lebih rendah. Pada 2 Februari, nantikan Royal BirdNest, CNY 100 Plus, Coca-Cola, Signature Market Lucky Blessings CNY Gift Box dan banyak lagi. Kumpulkan geng anda agar tidak terlepas tawaran yang menakjubkan ini.

Kotak Bertuah Shopee: 
Nikmati hiburan setiap hari dengan rancangan permainan secara langsung yang memberi ganjaran kepada penonton bertuah dengan hadiah wang tunai bernilai RM0.88, RM8.88, RM88.88, RM888 dan hadiah utama sebanyak RM8,888. Dapatkan kod unik dari portal dalam aplikasi Kotak Bertuah Shopee di laman utama Shopee untuk menyertai permainan ini sebelum menonton Shopee Live pada jam 10 malam. Sesi tambahan pula akan diadakan pada 2 Februari pada jam 1 tengah hari.


YES Kasi Up, Belanja & Menang!: 
Kerjasama antara Shopee dan YTL Communications untuk inisiatif YES Kasi UP ini menawarkan peluang kepada pengguna untuk memenangi YES Altitude 3 atau Samsung S20 dengan data YES 10GB percuma. Dengan perbelanjaan minimum RM28 dari sekarang hingga 12 Februari, anda dapat menuntut Tiket Emas untuk berpeluang memenangi hadiah ini. Tontoni Shopee Live pada jam 8 malam setiap hari untuk menyaksikan jika anda merupakan penonton bertuah kami! YES lah!

Hadiah Shopee: 
Perlu rehat seketika daripada membeli-belah? Ingin mengumpul lebih banyak syiling untuk berjimat ketika berbelanja di Shopee? Anda boleh bermain Shopee Farm, Shopee Bubble, Shopee Candy, Spin & Win dan banyak lagi untuk memenangi sebahagian daripada Syiling Shopee berjumlah sebanyak 18,888,888.

Ho Chiak: 
Selesai membeli sayur-sayuran, buah-buahan, ayam, atau ikan di Shopee, namun anda tidak ingin memasak? Pilihlah daripada baucar-baucar makanan yang anda boleh dapatkan di Shopee ini dan tebus dari restoran untuk dibawa pulang ke rumah untuk dinikmati bersama keluarga:

  • Coca-Cola membawakan SO HUAT DEALS dari RM1.88 di Kenny Rogers, Marrybrown, Dunkin Donuts, Oldtown, Texas Chicken dan banyak lagi.
  • Raikan tahun baru bersama Fortune Treasure Pot oleh Din Tai Fung, Smoked Salmon Yu Sang, Fortune Reunion Bundle deals dan Baucar Hadiah RM50. Bayar dengan Kad Kredit HSBC untuk mendapatkan potongan harga hingga RM118 untuk produk terpilih.
  • Beli baucar Nando's Chicken Platter for 4 dan jimat RM32.50 bagi pesanan dibawa pulang yang seterusnya.
  • Jadilah yang pertama untuk mencuba minuman eksklusif Tahun Baru Cina The CoffeeBean & Tea Leaf x Shopee - Cafe Jaffa Orange Chocolate dan Jaffa Orange Chocolate Cold Brew Latte. Berharga RM18.50, dapatkannya pada hanya RM13.80 dari sekarang hingga 13 Februari. Pada 27 & 30 Januari serta 1, 2 & 8 Februari, dapatkannya pada harga RM8.80 sahaja.
  • Jadilah antara yang terawal untuk mencuba perisa sundae eksklusif CNY FamilyMart apabila anda membeli baucar di Shopee pada hanya RM2.28 pada 2 dan 8 Februari (RM3.88 di FamilyMart). Penebusan bermula dari 3 Februari di mana-mana cawangan FamilyMart. Sementara stok masih ada. 


Tawaran Barangan Elektronik: Ingin menaik taraf gajet, peralatan elektronik atau perkakas dapur anda? Antara tawaran hebat yang tidak patut dilepaskan pada 2 Februari, jam 12 tengah malam bagi barangan elektronik semasa musim perayaan Tahun Baru Cina ini termasuklah:
  • Apple iPhone 12 pada RM3,781.00 [Harga pasaran yang disyorkan (RRP): RM3,899.00]
  • Nintendo Switch Neon / Grey V2 Console pada RM1,289.00 [RRP: RM1,599.00]
  • Tefal Easy Fry Precision Digital 4.2L EY40 pada RM499.00 [RRP RM999.00]
Diskaun hingga 80%: Nikmati penjimatan yang lebih besar bagi barangan kegemaran anda dengan potongan harga hingga 80% apabila anda membeli-belah dari L'Oreal, P&G, Enfagrow, Pediasure, Friso, Her Jewellery, Tefal, Unilever, Photobook, Dr Cardin, Somebymi, Vinda, Skechers, Nestlé, Philips, realme, Nam Heong, Black Whale dan banyak lagi.


Gayakan rambut anda selepas PKP 2.0 ini dengan Schwarzkopf Professional yang menawarkan potongan harga hingga 50% untuk rawatan rambut serta potongan, pembersihan dan pengeringan rambut di salun rambut yang mengambil bahagian termasuk A Cut Above, Monsoon-id dan banyak lagi. Promosi ini berlangsung hingga 13 Februari, dengan tempoh penebusan dari 1 Mac hingga 31 Ogos 2021.


Jangan lupa untuk menambah nilai ShopeePay anda untuk pembayaran yang lebih pantas dan lancar pada 2 Februari. Bukan itu sahaja, anda berpeluang memenangi hingga 22,222 Syiling Shopee dalam Cabutan Bertuah 2.2 ShopeePay bagi setiap tambah nilai minimum RM50 dalam dompet ShopeePay anda.

Kini tiba masanya untuk anda berhibur dengan keriangan Tahun Baru Cina daripada Shopee dan ANIU melalui lagu popularnya, “对面的女孩看过来” (Buat gadis di sana, pandanglah ke sini) - 

Layari https://shopee.com.my/m/chinese-new-year-sale untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Shopee 2.2 Jualan Tahun Baru Cina!

Cosmoderm Perfect Balanced | Rumusan Terbaru Dengan Prebiotik dan Calamine

$
0
0

Cosmoderm Perfect Balanced | Rumusan Terbaru Dengan Prebiotik dan Calamine- Penjagaan wajah perlu dilakukan secara rutin bagi memastikan kulit sentiasa bersih, sihat dan tidak mengalami masalah. Dari peringkat membersih, memperbaiki, melembap dan memberi perlindungan daripada kesan matahari antara asas penjagaan wajah yang perlu dilakukan. Namun begitu sebagai pengguna kita perlu ambil tahu tentang formulasi yang digunakan didalam sesuatu produk. 

Korang pasti tahu tentang kebaikan prebiotik dan calamine dari sudut kesihatan mahupun kecantikan. Kombinasi dua formulasi ini sesuatu yang baru dan banyak manfaatnya. Nah! Kenalkan Cosmoderm Perfect Balanced berwajah pink dengan rumusan prebiotik dan juga calamine.

Excited tak?

Hahahaha.

Kebaikan Prebiotik dan Calamine

Antara kebaikan prebiotik dan calamine adalah seperti berikut:-

Prebiotik:
Prebiotik dari sudut kecantikan dapat membantu mencerahkan kulit dan  menyeimbangkan ekosistem mikrobioma kulit dan memberi perlindungan yang konsisten.


Calamine:
Calamine pula berfungsi meredakan kegatalan dan iritasi pada kulit. Selain itu dapat mengurangkan masalah kulit berminyak dan kemerahan. Ianya juga memberi perlindungan kulit akibat pendedahan pengcahayaan matahari.



Cara Penggunaan Cosmoderm Perfect Balanced Dengan 4 Langkah Mudah


Untuk set asas Cosmoderm Perfect Balanced ada 4 produk mengikut 4 langkah penggunaaan. Antara produk tersebut adalah:-

1. Foaming Cleanser
2. Toning Lotion
3. Soothing Wow Cream
4. SunMilk SPF 25 PA ++


Cosmoderm Perfect Balanced Foaming Cleanser


Perfect Balanced Foaming Cleanser ini diformulasi dengan bahan yang sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif. Produk ini Ianya bebas paraben, fragrance, SLS / SLES danpewarna tiruan. Kebaikan produk ini adalah dapat membersihkan wajah secara 'deep clean' sekaligus menghapuskan kotoran dan celaan pada wajah kita. Ianya juga dapat mengurangkan masalah minyak berlebihan di muka.


Ini merupakan langkah pertaman dalam rutin penjagaan wajah. Membersihkan kulit dengan hanya picit sedikit (mengikut amaun yang dikehendaki) ke telapak tangan. Campurkan sedikit air dan bersihkan ke seluruh wajah. Bila bersih.

Cosmoderm Perfect Balanced Toning Lotion

Seterusnya kita gunakan Perfect Balanced Toning Lotion. Ianya adalah dalam berbentuk cecair berwarna mereah jambu. Diformulasi dari calamine dan juga 20,000ppm prebiotik yang dapat melegakan masalah kemerahan, merangsang keupayaan fungsi penyerapan kulit dan melembap. Selain itu produk ini juga dapat meningkatkan pertahanan semulajadi dengan mengekalkan keseimbangan mikrobioma kulit. Paling penting ianya selamat digunakan bebas paraben, pewarna dan pewangi tiruan.

Setelah muka selesai dibersihkan, lap kering. Seterusnya letakkan sedikit toning lotion ke telapak tangan. Tap tap (sapu) ke atas seluruh muka.


Cosmoderm Perfect Balanced Wow Cream


Langkah ketiga, kita gunakan Cosmoderm  Perfect Balanced Soothing WOW Cream bagi tujuan untuk melembapkan wajah. Sememangnya WOW kerana produk ini dapat memberi 3x peningkatan kelembapan kulit, mengembalikan kelembapan kulit yang hilang serta dapat mengurangkan cela pada permukaan kulit.



Diformulasikan dengan calamine pekat dan 30,000ppm bertujuan untuk memeri kelegaan kepada kulit dan memperbaiki  daya ketahanan kulit.


Krim ini berwarna gabungan  pink dan putih. Tekstur krim yang agak likat sedikit. Hanya sapu krim secara menyuluruh ke seluruh wajah dan leher. Krim ini boleh digunakan pada waktu siang dan malam.


Cosmoderm Perfect Balanced SunMilk SPF 25 PA ++


Produk terakhir adalah Cosmoderm Mineral Sun Milk dengan SPF25PA++ . Sememangnya berfungsi untuk melindungi kulit daripada kesan sinar UVA dan UVB.


Produk ini mampu meningkatkan perlindungan terhadap kulit terutama sekarang cuaca yang agak panas. Ini bagi mengekalkan kecerahan kulit selain daripada mengatasi masalah seperti kerengsaan kulit, sunburn dan sebagainya.

Hanya picit sedikit di telapak tangan. Sapukan rata ke seluruh wajah. Serius! Memang best selepas menggunakannya.


Review Selepas Penggunaan

Dengan mengikut 4 langkah mudah menggunakan produk dari Cosmoderm Perfect Balanced memang saya dapat rasai perbezaannya. Muka lebih rasa bersih, lembut dan ada sedikit anjal. Tidak ada sebarang kesan iritasi bahkan biarpun baru menggunakan beberapa kali saya sudah rasai perbezaannya.

Pembungkusan sangat cantik - warna pink! Dan di setiap kotak/ pembungkusan produk memang disediakan nombor, sebagai rujukan langkah ke berapa dalam kegunaan/pemakaian produk ini.



Boleh dapatkan produk Cosmoderm Perfect Balanced  di semua rangkaian farmasi berdekatan termasuk di Watsons, Guardian dan Aeon Wellness. Selain itu boleh juga didapati di platform atas talian seperti  www.cosmoderm.com.my atau di Shopee Cosmoderm Offical Store.

Keterangan lanjut boleh layari :-

/

Busted Musim ke 2 Penampilan Lee Seung Gi | Lebih Kelakar Lebih Drama Lebih Mencabar

$
0
0
Masa mula-mula diperkenalkan Busted pada musim 1, saya pernahlah menonton dalam 2 episod. Lepas itu rasa macam krik krik jer jalan cerita. Faktor saya tonton ketika itu sebab ada Park Min-Young,  Kwang Soo dan Jae Suk. Tapi baru-baru ini saya macam terlayan Busted musim ke 2 di Netflix. Serius!!! Busted musim ke 2 lebih mencabar dalam menyelesaikan misteri, task makin kelakar dan lebih drama. Apatah lagi untuk musim terbaru ini pelakon kesayangan ramai Lee Seung Gi membuat penampilan khas sebagai ejen detektif yang baru.


Pada musim ke 2 kali ini ada 10 episod. Dan untuk musim ini pada awal-awal episod sudah ada scene yang mendebarkan. Bila mana misi menyelamatkan Detektif Jae Suk dan diikuti dengan kematian Mr.K orang yang sangat berperanan kepada ejen detektif pada musim 1. Begitu juga kehilangan detektif Kwang Soo secara tiba-tiba (sebenarnya Kwang So memang tidak akan terlibat untuk musim kedua sebab bertindih dengan shooting drama lain) dan juga kehadiran detektif Lee Seung Gi sebagai ejen pelatih dalam kumpulan mereka.


Detektif Lee Seung Gi memang nampak macam clumsy dan agak blur pada awal penglibatannya dalam siasatan. Walaupun Lee Seiung Gi biasanya terlibat dalam drama-drama aksi tapi disebabkan Busted ini adalah rancangan ala game show yang mana kita akan nampak personaliti sebenar setiap pelakon yang terlibat. Kita akan dapat lihat detektif Park Min Young yang suka bergaya, detektif Se Hun yang suka buat perkara comel dan sebenarnya seorang penakut, detektif Jae Suk bagi saya agak bijak yang juga berperanan sebagai ketua dalam kumpulan detektif serta pelbagai lagi.


Setiap episod mempunyai misteri dan tugasan berbeza tetapi berkait sebenarnya. Di akhir babak pastinya akan dikaitkan dengan misteri kes yang seolah dah selesai tapi sebenarnya tidak. Plot utama untuk musim ini sebenarnya hendak mencari Flower Killer. Iaitu pembunuh sebenar Mr. K. Memang bagi saya penulis dan pengarah siri Busted ini sangat kreatif kerana dapat menghasilkan game show yang suspen dan membuatkan penonton berfikir sekali jawapan terhadap misteri yang sedang dirungkaikan.

Untuk pengetahuan semua show variety Busted memang scripted (sebab ada drama dalam setiap episod). Tapi untuk task/challenge memang bergantung kepada detektif itu sendiri. Bagaimana mereka kena berfikir luar dari kotak. Sangat susah ya! Ianya bukan cabaran fizikal seperti Running Man. Ianya ada melibatkan sains, matematik, IQ/EQ. Cuma ada satu dua task yang ada terselit sedikit cabaran fizikal seperti main golf dan sebagainya. Itupun diaorang kena fikir klu yang diberikan.

 

Yang menarik selain daripada penampilan watak-watak sampingan yang melibatkan pelakon yang juga dikenali dalam drama korea dalam setiap episod. Dalam Busted kita seolah menonton drama misteri yang mana kita akan melihat bagaimana kecekapan semua detektif-detektif ini menyelesaikan masalah. Setiap episod mereka akan menerima klien dan cabaran semua berbeza. Adakalanya mereka akan berada dalam satu kumpulan sama dan ada masanya mereka sesama sendiri akan menjadi pesaing.

Jika Running Man setiap akhir episod mereka yang berjaya akan diberikan ganjaran tetapi tidak untuk Busted. Ianya lebih kepada drama kepada kemenangan klien yang memang agak kelakar dan menarik. Bayangkan sepanjang penyiasatan yang serius pun  boleh menjadi kelakar dengan skrip sponton yang memang tidak disengajakan.


Antara detektif kegemaran saya tentulah Park Min Young yang memang sangat cekap dan bijak menyelesaikan setiap klu. Nampak kredibiliti beliau di situ. Begitu juga dengan seorang lagi detektif wanita Se Jeong yang memang sangat serasi dengan Park Min Young.

Pelakon lain yang terlibat dalam Busted Musim ke 2 ini adalah Yoo Jae-suk, Ahn Jae-wook, Kim Jong-min, Oh Se-hun dari kumpulan EXO dan Lee Seung-gi. Antara pelakon yang kerap muncul didalam setiap episod seperti Tae Hang Ho (watak pemberi maklumat yang kelakar), Kim Min Jae (Inspektor polis) dan Yong Joo Hoon.


Rupanya siri Busted dalam musim ke 2 ni memang ada isu juga. Difahamkan pelakon Ahn Jae-wook terlibat dalam masalah memandu dalam keadaan mabuk dan juga tidak mahu terlibat dalam mempromosikan siri ini menyebabkan tiada kredit nama diberikan pada awal penayangan siri Busted dan juga gambarnya tidak dipaparkan dalam poster promosi.

Kebarangkalian musim ketiga yang baru sahaja habis pengambaraan, wataknya telah dimatikan.

Tak sabar nak tonton Busted Musim ke 3 di Netflix.  Adakah Lee Kwang So akan kembali beraksi dan mungkinkah Lee Seung Gi akan muncul lagi. Ohh ai is so tazabbar!!

Alahan Teruk : Muka, Bibir dan Badan Bengkak

$
0
0
Sebenarnya dah lima hari aku ada masalah badan naik macam bengkak-bengkak. Nampak badan kena gegata pun ya jugak. Serius! gatal teruk seluruh badan. Masalahnya lepas menggaru badan jadi pedih. Sebenarnya memang menahan diri dari menggaru tapi dia punya gatal tuu.. Aduh! memang tak boleh nak control.


Bayangkan menggaru sampai meninggalkan kesan luka di atas badan. Gatal tu satu hal, bengkak juga menjadi  masalah juga. Ada satu masa tu, kedua belah tangan membengkak. Kira nak genggam pun tak boleh. Terlalu gatal, sampai cincin dekat jari kena buka. Kebetulan jari pun membengkak jadi rasa macam pakai cincin kecil sebab rasa sendat.

Apa itu ALAHAN?

Dari satu sumber, 

Alahan adalah tahap sensitif teruk terhadap bahan asing (dikenali sebagai alergen) yang menyebabkan sistem pertahanan tubuh bertindak balas secara melampau bagi melindungi diri anda.

Biasanya, sistem imun hanya akan bertindak balas ke atas bahan yang boleh mengancam kesihatan seperti bakteria daripada menyerang tubuh.


Bagaiaman ALAHAN berlaku?

Alahan juga boleh disebabkan oleh sistem imun yang bercelaru sejak dalam kandungan. Sebenarnya ada banyak jenis alahan, ada yang sampai boleh menyebabkan kita rasa sesak nafas.

Namun untuk alahan biasa, kesannya antara seperti ruam, bengkak, sakit kepala, bersin, selsema, loya dan cirit-birit.

Antara punca alahan biasa berlaku disebabkan oleh:-

  • Tumbuh-tumbuhan
Biasanya disebabkan oleh debunga dari tumbuhan yang bertebaran disebabkan oleh udara.


  • Makanan
Kebanyakan orang akan alah pada makanan. Antara bahan makanan yang sering dikaitkan dengan alahan adalah seperti telur, kekacang, susu, gandum dan makanan laut.

  • Ubat-ubatan
Manakala alahan terhadap ubat-ubatan disebabkan oleh sistem imun yang hipersensitif. Antara ubatan yang sering menjurus kepada alahan adalah penisilin dan antibiotik. Sebab itu setiap kali menerima rawatan, doktor akan bertanyakan konsidi pesakit samada mereka ada alahan pada mana-mana ubat.


Rawatan kepada ALAHAN?

Biasanya doktor akan bekalkan ubat berhentikan bengkak dan tahan gatal. Untuk gatal di badan, ubat yang selalu disyorkan adalah calamine losyen (ini biasanya digunakan oleh mereka yang menghidapi demam campak).


Tetapi untuk alahan yang teruk iaitu anafilaksi biasanya akan diberikan suntikan adrenalin atau epipen. Ini kerana rawatan ini boleh bertindak pantas dalam melancarkan aliran darah, menenangkan otot di dalam paru-paru bagi meningkatkan pernafasan dan degupan jantung. Selain itu bengkak pada muka dan bibir akan surut setelah mengambil suntikan ini.

Mujurlah saya hanya mengalami alahan biasa. Mungkin disebabkan habuk/debu sebab mengemas rumah di bahagian stor baru-baru ini. Kesannya lepas mengambil ubat tahan bengkak dan gatal di klinik, masalah alahan yang dialami semakin kurang. Tetapi masalahnya setiap kali lepas makan ubat memang mata menjadi sangat mengantuk.

Bertabahlah...

10 TARIKAN SUKAN DALAM-PREMIS DI NEGERI SELANGOR

$
0
0
Terdapat sesetengah daripada kita yang mungkin berasa kurang mengalami elemen keseronokan dan keterujaan ketika pergerakan dihadkan sewaktu penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Justeru, apabila tiba masa untuk kembali melakukan aktiviti luarsetelah tamatnya tempoh PKP ini, para ibubapa, khususnya, mungkin berhasrat menghantarbanak mereka ke sesi sukan. 

Namun,berkemungkinan masih ramai yang ragu-ragu jika aktiviti sukan tersebut dilakukan di luar serta melibatkan kumpulan orang ramai. Usah risau, anda tidak akan terlepas peluang untuk merasai keseronokan dan keterujaan yang anda inginkan kerana Negeri Selangor mempunyai pelbagai tarikan sukan dalam-premis yang boleh anda kunjungi. Tambahan pula, tarikan ini senang dan mudah diakses,
dengan kebanyakan daripadanya terletak dalam premis pusat membeli-belah terkemuka.

Jadi, berita baik buat semua, anda mungkin boleh lengkapi hari anda dengan sesi membeli-belah selepas bersukan bak kata pepatah “sambil menyelam minum air”. Senarai di bawah menampilkan 10 tarikan sukan dalam-premis di Negeri Selangor yang bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak malah orang dewasa!


1) Camp5, 1Utama
Sesi mengeluarkan peluh! Beroperasi sejak tahun 2005, Camp5 mempunyai dinding untuk sukan wall-climbing dalam-premis yang paling tinggi di Malaysia! Fasiliti ini jugasepenuhnya dilengkapi dengan penyaman udara dan terletak dalam menara berasaskan besi dan kaca di tingkat 5, 1Utama Shopping Centre (New Wing).


Spesifikasi dinding adalah seperti berikut:
Keluasan dinding: 2300m2
Keluasan kawasan “boulder”: 450m2
Keluasan dinding bertali: 1850m2
Ketinggian maksimum: 20.3m

Jika anda seorang yang baharu berjinak dengan aktiviti sukan wall-climbing, usah gusar dengan spesifikasi yang tertera. Camp5 mempunyai dinding dengan pelbagai saiz dan tahap kesukaran dari sangat mudah hingga terlalu mencabar. Pihak Camp5 yakin anda akan mendapatkan tahap kesukaran yang bertepatan dan mampu menguji diri anda untuk melakukan lebih lagi!

Untuk maklumat lanjut, layari: https://selangor.travel/listing/camp5-1utama/


2) District21, IOI City Mall, Putrajaya
District21 adalah sangat unik; dengan keluasan sebanyak 70,000 kaki persegi dan mengangkat tema pasca-apokaliptik, taman tema ini mempunyai 10 tarikan, 8 bilik riadah dan terletak dalam atrium yang dilengkapi dengan pendingin hawa di IOI City Mall, Putrajaya. Ia menawarkan lebih sedosen aktiviti yang kebanyakannya adalah baru diperkenalkan di Negara ini seperti aktiviti Go-Pedal, Pump Track, Power Station, Low Ropes, Launch Pad, The Maze, Free Fall, Sky Trail, Tubby Ride, dan Roller Glider.
Setiap tarikan juga tertakhluk kepada berat dan ketinggian maksimum yang dibenarkan.


Untuk maklumat lanjut, layari: https://selangor.travel/listing/district21/


3) AirRider, 1Utama
AirRider, 1 Utama adalah sukan skydiving yang ditawarkan secara dalam-premis dengan stimulasi aktiviti skydiving yang sebenar seolah-olah pada ketinggian 14,000 kaki. AirRider adalah tarikan stimulasi penerbangan yang terhangat di benua Asia. Sesiapa sahaja yang pernah menginginkan untuk terbang di udara boleh singgah ke 1 Utama Shopping Centre, iaitu pusat membeli-belah ke-7 terbesar di dunia.

Terowong angin berbentuk bulat dengan keseluruhannya dilitupi dengan panel kaca menghasilkan kusyen udara seluas 12-kaki diameter dengan tinggi 21 kaki. Setiap pelanggan yang memasuki ruang kusyen udara ini akan ditemani oleh seorang jurutugas bertauliah atas faktor keselamatan. Di dasar ruangan bertutup ini juga menempatkan sebuah lantai trampolin yang diperbuat daripada besi tahan kalat dengan kualiti seperti kapal terbang sebenar. Dengan kelajuan angin sehingga 250 km/sejam, mereka berpeluang untuk melakukan aksi-aksi akrobatik udara secara mudah dan selamat. Para
pengunjung yang lain juga boleh menonton aksi sukan penuh mendebarkan ini menerusi ruangan tempat duduk yang disediakan.

Untuk maklumat lanjut, layari: https://selangor.travel/listing/airrider-1-utama/


4) FlowRider, 1Utama
Pernah terfikir untuk melakukan aktiviti sukan luncur air di dalam sebuah pusat membeli-belah?Sekarang anda boleh melakukannya dengan aktiviti sukan flow-riding dan stimulasi luncur air di 1 Utama Shopping Centre. FlowRider, 1 Utama menggabungkan teknik dari beberapa jenis sukan seperti luncur air, luncur salji, sukan papan selaju, wakeboarding dan skimboarding.


Sama ada anda merupakan seorang amatur atau professional, anda mampu menangani arus air dengan bimbingan dari petugas yang bertauliah dan berpengalaman. Kesan ombak juga dapat dihasilkan dengan kelajuan sehingga 32 km/sejam di permukaan vinil komposit. FlowRider juga menawarkan program latihan dan kursus dari tahap amatur hingga berpengalaman dengan para jurulatih yang berdedikasi untuk memperkasa teknik flowriding anda dengan menitik-beratkan aspek keselamatan.

Untuk maklumat lanjut, layari: https://flowrider1utama.com.my/


5) JumpStreet Trampoline Park
Jump Street Trampoline Park adalah sebuah taman tema urban yang dilengkapi dengan fasiliti bertaraf dunia dan memfokuskan kepada aktiviti lompatan, lantunan dan segala aktiviti melawan unsur graviti yang mampu anda fikirkan. Ia mempunyai beratus-ratus jumlah trampolin, dengan Main Court seluas 10,000 kaki persegi merangkumi pelbagai trampolin yang bersambung antara satu sama lain. Ianya termasuk ruangan khas yang dilengkapi dengan jaring bola keranjang, trampolin untuk aktiviti dodge-ball, satu lubang yang diperbuat dari bahan lembut untuk terjun ke dasar, dan pelbagai bag udara untuk
memastikan pendaratan yang selamat.


JumpStreet menawarkan elemen keseronokan dan cabaran dengan pelbagai tahap kesukaran kepada pengunjung dari latar-belakang umur yang berbeza (dengan umur minima 3 tahun untuk melompat secara kendiri). Ruangan berprestasi tinggi di JumpStreet turut mampu menjadi medan para atlet untuk mengasah kemahiran mereka ketika melompat di udara. Di sini juga terdapat ruangan khusus untuk kanak-kanak bagi memastikan keselamatan dan keseronokan mereka.

Untuk maklumat lanjut, layari: https://selangor.travel/listing/jump-street-trampoline-park/


6) Malaysia National Ice Skating Stadium (MYNISS)
Terletak di kawasan pembangunan Empire City, National Ice skating Stadium (MYNISS) adalah gelanggang ais yang pertama di Malaysia yang dilengkapi dengan spesifikasi Sukan Olimpik dan kemudahan serba lengkap bagi menjadi tuan rumah kepada pelbagai kejohanan sukan luncur ais dengan standard antarabangsa.


Inilah masanya untuk mengasah bakat anda meluncur ais dengan pergerakan penuh gemalai, tambahan pula dilakukan di sebuah gelanggang bertaraf kelayakan sukan antarabangsa!

maklumat lanjut, layari: https://selangor.travel/listing/malaysia-national-ice-skating-stadium-myniss/


7) It’s a HIT Rooftop Baseball
It’s a HIT Rooftop Baseball adalah satu-satunya dan yang pertama seumpamanya di Malaysia dan benua Asia Tenggara. Tanpa cas masuk yang mengeringkan poket, di sini anda mampu untuk mendapatkan pengalaman menarik untuk sesi Batting Cages dan Carnival Games dengan harga yang berpatutan. Terletak di bahagian bumbung sebuah pusat membeli-belah terkemuka, 1 Utama Shopping Centre; singgahlah ke sini untuk sebuah pengalaman penuh keunikan dengan elemen keterujaan dan pemandangan yang mempesona!


Untuk maklumat lanjut, layari: https://selangor.travel/listing/its-a-hit-rooftop-baseball/


8) Sunway Pyramid Ice
Sunway Pyramid Ice adalah hiburan sukan ais bertaraf dunia yang pertama diperkenalkan di Malaysia. Ianya terletak di lokasi strategik di dalam pusat membeli-belah yang menerima pengiktirafan antarabangsa, Sunway Pyramid, dengan dikelilingi Bandar Integrasi Sunway Resort, Sunway Lagoon Theme Park dan Convention Centres yang juga padat dengan universiti, kolej, sekolah antarabangsa, syarikat korporat dan komuniti setempat.


Sunway Pyramid Ice adalah sebuah destinasi rekreasi yang popular di Malaysia dengan mampu menerima lebih 15,000 orang pengunjung setiap bulan. Dengan keluasan berukuran 39m x 22.5m, pemandangan menarik gelanggang yang diperkemas dengan ciri moden ini boleh disaksikan oleh para pengunjung di setiap tingkat pusat membeli-belah ini hingga ke tingkat kelima – menawarkan sebuah pemandangan menarik serba mengasyikkan.

Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.sunwaypyramidice.com/


9) TraXion Karting at X Park Sunway Serene
TraXion Karting adalah pusat sukan kart yang beroperasi secara dalam-premis terbesar di benua Asia Tenggara. Terletak di tengah Bandar Kelana Jaya, ianya menawarkan pengalaman Kiddie Cart untuk kanak-kanak sehingga ketinggian 140cm, dan Fast Cast, untuk golongan dewasa. Setiap sesi karting akan mengambil masa selama 10 minit.


Operator ini juga menawarkan pengalaman Mini Race merangkumi 3 sesi karting temasuk pusingan akhir, namun, minimum 8 orang pemain pada satu-satu masa diperlukan untuk pakej ini.

Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.facebook.com/traxionkartingmy/


10) Galactic Laser, Sunway Pyramid
Galactic Laser adalah lapangan aktiviti laser tag yang terbesar dan terpanjang di Malaysia. Terletak di pusat membeli-belah premier, Sunway Pyramid dan dilengkapi dengan teknologi yang canggih dan terkini, inilah masa untuk anda gambarkan diri anda sebagai sebuah karakter dalam video sains fiksyen – dengan dibekalkan dengan sebuah unit laser di tangan, dengan diiringi muzik berentak energetik dan dikelilingi kabus di udara, sambil anda meloloskan diri dalam sebuah arena yang direka khusus menyerupai kesan tinggalan makhluk asing. Tentunya ianya menawarkan elemen keterujaan memburu dalam kegelapan sambil menghindari dari diri anda sendiri terkena tembakan laser oleh pemain yang lain.


Untuk maklumat lanjut, layari: http://galacticlaser.com/v2/


Aktiviti dengan elemen keseronokan dan keterujaan mudah dan senang didapati di mana-mana sahaja di Negeri Selangor. Dengan pelbagai pilihan, orang dewasa dan kanak-kanak dapat meluangkan masa berkualiti bersama dalam suasana yang selamat dan dikawal-selia dengan rapi. Untuk pelbagai aktiviti yang mengujakan; dari terbang di udara, luncur ais, memandu dan mengawal kart, hingga tembakan laser; Negeri Selangor mempunyai semua yang anda inginkan.

Namun harus diingatkan, amalan berlandaskan SOP perlu diberikan penekanan pada setiap masa demi kesejahteraan bersama. Para pelancong harus mendaftar masuk ke setiap premis lokasi pelancongan di Negeri Selangor menggunakan aplikasi Selangkah:Langkah Masuk Dengan Selamat, memastikan penjarakan sosial, menggunakan cecair pembasmi kuman, serta memakai pelitup muka pada setiap masa.

Viewing all 2967 articles
Browse latest View live